Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Pemahaman Petikan & Antologi SM106_PT3_2020

Pemahaman Petikan & Antologi SM106_PT3_2020

Published by Tan Bun Eng, 2020-10-30 09:10:25

Description: Pemahaman Petikan & Antologi SM106_PT3_2020

Search

Read the Text Version

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Pemahaman Modul PT3 SM 106 Nama : _____________________________

Genre Prosa Tradisional / Klasik Cerpen Moden Tema Persoalan Watak & Perwatakan Plot Permulaan Perkembangan Kemuncak / Klimaks Penurunan Peleraian Pengakhiran Teknik Plot Pemerian / Penceritaan Monolog Analisis Prosa Monolog dalaman Dialog Imbas muka Imbas kembali Latar tempat Latar Latar masa Latar masyarakat ram Bahasa Melayu EdubestGaya BahasaAyat ProgNilai Diksi Kata ganda Repitisi Singkatan : ku, mu, nak Sinkope terbalik : akan kuambil Inversi Bunga : wanita Perlambangan bersifat manusia Personifikasi Melebih-lebihkan Hiperbola Pengajaran Analisis Prosa.mmap - 03/02/2020 - Mindjet

1. Pemahaman Petikan Umum 14, Kampung Damai, 08000 Utan Aji, Kangar, Perlis Indera Kayangan. 18 Disember 2019. Menemui sahabatku, Ramond yang kini berada di Kanada, dengan selamatnya, Saudara, Apa khabar saudara sekeluarga di sana? Doa dan harapan saya agar saudara serta keluarga sihat sejahtera hendaknya. Saya di sini sihat wal afiat. Terima kasih atas kiriman surat saudara yang lalu. Dalam surat tersebut, saudara ada bertanyakan adab masyarakat Melayu ketika menghadap makanan. Dalam surat ini, saya akan menjawab pertanyaan saudara itu. Bagi orang Melayu terutama yang mementingkan adab ketika makan, orang yang lebih tua dipersilakan duduk di meja makan terlebih dahulu setelah makanan terhidang. Kemudian, barulah golongan muda mengambil tempat masing-masing. Jika tiada meja makan, si lelaki duduk bersila manakala wanita pula digalakkan duduk tbersimpuh dengan tidak menampakkan buku lali dan kaki. Cara ini dianggap manis esdan sopan. EdubWanita, terutama anak gadis juga sebaik-baiknya duduk di tempat yang yuberasingan daripada lelaki. Namun, bagi sesetenguah orang, makan bersama-sama eladapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau silaturahim dengan sanak saudara Matau sahabat handai. hasaKetika di meja makan wanita yang berambut panjang seelok-eloknya merapikan Barambut terlebih dahulu dengan mengikat rambut. Tujuannya adalah supaya nampak mkemas dan bersih. Lengan baju yang panjang pula hendaklah disingsing hingga paras Prograsiku. Sebelum makan, tangan perlu dibasuh dengan air basuhan tangan yang Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 1

disediakan di dalam kendi. Selepas membasuh tangan, kami digalakkan agar menghulurkan kendi air itu kepada orang yang berada di samping kita. Kaum ibu dan anak gadis akan menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Nasi yang dibubuh itu pula hendaklah sederhana banyaknya. Cara ini sebagai menunjukkan penghargaan kepada orang yang lebih tua. Ketika makan, kami dinasihati agar tidak berbual-bual. Berbual dengan makanan penuh di dalam mulnt dianggap tidak sopan. Sekian sahaja penerangan saya untuk pengetahuan saudara. Jemputlah ke Malaysia dan ke rumah saya sekiranya saudara ingin melihat sendiri adab dan budaya masyarakat di sini. Saya sekeluarga sentiasa mengalu-alukan kedatangan saudara ke rumah kami. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya di Malaysia. Semoga bertemu dalam lembaran yang lain. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Zamri 1. Apakah maksud perkataan bersimpuh? A Meriba B Berlutut C Berteleku D Berlunjur best2. Perbuatan menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua menunjukkan usikap EdA jujur. yuB mesra. elaC hormat. MD ikhlas. hasa3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali BaA kaum lelaki duduk bersila. ramB tidak bercakap semasa makan. gC mendahulukan orang yang lebih tua. ProD tidak membasuh tangan jika tiada kendi. Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 2

4. Apakah cadangan pennlis kepada sahabatnya di akhir surat? (KBAT) A Menulis surat kepadanya lagi B Menyinsing lengan baju sebelum makan C Mengamalkan budaya makan yang sama D Berkunjung ke Malaysia untuk menyaksikan adab dan budaya orang ( /10) Program Bahasa Melayu Edubest Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 3

2. Pemahaman Cerpen [10 markah] “Oren” Ayah \"aku\" gelisah kerana kucing peliharaannya iaitu Oren tidak pulang ke rumah. Sudah empat hari ayah \"aku\" tidak melihat kelibat Oren. Oren ialah seekor anak kucing yang telah dipungut selepas ayah \"aku\" terlanggar ibunya sehingga mati. Sejak peristiwa itu, Oren telah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga \"aku\". Ayah \"aku\" dapat merasakan bahawa Oren merajuk selepas kehadiran Kelabu dalam keluarga mereka. Kelabu lebih manja dan pandai mencuri perhatian keluarga \"aku\". Hal ini telah membuatkan ayah \"aku\" lebih banyak memberikan tumpuan kepada Kelabu. Kehilangan Oren membuatkan ayah \"aku\" berasa bersalah. Kegelisahan ayah \"aku\" tentang kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpinya. Ayah \"aku'' bermimpi Oren telah kembali dan dia bermanja dengan Oren. Pada keesokan harinya, ayah \"aku\" bertanya tentang Oren kepada anak-anaknya. Selepas diberitahu bahawa Oren masih tidak nampak kelibatnya, barulah ayah \"aku\" sedar bahawa dia sebenarnya bermimpi. Ayah \"aku'' menceritakan mimpinya itu kepada keluarganya. tTiba-tiba Anis muncul di ruang dapur sambil mernbawa bangkai Oren. Bangkai besOren telah ditemukan di celah-celah pokok tua yang tumbang di taman permainan. EduMata ayah \"aku\" kelihatan berkaca. Seluruh anggota keluarga \"aku\" tertumpu kepada yuayah \"aku\". a MelaTema hasKasih sayang terhadap haiwan peliharaan. Seekor kucing yang dipanggil Oren telah Badiabaikan oleh penjaganya, iaitu ayah \"aku\". Oren membawa diri disebabkan rasa ramtersisih dengan kehadiran kucing lain, iaitu Kelabu dalam keluarga \"aku\". Kehilangan ProgOren telah menimbulkan kegelisahan dan rasa bersalah dalam diri ayah \"aku\" Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 4

sehingga beliau terbawa-bawa dalam mimpinya. Kehilangan Oren akhirnya terjawab apabila Anis menemukan bangkai Oren di celah-celah pokok tua yang tumbang di taman permainan. Persoalan (a) Kasih sayang yang melibatkan haiwan peliharaan. Ayah \"aku\" dan anggota keluarganya memberikan sepenuh kasih sayang kepada kucing peliharaan mereka. (b) Kasih sayang yang berbelah bahagi telah menyebabkan wujudnya konflik. Ayah \"aku\" dan anggota keluarganya lebih memberikan tumpuan kepada Kelabu sehingga menyebabkan Oren terasa tersisih lalu membawa diri. (c) Perasaan bersalah akan dirasai dan disedari apabila berlakunya suatu kehilangan. Kesilapan ayah \"aku\" yang lebih memanjakan Kelabu hanya disedari apabila Oren tidak pulang ke rumah. (d) Belas kasihan tidak hanya terhad terhadap manusia semata-mata tetapi juga membabitkan haiwan. Ayah \"aku\" yang belas kasihan akan nasib Oren dan Kelabu telah membawa kucing-kucing tersebut ke rumahnya untuk dipelihara. (e) Perhatian yang lebih terhadap haiwan yang berpunca daripada kepandaiannya stmengambil hati dan kebijaksanaannya menyesuaikan diri. Kelabu yang pandai ubemengambil hati dan memanjakan diri telah membuatkan tuannya dan anggota keluarga Edtuannya lebih memberikan perhatian kepadanya. layu(f) Konflik yang wujud dalam keluarga difahami dan dikongsi bersama. Anggota Mekeluarga ayah \"aku\" memahami konflik yang dihadapi oleh ayah \"aku ' dan tidak Program Bahasamahu membebankan beliau. Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 5

Watak dan Perwatakan Ayah “Aku” (a) Bapa kepada tiga orang anak. (b) Suka akan kucing. (e) Bersifat belas kasihan (d) Berasa gelisah apabila Oren tidak pulang ke rumah. (e) Ketua keluarga yang baik (f) Dihantui perasaan bersalah kerana mengabaikan Oren. (g) Mudah tersentuh hati Oren (a) Kucing yang berbulu oren. (b) Ibu Oren telah mati dilanggar oleh kereta ayah \"aku\". (c) Pandai membuang najisnya di tandas atau di dalam longkang. (d) Bersikap pasif. (e) Tidak suka memanjakan diri dengan tuannya. Kelabu t(a) Kucing yang berwarna kelabu. bes(b) Menunjukkan reaksi yang lebih manja. Edu(c) Semasa kecil, Kelabu selalu memhuang najis merata-rata tempat. yu(d) Pada awalnya, Kelabu kurus dan tidak terurus. ela(e) Selepas dipelihara oleh ayah \"aku\" dan anggota keluarganya, Kelabu Program Bahasa Msemakin tembam. Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 6

Plot Binaan Plot (a) Permulaan - Ayah \"aku\" bertanya tentang Oren, iaitu kucing peliharaannya yang tidak pulang ke rumah. Kegelisahan ayah \"aku\" tentang kehilangan Oren turut mendapat perhatian anggota keluarganya. (b) Perkembangan - Ayah \"aku\" telah melanggar ibu Oren sehingga menyebabkan ibu Oren mati. Ayah \"aku\" telah membawa Oren pulang ke rumahnya. Ibu \"aku\" mengerti sebab Oren dibawa pulang setelah mendengar alasan ayah \"aku”. Kemudian, ayah \"aku\" membawa Kelabu pulang ke rumahnya. Kelabu ialah seekor anak kucing yang telah mengekorinya ke kereta. Kelabu lebih manja dan pandai menarik perhatian anggora keluarga ayah \"aku\". Oren pula bersikap pasif dan suka menyendiri. (c) Klimaks - Sudah lebih seminggu Oren tidak pulang ke rumah. Ayah \"aku\" berasa bersalah dan gelisah akan kehilangan Oren. Kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpi ayah \"aku\". (d) Peleraian - Ayah\"aku\" menceritakan mimpinya kepada anggota keluarganya di meja makan. Tiba-tiba, Anis masuk ke dapur dengan membawa bangkai Oren. Oren telah mati dan ditemukan di celah-celah pokok tua yang tumbang di taman permainan semalam. Semua anggota keluarga tertumpu kepada ayah \"aku\" dan matanya mulai stberkaca. EdubeTeknik Plot layu(a) Dialog. Contohnya, Me• \"Ke manakah engkau pergi, Oren?\" soalnya sambil mengusap-usap belakang sakucingnya itu. [hlm. 38] aha• \"Mengapa, Oren?\" Dia tidak tahu akan sebabnya dia menanyakan soalan itu m Btetapi dia dapat merasakan perasaannya yang sayu setiap kali mata Oren dan gramatanya bertemu. [hlm. 38 ] Pro• \"Anis jumpa Oren di celah pokok tua yang tumbang semalam di taman Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 7

permainan,\" [hlm. 40] (b) Imbas kembali. Contohnya, • Kelabu masih di pangkuan ayah. Apabila melihat Kelabu, aku terimbas kembali tentang kucing itu yang dipungut sewaktu ayah pulang dari tempat kerja. Keadaan Kelabu yang tidak terurus dan kurus dahulu kini telah berubah. [hlm. 33] (c) Monolog. Contohnya, • \"Ke manakah Oren pergi? Dia tidak makan pun makanan yang ayah sediakan. Adakah dia merajuk? Hujan-hujan begini di manakah dia berteduh.\" Kami hanya mendengar keluhan ayah. [hlm. 33] •\"Mungkin sejak kedatangan Kelabu, aku telah mengabaikan Oren,\" bisiknya kepada dirinya sendiri. [hlm.35] •\"Mungkin ibunya,\" detik hatinya. [hlm. 35] (d) Pemerian. Contohnya, • Malam itu ayah hanya menjamah makan malam sedikit sahaja dan katanya estdia tidak berselera. [hlm. 34] dub• Hari terus berlalu. Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap yu Ekali dia pulang ke rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan elaOren hanya mengangkat kepala apabila melihatnya dan melihat tingkah laku a MKelabu. [hlm. 37] ahas• Dia membawa Oren ke ruang tamu rumahnya semula. Sambil duduk di sofa Program Bdia membelai-belai Oren dengan manja. [hlm. 37] Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 8

Latar Latar Tempat. (a) Jalan di kawasan perumahan, iaitu tempat ayah melanggar ibu kucing hingga mati. (b) Di dapur, iaitu tempat ayah menceritakan mimpinya tentang Oren. (e) Di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan, iaitu tempat Anis menemukan Oren yang telah mati. (d) Di ruang tamu, iaitu tempat ayah bertanya tentang Oren sebaik sahaja ayah bangun daripada tidur. (e) Di ruang dapur, iaitu Anis muncul bersama Oren yang sudah tidak bernyawa lagi. Latar Masa (a) Hujung pertengahan Disember, iaitu peristiwa Oren tidak pulang. (b) Pada waktu malam, iaitu ayah \"aku\" menjamah makan malam sedikit sahaja kerana tidak berselera berikutan kehilangan Oren. (e) Pada waktu petang, iaitu waktu berlakunya peristiwa ayah melanggar ibu Oren. (d) Pada waktu pagi, iaitu waktu Anis muncul di ruang dapur bersama Oren yang telah estmati. EdubLatar Masyarakat layu(a) Masyarakat penyayang terhadap haiwan peliharaan. Contohnya, ayah \"aku\" dan Mekeluarganya memelihara dua ekor kucing. asa(b) Masyarakat yang prihatin. Contohnya, ayah \"aku\" prihatin akan kehilangan Oren. Bah(e) Masyarakat yang hidup dalam keluarga harmoni. Contohnya, anggota keluarga Program\"aku\" memahami konflik yang ditanggung oleh ayah. Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 9

Gaya Bahasa Ayat [hlm. 33] (a) Pengarang menggunakan ayat pendek. Contohnya, [hlm. 37] • Oren masih tidak pulang. • Hari terus berlalu. (b) Pengarang menggunakan ayat panjang. Contohnya, • Petang itu, dia pulang bersama-sama dengan seekor anak kucing jantan dan yang paling gembira menyambut kepulangan dia ialah Anis. [hlrn. 35] • Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. [hlrn. 37] Kata Ganda Contohnya, • \"Ke manakah engkau pergi, Oren? Soalnya sambil mengusap-usap belakang kucingnya itu. [hlrn. 38] • Dia mencuba untuk berbual-bual dengan Oren, iaitu perbuatan yang jarang- jarang dilakukannya. Oren membalasnya dengan mengiau-ngiau. [hlm. 38] Simile kelPabruomgernajamdikBananyhaatasmapaMk meelanayriuk Edubest Contohnya, seperti kucing • Bulunya yang berwarna Siam. [hlrn. 33] Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 10

Nilai (a) Belas kasihan. Contohnya, ayah \"aku\" berasa belas dan kasihan akan nasib Oren yang kematian ibunya serta Kelabu yang kurus dan tidak terurus. (b) Keprihatinan. Contohnya, ayah \"aku\" begitu prihatin akan Oren yang masih belum pulang ke rumah. (e) Bersimpati. Contohnya, ibu \"aku \" dan anak-anaknya simpati akan konflik yang ditanggung oleh ayah \"aku\" berikutan kehilangan Oren. (d) Kebijaksanaan. Contohnya, Kelabu bijak menyesuaikan dirinya dalam keluarga \"aku\" sehingga ayah \"aku\" dan keluarganya memberikan lebih perhatian terhadap dirinya daripada Oren. (e) Ketabahan. Contohnya, anggota keluarga ayah \"aku\" tabah menghadapi dugaan, iaitu kehilangan Oren. Pengajaran (a) Kita hendaklah bersifat belas kasihan terhadap makhluk lain supaya kehidupan kita lebih bahagia. (b) Kita wajar bersikap prihatin dengan perkembangan sekeliling kita supaya kita dapat mengambil tindakan dengan segera. est(c) Kita haruslah bersimpati terhadap masalah yang dihadapi oleh orang di sekeliling ubsupaya kita dapat membina hubungan yang harmoni. u Ed(d) Kita mesti mempunyai kebijaksanaan dalam kehidupan agar kita dapat laymenghadapi kehidupan dengan berjaya. Me(e) Kita hendaklah gigih melaksanakan sesuatu usaha supaya kita dapat menyelesaikan Program Bahasamasalah dengan segera. Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 11

Latihan Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mungkin sejak kedatangan Kelabu, aku telah mengabaikan Oren,\" bisiknya kepada diri sendiri. Dia menyesal dengan tindakannya membiarkan Oren. Dia terimbas kembali kenangan ketika Oren mula-mula menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. Petang itu, dia pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa. Sedang dia memandu keretanya di jalan taman perumahannya, tiba-tiba dia berasa bahawa dia terlanggar sesuatu. Kemudian dia memberhentikan keretanya untuk meninjau benda yang dilanggarnya itu. Dia hanya mampu mengucap apabila seekor kucing terlantar mati di bawah tayar keretanya. Namun, hatinya lebih tersentuh apabila datang seekor anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang tidak bernyawa itu. \"Mungkin ibunya,\" detik hatinya. Petang itu, dia pulang bersama-sama dengan seekor anak kucing jantan dan yang paling gembira menyambut kepulangan dia ialah Anis. Cepat-cepat anak bongsunya itu mendukung anak kucing tersebut sambil bertanya, \"Apakah namanya?\" Dengan spontan dia menjawab, \"Oren\". Nama itu diberikan kerana seluruh bulu kucing itu berwarna oren. Isterinya hairan kerana suaminya tiba-tiba membawa pulang seekor anak kucing. Isterinya tahu bahawa dia tidak berminat untuk memelihara kucing kerana ttelah beberapa kali anaknya, Azura dan Anis meminta ibunya untuk memelihara eshaiwan tersebut tetapi dia tidak membenarkannya. Hanya pada malam harinya barulah ubdia menceritakan perkara yang terjadi untuk menjawab kehairanan isterinya itu. EdIsterinya mengerti dan memberikan kasih sayang kepada Oren sebagai sebahagian yudaripada ahli keluarga mereka. Mela(Dipetik daripada cerpen \"Oren\", antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Program BahasaDewan Bahasa dan Pustaka) Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 12

(i) Berdasarkan petikan, berikan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa ayah \"aku\" seorang yang lembut hatinya. [3 markah] ______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ (ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen \"Oren\" ini. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam cerpen tersebut. [3 markah] _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ (iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mewujudkan masyarakat penyayang terhadap haiwan dalam kalangan masyarakat? [4 markah] _____________________________________________________________ ____________________________________________________________ _____________________________________________________________ ______________________P__r_o__g_r_a__m___B_a__h_a__s_a__M__e__l_a_y__u__E_d__u__b_e_(st /10) Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 13

Pelan Lokasi @ Pusat Tuisyen Didikan Genius No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook