Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore MONDIKOT BIKEPACKING

MONDIKOT BIKEPACKING

Published by John Tabat, 2021-03-13 11:16:56

Description: Koleksi kayuhan jarak jauh, berkhemah dan adventure.
Stella Samudin Eri Wikid Mohd Hairry Bin Mus Johnny Joseph Zabad 9W6KZM Nur Fatin Alesia Shaah Mazlee Awat Beringgis Bikepack Touring Sabah Pantai Beringgis

MONDIKOT BIKEPACKING

Keywords: 9W6KZM,BIKEPACKING,MONDIKOT DEER CAMP,STELLA,JOHNNY JOSEPH,ROSDI FIKIRAN,ERI WIKID,MAZLEE AWAT,NUR FATIN ALESIA SHAAH,JOHN TABAT,ZABAD MOHAMAD,KARTKA ZABAD BIN BACHO MOHAMAD,KARTIKA ZABAD

Search

Read the Text Version

Tapak perkhemahan pertama

Akhirnya kemunculan 4 Julai 2020 yang di tunggu-tunggu muncul selepas pengiraan 2 bulan yang penuh peristiwa getir bagi diriku. Aku hanya merancang tuhan yang menentukan segalanya. Setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang di alami sewaktu mem- buat kayuhan extreme di Bukit Maang, semangat ku semakin tabah ketika menghadapi cabaran kayuhan extreme. Bagi memulakan coretan perjalanan bikepacking yang kedua dengan rakan-rakan, 1 jug kopi jenama BONCAFE (DECAFFEINATED) perlu di siapkan dahulu. Pastinya lebih sedap dan menggiurkan apabila di makan bersama Wafer Roll jenama Gery Dark Chocolatõs oleh GarudaFood. Hmmm……lebih mantap lagi jika di makan bersama ais krim kegemaran ku… OK cukup sampai di sini, coretan harus di mulakan dengan seteguk kopi.

Konsep Bikepack dan Touringbike So today is the day I’ve been waiting for. Tempat pertemuan di Restoran Jamal Salim, Kinarut juga men- jadi pilihan. Kopi kaw panas dan roti kosong buat ku ketagihan. Rotinya yang lembut dan kering memu- dahkan diriku mengunyah sambil menikmati angin pagi yang bertiup sepoi-sepoi sejuk tetapi sesekali kuat. Dicecah lagi bersama dhal dan kari ikan tenggiri…OMAIGAD. Ketika kami bersarapan pagi saya tertanya-tanya siapakah lelaki yang bermisai dan gagah ini. Look very familiar. Maka sessi suai kenal pun bermula. Johnny yang lebih mesra dengan panggilan Joni, memaklumkan bahawa dia kerap kali sudah melihat diriku ketika acara berbasikal di sekitar Kota Kinabalu. Aku mendengar sessi suai kenal dengan penuh teruja sambil menjamu roti canai dengan kari ikan tenggiri. Perkenalan dengan Joni tidak sia-sia. Aku mengambil kesempatan bertanyakan beberapa soalan sambil meneliti cara susun atur barangan (Bikepack Setup) di basikalnya dan amat terkejut kerana dia menggunakan kaedah touring. Dua buah beg yang bergantung di tepi basikal dengan sokongan pen- yangkut besi yang dapat menampung berat sehingga 75kg membuatkan ku lebih ingin bertanya. Joni dengan senang hati menunjukkan kepada ku satu persatu kompenan yang ada di basikalnya. Beg besar yang di tepi basikal ini di panggil Pannier manakala besi penyangkut di namakan Carrier. Kaedah ini boleh menampung sehingga 50kg sekali jalan…kata Joni. Kali ini muatanya baru hanya 30kg sambil tersenyum. Joni selalu tersenyum. Awet muda...katanya.

Sabarlah untuk sesaat, BIKEPACK ATAU TOURINGBIKE Karena musim kemarau sudah tiba, KAEDAH MANA YANG TERBAIK BAGI ANDA? Tetaplah bersyukur, Karena kalau matahari tak ada, Kehidupan pun jadi fatamorgana, Samarinda, 20 Februari 2019 Anton Memulakan perjalanan lebih kurang 08:00 pagi yang di ketuai oleh Joni, kami berkayuh menyusuri Pekan Kinarut sejauh 5km sebelum ke jalan gravel. Laluan berbatu bermula daripada persimpangan Kampung Tampasak. Memang sudah di jangka, dengan pengala- man yang kurang, gear surung terpaksa di aktifkan di beberapa kawasan pendakian specially pendakian dan downhill yang agak curam bagi ku. Biar lambat asal jangan cedera buat kali kedua. Cuaca yang panas membuatkan aku terpaksa akur kepada sinaran ma- tahari yang terik. Beberapa kali meminta excuse dengan team untuk berhenti dan berehat, i was so blessed for having them as a team. Setia kawan mere- ka memang tidak boleh di nafikan. Aku amat berharap kesabaran mereka kekal setiap kali ride bersama mere- ka.

Orienteering - Pakai Angin atau Goole Map After 15km, we arrived at our basecamp located near the Kaiduan River. Kami mula mendirikan khemah masing-masing. Sekali lagi saya terpesona dengan khemah Joni yang agak besar. ‘Boleh memuatkan 3 orang dewasa bah’… bisik hati ku. Joni menawarkan diri untuk mendirikan meja tetapi di sampuk oleh Eri…‘ah, tidak payah la bah, 1 mlm jak kita bukan 1 minggu…’ Suasana menjadi riuh ren- dah dan di selubungi gelak ketawa sambil kami meneruskan preparation for our lunch. Memang amat lucu apabila kenangan ini di imbas kembali.

This trip agak extreme for me since this was my 1st time masak nasi menggunakan sumber air semula jadi which is air Sungai Kaiduan dengan harapan perut ku tidak sa- kit. Lunch for this trip sangat simple, which is makanan tin sahaja. Menu kami ialah Nasi, Ikan Bilis, Telur dan Daging Lembu Kurma. Aku terkenang kembali pada bikepack yang pertama bersama Eri dan Sam, adakah malam ini juga kami akan makan makanan dalam tin? Well…..it would something to think about later. Joni dengan Touring Set Up

Mempraktikkan gear surung Eri sedang membaiki gear Trailbike menjadi pilihan Eri

After lunch, Eri decided to take a look around while me n Joni menggunakan peluang yang ada untuk mengambil gambar di sekitar tapak perkhemahan. Now i realise forgotten to bring something along with me. My wanderlust Sjcam. What a pity. Up coming adventure Sjcam will be in the bag. After a while around 02:30 afternoon, Eri came back with a dazzling news that Mondikot Deer Campsite which is nearby with our campsite offers us a fine campsite place to stay with zero charge. Tanpa bantahan dan soalan ka- mi semua bersetuju untuk menerima tawaran itu kerana kami berpendapat adalah lebih baik menerima pelawaan baik dari orang kampung. Makan tenghari menggunakan 2 jenis mestin yang berbeza bentuk A precious decision has made kerana selang beberapa minit selepas kami berpindah tapak, hujan mulai turun dengan lebat. Sekitar 04:00petang hujan mula beransur reda dan aku mengambil kesempatan un- tuk mengambil beberapa keping gambar di sekitar tapak pekhemahan, luckly Uncle Wembley also the owner of the campsite ada memelihara beberapa ekor rusa dan mempunyai dusun di sekitar campsite. Berbekalkan kamera telefon Sony segala gambar yang dirakamkan tidak menjadi. Rusa pulak asyik ber- lari-lari. Seakan-akan membawa ku bermain dengannya. Kehampaan mula menyelubungi saya. Alangkah bagusnya jika kekasih hati Sjcam dan Sony A5000 ada di sampingku. Agar segala memori dapat di rakam bersama flora dan fauna Mondikot Deer Campsite Sekitar 05:30 petang, Uncle Wembley datang melawat ke tapak perkhemahan kami. Ketika berbual dan bertanya pengalaman kami berkayuh ke sini, surprisingly he told us that a week before ada kejadian ma- ti lemas di kawasan berdekatan tapak perkhemahan kami. Seperti biasa Eri merangkap komando botak mula mengatur langkah hendak menakutkan saya. Mula sudah cerita karutnya bahawa kawasan tersebut berkemungkinan ada hantu air. Siap dengan sound effect…

Hari semakin gelap, Eri mula mengatur langkah dengan menyediakan makan malam kami. Menu kekal berasaskan makanan tin. Memandangkan aku masih baru dalam dunia bikepacking, aku hanya diberi tugas sebagai tukang cuci piring sahaja. Perasaan ku amat kecewa kerana peranan ku amat kecil. Hanya pencuci piring yang terpaksa mereda kesejukan malam, nyamuk dan agas. Namun kopi sedap ku setia menanti. Menanti masa untuk di pertemukan dengan jodohnya…air panas yang men- didih…kata ku dalam hati sambil tersenyum. Ketika sedang membancuh kopi kegemaran ku Joni sudah menyusun posisi duduk sambil bersandar di tiang teratak. Eri pula dengan posisi kegemarannya duduk bersandar sambil menyilang kaki. Aktiviti malam kami menjadi semakin menarik apabila Joni mengongsikan pengalaman beliau se- masa masih berkhidmat di dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia. Pengerakan badan dan tan- gan serta gaya ketika bercerita dapat ku rasakan bahawa Joni amat merindui zaman perkhidmatan beliau. Tanpa di sedari jam sudah 01:00 pagi. Gelak ketawa, sedih dan kenangan semasa mendengar cerita Joni di akhiri dengan bunyi guruh di langit. Kami bertiga mengambil kata putus untuk berehat dan tidur. Good Night Mondikot..

Suasana malam di Mondikot Deer Camp

Tapak perkhemahan kedua Good Morning Deer Camp…ayat pertama yang keluar dari mulut ku. Rasanya sekitar dalam jam 05:30 pagi mataku sudah terbuka. Secara perlahan ku mengeliatkan tubuh sambil berguling. Walaupun masih di selimuti sleeping bag, rasa sejuk embun pagi tetap terasa. Mungkin kerana hujan lebat kemarin. Kali ini ku terbangun lebih awal daripada trip sebelumnya. Perlahan-lahan ku membuka zip khemah. Kiranya ingin mem- buat kejutan kepada Eri dan Joni. Niat nakal ku ingin mengoyangkan khemah mereka. Sebaik keluar daripada khemah, rupanya mereka berdua sudah bangun lebih awal. Angin sepoi-sepoi sejuk di rasai pada muka ku. Menggeletar badan ku kesejukan. Pada masa yang sama Eri turut memberitahu Keadaan tapak ketika pagi ku bahawa dia baru sedar jika flysheet yang terdapat pada khemah boleh djadikan sebagai alas/ selimut tambahan di kala keadaan terpaksa. Kata ku… ‘Ah….ku tu. Pagi sudah baru ko cakap. Mahu balik sudah kita pagi ni’ sambil tersenyum sinis. Masa masih terlalu awal, kami bertiga hanya mampu duduk dan bercerita sambil menunggu udara sejuk berlalu. Selepas itu kami bergilir membersihkan diri. Eri mula mengambil peranan beliau sebagai chef dengan menyediakan makanan seperti selalu. Pagi ini sarapan kami cukup sekadar untuk mengisi perut iaitu maggie dan minuman 3in1.

Durian di Mondikot Deer Camp Ketika menjamu sarapan, terlintas di fikiran ku untuk mengubah menu ketika camping di masa akan datang. Idea ini ku kongsikan kepada Eri dan Joni. Both of them positively agree with me. Dan ketika ini juga Eri lantas memberi cadangan untuk membuat menu Nasi Lemak pada trip bikepack akan datang dan ketika itu juga entah bagaimana Pantai Pimping, Membakut menjadi pilihan kami. Adakah mungkin kerana tempat ini semakin menjadi pilihan para campers di luar sana? I was so delighted and exhilarated. Selesai mengemaskan barang-barang, kami mula bersiap untuk bergerak pulang. Sebe- lum itu kami harus melaksanakan satu tu- gas, iaitu singgah untuk mengucapkan terima kasih kepada Uncle Wembley dan pa- ra kakitangan Mondikot Deer Camp kerana telah menawarkan kami untuk bermalam di sana. Rasanya tanpa pelawaan Uncle Wem- bley coretan dan kenangan serta memori trip kali ini tidak akan bermakna. Will miss Mondikot Deer Camp. Kami memulakan kayuhan sekitar jam 09:00 pagi dengan melalui jalan gravel sepanjang 1km dan melalui jalan asphalt sejauh 13km sebelum kami mula menyusuri jalan utama (Kampung Manggis- Pekan Kinarut). Nasib menyebelahi kami kerana laluan lebuhraya yang kami lalui masih belum di buka sepe- nuhnya. Kami bertiga bebas menggunakan jalan tersebut. Matahari semakin meninggi dan terik. Kulit ku yang halus semakin terasa pedih. Bahang Matahari yang memanaskan asphalt mula mem- bakar kulit. Aku mula mencari pokok-pokok untuk berteduh tetapi malangnya sepanjang laluan ter- sebut tidak terdapat sepohon pun. Kayuhan ku terasa semakin perlahan. Panas matahari dan angin lintang memperlahankan kayuhan ku. Tadi pagi sarapanku hanya maggie dan 3in1. Mana cukup untuk menampung kehendak badan ku yang aktif berpeluh pada ketika ini. Joni yang perasan tentang perubahan kelajuan ku decided to stop and wait me di puncak highway (laluan bukit tertinggi). Aku pula cuba sedaya upaya untuk mengayuh agar tidak menggunakan gear surung. Akhirnya berjaya juga walaupun struggled mengayuh sambil menahan panas terik matahari dan mengimbang badan kesan tiupan angin lintang. Kepuasan dapat ku rasakan. Pkiran ku mula berkata ‘Adakah ini yang sering di perkatakan bukit menjadi rata?’

Menjamu selera selepas sampai di gaisan penamat Namun dapat ku rasakan degupan jantung seperti ingin meletup ketika itu. Eri mula berasa simpati dengan kondisi ku yang mu- la memucat. Dia memujuk ku bahawa lokasi rehat seterusnya cuma beberapa kilometer di hadapan. Keadaan badan ku yang semakin lemah. Namun ku gagahi juga. Pikiran ku berkata-kata lagi… ‘Kalau lelaki boleh buat, kenapa perempuan tidak boleh buat’. Tapi kenapa aku merasa sesuatu yang aneh? Kenapa Eri tiba-tiba bercakap dengan lembut dengan ku? Sepanjang pengalaman ku mengikut perlumbaan, kata-kata Eri tadi hanya la bohong belaka. Kenapa aku harus percaya dan akur dengan kata manisnya? Tanpa semena-mena dan tidak sengaja aku telah meninggikan suara pada Eri by saying 'diam la ko, dari tadi cakap mo sampai sudah!'. Selepas itu sepanjang kayuhan menjadi suram. Kayuhan harus di teruskan. Kami sampai di Pekan Kinarut sekitar 12:00 tengahari. Sebelum tiba di Pekan Kinarut Joni memecahkan keheningan kami dengan berteriak ‘Bah..terus ke Jamal Salim. Lambat dia belanja’ sambil tertawa. Akhirnya destinasi terakhir kami sampai di penghujungnya iaitu Jamal Salim. Joni memesan Nasi Briyani Kambing, Eri pulak memesan Roti Nan berlaukan ayam kicap. Manakala selera ku hari ni hanya sekadar Roti Kosong dan Roti Telur sebagai penga- las perut. Sebelum berpisah, kami bertiga sempat memberi isyarat perpisahan agar keep in touch untuk trip seterusnya… Nantikan kayuhan kami ke Pantai Pimping, Membakut.

Stella Samudin Rosdi Fikiran Eri Wikid SILA IMBAS KOD QR SILA IMBAS KOD QR SILA IMBAS KOD QR Johnny Joseph SILA IMBAS KOD QR MUKA SURAT TERAKHIR


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook