Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore NASI LEMAK PIMPING BIKEPACKING

NASI LEMAK PIMPING BIKEPACKING

Published by John Tabat, 2021-06-10 13:48:34

Description: Koleksi kayuhan jarak jauh, berkhemah dan adventure.
Stella Samudin Eri Wikid Mohd Hairry Bin Mus Johnny Joseph Zabad 9W6KZM Nur Fatin Alesia Shaah Mazlee Awat Beringgis Bikepack Touring Sabah Pantai Beringgis

Keywords: zabad,john tabat,9w6kzm,stella samudin,johnny joseph,rosdi fikiran,Nur Fatin Alesia Shaah,Mazlee Awat ,Pantai Pimping,Pantai Pimping Membakut,JKR Sabah,Jabatan Kerja Raya Sabah,Kahawa Divers,Kahawa,Kahawa Adventure Divers,KARTIKA ZABAD BIN BACHO MOHAMAD,KARTIKA ZABAD

Search

Read the Text Version

SUNBURN - TETAP SENYUM

Seperti yang sudah dirancangkan, saya tiba di rumah Eri lebih awal daripada yang dijadualkan untuk ‘pick him up’ dan barang-barang yang ingin kami bawa untuk tour kali ini. Memandangkan tour kali ini akan lebih santai, kami bersetuju untuk munggunakan Support Vehicle (SV) bagi menemani kami sepanjang perjalan- an. Oleh itu, perkhidmatan support driver akan diserahkan kepada Cakung dengan menggunakan kereta pacuan 4 roda. Cakung adalah kenalan Eri semasa trip perkhemahan mereka beberapa tahun lalu. Setibanya kami sampai di perkarangan rumah Cakung, kami terpaksa menunggu lagi selama 10 minit kerana Cakung masih belum bersiap biarpun sudah diarahkan untuk bersiap sebelum 05:30 pagi.

Perjalanan kami bertiga diteruskan ke Restoran Jamal Salim, sama seperti tour sebelumnya, di sinilah tempat kami berkumpul dan sal- ing berkenalan bersama ahli baru. Di sini Eri akan menerangkan tugas-tugas Cakung dengan lebih ter- perinci semasa kami berkayuh nanti, tidak lupa juga Eri telah me- nyediakan 1 unit walkie talkie untuk Cakung bagi memudahkan komunikasi antara kami. PIT STOP 1 DI BENONI - Restoran Alif menjadi pilihan kami

STARTING POINT—RESTORAN JAMAL SALIM Group photo di ’Flag Off Point’ Kayuhan bermula tepat pada 0700 diketuai oleh Joni sebagai Lead Cycler dan Eri sebagai sweeper, sempat hati ini berkata “sungguh bertuah menjadi peser- ta tunggal wanita dalam pasukan”. Perjalanan diteruskan sejauh 15KM iaitu tempat kami akan berjumpa member baru iaitu Rosdi. Rosdi atau lebih mesra dipanggil D adalah rakan baik kepada Joni, di mana mereka selalu membuat kayuhan jarak jauh bersama. Di fahamkan D juga pernah berkhidmat dalam pasukan ATM dalam Unit Logis- tik. Kayuhan diteruskan sehingga ke Sabindo untuk kami bersarapan bersama dan untuk berkenalan sesama kami dengan lebih mendalam.

MACAM BERGADUH KAN?

Kayuhan diteruskan lagi sehingga ke Bulatan Manggis, di sini Eri mengambil keputusan untuk memilih menyusuri jalan kampung berbanding lebuhraya kerana agak merbahaya bagi pengayuh seperti kami yang sarat dengan muatan di tambah lagi bahu jalan yang agak sempit. Perjalanan diteruskan sejauh 3km diatas jalan asphalt sambil kami menikmati pemandangan kampung yang tidak seorang daripada kami pun yang pernah melalui jalan ini. Sebelum meneruskan perjalanan gravel, kami sempat berehat sambil Eri selaku Navigator memeriksa jarak offroad sebelum tembus ke jalan raya besar. Dan hasil pemeriksaan beliau, perjalanan offroad cuma sejauh 18km daripada titik kami berehat ke jalan raya besar dan kami semua bersetuju untuk menyusuri jalan ini.

Ku sangkakan 18km offroad ini sesuatu yang mudah, rupanya sangkaan ku meleset sama sekali. Kayuhan of- froad kami yang pada mulanya harmoni dan tidak ada sesiapa pun yang jauh ketinggalan, menjadi semakin perlahan disebabkan bentuk muka bumi yang berbukit. Jangankan saya, buat pertama kalinya di tour ini saya mendengar Joni mulai mendengus dengan cabaran laluan kali ini. Seperti tour sebelumnya, gear surung sudah lama saya aktifkan bagi menjimatkan tenaga yang tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan tiga perwira ini. Ternyata ramalan 18km offroad kali ini sangat jauh, ditambah dengan matahari yang semakin menegak. Laluan bukit berbatu entah sudah berapa banyak kami lalui dengan menggunakan gear surung, sehingga Joni menyarankan saya untuk membasahkan umbun kepala bagi mengurangkan panas dan mengelak daripada terkena stroke haba. ‘SET UP’ YANG BERBEZA SUDAH PASTI PENGALAMANYA PUN BERBEZA

Sebelum perjalanan diteruskan, coklat Cloud9 yang sudah menemani saya semenjak trip bikepack per- tama menjadi pilihan snek sebelum meneruskan kayuhan. Dengan semangat yang semakin menipis, D yang sudah menjadi penunggu setia saya dari tadi tidak penah jauh meninggalkan saya. D akan tetap setia membantu saya di kala semangat semakin meluntur. Sehingga 1 tahap saya akan membuang atau membaringkan saja basikal saya di tengah2 jalan kerana tidak tertahan dengan bahang matahari untuk mencari tempat berteduh. Pergerakan kami kali ini terasa lebih perlahan berbanding dengan trip2 sebelumnya, apakan tidak, ben- tuk muka bumi yang beralun membuatkan kami terasa seperti dipermainkan. Dikala kami terasa sudah sampai di puncak tanah tinggi, rupanya di depan masih ada tanah tinggi yang harus kami tempuhi. Keadaan seperti ini sangat mencabar mental seorang pengayuh bikepacker yang masih baru seperti saya. Terasa diri amat beruntung kerana mengenali D pada trip kali ini. BERSIAP-SEDIA UNTUK MEMBUANG BASIKAL



PENGHUJUNG LALUAN GRAVEL 4km terakhir sebelum sampai ke susur jalan besar juga bukan mudah bagi ku. Sebelum itu kami ber- empat sempat duduk berehat d pondok kayu di tengah2 ladang sawit sambil berbual dengan perkerja di ladang disana. Sempat saya terdengar Joni mulai mengomel kerana stok air beliau semakin berku- rang dan risau tidak sempat untuk refill d perhentian seterusnya, ini kerana beliau takut diserang ke- jang otot ketika mengayuh. Perjalanan diteruskan, jalan asphalt lurus yang agak mudah bagiku, tapi sebenarnya tidak. Jalan lurus yang sepertinya tidak berpenghujung sekali lagi mempermainkan emosi ku yang sudah sedia lemah. Tanpa ku sedari aku sudah mulai marah kerana keletihan yang teramat sangat. Kayuhan semakin per- lahan, mungkin kerana body language ku yang ketara, Eri mulai menolak sya ke depan supaya kayu- han saya lebih ringan, selang beberapa meter kemudian, dia beralih ke depan untuk memotong angin supaya kayuhan ku menjadi lebih mudah, ketika itu juga terasa kayuhan semakin mudah kerana sokongan tolakan dari Rosdi dari arah belakang. Sungguh ku terharu dengan pasukan kali ini.

PIT STOP 2 -PETRONAS BONGAWAN

Akhirnya kami sampai di destinasi tempat kami berehat, iaitu Petronas Bongawan. Betapa hati ini gembira ketika itu kerana akhirnya saya boleh berehat dengan lebih selesa berbanding dengan tempat- tempat sebelumnya. Sesampai di sana, Cakung sudah setia menanti ketibaan kami, seperti tahu dengan situasi, dia tanpa diarah mengeluarkan cooler box yang sudah kami sediakan dan mengeluarkan minu- man sejuk. Sungguh nyaman terasa di tekak. Sesudah berehat beberapa ketika, Rosdi meminta diri un- tuk untuk menunaikan solat dan ketika itu juga Eri, selaku komando botak membuat keputusan untuk menukar pengayuh iaitu di antara saya dan Cakung. Ini bermakna Cakung akan menyambung perjal- anan ke destinasi tapak perkhemahan kami dengan mengunakan basikal dan saya akan memandu SV.

APA PANDANGAN ANDA - MASAK ATAU KAMERA YANG LEBIH UTAMA? MINUMAN ELEKTROLIT JENIS ISOTONIK

Perjalanan daripada tempat kami berehat ke tapak perkhemahan adalah sejauh lebih kurang 17km, Saya sempat singgah di gerai tepi jalan untuk membeli seikat jagung untuk santapan malam kami. Memandangkan saya tiba awal di tapak perkhemahan, saya akan menyediakan makan malam kami yang bermenukan nasi putih, sosej dan telur dadar, belum sempat saya berbuat apa-apa, team pengayuh sudah pun sampai dan Eri mengambil keputusan untuk membantu saya untuk menyiap- kan makan malam kami.

BINI NO.2

GAMBAR KENANGAN DI SETIAP TOUR



LATIHAN PENDEDAHAN OUTDOOR KEPADA CAKUNG Malam semakin menghampiri, kami masing-masing mengambil keputusan untuk mendirikan khemah sendiri, malam ini Rosdi akan berkongsi khemah bersama Joni dan Cakung akan berkongsi dengan komando botak. Cakung mengambil peranan dalam mancari kayu api dan memasang fly-sheet un- tuk khemah kami. Ini kerana dia paling kurang berpengalaman dalam dunia bikepack.

SUNSET DI PANTAI PIMPING, MEMBAKUT

MALAM INI PASTI MIMPI INDAH - AIR BED ROSDI

MENU UTAMA Aktiviti malam tidak banyak berubah daripada tour sebelumnya, cuma kali ini kami mempunyai jagung untuk dipanggang, selebihnya perkongsian tentang ak- tiviti yang pernah dibuat sebelum ini.

‘THE PERSON WHO INCHARGE TO MAINTAIN THE FIRE’

Pagi yang indah! Memandangkan perkhemahan kali ini di tepi pantai, suhu di waktu pagi amatlah nyaman ditambah dengan irama desiran ombak Pantai Pimping. Sebelum fajar menyapa, saya mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di gigi pantai sambil menikmati an- gin Pantai Pimping, pagi itu terdapat beberapa pemancing persisiran pantai sedang memacak pancing menunggu umpan disambar.



NASI LEMAK PIMPING

Selepas membersihkan diri, saya mula me- nyediakan sarapan. Menu sarapan kali ini lebih istimewa berbanding menu sebelum ini, iaitu NASI LEMAK. Ya, kami akan menyediakan nasi lemak sebagai menu sarapan kami kali ini. Kali ini saya dan Eri bertanggung jawab dalam menyediakan sarapan manakala Cakung membantu un- tuk mengemas khemah kami berdua kemudian membantu dalam menyiapkan sarapan. Nampaknya watak Cakung boleh bertindak tanpa arahan kali ini! Selain sesi bergambar dan tawa ria ketika menjamu sarapan, tidak akan lengkap jika tidak dis- erikan dengan mee segera goreng Joni yang sepertinya menu wajib beliau. Selesai mengemas, kami memulakan kayu- han untuk pulang ke destinasi asal kami. Saya mengambil keputusan untuk me- mandu SV dan Cakung kekal sebagai pen- gayuh, Eri menetapkan destinasi berhenti seterusnya di mana saya akan menunggu mereka dan membantu jika mereka keku- rangkan bekalan air atau sebagainya. Di situlah watak suppoter amat penting da- lam memastikan setiap trip berjalan dengan lancar dengan bantuan radio walk- ie-talkie yang disediakan oleh komando botak. NASI LEMAK MEMANG MENYELERAKAN

AUS…...

SOMETIME ITS NOT ABOUT PEDALING

DUI...DOGOK YA...HOOO I CAN FLY

SOMETIME ITS NOT ABOUT PADLING APA…...

Johnny Joseph Stella Samudin SILA IMBAS KOD QR SILA IMBAS KOD QR

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan kuat sebelum kami selamat sampai di ru- mah masing-masing. Memandangkan saya berada di hadapan, saya mengambil keputusan untuk berhenti di salah satu kedai kopi yang terdapat di tengah perjalanan supaya para pengayuh ber- peluang untuk memanaskan badan. Kopi yang dipesan pun hampir habis namun cuaca tidak menunjukan sebarang kerjasama, akhirn- ya undian suara dijalankan samada mengakhiri kayuhan ataupun teruskan, Joni sebagai ahli yang paling berpengalaman membuat keputusan untuk mengakhiri saja kayuhan atas faktor kesela- matan semua. Kami pun menurut perintah dan menaikan semua basikal ke kenderaan. SV mulai bergerak untuk menghantar ke semua pengayuh sampai ke rumah masing-masing dengan selamat. Rosdi Fikiran Eri Wikid SILA IMBAS KOD QR SILA IMBAS KOD QR


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook