Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Tugasan 4

Tugasan 4

Published by brandon970326, 2019-10-06 00:55:14

Description: Tugasan 4

Search

Read the Text Version

TUGASAN 4 PENULISAN APRESIASI

1.0 KARYA FOTO TEMA/TAJUK: Pity Tapir Camera model Sony Alpha 5100 F-stop f/5.6 Exposure time 1/160 sec. ISO speed ISO-640 Focal length 50 mm (Teknik Suntingan: Brightness +21, Contrast +1, Black and White)

2.0 UNSUR NILAI DAN ESTETIKA Gambar di atas merupakan gambar dua ekor tapir yang diambil di Zoo Johor. Boleh kita nampak daripada gambar tersebut, subjek utama iaitu tapir dalam gambar kelihatan letih dan kurang sihat. Sekiranya memerhati gambar asal di bahagian lampiran, terdapat luka di bahagian kepala salah seekor tapir. Bukan itu sahaja, kawasan mereka tinggal juga nampak kotor dan tidak dijaga dengan baik. Ini telah melahirkan perasaan simpati dalam hati jurugambar kerana tapir ini sudah tidak mempunyai kebebasan, malah mereka juga tidak mempunyai tempat kediaman ataupun kawasan yang bersih dan selesa. Menurut Utusan Online (2016), anggaran populasi tapir di Semenanjung Malaysia kini adalah antara 1,100 hingga 1,500 ekor dan haiwan ini telah dikelaskan sebagai spesis yang dilindungi sepenuhnya. Hal ini telah memberi peringatan ataupun amaran kepada kita manusia bahawa kita haruslah memelihara serta memulihara haiwan dengan baik. 3.0 TEKNIK FOTOGRAFI DAN SENI KOMPOSISI Terdapat beberapa aspek komposisi yang telah diaplikasikan dalam gambar ini. Yang pertama, konsep Rule of Third. Dalam gambar tersebut, subjek utama telah diletakkan di antara titik tindihan garisan vertical dan horizontal di bahagian kiri manakala bagi bahagian kanan gambar pula adalah ruang yang agak kosong. Dengan susunan seperti ini, mata penonton gambar tidak akan terganggu oleh elemen lain dalam gambar tersebut dan dapat memberi tumpuan kepada subjek utama. Bukan itu sahaja, disebabkan kedua-dua ekor tapir tersebut sedang menghadap ke bahagian kanan, adalah lebih sesuai bagi mereka untuk berada di bahagian kiri supaya gambar nampak lebih menarik. Seterusnya, gambar di atas telah diproses menjadi gambar hitam-putih iaitu gambar monochrome. Walaupun hanya terdapat tiga jenis warna iaitu hitam, putih dan juga kelabu dalam gambar tersebut, tetapi ia tidak membosankan namun dapat menambahkan kesedihan dalam hati penonton gambar apabila melihat gambar tersebut. Selain itu, dengan gambar warna hitam-putih ini, mata penonton gambar tidak akan terganggu oleh warna-warna yang berlainan dan hal ini dapat

meningkatkan fokus serta perhatian penonton kepada subjek utama dalam gambar. Boleh dikatakan gambar tersebut dilihat lebih abadi berbanding dengan yang berwarna-warni. Disebabkan jarak subjek utama dengan kamera adalah agak jauh, walaupun pembukaan aperture sudah agak besar tetapi masih tidak dapat menghasilkan kesan bokeh yang baik. Oleh itu, jurugambar telah menggunakan focal length 50mm bagi memastikan focusing point semasa mengambil gambar tersebut adalah pada subjek utama. Jurugambar juga perlu memastikan kamera tidak bergetar supaya subjek utama yang hendak diambil dapat difokuskan dengan jelas dan tidak kabur. Boleh dikatakan focusing point bagi gambar di atas berjaya diberi kepada subjek utama dan hal ini boleh dibuktikan di mana ketajaman subjek utama dalam gambar tersebut adalah tinggi. 4.0 TEKNIK SUNTINGAN Merujuk kepada gambar yang ditunjukkan di atas, teknik suntingan telah dilakukan dengan menggunakan Perisian Manipulasi Photoshop. Secara keseluruhannya, gambar tersebut telah diproses menjadi hitam-putih melalui black and white dalam photoshop. Butiran black and white adalah seperti berikut: Reds: +19, Yellow: +180, Green: +160, Cyan: +85, Blues: -53 dan Magentas: -4. Seterusnya, brightness gambar juga telah ditambah sebanyak 21 supaya gambar tidak kelihatan hitam dan gelap. 5.0 RUMUSAN Secara kesimpulannya, banyak pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi melalui penulisan apresiasi ini. Dengan penelitian dan juga penilaian terhadap hasil karya ini, boleh dikatakan bukannya senang bagi kita untuk merakam atau mengambil gambar yang baik. Oleh itu, sebagai seorang jurugambar kita haruslah sentiasa mengaplikasikan konsep-konsep yang telah kita pelajari supaya dapat menghasilkan karya yang lebih bermakna.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook