Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore MODUL KESENIAN PEDALAMAN CHALLENGE 2021

MODUL KESENIAN PEDALAMAN CHALLENGE 2021

Published by valerie_sinti, 2021-02-01 15:53:32

Description: MODUL KESENIAN PEDALAMAN CHALLENGE 2021

Search

Read the Text Version

1

KANDUNGAN MODUL PEDALAMAN CHALLENGE 2021 PENGENALAN 3—4 1.0 PERTANDINGAN SENI VISUAL 5—8 KERTAS KONSEP 21 BORANG PENYERTAAN 2.0 PERTANDINGAN TARIAN SOLO 9—14 KERTAS KONSEP 22 BORANG PENYERTAAN 3.0 PERTANDINGAN PERAGAAN BUSANA KERTAS KONSEP 15—20 BORANG PENYERTAAN 23 PENUTUP 21 2

MODUL Kesenian Pengenalan TUJUAN Memberi ruang dan peluang kepada murid-murid di kawasan pedalaman untuk menyertai aktiviti kokurikulum di peringkat negeri Sabah. OBJEKTIF 1. Memberi ruang dan peluang murid-murid di kawasan pedalaman untuk mengikuti pelbagai program kokurikulum di peringkat negeri. 2. Mengenalpasti potensi dan kebolehan murid dalam setiap aktiviti yang disediakan. 3. Meningkatkan pencapaian markah murid dalam Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di peringkat negeri. 4. Menggalakkan pelibatan dan penyertaan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. 5. Merealisasikan ENAM Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Kementerian Pendidikan Malaysia. RASIONAL 1. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum kebangsaan berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di mana aktiviti kokurikulum wajib dilaksanakan di sekolah. 2. Semua murid Tahap 2 sekolah rendah dan sekolah menengah, pencapaian markah kokurikulum mereka dinilai berdasarkan pencapaian markah PAJSK. 3. Semua murid mempunyai ruang dan peluang yang sama untuk mengikuti aktiviti kokurikulum. TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN Tarikh Pelaksanaan : 15 Jun hingga 15 Julai 2021 Tempat : Sekolah masing-masing Tarikh Perasmian : 15 Jun 2021 (Selasa) SASARAN PENYERTAAN 1. Sekolah pedalaman dan sekolah pulau. 2. Semua sekolah menengah kawasan pedalaman dan pulau. 3. 10 buah sekolah rendah yang terpilih di setiap Pejabat Pendidikan Daerah. 4. Penyertaan hanya dibuka kepada sekolah-sekolah yang tiada capaian internet atau mempunyai masalah capaian internet. 3

MODUL Kesenian Konsep dan Markah KONSEP PELAKSANAAN 1. Program akan dilaksanakan secara offline. Pihak penganjur akan menyediakan modul pelaksanaan dalam bentuk hardcopy dan softcopy. 2. Modul akan dihantar ke sekolah-sekolah yang terpilih melalui Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK) yang akan hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing yang akan menjadi stesen atau agen penyampai untuk mendapatkan modul dan menghantar hasil karya murid. 3. Pihak penganjur akan memberikan taklimat kepada semua GPK sekolah yang terpilih berkenaan dengan pelaksanaan program ini. 4. Pihak sekolah akan membuat penilaian terhadap semua hasil karya murid dan hanya memilih 10 karya terbaik untuk dihantar ke PPD. 5. Pihak PPD seterusnya akan membuat penilaian peringkat daerah dan menghantar 5 karya terbaik untuk mewakili daerah ke peringkat negeri. MARKAH PELIBATAN DAN PENCAPAIAN MURID Markah pelibatan murid akan diberikan mengikut skor berikut: PERINGKAT SKOR PELIBATAN (Murid didaftarkan sebagai atlet/peserta/kursus/program) NEGERI DAERAH Markah pencapaian murid akan diberikan mengikut skor berikut: ELEMEN PERINGKAT EMAS SKOR GANGSA 14 PERAK 12 TAHAP NEGERI 11 9 PENCAPAIAN DAERAH 8 13 6 SEKOLAH 10 7 Penghantaran hasil karya murid: PERINGKAT BILANGAN DINILAI CATATAN SEKOLAH 10 karya terbaik daripada setiap aktiviti dihantar ke peringkat Semua penyertaan daerah dinilai 5 karya terbaik daripada setiap aktiviti dihantar ke peringkat negeri DAERAH 10 karya terbaik Penyertaan peringkat negeri akan dinilai untuk mendapatkan daripada setiap aktiviti pencapaian Emas, Perak dan Gangsa di peringkat negeri NEGERI 5 karya terbaik daripada setiap aktiviti 4

MODUL Kesenian Pertandingan Seni Visual Kertas Konsep TUJUAN Pertandingan Seni Visual ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam bidang seni visual sehingga ke peringkat antarabangsa. Matlamatnya adalah untuk melahirkan murid yang seimbang selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia. OBJEKTIF 1. Mencungkil bakat murid supaya lebih kreatif, inovatif dan produktif bagi melahirkan insan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 2. Memberi pengalaman dan peluang kepada murid untuk mempersembahkan hasil karya ke peringkat antarabangsa. 3. Memberi inspirasi dan mendidik murid yang berbakat secara kreatif dalam menyelesaikan masalah secara kritis serta berwawasan. 4. Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni visual dari golongan murid sekolah seluruh negara. 5. Menambah jumlah pengiat seni visual di Malaysia. RASIONAL 1. Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid ke arah hobi yang berfaedah. 2. Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang. 3. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti seni visual yang dijalankan di peringkat sekolah secara terancang. SASARAN PENYERTAAN 1. Penyertaan terbuka kepada semua murid SEKOLAH RENDAH (Tahun 1 hingga Tahun 6) dan SEKOLAH MENENGAH (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6) sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan berdasarkan kategori berikut: KATEGORI SEKOLAH RENDAH TAHAP 1 : 7 tahun hingga 9 tahun KATEGORI SEKOLAH RENDAH TAHAP 2 : 10 tahun hingga 12 tahun KATEGORI SEKOLAH MENENGAH RENDAH : 13 tahun hingga 15 tahun KATEGORI SEKOLAH MENENGAH ATAS : 16 tahun hingga 19 tahun 2. Penyertaan adalah secara individu. Setiap murid hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja. 5

MODUL Kesenian Pertandingan Seni Visual Kertas Konsep KONSEP KARYA 1. Tema: “Serlahkan Kasih Sayang” Definisi: Ekspresi kasih sayang terhadap diri sendiri, haiwan peliharaan, keluarga, alam semulajadi, budaya, perayaan atau negara. 2. Penggunaan media adalah bebas. Media campuran dibenarkan. 3. Saiz minima karya: KATEGORI SEKOLAH RENDAH : A4 (210mm x 297mm) KATEGORI SEKOLAH MENENGAH : A3 (297mm x 420mm) Hasil karya TIDAK perlu dibingkaikan. 4. Penggunaan Acrylic Paper, Watercolour Paper dan kanvas adalah digalakkan. 5. Borang penyertaan (Lampiran A) yang lengkap hendaklah dilekatkan di belakang hasil karya. 6. Semua hasil karya akan menjadi hak milik pihak penganjur. 7. Pihak penganjur berhak membuat reproduksi ke atas karya bagi tujuan publisiti, promosi, percetakan dan terbitan. 8. Hasil karya hendaklah mematuhi syarat-syarat penyertaan. Penyertaan yang tidak mematuhi syarat akan dibatalkan. 9. Pihak Jabatan berhak MEMINDA mana-mana syarat dan peraturan jika perlu. 10. Jabatan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan. PEMARKAHAN DAN ANUGERAH PENCAPAIAN 1. Kriteria pemarkahan: Gubahan = 30 markah Warna = 30 markah 20 markah Interpretasi = 20 markah Nilai = 100 markah Markah keseluruhan = 2. Pencapaian anugerah akan dinilai berdasarkan kepada markah berikut: 85 hingga 100 : Anugerah Emas 70 hingga 84 : Anugerah Perak 50 hingga 69 : Anugerah Gangsa 1 hingga 49 : Penyertaan 3. Setiap murid akan menerima sijil penyertaan dan sijil pencapaian peringkat negeri. 4. Sijil pencapaian kedudukan tempat pertama hingga kesepuluh (Top 10) bagi setiap kategori. 6

MODUL Kesenian Pertandingan Seni Visual Kertas Konsep TATACARA PENGHANTARAN KARYA 1. Pihak sekolah akan membuat penilaian terhadap semua hasil karya murid dan hanya memilih 10 karya terbaik untuk dihantar ke PPD. 2. Pihak PPD seterusnya akan membuat penilaian peringkat daerah dan menghantar 5 karya terbaik untuk mewakili daerah ke peringkat negeri. GARIS MASA PERTANDINGAN SENI VISUAL PEDALAMAN CHALLENGE 2021 BIL PERKARA TARIKH CATATAN 1. Hebahan kepada semua Mei 2021 Pihak penganjur akan memberikan taklimat kepada PPD semua GPK sekolah yang terpilih. 2. Penghantaran modul ke Jun 2021 Modul akan dihantar ke sekolah-sekolah yang terpilih PPD melalui GPK yang akan hadir ke PPD. 3. Perasmian Pedalaman 15 Jun 2021 Sekolah masing-masing. Challenge 2021 4. Pelaksanaan pertandingan 15 Jun—15 Julai 2021 Pihak sekolah akan membuat penilaian peringkat di sekolah sekolah. 5. Penilaian karya peringkat 16—31 Julai 2021 Pihak PPD akan membuat penilaian peringkat daerah. daerah 6. Penghantaran karya 1—15 Ogos 2021 PPD menghantar 5 karya terbaik untuk mewakili terbaik dari PPD ke JPN daerah ke peringkat negeri. 7. Penilaian karya peringkat 16—31 Ogos 2021 Pihak JPN akan membuat penilaian peringkat negeri. negeri 8. Pengumuman keputusan September 2021 Akan dimaklumkan. PEMATUHAN SOP Pihak sekolah hendaklah memastikan setiap murid WAJIB mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu: 1. Memastikan semua guru dan murid yang terlibat membuat saringan dan merekod suhu badan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti. Suhu badan yang mencapai atau melebihi 37.5 darjah celcius atau bergejala tidak dibenarkan menyertai aktiviti. 2. Memastikan penjarakan sosial 1 meter antara individu dalam semua aktiviti sepanjang pertandingan berlangsung. 3. Memastikan semua guru dan murid yang terlibat kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer. 4. Memastikan lokasi pertandingan bersih dan selamat digunakan. Sanitasi perlu dilakukan sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di lokasi yang disahkan oleh Pejabat Kesihatan daerah masing- masing. 7

MODUL Kesenian Pertandingan Seni Visual Kertas Konsep PANEL PENILAI PERINGKAT NEGERI 1. Panel penilai dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah semasa pertandingan ini berjalan. 2. Sistem penilaian adalah di bawah penyelarasan Unit Pengurusan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. 3. Keputusan penilai adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan. PERTANYAAN Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 1. EN. SABATING @ BARON KAMPIAU Seni Visual Sekolah Menengah Tel: 010-9420 699 Pengerusi Teknikal Negeri SMK Taun Gusi, Kota Belud 2. EN. RIDUAN BIN ABDUL HAMIT Seni Visual Sekolah Rendah Tel: 017-8969 497 Pengerusi Teknikal Negeri SK Tiong Perungusan, Tuaran PENGANJUR PERINGKAT NEGERI 1. Unit Pengurusan Bakat Murid (Kesenian): ENCIK SAMTIAR HJ MANTAIR Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tel: 088-537010 ext. 7244 Alamat emel: [email protected] 2. Alamat penghantaran karya peringkat negeri: Sekretariat Pedalaman Challenge 2021 Unit Kokurikulum Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Aras 10, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Jalan Punai Tanah, Likas 88450 Kota Kinabalu, Sabah 8

MODUL Kesenian Pertandingan Tarian Solo Kertas Konsep TUJUAN Pertandingan Tarian Solo ini Memberi pendidikan asas seni tari kepada murid-murid peringkat sekolah rendah dan menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya. OBJEKTIF 1. Menggalak serta menarik minat murid mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari. 2. Mendedahkan murid kepada satu kaedah pembelajaran tari asli, zapin, joget, inang dan tarian rakyat negeri serta tarian etnik dengan keunikan budaya masyarakat di Malaysia. 3. Menggalakkan murid bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya. 4. Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan murid-murid sekolah. 5. Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid. RASIONAL 1. Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap generasi agar ia tidak luput ditelan zaman. 2. Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti murid dalam seni tari tradisional dan tarian rakyat/etnik di Malaysia. SASARAN PENYERTAAN 1. Penyertaan terbuka kepada semua murid SEKOLAH RENDAH (Tahun 1 hingga Tahun 6) dan SEKOLAH MENENGAH (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6) sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan berdasarkan kategori berikut: TARIAN SOLO LELAKI / SOLO PEREMPUAN : 7 tahun hingga 9 tahun : 10 tahun hingga 12 tahun KATEGORI SEKOLAH RENDAH TAHAP 1 KATEGORI SEKOLAH RENDAH TAHAP 2 : 13 tahun hingga 15 tahun : 16 tahun hingga 19 tahun KATEGORI SEKOLAH MENENGAH RENDAH KATEGORI SEKOLAH MENENGAH ATAS 2. Penyertaan adalah secara individu. Setiap murid hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja. 9

MODUL Kesenian Pertandingan Tarian Solo Kertas Konsep KONSEP KARYA 1. Konsep tarian terbahagi kepada DUA kategori: 1.1 KATEGORI SEKOLAH RENDAH SATU Tarian Rakyat Negeri ATAU Tarian Etnik di Malaysia 1.2 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH Rampaian SATU Tarian Tradisional (Asli, Inang, Zapin, Joget) dan BUKAN gerak tari kontemporari/kreasi baru. 2. Setiap peserta WAJIB mempersembahkan satu tarian mengikut kategori masing-masing. 3. Persembahan tarian hendaklah tidak kurang dari 4 minit dan tidak melebihi 5 minit. 4. TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual dan yang menggugat sensitiviti kaum dan agama. 5. Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah ditetapkan (Sebanyak 5 markah akan ditolak bagi setiap 1 minit kurang atau lebih). PAKAIAN/AKSESORI/PROPS 1. Pakaian dan aksesori peserta hendaklah bersesuaian dan sopan. 2. Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya. RAKAMAN VIDEO 1. Penyertaan peserta hendaklah dalam bentuk RAKAMAN VIDEO dan disimpan di dalam CD. 2. Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah. 3. Tempoh klip video adalah berdurasi 4 hingga 6 minit. Tempoh ini termasuk montaj dan kredit. 4. Markah akan ditolak sekiranya durasi melebihi had masa yang telah ditetapkan (Sebanyak 5 markah akan ditolak bagi setiap 1 minit lebih). 5. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan dipaparkan dalam pelbagai bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV dan MP4. 6. Resolusi maksimum video yang dihantar adalah video HD - 720p. 7. Saiz maksimum video adalah 500MB. 8. Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta. 9. Sebarang logo atau promosi daripada pihak tajaan adalah tidak dibenarkan dipaparkan di dalam video. 10

MODUL Kesenian Pertandingan Tarian Solo Kertas Konsep LAGU/MUZIK LATAR 1. Bagi Kategori Sekolah Rendah, lagu atau muzik latar yang digunakan boleh terdiri daripada mana-mana lagu rakyat/etnik yang sedia ada. 2. Bagi Kategori Sekolah Menengah, lagu atau muzik latar yang digunakan boleh terdiri daripada lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan. 3. Lagu atau muzik latar hendaklah menggunakan instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal atau asli. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diciplak. 2. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke YouTube/Facebook/Instagram/vlog/portal atau mana-mana laman web sebelum mendapat kebenaran penganjur. Sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan dibatalkan. 3. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan video. Sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan dibatalkan. 4. Pihak penganjur berhak membuat reproduksi ke atas karya bagi tujuan publisiti, promosi, percetakan dan terbitan. 5. Borang penyertaan (Lampiran B) yang lengkap hendaklah disertakan bersama CD. 6. Pihak Jabatan berhak MEMINDA mana-mana syarat dan peraturan jika perlu. 7. Jabatan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan. 8. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan. PEMARKAHAN DAN ANUGERAH PENCAPAIAN 1. Kriteria pemarkahan: 1.1 Kategori Sekolah Rendah (Tarian Rakyat/Etnik) Teknik Tari dan Koordinasi Muzik = 30 markah Koreografi = 20 markah Kesantunan dan Keseragaman = 20 markah Pecahan Tari dan Pola Lantai = 15 markah Busana dan Tatarias = 15 markah Markah keseluruhan = 100 markah 11

MODUL Kesenian Pertandingan Tarian Solo Kertas Konsep 1.2 Kategori Sekolah Menengah (Rampaian Tarian Tradisional): Teknik Tari dan Koordinasi Muzik = 30 Koreografi = 20 Kesantunan dan Keseragaman = 20 Pecahan Tari dan Pola Lantai = 15 Busana dan Tatarias = 15 Markah keseluruhan = 100 markah 2. Pencapaian anugerah akan dinilai berdasarkan kepada markah berikut: 85 hingga 100 : Anugerah Emas 70 hingga 84 : Anugerah Perak 50 hingga 69 : Anugerah Gangsa 1 hingga 49 : Penyertaan 3. Setiap murid akan menerima sijil penyertaan dan sijil pencapaian peringkat negeri. 4. Sijil pencapaian kedudukan tempat pertama hingga kesepuluh (Top 10) bagi setiap kategori. TATACARA PENGHANTARAN KARYA 1. Pihak sekolah akan membuat penilaian terhadap semua hasil karya murid dan hanya memilih 10 karya terbaik untuk dihantar ke PPD. 2. Pihak PPD seterusnya akan membuat penilaian peringkat daerah dan menghantar 5 karya terbaik untuk mewakili daerah ke peringkat negeri. GARIS MASA PERTANDINGAN SENI VISUAL PEDALAMAN CHALLENGE 2021 BIL PERKARA TARIKH CATATAN 1. Hebahan kepada semua Mei 2021 Pihak penganjur akan memberikan taklimat kepada PPD semua GPK sekolah yang terpilih. 2. Penghantaran modul ke Jun 2021 Modul akan dihantar ke sekolah-sekolah yang terpilih PPD melalui GPK yang akan hadir ke PPD. 3. Perasmian Pedalaman 15 Jun 2021 Sekolah masing-masing. Challenge 2021 4. Pelaksanaan pertandingan 15 Jun—15 Julai 2021 Pihak sekolah akan membuat penilaian peringkat di sekolah sekolah. 5. Penilaian karya peringkat 16—31 Julai 2021 Pihak PPD akan membuat penilaian peringkat daerah. daerah 6. Penghantaran karya 1—15 Ogos 2021 PPD menghantar 5 karya terbaik untuk mewakili terbaik dari PPD ke JPN daerah ke peringkat negeri. 7. Penilaian karya peringkat 16—31 Ogos 2021 Pihak JPN akan membuat penilaian peringkat negeri. negeri 8. Pengumuman keputusan September 2021 Akan dimaklumkan. 12

MODUL Kesenian Pertandingan Tarian Solo Kertas Konsep PEMATUHAN SOP Pihak sekolah hendaklah memastikan setiap murid WAJIB mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu: 1. Memastikan semua guru dan murid yang terlibat membuat saringan dan merekod suhu badan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti. Suhu badan yang mencapai atau melebihi 37.5 darjah celcius atau bergejala tidak dibenarkan menyertai aktiviti. 2. Memastikan penjarakan sosial 1 meter antara individu dalam semua aktiviti sepanjang pertandingan berlangsung. 3. Memastikan semua guru dan murid yang terlibat kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer. 4. Memastikan lokasi pertandingan bersih dan selamat digunakan. Sanitasi perlu dilakukan sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di lokasi yang disahkan oleh Pejabat Kesihatan daerah masing- masing. PANEL PENILAI PERINGKAT NEGERI 1. Panel penilai dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah semasa pertandingan ini berjalan. 2. Sistem penilaian adalah di bawah penyelarasan Unit Pengurusan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. 3. Keputusan penilai adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan. PERTANYAAN Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 1. EN. JAAFAR BIN HJ KUMAH Tarian Solo Sekolah Menengah Tel: 013-8397 030 Pengerusi Teknikal Negeri SM Lok Yuk, Kota Kinabalu (CF) 2. PN. NURAZILAH BT OTHMAN Tarian Solo Sekolah Rendah Tel: 014-2005 315 Pengerusi Teknikal Negeri Kolej Vokasional Keningau 3. EN. IROET MARTENI @ IRWAN BIN HAMSAH Pengerusi Teknikal Negeri Filem Pendek SK Tampulan, Kota Kinabalu Tel: 014-3617 131 13

MODUL Kesenian Pertandingan Tarian Solo Kertas Konsep PENGANJUR PERINGKAT NEGERI 1. Unit Pengurusan Bakat Murid (Kesenian): PUAN VALERIE SINTI Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tel: 088-537010 ext. 7244 Alamat emel: [email protected] 2. Alamat penghantaran karya peringkat negeri: Sekretariat Pedalaman Challenge 2021 Unit Kokurikulum Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Aras 10, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Jalan Punai Tanah, Likas 88450 Kota Kinabalu, Sabah 14

MODUL Kesenian Pertandingan Peragaan Busana Kertas Konsep TUJUAN Pertandingan Peragaan Busana Tradisional Malaysia ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid dan mengesan kebolehan murid dalam bidang peragaan ke peringkat kebangsaan. Matlamatnya adalah untuk melahirkan murid yang seimbang selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia. OBJEKTIF 1. Menggalak serta menarik minat secara khusus golongan murid sekolah mengenali, mempelajari dan menghayati jenis busana tradisional Malaysia. 2. Memupuk minat di kalangan murid sekolah untuk meminati dan menyanjungi busana tradisional Malaysia di samping mencungkil serta memberi sokongan secara moral kepada bakat dan kebolehan yang ada dalam diri mereka. 3. Memartabatkan busana tradisional Malaysia sebagai salah satu khazanah warisan yang perlu dipertahankan serta memperkukuhkan kewujudannya agar tidak luput ditelan zaman. 4. Memperkembangkan kemahiran memperagakan busana tradisional yang dimiliki dan dipelajari melalui program seumpama ini di kalangan peserta dan mengembangkan kemahiran tersebut pada rakan murid yang lain. RASIONAL 1. Mencungkil bakat dan mengesan kebolehan murid dalam bidang peragaan busana tradisional Malaysia. 2. Menanam corak atau gaya hidup sihat kepada murid dalam membina sahsiah, keterampilan, personaliti dan jati diri murid. 3. Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid ke arah hobi yang berfaedah. 4. Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang. 5. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti peragaan yang dijalankan di peringkat negeri secara terancang. SASARAN PENYERTAAN 1. Penyertaan terbuka kepada semua murid SEKOLAH RENDAH (Tahun 1 hingga Tahun 6) dan SEKOLAH MENENGAH (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6) sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan berdasarkan kategori berikut: BUSANA SOLO LELAKI / SOLO PEREMPUAN : 7 tahun hingga 9 tahun KATEGORI SEKOLAH RENDAH TAHAP 1 : 10 tahun hingga 12 tahun : 13 tahun hingga 15 tahun KATEGORI SEKOLAH RENDAH TAHAP 2 : 16 tahun hingga 19 tahun KATEGORI SEKOLAH MENENGAH RENDAH KATEGORI SEKOLAH MENENGAH ATAS 15

MODUL Kesenian Pertandingan Peragaan Busana Kertas Konsep 2. Penyertaan adalah secara individu. Setiap murid hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja. KONSEP KARYA 1. Setiap peserta haruslah mempersembahkan busana tradisional daripada SATU KAUM/ETNIK di Malaysia sahaja. 2. Konsep peragaan adalah berbentuk pembentangan atau dokumentari yang berdurasi 4 hingga 5 minit sahaja. 3. Penggunaan busana tradisional mestilah asli dan bukan kontemporari/inovasi/kreatif. 4. Setiap busana mestilah sopan dalam konteks pendidikan. 5. Pemilihan busana tidak semestinya busana asal daerah/negeri masing-masing (tiada pemotongan markah sekiranya menggunakan busana asal daerah/negeri masing-masing atau daerah/negeri lain). 6. TIDAK DIBENARKAN membawa persembahan yang berunsur spiritual dan yang menggugat sensitiviti kaum dan agama. RAKAMAN VIDEO 1. Penyertaan peserta hendaklah dalam bentuk RAKAMAN VIDEO dan disimpan di dalam CD. 2. Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah. 3. Tempoh klip video adalah berdurasi 4 hingga 6 minit. Tempoh ini termasuk montaj dan kredit. 4. Markah akan ditolak sekiranya durasi melebihi had masa yang telah ditetapkan (Sebanyak 5 markah akan ditolak bagi setiap 1 minit lebih). 5. Kriteria dalam persembahan video adalah berdasarkan kriteria pemarkahan. 6. Cara persembahan adalah mengikut kreativiti masing-masing (contoh: suara latar, muzik latar, penceritaan, dramatari, teks, grafik dan sebagainya). 7. Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah ditetapkan (Sebanyak 5 markah akan ditolak bagi setiap 1 minit kurang atau lebih). LAGU/MUZIK LATAR 1. Sekiranya menggunakan suara latar (voice over), hendaklah dalam kalangan murid sahaja. 2. Sekiranya menggunakan muzik latar, muzik tersebut mestilah berunsurkan muzik tradisional Malaysia sahaja. 3. Lagu atau muzik latar hendaklah menggunakan instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan. 16

MODUL Kesenian Pertandingan Peragaan Busana Kertas Konsep 2. Penyertaan adalah secara individu. Setiap murid hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja. KONSEP KARYA 1. Setiap peserta haruslah mempersembahkan busana tradisional daripada SATU KAUM/ETNIK di Malaysia sahaja. 2. Penggunaan busana tradisional mestilah asli dan bukan kontemporari/inovasi/kreatif. 3. Setiap busana mestilah sopan dalam konteks pendidikan. 4. Pemilihan busana tidak semestinya busana asal daerah/negeri masing-masing (tiada pemotongan markah sekiranya menggunakan busana asal daerah/negeri masing-masing atau daerah/negeri lain). 5. Konsep peragaan adalah berbentuk pembentangan atau dokumentari yang berdurasi 4 hingga 5 minit sahaja. 6. Cara persembahan adalah mengikut kreativiti masing-masing (contoh: suara latar, muzik latar, penceritaan, dramatari, teks, grafik dan sebagainya). 7. TIDAK DIBENARKAN membawa persembahan yang berunsur spiritual dan yang menggugat sensitiviti kaum dan agama. RAKAMAN VIDEO 1. Penyertaan peserta hendaklah dalam bentuk RAKAMAN VIDEO dan disimpan di dalam CD. 2. Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah. 3. Tempoh klip video adalah berdurasi 4 hingga 6 minit. Tempoh ini termasuk montaj dan kredit. 4. Markah akan ditolak sekiranya durasi melebihi had masa yang telah ditetapkan (Sebanyak 5 markah akan ditolak bagi setiap 1 minit lebih). 5. Kriteria dalam persembahan video adalah berdasarkan kriteria pemarkahan. 6. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan dipaparkan dalam pelbagai bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV dan MP4. 7. Resolusi maksimum video yang dihantar adalah video HD - 720p. 8. Saiz maksimum video adalah 500MB. 9. Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta. 10. Sebarang logo atau promosi daripada pihak tajaan adalah tidak dibenarkan dipaparkan di dalam video. LAGU/MUZIK LATAR 1. Sekiranya menggunakan suara latar (voice over), hendaklah dalam kalangan murid sahaja. 2. Sekiranya menggunakan muzik latar, muzik tersebut mestilah berunsurkan muzik tradisional Malaysia sahaja. 17

MODUL Kesenian Pertandingan Peragaan Busana Kertas Konsep SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal atau asli. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diciplak. 2. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke YouTube/Facebook/Instagram/vlog/portal atau mana-mana laman web sebelum mendapat kebenaran penganjur. Sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan dibatalkan. 3. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan video. Sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan dibatalkan. 4. Pihak penganjur berhak membuat reproduksi ke atas karya bagi tujuan publisiti, promosi, percetakan dan terbitan. 5. Borang penyertaan (Lampiran C) yang lengkap hendaklah disertakan bersama CD. 6. Pihak Jabatan berhak MEMINDA mana-mana syarat dan peraturan jika perlu. 7. Jabatan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan. 8. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan. PEMARKAHAN DAN ANUGERAH PENCAPAIAN 1. Kriteria pemarkahan: = 40 markah = 30 markah Isi Kandungan Peragaan Busana = 30 markah = 100 markah Teknikal & Sinematografi Markah keseluruhan 2. Pencapaian anugerah akan dinilai berdasarkan kepada markah berikut: 85 hingga 100 : Anugerah Emas 70 hingga 84 : Anugerah Perak 50 hingga 69 : Anugerah Gangsa 1 hingga 49 : Penyertaan 3. Setiap murid akan menerima sijil penyertaan dan sijil pencapaian peringkat negeri. 4. Sijil pencapaian kedudukan tempat pertama hingga kesepuluh (Top 10) bagi setiap kategori. TATACARA PENGHANTARAN KARYA 1. Pihak sekolah akan membuat penilaian terhadap semua hasil karya murid dan hanya memilih 10 karya terbaik untuk dihantar ke PPD. 2. Pihak PPD seterusnya akan membuat penilaian peringkat daerah dan menghantar 5 karya terbaik untuk mewakili daerah ke peringkat negeri. 18

MODUL Kesenian Pertandingan Peragaan Busana Kertas Konsep GARIS MASA PERTANDINGAN SENI VISUAL PEDALAMAN CHALLENGE 2021 BIL PERKARA TARIKH CATATAN 1. Hebahan kepada semua Mei 2021 Pihak penganjur akan memberikan taklimat kepada PPD semua GPK sekolah yang terpilih. 2. Penghantaran modul ke Jun 2021 Modul akan dihantar ke sekolah-sekolah yang terpilih PPD melalui GPK yang akan hadir ke PPD. 3. Perasmian Pedalaman 15 Jun 2021 Sekolah masing-masing. Challenge 2021 4. Pelaksanaan pertandingan 15 Jun—15 Julai 2021 Pihak sekolah akan membuat penilaian peringkat di sekolah sekolah. 5. Penilaian karya peringkat 16—31 Julai 2021 Pihak PPD akan membuat penilaian peringkat daerah. daerah 6. Penghantaran karya 1—15 Ogos 2021 PPD menghantar 5 karya terbaik untuk mewakili terbaik dari PPD ke JPN daerah ke peringkat negeri. 7. Penilaian karya peringkat 16—31 Ogos 2021 Pihak JPN akan membuat penilaian peringkat negeri. negeri 8. Pengumuman keputusan September 2021 Akan dimaklumkan. PEMATUHAN SOP Pihak sekolah hendaklah memastikan setiap murid WAJIB mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu: 1. Memastikan semua guru dan murid yang terlibat membuat saringan dan merekod suhu badan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti. Suhu badan yang mencapai atau melebihi 37.5 darjah celcius atau bergejala tidak dibenarkan menyertai aktiviti. 2. Memastikan penjarakan sosial 1 meter antara individu dalam semua aktiviti sepanjang pertandingan berlangsung. 3. Memastikan semua guru dan murid yang terlibat kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer. 4. Memastikan lokasi pertandingan bersih dan selamat digunakan. Sanitasi perlu dilakukan sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di lokasi yang disahkan oleh Pejabat Kesihatan daerah masing- masing. PANEL PENILAI PERINGKAT NEGERI 1. Panel penilai dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah semasa pertandingan ini berjalan. 2. Sistem penilaian adalah di bawah penyelarasan Unit Pengurusan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. 3. Keputusan penilai adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan. 19

MODUL Kesenian Pertandingan Peragaan Busana Kertas Konsep PERTANYAAN Busana Sekolah Menengah Tel: 011-1411 4102 Sebarang pertanyaan boleh hubungi: Busana Sekolah Rendah 1. PN. ROSLINAH IMRAN Tel: 019-8025 060 Pengerusi Teknikal Negeri SMK Matunggong, Kudat Filem Pendek Tel: 014-3617 131 2. PN. ZAINUN GRACE SUMPO Pengerusi Teknikal Negeri SK St Joseph (M), Papar 3. EN. IROET MARTENI @ IRWAN BIN HAMSAH Pengerusi Teknikal Negeri SK Tampulan, Kota Kinabalu PENGANJUR PERINGKAT NEGERI 1. Unit Pengurusan Bakat Murid (Kesenian): PUAN VALERIE SINTI Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tel: 088-537010 ext. 7244 Alamat emel: [email protected] 2. Alamat penghantaran karya peringkat negeri: Sekretariat Pedalaman Challenge 2021 Unit Kokurikulum Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Aras 10, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Jalan Punai Tanah, Likas 88450 Kota Kinabalu, Sabah 20

LAMPIRAN A BORANG PENYERTAAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH PEDALAMAN CHALLENGE 2021 Kategori PERTANDINGAN SENI VISUAL Nama Murid PERINGKAT NEGERI SABAH Nama Sekolah Alamat Sekolah Rendah Tahap 1 Menengah Rendah Daerah Rendah Tahap 2 Menengah Atas Poskod No. Tel Sekolah Bandar Nama Guru Negeri No. H/P Guru 21

LAMPIRAN B BORANG PENYERTAAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH PEDALAMAN CHALLENGE 2021 Kategori PERTANDINGAN TARIAN SOLO Kategori Solo PERINGKAT NEGERI SABAH Nama Murid Nama Sekolah Rendah Tahap 1 Menengah Rendah Alamat Sekolah Rendah Tahap 2 Menengah Atas Daerah Perempuan Poskod Lelaki No. Tel Sekolah Nama Guru Bandar No. H/P Guru Negeri 22

LAMPIRAN C BORANG PENYERTAAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH PEDALAMAN CHALLENGE 2021 Kategori PERTANDINGAN PERAGAAN BUSANA Kategori Solo PERINGKAT NEGERI SABAH Nama Murid Nama Sekolah Rendah Tahap 1 Menengah Rendah Alamat Sekolah Rendah Tahap 2 Menengah Atas Daerah Perempuan Poskod Lelaki No. Tel Sekolah Nama Guru Bandar No. H/P Guru Negeri 23

MODUL Kesenian Penutup Adalah diharapkan program Pedalaman Challenge 2021 ini mampu mengurangkan sedikit jurang pelibatan aktiviti kokurikulum murid-murid di luar bandar atau kawasan pedalaman dengan pelibatan murid-murid di kawasan bandar. Kerjasama dan sokongan daripada Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Sabah, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan semua guru sudah pasti objektif program ini akan tercapai. Pihak penganjur akan sentiasa memikirkan dan mencari alternatif lain dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum bagi memastikan murid-murid di kawasan pedalaman juga berpeluang menyertai aktiviti sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih. Follow Instagram Kesenian JPN Sabah https://www.instagram.com/p/B_HC-SMlRS9/?igshid=i2yjty1wihbd Like Facebook Page Pertandingan Nyanyian Solo Online JPN Sabah https://www.facebook.com/kesenianjpnsabah/ Subscribe YouTube Kesenian JPN Sabah https://www.youtube.com/c/KesenianJPNSabah 24

25


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook