1 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
2 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
3 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT Cetakan Pertama 2022 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi terlebih dahulu. Diterbitkan oleh: Kolej Komuniti Segamat, Kementerian Pengajian Tinggi, No. 24-34, Jalan Putra 1/1, Bandar IOI, 85000, Segamat, Johor Buku Panduan Pelajar Kolej Komuniti Segamat Cetakan Pertama 2022
4 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT Isi Kandungan Bil Tajuk MS 1 KATA ALUAN 6 -Pengarah 7 -Timbalan Pengarah (Pengurusan) 8 -Timbalan Pengarah (Akademik) 9 2 PENGENALAN 10 -Sejarah Penubuhan 11 -Visi & Misi 12 -Matlamat Organisasi 13-Matlamat Pendidikan 13 -Piagam Pelanggan 13 -Carta Organisasi 14 3 PELAKSANAAN AKADEMIK 15 -Program Pengajian16 -Sijil Animasi 2D17 -Sijil Teknologi Elektrik 20 -Sijil Teknologi Pembuatan 23-Sijil Penyelenggaraan Bangunan 26 -Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian 29 -Pendaftaran Kursus 33 -Nilai Kredit 33 -Pemindahan Kredit 34 4 PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 35 -Unit Peperiksaan dan Penilaian 36 -Peraturan Am Kaedah Penilaian 36 -Sistem Gred 37 -Sistem Nilaian Mata 37-Justifikasi Status Keputusan Peperiksaan 39 -Penganugerahan 39 -Transkrip 40 -Sijil Kolej Komuniti 41 5 LATIHAN INDUSTRI 42 -Pengenalan dan Objektif 43 -Syarat LI 44 -Proses Latihan Industri 46 6 PROSEDUR PENGAJIAN 47 -Pengurusan Kemasukan Pelajar Baharu 48 -Pengurusan Penerimaan Tawaran 49 -Pengurusan Pertukaran Kolej (Calon Belum Daftar) 50
5 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT Bil Tajuk MS -Pengurusan Pertukaran Program (Calon telah daftar) 51 -Pengurusan Pertukaran Kolej (Calon telah daftar) 52 -Pengurusan Tangguh Pengajian 53 7 KELAB DAN PERSATUAN 54 -Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 55 -Carta Alir Kaedah Pemilihan JPP 57 -Penubuhan Kelab dan Persatuan 58 -Perkhidmatan dan Kemudahan Aktiviti Pelajar 59 8 KEBAJIKAN PELAJAR 61 -Bantuan Kewangan 62 -Insurans 63 -Kebajikan Am 64 -Unit Psikologi & Kerjaya 65 9 AKTIVITI PELAJAR 68 -Sukan 69 -Fasiliti & Kemudahan Sukan 71 -1 Get 1 73 10 PERATURAN PELAJAR 75 -EKSA 76 -Rupa Diri 78 -Kad Pelajar 81 -Kehadiran Kuliah/Bengkel 81 -Menjaga Kebersihan dan Kemudahan 81 -Menjaga Harta Benda 82-Penglibatan Pelajar Dalam Persatuan/Badan Pertubuhan Kumpulan dan Parti Politik 82 -Memiliki Bahan Terlarang 83 -Gangguan Kententeraman 83 -Penceramah Luar 84 -Kesalahan Mengakibatkan Penggantungan atau Pemberhentian Pengajian 84 -Larangan Merokok 86 -Hal-hal Lain 88 -Pelanggaran Peraturan 88 11 KEMUDAHAN INSTITUSI 91 -Senarai Kemudahan di Kolej Komuniti Segamat 92 -Gambar-gambar Kemudahan 94 12 SENARAI STAF DAN PANDUAN TELEFON 96 -Pengurusan Tertinggi, Pentadbiran dan Kewangan 97 -Pensyarah-pensyarah 98
6 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KATA-KATA ALUAN
7 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KATA ALUAN PENGARAH Assalamualaikum dan Salam sejahtera Terlebih dahulu Kolej Komuniti Segamat mengucapkan tahniah dan syabas kepada saudara-saudari di atas kejayaan saudara/saudari menyambung pengajian di Kolej Komuniti Segamat. Saya mengalu-alukan kedatangan saudara/saudari ke sini dan ianya menjadi titik permulaan untuk memajukan diri dengan mempelajari ilmu di bidang kemahiran. Buku Panduan Pelajar 2022 ini disediakan bertujuan untuk menyalurkan maklumat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, hal ehwal pelajar dan latihan industri di samping kemudahan yang disediakan bagi memberi keselesaan pelajar. Saya berharap para pelajar Kolej Komuniti Segamat dapat meneliti kandungan buku ini dan menggunakannya sebagai rujukan bagi menggunakan sepenuhnya kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan supaya saudara/saudari lebih berupaya memperoleh kejayaan dalam bidang akademik dan bukan akademik semasa di Kolej Komuniti Segamat. Saya juga ingin menyeru kepada saudara/saudari agar melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kolej Komuniti Segamat. Penglibatan dalam aktiviti berkenaan adalah sebahagian daripada program pengajian saudara/saudari yang bertujuan untuk memajukan saudara/saudari sebagai insan yang serba boleh, dinamik dan berdaya saing. Ia juga memberi peluang untuk saudara/saudari membangunkan kompetensi diri untuk mampu menangani perubahan dan cabaran semasa agar dapat bertugas dengan cemerlang dalam alam kerjaya di samping berupaya menyumbang kepada masyarakat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pegawai dan pensyarah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan buku panduan pelajar ini. Saya juga medoakan mereka menjadi insan yang terpelajar bagi mengisi ruang dan pelusuk ketamadunan ummah supaya menjadi insan terbaik yang dapat dibanggakan. Sekian, terima kasih. YBHG EN ZAHID BIN DAIM Pengarah Kolej Komuniti Segamat Kementerian Pengajian Tinggi
8 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH (PENGURUSAN) Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin Allah SWT kerana Buku Panduan Pelajar Kolej Komuniti Segamat telah berjaya dihasilkan dan seterusnya dijadikan panduan kepada pelajar dalam pengurusan Hal Ehwal Pelajar. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa yang terlibat bertungkus lumus baik secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan buku panduan ini. Selain itu syabas dan tahniah juga ditujukan buat pelajar baharu kerana telah menjadikan Kolej Komuniti Segamat sebagai destinasi untuk menyambung pelajaran. Amatlah saya harapkan agar Buku Panduan ini dapat digunakan sebaiknya terutamanya negara kita menghadapi pandemik COVID19 dan cuba menyesuaikan diri sebagai pelajar Kolej Komuniti Segamat baik pembelajaran dan budaya hidup yang baharu berbeza apabila berada di zaman sekolah dahulu. Buku Panduan ini mengandungi pelbagai maklumat dan panduan terkini khususnya melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan disediakan, garis panduan, tatacara peraturan, disiplin serta maklumat berkaitan pengajian kepada pelajar. Saya amat mengalu-alukan penglibatan aktif pelajar bukan sahaja dalam kurikulum mahupun ko-kurikulum dalam usaha meningkatkan potensi diri pelajar supaya menjadi pelajar yang cemerlang. Sentiasa menyemat diri dengan azam dan tekad serta berusaha menaikkan nama Kolej Komuniti Segamat dan mengharumkan nama keluarga anda. Akhir kalam, saya ingin menyeru kepada semua untuk bersama-sama dengan Unit Pembangunan Pelajar untuk merealisasikan hasrat dan harapan Kolej Komuniti Segamat untuk menjadi sebahagian pemain bidang Teknik dan Vokasional khususnya Industrial Revolution 4.0 yang memerlukan graduan ‘’berpengetahuan dan berkemahiran. Lebih-lebih lagi dengan ledakan teknologi sekarang tidak terkecuali dengan pasakkan lima program utama di Kolej Komuniti Segamat termasuk Sijil Teknologi Pembuatan, Sijil Animasi 2D, Sijil Penyelenggaran Bangunan, Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian dan Sijil Teknologi Elektrik. Ts. MOHD AZAHARUDDIN BIN MOHD NADZRI Timbalan Pengarah (Pengurusan) Kolej Komuniti Segamat Kementerian Pengajian Tinggi
9 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH (AKADEMIK) Assalamualaikum dan salam sejahtera Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar baru yang mendaftar sebagai pelajar Kolej Komuniti Segamat. Bersyukur kita dengan limpah kurniaNya Buku Panduan Pelajar Kolej Komuniti Segamat ini dapat disempurnakan. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyediaan Buku Panduan Pelajar Kolej Komuniti Segamat ini. Buku ini diterbitkan oleh Unit Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat dan ICT bagi merealisasikan visi Kolej Komuniti Segamat untuk menjadi peneraju Institusi TVET yang unggul dan misi untuk menyediakan akses yang meluas kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf, memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat, melahirkan graduan holistik berciri keusahawanan dan seimbang dan memanfaat sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan. Matlamat utama buku ini adalah untuk menjadikannya sebagai panduan dan rujukan sepanjang tempoh pengajian sehingga bergraduasi serta memastikan segala maklumat yang berkaitan dengan program tersebut dapat difahami dengan sebaiknya oleh semua pelajar Kolej Komuniti Segamat. Harapan Kolej Komuniti Segamat dengan adanya buku ini, maka segala maklumat dan informasi berkaitan dengan program pengajian akademik dapat dijelaskan dan disampaikan dengan baik dan berkesan. Kolej Komuniti Segamat bertekad, beriltizam dan penuh komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak yang terlibat. Kolej Komuniti Segamat sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan kepada para pelajar. Selamat Maju Jaya PN. NAZILA BINTI MASDOR Timbalan Pengarah (Akademik) Kolej Komuniti Segamat Kementerian Pengajian Tinggi
10 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PENGENALAN
11 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT SEJARAH PENUBUHAN Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi institusi yang yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga Disember 2021, sebanyak 104 buah Kolej Komuniti telah beroperasi di seluruh negara. Kolej Komuniti membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan objektif penubuhan Kolej Komuniti. Kolej Komuniti Segamat, Kementerian Pengajian Tinggi merupakan salah sebuah Kolej Komuniti rintis yang ditubuhkan pada tahun 2001. Kolej ini mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Segamat (SMT) yang kini dikenali sebagai Kolej Vokasional Segamat. Mula berpindah ke kampus tetap di No.24-34, Jalan Putra 1/1, Bandar Putra, 85000 Segamat, Johor pada bulan Ogos 2002. Di awal penubuhannya, Kolej Komuniti Segamat menawarkan 3 jenis program iaitu Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Penyenggaraan Bangunan dan Sijil Teknologi Automotif dengan pengambilan pelajar pertamanya seramai 58 orang.
12 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT VISI DAN MISI Permintaan masyarakat dalam bidang pengajian teknikal begitu menggalakkan. Bagi menampung permintaan semasa, Kolej Komuniti Segamat telah menambah program Sijil Pelukis Pelan Senibina, Sijil Teknologi Pembuatan, Sijil Multimedia Kreatif (Animasi) dan Sijil Sistem Komputer dan Sokongan. Matlamat penubuhan Kolej Komuniti Segamat adalah untuk menyediakan latihan dan kemahiran kepada semua lapisan anggota masyarakat yang memerlukan dan memberi peluang kepada pelajar lepasan menengah, pekerja dan kumpulan-kumpulan lain dalam sesebuah masyarakat untuk melanjutkan pendidikan dan kemahiran. Bagi memenuhi hasrat ini, Kolej Komuniti Segamat juga menawarkan kursus pendek dalam pelbagai bidang untuk mendidik masyarakat ke arah pendidikan sepanjang hayat. VISI“Menjadi Peneraju Institusi TVET yang Unggul” MISIMenyediakan akses yang meluas kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf; Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat; Melahirkan graduan holistik berciri keusahawanan dan seimbang; dan Memanfaat sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.
13 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PIAGAM PELANGGAN MATLAMAT PENDIDIKAN MATLAMAT ORGANISASI Menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara. •Menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan majikan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. •Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di institusi untuk memenuhi keperluan industri. •Melahirkan warga sejagat ke arah keharmonian serta kemakmuran global. Kolej Komuniti Segamat memberi perkhidmatan yang berkualiti, beretika, profesional, cekap dan mesra dengan memastikan: •Menyediakan program pengajian yang mendapat akreditasi daripada MQA atau badan-badan professional yang berkaitan; •Memproses pengambilan pelajar ke Kolej Komuniti mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta memaklumkan keputusan kemasukan dalam Dua Puluh (20) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan; •Melaksanakan bayaran bantuan kewangan dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari bekerja selepas keputusan diumumkan kepada pelajar yang layak; dan •Memaklumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh Empat Belas (14) hari bekerja selepas semester pengajian berakhir.
14 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
15 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PELAKSANAAN AKADEMIK
16 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PROGRAM PENGAJIANKolej Komuniti Segamat menawarkan lima kursus bertaraf sijil seperti di bawah: 1.Sijil Animasi 2D (SDD) 2.Sijil Teknologi Elektrik (SKE) 3.Sijil Teknologi Pembuatan (SMN) 4.Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB) 5.Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK)
17 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT SIJIL ANIMASI 2D (SDD)PROGRAM PENGAJIAN : Sijil Animasi 2D (SDD) SINOPSIS PROGRAM : Program Sijil Animasi 2D adalah salah satu program yang memberi peluang kepada pelajar yang meminati bidang seni visual dan animasi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal secara teori dan amali dalam bidang Animasi 2D. Melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, program ini dapat membantu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini membolehkan para pelajar menguasai asas animasi sehingga mampu menghasilkan sebuah portfolio yang diperlukan bagi menyediakan pelajar ke alam pekerjaan yang berkaitan. OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO) 1.Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman serta berkebolehan menyelesaikan masalah di dalam produksi Animasi 2D. 2.Mengguna kemahiran praktikal dan teknikal di dalam produksi Animasi 2D serta berkebolehan menguruskan maklumat dengan berkesan. 3.Berkebolehan berkomunikasi dalam mengamalkan kerja berpasukan serta menjalankan tanggungjawab sosial. 4.Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dan menunjukkan kemahiran personal dengan menerapkan nilai etika dan profesionalisme yang berkaitan dengan bidang Animasi 2D. HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO) Di akhir pembelajaran, pelajar akan boleh: 1.Mengaplikasi prinsip asas, konsep dan teori animasi dalam produksi Animasi 2D. 2.Menunjukkan kemahiran pemikiran analitikal dan kritikal di dalam menyelesaikan masalah produksi Animasi 2D 3.Mempamerkan kemahiran praktikal dan kreatif dalam menghasilkan produksi Animasi 2D. 4.Menunjukkan kebolehan berkomunikasi yang berkesan dalam menyampaikan idea dan maklumat berkaitan dalam bidang Animasi 2D.
18 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 5.Mempamerkan kemahiran teknikal menggunakan aplikasi teknologi terkini berdasarkan keperluan bidang Animasi 2D. 6.Menunjukkan sikap kepimpinan dan tanggungjawab sosial dalam persekitaran kerja. 7.Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan kemahiran personal yang berkaitan dengan bidang Animasi 2D untuk peningkatan kerjaya. 8.Menunjukkan nilai etika dan profesionalisme dalam berhadapan dengan masyarakat dan pihak berkepentingan. PROSPEK KERJAYA : Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang animasi 2D yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang multimedia kreatif. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti: 1.Perekabentuk Karektor 2.Pereka Latarbelakang 3.Pelukis Papan Cerita 4.Pereka Kesan Khas 5.Pereka Bunyi 6.Penyunting Audio 7.Penyunting Video 8.Pelakon Suara Latar JUMLAH JAM KREDIT : 60 Kredit
19 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT STRUKTUR PROGRAM SIJIL ANIMASI 2D KOD KURSUS KREDIT SEMESTER 1 SBC 10012 Aplikasi Komputer 2 SUE 10011 Communicative English 1 MPU 11012 Pengajian Malaysia 2 SMP 10013 Asas Lukisan 3 SDD 10023 Pengenalan Kepada Animasi 3 SDD 10033 Idea dan Skrip 3 SDD 10044 Asas Animasi 2D 3 JUMLAH KREDIT 18 SEMESTER 2 SVK 10013 Asas Seni Reka 3 STD 20053 Pengimejan Digital 3 SDD 20053 Reka Bentuk Karakter 3 SDD 20063 Reka Bentuk Latar dan Prop3 SDD 20073 Papan Cerita Animasi 3 SDD 20083 Animasi Karakter 3 JUMLAH KREDIT 18 SEMESTER 3 MPU 12012 Keusahawanan 2 SUE 20021 Workplace English 1 MPU 13012 Pendidikan Islam* 2 MPU 10022 Pendidikan Moral** SMP 30123 E-Portfolio 3 SDD 30092 Etika Dalam Media Digital 2 SDD 30103 Komposisi Scene 3 SDD 30114 Projek Animasi 2D 4 JUMLAH KREDIT 17 SEMESTER 4 SUT 40038 Latihan Industri (LI) 8 JUMLAH KREDIT 8 JUMLAH KESELURUHAN KREDIT 60
20 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (SKE)PROGRAM PENGAJIAN : Sijil Teknologi Elektrik (SKE) SINOPSIS PROGRAM : Program Sijil Teknologi Elektrik (dahulunya dikenali Sijil Pemasangan Elektrik) direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik pada masa kini. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dan latihan kemahiran berkaitan elektrik dan elektronik. Pelajar berkemampuan untuk mengendalikan kerja-kerja pemasangan dan perkhidmatan berkaitan industri elektrik dan elektronik. Program ini menawarkan kursus teras Teknologi Elektrik, Alat Pengukuran, Peranti Semikonduktor, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer, Motor Elektrik Satu Fasa, Pemasangan Elektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pengawal Logik Bolehaturcara, Sistem Automasi Bangunan, serta kursus Sistem Keselamatan dan Penyamanan Udara. Selain itu, kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga ditawarkan sebagai teras umum selain Matematik dan Sains. Pelajar juga akan didedahkan dengan elemen soft skills melalui kursus wajib yang menerapkan kemahiran insaniah dan pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek. Di samping itu, lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan sebagai nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar keusahawanan dalam bidang elektrik dan elektronik OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO) Objektif Pendidikan Program (PEO) Kolej Komuniti adalah untuk menghasilkan graduan dan tenaga kerja yang: 1.Menjadi juruteknik dalam bidang elektrik dan elektronik selari keperluan semasa dan hasrat negara. 2.Melibatkan diri secara berterusan dalam aktiviti peningkatan pengetahuan kemahiran dan kerjaya secara dinamik. 3.Memberi sumbangan kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab serta beretika. 4.Melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan keusahawanan atau aktiviti bercirikan inovatif.
21 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO) : Di akhir pembelajaran, pelajar akan boleh: 1.Memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin bidang pengajian. 2.Mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin. 3.Menjalankan kajian menerusi pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah rutin bidang pengajian. 4.Menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera menerusi komunikasi. 5.Menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi. 6.Mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat. 7.Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan keusahawanan tekno dalam perspektif sebenar. 8.Menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme. 9.Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal. PROSPEK KERJAYA Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Elektrik yang menyediakan laluan kerjaya seperti berikut : 1. Juruelektrik 2. Juruteknik Elektrik 3. Penolong Penyelia Elektrik 4. Usahawan JUMLAH JAM KREDIT : 60 jam
22 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT STRUKTUR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KOD KURSUS KREDIT SEMESTER 1 SUE10011Communicative English1MPU 11012Pengajian Malaysia2SBM 10012Matematik2SBS 10012Sains2SEE10013Teknologi Elektrik3SEE10023Alat Pengukuran3SEE10033Motor Elektrik Satu Fasa3SEE10043Peranti Semikonduktor3JUMLAH KREDIT 19SEMESTER 2 SBC10012Aplikasi Komputer1MPU12012Keusahawanan 2SEE20052Keselamatan dan Kesihatan Pekerja2SEE20063Sistem Digit3SEE20072Lukisan Terbantu Komputer (CAD)2SEW20023Pemasangan Elektrik Tiga Fasa3SEW40043Pengawal Logik Aturcara (PLC)3JUMLAH KREDIT16SEMESTER 3 SUE20021Workplace English1MPU13012Pendidikan Islam 2MPU13022Pendidikan Moral SEE30083Motor Elektrik Tiga Fasa3SEE30093Sistem Automasi Bangunan3SEE30104Sistem Keselamatan dan Penyaman Udara4SEW40034Pemasasangan Elektrik Tiga Fasa4JUMLAH KREDIT17SEMESTER 4 SUT40038Latihan Industri 8 JUMLAH KREDIT 8 JUMLAH KESELURUHAN KREDIT 60
23 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN (SMN) PROGRAM PENGAJIAN : Sijil Teknologi Pembuatan (SMN) SINOPSIS PROGRAM : Program Sijil Teknologi Pembuatan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Teknologi Pembuatan yang berkembang. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan yang semakin mencabar. Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang Teknologi Pembuatan. Pelajar akan memperolehi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam proses menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang pembuatan. Menerusi program ini beberapa modul teras ditawarkan iaitu Teknologi Worksyop, Lukisan Kejuruteraan, Pemesinan Konvensional, Lukisan Terbantu Komputer CAD 2D, Kawalan Kualiti, Pemesinan CNC Milling, Pneumatik dan Hidraulik, Elektro-Mekanikal dan PLC, Proses Pembuatan, Lukisan Terbantu Komputer CAD 3D dan Pemesinan CNC Lathe. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah. Selain pembelajaran di dalam kelas, program ini juga meliputi pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Teknologi Pembuatan. OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO) 1.Dilengkapi dengan kemahiran khusus dan pengetahuan yang diperlukan industri dalam bidang Teknologi Pembuatan. 2.Terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. 3.Diterapkan dengan kemahiran keusahawanan dalam bidang pekerjaan sebenar. 4.Mempunyai jaringan yang kukuh dalam masyarakat dan industri.
24 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO) : Di akhir pembelajaran, pelajar akan boleh: 1.Memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin bidang pengajian. 2.Mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin. 3.Menjalankan kajian menerusi pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah rutin bidang pengajian. 4.Menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera menerusi komunikasi. 5.Menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi. 6.Mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat. 7.Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan keusahawanan tekno dalam perspektif sebenar. 8.Menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme. 9.Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal. PROSPEK KERJAYA : Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Teknologi Pembuatan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya dalam industri Pembuatan. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut: 1. Pelukis Pelan Mekanikal (Draughtman) 2. Perekabentuk Produk 3. Juruteknik Pembuatan 4. Jurumesin dan Jurugegas 5. Juruteknik Automasi 6. Juruteknik Kawalan Kualiti JUMLAH JAM KREDIT : 60 Kredit
25 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT STRUKTUR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN KOD KURSUS KREDIT SEMESTER 1 SUE 10011 Communicative English 1 MPU 11012 Pengajian Malaysia 2 SBC 10012 Aplikasi Komputer 2 SMN 10023 Teknologi Woksyop 3 SMN 10032 Kawalan Kualiti 2 SMN 10043 Lukisan Kejuruteraan 3 SMN 10053 Pneumatik dan Hidraulik 3 SPU 11052 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2 JUMLAH KREDIT 18 SEMESTER 2 MPU 13012 Pendidikan Islam 2 MPU 13022 Pendidikan Moral SUE 20021 Workplace English 1 SBM 11012 Matematik 2 SMN 20063 Lukisan Terbantu Komputer CAD 2D 3 SMN 20073 Elektro Pneumatik dan Elektro Hidraulik 3 SMN 20083 Pemesinan CNC Milling 3 SMN 20093 Pemesinan Konvensional 3 JUMLAH KREDIT 17 SEMESTER 3 MPU 12012 Keusahawanan 2 SBS 10012 Sains 2 SMN 30102 Programmable Logic Controller (PLC) 2 SMN 30113 Proses Pembuatan 3 SMN 30123 Lukisan Terbantu Komputer CAD 3D 3 SMN 30133 Pemesinan CNC Lathe 3 SMN 30142 Pemesinan CNC Terbantu Komputer (CAM) 3 JUMLAH KREDIT 17 SEMESTER 4 SUT 40038 Latihan Industri (LI) 8 JUMLAH KREDIT 8 JUMLAH KESELURUHAN KREDIT 60
26 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT SIJIL PENYELENGGARAAN BANGUNAN (SPB) PROGRAM PENGAJIAN : Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB) SINOPSIS PROGRAM : Program ini direka bentuk bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran penyelenggaraan bangunan bagi memenuhi keperluan industri pembinaan seperti perkhidmatan dan penyelenggaraan bangunan. Program ini menawarkan modul seperti Prosedur Keselamatan, Lukisan Binaan Bangunan, Bahan Binaan, Penyelenggaraan Bangunan, Binaan Bangunan, Perkhidmatan dan Penyelenggaraan Bangunan, Perkhidmatan dan Penyelenggaran Penyaman Udara, Penggunaan Peralatan Tangan dan Berkuasa, Perkhidmatan Bangunan, Perkhidmatan dan Penyelenggaraan Sistem Perpaipan, Teknologi Kimpalan, Kontrak dan Anggaran Kos Penyelenggaraan Bangunan dan Struktur Bangunan. OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO) Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan akan menghasilkan seorang pekerja separa mahir yang: 1.Berpengetahuan tentang prinsip dan teori asas serta berkemahiran teknikal untuk menyelesaikan masalah rutin semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. 2.Berkebolehan untuk bekerja dalam kumpulan dan menunjukkan sikap bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah rutin dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan secara beretika dan profesionalisme. 3.Berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik dalam sesebuah organisasi serta mampu menyelesaikan masalah secara inovatif dan kreatif khususnya yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. 4.Berkebolehan menguruskan maklumat dengan baik dan menunjukkan peningkatan diri dan kerjaya serta mempunyai pemahaman tentang keusahawanan dalam bidang penyelenggaraan bangunan.
27 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO) Di akhir pembelajaran, pelajar akan boleh: 1. Mengaplikasi pengetahuan asas berdasarkan fakta, konsep, prinsip dan teori dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. 2. Menunjukkan kemahiran dalam kerja-kerja teknikal/amali untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan. 3. Menunjukkan kemahiran interpersonal dan kebertanggungjawaban sosial dalam mengaplikasi teori dan amali mengikut kesesuaian dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. 4. Menunjukkan etika dan profesionalisme dalam amalan seharian berdasarkan etika dan prinsip yang perlu dipatuhi dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. 5. Menunjukkan kebolehan berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan secara berkesan dengan rakan sekerja, pelanggan, majikan dan masyarakat umum dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. 6. Menunjukkan kemahiran pemikiran analitikal dan kritikal dan menggunakan teknik yang sesuai dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. 7. Menunjukkan minat untuk peningkatan diri dan kerjaya serta boleh menguruskan maklumat yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dengan baik. 8. Menunjukkan kemahiran pengurusan dan memahami ciri-ciri asas keusahawanan di dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. PROSPEK KERJAYA : Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Penyelenggaraan Bangunan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya dalam industri Penyelenggaraan Bangunan. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut: 1.Juruteknik Penyelenggaraan 2.Juruteknik Bangunan 3.Penyelia Bangunan 4.Kontraktor Penyelenggaraan Bangunan 5.Pembantu Fasiliti Bangunan JUMLAH JAM KREDIT : 60 Kredit
28 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT STRUKTUR PROGRAM SIJIL PENYELENGGARAN BANGUNAN KOD KURSUS KREDIT SEMESTER 1 MPU 13012 Pendidikan Islam 2 MPU 13022 Pendidikan Moral SBC 10012 Aplikasi Komputer 2 SBM 10012 Matematik 2 SPB 10102 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2 SPB 10203 Perkhidmatan Bangunan 3 SPB 10302 Struktur Bangunan 2 SPB 10403 Teknologi Woksyop Bangunan 3 JUMLAH KREDIT 17 SEMESTER 2 MPU 11012 Pengajian Malaysia 2 SUE 10011 Communicative English 1 SBS 10012 Sains 2 SPB 20503 Sistem Perpaipan Domestik 3 SPB 20602 Lukisan Perkhidmatan Bangunan 2 SPB 20703 Bahan dan Binaan 3 SPB 20802 Penyelenggaraan dan Penyambungan Paip Kuprum 2 SPB 20903 Sistem Penyaman Udara Bangunan 3 JUMLAH KREDIT 18 SEMESTER 3 MPU 12012 Keusahawanan 2 SUE 20021 Workplace English 1 SPB 31002 Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan 2 SPB 31103 Kontrak dan Anggaran Kos Penyelenggaraan Bangunan 3 SPB 31203 Sistem Elektrik Bangunan 3 SPB 31303 Teknologi Kimpalan 3 SPB 31404 Projek Penyelenggaraan Bangunan 4 JUMLAH KREDIT 18 SEMESTER 4 SUT 40038 Latihan Industri 8 JUMLAH KREDIT 8 JUMLAH KESELURUHAN KREDIT60
29 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT SIJIL SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN (SSK) PROGRAM PENGAJIAN : Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) SINOPSIS PROGRAM : Program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian yang direka bentuk merangkumi kecekapan teknikal dalam Teknologi Maklumat. Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk masuk ke pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor IT. Program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kursus teknikal seperti Matematik Diskrit, Senibina Komputer dan Perhimpunan, Asas Pangkalan Data, Penyelesaian Masalah dan Reka Bentuk Program, Perisian Aplikasi, Asas Elektrik dan Elektronik, Asas Rangkaian dan Komunikasi, Sistem Operasi, Keusahawanan Digital, Asas Pengaturcaraan, Teknologi Rangkaian, Pembaikan dan Penyelenggaraan Komputer, Pentadbiran Pelayan, Pentadbiran Rangkaian, Keselamatan Rangkaian Komputer dan Aplikasi dan Teknologi Mudah Alih. Selain kursus teknikal, pelajar juga didedahkan kepada kursus-kursus wajib seperti Bahasa Kebangsaan, Pendidikan Islam/Moral, Communicative English, Workplace English, Pengajian Malaysia untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam kemahiran insaniah. Pada akhir program ini, para pelajar harus berpengetahuan dan praktikal untuk menangani tugas yang berkaitan dengan IT khususnya dalam Sistem Komputer dan Rangkaian berdasarkan kursus yang telah mereka jalani dalam program ini. Ini akan membantu pelajar melaksanakan tugas mereka dengan cekap di persekitaran kerja. OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO) Program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian akan menghasilkan seorang pekerja : 1.Juruteknik Komputer yang menerapkan pengetahuan dan pemahaman asas untuk menyelesaikan masalah dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian 2.Juruteknik Komputer yang dapat melaksanakan kemahiran praktikal dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian dengan cekap. 3.Juruteknik Komputer yang menggunakan kemahiran digital dan numerasi dalam bidang berkaitan dengan alat yang sesuai untuk keperluan semasa.
30 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 4.Juruteknik Komputer yang mengintegrasikan kemahiran interpersonal dan komunikasi untuk menunjukkan kepimpinan, autonomi, tanggungjawab untuk bekerja dalam pasukan berdasarkan keperluan situasi. 5.Juruteknik Komputer yang dapat menunjukkan kesedaran peribadi dan keusahawanan dengan etika dan profesionalisme. HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO) Di akhir pembelajaran, pelajar akan boleh: 1.Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman mengenai fakta asas, konsep, prinsip, teori dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian. 2.Mengaplikasikan pengetahuan teknologi maklumat untuk merekabentuk, membangun dan mengaturcara program dalam menyelesaian masalah Sistem Komputer dan Rangkaian. 3.Mempraktikkan kemahiran komputer untuk merekabentuk dan membina semula berdasarkan penyelesaian masalah pengkomputeran. 4.Menunjukkan kemampuan menggunakan kemahiran digital dan numerasi dalam mentafsirkan data untuk menyelesaikan masalah dalam dunia teknologi digital. 5.Menunjukkan kemahiran interpersonal dan komunikasi yang berkesan secara lisan dan bukan lisan mengikut kesesuaian dengan komuniti sosial. 6.Mempraktikkan kepemimpinan, autonomi dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat pasukan dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian. 7.Menunjukkan kesedaran tentang kemahiran peribadi dan keusahawanan ke arah era digital. 8.Menunjukkan kemampuan untuk mempraktikkan etika dan profesionalisme dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian ke arah pembangunan kerjaya.
31 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PROSPEK KERJAYA : Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sistem Komputer & Rangkaian yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya dalam Teknologi Maklumat. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut: 1.Juruteknik komputer 2.Juruteknik Rangkaian 3.Usahawan Teknologi Maklumat 4.Pentadbir IT 5.Pembantu Komputer Rangkaian 6.Pembantu Projek IT 7.Pembantu Meja Bantu 8.Juruteknik Perkhidmatan IT JUMLAH JAM KREDIT : 60 Kredit
32 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT STRUKTUR PROGRAM SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN KOD KURSUS KREDIT SEMESTER 1 MPU 13202 Bahasa Kebangsaan A 2 STM 10142 Discrete Mathematics 2 SSK 10203 Computer Architecure and Assembly 3 STM 10163 Database Fundamentals 3 STM 10173 Problem Solving and Program Design 3 SSK 10213 Application Software 3 SSK 10363 Electric and Electronic Fundamentals 3 JUMLAH KREDIT 19 SEMESTER 2 MPU 13012 Pendidikan Islam 2 MPU 13022 Pendidikan Moral SUE 10011 Communicative English 1 SSK 20152 Discrete Mathematics 2 2 SSK 20183 Network and Communication Fundamentals 3 SSK 20193 Operating System 3 STM 20302 Digital Enterpreneurship 2 STM 20263 Programming Fundamentals 3 SSK 20353 Network Technology 3 JUMLAH KREDIT 19 SEMESTER 3 SUE 20021 Workplace English 1 MPU 11012 Pengajian Malaysia 2 SSK 30333 Computer Repair and Maintenance 3 SSK 30313 Server Administration 3 SSK 30323 Network Administration 3 SSK 30343 Computer Network and Security 3 SSK 30373 Mobile Application and Technology 3 JUMLAH KREDIT 18 SEMESTER 4 SUT 40014 Industrial Training 4 JUMLAH KREDIT 4 JUMLAH KESELURUHAN KREDIT 60
33 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PENDAFTARAN KURSUS 1.Pelajar perlu mendaftar setiap kursus yang diambil melalui Penasihat Akademik dalam tempoh satu (1) minggu selepas pendaftaran semester. 2.Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus yang mempunyai pra syarat, sekiranya pelajar tidak lulus pra syarat bagi kursus tersebut. 3.Pendaftaran kursus perlu mendapat pengesahan Timbalan Pengarah (Akademik) (TP(A))/Ketua Program (KPro). 4.Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak senarai kursus yang telah didaftarkan dengan teliti. 5.Pelajar yang telah mendaftar kursus hendaklah mengikuti sepenuhnya aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) bagi kursus tersebut. 6.Pindaan pendaftaran kursus hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada minggu ketiga (3) perkuliahan dengan mendapat kebenaran TP(A). 7.Borang Pendaftaran Kursus akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu ketiga semester kepada pelajar melalui Penasihat Akademik. 8.Satu Salinan borang pendaftaran kursus hendaklah diserahkan kepada TP(A), Unit Peperiksaan dan Fail Pelajar. NILAI KREDIT 1.Nilai kredit a.Setiap kursus mempunyai nilai kredit tertentu. b.Setiap 40 jam belajar adalah bersamaan satu (1) kredit. c.Setiap kursus direkabentuk antara satu (1) hingga lima (5) kredit. d.Latihan Industri (LI) membawa lapan (8) hingga 12 kredit mengikut keperluan program. Satu (1) bulan LI bersamaan dua (2) kredit. 2.Beban kredit minimum dan maksimum a.Pelajar dikehendaki mengambil minimum sembilan (9) kredit bagi setiap semester kecuali bagi semester akhir. b.Pelajar yang mendapat Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) kurang dari 2.00 hendaklah mengambil tidak lebih daripada 13 kredit termasuk kursus wajib pada semester berikutnya. c.Bilangan kredit maksimum yang boleh diambil ialah 19 kredit, dengan kebenaran TP(A). Pelajar dinasihatkan berbincang dengan Penasihat Akademik terlebih dahulu. 3.Kredit kursus ulangan (UK) a.Bagi pelajar yang mengulang kursus (UK), gred terkini akan menggantikan gred terdahulu.
34 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT b.Bagi tujuan pengiraan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus yang diulang akan diambil kira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan. c.Pelajar yang perlu mengulang kursus (UK) minima sembilan (9) kredit, TIDAK DIBENARKAN mendaftar kursus bagi semester yang berikutnya. 4.Kredit penebusan gred (TG) a.Bagi pelajar yang mendapat status Lulus Bersyarat (LB), DIBENARKAN mengulang kursus bagi menebus gred (TG) dan gred terkini akan menggantikan gred terdahulu. b.Bagi tujuan pengiraan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus yang diperbaiki akan diambil kira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan. 5.Kredit lulus program dan tempoh pengajian a.Pelajar mesti lulus semua kursus yang ditetapkan untuk program yang diambilnya termasuk LI. b.Kredit minimum bagi program sijil adalah 60 kredit. Kredit sebenar hendaklah dirujuk kepada struktur program yang berkenaan. c.Tempoh pengajian lazim bagi sesuatu program adalah antara 4 semester manakala tempoh maksimum pengajian adalah 10 semester atau 40 bulan. Kerangka tempoh pengajian maksimum ini ditetapkan bagi memastikan lulusan sentiasa relevan dengan keperluan semasa. PINDAHAN KREDIT 1.Pelajar boleh memohon kelulusan pindahan kredit bagi mana-mana kursus daripada TP(A). 2.Mata kredit yang diperolehi bagi kursus yang dipindah kredit tidak diambil kira dalam pengiraan HPNM. 3.Jumlah Jam Kredit bagi kursus yang dipindahkan akan diambil kira bagi menentukan Jumlah Jam Kredit Terkumpul untuk tujuan penganugerahan Sijil. 4.Kursus-kursus program kolej yang telah dilaksanakan di sesebuah kolej komuniti boleh diterima atau dibawa ke kolej komuniti lain yang menawarkan kursus yang sama. 5.Pelaksanaan pindahan kredit hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Pindahan Kredit Program Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia edisi terkini.
35 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
36 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 4.1. Pengenalan Unit Peperiksaan adalah merupakan suatu pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan bagi setiap program. 4.2. Peraturan Am Kaedah Penilaian 4.2.1. Pelajar hendaklah menduduki atau melaksanakan semua aktiviti-aktiviti Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) bagi semua Kursus yang diikuti berdasarkan keperluan kurikulum. 4.2.2. Pelajar LULUS penilaian sesuatu Kursus jika memenuhi syarat-syarat berikut :- i.Memperolehi markah gabungan Pentaksiran Berterusan dan Penilaian Akhir dengan MINIMA 40 Markah (Lulus Bersyarat) atau gred D iaitu Nilai Mata atau 1.00 dan; ii.Wajib HADIR Penilaian Akhir (jika berkaitan). iii.Kursus-kursus yang tidak melibatkan Penilaian Akhir akan dinilai secara 100% Pentaksiran Berterusan. iv.Pelajar WAJIB menghadiri sesi PdP tidak kurang dari 80% dari jumlah jam pertemuan bagi setiap Kursus kecuali telah mendapat kebenaran TP(A). 4.2.3. Struktur penilaian secara umumnya adalah seperti berikut; i.Program Sijil-Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) Atau-Pentaksiran Berterusan (100%) * Struktur penilaian adalah TERTAKLUK kepada standard program MQA kurikulum program yang dibangunkan.
37 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 4.2.4. Status diberhentikan. i.Memperolehi status akademik (PNM) Lulus Bersyarat (LB) sebanyak tiga kali berturut-turut. ii.Telah melebihi tempoh maksimum pengajian sesuatu program (10 semester) termasuk Latihan Industri. 4.3. Sistem Gred 4.3.1. Semua markah yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu Kursus akan dinyatakan dalam bentuk gred seperti Jadual 1 Jadual 1 4.3.2. Pelajar yang mendapat Lulus Bersyarat (LB) perlu menebus Kursus untuk mendapat HPNM bersamaan atau lebih 2.00 bagi tujuan penganugerahan sijil. 4.4. Sistem Nilaian Mata 4.4.1. Sistem penilaian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi adalah berdasarkan kepada penilaian formatif dan sumatif prestasi pelajar di dalam sesuatu Kursus dan diterjemahkan dalam bentuk Sistem Nilaian Mata. 4.4.2. Mengikut Sistem Nilaian Mata, skor atau mata bagi sesuatu Kursus dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti di Jadual 1. Satu ukuran prestasi akan digunakan bagi menetapkan Purata Nilai Mata (PNM) atau “Grade Point Average” (GPA) dan juga Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) atau
38 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT “Cummulative Grade Point Average” (CGPA) dimana PNM dan HPNM dihitung seperti berikut:- 4.4.3. Status pencapaian akademik pelajar ditentukan pada setiap semester/kursus dengan menggunakan Purata Nilai Mata seperti dalam Jadual 2 berikut:
39 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 4.5. Klasifikasi Status Keputusan Peperiksaan Jadual 2 4.6. Penganugerahan 4.6.1. Pelajar hanya layak dianugerahkan Sijil setelah memenuhi syarat-syarat berikut: a) Telah lulus semua kursus yang ditetapkan bagi setiap program; b) Lulus Latihan Industri; c)HPNM ≥ 2.00;d) Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian yang ditetapkan; e)Syarat-syarat lain yang ditetapkan; dan f)Diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
40 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 4.6.2. Pelajar akan memperolehi Anugerah Pengarah sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: a) Pelajar mendaftar Kursus sekurang-kurangnya 12 kredit pada semester/kursus berkenaan; dan b)Mendapat PNM ≥ 3.67 bagi semester/kursus berkenaan. Nota : Catatan “Anugerah Pengarah” akan dimasukkan dalam slip.4.6.3. Pelajar akan dianugerahkan Pingat Ketua Pengarah (PKP) pada semester/kursus terakhir sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: a) Memperolehi HPNM sekurang-kurangnya 3.83; b) Cemerlang Latihan Industri; c)Kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh JK; dan d) Diperakukan oleh Ketua Pengarah. Nota : PKP akan dianugerahkan semasa majlis konvokesyen. 4.7. Transkrip a) Transkrip pelajar dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas pengumuman keputusan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti. b) Setiap transkrip yang dikeluarkan perlu dicop dengan Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti. c)Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar boleh memohon salinan transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan dokumen berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat Akuan Sumpah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. d) Penggantian transkrip akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap.
41 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 4.8. Sijil Kolej Komuniti a) Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi hanya dikeluarkan sekali sahaja setelah pelajar menamatkan pengajian di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. Sijil ini akan diserahkan semasa Majlis Konvokesyen. b) Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar boleh memohon salinan sijil atau transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan dokumen berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat Akuan Sumpah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. c)Penggantian sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap.
42 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT LATIHAN INDUSTRI
43 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT LATIHAN INDUSTRI5.1 PENGENALAN 5.1.1Matlamat Matlamat LI ialah untuk membolehkan pelajar mendapat pengalaman di industri, firma atau jabatan kerajaan yang berkaitan bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan semasa negara. 5.1.2Objektif a) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan dalam bidang masing-masing; b) Mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga pengetahuan yang terbaru di pasaran; c)Mendapat pengalaman bekerja di industri/organisasi berkaitan bidang masing-masing; d) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar; e)Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat di tempat kerja; f)Memupuk semangat bekerja secara berkumpulan; g) Menghayati nilai/etika kerja seperti jujur, amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab; h)Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat kerja; i)Menyediakan laporan teknikal berkaitan bidang masing-masing; j)Meningkatkan peluang pekerjaan; dan k)Merapatkan jaringan antara kolej komuniti dengan industri.
44 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 5.2TEMPOH LATIHAN INDUSTRI Tempoh LI memerlukan pelajar ditempatkan di industri yang bersesuaian untuk tempoh 1 semester (8 minggu/16 minggu/20 minggu). Tempoh yang ditetapkan ini bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency MQA) dan Lembaga Teknologis Malaysia –(MBOT). 5.3SYARAT LATIHAN INDUSTRI 5.3.1Syarat Layak Menjalani LI a) Pelajar perlu lulus semua kursus; dan b) Bagi program Sijil Asas Kolej Komuniti, pelajar perlu lulus tapisan di peringkat kolej komuniti berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut program. 5.3.2Syarat Lulus LI a) Menghadiri LI mengikut tempoh yang ditetapkan; b) Lulus penilaian LI daripada Penyelia Syarikat dan Pensyarah Penyelia berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan; c)Melengkapkan dan menghantar Buku Laporan Harian LI; dan d) Sekiranya pelajar diberhentikan oleh majikan, pelajar tersebut akan dikira sebagai gagal dalam LI dan keputusan tidak boleh dipinda oleh Jawatankuasa Perhubungan dan LI Kolej Komuniti (JPLIKK). 5.4KREDIT DAN PENILAIAN 5.4.1Kredit LI membawa empat (4) hingga sepuluh (10) kredit mengikut keperluan program. Satu (1) bulan LI bersamaan dua (2) kredit. Kursus LI diambil kira dalam pengiraan jumlah kredit bergraduat tetapi tidak diambil kira dalam pengiraan HPNM.
45 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 5.4.2Kriteria Penilaian Latihan Industri a) Penilaian LI dibuat berdasarkan kriteria seperti dalam Rajah 1. Rajah 1 : Kriteria Penilaian LI. b) Prestasi LI ditunjukkan dalam bentuk gred seperti dalam Rajah 2. Rajah 2 : Gred Prestasi LI. Rajah 2 : Gred LI
46 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT c)Syarat minima bagi kelulusan LI adalah pada Gred D dengan nilai mata 1.00. Pelajar yang tidak mencapai kelulusan minima akan diberi keputusan gagal dan dikehendaki Mengulang Kursus (MK) LI pada semester berikutnya. 5.5PROSES LATIHAN INDUSTRI 5.5.1Proses LI pelajar adalah merujuk kepada Rajah 3. Rajah 3 : Carta Alir Proses LI.
47 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PROSEDUR PENGAJIAN
48 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PROSEDUR PENGAJIAN8.1 Pengurusan kemasukan pelajar baharu ke peringkat Sijil Kolej Komuniti Segamat
49 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 8.2 Pengurusan Penerimaan Tawaran Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi
50 BUKU PANDUAN PELAJAR, KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 8.3 Pengurusan Tukar Program/Kolej Calon Belum Mendaftar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi
Search