Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Buku Program Kursus Siasatan 2021 v2

Buku Program Kursus Siasatan 2021 v2

Published by ykit89work, 2021-10-21 06:05:03

Description: Buku Program Kursus Siasatan 2021 v2

Search

Read the Text Version

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JOHOR KURSUS PROSEDUR 26 - 27 OKTOBER TERKINI SIASATAN 2021 DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN DALAM PENDAKWAAN KES ANJURAN SEKSYEN SIASATAN & PENDAKWAAN, CAWANGAN PENGUATKUASAAN FARMASI JOHOR

LATAR BELAKANG KURSUS Sejak belakangan ini, bilangan kes di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Johor (CPFJ) yang disiasat dan didakwa semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tatacara siasatan dan pendakwaan yang digunakan adalah berpandukan Garis Panduan Siasatan dan Garis Panduan Pendakwaan yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Garis Panduan Siasatan yang terkini telah dikeluarkan pada Julai 2020 dan terdapat prosedur terkini yang ditambahbaik dalam penyiasatan kes. Salah satu tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai yang menjalankan siasatan cara dokumentasi terkini, perubahan-perubahan yang perlu diambil perhatian serta keperluan rekod melalui sistem edpf. Melalui pendedahan seperti ini, penyiasatan yang dibuat lebih berkualiti dan teratur di samping data-data yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan pengumpulan data. Sistem ITRES, iaitu Intelligent Tracking Exhibit System yang merupakan hasil inovasi Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Pulau Pinang telah digunakan di semua cawangan penguatkuasaan farmasi negeri sejak tahun 2020 untuk merekod pergerakan keluar masuk ekshibit di stor ekshibit. Terdapat penambahbaikkan yang dilaksanakan pada tahun 2021 yang perlu didedahkan terutamanya kepada pegawai-pegawai siasatan. Oleh itu, Seksyen Siasatan dan Pendakwaan mengambil peluang dalam kursus ini untuk memantapkan lagi pengetahuan dan seterusnya memberi penjelasan berkaitan perubahan pada sistem ini. Berdasarkan jumlah pegawai- pegawai penguatkuasa yang akan mengikuti kursus ini, seramai 70 orang (92%) calon adalah pegawai penyiasat, manakala 6 orang (8%) calon merupakan pegawai yang memantau perkembangan siasatan pegawai-pegawai penyiasat di bawah seliaan mereka.

LATAR BELAKANG KURSUS Pendakwaan kes di CPFJ hanya dijalankan oleh pegawai-pegawai penguatkuasa farmasi dari Seksyen Siasatan dan Pendakwaan berikutan spesifikasi tugasan mengikut seksyen. Pertukaran portfolio yang berlaku setiap 3 ke 5 tahun akan menyebabkan pegawai pendakwa kurang peka dan latihan serta pendedahan diperlukan untuk pegawai-pegawai baru. Ceramah berkaitan asas pendakwaan dari pihak Bahagian Perkhidmatan Farmasi adalah dicadangkan agar pegawai-pegawai terutamanya pegawai-pegawai baru didedahkan dengan prosedur yang sebenar dan mengikut undang- undang yang diperuntukkan. Bagi kes perbicaraan penuh, kes-kes ini akan ditugaskan kepada pegawai-pegawai yang berpengalaman yang terdiri daripada pegawai gred UF48 dan ke atas. Berdasarkan jumlah pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam kursus ini, seramai 12 orang (16%) calon pernah terlibat sebagai pegawai pendakwa kes bicara. Slot perkongsian pengalaman dalam pendakwaan kes bicara dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi negeri-negeri lain diharap dapat membuka minda dan memberikan gambaran sebenar isu-isu yang selalu dihadapi semasa di mahkamah kepada pegawai pendakwa sedia ada dan pegawai pendakwa yang bakal mengendalikan kes-kes bicara. Besarlah harapan penganjur agar sepanjang dua (2) hari kursus ini berlangsung, para peserta dapat mencapai objektif kursus, mendapat pendedahan serta tunjuk ajar dalam menjalankan siasatan dan pendakwaan kes secara lebih interaktif dan efisien.

OBJEKTIF KURSUS

1. Memberi pendedahan kepada pegawai siasatan berkaitan dengan prosedur terkini berdasarkan Garis Panduan untuk menjalankan tugas dengan lebih efektif. 2. Meningkatkan kefahaman pegawai penguatkuasa terutamanya pegawai baru mengenai pendakwaan kes dan akta-akta yang diperuntukkan. 3. Perkongsian pengalaman dalam perbicaraan kes membantu pegawai pendakwa menangani isu-isu yang selalu dihadapi di mahkamah.

ATURCARA 26.10.21 8.00 pg – 9.00 pg Pendaftaran dan Sarapan pagi 9.00 pg – 10.15 pg “Sound and Video Check” Pemantapan Prosedur Penyiasatan Kes Penceramah: Puan Noraimi binti Ngarip 10.15 pg - 11.30 pg Pengisian edpf Yang Efektif Penceramah: Puan Goh Seng Leng 11.30 pagi - 12.45 tghr Sistem ITRES dan Pengendalian Ekshibit Penceramah: Encik Liong Chi Neng 12.45 tghr– 2.30 ptg Makan Tengahari & Rehat “Sound and Video Check” 2.30 ptg – 3.30 ptg Perundangan Asas Bagi Pendakwaan Kes Farmasi Penceramah: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM 3.30 ptg - 4.30 ptg Tatacara Pendakwaan dan Pemberatan Kes Penceramah: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

ATURCARA 27.10.21 8.00 pg – 9.00 pg Pendaftaran dan Sarapan pagi “Sound and Video Check” 9.00 pg – 10.30 pg Perkongsian Pengalaman Pegawai Pendakwa Bagi Kes Bicara Penceramah : Pegawai Penguatkuasa CPF Negeri Sembilan 10.30 pg – 12.00 tghr Perkongsian Pengalaman Pegawai Pendakwa Bagi Kes Bicara Penceramah : Pegawai Penguatkuasa CPF Negeri Selangor 12.00 tghr Makan tengahari dan bersurai.

AJK PELAKSANA Pn Noraini Binti Mohamad - Penaung Pn. Masliza Binti Arip - Penasihat Pn. Noraimi Binti Ngarip - Pengerusi Cik Nurhafizah Binti Hasan - Setiausaha Cik Nor Azlinda Binti Othman & Pn. Dellia Faiza Binti Abd Razak - Fasilitator & Nota Kursus En. Liong Chi Neng - Kelangkapan dan tempat kursus En. Woo Chee Yen, En. Mok Wuai Kit & En. Norhafidi bin Nordin - Teknikal, Buku Program dan Jurukamera En. Abd Kadir Bin Mohid & Cik Nurhafizah Binti Hasan - Urusan & tuntutan penceramah luar En. Shoo Kah Jien & Pn. Goh Seng Leng - Fail Kursus Pn. Fatimah Zahra Binti Mohamed Shukor, En. Shoo Kah Jien & Cik Goh Siow Chin - Makanan Cik Saleha Binti Muslaini - Pendaftaran dan sijil Cik Siong Chai Qin - Pengacara Majlis En. Abd Kadir Bin Mohid - Pembaca Doa En. Lawrence Lim Hsien Sheng & Puan Nurul Husna Binti Basirun - Pelapor

Merah menyala si buah ceri, Sungguh cantik berseri-seri, Terima kasih ucapan diberi, Lapangkan masa untuk dua hari. Letih berjalan di tengah pekan, Singgah sebentar di gerai siti, Terima kasih kami ucapkan, Atas segala jasa dan bakti. Burung helang terbangnya tinggi, Hinggap sebentar di pohon jati, Terima kasih saudara dan saudari, Memberi tumpuan sepenuh hati. Licin badan si ikan keli, Tinggalnya di dalam perigi, Manfaatkan ilmu yang diberi, Ada rezeki berjumpa lagi.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook