Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Ebook Cara Membuat Sabun Dengan Minyak Terpakai

Ebook Cara Membuat Sabun Dengan Minyak Terpakai

Published by rugayah2019, 2020-02-04 07:15:46

Description: Ebook Cara Membuat Sabun Dengan Minyak Terpakai

Search

Read the Text Version

MUKADIMAH Surirumah mempunyai tugas yang istimewa. Menguruskan dan memastikan segala hal ehwal rumah serta penghuninya terjaga dan selesa. Kalau zaman dahulu, zaman ibu-nenek kita, tanggungjawab surirumah itu berat tanpa banyak meninggalkan rumah. Dari memasak, mencuci dan membesarkan anak. Pada zaman kini, memasak dan mencuci ditambah dengan menguruskan perbelanjaan dapur. Sebagai surirumah yang bijak, kita hendak memastikan belanjawan dirumah diuruskan sebaiknya dan dapat berjimat dimana yang dapat. Al maklumlah, jarang kita jumpa surirumah yang duduk saja. Paling-paling mesti nak berniaga dari rumah sambil jaga anak kan? Semua nya usaha untuk membantu ekonomi rumahtangga, dan ianya menunjukkan masyarakat progresif dan produktif yang mula cakna bijak menguruskan kewangan micro. Perkara terakhir kita mahu lakukan adalah membazir, dimana kita boleh berjimat…berjimatlah kita dengan cermat. Gunakan wang yang dijimat itu untuk menyimpan di dalam tabung untuk kemudian hari. Ada satu benda dibawah hidung kita, yang kita sering ambil ringan. Minyak Masak Terpakai Surirumah yang memasak pasti tidak dapat hidup tanpa minyak masak. Budaya rakyat Malaysia dengan penggunaan minyak kelapa sawit, bagai isi dengan kuku. Amat sebati bahan ini di dalam mana- 1

mana isi rumah. Melainkan anda telah pun bertukar kepada teknologi ‘Air-Fryer’, rumah anda pasti ada minyak masak. Dari minyak kelapa sawit, minyak jagung, minyak kacang, minyak kelapa,maupun minyak zaitun,- emas cecair ni amat berguna bukan hanya untuk memasak. Persoalannya, apakah yang kita lakukan kepada minyak-minyak yang telah dipakai buat menggoreng makanan kita? Berapa ramai diantara kita yang akan menuangkan baki minyak anda kedalam lubang sinki? Bagaimanakah minyak masak terpakai mampu membantu kita mengurangkan kos perbelanjaan dapur? Dengan menjadikannya antara bahan didalam pembuatan sabun serbaguna dan agen pencuci didalam rumah kita. Tahukah anda kita membelanjakan sebanyak RM50-RM100 sebulan hanya untuk produk pencuci yang digunakan sekali guna dan kepelbagaian mengikut fungsi tertentu. Contohnya, pencuci tingkap, lantai, pinggan dan pakaian semuanya memerlukan pencuci yang berlainan! Dengan kaedah menukarkan minyak masak terpakai menjadi agen pencuci serbaguna, kita mengurangkan pembaziran dan menjaga alam sekitar. Minyak tidak patut dimasukkan kedalam longkang dan terusan air kita. Ianya mencemarkan kualiti air dan pembentungan kita. Apabila kita menguruskan sisa buangan rumah kita dengan lebih bijak, kita menunjukkan contoh lifestyle yang lebih baik untuk generasi akan datang, terutamanya anak kita. 2

Persediaan Bahan-Bahan 1. Keselamatan Diri a) Gunakan ‘Goggle’ Mata/Cermin Mata b) Sarung Tangan Getah Berkualiti Tinggi c) Mask Penutup Mulut d) Pakai, pakaian yang panjang serta Apron Pastikan tubuh kita dilindungi, kerana antara bahan penting dalam proses pembuatan sabun adalah dengan menggunakan ‘Lye’ (NaOH/KOH) atau lebih dikenali sebagai Soda Kaustik. Bahan kimia ini bersifat menghakis. Larutan ‘lye’ mempunyai potensi memberi kecederaan, melecur, dan merosakkan pada anggota badan akibat sentuhan secara terus. Apabila terdedah pada air, ianya mampu mendidih dengan cepat dan mengeluarkan wasap beracun dan memedihkan mata. Pastikan juga, kita tidak menggunakan peralatan yang dibuat oleh Aluminium atas sebab tindak balas ‘lye’ dengan bahan ini. 2. Ruang Pengudaraan Yang Baik Pastikan ruang projek anda di tempat terbuka, supaya wasap dan bau yang dikeluarkan apabila bahan kimia bertindak-balas, dapat diudarakan dengan baik yang anda tidak terdedah menghidu bahan yang dapat membahayakan organ dalaman anda. 3

3. Peralatan Yang Betul dan Bersesuaian a) penimbang elektronik b) sudip/sudu silicone (pastikan bukan aluminium/kayu) c) bekas jug/mangkuk plastic (pastikan bukan gelas) d) blender/pengisar tangan/mixer tangan (pastikan besi bukan aluminium) e) Crock-pot/Slow Cooker (Periuk Reneh- Tembikar Tanah/Porcelain) Langkah Keselamatan : Sumber-sumber mencadangkan penyingkiran segera pakaian / bahan yang tercemar, perlahan-lahan memberus / menghilangkan kulit yang berlebihan, dan kemudian membersihkan kawasan pendedahan dengan air yang mengalir selama 15-60 minit semasa menghubungi perkhidmatan kecemasan Pastikan terdapat cuka makan berhampiran kawasan anda melakukan kerja dan penyediaan sabun. 4

Ringkasan Proses Pembuatan Sabun Serbaguna Langkah 1 Campuran Lye + Air (H2O)/Cecair Langkah 2 Larutan Lye + Cecair Lemak Langkah 3 Menggabungkan serta memasak sehingga tahap ‘trace’ (Hot Process) *boleh dimasukkan kedalam acuan dan keawet untuk beberapa hari sebagai sabun ketul Langkah 4 Memasak sehingga 2-3 jam sehingga menjadi Pes Sabun yang mempunyai rupa yang lebih jernih Langkah 5 Melarutkan Pes Sabun dengan Didihan Air Suling/Tapis Menjadi Sabun Cecair Asas Langkah 6 Larutan Sabun Cecair Asas + Borax + Soda Pencuci (sabun cecair detergen baju serta pencuci lantai/permukaan dapur) Langkah 7 Tambahan Minyak Pati sebagai pewangi 5

Bahan- Bahan Bahan Pes Sabun 132 gram Lye (Sodium Hydroxide) 295.18 gram Cecair (air suling/tapis) 600 gram Minyak Masak Terpakai* *Minyak masak haruslah ditapis dengan kain, dan dituras secara kasar supaya tiada sisa bahan makanan/kotoran.ianya juga perlu lah dari jenis minyak yang sama dan tidak bercampur dengan lemak dari jenis lain. (jumlah isipadu = 1.0279 Litre) Bahan Sabun Cecair Asas Larutkan 1:7 dengan air yang mendidih. Anggaran 1 litre pes sabun: 7 litre Air Mendidih Bahan Sabun Cecair Serbaguna Sabun Cecair Asas 2 Sudu Besar Borax 2 Sudu Besar Soda Pencuci (Washing Soda) 6

Langkah-langkah Langkah 1 Campuran Lye + Air (H2O)/Cecair 1. Gunakan bekas yang kering untuk menimbang ‘Lye Flakes’. Ketepikan. 2. Gunakan jug yang berasingan dan isikan air yang telah ditapis. Timbangkan dengan tepat. 3. *PENTING * campurkan ‘Lye’ ke dalam Air sedikit demi sedikit, kacau sehingga larut. Proses ini akan membuatkan air mendidih dan suhu naik secara mendadak. Pastikan bekas tahan panas/tidak mudah cair digunakan. 4. *PENTING* Jangan sesekali memasukkan air kedalam lye, ia akan bertindak balas dengan letupan yang amat merbahaya. 5. Letakkan di tempat yang selamat, ketepikan dan sejukkan larutan lye dan cecair tadi. 7

Langkah-langkah Langkah 2 dan 3 Larutan Lye + Cecair Lemak =Trace PENTING: Panaskan Minyak di dalam Slow Cooker terlebih dahulu 1. Masukkan minyak terpakai yang telah disukat, kedalam slow cooker/crock pot. Setkan pada high, untuk memanaskan minyak. Ini untuk memastikan tiada air yang terdapat didalam minyak tersebut. 2. Setelah minyak mendidih, masukkan larutan Lye secara perlahan-lahan. 3. Gunakan hand blender/ hand mixer dan gaulkan sebatian ini sehingga larutan bertukar warna sedikit pucat. Rehatkan selama 5-10 minit dan ulang penggunaan hand blender/ hand mixer. 4. Ulang proses 3 beberapa kali sehingga campuran menjadi likat dan pekat. Apabila hand mixer/blender di angkat, campuran seakan custard mewujudkan ‘trace’ pada permukaan atas. 5. Untuk mendapat sabun buku keras, proses ini boleh diteruskan dengan memasukkan campuran kedalam bekas ‘mould’ dan dikeringkan untuk beberapa hari.* 8

gambarajah: tekstur dan ‘trace’ pada sabun Langkah-langkah Langkah 4 Memasak sehingga 2-3 jam sehingga menjadi Pes Sabun yang mempunyai rupa yang lebih jernih 9

Langkah-langkah Langkah 4 Memasak sehingga 2-3 jam sehingga menjadi Pes Sabun yang mempunyai rupa yang lebih jernih 1. Selepas campuran mencapai ‘trace’, teruskan memasak campuran sabun tadi dengan menutup slow cooker untuk 30 minit. 2. Kacau setiap 30-45 minit dengan hand mixer, untuk beberapa jam. Campuran akan menjadi semakin lutsinar. 3. Tutup slow cooker, dan biarkan tanpa penutup untuk semalaman. 10

Langkah-langkah Langkah 5* Melarutkan Pes Sabun dengan Didihan Air Suling/Tapis Menjadi Sabun Cecair Asas 1. Keluarkan Pes Sabun dan bahagikan jadi beberapa bahagian. Anda boleh gunakan terus, dengan melarutkannya dengan 25% air yang mendidih untuk sabun pencuci asas (sabun cuci pinggan etc) 2. Pastikan pes sabun terlarut habis dan air menjadi jernih. 11

Langkah-langkah Langkah 6 Larutan Sabun Cecair Asas + Borax + Soda Pencuci (sabun cecair detergen baju serta pencuci lantai/permukaan dapur) 1. Panaskan Slow Cooker/Crockpot anda ke setting High. 2. Jika anda menggunakan slow cooker yang besar, anda boleh terus menambah air panas mendidih kedalam pes sabun yang telah siap. Masukkan setengah litre dahulu untuk melarutkan pes sedikit demi sedikit. 3. Air panas yang mendidih akan ditambah sedikit demi sedikit sehingga semua pes sabun habis terlarut dengan air. (ianya akan mengambil masa kira-kira 6-8 jam) 4. Sila pastikan air tidak melebihi 1;7 nisbah sabun dengan air atau 25% isipadu pes sabun dengan selebihnya air supaya kuasa mencuci tidak terlalu lemah. 5. Setelah semua pes sabun telah larut, masukkan borax dan washing soda kedalam larutan sabun tadi. 6. Wangi-wangian dari minyak pati/essential oil boleh ditambah mengikut citarasa sendiri. 7. Teruskan mengacau adunan sabun yang memekat dan tutupkan suis slow cooker. Campuran sabun akan lebih memekat setelah suhu campuran turun ke suhu bilik. 8. Sebagai pencuci pakaian, gunakan penutup detergen lama sebagai penyukat untuk cucian anda* mengikut size capacity mesin pencuci 12

Selamat Mencuba 13

Sebarang pertanyaan mengenai bengkel whatsapp ‘Sabun DIY dari Minyak Terpakai’ sila email : [email protected] atau whatsapp: http://Surirumahpreneur.wasap.my follow Surirumahpreneur di media social: https://www.facebook.com/hajar.amanshah https://surirumahpreneur.wordpress.com/ TERIMA KASIH 14


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook