Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore GPM TUGASAN 2 KUMPULAN new

GPM TUGASAN 2 KUMPULAN new

Published by krubaanandinisk, 2020-02-19 20:51:51

Description: GPM TUGASAN 2 KUMPULAN new

Search

Read the Text Version

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) NAMA KALAIVANI A/P KRUBAA NANDINI DHARSHINI A/P KUMPULAN AHLI A/P THATCHANAMOORTHY KANNIAPPEN NANTHAKUMARAN ANGKA GILIRAN 2019122310104 2019122310105 2019122310099 NO. KP 000912-01-1336 010108-01-1502 010306-02-0768 OPSYEN 2 PPISMP MT 1 NAMA DAN KOD PENGANTAR PENDIDIKAN MORAL (GPM 1083) KURSUS TUGASAN 2 : ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT TAJUK NAMA PENSYARAH PUAN HALIDAH BINTI MD JEDI TARIKH HANTAR 2 MARCH 2020 2

ISI KANDUNGAN BILANGAN TAJUK MUKA SURAT 1-2 1 Muka Depan 3 2 Isi kandungan 4 - 10 3 1.0 Pengenalan 2.0 Isu Teknologi Maklumat 2.1 Kebaikan : Penyebaran maklumat secara cepat 2.2 Kebaikan : Pengurusan perniagaan dan Perbankan 2.3 Keburukan : Isu Jenayah Siber 3.0 Penutup 4. Cari kata 11 4 Rujukan 12 3

TUGASAN 2 : MENGHASILKAN E-BOOK TENTANG ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM MENGHARUNGI CABARAN KEHIDUPAN MASA KINI 1.0 PENGENALAN Menurut Diana @ Siti Khadizah (2010), teknologi maklumat dikaitkan dengan hasil penggunaan computer, penyiaran, telekomuniukasi serta rangkaian data. Teknologi maklumat merangkumi teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer dengan penyebaran maklumat dari segi gambar, bunyi, nombor dan perkataan. Maksud teknologi daripada Kamus Dewan Bahasa ialah sesuatu agen yang membantu dalam pemprosesan data,pemerolehan, penyimpanan dan penyebaran info semasa manakala definisi bagi maklumat adalah butir- butir mengenai sesuatu. Menurut Abdullah Zhidi bin Omar, Mahdi bin Shuid, Dr. Mazlan bin Aris, Mohd Fu’ad bin Sam dan Dr.Roslina binti Suratnu (2014), konsep moral merupakan tingkah laku dan prinsip yang baik atau kesedaran tentang amalan nilai baik atau buruk bagi sesuatu aksi. Seseorang individu yang bermoral mempunyai sifat-sifat terpuji dengan kehendak keluarga, masyarakat serta negara. Daripada pandangan tokoh Mohd. Janib Johari (1994), sesustu tingkah laku yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian sehingga ia menjadi satu amalan yang dikilas daripada pemikiran serta emosinya juga dirujuk sebagai konsep moral. Gambar rajah 1: Alat-alat yang digunakan untuk mencari maklumat. 4

Selain itu, konsep etika dimaksudkan sebagai suatu aliran falsafah yang menekankan tentang nilai-nilai dan norma moral yang menggambarkan perilaku manusia dalam kehidupannya (Drs. H. Burhanudin Salam). Dari sudut pandangan Pelan Integriti Nasional (2007), etika ialah kesatuan nilai dan moral yang menjadi asas bagi sikap individu organisasi dan profesion pekerjaan. Seterusnya, daripada ujah Menurut Abdullah Zhidi bin Omar et al.(2014), akhlak adalah ciri-ciri dalam diri yang dapat meluahkan perbuatan tanpa berfikir atau dipaksa. Terdapat beberapa isu teknologi maklumat dari aspek kebaikan dan keburukan. Antara kebaikan isu teknologi maklumat ialah teknologi maklumat dijadikan sebagai medium untuk menyebarkan sesuatu perkara atau berita terkini dengan cepat dan mudah diterima oleh masyarakat. Selanjutnya, kepentingan teknologi maklumat adalah sebagai alat pengurusan perniagaan yang dapat dijalankan dengan efisien. Malah, salah satu keburukan teknologi maklumat adalah jenayah siber buli yang kian dihadapi oleh pengguna khususnya remaja. Gambar 2 : seseorang yang bermoral akan berfikir sebelum bertindak. Gambar 3 : salah satu alat teknologi maklumat. 5

6

2.0 ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT 2.1 KEBAIKAN PENYEBARAN MAKLUMAT SECARA CEPAT Teknologi maklumat membantu dalam penyebaran maklumat secara pantas dan memudahkan masyarakat bagi mendapatkan sesuatu maklumat di hujung jari terutama dalam kalangan golongan muda. Antara medium yang digunakan untuk menyebarkan info terkini adalah melalui televisyen, radio dan media massa seperti “WhatsApp”, “Twitter”, “Blog”, “Facebook” dan sebagainya. Dengan adanya teknologi maklumat, kita boleh melahirkan generasi yang cendekiawan lalu tidak ketinggalan zaman. Di samping itu, penggunaan teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat keduniaan yang dapat membuka serta meluaskan minda masyarakat. Individu yang tidak ketinggalan zaman sering peka terhadap isu-isu terkini seperti isu penyebaran wabak “Coronovirus” yang melanda negara China sehingga merebak ke negara Malaysia. Secara tidak langsung, teknologi maklumat juga membantu rakyat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sempadan. Gambar 4 : Kesan daripada Coronovirus di Wuhan, China. Konsep moral dalam isu teknologi maklumat ini menjadi satu sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip-prinsip moral yang dapat diterima oleh semua pengguna seperti menyebarkan maklumat dengan bukti yang kukuh supaya penerima maklumat tersebut dapat mengambil keputusan secara rasional. Konsep etika yang perlu dipertimbangkan sewaktu mengedarkan maklumat adalah kita perlu merujuk maklumat serta ilmu dari laman web yang berautoriti seperti .edu, .gov dan lain-lain. Penggunaan ayat juga mesti bersopan dan bersesuaian dengan konteks maklumat yang diberi agar pembaca mudah memahaminya. Teknologi maklumat mengurangkan kos perbelanjaan masyarakat untuk membeli surat khabar dan dapat menjimatkan masa mereka dalam kehidupan yang sibuk. 7

2.2 KEBAIKAN: PENGURUSAN PERNIAGAAN DAN PERBANKAN Teknologi maklumat ini juga membantu ahli perniagaan bagi memudahkan aktiviti perniagaan mereka hanya di dalam talian sahaja sekaligus yang boleh mencermatkan kos serta tenaga. Selanjutnya, aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui talian bukan sahaja boleh memudahkan urusan bekerja malah ia juga dapat menyenangkan pembeli atau pengguna. Justeru, teknologi maklumat mampu mempertingkatkan hubungan perdagangan dalam negara mahupun luar negara. Para perniaga memperluaskan kegiatan perniagaan di persada dunia dengan sekelip mata. Ahli perniagaan boleh mempromosikan sesuatu produk dari seluruh dunia atas talian tanpa mengira masa. Oleh itu, pembeli boleh memindahkan wang secara mudah dengan menggunakan urusan perbankan melalui laman sesawang sahaja. Antara pembelian atas talian yang sering digemari oleh pengguna adalah seperti “Lazada”, “Shopee”, “Amazon” dan sebagainya. Masyarakat tidak perlu menghabiskan tenaga dan bersusah payah menguruskan pelbagai pembayaran serta urusan-urusan kewangan. Konsep moral yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan perniagaan adalah para perniaga menepati janji yang dihulurkan kepada pembeli tentang produk yang dijual atas talian supaya pembeli mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap produknya. Para peniaga mesti berkelakuan adil semasa menetapkan harga yang berpatutan dengan harga pasaran bagi produknya dalam talian agar dapat menarik ramai pelanggan setia yang merujuk kepada konsep etika. Tambahan pula, konsep akhlak dapat diwujudkan apabila para peniaga memberi ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan barang mahupun ketidakpuasan atas kualiti produknya. Ganti rugi perlu dikreditkan dalam akaun pengguna dalam tempoh yang ditetapkan. Kesan positif daripada pengurusan perniagaan menggunakan teknologi maklumat memastikan perniagaan tersebut berjalan secara lancar dan tanpa sebarang halangan. Kesan jika peniaga tidak mengamalkan konsep-konsep tersebut, mereka akan mengalami kerugian aset yang boleh menjatuhkan ekonomi negara. Gambar 5 : Pembelian atas talian dan perbankan 8

2.3 KEBURUKAN : ISU JENAYAH SIBER Jenayah siber merupakan salah satu jenayah komputer yang baru pada era globalisasi. Jenayah siber terdiri daripada beberapa unsur. Antara unsurnya adalah unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Masyarakat yang kurang berpengetahuan tentang teknologi maklumat juga menghasilkan inovasi untuk mengeksploitasi teknologi sebegini bagi motif jenayah siber. Pada masa kini, kebanyakan orang yang berpendidikan tinggi dan berprofesional mengendalikan jenayah siber. Segelintir rakyat yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat sesuka hati sama ada benar atau salah, idea, ideaologi, propaganda dan juga turut pornografi melalui Internet. Konsep moral dalam isu jenayah siber adalah remaja yang mempunyai sikap yang tamak dan ingin memiliki sesuatu di luar kemampuan yang selalu terjebak dalam isu ini. Sesetengah orang yang tidak mempunyai konsep etika akan melibatkan diri dalam jenayah siber akibat rasa dendam dan perasaan marah kepada seseorang. Pengguna berpengaruh dengan rakan sebaya yang bebas bersosialisasi dan memberikan semua maklumat peribadi kepada orang ketiga tanpa berfikir tentang kesan negatifnya. Kesan daripada kes jenayah siber adalah pengguna yang terlibat dalam isu tersebut mudah mengalami gangguan emosi kerana suka meneroka alam maya supaya dapat mengasah lagi bakat mereka. Jenayah siber ini mendorong golongan wanita mengambil tindakan yang salah seperti bunuh diri kerana mengugut mereka dengan gambar yang tidak bersenonoh. Gambar 6 : Maklumat berkenaan jenayah siber. 9

3.0 KESIMPULAN Intiharnya, terdapat beberapa kebaikan dan keburukan dalam isu teknologi maklumat seperti yang dimaklumkan di atas. Walaubagaimanapun, kita sebagai pengguna yang bijak dan pemikiran rasional perlu mengambil inisiatif yang sewajarnya bagi mengatasi isu tersebut. Langkah perdana dalam penyebaran maklumat ialah pihak berkuasa harus mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap individu yang menyalahgunakan teknologi maklumat untuk memaparkan isu yang sensitif berkatan politik dan agama yang boleh mencetuskan pergaduhan antara masyarakat. Selain itu, warganegara Malaysia seharusnya menyemak terlebih dahulu sebarang informasi-informasi yang diterima daripada media elektronik. Kita tidak wajar mengikut perasaan nafsu kita dan bertindak sewenang-wenangnya apabila mendapatkan maklumat walaupun berita tersebut tidak disahkan. Bagi memperbaikan urusan dalam perniagaan, Kementerian Perdagangan dalam Negeri harus turun padang untuk memastikan para peniaga tidak tipu helah dalam kenaikan harga barang. Langkah yang boleh diambil bagi mengawal jenayah siber sacara berleluasa, kita hendak berkerjasama dengan negara maju lain seperti Amerika Syarikat dan Britain untuk meningkatkan lagi keupayaan dalam menghadapi sesuatu serangan siber dengan berkongsi idea yang berrkesan tentang keselamatan perisian komputer. Di samping itu, pihak berkuasa mesti melakukan pemantauan yang lebih kerap dan tegas di alam siber agar dapat menjatuhkan hukuman yang lebih berat seperti hukuman penjara dan memberikan denda yang setimpal dengan kelakuan jenayah siber yang dilakukan terutamanya dalam kes penipuan dan pengondam perisian maklumat. Pihak sekolah mengadakan kempen kesedaran bagi menerap pengetahuan tentang jenayah siber agar kita dapat melahirkan generasi yang celik dan bijak dalam menggunakan teknologi maklumat tanpa terlibat dalam jenayah siber. Remaja perlu mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis jenayah siber yang muncul dan hukuman yang akan dikenakan kepada mereka sekiranya terlibat. Tambahan pula, ibu bapa dan masyarakat tidak seharusnya ‘melepaskan batuk di tangga’, namun begitu kita perlu mendidik anak-anak muda sejak di bangku sekolah lagi supaya penerapan nilai moral boleh dilakukan dengan lebih efektif agar masalah dan jenayah yang melibatkan moral, etika dan akhlak dapat dicegah dari terus menular. Sebagai penutup kata, kita perlu menghindari perlakuan yang mendatangkan keburukan sewaktu menggunakan teknologi. Kita perlu mengaplikasikan konsep asas moral seperti konsep moral, etika dan akhlak dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan bersama. 10

CUBA UJI MINDA ANDA Z J Q T A L F O WD TEL EVI SYEN U N MN E K D R B T KAKKI ARET U A Y R O WS G T E H L A A N MY J T R K HHBSXPAI PI A S O E G B U WC N KI NPYRRT T T GB GE I L AHEE NEBT T UI AYR I RK I I A NP GN T USKDT I EYE J ADAZ AL YET VNAL I DAEKP 1. Saya sebagai alat yang digunakan untuk mencari maklumat. 2. Tanpa saya, pengguna tidak boleh menggunakan gajet untuk mencari info. 3. Saya digunakan untuk membeli barang secara atas talian dengan mudah. 4. Konsep akhlak boleh dikaitkan dengan . 5. Saya adalah salah satu konsep asas moral dengan bermaksud adat atau cara hidup. 6. Apakah singkatan bagi Information and Communication Technology ? 7. Saya adalah sesuatu perbuatan dan kejahatan yang menyalahi undang-undang yang dilakukan melalui Internet dan alam maya. 8. Apakah laman sosial yang digunakan untuk menyebarkan berita terkini dengan mudah? 9. Medium yang sering digunakan bagi menyebarkan berita terkini tanpa ada apa-apa batasan. 10. Apakah nilai murni yang perlu ada pada para peniaga? 10. keadilan 7. Jenayah siber 4. Tingkah laku Jawapan 8. Twitter 5. Konsep etika 1. komputer 9. televisyen 6. ICT 2. Internet 3. Lazada 11

RUJUKAN BUKU : Abdullah Zhidi, Mahdi, Mazlan, Mohd Fu’ad & Roslina. (2014). Pengantar Pendidikan Moral. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Abdul Rahman. (1999). Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang : Universiti Putra Malaysia Tam. (1996). Konsep dan Program Pendidikan Moral. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Shakila & Rosilawati. (2015). Sejarah dan media baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka INTERNET : Maria & Cellania. (26 Februari 2014). Kepentingan Teknologi Maklumat. Dimuat turun daripada http://farahilyani96.blogspot.com/2014/02/kepentingan-teknologi-maklumat.html?m=1 Lavanyah. (29 March 2011). Etika dan Nilai-nilai murni Malaysia. Dimuat turun daripada http://lavanyah89.blogspot.com/2012/03/normal-0-false-false-false-en-us-x- none.html?m=1 Tadroza. (9 September 2017). Jenayah Siber. Dimuat turun daripada http://tadroza.blogspot.com/2017/09/jenayah-siber.html?m=1 Zawiyah, Hairudin, Masnizah, Nazura & Azizi Abdullah. (2007). Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Etika, Undang-undang dan Sosial. Dimuat turun daripada https://www.researchgate.net/publication/301011538_Teknologi_Maklumat_dan_Ko munikasi_Etika_Undang-undang_dan_Sosial 12

13


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook