Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore minit skda 2021

minit skda 2021

Published by farhana Ana, 2021-04-13 06:24:08

Description: minit skda 2021

Search

Read the Text Version

SEKOLAH KEBANGSAAN DARULAMAN 08600 TIKAM BATU, KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE -43 PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) Tarikh : 11 April 2021 Hari : Ahad Masa : 2.00 petang Tempat : Di kediaman masing-masing ( Google meet ) 1. 0 UCAPAN ALUAN YANG DPERTUA PIBG SK DARULAMAN. Encik Muhamad Hafizi bin Abdul Malik 1.1 YDP mengalu-alukan kehadiran para tetamu, ibu bapa dan AJK ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 43. YDP menyatakan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada Ibu bapa dan guru-guru yang dapat bersama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 secara norma baharu. 1.2 YDP PIBG juga mengharapkan sumbangan ikhlas daripada pelbagai pihak bagi menyiapkan stesen pembelajaran yang masih dalam proses pembangunan. 1.3 PIBG mengalu-alukan sumbangan berbentuk wang ringgit dalam proses menyiapkan stesen pembelajaran di sekolah. 1.4 Akhir kata, YDP PIBG menegaskan peranan PIBG adalah untuk menyatukan ibu bapa supaya dapat membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek. Pemuafakatan yang baik dapat menjana aktiviti-aktiviti yang lebih baik dari semasa ke semasa. 1.5 Akhir kata, YDP mengucapkan terima kasih kepada warga pendidik SK Darulaman yang telah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik dan membimbing muri. Beliau juga berharap dan mendoakan SK Darulaman akan cemerlang dalam semua aspek. Tindakan :Makluman 1

2.0 PERUTUSAN GURU BESAR SK DARULAMAN Puan Norliyah binti Adam 2.1.Guru besar mengalu-alukan kehadiran para tetamu, waris, dan AJK ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 43 dan ke-44. 2.2.Guru besar juga menyatakan rasa syukur kerana dapat bersama-sama dalam majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Darulaman kali ke- 43 dan ke-44 walaupun secara maya kerana masih dalam tempoh PKPB. 2.3.Beliau juga menyampaikan laporan sekolah dari segi pembelajaran dan pembelajaran serta memaklumkan sekolah telah di tutup pada 9 November 2020 dan sesi pembelajaran dan pembelajaran murid berlangsung di rumah. 2.4.Guru besar juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa kerana memberi bimbingan, sokongan dan bantuan yang berterusan kepada anak-anak di rumah. 2.5. Guru besar menyatakan isu yang didapati semasa PdPR adalah seperti berkongsi alat peranti bersama ibu bapa dan capaian internet yang perlahan. 2.6.Namun dengan usaha gigih guru-guru sekolah ini, penglibatan murid dalam PdPR mencapai 100%. Inisiatif agihan modul secara berperingkat banyak membantu guru-guru dan murid mengikuti PdPR dengan lebih terancang. 2.7.Beliau juga berharap ibu bapa sentiasa cakna dan ambil berat info dari sekolah dalam group kelas anak-anak. 2.8.Pada sesi 2020, 4 orang murid telah berjaya ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM. 2.9 Manakala di dalam bidang kokurikulum, penglibatan dua orang murid dalam pertandingan Chef Junior anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah telah menghasilkan video 100% di dalam Bahasa Inggeris dan telah mendapat tempat Naib Johan dan tempat ketiga. 2.10 Beliau juga berterima kasih kepada Yayasan Sultanah Bahiyah kerana telah menyumbangkan tab untuk tujuan PdPR kepada 2 orang murid yang terpilih kerana dikategorikan sebagai murid susah. 2.11 Guru besar memaklumkan pihak sekolah ada menerima modul untuk semua Tahap 2 iaitu untuk subjek English, Matematik, Sains dan Reka Bentuk dan Teknologi. 2

2.12 Karnival di UUM akan berlangsung pada bulan September dan murid kategori pendapatan ibu bapa B40 akan dipilih. Beliau berharap ibu bapa yang anak-anak terpilih nanti akan member sokongan kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi anak-anak dalam pertandingan tersebut. 2.13 Stesen Pembelajaran telah diusahakan oleh semua guru di SK Darulaman pada waktu cuti PKPB dan cuti persekolahan yang lalu.Ini kerana bagi menggalakkan murid-murid menghadapi pembelajaran Abad ke-21 dengan lebih seronok dan terhibur. Tindakan : Makluman 2.14 Guru Besar dan pihak sekolah mengharapkan sokongan dan sumbangan daripada waris untuk meningkatkan Stesen Pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih efektif, digital dan lebih praktikal untuk anak anak didik SK Darulaman. 2.15 Beliau mengakhiri ucapan dengan mengingatkan ibu bapa supaya menyalurkan permasalahan kepada pihak sekolah terlebih dahulu untuk dirungkaikan sebelum di bawa kepada pihak yang lebih atas. Tindakan : Semua waris 3.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-42 3.1 Setiausaha PIBG, Encik Mohamad Bashir bin Yasin membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke 42. Cadangan Pengesahan : Puan Siti Masitah binti Othman Sokongan : Puan Nor Azliza binti Abu Bakar Tindakan : Makluman 4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI 4.1 Setiausaha PIBG, Encik Mohamad Bashir bin Yasin membentangkan dan mengesahkan laporan tahunan aktiviti PIBG sesi 2019. : Tindakan : Makluman 3

5.0 PERKARA BERBANGKIT. 5.1 Tiada perkara berbangkit. 6.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG SKDA 6.1 Puan Yuhana binti Yahaya selaku bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada Disember 2019. Cadangan Pengesahan : Puan Noor Yani binti Md Isa Sokongan : Puan Zainab binti Senawi Tindakan :Makluman 7.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2018/2020 7.1 Encik Nor Hasrul bin Azizan selaku Pengerusi Sementara Mesyuarat dengan rasminya membubarkan Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Darulaman bagi sesi 2019-2020 pemilihan jawatankuasa yang baharu. Cadangan Pengesahan : Puan Hanisah binti Hamid@Hamed Sokongan : Encik Mohamad bin Lat Cadangan ditutup : Encik Rahmat bin Salleh Dengan rasminya pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2020 oleh pengerusi sementara. Tindakan : Makluman 8.0 PEMBENTUKAN AJK PIBG SESI 20202/2022 8.1 Mencadangkan Encik Hafizi bin Abdul Malik dikekalkan menjadi YDP. Cadang : Puan Sarifah binti Mohd Ali Sokong : Mohd Naim bin Sharif Cadangan ditutup : Mohd Sapizan bin Yahya 8.2 Mencadangkan Puan Sarifah binti Mohd Ali dikekalkan menjadi NYDP PIBG. Cadang : Encik Mohd Naim bin Shariff 4

Sokong : Puan Siti Nor binti Ahmad Cadangan ditutup : Encik Wan Mohamad Rabani bin Wan Sazali 8.3 Cadangan AJK waris dikekalkan. 1.Puan Hasma binti Husin 2.Puan Zaidah binti Awang 3.Encik Herman bin Daud 4.Encik Rahmat bin Mohd Salleh Cadang : Norazimah binti Adullah Sokong : Muhamad Sapizan bin Yahya Cadangan ditututp : Encik Azhar bin Hashim 8.4 Cadangan Puan Zarina binti Mat Isa sebagai juruaudit. Cadang : Encik Wan Mohamad Rabani bin Wan Sokong Sazali : Encik Sapizan bin Yahya 9.0 KEPUTUSAN AJK PIBG 2020/2021 YANG DIPERTUA Encik Hafizi bin Abdul Malik NAIB YANG DIPERTUA Puan Sarifah binti Muhamad Ali SETIAUSAHA Puan Farhana binti Abdul Hamid NAIB SETIAUSAHA Puan Nurul Huda binti Abdul Rahim BENDAHARI Puan Yuhana binti Yahaya AJK WARIS Puan Hasma binti Hussin Puan Zaidah binti Awang AJK GURU Encik Herman bin Daud Encik Ramat bin Mohd Salleh JURU AUDIT Puan Nurul Huda binti Abdul Manap Encik Wan Mohamad Rabani bin Wan Sazali Encik Mohammad bin Lat Puan Nor Hazani binti Mahamud Puan Zarina binti Mohd Isa (Waris) Puan Che Nah binti Puteh (Guru) Tindakan : Makluman 5

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, ……………………………… …………………………………………. (EN. ABDUL BASHIR BIN YASIN) (EN. MUHAMAD HAFIZBINABDULMALIK) SETIAUSAHA PIBG 2018/2020 YANG DIPERTUA PIBG 2018/2020 SK. Darulaman. SK. Darulaman Disahkan oleh, ……………………………… (PN. NORLIYAH BT ADAM) GURU BESAR SK. Daruaman 6

SEKOLAH KEBANGSAAN DARULAMAN 08600 TIKAM BATU, KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE -44 PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) Tarikh : 11 April 2021 Hari : Ahad Masa : Tempat : Di kediaman masing-masing ( Google meet ) 1. 0 UCAPAN ALUAN YANG DPERTUA PIBG SK DARULAMAN. Encik Muhamad Hafizi bin Abdul Malik 1.1 Encik Muhamad Hafizi binAbdul Malik selaku Yang Dipertua PIBG SK Darulaman mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua dan bersyukur terima kasih semua tetamu kerana sudi meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Agung PIBG secaya maya. 1.2 Kejayaan anak-anak adalah hasil daripada permuafakatan antara guru- guru dan waris. Kejayaan juga dapat dicapai hasil kerjasama pihak sekolah dan waris. 1.3 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah di atas sumbangan bagi meningkatkan tahap pendidikan anak-anak SK Darulaman. 2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-43. 2.1 Setiausaha PIBG, Puan Farhana binti Abdul Hamid membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke 43. Cadangan Pengesahan : Puan Bashariah binti Hassan Sokongan : Encik Mohamad bin Lat 7

Makluman 3.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI 3.1Setiausaha PIBG, Puan Farhana binti Abdul Hamid membentangkan dan mengesahkan laporan tahunan aktiviti PIBG sesi 2020. Makluman 4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG SKDA 4.1 Puan Yuhana binti Yahaya selaku bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada Disember 2020. . Cadangan Pengesahan : Encik Mohd Shahran bin Hashim Sokongan : Encik Mohd Fuad bin Ali Makluman 5.0 MEMEBENTANG DAN MENCADANGKAN USUL 5.1 Mencadangkan usul supaya sumbagan PIBG dikekalkan sebanyak RM30 untuk satu keleuarga. Cadangan : Puan Hasma binti Hussin Sokongan : Puan Nurul Huda binti Abdul Rahim 6.0 UCAPAN PENASIHAT 6.1 Puan Norliyah binti Adalam selaku penasihat PIBG mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada waris kerana sudi tampil dalam Mesyuarat PIBG kali ke-43 dan ke-44. 6.2 Beliau juga memaklumkan bahawa waris yang mengikuti Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 melebihi daripada sasaran walaupun secara maya. 8

6.2 Guru besar mengucapkan tahniah kepada warga Sekolah Kebangsaan Darulaman kerana bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat pada kali ini secara dalam talian. 6.3 Sekiranya, Mesyuarat Agung tidak dapat dijalankan bermakna sumbangan PIBG juga tidak dapat dikutip. Beliau juga memaklumkan bahawa dana PIBG SKDA sangat kritikal. 6.4 Guru besar menyatakan setelah mendapat kelulusan daripada pihak JPN Kedah dan sekolah sudah boleh mengumpulkan sumbangan PIBG daripada waris supaya segala aktiviti anak didik SKDA dapat dilaksanakan. 6.5 Akhir kata,Guru besar mengucapkan terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada semua guru-guru, waris dan juga ajk lama serta baharu di lantik. Tindakan : Waris 7.0 UCAPAN PENANGGUHAN. 7.1 Encik Hafizi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar kerana menjadi penasihat PIBG SK Darulaman. 7.2 YDP berharap stesyen pembelajaran dapat diteruskan bagi meningkatkan ilmu dan kemenjadian anak-anak didik SK Darulaman. 7.2 Beliau mohon kerjasama waris untuk memberi komitmen melaksanakan aktiviti untuk anak-anak SKDA. 7.3 YDP mengucapakan tahniah kepada semua kerana dapat menjayakan Mesyuarat PIBG kali ini. Tindakan : Waris Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang. 9

Disediakan oleh, Disemak oleh, ……………………………… …………………………………………. (PN. FARHANA BT ABDUL HAMID) (EN. MUHAMAD HAFIZI BIN ABDUL MALIK) SETIAUSAHA PIBG 2020/2022 YANG DIPERTUA PIBG 2020/2022 SK. Darulaman. SK. Darulaman Disahkan oleh, ……………………………… (PN. NORLIYAH BT ADAM) GURU BESAR SK. Daruaman Pencatat :Pn. Che Nah binti Puteh Pn. Noor Hanim binti Ibrahim 10

11


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook