KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH DR. MOHD NURI BIN MUSTAFA Pensyarah Kanan Jabatan Pembangunan & Kelestarian Institusi Cemerlang IAB KPM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Diterbitkan oleh: Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 Bandar Enstek Nilai, Negeri Sembilan Tel: 06-7979200 http://iab.moe.edu.my e-mel: [email protected] Urusan penerbitan oleh: Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Cetakan Pertama 2022 © Hak Cipta Institut Aminuddin Baki Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pengarah Institut Aminuddin baki terlebih dahulu. ISBN XXX-XXX-XXXX-XX-X Pengurus Penerbitan: Mohamad Hanif bin Ramli Pencetak: Giga Wise Network Sdn Bhd No. 74, Jalan Kapar 27/89, Megah Industrial Park, Seksyen 27, Taman Alam Megah, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5191 1004
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU PERANAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN: TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Penaung Dato’ Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus Pengarah Institut Aminuddin Baki Penasihat Dr. Haji Abd. Razak bin Manaf Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Profesional) Puan Normazwin binti Yahya Ketua Pusat, Pusat Konsultasi dan Pembangunan Pendidikan Amran bin Omar Ketua Jabatan Pembangunan dan Kelestarian Institusi Cemerlang Pensyarah Pembantu Amalludin Bin Sufian Dr. Quah Cheng Sim Sarina Binti Che Ariff Penulis Dr. Mohd Nuri bin Mustafa Editor Mohamad Hanif bin Ramli Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan vii
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH KANDUNGAN TAJUK HALAMAN PENGENALAN 1 KEPIMPINAN SEKOLAH 3 CABARAN MEMIMPIN PERUBAHAN 9 KEMATIAN DAN KEIKHLASAN 17 TUNTUTAN PERANAN KHALIFAH 16 PEMBENTUKAN PERIBADI 21 FENOMENA KEROSAKAN SAHSIAH 25 KOMPETENSI KEPIMPINAN 31 ISU KEPIMPINAN SEKOLAH 35 INTEGRITI KEPIMPINAN SEKOLAH 37 KAJIAN INTEGRITI 39 RUMUSAN 43 RUJUKAN 45 viii Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH PRAKATA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya buku berjudul Peranan Kepimpinan Pendidikan Tanggungjawab Khalifah ini dapat dihasilkan. Peranan Kepimpinan Pendidikan Tanggungjawab Khalifah merupakan sebuah buku yang dihasilkan oleh penulis di bawah Inisiatif #112. Hasrat penulis menghasilkan buku ini adalah untuk mengetengahkan cara pemikiran Islam dan barat dalam pendidikan. Setelah lama penulis terlibat dalam pendidikan dan penyelidikan, penulis dapati dalam usaha merealisasikan pendidikan terdapat perkara asas yang perlu dititik beratkan dalam diri pendidik itu sendiri. Antara perkara asas yang dimaksudkan itu adalah amanah tanggungjawab khalifah. Tanggungjawab ini sebenarnya perlu dipikul oleh semua orang dari Bani Adam. Pada hakikatnya jika kesedaran ini diterapkan dan berlaku dengan sebaiknya sememangnya tidak akan wujud lagi unsur kerosakan berlaku dalam kehidupan. Bagi menentukan penulisan buku ini berkualiti penulis telah mengikuti kriteria tertentu dalam kancah pemikiran Islam semasa yang ada. Antaranya adalah buah fikiran Imam Hasan al- Banna yang telah meletakkan asas pendidikan insani mengikut acuan warisan ilmu Islam. Begitu juga dengan pemikiran barat yang bersifat operasi dikombinasikan pelengkap dengan pemikiran islam. Di samping itu, pengalaman penulis dalam pendidikan Islam juga membantu penulisan ini menjadi lebih mantap berdasarkan pemusatan yang diperlukan dalam kepimpinan pendidikan. Diharapkan penyampaian penulis melalui penerbitan buku ini dapat memberi manfaat kepada bakal kepimpinan pendidikan dan pemimpin pendidikan untuk dijadikan panduan dalam pengurusan kepemimpinan pendidikan nanti. Usaha penghasilan buku ini tidak akan berjaya tanpa sokongan padu pelbagai pihak. Penulis ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah IAB, Dato’ Dr Haji Tajuddin bin Mohd Yunus atas sokongan yang tinggi bagi menghasilkan buku ini. Terima kasih juga saya tujukan kepada Puan Normazwin binti Yahya, Ketua Pusat, Pusat Konsultasi dan Kepimpinan Pendidikan, Ketua Jabatan Pembangunan dan Kelestarian Institusi Cemerlang serta pensyarah IAB yang terlibat dalam memberi saranan dan pandangan yang membina sehingga akhirnya penerbitan buku ini daapat direalisasikan. Ucapan penghargaan kepada En. Mohamad Hanif bin Ramli yang telah bertungkus lumus membantu penulis dalam membuat penyuntingan dan pemurnian skrip buku ini untuk diterbitkan. Semoga penulisan yang dimuatkan dalam buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Dr. Mohd Nuri Bin Mustafa Jabatan Pembangunan dan Kelestarian Institusi Cemerlang IAB Induk Bandar Enstek Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan ix
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH SEULAS PINANG PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, bekerja menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Penulis Buku dan Jawatankuasa Buku yang telah menjayakan dan menyempurnakan buku ini dengan baik sekali. Sesungguhnya, buku ini sangat penting sebagai garis panduan dan rujukan berterusan kepada pemimpin dan bakal pemimpin dalam memahami peranan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam Pendidikan. Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik dan transformasi bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat global. Oleh hal yang demikian, pemimpin Pendidikan perlu memahami tanggungjawab besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah dalam menjana potensi murid ke arah yang lebih baik adalah tugas sebagai seorang khlifah. Sehubungan dengan itu, diharapkan buku ini dapat membantu dan menyuluh pemimpin dalam membuat perancangan dan menyediakan program seiring dengan KPI dan mengikut nilai yang terkandung dalam ajaran agama. Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa pandangan dan ulasan penulis yang terdapat dalam buku ini boleh menjadi landskap pembentukan yang terancang dan semula jadi fitrah insani, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Apa juga halangan, cabaran dan transformasi yang mendatang, seseorang pemimpin akan berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam, dedikasi dan berintegriti untuk menempuh dan mengatasinya demi mencapai misi dan visi pendidikan. Teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara. Dato’ Dr. Hj. Tajuddin Bin Mohd Yunus Pengarah Institut Aminuddin Baki x Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH: TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Pengenalan Kepimpinan merupakan tonggak dinamika organisasi. Pemimpin organisasi memainkan peranan penting dalam memacu sesebuah organisasi samada ia maju atau mundur. Berdasarkan sistem semula jadi alam setiap perancangan akan mengalami permasalahan untuk mencapai kejayaan. Maka seseorang pemimpin perlu memahami dengan bijak suasana yang dihadapi itu dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Walaupun apa kesukaran yang dihadapi, namun kesungguhan dan tanggungjawab perlu dijalankan tanpa boleh diabaikan. Tanggungjawab itu bukan kerana mandat kepimpinan yang diamanahkan sahaja. Lebih jauh lagi adalah kerana perintah Allah swt yang memberi mandat kepada semua manusia sebagai khalifah di muka bumi yang bertanggungjawab mengimarahkan bumi ini. Bagi menjelaskan lagi pemahaman terhadap peranan perlu ditinjau dalam kamus tentang maksud peranan. Mengikut huraian dalam kamus pelajar definisinya adalah: 1. Watak (yang dilakonkan oleh peran). 2. Tugas (bahagian, pekerjaan) yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu: Contoh: Ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam usaha memupuk minat membaca di kalangan murid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Seseorang yang berperanan secara amnya adalah bebas untuk melakukan tugasan yang diamanahkan, namun peranan yang dimainkan itu ada batasan dan peraturan yang perlu dipatuhi. Misalnya seorang pemimpin sekolah berperanan untuk menjimatkan kos perbelanjaan sekolah, namun hasrat itu hendaklah berlaku dalam lingkungan peraturan yang dibenarkan. Seseorang pemimpin yang berperanan diluar dari peraturan yang dibenarkan adalah satu kesalahan yang mungkin boleh dikenakan Tindakan Tatatertib dalam perkhidmatan. Berperanan secara umumnya adalah untuk mencapai kebaikan. Namun kebaikan itu harus ditinjau dari pelbagai perspektif. Telah dijelaskan bahawa peraturan atau pekeliling yang tersebar adalah merupakan satu perspektif sebagai rujukan utama untuk seseorang pemimpin memainkan peranannya. Namun begitu budaya dan agama yang tersemai dalam diri dan masyarakat juga perlu diambil kira sebagai satu perspektif yang melengkapkan peranan seseorang pemimpin. Budaya dan agama adalah satu aspek dari kehidupan bersosial. Maka di situ ada peranan sosial yang dimainkan oleh individu dalam situasi tertentu mengikut satu set garis panduan tingkah laku yang ditetapkan oleh budaya dan agama dalam masyarakat. Sekolah adalah salah satu institusi sosial. Maka peranan sosial di sekolah akan menentukan bagaimana individu berhubungan antara satu sama lain berpaksikan kepada keluarga, tahap pendidikan, agama, politik dan ekonomi. Setiap institusi sosial diatur oleh norma atau garis panduan tertentu yang harus dihormati oleh individu tersebut agar tidak ditolak atau dikecualikan. Oleh itu, peranan sosial akan menjadi apa yang diharapkan dari tingkah laku seseorang dalam persekitaran sosialnya. Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 1
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH KEPIMPINAN SEKOLAH Kepimpinan sekolah merujuk kepada Pengetua, Guru Besar dan pemimpin pertengahan iaitu penolong kanan, guru kanan dan panitia. Namun penerajunya adalah terletak dibahu pengetua dan guru besar sekolah. Membangunkan institusi pendidikan kini tanggungjawabnya banyak dipikul oleh penerajunya. Kejayaan sekolah amat bergantung kepada penerajunya. Peneraju berperanan besar dalam merealisasikan dasar Pendidikan Negara. Hussein Mahmood semenjak (1993) lagi menyatakan bahawa apa yang membezakan kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah ialah kepimpinan dan baris kepimpinannya khususnya pengetua. Maka kejatuhan mutu Pendidikan negara kini dilihat amat berkait dengan kelemahan urus tadbir yang dilakukan oleh penerajunya. Bertolak dari situasi itulah pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani isu kelemahan kepimpinan sekolah. Berpaksikan kepada Sembilan kompetensi kepimpinan sekolah semua peneraju telah dilatih untuk mencapai kemahiran berdasarkan standard tersebut. Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) adalah suatu piawaian minimum yang perlu ada pada pengetua dan guru besar sekolah. Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) telah digubal berteraskan kepada Rukun Negara, Wawasan 2020, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berlandaskan teori-teori yang berkaitan pendidikan masa kini. Sembilan bidang SKKSM yang menjadi standard kompetensi itu adalah:- 1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi; 2. Pengurusan Kurikulum; 3. Pengurusan Kokurikulum; 4. Pengurusan Hal Ehwal Murid; 5. Pengurusan Kewangan; 6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat; 7. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal; 8. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia; dan 9. Pengurusan Perhubungan Luar Piawai ini diukur dan nilai tahap keberkesanannya melalui SKPMg. Pencapaian markah SKPMg membolehkan sekolah tersebut dipantau dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa, sehingga mencapai tahap yang terbaik. Di sinilah peneraju perlu berperanan membuat perubahan terhadap organisasi yang diterajuinya. Tanpa melakukan perubahan organisasi tersebut tidak boleh berkembang dan berjaya, bahkan boleh mendatangkan keburukkan kepada organisasi. Sebab itu Drucker (2017) menyatakan bahawa. “The greatest danger in times of turbulence is not the turbulence. It is to act with yesterday’s logic.” Bahaya paling besar dalam masa bergelora bukanlah gelora. Tetapi ia adalah kerana bertindak mengikut logik semalam Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 3
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Drucker (2017) menambah lagi bahawa seseorang pemimpin perlu mempersiapkan diri dalam segala aspek apabila berhadapan dengan dunia yang berubah-ubah agar dapat mengadaptasi apa jua keadaan. Dalam situasi ini kerangka perubahan yang hendak dilakukan oleh pemimpin perlu jelas matlamatnya mengikut acuan setempat. Seseorang pemimpin perlu bertanya dirinya ke arah mana perubahan yang hendak dibuat. Persimpangan jalan cukup banyak hendak diterokai. Carilah yang paling utama iaitu sebuah punca kuasa yang menghidupkan segala gerakgeri manusia sehingga terinspirasi hendak melakukannya dengan terbuka. Fullan (2006), telah memandu kaedah pengurusan bagi seseorang pemimpin pendidikan berperanan dalam membuat perubahan ia boleh dijana dan dilestarikan dalam lima (5) tindakan yang berikut: (i) Memberi fokus terhadap motivasi warga sekolah, (ii) Melaksanakan bina upaya dengan memberi fokus terhadap pencapaian, (iii) Menggalakan proses pembelajaran guru mengikut konteks tempat kerja, (iv) Melaksanakan perubahan berdasarkan konteks, (v) Membuat refleksi terhadap tindakan yang telah diambil (vi) Melibatkan semua warga di semua peringkat (vii) Mempunyai semangat yang cekal serta fleksibel untuk terus berada pada landasan yang betul Model Michel Fullan (1998) Fullan melihat perubahan secara fokus ke luar mengenai konteks pengurusan perubahan yang hendak dibuat. Ada lagi teori-teori lain yang berkisar di medan perubahan. Misalnya dua jenis teori ini iaitu Kobler Ross dan Kurt Lewin menjuruskan pengurusan perubahan secara focus ke dalam diri seseorang. Kobler Ross (1969) melihat perubahan boleh berlaku ke atas seseorang secara bertahap. ▪ Prosesnya bersifat psikologis ia bermula dengan “penolakan”. Penolakan pada dasarnya adalah ego dengan mengambil sikap defensive terhadap perubahan. ▪ Seterusnya.“kemarahan” ia muncul ketika terpaksa meghadapi halangan, namun terpaksa menyelesaikannya dengan kemarahan. 4 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH ▪ Selepas itu akan berlaku “tawar menawar” setelah merasakan bahawa kemarahan tidak boleh menyelesaikan masalah. ▪ Berikutnya mungkin akan menjadi lebih parah dengan “kemurungan” jika tertekan dengan masalah dan merasakan sangat tidak berdaya meneyelesaikan masalah. ▪ Namun jika dikuatkan semangat dengan menenangkan minda akan berlakulah selepas itu “penerimaan”. Waktu ini perlu menginternalisasikan semua yang berlaku dengan mendongak kepala dan melihat masa depan dengan lebih gemilang. Waktu ini juga mungkin mula menafsirkan semula makna kegagalan itu secara positif, tanpa menyalahkan sesiapa. Model Kobler Ross (1969) Bagi Kurt Lewin (1975) yang datang selepas Kobler Ross meringkaskan pengurusan emosi seseorang untuk perubahan itu melalui gelagat (behaviors) yang terdapat dalam organisasi adalah hasil daripada dua bentuk tekanan:- (a) Tekanan untuk mempertahankan “status quo”: iaitu boleh dilaksanakan melalui pengurangan tekanan untuk mempertahankan status quo (b) Tekanan untuk melakukan perubahan iaitu dengan meningkatkan usaha/tekanan untuk melakukan perubahan, atau boleh juga dengan melakukan kedua-dua kombinasi itu dengan serentak. Secara asasnya proses itu boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti dalam gambarajah di bawah:- Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 5
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Model Kurt Lewin (1975) Pertama: Pencairan Berlaku apabila wujudnya kesedaran tertentu terhadap situasi yang berlaku seperti kegagalan, kekurangan upaya dan lain-lain. Keadaan ini akan mendorong ke arah pencairan suasana yang melemahkan organisasi dengan meningkatkan kehendak perubahan. Kedua: Peralihan Proses ini boleh berlaku apabila sesuatu program yang disusun atau rancangan dilaksanakan bagi menggerakkan organisasi atau kakitangan ke arah yang lebih baik. Pada peringkat ini berlaku perubahan seperti pembentukan gelagat, nilai, sikap dalam sesebuah organisasi Ketiga: Pembekuan Apabila perubahan telah berlaku, menjadikan gelagat atau tingkah laku baru perlu dibangunkan semula. Namun, pembentukan sikap dan struktur baru perlu dibekukan dengan erti kata ia perlu kekalkan sebagai budaya dan dijadikan sebahagian daripada kehidupan baru organisasi. Membekukan kembali bukan bermakna ia tidak perlu berubah lagi. Sebaliknya ia bermakna, organisasi akan terus berada pada titik keseimbangan yang baru. Pada peringkat ini, pemerhatian terhadap keberkesanan perubahan akan diberi perhatian dan dorongan untuk melakukan perubahan yang seterusnya boleh dipertimbangkan. Pengurus organisasi perlu faham bahawa memberi perhatian terhadap pembekuan semula adalah bersifat relatif dan sementara sahaja. Sepanjang perbincangan di atas bahawa detik sesuatu perubahan mengambil masa yang cukup Panjang dan proses yang sangat seni dalam tindakan. Bermula dengan mengambil inisiatif luaran seperti yang dicadangkan oleh Fullan dan mengambil inisiatif dalaman seperti 6 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH yang diutarakan oleh Kobler Ross dan Kurt Lewin. Kedua-dua inisiatif tersebut memberi kemudahan untuk pengurus organisasi bagaimana hendak merancang perubahan yang dikehendaki. Walau bagaimanapun model perubahan belum lengkap seperti yang disampaikan di atas, masih ada lagi satu model yang boleh dijadikan panduan ke arah melakukan perubahan. Model Kotter (1995) misalnya ada lapan langkah. Setiap langkah disusun dengan teratur bagaimana perubahan boleh dicapai. Gambarannya seperti mana yang terpapar dalam rajah di bawah. Model Kotter (1995) Model ini dianggap sebagai yang terkini dalam melakukan perubahan. Model ini juga merupakan model latihan kepada peserta NPQEL yang bakal menjadi pemimpin sekolah oleh Institut Aminuddin Baki. Model ini nampak lebih komprehensif dalam urutan prosesnya. Namun, model ini masih perlu perincian dari langkah yang disusun. Setiap langkah ada tugasan tetrtentu yang perlu dilakukan. Langkah pertama: Menumbuhkan rasa urgensi (kesegeraan) dengan membuat analisis persekitaran dan Plan Strategik. Langkah kedua: Membentuk koalisi yang kuat (pasukan) dengan membentuk Ahli Jawatan Kuasa tertentu. Langkah ketiga: Mencipta visi berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Langkah keempat: Mengkomunikasikan visi dengan membuat sebaran untuk difahami oleh orang bawahan. Langkah kelima: Menghapuskan rintangan dengan mengurangkan halangan yang mungkin ada. Langkah keenam: Ciptakan sasaran jangka pendek dengan plan taktikal yang ringkas. Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 7
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Langkah ketujuh: Terus membina perubahan yang telah dibina dengan memberi empowermen kepada pimpinan bawahan yang layak berdasarkan plan tindakan OPPM. Langkah kelapan: Kukuhkan perubahan ke dalam budaya organisasi dengan tindakan penilaian dan pengukuhan Berdasarkan langkah ketiga dalam Model Kotter (1995) pengurus organisasi perlu mencipta visi dalam langkah perubahannya. Namun bagi peneraju kepimpinan Islam visi yang dicipta mesti menepati kehendak agama Islam. Perkara ini dibincangkan dalam Islam berkenaan langkah perubahan yang hendak diambil. Walaupun pemikiran barat secara umumnya ada yang bertentangan degan Islam, namun ada yang Islam tidak menolak stail pemikiran itu. Cuma dalam pemikiran perubahan Islam mengambil kira manfaatnya bukan setakat organisasi, bahkan kehidupan individu itu juga diambil kira. Jadi, selaras dengan tujuan ini peneraju kepimpinan Islam perlu memenuhi kriteria kepimpinannya dengan disiplin perubahan yang diaturkan oleh Islam. Model Hasan al-Banna (1948) telah mengemukakan disiplin perubahan itu seperti mana berikut. 1. Melaksanakan Islam secara komprehensif melalui Pendidikan: Konsep beramal yang lengkap dalam Islam berpaksikan tiga perkara iaitu Aqidah, Syariah dan Akhlak. 2. Pembangunan pemikiran selari dengan sumber al-Quran: al-Quran merupakan asas sumber ilmu Islam dengan huraian daripada hadis Nabi saw dan kefahaman para sahabat. 3. Menerima acuan lain yang selari dengan Usul Islam: Islam menerima pemikiran asing dengan syarat tidak bertentangan dengan hukum hakam Islam. Bahkan kebaikan asing dianggap sebagai “Hikmah yang hilang perlu diambil semula”. 4. Perubahan meliputi keseluruhan ummah: Perubahan Islam mengambil kira ruang lingkup global dalam bentuk sinergi antara ummah sedunia. Berganding bahu memikul tanggungjawab yang sama dalam memastikan perubahan yang dibuat memberi manfaat kepada Islam. Model Hasan al-Banna (1948) 8 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH CABARAN MEMIMPIN PERUBAHAN Isu dan masalah yang telah dikenal pasti kini dalam pengurusan antaranya adalah guru kurang menggunakan aplikasi digital dalam penyediaan lembaran kerja sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Guru perlu membuat perubahan untuk menjadikan pengajaran guru lebih menarik apatah lagi dalam menghadapi cabaran abad ke-21 ini. Tai (2013) menyatakan bahawa sikap guru terhadap perubahan adalah keadaan dalaman yang mempengaruhi pilihan guru terhadap pilihan peribadi guru atau kecenderungan tindak balas terhadap perubahan. Mohd Aizat Abu Hassan, Mohd Faizal Rabani, Mohamad Ekhwan & Mohd Mastifino (2018) menyatakan bahawa guru hendaklah sentiasa bersedia untuk melakukan usaha dan inisiatif penambahbaikan bagi menentukan kejayaan perubahan dalam sekolah. Kesanggupan untuk menerima perubahan dengan mengamalkan visi dan misi melalui sokongan individu dalam warga organisasi dapat memacu pembangunan dan pencapaian sekolah. Maka menanamkan kepercayaan adalah sumber inspirasi terbaik dalam kalangan warga sekolah untuk membuat perubahan demi mencapai matlamat perubahan dan mengatasi masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan pengupayaan subordinat untuk bersama-sama melaksanakan perubahan menjadi pemangkin ke arah pencapain matlamat organisasi. Sebagai contohnya, aktiviti Bengkel Explore Canva telah mendedahkan beberapa elemen dalam canva untuk memudahkan para guru menyediakan lembaran kerja kepada murid. Sebelum ini, guru hanya menggunakan gambar yang diambil daripada buku teks dan diberi kepada murid. Selepas bengkel ini diadakan, guru mula menggunakan canva dalam urusan penyediaan bahan dan lembaran kerja kepada murid. Perubahan seperti ini perlu dikekalkan seiring dengan tuntutan kerja masa ini. Aktiviti Randau Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah membuka ruang perubahan berlaku. Perubahan yang berlaku ialah membuka minda agar ilmu perkongsian ini terus subur dalam kalangan guru. Persepsi merasakan diri berada di landasan yang betul perlu dielakkan. Menjemput pakar dari Pejabat Pendidikan Daerah misalnya mampu untuk menyegarkan semula dan terus menanamkan ilmu ini kepada semua guru. Kegiatan ini dapat mengubah persepsi sebahagian besar guru, terutamanya dalam pemetaan DSKP dan cara pentaksiran PBD. Memimpin perubahan, sudah pasti ada pasang surutnya. Jika ada kelemahan, pemimpin dan subordinatnya perlu perbaiki segera. Jika wujud kekurangan, pemimpin juga perlu perkasakan perubahan dengan sokongan subordinatnya. Agenda perubahan demi kebaikan dan peningkatan kualiti guru yang mampan harus dikekalkan. Pembangunan organisasi masa hadapan yang dirangka hendaklah sesuai dengan kaedah kepimpinan perubahan dalam menghadapi cabaran abad ke-21. Terutamanya, keupayaan guru dalam mengendalikan ICT. Seterusnya, mengoptimumkan kebolehan guru dalam penyediaan video untuk tujuan sesi Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 9
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH pengajaran dan pembelajaran. Murid akan lebih menarik jika murid menonton video yang disediakan sendiri oleh guru berbanding video yang dimuat turun dari Youtube. Keperluan tersebut memerlukan seorang pemimpin dan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengurusan serta pentadbiran. Mengatur pembangunan sumber manusia secara terancang mampu membentuk kompetensi dan produktiviti dalam sesebuah organisasi sentiasa berada pada tahap yang maksimum. Bahkan dalam situasi kini yang disebut sebagai dunia VUCA sektor pendidikan menjadi tulang belakang bagi mencetak sumber manusia yang berkualiti. Sebab itu mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dipetik berkata, adalah penting bagi pendidik untuk terlebih dahulu menetapkan fikiran mereka, mencakupi keupayaan masing-masing dan menyediakan diri mereka untuk persekitaran yang sentiasa berubah-ubah yang dicirikan oleh VUCA. (Pelancaran Persidangan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Antarabangsa (ICELAM, 2019) yang pertama, di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands). VUCA pada asasnya telah menjadi satu kegusaran dan membentuk dalam gambaran pemikiran dunia perniagaan dan industri sebagai satu pertarungan yang menakutkan. Jack Ma, pengasas dan CEO alibaba.com ketika ditemubual oleh CNBC, pada 24 Jun 2017 menyatakan bahawa, “Gelombang baru akan datang, pekerjaan akan diambil alih”. Beliau melihat perubahan serius dalam dunia pekerjaan pada 30 tahun akan datang, terutama ketika kecerdasan teknologi mampu untuk mengalahkan pengetahuan manusia dalam mengambil alih tugasan manusia. Walau apapun cabaran VUCA setiap orang perlu menghadapinya dengan penuh keyakinan. Beberapa tahun lalu, Robert Johansen, penyelidik ternama dari ‘The Insitute for the Future’ mengembangkan kerangka kerja kepemimpinan efektif sebagai ‘VUCA Counterweight’, yang kemudian diberi nama sebagai VUCA PRIME. Mengikut pandangan Robert Johasen dalam VUCA Prime iaitu Model Kepimpinan Tingkah Laku yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2007 menyatakan bahawa model ini boleh dijadikan panduan untuk mengatasi VUCA. Terdapat empat elemen positif dalam model ini yang boleh diguna pakai sebagai asas untuk mengatasi kegusaran ketidak tentuan VUCA. Model ini juga dapat dikombinasikan dengan pemikiran al-Imam Hasan al-Banna yang menjelaskan peranan kepimpinan khilafah seseorang. Rajah berikut adalah sebagai penerangan kepada apa yang sebut di atas: 10 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Berdasarkan model kombinasi ini akan diterangkan nanti bagaimana model tersebut dapat saling lengkap melengkapi untuk berperanan dalam kepimpinan khilafah yang disebutkan itu. 1. Vision (Visi) – Vision dapat mengatasi masalah Volatility. Jadi, tetapkan visi yang jelas kepada orang yang dipimpin. Visi yang paling kemuncak dalam kehidupan muslim adalah bermatlamatkan Allah (S.W.T) dalam semua urusan kehidupan. Ertinya semua pengurusan yang dijalankan adalah menjurus kepada Allah (S.W.T) secara terfokus matlamatnya. Perkara ini bersesuaian dengan firman Allah (S.W.T) dalam surah al-An’am, ayat 162 bermaksud:- Katakanlah (Muhammad): ”Sesungguhnya salatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagi-Nya; dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (muslim).” (Q.S. al- An‘am [6]:162–163) Sesuai dengan matlamat itu adalah didasarkan kepada tujuan manusia dijadikan adalah untuk menyembah Allah (S.W.T). Perlu dingatkan bahawa tujuan asal kehidupan manusia di muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah (S.W.T). Telah Allah (S.W.T) jelaskan dalam Surah Adz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud, “Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” Allah (swt) juga turut menyatakan tentang peranan manusia selepas diutuskan ke dunia seperti dalam Surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” Maka apa yang dilakukan manusia biarlah menjadi ibadat kepada Allah (S.W.T). Jadi peranan mengurus bukan sahaja mengatur sistem duniawi semata-semata. Tetapi lebih jauh lagi adalah membangunkan potensi orang bawahan dengan keperluan hari akhirat bersesuaian dengan keperluan semasa yang dikehendaki. Oleh itu keperluan visi seseorang pemimpin mesti merancang mengikut kesesuaian semula jadi manusia. Kerana manusia dijadikan ada dua dimensi iaitu dimensi roh dan jasad. Mengambil kira kedua-dua dimensi tersebut dalam perancangan akan menguatkan lagi pencapaian. Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 11
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Justeru, ‘Vision’ yang kuat dari pimpinan organisasi boleh menyediakan dan menguatkan organisasi. Ia juga dapat memberikan pandu arah kepada subordinat dapat melangkah ke depan walaupun dalam keadaan situasi gawat. Visi yang jelas ini akan memudahkan semua orang bekerja dengan penuh yakin. Bersesuaian dengan Visi yang diletakkan oleh agama Islam juga akan menyelamatkan manusia daripada terus dibawa oleh arus dunia yang tidak menentu dan jauh dari terjebak dengan akibat yang buruk. 2. Understanding (Kefahaman) –‘Vision’ yang kuat akan membantu pimpinan dalam mengubah ‘Uncertainty’ menjadi ‘Understanding’. Maksudnya pimpinan perlu pandai membaca situasi dan sesuaikan masalah yang berlaku dengan penyelesaian berdasarkan kefahaman situasi. Kefahaman yang mendalam berpaksikan strategi yang dirangka melalui visi yang terbina. Ini akan dapat membantu mengurangkan ketidakpastian dalam dunia VUCA. Setelah subordinat jelas tentang visi mereka dijadikan di muka bumi ini, mereka perlu faham apakah pula tugas mereka sebagai khalifah di muka bumi ini. Mereka perlu faham juga bahawa konteks kehidupan adalah berasaskan visi yang jelas. Masalah yang timbul adalah merupakan halangan untuk menguji amalan kehidupan manusia. Ini telah diterangkan dalam Surah Al-An’am ayat ke 56 yang membawa maksud, “Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Terdapat pelbagai kecelaruan dalam kefahaman arus kehidupan manusia. Terutamanya persepsi terhadap isu-isu yang berlaku. Semuanya perlu kepada kekuatan dalaman yang mantap, perlu kembali kepada asas nanti akan menguatkan diri walau apa pun cabaran yang mendatang, semuanya akan mampu untuk terus melangkah dengan asas yang kukuh dalam diri. Kepimpinan Rasulullah (S.A.W) memberi panduan bagaimana perlu bertindak untuk menghadapi situasi gawat. Baginda tidak gopoh dalam bertindak dan tidak lembab dalam mengatasi masalah. Beberapa fakta yang difahami dari sirah baginda (S.A.W) menunjukkan bahawa Rasulullah (S.A.W) mengambil beberapa pendekatan dalam memacu gerakan yang dibina supaya berada dalam keadaan selamat dan bertahan. 1. Pendekatan Menjaga Keselamatan Individu Dari Kancah Awam. Pendekatan ini baginda Rasulullah (S.A.W) mengambil pendirian untuk melakukan gerak kerja secara rahsia pada peringkat permulaannya dan cuba mengelak dari pertumpahan darah atau pergeseran yang menggagalkan fungsi visi dan misi. Pendekatan yang diambil ini boleh mendatangkan beberapa kebaikan seperti melatih para pengikut bersabar, menjaga tujuan asasi berdakwah dan tidak menyibuk dengan tindak balas yang menimbulkan kedengkian dan kebencian dalam kalangan orang 12 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH awam. Jadi menjaga individu adalah satu keperluan dari Dahruriayat Islam lima perkara. 2. Pendekatan Persiapan dan Pembinaan. Pendekatan ini ada kaitan dengan pendekatan sebelum ini. Mengekang pengikut supaya tidak mengambil tindakan yang mencetuskan isu awam memberi ruang kepada pemimpin lebih masa untuk menyediakan subordinat kekuatan dalaman yang boleh membantu anggota melangkah kehadapan dalam merealisasikan misi. 3. Pendekatan Mengambil Punca Kejayaan. Bertindak secara rahsia adalah sebagai ruang yang luas untuk bergerak. Memilih tempat tertentu untuk berjumpa misalnya dengan orang bawahan mampu menguatkan dan mengukuhkan halatuju misi yang hendak dicapai dan melangsungkan perjalanan misi yang dirancang dapat berjalan secara berterusan. 4. Pendekatan Merancang dan Menyusun. Pendekatan ini adalah merupakan asas perjalanan dan pergerakan misi yang hendak dicapai. Secara semula jadinya baginda (S.A.W) akan menyampaikan misinya kepada orang yang paling dekat dan mudah menerima apa yang disampaikan. Kaedah ini merupakan kaedah mencari yang lebih mudah untuk membentuk team work yang akan bekersama. 5. Pendekatan Musyawarah. Baginda (S.A.W) tidak memaksa pengikutnya menerima pandangan dirinya sendiri. Bahkan baginda (S.A.W) akan berbincang dengan rakan yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan demi mencapai matlamat dan Hasrat. Perkongsian ini akan memberi kelebihan kepada pemimpin untuk menjadikan organisasinya lebih terbuka dan dinamik. Ia juga akan meningkatkan bentuk kerjasama yang erat antara ahli organisasi yang bermula dengan kolaborasi pendapat sesama anggota. Kefahaman yang mendalam baginda (S.A.W) terhadap situasi ini memberi ruang kepada organisasi dapat bergerak dengan selamat dan meningkat dari semasa ke semasa. Pendekatan ini boleh dijadikan asas dalam penyusunan dan pergerakan dalam situasi kini. Apabila berlakunya ketidak tentuan dalam arus pendidikan yang berpunca dari perubahan situasi sejagat menjadikan dasar dan pekeliling pendidikan juga akan berubah. Apa yang harus dilakukan adalah terus bergerak ke hadapan tanpa rasa panik atau kaku dalam suasana kegawatan yang terjadi. Mempunyai maklumat yang cukup jelas serta analisa yang mendalam terhadap situasi dapat membantu membuat perancangan yang rapi. Terokai pelbagai bidang serta mengambil kira baik buruk sesuatu keputusan dapat membantu mengurangkan risiko yang diambil. 3. Clarity (kejelasan) dapat menangani complexity (kerumitan). Kejelasan dan kefahaman yang jelas terhadap visi yang telah ditetapkan dapat memberi kejelasan dalam mencapai matlamat. Kerana VUCA sendiri telah menciptakan kompleksiti dalam kehidupan sehari- Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 13
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH hari, sebaiknya organisasi jangan mengubah keadaan sampai terjadi kompleksiti dalaman. Sebaliknya, organisasi hendaklah menjaga komitmen bersama untuk ‘simplicity’ (kesederhanaan) keadaan dalam organisasi. Kecerdasan emosi yang tinggi dapat membantu untuk membuat perancangan dengan baik agar tidak tersasar kelak. Kerana unsur emosi sukar diramal dan abstrak. Keretakan perasaan itu mungkin boleh menjadikan sesuatu keadaan itu menjadi semakin rumit. Maka memahami perasaan seseorang dapat membantu bagi melancarkan gerak kerja organisasi. Panduan al-Quran banyak memberi pengajaran bagaimana kita harus berkomunikasi secara aman dan damai dan bagaimana kita harus berhadapan dengan manusia yang banyak kepelbagaian. Al-Quran didatangkan dari yang maha berkuasa, maka ia adalah kuasa yang mampu membentuk manusia. Mengambil al-Quran sebagai panduan bukan sekadar hanya membaca ayat-ayatnya yang tersurat, tetapi menghayatinya dalam pelbagai tindakan yang hendak kita lakukan. Keadaan hiruk-pikuk yang berlaku dalam kehidupan memerlukan al-Quran sebagai penyuluh. Suluhan al-Quran membasahkan dan menjernihkan jiwa manusia. Ia bukan setakat membasah dan menjernihkan jiwa sahaja, bahkan ia juga mencerahkan dan menyinarkan pemikiran. Selalunya yang “basah” dengan ayat al-Quran kerana pemimpinnya adalah ustaz, sedangkan al-Quran bukan hanya milik ustaz sahaja untuk menyampaikannya. Ia adalah milik semua untuk dihayati dan untuk disampaikan. Yakinlah apa yang terjadi adalah dari perbuatan yang direka dan diciptakan oleh manusia. Maka apa yang terjadi telahpun dinyatakan dalam al-Quran. Jadi, kita perlu mentafsirkan keadaan itu dengan berpandukan ajaran al-Quran. Bukan mentafsirkan keadaan mengikut akal semata-mata. Sebaliknya menggunakan akal berlandaskan al-Quran dalam mentafsir keadaan. Sebagai contohnya, fenomena kerosakan akhlak para remaja sekarang adalah berkait dengan rekaan dan ciptaan manusia. Antaranya kebebasan mengguna teknologi telekomunikasi dengan mengisi kandungan yang melalaikan akan merosakkan jiwa remaja yang masih rapuh dan mentah. Maka strategi yang berpandukan suluhan al-quran perlu diketengahkan bagi menghadapi situasi yang amat kompleks ini. 4. Agility (ketangkasan) dapat mengatasi ambiguity (kesamaran). Ketangkasan yang dimaksudkan adalah ketangkasan menghadapi perubahan, tuntutan dalam menghadapi perkembangan baharu yang bakal muncul. Jangan tenggelam dalam percaturan dunia VUCA hanya kerana lambat bertindak. Terutamanya memahami perubahan dan tindakan sehingga menjadikan organisasi kehilangan arah dan menjadi tidak relevan dalam situasi yang sentiasa berubah. Kreatif dalam mencari jalan menyelesaikan masalah, berdaya saing tinggi dan tidak cepat mengalah antara resepi untuk menawan ketidaktentuan dunia VUCA kelak. Perlu dingati bahawa kedatangan VUCA merupakan pertarungan dahsyat yang mengancam sumber manusia. Iaitu kemusnahan nilai kemanusiaan itu sendiri. Jadi VUCA sebenarnya 14 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH bukan sahaja mengancam keupayaan aspek teknologi sahaja, bahkan aspek nilai juga terpalit sama dengan pembangunan teknologi yang berkembang. Aspek ini juga menjadi satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh pemimpin sekolah. Maknanya memimpin perubahan yang akan dilakukan oleh peneraju sekolah mesti seimbang diantara dua perkara. Iaitu bertindak melakukan pembangunan sumber manusia berteraskan pembangunan teknologi (ilmu) dan pembangunan nilai (etika). Perkara inilah menjadi tugasan yang perlu dipikul atas pundak para pemimpin sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Beban tugasan ini perlu disemai dalam diri para pemimpin sebagai satu tugasan jihad. Jihad dalam Islam memberi pengertian yang cukup sinonim dengan makna ketangkasan dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan. Kejayaan lampau umat Islam adalah kerana bertunjangnya jihad dalam diri mereka. Peranan jihad yang mereka mainkan meliputi semua bidang dan lapangan. Samada bidang itu bersifat ketenteraan dan keilmuan semuanya menghasilkan kecemerlangan dengan semangat jihad yang ada dalam diri. Jika ditinjau dari sebab mengapa umat Islam kini mundur semuanya adalah berpunca kerana lemahnya semangat jihad dalam diri ummah. Justeru, semangat jihad adalah sumber kekuatan umat Islam. Kalau ditanya di mana umat Islam perlu mencari kekuatan, maka umat Islam hendaklah mencari kekuatan jihad itu di dalam diri masing-masing. Kegagalan umat Islam kini kerana lemahnya semangat jihad itu. Kehidupan mereka sebenarnya telah berubah. Kini mereka dilihat lebih ingin hidup senang lenang, sedangkan kehidupan di persekitaran mereka banyak cabaran. Mereka tak boleh lalai, kerana jihad sebenarnya perlu dijalankan sehingga sampai ke hari kiamat. Cabaran dunia VUCA amat memerlukan ketangkasan dalam bertindak melalui semangat jihad yang ada di dalam diri. Ciptaan teknologi yang melalaikan sebenarnya melekakan kehidupan umat dari bertanggungjawab terhadap tuntutan peranan khalifah. Oleh itu awaslah perangkap yang menjadikan kita mangsa kepada kuasa yang sedang mengatur untuk menguasai orang yang lemah. Ancaman VUCA: Mengikut Persepsi Usahawan dan Aktivis Masyarakat, (2022) Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 15
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH KEMATIAN DAN KEIKHLASAN Membicarakan soal niat untuk mati pada jalan Allah adalah suatu yang asing dalam kerangka pemikiran barat. Sedangkan dalam kerangka pemikiran Islam adalah satu kekuatan yang memberi inspirasi dan motivasi. Soal kematian dan balasan dalam kehidupan baru bagi seseorang muslim adalah satu kepercayaan yang pasti akan berlaku. Manakala pemikiran barat tidak menyentuh langsung perkara tersebut. Sebab itu jarang model pengurusan barat mengambil kira persoalan ini kerana mereka tidak beriman dengan hari akhirat. Perkara ini akan memberi persepsi yang berbeza mengenai peranan kepimpinan yang dimainkan oleh seseorang. Kematian adalah satu kepastian bagi semua orang. Namun kematian yang mulia adalah mati pada jalan Allah iaitu mempertahankan agama Allah dalam semua tugasan harian kita. Meletakkan kerangka pemikiran ini dalam diri akan menjadi satu dorongan yang menguatkan azam seseorang dalam beramal. Inilah perkara yang ganjil dipandang oleh orang bukan Islam terhadap umat Islam kerana berjuang untuk mati, sedangkan mereka berjuang untuk hidup. Mereka tidak faham bahawa berjuang untuk mati pada jalan Allah itu sebenarnya adalah perjuangan untuk hidup selama-lamanya. Firman Allah dalam Ali-Imran ayat 169 yang bermaksud: Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; Oleh sebab itu tugasan yang dilakukan sekarang mesti dipatisipasikan dengan jihad. Kerana perkara itu akan menghasilkan pahala yang akan diraih suatu masa nanti. Maknanya orang Islam dalam semua kerja buat yang dilakukan mesti berlandaskan jihad. Profesionalisma apa yang diduduki mesti berlandaskan jihad. Jihad dalam perniagaan, jihad dalam pertanian, jihad dalam Pendidikan dan sebagainya. Inilah gambaran gerak kerja umat Islam sebenarnya di dalam kehidupan. Gerak kerja seperti inilah yang menghasilkan pahala ibadat kerana niatnya adalah kerana Allah dan ganjarannya pasti diberi selepas kematian nanti. Tuntutan Peranan Khalifah Istilah khalifah disebut dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud: “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.” (QS. Al Baqarah: 30). Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 17
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Berdasarkan ayat di atas ia merupakan kehendak ilahi untuk menjadikan manusia sebagai pemimpin di dunia ini. Maka dinamakan ia sebagai khalifah adalah menepati dengan tugasannya. Ia sebagai bukti yang cukup besar terhadap keagungan kedudukan manusia dan besanya tanggungjawab yang diwakilkan kepada manusia. Ia adalah kenyataan ilahi berkenaan tugasan ini terhadap manusia. Ia adalah tanggungjawab yang diterima tanpa dibantah dan perjanjiannya sehingga ke hari kiamat. Namun ia adalah pilihan bukannya paksaan. Dan ia adalah salah satu dari tanda penghormatan ilahi terhadap manusia. Dalam konsep Islam, manusia adalah khalifah yakni sebagai wakil, pengganti atau duta tuhan di muka bumi.dengan kedudukannya sebagai khalifah Allah S.W.T dimuka bumi, manusia akan diminta bertanggungjawab dihadapannya. Tentang bagaimana ia melaksanakan tugas suci kekhalifahannya.Oleh sebab itu dalam melaksanakan tanggungjawab itu manusia dilengkapi dengan berbagai potensi seperti akal pikiran yang memberikan kemampuan bagi manusia berbuat demikian. Perkataan khalifah juga memberi makna sebagai pengganti nabi Muhammad S.A.W dalam fungsinya sebagai pemimpin Negara, iaitu pengganti Nabi S.A.W memimpin pemerintahan dalam Islam baik dalam urusan agama ataupun urusan dunia. Seperti yang telah di sampaikan di atas, ayat-ayat yang berbicara tentang pengangkatan khalifah dalam Alquran ditujukan kepada Nabi Adam, namun ia adalah merupakan ungkapan umum untuk semua manusia. Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya berkaitan ayat tersebut bahawa: secara jelasnya ia didatangkan bukan tertentu kepada nabi Adam (A.S) sahaja. Kerana ungkapan malaikat yang mempertikaikan perlantikan khalifah dari kalangan manusia yang merosakkan dan menumpahkan darah adalah buktinya. Khalifah pertama adalah manusia pertama (Adam) dan ketika itu belum ada masyarakat manusia, berbeza dengan keadaan pada masa Nabi Daud. Beliau menjadi khalifah setelah berhasil membunuh Jalut. Ayat Sesungguhnya Aku akan mengangkat khalifah di bumi (QS Al-Baqarah 2: 30 Ayat tersebut menginformasikan juga unsur-unsur kekhalifahan yang menjadi kewajiban sang khalifah melaksanakannya. Unsur-unsur tersebut adalah (1) Bumi atau wilayah, (2) Khalifah (yang diberi kekuasaan politik atau mandatori), serta (3) Hubungan antara pemilik kekuasaan dengan wilayah, dan hubungannya dengan pemberi kekuasaan (Allah swt.). Kekhalifahan itu dinilai baik atau buruk apabila sang khalifah memberi perhatian terhadap hubungan-hubungan tersebut. Hubungan tersebut berdasarkan konteks kedudukan masing- masing. Kerana setiap orang ada kedudukan tertentu dalam organisasinya. Berdasarkan kedudukan itu masing-masing berperanan tanpa mengecualikan hubungan-hubungan yang wajib disemaikan dalam kehidupan. 18 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Biasanya orang yang berebut kuasa akan mudah lupa asas tersebut. Ia menjadikan kuasa yang dimiliki untuk kepentingan diri. Apabila kepentingan diri diutamakan maka hilanglah peranan khalifah yang sepatutnya dilakukan. Keadaan inilah yang menyebabkan hasil pencapaian tidak berlaku, bahkan pengurusan yang dijalankan menjadi bertambah rumit kerana pertolongan dari Allah (S.W.T) tidak turun. Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 19
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH PEMBENTUKAN PERIBADI Berdasarkan apa yang dibincangkan ini dapat difahami bahawa membentuk peranan khalifah perlu terlebih dahulu kemenjadiannya dengan pembentukan peribadi yang mulia. Seseorang yang tahu peranannya sebagai khalifah adalah seorang telah terbina kemuliaan peribadinya. Ia diasuh dan dididik dengan ilmu, iman dan amal yang cukup padu melalui sistem kehidupan dirinya secara semula jadi ataupun terbina secara pendidikan yang sepadu ke atasnya. Para sahabat yang agung dahulu mereka bukanlah dilahirkan cukup sempurna keperibadiannya. Dalam kalangan mereka ada berbagai sifat buruk dan tabiat yang kurang baik seperti membunuh, peminum arak dan permainan judi. Namun setelah mereka menerima islam dan tersemai keimanan melalui didikan Rasulullah (S.A.W) mereka menjadi insan yang tahu menunaikan peranan khalifah seperti mana yang terkandung dalam ayat al-Quran yang menyentuh soal khalifah sebelum ini. Jadi, elemen ini perlu diimplementasikan juga dalam modul pembentukan kepimpinan agar tugas pengurusan boleh berlaku secara normal insani yang melahirkan pemimpin berteraskan peranan khalifah. Walaupun begitu seseorang boleh juga membina peribadi secara tersendiri melalui beberapa kaedah yang telah disebut oleh Imam Hasan al-Banna yang mengatakan bahawa seseorang boleh melui proses pendidikan secara tersendiri dengan. a. Kehendak yang kuat yang tidak melencong kepada kelemahan b. Pengorbanan yang seimbang tanpa melampau atau kurang c. Tetap pendirian tanpa lambat sangat atau laju sangat d. Memahami asas-asas Islam yang boleh mendorong untuk beriman dan beramal Teori Perubahan Diri al-Banna 2022 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 21
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Persoalannya di sini mengapa perbincangan mengenai peranan khalifah ada kaitan dengan perubahan diri. Ya, kerana perubahan diri merupakan pra syarat seseorang insan dapat merealisasi visi ke arah yang lebih bermakna. Ia adalah tunggak utama menjadikan seseorang menghayati nilai-nilai mulia secara konsisten. Secara amnya ajaran Islam cukup komprehensif menjadikan seseorang dapat beramal dengan nilai-nilai yang mulia itu. Ia bermula dengan proses niat dalam hati sehingga terpancar melalui amalan-amalan yang mulia dalam Tindakan. Maka proses peranan khalifah akan terjadi secara baik apabila proses pembentukan diri berlaku dengan sempurna. Oleh itu pembentukan diri adalah sebagai unit utama untuk membentuk langkah perubahan yang diperlukan. Perbezaan Pemikiran Perubahan Diri Dr Yusuf Al- Qardhawi Dan Kobler Ross (2022) Perbezaan pemikiran perubahan diri diantara Islam dan Barat cukup ketara methodnya. Berdasarkan sudut pandang, kaedah, matlamat dan fungsinya dapat dinilai dari pandangan Dr Yussf al-Qardhawi dan Kubler Ross. Pandangan Islam melihat unsur keimanan adalah asas utama dalam perubahan diri. Manakala Kubler Ross pula meletakkan emosional individu adalah asas perubahan itu. Dalam Islam kaedahnya boleh dicapai dengan Gerakan akal (berpandangan betul terhadap alam dan manusia) dan Gerakan hati (mendapat kepuasan dan petunjuk, menggalakkan dan menggerunkan). Manakala Kubler Ross perubahan berlaku dari kejutan, penolakan, kemarahan, kemurungan, tawar menawar dan penerimaan. Hasilnya perubahan individu dalam Islam berlaku secara menyeluruh berdasarkan kehidupan sebenar yang perlu ada. Manakala perubahan individu bagi Kubler Ross adalah semasa ia diperlukan untuk berubah. Sebab itu perubahan individu dalam Islam fungsinya adalah untuk prestasi kehidupan keseluruhannya. Manakala fungsi perubahan individu bagi Kubler Ross adalah tujuan prestasi organisasi sahaja. Perbezaan yang dibuat ini bukan tujuan untuk mengurangkan atau melemahkan sesuatu pandangan. Sebaliknya dibuat perbezaan itu adalah untuk mencari titik tolak kebenaran yang 22 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH boleh dijadikan sebagai bahan yang saling lengkap melengkapi pandangan. Kerana pandangan Islam seperti yang diketahui umum adalah sangat kuat dan tepat fundamentalnya lantaran ia bersumberkan wahyu. Manakala pandangan barat falsafahnya bertunjangkan pengalaman emosi dan minda yang mungkin tepat ataupun sebaliknya. Maka yang kurang mungkin boleh diperkukuhkan, manakala yang lemah mungkin boleh diperkuatkan dengan pandangan Islam. Jadi, pelajarilah kedua-duanya secara bersepadu untuk mencapai kebenaran yang realistik dalam kehidupan manusia. Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 23
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH FENOMENA KEROSAKAN SAHSIAH Kerosakan adalah tajuk yamg cukup relevan masa kini. Kerana keperibadian sesetengah insan menjadi semakin rumit dalam sistem kehidupan berkeluarga dan masyarakat. Kerumitan ini berlaku dalam pelbagai keadaan, samada ia berbentuk disiplin, integriti dan banyak lagi perkara lain yang telah tersenarai dalam peristiwa kehidupan manusia. Jika dibelek dari catatan kajian fenomena ini berlaku bukan sahaja dalam kalangan remaja atau orang muda, bahkan berlaku juga dalam kalangan orang dewasa. Kes-kes yang diperolehi menjadi ukuran terhadap seriusnya kedudukan sahsiah insan masa kini. Kes-kes seperti ini menjadi ukuran terhadap kedudukan masa depan institusi dan negara, terutamanya dalam kepimpinan Pendidikan. Ianya bermula di sekolah dan dibawa ke pusat pengajian tinggi. Selepas itu masuk ke alam pekerjaan, maka pada masa inilah karakter sebenar terkeluar dalam pengurusan dan tindakan pekerjaan yang dilakukan. Samada ia baik atau buruk terpulanglah kepada sahsiah dan nilai peribadi masing-masing. Kajian yang dibuat oleh penulis sendiri terhadap pelajar sekolah yang bermasalah dapatan yang telah diperolehi menghasilkan data-data kajian dalam dua bentuk faktor kejadian itu berlaku. Pertama faktor dalaman diri. Kedua faktor persekitaran. Data-data yang berkaitan akan dijelaskan mengikut faktor yang telah disebutkan. Faktor 1: Dalaman Diri Faktor dalaman diri adalah faktor yang lahir dari dalam diri manusia, ia bersifat “psikologi”. Ia berlaku dalam diri manusia disebabkan oleh perubahan perkembangan yang berlaku ke atas diri manusia. Kelemahan Mengurus Tekanan Emosi Kegelisahan itu memerlukan pengurusanyang wajar bagi mengelak dari perlakuan buruk. Keadaan tersebut ternyata dalam reaksi belia remaja yang delinkuen mereka secara puratanya tidak mampu mengurus tekanan yang dialami. Disaat tekanan itu berlaku mereka seolah-seolah hilang kawalan serta tak tahu bagaimana hendak mengatasi tekanan tersebut. Minda sedar seolah-seolah malap dan gelap dari mencari solusi kebenaran hidup. Sebagai contoh dalam kelas. Norhasilah et al., (2012) menyatakan bahawa faktor utama gejala ponteng adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri. Ada dalam kalangan pelajar yang tidak mempunyai motivasi diri untuk belajar dan kurang minat untuk bersekolah. a) Ingin Mencuba Hasil dapatan menunjukkan perasaan ingin mencuba mendorong belia remaja lebih kuat terhadap perbuatan yang salah. Sebab itulah responden kedua mengakui bahawa kemampuan menolak tawaran merokok itu tidak selalu terjadi. Sebaliknya, ada masa keinginan itu ditunaikan. Kajian lepas yang dilakukan oleh Asmak (2006) Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 25
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH mengenai salah laku sosial remaja masa kini menunjukkan faktor ingin mencuba juga tinggi iaitu sebanyak 48%. b) Lemah Pegangan Agama Amalan keagamaan yang dilakukan oleh belia remaja yang delinkuen dilakukan dengan tidak sepenuh hati. Apa yang dipelajari dalam Pendidikan Islam belum mampu dihayati sepenuhnya. Keadaan ini menunjukkan bahawa responden mengambil mudah meninggalkan kewajiban agama sebelum membuat rujukan terhadap guru yang lebih mengetahui hukumnya berkaitan perkara meninggalkan puasa. Dapatan dari responden adalah sama dengan kajian yang pernah dijalankan oleh Nik Aziz (1998), (Nor Aini Dan, 2002), Ab Halim et al. (2004). Mereka masing- masing berpendapat bahawa, kekuatan agama adalah salah satu daripada kekuatan asas yang harus dikuasai oleh individu bagi membersihkan jiwa, fikiran dan perlakuan daripada melakukan sebarang perkara yang tidak bermanfaat. c) Lemah Kawalan Emosi Kendiri Responden dalam kajian sukar mengekang emosinya semasa hendak melakukan perlakuan buruk. Terutamanya, ketika tercetus hendak melakukan perbuatan buruk, mereka telah hilang pertimbangan diri untuk melakukan kebaikan. Badasarkan data tersebut kajian di atas ada persamaan dengan kajian oleh Greenberger, Chen, Tally dan Dong (2000) yang berkaitan dengan keupayaan emosi kendiri. Di mana individu yang mempunyai penilaian negatif atau pun rendah mengenai diri sendiri sering menghadapi kesukaran dan masalah. d) Tiada Kesedaran Potensi Diri Hasil dapatan menunjukkan bahawa responden pertama dan ketiga telah menunjukkan sikapnya yang kurang sedar terhadap potensi dirinya sendiri. Mengikut laporan IPPBM, (2013) melalui Indeks Belia Malaysia (IBM) menunjukkan bahawa terdapat dua domain yang berlaku penurunan iaitu domain identiti dan potensi diri. Jika ditinjau lebih mendalam lagi terhadap Indeks domain Potensi Diri belia dipantau dalam tiga bidang, iaitu Potensi Kepimpinan (IPPBM, 2014). Lantaran itu, Sapora Sipon, (2010) menyarankan bahawa ibubapa perlu bantu para belia remaja memperlihatkan dan sedar akan bakat dan potensi diri mereka dan cuba mengelak daripada terjebak dengan permasalahan sosial. Faktor 2: Persekitaran Kehidupan manusia dilingkungi oleh persekitaran yang ada dan persekitaran itu membentuk pengaruh tertentu terhadap kehidupan. Terutamanaya ibu bapa yang dinamakan sebagai Mikrosistem (Bronfenbrenner (1979,1989) melibatkan persekitaran yang terdekat iaitu kanak- kanak mempunyai interaksi secara dekat dan menghabiskan masa paling banyak. 26 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH a) Pengaruh Rakan Sebaya Berdasarkan kenyataan responden melalui diskripsi temuramah yang dijalankan menyatakan bahawa, kejadian merokok yang dilakukannya adalah dari pengaruh kawan melalui tawaran kawan terhadap perbuatan merokok itu. Kenyataan itu telah disokong juga oleh responden yang ketiga yang mengakui kejadian mencuri yang dilakukannya adalah berpunca dari Pengaruh Rakan Sebaya. Begitu juga dengan kejadian merokok yang berlaku menunjukkan bahawa peristiwa tersebut berlaku dalam kumpulan, kumpulan rakan sebaya bukan secara perseorangan. b) Pengaruh Keluarga Hasil dapatan menunjukkan kasih sayang ibu bapa yang berlebihan akan menjadikan belia remaja akan berasa dirinya bebas untuk melakukan apa-apa sahaja yang dikehendakinya. Hal ini kerana ibu bapa yang sentiasa mempertahankan anaknya dalam sebarang situasi sekalipun. Di rumah pula, emak akan membantu bagi menyempurna tugasan anak lelakinya. Tugasan itu sepatutnya mampu dilakukan sendiri oleh anaknya. Dapatan pengkaji berbeza mengenai delinkuen ini dengan dapatan yang menyatakan bahawa ibu bapa tidak memberi kasih sayang terhadap anak. Pengkaji amat bersetuju dengan pandangan Ibnu Qudamah (1979) yang menyarankan agar ibu bapa tidak terlampau memanjakan dan tidak bermewah-mewah dalam kehendak anak mereka. Lantaran itu beliau menyarankan ibu bapa berikan pakaian kepada anak mereka dengan pakaian yang kasar dan sekali sekala memberi mereka makan roti kering sahaja. Hasil dapatan menunjukkan juga bahawa kesibukan ibu bapa dengan tugasannya mungkin akan berlaku kurang pemerhatian terhadap pendidikan anak. Dalam konteks ini pengkaji juga menyetujui pandangan yang menyatakan kesibukan ibu bapa dalam karier mereka dari mengawasi pergerakan belia remaja adalah punca delinkuen tersebut. Pengkaji sependapat dengan Arieff dan Wardah (2006) yang menjelaskan ibu bapa yang sibuk dengan kerja boleh menyebabkan hubungan antara anak dengan ibu bapa renggang. Apabila anak-anak pulang dari sekolah, ibu bapa tiada di rumah yang menyebabkan mereka sepi dan ingin mencari teman. Terdapat beberapa implikasi yang mungkin berlaku disebabkan oleh perbuatan dan tingkah laku delinkuen dalam kalangan belia remaja. Implikasi dari perlakuan itu akan menghasilkan perkara berikut. Pertama: Implikasi Keperibadian Individu yang bermasalah dilihat sebagai tidak boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi. Seseorang yang telah bergelomang dengan masalah keperibadian ia telah mewarnai dirinya dengan perlakuan yang buruk. Kedua: Implikasi Penghayatan Agama Beberapa ancaman dan anasir luar telah melanda umat manusia yang bertujuan untuk melumpuhkan pegangan agama dalam diri. Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 27
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Beberapa orang penyelidik telah menyedari hakikat ini. Mereka semenjak dari masa itu mula membicarakan soal agama dalam pengangan hidup. Para pengkaji kemasyarakatan Barat juga telah menyedari kelemahan dalam sesebuah masyarakat dan pentingnya proses-proses pemantapan akhlak terutama sekali melalui agama (Mohd Sulaiman Yasin, 1992). Ketiga: Implikasi Perlakuan Negatif Remaja yang yang terlibat dengan perbuatan salah laku mereka tidak menyedari bahawa perubahan itu telah berlaku ke atas dirinya. Dimana, pelanggaran-pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar atas desakan dalaman diri yang mempunyai masalah emosi. Kesan desakan itu telah membentuk pelbagai perlakuan yang dianggap sebagai perlakuan delinkuen. Sehingga kini perlakuan itu telah dikesani melibatkan remaja dalam pelbagai tingkah laku yang menyalahi peraturan dan disiplin sekolah (Sabitha & Mahmood, 1995). Keempat; Implikasi Sebagai Pembawa Gejala Sosial Di sekolah, rakan sebaya dipersekitaran sepatutnya merupakan agen yang berperanan untuk mengajak kawan- kawan bersama-sama untuk menunaikan tanggungjawab. Samada tanggungjawab itu berupa pelajaran atau penghayatan keagamaan. Namun, disebabkan oleh rakan sebaya yang ada telah dilanda masalah maka kesannya akan terpalit dan terpengaruh juga terhadap seorang rakan yang bersama-sama dengannya. Manakala kes-kes yang melibatkan peribadi golongan dewasa pula banyak berkait dengan integriti. Kepentingan integriti dalam pengurusan tidak dapat dinafikan keutamaannya. Organisasi pendidikan amat memerlukan sifat ini dijelmakan dalam pengurusan. Kerana kepentingan integriti dalam sesebuah organisasi pendidikan adalah untuk mencapai sasaran utama iaitu mencapai kualiti perkhidmatan yang lebih tinggi. Pencapaian kualiti perlu dizahirkan melalui pengurangan kesilapan dalam urus tadbir, masalah pelajar juga dapat diminimumkan terutamanya kes disiplin, mencapai kesetiaan lebih tinggi dalam kalangan staf, mencapai fokus yang sama, memenuhi kepuasan pekerja atau pelanggan termasuk ibu bapa, menjaga imej profesion keguruan, meningkatkan keimanan dan mengawal tingkah laku warga pendidik keseluruhannya. Integriti merupakan asas penting kesejahteraan staf (Jamiah et. al 2006) dan membentuk staf yang mempunyai tingkah laku yang baik (Ones et. al 2003, dalam Jamiah et. al 2006). Sebaliknya, sekiranya integriti terhakis dalam kalangan staf maka ia akan menyumbangkan kepada keruntuhan nilai dan kerosakan moral seseorang dalam profesyen atau pekerjaannya (Hardingham 2004, dalam Jamiah et. al 2006). Sehubungan dengan itu, setiap warga sesebuah organisasi perlu menghayati nilai-nilai murni yang telah ditegaskan dan diulangi dalam tadbir urus integriti yang baik. Contohnya,sebagai penjawat awam aspek integriti disepadukan dengan nilai dan etika perkhidmatan awam. Penghayatan nilai integriti hendaklah dijadikan amalan hidup dan amalan kerja supaya mencapai kecemerlangan, kecekapan, malahan organisasi tersebut akan dipercayai dan dihormati (Zarah binti Ahmad, 2014). 28 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Dijelaskan dalam kajian Thulasimani (2014) Terdapat beberapa faktor yang menjejaskan nilai integriti dalam bidang pendidikan. Faktor tersebut boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu kepimpinan, sistem dan prosedur, struktur dan institusi, budaya dan individu dalam organisasi tersebut. Berikut adalah penjelasan yang dimaksudkan itu. Pertama: Kepimpinan adalah sangat penting dalam mengekalkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap integriti. Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman serta tunjuk ajar dalam melakukan perubahan untuk kebaikan. Iltizam yang lemah akan memyebabkan merosotnya integriti. Begitu juga pemimpin yang tidak menunjukkan teladan yang baik. Pemimpin juga perlu mematuhi undang-undang dan prosedur serta peraturan yang ditetapkan. Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan akan menjejaskan integriti (Sham, 2011). Oleh itu adalah amat penting bagi seorang pemimpin untuk mengamalkan dan memupuk nilai integriti untuk kemajuan diri sendiri, masyarakat serta kemajuan Negara. Kedua: Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai perkara dan aspek. Penguatkuasaan yang tidak berkesan dan ada kalanya dilakukan secara terpilih. Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender boleh mengakibatkan tergugatnya nilai integriti. Soal kroni atau tips tertentu selalunya terjadi dalam pengurusan. Maka berlakulah kelemahan sistem dan prosedur serta garis panduan bagi menjalankan tugas yang boleh menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan perselisihan pendapat dalam kalangan pekerja. Ketiga: Institusi mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara satu sama lain juga boleh menjejaskan integriti. Pertentangan kepentingan antara institusi yang berlaku secara berterusan boleh menyebabkan kecelaruan dan krisis nilai. Skop, tugas dan tanggungjawab antara instusi perlu diperinci dan dikordinasikan dengan baik. Pertindihan dalam tugas boleh mengakibatkan persaingan yang tidak sihat serta pengabaian tanggungjawab. Dengan wujudnya pertindihan ini maka, secara langsung masyarakat akan mula ragu dengan kesahihan nilai integriti seseorang. Keempat: Persekitaraan amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah laku. Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa. Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang sesuai untuk individu supaya tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. Budaya yang sebaliknya akan mempengaruhi mereka untuk tidak ambil peduli, tidak bertanggung jawab dan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. Oleh itu, mengamalkan budaya yang sihat amat penting bagi seseorang supaya nilai integritinya kekal bersama dan tidak terjejas akibat pengaruh budaya yang negatif. Kelima: Faktor utama yang memyebabkan kemerosotan integriti ialah diri sendiri. Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin diri dan etika Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 29
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH akan mengakibatkan diri dalam pelbagai salah bentuk tingkahlaku. Kemerosotan integriti boleh berlaku sekiranya individu itu hannya melihat kelemahan orang lain. Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terlibat dalam kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan gejala tidak bermoral (Sham, 2011). Oleh yang demikian setiap individu haruslah mempunyai keimanan yang tinggi supaya sentiasa akur dengan perubahan yang berlaku disekelilingnya. Mereka juga perlu ada kesedaran diri untuk sentiasa bersifat positif untuk mengharungi apa jua rintangan yang di hadapi. Justeru itu mereka tidak mudah terpengaruh dengan nilai-nilai yang negatif yang boleh menjejaskan nilai integriti individu tersebut. 30 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH KOMPETENSI KEPIMPINAN Kompetensi pemimpin dilihat sebagai satu pengalaman, kebijaksanaan dan keupayaan dalam melaksanakan tugas dengan efektif (Boyatzis, 2011; Gentry et al. 2013). Seorang pemimpin pendidikan perlu mempunyai ilmu mengenai pengajaran dan pembelajaran kerana ini adalah teras utama sesebuah institusi pendidikan (Robinson 2006). Selain daripada itu seorang pemimpin mesti memiliki kemahiran tertentu seperti i) Kemahiran pentadbiran; ii) kemahiran penyeliaan dan penilaian; iii) kemahiran pendidikan; iii) kemahiran kewangan; iv) kemahiran hubungan luar; v) kemahiran interpersonal; vi) kemahiran penyelidikan dan latihan; vii) kemahiran pengurusan; viii) kemahiran pembangunan diri; dan ix) kemahiran profesionalisme (Cherif et al. (2009). Jadi, berbagai kemahiran yang perlu ada pada pemimpin untuk menunjukkan seseorang itu berkompeten. Selain dari itu, seorang pemimpin juga perlu mempunyai keinginan untuk memimpin dan berupaya memperoleh kemahiran asas yang diperlukan untuk memimpin (McNair et al. 2011). Kemahiran-kemahiran yang tersebut biasanya boleh berlaku melalui sifat warisan. Konotasi ini wujud sejak sekian lama bahawa sifat-sifat kepemimpinan adalah unik dan hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja (Khairulnizam et al, 2015). Mutakhir, banyak kajian berkaitan dengan kepemimpinan dibuat untuk menentukan traits atau sifat-sifat global yang dimiliki oleh pemimpin yang sebenarnya boleh dipelajari dan dibentuk dengan mudah oleh sesiapa sahaja termasuklah pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti luar bilik kuliah. Ini bermakna, pemimpin yang kompeten boleh dihasilkan dengan mengikuti program pembangunan pemimpin yang terancang (Bush 2008) dan dilaksanakan melalui pendidikan, pengalaman dan bimbingan daripada pemimpin yang berpengalaman (DuBrin 2013). Modul NPQEL yang dibangunkan oleh IAB adalah salah satu usaha untuk membentuk kepimpinan dalam kalangan pendidik untuk memimpin sekolah. 10 kompentasi yang ditaksirkan adalah Berfikiran Strategik, Membuat Keputusan, Memimpim Perubahan, Menyelesai Masalah, Memimpin Perubahan, Membangun Kapasiti, Membuat Jaringan dan Jalinan, Berkomunikasi Berkesan, Berkepimpinan dan Berkeperibadian Tinggi. Stimulus diberi sebagai pencetus kepada kandungan setiap pembentangan. Peserta perlu memikirkan penyelesaian terhadap stimulus yang diberi. Peserta juga perlu menganalisa kompetansi yang perlu diterjemahkan dalam pembentangan. Penguasaan terhadap kamus kompetansi amat berharga sebelum sesuatu pembentangan dihasilkan. Ini kerana setiap pembentangan berdasarkan kompetansi yang dikehendaki. Latihan ini memberi pengalaman tertentu untuk membentuk peserta berkemahiran secara teorikal. Kemudian peserta akan turun ke medan semasa menjalani praktikal secara amali. Namun, ia adalah hanya bekalan ilmu yang menyediakan peserta untuk berhadapan dengan situasi sebenar nanti. Keadaan sebenar yang ditempuhi semasa memimpin di sekolah tentunya berbeza, bergantunglah kepada peserta untuk menyesuaikan pula nanti dengan ilmu yang ada. Jadi 10 kompetensi itu adalah asas untuk menjadikan peserta berkemahiran dan terbina peribadi masing-masing melalui latihan yang diberikan. Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 31
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH 10 Kompetensi NPQEL Model Hasan al-Banna juga memperuntukkan 10 kompetensi dalam pemebentukan diri iaitu. • Keselamatan Aqidah • Kesahihan Ibadah • Keutuhan Akhlak • Berpengetahuan • Kekuatan Tubuh Badan • Berkeusahwanan • Menjaga Masa • Berdisiplin • Kesungguhan Kendiri • Bermanfaat kepada yang lain 10 kompetensi ini juga adalah sebagai kelengkapan hidup seharian seseorang insan. Terutamanya mereka yang memimpin organisasi harus melengkapi diri dengan perkara ini. Kerana ia adalah fungsi utama kepada pembentukan diri dari dalaman dan luaran seseorang. Berdasarkan kompetensi yang digariskan cukup lengkap untuk menyantuni seseorang menjadi baik untuk dirinya dan untuk orang lain. Namun begitu model ini harus dilalui dengan modulnya yang tersusun rapi tanpa dibincangkan secara terperinci dalam buku ini. Seperti mana kepimpinan sekolah dilahirkan melalui modul NPQEL maka modul ini juga membentuk kepimpinan insani yang amat dihajti dalam era kepimpinan masa kini. Tokoh-tokoh yang lahir melalui modul ini telah banyak memperlihatkan kejujuran mereka dalam beramal. Terutamanya dalam amalan yang melibatkan pembengunan negara, masyarakat dan keluarga sendiri. Maka amat sesuailah dengan pemebentukan peranan khalifah dibuat melalui modul ini. Kerana ia benar-benar mencerminkan tujuan pembentukan peranan itu. 32 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 33
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH ISU KEPIMPINAN SEKOLAH Pengurusan sekolah kini terdapat pelbagai isu yang berlaku. Dalam banyak isu yang berlaku ada yang kritikal dan ada yang tidak kritikal. Isu yang tidak kritikal biasanya dapat ditangani segera oleh pentadbir sekolah. Manakala yang kritikal ia menjadi isu yang berlarutan sehingga melibatkan tindakan tatatertib dan undang-undang negara. Antara isu yang sering diketengahkan sebagai krital adalah isu integriti kepimpinan sekolah, isu Permasalahan Guru, isu Disiplin Pelajar, isu kemenjadian Pelajar. Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 35
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH INTEGRITI KEPIMPINAN SEKOLAH Menyentuh tentang integriti kepimpinan ia melibatkan isu nilai dan jati diri seseorang. Zaman kehilangan nilai hidup manusia kini menyebabkan isu integriti menjadi semakin hangat diperkatakan. Kehilangan integriti sentiasa menjadi asas perbincangan dalam pengurusan dalam pelbagai sektor dan jabatan kerajaan. Kini, integriti sangat diperlukan dalam pengurusan seharian manusia. Kamus Dewan Bahasa mendefinisikan integriti sebagai kejujuran dan ketelusan, kesempurnaan dan keutuhan. Sifat ini berkait rapat dengan keikhlasan, keterbukaan, ketelusan dan amanah dalam perilaku seseorang. Jadi, sifat ini merupakan sifat peribadi yang sangat mulia kerana nilai-nilai baik terpancar dari dalam dirinya tanpa terlibat dengan tabiat buruk yang amat dibenci oleh masyarakat. Tabiat buruk yang dimaksudkan adalah seperti menerima rasuah, pecah Amanah, khianat dan tidak bertanggungjawab terhadap tugasan yang di amanahkan. Pengurusan pendidikan tidak terlepas juga dari keperluan amalan integriti kendiri. Seseorang pemimpin perlu menjadikan amalan ini sebagai asas utama dalam pengurusan, terutamanya dalam akauntabiliti terhadap tugas. Menurut Thulasimani (2015) bahawa integriti dalam Pendidikan amat berkait rapat dengan akauntabiliti. Ia bermula dari pentadbir sekolah sehinggalah kepada kakitangan bawahan perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing secara jujur dan amanah. Setiap orang perlu memahami secara jelas bidang fokus kerja masing- masing tanpa mengabaikan sedikitpun terhadap penglibatan kerja yang telah dijadualkan atau yang telah digariskan batasan peraturannya. Mencari nilai integriti bukannya semudah mencari barang di pasaraya atau kedai. Namun begitu ia tidak perlu bergerak jauh untuk mencari nilai ini. Ia berada di dalam diri dari nilai leluhur seseorang. Justeru, pada firasat kita menjadi seorang yang berintegriti tentunya mudah. Jawabnya tidak, terpancarnya nilai leluhur ini bergantung kepada kekuatan dalaman seseorang. Semuanya telah mengetahui dalam agama telahpun menyatakannya dengan jelas bahawa rasuah itu haram, penipuan itu haram, ponteng kerja itu haram, mencuri itu haram dan pecah amanah itupun haram. Tetapi dengan berani orang menerima rasuah, pecah amanah dan lain-lain. Kenapa mereka itu berani melakukan perkara tersebut? Jawabnya kerana nilai leluhur itu tidak kuat mempengaruhi diri seseorang. Jadi, di mana terletaknya nilai leluhur itu. Berdasarkan sabda Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud. Dari Abi Hurairah berkata Sabda Rasulullah saw: Jangan kamu berdengki, jangan kamu berbalah, jangan kamu musuhan, jangan kamu berpaling belakang, jangan menjual barangan jualan yang dijual oleh orang lain, jadilah hamba Allah yang bersaudara, seseorang Islam bersaudara dengan orang Islam yang lain: jangan menzalimi menghina dan merendah-rendahkannya. Taqwa di sini baginda saw menunjuk tiga kali ke dadanya. Dikira sebagai kejahatan apabila seseorang muslim semata-semata kerana Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 37
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH menghina saudaranya yang muslim. Semua orang muslim terhadap muslim lain adalah haram darahnya, hartanya, dan maruahnya. Berdasarkan keterangan hadis di atas menunjukkan bahawa nilai leluhur seseorang itu terletak pada hati seseorang. Sesungguhnya apabila terjaga hatinya maka terjagalah anggotanya. Apabila melencong hatinya maka melenconglah anggotanya. Terlencongnya hati seseorang bukan kerana diri seseorang, sebaliknya ia adalah kerana kehendak hati seseorang. Apabila seseorang rasa ingin melakukan kejahatan tanpa rasa inginkan melakukan kebaikan maka melenconglah hatinya. Firman Allah swt dalam surah As- Saf ayat 5 menyatakan bahawa kaum bani Israel itu menyeleweng adalah kehendak mereka berlaku demikian. Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik – derhaka Namun begitu jika seseorang hamba Allah berniat baik dan berkehendakkan kebaikan dalam hidupnya, nescaya Allah swt akan memudahkannya kebaikan itu serta membantunya mencapai kebaikan tersebut. Firman Allah dalam surah al-Lail ayat 5-7 menyatakan bahawa, Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya)-(5). Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,-(6). Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;-(7). 38 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH KAJIAN INTEGRITI Menurut kajian Abdul Rahim Affandi, (2003).Terdapat beberapa isu berkait dengan pengurusan kewangan di sekolah yang berpunca daripada tingkah laku guru. Antaranya dalam dapatan menunjukkan masalah utama yang dikenal pasti adalah kerana guru tidak mengetahui prosedur urusniaga pembelian berdasarkan tatacara pembelian. Guru berkenaan membuat pembelian barangan atau peralatan tanpa menggunakan borang pesanan sedia ada. Selain dari itu borang pesanan diisi selepas beberapa bulan barangan tersebut dipesan. Begitu juga dengan penyerahan resit urusniaga yang dibuat atau invois berlaku selepas tempoh yang begitu lama maanya. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pelanggaran tatacara kewangan tidak dipatuhi dan guru besar boleh menolak pembayaran tersebut (Abdul Rahim Affandi, 2003). Menurut Wan Azman Wan Idris (2002), terdapat juga guru kelas yang mengutip yuran atau bayaran khas daripada murid tanpa menyerahkan wang yang dikutip kepada pengurusan sekolah. Selain itu, ada juga guru kelas yang menyerahkan semua kutipan bayaran atau yuran kepada sekolah selepas tempoh yang lama dengan alasan menunggu sehingga semua bayaran selesai diterima. Menurut Siti Salina Abdullah dan Farrahdina Yusop (2006) berpendapat bahawa guru yang berintegriti sahaja mampu memandu sebuah organisasi ke arah perkhidmatan yang lebih berkualiti di samping menyumbang kepada pembangunan negara. Guru ini juga nanti akan menjawat jawatan sebagai pengurus sekolah. Jika mereka biasa bekerja dengan cara salah mungkin perbuatan salah itu adalah biasa baginya. Sebab mereka perlu dibimbingan dan dipantau oleh pentadbir atasan sekolah secara berterusan. Bimbingan dan pantauan yang dibuat nanti akan mengurangkan permasalahan dalam pengurusan, terutamanya dalam pengurusan kewangan (Jaimis Saiman, 2004; Zaidah Mustafa, 2004). Tanggungjawab seorang pemimpin cukup besar. Seorang pemimpin tidak boleh mengurus secara mudah bagi mengelak dari dari berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Orang bawahan ada pelbagai kategori, ada yang berpengalaman dan ada yang tidak berpengalaman. Yang berpengalaman mungkin perlu perbetulkan yang biasa, yang tiada pengalaman tentunya memerlukan banyak bimbingan dan pemantauan. Mengikut Ethel (2007) mengatakan bahawa, perkara yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin sekolah adalah pemantauan dan penilaian yang berterusan daripada pihak yang bertanggungjawab. Selain dari itu, tidak cukup dengan bimbingan dan pemantauan sahaja, bahkan seminar pengurusan kewangan pun perlu dihadiri pemimpin sekolah. Kerana pendidikan negara juga telah membincangkan perkara yang sama yang melibatkan integriti dan kewibawaan pengetua serta guru-guru dalam pengurusan hal pentadbiran sekolah dari segi kewangan (Adi Badiozaman Tuah, 2001). Apa yang penting dari integriti ini adalah untuk mengelak pihak kepimpinan sekolah dikenakanTindakan tatatertib dalam pengurusan. Namun, begitu isu ini sering berlaku sehingga sekarang, seolah ia tiada kesudahan dan menjadi krisis berpanjangan. Menurut sumber kementerian pada 23 November 2018 telah menentukan pemilihan guru besar akan Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan 39
PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB KHALIFAH dipilih dalam kalangan individu yang berintegriti dan amanah. Kenyataan ini sebenarnya menimbulkan tanda tanya dan persoalan. Ia menggambarkan seolah guru besar yang sedia ada tidak cukup kuat integritinya dan pemilihan yang dibuat perlu berdasarkan perkara tersebut. Walaupun kajian demi kajian dibuat isu integeriti tetap juga menjadi paparan di dada akhbar dan media elektronik. Berasaskan dari kerencaman isu ini yang berlaku secara meluas dalam kalangan pemimpin sekolah, maka beberapa penekanan perlu dibuat dalam bentuk program khusus untuk mereka. Secara umumnya isu ini nampak sukar untuk dibanteras dan semakin menjadi. Namun, satu pendekatan yang bersifat penerapan nilai murni secara intensif perlu dilakukan. Menurut Azizi (2018) terdapat lima elemen utama dalam membentuk integriti kepimpinan. 1) Integriti terdiri daripada nilai peribadi pengurus, tindakan harian, dan tujuan asas organisasi. 2) Integriti perlu konsisten antara perkataan dan tindakan. Ia menunjukkan konsistensi berkaitan dengan tingkah laku sosial. 3) Integriti sebagai konsistensi dalam menghadapi kesukaran ini juga termasuk konsistensi dalam menghadapi godaan dan cabaran 4) Integriti sebagai kebenaran dalam diri sendiri harus bertindak mengikut hati Nurani sendiri 5) Integriti sebagai moral/etika. Bertindak mengikut tingkah laku yang boleh diterima secara sosial, seperti kejujuran, amanah, keadilan dan belas kasihan. Rajah: Elemen Integriti 40 Institut Aminuddin Baki | Kementerian Pendidikan
Search