Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Dari Meja YDP PIBG RMC

Dari Meja YDP PIBG RMC

Published by Jefry Ramli, 2021-04-27 06:24:03

Description: dari meja ydp

Search

Read the Text Version

OP Akmal Nizam Bin Abdul Halim YDP Caretaker Committee PIBG MTD #thisisRMC #servetolead #since1952

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua ibubapa/waris Putera T4 atas kejayaan anak tuan/puan terpilih menyertai MTD. Selamat Datang ke keluarga besar MTD. Kepada Ibubapa/waris Putera T5 pula, tahniah juga diucapkan setelah anak tuan/puan berjaya mengharungi fasa Tingkatan 4 yang penuh dengan cabaran ketika dunia dilanda pandemik Covid19 dan kini bergelar Putera Kanan. #thisisRMC #servetolead #since1952

Di kesempatan ini izinkan saya menyampaikan beberapa perkara kepada sahabat-sahabat sekalian : PIBG MTD juga sama seperti PIBG lain di mana fungsi utama adalah membantu dan bekerjasama dengan MTD mengikut keperluan dan keadaan semasa. Namun PIBG juga mempunyai kekangan yang mana PIBG hanya dapat memberikan pendapat dan maklumbalas sahaja dan keputusan adalah di tangan pentadbiran MTD. Dari masa ke semasa, PIBG akan menyampaikan info berkaitan kepada semua ibubapa melalui \"PIBG RMC E- BUZZ\" di dalam whatsapp group coy masing-masing. #thisisRMC #servetolead #since1952

Semua ibubapa/waris Putera T4 dan T5 merupakan satu keluarga besar. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga tatasusila dan adab ketika berkomunikasi semasa kita dan saling menghormati antara satu sama lain. Nilai-nilai harmoni antara ibubapa/waris Putera T4 dan T5 perlu diterapkan dan dijaga selamanya. Status senior dan junior adalah anak- anak kita sahaja, manakala kita semua ibubapa/waris adalah sama sahaja, tiada yang senior mahupun junior. Persefahaman dan tolak ansur antara kita semua adalah penting demi memastikan semangat ukhuwah terus terjalin erat. #thisisRMC #servetolead #since1952

Saya juga ingin mengingatkan diri saya serta semua ibubapa/waris supaya sentiasa menasihati anak- anak untuk tidak melalukan perkara- perkara yang tidak dibenarkan seperti merokok (vaping), buli, mencuri, gangsterism, vandalism, peras ugut, mendera, dan lain-lain. Perkara-perkara ini bukanlah satu tradisi RMC dan ianya perlu dihentikan segera. RMC adalah sebuah institusi pendidikan yang sememangnya berada di satu tahap yang sangat tinggi dan disegani. Semoga anak-anak kita dapat menggalas tanggungjawab untuk menjaga nama baik dan mengekalkan RMC di tahap tersebut. #thisisRMC #servetolead #since1952

Akhir kata dari saya, OP Akmal Nizam, marilah kita semua bekerjasama demi memastikan anak-anak kita mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2021 dan 2022. Jika ibubapa/waris mempunya apa-apa pertanyaan dan kemusykilan, boleh berhubung dengan mana-mana AJK PIBG atau wakil ibubapa Coy masing-masing. #thisisRMC #servetolead #since1952


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook