Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 3 KTM PRU15 Siri1.pptx

3 KTM PRU15 Siri1.pptx

Published by PTJ TUMPAT, 2022-11-09 08:31:38

Description: 3 KTM PRU15 Siri1.pptx

Search

Read the Text Version

TAMPAL DAN TANDATANGAN PEREKAT KESELAMATAN PADA SAMPUL 1, 2, 3 DAN 4 SAHAJA (PARLIMEN & NEGERI) PEREKAT KESELAMATAN PERINGATAN.. Semua perekat keselamatan yang digunakan di mana-mana peralatan mengundi/ borang adalah wajib ditandatangan oleh KTM. Sekiranya ada kehadiran ETM/EMU, KTM harus mempelawa ETM/EMU menandatangani semua perekat keselamatan yang digunakan. Dikemas kini: Mei 2022

MEMETERAI PETI UNDI SELEPAS SEBELUM SETELAH WAKTU SELESAI MENGIRA SEMAKAN ISI MULA WAKTU MENGUNDI UNDI TAMAT PETI UNDI MENGUNDI ++ Dikemas kini: Mei 2022

SAMPUL NO. 5 DAN 6 DISISIPKAN KE DALAM BEG PETI UNDI PARLIMEN SELEPAS MEMASUKKAN PETI UNDI KE DALAM BEG PETI UNDI SAMPUL NO. 5 SAMPUL NO. 6 Dikemas kini: Mei 2022

Dikemas kini: Mei 2022

KEDUA-DUA BEG PETI UNDI DIMETERAI PERINGATAN.. Semua perekat keselamatan yang digunakan di mana-mana peralatan mengundi/ borang adalah wajib ditandatangan oleh KTM. Sekiranya ada kehadiran ETM/EMU, KTM harus mempelawa ETM/EMU menandatangani semua perekat keselamatan yang digunakan. Dikemas kini: Mei 2022

SERAHKAN SATU SALINAN BORANG 14 KEPADA SETIAP EJEN MENGIRA UNDI YANG HADIR Dikemas kini: Mei 2022

BAWA BEG PETI UNDI DIIRINGI POLIS PENGIRING KE PUSAT PENJUMLAHAN RASMI UNDI Dikemas kini: Mei 2022

ALIRAN KERJA PROSES PENGUNDIAN (UNDI BIASA) HARI SEMAKAN ISI PETI UNDI (SEHARI SEBELUM HARI MENGUNDI Semak Lengkapkan Bahagian A Lawatan & Peralatan persiapan Tempat Penyata Kertas Undi (Borang 13) Mengundi 8.00 AM – 5.30 PM HARI MENGUNDI 7.00 AM 7.00 AM– 7.55 AM Mengurus • Pengundi OKU 6.00 AM kan (Akuan mengenai Identiti - Borang Ambil peti undi Semak Lengkapkan Meterai Memulakan kes-kes 10) dari tempat semula Borang 753 telinga peti proses khusus penyimpanan susun atur • Perbezaan peti undi ke Taklimat undi pengundian Rekod & maklumat identiti tempat kepada polis lapor (Akuan Identiti - mengundi Uruskan Borang 11) pengiring kehadiran & bilangan taklimat kepada pengundi • Akuan Keengganan Agihan peralatan setiap jam Mengeluarkan kepada petugas ETM (Borang Kertas Undi (Borang 10A) PENUTUPAN TEMPAT MENGUNDI DAN PROSES MENGIRA UNDI 720 & aplikasi • Tumpang tempat Laporan mengundi (Borang Akuan Pengundian KTM) (Borang 765) Menutup Selesaikan Persiapan Buka peti Memulakan Isi dan lengkapkan Meterai Kemas tempat sampul 3 mengira undi Proses sampul (Sampul 1-6) peti undi peralatan dan mengundi undi Pengiraan tempat undi mengundi Meterai Lengkapkan Kira kertas undi Papar & Memutuskan Lengkapkan Penyata Bawa peti undi ke mulut peti Penyata Kertas dalam peti undi teriak simbol undi ragu Pengundian Selepas PPRU diiringi polis Undi (Borang 13) calon/ parti undi Lengkapkan Catatan yang ditanda Lengkapkan Pengiraan Undi pengiring Bilangan Pengesahan pada kertas Penyata Awal (Borang 14) (Salinan PROSES PENGUNDIAN Kertas Undi (Borang Pengiraan Undi Serah Sampul 1, 757) (sama @ kurang undi (Borang 764) setiap EMU) Sampul 2, peti undi PROSES MENGIRA UNDI Bah. E Borang 13) Ulangkira sekiranya & buku kerja KTM dimohon dengan kepada RO syarat beza 4% atau kurang Dikemas kini: Mei 2022

6 PENGURUSAN PENGUNDI OKU DALAM PILIHAN RAYA Dikemas kini: Mei 2022

PENGURUSAN PENGUNDI OKU DALAM PILIHAN RAYA Dikemas kini: Mei 2022

DEFINISI OKU AKTA ORANG Akta Orang Kurang Upaya 2008 KURANG “ OKU termasuk mereka yang mempunyai kekurangan UPAYA jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau 2008 deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam ”masyarakat Dikemas kini: Mei 2022

KATEGORI OKU ✔Fizikal. ✔Penglihatan. ✔Pendengaran. ✔Pertuturan. ✔Masalah Pembelajaran. ✔Mental. ✔Pelbagai. Dikemas kini: Mei 2022

OKU FIZIKAL Bercakap secara langsung dengan pengguna kerusi roda dan bukan dengan penjaganya kerana pengguna kerusi roda boleh berasa tersinggung sekiranya tidak melibatkan mereka di dalam perbualan. Ketika perbualan, pandang ke arah pengguna kerusi roda bukan pada kerusi roda atau pun ke arah anggota. Contoh : anggota yang telah diamputasi atau lumpuh. Dikemas kini: Mei 2022

OKU FIZIKAL Pandang tepat ke mata mereka dan duduk separas dengan ketinggian pengguna kerusi roda dengan membongkok sedikit ke bawah terutamanya ketika perbualan yang panjang. Sila bercakap seperti biasa dan tanpa menunjukkan belas kasihan. Dikemas kini: Mei 2022

OKU FIZIKAL Sekiranya ingin bertanya ketika di dalam perbualan atau sebelum membantu mahu pun ketika mengendalikan klien, bertanyalah dengan sopan. Bukan semua pengguna kerusi roda memerlukan bantuan, oleh itu bersedia untuk mendengar perkataan “TIDAK PERLU” daripada mereka. Akhir sekali, bertanyalah kepada mereka sekiranya kurang pasti apakah kehendak dan keperluan mereka. Dikemas kini: Mei 2022

OKU PENGLIHATAN Bertegur Sapa Tegur atau tanya sebelum membantu. Sekiranya menemui OKU Penglihatan, perlulah menegur sambil tangan anda menyentuh bahu atau lengan. Kemudian perkenalkan diri anda. Dicadangkan untuk bertanya terlebih dahulu sebelum menawarkan bantuan. Sekiranya mereka menolak untuk menerima sebarang bantuan, janganlah berkecil hati. Ini berikutan pengalaman yang kadang-kadang memberi masalah kepada mereka apabila menerima bantuan daripada pihak yang membantu mereka. Dikemas kini: Mei 2022

OKU PENGLIHATAN Memberi Bantuan Beri panduan arah yang jelas. Contoh: “Hati-hati, di hadapan Encik ada lubang, jadi Encik perlu berjalan ke sebelah kanan sedikit.” Sebagai maklumat tambahan, tidak semestinya mereka yang memegang tongkat putih adalah Buta Langsung. Mereka mungkin juga hanya sekadar rabun. Oleh itu, tahap keperluan menerima bantuan daripada pihak yang ingin menawarkan bantuan adalah berbeza. Apabila sedang berbual dengan OKU Penglihatan, janganlah meninggalkannya tanpa memaklumkan terlebih dahulu kerana keadaan sedemikan boleh memalukan apabila bercakap sendirian kerana beliau menjangka yang anda masih berbual dengannya. Dikemas kini: Mei 2022

OKU PENDENGARAN / PERTUTURAN Memudahkan komunikasi pertuturan kepada secara bertulis atau isyarat mudah. Perkhidmatan jurubahasa isyarat yang bertauliah adalah disyorkan bagi mengelakkan salah-faham di dalam komunikasi yang mana boleh mengganggu proses menyampaikan maklumat terutama yang melibatkan perkara penting seperti perubatan. Perkhidmatan tersebut boleh diperolehi melalui organisasi penyedia perkhidmatan antaranya melalui Persekutuan Orang Pekak Malaysia. Dikemas kini: Mei 2022

OKU PENDENGARAN / PERTUTURAN Sekiranya menggunakan perkhidmatan bukan jurubahasa isyarat yang bertauliah, pihak ketiga tersebut hendaklah menurunkan tandatangan bagi bertanggungjawab di dalam komunikasi tersebut. Penggunaan kertas dan pen dibolehkan jika klien OKU Pendengaran boleh memahaminya atau cara penulisan yang lancar. Jika tidak, penggunaan jurubahasa isyarat adalah dimestikan bagi mengelakkan masalah komunikasi. Dikemas kini: Mei 2022

OKU MASALAH PEMBELAJARAN Kita perlu kenal pasti keperluan dan jenis-jenis sokongan bagi OKU Pembelajaran. Contohnya : Seorang individu mempunyai masalah dyslexia mungkin perlukan lebih banyak sokongan lisan kerana mereka mempunyai kesukaran membaca. Bertanya dahulu jika mereka memerlukan bantuan dan cara bantuan yang diperlukan. (Setiap individu perlukan bantuan yang berlainan) Bercakap dengan nada perlahan dan jelas kerana mereka mempunyai masalah memahami. Dikemas kini: Mei 2022

OKU MASALAH PEMBELAJARAN Bercakap dengan cara yang sesuai mengikut keadaan individu. Contoh: Jika mereka adalah dewasa, jangan bercakap kepada mereka seperti kanak-kanak Bersabar jika mereka lambat di dalam pergerakan atau lambat memberi jawapan jika ditanya. Gunakan perkataan dan ayat yang lebih mudah difahami untuk memudahkan kefahaman. Ulangi arahan dan penerangan (jika perlu). Dengar dengan teliti apa yang mereka cakap sebelum menjawab. Mereka berkeupayaan untuk bertindak balas tetapi mungkin agak perlahan. Dikemas kini: Mei 2022

OKU MASALAH PEMBELAJARAN Gunakan ayat yang jelas semasa memberi arahan. Jika mereka tidak boleh memahami arahan yang diberikan, sila tunjukkan mereka tempat berkenaan atau tunjukkan perbuatan yang berkenaan Bacakan untuk mereka jika mereka kesukamembaca papan tanda atau dokumen. Gunakan papan tanda dan gambar yang mudah difahami (ada OKU masalah pembelajaran tidak boleh membaca, masalah tidak memahami atau mengalami masalah penglihatan). Anda perlu bertanya penjaga atau keluarga mereka untuk mendapatkan bantuan jika ada perkara yang anda tidak memahami untuk menangani mereka Dikemas kini: Mei 2022

OKU MENTAL Semasa Berinteraksi Beri perhatian kepada klien dan pengiring dengan sopan santun. Bercakap dengan perlahan, ringkas dan mudah difahami Bercakap dengan mereka menggunakan intonasi yang bersesuaian. Berkomunikasi dengan mereka sama seperti individu bukan kurang upaya yang lain. Penuhi keperluan mereka sama seperti individu bukan kurang upaya yang lain. Mereka layak menerima layanan sama rata. Elakkan berbisik sesama anda di hadapan klien. Dikemas kini: Mei 2022

OKU MENTAL Krisis Apabila berlaku sesuatu krisis, tenangkan diri anda terlebih dahulu, kemudian beri sokongan dan tenangkan klien. Tanya mereka sama ada mereka perlukan bantuan anda. Personaliti Layan setiap orang sebagai individu. Mereka mungkin mempunyai personaliti yang berbeza-beza dan cara yang berbeza untuk mengatasi kekurangan mereka. Dikemas kini: Mei 2022

Q&A Dikemas kini: Mei 2022

JOM PAGE APR votereducation.spr.gov.my akademipilihanraya Akademi Pilihan Raya APRTeam2020 akademipilihanrayaspr Akademi Pilihan Raya Dikemas kini: Mei 2022


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook