Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore MAJALAH PERPADUAN

MAJALAH PERPADUAN

Published by SyAkeer Hilfie, 2021-06-18 07:10:45

Description: CABARAN DALAM MENGEKALKAN KEHARMONIAN & PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Search

Read the Text Version

NAUDAPREP CABARAN DALAM MENGEKALKAN KEHARMONIAN & PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

KANDUNGAN 01 ABSTRAK 18 RUJUKAN Abstrak merupakan sinopsis atau Rujukan merupakan senarai sumber ringkasan untuk sebuah kertas projek/ yang diperolehi untuk melaksanakan kajian ilmiah/ kajian tindakan kajian ini. 02 PENGENALAN 19 SENARAI AHLI KUMPULAN Pengenalan ini menceritakan tentang Malaysia yang berbilang kaum, dan erti Seramai 4 orang ahli kumpulan di perpaduan bagi negera tersebut. dalam kumpulan 41 ini yang bekerjasama menjalankan kajian. 04 HASIL KAJIAN Hasil Kajian merupakan dapatan kajian 20 PENGESAHAN dan penerangan mengenai data yang PENGHANTARAN dikumpulkan melalui soal selidik serta TUGASAN MOOC tem bual. Melampirkan bukti penghantaran 17 KESIMPULAN tugasan mooc bagi setiap ahli kumpulan. Kesimpulan merupakan penutup bagi kajian yang dilakukan ini.

ABSTRAK Perpaduan antara kaum adalah kompenan yang penting kepada pemimpin kerajaan negara Malaysia pada umumnya, hal ini adalah kaum atau pelbagai jens etnik yang terdapat di negara Malaysia. Pada secara amnya, negara malaysia dikenali sebagai negara yang mempunyai pelbagai kaum. Kaum utama seperti kaum Melayu yang majoritinya lebih banyak dan diikuti oleh kaum cina dan india. Pelbagai usaha yang dilakukan antaranya cogan yang digunakan bagi mengeratkan perpaduan Malaysia. Rakyat Malaysia sewajarnya memainkan peranan dalam meningkatkan hubungan antara kaum, ini bagi meningkatkan lagi keharmonian negara bagi menjamin kestabilan negara secara tidak langsung. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai pelbagai budaya oleh itu rakyat Malaysia perlulah berperanan aktif bagi mengekalkan perpaduan antara kaum. Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa pasti ada pelbagai kekangan yang perlu dihadapi bagi mengekalkan perpaduan antara kaum ini. Oleh itu, kertas kajian ini akan mengkaji kekangankekangan yang dihadapi bagi melestarikan perpaduan kam di Malaysia. Abstrak | Halaman 01

PENGENALAN Peristiwa 13 mei 1969 telah memberi pengajaran kepada negara Malaysia bai mengekalkan perpaduan antara kaum agar dapat hidup dalam keadaan aman dan damai bersama-sama. Tragedi rusuhan 13 Mei 1969 telah menyedarkan pihak kerajaan bahawa kerajaan perlulah merangka elemen penting bagi mengelakkan berlaku tragedi rusuhan tersebut. Oleh hal tersebut, Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 iaitu selepas berlakunya rusuhan 13 Mei 1969. Ini adalah usaha kerajaan bagi menghadapi tragedi rusuhan antara kaum agar tidak lagi berulang. Rancangan Malaysia kedua yang diwujudkan mempunyai dua objektif, iaitu bagi membasmi kemiskinan dan juga menyusun masyarakat semula. Kerajaan sedar, betapa pentingnya untuk menyatukan rakyat menjadi satu bangsa agar dapat mewujudkan kesejahteraan rakyat. Kerajaan mulakan misi bagi menyatukan masyarakat Malaysia dan mewujudkan sifat cinta akan negara dengan mengeratkan lagi perpaduan diantara semua jenis etnik. Usaha menyebarkan rukun negara giat disampaikan kepada rakyat Malaysia terutama dalam pendidikan. Malahan usaha gagasan 1 malaysia juga dilakukan oleh perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib. Usaha-usaha ini dilakukan kerajaan bagi mengukuhkan dan mengeratkan lagi perpaduan antara kaum. Gagasan 1 malaysia ini adalah harapan baru bagi rakyat Malaysia agar menyemarakkan semangat perpaduan antara semua lapisan masyarakat. Ini dapat dilihat dari perspektif yang diutarakan oleh Datuk Seri Mohd Najib dalam bicaranya iaitu “Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan”. Namun tidak dinafikan bahawa pelbagai halangan yang dilalui bagi mencapai perpaduan yang utuh. Gagasan 1 malaysia ini menyarankan supaya generasi muda ini dapat memupuk semangat patriotik tanpa mengira bangsa dan agama bagi menumpahkan taat setia kepada negara seterusnya mewujudkan negara yang aman, harmoni dan maju. Namun begitu, sudah pasti setia usaha pasti mempunyai halangan atau kekangan yang perlu dihadapi bagi mewujudkan hubungan perpaduan yang utuh. Pengenalan | Halaman 02

PERISTIWA 13 MEI 1969 Pengenalan | Halaman 03

HASIL KAJIAN CABARAN DALAM MENGEKALKAN KEHARMONIAN & PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA CARTA I Hasil kajian yang telah dijalankan melalui kaedah soal selidik dan temubual telah menerima beberapa hasil dari kajian tersebut. Dalam bahagian ini akan membincangkan beberapa hasil dari kajian soal selidik yang dilakukan dan telah dijawab seramai 21 orang responden yang terdiri daripada berlainan etnik dan agama. Data yang diperolehi dimasukkan dan diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratus dan taburan kekerapan. Hasil Kajian | Halaman 03

Dalam mengkaji cabaran hubungan Terdapat juga dapatan dari hasil temu etnik di Malaysia seramai 21 orang bual bersama responden yang responden telah menjawab soalan mengatakan ahli politik tidak soal selidik berkaitan dengan seharusnya menggunakan pengaruh cabaran-cabaran dalam mengeratkan etnik mereka untuk mendapat hubungan etnik di Malaysia. Jadual sokongan dari rakyat dan responden dan rajah berikut telah dibuat untuk tersebut juga ada menyatakan melihat hasil daripada kajian. Dapatan bahawa terdapat juga ahli politik hasil kajian menunjukkan bahawa yang menggunakan pengaruh mereka jumlah yang paling ramai yang untuk mempunyai sokongan dan bersetuju cabaran dalam menggunakan isu-isu yang sensitif mengeratkan hubungan etnik ialah yang boleh menggugat keharmonian cabaran dalam politik iaitu sebanyak kaum di Malaysia. 18 orang responden menyetujui cabaran ini. Cabaran yang kedua Perpaduan asas yang paling tinggi ialah cabaran integriti Malaysia dalam agama iaitu sebanyak tiga orang responden. Cabaran yang Cabaran yang mendapat 0 responden mendapat jumlah yang paling rendah ialah cabaran dalam pendidikan dan ialah cabaran dalam pekerjaan dan pekerjaan. Hal ini kerana kebanyakan pendidikan yang mana kedua-duanya responden tidak merasakan bahawa mendapat 0 responden. Kebanyakan sistem pendidikan dan pekerjaan di responden memilih faktor politik Malaysia kurang menyumbang kepada mungkin disebabkan oleh terdapat cabaran dalam mengeratkan hubungan sesetengah ahli politik yang sering etnik di Malaysia. Terdapat responden menggunakan etnik atau kaum yang telah ditemu bual menyatakan mereka untuk mempengaruhi rakyat. bahawa sememang terdapat cabaran Hal ini disokong oleh Profesor Datuk dalam bidang pekerjaan dan pendidikan Dr Teo Kok Seong dalam artikel Berita namun hal tersebut bukanlah cabaran Sinar Harian mengatakan bahawa utama dalam mengeratkan hubungan politik yang berlebihan boleh etnik kerana cabaran dalam politik dan membawa kepada perselisihan faham agama lebih memberikan kesan dalam antara kaum. Beliau juga berkata hubungan etnik masyarakat di Malaysia bahawa terdapat segelintir parti politik yang menggunakan sentimen agama dan perkauman dalam memecahbelahkan rakyat di malaysia. Hasil Kajian | Halaman 04

CARTA II Jumlah responden yang menjawab sangat setuju merupakan jumlah yang paling tinggi iaitu sebanyak 7 orang responden. Manakala untuk jawapan setuju dan tidak pasti mendapat jumlah responden yang sama iaitu masing-masing berjumlah 5 orang responden iaitu bersamaan dengan. Jumlah untuk tidak bersetuju mendapat 3 orang responden dan yang menjawab sangat tidak setuju hanya mendapat 1 orang responden. Ramai responden yang merasakan bahawa sekolah vernakular seharusnya dihapuskan kerana bagi mereka dengan adanya pengasingan antara kaum di Malaysia akan menggalakkan kepada perpecahan kaum di Malaysia. Responden yang telah ditemu bual ada menyatakan bahawa sekolah jenis venerkular ini boleh menyebabkan bangsa yang berlainan etnik sukar berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain hal ini dapat dilihat apabila terdapat sesetengah etnik yang masih tidak boleh berbahasa Melayu dengan betul kerana mereka sering menggunakan bahasa ibunda mereka dalam berkomunikasi. Dalam artikel malaysia ini terdapat kenyataan dari ketua armada bersatu iaitu senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang ingin menghapuskan sekolah vernakular secara berperingkat beliau juga ada mengatakan bahawa sekolah jenis ini tidak mencerminkan citra nasional dan akan menggagalkan integrasi kaum. Hasil Kajian | Halaman 05

Walaupun terdapat pihak yang setuju namun terdapat juga pihak yang tidak setuju dengan pernyataan ini. Ada responden temu bual yang berpendapat bahawa sekolah vernakular ini tidak seharusnya dihapuskan kerana sekolah tersebut mempunyai sejarah mereka yang tersendiri yang harus dikekalkan untuk menonjolkan identiti, keunikan dan kepelbagaian etnik di negara ini. Sekolah jenis vernakular ini juga tidak seharusnya dijadikan punca kepada perpecahan etnik di negara ini sebaliknya masyarakat seharusnya menggunakan keunikan ini untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia dengan dengan berkongsi keistimewaan etnik masing-masing. Hasil Kajian | Halaman 06

CARTA III Soalan ketiga adakah wujudnya diskriminasi antara kaum atau etnik dalam sektor pekerjaan. Soalan ini telah mendapat banyak maklum balas yang majoriti respondennya bersetuju dengan soalan ini, iaitu kebanyakan responden menandakan sangat setuju dan bersetuju untuk soalan ini. Kedua-dua setuju dan sangat bersetuju mendapat jumlah yang sama iaitu masing-masing 8 orang responden. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat responden yang telah ditemu bual menyatakan bahawa kebanyakan pekerjaan terutamanya dalam sektor swasta memilih pekerja berdasarkan etnik mereka mungkin disebabkan mereka merasakan bahawa dengan bekerja dengan etnik yang sama boleh memudahkan mereka berkomunikasi antara pekerja dan majikan. Selain itu, diskriminasi antara kaum ini juga boleh wujud disebabkan oleh terdapat beberapa pernyataan yang sering digunakan oleh masyarakat bagi menunjukkan diskriminasi kaum antaranya seperti kata-kata seperti bangsa melayu merupakan bangsa yang malas, dan sebagainya sering dijadikan sebagai punca diskriminasi kaum ini terjadi antara etnik di Malaysia. Diskriminasi juga terjadi apabila sesetengah pekerjaan memilih cara pemakaian pekerjanya. Terdapat kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pekerja wanita yang tidak memakai tudung atau hijab lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding dengan wanita yang memakai hijab. Hal ini menunjukkan bahawa dari segi pemakaian seseorang juga didiskriminasikan semasa memohon pekerjaan. Hasil Kajian | Halaman 07

PERPADUAN KEWUJUDAN DISKRIMINASI PERKAUMAN Seterusnya, perkara ini juga telah disokong oleh Jumlah kedua yang paling tinggi adalah responden Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi yang menandakan tidak pasti untuk soalan ini iaitu Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman yang berjumlah 4 orang responden. Responden yang menyatakan bahawa pentingnya mempunyai menandakan tidak pasti mungkin terdiri dari individu undang-undang dalam memastikan semua kaum dan yang belum mempunyai pengalaman dalam bidang agama di negara ini dilayan secara adil hal ini pekerjaan menyebabkan mereka memilih tidak pasti termasuklah dalam sektor pekerjaan di Malaysia. sama ada wujudnya diskriminasi antara kaum ini. Bagi Selain itu, Menteri Jabatan Perdana Menteri, P. yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini hanya Waytha Moorthy ada menyatakan bahawa peluang seorang sahaja menandakan tidak setuju dan 0 pekerjaan yang saksama penting dalam responden untuk yang sangat tidak setuju. menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. Beliau Responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan juga telah menyarankan kepada majikan untuk ini mungkin merasakan bahawa dalam sektor memainkan peranan penting dengan tidak pekerjaan tiada diskriminasi berlaku dan mereka juga membabitkan elemen perkauman dalam memberikan mungkin berpendapat bahawa setiap pekerjaan tawaran pekerjaan dan peluang pekerjaan yang melayan semua pekerjaan secara adil dan bagi saksama boleh menyatupadukan rakyat sekali gus mereka diskriminasi kaum hanya berlaku disebabkan membolehkan rakyat malaysia memberikan sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dalam keupayaan yang optimum. sektor pekerjaan tersebut. Hasil Kajian | Halaman 08

FAKTOR EKONOMI Soalan yang keempat iaitu adakah anda bersetuju bahawa terdapat sesetengah sektor pekerjaan yang memilih pekerja berdasarkan sektor pekerjaan yang memilih pekerja etnik mereka berdasarkan etnik mereka, mendapat banyak responden yang sangat bersetuju CARTA IV dengan pernyataan ini. Sebanyak 12 Hasil Kajian | Halaman 09 orang responden telah menjawab sangat setuju dan jumlah kedua yang tertinggi adalah bersetuju dengan soalan ini yang mana sebanyak 6 orang responden telah menandakan bersetuju. Terdapat satu artikel yang telah menyokong pernyataan ini iaitu Pada tahun 2016, satu kajian telah dilakukan oleh Dr Hwok Aun Lee (Universiti Malaya) dan Dr Muhammad Abdul Khalid (Universiti Kebangsaan Malaysia) yang bertajuk Degrees of Discrimination: Race and Graduate Hiring in Malaysia. Dalam artikel ini telah menunjukkan satu kajian terhadap diskriminasi graduan berbangsa Melayu ketika proses pengambilan kerja di Malaysia. Dalam kajian ini mereka telah menghantar lebih 3000 resume palsu kepada 753 iklan pekerjaan atas talian dan separuh dari resume tersebut didaftarkan pemohon berbangsa Melayu dan bakinya didaftarkan dengan pemohon bangsa Cina kedua-dua bangsa ini mempunyai kelayakan yang sama dalam pekerjaan yang dipohon, namun apa yang telah terjadi ialah hasil kajian mendapati bahawa 22.1 peratus pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temuduga dan hanya 4.2 peratus sahaja pemohon berbangsa Melayu dipanggil untuk temuduga. Hasil dapatan dalam kajian ini menunjukkan secara jelas bahawa sememangnya wujud sektor pekerjaan yang memilih pekerja berdasarkan etnik mereka. Selain itu, seorang responden yang ditemu bual juga menyatakan bahawa dia pernah menghadapi situasi sama yang mana tempat dia bekerja meletakkan syarat- syarat untuk memohon pekerjaan seperti boleh berbahasa mandarin untuk bekerja di tempat tersebut.

Responden yang menandakan tidak pasti hanya seorang responden manakala responden yang menjawab tidak setuju ialah 2 orang dan bagi sangat tidak setuju berjumlah 0 responden. Jumlah responden yang bersetuju sangat tinggi kerana hal menunjukkan bahawa ramai responden merasakan banyak pekerjaan di Malaysia yang memilih kaum untuk diambil bekerja, malahan terdapat sesetengah sektor-sektor pekerjaan yang meletakkan syarat-syarat tertentu bagi memilih pekerja mereka. Selain itu, setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) iaitu J Solomon ada menyatakan bahawa majikan disarankan untuk memilih pekerja berdasarkan kemahiran dan kelayakan mereka yang memilih graduan bukannya mengikut status kaum mereka. Beliau juga ada menyatakan kemahiran berbahasa asing seperti bahasa mandarin yang sering dijadikan syarat mengambil pekerja di sesetengah syarikat adalah bergantung kepada keperluan syarikat tersebut. Hasil Kajian | Halaman 10

FAKTOR POLITIK MPEERNPJAEDJUAASKNA?N KMEEANMJEAJNAASNK?AN TMOELNEJREAJNASSIK?AN CARTA V Hasil Kajian | Halaman 11

APA KATA MEREKA Kebanyakan maklum balas daripada responden adalah Proses politik di Malaysia seperti pemilihan calon, pola sangat setuju dan setuju mengenai sentiment sokongan, dan pembentukan parti dalam pilihan raya perkauman dapat mempengaruhi corak politik di sangat dipengaruhi oleh kepentingan atau Malaysia. Jumlah yang paling tinggi dalam memberi kepentingan sesebuah komuniti kaum tertentu. maklum balas balas ini adalah sangat setuju iaitu Mereka melihat bahawa politik merupakan satu wada sebanyak 15 orang responden. Hal ini dapat dibuktikan untuk mencapai impian mereka baik dari segi daripada satu petikan jurnal iaitu Malaysia journal of ekonomi, kuasa mahupun kepentingan lainnya dan society and space, yang menyatakan bahawa etnik mereka beranggapan bahawa bidang politik merupakan factor yang penting untuk mempengaruhi merupakan jalan singkat untuk memenuhi matlamat satu pola tinglaku sesebuah politik terutamannya di etnik masing-masing. Oleh sebab itu, kejayaan parti negara kita Malaysia. Tambahan dengan situasi politik kini kebanyakan bergantung kepada latar struktur ekonomi dan demografi penduduk Malaysia belakang calon, isu-isu berkaitan etnik yang di yang berbilang kaum ini maka pada masa yang sama manifasti, dan komposisi kaum etnik dalam sesebuah politik perkauman juga sudah sekian lama diterima Kawasan pilihan raya. majoriti oleh pengundi negara Malaysia. Walau bagaimanapun, keadaan politik terlihat serius apabila politik perkauman telah mulai tercabar dan dipercayai telah ditumbangkan oleh beberapa buah negeri. Hasil Kajian | Halaman 12

FAKTOR BUDAYA CARTA VI Jumlah responden yang menjawab sangat Oleh itu, kepelbagaian yang dipamerkan setuju adalah yang paling tinggi iaitu di negara ini tidak akan pernah seramai 14 orang responden, dan yang menghalang rakyatnya daripada terus menjawab setuju seramai 5 orang mengecapi keamanan dan keharmonian responden, mereka menyatakan bahawa demi kesatuan bersama. Beliau juga kepelbagaian budaya dapat percaya bahawa perpaduan nasional ini menyatupadukan rakyat di Malaysia. akan menjadi salah satu faktor utama Memang benar kepelbagaian budaya kejayaan demi memacu kemajuaan negara yang ada di Malaysia merupakan faktor Malaysia ke persada dunia pada masa utama untuk menyatupadukan rakyat di hadapan. Selain itu, saya juga menemu Malaysia. Hujah ini di sokong melalui, bual seorang responden dan menanyakan perdana Menteri kita iaitu Tan Sri perihal ini kepadanya, jawapan beliau juga Muhyiddin Yassin berkata bahawa sama dengan pendapat perdana Menteri kepelbagaian budaya dapat kita, bahawa kepelbagaian yang didapati menyatupadukan rakyat di Malaysia, ini dalam Malaysia bukannya penghalang kerana keunikan yang dibawa oleh untuk rakyat Malaysia untuk bersatupadu. pelbagai kaum dapat diraih bersama dan Malah,kepelbagaian kaum etnik yang ada ini akan menjadi punca terbentuknya di Malaysia merupakan titik tengah dan kesatuan. Tambahan beliau lagi, sikap penyebab utama untuk mencapai hormat menghormati dalam kalangan kesepaduan yang diimpikan oleh setiap masyarakat dan kaum di Malaysia juga negara merdeka khususnya Malaysia. akan membolehkan kebudayaan berkembang dan sehingga hari ini diterima sebagai sebahagiaan daripada warisan kebudayaan negara. dapat mencapai titik tengah.Hasil Kajian | Halaman 13

Hasil Kajian | Halaman 14

CARTA VII Jumlah responden yang menjawab soalan ini iaitu Adakah anda setuju bahawa perbezaan agama menjadi penghalang kesepaduan antara kaum entik di malaysia, responden yang menjawab sangat tidak setuju merupakan jumlah yang paling tinggi iaitu sebanyak 10 orang responden. Kedua tertinggi juga mengatakan tidak setuju iaitu seramai 8 orang responden mengatakan tidak setuju bahawa perbezaan agama menjadi penghalang kesepaduan antara kaum etnik di malaysia. Dalam konteks Malaysia, agama mempunyai hubungan dekat dengan pengenalan kepada kaum. Kaum majoriti di Malaysia adalah kaum Melayu yang menganut agama Islam, seterusnya kaum cina iaitu mereka menganut agama Buddha, Taoisme dan Konfucius serta minority iaitu kaum India yang menganut agama Hindu dan lain-lain. Oleh itu, isu agama ini tidak boleh sewenangnya diketengahkan untuk menjadi alasan penghalang kesepaduan kaum etnik di Malaysia. Hal ini kerana, agama sememangnya memainkan peranan penting untuk membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di malaysia. Hujah ini dikuatkan lagi dengan media permata iaitu penulisnya adalah Ali Imran Mohd Noordin, beliau mengatakan bahawa semua agama sangat menitikberatkan toleransi, nilai moral yang tinggi, persaudaraan dalam kehidupan harian. Hasil Kajian | Halaman 15

FAKTOR AGAMA unsur kepelbagaian yang ada itu diceritakan dalam Al- Quran melalui Surah Al-Hujurat, Ayat 13 yang menyatakan penciptaan manusia dalam pelbagai bangsa dan suku bertujuan untuk mereka saling mengenali antara satu sama lain. Oleh itu, Profesor Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang merupakan Pengarah Lembaga Pengarah Institusi Darul Ehsan, menjalaskan bahawa konsep yang diberitakan dalam ayat AL- Quran tadi merupakan elemen (lita’arafu) yang bermaksud saling mengenali lalu seterusnya membentuk perpaduan. Oleh itu, perbezaan agama tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak bersatupadu khususnya bagi rakyat malaysia yang berbilang kaum. (Nordin,2018). Walaupun terdapat pihak yang tidak setuju namun ada juga pihak yang setuju dengan pernyataan ini. Ada responden temu bual yang berpendapat bahawa perbezaan agama menjadi penghalang kesepaduan antara kaum etnik di Malaysia. Beliau mengatakan bahawa, terdapat segelintir individu yang merendah-rendahkan agama lain, mereka bangga dan mengagung-agungkan agama mereka lalu mendakwa agama mereka merupakan agama benar berbanding agama lainnya. Oleh itu, sikap individu yang mementingkan diri sendiri dalam beragama ini merupakan penyebab rakyat Malaysia tidak bersatupadu. Masalah ini semakin serius apabila ketua agama daripada individu menghina itu tidak memberi komentar apa-apa berkenaan anak buahnya yang menghina agama orang lain. Sikap berdiam diri yang ditunjukkan oleh ketua agama ini seolah-olah bersetuju dengan penyataan penghinaan tadi dan ini akan membawa kepada kanca keseriusan masalah. Oleh sebab itu, responden mengatakan bahawa agama juga mampu menjadi penghalang untuk kaum di malaysia Bersatupadu. Hasil Kajian | Halaman 16

KESIMPULAN Kesimpulannya daripada kajian ini adalah hubungan etnik ini sangat penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia. Halangan-halangan yang wujud ini hendaklah ditangani oleh semua pihak, ini kerana bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman di Malaysia, perbezaan ini tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana masyarakat, komuniti, dan ahli-ahli politik, hal ini kerana tugas dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia adalah untuk mengekalkan keamanan sejagat dengan Saling menghormati perbezaan agama, bangsa dan masyarakat. Malahan, bagi mengelakkan tragedi rusuhan 16 Mei berlaku sekali lagi, masyarakat seharusnya lebih peka bagi menangani isu perkauman agar kemakmuran dapat dijamin hingga generasi yang akan datang. Negara yang bersatu padu akan mewujudkan negara yang membangun dan bekerjasama untuk mengangkat martabat negara ke arah antarabangsa seterusnya meningkatkan imej negara sebagai negara yang maju dan mempunyai kesepaduan yang tinggi. \"PERPADUAN TERAS KEMAKMURAN\" Kesimpulan | Halaman 17

SIDEK. A. (2010). PENOLAKAN SENTIMEN ETNIK DALAM POLITIK SEMASA MALAYSIA: KES PILIHAN RAYA KECIL 2009 BUKIT SELAMBAU, KEDAH. MALAYSIA JOURNAL OF SOCIETY AND SPACE. 46-56 NORDIN.A. (7 SEPTEMBER 2018). AGAMA SEBAGAI ELEMEN PERPADUAN MALAYSIA BAHARU. DI AKSES PADA 7 JUN 2021. DARIPADA:HTTPS://MEDIAPERMATA.COM.BN/AGAMA-SEBAGAI-ELEMEN- PERPADUAN-MALAYSIA-BAHARU ABDUL AZIM, (2019), DISKRIMINASI PEKERJA DI MALAYSIA, DIAMBIL DARI HTTPS://SOLIDARITAS.MY/DISKRIMINASI-PEKERJAAN-DI-MALAYSIA/ HAFIZ MARZUKHI (17 NOVEMBER 2017), WUJUDKAN UNDANG-UNDANG ANTI-DISKRIMINASI DALAM SEKTOR PEKERJAAN, DIAMBIL DARI HTTPS://WWW.ASTROAWANI.COM/BERITA-MALAYSIA/WUJUDKAN- UNDANGUNDANG-ANTIDISKRIMINASI-DALAM-SEKTOR-PEKERJAAN-160580 V SIVAKUMAR, (27 OGUS 2020), SEKOLAH VERNAKULAR BUKAN PUNCA PERPECAHAN KAUM, DIAMBIL DARI HTTPS://M.MALAYSIAKINI.COM/NEWS/540369 NA, (10 MAC 2019), ELAKKAN DISKRIMINASI KAUM DALAM SEKTOR PEKERJAAN, DIAMBIL DARI HTTPS://WWW.ASTROAWANI.COM/BERITA- MALAYSIA/ELAK-DISKRIMINASI-KAUM-DALAM-SEKTOR-PEKERJAAN-200700 N.A, (9 MAC 2019), JANGAN JADIKAN KAUM, PAKAIAN FAKTOR PEMILIHAN PEKERJA, DIAMBIL DARI HTTPS://WWW.UTUSANBORNEO.COM.MY/2019/03/09/JANGAN-JADIKAN- KAUM-PAKAIAN-FAKTOR-PEMILIHAN-PEKERJA-MTUC ABDUL RAHMAN ISMAIL. 2007. MALAYSIA SEJARAH KENEGARAAN DAN POLITIK. KUALA LUMPUR : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. 2006. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN(PIPP) 2006 - 2010. MOHD RIZAL YAAKOP & SHAMRAHAYU A.AZIZ. 2014.KONTRAK SOSIAL: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1957 PENGIKAT JATI DIRI BANGSA MALAYSIA MERDEKA. KUALA LUMPUR : INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA. Rujukan | Halaman 18

NURUL ATIQAH BINTI AZIZAN 145562 RAJA NUR ZAFFARISHAH AINA BT RAJA ZAINUDDIN 147404 SITTI HARIJAH BINTI MOHAMMAD ALI 149068 MUHAMMAD SYAKEER HILFIE BIN MOHD SUBKI 145578 Senarai Ahli Kumpulan | Halaman 19

RAJA NUR ZAFFARISHAH AINA BT RAJA ZAINUDDIN 147404 NURUL ATIQAH BINTI AZIZAN 145562 Mooc | Halaman 20

MUHAMMAD SYAKEER HILFIE BIN MOHD SUBKI 145578 SITTI HARIJAH BINTI MOHAMMAD ALI 149068 MOOC | HALAMAN 21


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook