Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PSI booklet1 revised 24092021 (1)

PSI booklet1 revised 24092021 (1)

Published by psp miri, 2021-12-02 01:12:24

Description: PSI booklet1 revised 24092021 (1)

Search

Read the Text Version

Disunting oleh: KENYALANG NUTRI-INFO: Cawangan Pemakanan PUSAT MAKLUMAT PEMAKANAN SARAWAK Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak PENYUSUAN SUSU IBU PILIHAN TERBAIK ANDA POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan. KEBAIKAN SUSU IBU KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA BAYI KEPADA IBU Zat makanan lengkap Membantu mengecutkan rahim dan Cegah jangkitan penyakit elakkan pendarahan Menjarakkan kehamilan Mudah dihadam Kurang risiko alahan Kurangkan risiko kanser payudara dan ovari Suhu susu yang sesuai IQ lebih tinggi Eratkan kasih sayang antara ibu dan bayi Jimat wang dan masa Mengurangkan berat badan (perlu disertai dengan senaman dan pemakanan sihat) Bayi diletakkan di atas dada ibu untuk menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran sekurang-kurangnya selama 1 jam. KEPENTINGAN SENTUHAN KULIT KE KULIT (SKIN-TO-SKIN) SEJURUS SELEPAS KELAHIRAN Bayi tenang dan tidak kesejukan Menggalakkan pengkolonian bakteria baik daripada badan ibu ke badan bayi Menstabilkan pernafasan dan denyutan jantung bayi Memupuk hubungan ibu dan bayi untuk memulakan penyusuan susu ibu Merangsang pengaliran dan penghasilan susu 1

KolostSrusuu awmal ibu Titisan berharga untuk bayi anda Cecair pertama berwarna Kaya antibodi, protein, kekuningan dan pekat vitamin A dan E Dihasilkan dalam kuantiti Imunisasi pertama bagi sedikit sesuai dengan melindungi bayi dari saiz perut bayi jangkitan dan alahan Menyelaputi usus untuk Bertindak sebagai pelawas dan melindungi bayi daripada membantu bayi mengeluarkan mekonium untuk mencegah jaundis jangkitan Pastikan bayi mendapat kolostrum dengan cepat kerana bayi baru lahir mempunyai naluri hisapan yang kuat (rooting reflex). Penyusuan pertama memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif. BAGAIMANA MEMULAKAN KEPENTINGAN UNTUK PENYUSUAN AWAL? MEMULAKAN PENYUSUAN AWAL Lakukan sentuhan kulit ke kulit Merangsang pengaliran dan Segera menyusukan bayi apabila bayi penghasilan susu dengan lebih cepat menunjukkan tanda ingin menyusu Bayi juga dapat memperolehi Ibu dan bayi sentiasa bersama kolostrum yang cukup Elak guna puting tiruan dan puting Membantu pengecutan rahim dan kosong (untuk elak bayi keliru puting) mengurangkan pendarahan pada ibu KEPENTINGAN IBU BERSAMA BAYI (ROOMING-IN) 24 JAM SEHARI Ibu dapat menyusukan bayi bila-bila masa mengikut kehendak bayi dan ibu Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu Bayi mendapat susu secukupnya Ibu dapat belajar tanda-tanda bayi ingin menyusu Bayi tidur lebih nyenyak dan kurang menangis Kurang terdedah kepada risiko jangkitan penyakit Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak 2

Penyusuan TANPA HAD dan KERAP akan menghasilkan SUSU yang BANYAK dan CUKUP untuk bayi serta menghindarkan ibu daripada mengalami bengkak payudara. BERAPA KERAP DAN BERAPA MENGAPA PENTING UNTUK LAMA BAYI MENYUSU? MENYUSUKAN BAYI MENGIKUT KEHENDAKNYA (ON DEMAND)? Susukan bayi dengan kerap pada bila-bila masa mengikut kehendak Ibu menghasilkan susu bayi (on demand) secukupnya Bayi mendapat susu yang Sekiranya bayi tidur terlalu lama, mencukupi kejutkan bayi anda untuk disusui Mengurangkan bengkak payudara. Susukan bayi apabila payudara Bayi puas menyusu dan kurang ibu terasa penuh menangis Susukan bayi sehingga bayi Ibu dapat memahami corak melepaskan sendiri payudara ibu penyusuan bayi Perhatikan tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cues) Bayi mencapai berat badan yang sesuai dengan umur TANDA-TANDA BAYI INGIN TANDA-TANDA BAYI MENDAPAT MENYUSU CUKUP SUSU Menggerakkan bebola mata sama ada Bayi berhenti menghisap dan dengan kelopak mata tertutup atau melepaskan puting dan payudara terbuka dengan sendirinya Membuka mulut, menjelirkan lidah Bayi nampak puas dan tenang serta memusingkan kepalanya untuk mencari payudara ibu (rooting reflex) Payudara menjadi lembut dan ringan Menghisap jari, tangan, selimut atau selepas penyusuan sebarang objek yang menyentuh Buang air kecil lebih dari 6 kali dalam bibirnya masa 24 jam. Bayi juga kerap buang Merengek dengan perlahan (soft air besar whimpering) atau mungkin menangis Berat badan bayi semakin bertambah INGAT! Jangan tunggu sehingga anak menangis 3

TANDA-TANDA BAYI INGIN MENYUSU Tanda-tanda awal – “Saya lapar” Tidak tenang Membuka mulut Menggerakkan kepala Tanda-tanda pertengahan – “Saya sangat lapar” INGAT! Perhatikan Menggeliat Bergerak lebih Memasukkan tangan BAYI anda kerap ke mulut Tanda-tanda pertengahan dan bukannya JAM Tanda-tanda akhir – “Tenangkan saya, saya nak susu” Menangis Meronta-ronta Muka menjadi merah Tanda-tanda pertengahan Sumber:www.breastfeedinginsheffield.co.uk KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU DENGAN KERAP Memastikan bayi mendapat cukup susu Memastikan penghasilan susu yang berterusan Mengelakkan masalah bengkak payudara Penyusuan susu ibu dapat diteruskan untuk jangka masa yang lebih lama Bayi kurang menangis 4

Bayi perlu disusukan dengan kerap mengikut kehendak bayi atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Ini termasuklah penyusuan di waktu malam. Pastikan pelekapan bayi pada payudara ibu adalah betul. BAGAIMANA MENINGKATKAN KEKERAPAN PENYUSUAN SUSU IBU? Susukan bayi secepat mungkin selepas Susukan bayi dengan kerap selama dilahirkan. mana bayi mahu atau apabila payudara ibu terasa penuh, walaupun ketika itu Perah susu ibu selepas menyusukan bayi tidak mahu memulakannya. bayi jika payudara masih penuh. Perah susu ibu sekiranya terpaksa Pastikan teknik penghisapan yang betul berjauhan dengan bayi agar bekalan bagi mengelakkan puting luka. susu ibu sentiasa ada. Jika ibu bekerja, perah susu di tempat Elak menggunakan botol susu/ puting kerja supaya payudara tidak bengkak. tiruan kerana bayi akan keliru puting Payudara yang kerap bengkak, berisiko dan menyebabkan bayi tidak mahu menjadi punca air susu berkurangan. menyusu di payudara. Jangan mulakan makanan pelengkap sebelum bayi berumur 6 bulan. TAHUKAH ANDA? Jika bayi KERAP menyusu badan, penghasilan susu ibu BERTAMBAH. Jika bayi KURANG menyusu badan, penghasilan susu ibu BERKURANGAN. BAGAIMANA MERANGSANG PENGALIRAN SUSU? Duduk dalam keadaan selesa dan tenang. Fikirkan tentang bayi. Pandang wajah bayi atau gambar bayi. Lakukan urutan di belakang badan ibu. (seperti rajah di sebelah) PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF Penyusuan susu ibu SEPENUHNYA tanpa sebarang minuman atau makanan lain diberikan kepada bayi selain susu ibu termasuk susu perahan ataupun susu ibu susuan. 53

Pemberian vitamin, mineral atau ubat-ubatan dalam bentuk sirap atau titisan boleh diberikan atas nasihat anggota kesihatan. Selepas itu, hendaklah diikuti dengan pemberian susu ibu sahaja. Ibu tidak perlu risau tentang kandungan air dalam badan bayi kerana susu ibu mengandungi 88% air. Susu ibu sahaja Tiada minuman lain Tiada makanan (termasuk susu perahan/ diberikan tambahan susu ibu susuan) (termasuk air kosong) INGAT! Selepas 6 BULAN, pemberian susu ibu sahaja adalah TIDAK MENCUKUPI. Bayi perlu DIBERI MAKANAN PELENGKAP sebagai tambahan kepada susu ibu di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun atau lebih. POSISI YANG BETUL SEMASA PENYUSUAN SUSU IBU Posisi Bayi: Badan, kepala, bahu dan punggung bayi diampu Bayi menghadap payudara ibu Kepala dan badan bayi selari Badan bayi dibawa rapat ke badan ibu “Pastikan posisi dan pegangan bayi adalah betul bagi memastikan penyusuan adalah berkesan.” 6

CONTOH POSISI PENYUSUAN Posisi Football Posisi Baring Posisi Selang Buai Posisi Buai KEPENTINGAN POSISI DAN PELEKAPAN YANG BAIK SEMASA PENYUSUAN SUSU IBU Membolehkan bayi menghisap dengan Melancarkan pengaliran susu, berkesan dan seterusnya mendapat seterusnya lebih banyak susu dapat susu yang mencukupi. dihasilkan. Mengelakkan masalah payudara seperti bengkak payudara dan sakit puting. PELEKAPAN MULUT BAYI YANG BETUL KE PAYUDARA IBU 1 Mulut bayi terbuka 2 Dagu bayi menyentuh 3 Keseluruhan atau luas. payudara ibu. Bibir sebahagian besar bawah bayi melengkup bahagian bawah areola ke luar menghisap berada di dalam mulut pada areola. bayi Ilustrasi menunjukkan perbandingan pelekapan mulut bayi ke payudara ibu 37

TIP UNTUK IBU PENGHISAPAN BERKESAN SEMASA BAYI MENYUSU Jika bayi lena, pelekapan boleh dilepaskan dengan Pipi kelihatan cembung memasukkan jari Bayi menghisap perlahan dan kelingking melalui tepi mendalam mulut bayi bagi Bunyi menelan akan mengelakkan puting luka. kedengaran. TEKNIK MEMERAH SUSU DENGAN TANGAN 1 Basuh tangan dengan bersih. Selesakan diri kerana susu akan mengalir dengan baik jika ibu berada dalam keadaan tenang. 2 Letakkan ibu jari di sempadan sebelah atas tompok gelap (areola) dan jari telunjuk pada kedudukan bertentangan di bahagian yang dirasai seperti berbiji (saluran susu). Jari-jari yang lain mengampu payudara. 3 Tekan ibu jari dan jari telunjuk serentak ke belakang ke arah dada. Seterusnya, perah bagi mengeluarkan air susu dan lepaskan perahan. Ulang langkah tekan, perah dan lepas di tempat yang sama sehingga susu habis dikeluarkan. 4 Ulang langkah 2 dan 3 mengikut pusingan di sekeliling areola sehingga semua susu habis dikeluarkan. 5 Lakukan langkah yang sama untuk payudara sebelah lagi. Pilihan lain: Boleh menggunakan pam pemerah susu PUTING SAYA MEREKAH, APA PENYEBABNYA? Posisi dan pelekapan yang salah Bayi menghisap puting ibu sahaja Ibu menarik keluar puting dari mulut bayi sebelum bayi melepaskan 8 sendiri payudara ibu

PENGENDALIAN SUSU PERAHAN: APA YANG IBU PERLU TAHU? PENYIMPANAN SUSU PERAHAN TEMPAT GAMBAR BAYI NORMAL BAYI PRAMATANG/ SAKIT Suhu bilik 4 jam 4 jam (25°C–37°C) 8 jam Bilik berhawa dingin 24 jam — (15°C–25°C) — Bilik berhawa dingin Susu Kurang daripada perahan 48 jam <15°C 8 hari 2 minggu Peti sejuk (Ruang am) (2°C–4°C) Susu perahan Nota: Sekiranya susu perahan 2 minggu tidak digunakan dalam masa 5 hari, maka susu perahan disimpan di dalam bahagian beku. Peti sejuk 1 pintu (Bahagian beku) Susu perahan Peti sejuk 2 pintu 3 bulan 3 bulan (Bahagian beku –20°C) Pembeku (–20°C) 6 bulan 3 bulan atau deep freezer 24 jam 12 jam Susu beku yang (susu yang telah (susu yang telah dicairkan dalam peti dicairkan, tidak dicairkan, tidak sejuk (susu dipindahkan boleh dibekukan boleh dibekukan dari bahagian beku ke rak atas pada ruang am semula) semula) yang bersuhu 39 2°C–4°C).

BERAPA LAMA MASA DIPERLUKAN UNTUK MEMERAH SUSU? TUJUAN TEMPOH Mendapatkan kolostrum: Apabila bayi 5–10 minit setiap 1–2 jam tidak dapat melekap 20 minit setiap 2 jam (sekurang-kurangnya Meningkatkan penghasilan air susu 6 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam) Melembutkan areola 3–4 kali Mengosongkan duktus yang tersumbat Urut dan picit sehingga bahagian berketul Ibu bekerja hilang 15–30 minit LABELKAN SUSU PERAHAN YANG INGIN DISIMPAN Pastikan kuantiti susu yang disimpan cukup untuk sekali penyusuan sahaja Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup Labelkan bekas dengan tarikh dan masa pemerahan Disarankan juga untuk melabelkan tarikh dan masa sehingga bila susu boleh digunakan (rujuk contoh seperti jadual di sebelah) Simpan di dalam peti sejuk Jika susu ingin dibekukan, pastikan simpanan susu tidak terlalu penuh Contoh bekas simpanan yang boleh digunakan Pastikan bekas atau beg simpanan susu ibu adalah bersih sebelum digunakan 10

Sebagai contoh, jika seorang ibu kepada bayi sihat memerah susu ibu pada tarikh 1 Januari 2021 (jam 10 pagi), cara melabel susu perahan adalah seperti berikut: CARA TEMPOH CONTOH LABEL PENYIMPANAN PENYIMPANAN 1/1/2021 – 7/1/2021 Susu Perahan Segar (10 pagi) Peti sejuk (Ruang am) Kurang daripada 8 hari 1/1/2021 – 14/1/2021 (2°C–4°C) (10 pagi) Susu Perahan Beku Peti sejuk 1 pintu 1/1/2021 – 1/4/2021 (Bahagian beku) 2 minggu (10 pagi) Peti sejuk 2 pintu (Bahagian beku –20°C) 3 bulan 1/1/2021 – 1/7/2021 (10 pagi) Pembeku (–20°C) 6 bulan atau deep freezer 24 jam 1/1/2021 – 2/1/2021 (tidak boleh dibekukan (10 pagi) Dicairkan dalam peti semula) sejuk Labelkan bekas simpanan susu perahan Contoh pelabelan bekas simpanan 1/1/2021 – 7/1/2021 susu perahan yang ditunjukkan di sebelah adalah: (10 pagi) Ibu memerah susu pada 1 Januari 2021, jam 10 pagi dan menyimpannya 11 di dalam peti sejuk pada ruangan am

Bagaimana Mencairkan Susu Perahan Yang Dibekukan? 1 Gunakan susu INGAT! yang paling awal diperah dahulu. Berikan perhatian kepada perkara berikut: 2 Letakkan susu Susu yang telah dicairkan beku di bahagian MESTI digunakan dalam ruang am peti sejuk (2°C–4°C) masa 24 JAM di rak paling atas semalaman. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak 3 Rendamkan bekas terpisah menjadi 2 lapisan. berisi susu di dalam air suam (hanya Goncangkan panaskan kuantiti bekas yang hendak dengan digunakan untuk 1 perlahan penyusuan sahaja). untuk menggabungkan lapisan yang terpisah. Ibu juga boleh menggunakan warmer (suhu dan tempoh Susu yang telah pemanasan bergantung dipanaskan MESTI kepada arahan penggunaan digunakan dalam masa 1 JAM (tidak boleh disimpan warmer tersebut. semula). JANGAN PANASKAN SUSU DALAM KETUHAR GELOMBANG MIKRO ATAU DI ATAS DAPUR GAS! 12

Bagaimana Memberikan Susu Perahan Kepada Bayi? 1 Berikan susu dengan menggunakan sudu atau cawan kecil untuk mengelakkan bayi keliru puting (nipple confusion). 2 Pangku bayi di atas riba pada aras condong 45°. Sentuh cawan kecil yang mengandungi susu pada bibir bawah bayi. 3 Jangan tuangkan susu terus ke dalam mulut bayi. Pegang cawan dan biarkan bayi menjilat atau menghirup sendiri susu tersebut. Pada permulaannya adalah perkara biasa jika susu tertumpah sedikit. 4 Apabila kenyang, bayi akan berhenti sendiri. Tip Untuk Ibu Yang Akan Kembali Bekerja 1 Ibu dinasihatkan berlatih memerah susu 2 minggu selepas kelahiran bayi atau pada bila-bila masa secepat yang mungkin mengikut kesesuaian. 2 Simpan semua susu perahan sebagai stok apabila ibu telah kembali bekerja. 3 2 minggu sebelum bekerja, ibu perlu berlatih dengan jadual untuk memberikan susu perahan kepada bayi (sila rujuk contoh Jadual Latihan Penyusuan Bayi Sebelum Ibu Kembali Bekerja). 4 Pengasuh hendaklah diberikan latihan memberikan susu perahan kepada bayi jika ibu mempunyai pengasuh. 5 Selepas waktu bekerja, ibu boleh menyusui bayi mereka bila-bila masa mengikut kehendak bayi. Saya Mahu Menyusukan Bayi Saya Dengan Susu Ibu Secara Eksklusif. Saya Yakin Boleh! 13

Contoh Jadual Latihan Penyusuan Bayi Sebelum Ibu Kembali Bekerja Masa Hari 1–3 Hari 4–6 Hari 7–9 Hari 10–13 Susu Susu Sarapan Susu Susu 7.30–9.00 pagi perahan perahan perahan perahan Susu ibu Susu Minum pagi Susu Susu 10.00–11.30 pagi Susu ibu perahan perahan perahan Susu ibu Makan tengahari Susu ibu Susu Susu 12.00–1.30 petang Susu ibu perahan perahan Minum petang Susu ibu Susu 3.30–4.30 petang perahan KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF BAGI 6 BULAN PERTAMA Membekalkan semua zat dan air yang perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi pada 6 bulan pertama. Kandungan antibodi dalam susu ibu dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit. Mengurangkan risiko kematian bayi. Mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan dan risiko alahan. Membantu pembentukan dan pertumbuhan rahang, gigi dan pertuturan yang lebih baik. TERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU SELEPAS 6 BULAN DI SAMPING PEMBERIAN MAKANAN PELENGKAP Penyusuan perlu diteruskan kerana ianya masih membekalkan 30% – 50% daripada keperluan kalori bayi berumur 12 bulan. Bayi mendapat perlindungan daripada penyakit secara berterusan. Memastikan penghasilan air susu berterusan. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi. 14

APAKAH RISIKO PEMBERIAN SUSU FORMULA DAN SUSU GANTIAN KEPADA BAYI? Mengurangkan keinginan bayi untuk menyusu susu ibu dan seterusnya menyebabkan susu ibu berkurangan. Kesilapan semasa penyediaan susu formula yang boleh menyebabkan masalah pemakanan. Tinggi risiko berlaku pencemaran yang boleh membahayakan bayi. Meningkatkan risiko jangkitan seperti jangkitan usus, cirit-birit, jangkitan pada sistem pernafasan, telinga, dan salur kencing. Ekzema dan lain-lain keadaan alahan. Meningkatkan risiko anak menjadi obes, diabetes (juvenile diabetes) dan hipertensi yang merupakan penanda awal risiko penyakit jantung. Meningkatkan perbelanjaan keluarga. Pelaksanaan Amalan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care) Amalan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care) termasuk: 1 Menggalakkan ibu untuk mempunyai TEMAN (suami, ibu atau ahli keluarga terdekat) sepanjang proses kelahiran untuk sokongan emosi dan fizikal kepada ibu.. 2 Menggalakkan ibu MINUM ATAU MAKAN hidangan yang ringan (bagi ibu berisiko rendah). 3 Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah PENAHAN SAKIT yang BUKAN UBATAN. 4 Menggalakkan ibu BERJALAN ATAU BERGERAK sebelum kelahiran bayi (bagi ibu berisiko rendah). 5 TIDAK MENGGUNAKAN sebarang PROSEDUR INVASIF (seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy, ubat perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labor) atau pembedahan caesarean) kecuali atas sebab perubatan. 15

Apakah Kaedah Untuk Mengurangkan Kesakitan Bersalin Tanpa Ubat-Ubatan? Menawarkan kepada ibu kaedah tanpa ubat-ubatan untuk mengurangkan kesakitan bersalin terlebih dahulu sebelum menawarkan penggunaan ubat- ubatan. Ini termasuk: 1 SOKONGAN TEMAN semasa proses kelahiran 2 Galakkan ibu BERJALAN ATAU BERGERAK sebelum bersalin 3 Urutan badan 4 Tuam badan dengan air suam 5 MENENANGKAN DAN MEYAKINKAN ibu secara lisan dan fizikal 6 Persekitaran yang TENANG Tip kejayaan penyusuan susu ibu adalah apabila seorang ibu mendapat sokongan daripada suami, keluarga dan masyarakat. SALAH TANGGAP DAN KEPERCAYAAN BERKAITAN PENYUSUAN SUSU IBU Salah Tanggap Fakta Sains Cadangan Tindakan Kolostrum Kehadiran beta-carotene di Kolostrum selamat diberikan dikatakan susu dalam kolostrum menjadikan kepada bayi malah basi kerana warnanya kekuningan. Ia mengandungi khasiat yang warnanya baik untuk perkembangan diperlukan oleh bayi. kelihatan mata bayi. kekuningan Ibu boleh gunakan pakaian Proses kehamilan dan dalam yang bersesuaian dan Penyusuan penuaan adalah faktor boleh menyokong payudara. menyebabkan payudara menjadi kendur, payudara menjadi bukannya proses kendur penyusuan. 16

Salah Tanggap Fakta Sains Cadangan Tindakan Menyusu badan Ibu yang baru menimang Bantu ibu untuk mengenal menyebabkan ibu cahaya mata memerlukan pasti bantuan dan sokongan susah membuat sokongan dan bantuan untuk yang ada di sekelilingnya kerja rumah menyesuaikan diri dengan untuk meringankan beban rutin yang baru sebagai ibu. kerja rumah. Perancangan yang rapi Ibu boleh membuat kerja diperlukan kerana menyusu rumah apabila bayi sudah badan merupakan satu tugas tertidur kekenyangan. yang memerlukan masa dan komitmen yang tinggi. Untuk bayi yang tidak mahu ditinggalkan, maka ibu boleh melakukan kerja rumah ringan sambil menggendong bayi di dalam alat gendongan. Pemberian susu Susu ibu cepat dihadam Ibu perlu menyusukan bayi formula sebagai kerana kehadiran enzim mengikut kehendak bayi. tambahan kepada (bahan yang membantu Pemberian susu formula akan penyusuan susu pencernaan) dalam susu ibu. menyebabkan penghasilan ibu dipercayai Jadi bayi lebih cepat mahu susu semakin berkurangan. lebih menyusu semula. mengenyangkan Syarikat pengeluar Semasa proses pengeluaran Ibu jangan mudah terpedaya susu gantian susu gantian, bahan nutrien dengan strategi pengiklanan mendakwa dan enzim asli telah susu gantian yang bahawa produk termusnah. Penambahan mempamerkan kehebatan susu mereka bahan diperkaya dalam susu susu tersebut. hampir tersebut, tidak dapat menyerupai susu dipastikan keberkesanan ibu penyerapannya oleh tubuh bayi. Puting leper dan Semua bayi menghisap pada Pelekapan pada puting tenggelam areola, bukan pada puting sahaja akan menyebabkan menyebabkan bayi sahaja. puting luka dan sakit. Posisi sukar melekap yang selesa dapat membantu dan menghisap menjayakan penyusuan. 17

Salah Tanggap Fakta Sains Cadangan Tindakan Ibu yang Colic adalah keadaan di Keadaan colic biasanya akan menyusukan bayi mana bayi meragam tanpa hilang sendiri apabila tidak boleh makan sebab yang boleh dikenal membesar. Ibu hendaklah makanan tertentu pasti. mengenal pasti penyebab untuk perut kembung dan cuba mengelakkan Kembung perut pula adalah menanganinya. kembung perut keadaan bayi yang tidak (colic) pada bayi selesa apabila perut bayi Sekiranya ibu mendapati ada telah dimasuki angin akibat makanan yang mungkin menangis berpanjangan, menyebabkan masalah pelekapan cetek, pemberian tersebut, maka ibu berhenti puting tiruan, pemberian mengambilnya selama susu gantian dan lain-lain. seminggu atau lebih sebelum ibu mencubanya semula. Ibu yang sakit dan/ Umumnya, ibu yang sakit atau mengambil boleh menyusukan kecuali Ibu perlu berbincang dengan ubat harus ibu tidak berupaya atau pengamal perubatan sebelum berhenti menyusu. mengalami penyakit yang meneruskan penyusuan. teruk. Dapatkan nasihat pengamal Kebanyakan ubat yang perubatan sebelum diambil oleh ibu tidak mengambil sebarang ubat. mengganggu penyusuan Jika ibu memerlukan ubat, kerana sedikit sahaja ubat mohon preskripsi ubat yang tersebut yang memasuki tidak mengganggu susu ibu. penyusuan. Terdapat beberapa ubat yang tidak boleh diambil seperti ubat kemoterapi (rawatan barah), ubat radioaktif dan sebagainya. Dapatkan nasihat penyusuan dari kaunselor laktasi atau anggota kesihatan sekiranya ada masalah atau persoalan mengenai penyusuan. 18

Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Jika menghadapi sebarang masalah penyusuan, sila hubungi Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu/ Klinik/ Hospital berhampiran. Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu bagi Klinik Kesihatan/ Hospital: _________ Untuk kegunaan Klinik Kesihatan/ Hospital: Lekatkan senarai ahli Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu bagi Klinik Kesihatan/ Hospital anda di sini. 19

Follow, Like & Share Kami Di Facebook KENYALANG NUTRI-INFO: PUSAT MAKLUMAT PEMAKANAN SARAWAK @kenyalangnutriinfo Anda juga boleh layari portal rasmi Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di www.nutrition.moh.gov.my Media Sosial Rasmi NutritionistKKM Sumber Rujukan: 1. Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Professional Ministry of Health Malaysia, 2009. 2. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Risalah Penyusuan Susu Ibu. 3. Kementerian Kesihatan Malaysia. Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu, 2019. 20


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook