Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Katalog Gumumism

Katalog Gumumism

Published by Mohd Radzi, 2021-12-28 01:38:41

Description: Katalog Gumumism Bagi Pameran Seni Antarabangsa @ Tasik Chini

Search

Read the Text Version

+ISM PAHANG JILID II GUMUM+ISM 2021 PAMERAN SENI ANTARABANGSA @ TASIK CHINI ( INTERNATIONAL ART EXHIBITION @TASIK CHINI ) Galeri Bilik Kuratorial Muzium Warisan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia 08 / 08 / 2021 - 08 / 09 / 2021

merdekakan seni kita, merdekakan alam kita

KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua. Bersyukur kita ke hadrat ila- hi dengan limpah kurnia dan rahmatnya, katalog pameran seni visual ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Dengan setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur yang berjaya menerbitkan katalog ini. Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) merupakan makmal alami Universiti Kebangsaan Malaysia yang berperanan sebagai hub penyelidikan sains dan teknologi. PPTC juga merupakan pusat penyebaran kesedaran alam sekitar dan juga menjadi moderator bagi pemegang-pemegang taruh Tasik Chini dalam memacu ke arah pengurusan Tasik Chini secara lestari. PPTC yang dibina di kawasan berhampiran tasik membolehkan PPTC se- bagai salah satu pusat yang boleh membawa akses secara terus ke kawasan tasik secara keseluruhannya. Hal ini secara tidak langsung, menjadikan PPTC sebagai duta Tasik Chini kepada mas- yarakat luar dengan info yang tepat mengenai Tasik. Tambahan pula, fasiliti PPTC yang lengkap dengan kemudahan penginapan, dan denai serta tapak perkhemahan menjad- ikan PPTC tempat yang lengkap untuk tujuan edutourism. Pameran kesenian yang dian- jurkan ini jelas membawa maksud bagi mengetengahkan dan memperkenalkan kembali Tasik Chini sebagai salah satu destinasi ekopelancongan di Malaysia. Penerbitan katalog ini menunjukkan komitmen PPTC dan penggiat seni tanah air dalam salah satu usaha memperkenalkan kembali keindahan alam semula jadi Tasik Chini. Jali- nan kerjasama anatara PPTC dan penggiat-penggiat seni juga terbina dan saya pasti pelbagai idea dan perbincangan dari kedua-dua pihak dapat diutarakan. Mesej peng- giat-penggiat seni yang cinta akan alam sekitar juga dapat diangkat dan secara tidak langsung memupuk budaya cakna terhadap alam sekitar. Oleh hal yang demikian, saya amat menggalakkan bagi pameran dan kerjasama ini dapat diteruskan di masa akan datang sebagai langkah dalam menguatkan lagi penyebaran kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan Tasik Chini kepada negeri Pahang secara khususnya dan sebagai salah satu kawasan bank biodiversiti kepada negara secara um- umnya. Akhir kalam, semoga usaha ini menjadi salah satu usaha yang diredhai oleh Allah SWT dalam usaha menjaga hubungan dengan alam dan mengambil iktibar dari kejadian alam semula jadi ciptaanNYA. YBHG. PROF. DATO’ DR. TS. MOHD EKHWAN HJ TORIMAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1

KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum wbt. Pameran Gumum+Ism Art Exhibition @ Tasik Chini akhirnya dipentaskan juga walaupun negara masih dalam situasi pandemik COVID-19 dan sewaktu ini program imunisasi ke- bangsaan sedang giat dijalankan oleh Kerajaan. Balai Seni Negara telah menghulurkan bantuan dana melalui Tabung Bantuan Seni (TBS) dalam Program Kemakmuran Bersama 2019 di mana kerjasama Balai dengan persat- uan, kelab dan universiti dalam mengembangkan seni visual dalam apa jua keadaan. Balai Seni Negara sedar tentang kepentingan konservasi alam dan bagaimana seniman menyumbangkan idea dalam melestarikan keseimbangan seni dan alamiah. Pameran ini merupakan sebuah output daripada kem seni yang telah berlangsung di Ta- sik Chini, Pahang pada tahun 2020. Ia menemukan pengkarya – pengkarya Seni Visual Tanah Air, Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) dan mahasiswa dalam memperkukuh- kan lagi halatuju warisan alam untuk generasi di masa hadapan. Pendekatan pameran ini juga dilihat mempunyai kekuatan tersendiri berdasarkan budaya cakna terhadap alam sekitar. Melalui pameran ini boleh dilihat pengkarya-pengkarya dapat merasai suasana semula- jadi dan ini akan menjadi kekuatan dalam penghasilan karya seterusnya supaya dapat diterima baik peringkat tempatan dan global. Namun apa yang pasti dengan penglibatan Balai Seni Negara bersama-sama Pusat PenyelidikanTasik Chini, Muzium Warisan Akademik UKM, Silence Art Group Kuantan dan juga Persatuan Seni Rupa Malaysia membuka satu ruang baharu dalam kesedaran dan juga kepentingan alam semula jadi utuk generasi akan datang. Akhir kata setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Penyelidikan Tasik Chi- ni UKM dan semua pihak dalam berganding bahu merealisasikan pameran ini dengan jayanya. Tahniah. AMERRUDIN AHMAD KETUA PENGARAH BALAI SENI NEGARA 2

KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua. Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan rahmatnya, katalog buku ini dapat diterbitkan oleh pihak penganjur. Saya dengan berbesar hati mengucapkan ribuan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur yang terdiri daripada Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Muzium Warisan Akademik UKM, Balai Seni Negara, Silence Art Group Kuantan dan Persatuan Seni Rupa Malaysia dalam penganjuran pameran seni visual ini. Seperti yang dimaklumkan bahawa, PPTC telah menjadi hos tempat bagi kem antara- bangsa kesenian yang telah diadakan pada Februari 2020 iaitu Gumum+ism. Kem ini telah berjaya mengumpulkan penggiat-penggiat seni tanah air mahupun antarabangsa. Kesinambungan daripada kem tersebut, PPTC berinisiatif untuk mengadakan pameran kesenian yang mempamerkan seni visual. Pameran ini yang bertujuan memartabatkan kesenian daripada penggiat-penggiat seni dengan berkonsepkan alam semula jadi Tasik Chini. Selain merupakan platform bagi penggiat-penggiat seni bagi menempa nama dengan mempromosikan hasil karya mere- ka, pameran ini juga dapat menyuarakan keindahan alam semula jadi. Malah kesedaran berkenaan kepentingan alam semula jadi kepada bumi juga dapat diterapkan melalui pa- meran ini. Ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi peranan PPTC sebagai duta Tasik Chini yang bukan sahaja terlibat dalam penyelidikan namun juga merupakan pusat multidisiplin yang terlibat dengan pelbagai bidang lapangan bagi memngetengahkan Tasik Chini sebagai salah satu khazanah negara yang perlu dipelihara dan dipulihara untuk generasi akan datang. Akhir kata, saya sekali lagi berbangga dengan usaha bagi mengadakan pameran ini dan menerbitkan katalog ini. Semoga usaha ini merupakan antara usaha yang dapat menjadi salah satu batu loncatan bagi semua pemegang taruh Tasik Chini bagi kelestarian Tasik semula jadi kita ini. YBHG. PROF. DR. ISHAK BIN AHMAD DEKAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 3

KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum wbt. Saya mewakili ahli jawatan kuasa pameran Gumum+ism Art Ex- hibition @ Tasik Chini amat bersyukur akan kelangsungan pameran ini. Saya juga amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh semua ahli jawatankuasa dalam mere- alisasikan pameran ini. Dengan sukacita, saya akan sedaya upaya bagi mengekalkan fungsi dan peranan PPTC dalam menjadi salah satu pusat yang memberikan maklumat dan pengetahuan berke- naan Tasik Chini kepada masyarakat luar dengan tepat. Malah, hasrat utama PPTC da- lam menyebarluaskan kesedaran kepentingan alam sekitar juga akan digerakkan dalam pelbagai bentuk dan pendekatan kepada segenap lapisan masyarakat. PPTC juga sebagai sekretariat MAB bagi tapak Rizab Biosfera akan bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi memastikan garis panduan serta misi dan visi MAB tercapai bagi kelestarian pengurusan Tasik Chini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurusan tertinggi UKM dan juga FST, Muz- ium Warisan Akademik dan tidak dilupakan Balai Seni Negara, Silent Art Group Kuantan dan Persatuan Seni Rupa Malaysia yang berganding bahu dalam merealisasikan pamer- an ini. Akhir kalam, semoga pameran ini memupuk kesedaran kesenian dan kepentingan alam sekitar kepada umum. DR. MOHD SHAZRUL FAZRY SA’ARIWIJAYA KETUA PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI 4

KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum Segala pujian pujian kepada Allah S.W.T atas rahmatNya dan Syukur Alhamdulillah atas keizinanNya maka program ini berjaya diadakan. Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Balai Seni Negara yang telah menaja program Gumum+ism International Art Camp Jilid II hing- ga berjaya diadakan dengan jayanya di Tasik Chini, Pekan Pahang. Kesudian Balai Seni Negara menaja program ini membuktikan keterlibatan BSN dalam mengangkat martabat seni visual negara dan menyokong perjuangan seni khususnya kepada para seniman seni visual di Malaysia. Program ini merupakan program kedua yang diadakan selepas Dong+ism Jilid I di Ulu Dong, Raub Pahang pada 2017. Program kali ini telah berjaya menarik seramai lebih dari 80 peserta yang terdiri daripada peserta tempatan dan juga luar negara malah terdapat penglibatan daripada pelajar IPTA dan IPTS tempatan. Dengan pelbagai aktivit seni yang direncanakan saya dapat merumuskan program kali ini berjaya mencapai matlamat dan objektifnya malah ianya lebih berkesan hasil kerjasama daripada penyelidik penyelidik Pusat Penyelidikan Tasik Chini, UKM melalui sumbangan pengetahuan saintifik, logistik dan fasiliti .Hasil dari pelbagai aktiviti 3 hari 2 malam dis- ana akhirnya berbaloi dengan terhasilnya karya karya seni yang kreatif dan indah untuk dipamerkan di Pameran Seni Gumum+ism @ Tasik Chini yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia 2021. Sekali lagi saya dengan rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPTC,UKM atas kesudian menjadi tuan rumah program Gumum+ism International Art Camp dan seterusnya kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang sudi menaja,men- ganjur dan menjadi tuan rumah Pameran Seni Antarabangsa Gumum+ism 2021 kali ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pah- ang, Tourism Pahang, Motac, Tok Batin dan penduduk setempat, Rajawali Art Group,Pe- rupa Art Group, Perupa TV,Artedeco, Prof Awang Damit, Dr Rosli Zakaria, En Majidee, Pn Rosyida, En Fairuz Kamal, Aznie Dean Kamil dan semua peserta peserta dari seluruh Malaysia dan juga peserta daripada luar Negara yang telah menyumbang idea, wang ringgit ,tenaga, masa dan ilmu bagi menjayakan program kali ini. Dan kepada krew krew Silence Art Group Kuantan (SILA) yang telah menjadi tulang be- lakang bagi kejayaan program kali ini anda semua ‘AWESOME’. Terima Kasih dan semoga berjumpa semula di jilid yang ketiga. SUKAIRI BIN SHAHRI Pengarah Program Gumum+ism Jilid II 5

TASIK CHINI

PENGENALAN KEPADA TASIK CHINI Tasik Chini merupakan tasik semula jadi yang kedua terbesar di Malaysia. Kedudukan Tasik Chini terletak di bahagian tenggara negeri Pahang yang terdiri daripada 700 hektar kawasan paya air tawar dan hutan paya di sekelilingnya. Jasad air Tasik Chini terbentuk daripada 12 jasad air yang dipanggil “laut” oleh masyarakat tempatan. Keluasan Tasik Chini sentiasa berubah-ubah, bergantung kepada musim sama ada musim tengkujuh atau kering. Pada tahun 1995, baraj (empangan kecil ) telah dibina dan keluasan jasad air terbuka telah meningkat semenjak itu. Sumber air Tasik Chini adalah bermula dari beberapa sungai pembekal manakala, Sungai Chini sepanjang 4.8 km pula merupakan satu-satunya aliran air keluar dari tasik ini ke Sungai Pahang. Air daripada Sungai Pahang juga akan memasuki tasik melalui Sg. Chini sekiranya air Sg. Pahang meningkat lebih tinggi daripada paras air tasik. Pembentukan Tasik Chini yang terhasil secara semula jadi oleh gabungan anak-anak sungai mendorong kepada kekayaan dan kepelbagaian biodiversiti. Kawasan pinggiran Tasik Chini telah ter- Pbukti mempunyai kepelbagaian flora yang telah menjadikan Tasik Chini sebuah habitat semula jadi bagi kebanyakan haiwan seperti ikan, burung, mamalia, herpetofauna dan serangga. Tanah bencah seperti Tasik Chini merupakan kawasan semula jadi bagi pembiakan, tem- pat bertelur dan nurseri bagi ikan tempatan dan ikan yang bermigrasi. Ini menunjuk- kan ekosistem semula jadi Tasik Chini memainkan peranan yang signifikan dalam mem- bekalkan ikan sebagai sumber mata pencarian kepada penduduk setempat terutamanya penduduk Orang Asli yang tinggal di sekitar tasik ini. Antara ikan yang terdapat di Tasik Chini adalah ikan yang tinggi nilai komersial seperti ‘toman’, ‘bujuk’ dan ‘baung’. Tasik Chini telah dianugerahkan status Rizab Biosfera oleh UNESCO pada Mei 2009. Rizab Biosfera Tasik Chini adalah gabungan ekosistem tanah bencah air tawar tropika dan hutan hujan tropika tanah pamah dipterokarpa. Status Rizab Biosfera ini penting untuk dikekalkan kerana ia membantu melonjakkan imej Tasik Chini sebagai satu destinasi eko-pelancongan dan edu-pelan- congan utama di negara. Penganugerahan ini juga dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan di Tasik Chini. Tapak Rizab Biosfera UNESCO ber- matlamat bagi mengekalkan warisan dunia dan warisan semula jadi yang menekankan keharmo- nian dan pembangunan lestari. 7

PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI

PPENGENALAN KEPADA PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah ditubuhkan di bawah naungan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai salah satu makmal alami Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dengan tertubuhnya PPTC di Tasik Chini, telah menguatkan penamaan Tasik Chini sebagai tapak Rizab Biosfera UNESCO. PPTC diwu- judkan bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan berasaskan aspek biotik dan abiotik yang tergolong dalam kepelbagaian flora, fauna, air, tanah dan udara. PPTC berfungsi sebagai hub untuk menjalankan penyelidikan, pengajaran, kerja lapangan, kesedaran alam sekitar dan penyebaran maklumat mengenai pengurusan tasik bersepadu kepada masyarakat. Kini, PPTC yang merupakan Pusat Cemerlang di Fakulti Sains dan Teknologi sedang giat membaikpulih dan memulihara Tasik Chini dan kawasan-kawasan bencah di sekitarnya bagi mendukung konsep-konsep Rizab Biosfera. PPTC mempunyai lima objektif yang memfokuskan kepada: 1. Menjalankan kajian saintifik dan kerja lapangan pengajaran mengenai kepelbagaian biologi, fungsi ekosistem dan pengurusan tasik bersepadu. 2. Meningkatkan kepakaran, pengetahuan dan menjana pengalaman semasa menjalank- an aktiviti kajian di lapangan secara teratur dan berkesan. 3. Menyepadukan pendekatan-pendekatan baru dalam penyelidikan mengenai kepel- bagaian biologi, fungsi ekosistem, pengurusan tasik pada tahap kebangsaan dan antara- bangsa. 4. Untuk membangunkan PPTC ke arah penyelidikan sains yang terunggul dan pusat pendidikan selaras dengan aspirasi UKM. 5. Membantu kerajaan negeri Pahang dalam pemuliharaan, pemulihan dan kelestarian Tasik Chini untuk kerajaan negeri dan warisan Negara. Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh PPTC di Tasik Chini serta lembangannya meli- batkan pemuliharaan kepelbagaian seperti termaktub dalam Konvensyen Kepelbagaian Biologi Negara. Kajian-kajian ini mengabungkan pelbagai disiplin sains, sosio-ekonomi dan eko-pelancongan. Corak perubahan kepelbagaian biologi dan kualiti air melalui pe- monitoran jangka-masa pendek dan panjang boleh digunakan sebagai panduan untuk pengurusan. Isu-isu kritikal pembangunan mapan di kawasan perairan, dengan pengkhu- susan dalam amalan tradisi dan pengetahuan saintifik boleh menangini isu-isu pemegang amanah yang berkonflik. Selain daripada dapat memperkayakan nilai tambah kepelbaga- ian biologi dan ekologi serta fungsi ekosistem, kajian dengan menggunakan model eko- sistem untuk kawasan tasik dan bencah merupakan hasrat penyelidikan PPTC supaya 9 masalah kemerosotan kualiti air, kualiti persekitaran serta sosioekonomi dapat diatasi.





AnugerahK e l e s t a r i a n S e n i Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Awang Damit Ahmad Awang Damit Ahmad dilahirkan di Kuala Penyu, Sabah pada tahun 1956. Beliau belajar seni rupa di UITM (Seko- Alah Seni dan Reka Bentuk ITM) dan terpilih sebagai pelajar terbaik pada tahun 1983. Kemudian beliau telah melan- jutkan pelajaran dalam bidang lukisan di Universiti Katolik Amerika Syarikat di Washington DC pada tahun 1988 dan dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Seni Halus pada ta- hun 1990. Beliau juga pernah menjadi seorang pensyarah da- lam fakulti seni rupa di UITM. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Kurator Galeri Seni dan Ketua Jabatan Seni Halus sebelum dilantik sebagai Profesor Madya pada tahun 2000. Sebagai menghargai sumbangan beliau kepada bidang pendidikan seni dan juga khususmya seni kepada mas- yarakat dan negara maka dengan ini kami berbesar hati untuk menyampaikan Anugerah Kelestarian Seni Universiti Kebangsaan Malaysia kepada beliau. Tahniah

A Profesor Awang Damit Ahmad

S Seni Dalam Kepedulian Oleh Rosyida Mohd Rozlan, Fakulti Seni Halus, ASWARA “I used to think that the top environmental problems were biodiversity loss, ecosystem collapse and climate change. I thought that thirty (30) years of good science could address these problems. I was wrong. The top environmental problems are selfishness, greed and apathy, and to deal with these we need a cultural and spiritual transformation – and we scientists don’t know how to do that.” (Gus Speth, a US adviser on climate change, former dean of the Yale School of Forestry and Environmental Studies, and a former Administrator of the UN Development Programme) Petikan di atas membuat fikiran saya beralih, dengan kata lain, walaupun dengan bersenjatakan longsoran data dan maklumat saintifik, tidak ada yang berubah jika tidak dari usaha kepimpinan dan kebertanggungjawaban warganegara yang tidak bergerak untuk mengambil tindakan. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Nasional, 1996, perkembangan pendidikan di Malaysia se- makin maju dalam usaha berterusan bagi mengembangkan potensi individu secara holistik dan bersepadu. Misi dalam melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan pengabdian kepada Tuhan, menjadi tunggak utama dalam membentuk keperibadian. Usaha sedemikian dirancang untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berpengetahuan dan kompeten, mempunyai standard moral yang tinggi, beretika dan ber- tanggungjawab, serta mampu mencapai tahap kesihatan diri yang tinggi, yang dapat menyum- bang kepada keharmonian dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara secara amnya. “Ilmu adalah kunci kejayaan untuk mencapai keselamatan, kesejahteraan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat… ilmu itu adalah cahaya dan hidayah yang menerangi kehidupan manusia dari kegelapan dan kejahilan” (Ali-Imran ayat 18) 14

Februari 2020, suhu Antartika mencatatkan rekod tertinggi yang memicu kebimbangan dan ketidakstabilan iklim dunia, serta ancaman kepada pemanasan global. Kita selalu beranggapan bahawa orang akan memahami dan menghargai masalah, bertindak dengan sewajarnya, dan mengambil tindakan yang diperlukan ketika disajikan dengan kenyataan nyata dari ancaman dan permasalahan yang berlaku. Malah, selama beberapa dekad ini juga, tidak banyak yang berlaku. Dalam perubahan ini, pelbagai persoalan yang bermain difikiran; Bagaimana setiap sektor lainnya, terutama sektor industri seni kreatif negara, bertindak balas?; dan Bagaimana perancangan di bidang seni visual memainkan peranan untuk menerapkan isu-isu kritikal ke dalam pertimbangan mereka, seterusnya menetapkan sesebuah hasil karya dan set skil (skillets) yang tertentu? dan Apakah penggiat seni mengambil pendekatan “patch” atau “reboot” dalam pengkaryaan mereka? Seperti yang diperhatikan oleh beberapa penyelidik dan pemerhati, kebanyakan orang terus men- jalani kehidupan seperti biasa; mereka hanya melakukan sedikit atau langsung tidak untuk menan- gani masalah perubahan iklim dan pencemaran alam. Lebih menyedihkan, masih ramai yang terus menolak kebenaran oleh para saintis. Usaha di bidang sains semata tidak mempunyai jawapan kepada permasalahan ‘penting diri, tamak dan tidak peduli’. Sejajar dengan itu juga, pada tahun 2015, Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dengan 17 Matlamat Global telah dipersetujui oleh PBB untuk mempromosikan kecekapan sumber dan tenaga, infrastruktur lestari, dan menyediakan akses kepada perkhidmatan asas, hijau dan pekerjaan yang layak dan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua. Justeru, keperluan untuk “transformasi rohani dan budaya”, adalah penting dalam perubahan paradigma sikap manusia untuk menjaga alam sekitar seimbang dalam mengejar pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial; begitu juga dalam amalan kesenian. Harus adanya budaya atau kerohanian yang menjadi asas kepada setiap perlakuan dalam menghasilkan sesebuah karya dapat memenuhi transformasi rohani dan budaya. Di sini saya berpendapat bahawa transformasi sikap mesti disertakan dalam konsep ‘sejahtera’, atau kesejahteraan sosio-ekonomi, yang diperke- nalkan oleh Tan Sri Dzulkifli Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Penegasan beliau terhadap kesejahteraan terutamanya rohani, merangkumi emosi dan etika, yang mem- bentuk suatu tanggapan, telah kadang kala sering ditinggalkan dalam pemahaman umum dalam pengkaryaan seni yang kerangka asasnya ditentukan oleh nilai dan kebajikan. 15 Karya Grafiti oleh Banksy berdekatan Oval Bridge in Camden, North London

Cabaran monumental persekitaran yang kita hadapi hari ini sebahagian besarnya bersifat antro- pogenik, disebabkan oleh tingkah laku manusia yang mementingkan diri sendiri. Sesuai dengan penubuhan PPTC, pusat penyelidikan ini ditubuhkan di bawah naungan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); khusus untuk menjalankan penyelidikan, pengaja- ran, kerja lapangan, kesedaran alam sekitar dan penyebaran maklumat mengenai pengurusan tasik bersepadu kepada masyarakat. Bagi menyokong usaha mereka, penganjuran program GUMUM+ISM: International Art Camp ada- lah merupakan satu usahasama penggiat seni tanahair dalam memberikan sedikit panduan penting untuk mengenal pasti isu dan keadaan semasa, pemacu perubahan, trend, senario masa depan dan penyelesaian berpotensi, dengan keterbatasan mereka untuk mengubah atau mengutarakan dan/atau mencuba menyelesaikan masalah global ini. Dengan memfokuskan pembangunan lestari dan pemuliharaan Tasik Chini sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar sebagai subjek utama, mereka menggunakan kefahaman dan kepakaran masing-masing dalam kepelbagaian disiplin seni melalui strategi, pendekatan dan kaedah yang berbeza-beza. Proses pembuatan Arca oleh Dr Rosli Zakaria Pendekatan ‘Art Camp’ atau ‘Kem Seni’ dinilai kembali pendekatannya agar sesebuah ketetapan yang sesuai dengan penglibatan pelbagai pihak dari cabang sains, seni visual dan sains sosial dapat bergerak secara kolektif dalam membantu memupuk transformasi pemikiran, budaya dan sosial setempat secara khususnya. Peranan penggiat seni terbukti dapat membantu sebuah usaha trans- formasi dan akibatnya. Sejak Revolusi Perindustrian, sistem makanan , sistem pengangkutan, sistem tenaga, persekitaran yang dibina, sistem kewangan, dan kemungkinan sistem politik dan tadbir urus kita - membuktikan ketidakmampanan. Kesemuanya telah direka pada era di mana bahan mineral dan bahan bakar fosil telah memenuhi sebahagian besar permintaan bahan mentah dan tenaga yang berkembang pesat. 16

Perlunya transformasi budaya dan kerohanian seperti yang dikatakan oleh Gus Speth, mem- buktikan bagaimana seni dapat membantu mengatasi implikasi cabaran global ini secara kolek- tif. Ia dapat membantu mempersiapkan masyarakat untuk masa depan yang mungkin bakal menjadi trauma buat masyarakat dunia. Dan ini dibuktikan dengan krisis kesihatan yang besar akibat Coronavirus pada 2020/2021, yang dipercayai berpunca dari pasca kecuaian penanga- nan alam sekitar, iaitu perdagangan dan penggunaan hidupan liar oleh manusia. Ketika meng- hadapi masa sukar seperti ini, penggiat seni dilihat mempunyai peluang dan tugas untuk men- terjemahkan perbuatan dan pengalaman manusia melalui representasi kata-kata, imej atau visual, muzik dan lainnya. Usaha dan sumbangan mereka ini secara tidak langsung dapat membantu masyarakat bukan hanya untuk memahami peristiwa-peristiwa atau isu-isu se- cara fizikal dan mental, tetapi juga untuk menghubungkan mereka secara mendalam - spiritual. Lakaran oleh Fazz Ramli Menyedari bahawa perlunya lebih ramai sukarelawan sebagai agen perubahan, maka pendekatan melalui pergerakan penggiat seni adalah kaedah alternatif yang perlu disokong oleh institusi pendi- dikan, syarikat, badan bukan kerajaan, individu dan pelbagai pihak lainnya agar menjadi gerakan be- sar-besaran. Oleh itu, kita memerlukan idea dan cara yang lebih kreatif agar isu pemanasan global dapat difahami dan disedari oleh semua orang. Sungguhpun telah ramai penggiat seni tempatan dan antarabangsa telah memicu gerakan ini, namun jumlahnya masih terlalu kecil, sedangkan gerakkan yang lebih besar diperlukan terutamanya di peringkat tempatan. Sudah tentu, untuk mendapatkan hasil yang baik, seni harus berjaya dari segi struktur, kemahiran, wawasan dan keasliannya; yang se- lari dengan amalan yang mampan. Penggiat-penggiat seni perlu berusaha menggali lebih mendalam, memerhatikan dengan lebih teliti dan mencari kesesuaian bahasa visual untuk membantu penonton di kalangan masyarakat sekeliling memahami dan berkontemplasi dari pengalaman yang konkrit. 17

Pameran seni GUMUM+ISM 2021: International Ar Exhibition @ Tasik Cini ini adalah pamer- an seni hasil dari pasca penganjuran kem seni yang diadakan pada 4,5 & 6hb Februari 2020 dengan memaparkan sebanyak hampir 100 buah karya seni dari pelbagai aliran. Tujuan uta- ma pameran seni ini diadakan adalah untuk mengajak penuntun dan masyarakat umum untuk mengambil berat tentang isu-isu setempat yang berpunca dari kelalaian dan perbuatan mer- eka yang rakus, serta tamak tanpa memperdulikan kesan pemanasan global yang boleh mence- tuskan bencana alam dan kepupusan flora dan fauna, terutamanya di sekitar kawasan Tasik Cini. Puan Rosyida (Penulis) sedang memberi penerangan aktiviti seni. Program anjuran bersama PPTC ini juga dilihat dapat memberikan impak yang siknifikan ser- ta relavan buat masa ini. Selain dari membantu pihak PPTC dalam usaha meraka, program ini turut dapat mempromosikan Tasik Cini secara tidak langsung. Konsep Kem Seni yang dibawa oleh +ISM PAHANG ini, masih menumpukan kepada usaha dalam menyokong komuniti kreat- if negara untuk berkongsi idea, pendapat, dan ilmu, di samping jaringan persahabatan yang memberi peluang kepada penggiat seni / artis baru, pelajar dan individu lainnya bersama-sa- ma berkolaborasi dan berkongsi kepakaran masing-masing melalui penghasilan seni. Pihak pen- ganjur percaya bahawa, komuniti kreatif berada di tempat yang unik untuk mengubah tang- gapan masyarakat mengenai perubahan iklim atau apa juga isu setempat yang perlu mendapat kepedulian masyarakat, dan menterjemahkannya menjadi sebuah tindakan yang bermakna. 18

Pendekatan komuniti kreatif dengan kemahiran tertentu, bertindak, menggunakan kreativiti mereka untuk saling mempengaruhi, khalayak melalui pergerakan yang lebih luas. Selama 3 hari program ini berlangsung, pendekatan melalui beraneka ragam acara bengkel kesenian, sum- ber daya lestari dan pertuturan awam melalui bicara seni digunakan, agar ianya dapat menyum- bang kepada pembangunan dasar industri kreatif negara dalam menangai isu perubahan iklim nasional dan antarabangsa. Gumum+ISM adalah salah satu program penanda aras bagi pen- capaian keberlanjutan gabungan industri seni kreatif dan pembangunan lestari global. Antara pengisian aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang kem seni berlangsung adalah sesi bicara seni, perbincangan seni,aktiviti lakaran di lapangan, lawatan tasik dan kampung orang asal, mem- buat arca, latihan dan teknik seni, demotrasi melukis secara langsung dan persembahan seni. Lakaran oleh Abu Jalal Sarimon Selain itu, kekuatan penganjuran kem seni dan pameran seni ini juga menjadi sangat si- knifikan apabila jaringan kesenian dan persahabatan antara peserta yang terlibat tidak ha- nya mempunyai hubungan mendalam dengan sektor seni dan budaya, atau bekerja den- gan organisasi dan individu profesional bebas di seluruh Malaysia semata, malah penglibatan peserta tempatan dan antarabangsa turut bersama-sama menanam intipati ‘kelestari- an’ alam sekitar dan kesenian ke dalam operasi, kerja kreatif dan amalan kesenian mereka. 19

KARYA ARTIST

ABDUL RAOOF BIN ALI - MALAYSIA ABU JALAL BIN SARIMON - SINGAPURA ABU ZAKI BIN HADRI - MALAYSIA ADLIN JUNITA BINTI DAUD - MALAYSIA BATRISYA DANIA BINTI YUSRIZAL - MALAYSIA DANG TUAN - VIETNAM DR ARIF DATOEM - INDONESIA DR PERLINE SIEK HWEE LING - SINGAPURA DR RITU GUPTA - INDIA DR ROSLI BIN ZAKARIA - MALAYSIA ELY NOR SURIA BINTI MOHAMED ZAINUDDIN - MALAYSIA ENAH BINTI SAMAD - MALAYSIA E. ERFAN EKHWANUDDIN BIN E. YUNUS - MALAYSIA FAIRUS BIN AHMAD YUSOF - MALAYSIA FAZZ BINTI RAMLI - MALAYSIA FOO CHEE HUI - MALAYSIA HAZROL BIN SALLEH - MALAYSIA IFHAMUDDIN BIN MOHAMED - MALAYSIA ISZUAN BIN ISMAIL - MALAYSIA LUQMAN NUL HAKIM BIN ROSNAN - MALAYSIA LUCKY SUPRIYANTO - INDONESIA MUHAMMAD FAEZ FAHMI BIN MOHD FADRI - MALAYSIA MUHAMMAD FIRDAUS BIN YAHYA - MALAYSIA MUNIF BIN MUHAMMAD NOR - MALAYSIA MUTON KAIS - MALAYSIA NADYA BINTI A KAMAL - MALAYSIA NGUYEN DUC HUNG - VIETNAM QHAZRIL QHAZWAN BIN FAUZI - MALAYSIA RAJA FADZILAH BINTI RAJA BRIMA SULONG - MALAYSIA RAMLEE BIN NAWEE - SINGAPURA ROSLIN BINTI MOIN - MALAYSIA ROSYIDA BINTI MOHD ROZLAN - MALAYSIA SANAE YAMADA - JEPUN SHAHROOM BINTI AHMED - MALAYSIA SITI NAZIFA BINTI SAMSI - MALAYSIA SUHAIZA BINTI RAZALI - MALAYSIA SUKAIRI BIN SHAHRI - MALAYSIA WAN NUR AQMAR BINTI ZULKIFLI - MALAYSIA YEW SOO CHENG - MALAYSIA YONG LOOK LAM - MALAYSIA ZAHIRAH BINTI SABRI - MALAYSIA ZAIM BIN DURULAMAN - MALAYSIA ZAMRI BIN ISMAIL - MALAYSIA 21

Rakus ABDUL RAOOF BIN ALI Acrylic on Canvas [email protected] 3ft X3 ft RM3000.00 2020

Bersendiri Acrylic on Canvas 3ft X 2.5ft RM3000.00 2020

ABU JALAL BIN SARIMON [email protected] Flora & Fauna Tasik Chini Acrylic on Canvas 215cm X 145cm 2021

Berdiri Aku disebalik Hijau Menguning Acrylic on Canvas 150cm X 100cm 2021

Gondol Acrylic on Canvas 90cm X 60cm RM3000.00 2021 ABU ZAKI BIN HADRI [email protected]

Helikopter_Dipterocarpus Grandiflora Acrylic on Canvas 60cm X 82cm RM2000.00 2021

Chini Menangis Acrylic on Canvas 24in X 30in RM1200.00 2021 Adlin Junita Binti Daud [email protected]

Khazanah Negara Acrylic on Canvas 24in X 30in RM1000.00 2021

Teratai di Chini I Acrylic on Canvas 2ft X 2ft RM1000.00 2021

Batrisyia Dania Binti Yusrizal Teratai di Chini II [email protected] Acrylic on Canvas 2ft X 2ft RM1000.00 2021

Reflection 1 Single Edition Artwork; Digital Pigment Ink Photographic Print on Soft Fine Art Paper. 60cm X 40cm RM1200.00 2021

Dr. Arif Datoem [email protected] Reflection 3 Single Edition Artwork; Digital Pigment Ink Photographic Print on Soft Fine Art Paper. 60cm X 40cm RM1200.00 2021

Chini Dragon Legend Watercolour on Paper 60cm X 40cm RM500.00 2021 Dr. Perline Siek Hwee Ling [email protected]

Lotus Boy & fish Watercolour on Paper 60cm X 40cm RM800.00 2021

Landskap Mimpi Gumum Mix Media 50cm X 70cm RM1500.00 Elly Nor Suria binti Mohamed Zainudin [email protected]

Pukul Berapa Datuk Harimau (dyptych) Mix Media 305 x43 cm RM4800.00

Enah Samad [email protected] Chini Dilukai Watercolour on 300gm Paper 53cm x 38cm RM600.00

Jangan Ganggu Liana! Mixed Media with Acrylics on Canvas 61cm x 76cm RM900.00

Lagenda Tasik Chini Acrylic atas Papan 2ft X3ft RM600.00

Engku Erfan Ekhwanuddin bin Engku Yunus [email protected] Sejarah Lakaran Chini Acrylic atas Papan 2ft X 3ft RM1000.00

Let Me Breath In My World 2 Acrylic Mixed Media 90x90cm RM2000.00

Beauty Has Its Price Acrylic Mixed Media 90x60cm RM1600.00 Fazz Ramli [email protected]

Gumum (siri2) Mixed Media 3ft X 4ft RM2000.00

Hazrol bin salleh [email protected] Gumum (siri1) Mix Media 4ft X 5 ft RM3000.00

Molotra Sang Gummum 2 Mix Media 1 1/2ft X 2ft RM1200.00

Molotra Sang Gummum Mix Media 1 1/2ft X 2ft RM1200.00 Ifhamudin bin Mohammed [email protected]

Sang Lagenda Acrylic on Canvas 110cm X 140cm RM3000.00


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook