INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : NUR AIMAN BINTI AZMAN No. K/P : 021027-07-0424 Angka Giliran : 2022242310053 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : Y2 Nama Pensyarah : PN. ROS ANITA KARTINI BINTI MOHAMED Tarikh Hantar : 13 FEBRUARI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Tandatangan Cop Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ JKA/Ogos2022
Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam Puisi Melayu Tradisional. (C2, HPP1) 2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2). 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2, HPP5, KKG1, KIK2) Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3. Objektif Pentaksiran Berterusan Pelajar dapat: 1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. 2. Memperincikan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera melalui persembahan simulasi puisi kanak-kanak “Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah) Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook. ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas. JKA/Ogos2022
PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi maka dengan izin dan inayahNya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan penuh jayanya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan tugasan kerja kursus ini supaya dapat menilai kefahaman dan juga kemampuan saya dalam kursus yang saya pelajari ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ros Anita Kartini Binti Mohamed kerana memberi tunjuk ajar kepada kami dalam mencurahkan ilmu pengetahuan dalam kursus BMMB1104 Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu pada kali ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada Puan Ros Anita kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini dengan penuh semangat. Semoga ilmu yang telah dicurahkan oleh puan menjadi asbab dalam kejayaan kami dalam tugasan pada kali ini, Insha-Allah. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan Unit Y2 yang memberikan nasihat kepada saya serta kata-kata semangat dalam menyampaikan tugasan pada kali ini. Tanpa bantuan mereka sudah tentu tugasan ini tidak akan siap dengan sempurna. Semoga dengan usaha kita dapat menjadikan kita seorang guru yang berjaya pada masa akan dating. Harapan saya terhadap tugasan ini akan membuahkan hasil dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. Saya juga berharap agar hasil kerja saya ini dapat membakar semangat dalam menghadapi tugasan-tugasan yang seterusnya. Oleh itu, saya berharap agar tugasan ini akan menabahkan lagi ilmu pengetahuan saya serta dapat menjadi seorang pendidik yang mampu menanam semangat anak bangsa dalam mencapai cita-cita serta menjadi insan yang berjaya. JKA/Ogos2022
ISI KANDUNGAN PENGENALAN ............................................................................................5 1.1 FUNGSI SASTERA................................................................................5 PUISI ............................................................................................................7 2.1 DEFENISI DAN KONSEP PUISI............................................................7 2.2 FUNGSI PUISI .......................................................................................7 PUISI TRADISIONAL...................................................................................8 3.1 DEFINISI DAN KONSEP PUISI TRADISIONAL....................................8 3.2 FUNGSI PUISI TRADISIONAL ..............................................................8 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM PUISI TRADISIONAL .............................................................................................9 4.1 AKAL BUDI DALAM PANTUN ..............................................................9 KESIMPULAN............................................................................................10 BIBLIOGRAFI ............................................................................................11 JKA/Ogos2022
PENGENALAN Susastera atau sastera boleh didefinisikan sebagai seni yang memantulkan keindahan dengan bahasa (novel, sajak, dan lain-lain), karang-mengarang, persuratan dan seni sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Selain itu, sastera ditafsirkan sebagai tulisan, huruf dan hiburan yang bertujuan untuk melahirkan keseronokan. (Kamus Bahasa Melayu). Oleh itu, kesusasteraan ialah hasil seni bahasa. Dalam erti kata lain sastera merupakan pengucapan atau penulisan yang indah-indah serta mampu memberi keseronokan kepada pembaca mahupun pendengar. Secara zahirnya, kesusasteraan tidak terpisah daripada kehidupan dan budaya masyarakat. Hal ini kerana, sastera ialah ekspresi dan ungkapan untuk mengeluarkan buah fikiran, perasaan atau pengalaman dalam diri manusia. Malahan sastera mempunyai bentuk-bentuk dan bahasa-bahasa yang bermacam-macam. 1.1 FUNGSI SASTERA Kesusasteraan Melayu sebenarnya telah lama wujud dalam diri masyarakat Melayu. Kewujudan dan keindahan sastera dapat dilihat dalam konteks penceritaan, gaya bahasa, dan peranan didaktik yang ada pada sastera itu sendiri. Oleh itu, fungsi sastera Melayu diwujudkan adalah untuk memupuk kognitif yang bijaksana dalam mencapai kemajuan setara dengan kemaslahatan hidup. Kesusasteraan dapat berfungsi sebagai alat untuk pendidikan kepada masyarakat. Pembelajaran sastera telah disediakan bagi membolehkan pelajar menjiwai nilai murni dari aspek kemanusiaan, kemasyarakat, kerohanian, kebudayaan dan menyamai rasa cinta dan bangga akan tanah air. Pendidikan kesusateraan ini mampu melahirkan modal insan yang menerapkan konsep insaniah sebagai ketetapan kehidupan. Contohnya, syair Martabat Ilmu yang mengisahkan tentang Nabi Musa dan Nabi Khidir : Manusia dinilai bukan luaran, Layanan kasar bukan dihairan, Memelihara harta jadi sandaran, Agar Si yatim tidak kebuluran. (Martabat Ilmu, Rangkap 11) JKA/Ogos2022
Sastera juga berfungsi sebagai hiburan yang menghasilkan keseronokan semasa kata-kata diungkap bersama-sama irama ataupun rentak yang indah. Fungsi hiburan ini menjadikan sesuatu karya lebih diminati. Contohnya, pantun terkenal dengan keupayaannya membawa kepada keindahan yang menghiburkan : Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki, Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. Di samping itu sastera juga berfungsi sebagai elemen dakwah kepada kehidupan seseorang. Perkara ini dapat memberi keinsafan dan nilai yang baik terhadap masyarakat. Sajak ‘Peringatan Kepada Manusia’ karya Hamzah Fansuri adalah contoh kepada penerapan unsur dakwah dan keagamaan terhasil. Antara baitnya : Ingat apabila Dia bersumpah dengan Hari Kiamat Apakah manusia mengira dia tidak akan mengumpul tulang belulang? Dia berkuasa menyusun kembali jari-jemarimu Dengan sempurna Ingatlah pada hari itu Pabila bulan telah hilang cahayanya Matahari dan bulan telah berkumpul Pada hari itu manusia akan berkata: ke mana tempat lari? Hanya kepada Tuahanmu tempat kembali Manusia akan diberitakan apa yang telah dikerjakan Dan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri… (Suhaimi Haji Muhammad, 1995:58) JKA/Ogos2022
PUISI 2.1 DEFENISI DAN KONSEP PUISI Puisi diertikan sebagai karangan yang berangkap dan memiliki kalimat yang tidak bebas terutamanya dalam aspek rima, suku kata serta pemilihan diksi pada ayat. Kebiasaanya puisi menggunakan bahasa yang ringkas dan padat akan tetapi mengandungi makna yang sangat mendalam dan berkesan. Oleh hal yang demikian, puisi mengupayakan pengkaryanya berfikir secara mendalam dan luas walaupun membabitkan perasaan dan emosi yang sensatif. (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2010:277). Seterusnya, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, puisi adalah karangan yang berbentuk sajak, syair, pantun dan lain-lain. Oleh itu, puisi dapat diistilahkan sebagai sebuah karangan bebas melalui penggunaan bahasa yang padat namun mempunyai makna yang luas seperti sajak, pantun dan lain-lain. Manakala Herman J. Waluyo (1994) beranggapan bahawa puisi adalah satu bentuk karya sastera yang mengeluarkan perasan serta pemikiran penyair secara imaginative atau kreatif dengan menggunakan kesemua bahasa dari struktur fizik (luaran) dan batin (dalaman). 2.2 FUNGSI PUISI Karya-karya puisi mampu memberi fungsi yang bernilai dalam kehidupan sesuai dengan hakikat puisi yang bersifat sebagai ekspresi bagi kehidupan manusia. Oleh yang demikian puisi dapat berfungsi sebagai medium untuk mengujarkan kritik sosial, protes dan keresahan. Sesuatu yang dipaparkan didalam puisi selalunya menceritakan realiti kehidupan dan masalah-masalah yang sering berlaku. Lazimnya, karya-karya puisi ini dikarang bertujuan untuk mengkritik, menyampaikan mesej atau menegur tindakan dan perbuatan masyarakat Melayu. Contohnya, di dalam syair Bahaya Fitnah Rangkap ketiga : Ingatlah manusia akan difitnah, Banyak negara akan musnah, Ingat diri dari tanah, Banyak fitnah umpama nanah. (Bahaya Fitnah, Rangkap 3) JKA/Ogos2022
Seterusnya, puisi juga berfungsi sebagai saluran yang mengungkap pengalaman dan isi hati seseorang. Misalnya, puisi-puisi yang bertemakan cinta dengan kata-kata yang menzahirkan isi hati sewaktu percintaan : Apa guna pasang pelita, Jika tidak dengan sumbunya, Apa guna bermain mata, Kalau tidak dengan sungguhnya. PUISI TRADISIONAL 3.1 DEFINISI DAN KONSEP PUISI TRADISIONAL Puisi tradisional adalah paparan dan cerminan kehidupan masyarakat Melayu lama. Za’ba (1962) berpendapat bahawa puisi tradisional Melayu melihat kepada susunan perkataan melalui karangan yang berangkap. Manakala menurut Harun Mat Piah (1989) menafsirkan puisi tradisional sebagai satu bentuk pengucapan dalam urutan kata yang istimewa berbanding pengucapan biasa seperti pertuturan seharian. Namun pengucapan dalam puisi lebih memfokuskan kepada unsur bahasa dari sudut intelektual dan logikal. Selain itu, puisi tradisional juga terdiri daripada sastera rakyat yang bukan berbentuk cerita seperti pantun, syair, gurindam, dan seloka. 3.2 FUNGSI PUISI TRADISIONAL Puisi tradisional Melayu asalnya berfungsi sebagai alat untuk menghiburkan masyarakat atau individu. Namun fungsinya menjadi semakin luas apabila puisi tradisional dijadikan sebagai wahana kepada pendidikan sama ada dari aspek tingkah laku atau penambahan ilmu pengetahuan. Di samping itu, puisi tradisional juga telah berfungsi sebagai salah satu instrumen kepada perpaduan negara. Pengajaran perpaduan dalam kesusasteraan Melayu telah diwujudkan agar rakyat lebih menghargai dan menyayangi tanah air mereka melalui puisi-puisi yang dicipta. Disimpulkan bahawa puisi tradisional kini telah berfungsi dalam pelbagai aspek bukan semata-mata sekadar hiburan. JKA/Ogos2022
MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM PUISI TRADISIONAL 4.1 AKAL BUDI DALAM PANTUN Menurut Za’ba (1978) pantun merupakan kaedah rangkapan tertua dan milik asal masyarakat Melayu. Beliau juga berkata bahawa sebelum orang Melayu mengetahui surat-menyurat mereka pada awal lagi telah pandai untuk berpantun dan mampu berbalas antara satu sama lain. Pembentukan pantun ini terdiri daripada dua, empat, enam, lapan, dan dua belas rangkap serta pantun berkait. Bentuk dan bahasa pantun sememangnya bebas dan tidak terikat dengan pantang-larang. Ungku Aziz (2011) berpendapat bahawa pantun tidak wujud dalam kekosongan. Pantun berperanan sebagai manifestasi terbaik dalam seni sastera Melayu. Melalui pantun seseorang itu dapat mengkaji struktur sosial orang Melayu lama, akal budi, sikap serta pemikiran yang mereka percayai. Dalam apa jua keadaan, pantun mempunyai bentuk fizikal yang mengandungi pembayang dan maksud. Contoh pantun : Puas sudah menanam ubi, Nanas juga dipandang orang, Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang. Pantun ini dapat dilihat dari perspektif pemikiran yang tersirat iaitu diksi pada pembayang tersebut mengaitkan unsur alam iaitu ubi dan buah nanas. Buah nanas ini mempunyai bau yang manis dan warnanya yang kuning keemasan apabila telah masak. Oleh itu, dapat dilihat bahawa nanas telah dikaitkan dengan emas yang menyebabkan masyarakat lebih tertarik untuk memilikinya berbanding ubi. Manakala berbeza pula dengan ubi yang disamakan dengan sikap orang berbudi dan sememangnya tidak suka untuk menampilkan kehebatan dirinya. Maka seperti ubi berisi namun tetap berada di dalam tanah atau di bawah. Kehebatan akal budi dalam pantun ini dilihat sebagai satu nasihat kepada masyarakat agar melihat tinggi terhadap nilai budi berbanding emas. Selain itu, dalam aspek pembayang pantun ini juga mengaitkan budi dan emas dengan nanas yang merupakan pencuci mulut dan ubi adalah makanan ruji. Jadi dapat dilihat bahawa dalam konteks keperluan hidup ubi lebih produktif berbanding buah nanas. Begitulah umpamanya antara budi dan emas. JKA/Ogos2022
Dalam pada itu, kita seharusnya tidak lupa bahawa sejak dahulu lagi pantun telah menjadi suatu saluran kepada adat-adat yang dipegangi sesebuah masyarakat tersebut. Pada ketika itu, masyarakat Melayu tradisional kurang mendalami ilmu penulisan maka saluran secara lisan atau pertuturan telah menjadi salah satu cara untuk menyebarkan adat serta peraturan masyarakat itu sendiri. Contohnya seperti dalam adat perkahwinan. Contoh puisi berkaitan adat yang lazim didengar : Ada sirih ada pinang, Nantikan gambir dengan kapur, Sudah dipilih sudah dipinang, Hanya menanti ijab dan kabul. KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan yang dibuat dapat dibuktikan bahawa sastera adalah seni bahasa yang menceritakan mengenai pemikiran pengarang berdasarkan pengalaman atau kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri. Sastera Melayu juga telah mengalami evolusi yang positif mengikut peredaran zaman. Dalam hal ini, puisi tradisional telah meluaskan fungsinya kepada masyarakat dalam aspek yang pelbagai. Puisi tradisional mampu menyemai serta melahirkan insan yang lebih bermutu melalui pembelajaran serta pengajaran sastera terutamanya di sekolah. Kini, puisi Melayu bukan sahaja sebagai alat untuk menghiburkan diri namun sebagai alat untuk memgukuhkan keperibadian dan tingkah laku yang baik dalam diri seseorang. Di samping itu, kesusasteraan juga telah menjadi tonggak utama kepada masyarakat dalam memahami pemikiran, kehidupan dan budaya sesuatu masyarakat. Kesimpulannya, diharapkan agar karya sastera ini kekal sebagai salah satu seni Melayu yang indah dalam kalangan masyarakat. JKA/Ogos2022
BIBLIOGRAFI Binti, N., & Jabar, A. (2015). Keunggulan unsur falsafah pendidikan kebangsaan dalam puisi tradisional Melayu KOMSAS (IR). https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/1249_1249.pdf Haji Omar, A. (2012). KESUSASTERAAN DAN PERANAN PUISI DALAM KEHIDUPAN KANAK-KANAK: THE ROLE OF LITERATURE AND POETRY IN CHILDREN’S LIVES. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 1, 87–121. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/755 Harun Mat Piah, (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka. Harun Mat Piah, Kerajaan Negeri Sarawak, Sastera, D., Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena, Pustaka, D., Tenggara, A., Kesenian, D., & Angkatan Sasterawan Sarawak (Aksara. (2003). Puisi melayu tradisional cabaran dan peranannya dalam era globalisasi. Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia (Dbp). Ishak, A., Ja'afar, S., & Abdullah, A. (2018). Children's Pantun from the Perspective Riffaterre's Semiotics. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 11(1), 88-109. Retrieved from http://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/view/3114 Kartini, R., & Ali, A. (2021). Implikasi Elemen Sastera Melayu Terhadap Perkembangan Kognitif Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 116-126. Retrieved from https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/16163 JKA/Ogos2022
Mohamed, R., Ali, A., & Kata, N. (2021). Unsur Sastera Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Rendah Melahirkan Murid Berfikiran Kritis. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 540-550. Retrieved from https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/14364 Rahmat, A., Zainuddin, M. N., Abu Bakar, S., Hassan, H. A. R., & Awang, H. (2022). Pengenalan Kesusasteraan (1st ed., pp. 3–62). Pustaka Al-Ehsan. JKA/Ogos2022
Search
Read the Text Version
- 1 - 12
Pages: