Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Pendidikan_Islam_(Masalah_Pembelajaran)_Tahun_2

Pendidikan_Islam_(Masalah_Pembelajaran)_Tahun_2

Published by Madzani Saidie, 2021-07-25 01:49:26

Description: Pendidikan_Islam_(Masalah_Pembelajaran)_Tahun_2

Search

Read the Text Version

Saya Amin. Waktu zuhur Inilah rutin saya setiap Mulai gelincir matahari hingga hari. bayang sesuatu benda serupa panjangnya dengan benda itu. Waktu asar Mulai habis waktu zuhur hingga terbenam matahari. • Bersoal jawab dengan murid. 4.2.2 95 Nota Guru • Galakkan murid bercakap dan memberikan idea.

Mari berpantun Dirikan solat sebagai ibadat, Lima waktu setiap hari; Solat subuh dua rakaat, Sebagai mula waktu pagi. Setelah masuk waktu pagi, Lakukan kerja mendapat berkat; Jangan kita lupa lagi, Solat zuhur empat rakaat. Penat sudah kita belajar, Mari nikmati minum petang; Jangan kita sering tersasar, Empat rakaat asar di sebelah petang. Cantik sungguh wajah si manja, Tanda Allah memberi nikmat; Apabila tiba waktu senja, Bersolatlah kita tiga rakaat. Teringat mati teresak-esak, Terasa seperti sungguh dekat; Sesudah maghrib datang isyak, Ayuh bersolat empat rakaat. 96 • Minta murid membaca secara kelas, kumpulan dan individu. 4.2.3 Nota Guru • Bincangkan isi pantun bersama-sama dengan murid.

Aktiviti Baca dan fahami. *Solat ialah perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam. Sumber: Mustafa Al-Khin dan Syeikh Ali Asy-Syarbaji, 2004. Fiqhul Manhaji Syafie. Kuala Lumpur: Darul Fajr. • Bimbing murid membaca pengertian solat. 97 Nota Guru • Murid menjelaskan kepada rakan pengertian solat. 4.2.1

Teka Silang Kata Solat A 5. 1. IS 4. 2. MGR B S 3. ZHR R Soalan: Menegak 1. Solat fardu yang dikerjakan pada waktu pagi. 2. Solat fardu antara waktu zuhur dengan waktu maghrib. Melintang 3. Solat fardu empat rakaat pada waktu tengah hari. 4. Solat fardu yang dilakukan sebanyak tiga rakaat. 5. Solat fardu empat rakaat pada waktu malam. 98 • Bimbing murid menyelesaikan silang kata. Nota Guru • Berikan pujian kepada murid yang berjaya.

Perhatikan dan kenal pasti solat fardu berdasarkan situasi. 12 3 Info *Waktu solat berbeza mengikut tempat termasuk Sabah dan Sarawak. 45 • Bantu murid memahami gambar. 99 • Minta murid kenal pasti gambar dan solat fardu yang didirikan dalam kehidupan seharian. Nota Guru • Bincang dengan murid jawapan yang betul.

Mari bermain Cabaran Tunaikan Solat Arahan permainan: Disiplinkan Diri dengan • Sediakan peralatan (bola pingpong bernombor 1, 2, 3, 4 dan 5, tudung botol sebagai penanda, kotak dengan lubang sebesar Solat bola pingpong). Masukkan bola pingpong ke dalam kotak. • Pemain bergilir-gilir mengeluarkan bola pingpong daripada lubang kotak dengan cara menggoyangkan kotak tersebut. Gerakkan penanda mengikut nombor pada bola pingpong. • Pemain yang paling awal sampai di petak penamat dikira sebagai pemenang. 100 • Terangkan cara permainan kepada murid. • Pastikan aktiviti dijalankan dalam keadaan terkawal. Nota Guru • Berikan ganjaran kepada murid yang menang.

Unit 4.3 Perlakuan Solat Perhatikan dan fahami Nota Guru • Sumbang saran bersama-sama dengan murid tentang gambar. 101

Baca dan fahami 1 Berdiri betul dan niat 2 Takbiratulihram 102

Perlakuan Wajib Perlakuan Sunat 3 Kiam dan membaca al-Fatihah 4 Rukuk serta tamakninah 103

5 Iktidal serta tamakninah 6 Sujud serta tamakninah 104

Perlakuan Wajib Perlakuan Sunat 7 Duduk antara dua sujud serta tamakninah 8 Duduk tahiyat awal 105

Perlakuan Wajib Perlakuan Sunat 9 Duduk tahiyat akhir 10 Memberi salam ke kanan 106 • Bimbing murid membaca dan memahami perlakuan solat. • Bimbing murid memahami perbezaan perlakuan wajib dan Nota Guru sunat dalam solat. 4.3.1

Perlakuan wajib dalam solat Perlakuan sunat dalam solat Info Duduk iftirasy - duduk tahiyat awal. Duduk tawaruk - duduk tahiyat akhir. Nota Guru • Bimbing murid memahami perbezaan gambar. 4.3.2 107

Aktiviti Susun perlakuan solat mengikut urutan berdasarkan gambar. Berdiri betul Memberi salam Rukuk serta bagi yang ke kanan. tamakninah. berkemampuan. Mengangkat tangan Sujud serta Duduk tahiyat akhir. ketika takbiratulihram. tamakninah. Duduk antara dua sujud Iktidal serta serta tamakninah. tamakninah. 108

Simulasikan perlakuan yang berikut. Mengangkat Rukuk serta Duduk tangan ketika tamakninah tahiyat awal takbiratulihram Sujud serta Iktidal serta Memalingkan tamakninah tamakninah muka ketika memberi salam Namakan perlakuan solat pada gambar. Nota Guru • Bimbing murid melakukan aktiviti hingga berjaya. 109

Bezakan perlakuan wajib dan sunat dalam solat. Kiam Rukuk serta tamakninah Mengangkat tangan Iktidal serta tamakninah ketika takbiratulihram Duduk tahiyat akhir Duduk antara dua sujud serta tamakninah 110 Nota Guru • Buat penilaian kefahaman murid.

Pelajaran HIDUP BERADAB 5 MEMBAWA MANFAAT Unit 5.1 Adab Sebelum Tidur dan Bangun Tidur Lihat dan fikirkan • Sumbang saran tentang gambar dengan murid. 111 • Galakkan murid menceritakan amalan yang biasa dilakukan sebelum tidur. Nota Guru • Kaitkan gambar dengan tajuk.

Perhatikan dan baca Ad1ab sebelum tidur dan bangun tidur. Memakai pakaian yang sesuai. 2 Menggosok gigi. Mengambil wuduk. 3 4 Bersalaman 5 Mengibas dengan tempat ibu dan tidur. bapa. 112

6 Membaca doa 7 Bangun tidur. awal dan membaca doa bangun tidur. 8 Mengemas tempat tidur. 9 Mandi. 10 Solat subuh. • Bersoal jawab dengan murid berkenaan amalan biasa yang dilakukan sebelum tidur dan selepas bangun tidur. • Bimbing murid membaca secara latih tubi. • Sentiasa mengingatkan murid supaya mengamalkan 113 Nota Guru adab sebelum tidur dan selepas bangun tidur. 5.1.1

Perhatikan dan baca Adab sebelum tidur Memakai pakaian yang sesuai Bersalaman dengan ibu dan bapa Menggosok gigi Mengibas tempat tidur .‫بِ ْس ِم َك اللّٰ ُه َّم أَ ْح َيا وأَ ُم ْو ُت‬ Ertinya: Dengan nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati. Mengambil wuduk Membaca doa tidur 114

Adab selepas tidur Bangun awal Menggosok gigi .‫َب ْعاَلَْد ََمحا ْمأَ ُدَمالِ َّتٰل َنِهاالََّوإِ ِذلَيْ ْ ِيه أاَل ْنُّحيَ ُاشنَ ْوا ِر‬ Ertinya: Segala puji bagi Allah SWT yang telah menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami dan kepada-Nya dikembalikan. Membaca doa bangun tidur Mandi Mengemas tempat tidur Berwuduk dan solat subuh • Bimbing murid mengenal pasti adab sebelum tidur dan selepas tidur. 115• Berbincang dengan murid adab tidur yang mereka selalu lakukan. Nota Guru • Galakkan murid supaya sentiasa mengamalkan adab tidur. 5.1.2

Baca dan bincangkan Merehatkan badan Mendisiplinkan diri Badan Kebaikan Mendapat sihat Beradab Sebelum pahala Tidur dan Selepas Tidur Terhindar daripada Mendapat gangguan syaitan perlindungan Allah SWT Mengikut sunah Rasulullah SAW 116 • Baca bersama-sama dengan murid. • Bimbing murid memahami isi kandungan. Nota Guru • Pelbagaikan kaedah bacaan mengikut kesesuaian PdPc. 5.1.3

Aktiviti Baca dan lakonkan adab-adab tidur di dalam kelas. Memakai pakaian yang sesuai Menggosok gigi Mengambil wuduk Bersalaman dengan ibu dan bapa Mengibas tempat tidur Membaca doa sebelum tidur Bangun awal Membaca doa bangun tidur Mengemas tempat tidur Mandi Solat subuh Nota Guru • Bimbing murid membaca adab-adab tidur. 117 • Bantu murid melakonkan adab-adab tidur. • Minta murid membaca dan menghafaz doa sebelum tidur dan bangun tidur secara latih tubi.

Mari semak. Esok Amir akan pergi ke sekolah. Kenal pasti perlakuan adab sebelum dan selepas tidur yang perlu dilakukan oleh Amir. Perlakuan adab tidur Sebelum Selepas Mandi Menggosok gigi Memakai pakaian yang sesuai Mengemas tempat tidur Mengambil wuduk dan solat subuh Bangun awal Bersalaman dengan ibu dan bapa Mengambil wuduk Membaca doa bangun tidur Mengibas tempat tidur Membaca doa sebelum tidur 118 • Bimbing murid membaca teks. Nota Guru • Bersoal jawab dengan murid tentang adab tidur.

Kenal pasti kebaikan beradab sebelum tidur dan selepas tidur. Badan sihat Mendisiplinkan Mendapat diri pahala Merehatkan badan Terhindar Mendapat daripada perlindungan Mendapat gangguan dosa syaitan Allah SWT Diredai Allah Mudah terkena Mengikut sunah SWT penyakit Rasulullah SAW • Minta murid menerangkan kelebihan menjaga adab tidur 119 dan keburukan tidak menjaga adab tidur. Nota Guru • Bantu murid bercakap dan mengeluarkan idea.

Nyatakan adab-adab sebelum tidur dan selepas tidur. Soalan Kuiz • Solat subuh pada waktunya. • Bersalaman dengan ibu dan bapa sebelum tidur. • Mengemas tempat tidur selepas bangun tidur. • Bangun awal dan mandi. • Berwuduk sebelum tidur. • Memakai pakaian yang sesuai. • Membaca doa tidur. (Minta murid baca) • Membaca doa bangun tidur. (Minta murid baca) 120 Nota Guru • Wujudkan dua kumpulan murid. • Gunakan soalan yang diberikan sebagai soalan kuiz. • Jalankan secara pusingan, iaitu satu soalan untuk satu pusingan. • Gunakan kreativiti bagi menarik minat murid. • Berikan pujian kepada kumpulan murid yang menang.

Unit 5.2 Beradab dengan Ibu dan Bapa Perhatikan dan fahami Nota Guru • Bersoal jawab dengan murid tentang gambar. 121

Amalkan Adab terhadap Ibu dan Bapa Mendahulukan ibu dan Tunduk apabila bapa ketika makan lalu di hadapan ibu dan bapa Amalkan Adab terhadap Ibu dan Bapa Duduk dengan sopan Ayah, boleh Amir keluar bermain bola? Meminta izin 122 Bermanis muka

Maafkan Info saya, ibu. Saya terlupa. Doa terhadap Ibu dan Bapa Gunakan bahasa Ertinya: Ya Allah, ampunilah dosaku yang baik dan dosa ibu bapaku serta rahmatilah Baiklah, kedua-duanya seperti mereka ibu. Saya memeliharaku sewaktu kecil. tolong ibu sangkutkan baju ini. Rendahkan suara apabila bercakap Amir! Ya, ibu. Segera menyahut panggilan Nota Guru • Bimbing murid menyatakan adab dengan ibu dan bapa. 5.2.1 123 • Minta murid menyebut adab lain terhadap ibu dan bapa.

Mari baca dan hayati Kebaikan Ikatan Beradab kekeluargaan dengan bertambah erat Ibu dan Bapa Diredai Allah SWT l7 Disenangi masyarakat 6 2 Disayangi ibu dan Berbahagia 3 bapa di dunia dan 5 di akhirat Jiwa tenang dan tenteram 4 Mendapat pahala 124 Nota Guru • Bimbing murid membaca carta. 5.2.2

Mari baca Akibat Tidak Beradab dengan Ibu dan Bapa l Dibenci Allah SWT. 2 Mendapat dosa. 3 Tidak disenangi masyarakat. 4 Hidup porak-peranda. 5 Balasan neraka. 6 Jiwa tidak tenang. 7 Hubungan kekeluargaan tidak mesra. Nota Guru • Nasihati murid agar sentiasa beradab dengan ibu 5.2.3 125 dan bapa.

Baca dan lakonkan l Gunakan bahasa yang baik. 2 Rendahkan suara. 3 Segera sahut panggilan. 4 Bermanis muka. 5 Meminta izin. 6 Duduk dengan sopan. 7 Mendahulukan ibu dan bapa ketika makan. 8 Tunduk apabila lalu di hadapan ibu dan bapa. 126 Nota Guru • Simulasi adab dengan ibu dan bapa. 5.2.4

Aktiviti Nyatakan adab berpandukan gambar. 1 Saya di hadapan ibu dan bapa. 2 Saya setiap hari. 3 Saya ketika makan. 4 Saya apabila bercakap dengan ibu dan bapa. Nota Guru • Baca bersama-sama dengan rakan. 127

Imbas Adabmu 3 1 Sediakan peralatan: peranti, komputer, LCD, akses Internet, kad Plickers. 2 Paparkan pilihan jawapan. 4 Edarkan kad Plickers. Arahan aktiviti: 5 Paparkan soalan. 1. Muat turun aplikasi Plickers pada peranti. Imbas jawapan. 2. Cetak kad jawapan daripada plickers.com/cards atau dapatkan daripada Amazon.com. Setiap kad memiliki ciri tersendiri untuk diberikan kepada setiap murid. Setiap bahagian kad mewakili pilihan jawapan yang dipilih (A, B, C atau D). 3. Nombor kad akan diberikan secara automatik kepada setiap nama murid yang dimasukkan. 4. Isi maklumat kelas dan murid dalam laman sesawang www.plickers.com. 5. Bina soalan dalam laman sesawang www.plickers.com atau dalam peranti pada “+” ikon. 6. Pilih soalan dalam peranti. 7. Imbas jawapan murid menggunakan ikon kamera dalam aplikasi Plickers. Data akan dihubungkan terus kepada soalan tersebut. Dapatan diperoleh secara terus. 8. Ulang langkah 7 dan 8. 128 • Bimbing murid membaca dan menyatakan kebaikan serta akibat tidak beradab. • Galakkan murid memberikan sumbang saran berkaitan Nota Guru isi pelajaran.

Diari Anak Soleh Tandakan ( ) jika anda lakukan. Bil. Adab Hari I SRKJ SA Menyahut 1. panggilan ibu dan bapa dengan segera. Merendahkan suara 2. apabila bercakap dengan ibu dan bapa. Bermanis muka 3. dengan ibu dan bapa. Tunduk apabila lalu 4. di hadapan ibu dan bapa. Mendahulukan ibu 5. dan bapa ketika makan. 6. Menggunakan bahasa yang baik. Nota Guru • Perbanyak salinan senarai semak. 129

Sudut Kreatif 4 Kad Ucapan Kasih Sayang 1 Guntingkan lakaran tapak tangan. Sediakan peralatan: kertas 5 warna, pen, pensel warna, gam, gunting, pengetap bercorak. 2 Buka lipatan dan hiaskan. Lipat dua kertas warna. 6 3 Persembahkan kad. Lukis tapak tangan. Kasih Ibu Membawa ke Syurga Kasih Ayah Sepanjang Masa 130 Nota Guru • Bimbing murid melakukan aktiviti dengan selamat.

Pelajaran HAYATI SIRAH 6 RASULULLAH SAW Unit 6.1 Peristiwa Kelahiran Nabi Muhammad SAW Perhatikan dan fahami Nota Guru • Sumbang saran tentang gambar dengan murid. 131

Mari membaca Mus, apakah Saya sedang membaca yang sedang tentang peristiwa awak baca? kelahiran Nabi Muhammad SAW. Mus, bolehkah awak Boleh. Nabi kongsikan maklumat Muhammad SAW yang awak baca tadi? dilahirkan pada 12 Rabiulawal 570 Masihi di Kota Makkah pada Tahun Gajah. 132

Aliff, sebenarnya terdapat Selain itu, ibu Baginda SAW beberapa peristiwa yang tidak merasai sebarang berlaku sebelum kelahiran kesakitan, kesusahan Nabi Muhammad SAW, iaitu: atau kepenatan semasa 1. Tentera bergajah mengandungkan Baginda pimpinan Raja Abrahah SAW. Wajah ibunya juga hendak menyerang Kota bercahaya. Tanah Arab Makkah tetapi gagal. yang kering-kontang turut 2. Bapa Baginda, Abdullah menjadi subur. bin Abdul Muttalib meninggal dunia ketika Baginda di dalam kandungan. Nota Guru • Bimbing murid memahami perbualan. 6.1.1 133

Baca dan fahami PERISTIWA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW SEBELUM SEMASA 1. Tentera bergajah 1. Nyalaan api pimpinan Raja sembahan Majusi di Abrahah cuba Parsi terpadam. menyerang Kota Makkah tetapi gagal. 2. Tiang Istana Qisra roboh. 2. Bapa Nabi Muhammad SAW, 3. Patung berhala Abdullah bin Abdul di sekitar Kaabah Muttalib meninggal musnah. dunia ketika Baginda di dalam kandungan. 4. Cahaya terang muncul semasa 3. Ibu Baginda sihat kelahiran Nabi ketika hamil. Muhammad SAW. 4. Tanah Arab menjadi subur. 134

SELEPAS KELEBIHAN 1. Nabi Muhammad 1. Kelahiran Nabi SAW disusukan oleh Muhammad SAW Halimatus Sa’diyah. membawa rahmat. 2. Malaikat Jibril a.s. 2. Seluruh bandar Syam membelah dada dan bercahaya. membersihkan hati Baginda dengan air 3. Halimatus Sa’adiyah zamzam. dikurniakan rezeki yang banyak. 3. Semasa kecil, Baginda dipelihara oleh bapa 4. Allah SWT memelihara saudaranya, Abu Talib. Baginda daripada gangguan syaitan. 4. Baginda membantu bapa saudaranya menggembala kambing. Nota Guru • Bimbing murid membaca, kemudian jelaskan. 6.1.1 - 6.1.2 135

Aktiviti Baca, pilih dan susun. Peristiwa yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW: 1. Tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW ialah Kota Makkah. 2. Tentera bergajah pimpinan Raja Abrahah hendak menyerang Kota Makkah tetapi gagal. 3. Abdul Muttalib telah mencari semula telaga zamzam untuk kegunaan penduduk Makkah. 4. Tanah Arab yang kering-kontang menjadi subur. 136 • Pilih murid yang mahir membaca untuk membantu rakan 6.1.1 memahami gambar. • Minta seorang murid secara bergilir memilih gambar berdasarkan keterangan dan letakkan di tapak diorama. • Minta murid jelaskan semula tentang gambar yang dipilih. • Jelaskan tujuan ilustrasi gambar yang digunakan kepada murid. Nota Guru

Mari kenali Nabi Muhammad SAW Kenal pasti peristiwa sebelum, semasa atau selepas berdasarkan gambar. Nota Guru • Jelaskan kepada murid tentang tujuan gambar ilustrasi. 6.1.1 137

Pertandingan dikir barat Buat persembahan dikir barat di hadapan guru dan rakan di dalam kelas. Dikir Barat Rasulullah SAW Sayang Nabi, sayang semua, Nabi Muhammad rasul junjungan kita, Sayang Allah, cinta nabi, Agar hidup kita selalu diberkati. *(Ulang) Lahirnya Muhammad pemberi rahmat, Muncul cahaya penerang umat, Patung berhala semuanya musnah, Tiang Istana Qisra juga rebah. Rasulullah lahir di Kota Makkah, 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah, Ibu Baginda bernama Aminah, Nama bapa Baginda pula Abdullah. Baginda yatim dalam kandungan, Dijaga oleh datuk kesayangan, Tanah Arab turut subur, Telaga zamzam sumber tersohor. 138 Nota Guru • Ikut melodi lagu Wau Bulan. 6.1.1 • Jalankan aktiviti dikir barat dengan murid di dalam kelas.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook