Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Test pdf OACP KePKAS 27 Feb 2021

Test pdf OACP KePKAS 27 Feb 2021

Published by Adam Valentine, 2021-03-14 09:15:48

Description: Test pdf OACP KePKAS 27 Feb 2021

Search

Read the Text Version

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 Organizational Anti Corruption Plan KEMENTERIAN PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR (KEPKAS)

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 Hak Cipta Terpelihara @ Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar 2021 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Diterbitkan Oleh: Jawatankuasa Pelaksanaan OACP KePKAS Rekabentuk dan Cetakan: Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah 1

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 AMANAT KEPIMPINAN YANG BERHORMAT DATUK JAFRY BIN HAJI ARIFIN MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin- Nya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam membangunkan pelan ini. Ianya merupakan hasrat kita bersama untuk memastikan “Malaysia Dikenali Kerana Integriti Dan Bukannya Rasuah”. Saya berbesar hati dengan hasil usaha, komitmen serta kerjasama erat daripada warga Kementerian dan jabatan/agensinya untuk menyahut seruan kerajaan dalam membenteras gejala rasuah. Pembangunan pelan ini adalah melalui penyatuan inisiatif-inisiatif serta usaha berkaitan integriti, tadbir urus dan antirasuah. Justeru itu, adalah diharapkan agar warga Kementerian serta jabatan/agensinya memberikan komitmen dalam memastikan pelaksanaan setiap inisiatif yang telah dirancang dan digariskan dalam pelan OACP 2021-2025 KePKAS. Saya yakin usaha-usaha ke arah pemantauan pelaksanaan semua inisiatif akan dilaksanakan dengan rapi dan penambaikan dilakukan secara berterusan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam lebih berkesan kepada pemegang taruh, pelanggan dan masyarakat. Akhir sekali, saya menyeru semua pihak khususnya warga KePKAS dan jabatan/agensinya untuk berganding bahu bagi menjadikan negeri ini sentiasa bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta berkhidmat dengan profesional dan lebih berintegriti. Sekian. 2

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 YANG BERBAHAGIA TUAN JAMILI NAIS, PhD Setiausaha Tetap Salam sejahtera, Pelan Antirasuah Organisasi atau Organizational Anti Corruption Plan (OACP) KePKAS 2021-2025 merupakan dokumen dasar antirasuah di peringkat Kementerian yang bertujuan menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan membanteras rasuah dalam perkhidmatan pentadbiran kerajaan. Selaras dengan penekanan 22 inisiatif daripada 115 inisiatif di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, Bidang Keutamaan Strategi 2 Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam no. 2.1.5, jelas mewajibkan sektor awam untuk membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP). Maka itu, dengan adanya Pelan Antirasuah Organisasi atau Organizational Anti Corruption Plan (OACP) KePKAS 2021-2025, ianya menekankan kepada mekanisme bagi mewujudkan kawalan dalaman yang membolehkan sumber-sumber organisasi diarah, dipantau dan diukur untuk mengurangkan karenah birokrasi serta mencegah perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Adalah besar harapan saya agar OACP 2021-2025 KePKAS ini dapat dijadikan rujukan komprehensif dan inklusif kepada semua warga kerja Kementerian dan jabatan/agensi dibawahnya dari peringkat pengurusan tertinggi sehingga ke peringkat bawah supaya setiap individu dapat melaksanakan pelan tindakan bagi menzahirkan organisasi bebas rasuah dan berintegriti. Saya percaya pelan yang dibangunkan ini berupaya melonjakkan imej dan prestasi KePKAS dan jabatan/agensinya dengan menjadikan aspek pengukuhan integriti, governans dan antirasuah sebagai satu budaya Akhir kata, setiap warga KePKAS dan jabatan/agensinya perlu menghayati dan memelihara imej perkhidmatan awam sebagai entiti awam yang perlu menerapkan prinsip amanah, ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang berintegriti. Sekian. 3

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 PERNYATAAN KOMITMEN PENGURUSAN TINGGI Pelan Antirasuah Organisasi / Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) 2021-2025 Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) merupakan “living document” antirasuah utama serta milik organisasi yang memaparkan kesungguhan dan komitmen seluruh warga KePKAS dan jabatan/agensi dibawahnya untuk menolak serta menghapuskan amalan rasuah dan salahlaku integriti dalam Kementerian. Komitmen ini bukan sahaja mendukung kepada kehendak Kerajaan sebagaimana dinyatakan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) malah turut diperkasakan dengan kata-kata ulasan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali bahawa “Penjawat awam perlu berpegang teguh kepada nilai integriti bagi mengelak terbabit dengan gejala rasuah dan mendapat keberkatan hidup. Hanya nilai integriti, kejujuran dan amanah yang kukuh dalam diri seseorang dapat menangkis godaan rasuah serta salah guna kuasa”. Pengurusan Atasan menyedari bahawa tindakan drastik perlu diambil bagi menangani masalah rasuah yang mungkin sedang berlaku dan bakal akan wujud. Dengan itu, OACP ini perlu dibangunkan sebagai bukti komitmen dan rujukan kepada seluruh warga Kementerian dalam menangani gejala rasuah dan salah guna kuasa yang jelas mencalarkan imej organisasi. Dalam membangunkan OACP, aspirasi negara serta visi NACP diambil kira untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bebas rasuah. Hala tuju yang sama juga diterjemahkan dalam OACP ini, dengan harapan KePKAS dilihat sebagai agensi kerajaan yang bebas rasuah serta sekali gus merealisasikan dan menyuburkan persepsi positif masyarakat. 4

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 Penghasilan OACP ini telah mendapat sokongan penuh daripada pelbagai pihak yang menyumbang input bagi penilaian risiko, antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Unit Integriti Negeri Sabah (UiNS) dan juga Jabatan Audit Negara cawangan Sabah. S etiap intipati OACP telahpun mengambil kira senario dan punca permasalahan rasuah daripada dalaman mahupun luaran. Bagi memastikan kejayaan dan kelestarian OACP ini, telah ditetapkan perancangan yang seiring dengan keperluan dan kehendak masa akan datang seperti keperluan teknologi terkini, kesesuaian dengan undang-undang dan dasar Kerajaan serta cabaran-cabaran yang telah digariskan dalam perancangan senario OACP. Melalui kerjasama dalaman serta pemegang taruh luaran, adalah menjadi harapan agar setiap pelaku rasuah harus dikenakan hukuman setimpal berlandaskan undang-undang pencegahan rasuah yang berkuatkuasa. Bermula dengan usaha ini, masyarakat akan memberi penghormatan tinggi kepada setiap sumbangan Kementerian serta jabatan/agensinya dalam melaksanakan setiap tanggungjawab di samping meningkatkan keyakinan masyarakat. Harapan yang diletakkan ini adalah tinggi dan Kementerian memerlukan sokongan dan komitmen penuh semua pihak untuk menghentikan sebarang bentuk rasuah. 5

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS PIN 2004 GTP 1.0 2010 GTP 2.0 2012 NACP 2019 Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) yang pertama yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Jun 2018 telah membuat keputusan untuk merangka dan membangunkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) bagi menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini bertujuan untuk menetapkan sasaran yang praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus dalam tempoh lima (5) tahun akan datang. Bagi mencapai hasrat murni tersebut, segala bentuk usaha pencegahan rasuah sedia ada sama ada melalui Pelan Integriti Nasional (PIN), Pelan Transformasi Kerajaan (GTP 1.0), Pelan Transformasi Kerajaan (GTP 2.0), Pelan Integriti Nasional (PIO) dan sebagainya akan diambilkira, ditambahbaik, dikaji dan diolah semula berdasarkan kerangka NACP yang lebih komprehensif dan lebih praktikal. Pelan ini juga perlu dilaksanakan melalui tadbir urus yang lebih baik manakala sistem arahan pelaksanaan dan pelaporannya juga perlu lebih jelas. Situasi ini secara langsung akan mendorong setiap peringkat warga KePKAS dan jabatan/agensinya untuk sama terlibat bagi menjayakan pelaksanaan OACP KePKAS ini. 6

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 RINGKASAN EKSEKUTIF Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) ini dibangunkan seiring dengan komitmen Kerajaan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 bagi mencapai aspirasi agar negara Malaysia akan dikenali “Kerana Integritinya dan bukannya Rasuah”. Ia merupakan dokumen penting yang menjadi panduan untuk menangani masalah rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan dan salahlaku dalam sesuatu organisasi penjawat awam. Keberkesanan OACP bergantung penuh kepada komitmen seluruh warga KePKAS. Justeru itu, OACP ini turut memberi tumpuan kepada pengamalan nilai tinggi oleh warga KePKAS melalui pembudayaan nilai-nilai Bersih, Cekap dan Amanah, Ketelusan, Akauntabiliti & Integriti serta konsep H.I.T iaitu Harmony, Integrity and Target yang mana akan mendukung dan menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan usaha-usaha pencegahan rasuah pada masa hadapan. Secara dasarnya, OACP KePKAS 2021-2025 dibangunkan dengan objektif: a) menggariskan kerangka dan hala tuju tindakan pencegahan bagi menangani isu dan pemasalahan rasuah khususnya di Kementerian dengan lebih jelas dan berkesan ; b) membudayakan amalan dan nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran ke arah mengurangkan isu-isu berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ; dan c) meningkatkan imej serta kepercayaan pemegang taruh serta pelanggan ke atas perkhidmatan yang diberikan. 7

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 BAB 1 9 - 15 PENGENALAN 17 - 34 - Latar Belakang 36 - 57 - Sejarah KePKAS 59 - 64 - Visi, Misi dan Objektif KePKAS 67 - 69 BAB 2 ISU DAN CABARAN - Senario Masa Hadapan Rasuah dan Salahlaku integriti - Analisis Persekitaran dan Penilaian Risiko - Bidang-Bidang Berisiko BAB 3 MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN RASUAH KEBANGSAAN - Keperluan kepada OACP - Kerangka OACP - Mengenai Kerangka OACP BAB 4 TADBIR URUS - Mekanisme Pelaksanaan dan Pemantauan - Mekanisme Penilaian BAB 5 KESIMPULAN - Kesimpulan - Penghargaan 8

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 BAB 1 PENGENALAN 9

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 LATAR BELAKANG 10

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 11

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 12

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 13

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS NASIOANAL Kerajaan Malaysia sentiasa peka dan berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu-isu integriti, governans dan antirasuah di dalam negara terutamanya dalam sector perkhidmatan awam. Usaha dan inisiatif yang dijalankan adalah bagi memastikan masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, pemborosan atau pembaziran dana kerajaan dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan. Hal ini adalah bagi memastikan imej serta kualiti perkhidmatan awam dapat dimantapkan dan akhirnya penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan negara secara keseluruhan dapat dipertingkatkan. Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Bil. 1 Tahun 2018 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 8 Jun 2018 telah bersetuju untuk merangka, menggubal serta membangunkan satu pelan yang strategik dan komprehensif bagi menangani isu-isu integriti dan rasuah dalam negara yang mana akan menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN). Maka dari titik tolak tersebut lahirlah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang diterajui oleh Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC). Lanjutan itu, Pelan Antirasuah KePKAS (OACP) 2021- 2025 telah dibangunkan. Pelan ini telah mengenalpasti risiko-risiko sedia ada yang berpotensi untuk berlaku dan telah menggariskan inisiatif yang relevan serta praktikal untuk dilaksanakan. Pelan ini akan digunakan bagi membendung dan menangani isu-isu integriti, governans dan rasuah di Kementerian serta Jabatan/Agensinya bagi tempoh lima tahun akan datang PELAN INTEGRITI PROGRAM PROGRAM PELAN ANTIRASUAH NASIONAL TRANSFORMASI TRANSFORMASI NASIANAL (NACP KERAJAAN (GTP) KERAJAAN (GTP 2.0) 2019-2023) 14

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 15

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 BAB 2 ISU DAN CABARAN 16

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 17

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 18

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 KEPERLUAN UNTUK TANGANI RASUAH INDEKS CPI MALAYSIA TAHUN KEDUDUKAN SKOR 2014 51 52 2015 54 50 2016 55 49 2017 62 47 2018 61 47 2019 51 53 19

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 ANALISIS PERSEKITARAN DAN PENILAIAN RISIKO Jawatankuasa Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) peringkat Kementerian telah ditubuhkan di mana diberi tanggungjawab untuk membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 Kementerian. Penilaian Risiko Rasuah (Corruption Risk Analysis) telah dilaksanakan bagi mengenalpasti risiko-risiko berkaitan Governans (Tadbir Urus), Integriti dan Rasuah di Kementerian dan Jabatan/Agensinya yang mungkin menjejaskan operasi dan imej Organisasi. Penilaian Risiko telah dilaksanakan bagi menentukan bidang-bidang yang perlu diberi tumpuan dalam tempoh lima (5) tahun ke hadapan melalui sesi perbincangan (brain storming) yang terdiri daripada Setiausaha Tetap Kementerian, Pegawai-Pegawai Kanan dari setiap Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai kanan serta khidmat bantuan dari pihak Unit Integriti Negeri Sabah (UiNS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Data-data berkenaan berbentuk statistik, laporan, kajian, soal selidik dan maklumat- maklumat berkaitan daripada agensi dan jabatan utama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), Jabatan/Agensi dibawah Kementerian, Unit Integriti Negeri Sabah dan dokumen-dokumen berkaitan tatatertib dan aduan. 20

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 BIDANG-BIDANG BERISIKO Berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan, empat (4) Bidang Utama yang terdedah kepada risiko GOVERNANS, INTEGRITI dan ANTIRASUAH telah dikenal pasti : Pentadbiran Sektor Awam Penguatkuasaan Penilaian Perolehan Awam Undang-Undang Risiko Tadbir Urus korporat 21

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 SENARIO ANTIRASUAH TAHUN 2030 S1 SENARIO KESINAMBUNGAN (CONTINUATION) S2 SENARIO KEKANGAN (LIMITS AND DISCIPLINES) S3 SENARIO PERKEMBANGAN (GROWTH) S4 SENARIO MERUNDUM (DECLINE AND COLLAPSE) 22

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 S1 S2 SENARIO KESINAMBUNGAN SENARIO KEKANGAN (CONTINUATION) (LIMITS AND DICIPLINED) Masa hadapan yang merujuk kepada visi Masa hadapan yang mempamerkan yang digariskan dalam OACP tidak dapat kejayaan yang dikecapi melalui dicapai ekoran kekangan dalaman dan kewujudan OACP tetapi tidak berupaya persekitaran untuk bertahan atau tidak mapan S4 S3 SENARIO MERUDUM SENARIO PERKEMBANGAN (DECLINE AND COLLAPSE) (GROWTH) Rasuah menjadi kelaziman dalam masyarakat sekaligus memperlihatkan Masa hadapan di mana hasil kewujudan sistem sosial runtuh sama sekali tanpa OACP telah menyebabkan anjakan sebarang jalan penyelesaian menuju fasa sebuah negara yang beretika dengan mendokong integriti yang tinggi dan berteraskan nilai Penggunaan Perancangan Senario penting sebagai : i) Alat untuk mengenal pasti peluang-peluang dan ancaman yang melangkaui batasan model-model dan data-data lampau. ii) Instrumen pengurusan risiko yang penting. 23

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 SENARIO TADBIR URUS PENTADBIRAN SEKTOR PEROLEHAN AWAM PENGUATKUASAAN KORPORAT AWAM S1 1)Kewujudan OACP tidak UNDANG-UNDANG berupaya bertahan mengekang SENARIO berlakunya rasuah setiap masa. 1) Keberhasilan OACP 1)Proses perolehan telah 1) Undang-undang telah KESINAMBUNGAN menghasilkan kejayaan awal menggunakan teknologi digubal/dipinda secara (CONTINUATION) 2)Pelaksanaan tadbir urus yang tetapi tidak berupaya bertahan sepenuhnya bagi komprehensif baik secara berterusan tidak dan tidak mapan. mengurangkan penglibatan dikuatkuasakan dan menjamin sepenuhnya rasuah 2)OACP tidak mampu manusia. Namin begitu, bidang-bidang mengikut dan salah laku menjadi Kementerian. dibawah berkurangan jika tiada penghayatan sepenuhnya. sepenuhnya mencegah ketelusan boleh dipertikaikan berlakunya Penyelewengan, dalam bidang tertentu, masih Salah Guna Kuasa dan Rasuah terdapat tender boleh dirunding 2) Penyelewengan masih tidak terutamanya dalam aspek walaupun amalan tender dapat dibendung walaupun governan dan integriti. terbuka dikuatkuasa. Peranan laporan rasuah dan salah laku orang tengah dan pengaruh pegawai telah berkurangan. luar masih wujud dalam proses Pelaksanaan OACP diambil dan sistem perolehan. mudah/ remeh di peringkat awal dan masih wujud penguatkuasaan terpilih. S2 1)Tadbir urus terbaik diamalkan 1)Keberhasilan OACP tidak 1) Pembangunan dan 1) Ketidakpatuhan kepada namun dalam tempoh jangka dapat dicapai kerana kekangan peraturan masih berlaku SENARIO panjang, rasuah masih berlaku dalaman dan persekitaran. penggunaan teknologi tidak ekoran dari kurangnya KEKANGAN kerana inisiatif tidak mendapat dapat membanteras rasuah (LIMITS & sokongan dari pelbagai pihak. secara efektif dalam perolehan tindakan punitif dan kawalan DISCIPLINED) 2)OACP masih tidak mencapai ke atas pelaku yang terlibat 2)Pengurusan Tertinggi dan matlamat kerana cabaran awam. Teknologi tidak dalam salah laku integriti. anggota di bawah kawalan perlu menjamin ketelusan dalam memainkan peranan dengan dalaman, luaran dan aspek pemantauan dan menghayati dan mengamalkan persekitaran yang 2) Kemunculan teknologi atau nilai-nilai integriti yang padu. mempengaruhi kekangan pencegahan amalan rasuah. modus operandi yang baharu pelaksanaan NACP. menyebabkan OACP kurang berkesan dan tidak selari dengan perkembangan undang-undang, dasar dan polisi baharu. Selain itu, 3)Dasar membanteras rasuah OACP tidak mendapat berjaya dihasilkan tetapi tahap sokongan sepenuhnya pematuhan, pelaksanaan dan daripada pihak Pengurusan keberkesanan oleh sektor awam Atasan. dan korporat masih rendah. 24

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 SENARIO TADBIR URUS PENTADBIRAN SEKTOR PEROLEHAN AWAM PENGUATKUASAAN KORPORAT AWAM UNDANG-UNDANG S3 1)Pelaksanaan tadbir urus yang 1) Keberhasilan OACP tidak 1)Kerangka tadbir urus yang 1) Keberkesanan sistem dapat dicapai kerana kukuh dan padu bagi menjamin perundangan dapat SENARIO bermutu tinggi dapat kekangan dalaman dan proses semak dan imbang. ditingkatkan selaras dengan PERKEMBANGAN menggalakkan pematuhan persekitaran. Peranan Menteri, Pegawai integriti dan berteraskan nilai. Kementerian dan pentadbiran perkembangan teknologi dan (GROWTH) dapat dilaksanakan dengan peredaran masa serta budaya 2) OACP masih tidak mencapai teratur bagi mengelakkan integriti yang telah menjadi 2)Penghayatan OACP yang matlamat kerana cabaran ketirisan. Penghayatan nilai amalan anggota kerja. mendalam di kalangan pegawai dalaman, luaran dan integriti oleh pihak luar dan kakitangan menghasilkan persekitaran yang turutmenyumbang kepada 2) Perkembangan undang- tadbir urus yang berkualiti. mempengaruhi kekangan persekitaran perniagaan yang undang selari dengan dasar sihat. pelaksanaan NACP. dan strategi baharu. OACP mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua warga kerja dan pemegang taruh. S4 1)Kurang kerjasama dan 1) Sistem sosial runtuh, rasuah 1)Penyalahgunaan kuasa oleh 1) Rakyat meragui kewibawaan penghayatan terhadap isi menjadi satu kelaziman dan ahli politik yang memegang perundangan ekoran SENARIO kandungan OACP adalah punca tiada jalan penyelesaian. kuasa perolehan menjadi penguatkuasaan yang lemah MERUDUM berlakunya tadbir urus yang semakin berleluasa dan tidak sehingga rakyat hilang (DECLINE & pincang. 2) OACP diabaikan, tiada terkawal. Ketirisan kepercayaan kepada fungsi COLLAPSE) pemantauan dan tiada dan peranan organisasi dan 2)Penyalahgunaan kuasa yang penambahbaikan inisiatif. kerajaan semasa. berleluasa dan nilai integriti yang rendah menyebabkan 3) Penyelewengan, salah guna 2) Amalan rasuah yang keruntuhan sistem sosial. kuasa dan rasuah berleluasa berleluasa tanpa dan tidak terkawal. penguatkuasaan dan tindakan undang-undang. 25

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 GAMBARAN UMUM MATLAMAT DAN KEBIMBANGAN BERSAMA MATLAMAT BERSAMA KEBIMBANGAN BERSAMA (COMMON GOALS) (COMMON CONCERNS) • kejayaan dalam pembaharuan tadbir • Rasuah berakar umbi, menjadi urus khususnya berkaitan proses dan kebiasaan dan sebahagian daripada struktur budaya. • usaha membanteras rasuah yang • usaha pembaharuan tidak mampan mampan dan berterusan dan tidak dikawal selia. • pemerkasaan organisasi serta bebas • usaha dan agenda antirasuah dalam usaha membanteras rasuah dipandang remeh oleh pihak berkepentingan. • kerjasama erat dalam kalangan agensi penguatkuasa serta • tabdir urus dipersendakan. penyelarasan yang teratur • pemantauan dan penguatkuasaan • pemupukan nilai intergiti melalui dilihat tidak berkesan kerana tadbir program kesedaran urus yang lemah. • peranan teknologi dalam • pembuatan keputusan yang meningkatkan ketelusan dan mengelirukan khususnya berkaitan mengekang rasuah isu dasar utama. • ancaman terhadap privasi dan hak asasi. 26

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 PELUANG DAN KELEBIHAN – Penilaian dan Analisis Senario Beberapa peluang yang mampu memperkukuhkan inisiatif antirasuah telah dikenalpasti melalui senario yang dibangunkan: PELUANG Penilaian & Risiko dan KELEBIHAN Profil YANG ADA Reformasi Tadbir Urus Penggunaan Pemerhati Indeks Sistem antirasuah Penilaian Integriti Analisis Pembangunan Perolehan Modal Insan 27

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 RISIKO YANG TERUNGKAI – menerusi Penilaian Senario Senario yang dibangunkan turut mengenal pasti risiko berikut : Duri Dalam Manipulasi Arus Daging Maklumat Perubahan Peranan RISIKO YANG Digital NGO TERUNGKAI lemah Prejudis Pembudayaan Media Awal 28

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN dalam pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi Dengan mewujudkan senario antirasuah pada masa hadapan, kewujudan \"Api Dalam Sekam\" atau \"Angsa Hitam\" dapat dikesan. Justeru itu, pembuat dasar dapat memberi perhatian untuk menghadapinya. Konflik Pelaksanaan OACP Dilihat Penglibatan Sabotaj Kepentingan Pelan Tidak sekadar \"Show \"Tangan Ghaib\" Terhadap Peribadi dan Inisiatif Organisasi Mampan. Peacock\" Antirasuah 29

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 Dalam usaha untuk mencegah dan membenteras jenayah rasuah, Kementerian menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan kekangan untuk memastikan ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan ditangani. Antara isu dan cabaran utama yang sering dihadapi adalah : 1 KELEMAHAN PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN • Kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan dalam melaksanakan kawalan antirasuah mengakibatkan banyak inisiatif pencegahan rasuah lewat, perlahan dan tidak popular untuk dilaksanakan. Ketua-Ketua Jabatan perlu tegas dan proaktif dalam menjayakan usaha-usaha pencegahan rasuah termasuk dalam aspek penguatkuasaan dan pemantauan. 2 KELEMAHAN KAWALAN DALAMAN • Keampuhan sistem kawalan dalaman adalah sangat penting bagi memastikan setiap anggota dapat melaksanakan tugas dengan baik dan berintegriti. Tindakan punitif terhadap anggota yang melanggar peraturan/undang-undang dan aspek integriti perlu dilaksanakan dengan segera dan menyeluruh agar menjadi tauladan/kesedaran kepada anggota yang lain. 30

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 3 KETERBATASAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM MEMBANTERAS RASUAH • Seperti negara Denmark dan Norway, teknologi canggih telah digunakan secara optimum dalam usaha pembanterasan rasuah. Untuk mencontohi kaedah tersebut, masalah-masalah yang sering dihadapi adalah penyediaan peralatan dan fasiliti teknologi, kepakaran yang terhad serta kesediaan pelaksana menjadi satu penghalang serta menghadkan penggunaan teknologi dalam usaha membanteras rasuah secara berkesan. Bagi merealisasikan usaha tersebut, perhatian perlu difokus dan dititikberatkan kepada pembangunan teknologi dan latihan intensif khas untuk mengurus isu-isu integriti. 4 KEPERLUAN MEMANTAPKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN • Jangka harap (expentency) daripada pelanggan dalaman/luaran dan pemegang taruh seringkali sukar dijangkakan terutama dalam penyediaan perkhidmatan. Kementerian mendapati sebilangan anggota dalam kapasiti kurang mahir, berpengetahuan, berkeupayaan dan mematuhi perundangan/peraturan. Dengan ini, pihak Pengurusan Tertinggi perlu mengorak langkah ke hadapan untuk mengenalpasti dan mengemukakan idea-idea bernas/baharu serta bersesuaian yang boleh dipraktikkan oleh seluruh anggota dengan tujuan memantapkan budaya kerja dan profesionalisme anggota. 31

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 5 TAHAP PEMATUHAN UNDANG-UNDANG DAN PROSEDUR YANG RENDAH DI KALANGAN ANGGOTA • Perundangan dan Peraturan/Prosedur yang disediakan oleh pihak Pengurusan Tertinggi menjadi sumber rujukan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab/fungsi. Diperhatikan terdapat anggota yang cenderung melaksanakan tanggungjawab atas tafsiran sendiri berdasarkan amalan serta tidak mematuhi proses kerja dan prosedur yang telah digariskan sehingga menimbulkan impak yang tidak baik kepada organisasi. 6 HUKUMAN YANG KURANG TEGAS DAN TIDAK KONSISTEN • Hukuman yang dikenakan kepada pegawai yang didapati bersalah adalah kurang tegas dan tidak konsisten berdasarkan faktor kekurangan pembuktian dan pengaruh pihak berkepentingan. Akibatnya persepsi pegawai terhadap tindakan atau hukuman yang dikenakan tidak memberi kesan dalam membendung kesalahan tatakelakuan dan rasuah. 32

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 7 KETIDAKTELUSAN DAN MANIPULASI URUSAN PEROLEHAN • Ketidaktelusan dan manipulasi urusan perolehan akan menyebabkan kerugian dan pembaziran sumber kewangan, masa, projek yang dirancang gagal dilaksanakan dan membuka kepada peluang berlakunya rasuah dan salah guna kuasa. Ini berpunca daripada wujudnya percanggahan kepentingan, kebocoran maklumat selain pegawai tidak berintegriti dan tidak kompeten dalam melaksanakan tugas. Urusan perolehan seharusnya dilaksanakan dengan adil, cekap dan teratur bagi memastikan value for money,memenuhi ekspektasi dan kehendak golongan sasar. Kegagalan dan kelewatan sesuatu projek banyak berkisar kepada ketidakmampuan kontraktor yang dilantik dan akhirnya merugikan agensi. 8 PERSEPSI NEGATIF DAN KURANG KEYAKINAN OLEH PIHAK LUAR • Penghayatan nilai-nilai murni termasuk integriti dan antirasuah yang lemah oleh pihak luar juga merupakan satu isu dan cabaran yang perlu ditangani oleh organisasi. Usaha penyampaian perkhidmatan yang telus akan terbantut akibat persepsi dan tanggapan negatif pihak luar termasuk orang awam yang akan menghakis keyakinan mereka terhadap penyampaian perkhidmatan yang diberikan organisasi dan seterusnya akan memberi kesan negatif terhadap organisasi. 33

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 34

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 BAB 3 MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN RASUAH 35

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 KEPERLUAN KEPADA KERANGKA Pelan Antirasuah Organisasi 2021-2025 (OACP) KePKAS Tidak dinafikan, Kementerian perlu menangani gejala rasuah dengan segera dan mewujudkan sistem pentadbiran yang berintegriti tinggi demi kestabilan organisasi dan kesejahteraan pengguna. Hal ini juga diperakui bahawa rasuah telah membawa banyak kepincangan. Amalan rasuah perlu dihapuskan sepenuhnya daripada sistem pentadbiran bagi mengembalikan kestabilan dan kepercayaan terhadap KePKAS dan jabatan dan agensinya. 36

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 Ke arah itu, KePKAS telah menetapkan matlamat yang jelas untuk mencapai visi iaitu melahirkan warga kerja yang bebas salahlaku dan pelanggaran tatakelakuan ke arah agensi yang bebas rasuah selaras dengan aspirasi nasional untuk Dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah. Bagi mencapai matlamat ini, KePKAS akan mewujudkan dan menzahirkan usaha pencegahan rasuah yang lestari untuk tempoh lima tahun akan datang. Penggantian Pelan Integriti Nasional (PIN) dan NKRA-“Membanteras Rasuah”, dengan NACP yang lebih menyeluruh dan berupaya memberi impak positif yang berkekalan. NACP diperkenalkan setelah mengambil kira pandangan pelbagai lapisan masyarakat berhubung isu kebebasan, hak, kesejahteraan dan kestabilan ekonomi negara. Di peringkat Kementerian, Pelan Antirasuah KePKAS (OACP) akan memacu ke arah peningkatan ketelusan, dengan menerapkan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban dalam semua sistem dan prosedur. OACP KePKAS ini juga bertujuan menghapuskan penyalahgunaan kuasa, mengekang campur tangan politik, menghentikan kronisme dan nepotisme serta menghapuskan penyelewengan dan kelemahan tadbir urus. Pelaksanaan dan penguatkuasaan inisiatif ini diyakini mampu meningkatkan tahap ketelusan dan integriti KePKAS sekaligus meningkatkan persepsi pihak berkepentingan. Beberapa bidang risiko yang terdedah kepada perlakuan rasuah telah dikenalpasti melalui kajian dan analisis terperinci terhadap data dan hasil kajian daripada pelbagai sumber serta Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan OACP Kementerian. Hasilnya, OACP KePKAS menggariskan satu kerangka yang menyeluruh dalam memerangi rasuah. Antara inisiatif yang dirangka termasuklah memastikan setiap pemegang taruh menangani permasalahan rasuah di Kementerian dan Jabatan/Agensi dibawahnya melalui pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi 2021-2025 (KePKAS Organizational Anti Corruption Plan 2021-2025). 37

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 GARIS PANDUAN ASAS PELAKSANAAN (5A) Pelan Antirasuah Organisasi 2021-2025 (OACP) A1 A2 A3 A4 A5 JANGKAAN ADOKASI PERSEPAKATAN TINDAKAN AKREDITASI (ANTICIPATION) (ADVOCACY) (ACTION) (ACCREDITATION) (ALLIANCE) Diagnosis awal Pembuat Tindakan untuk Akreditasi masalah, keputusan Kesefahaman menghalang, adalah memberi hendaklah dan kerjasama mencegah dan ancaman dan bertanggung- memerangi ganjaran dan cabaran rasuah jawab terhadap dalam rasuah di semua memperbaiki menggunakan setiap syor dan pelaksanaan mengambil peringkat dasar atau Penilaian tindakan yang dasar berlandaskan aktiviti semasa Risiko Rasuah bersesuaian membantu (CRA) yang prinsip untuk untuk dalam perundangan memastikan melibatkan mengatasi memastikan dan undang- semua dasar pengumpulan risiko rasuah penggunaan undang sedia dan peraturan dan analisis sumber yang telah dipatuhi dalam optimum dan ada dalam maklumat organisasi. memastikan dan daripada matlamat dilaksanakan pelbagai tercapai. matlamat oleh individu sumber. antirasuah atau organisasi terlaksana. yang terlibat. 38

INTIPATI KERANGKA PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 INTIPATI KERANGKA OACP KePKAS – mengandungi penyataan Visi, Misi dan Matlamat Kementerian di mana akan terkait dengan pembinaan Bidang Keutamaan dan Strategi yang dirumuskan melalui kaedah penilaian risiko (CRM), analisis kuadran serta penyenaraian inisiatif/pelan tindakan. VISI MISI MATLAMAT BIDANG KEUTAMAAN STRATEGI 39

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 KERANGKA PELAN ANTIRASUAH KEMENTERIAN PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR VISI Ke arah KePKAS dan Jabatan/Agensinya Bebas Rasuah Menjelang 2025 MISI Memantapkan kecekapan, ketelusan Memperkukuhkan moral dan Menegakkan undang-undang pencegahan rasuah dan akauntabiliti Organisasi dalam nilai-nilai integriti warga memberikan perkhidmatan MATLAMAT Meningkatkan kecekapan dan ketelusan perkhidmatan anggota Kementerian dan jabatan/agensinya ASPIRASI KePKAS dikenali dengan Integritinya dalam sektor awam KEMENTERIAN Pentadbiran Sektor Awam Perolehan Awam Tadbir Urus korporat Penguatkuasaan BIDANG Undang-Undang KEUTAMAAN STRATEGI 1) Memperkukuhkan 1) Mempertingkat 1) Memupuk Tadbir Urus Baik 1) Menginstitusi Kredibiliti Kecekapan Penyampaian Keberkesanan Dan Perkhidmatan Awam Ketelusan Perolehan Dalam Entiti Korporat Agensi Penguatkuasa Awam Undang-Undang Terdapat empat (4) bidang utama berisiko kepada rasuah yang perlu diberi penekanan iaitu Pentadbiran Sektor Awam, Perolehan Awam, Tadbir Urus Korporat dan Penguatkuasaan Undang-Undang. Bagi menanganinya secara holistik, dokumen ini menggariskan sebanyak empat (4) strategi utama yang memayungi 25 inisiatif secara keseluruhan. Setiap strategi dan pelan tindakan yang dirangka mengambilkira keperluan kepada pemantapan integriti, pengukuhan governans dan pemerkasaan pencegahan rasuah sama ada melalui perubahan dasar, penambahbaikan sistem dan teknologi, pengukuhan struktur dan pemantauan mahu pun pemantapan modal insan. 40

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 VISI Ke arah KePKAS dan MISI Jabatan/Agensinya Bebas Rasuah Menjelang 2025 Memantapkan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti Organisasi dalam memberikan perkhidmatan. Memperkukuhkan moral dan nilai-nilai integriti warga Menegakkan undang-undang pencegahan rasuah 41

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 01 - PENTADBIRAN SEKTOR AWAM Risiko Inisiatif 02 - PEROLEHAN AWAM Risiko Inisiatif 1) Kelemahan dalam mengurus aduan awam 1 3 1) Pemalsuan dan pelanggaran syarat 1 3 dengan baik. kontrak dalam proses penyediaan 2 dokumen tender/sebut harga dan 2 pembayaran 7 2) Kebocoran maklumat SULIT dan Terperingkat 1 1 2) Kelemahan dalam pengurusan 1 bagi tujuan kepentingan peribadi seperti surat 1 sebutharga dan tender dan gambar 1 1 3 2) Kelemahan dalam pengurusan 1 3) Penyalahgunaan harta awam (aset alih dan stor) pemantauan projek pembangunan untuk kegunaan peribadi 5 2 4) Pemalsuan tuntutan seperti tuntutan perjalanan, sara hidup, kerja lebih masa 2 5) Pelanggaran waktu bertugas/masalah disiplin/ 11 Jumlah 3 ketidakhadiran bertugas menyebabkan sistem penyampaian perkhidmatan terjejas Jumlah 03 - TADBIR URUS KORPORAT Risiko Inisiatif 04 PENGUATKUASAAN UNDANG- Risiko Inisiatif UNDANG 1) Memastikan amalan ketelusan dalam 1 1 1 3 pengurusan entiti korporat 1) Penyalahgunaan kuasa dalam pengeluaran lesen dan permit 2) Nilai kompaun dikenakan tidak 13 seragam untuk kesalahan- kesalahan yang sama Jumlah 1 1 Jumlah 2 6 42

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 ANALISIS MAKLUMAT RASUAH Berdasarkan analisis terhadap lebih daripada 20,000 maklumat berkaitan rasuah yang diterima oleh SPRM sejak tahun 2013 hingga 2018, sebanyak Sembilan (9) punca rasuah yang dikenalpasti. Carta pareto yang mewakili 80/20, memberi penjelasan bahawa lebih daripada 80% daripada aduan rasuah adalah berpunca daripada empat (4) punca. Empat (4) punca utama tersebut telah diambilkira dalam membangunkan strategi dan inisiatif Pelan ini. Kegagalan Pentadbiran (manipulasi Konflik Kepentingan (kuasa terhadap sistem dan prosedur budibicara), kuasa mutlak dan camput tangan politik 36.43% Kelemahan Kawalan Dalaman dan Ketidakpatuhan 33.12% Kurang ketelusan 18.97% Kelemahan Konflik Kelemahan 6.45% 3.35% 1.21% 0.24% 0.12% 0.12% Pentadbiran Kepentingan kawalan dalaman & Kurang Kurang Kerenah Kurang Kurang Kelemahan ketelusan sokongan birokrasi pengesana usaha penguatkuasaa ketidakpatuhan mencegah dan n awal rasuah n undang- kesedaran rasuah undang tentang rasuah Sumber : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 43

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 Analisis Kuadran di bawah menggambarkan keutamaan bagi setiap inisiatif yang dikenalpasti berdasarkan punca rasuah yang ditemui. Inisiatif-inisiatif ditentukan berdasarkan analisa tahap impak dan tahap kompleksiti pelaksanaannya. KUADRAN A KUADRAN B KOMPLEKSITI Berimpak Berimpak Tinggi, Tinggi, AB Kompleksiti Kompleksiti CD Rendah Tinggi KUADRAN C KUADRAN D IMPAK Berimpak Berimpak Rendah, Rendah, Kompleksiti Kompleksiti Rendah Tinggi KOMPLEKSITI : Kesukaran dan kerumitan dalam pelaksanaan sesuatu inisiatif IMPAK : Kesan dan hasil positif yang dicapai melalui pelaksanaan sesuatu inisiatif. 44

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 KEUTAMAAN STRATEGI : Penekanan kepada Inisiatif Ringkasan menunjukkan inisiatif-inisiatif yang telah dikenalpasti dan perlu diberi keutamaan. Ianya berdasarkan kepada Empat (4) strategi utama berkaitan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam, perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang dan tadbir urus entiti korporat. STRATEGI 1 • Memperkukuh Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam STRATEGI 2 • Mempertingkat Keberkesanan dan Ketelusan Perolehan Awam. STRATEGI 3 • Menginstitusikan Kredibiliti Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang. STRATEGI 4 • Memupuk Tadbir Urus Baik dalam Entiti Korporat. 45

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 Bagi menghadapi senario yang dinyatakan, Kementerian telah membentuk empat (4) strategi seperti berikut 01 02 03 04 PENTADBIRAN PEROLEHAN AWAM PENGUATKUASAAN TADBIR URUS SEKTOR AWAM UNDANG-UNDANG KORPORAT Mempertingkat Memperkukuh keberkesanan dan Menginstitusikan Memupuk Tadbir kecekapan ketelusan Perolehan kredibiliti Agensi Urus Baik dalam Penyampaian awam Penguatkuasa Entiti Korporat Perkhidmatan Undang-Undang 46

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 BIDANG KEUTAMAAN : PENTADBIRAN SEKTOR AWAM STRATEGI 1 : Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 : Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik BIL. RISIKO/POTENSI RISIKO PUNCA RISIKO KESAN RISIKO INISIATIF/TINDAKAN BAHAGIAN/ TEMPOH 1.1.1 (KELEMAHAN: (TANGANI/ATASI RISIKO) PENERAJU/ PELAKSANAAN Aduan awam yang Imej dan reputasi PELAKSANA GOVERNAN, INTEGRITI tidak didaftarkan Organisasi terjejas. Memperkukuhkan & ANTIRASUAH dan dilaporkan. mekanisme pengurusan Jawatankuasa Tugas dibuat tidak Kepercayaan aduan awam : Pengurusan Kelemahan dalam mengikut prosedur umum merosot. Aduan Awam mengurus aduan awam 1) menubuhkan peringkat dengan baik Kualiti kerja yang Jawatankuasa Kementerian dihasilkan tidak Pengurusan Aduan dan Jabatan/ mencapai standard Awam. Agensinya yang ditetapkan. 2) mewajibkan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aduan Awam dua (2) kali setahun untuk penyediaan laporan kumulatif aduan. 3) memberi Latihan dan hands on kepada Pegawai Aduan Awam yang dilantik. 47

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 BIDANG KEUTAMAAN : PENTADBIRAN SEKTOR AWAM STRATEGI 1 : Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 : Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik BIL. RISIKO/POTENSI RISIKO PUNCA RISIKO KESAN RISIKO INISIATIF/TINDAKAN BAHAGIAN/ TEMPOH 1.1.2. (KELEMAHAN: (TANGANI/ATASI RISIKO) PENERAJU/ PELAKSANAAN Kepentingan PELAKSANA GOVERNAN, INTEGRITI peribadi. & ANTIRASUAH Salah guna Imej dan reputasi 1) Memberi kesedaran Kementerian teknologi/ICT Organisasi terjejas. dan pemahaman dan Jabatan / Kebocoran maklumat Kelemahan melalui edaran Agensinya SULIT dan Terperingkat integriti Kepercayaan pekeliling berhubung bagi tujuan umum merosot. pematuhan Akta kepentingan peribadi Rahsia, Arahan seperti surat dan Kualiti kerja yang Keselamatan dan gambar dihasilkan tidak pekeliling-pekeliling mencapai berkaitan standard yang Kecuaian ditetapkan. Buat Salinan dokumen tanpa kawalan Pelanggaran Aku Janji dan Etika Kerja. 48

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025 BIDANG KEUTAMAAN : PENTADBIRAN SEKTOR AWAM STRATEGI 1 : Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 : Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik BIL. RISIKO/POTENSI RISIKO PUNCA RISIKO KESAN RISIKO INISIATIF/TINDAKAN BAHAGIAN/ TEMPOH 1.1.3 (KELEMAHAN: (TANGANI/ATASI RISIKO) PENERAJU/ PELAKSANAAN Kepentingan PELAKSANA GOVERNAN, INTEGRITI peribadi. & ANTIRASUAH Kelemahan Menaikkan 1) mengadakan Kementerian integriti perbelanjaan pemantauan dan Jabatan / Penyalahgunaan harta berterusan melalui Agensinya awam (aset alih dan Penyusutan dana JKPAK ke atas pegawai stor) untuk kegunaan terlibat yang peribadi Kekerapan untuk cenderung selenggaran atau menyalahgunakan Tidak ikut pembaikan harta awam. peraturan Kawal selia yang 2) Mengenakan tindakan lemah punitif yang tegas kepada pelaku dan pegawai yang bertanggungjawab. 3) Menguatkuasakan peraturan/prosedur sedia ada bagi mengawal harta awam agar tidak disalah guna. 49