Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Dinamisme Nilai - nilai Murni Menurut Perspektif Islam

Dinamisme Nilai - nilai Murni Menurut Perspektif Islam

Published by hizazy83, 2017-10-25 05:12:31

Description: Dinamisme Nilai - nilai Murni Menurut Perspektif Islam

Keywords: Perspektif,Islam,Dinamisme

Search

Read the Text Version

© EPUB, Universiti Malaysia Perlis, 2017.Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkansemula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam bentukdengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknyatanpa mendapat izin daripada Penerbit Universiti Malaysia Perlis, MALAYSIA.Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanShuhairimi Abdullah, 1976- Dinamisme nilai-nilai murni : menurut perspektif Islam / Shuhairimi Abdullah. Mengandungi indeks ISBN 978-98344182-4-3 (Print) e-ISBN 978-98344182-4-3 1. Islamic ethics. 2. Faith (Islam). I. Judul. 297.5Diterbitkan oleh Penerbit UniMAP, Universiti Malaysia Perlis No. 98, Blok A, Taman PertiwiIndah, Jalan Kangar-Alor Setar, Seriab, 01000 Kangar, Perlis. MALAYSIAAhli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Kementerian Pendidikan Tinggi MalaysiaTel: (04) 979 8131, Fax: (04) 977 5135Laman Sesawang: http://penerbit.unimap.edu.myEmel:[email protected] terbaik untuk buku elektronik ini ialah dengan iBooks. Penerbit UniMAP tidakbertanggungjawab di atas sebarang kehilangan dan kerosakan yang disebabkan olehpengggunaan aplikasi lain. Maklumat yang diberikan di dalam buku elektronik ini hanya untuktujuan kandungan umum sahaja. Walau bagaimanapun, kami cuba mengemaskini maklumatterkini dengan tepat, tiada pernyataan atau jaminan, secara nyata atau tersirat tentangkesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan berkenaandengan maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik yang terkandung dalam buku elektronikini. Sebarang penggunaan maklumat dalam buku elektornik ini adalah tanggungjawab andasendiri.

KandunganPENGHARGAANPRAKATAPENGENALANBab 1: KONSEP NILAI1.0 Definisi Nilai1.1 Takrifan Nilai Menurut Perspektif Barat1.2 Takrifan Nilai Menurut Perspektif Islam1.3 Perbandingan Islam dan Barat Berkaitan Teori NilaiBab 2: NILAI-NILAI MURNI2.0 Konsep Nilai-Nilai Murni Menurut Perspektif Islam2.1 Domain-Domain Asas Yang Membentuk Konsep Nilai Murni 2.1.1 Interaksi Manusia Dengan Allah (ta`abudiyyah) 2.1.2 Interaksi Manusia Sesama Manusia (mua`malah) 2.1.3 Interaksi Manusia Dengan Alam (khalifatulard)2.2 Pandangan Sarjana Islam Berkenaan Konsep Nilai-Nilai Murni2.3 Konsep Nilai-Nilai Murni Menurut Sarjana Barat 2.3.1 Pandangan Sarjana Barat Tentang Relativisme Moral dan Nilai-Nilai MurniBab 3: PRINSIP NILAI-NILAI MURNI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

3.0 Konsep Tauhid3.1 Konsep Nilai-Nilai Rohaniah (Akhlak)3.2 Konsep Keadilan3.3 Konsep Tazkiyah3.4 Konsep Kejayaan (al-Falah)Bab 4: KEPERLUAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KEHIDUPAN INSAN4.0 Konsep Insan4.1 Peranan Insan Sebagai Khalifatulard4.2 Manifestasi Nilai-Nilai Murni Dalam Memenuhi Keperluan Kehidupan InsanBab 5: KESIMPULANBIBLIOGRAFIINDEKS

Penghargaan Ditujukan khas kepada Ayahanda (Hj Abdullah bin Ahmad) dan Bonda (Hajjah Shuaini binti Shuib) Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapaku yang telah memelihara dan memberikan pendidikan yang sempurna kepada diriku. Semoga Allah SWT memberi keampunan dan memberi rahmat. Kepada isteri dan putera puteriku yang sentiasa sabar dan mendoakan kejayaanku. Terima kasih diucapkan semoga Allah SWT memberi keberkatan. Noor Salwani binti Hussin dan Muhammad Zul Rushdi Shakirah

PrakataDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Pertama sekali penulismulakan kalam dengan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di ataslimpah dan nikmatNya yang tidak terhingga. Salam kepada Baginda Muhammad SAW dankeluarganya yang sentiasa mendapat rahmat di sisi Allah SWT. Alhamdulillah, akhirnya penulisdapat menyempurnakan karya ini yang bertajuk “Dinamisme Nilai-Nilai Murni Menurut PerspektifIslam” untuk dijadikan santapan rohaniah kepada para pembaca yang meminatinya.Penulis berpandangan penerbitan karya ini adalah sesuai dan relevan untuk dibaca oleh semuagolongan memandangkan konsep nilai-nilai murni merupakan sebahagian daripada keperluanmanusia dalam setiap aspek kehidupan. Tambahan lagi, kecenderungan dan minat kerajaanuntuk menerapkan aplikasi nilai-nilai murni dalam pentadbiran dan institusi masyarakat dapatdiihat daripada komitmen yang ditunjukkan oleh pihak pemerintah melalui kempen-kempen danpelbagai medium lain. Perkembangan positif yang ditunjukkan oleh kerajaan telahmemperlihatkan iltizam pihak pemerintah menggarapkan falsafah nilai-nilai murni sebagai dasarkepada pembentukan polisi kerajaan.Dalam bidang akademik pula, sama ada di peringkat rendah atau di peringkat tinggi, doktrinasinilai-nilai murni telah dijadikan sebagai kandungan pengajaran dan pembelajaran yangditerapkan dalam mata pelajaran seperti pengajian ketamadunan, hubungan etnik, pengurusan,etika keusahawanan dan pelbagai lagi. Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai dalamkalangan pelajar atau mahasiswa adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang kaya denganadab dan nilai-nilai luhur yang terpuji. Di samping memiliki pencapaian akademik yangcemerlang, para pelajar juga perlu menghiasi jiwa mereka daripada aspek zahir dan batindengan nilai-nilai akhlak dan etika moral yang mulia.Sekiranya nilai-nilai murni ini difahami dan dihayati, unsur-unsur rohaniah yang terkandung didalamnya menzahirkan asas-asas kebaikan kehidupan manusia seperti keadilan, kebenaran,keberanian, bermaruah, jujur, amanah dan sebagainya. Secara tidak langsung ia memberigambaran bahawa fungsi nilai-nilai murni yang berpaksikan agama adalah untuk menghalangkemusnahan dan kemuflisan nilai-nilai insaniah yang akhirnya mewujudkan kemudaratan danparadoks sistem nilai yang ditafsirkan oleh manusia mengikut selera hawa nafsu serta logikakal. Akibatnya, ia akan menjadi faktor penghalang untuk melahirkan proses pembangunaninsan yang seimbang daripada aspek fizikal, intelektual dan spiritual.Diharapkan semoga isi kandungan buku ini dapat memberi nilai tambah dan manfaat kepadapara pembaca dalam memahami konsep nilai-nilai murni yang digagaskan oleh Islam. Secaraperibadi, saya mengalu-alukan pandangan dan komentar daripada pembaca sebagaipenambahbaikan bagi memantapkan lagi proses pengemaskinian penulisan buku ini pada masaakan datang. Harapan daripada saya semoga hasil usaha kecil ini dinilai di sisi Allah SWT dandiberkati olehNya. Insya-Allah.

PengenalanDalam sejarah peradaban manusia, polemik tentang nilai sentiasa mengalami prosespenambahbaikan, bersesuaian dengan realiti dan pencapaian kemajuan semasa yang dinikmatioleh manusia. Revolusi pemikiran manusia dalam memperbaiki taraf kehidupan insaniah telahmencetuskan satu dimensi yang positif untuk merangka satu sistem tamadun manusia yangprogresif dan bersifat ”sustainable system”. Setiap masyarakat memiliki mekanisme yangtersendiri untuk merungkai permasalahan yang dihadapinya. Justeru, masyarakat Islammempunyai pertimbangannya yang tersendiri dalam menentukan nilai-nilai yang bersesuaiandengan roh syariat dan dapat menampung realiti dan keperluan semasa masyarakat. AjaranIslam dan budaya masyarakat telah menjadi asas1 kepada cerminan nilai masyarakat Islamamnya. Hanya nilai-nilai yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam sahaja diiktiraf sebagainilai-nilai murni dalam Islam.Oleh kerana manusia merupakan faktor yang dominan dalam menyuburkan gagasan peradabanmanusia, sudah pastilah ia sentiasa dipengaruhi oleh pelbagai sistem dan institusi disekelilingnya. Akibatnya, manusia yang cenderung untuk mempertahankan sistem yang ditajaoleh manusia secara totalnya seringkali mengutamakan kepentingan individu semata-mata dansanggup mengorbankan kepentingan umum. Menyedari realiti yang berlaku, Islam mempunyaimekanisme yang tersendiri dalam menguruskan sistem kehidupan manusia yang bersifatkomprehensif dan holistik bagi mengelakkan kezaliman dan ketidakadilan berlaku dalam institusimasyarakat. Tuntutan kepada memaksimumkan peningkatan nilai-nilai murni dalam setiaptindakan manusia khususnya dalam pembangunan modal insan akan mengubah worldviewmanusia ke arah penjanaan insan terpuji dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan.2Dalam ruang lingkup Islam, setiap bidang komponen keperluan manusia adalah terikat dengankonsep pandangan hidup tauhid.3 Sejarah ketamadunan manusia telah melakarkan konseppandang semesta manusia tidak pernah sunyi dari petunjuk keagamaan yang berorientasikanorder tauhid. Meskipun manusia telah mencapai kemajuan dan kemodenan yang telahdiciptakan namun ia hanya bersifat kuantitatif dan sentiasa mengalami perubahan.Berbeza pula dengan aspek ketauhidan yang memiliki ciri-ciri kualitatif dan universal sifatnyasentiasa memelihara keaslian walaupun berbeza suasana dan tempat. Reformasi kerohanianyang berteraskan tauhid secara eksplisitnya memberi gambaran kepada manusia tentanghakikat kebenaran yang perlu dijadikan falsafah asasi kehidupan manusia. Asas pegangan inilahyang akan memberi kesedaran kepada manusia tentang hakikat kejadiannya dan objektif utamaia diutuskan ke muka bumi ini.Oleh yang demikian, kerangka sistem nilai yang dicanai dengan roh tauhid akan mencerminkansatu kebenaran tentang keindahan ajaran Islam yang diwarnai dengan nilai-nilai murni yangluhur. Nilai-nilai kolektif yang disaduri dengan nilai-nilai Islam akan menzahirkan ciri-ciri yangpositif seperti keadilan, kesaksamaan, kebaikan dan memelihara kepentingan umumsepertimana yang telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

Nilai-nilai yang diutarakan tersebut mempunyai falsafah keinsanan yang besar dan memberiisyarat bahawa manusia mempunyai nilai stratafikasi sosial yang sama tanpa wujud perbezaansempadan dan geografi. Ia memberi pengajaran kepada manusia agar tidak bertindakmelampaui batas sehingga menimbulkan ketidakstabilan dan ketidakharmonian dalam hubunganmanusia sesama manusia. Islam sentiasa mengutamakan sistem nilai yang adil dan bersihdaripada kecacatan yang boleh memberi implikasi yang negatif kepada sistem pembangunanmasyarakat amnya melalui petunjuk wahyu.1 Malik bin Nabi, Musykilah al-Thaqafah, h. 126-127.2 M.Umer Chapra. Towards a Just Monetary System, h. 9.3 Khursid Ahmad menjelaskan konsep tauhid sebagai “Man, who commits himself to the will of Allah, recognizes no authority except Hisaccepts no guidance’s other than His. This commitment is total as well as positives and vigorous. It involves love worship, obedience andsubmission combined with eagerness to do His will and sense of mission. Untuk keterangan lanjut sila lihat Khursid Ahmad, ed., IslamicPerspectives, h. 17. Khursid Ahmad menjelaskan konsep tauhid sebagai “Man, who commits himself to the will of Allah, recognizes noauthority except His accepts no guidance’s other than His. This commitment is total as well as positives and vigorous. It involves love worship,obedience and submission combined with eagerness to do His will and sense of mission. Untuk keterangan lanjut sila lihat Khursid Ahmad, ed.,Islamic Perspectives, h. 17.

Bab 1Konsep Nilai1.0 Definisi NilaiAl-Quran adalah perlembagaan agung kepada umat Islam dan ia merupakan sumber asasikepada prinsip pembentukan kerangka syariat Islam. Di samping itu, kandungannyamengandungi pelbagai pedoman dan gedung perbendaharaan ilmu untuk dijadikan panduan,bimbingan dan mutiara hikmah yang amat bernilai kepada manusia dalam membinaketamadunan insan.4 Segala petunjuk yang terdapat dalam perbendaharaan Al-Quranmengandungi pelbagai hikmah dan pelbagai rahsia untuk diterokai dan ditadabbur oleh manusia.Dalam konteks sistem perhubungan manusia, secara prinsipnya Al-Quran telah pun menyentuhsecara implisit atau sebaliknya dengan memberi panduan kepada manusia bagaimana bentukinteraksi dan mekanisme yang perlu diaplikasikan dalam institusi kemasyarakatan.Al-Quran bersikap emphasis terhadap falsafah nilai kepada insan kerana ia mencerminkankeperibadian personaliti seseorang muslim yang bertakwa. Hakikatnya, pembangunan sahsiahindividu muslim tidak akan berjaya sepenuhnya tanpa diikat dengan nilai-nilai murni yang luhur.Begitu juga dengan institusi masyarakat, kerana ia juga turut dipengaruhi dengan dinamika nilai-nilai murni sebagai pra syarat utama asas jaringan hubungan sosial yang bertepatan dengankemaslahatan manusia.5Secara prinsipnya, definisi nilai ialah untuk melihat penerimaan dan penilaian manusia terhadapsesuatu nilai sama ada dalam bentuk positif atau negatif. Nilai6 juga merujuk kepada harga,7kebaikan, keburukan dan penilaian berasaskan kepada pertimbangan domain-domain nilai yangditentukan oleh manusia. Natijah daripada konsep tersebut, ia akan menjadi indikator kepadamanusia untuk membuat penilaian dan penganalisaan terhadap aplikasi nilai tersebut dalamgelagat tingkah laku manusia. Sekiranya diterjemahkan dalam bentuk amalan praktikal,kerangka konsep nilai menjurus kepada pandangan nilai-nilai yang baik dan murni yang diterimaoleh manusia sejagat. Berasaskan kefahaman konsepsi teori nilai menurut kognisi kerangkaBarat terdapat tanggapan bahawa falsafah teori ini secara relatifnya sinonim dengan teoriaksiologi.81.1 Takrifan Nilai Menurut Perspektif BaratDikotomi teori nilai mempunyai fasa perjalanan sejarahnya yang tersendiri. Jika diukur dariaspek kematangannya dalam dunia akademik, tema teori nilai yang diperkenalkan pada akhirabad ke-19 masih lagi dianggap sebagai teori muda. Meskipun begitu, secara eksplisitnya,

teori ini mendapat perhatian yang sewajarnya dalam siri perbincangan dan kajian yangdijalankan oleh para sarjana. Dalam konteks falsafah pula, pemakaian teori ini telah lamadiaplikasikan dalam perbahasan ilmiah oleh ahli falsafah agung yang terkenal seperti Plato.Penghuraian teori ini disentuh secara tidak langsung dalam idea ”baik” dan diklasifikasikansebagai nilai yang unggul dalam hierarki idea.9Umumnya, terdapat perbezaan pemahaman konseptual di antara moral dan benda yang baik.Moral yang baik merujuk kepada adab dan perbuatan yang dilakukan oleh manusia dan ianyadinilai sama ada baik atau dicela. Manakala benda yang baik pula diprojekkan kepada benda,bukannya kepada manusia. Meskipun begitu, apabila membincangkanteori nilai, ia tidak bolehdipisahkan di antara elemen moral dan benda baik sebaliknya kedua-dua elemen tersebut perludikombinasikan dalam satu domain yang menjadi topik perbincangan teori nilai.10 Nilai dapatdifahami secara berbeza mengikut disiplin pengajian ilmu. Ringkasannya dapat dilihat dalamperbincangan seperti dalam Jadual 1.1.Jadual 1.1 : Ringkasan Teori Nilai Mengikut Pandangan SarjanaBil. Skop Perbincangan Huraian1. Psikologi Dalam konteks psikologi, teori nilai ialah kajian yang merujuk kepada kajian tentang pembangunan tingkah laku manusia.11 Di samping itu, kajian juga merangkumi penerimaan nilai-nilai tertentu oleh manusia dan kesannya ke atas manusia sama ada ia diiktiraf atau sebaliknya. Bidang ini turut menjelaskan secara eksperimental kecenderungan nilai-nilai yang dipilih ke atas sebahagian nilai umum yang lain dan bagaimana pengklasifikasian itu dibuat berdasarkan perbezaan tingkatan pembangunan kemanusiaan.2. Sosiologi Tumpuan kajian ini cenderung untuk melihat nilai-nilai dalaman individu manusia yang diiktiraf dan menepati norma hidup masyarakat umum. Kajian juga turut mengenal pasti bagaimana penerimaan masyarakat terhadap nilai disebabkan perbezaan budaya dan geografi.123. Ekonomi Golongan sarjana ekonomi berpendapat teori nilai adalah berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi sumber dan pasaran. Nilai dilihat bersifat kuantitatif. Dari sudut yang lain, nilai juga difahami sebagai sebahagian daripada moral yang baik dan barang yang baik dan berharga (natural goods).13 Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu berlaku sedikit konflik di antara moral dan barang yang baik. Sebagai contoh, dari perspektif pertumbuhan ekonomi tembakau (material good) yang digunakan dalam industri rokok dilihat sebagai satu aktiviti yang positif untuk menjana ekonomi. Namun, dari aspek moral, industri rokok akan menyumbang kepada masalah kesihatan rakyat seperti yang ditegaskan oleh pakar perubatan.4. Etika dan Aksiologi (teori sistem Ia membincangkan dari sudut pemahaman institusi dan mempunyai nilai (mengukur perlakuan manusia hubung kait dengan etika. Sebahagian daripada ahli falsafah sama ada betul, salah, baik, atau memperincikan nilai kepada elemen berikut: buruk). 1. Nilai instrumental dan bersifat instrinsik.14 2. Nilai pragmatis.15Golongan cendekiawan Barat banyak melakukan kajian terhadap nilai.16 Taylor17 dalam

penulisannya menjelaskan bahawa nilai merupakan kombinasi antara elemen darjah dan nilainormatif yang membentuk kerangka kehidupan manusia. Pandangan yang lain pula memberipengertian bahawa nilai adalah terpancar daripada kemahuan dan motif yang dihasilkan sertadiiktiraf oleh masyarakat dan budaya18 untuk mengekalkan keharmonian dalam kehidupan.19Ada pula yang berpendapat nilai merupakan set kepercayaan yang menyebabkan manusiamenentukan sesuatu tingkah laku yang sesuai.20Umumnya, pengertian nilai dari perspektif sarjana Barat adalah berasaskan kepadakepercayaan yang terhasil berorientasikan penerimaan masyarakat berdasarkan penerimaankosmologi dan pertimbangan akal manusia semata-mata.21 Barat tidak memperakukan adanyadomain-domain rohaniah dalam jiwa manusia yang mempengaruhi citra hati budi manusia.Sarjana Barat hanya menitikberatkan keintelektualan manusia dalam menyelidik fenomenon danpersekitaran zahiriah22 manusia tanpa diimbangi dengan ketentuan yang dituntut oleh agama.1.2 Takrifan Nilai Menurut Perspektif IslamSehubungan dengan itu, Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri dalam melihat teorinilai atau dikenali sebagai aksiologi. Dari dimensi Islam, nilai ialah ukuran piawaian kepadamanusia untuk menilai sama ada sesuatu perkara, perbuatan atau perkataan itu baik,bermanfaat, mudarat, atau tercela. Sesuatu benda juga mempunyai nilai instrinsiknya sama adaia mendatangkan faedah atau sebaliknya. Ironinya, mekanisme yang diaplikasikan oleh Islamuntuk menilai sesuatu tindakan atau benda yang terangkum dalam elemen nilai perlu disaringdengan doktrinasi akhlak, hukum syariah dan tauhid. Melalui proses penyaringan inilah sesuatunilai dapat dijustifikasikan ketentuannya sama ada dikategorikan sebagai wajib, sunat, makruhdan haram.23Oleh yang demikian, nyatalah pemahaman nilai dalam Islam bukanlah berdasarkan penilaianakliah semata-mata ataupun apresiasi variasi budaya masyarakat sahaja, sebaliknya refleksimanusia terhadap nilai perlu dipandu dengan dalil-dalil naqliah yang bersumberkan Al-Qurandan Al-Sunnah. Di pandang pada skala yang lebih umum, nilai yang diiktiraf oleh Islam ialahsebahagian daripada ketentuan agama. Berpegang kepada asas tersebut, nilai-nilai yangmenimbulkan konflik dengan prinsip Islam sudah pastilah ia terkeluar daripada takrifan domainnilai menurut perundangan Islam.Dengan adanya garis panduan ini, ia memberi kefahaman bahawa tidak wujud pengasingan diantara domain-domain nilai kompleks yang diutarakan oleh manusia dengan pengajaran agamaIslam. Ia memberi satu gambaran yang jelas bahawa segala tindak tanduk manusia tidakpernah sunyi daripada prinsip Islam yang bersifat komprehensif. Hakikatnya, tidak wujudpengasingan di antara keperluan manusia dengan prinsip syariat. Apa yang jelas, syariatbersifat mengikat (binding) setiap tindak tanduk yang dilakukan oleh manusia kerana wahyuAllah berfungsi sebagai pedoman dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh manusia dalammembangunkan aspek ketamadunan insan.Justeru, apabila teoritikal nilai ditanggapi sebagai sebahagian daripada pengajaran agamaIslam, ianya akan dihayati dan dibudayakan dalam kehidupan insan. Nilai-nilai yang dilahirkan

menerusi perakuan agama akan dipatuhi dan dihormati oleh manusia berasaskan keyakinanbahawa ianya bersumberkan dari Ilahi. Sifat ini tidak ada pada teori nilai yang ditaja olehpemikiran manusia, walau bagaimana tinggi sekalipun kreativiti dan intelektual manusia.Meskipun kelompok masyarakat mengiktiraf dan menghormati nilai-nilai yang baik, tetapipematuhan terhadap nilai-nilai tersebut begitu terhad berbanding dengan nilai-nilai yangterpancar dari ajaran agama.Hal yang demikian membuktikan wujudnya dikotomi pemahaman berkenaan konsep kebaikanyang bersifat universal sebagai nilai penghormatan yang dipersetujui secara consensus bagiseluruh masyarakat yang berperadaban. Meskipun begitu, sekiranya ia diterima pakai olehmasyarakat umum namun penerimaan pemahaman, definisi dan darjah-darjahnya masih lagidipolemikkan berdasarkan kepada perbezaan tafsiran budaya dan suasana masyarakat.Sesuatu nilai hanya akan dihormati dan dipatuhi apabila ianya berasaskan kepada ketentuanagama.24Nilai pegangan yang diiktiraf oleh Islam ialah perkara atau benda yang tidak mendatangkankemudaratan kepada manusia dan objektif syarak serta jagat sifatnya. Ketentuan nilai menurutacuan Islam dikukuhkan sebagaimana firman Allah SWT :Maksudnya: Dan kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dansebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. (Saba’:38)Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman,Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (al-Anbiya’:107)Daripada mafhum ayat-ayat Al-Quran di atas dapat difahami bahawa Islam sebagai agamafitrah membawa rahmat kepada seluruh manusia membuktikan bahawa Islam sebagai agamayang bersifat universal. Ciri-ciri kesejagatan yang terserlah dalam ajaran Islam bukan sahajamemiliki nilai-nilai murni yang bersifat sejagat, bahkan status agama Islam dan matlamatpenurunan agama Islam itu dilihat praktikal dan realistik.25Manifestasi sistem nilai yang ditunjangi dengan nilai-nilai rohaniah akan melahirkan insan-insanyang bertakwa, beradab dan berakhlak untuk memakmurkan, membangunkan dan menerajuialam ini atas kapasitinya sebagai khalifatulard. Antara nilai-nilai positif yang terpancar dalamdomain rohaniah seperti amanah, akauntabiliti, tidak cuai, tidak menyalahgunakan kuasa,integriti, jujur, setia, berdisiplin, benar, niat murni, tepati janji, rendah diri dan suka membantu.Nilai-nilai positif lain adalah seperti menggunakan pertimbangan akal yang rasional dan

kebijaksanaan bukannya dengan emosi, tidak mengambil jalan mudah, profesional, berfikirsecara kritis dan inovatif, mensyukuri nikmat Allah dan nilai-nilai luhur yang lain asalkan tidakmenyalahi prinsip agama Islam. Lantaran itu, Islam melihat teori nilai dalam terma-terma yangmengandungi unsur-unsur akhlak seperti ganjaran, balasan, betul, salah syurga, neraka dansebagainya.1.3 Perbandingan Islam dan Barat Berkaitan Teori NilaiRingkasnya, teori nilai dalam Islam mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang eksklusif berbandingdengan teori nilai yang difahami oleh golongan Barat. Teori nilai Islam bersumberkan kepadawahyu Ilahi. Justeru, sekiranya berlaku pertentangan dengan ketentuan hukum syarak, makanilai tersebut dianggap sebagai bukannya dari nilai yang dituntut oleh agama dan bertentangandengan kemaslahatan manusia amnya.Walau bagaimanapun, syarak juga tidak menafikan penglibatan manusia secara tidak langsungdalam mentafsir dan memahami sistem pembentukan nilai tersebut. Ini kerana meskipun prinsipsyarak bersifat dogmatif namun terdapat ruang fleksibiliti dan dinamis dalam memahami prinsipwahyu. Di sinilah akal manusia berfungsi dalam mentafsirkan kehendak syarak menurutperuntukan yang ada dalam nas. Sebagai contoh, syarak memberi ruang kepada manusiaberasaskan kepada elemen ijtihad. Walau bagaimanapun, ia perlu dilakukan dalam ruanglingkup yang tidak menyalahi prinsip syarak. Di antara contoh penggunaan ijtihad yang dizinkanoleh Nabi Muhammad SAW adalah berasaskan peristiwa yang berlaku kepada Mu`az.26Dalam Islam, sistem nilai berteraskan agama yang menjadi pegangan masyarakat tidakberubah mengikut peredaran masa dan zaman. Hal yang sedemikian disebabkan sistem nilaiyang didokong oleh Islam berasaskan kepada wahyu dan ia tetap relevan dalam memenuhikeperluan hidup masyarakat. Walaupun syarak memberi ruang kepada akal manusia, namunruang yang diizinkan adalah terhad dalam ruang lingkup yang diizinkan oleh syarak. Sebagaicontoh, kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib yang di luar kemampuan akal manusiauntuk menta`akulkan perkara tersebut. Begitu juga dengan persoalan dosa dan pahala,kewajipan solat, pengharaman zina dan sebagainya.27 Individu muslim wajib beriman secarasepenuh hati tentang persoalan tersebut.Begitu juga dengan pengiktirafan kaum wanita. Islam mengangkat martabat kaum wanita samasepertimana pengiktirafan terhadap kaum lelaki. Persepsi sistem nilai Islam terhadap wanitaadalah jelas dan tidak pernah berubah disebabkan ianya dinisbahkan kepada petunjuk wahyu.Pemahaman ini dapat dilihat pada zaman Nabi Muhammad SAW, iaitu kaum wanita mendapattempat dan di beri peranan yang sewajarnya dalam menegakkan syiar Islam.Golongan ini turut menyumbangkan peranan sama ada dalam suasana aman ataupun dalamkeadaan peperangan. Dalam suasana aman, golongan wanita turut terlibat dalam aktivitikemasyarakatan. Antara contoh, Ummu `Atiyyah telah diajar oleh Rasulullah SAW kaedahmengkhatan kanak-kanak perempuan dan memandikan jenazah. Seorang tokoh wanita lainseperti Zainab al-Tabib dikenali sebagai seorang yang mempunyai kemahiran dalam perubatanseperti luka dan sakit mata.28

Berbeza pula dengan sistem nilai tajaan Barat. Secara prinsipnya, teori nilai Barat adalahberasaskan kepada kesimpulan manusia berdasarkan kepada mekanisme pemerhatian,pengkajian, pengalaman, pemikiran dan adat yang mempengaruhi manusia. Berdasarkankepada metodologi tersebut, mereka telah membuat kesimpulan mengikut logik akal danpenerimaan masyarakat setempat. Selagi mana penerimaan masyarakat terhadap sistem nilaitersebut, maka selagi itulah sistem nilai tersebut diiktiraf dan dijadikan sebahagian daripadanorma hidup masyarakat. Kerangka kerja teori nilai Barat jelas memisahkan aspek kehidupanmanusia yang mengandungi komponen tradisi intelektual dan agama.29Persepsi masyarakat Barat terhadap sistem nilai sentiasa mengalami penambahbaikanmengikut realiti, suasana masyarakat dan pemikiran manusia. Perubahan ini berlakudisebabkan perbezaan pemahaman tahap pemikiran manusia dan keperluan hidup normamasyarakat.30 Sebagai contoh, penerimaan nilai terhadap golongan homoseksual, penukaranjantina (transexual), seksual bebas, persepsi wanita dan sebagainya. Barat tidak beranggapanperbuatan homoseksual merupakan satu fenomena songsang atau dikenali sebagai bilazimyang jelas bertentangan dengan ketentuan agama. Masyarakat Barat mengiktiraf kelompokgolongan tersebut. Bahkan Barat berpendapat tingkah laku simptom homoseksual adalahsesuatu yang lazim dan tabie dan bukannya pilihan hidup mereka.Dalam konteks dunia wanita, sistem nilai yang ditaja oleh Barat dilihat tidak begitu konsistendalam merungkai isu permasalahan golongan tersebut. Masyarakat Barat berpandanganbahawa golongan perempuan adalah makhluk yang paling buruk, membahayakan keselamatankeluarga dan rumah tangga serta mendatangkan musibah yang berpanjangan.31 Golonganwanita dinafikan hak sepenuhnya. Mereka dilayan oleh kaum lelaki sebagai golongan kelaskedua. Golongan wanita tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti yang dimonopoli oleh kaumlelaki.Penonjolan idea emansipasi oleh tokoh-tokoh wanita Barat memperlihatkan komitmen terhadapkebebasan dan kehidupan yang lebih terbuka. Idea ini secara tidak langsung telahmenyerlahkan lagi isu kemelut pemberontakan wanita di Barat. Secara tidak langsung senarioyang berlaku ini memberi gambaran tentang penolakan terhadap sistem nilai kepercayaanmasyarakat Barat yang bersifat membataskan perkembangan keperluan kehidupan personalwanita dan hasrat perjuangan untuk mendapatkan hak dan peluang yang lebih dalam lapangankehidupan. Konflik ini timbul disebabkan sejarah masyarakat Barat telah meletakkan statuswanita di tempat yang rendah dan hina, sebaliknya masyarakat lebih mengagungkan nilai-nilaisekular.Dalam lipatan sejarah Barat silam, pada era pemerintahan Victoria, wanita dianggap sebagaimakhluk yang bodoh, lemah, simbol seks dan sebagainya. Persepsi negatif sedemikian dapatdilihat dalam teks-teks kesusasteraan yang dimonopoli sepenuhnya oleh kaum lelaki yang terdiridaripada golongan paderi. Dalam penulisan novel-novel, kaum wanita dideskripsikan secaraekstrem sebagai perempuan jahat (scarlet women).32Walau bagaimanapun, akibat perkembangan pemikiran dan realiti keperluan masyarakat Barat,nilai negatif mengenai wanita telah berjaya diubah dalam pemikiran masyarakat. Penerimaan

persepsi yang positif ini dapat dilihat dalam teks-teks penulisan novel yang ditulis oleh golonganintelek seperti Mary Wollstonecraft dalam A Vindication of the Rights of Women.33 MenurutMustafa al-Siba`i,34 masyarakat Barat melihat golongan wanita dengan persepsi yang negatifsehinggalah sampai satu ketika golongan wanita pandai menunggang kuda seperti yangdilakukan oleh kaum lelaki. Pada ketika itulah, golongan wanita mula mendapat tempat menurutpandangan masyarakat umum.Dari segi cakupan pula, nilai Barat dilihat bersifat melihat kepentingan manusia dari aspekzahiriah semata-mata berdasarkan kajian yang dibuat oleh pemikiran manusia. Oleh yangdemikian, dalam keadaan tertentu, mereka gagal untuk menilai sesuatu dalam ruang lingkupyang luas. Umpamanya, dalam isu pengklonan manusia (artificial twinning), golongan Baratberanggapan isu ini adalah untuk kebaikan kepada generasi yang akan datang untukkelangsungan zuriat. Walau bagaimanapun, isu ini ditentang oleh pihak gereja. Eksperimen ujianberkenaan telah pun dilakukan oleh saintis Barat ke atas haiwan lewat tahun 1970an.35 Isupengklonan ini jelas bertentangan dengan Islam dan hukumnya adalah haram disebabkanperkara ini bertentangan dengan fitrah kejadian manusia. Perbuatan sedemikian memberiimplikasi yang negatif dan menjatuhkan darjat manusia sama seperti haiwan.36Sebaliknya, sistem nilai dalam Islam mencakupi aspek zahiriah dan batiniah manusia. Ia bukanhanya bermatlamatkan keduniaan semata-mata bahkan mencakupi alam akhirat. Natijah akhirkepada penerimaan konsep tersebut, mengiktiraf bahawa seluruh tindak tanduk manusia akanmelalui proses pengadilan daripada Allah SWT. Sistem nilai dalam Islam bukan sahaja meraikanpemikiran manusia sahaja tetapi juga perlu mengikut tatacara yang digariskan oleh syariatIslam. Justeru, sistem nilai dalam Islam dilihat begitu konsisten dalam menangani isupermasalahan manusia. Ia tetap bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan dan bersifat sejagat.Keunikan sistem nilai dalam Islam, kerana ia merupakan kesepaduan antara pemikiran manusiayang dipandu oleh wahyu. Jika berlaku konflik dengan tuntutan wahyu maka nilai tersebutadalah ditolak.Secara ringkasnya perbandingan teori nilai di antara Islam dan Barat dapat diringkaskan dalamJadual 1.2.Jadual 1.2 : Perbandingan Teori Nilai Antara Islam dan BaratBil. Teori Nilai (Islam) Teori Nilai (Barat)1. Teori nilai Islam bersumberkan Teori nilai Barat beraspirasikan pengamatan, keilmuan dan pengalaman wahyu iaitu Al-Quran dan Al- manusia. Sunnah. Ia dapat difahami sekiranya nilai-nilai tersebut berlaku kontradiksi dengan kodifikasi wahyu, sudah pastilah ia terkeluar dari falsafah nilai Islam.2. Teori nilai dalam Islam Teori nilai menurut kerangka Barat berasaskan kepada kajian para sarjana berorientasikan doktrinasi akhlak dan pengiktirafan sesuatu masyarakat. islamiyah. Keperluan kepada asa akhlak ini disebabkan ia berfungsi

sebagai kawalan rohaniah yang mengawal zahir, batin dan pemikiran manusia.3. Cakupan isi kandungan teoritikal Isi kandungan nilai menurut kaca mata Barat bersifat zahiriah semata- nilai bersifat sejagat dan sentiasa mata dan hanya terhad kepada pemikiran manusia semata-mata. relevan dengan realiti dan kondisi Pentafsirannya sentiasa berubah berdasarkan kepada kajian manusia dan keperluan masyarakat semasa. keperluan semasa. Ianya hanya diiktiraf oleh kelompok masyarakat tertentu sahaja disebabkan perbezaan norma, wilayah geografi dan perbezaan keintektualan manusia.4. Meskipun prinsip syarak yang Ia terbuka luas untuk dipolemik dan dibahaskan oleh kajian manusia dan menjadi entiti asas falsafah nilai pemerhatian masyarakat tanpa diikat dengan batasan tertentu. Nilai yang yang bersifat dogmatik dan rigid diiktiraf tidak bersifat mengikat malah sentiasa longgar untuk ditafsirkan namun peranan akal masih oleh manusia. diberikan ruang. Ini kerana, sifat keanjalan dan kelenturan yang ada syarak memberikan ruang toleransi kepada manusia untuk memahaminya.5. Teori nilai dalam Islam bersifat Teori nilai Barat bersifat nisbi atau relatif dan sentiasa berlaku perubahan mutlak dan sentiasa konsisten pentafsiran mengikut selera dan keperluan kondisi masyarakat setempat. disebabkan ia berasaskan kepada petunjuk Ilahi.6. Falsafah nilai bersifat sempurna Falsafah nilai Barat sentiasa terdedah dan terbuka untuk dikritik oleh dan memenuhi fitrah insaniah. pemikiran manusia disebabkan wujudnya lacunae yang perlu diisi untuk Pematuhan kepada nilai-nilai memantapkan sistem falsafah tersebut. tersebut akan merawat dan menyembuhkan jiwa manusia yang sakit atau dikenali sebagai penyakit rohaniah.4 Shuhairimi Abdullah (2007), al-Islam.5 Malik bin Nabi (1977) Taamulat, h: 44.6 Pengertian nilai juga ditakrifkan seperti berikut i: ukuran sejauhmana sesuatu yang diingini berdasarkan keindahan jasmani dan moral sertafaedah atau manfaat sesuatu itu. ii: Sesuatu prinsip dan kualiti yang merangsangkan sesuatu keinginan seperti nilai akhlak. iii: Yangberhubungkait dengan nilai yang tinggi. Lihat Cayne (1989) The New Lexicon/ Webster Dictionary of The English Language.7 Dalam kamus peristilahan bahasa arab, nilai dirujuk sebagai al-qimah yang bermaksud harga yang ditentukan pada sesuatu.. Lihat IbnManzur (1990) Lisan al-Arab, h. 500.8 Aksiologi berasal dari perkataan Inggeris “axiology”. Teori ini merupakan sebahagian daripada komponen filsafat. Ia mempunyai hubungkaitdengan nilai, etika, estetika dan agama, kriteria nilai dan pembuat keputusan berasaskan nilai. Lihat Stanford Encyclopedia of Philosophy.http://plato.stanford.edu/entries/value-theory/. Capaian pada 14.2.2008.9 K. Bertens, (1992). Sejarah Falsafah Yunani, h. 110.10 http://en.wikipedia.org/wiki/Value_theory. Capaian pada 14.2.2008.11 W.C. Crain. (1985). Theories of Development, h.. 118-136.12 Wolfgang J Mommsen (1992), The Political and Social Theory of Max Weber : Collected Essays, h. 60-81.13 Lihat Adam Smith (1759), The Theory of Moral Sentiments, h. VII.II.16- VII.II.34. Juga lihat David Ricardo seorang sarjana ekonomiklasik mempunyai pandangan sama dengan Adam Smith. Pengertian merujuk kepada dua maksud pertama, nilai merupakan satu perkara yangboleh diukur dan kedua, nilai pertukaran yang membawa pengertian sesuatu yang memiliki harga yang tinggi nilainya dan bermutu. Lihat DavidRicardo (1772-1823), On the Principles of Political Economy and Taxation, h. bab 1. Wolfgang J Mommsen (1992), The Political and SocialTheory of Max Weber : Collected Essays, h. 60-81.14 Plato dalam karyanya “Republic” menjelaskan terdapat perbezaan di antara nilai instrumental dan instrinsik. Nilai instrumental seperti

mendengar muzik di radio. Nilai instrinsik ialah sesuatu yang berharga dan bernilai.15 Ralph dan Thayer melalui hasil kajian mereka mendapati John Dewey dalam kajiannya berpendapat konsep pragmatisme adalah satu aliranfalsafah yang berasal dari Amerika Syarikat pada lewat kurun 1880an. Sebagai salah satu ciri utamanya, aliran pragmatisme menekankanbahawa hasil, kepenggunaan, praktikal adalah komponen utama untuk kebenaran. Namun, penelitian yang dihasilkan ini masih memerlukankajian lanjut sekiranya dibandingkan dengan keperluan dan realiti semasa pada zaman kini. Lihat Sleeper, Ralph. The Necessity of Pragmatism:John Dewey’s Conception of Philosophy. New York: Yale University Press, 1987 dan Thayer, H. S. The Logic of Pragmatism: AnExamination of John Dewey’s Logic. New York: Humanities Press, 1952.16 Eduard Spranger dalam kajiannya “Types of Men (Lebensformen; Halle (Saale): Niemeyer, 1914; terjemahan oleh P. J. W. Pigors; NewYork: G. E. Stechert Company, 1928) (http://en.wikipedia.org/wiki/Eduard_Spranger, pautan pada 18 Ogos 2007. Beliau menjelaskan nilaibudaya yang dipegang oleh manusia merangkumi enam orientasi seperti berikut: 1. Teoritis (nilai yang dominan). 2. Ekonomik ( nilai yangberguna). 3. Estetis (nilai harmoni). 4. Sosial (nilai kasih sayang) 5. Politik (kuasa). 6. Agama (nilai tertinggi kesatuan manusia). Kajian olehSpranger dikembangkan oleh Sutan Takdir Alisjahbana. Lihat Sutan Takdir Alisjahbana (1974) Values as Integrating Forces in Personality,Society and Culture. Kuala Lumpur: University of Malaya Press, h. 10-30.17 Paul W.Taylor (1961) Normative Discourse. Englewood Cliff, NJ: Prentice Hall, h. 3-25.18 Radhakamal Mukerjee (1965) The Social Structure of Values. New Delhi : S. Chand, h. 5-10.19 Sufean Hussin (1989) Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. Petaling Jaya: Fajar Bakti, h. 15-20.20 Gordon Willard Allport (1961) Pattern and Growth in Personality. Harcourt College Pub, h.13-20/21 Ismail Jusoh dan Mustapa Kasim (1997), Pendidikan Nilai 3K. (Kertas Kerja Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Moral danNilai dalam Pembangunan Manusia 27-19 Ogos 1997), h. 86-88.22 Barat tidak sependapat dalam mentakrifkan definisi nilai yang baik, ideal dan luhur. Golongan hedonis mentakrifkan nilai yang baik dapatmemberi keseronokan kepada jiwa manusia (pleasure and happiness). Aliran positivistik berpendapat nilai yang baik cenderung kepadakesempurnaan (perfection). Aliran pragmatis menyimpulkan nilai yang baik dapat memenuhi impian dan obligasi semasa (fulfillment of currentmission and duties).Lihat Hashim Hj. Musa (2004), Citra Hati Budi Melayu (Kertas Kerja dalam Persidangan Antarabangsa PeradabanMelayu II, Vol. 1, Institusi Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Idris, h. 10-12.23 Dalam konteks hukum ia difahami sebagai ketentuan yang bersifat umum. P ara sarjana fiqh menghuraikan pengertian ini sebagai perintahAllah yang berhubung kait dengan tindak tanduk amali manusia yang mukallaf. Lihat as-Syatibi (1980), al-Muwafaqat ,jld. 1, h. 6224 Dalam konteks hukum ia difahami sebagai ketentuan yang bersifat umum. P ara sarjana fiqh menghuraikan pengertian ini sebagai perintahAllah yang berhubung kait dengan tindak tanduk amali manusia yang mukallaf. Lihat as-Syatibi (1980), al-Muwafaqat ,jld. 1, h. 6225 Mohamed Asin b. Dollah (2004), Nilai-Nilai Islam Yang Sejagat Yang Diaplikasikan Dalam Pentadbiran dan Pemerintahan Malaysia, h. 2.26 Mohd Saleh Haji Ahmad (1999) Pengantar Syari`at Islam, h. 53.27 Mohd Saleh Haji Ahmad (1999) Pengantar Syari`at Islam, h. 36.28 Al-Balaziri, Abi Hassan (1951) Futuh al-Buldan, h. 458.29 Lihat Ahmed dan Donnan (1955) Islam, Globalization and Postmodernity.30 Lihat Mustaffa Kamal Alias (2001) Islam dan Relativisme Moral Dalam Pemikiran Pasca Modernisme, dlm Jurnal Yadim (2), h: 54.31 Lihat Rowbotham (1973) Women’s Consciousness, Man World32 Mohamad Abu Bakar (1993) Pembebasan Wanita Dorongan dan Dilema dlm Tokoh-Tokoh Wanita Mithaliyah, h: 19-20.33 Mary Wollstonecraft (1992) A Vindication of the Rights of Women, h: 15-17.34 Mustafa al-Siba`i (1986), Wanita Menurut Syariat Islam dan Peradaban Moden, (terj.), Halimuddin, h: 10-11.35 Lihat artikel yang berkaitan sejarah pengklonan janin atau embrio. Pengklonan ini telah dijalankan ke atas haiwan ternakan bagimenghasilkan ternakan yang lebih kuat bakanya. Eksperimen ini juga pernah dijalankan ke atas janin manusia dengan menggunakan kaedahyang sama, iaitu bagi membantu meningkatkan pengetahuan manusia tentang pembiakan sel kanser dan lain-lain penyakit genetic sepertiParkinson dan cystic fibrosis. Dengan itu, para saintis tidak lagi perlu bergantung kepada janin yang di ambil dari klinik kesuburan untukmelakukan uji kaji. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan janin-janin asal. Untuk keterangan lanjut lihathttp://www.religioustolerance.org/clo_intr.htm. Capaian pada 26.5.200836 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 11 Mac 2002 telah memutuskan pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan adalah haram danbertentangan dengan fitrah kejadian manusia.Lihat http://www.islam.gov.my/erujukan/klon.html. Capaian pada 26.5.2008

Bab 2Nilai-Nilai Murni2.0 Konsep Nilai-Nilai Murni Menurut Perspektif IslamDalam konsepsi nilai, ia mengandungi unsur-unsur seperti faedah, kepentingan, kualiti, setiapbenda yang bernilai, perkara dan fenomena yang wujud dan berlaku dalam alam kosmologi ini.Secara implisitnya, nilai bersifat subjektif dan kualitatif yang tercetus melalui pemikiran danemosi manusia berasaskan pengalamannya dalam proses interaksi dengan alam dan sesamamanusia. Natijah daripada pertimbangan pemikiran dan emosi, manusia telah meletakkansesuatu nilai berdasarkan kepada pengalaman yang dilaluinya.Pada asasnya, nilai murni adalah nilai bersifat universal yang memberi penekanan kepada adabyang terpuji, peradaban dan tatasusila individu dalam kerangka perhubungannya dengan tuhan,manusia dan alam. Perbincangan nilai murni cenderung membahaskan domain-domain nilaisubstantif seperti agama, rohaniah, moral dan estetika yang mencetuskan stimulasi yang positifseperti ketenangan emosi, kedamaian pemikiran, jiwa yang bersih dan keluhuran akal budimanusia. Nilai murni juga merangkumi set-set nilai yang terdiri daripada nilai instrumental, nilaimutakhir dan nilai integratif.37 Berdasarkan kepada penjelasan ini, dapatlah difahami bahawaunsur-unsur alam dan benda yang lain di luar kategori manusia dianggap tidak mempunyai nilaimurni.38Meskipun begitu, kajian ini cenderung untuk melihat nilai-nilai yang perlu dijadikan teras (corevalues) berasaskan kepada kerangka keagamaan. Umumnya, nilai-nilai murni daripadaperspektif Islam berfungsi sebagai indikator dan memandu manusia ke arah kesejahteraan dankebahagiaan melalui pedoman wahyu.39 Nilai-nilai murni Islam lebih terfokus kepadaharmonisasi antara doktrin rabbani dan kemanusiaan untuk mencapai kejayaan hakiki dalamdimensi duniawi dan ukhrawi. Nilai murni pada pandangan Islam bersifat `alami dan diikatdengan doktrin agama. Individu yang menghayati nilai-nilai tersebut akan mendapat ganjarankebaikan, walau bagaimanapun, jika berlaku kontradiksi dengan nilai-nilai tersebut makapelakunya akan mendapat dosa. Justeru, oleh kerana nilai-nilai murni adalah sebahagiandaripada komponen keagamaan sudah tentulah pokok perbincangannya difokuskan kepadaaspek-aspek berikut:a. Aspek interaksi manusia dengan Allah (konsep ibadah)b. Aspek interaksi manusia sesama manusia (pengurusan muamalah)c. Aspek interaksi manusia dengan alam (khalifatulard)Berdasarkan hubungan interaksi tersebut, nilai-nilai murni yang perlu dijadikan nilai teras dalam

kehidupan insan perlu mengambil kira semua aspek tersebut dalam satu kitaran konfigurasiyang bersifat harmonis dan saling berhubung kait. Semua nilai teras yang perlu dihayati olehsetiap insan akan merujuk kepada nilai luhur yang tertinggi iaitu konsep ketauhidan kepada AllahSWT. Justeru, jika didapati terdapat nilai yang berkontradiksi dengan keluhuran akidah, syariahdan akhlak sudah pastilah ia tidak diiktiraf daripada kaca mata Islam. Jika berlakuketempangan atau kecacatan terhadap sistem perhubungan tersebut sudah tentulah iamerencatkan asas kesempurnaan sistem nilai yang dituntut oleh Islam.Harmonisasi domain nilai-nilai murni dapat dilihat pada Rajah 2.0 berikut:Rajah 2.0 : Konfigurasi Domain-Domain Nilai-Nilai Murni Dalam Islam2.1 Domain-Domain Asas Yang Membentuk Konsep Nilai MurniSepertimana yang telah diilustrasikan dalam Rajah 2.0, domain-domain teras yang membentukkonsep nilai-nilai murni perlu diharmonisasikan dalam satu kitaran. Bagi melicinkan prosestersebut, ia perlu didasari dengan prinsip wahyu yang menjadi kepada kerangka asaspembentukannya. Bagi melanjutkan perbincangan, domain-domain yang menjadi asas kepadaacuan nilai-nilai murni akan diperincikan seperti berikut:2.1.1 Interaksi Manusia Dengan Allah (ta`abudiyyah)Tauhid merupakan elemen asas yang tertinggi dalam Islam. Penentuan nilai-nilai murniberasaskan kerangka tauhid bermaksud pematuhan manusia terhadap ketentuan hukum yangditentukan Allah bersifat mutlak dan kekal abadi serta beriman dengan sepenuh hati dalamaspek rububiyyah dan uluhiyyah.40 Melalui konsep ini, ia meletakkan pola hubungan asas yangkukuh bagaimana insan berinteraksi dengan Allah SWT. Hasil daripada tindakbalas hubungantersebut, objektif utama yang perlu dicapai oleh setiap muslim ialah mendapat keredhaandaripada Allah dan keberkatan di alam dunia dan akhirat. Oleh yang demikian, berdasarkankepada kerangka tauhid ini maka terpancarlah sifat-sifat positif yang menjadi prinsip peganganmuslim seperti keadilan, kesamaan, amanah, redha meredhai, toleransi, kasih sayang, tekun,

pengiktirafan hak masyarakat, penyelesaian secara konsensus, berilmu, sederhana, konseppahala dan dosa perlu diaplikasikan oleh setiap individu muslim yang berjaya.Umumnya, akidah diklasifikasikan kepada empat komponen penting yang merangkumi sepertiberikut iaitu, pertama fitrah, kedua akal, ketiga persoalan ghaib dan keempat syarak.41 Apabilakomponen-komponen ini dikombinasikan, ia menjadi asas binaan akidah yang kukuh sertamenjadi tunjang kepada sistem kepercayaan agama Islam. Keunikan dan keistimewaankeutuhan sistem ini dapat dilihat daripada kekuasaan dan kemegahan yang dimiliki oleh YangMaha Berkuasa (Allah SWT) yang mencipta dan menguruskan alam sejagat ini tanpa sebarangcacat cela, mengurniakan segala nikmat yang tidak terhitung kepada manusia dan makhluk lainamnya, menghidupkan semula jasad dan jiwa yang telah hancur dengan kekuasaan yangdimilikiNya dan sebagainya. Atas keperluan tersebut, jelaslah bahawa akidah merupakan faktoryang paling dominan sebagai prinsip asasi yang perlu dipegang oleh manusia. Kekuasaan AllahSWT yang menguasai alam raya ini dapat dilihat dalam firmanNya dalam Al-Quran:Maksudnya: ”Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka MahaSuci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.” (al-Anbiya’:22)Al-Alusi42 memperincikan maksud Al-Quran tersebut dalam tafsirnya menyatakan bahawamereka beriktikad mensucikan Allah daripada yang selainnya yang menyerupai tuhan-tuhansepertimana yang disangka. Beliau mentafsirkan huruf sebagai tertib di antara yangsebelumnya dan selepasnya, untuk mensabitkan Wahdaniyah selain untuk menzahirkan sifatJalalah pada tempat yang tersirat sebagai `illah hukum. Alasan yang dikemukakan sifatUluhiyyah merangkumi semua sifat kesempurnaan (Kamaliah). Atas sifat kebesaran dankemuliaan yang dimiliki oleh Allah SWT dan nikmat yang dikurniakanNya maka manusia dapatmengatur dan menyusun kehidupan secara sistematik di alam ini mengikut Iradah dan inayahyang telah ditentukan oleh Allah SWT.Apabila sistem kepercayaan ini direalisasikan sepenuhnya oleh manusia maka terpancarlah rohkeimanan yang hakiki berkembang subur dalam diri individu manusia dan secara instrinsiknya iaakan menjadi asas kepada pembentukan sebuah institusi masyarakat yang kuat. Untukmenggambarkan maksud komponen akidah tersebut, perinciannya boleh dilihat dalam Jadual2.1 seperti berikut:Jadual 2.1 : Komponen AkidahBil. Komponen Akidah Maksud1. Fitrah Manusia mengiktiraf dan menginsafi di bawah alam sedar tentang kekuasaan dan keagungan Allah yang mencipta dirinya dan setiap makhluk dan benda di alam ini. Secara tabienya, manusia mengharapkan bantuan Allah disebabkan oleh sifat kelemahan yang dimilikinya.43

2. Akal Islam mengiktiraf peranan akal. Orang beriman menggunakan akal untuk3. Ghaib mentadabbur dan berfikir tentang kekuasaan Allah SWT. 444. Syarak Beriman dengannya merupakan sebahagian daripada unsur-unsur akidah seperti beriman tentang kewujudan syurga, neraka, hari pembalasan, malaikat, jin dan sebagainya yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera manusia.45 Ia boleh diertikan sebagai kuantum nilai, prinsip, sistem syariat yang ditaja oleh Allah SWT melalui pengantaraan Nabi atau Rasul. Sistem inilah menjadi dasar kepada pembentukan agama.Natijah daripada interaksi manusia dengan Allah akan memperlihatkan status dan kedudukanmanusia berperanan dan memikul tanggungjawab sebagai hamba serta ditaklifkan denganketentuan hukum seperti yang telah termaktub dalam wahyu. Kehidupan manusia perludibimbing dengan panduan wahyu supaya setiap tindakannya sentiasa bertepatan dengantuntutan keagamaan dan selari dengan fitrah kemanusiaan. Manusia yang terpinggir denganpedoman wahyu seringkali melanggar arahan dan peraturan agama serta bertindak di luarnorma kemanusiaan demi memenuhi cita-citanya atas desakan hawa nafsu. Sebaliknya, individumuslim yang beriman sentiasa bertindak berasaskan nilai-nilai mahmudah yang diutarakan olehIslam dan sentiasa berhati-hati dalam tindak-tanduknya. Golongan manusia sedemikian bukansahaja mempunyai personaliti dan akhlak terpuji sesama manusia, tetapi dalam masa yangsama mereka juga memiliki adab yang baik dengan Allah SWT.Sebagai individu mukmin yang baik, ia sentiasa mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupanseperti berakhlak, bercakap benar, beramanah, akauntabiliti, mengutamakan pemuafakatandan persefahaman, bertoleransi, menghormati hak orang lain dan sebagainya. Manusia yangbertakwa kepada Allah SWT sentiasa berhati-hati dan takut melakukan sesuatu perkara yangbertentangan dengan syarak sama ada secara terang-terangan atau di luar pandanganmanusia. Ironinya, inilah keistimewaan dan keunikan sistem agama yang berteraskan ordertauhid rabbani, sistem ini dihormati dan diiktiraf oleh manusia atas sifatnya yang sejagat dalammemelihara keharmonian dan ketenteraman manusia bukan sahaja di alam dunia bahkanberkesinambungan di alam akhirat. Manifestasi ketakwaan manusia kepada Allah dapat dilihatmelalui tanda kesyukuran yang dizahirkan oleh manusia di atas nikmat yang dikecapinya. Setiapnikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia atas sifat Rahman dan Rahim tidakdapat dihitung oleh manusia. Allah SWT tidak melihat kekayaan, kemegahan, kehormatan,pangkat dan darjat dimiliki oleh manusia sebaliknya tahap ketakwaan yang dimiliki olehseseorang menjadi kayu ukur kepada kejayaan seseorang. Ketakwaan merupakan pencapaianberprestij yang menjadi idaman bagi setiap individu muslim. Tingkatan ketakwaan seseorang ituakan menjadi petunjuk hierarki darjatnya di sisi Allah SWT Firman Allah SWT :Maksudnya: Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan

menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang palingmulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui LagiMaha Mengenal (Al-Hujurat:13)Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:Maksudnya: ”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali- `Imran: 102)Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:Maksudnya: ”Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut46 kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya,maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (An-Nur:52)Oleh yang demikian, apabila nilai takwa berasimilasi dalam diri individu muslim, secara tidaklangsung ia akan membenihkan perasaaan kasih kepada Allah. Hati, pemikiran dan tingkah lakumanusia yang bersifat sedemikian sentiasa cenderung melaksanakan tuntutan dan amanahsebagaimana yang dianjurkan oleh Islam dengan penuh berhikmah dan bertanggungjawab.Dalam sebuah hadis daripada Anas bin Malik R.A, dinyatakan, bahawa Nabi Muhammad SAWbersabda yang maksudnya:“Ada tiga perkara, apabila terdapat dalam diri seseorang maka dia akan merasakan bagaimana manisnya iman: mencintai Allahdan RasulNya melebihi daripada yang lain-lain. Benci menjadi kafir kembali, setelah Allah melepaskannya dari kekafiran itu,sebagaimana bencinya akan dilemparkan ke dalam neraka”. (Riwayat Muslim).47Gambaran berkenaan dengan perilaku mukmin yang sejati dapat dilihat daripada petunjuk yangdijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis. Imam Ahmad meriwayatkan daripada AbuUmamah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya, sebahagian dari orang-orang mukmin ialah orang yang lembut hatinya untukku.” (Riwayat Ahmad).48Dalam riwayat yang lain, Ahmad meriwayatkan daripada Fudhalah bin Ubaid R.A. bahawarasulullah SAW bersabda maksudnya:“Mahukah aku khabarkan kepada kamu berkenaan orang mukmin? Orang mukmin ialah orang yang selamat atas harta bendadan jiwa raga mereka. Orang Islam ialah orang yang selamat daripada lidah dan tangannya, orang mujahid ialah orang yangberjihad terhadap nafsunya dalam ketaatan kepada Allah, dan orang muhajir ialah orang yang meninggalkan kesalahan-

kesalahan dan segala dosa.” (Riwayat Ahmad).49Pandangan generalisasi nilai-nilai murni dalam konteks akidah Islamiah adalah berasaskankepada konsep keesaan kepada Allah SWT. Berdasarkan kepada ruang lingkup order tauhid iniia menggambarkan tentang nilai-nilai positif yang berfungsi untuk menyuburkan hak-hak asasikemanusiaan seperti persamaan sosial, keadilan yang saksama, jiwa yang merdeka dansebagainya atas semangat kesatuan payung akidah yang satu.Kelahiran umat Islam di pentas retrospektif sejarah silam sebagai pembawa obor tamadundunia manusia pada abad ke 7, merupakan satu pengalaman daripada model masyarakatmuslim berjaya yang melalui proses transformasi manusiawi menerusi revolusi tauhid. Secaranisbinya, nilai-nilai murni yang melalui orientasi sistem akidah ini akan dapat membantu ke arahmelahirkan masyarakat yang disebut sebagai masyarakat yang berperadaban tinggi mendapatrahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Al-Quran memerihalkan perkara tersebutsebagaimana yang dinyatakan, firman Allah SWT :Maksudnya: Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun disebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmudan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang MahaPengampun”. (al-Saba’:15)Pada tahap idealnya, manusia yang naif sifatnya menginsafi bahawa terdapat kekuasaan YangMaha Hebat dan Maha Berkuasa yang memelihara alam semesta ini dan juga yang menyusunkehidupan manusia. Atas kesedaran inilah, setiap urusan manusia yang merangkumi persoalankehidupan, kenegaraan, kebudayaan, peradaban manusia dan komponen asas keperluanmanusia yang lain perlu merujuk kepada sistem peraturan yang dibangunkan oleh Allah sepertiyang diwartakan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Manusia yang bersifat sedemikian, sentiasaakur dan tawadu` kepada setiap perintah dan larangan atas kapasitinya sebagai hamba Allah.Seseorang individu muslim tidak akan melaksanakan titah perintah Allah melainkan dengankesedaran yang lahir daripada hati nurani yang bersih. Kesedaran inilah merupakan de factoyang menjadi motivasi dan dorongan kepada muslim untuk melaksanakan setiap tuntutanagama disebabkan setiap tindak tanduknya sentiasa diawasi dan dipantau oleh Allah YangMaha Kuasa. Individu yang memiliki tabienya yang positif cenderung kepada wadah roh al-khuluqiyyah seperti kasih sayang, keadilan, keharmonian, keamanan, bertoleransi, bekerjasamadan sebagainya sudah tentulah menitikberatkan persoalan nilai-nilai murni dalam kehidupannya.Oleh yang demikian, jelaslah bahawa nilai-nilai murni adalah jambatan rohaniah yangmenghubungkan interaksi manusia dengan Allah secara lebih konstruktif lagi.

2.1.2 Interaksi Manusia Sesama Manusia (mua`malah)Kehidupan manusia di atas muka bumi ini bukan bertujuan hanya semata-mata untuk memenuhisurvival melangsungkan kehidupannya sebagai makhluk seperti makan, minum, berkeluarga,mengembangkan zuriat, bermasyarakat dan sebagainya. Keperluan yang dinyatakan tersebuthanyalah bersifat menyempurnakan masalah asasi yang dihajati oleh manusia. Objektif yangperlu dicapai oleh manusia daripada perspektif konsep pandangan hidup muslim lebih tinggi danmurni daripada keperluan tersebut.Insan yang diciptakan Allah dan mendapat kedudukan yang istimewa di sisi makhluk lain perlumemelihara status kedudukan ini. Meskipun begitu, kegagalan manusia memenuhitanggungjawabnya sebagai insan dalam kaca mata Islam akan meruntuhkan pengiktirafantersebut sehingga darjat manusia sama sahaja dengan status haiwan.50 Analogi manusia yangbersifat sedemikian digambarkan dalam Al-Quran, Allah SWT berfiman:Maksudnya: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, merekamempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidakdipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannyauntuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-`Araf:179)Dalam konteks agama Islam, ruang lingkup amalannya perlu diharmonikan dengan nilai-nilaimurni yang perlu dihayati dan dibudayakan oleh setiap individu muslim agar kejayaan yang ingindicapai benar-benar menepati falsafahnya. Keperluan kepada nilai tersebut adalah pentingkepada setiap insan dalam merangka blue print kehidupan manusia yang seimbang dari aspekrohani, spritual dan intelektual. Dalam mengurus institusi manusia amnya, elemen agama,akhlak dan etika perlu diberi keutamaan. Elemen-elemen yang dinyatakan ini menjadi asas yangbersifat fundamental dalam proses membangunkan nilai-nilai kemanusiaan yang positif. Ia perludiolah secara kreatif dan komprehensif supaya pemahaman nilai-nilai murni yang berteraskannilai rohaniah dapat diseimbangkan dengan faktor pematuhan, penghayatan dan pengamalan.Banyak kepincangan yang berlaku dalam institusi masyarakat antaranya adalah disebabkanoleh mengutamakan nilai materialistik, bersifat ananiah (individualistik), terpengaruh denganfaktor peredaran semasa serta nilai-nilai negatif yang lain. Oleh yang demikian, tidakmenghairankan sekiranya pihak pemerintah begitu menekankan penghayatan nilai-nilai murni51di kalangan masyarakat. Realitinya, kepentingan nilai-nilai murni perlu dijadikan agenda

keutamaan dalam proses membangunkan institusi manusia. Hal yang demikian disebabkanagama adalah kemuncak keutamaan bagi manusia dan agama juga menjadi petunjuk hakikikepada kejayaan yang dikecapi oleh manusia.Meskipun nilai-nilai murni dilihat sebagai subjektif, namun mengetepikan nilai-nilai moral rohaniahakan menjadi pembangunan insan tidak bersifat holistik. Ini kerana, dengan mengabaikan nilai-nilai luhur yang mempengaruhi tingkahlaku manusia ia akan memberi dampak yang negatifkepada kerangka perhubungan manusia sesama manusia secara bersepadu. Justeru, nilaimurni yang bersumberkan nilai rohaniah menjadi formula yang terbaik untuk mendidikmasyarakat tentang nilai-nilai fitrah kemanusiaan yang murni, menyedarkan manusia tentanghak dan obligasi sosial yang lain.Masyarakat yang dididik dengan lokus kawalan nilai-nilai murni akan berjaya mencipta budayamasyarakat penyayang dan bertoleransi terhadap kepelbagaian dan perbezaan agama danbudaya. Oleh yang demikian, budaya penyayang dalam institusi masyarakat yang dijalin dengannilai insaniah yang murni tidak mungkin menyuburkan nilai-nilai negatif seperti berfikiran jumud,hasad dengki, bersifat cauvinis, individualistik, materialistik dan sebagainya. Penyatuan diantara kelompok etnik yang berlainan seperti yang berlaku di antara kaum Ansar dan Muhajirinmenjalinkan ukhuwwah al-Islamiyyah dan mengukuhkan lagi jaringan interaksi sosial menjadibukti kepada konsep persaudaraan yang dislogankan oleh Islam.Dalam kaca mata Islam, sistem perhubungan sosial perlu dijalinkan dengan dua pra syaratutama. Pertama, melalui pemeliharaan semangat persaudaraan (ukhuwwah), kerjasama danpertautan kasih sayang di antara sesama muslim. Kedua, pemeliharaan hak, obligasi dankehormatan individu yang merangkumi dalam ruang lingkup maqasid syar`iyyah iaitu darah,harta, maruah, akal dan sebagainya. Atas kepentingan yang telah dijelaskan tersebut,sekiranya berlaku pelanggaran atau pencerobohan ke atas syarat-syarat tersebut secararigidnya perbuatan tersebut dihukum sebagai haram.52 Balasan yang diterima ini adalahbersesuaian dengan kesengsaraan dan kerugian yang ditimbulkan yang boleh memberi impakdari aspek moral atau material ke atas individu yang terlibat. Gambaran ini telah dijelaskan olehAllah SWT dalam Al-Quran:Maksudnya: Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; danbertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat. Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkanpuak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaumwanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri;

dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasiksesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim. (Al-Hujurat:10-12)Berdasarkan kepada maksud ayat Al-Quran tersebut, Allah SWT secara tegas menjelaskanbahawa setiap individu muslim adalah bersaudara di antara satu sama lain yang dilabelkansebagai saudara seagama dan mempunyai ikatan kemanusiaan yang kuat. Konseppersaudaraan unggul yang disyorkan oleh Islam adalah berteraskan kepada nilai-nilai kasihsayang yang sukar digugat oleh elemen-elemen yang boleh mengeruhkan dan memutuskan talipersaudaraan yang dijalin dengan ikatan keagamaan. Antara sikap positif adalah seperti salingmenyayangi, bantu membantu, bersatu padu dan nilai-nilai murni yang lain. Penciptaanmasyarakat yang berkonsepkan masyarakat madani yang dididik dengan ajaran Islam yanghakiki akan menyedarkan masyarakat tentang hak dan tanggungjawab sosial yang perluditunaikan.Sehubungan dengan itu, penilaian nilai-nilai murni terhadap konsep ”Khalifah al-Ard” pulamembawa pengertian bahawa objektif utama insan diutuskan bertujuan untuk memakmurkanbumi. Melalui konsep ini (raison d`entre) secara tidak langsung bermaksud manusia dianggapsebagai pemegang amanah53 untuk menguruskan sumber yang telah dianugerahkan oleh AllahSWT untuk membangun peradaban manusia yang sejahtera. Islam telah memberi petunjuk danbimbingan kepada manusia bagaimana untuk memimpin dan menguruskan sumber alam yangada dan mengagihkan sumber tersebut secara adil untuk tujuan kemakmuran manusia. Oleh itu,segala tindak tanduk manusia dalam sistem perhubungan sesama manusia perlu terarahkepada pembangunan insaniah yang bersumberkan kepada Al-Quran dan Al-Hadis.Manusia diutuskan ke alam ini ialah untuk mengabdikan diri secara mutlaknya denganmengerjakan ibadah kepada Penciptanya.54 Atas kapasitinya sebagai Khalifatulard,55 sudahtentulah arah tujunya perlu difokuskan kepada strategi pembangunan insan dalam ruang lingkupdimensi rohaniah dan jasmaniah menurut kerangka keagamaan Islam. Khalifah merupakanpengiktirafan anugerah yang tertinggi diberikan kepada manusia berbanding dengan makhluklain. Pengiktirafan ini dirakamkan oleh Al-Quran seperti firman Allah SWT :Maksudnya: ”Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, kami berimereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yangtelah kami ciptakan.” (Al-Isra’:70)Berdasarkan ayat tersebut, Allah SWT telah memberi penghormatan kepada manusia sebagaipemimpin di atas bumi ciptaan Allah ini. Berasaskan kepada kefahaman ini, penterjemahankhalifah ini merangkumi makna menguasai dan memerintah atas fungsinya sebagai Al-Qiyadah.

Atas sifatnya yang sedemikian, maka Allah menundukkan seluruh alam ini kepada manusia demiuntuk melangsungkan peradabannya. Ia dijelaskan dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT:Maksudnya: ”Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit danapa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantahtentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.” (Luqman: 20)Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:Maksudnya: ”Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Soleh. Soleh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kalitidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, keranaitu mohonlah keampunanNya, kemudian bertaubatlah kepadaNya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmatNya) lagimemperkenankan (doa hambaNya).” (Hud: 61)Fakhr al-Razi56 dalam mengulas ayat tersebut, beliau menjelaskan penciptaan fizikal alam iniadalah diciptakan untuk faedah manusia dan manusia dianugerahkan keupayaan dan inovasibagi memakmurkan bumi ini. Menurut al-Jassas57 pula, demi melangsungkan survivalkehidupan di muka bumi ini, manusia bertanggungjawab sepenuhnya untuk memakmurkan alammelalui proses pembangunan fizikal yang merangkumi aktiviti perekonomian, pertanian, sektorpembinaan dan sebagainya.Bagi menyubur dan memantapkan lagi sistem interaksi sosial manusia, ia perlu diadun dengannilai akhlak Islam. Doktrin akhlak bertindak sebagai sumber kuasa rohaniah berfungsi mengawalseseorang muslim daripada melakukan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang keji menurutpertimbangan agama. Akhlak juga memandu manusia kepada perilaku yang bersifatmahmudah. Secara fitrahnya, pembangunan insan yang berorientasikan nilai-nilai akhlak yangluhur tidak akan wujud kontradiksi dan konflik (disequilibirium) dengan kepentingan asasmanusia disebabkan perkara tersebut telah diberi jaminan daripada Ilahi kepada hamba-

hambaNya yang bertakwa.58Oleh yang demikian, pembangunan manusia yang mengutamakan orientasi nilai akhlak yangmurni akan memberi impak yang positif terhadap penyempurnaan kesejahteraan manusia dalampelbagai aspek kehidupan. Melalui penetrasi nilai-nilai murni dalam diri individu muslim yangbersumberkan akhlak Islamiyyah, ia akan mengelakkan mereka daripada dicemari dengan nilai-nilai mazmumah seperti sombong, pentingkan diri, hasad dengki, tidak amanah, rasuah dansebagainya yang akhirnya mendorong melakukan pengkhianatan dan kerosakan atas mukabumi (fasad). Islam jelas bersikap tegas terhadap nilai-nilai negatif yang boleh mencemarkankeharmonian sistem perhubungan manusia. Al-Quran begitu memberi penekanan kepadapersoalan pembentukan akhlak dalam kehidupan manusia. Semua ketentuan yang berkaitannilai-nilai murni dalam domain akhlak berasaskan kepada ketetapan yang ditentukan olehsyarak. Islam tidak hanya melihat dan menilai personaliti manusia daripada aspek zahiriahsemata-mata tetapi juga mengambil kira aspek personaliti dalaman (batiniah) manusia.Keseimbangan personaliti manusia dari sudut zahiriah dan batiniah yang diikat dengan nilaiakhlak akan menggerakkan manusia bertindak secara positif mengikut tatacara yang telahditentukan oleh Islam.59 Dalam Al-Quran, didapati banyak ayat-ayat yang menyeru manusiamengutamakan nilai-nilai luhur sebagai asas yang menjadi pegangan manusia. Di antara AllahSWT berfirman:Maksudnya: (Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, makabaginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al-Baqarah:112)Dalam ayat lain Allah SWT menjelaskan:Maksudnya: Dia lah yang menurunkan al Kitab (Al-Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat,60Itulah pokok-pokok isi Al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat.61 Adapun orang-orang yang dalam hatinyacenderung kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untukmenimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang

yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.”dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami,janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlahkepada kami rahmat dari sisi Engkau; Kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)”.”Ya Tuhan kami,Sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya”.Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji. (Ali-Imran: 7-9)Firman Allah SWT:Maksudnya: Sesungguhnya, orang-orang yang berhati-hati kerana takut akan (azab) Tuhan mereka. Dan orang-orang yangberiman dengan ayat-ayat Tuhan mereka. Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Tuhan mereka (sesuatu apapun). Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa)sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka. Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, danmerekalah orang-orang yang segera memperolehnya. (Al-Mukminun:57-61)Berpandukan kepada kenyataan firman Allah SWT tersebut jelaslah bahawa, seorang muslimyang mukmin sentiasa taat kepada perintah Allah dan sentiasa melazimi kehidupannya dengannilai-nilai murni yang baik seperti yang diutarakan oleh Islam. Individu mukmin yang memiliki ciri-ciri ketakwaan yang tinggi kepada Allah SWT sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadaptindak-tanduk yang dilakukannya kerana ianya akan dinilai oleh Allah SWT.Setiap tindak balas rangsangan manusia sama ada yang bersifat personal, sosial ataupunmemenuhi keperluan yang lain seperti politik, muamalah, kenegaraan dan sebagainya perluditunjangi dengan nilai-nilai luhur yang berlatar belakangkan akhlak Islam. Oleh yang demikian,jelaslah bahawa akhlak yang mengandungi elemen-elemen rohaniah berfungsi memerihalkanprinsip-prinsip tata kelakuan manusia dan menjelaskan sifat-sifat tercela yang perlu dijauhkanoleh manusia. Pensyariatan akhlak ini mempunyai fungsi yang tinggi iaitu untuk membersihkankalbu manusia melalui penyucian jiwa (tazkiah al-nafs) berasaskan kepada petunjuk wahyu.Melalui proses ini, ia dapat membersihkan jiwa dan fizikal manusia daripada cenderung kepadatingkahlaku yang mazmumah dan secara tidak langsung akan mengangkat martabat manusiamencapai tingkatan yang tinggi dalam usaha mencari rahmat dan keredhaan Allah SWT.Pandangan generalisasi akhlak dalam ruang lingkup Islam tidak hanya terhad kepada perlakuanzahiriah yang boleh dilihat dengan pandangan mata kasar manusia semata-mata. Seorangsarjana Islam, Rafik Issa Beekun,62 memberi ulasan bahawa akhlak perlu dilihat sebagai etika

peraturan kepada tata kelakuan muslim yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan.Muslim yang berakhlak mulia dapat dilihat daripada perbuatan, pemikiran dan jiwanyacenderung kepada perkara kebaikan dan kebajikan serta benci kepada kemungkaran. Individuyang bersifat sedemikian dianalogikan sebagai limau yang harum dan manis. Ia bukan sahajabermanfaat kepada dirinya tetapi juga memberi manfaat kepada orang lain. Mereka jugamempunyai adab yang tinggi, budi bicara yang berhemah, hati budi yang luhur, bijaksana dannilai-nilai terpuji yang lain. Al-Quran memerihalkan konsepsi etika mempunyai relevansi dengannilai akhlak, sebagaimana firman Allah SWT:Maksudnya: Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Al-Qalam:4)Berdasarkan firman Allah SWT tersebut dapat difahami bahawa keunggulan akhlak yang dimilikioleh Nabi Muhammad SAW sebagai penawar yang agung bagi merawat penyakit jiwa yangdihadapi oleh manusia. Keindahan dan kemurnian akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAWberjaya mengatasi nilai-nilai keji yang menjadi amalan masyarakat jahiliah dan Baginda jugaberjaya membentuk dan mengembangkan empayar generasi muslim yang bersifat kewilayahan.Meskipun begitu, apa yang begitu mengagumkan warisan yang ditinggalkan oleh RasulullahSAW ialah Baginda juga berjaya memperluaskan pengaruh empayar yang bersifat ma`nawi iaitupembinaan modal insan yang mengutamakan nilai-nilai akhlak dalam kalangan masyarakatIslam.Lihat sahajalah keperibadian yang dimiliki oleh para sahabat Baginda seperti Khulafa’ al-Rashidin dan generasi yang selepasnya. Produk masyarakat yang dihasilkan oleh NabiMuhammad SAW merupakan satu institusi komuniti sosial yang beretika dan berakhlak muliaserta bersatu padu di bawah satu sistem politik, sosial dan ekonomi. Tanpa akhlak yangmantap, nilai kemanusiaan yang diasaskan oleh Nabi SAW akan hancur dan menyebabkan nilai-nilai kebendaan akan menguasai manusia. Nilai akhlak dianggap sebagai kawalan sosial bagimasyarakat Islam dalam tindak tanduk dan perilaku dalam kehidupan seharian.2.1.3 Interaksi Manusia Dengan Alam (khalifatulard)Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang teristimewa berbanding dengan makhlukciptaan lain. Sebagai khalifah Allah, manusia bertanggungjawab memakmurkan alam kurniaanAllah dengan sebaik-baiknya melalui interaksi yang positif. Perhubungan manusia bukan hanyaterbatas dengan Pencipta dan sesama manusia sahaja tetapi merangkumi perhubungan denganalam. Oleh yang demikian, alam sekitar merupakan sebahagian daripada elemen-elemen yangpenting yang perlu dipelihara oleh manusia sebagai satu khazanah yang amat berharga.Kemusnahan alam hijau anugerah Allah adalah disebabkan oleh kerakusan manusiamengeksploitasi hasil alam melampaui batas. Implikasinya menyebabkan pelbagai fenomenaalam berlaku yang mengganggu ketidakstabilan eko sistem. Justeru, harmonisasi manusia dan

imbangan alam sekitar yang konsisten sangat diperlukan bagi memastikan alam anugerah Allahtidak dimusnahkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Bahkan ia sangat bertepatandengan falsafah syariat yang bersifat `alami. Bersandarkan kepada sebuah hadis dari Abu Saidal-Khudri R.A dari Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” 63 (riwayat Muslim)Keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi oleh manusia antaranya adalah disebabkanperhubungan murni antara manusia dan alam. Boleh dikatakan hampir sebahagian besarfenomena alam yang berlaku berpunca daripada tingkah laku manusia. Masalah ini telahpundijelaskan oleh Al-Quran iaitu Allah SWT berfirman bermaksud:“Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan merekasebahagian daripada perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” (Rum:41)Berdasarkan ayat tersebut, Al-Quran memberi isyarat bahawa sikap manusia yang tidakmenghormati, melakukan pencerobohan terhadap alam sekitar dengan cara berlebih-lebihanmenyebabkan berlakunya kemusnahan alam. Oleh yang demikian, jelaslah Allah sebagai arkitekkepada penciptaan manusia lebih mengetahui sifat-sifat negatif yang ada dalam diri manusiadan memberi amaran kepada manusia melakukan pencerobohan tersebut agar kembali insafdan bertaubat. Secara amnya, bumi ciptaan Allah SWT memberi manfaat yang amat bergunakepada manusia, seperti berikut:1) Simbol kekuasaan Allah SWT yang Maha Berkuasa sebagai bukti untuk mengukuhkan lagi keimanan manusia.2) Sumber perbendaharaan ilmu sebagai panduan dan pedoman kepada manusia untuk mencapai hakikat.3) Anugerah yang amat berfaedah kepada manusia untuk melangsungkan peradaban.644) Sebagai tempat kepada manusia untuk membuat persiapan untuk berhadapan dengan Allah di alam akhirat kelak.Alam ciptaan Allah SWT penuh dengan pelbagai rahsia yang perlu digali oleh manusia.Kesedaran dan keinsafan tentang kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT sebagai penciptaalam ini hanya dapat ditadabbur oleh insan yang dibuka hatinya. Golongan manusia sedemikianmendapat taufik hidayah dan rahmat daripada Allah SWT. Mereka juga dikenali sebagai “uli al-absar” yang diberi keistimewaan oleh Allah SWT dapat melihat keagungan Yang Maha Esamelalui kontemplasi alam ini. Melalui proses ini, manusia dapat mengenal diri dan PenciptaNyadengan lebih dekat. Sekaligus ia akan akur dan tunduk kepada Allah atas taklifnya sebagai

khalifatulard.Atas pengiktirafan yang diberikan oleh Allah SWT manusia telah dipilih untuk memakmur alamini dan secara tidak langsung mengabdikan diri secara mutlak kepada PenciptaNya. Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman:Maksudnya: “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorangkhalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuatkerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikanEngkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah:30)Abdullah Yusuf Ali65 dalam mentafsirkan ayat tersebut telah menjelaskan bahawa para malaikatitu meskipun terdiri daripada golongan yang suci dan mendapat kedudukan yang tinggi namunmereka hanya mewakili sebahagian daripada rahsia ciptaan Allah SWT. Malaikat adalahmakhluk yang tidak mempunyai perasaan atau nafsu, seluruh kehidupannya adalah beribadahdan patuh kepada Allah. Manakala manusia dianugerahkan dengan perasaan, iaitu denganpemberian tersebut martabatnya boleh berada di kemuncak yang tertinggi atau bolehmenjatuhkan darjahnya dengan penuh kehinaan. Apabila manusia menafikan nilai-nilai luhur yangmurni dalam kehidupannya maka hilanglah sifat-sifat khalifah dalam dirinya.Islam begitu prihatin terhadap interaksi manusia dengan alam. Atas penekanan tersebut, Islammemberi perhatian terhadap sistem nilai (value system centre) berasaskan kepada nilai-nilairohaniah yang murni. Nilai-nilai murni yang menjadi pegangan kepada seorang muslim dalamkonteks menjaga hubungannya dengan alam sekitar seperti mengekalkan keharmonian kosmosdan memanfaatkan nikmat Allah, menggunakan sumber asli dengan mengambil kira kepentingandan keseimbangan alam, meminimumkan pengeluaran dan penggunaan bahan tercemardaripada sumber-sumber pencemaran utama di samping merancang pembangunan secarasistematik. Dalam lipatan sejarah peradaban Islam klasik, aktiviti pembangunan dijalankandengan mengambil kira keseimbangan kitaran alam. Impaknya, didapati sistem yang dipatuhitersebut mewujudkan interaksi bersifat simbiosis yang positif serta saling memerlukan antarakeperluan kehidupan nomadik dan sedentari antara pembangunan dan teknologi66 denganfalsafah kelestarian alam yang seimbang.Bagi memantapkan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan manusia, ia perlu di hubung jalinkandengan konsep-konsep asas Islam seperti konsep tawhidik, khalifah yang merangkumi elemenamanah, halal dan haram, kesederhanaan, pemantauan, keseimbangan, harmonisasi, konsepistihsan (kecenderungan ke arah faktor-faktor kebaikan) dan konsep istilah (mengutamakankemaslahatan umum). Berasaskan kepada harmonisasi konsep-konsep yang dibentangkantersebut, maka wujudlah satu blue print interaksi asas manusia dengan alam yang diwarnai

dengan nilai-nilai murni yang luhur dan berfungsi sebagai kodifikasi etika alam sekitar yang perludijadikan panduan dan pegangan umat manusia. Menurut Parvez Manzoor,67 refleksi daripadapematuhan etika tersebut akan menzahirkan nilai-nilai yang positif dalam diri khalifatulardsebagai hamba yang taat kepada perintah Allah, bertanggungjawab memikul mandat amanahdan berusaha untuk menjadi ummah wasatiyah (umat yang sederhana). Menerusi konsepkesederhanaan yang diutarakan oleh Islam ini, akan tercapailah objektif keadilan, kemaslahatanumum, keseimbangan alam jagat dan keharmonian dengan alam tabi`e.Objektif unggul nilai-nilai murni dalam aspek kelestarian alam sejagat yang harmoni ialah untukkebaikan dan kesejahteraan semua makhluk yang merangkumi kebahagiaan semasa di alamdunia dan berkesinambungan di alam akhirat. Penekanan kepada konsep kesejahteraan sejagattersebut adalah manifestasi kepada kepatuhan order tauhid yang menyeru kepada keadilan dankasih sayang serta mentaati secara mutlak Allah SWT yang Esa. Manusia perlu menginsafibahawa setiap kejadian yang diciptakan oleh Allah di atas muka bumi adalah makhluk Allah.Sekiranya manusia melakukan pencerobohan secara tidak munasabah dan untuk kepentingandiri maka perbuatan tersebut dikategorikan sebagai zalim. Perbuatan dan tingkah laku tersebutsudah tentulah berlaku kontradiksi dengan prinsip Islam yang murni.2.2 Pandangan Sarjana Islam Berkenaan Konsep Nilai-Nilai MurniTingkahlaku manusia, sama ada yang melibatkan individu atau kolektif perlu diharmonisasikandengan nilai-nilai murni yang bersumberkan prinsip ajaran Islam. Ia berfungsi untuk menghalangmanusia daripada bertindak mengikut pedoman hawa nafsu. Teoritikal nilai-nilai murni yangdiberikan roh dengan petunjuk wahyu iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah adalah bersifat mutlak dantidak berubah sepanjang masa. Sebagai contoh, nilai-nilai yang berkaitan dengan ketuhananatau dikenali sebagai ”absolute values” bersifat objektif dan qatie disebabkan ia telahditentukan oleh wahyu. Meskipun begitu, tidak dinafikan Islam juga meraikan nilai-nilai berubah”changeble values” disebabkan perkembangan mentaliti intelektual dan realiti sertaperkembangan norma-norma masyarakat Islam. Kelonggaran ini diberikan kepada nilai-nilaiyang tidak menyentuh perkara dasar yang telah ditentukan oleh wahyu.Kupasan tentang nilai-nilai yang bersifat mutlak secara dialetiknya bersumberkan dalil naqliah,berfungsi sebagai doktrin yang tidak boleh dikompromi dengan perkara-perkara lain. Ini adalahkerana, nilai-nilai tersebut bersifat kudus serta sensitif kepada faktor-faktor yang bolehmenodai kesuciannya. Umpamanya, perubahan nilai-nilai instrinsik dalam diri individu yangmenggugat kepercayaan tauhid boleh mengundang kepada elemen syirik. Meskipun begitu,tidak semua nilai-nilai dalam ajaran Islam bersifat mutlak, malah ajaran Islam mempunyaitoleransi dan bersikap fleksibiliti terhadap nilai-nilai luaran yang tidak berkonfrantasi dengannilai-nilai fundamental. Selagimana nilai-nilai luaran tidak bertentangan dengan prinsip Islam,maka nilai-nilai tersebut diiktiraf sebagai doktrin yang relevan dengan konsep nilai-nilai murniyang diutarakan oleh Islam.Secara tuntasnya, ajaran Islam adalah agama untuk kesejahteraan manusia sejagat.Pensyariatannya bukan hanya dikhususkan kepada variasi ras budaya tertentu sahaja. Ataspremis inilah, Islam memberi pengiktirafan dan meraikan nilai-nilai berubah untuk kemaslahatan

manusia sejagat. Tanpa membezakan persempadanan geografi, kepelbagaian norma hidupmasyarakat, sesuatu nilai yang dimartabatkan oleh sesuatu bangsa perlu diterima secara positifdan selektif. Meskipun begitu, komentar yang dikemukakan oleh Mona M. Abu Fadl,68penyaringan nilai-nilai tersebut perlu dilakukan secara terperinci agar ianya tidak berkonfrantasidengan prinsip-prinsip tauhid.Apa yang jelas, kelahiran Islam di muka bumi ini bukanlah mempunyai objektif untukmenghazafkan secara mutlak nilai-nilai norma hidup yang dipraktikkan oleh setiap masyarakat.Sebaliknya, unsur-unsur kedinamikan kepada ajaran ini dilihat secara tidak langsungmemperakukan sebahagian besar nilai-nilai yang dihayati oleh masyarakat dan jugamemperkayakan lagi korpus perbendaharaan nilai-nilai murni sebagai nilai yang bersifat sintesis(nilai-nilai baru) dalam institusi masyarakat. Kombinasi di antara teoritikal nilai69 dalam Islamdengan keperluan manusia dilihat begitu mesra dalam memenuhi fitrah insaniah.Realitinya, keseluruhan ajaran Islam mengandungi falsafah nilai-nilai murni yang tinggisebagaimana yang terkandung dalam tuntutan Al-Quran dan Al-Sunnah. Gambaran ini dapatdilihat daripada isi kandungan wahyu yang menyeru kepada manusia menggemblengkansepenuh tenaga menjana perkara-perkara kebaikan dan berkebajikan. Penekanan Al-Qurankepada usaha-usaha terpuji dapat dilihat melalui firman Allah SWT:Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalammembuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat).Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al-Baqarah:148)Berdasarkan kepada firman Allah SWT tersebut, Al-Quran telah banyak menyumbang ke arahpembentukan personaliti insan yang terpuji melalui mekanismanya memotivasikan manusiamelakukan perkara-perkara kebajikan dalam skima ruang lingkup kehidupan insan. Berasaskanunjuran Kalam Allah inilah, ia meninggalkan impak yang positif dalam jiwa manusia yang telahdibuka pintu hidayahnya menjadi insan yang tinggi hati budinya dan kaya dengan amalan nilai-nilai murni yang terpuji dalam melaksanakan perkara-perkara kebaikan yang dituntut olehagama. Sesungguhnya, Islam merupakan penawar kepada jiwa-jiwa manusia yang cenderungke arah jalan yang sesat.Para sarjana silam seperti Plato dan Aristotles memperakukan keperluan nilai-nilai murnisebagai sebahagian daripada asas-asas yang dominan untuk pembentukan jiwa manusia yangseimbang. Sebagai contoh, apresiasi nilai keadilan dianggap sebagai nilai utama yangmencakupi domain-domain nilai yang lain. Sikap menjaga kepentingan diri menjadi faktor yangmendorong kepada seseorang individu melakukan kejahatan dan kemungkaran. Golonganmanusia yang tidak bersifat apologetik dengan nilai utama tersebut menyebabkan berlakunya

dekandensi moral yang menyumbang kepada kemusnahan peradaban manusia seperti yangmenimpa kaum Madyan terdahulu.70Sehubungan dengan itu, persoalan-persoalan asas yang menyentuh tentang akidah,pembentukan personaliti individu yang terpuji, persoalan metafizik, politik kenegaraan, hubunganantarabangsa dan perkara-perkara asas yang lain memerlukan adaptasi nilai-nilai murni untukdihayati oleh manusia. Atas kepentingan inilah nilai-nilai murni menjadi teras (core values)pelengkap kepada manusia untuk mengasaskan peradaban insaniah yang luhur. Malah, nilai-nilai murni yang luhur ini bertindak sebagai sinergi untuk melahirkan manusia yang seimbangdaripada aspek intelektual dan spiritual menurut kerangka keagamaan.Secara de factonya, falsafah nilai-nilai murni merangkumi elemen-elemen seperti pemikiranluhur tentang kehidupan insan, masyarakat yang memerlukan akidah, berakhlak,berkebudayaan, kemuliaan, maruah, ketamadunan dan pelbagai aspek keperluan manusia yanglain. Umumnya, setiap tindakan dan pemikiran manusia yang diprojekkan kepada penghayatannilai-nilai murni akan menjamin kepada kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi mendapatkerahmatan di alam akhirat kelak. Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quranseperti dalam surah an-Nahl: 97, al-Isra’: 7, Fushilat: 46, al-Jathiyah:45 dan surah al`Asr:3.Dalam ayat-ayat yang dijelaskan dalam surah-surah tersebut, secara emphasisnya ia memberigaris panduan kepada kerangka pembentukan domain nilai-nilai murni yang menjadi pedomankepada manusia. Prinsip-prinsip yang terdapat dalam tuntutan ayat-ayat Al-Quran yang telahdipaparkan menjadi asas sebagai isyarat petunjuk bagaimana perilaku manusia dinilaiberasaskan wazan kodifikasi tata kelakuan individu yang beriman. Ciri-ciri manusia yangmengaplikasikan nilai-nilai murni dalam ruang lingkup hidupnya digambarkan dalam sebuahhadis Nabi Muhammad SAW: Dari `Abd Allah bin `Umar dari Nabi S.A.W bersabda maksudnya:”Orang muslim itu ialah orang yang sejahtera dalam kalangan semua orang Islam dari bencana lidah dan tangannya. Dan orangmuhajir ialah orang yang berhijrah (meninggalkan) segala larangan Allah.”71 (Riwayat al-Bukhari)Justeru, untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang standard atau ukuran piawaian nilai-nilai murni yang ideal ialah dengan mencontohi nilai-nilai murni yang terpancar dalam diri NabiMuhammad SAW. Menurut Ahmad `Abd al-`Aziz al-Hadad,72 antara hikmah perutusan BagindaSAW di muka bumi ini ialah untuk membersihkan jiwa-jiwa manusia daripada dinodai denganakhlak-akhlak yang keji dan menggantikannya dengan menanamkan nilai-nilai rohaniah yangmurni dalam setiap jiwa manusia. Proses penyucian jiwa manusia ini perlu disaring dengan nilai-nilai yang luhur seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT:Maksudnya: ”Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seseorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepadamereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al Kitab (Al-Quran) dan Al-Hikmah (Al-Sunnah) serta mensucikan

mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana”. (Al-Baqarah:129)Menurut Ibn Kathir,73 ayat ini menjelaskan bahawa ia bertujuan untuk menyempurnakan doaNabi Ibrahim kepada penduduk Tanah Haram Mekah, maka ia berdoa ke hadrat Allah SWTsupaya diutuskan seorang Rasul yang akan memimpin manusia dengan ajaran yang diredhaioleh Allah. Sejak insan diciptakan, manusia tidak pernah sunyi dengan pedoman dan bimbingandaripada wahyu. Namun begitu, apabila tamadun manusia semakin berkembang dan bertambahkompleks, maka Allah telah mengutuskan perutusanNya dengan syariat yang relevan danbersesuaian dengan keperluan realiti masyarakat semasa dan sentiasa memelihara nalurisemulajadi manusia74 agar tidak bersifat menyalahi konsep khalifatulard yang mengutamakannilai-nilai yang luhur.Sehubungan dengan itu, Imam al-Ghazali75 pernah menegaskan bahawa mentaati perintah danmenjauhi larangan Allah adalah kemuncak kepada segala kebajikan. Kecenderungan manusiakepada sifat yang demikian akan mencerminkan nilai-nilai murni yang terpuji dalam dirinya iaitunilai taat yang tinggi kepada Allah SWT. Manusia yang berada pada tahap tersebut, sentiasakasih kepada Allah melebihi daripada segala-galanya dengan melazimkan dirinya mengabdi danmengikat jiwa kepada PenciptaNya.Perasaan cinta kepada Allah dizahirkan dengan cara tidak pernah berputus asa, mengharapkankeredhaan dan mensyukuri di atas segala nikmat yang telah dianugerahkan. Jiwa manusia yangdisinari dengan sinaran ma`rifat yang suci ini, secara fitrahnya cenderung mengutamakantingkah laku nilai-nilai terpuji dalam seluruh aspek kehidupan sama ada batiniah atau zahiriah.Jiwa, pemikiran dan tingkah laku manusia berkenaan sentiasa berhati-hati dan berwaspadadaripada mengingkari dan membelakangi perintah Allah dan Rasul.Pada asasnya, golongan manusia yang didominasi dengan nilai-nilai murni yang luhur sentiasamenjauhkan diri daripada perbuatan yang dikategorikan sebagai dosa sama ada bersifatlahiriah atau batiniah. Ini kerana, unsur-unsur perlakuan tersebut boleh menjauhkan diri merekadaripada mencapai rahmat daripada Allah SWT. Oleh yang demikian, sikap menafikankepentingan penghayatan nilai-nilai murni dalam tingkah laku manusia boleh mengundangkepada perbuatan menderhakai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah. Sebagai contoh,menggunakan anggota tubuh badan yang telah dianugerahkan oleh Allah untuk melakukanperkara-perkara maksiat atau perkara lain yang ditegah oleh Allah. Pada hal, Allah SWTmenciptakan anggota tubuh badan untuk beribadah kepadaNya. Sebaliknya, ia disalahgunakanoleh manusia untuk kepentingan hawa nafsunya semata-mata.Ia jelas berlaku pencerobohan terhadap amanah yang telah dikurniakan oleh Allah dan secaratidak langsung merupakan kemuncak kepada pengkhianatan. Bagi memenuhi tujuan tersebut,Imam al-Ghazali76 telah menggariskan panduan untuk mencapai tingkatan mukmin yangbertakwa. Beliau memberikan fokus kepada pemeliharaan anggota zahiriah dan batiniah sepertimemelihara mata, telinga, lisan, perut, kemaluan, anggota dan kaki daripada melakukanperkara yang berunsurkan mazmumah.

Oleh kerana nilai-nilai murni terikat dengan lokus kawalan rohaniah, sudah tentulah iamelahirkan keinsafan dalam ufuk kalbu manusia. Atas kesedaran inilah, jiwa-jiwa manusia yangdikoordinasikan dengan nilai-nilai murni sentiasa memastikan setiap tindak tanduk merekaterarah kepada perlakuan yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada diri individutersebut tetapi juga memberi faedah kepada kesejahteraan umum. Keyakinan kepada unsur-unsur nilai-nilai murni inilah menjadi benteng konkrit menghapuskan fenomena al-fasad sepertikorupsi, penyelewengan, kerosakan, penindasan, kezaliman dan nilai-nilai negatif yang lain.Justeru, paradigma nilai-nilai murni yang didasari dengan prinsip Islam menjadi asas kepadapembentukan citra hati budi individu muslim dan sekaligus dapat menghindarkan diri daripadasindrom penyakit psikologi yang menyumbang kepada kemuflisan moral.Lazimnya, Islam dalam memberi gambaran umum berkaitan kesepaduan rohani dan fizikal,sentiasa mengaitkan sesuatu yang berunsurkan keduniaan dengan memberi penekananterhadap aspek nilai-nilai murni yang didoktrinasikan dengan nilai-nilai akhlak. Rasionalnya, iabertujuan untuk mengawal manusia daripada bertindak berdasarkan keperluan hawa nafsusehingga boleh merosakkan individu tersebut dan mendatangkan kemudaratan kepada makhlukyang lain. Atas dasar inilah, agama dilihat sebagai penawar rohaniah dalam memberi bimbingankepada manusia dari aspek jasadiah dan ma`nawi ke arah kehidupan yang bahagia sepertiyang diistilah mencapai mardhatillah.2.3 Konsep Nilai-Nilai Murni Menurut Sarjana BaratUmumnya, tabiat perilaku manusia dipengaruhi oleh pelbagai nilai dan tafsiran berhubungdengan kehidupan manusia yang bertunjangkan sistem nilai yang kompleks dan unik. Kupasanberkaitan nilai-nilai murni mengikut dimensi Barat mengutarakan pelbagai metafora danpemikiran falsafah yang relevan tentang persoalan kehidupan, tingkah laku manusia danperadaban dalam sejarah manusia. Oleh kerana pencapaian dan perkembangan intelektualmanusia sering berkembang, sudah tentulah perbahasan kepelbagaian metafora menunjukkanbahawa tafsiran dan analisis berkaitan nilai sering berubah mengikut kondisi masyarakat danrealiti serta keperluan manusia. Atas premis inilah tafsiran dan analisis nilai-nilai murni tidakhanya diprojekkan kepada satu tatacara tetapi kepada pertimbangan paradigma sejagat.77Dalam perbincangan nilai-nilai murni menurut perspektif Barat, penulisan ini cenderung untukmemfokuskan tafsiran nilai-nilai murni dari sudut etika dan moral. Oleh kerana kecenderungandan keperluan manusia terhadap aspek-aspek asasi seperti ekonomi, sosial dan kerohanian iamendorong manusia mengilhamkan komponen-komponen sosio budaya dan pelbagai institusiserta mewujudkan sistem nilai-nilai murni yang merangkumi seluruh kehidupan insan. Nilai-nilaiyang lahir tersebut sudah tentulah mendorong kepada kepelbagaian tingkahlaku manusia.Malah, ada perilaku manusia yang berasaskan untuk memenuhi kehendak naluri bagi mencapaiobjektif-objektif murni berteraskan nilai-nilai moral dan mengekalkan keharmonian manusia.Dalam lembaran sejarah peradaban Barat, proses evolusi masyarakat telah memberi impakkepada evolusi sistem nilai, norma dan kepercayaan. Nilai-nilai murni, norma dan kepercayaanmasyarakat yang bersumberkan nilai-nilai tertinggi dipercayai mempunyai potensi sebagaipedoman kepada manusia untuk pembentukan kerangka tingkah laku bagi mencapai matlamat

harga diri, identiti diri, keseimbangan hidup dan kesejahteraan manusia. Justeru, mekanismeyang diguna pakai untuk mencapai objektif yang dimaksudkan menyebabkan masyarakatmengambil inisiatif untuk membangun dan menggubal kodifikasi peraturan yang berkaitandengan kod-kod etika moral.Menurut Mukerjee78 kodifikasi etika moral yang menjadi kerangka kepada sistem nilaimerupakan instrumen dan garis panduan tentang tingkah laku manusia mengikut norma-normayang diiktiraf oleh masyarakat. Kod-kod peraturan tersebut bertindak sebagai pencegah danmengawal salah laku ahli masyarakat daripada melakukan perkara-perkara terkutuk dan kejimelalui bentuk hukuman, tekanan, celaan, penafian hak-hak dan diskriminasi. Oleh yangdemikian, nilai-nilai murni yang menjadi pegangan masyarakat adalah manifestasi kepadasistem kepercayaan, minat dan tingkah laku yang diterima umum.Pada prinsipnya, nilai-nilai murni yang diaplikasikan dalam masyarakat adalah melalui prosespenilaian. Berdasarkan proses tersebut, ia melibatkan penyertaan kelompok-kelompok daninstitusi-institusi bagi mencapai dua matlamat utama. Pertama, menstruktur danmengintegrasikan untuk memenuhi kehendak-kehendak manusia yang ideal. Kedua,mengemaskini secara sistematik aktiviti-aktiviti dan jaringan perhubungan sosial sesamamanusia atau kelompok-kelompok manusia.79Skop perbincangan nilai-nilai murni juga berkait rapat dengan etika normatif yang mempunyaisignifikan dengan isu moral. Berdasarkan kepada perbincangan tersebut, penyaringan danpenilaian akan dibuat ke atas tingkah laku manusia. Proses penyaringan dan penilaian tersebutadalah berasaskan kepada dasar-dasar yang telah ditentukan oleh norma. Sebagai contoh,norma telah memperuntukkan bahawa ”martabat manusia perlu dihormati”.Bagi mematuhi prinsip norma tersebut, golongan sarjana Barat tidak lagi membataskan diridengan memandang fungsi pelacuran dalam masyarakat, tetapi menolak adat keji tersebutsebagai satu amalan yang berkontradiksi dengan martabat wanita. Dengan kata lain, ia dapatdifahami bahawa etika normatif ini bersifat neutral dengan menyaring sesuatu tingkah lakuwalaupun ia diiktiraf oleh masyarakat atau diakui oleh golongan yang tertentu.80Umumnya, menurut K. Berthens,81 nilai-nilai murni yang dikelompokkan dalam etika normatifdibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, etika umum yang melihat tema-tema secara lebihabstrak. Topik perbahasannya cenderung melihat norma-norma yang dilihat sebagai beretikadan signifikasinya di antara satu sama lain serta unsur-unsur norma yang mengikat manusia.Pengkajian ini juga turut menyentuh tentang hak dan obligasi manusia dan keperluan-keperluanlain yang perlu dipatuhi oleh manusia yang diklasifikasikan sebagai baik dari sudut moral danmenepati nilai-nilai murni. Kedua, etika khusus yang berusaha menggarapkan prinsip-prinsipetika yang umum ke atas pola tingkah laku manusia yang khusus.Sebagai contoh, tingkah laku yang berkaitan dengan etika khusus seperti ”manusia di larangkeras (strict liability) membunuh manusia yang tidak bersalah.” Berdasarkan prinsip tersebut,pengguguran janin juga termasuk dalam pembunuhan manusia yang tidak bersalah. Justeru,pengguguran janin juga turut dilarang. Meskipun begitu, timbul perdebatan dalammembincangkan premis fakta berkenaan. Persoalan yang dibangkitkan apakah janin dalam

kandungan boleh disamakan dengan seorang manusia dan mempunyai hak-hak yang samaseperti manusia yang sempurna?Barat mengiktiraf nilai-nilai murni perlu dijadikan asas pegangan manusia. Pengabaian danpenafian kepada nilai-nilai asas ini akan memberi implikasi yang negatif kepada kehidupanmanusia. Akibatnya, manusia menjadi jahat, bernafsu kebinatangan dan mementingkan dirisendiri. Untuk menjadi insan yang bermoral, ia perlu mengaplikasi dan menghayati nilai-nilaimurni yang bersifat universal, patut dan benar dalam norma-norma yang menjadi asaspegangan masyarakat.Meskipun begitu, dalam ukuran teori kemoralan sosial82 yang ditaja oleh Barat, penaksiran danpenentuan sesuatu tingkah laku itu di anggap baik atau buruk adalah berasaskan kepadakeperluan dan kehendak norma hidup masyarakat setempat. Sesuatu nilai-nilai murni hanyadiperakui sekiranya ia tidak menyalahi kod-kod peraturan moral yang digubal oleh pemerintah.Peraturan tersebut juga mempunyai autoritinya yang tersendiri untuk menyekat individudaripada melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengannya.83Pemahaman teori ini memberi satu gambaran bahawa jika peraturan yang diimplementasikanitu mengiktiraf sesuatu tingkah laku atau perbuatan, sudah pastilah ia dianggap sebagai sesuatuyang bermoral meskipun secara umumnya ia dianggap menyalahi nilai-nilai murni dan agama.Contohnya, perbuatan homoseksualiti84 yang dianggap tidak bertentangan dengan norma hidupmasyarakat Barat dan pembunuhan rahmat (mercy killing/ euthanasia) yang diamalkan diBelanda.85Umumnya, euthanasia boleh diklasifikasikan kepada tiga (3) kategori. Pertama, euthanasiaaktif: Mempercepatkan kematian seseorang dengan tindakan secara langsung sepertimenyuntik ubat-ubatan tertentu yang boleh membawa maut dengan segera. Kedua, euthanasiapasif: Mempercepatkan kematian seseorang secara tidak langsung seperti dengan caramenghentikan bekalan makanan, air, ubatan atau prosedur-prosedur yang perlu bagimeneruskan hidup pesakit. Pesakit dibiarkan tanpa sebarang rawatan sehingga matidisebabkan penyakit yang dialaminya. Ketiga, euthanasia secara sukarela (voluntary): Apabilaseseorang yang dipercepatkan kematiannya berdasarkan permintaannya sama ada secaralisan atau bertulis.2.3.1 Pandangan Sarjana Barat Tentang Relativisme Moral dan Nilai-Nilai MurniPerbincangan tentang sesuatu nilai sama ada dikategorikan sebagai baik atau sebaliknyamenjadi polemik untuk dibincangkan oleh golongan intelektual sejak dari zaman ahli falsafahsilam sehinggalah kini. Pentafsiran kefahaman tentang nilai-nilai murni yang terpuji dalamkerangka moral sentiasa dikupas dan diperjelaskan oleh para sarjana falsafah moral silamseperti Lao Tzu, Confucius, Sidharta Gautama Buddha, Socrates, Plato, Aristotle dan pelbagainama tokoh yang lain. Sehingga kini, ianya masih relevan dan menjadi tema utama topikperbincangan manusia meskipun berbeza suasana dan realiti.

Meskipun begitu, nilai-nilai murni yang diagungkan oleh para sarjana silam dalam pengajarannilai moral telah mengalami perubahan. Ia berlaku apabila para pemikir moden Barat cenderungmenimbulkan pentafsiran persoalan tersebut dengan gaya yang bersifat skeptikal.Kemuncaknya, lahirlah fahaman yang meragukan dalam kelompok masyarakat tentangpenaksiran nilai-nilai sama ada ia diklasifikasi sebagai baik atau sebaliknya.86 Justeru, apabilaberlakunya pertembungan pandangan etika dan nilai-nilai pegangan masyarakat yang berbeza-beza maka ia melahirkan fahaman secara ilmiahnya dikenali sebagai relativisme moral.Bagi pandangan sarjana antropologi Barat seperti Ruth Benedict,87 beliau mentafsirkanrelativisme moral diungkapkan sebagai sesuatu perbuatan lazim yang diamalkan dalam sesuatukebudayaan. Ia dapat difahami sebagai sesuatu nilai yang dianggap baik oleh masyarakatmaka ia diperakukan sebagai moral yang baik. Walau bagaimanapun, tanggapan tentangsesuatu nilai dikatakan murni dan baik disebabkan ianya diterima oleh masyarakat umum,namun ia sukar untuk dipertahankan sebagai nilai yang unggul. Rasionalnya, sesuatu nilai yangdianggap terpuji atau tercela oleh masyarakat setempat belum tentu diterima dan diakui olehmasyarakat lain yang berbeza dari sudut geografi kewilayahan dan sistem kepercayaan.Kelompok masyarakat yang berpegang kepada fahaman relativisme moral berpendapatsesuatu nilai murni itu tidak dianggap sebagai nilai yang mutlak dan mengikat apabila realiti dankeperluan manusia berubah. Citra budaya dan norma sesuatu masyarakat sentiasa mengalamipenambahbaikan bersesuaian dengan perubahan suasana dan gaya hidup masyarakat semasa.Atas alasan tersebut, sesuatu nilai yang dipegang oleh masyarakat tidak boleh dikatakansebagai nilai ideal dan besifat sejagat yang menjadi pegangan hakiki. Apa yang menjadipegangan golongan tersebut adalah sejumlah nilai-nilai yang dianggap baik dan murni olehsesebuah masyarakat tertentu sahaja dalam tempoh masa dan zaman yang tertentu sahaja.Nilai-nilai yang dipegang tersebut tidak semestinya dikatakan murni atau sebaliknya olehkelompok masyarakat lain yang berbeza persepsi berasaskan norma-norma yang didokongoleh masyarakat lain.Sebagai contoh, ketika orang Inggeris yang pertama mendarat di daerah Hudson Bay yangterletak di Amerika Utara, mereka begitu terperanjat dengan amalan yang dilakukan oleh kaumberkenaan. Mereka difahamkan bahawa antara amalan yang dijadikan sebahagian daripadabudaya masyarakat tersebut ialah membunuh ibu bapa mereka setelah mencecah usia emas.88Begitu juga dengan pengalaman yang disampaikan oleh penjelajah Denmark iaitu KnudRasmussen, adalah menjadi kelaziman budaya masyarakat Eskimo membunuh kedua ibu bapaatau bayi yang baru dilahirkan suatu ketika dahulu.89 Contoh-contoh yang dikemukakansedemikian menjadi hujah kepada golongan yang berfahaman sedemikian bahawa sesuatu nilaiyang menjadi amalan sesebuah masyarakat tidak boleh dianggap sebagai mutlak danmengikat. Sesuatu nilai itu dipengaruhi oleh kebudayaan dan kepercayaan sesebuahmasyarakat dalam tempoh masa yang ditentukan oleh masyarakat dan peredaran zaman.Golongan yang berpegang dengan konsep relativisme moral dengan nada yang tegasberpendapat bahawa tidak ada satu nilai pun yang bersifat mutlak, unggul dan bersifatuniversal. Pandangan yang dikemukakan ini adalah berasaskan bahawa penilaian danpenaksiran manusia terhadap sesuatu nilai adalah terhad dan terbatas kepada pengalaman dan

pemikiran manusia. Falsafah yang diutarakan ini jelas bertentangan dengan falsafah moral yangdiasaskan oleh tokoh ilmuan moral yang terdahulu.Sarjana German yang terkenal iaitu Immanuel Kant90 telah memberi komentar berkaitan denganpersoalan permasalahan nilai-nilai moral dengan menyatakan bahawa manusia hanyamengetahui tentang sesuatu perkara berdasarkan kepada pemerhatiannya ke atas sesuatufenomena yang berlaku. Ironinya, sistem nilai yang menjadi teras kepada pegangan sesuatumasyarakat adalah bersifat relatif dan bersifat kewilayahan kerana ianya diwarisi secara tradisisama ada melalui pengalaman masyarakat, pemikiran tokoh-tokoh falsafah ataupun ia telahtersurat dalam korpus keagamaan.Natijah daripada pemikiran sedemikian, maka wujudlah dekonstruksi yang menyonsang denganarus pemikiran aliran utama moral. Idea pemikiran ini telah membuka ruang kepada masyarakatBarat untuk memilih salah satu sistem sama ada sistem nilai lama yang telah diasaskan secarakukuh dan konkrit atau memilih nilai baru yang diutarakan tersebut. Realitinya, nilai baru yangditonjolkan tersebut dilihat mencabar dan boleh meruntuhkan sistem nilai tradisi yangdiagungkan oleh masyarakat.Masyarakat yang terpengaruh dengan aliran kefahaman sedemikian, mula membebaskan diridaripada terikat dengan nilai-nilai tradisi yang menjadi acuan norma masyarakat terdahulu. Iamemberi satu gambaran kepada sistem masyarakat bahawa sistem nilai yang telah diberinafas baru telah berjaya mengubah etika dan gaya hidup mereka dalam era pasca modensebagai satu entiti budaya yang baru dan relevan serta praktikal dengan realiti masyarakatmoden pada hari ini. Pentafsiran semula nilai tradisi seperti yang dilaungkan oleh aliranrelativisme moral dengan menimbulkan keraguan terhadap keabsahan nilai yang bersifatmutlak, cenderung mendapat sokongan daripada pelbagai aliran fahaman lain. Antaranyaseperti golongan yang bermazhab feminisme, Neo Maxisme, liberalisme91 dan realisme.Aliran-aliran falsafah tersebut dilihat memperjuangkan golongan masyarakat yangdidiskriminasikan oleh nilai-nilai tradisi yang bersifat tirani, mengongkong kebebasanmasyarakat dan tidak realistik. Sebagai contoh, di University of California Berkeley, golongangay bersuka ria apabila mendengar idea yang dikemukakan oleh Michael Foucault92 yangmemperjuangkan hak golongan tersebut. Idea pemikiran tersebut telah memberi jalan yangpositif kepada mereka untuk menuntuk hak kebebasan bagi menghalalkan aktiviti merekadaripada pihak pemerintah. Pemikiran yang telah diutarakan oleh Foucault telah merungkaisistem nilai tradisi yang mengikat masyarakat Barat.Sehubungan dengan itu, seorang sarjana Barat seperti Rousseau93 yang mengemukakan idea“New Man”, iaitu manusia universal telah mendapat sambutan daripada masyarakat.Penerimaan konsep ini memberi gambaran bahawa manusia perlu menitikberatkan nilai-nilaihidup yang realistik. Kesan yang berlaku dalam masyarakat, unjuran idea ini cenderungmemandu manusia ke arah cara hidup yang memfokuskan penilaian berasaskan dialektikalmaterialistik. Masyarakat yang telah dididik dengan kefahaman aliran tersebut telah melahirkangolongan anti agama, tidak mementingkan nilai-nilai spiritual, skeptikal dan bermatlamatkankeduniaan.

Konsep “New Man” yang dibugarkan dengan fahaman sekularisme memberi impak dan konflikdi antara golongan antagonis kepada kelompok “Old Adam” yang ditafsirkan sebagai korupsi,tamak, gila kuasa, hasad dengki dan menyeleweng. Pada zaman awal kemunculanrenaissance, “Old Adam” dikhususkan kepada golongan paderi, feudal dan bourgeois.Kemuncak kepada penerimaan idea dan sokongan slogan untuk memperkasakan manusiauniversal, “New Man” telah berjaya melahirkan aliran-aliran kiri yang dikenali hari ini sebagaialiran liberalisme, muncul sebagai agama sekular yang paling popular dengan pelbagai cabangmazhab seperti feminisme, pasca modenisme, hak asasi individu, kebebasan bersuara danpelbagai lagi.94Proses dekonstruksi95 order nilai yang ditaja oleh Barat secara tidak langsung menghakisbenteng-benteng nilai tradisi klasik yang telah diasaskan oleh mahaguru moral yang terdahulu.Implikasinya, penetrasi fahaman nilai-nilai baru yang diutarakan oleh ahli falsafah Barat sepertiFoucault, Rousseau dan sarjana Barat yang lain dalam sistem masyarakat telah melebarkanjurang, meruntuhkan nilai-nilai interaksi perhubungan manusia dengan PenciptaNya, sesamamanusia dan alam.Secara tidak sedar atau sebaliknya, proses dekonstruksi ini telah menafikan nilai-nilai tradisiyang disampaikan oleh ajaran agama dan melalaikan manusia daripada mengikut petunjuk Ilahidan meninggalkan cara hidup yang berteraskan agama. Kekuatan dalil aqliah berasaskan kajianilmiah dijadikan dalil yang bersifat autoriti untuk menyangkal dalil-dalil naqliah yangbersumberkan ajaran agama. Kerasionalan dan pertimbangan akal dijadikan hujah bagimerungkai isu dan permasalahan yang dihadapi oleh manusia. Pemikiran manusia yangsedemikian, bercenderung memandu manusia untuk menuntut hak-hak tanpa memikirkanbatasan kerangka yang dibenarkan oleh agama.37 Nilai instrumental dimaksudkan sebagai nilai yang berkaitan dengan mod tingkah laku, peranan dan fungsi. Sebagai contoh, sikap amanah,integriti, ikhlas, bersih, bijak, berani tidak berputus asa dan sebagainya. Nilai mutakhir pula dikenali sebagai nilai hakiki yang membincangkantentang sifat, faedah dan kepentingan kewujudan manusia, objek dan alam. Nilai integratif pula dimaksudkan sebagai nilai yang menjanapersonaliti manusia secara holistik yang mempunyai hubungkait dengan perpaduan dan kesejahteraan manusia. Lihat Rokeach (1973) TheNature of Human Values, h: 30-40.38 Sufean Hussin (1995), Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum, h: 36-37.39 Definisi ruang lingkup nilai-nilai murni menurut Islam berbeza dengan takrifan Barat. Anggapan Barat terhadap nilai ialah tindakan danperlakuan serta pemikiran manusia akan menentukan nilai dan prinsip hidup manusia berdasarkan pertimbangan akal. Lihat Ismail Ibrahim(1989), Nilai Pekerjaan Dalam Islam, h: 134-136.40 Abul `Ala al-Maududi (1984), Asas-Asas Akhlak Gerakan Islam, Ihsan. Abdul Ghani (terj.). Kuala Lumpur: A.S. Noordeen, h. 39.41 Dr `Abd al-Salim Makram (1990) Peranan Akidah Dalam Pembinaan Individu dan Masyarakat, (ter.) Wildan Farhani, h: 3.42 Al-Alusi (1985) Tafsir Alusi, jil. 17, hal: 28.43 Dalam hal ini, sebahagian daripada ahli falsafah pernah menegaskan bahawa sesungguhnya kecenderungan untuk mengenali Allah adalahsatu dorongan naluri tabie manusia sepertimana keperluan manusia terhdap keperluan asasi lain seperti makanan. Lihat Muhammad Ibrahim al-Fayumi (1996) Muhadirah fi Minhaj al-Din wa al-Maqarin, h: 35-37. Bahkan telah terbukti sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran yangbermaksud: Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (al-Rum:30)44 Dalam Al-Quran, penekanan supaya manusia membudayakan amalan berfikir disentuh sebanyak 49 kali. Abu Zakaria al-Razi memberikomentar tentang kepentingan akal dengan menyatakan bahawa Allah Yang Maha Mulia telah menganugerahkan akal kepada manusiabertujuan untuk mencapai hasanah di dunia dan di akhirat. Untuk keterangan lanjut lihat Abu Bakr al-Razi (1978) al-Tibb al-Ruhani, h: 20-25.45 Persoalan tentang perkara ghaib adalah di luar kotak pemikiran manusia. Semua petunjuk tentang perkara tersebut hanya disyaratkanmelalui pedoman wahyu. Pemikiran manusia hanya terbatas kepada pandangan mata kasar sahaja. Firman Allah SWT yang bermaksud

“(yaitu) mereka yang beriman[1] kepada yang ghaib[2], yang mendirikan solat[3], dan menafkahkan sebahagian rezeki[4] yang kamianugerahkan kepada mereka. (Al-Baqarah: 3)[1] Iman ialah kepercayaan yang teguh yang disertai dengan ketundukan dan penyerahan jiwa. Sebagai bukti wujudnya iman ialahmengerjakan apa yang dikehendaki oleh rukun iman tersebut [2] Perkara ghaib ialah unsur yang tak dapat ditangkap oleh pancaindera.Percaya kepada yang ghaib iaitu, mengi’tikadkan adanya sesuatu yang maujud yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera, disebabkanadanya dalil yang menunjukkan kepada wujudnya, seperti: adanya Allah, malaikat-malaikat, hari akhirat dan sebagainya.[3] Sembahyang menurut Bahasa Arab: Doa. Menurut istilah syarak ialah ibadat yang sudah dikenal, yang dimulai dengan takbir dan disudahidengan salam, yang dikerjakan untuk membuktikan pengabdian dan kerendahan diri kepada Allah. Mendirikan solat ialah menunaikannyadengan teratur, dengan melengkapi syarat-syarat, rukun-rukun dan adab-adabnya, baik yang lahir ataupun yang batin, seperti khusu’,memperhatikan apa yang dibaca dan sebagainya.[4] Rezeki: segala yang dapat di ambil manfaatnya. menafkahkan sebahagian rezeki, ialah memberikan sebahagian dari harta yang telahdirezekikan oleh Tuhan kepada orang-orang yang disyariatkan oleh agama memberinya, seperti orang-orang fakir, orang-orang miskin, kaumkerabat, anak-anak yatim dan lain-lain.46 Maksud dengan takut kepada Allah ialah takut disebabkan dosa-dosa yang telah dilakukannya, dan yang dimaksud dengan takwa ialahmemelihara diri dari segala macam dosa-dosa yang mungkin terjadi.47 Muslim ibn al-Hajjaj al-Qushairy (1981). Shahih Muslim, jil.1. hal: 28.48 Hadis ini sahih. Lihat al-Imam Ahmad (1983). Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal, jil. 5, hal: 267.49 Hadis ini berstatus sahih. Lihat al-Imam Ahmad (1983). Musnad Ahmad ibn Hanbal , jil. 6, hal: 21 dan al-Albani (1995), Silsilah al-Ahadithas-Shahihati, jil.2., hal: 549.50 Hamka (1977), Pandangan Hidup Muslim, h:156-157.51 Muhammad Hisham Mohamed (2007), Integriti Atasi Kepincangan Nilai Murni, Berita Harian. 21 Ogos 2007.52 Yusuf al-Qaradhawi (1980), al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, h: 249-250.53 Konsep Khalifah al-Ard telah dirakamkan dalam Al-Quran al-Karim seperti firman Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telahmengemukakan amanah kepada langit,bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akanmengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (al-Ahzab : 72).54 `Ali `Abd al-Rasul (1980) al-Mabadi’ al-Iqtisadiyyah fi al-Islam, cet. 2, hal: 12.55 Menurut al-Baydhawi, konsepsi khalifah dilihat dalam pengertian yang umum dan ia berfungsi dalam dua bentuk bidang kuasa. Pertama,yang menyentuh berkenaan dengan kepimpinan manusia dan kedua berkaitan dengan pembangunan alam. Tidak berlaku dikotomi dalam usahamembentuk menjana masyarakat yang ideal. Untuk mengimbangi dan menjayakan kedua-dua fungsi berikut, manusia perlu menggemblengkandaya usaha mereka untuk mengeksploitasi sumber alam ini untuk keperluan umum sejagat demi memelihara kemaslahatan manusia. LihatNasir al-Din Abi al-Khayr `Abd Allah bin `Umar al-Baydhawi (1968) Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil (Tafsir al-Baydhawi), cet. 2., juz. 1,hal: 340.56 Abu `Abd Allah Muhammad `Umar bin Husayni Fakhr al-Din al-Razi (1978) al-Tafsir al-Kabir,juz. 18, h: 17.57 Abu Bakr Ahmad bin `Ali al-Razi al-Jassas (1970) Ahkam al-Quran, juz. 3, hal: 165.58 Perkara ini telah ditegaskan dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasadi muka bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi merekaagama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutanmenjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahkuKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang(tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (24:55).59 Secara umumnya, akhlak dilihat dari sudut dua dimensi iaitu luaran dan dalaman tingkahlaku manusia. Lihat Ibn Miskawayh (1961) Tahdhizal-Akhlak, h: 36, al-Ghazali (1990) Ihya’ Ulum al-Din, juz. 3, hal 68 dan Miqdad Yaljin (1973) al-Ittijah al-Akhlaqi fi al-Islam, hal: 34.60 Ayat yang muhkamaat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas Maksudnya, dapat difahami dengan mudah.61 Termasuk dalam pengertian ayat-ayat mutasyaabihaat: ayat-ayat yang mengandungi beberapa pengertian dan tidak dapat ditentukan ertimana yang dimaksud kecuali sesudah diselidiki secara mendalam; atau ayat-ayat yang pengertiannya hanya Allah yang mengetahui sepertiayat-ayat yang berhubungan dengan yang ghaib-ghaib misalnya ayat-ayat yang mengenai hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain.62 Rafik IssaBeekun (1981) Islamic Business Ethics, h: 8-9.63 Muslim ibn al-Hajjaj al-Qushairy (1981). Shahih Muslim, jil.4, hadis no. 2360, h: 282.64 Zaini Ujang (1993) Islam dan Alam Sekitar, h: 18-19.65 Abdullah Yusuf `Ali (1992) terj. Abu Salah Muhammad `Uthman al-Muhammady, al-Quran al-Karim, jil.1 h:24.66 Zaini Ujang, (1993) Islam dan Alam Sekitar, h:16-17.67 P arvez Manzoor (1984) Environment and Values: Islamic P erspective, dalam Ziauddin Sardar (ed.), The Touch of Midas Science, Valuesand The Environment in Islam and West, h: 10-12.68 Beliau mengupas isu ini dengan menyatakan “ Historically the Islamic paradigm of knowledge has proven congenial to the different modesof knowing. The legacy of the Birunis, Ibn Haythams, al-Ghazali, Ibn Rushd, razi ia a monument to this capacity to integrate and accommodateto diverse modes or traditions within what is more af a synthetic rather than syncritist whole. Untuk keterangan lanjut lihat Mona M. Abu Fadl(1995) Toward Global Cultural Renewal: Modernity and the Episteme of Transcendence, h: 13.69 S. Waqar Ahmad Husaini (1980) Islamic Environmental System Engineering, h: 5.70 Yusuf Ali (1968) The Holy Quran: Texts, Translation and Commentary, h: 537.71 Dalam hadis ini pentafsiran muhajir bermaksud orang yang pindah iaitu berasal dari kata akar hajara, yahjuru hijratan (hijrah). Hijrah dalam

pengertian maksud hadis ini bermaksud pindah dari kejahatan kepada perkara-perkara kebaikan. Utk keterangan lanjut sila lihat Abu `AbdAllah Muhammad Isma`il bin Ibrahim al-Bukhari (1981) Sahih al-Bukhari, jil. 1, h: 16.72 Ahmad `Abd Aziz bin Qaim al-Hadad (2006) Akhlak al-Nabi S.A.W fi al-Quran wa al-Sunnah, (terj.) Mohd Masbur bin Ahmat, h: 36. Al-Quran juga menjelaskan perkara ini. Lihat Al-Qalam:4.73 Ibn Kathir (1986) Tafsir Ibn Kathir, jil. 1, hal: 238-239.74 K.A. Rashid (1988) Pemikiran Islam Satu Penilaian Semula ,(terj.) Hamidah Abdul Hamid, h:170.75 Al-Ghazali (1988) Mukashafah al-Qulub al-Muqarrib ila Hadrah `Allam al-Ghuyub, h: 187-188.76 Al-Ghazali (1996) Bimbingan Mencapai Insan Mukmin (selenggara) Muhamad Nuhaimi, h. 100-101.77 Sufean Hussin (1995) Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum, h: 1.78 Mukerjee (1965) The Social Structure of Value, h: 20-21.79 Sufean Hussin (1995) Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum, h: 30-3280 K. Berthens (2006) Etika dan Moral, h: 1181 K.Berthens (2006) Etika dan Moral, h: 12-13.82 Teori kemoralan sosial ini dipelopori oleh Emile Durkheim.83 Emile Durkheim (1974) Sosiology and Philosophy, (terj.) Pocock, h. 30-32.84 Boswell (1996) Christianity, Social Tolerance and Homosexuality, h: 35-40.85 L.L. de Vebber, M.D. , F.R.C.P. (C) dlm artikelnya Mercy Killing: History and Medicine, h: 474. Utk keterangan lanjut lihathttp://www.uffl.org/vol%208/deveber8.pdf. Capaian pada 12.6.2008. Walau bagaimanapun, konsep euthanasia ini berbeza dengan konsep matiotak atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai “brain death”. Dalam Islam, prosedur kematian mengikut kaedah tersebut di benarkandalam Islam, tetapi kematian secara konsep euthanasia adalah diharamkan. Lihat keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke - 25 yangtelah diputuskan pada 13 Disember 1989. Lihat http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=47. Capaian pada 13.6.2008.86 Mustafa Kamal Alias (2001) Islam dan Relativisme Moral Dalam Pemikiran Pasca Modernisme, dlm. Jurnal Yadim, bil., kedua, hal: 54-55.87 Ruth Benedict (1934) Pattern of Culture, h: 9-11.88 T.L. Beauchamp (1982) Philossophical Ethics, h: 32.89 James Rachels (1986) The Element of Moral Philosophy, h. 12-14.90 Immanuel Kant adalah seorang sarjana falsafah berbangsa Jerman. Dilahirkan pada 22 April 1724 dan meninggal pada 12 Feburuari 1804pada usia 79 tahun. Bidang kepakarannya adalah metafizik, epistimologi dan moral. Utk keterangan lanjut lihat Immanuel Kant dan Marry J.Gregor (1996) The Metaphysics of Morals, h: 20-25.91 Ahmed, A dan Donnan, H. (1995) Islam, Globalization and Postmodernity, h: 150-155.92 Michael Foucault telah memperkenalkan idea untuk mengukur kaedah penilaian nilai. Lihat Micheal Foucault (1972) The Archeology ofKnowledge and the Discourse of Language, h: 91.93 Melzer, Arthur (1990) The Natural Goodness of Man: On the Systems of Rousseau’s Thought, h: 25-30.94 S.M. Zakir , Penulis Ulu al-Bab dan New Man, dlm Utusan Malaysia bertarikh 13.1.200895 Secara ilmiahnya istilah dekonstruksi ditafsirkan sebagai idea yang rigid yang bertentangan dengan arus pemikiran aliran utama yangdominan. Istilah ini mempunyai persamaan dengan istilah pasca strukturalisme. Utk keterangan lanjut sila lihat Aminuddin Ruskam al-Dawamy(2004) Pascamoden Perbincangan Isu Sosial, h: 11-13.

Bab 3Nilai-Nilai Murni Menurut Perspektif IslamSecara konseptualnya, nilai-nilai murni dalam teoritikal perundangan Islam adalah sebahagiandaripada komponen asas untuk membentuk insan yang beriman dan berakhlak mulia dari aspekzahiriah dan batiniah. Nilai-nilai tersebut menjadi penggerak, pendorong dan pemangkin kepadaseluruh perlakuan dan tingkah laku manusia yang memantulkan tindakan yang bersifatmahmudah seperti amanah, sabar, toleransi, suci hati, ikhlas, bertanggungjawab, berfikiranpositif dan sebagainya. Konsep ini berbeza dengan sistem nilai yang ditaja oleh Barat.Pandangan semesta Islam tentang prinsip nilai dipengaruhi secara dominan oleh unsur akhlakIslamiyyah yang unggul. Pentafsiran prinsip nilai menurut dimensi Barat pula dipengaruhi olehunsur-unsur estetika yang diwarisi secara tradisi daripada fahaman falsafah Yunani danRomawi yang menilai dari aspek keindahan.96Oleh kerana prinsip nilai-nilai murni diikat dengan elemen-elemen kebenaran, bukanlahbermaksud ia menafikan secara total unsur-unsur nilai estetika seperti yang difahami olehBarat. Walau bagaimanapun, perbezaan fahaman yang timbul di antara Islam dan Baratdisebabkan penaksiran nilai estetika dilihat daripada perspektif yang berbeza dari aspekfalsafah dan penilaian terhadap unsur-unsur tersebut dalam sistem nilai. Islam bersifat toleransidalam menerima nilai-nilai estetika tetapi perlu dijalinkan dengan nilai-nilai rohaniah dan elemenakhlak sebagai timbang taranya.Situasi ini tidak berlaku dalam dikotomi falsafah nilai Barat yang kelihatan jelas memisahkanunsur estetika dengan domain nilai-nilai moral dan kepercayaan agama, sebaliknya memberikeutamaan kepada proses pembuatan yang memberi kepuasan, kenyataan estetika dan nilai-nilai philosophy yang merangkumi ungkapan ekspresi dan gubahan fungsional.97 Sebagaicontoh, dalam ajaran Islam pendidikan dan pengajaran yang berkaitan dengan nilai estetikaperlu didahului dengan ilmu adab yang berfungsi sebagai asas kawalan rohaniah yangmengawal etika manusia, tetapi penilaian Barat terhadap nilai estetika misalnya, tidak melarangmasyarakat memperagakan anggota tubuh badan wanita secara keseluruhannya,98 kerana iamerupakan satu keindahan yang telah dianugerahkan. Berbeza pula dengan Islam, yang begitusensitif dalam persoalan tersebut kerana ianya ditegah secara mutlak oleh syarak.Dalam sistem nilai Islam, ia mengandungi prinsip-prinsip yang menjadi teras yang mendasarisistem falsafahnya. Prinsip-prinsip tersebut menjadi adunan bagi memantap danmemperkasakan konsep nilai-nilai murni untuk dihayati oleh manusia bagi menyusun danmengatur kehidupan yang selari dengan konsep khalifatulard. Apabila konsep ini difahami dandicernakan dengan baik oleh manusia maka ia membuka minda dan pintu hati manusia kepada

cahaya kebenaran dan sentiasa mematuhi secara mutlak setiap perintah Allah dalam usahamencapai tahap ketakwaan yang sempurna. Garapan kandungan prinsip-prinsip yang menjadiasas pembentukannya adalah seperti berikut:3.0 Konsep TauhidDalam retrospektif sejarah peradaban manusia yang beraneka ragam, konsep pandanganhidup tauhid sentiasa menjadi tema pokok perbincangan manusia. Perkembangan revolusimanusia dalam merencanakan acuan peradaban yang ideal hanya mencerminkan usahakreativiti manusia yang sentiasa memerlukan idea pembaharuan dalam kitaran ketamadunanyang bersifat jatuh bangun. Ia membawa pengertian bahawa usaha manusia adalah bersifatsementara dan bukannya hakiki. Oleh yang demikian, sama ada sedar atau tidak ajaran tauhidyang disyariatkan atas muka bumi ini adalah bersifat mutlak meskipun ia diterima oleh manusiaatau sebaliknya. Kebenaran ajaran tauhid yang jagat dan kualitatif tidak pernah berubahmeskipun berbeza suasana dan realiti.Umumnya, pandangan semesta tauhid merangkumi tiga (3) komponen asas yang menjadi teraskepada keluhuran konsep kepercayaan tersebut. Komponen tersebut adalah terdiri daripadaiman yang haq, ilmu dan amal. Kombinasi komponen ini membentuk asas yang konkrit dalammemahami dan menghayati tuntutan order tauhid. Penekanan aliran tauhid ini ialah denganmemperakui secara mutlak bahawa Allah SWT adalah tuhan sekalian makhluk. Berasaskankepada kefahaman ini, ia menunjukkan bahawa seluruh kehidupan insan yang meliputi pemikirandan perbuatan manusia perlu tunduk kepada kekuasaan Allah SWT. Manusia hanyalahsebahagian daripada juzuk kecil alam ini,99 namun penciptaannya mendapat posisi yangistimewa di sisi Allah iaitu sebagai khalifatulard.100 Atas ketentuan inilah, manusiadipertanggungjawabkan memakmurkan alam ini dengan mematuhi tuntutan syarak denganmengaplikasi nilai-nilai murni yang terpuji dalam kerangka kehidupan manusia.Al-Maududi mengemukakan pandangan bahawa mengiktiraf hakikat iman adalah kemuncakyang perlu dijadikan objektif utama manusia. Beliau menjelaskan bahawa,”Iman adalah asas bagi kerangka struktur binaan. Islam dibangunkan di atas paksi ini. Begitu juga dengan konsep ihsan yangpaling tinggi hierarkinya adalah ikatan yang mengukuhkan struktur tersebut.”101Yusuf al-Qaradhawi pula memberi komentar tentang pengertian semesta tauhid iaitu:”Iman secara literalnya ialah kepercayaan yang meresap dalam kalbu, dengan penuh jazam,tidak bercampur syak dan keraguan, serta memberi kesan terhadap pandangan hidup, perilakuperbuatan sehari-hari. Justeru, iman bukanlah semata-mata ungkapan lidah bukan sekadarperbuatan dan bukan pula hanya merupakan tentang rukun iman.”102Oleh kerana tauhid dilihat sebagai elemen yang unggul dalam intisari ajaran Islam, sudahpastilah isi kandungannya perlu dijadikan paksi utama bagi setiap aktiviti manusia. Dalamkonteks teoritikal nilai-nilai murni, roh falsafahnya perlu didasari dengan pandangan semestatauhid yang menjadi acuan untuk menaksir sesuatu nilai sama ada ia diktiraf atau sebaliknya.Inilah kekuatan dan keistimewaan yang ada dalam falsafah nilai-nilai murni Islam.

3.1 Konsep Nilai-Nilai Rohaniah (Akhlak)Realitinya, dalam pembentukan domain nilai-nilai murni menurut kaca mata Islam, kedudukanunsur-unsur nilai rohaniah distrukturkan dalam hierarki yang utama sebagai nukleus dalamfalsafah sistem nilai. Keperluan kepada unsur-unsur nilai rohaniah dilihat sebagai ”ultimateconcern” untuk memandu pemikiran dan perilaku bertindak mengikut adab akhlak Islam yangmulia. Dalam kerangka umumnya, nilai-nilai rohaniah digambarkan sebagai tindak tandukmanusia yang dominan dengan unjuran yang diutarakan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah untukmelahirkan insan yang sempurna. Misalnya, sifat-sifat seperti berpekerti terpuji, jujur, amanah,benar, taat kepada perintah Allah dan lain-lain. Sebagai individu muslim, setiap aspek keperluankehidupannya yang merangkumi aspek sosial, ekonomi, politik, budaya dan sebagainya perludiasimilasikan dengan penghayatan nilai-nilai rohaniah yang bertindak sebagai kawalankerohanian yang mengawasi manusia.Nilai-nilai rohaniah yang didominasi dengan doktrin akhlak memberi panduan dan bimbingankepada manusia bertindak secara baik, patut dan benar serta melahirkan nilai-nilai berfaedahkepada pelakunya dan juga memberi manfaat kepada masyarakat umum serta makhluk-makhluk lain. Nilai-nilai ini juga menjadi pendorong kepada manusia untuk melakukan amalkebajikan semaksimum yang mungkin dan yang lebih utama adalah mencapai keredhaan AllahSWT. Setiap tindak tanduk manusia yang terarah kepada objektif unggul ini akan memperolehikejayaan dan kenikmatan di alam dunia serta keselamatan yang hakiki di akhirat.Skala nilai-nilai murni yang diperkasakan dengan nilai-nilai rohaniah menghasilkan dayamomentum yang menyuburkan nilai-nilai bersifat mahmudah dalam diri individu manusia. Apabilaunsur-unsur ini diadaptasi secara positif sebagai satu cara hidup (way of life) ia akan memberiimpak yang positif kepada penyempurnaan jiwa manusia yang cenderung kepada kebenaranyang hakiki. Jiwa manusia yang didominasi dengan pancaran nur Ilahi sentiasa menggerakkantindak tanduk manusia ke arah perkara-perkara yang ma`ruf dan menjauhkan diri daripadaperlakuan-perlakuan keji (imtisali awamiri wajtinabi nawahi) sebagaimana yang dituntut olehajaran Islam.Bertitik tolak daripada kepentingan inilah nilai-nilai murni yang berorientasikan nilai rohaniah,merupakan sebahagian daripada metod yang dinamik untuk proses pembangunan insaniah.Fokus pembangunan insan dalam kerangka sedemikian memberi penekanan kepadakesempurnaan kesejahteraan dalam setiap ruang lingkup keperluan manusia. Dalam lipatansejarah Islam silam, masyarakat Islam yang dididik dengan orientasi nilai-nilai rohaniah yangberaspirasikan Al-Quran dan Al-Sunnah telah berjaya membentuk generasi rabbani yang bukansahaja mempunyai pengaruh dari segi fizikal tetapi juga berjaya melahirkan tamadunmasyarakat yang bersifat ma`nawi yang kaya dengan nilai-nilai luhur.Justeru, menafikan keperluan penetrasi nilai-nilai rohaniah dalam sistem nilai mengakibatkankemusnahan nilai kemanusiaan yang murni dan akhirnya menimbulkan ketempangan dalamstruktur sosial masyarakat. Akibatnya, berlakulah dekaden dan kebejatan masalah moraldisebabkan nilai-nilai kehaiwanan mengambil alih fungsi khalifatulard. Justeru, falsafah sistemnilai yang tidak diimbangi secara neutral dengan nilai-nilai rohaniah menyuburkan lagi stigma

yang bersifat mazmumah seperti tidak amanah, rasuah, penyelewengan, salah laku danpelbagai sifat keji yang lain. Implikasinya, jiwa manusia yang tandus dengan nilai-nilai rohaniahakan melemahkan fizikal dan psikologi untuk menjadi umat yang mencapai hasanah di dunia danakhirat. Atas pertimbangan inilah, tidak syak lagi bahawa nilai-nilai rohaniah yang berakarkanunsur akhlak menjadi sebahagian daripada prinsip-prinsip pemakaian nilai-nilai murni dalamIslam.3.2 Konsep KeadilanSebagai makhluk yang dinamis, manusia perlu berinteraksi dan bertindak untuk membangunkanperadaban yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan insan. Untuk membangunkan peradabaninsaniah yang dapat memenuhi aspirasi tersebut ia perlu disuburkan dengan nilai keadilan yangmenjadi tunjang kepada setiap tindak tanduk manusia. Gagasan yang murni ini dapat dijelmakanapabila wujudnya kefahaman dalam diri manusia tentang kepentingan nilai tersebut dapatmemberi kesejahteraan kepada manusia umum yang merentasi kepentingan sesuatu bangsa,perbezaan kepercayaan agama, stratafikasi sosial dan sebagainya.Oleh kerana sistem nilai adalah bersifat muqaddas,103 sudah pastilah wahyu berfungsi sebagaiindikasi yang mengawal keabsahan sifat tersebut. Ia menjadi kayu ukur yang memantau nilaitersebut supaya tidak ditafsirkan menurut kepentingan hawa nafsu. Bagi memperkasakan laginilai keadilan tersebut agar bersifat universal, manusia diberi ruang untuk menyumbangkanunsur-unsur dinamik terhadap nilai tersebut agar menepati realiti dan keperluan semasamanusia. Berasaskan sifat tersebut, nilai keadilan menurut dimensi Islam dilihat bersifat sejagatdalam memelihara kemaslahatan manusia amnya dan menjamin keharmonian sistemperhubungan manusia.Sebaliknya, nilai keadilan yang tidak diikat dengan prinsip wahyu mengakibatkan berlakunyakrisis nilai disebabkan hawa nafsu dijadikan sebagai indikasi segala nilai. Pertimbangan nilaikeadilan yang dilatari dengan pemikiran manusia secara mutlak tidak dapat memberikesaksamaan dan konsep keadilan yang sewajarnya kepada manusia. Berkemungkinan, nilaikeadilan yang diasaskan oleh pemikiran manusia boleh membuka ruang kepada penindasandan kezaliman sesama insan. Hakikatnya, penilaian tersebut mencerminkan kelemahan manusiaitu sendiri yang terbatas pemikirannya dan mudah dipengaruhi oleh bisikan hawa nafsu. Realitiini berlaku disebabkan manusia tidak menghargai peraturan nilai-nilai murni yang luhur sebagaipanduan yang telah diutarakan oleh Al-Quran.Justeru, setiap aktiviti manusia untuk memakmur bumi Allah yang bersangkutan denganpentadbiran, muamalah, kehakiman, politik, sosial dan sebagainya perlu berasaskan nilaikeadilan supaya tidak berlaku unsur-unsur yang boleh mendatangkan kemudaratan kepadamanusia. Penekanan kepada nilai tersebut adalah merupakan sebahagian daripada pra syaratuntuk menzahirkan suasana yang harmoni, aman dan sejahtera.Konsep keadilan yang diwacanakan oleh Islam perlu dilihat dalam skala yang lebih umum iaitusebagai jaminan, perlindungan dan pembelaan terhadap kelompok manusia yang lemah sertapemantauan ke atas golongan manusia yang kuat supaya tidak berlaku penindasan dan

kezaliman kepada golongan yang sebaliknya. Terkandung dalam pengertian ini juga iaitupemberian hak yang saksama kepada mereka yang berhak menerimanya.Al-Quran secara eksplisitnya menekankan prinsip keadilan dalam kehidupan manusia. Ia dapatdilihat melalui firman Allah SWT dalam Al-Quran iaitu:Maksudnya: Sesungguhnya, Kami telah mengutus rasul-rasul kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah kamiturunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan kami ciptakanbesi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besiitu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesungguhnya Allah Maha Kuat Lagi Maha Perkasa. (al-Hadid: 25)Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahami bahawa Allah SWT yang telah mensyariatkan Islamsebagai satu cara hidup, memberi penekanan kepada setiap insan iaitu konsep keadilan perludiaplikasikan dalam setiap ruang lingkup kehidupan manusia. Menurut Ali Syariati, beliaumenjelaskan bahawa didapati dua pertiga daripada ayat-ayat Al-Quran menyentuh berkenaantuntutan menegakkan prinsip keadilan dan menjauhkan unsur-unsur kezaliman seperti yangdiungkapkan melalui perkataan zhulm, ism, dhalal dan sebagainya.104 Atas premis inilah, nilaikeadilan yang dislogankan oleh Islam dilihat mempunyai relevansi dengan falsafah nilai-nilaimurni Islam.Komitmen untuk menegakkan prinsip nilai keadilan atas muka bumi ini seperti yang dianjurkanoleh Islam telah membuktikan bahawa ia merupakan domain nilai yang penting dalam urutankeutamaan sistem falsafah nilai. Atas sebab yang demikian, konsep keadilan tersebut perludiharmonisasikan dengan nilai yang berteraskan spiritual (transedental) dan konsep ukhuwwahyang bersifat sejagat. Impaknya, ia memberi kesan yang positif terhadap tindak tandukmanusia supaya bersikap berhati-hati dalam setiap kegiatan dan aktiviti yang dilakukan yangmelibatkan perhubungan sesama manusia dan makhluk yang lain. Justeru, apabila wujudnyakeadilan yang bersih dalam struktur sosial masyarakat, secara tidak langsung ia dapatmemelihara maqasid syariyah105 sebagaimana yang dituntut oleh Islam iaitu memelihara danmemenuhi keperluan hidup manusia secara saksama dan murni.3.3 Konsep TazkiyahProses untuk melahirkan insan yang memiliki hati budi yang luhur memerlukan kepada sesuatuunsur yang bertindak sebagai daya untuk mencanai kerangka pembentukan keperibadian yang


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook