ialah anda bersedekah ketika anda sihat, rasa kedekut, masih mengharap untuk menjadi kaya dan takut miskin.” (Bukhari)Kesimpulannya, beliau mengulas bahawa orang yang memiliki sifat-sifat yang diperihalkan dalam ayattersebut ialah individu yang beriman dan memiliki ketakwaan yang tinggi terhadap Allah SWT. Hal yangdemikian, disebabkan individu tersebut telah menyempurnakan tuntutan fitrah yang merangkumi hati,perasaan, pemikiran dan amal perbuatan dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segalalarangan.(Wahbah al-Zuhayli, 1991) pula mengutarakan pandangannya bahawa firman Allah SWT yang bermaksud“dan mendermakan harta yang dicintainya” merujuk kepada sedekah yang dikategorikan wajib iaituzakat dan terangkum juga bagi maksud sedekah sunat. Beliau mengemukakan hujah yang disokong oleh al-Jassas menyatakan bahawa ayat ini tidak menyentuh persoalan sedekah wajib. Sebaliknya, ia mengandungiobjektif untuk menggalakkan aktiviti sedekah dan menjanjikan ganjaran kepada para pelakunya. Alasanyang dikemukakan kerana perbuatan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut secara literalnya diistilahkansebagai kebajikan. Oleh yang demikian, ayat tersebut mengandungi konotasi makna yang boleh difahamisebagai sedekah wajib (zakat) dan juga sedekah sunat. Secara keseluruhannya, individu yang patuh kepadatuntutan ayat tersebut disifatkan sebagai melaksanakan segala kebajikan. Sebagai penghormatannya, AllahSWT mengklasifikasikan golongan manusia tersebut sebagai individu yang jujur dan bertakwa.Dalam keterangan ayat yang lain, Allah SWT turut menegaskan bahawa menafkah atau menginfaqkan hartapada jalanNya adalah seperti mewujudkan jaringan interaksi dengan Allah SWT dalam urusan transaksiyang dijalankan oleh pelakunya. Sebagai ganjaran, manusia yang melakukan tuntutan infaq akan dinilaisebagai individu yang berjaya di sisi Allah SWT. Kenyataan ini berdasarkan kepada firman Allah SWTiaitu: Maksudnya: “Maka berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah, dan mereka itulah orang yang berjaya.” (Al-Rum:38)Mengulas ayat tersebut, Ibn Kathir (1301-1372/774H) menjelaskan bahawa golongan manusia yangmempraktikkan tuntutan dalam ayat tersebut adalah mereka yang sentiasa mengharapkan keredhaan AllahSWT. Justeru, manusia yang bersifat sedemikian dikategorikan sebagai golongan yang berjaya di duniadan akhirat.Begitu juga pada ayat yang lain, Allah SWT mengutarakan kepada manusia bahawa infaq merupakansebahagian daripada nilai tertinggi dalam kerangka kebajikan yang dituntut dilakukan oleh manusia.Penjelasan dapat dilihat berpandukan firman Allah SWT: Maksudnya: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu
dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali-‘Imran: 92)Berdasarkan kepada maksud firman Allah SWT tersebut, Ibn Kathir (1301-1372/774H) menukilkanmenurut riwayat Waqi’ ayat tersebut membawa maksud syurga seperti yang dijelaskan oleh `Amr ibnMaimun. Ibn Kathir (1301-1372/774H) juga memetik pandangan yang telah dikemukakan oleh ImamAhmad yang bermaksud: ‘Abd Allah ibn Abi Talhah telah mendengar Anas bin Malik bercerita: “Seorang lelaki Ansar yang terkaya dalam kalangan kaumnya di Madinah bernama Abu Talhah, ketika mendengar turunnya ayat ini beliau datang menemui Nabi Muhammad SAW” dan berkata, “Ya Rasulullah, di antara harta kekayaanku yang paling aku sayangi ialah Bairuha iaitu sebuah ladang yang terletak berhadapan dengan masjid. Rasulullah sering memasuki kawasan tersebut dan minum air yang segar dari tempat tersebut. Oleh yang demikian, aku berhasrat untuk menafkahkannya pada jalan Allah bersesuaian dengan firmanNya, maka terimalah wahai Rasulullah sedekahku ini dan letakkannya seperti mana Allah perintahkan kepadamu.” Lantaran itu Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bagus-bagus, itulah harta yang menguntungkan. Aku telah mendengar kata-katamu dan aku berpendapat hendaklah engkau berikan kepada kaum keluarga kamu. Maka beliau melakukan sedekah tersebut seperti yang diperintahkan oleh Nabi.”Berasaskan pandangan yang telah dikemukakan oleh Ibn Kathir (1301-1372/774H) jelas menunjukkanbahawa individu yang melaksanakan tuntutan infaq akan mendapat keutamaan yang tinggi daripada AllahSWT. Di samping dalil-dalil daripada Al-Quran, didapati banyak hadis yang menyeru manusiamelaksanakan aktiviti infaq sebagai memenuhi tuntutan syarak. Di antara keterangan hadis yang berkaitandengan infaq seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: Daripada `Abd Allah ibn Umar RA, katanya ketika Rasulullah SAW sedang berada di atas mimbar, Baginda menjelaskan perihal sedekah (`iffah)1dan perihal meminta-minta. Sabda Baginda: Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan di atas iaitu tangan yang memberi dan tangan yang di bawah iaitu tangan yang meminta. (al-Bukhari)Dalam keterangan hadis yang lain yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA berkata: Nabi SAW bersabda: “Setiap hari turun dua orang malaikat dari langit, salah seorang daripadanya berkata, Ya Allah! Gantikanlah bagi setiap orang yang pemurah keranaMu. Dan yang lain berkata, Ya Allah! Musnahkanlah harta setiap orang yang menahan-nahan (hartanya daripada bersedekah).” (al-Bukhari)Berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah yang telah dinyatakan tersebut, jelaslah
bahawa syarak menuntut kepada manusia melakukan aktiviti infaq untuk dikongsikan lebihan hartamanusia untuk disumbangkan kepada institusi masyarakat. Tambahan lagi sebagai individu Muslim, iamenjadi kewajipan untuk melakukan infaq sama ada yang berbentuk wajib seperti zakat dan juga yangberbentuk sunat seperti bersedekah. Dengan cara menginfaqkan hartanya pada jalan Allah secara tidaklangsung individu terbabit telah melakukan satu pelaburan yang paling menguntungkan bukan sahaja didunia tetapi yang lebih penting di alam akhirat kelak. Ini kerana, individu tersebut telah melaksanakantangungjawab sosialnya di dunia ini terhadap insan yang memerlukan dan juga membahagiakan orang laindalam memenuhi keperluan asas mereka. Sehubungan itu, tuntutan Islam ke atas individu Muslimmelakukan infaq terhadap orang lain adalah bertujuan supaya umat Islam mengutamakan kepentinganumum berbanding dengan keperluan peribadi.Menurut kajian yang dilakukan oleh (Mushtaq Ahmad, 1995) beliau mendapati keterangan-keteranganyang ada dalam Al-Quran menunjukkan tidak kurang daripada sebelas ayat yang menyeru kepada golonganMuslim supaya mengorbankan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Apa yang menariknya, Al-Quranmenarik perhatian manusia dengan menegaskan harta terlebih dahulu daripada terma jiwa. Secaraimpilisitnya, ia memberi satu indikasi yang jelas kepada manusia bahawa menurut kaca mata Al-Quranmengorbankan yang pertama lebih diutamakan daripada yang kedua(Al-Tahawi, 1974). Keterangan inilahyang mengukuhkan lagi bahawa infaq merupakan aktiviti yang diberi penekanan dalam Islam. Oleh yangdemikian, segala perolehan atau pendapatan yang didapati akan menjadi nikmat dan kebajikan jika iadisalurkan ke arah jalan-jalan kebaikan.Berasaskan kepada penjelasan inilah elemen infaq merupakan elemen yang perlu diambil kira untukmenilai kejayaan seseorang individu. Bertitik-tolak daripada pengertian tersebut, pensyariatan infaqmemberi peluang kepada setiap individu Muslim untuk menggunakan sumber-sumber yang ada padamereka sama ada dalam bentuk material, tenaga, inovasi, kreativiti dan sebagainya untuk diinfaqkan kejalan Allah. Apabila komitmen terhadap tuntutan ini dilaksanakan secara konsisten, secara tidak langsungsumbangan tersebut dapat memperkasakan komuniti masyarakat Islam dalam pelbagai bidang lapangan.Tegasnya, merujuk kepada panduan yang dinukilkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah mengisyaratkanbahawa manusia melakukan infaq ke jalan Allah, akan mendapat faedah dan manfaat yang tidak terhinggadaripada Allah SWT. Ternyata melalui amalan tersebut ia dapat menyuburkan lagi keberkatan terhadapharta yang diperolehi tersebut. Di samping itu juga, amalan tersebut akan mendapat ganjaran yang berlipatkali ganda daripada Allah SWT. Dalam pada itu, ia juga dapat membentuk jalur-jalur persekitaran yangadil dan harmoni dalam institusi masyarakat amnya.KesimpulanPembangunan insan yang seimbang ialah pembangunan yang memberi keutamaan kepada keseimbangankeperluan dunia dan juga akhirat. Justeru, melalui amalan infaq ia memberi peluang kepada setiapindividu untuk memberi sumbangan sama ada yang berstatus wajib atau pun sunat kepada institusimasyarakat. Melalui budaya infaq ini, ia akan melahirkan masyarakat yang prihatin dan banyakmenyumbang kepada kesejahteraan umum. Secara tidak langsung, budaya ini akan mengangkat martabatsesuatu masyarakat yang kuat dan cenderung untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan bukannyamasyarakat yang lemah dan sering mengharapkan simpati daripada pihak lain.
Budaya infaq juga adalah sebahagian daripada tuntutan nilai-nilai murni seperti yang dislogankan olehIslam. Amalan tersebut tidak hanya untuk dilafazkan oleh lisan semata-mata tetapi ia dituntut untukdipraktikkan dalam amalan seharian. Amalan ini telah lama dipraktikkan oleh masyarakat Islam yangterdahulu. Sudah terbukti, budaya infaq yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan generasiIslam yang kemudiannya telah berjaya melahirkan satu generasi Islam yang hebat dalam pelbagai bidangdan menjadi contoh kepada masyarakat lain. Budaya infaq yang disertai dengan niat yang ikhlas telahmenuntaskan satu semangat ukhuwah yang kukuh di antara satu sama lain dan bersedia untukmengorbankan kepentingan individu dan mengutamakan kepentingan umum yang bermotifkan kesejahteraansejagat.________________1 (‘Iffah)bermaksud terpelihara daripada perkara-perkara yang mengaibkan antaranya seperti meminta-minta. Rujuk al-Bukhari(1981), Sahih al-Buk hari, jil. 2, h:113.
9NILAI-NILAI TERAS USAHAWAN BERJAYA: KE ARAH KEHARMONIAN UMMAHP ada dasarnya, nilai-nilai teras yang perlu dimiliki oleh para usahawan adalah pelengkap untuk menjadi usahawan yang berjaya. Islam juga mempunyai pandangan yang tersendiri dalam mengupas persoalan ini. Syariat Islam memberi penghargaan kepada umat manusia untuk bekerja keras membangunkan peradaban untuk kebahagiaan dan kemandirian institusi manusia.Menyentuh tentang dunia keusahawanan, para usahawan dituntut untuk memakmurkan sumber alam dengankeupayaan dan kebolehan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Berasaskan kepada pandangan ini, parausahawan perlu memperkasakan diri mereka dengan nilai-nilai kemahiran (nilai tambahan) yang menjadipelengkap kepada kesempurnaan ciri-ciri usahawan berjaya. Ini kerana, para usahawan yang berdepandengan pelbagai rintangan dan halangan perlu sentiasa bersedia untuk bersaing dalam pentas global yangmemerlukan kepada kemahiran-kemahiran tertentu dalam usaha mereka menajamkan tahap-tahapkecekapan yang perlu dimiliki oleh mereka.Tuntutan kepada usahawan untuk memahami dan menghayati terhadap nilai-nilai yang dinyatakan tersebutdinyatakan secara tidak langsung dalam Al-Quran seperti firman Allah SWT:Maksudnya:“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan(pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda yang bermanfaat kepadamanusia; demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkandengannya bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenisbinatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan terapung-apung di antara langitdan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda kekuasaanNya, bagi kaum yangberakal fikiran.”(al-Baqarah: 164)Dalam ayat tersebut, Wahbah al-Zuhaily1 mengemukakan pandangannya bahawa Allah SWTmemerintahkan manusia menajamkan akal fikirannya dalam menyingkap alam dan manfaat-manfaat yangterkandung di dalamnya. Ini kerana tuntutan berfikir secara kreatif dan bertindak dengan mengutamakaninovasi adalah merupakan sebahagian daripada mekanisme untuk memajukan umat manusia menikmati danmensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan Allah SWT. Oleh yang demikian, dengan mengambilpengajaran daripada petunjuk ayat Al-Quran tersebut, sewajarnya golongan usahawan mengambil inisiatif
dan bersikap pro-aktif memajukan alam ini dengan kreativiti yang telah dianugerahkan oleh Allah SWTkepada mereka. Nilai-nilai kemahiran seperti inovasi, mencipta peluang, mengambil risiko, berani,semangat yang tinggi, mengutamakan kualiti dan pelbagai lagi perlu dijadikan sebagai nilai hakiki dalamdiri usahawan. Tanpa sifat dan nilai-nilai tersebut, usahawan Muslim akan bersifat lesu, statik dan jumudsama ada dari aspek mentaliti, tindakan dan juga dari wawasannya untuk membangunkan masyarakat.Nilai-Nilai Teras Usahawan BerjayaSarjana Barat seperti Geoffrey G. Meredith2 bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bahawausahawan yang berjaya memiliki nilai-nilai yang unik berbanding dengan orang lain. Beliau menggariskanantara ciri-ciri yang mengandungi nilai-nilai seperti percaya diri sendiri, berorientasikan tugas,mengambil risiko, karisma sebagai pentadbir, inovasi, kreatif dan berwawasan adalah unsur-unsur nilaitambahan yang ada pada diri usahawan berjaya. Sarjana yang lain seperti M. Scarborough dan Thomas W.Zimmerer3, berdasarkan kajian mereka mendapati ciri-ciri yang mendasari nilai-nilai seperti pro-aktif,berinisiatif, berorientasikan prestasi, cekap, mengutamakan kualiti, pengawasan, komitmen yang tinggiadalah kunci kepada kejayaan seseorang usahawan.Bertitik-tolak daripada penjelasan tersebut dapat difahami bahawa nilai-nilai kemahiran berasaskankepada sistem nilai yang berintegrasi dalam sistem nilai pengusaha. Premis kenyataan ini dijelaskan olehSuryana4 bahawa dalam skop keusahawanan, nilai-nilai yang dikenali sebagai sistem nilai primer dapatdilihat kepada watak dan tingkah laku para usahawan. Sebagai contoh, nilai hakiki yang baik padausahawan seperti bekerja dengan tekun, mengutamakan prestasi, berani mengambil risiko, mengutamakanproduktiviti, kreatif dan inovatif, kualiti kerja, komitmen serta keupayaan mencari peluang adalah nilai-nilai istimewa yang ada pada seseorang usahawan.Secara ringkasnya, berdasarkan kepada perbincangan yang telah dijelaskan, nilai-nilai teras meliputiunsur-unsur seperti berikut: a) Kreatif dan InovasiKreativiti dan inovasi merupakan nilai kemahiran yang perlu ada dalam diri para usahawan berjaya.Kemahiran kreatif yang ada pada usahawan adalah faktor utama yang membezakan mereka denganindividu yang lain. Dengan kata lain, usahawan yang kreatif dapat difahami sebagai individu yangmemiliki kreativiti5 mencipta satu gagasan dan menghasilkan kaedah baru dalam melihat permasalahandan peluang yang ada. Ini kerana, usahawan tidak hanya menjalankan aktiviti perniagaan semata-matatetapi mereka juga memanipulasikan segala sumber yang ada secara optimum untuk memaksimumkanproduktiviti secara efektif. Impaknya, ia akan membantu para usahawan untuk mengembangkan idea-ideabaru untuk mencari kaedah-kaedah yang terbaik dalam melihat masalah dan peluang.6Nilai inovasi pula ialah keupayaan yang ada pada usahawan untuk mengaplikasikan idea-idea kreatifterhadap masalah dan peluang untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi.7 Sarjana Barat sepertiDrucker8 memberi takrifan nilai inovasi merupakan fungsi khusus yang ada pada usahawan. Ia bertindaksebagai alat kepada usahawan untuk mencipta sumber yang baru untuk menghasilkan kekayaan atau
memberi nilai tambah kepada potensi sumber yang sedia ada dengan tujuan mencipta kekayaan. Usahawanyang memiliki nilai tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapisecara kritis dan meneroka peluang yang wujud untuk memakmurkan kehidupan manusia secara harmoni.Ajaran Islam juga menyeru umatnya terutama kepada golongan usahawan memberi keutamaan terhadapnilai kreativiti dan inovasi dalam kerangka mu`amalah. Pada hakikatnya Allah SWT telahmenganugerahkan pelbagai sumber untuk kelangsungan kehidupan manusia. Namun begitu, pada skala yanglebih umum ia tidak dapat menampung keperluan manusia secara sempurna sekiranya hasil mahsultersebut tidak dimanipulasikan secara optimum. Oleh itu, menjadi peranan dan tugas golongan usahawanmengaplikasikan nilai kreatif dan inovasi yang ada pada diri mereka untuk membantu menyelesaikansebahagian daripada keperluan yang diperlukan oleh masyarakat. Bahkan Islam memberi pengiktirafanbahawa bertindak secara kreatif dan inovatif adalah nilai kualiti yang ada pada usahawan. Tuntutan inidigarap melalui firman Allah dalam Al-Quran iaitu:Maksudnya: “Dialah yang menjadikan bumi bagimu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata penjurunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah kamu dibangkitkan hidup semula.” (al-Mulk:15)Allah SWT menyeru kepada umat manusia supaya berusaha memanfaatkan rezeki yang dianugerahkan-Nyadi seluruh pelusuk bumi. Rezeki yang diberikan tersebut lebih luas pengertiannya sebagaimana yangdifahami oleh manusia. Ini kerana, pengertian rezeki bukan hanya bersifat harta yang dimiliki olehseseorang untuk memenuhi keperluan dan kesenangannya, namun ia merangkumi maksud sesuatu yangdiamanahkan Allah SWT di muka bumi iaitu jalan dan kandungan rezeki.9 Dalam pada itu, sebagaiusahawan, golongan ini perlu peka dan sentiasa melihat sumber yang dianugerahkan oleh Allah SWT dariperspektif yang inovatif supaya dapat dieksploitasikan10 menurut kehendak syarak dan kepentingan umum.Oleh itu, sebagai pengusaha Muslim mereka perlu menekankan nilai-nilai kreatitiviti dan inovasi dalamaktiviti perusahaan yang dijalankan. Berteraskan kepada nilai-nilai tersebut, ia dapat merangsang merekaberfikiran di luar kotak berkaitan dengan mekanisme terkini dan menggiatkan aktiviti penyelidikan untukmendapatkan penemuan yang bersifat semasa dan dinamis. Tambahan lagi, dalam realiti duniakeusahawan moden, ia menuntut kepada para usahawan Muslim mencipta dan meraih peluang yang wujuddalam pelbagai bidang keperluan masyarakat Islam seperti bidang makanan, pertanian, perubatan,pembinaan, perindustrian, reka bentuk dan sebagainya untuk menjadi peneraju kepada bidang tersebut.Justeru, usahawan yang berjaya ialah individu yang memiliki daya pemikiran dan mempunyai keupayaanuntuk bertindak menghasilkan sesuatu yang baru. Di samping itu, mereka juga memiliki kebolehan untukmemberi nilai tambah terhadap sesuatu perkara yang telah sedia ada dengan menggunakan kaedah terkinisupaya menepati kondisi keperluan manusia semasa. Tingkah laku usahawan yang bersifat energetik dandilengkapi dengan nilai kreatif dan inovasi akan berjaya memberi impak dan sumbangan yang positifkepada masyarakat dan negara amnya.11 Atas kepentingan inilah nilai-nilai tersebut ditafsirkan sebagainilai dominan yang perlu ada pada usahawan berjaya.
b) Kebolehan MengurusIslam berpandangan bahawa usahawan yang berjaya perlu dilengkapi dengan nilai-nilai sebagai pengurusdan memiliki karisma sebagai pemimpin yang baik. Ajaran ini juga menyeru umatnya supaya memberiperhatian terhadap pengurusan yang efektif dan mengutamakan perancangan yang strategik. Pemahaman inidiisyaratkan dalam Al-Quran iaitu:Maksudnya: “Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaumnya kepada agama Kami, selama mereka bersikap sabar serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.” (al-Sajadah: 24)Ibn Kathir12 dalam mengulas ayat tersebut menjelaskan Allah SWT menjadikan pemimpin-pemimpin yangmenyeru kaumnya pada jalan yang benar, taat kepada perintah Allah SWT, menyeru kepada perkaramakruf dan mencegah perbuatan mungkar. Oleh kerana kesabaran mereka melaksanakan perintah danmenjauhi larangan dan meyakini sepenuhnya isi kandungan wahyu berasaskan iman yang kukuh, makaAllah mengurniakan pemimpin yang menjadi ketua kepada kaumnya.Menurut Al-Sunnah pula didapati banyak hadis yang menyentuh tentang pemimpin antaranya sabda NabiSAW yang bermaksud:13 “Daripada al-Hasan RA, katanya: “Pada suatu hari, ‘Ubaidullah bin Ziyad datang berkunjung ke rumah Ma’qil bin Yasar, ketika Ma’qil sedang sakit yang menyebabkan kematiannya. Kata Ma’qil kepada ‘Ubaidullah, “Akan saya sampaikan kepada anda sebuah hadis yang saya dengar sendiri daripada Rasullullah SAW, Kalaulah saya yakin bahawa saya akan lama hidup, hadis itu belum saya sampaikan pada anda. Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seorang hamba yang dipercayakan Allah memimpin rakyatnya, tetapi dia menipu rakyat, maka jika dia mati, Allah mengharamkan syurga baginya.” (Muslim)Dalam satu riwayat yang lain, maksudnya:14 Daripada ‘Auf bin Malik RA, dari Rasulullah SAW, katanya: “Imam (pemimpin atau pembesar) yang terbaik ialah mereka yang mencintai kamu dan kamu mencintai mereka; mereka mendoakan kamu dan kamu mendoakan mereka. Imam yang paling buruk (jahat) ialah yang kamu benci dan mereka membenci kamu; kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu.” Seseorang bertanya, “Ya, Rasulullah! bolehkah kami menyingkirkannya dengan pedang?” jawab Rasulullah SAW, “Tidak, selama mereka masih solat bersama-sama kamu. Apabila kamu lihat suatu tindakan (kebijaksanaan) yang tidak baik dari pembesar kamu, kritiklah tindakannya, dan jangan lepas tangan untuk tidak taat (terhadap tindakannya yang baik).”
(Muslim)Berasaskan kepada dalil-dalil yang dikemukakan tersebut, jelas menunjukkan keistimewaan manusia yangmenjadi utusan Allah di muka bumi diberi tanggungjawab sebagai pemimpin, pengatur, pentadbir kepadaalam sejagat. Bagi melaksanakan fungsi tersebut, manusia sebagai daya penggerak kepada semua sumberdan alat yang terdapat dalam sesuatu organisasi. Sumber itu boleh diperolehi sama ada dari tenagamanusia ataupun daripada bahan mentah. Manusia yang diletakkan sebagai pemimpin, pentadbir dansebagainya mengurus sumber manusia untuk mengolah sumber alam supaya dapat dimanfaatkan bersama.15Namun begitu, sebagai seorang pemimpin, individu tersebut perlu memikul tanggungjawab terhadap apayang dilakukan. Ini kerana, sekiranya berlaku salah laku dan unsur-unsur penyelewengan, sebagaibalasannya akan dikenakan azab daripada Allah SWT kelak.Menurut Muhammad Salleh Majid, usahawan sebagai pengurus yang cekap akan berusahamenggemblengkan pengurusan yang diterajuinya ke arah pencapaian objektif yang jelas.16 Pada tahap ini,usahawan bertindak melaksanakan tugasan yang berorientasikan keputusan. Lazimnya, ia bertindakmembuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangannya sendiri. Sebagai pengurus yang bijak, iamemiliki keupayaan untuk mempengaruhi staf bawahannya untuk melaksanakan aktiviti kerja sepertimanayang disasarkan. Pengurus yang baik ialah individu yang berjaya melahirkan suasana persekitaran budayakerja yang kondusif dan berkebolehan menguruskan sumber manusia supaya menyokongnya danmelakasanakan tugas dengan cekap dan berproduktif.Dengan kata lain, nilai-nilai kepimpinan yang baik ialah individu tersebut berjaya mengintegrasikan nilaimemimpin dan mendidik orang-orang di sekelilingnya dengan budaya kerja yang cekap dan menerapkanpenghayatan nilai-nilai terpuji sebagai seorang Muslim. Oleh yang demikian, usahawan yang berjayasentiasa memikirkan langkah dan strategi yang perlu digunakan untuk menjadi pengurus dalam organisasiyang diterajuinya agar menjadi pemimpin yang baik. Ini kerana, usahawan yang memiliki nilai-nilaikepimpinan yang terpuji, bijak menyesuaikan kekuatan dan kelemahan yang ada dengan melihat peluangdan persaingan yang terpaksa dihadapinya. Dalam masa yang sama, ia juga memiliki keupayaanmenggunakan teknik-teknik kreatif untuk mencipta nilai baru terhadap kehendak pelanggan yang sukarditandingi oleh pesaing yang lain. c) Berorientasi Masa HadapanDalam konteks ini, Islam memberi ruang kepada para usahawan untuk bertindak secara positif untukmerangsang prestasi aktiviti yang dilakukannya. Malah Islam menggalakkan golongan usahawan supayabersikap berpandangan jauh mencipta dan memanfaatkan alam ini bagi tujuan memenuhi keperluanmanusia yang lain. Mereka diberi kebebasan oleh syarak untuk mengeksploitasikan segala nikmatpemberian Allah SWT dan diolah dengan cara yang diizinkan syarak untuk faedah seluruh makhluk. Atasketentuan inilah Allah SWT menyeru kepada umat manusia berfikiran luas dan terbuka melakukan perkarakebaikan untuk memajukan kehidupan degan lebih dinamik dan penuh dengan kreativiti adalah satuperkara yang terpuji. Tuntutan ini ditegaskan oleh Al-Quran, firman Allah SWT:Maksudnya:
“Allah mencipta langit dan bumi dengan cara yang layak dan berhikmat; sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda bagi orang yang beriman.” (al-`Ankabut:44)Ayat di atas menjelaskan kekuasaan Allah menciptakan langit dan bumi dengan pelbagai hikmah yangmenjadi tanda Keagungan-Nya kepada orang-orang yang beriman.17 Hanya golongan yang mempunyai akalfikiran yang luas sahaja yang dapat mengambil pengajaran daripada petunjuk Allah SWT.Usahawan yang berjaya ialah individu yang memiliki wawasan dan berpandangan jauh ke hadapan.Mereka berfikiran positif dan gigih berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan. Usahawan yangmemiliki nilai sedemikian tidak pernah berpandangan berada dalam zon yang selesa dengan pencapaianyang ada sebaliknya terus berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi daya saingnya. Ia sentiasamemikirkan untuk mencipta sesuatu yang baru18 dan penemuan terkini bagi faedah masyarakat umum.Meskipun golongan usahawan berdepan dengan pelbagai risiko dan cabaran, namun ia bukanlah faktorpenolak kepada mereka untuk terus berusaha mencari dan mencipta peluang yang bersifat ekonomi atausebaliknya.Sifat inilah yang memberi daya ketahanan kepada usahawan untuk terus meneroka dan memanipulasikansumber yang ada di sekeliling mereka. Golongan ini juga melihat potensi yang dilihat oleh pihak lainsebagai masalah atau yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain menjadi ruang dan peluang kepadamereka untuk mencipta satu nilai yang baru. Justeru, usahawan yang berjaya lebih berminat dan tertarikuntuk merebut peluang terhadap masalah seperti yang difikirkan oleh masyarakat umum.19 d) BermotivasiUsahawan yang berjaya sentiasa mempunyai semangat dan keinginan yang tinggi untuk cemerlang danmemenuhi matlamat yang telah digariskan. Untuk memenuhi tujuan tersebut, motivasi merupakan nilaidalaman yang menjadi pemacu kepada peningkatan prestasi golongan usahawan untuk berusaha20 secarakonsisten dan bersedia menampung kelemahan-kelemahan dan pelbagai rintangan yang dihadapi. Parausahawan yang didorong dengan nilai-nilai motivasi yang tinggi sering berfikiran positif untuk memajukandiri dan aktiviti yang diusahakan untuk kebaikan diri dan masyarakat amnya. Kupasan berkaitankepentingan nilai motivasi pada diri usahawan menurut perspektif Islam diperincikan seperti berikut: i. BerilmuUsahawan berjaya sentiasa peka terhadap keperluan diri dan juga terhadap persekitaran sekeliling. Bagimemastikan usahawan tidak ketinggalan dari aspek pengurusan, perkembangan global dan kehendakmasyarakat, mereka perlu berusaha memperkasakan diri dengan ilmu. kemahiran, perancangan yangsistematik, bijak menyelesaikan konflik, menyusun strategi, teknik pemasaran dan sebagainya memerlukankepada landasan ilmu.21 Berpandukan kepada kepentingan asas inilah, ilmu menjadi nilai penting kepadapara usahawan yang secara tipikalnya memotivasikan golongan tersebut untuk cemerlang dalam setiaplapangan yang diceburi. Menurut Ahmad Berek,22 usahawan yang cemerlang sentiasa mendorong dirinyauntuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tidak akan berhenti belajar sesuatu yang baru. Melalui
ilmu pengetahuan, para usahawan akan bergerak dengan pantas menuntaskan idea-ideanya untukmengembangkan bidang keusahawanan.Justeru, berdasarkan kepada kupasan tersebut Islam secara emphasisnya mendorong penganutnyakhususnya golongan usahawan untuk mendalami ilmu secara konsisten untuk meningkatkan prestasipekerjaan yang dilakukan. Bagi tujuan memotivasikan manusia menggali ilmu pengetahuan untuk tujuankelangsungan peradaban manusia, Allah SWT telah meletakkan kedudukan yang tinggi bagi golongan yangberilmu. Kemuliaan manusia bersandarkan kepada keilmuan yang dimilikinya telah disentuh denganbanyak dalam ayatayat Al-Quran. Antara ayat-ayat yang menyentuh tentang persoalan tersebut sepertifirman Allah SWT ialah:Maksudnya: “Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat. Dan Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan.” (al-Mujadalah:11)Ibn Kathir23 mentafsirkan berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan lain-lain bahawaAllah SWT mengangkat darjat yang berpegang dengan kitab dan menurunkan beberapa kelebihan yanglain. Hanya dengan ilmu, dapat mempertajamkan minda dan berhikmah dalam tindakannya.Manusia secaratabiinya sentiasa memerlukan ilmu. Dengan medium ilmu tersebut, manusia dapat memacu danmengembangkan potensi yang ada padanya serta memanfaatkan segala kurniaan yang telah dianugerahkankepadanya.Keterangan ini juga boleh dilihat melalui pemberitahuan Nabi SAW dalam sunnahnya, antaranya sepertisabda Nabi SAW yang bermaksud:24 “Dari Abu Musa RA, katanya Nabi SAW bersabda: “Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutuskan saya untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternakan dan sebagainya), dan untuk bercucuk-tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang saya diutuskan untuk menyampaikannya.” (Bukhari)Dalam konteks keusahawanan, pencarian ilmu pengetahuan sebagai sebahagiaan daripada nilai-nilaipenting yang perlu dihayati oleh usahawan. Kombinasi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalamansecara bersepadu adalah mekanisme yang ideal untuk melangsungkan survival usahawan untuk
memantapkan daya saing yang tinggi dalam kalangan usahawan. Ini kerana, usahawan bukan sahajamenguruskan dirinya semata-mata sebaliknya ia juga mentadbir sumber-sumber fizikal dan juga manusiayang lain. Bahkan pengetahuan dan penguasaan terhadap ilmu pengurusan (sumber manusia, organisasi),sosial, kewangan, perakaunan, gelagat manusia, teknologi dan sebagainya adalah penting kepada inidividuusahawan. ii. BertanggungjawabSecara amnya, pola pemikiran dan tingkah laku usahawan tidak boleh dipisahkan dengan nilaibertanggungjawab.25 Usahawan yang memiliki motivasi diri yang kuat sentiasa bertanggungjawabterhadap apa yang dilakukannya. Syariat Islam juga menekankan elemen tanggungjawab kepada parapengusaha supaya mereka berusaha dengan penuh komitmen dan berhati-hati supaya tidak menyalahiperaturan-peraturan yang ditentukan oleh syarak. Oleh itu, pengusaha yang lazim memiliki nilaitanggungjawab yang tinggi terarah kepada sifat-sifat yang terpuji seperti berdisiplin, kuat berusaha,26beretika,27 komitmen dan konsisten terhadap apa yang dilakukan.28Al-Quran menegaskan bahawa seseorang itu termasuklah para pengusaha bertanggungan secara mutlak keatas apa yang diusahakannya. Perkara ini ditegaskan melalui firman Allah SWT:Maksudnya: “Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya” (al-Muddathir:38)Menurut Rafik Issa Beekun,29 pemahaman ayat tersebut berkaitan dengan prinsip kesatuan dan persamaan.Ia boleh difahami bahawa sesuatu kewajipan itu perlu dilaksanakan melainkan ia jelas berlaku konflikdari sudut ketentuan moral. Sebagai contoh, pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar ketika berlakukrisis kenaikan harga barang di wilayah kaum Muslimin Madinah yang menimbulkan masalah kepadakaumnya. Beliau mencari jalan mengatasi krisis tersebut. Tindakan tersebut dilakukan atas dasartanggungjawab sebagai pemerintah yang mengutamakan kepentingan rakyat daripada dirinya sendiri.30Dari perspektif sunnah pula, sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:31 “Dari Mundzir bin Jarir RA, dari bapanya, katanya: ….Barang siapa mengerjakan pekerjaan baik dalam Islam, maka dia memperoleh pahalanya daripada orang yang mencontoh perbuatannya itu, tanpa mengurangi pahala mereka masing-masing. Dan siapa yang melaksanakan pekerjaan jahat, maka dia akan mendapat dosanya, ditambah dengan dosa orang-orang yang mencontoh perbuatan buruknya itu, tanpa mengurangi dosa mereka masing- masing.” (Muslim)Merujuk kepada dalil-dalil yang telah dikemukakan tersebut, Islam menekankan nilai bertanggungjawab
kepada setiap individu Muslim. Begitu juga kepada para pengusaha, mereka bertanggungjawabmengarahkan aktiviti yang dilaksanakan menepati kehendak syarak dan tidak mendatangkan kemudaratankepada umat manusia. Ini kerana, mereka akan dipersoalkan terhadap pekerjaan yang dilakukan di atasmuka bumi pada hari akhirat kelak. iii. Keyakinan DiriKeyakinan terhadap diri sendiri adalah sebahagian daripada nilai penting yang perlu ada pada usahawan.Secara praktikalnya, nilai ini menjadi satu landasan kepada para usahawan untuk melakukan apa sahajaaktiviti dan menyelesaikannya secara bijak. Pada dasarnya, Islam mengarahkan penganutnya melaksanakansesuatu tugas dengan penuh yakin, berani dan dengan penuh ketelitian. Sebagai pengusaha Muslim yangberjaya, mereka memiliki keberanian dan keyakinan yang tinggi untuk terus maju dalam bidang yangdiceburinya. Kenyataan ini dapat diperhatikan pada ayat Al-Quran, Allah SWT berfirman:Maksudnya: “Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang yang tertinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.” (Ali-`Imran: 139)Dalam pengertian ayat tersebut, Allah SWT melarang umat Islam daripada bersikap negatif seperti lemahdan berdukacita. Hal yang demikian disebabkan pada kemuncaknya, orang-orang Mukmin akan mencapaikemenangan seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.32Berasaskan kepada petunjuk ayat tersebut, para pengusaha yang berjaya tidak membiarkan diri merekadaripada dikongkong dengan nilai-nilai negatif yang menjadi penghalang menyekat kemajuan diri merekauntuk berjaya. Atas keyakinan diri yang kuat inilah pengusaha Muslim yang berjaya berani mengoraklangkah berani mengambil risiko mencari peluang menerokai bidang keusahawanan. Nilai keyakinan dirijuga disokong oleh dalil daripada Al-Sunnah. Keterangan ini dapat dilihat daripada hadis Nabi SAW yangbermaksud:33 Daripada Anas RA katanya Rasulullah SAW: bersabda: “Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu sungguh-sungguh yakin dalam doa (bahawa Allah Ta’ala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: “Allah, jika Engkau Mulia berilah saya!” Kerana sesungguhnya Allah Ta’ala tidak dipaksa memenuhi suatu doa.” (Muslim) Berdasarkan kepada dalil-dalil tersebut, para usahawan yang berjaya ialah individu yang memiliki keteguhan hati dan keyakinan yang tinggi terhadap Allah SWT dalam melaksanakan aktiviti mu`amalahnya. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan diri mereka daripada bergantung sepenuhnya kepada orang lain tanpa berusaha dengan tekun. Menurut sarjana Barat seperti Ivan Burnell34 mengemukakan nilai keyakinan yang ada pada manusia termasuklah para usahawan akan melahirkan satu nilai positif dalam diri supaya menghormati diri sendiri dan mempercayai bahawa
diri mereka juga sebagai perkara yang penting. Ia begitu penting kerana manusia bukan sahaja menguruskan aspek fizikalnya secara tunggal sebaliknya ia merangkumi komponen emosi dan mental.Justeru, nyatalah keyakinan diri adalah sebahagian daripada nilai asasi yang ada pada diri usahawanberjaya untuk bertindak dengan lebih matang. Menurut Meredith,35 semakin tinggi keyakinan usahawanterhadap kemampuan diri, semakin besar keyakinan dan kesanggupan mereka untuk mencuba sesuatu yangdilihat orang lain sebagai risiko. Tegasnya, mereka yang memiliki nilai keyakinan diri yang tinggimempunyai keupayaan untuk mengambil keputusan secara tepat. Ringkasnya, nilai-nilai teras usahawanberjaya dijelaskan dalam rajah berikut: Rajah 9.1: Nilai-Nilai Teras Usahawan Berjaya.KesimpulanJusteru, berdasarkan kepada nilai-nilai yang telah digariskan tersebut, adalah diharapkan ia dapatmemberi pedoman yang berharga kepada para usahawan dalam usaha penambahbaikan dalam aktivitimu`amalah yang dijalankan. Tegasnya, dalam menjalani kehidupan sebagai usahawan Muslim, nilai-nilaiteras yang dihayati tersebut dapat melahirkan usahawan Muslim yang berkualiti dan dapat memberimanfaat kepada agama dan institusi masyarakat amnya. Usahawan Muslim yang berjaya sentiasa peka danprihatin terhadap setiap tuntutan dan keperluan yang dianjurkan oleh agama dan meninggalkan apa sahajayang ditegahnya. Dalam konteks keusahawanan Islam, setiap pekerjaan yang dilakukan tidak bolehdipisahkan di antara keperluan dunia dan akhirat. Begitu juga dengan keperluan manusia dan kehendakagama, ia perlu diimbangi dengan petunjuk daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Nilai-nilai teras yangdiutarakan tersebut akan mencetuskan momentum dalam diri usahawan untuk terus berusaha dan mencapaikejayaan.________________1 Wahbah al-Zuhaily (1993) al-Qur’an al-Karim Bunyatuhu al-Tasri`iyyah wa Khasaisuhu al-Hadhariyyah, h: 86.
2 Geoffrey G. Meredith, et al., (1982) The Practice of Entrepreneurship, h: 5-6.3 M. Scarborough dan Thomas W. Zimmerer (1996) Entrepreneurship and the New Venture Formation, h: 6-8.4 Suryana, M. Si (2001) Kewirausahaaan, Pedoman Praktis: Kiat dan Proses Menuju Sukses, h: 37.5 Eman, Suherman (2008) Business Entrepreneur, h: 19.6 Thomas W. Zimmerer, Norman M. Scarborough dan Doug Wilson (2008) Essential of Entrepreneurship and Small Management, h: 57.7 Thomas W. Zimmerer, Norman M. Scarborough dan Doug Wilson (2008) Essential of Entrepreneurship and Small Management, h: 57.8 Peter F. Drucker (2006) Classic Drucker, h: 111-115.9 Ibn Kathir (1988) Tafsir Al-Quran al-`Azim, jil. 4, h: 424.10 Barjoyai Bardai (2000) Keusahawanan dan Perniagaan, jil. 1, h: 63-64.11 Everett E. Hagen (1962) On the Theory of Social Change: How Economic Growth Begins, h: 88.12 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 6, h: 282.13 Muslim (1981) Shahih Muslim, jil. 1, no. 114.14 Muslim (1981) Shahih Muslim, jil.4, no. 1821.15 Shafi`i Mohd Salleh dan Mohd Affandi Hassan (1991) Kepimpinan Menurut Pandangan Al-Quran, dalam Mohd Amin Salih, Kecemerlangan Pentadbiran, Dasar dan Amalan Dalam Islam, h: 96-97.16 Muhammad Salleh Majid (2003) Budaya Usahawan, h: 283.17 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 6, h: 211.18 Suryana, M.Si (2001) Kewirausahaaan, Pedoman Praktis: Kiat dan Proses Menuju Sukses, h:42.19 Thomas W. Zimmerer, Norman M. Scarborough dan Doug Wilson, Doug (2008) Essential of Entrepreneurship and Small Management, h: 8.20 Sudin Haron (1990) Ke Arah Menjadi Usahawan Yang Berjaya, h: 2.21 Rahmah Ismail et al., (2006) Daya Saing Usahawan dan Syarikat Melayu Dalam Sektor Perbuatan dan Perkhidmatan, h: 13.22 Ahmad Berek (1976) Melahirkan Usahawan Bumiputera Merdeka: Pulihkan Semangat Usahawan, h: 10-15.23 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 8, h: 66.24 Bukhari, Shahih Bukhari, jil. 1, no. 63.25 Justin G. Longenecker, Carlos W. Moore dan J. William Petty (2000) Small Management, An Entrepreneurial Emphasis, h: 19.26 Suryana, M.Si (2001) Kewirausahaaan, Pedoman Praktis: Kiat dan Proses Menuju Sukses, h: 33.27 Menurut Wan Sabri Wan Hussin, nilai tanggungjawab yang perlu ada usahawan apabila berinteraksi dengan orang ramai seperti bercakap benar, tidak mempunyai perasaan hasad dengki, tidak bakhil, bersikap pemaaf, adil, amanah dan tidak sombong. Lihat Wan Sabri Wan Hussin (2003) Ciri-Ciri Usahawan Berj aya Dari Perspek tif al-Qur ’an, Jurnal Usuluddin, bil. 18, Disember 2003, h: 81-110.28 Nor Aishah Buang (2002) Asas Keusahawanan, h: 40.29 Rafik Issa Beekun (1997) Islamic Business Ethics, h: 32.30 Jaribah bin Ahmad (2003) al-Fiqh al-Iqtisadi li Amir al-Mukminin Umar Ibn al-Khattab, h: 366-367.31 Muslim (1981) Shahih Muslim, jil. 2, no. 974.32 Ibn Kathir (1980) Tafsir Ibn Kathir, jil. 2, h: 211-212.33 Muslim (1981) Shahih Muslim, jil.4, no. 2303.34 Ivan Burnell (1999) The Power of Positive Doing: 12 Strategies for Control of Your Life, h: 61-7535 Geoffrey G. Meredith, et.al, (1982) The Practice of Entrepreneurship, h: 38-39.
BAHAGIAN IV:ISU-ISU DALAM KEUSAHAWANAN
10ISLAM MENGKRITIK USAHAWAN YANG BERSIKAP BERPUTUS ASAU mumnya, keusahawanan Islam yang berteraskan kepada ajaran wahyu menyeru kepada golongan usahawan supaya bersifat energetik untuk terus maju dan berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi. Realiti kini memperlihatkan pelbagai cabaran dan halangan perlu dihadapi oleh golongan usahawan untuk bersaing di pentas global. Jika direnung dalamdestinasi usahawan untuk mencapai Wawasan 2020 di mana dunia yang semakin dijuzuk-juzukkan olehperkembangan teknologi, para usahawan Muslim seharusnya berani mencuba inovasi-inovasi baru, dansanggup menyerap amalan-amalan positif dan memantapkan diri dengan nilai-nilai Islam yang menjaditeras kepada pembangunan usahawan secara keseluruhannya.Sekiranya dibongkar semula korpus sirah Islam silam, Ibn Hisham dalam karyanya ”al-Sirah al-Nabawiyyah” telah menukilkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah salah seorang individu usahawanMuslim yang berjaya dalam sejarah hidup Baginda. Sebagai contoh, menurut Shafi`i Antonio dalampenulisannya ”Muhammad SAW The Super Leaders Super Manager”, Nabi Muhammad SAW telahmembuktikan bahawa dirinya telah diperakukan sebagai tokoh usahawan yang cemerlang dalam pelbagailapangan hidup seperti pembangunan insan, perdagangan, kekeluargaan, kemasyarakatan, ketenteraan,sosial, politik dan sebagainya. Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai oleh Baginda SAW adalahdisebabkan oleh nilai-nilai terpuji bertunjangkan ajaran agama yang diaplikasikannya seperti bercakapbenar, jujur, amanah, berpegang kepada janji, mengutamakan kualiti, berakhlak, keyakinan tinggi kepadaAllah SWT dan sebagainya. Kesempurnaan nilai-nilai positif yang terdapat pada diri Rasulullah SAWtelah membentuk satu tatasusila ideal yang tersusun dan dapat disimpulkan sebagai budi pekertiRasulullah SAW. Lantaran itu, amalan dan contoh-contoh perlakuan yang ditunjukkan oleh NabiMuhammad SAW perlu dijadikan pedoman dan panduan kepada usahawan Muslim pada hari ini untukditerjemahkan dalam aktiviti mereka seharian.Oleh yang demikian, peminggiran tuntutan agama dalam amalan keusahawanan secara tidak langsungboleh mencacatkan usaha untuk melahirkan usahawan Muslim yang berjaya. Malah tindakan tersebut jugaberkonfrantasi dengan konsep kejayaan ataupun dikenali sebagai al-falah menurut kaca mata Islam.Akibatnya, usahawan yang mempertuhankan kehendak hawa nafsunya mengatasi kepentingantanggungjawab beragama akan membawa dirinya ke arah kebinasaan dan kerosakan. Kemuncaknya,zahirlah nilai-nilai negatif yang menguasai akal dan jiwanya seperti putus asa, mengutamakan keuntungansemata-mata, menindas, mencari jalan pintas untuk berjaya, dan pelbagai nilai-nilai negatif yang lain.Hakikatnya, golongan usahawan yang menjauhkan diri daripada domain keagamaan mengakibatkanjiwanya kosong, dan hatinya sentiasa keluh-kesah dan putus asa serta mudah hilang pertimbangan. Ini
kerana, usaha yang dilakukan menyimpang dengan ketentuan agama ternyata tidak akan diberkati dandikenakan azab yang pedih kepada pelakunya pada hari akhirat kelak.Pandangan Keusahawanan Islam Terhadap Golongan Usahawan YangBersifat Putus AsaDalam dunia keusahawanan, sudah pastilah para usahawan terdedah dengan pelbagai cabaran yang perludihadapinya dengan penuh kesabaran, kegigihan dan keyakinan yang tinggi kepada pegangan agama.Tambahan lagi, dalam meniti perjalanan untuk sampai kepada puncak kejayaan jatuh bangun menjadi satuperkara yang lumrah dalam diari hidup para usahawan. Namun demikian, disebabkan lemahnya peganganagama, tidak mempunyai daya saing, masalah modal, dibelenggu hutang, tidak berpengalaman, kurangkesabaran dan pelbagai faktor lain mengakibatkan sebahagian daripada usahawan bersikap mengalah danberputus asa serta mengeluh tentang nasib mereka. Bagi golongan usahawan yang tidak dapat lagi bertahandengan pelbagai cabaran tersebut, maka jalan keluarnya adalah menarik diri dari bidang keusahawanan.Sikap yang ditunjukkan tersebut bukanlah satu tindakan yang bijak, malah ia merugikan diri pengusahatersebut, institusi masyarakat dan negara amnya. Dalam situasi ini, Islam juga mempunyai pandangannyayang tersendiri dalam merungkai permasalahan yang dihadapi oleh para usahawan.Pada asasnya, Al-Quran memberi gambaran kepada manusia bahawa golongan tersebut mempunyaikelemahan-kelemahan tertentu. Penjelasan ini dinukilkan dalam Al-Quran dengan menyatakan bahawamanusia memiliki pemikiran yang terbatas dan bersifat keluh-kesah. Preskripsi ini diperincikan oleh Al-Quran seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya, manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut.” (al-Ma`arij:19-21)Berdasarkan kepada kelemahan inilah manusia yang tidak memiliki daya ketahanan keimanan yang tinggiakan cenderung ke arah jalan yang sesat dan binasa. Petunjuk daripada Al-Quran telah memperihalkansifat tabii manusia apabila dirinya berada dalam kesenangan, mereka mudah lupa kepada Pencipta-Nya,sebaliknya apabila ditimpa dengan kesusahan, kesengsaraan dan sebagainya jiwanya sentiasa keluh-kesahdan bersifat putus asa. Apabila manusia berada dalam kemewahan dan kesenangan mereka bersikapsombong dan takbur serta tidak tunduk kepada perintah Allah.Sehubungan itu, dalam konteks keusahawanan pula, para usahawan tidak boleh lari daripada berdepandengan pelbagai halangan dan rintangan. Meskipun begitu, cabaran dan halangan tersebut perlu di atasidengan kematangan, keilmuan dan yang lebih utama berasaskan kepada pertimbangan agama. Lazimnya,usahawan yang tidak dididik dengan penghayatan agama mudah kecewa dan berputus asa apabila berlakusesuatu yang boleh memudaratkan empayar perniagaannya. Perasaan kecewa yang bersarang dalam hatitersebut akan bertambah parah dan natijahnya ia bertindak di luar pertimbangan manusia yang warasmeskipun bertentangan dengan kehendak agama dan norma kemanusiaan. Akibatnya, jika individu tersebutbuntu mencari jalan penyelesaiannya, maka ia mudah menyerah dan berputus asa. Sikap manusia yang
mudah berputus asa dan bersikap pasrah adalah bertentangan dengan tuntutan ajaran Islam. Hakikatnya,Islam mengecam golongan yang mudah tunduk dan bersikap putus asa dalam melakukan sesuatu perkara.Penegasan ini diperihalkan dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” (Yusuf: 87)Berasaskan kepada mafhum ayat tersebut, didapati golongan manusia yang mudah menyerah dan berputusasa akan dijauhkan daripada petunjuk Allah dan golongan tersebut bukan termasuk dalam kategori manusiayang beriman. Justeru, sebagai usahawan Muslim golongan ini perlu menjauhkan diri daripadadipengaruhi sifat tersebut kerana sifat tersebut boleh mematikan motivasi diri dan yang lebih penting iabukanlah ciri-ciri usahawan Muslim yang berjaya.Secara nisbinya, Islam memberi motivasi yang tinggi kepada seluruh manusia untuk beribadah danberusaha melakukan sesuatu perkara yang baik menurut pertimbangan syariat. Dorongan kepada tindakantersebut bertujuan supaya manusia memakmurkan alam ini secara lestari untuk kesejahteraan dankemaslahatan umum. Dalam apa jua aktiviti manusia, Islam memberi panduan kepada golongan tersebutuntuk menjadi Mukmin yang cemerlang dan berjaya (al-falah). Golongan usahawan diseru agar berusahadengan gigih, tekun dan bersabar dalam sebarang aktiviti yang dilakukan. Apabila ia diuji dengankesukaran, kemalangan, kerugian dan pelbagai lagi ia perlu dilalui dengan hati yang terbuka dan berserahkepada Allah SWT.Ini kerana, segala rintangan yang dihadapi oleh manusia merupakan ujian yang telah ditentukan oleh AllahSWT untuk melihat kesabaran dan kekuatan jiwa hamba-Nya serta mengandungi hikmah yang tidak dapatditanggapi oleh logik pemikiran manusia. Bagi individu yang memiliki kualiti iman yang tinggi, segalacabaran dan rintangan akan dihadapi dengan perasaan yang tabah dan tidak mudah kecewa sehingga bolehmerosakkan dirinya. Oleh yang demikian, sudah menjadi kewajipan kepada setiap individu Muslimsentiasa bersyukur dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaaan sama ada dalamsituasi senang mahupun dalam kesusahan. Kepada Allah SWT kita memohon supaya diberi hidayah danpetunjuk jalan keluar untuk menghadapi apa sahaja kemelut dan rintangan yang dihadapi.KesimpulanRealiti dunia keusahawanan pada hari ini menuntut kepada para usahawan untuk berusaha dengan tekununtuk bersaing di peringkat tinggi. Namun begitu, dalam melayari lautan dunia keusahawanan, usahawanakan berdepan dengan badai gelombang yang sentiasa menanti mereka. Justeru, bahtera yang dikemuditersebut perlu berada di atas landasan keimanan yang tinggi dan kukuh agar destinasi yang akan ditujuitersebut tidak tersasar ataupun karam di tengah lautan. Sikap-sikap negatif yang menghantui parausahawan seperti mudah putus asa, kecewa dan sebagainya perlu dirawati dengan penawar yang telahdideskripsikan oleh petunjuk wahyu. Ini kerana, petunjuk daripada Al-Quran dan Al-Sunnah dianalogikansebagai cahaya yang membimbing manusia agar tidak sesat atau tersasar di tengah lautan yang sangat luas.
11TUNTUTAN MENGUTAMAKAN REZEKI YANG HALALK erancakan aktiviti keusahawanan di Malaysia pada masa kini memperlihatkan bidang tersebut berjaya menarik perhatian sebahagian daripada rakyat Malaysia untuk menceburinya. Boleh dikatakan kebanyakan orang Melayu kini berminat untuk menceburi bidang keusahawanan kerana berpandangan potensi bidang tersebut lebih menguntungkan.Inilah hakikat kebenarannya, seperti yang telah dijelaskan dalam sebuah hadis Nabi yang bermaksud”sembilan daripada sepuluh pintu rezeki adalah daripada perniagaan.” Namun begitu, dalamkeghairahan menceburi dunia keusahawanan sudah tentulah para usahawan berdepan dengan pelbagaihalangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka. Sebagai contoh, dalam kegiatan menjanakeuntungan, para usahawan diingatkan supaya tidak membelakang dan mengabaikan ketentuan agamakhususnya yang melibatkan perniagaan atau perkhidmatan yang dihalalkan oleh syarak.Tidak dinafikan lagi bahawa manusia mudah terpedaya dan terpesona dengan objektif kebendaan sehinggasanggup mengorbankan keperluan agama. Bagi golongan tersebut, apa sahaja peluang yang ada dan bolehmemberikan pulangan sudah tentu ia tidak boleh dilepaskan. Apa yang penting ialah soal untung, manakalapersoalan hukum dipandang remeh kerana ia tidak menjejaskan matlamat mereka. Nilai-nilai keagamaantersebut tidak mendapat penghargaan dan tidak menimbulkan kegerunan apabila diingkarinya. Barangkalipemikiran seperti inilah yang menyebabkan sebahagian daripada usahawan memandang ringan terhadapketentuan halal dalam aktiviti yang diusahakan. Justeru, penulisan ini cuba memperihalkan keutamaanmencari rezeki yang halal ke atas umat manusia khususnya golongan usahawan.Keutamaaan Mencari Rezeki Yang HalalMenyentuh persoalan tersebut, jika dirujuk kepada Al-Quran didapati banyak ayat yang memerintahkanmanusia menggerakkan aktiviti yang berorientasikan keusahawanan melalui jalan yang diredhai dandihalalkan oleh syarak. Antaranya firman Allah SWT:Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalan salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antaramu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihi kamu.”
(al-Nisa’:29)Menurut Ibn Kathir, ayat tersebut memberi pengertian bahawa Allah SWT melarang hamba-hambaNyamemakan harta sesamanya dengan cara yang batil. Dengan kata lain, mencari keuntungan dengan cara yangtidak sah dan bertentangan dengan syariat seperti riba, judi dan perbuatan-perbuatan lain yang ditegaholeh Islam. Ini kerana, semua tindakan tersebut seolah-olah nampak bersesuaian dengan kehendak syarak,namun Allah SWT mengetahui segalanya setiap perkara yang dilakukan oleh manusia. Tambahan lagiperkara yang dilakukan tersebut merupakan satu helah yang dilakukan oleh manusia yang merupakandalihan untuk mengelak daripada ketentuan hukum yang digariskan oleh syarak.Tuntutan kepada para pengusaha supaya memberi keutamaan kepada aktiviti yang sihat dan dihalalkanoleh syarak serta tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang positif banyak ditegaskan dalam Al-Sunnahantaranya seperti sabda Nabi Muhammad SAW diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bermaksud: “Nabi SAW bersabda akan ada satu zaman pada umat manusia yang seseorang itu tidak lagi memperdulikan apa yang diambilnya (rezeki yang diterima olehnya) apakah daripada yang halal atau haram?.” (Bukhari)Menurut Syeikh Muhammad Jamal al-Din al-Qasimi dalam Mau`izah al-Mukminin min Ihya’ Ulum al-Din, Imam al-Ghazali telah menyatakan bahawa setiap individu manusia wajib berusaha untuk mencarimakanan melalui jalan yang diiktiraf dan dihalalkan oleh syarak. Beliau telah membuat satu garis panduantentang perkara tersebut iaitu yang pertama, sesuatu harta itu dikategorikan sebagai haram disebabkan zatbenda itu sendiri. Kedua, sesuatu harta itu ditafsirkan sebagai haram disebabkan perkara yang mendatangseperti perolehan harta tersebut didapati daripada sumber yang tidak betul. Imam al-Ghazali juga turutmemetik berkaitan athar daripada para sahabat di antaranya peristiwa yang berlaku ke atas SayyidinaAbu Bakar. Beliau menukilkan bahawa pada suatu hari Sayyidina Abu Bakar telah meminum seteguk susuyang diperolehi daripada hamba sahayanya hasil daripada tenungannya. Apabila selesai minum, iabertanya, daripada mana susu tersebut diperolehi? Hamba tersebut menjawab “Saya telah memberikanramalan (tenungan) kepada satu kelompok manusia, lalu sebagai upahnya saya diberikan susu.”Mendengar jawapan tersebut beliau segera memasukkan jarinya ke dalam mulut dan memuntahkansehinggakan saya menyangka bahawa beliau meninggal dunia kerananya. Setelah selesai muntah beliauberdoa: “Ya Allah! Hamba memohon kebebasan padamu daripada makanan yang telah dibawa oleh urat-urat tubuh serta yang sudah bercampur aduk dalam perut.” Kes yang berlaku tersebut memberi pengajarankepada umat Islam tentang kaedah orang-orang salaf dalam memelihara diri mereka daripada sumber-sumber harta yang syubhah.Berdasarkan kepada petunjuk wahyu dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama, usahawanMuslim sentiasa berhati-hati berkenaan tindakannya dalam meneroka, mencipta dan merebut peluang sertamencari sumber-sumber perolehan supaya ia tidak menyalahi kehendak syarak. Sebagai contoh, dalamaspek sumber perolehan, usahawan yang berjaya sentiasa peka dan bersikap prihatin berkenaan dengansumber modal yang menjadi penjana utama aktiviti yang diusahakannya. Hal yang demikian disebabkansumber yang halal dan bersih daripada segala unsur yang diharamkan oleh syarak akan memberikan impak
kepada diri dan pembangunan usahawan.Apa yang jelas, sumber yang halal akan menjanjikan natijah kebaikan dan keuntungan kepada parausahawan bukan sahaja di dunia tetapi yang lebih penting keredhaan Allah SWT pada hari akhirat kelak.Sebagai contoh, sumber pembiayaan kewangan seperti modal untuk menggerakkan aktiviti perdaganganataupun membiayai entiti aktiviti tersebut. Jika sumber kewangan tersebut didapati melalui pinjamansudah tentulah ia perlu dipastikan institusi kewangan ataupun agensi-agensi yang membiayai bantuankemudahan tersebut adalah berasaskan kepada prinsip-prinsip syarak. Setiap transaksi yang berlakutersebut perlu bebas daripada unsur-unsur gharar dan riba. Ini kerana, unsur-unsur tersebut jelas dilarangoleh Islam. Begitu juga dengan hasil pandapatan yang diperolehinya sama ada melalui aktivitiperdagangan, pelaburan, pertanian, perindustrian, perikanan dan sebagainya perlu ditunaikan kewajipan-kewajipan tertentu seperti zakat perniagaan, simpanan dan lain-lain.Melihat kepada kepentingan tersebut, al-Maududi telah menegaskan bahawa setiap individu Muslimtermasuklah usahawan perlu berwaspada dalam meneroka atau melaburkan modal dalam sesuatuperusahaan. Adalah perlu dipastikan modal tersebut dilaburkan dalam prospek pelaburan yang halalmeskipun pulangan keuntungan adalah minimum berbanding dengan pelaburan pada sektor yangmengandungi unsur-unsur yang diharamkan oleh syarak. Oleh yang demikian jelaslah bahawa skopkeusahawanan Islam bukanlah cenderung kepada motif keuntungan sehingga menafikan ketentuan dalamagama. Sebaliknya, setiap aktiviti yang dijana atau dirancang perlu dilihat kepada kaca mata penilaianagama dan kemaslahatan umat manusia amnya. Apa yang nyata, pelaburan atau penjanaan aktiviti hartapada jalan yang salah pasti memusnahkan keharmonian institusi masyarakat dan penyebab kepadapelanggaran hak orang ramai.KesimpulanTegasnya, antara kriteria usahawan berjaya menurut kerangka keusahawan Islam ialah individu yangsentiasa berusaha memakmurkan sumber alam untuk kesejahteraan umat manusia sejagat melalui saluran-saluran yang dihalalkan oleh syarak. Untuk tujuan tersebut, Islam membuka pintu seluas-luasnya kepadamanusia untuk merencanakan aktiviti mu`amalah untuk faedah umum manusia. Namun begitu, usaha yangdilakukan tersebut perlu selari dengan prinsip yang digariskan oleh Islam. Oleh itu, pendapatan atauperolehan yang didapati oleh para pengusaha secara suci dan halal adalah sebahagian daripadatanggungjawabnya di dunia ini sebagai bukti ketaatannya yang tinggi dan juga untuk memenuhi keperluanibadahnya kepada Allah SWT dan juga sesama makhluk yang lain.Oleh yang demikian, ia memberi panduan kepada para usahawan bahawa hasil keuntungan yang diperolehidengan cara yang halal akan memberi impak yang positif terhadap pola perkembangan fizikal dan spiritualindividu yang terlibat. Apabila ia berjaya dipatuhi nescaya terbuka dan suburnya pintu-pintu rahmat dankeberkatan daripada Allah SWT kepada para pengusaha yang beriman tersebut. Di samping itu, pengusahatersebut akan memperolehi rezeki yang tidak disangka daripada Allah SWT. Semoga ianya memberipedoman kepada para usahawan dan dapat merangsangkan motivasi mereka untuk terus berusahamemperkasakan ekonomi masyarakat Islam seperti yang dikehendaki oleh Islam.
12SIKAP UNTUNG CEPAT PUNCA USAHAWAN BUMIPUTERA GAGALK erajaan Pusat melalui agensi sokongan seperti MARA, MADA, FAMA, TEKUN dan sebagainya ditubuhkan untuk memperkasakan penguasaan ekonomi Bumiputera. Agensi- agensi tersebut telah merangka pelbagai dasar dan strategi untuk melonjakkan pencapaian kaum Bumiputera dalam bidang tersebut. Impak daripada penubuhan agensi-agensi sokongantersebut, memperlihatkan peningkatan peratusan kaum Bumiputera menceburi bidang keusahawanansebagai satu kerjaya alternatif semakin meningkat. Meskipun pada setiap tahun dapat disaksikankemunculan para usahawan baru namun, sasaran untuk melahirkan usahawan Bumiputera berjaya danberkualiti masih lagi belum mencapai tahap yang disasarkan.Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kegagalanusahawan Bumiputera untuk berkembang maju dan berjaya setaraf dengan golongan usahawan bukanBumiputera yang lain. Antara faktor yang dikenalpasti penyebab kepada kegagalan usahawan Bumiputeraadalah disebabkan oleh sikap mencari jalan pintas untuk mengejar keuntungan. Dengan lain perkataan,mencari jalan mudah tanpa perlu berusaha dengan gigih untuk mengaut kekayaan. Akibat terpengaruhdengan epidermik penyakit tersebut, golongan usahawan yang terbabit sanggup melakukan apa sahajasama ada dengan cara menipu, “ali baba” atau kaedah yang lain untuk mencapai matlamat mereka. Justeru,artikel ini akan mengupas isu tersebut dari sudut kaca mata Islam dan penyelesaiannya.Sikap Mengejar Keuntungan Dengan CepatDunia keusahawanan menyajikan peluang kepada manusia untuk mencipta dan menjana kekayaan melaluiaktiviti yang diusahakan. Justeru, bidang yang dieksploitasi akan menguji mereka untuk melaksanakanaktiviti tersebut sama ada melalui saluran yang dibenarkan ataupun sebaliknya. Pada hakikatnya, manusiaatau golongan usahawan khususnya diberi kebebasan untuk mengeksploitasi sumber alam yang ada bagitujuan untuk manfaat kepentingan manusia umum. Namun begitu, akibat terpengaruh dengan tuntutan gayahidup yang bersifat materialistik mengakibatkan timbulnya perasaan negatif yang menguasai diri individutersebut. Nilai-nilai positif dalam diri seperti tidak berputus asa, berusaha dengan rajin,bertangggungjawab, amanah dan sebagainya tidak lagi menjadi nilai-nilai yang terpuji dalam diri.Sebaliknya, nilai-nilai negatif seperti tamak, malas, hendak kaya cepat tanpa perlu berusaha dengan rajindan sebagainya mendorong sebahagian usahawan untuk menghalalkan matlamat untuk mendapatkankeuntungan, kekayaan dan kejayaan dalam masa yang singkat. Perlakuan negatif tersebut antaranya seperti
mengambil keuntungan dengan cara melampau, tidak jujur dalam sebarang transaksi yang dijalankan,menjalankan perniagaan atau skim yang kononnya untuk membantu orang lain tetapi sebaliknyamenggunakan premis tersebut untuk menipu dan mengaut keuntungan dengan cara mudah. Contoh yang lainseperti “mengalibabakan” sesuatu projek yang dimilikinya kepada pihak yang lain dan pelbagai lagi.Memetik pandangan yang diutarakan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim (Ketua Eksekutif KumpulanJohor Corporation, J-Corp) dalam artikelnya “Kesan Minda Gajah Sarkas”, beliau mengemukakanpendapat bahawa sebahagian daripada usahawan Bumiputera Melayu mempunyai sikap ingin cepat untungdalam perniagaan yang diusahakannya. Kenyataan ini memberi gambaran bahawa sikap tidak sabar danpengaruh wang ringgit yang menjadi faktor penarik kepada golongan tersebut yang mendorong kepadaaktiviti yang tidak sihat. Pada kemuncaknya, golongan yang terbabit akan berdepan dengan faktorkegagalan dalam sebarang aktiviti yang diusahakan.Kesan yang lebih parah lagi akibat daripada tindakan golongan tersebut boleh menyebabkan kerugian dankemudaratan kepada para pengguna dan masyarakat amnya. Ini kerana, pengusaha yang bersikapsedemikian bukannya menjunjung nilai kejujuran dan keikhlasan untuk membantu dan menyediakanperkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Ironinya, golongan usahawan terbabit mempunyai agenda yangtersirat untuk menindas dan mengambil kesempatan ke atas orang lain.Pandangan Islam Terhadap Sikap Tersebut dan PenyelesaiannyaIslam adalah satu agama yang terbukti membawa kesejahteraan kepada para penganutnya. Dalam sektorkeusahawanan, Islam bersikap positif dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada umat manusia untukmenerokai bidang tersebut. Meskipun begitu, dalam usaha kerancakan manusia khususnya golonganusahawan mencipta aktiviti kekayaan namun aktiviti transaksi tersebut perlu berjalan di atas landasandalam kerangka yang diizinkan oleh syarak. Perlu diingatkan bahawa apa sahaja aktiviti yang dijalankan,matlamatnya adalah memperolehi ganjaran dan keberkatan di dunia dan akhirat. Islam adalah agamakebaikan dan sentiasa menganjurkan kepada umat manusia supaya maju dalam pelbagai bidang kehidupan.Tambahan lagi Nabi Muhammad SAW sentiasa bersikap positif dan memberi kebebasan kepada umatnyadalam menentukan medium yang terbaik dalam memperkasa dan meningkatkan tahap ekonomi masyarakat.Kebebasan ini berasaskan kepada sepotong hadis NabiMuhammad SAW yang bermaksud:“Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu.” (Riwayat Muslim)Oleh yang demikian, kemakmuran dan kejayaan yang dikecapi oleh manusia bukan sahaja dilimitasidengan keuntungan di dunia secara tunggal, sebaliknya kenikmatan tersebut akan dikecapi di alam akhiratkelak. Gambaran ini disentuh dalam Al-Quran, seperti firman Allah SWT:Maksudnya: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh
kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.” (an-Nahl:97)Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk mengejar keuntungan. Namun apa yang ditegahnya ialahmencari keuntungan sehingga menyebabkan berlakunya kemudaratan kepada pihak yang lain. Oleh yangdemikian, disebabkan terlalu dipengaruhi untuk mendapat kekayaan dan kejayaan dalam masa yang singkattanpa perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh menyebabkan golongan terbabit melakukan perkara yangboleh merosakkan akhlak dan keperibadian diri. Sifat negatif tersebut seringkali mempersonafikasikansifat-sifat tercela dalam diri manusia akibat dipengaruhi dan dikuasai oleh kebobrokan hawa nafsu yangsentiasa meruntun manusia ke lembah kebinasaan.Tegasnya Islam melarang keras tindakan tercela tersebut. Pemahaman tersebut dapat dilihat dalam sebuahhadis yang melarang individu mencari rezeki dengan cara tidak bermoral. Ini kerana, hasil perolehan yangdidapati daripada aktiviti yang tidak diizinkan oleh syarak bukan sahaja menghilangkan keberkatan hidupbahkan pelakunya akan jauh dari hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT. Preskripsi ini dijelaskan olehNabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Ubaid bin Humaid menceritakan kepada kami, Abu Nu’aim memberitahu kepada kami, Fudhail bin Marzuq memberitahu kepada kami dari Adi bin Tsabit dari Abi Hazm dari Abu Hurairah, ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda:”Wahai manusia sesungguhnya Allah itu baik, Allah tidak mahu menerima sesuatu kecuali dari perkara yang baik, dan sesungguhnya Allah perintah kepada orang-orang Mukmin seperti apa yang telah diperintahkan kepada para utusan, maka Nabi membaca: (Wahai para Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya, Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan) dan Rasulullah membaca: (Wahai orang-orang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami anugerahkan kepadamu), Abu Hurairah berkata: Kemudian Nabi menyebut seorang lelaki yang bermusafir jauh yang kusut masai dan berdebu dan menadahkan tangannya ke langit sambil berdoa, Ya Tuhan, Ya Tuhan, padahal makannya dari sumber haram, minumnya daripada sumber haram pakaiannya pun haram dan dibesarkannya dengan barang haram, bagaimana doanya dimakbulkan untuk itu. (al-Tirmidhi)Berdasarkan kepada petunjuk daripada Al-Quran dan Al-Sunnah dapat disimpulkan bahawa kegiatanmencari keuntungan dengan jalan yang bertentangan dengan kehendak agama adalah ditolak sama sekali.Tambahan lagi kesan dan akibat perbuatan tersebut boleh mendatangkan penganiayaan kepada pihak lain.Ironinya, Islam begitu menghargai usaha yang dilakukan oleh usahawan untuk memperkasakan bidangperekonomian. Walau bagaimanapun, kegiatan tersebut perlulah dilaksanakan dengan penuhtanggungjawab dan diimbangi dengan keperluan beragama dan berakhlak. Berusahalah dengan tekun danpenuh kesabaran sambil diiringi dengan kekuatan doa dan bertawakal kepada Allah.
Di samping itu, Islam menganjurkan supaya para usahawan sentiasa berdoa agar dilindungi daripadafitnah kebendaan yang menguasai diri dan berpotensi menodai untuk melakukan perkara-perkara yangditegah oleh agama. Hakikatnya, Islam mengkritik individu manusia yang bersikap cuai, leka,mengharapkan ihsan orang lain, malas, tidak produktif, menindas golongan yang lemah dan sebagainya.Sifat-sifat negatif yang dinyatakan tersebut bertentangan dengan konsepsi usaha yang dibugarkan olehIslam. Ianya jelas menyanggahi potensi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Individuyang bersifat sedemikian gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan tidak mencerminkansebagai individu Muslim yang muttaqin.KesimpulanIslam menegah para usahawan mencari keuntungan melalui jalan singkat yang boleh mendatangkankesulitan dan kerugian kepada pihak yang lain. Sebaliknya, Islam amat menghargai umatnya supayaberusaha dengan tekun dalam apa sahaja pekerjaan yang dilaksanakannya. Sikap mengambil jalan mudahdan segera untuk mendapatkan kekayaan bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada usahawan bahkan iaboleh mengundang kepada faktor kegagalan. Yakinlah kepada maksud firman Allah yang maksudnya:“Setiap kesusahan itu disertai dengan kemudahan” (al-Insyirah:6).
13KEUSAHAWANAN ISLAM MENGUTAMAKAN KEMASLAHATAN UMUMI slam bersikap optimis terhadap penganutnya untuk menggerakkan setiap aktiviti keusahawanan bagi memajukan diri dan masyarakat umumnya. Melalui penjanaan aktiviti tersebut, manusia dapat melangsungkan peradaban dalam suasana yang cukup harmoni atas fungsinya sebagai khalifatulard. Bagi mencapai objektif murni tersebut, Islam mempunyai mekanisme-mekanismetertentu dalam menyediakan satu gagasan yang adil dan telus untuk menyelesai dan merungkaipermasalahan mua`malah yang dihadapi oleh seluruh manusia. Jika diamati dalam sesebuah masyarakatyang berpegang kukuh kepada norma-norma kegamaan yang luhur, mereka bebas dari cara hidup yangtidak sihat seperti penyelewengan, pengurusan yang tidak cekap, penyalahgunaan kuasa, mengutamakankepentingan diri, rasuah, menipu, tidak amanah, masalah sosial, hasad dengki dan sebagainya. Ini kerana,asas kesedaran tersebut adalah bersumberkan petunjuk daripada Allah SWT. Keyakinan dan kepercayaanyang mutlak terhadap ketentuan tersebut akan memprojekkan bahawa mengutamakan kepentingan umumadalah intisari kepada ajaran Islam dan semua elemen kejahatan yang mendorong kepada kerosakanobjektif tersebut adalah terkeluar dari prinsip kemurnian Islam.Islam begitu menitikberatkan prinsip kepentingan umum. Dalam konteks faham fiqh keperluan ketentuan inidikenali sebagai sebagai maslahah ammah. Prinsip ini mempunyai signifikasinya dengan objektif syarakiaitu memelihara dan memperkasakan dhururiyat al-khams yang meliputi agama, nyawa, akal, keturunandan harta benda. Atas kepentingan inilah Islam telah menyediakan kodifikasi peraturan yang komprehensifbagi mengawal tatakelakuan manusia daripada melakukan pelanggaran hak-hak tersebut. Justeru itu, dalamkonteks keusahawanan pula, pemakaian prinsip ini masih lagi menjadi keutamaan kepada amalanpelaksanaannya. Malah, pengaplikasiannya bertujuan untuk menjamin kesejahteraan kepada insan bagimencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Islam ialah agama yang menganjurkan keadilan, membawarahmat, membawa kebaikan dan menjamin kepentingan umum (maslahah) kepada seluruh manusia danmakhluk yang lain.Konsep Umum MaslahahMenurut al-Syeikh Muhammad Khudri Bik dalam karangannya “Ilmu usul al-Fiqh”, majoriti ahli usulmenjustifikasikan masalih al-mursalah dengan istilah al-munasib al-mursal. Bagaimanapun, Imam Maliklebih cenderung menggunakan istilah masalih al-mursalah. Berbeza pula dengan pendapat Imam al-Ghazali, beliau mentakrifkan konsep ini sebagai al-Istislah.
Sehubungan itu, para ulama berbeza pandangan dalam mendefinisikan maksud maslahah. Walaubagaimanapun, menurut Dr. Abd Hamid Mutawwali dalam karangannya “al-Syariah al-IslamiyyahKamasdar Asasi li al Dustur” menjelaskan dari segi terminologi maknanya, pandangan Imam al-Ghazalilebih bertepatan dan bersesuaian dengan konsep yang digunapakai. Beliau menjelaskan bahawapentafsiran makna tersebut merujuk kepada perkara-perkara yang boleh memelihara dan memartabatkanobjektif syarak (al-dharuriyyat alkhams). Justeru itu, sebarang bentuk unsur-unsur negatif mengikuttafsiran agama yang menjadi penghalang ke arah mencapai objektif syarak dikategorikan sebagaikeburukan (mafsadah). Kemungkinan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan oleh manusiadianggap satu perkara yang baik, namun ia dianggap sebaliknya oleh syarak. Sebagai contoh, perbuatanminum arak dan berjudi di kalangan bangsa Arab Jahiliah dianggap satu perbuatan yang mulia di sisimereka dan tidak mendatangkan keburukan. Bagaimanapun, tafsiran ini berbeza di sisi syarak denganmenjelaskan perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa. Oleh yang demikian, tafsiran memeliharakepentingan syarak perlu mengambil kira asas-asas yang dalam kerangka perundangan Islam di sampingpemahaman manusia.Tegasnya, maslahah adalah perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan menghindarkan daripadaunsur-unsur kemudaratan ataupun dikenali sebagai mafsadah. Menurut Muhammad `Iwadz al-Hazayimahdan Mustafa Ahmad Najib dalam kitab bertajuk “al-Madkhal Ila Dirasah al-Tashri` al-Islami” padaasasnya, syarak mengklasifikasikan maslahah kepada tiga komponen yang utama: a) Maslahah Mu`tabarahMaslahah dalam kategori ini bermaksud maslahah yang diterima oleh syarak untuk mencapai yang dharuri(kepentingan manusia) yang merangkumi semua objektif syarak. Sebagai contoh, bagi memeliharakepentingan jiwa maka agama mensyariatkan hukuman qisas. Begitu bagi tujuan memelihara kepentinganharta, syariat memperundangkan hukuman potong tangan. b) Maslahah MulghahIa bermaksud maslahah yang ditolak atau dengan kata lain perkara yang tidak diambil kira oleh syarak.Sebagai contoh, menyamaratakan hak anak perempuan dengan hak anak lelaki dalam persoalan pewarisan.Maslahah ini secara jelas berlaku kontradiksi dengan peruntukan nas Al-Quran. c) Maslahah MursalahKeadaan atau sifat yang relevan untuk dijadikan asas hukum yang memberi implikasi kebaikan danmenghindarkan kemudaratan serta tiada nas yang menyokong sama ada ia diterima atau ditolak. Meskipunbegitu, sebahagian daripada ulama menamakan konsep ini sebagai al-Istislah. Sebagai contoh,pengumpulan Al-Quran dalam satu mushaf pada zaman Saidina Abu Bakar yang tidak pernah dilakukanoleh Rasulullah SAW Saidina Umar menjalankan pentadbiran negara berasaskan maslahah (kepentinganumum) seperti membentuk jabatan-jabatan kerajaan, membina penjara. Begitu juga Saidina Alimewajibkan memberi pampasan ganti rugi oleh pihak tukang yang menerima tempahan membuat sesuatusekiranya berlaku apa-apa kecacatan ke atas barang buatannya atas dasar kepentingan umum (maslahah).
Prinsip Kepentingan Umum Dalam Keusahawanan IslamIroninya, Islam bersikap terbuka terhadap umatnya dalam melangsungkan aktiviti keusahawanan bagitujuan memakmurkan alam ini. Atas keistimewaan yang diberikan ini, manusia perlu menunjukkankomitmen yang bersungguh-sungguh memanipulasikan segala sumber alam dan tenaga secara efisien untukmenjana sumber pengeluaran, dan mengembangkannya atau menjadi pelopor atau peneraju meneroka ideabaru untuk kepentingan umum manusia. Namun begitu, setiap pendekatan, teknik, kaedah dan sebagainyadalam memajukan aktiviti tersebut perlu merujuk kepada panduan yang telah ditentukan oleh Al-Quran danAl-Sunnah.Sebagai contoh, dalam skop kerangka mu`amalah Islam, aktiviti keusahawanan yang merangkumi idea,inovasi, penerokaan sesuatu potensi perlu bertepatan dengan prinsip syarak dan tidak berkonfrantasidengan falsafah maqasid syar`iyyah. Menurut Muhammad `Abd al-Mu`im al-Jamal dalam Mausu`ah al-Iqtisad al-Islami, dalam setiap bidang yang diusahakan yang merangkumi bidang perkhidmatan,perniagaan, ekonomi, pengurusan, kesenian, kebudayaan, akademik atau apa sahaja bidang yang sinonimdalam ruang lingkup keusahawanan ia perlu diimplementasikan atas prinsip memelihara kemaslahatanumum dengan cara menunaikan hak-hak yang wajib ke atasnya. Inilah keadilan dan kedinamikan yang adapada sistem keusahawanan Islam yang bersikap menolak sebarang unsur kemudaratan yang bolehmenjejaskan sistem tersebut dan menghalang sebarang bentuk penindasan serta kezaliman kepada manusiaamnya. Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran:Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (al-Nisa’:29)Kerangka keusahawanan menurut worldview Islam bukan hanya berorientasi keuntungan material di duniasemata-mata namun ia merentasi alam fizikal yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera manusia biasaiaitu alam akhirat. Atas kefahaman inilah konsep keuntungan (gain) dan kerugian (loss) perlu dilihat darimedium syariat dan bukan hanya berdasarkan pertimbangan rasional akal manusia semata-mata. Justeruitu, tanpa bimbingan daripada wahyu mengakibatkan manusia menjadi taksub dan terpesona kepadakehidupan dunia yang penuh dengan fitnah dan kepalsuan. Dampaknya, untuk mencapai cita-citapersaingan pengumpulan harta bagi tujuan kepentingan individu yang terbabit, manusia sanggupmembelakangkan keperluan tanggungjawab agama, melakukan penindasan, kezaliman, amalan riba,gharar dan unsur-unsur negatif lain. Fazlur Rahman dalam bukunya Islam and Problem of EconomicJustice menukilkan bahawa kemuncak kepada fenomena yang tidak sihat tersebut berlakulah satupenciptaan order masyarakat yang penuh dengan kebobrokan dan tidak bermoral yang jelas bertentangandengan falsafah Islam.Pada hakikatnya, Islam bukanlah berpendirian pasif terhadap konsep harta dan menghalang manusiamenghampirinya. Secara prinsipnya, penjanaan harta itu sesuatu yang dituntut kerana ia mempunyai nilai
dari aspek ekonomi yang menjadi keperluan asasi kepada setiap individu. Namun begitu, dalam memenuhiusaha tersebut ia perlu dilaksanakan dalam suasana order yang sihat dan progresif serta memenuhi konsep“halalan toyyiba.” Atas keperluan inilah dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah, setiap usaha yangdilaksanakan dengan penuh komitmen dan dedikasi mengharapkan keredhaan dari Allah SWT adalahdianggap sebagai ibadah serta diberikan ganjaran yang setimpal. Berdasarkan kepada ketentuan tersebut,Islam jelas menyeru manusia menggemblengkan daya usaha ke arah mencapai kualiti produktiviti. Dengankata lain ia dapat difahami bahawa amal usaha ke arah mencapai hasanah dan menolak simptom fasadadalah dituntut kepada setiap individu. Menurut Ibrahim al-Thahawi dalam karyanya al-Iqtisad al-Islamidan `Abd al-Mun`im Khalaf dalam karangannya al-Madiyyah al-Islamiyyah wa `Abduha, merekaberpendapat bahawa atas kapasiti inilah setiap insan dipertanggungjawabkan di atas setiap perilaku yangdilakukan.Setiap tindak-tanduk usahawan perlu diharmonisasikan dengan memenuhi objektif dan hukum-hukumsyariat yang bersifat tetap dan tidak berubah. Atas ketentuan inilah dalam kerangka konseptualkeusahawanan Islam, sebarang usaha yang akan atau telah dilaksanakan tidak boleh wujud unsur-unsurkemudaratan kepada pihak lain. Prinsip ini dikenali sebagai “no injury principle” ataupun dalam legalmaxim perundangan Islam iaitu . Prinsip ini secara asasnya mengandungi konotasibahawa tidak boleh melakukan kemudaratan terhadap orang lain dengan cara melakukan kemudaratan keatasnya. Pematuhan kepada prinsip ini adalah bertujuan untuk menghalang sebarang tindakan atau gerakkerja yang dilakukan dicerakin dan dirumuskan mengikut keperluan hawa nafsu dan menyalahi kepentinganfaedah umum manusia. `Abd al-Karim al-Zaydan dalam kitabnya Madkhal li Dirasah al-Syari`ah al-Islamiyyah menghuraikan bahawa Kepentingan umum adalah menjadi keutamaan dalam syariat Islam.Atas kepentingan inilah syariat itu pada dasarnya adalah maslahah sama ada dalam bentuk mengelakkankerosakan atau memberi faedah kemaslahatan. Hakikatnya, sesuatu objektif yang dilakukan perlumengambil kira faedah yang optimum untuk kesejahteraan umat manusia di dunia dan di akhirat.Melihat kepada kepentingan inilah golongan sarjana intelektual Islam seperti Imam al-Shatibi begitu telitidalam mengupas persoalan kepentingan umum dalam aktiviti perdagangan ataupun dalam istilah modennyasebagai keusahawanan. Penegasan ini dapat dilihat dalam tulisannya dalam al-Muwafaqat, beliaumenjelaskan bahawa antara asas-asas pertimbangan yang perlu diambil kira oleh para peniaga ataupengusaha dalam menjalankan aktiviti perniagaan seperti berikut:a) Apakah impak kemudaratan tersebut memberi kesan dan akibat yang negatif kepada kepentingan masyarakat umum atau kepada kelompok inidividu yang tertentu sahaja?b) Apakah elemen kemudaratan tersebut akan berlaku atau barangkali peratusan yang akan berlaku tersebut terlalu kecil, tidak penting, atau timbul keberangkalian bahawa ia berpotensi untuk menimbulkan kemudaratan yang besar.c) Apakah kemudaratan yang ditimbulkan oleh pengusaha tersebut disengajakan atau ia merupakan sebahagian daripada polisi perniagaannya?d) Apakah wujud alternatif lain yang boleh diaplikasikan bagi mengelakkan elemen kemudaratan atau kemudaratan yang minimum berbanding dengan kaedah pendekatan yang dilaksanakan tersebut.Berdasarkan sebahagian daripada asas-asas pertimbangan yang dipapar oleh Imam al-Shatibi dalampenulisannya, ia memberi satu gambaran bahawa para pengusaha perlu berhati-hati dalam menentukan
polisi atau dasar dalam perniagaan yang bakal atau yang sedang diusahakan. Asas garis panduan iniadalah bertujuan supaya aktiviti perniagaan yang dijalankan tersebut tidak boleh menjejaskan kepentinganmasyarakat umum. Sebagai contoh, pengusaha kosmetik mengeluarkan produk kecantikan yangmengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna namun dalam masa yang samaberjaya mengaut keuntungan hasil jualan produk tersebut. Begitu juga dalam kes menyorok barangkeperluan sehingga ia menimbulkan kesan seperti keresahan dalam kalangan pengguna dan menindasmasyarakat. Dalam contoh yang lain, pengusaha menindas pekerjanya dengan menafikan upah dan hak-haklain yang sepatut diterimanya. Sikap negatif ini dikupas dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yangbermaksud: “Siapa yang menjadi pekerja kami (sedang ia tidak beristeri), maka ia berhak mendapat isteri dan jika tiada pembantu maka hendaklah ia mendapat pembantu dan jika tiada tempat tinggal maka hendaklah ia memperolehi tempat tinggal. Abu Bakar RA. berkata “Aku diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa yang bertindak sebaliknya maka ia adalah pengkhianat atau pencuri.” (Abu Daud)Dengan kata lain, kewajipan yang perlu ditegakkan ialah tidak bersikap individualistik sebaliknyamengutamakan kebajikan masyarakat umum. Secara tipikalnya, seseorang individu ditegah secara mutlakmengambil pendekatan menyakiti orang lain. Ironinya, seperti yang ditekankan oleh Chapra dalam TheEconomic System, Islam menuntut kepada manusia mengambil langkah positif menggembirakan orang lainatas prinsip memelihara kepentingan awam. Berasaskan kepada tuntutan ini, seseorang individu Muslimbertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesan yang timbul sama ada positif atau sebaliknya kesan daripadatindakannya. Sebagai contoh, seseorang usahawan yang mempunyai idea untuk mendirikan sesebuahkilang, dalam pelan perancangannya tersebut ia bukan sahaja perlu mengambil kira pulangan keuntunganyang bakal diperolehi tetapi juga perlu melihat kepada kesan-kesan sampingan yang lain seperti manfaatpernigaanya, peluang pekerjaan, faedah kepada masyarakat, pencemaran dan perkara-perkara penting yanglain. Impak tersebut perlu dianalisa merentasi sempadan kewilayahan, nasional, pekerjaan, ras etnik,sosial dan agama.Berdasarkan kepada ketentuan ini, prinsip-prinsip yang diasaskan dalam konsep keusahawanan Islamperlu melihat kepada objektif keharmonian umum sejagat dan bukannya bersifat kepentingan individu.Oleh yang demikian, jika didapati wujudnya unsur-unsur yang boleh memberi kesan dan impak kepadakesejahteraan manusia sudah pastilah ia dianggap tertolak dari ajaran syarak. Pandangan ini dikemukakanoleh seorang sarjana perundangan Islam yang terkenal iaitu al-Imam Ibn al-Qayyim dalam karyanyatersohor iaitu I`lam al-Muwaqqi`in, beliau menjelaskan bahawa: “Kepentingan umum manusia adalah berasaskan kepada hikmah dan kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. Ia dikenali sebagai ketentuan perundangan Allah yang mengandungi keadilan dan rahmat di mana ia mengandungi maslahah dan hikmah. Justeru itu, setiap maslahah yang keluar dari landasan keadilan kepa da kezaliman, dari rahmat kepada tidak rahmat, dari maslahah kepada mafsadah dan dari hikmah kepada sia-sia maka ia tidak diiktiraf sebahagian dari syariat meskipun diterjemahkan dengan pelbagai tafsiran, kerana
syariat hakikatnya adalah simbol keadilan Allah kepada hamba-hambaNya.”KesimpulanTuntutan mengutamakan kepentingan manusia dalam aktiviti perdagangan atau keusahawanan adalahmempunyai objektif untuk memelihara kebajikan dan kesejahteraan manusia umum. Bertitik tolak daripadanatijah murni tersebut, Islam secara mutlak menolak sebarang bentuk elemen kemudaratan yang bolehmenjejaskan kesejahteraan dan keharmonian yang dikecapi oleh manusia sehingga menimbulkan implikasiyang negatif terhadap institusi masyarakat. Namun begitu, secara realistiknya dalam dunia keusahawananpada hari ini yang sedang berhadapan dengan era langit terbuka dan pelbagai rintangan dan cabaran yangdihadapi oleh golongan usahawan barangkali agak sukar untuk menghazafkan secara total elemenkemudaratan dalam amalan perniagaan yang diusahakan. Agak sukar bagi golongan usahawan dalam duniamoden kini untuk mempastikan tidak akan berlaku elemen kemudaratan terhadap pengguna dan masyarakatamnya. Contohnya, kenaikan harga barang sudah tentulah akan memberi kesan menjejaskan sebahagiankelompok masyarakat. Meskipun begitu, apa yang menjadi garis panduan kepada golongan usahawan padahari ini ialah segala dasar dan perancangan yang dijalankan dalam aktiviti perniagaan mereka perlulahdiimbangi dengan nilai keadilan dan kesederhanaan yang berfungsi sebagai neraca pengimbang kebaikankesejahteraan masyarakat umum.Hakikatnya, citra keusahawanan yang diprojekkan oleh Islam adalah berasaskan pertimbanganmengoptimumkan kepentingan umum masyarakat dan dalam masa yang sama ia menuntut kepada pengusahameminimumkan unsur kemudaratan yang boleh membuka ruang kefasadan kepada umat manusia. Denganrumusan tersebut, dapatlah difahami bahawa dominasi prinsip kepentingan umum dalam amalankeusahawanan merupakan satu tuntutan yang diapresiasikan oleh syarak. Secara tidak langsung nilaitersebut dapat memandu para usahawan untuk membangunkan alam ini sebagaimana yang dikehendaki olehAllah SWT dan juga menepati konsep kecemerlangan (al-falah) yang meliputi kejayaan yang hakiki didunia dan akhirat.
14 USAHAWAN DAN HUTANG: SATUSOROTAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAMK ehidupan masyarakat pada hari ini bersifat kompleks berbanding dengan kehidupan masyarakat silam. Tambahan lagi dalam era globalisasi, golongan usahawan lebih terdedah kepada pelbagai risiko dan saingan yang bersifat terbuka. Oleh itu, timbul kecenderungan dalam segelintir usahawan untuk meminggirkan nilai-nilai murni demi mengejar cita-citanyauntuk berjaya dalam lapangan yang diceburinya. Antara masalah yang lazimnya dihadapi oleh usahawanbumiputera ialah masalah pusingan modal bagi mengembang dan mengkormesialkan apa yang diusahakan.Menurut Rahmah Ismail dalam penulisannya Daya Saing Usahawan dan Syarikat Melaya Dalam SektorPembuatan dan Perkhidmatan, kajiannya mendapati sesetengah usahawan yang menghadapi masalahkekurangan modal kewangan memaksa mereka untuk mendapatkan bantuan pinjaman daripada institusikewangan yang mengenakan kadar bunga pinjaman. Bahkan dalam keadaan tertentu golongan usahawanjuga terpaksa meminjam daripada agensi peminjam “ceti” yang mengenakan kadar faedah yang tinggi danmembebankan mereka.Realitinya, dalam dunia usahawan pada hari ini bukan sahaja yang memerlukan kewangan berhutang,tetapi yang berkemampuan juga turut berhutang. Seolah-olah budaya berhutang ini dilihat sebagai asaskeperluan dalam kalangan usahawan untuk menjalankan perniagaan yang diusahakan. Isu ini memerlukanjawapan penyelesaian dari perspektif Islam untuk mengatasi dan merungkai masalah yang dihadapi olehpara usahawan. Apakah Islam meraikan aktiviti hutang ini sehinggakan ia menjadi satu budaya yangmenjadi amalan dalam kalangan usahawan? Dalam artikel ini, penulis cuba merungkai isu ini menurutpertimbangan syariat Islam.Pandangan Islam Tentang HutangDalam korpus fiqh Islam, ketentuan istilah hutang dalam bahasa arabnya dikenali sebagai al-dayn iaitusesuatu yang berada di bawah tanggungan orang lain seperti yang dinukilkan dalam Majallahal-Ahkam al-`Adliyyah. Secara prinsipnya, hutang tersebut dari segi hukumnya adalah harus dan amalan ini diizinkanoleh syarak. Malah amalan memberi hutang kepada yang memerlukannya adalah satu perbuatan yangterpuji dan ianya merupakan suatu manifestasi nilainilai luhur murni yang perlu dipraktikkan oleh setiapindividu muslim dalam usaha membantu saudaranya. Malah, jika dilihat dalam konteks masyarakat yangbersifat makro, sudah pastilah wujudnya golongan yang memerlukan bantuan, pertolongan dan sebagainyasama ada dalam bentuk moral ataupun material. Realiti ini bertepatan dengan sebuah hadis NabiMuhammad SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahankesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat.” (Hadis riwayat Mustaim, Abu Dawud dan Tirmidzi)Berdasarkan kepada mafhum hadis ini, Islam menggalakkan umat manusia membantu sesama saudaranyadalam urusan keduniaan termasuklah dalam soal hutang. Sesungguhnya, Allah SWT memberi jaminankebaikan kepada mana-mana individu yang berusaha menolong dan meringankan beban atau masalah yangdihadapi oleh saudaranya.Sehubungan itu, Islam sebagai agama yang mementingkan kesejahteraan umat, menekankan order keadilanyang murni sentiasa menggalakkan umatnya hidup dalam suasana yang harmoni. Atas prinsip inilah Islammenekankan doktrin kebajikan kepada manusia untuk dihayati dan dimanifestasikan dalam setiap lapangankehidupan insan. Dalam persoalan hutang, Islam begitu menghargai kepada mana-mana individu yangmemberi pinjaman melonggarkan syarat pembayaran balik pinjaman atau mengurangkan kadar bayaranhutang atau yang lebih terpuji lagi sifatnya iaitu melupuskan bayaran balik hutang kepada golongan yangberada dalam kesempitan hidup sama ada ditimpa musibah atau kemiskinan dan sebagainya. Malah dalamsatu peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW Baginda telah mengeluarkan arahankepada Bani Nadir supaya meninggalkan Madinah. Namun begitu Baginda difahamkan bahawa ramaidalam kalangan penduduk Madinah yang berhutang wang dengan kaum tersebut. Lalu Nabi MuhammadSAW bersabda maksudnya: “Berilah pengurangan terhadap hutang tersebut dan permudahkan cara bayaran.” (al-Bukhari)Menurut tatacara kodifikasi mua`malah Islam, kaedah yang dilakukan tersebut dikenali sebagai “dha wataajjal ”. Pemakaian kaedah ini berasaskan kepada hadis yang dijelaskan tersebut.Tuntutan kepada perlakuan murni ini digarap dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, Maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.” (al-Baqarah:280)Berdasarkan kepada mafhum ayat tersebut, Allah SWT menyediakan ganjaran yang tinggi kepada manusiayang beriltizam memudah dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh saudaranya. Namun begitu,tindakan yang afdal lagi sekiranya ia berkesanggupan menghalalkan pinjaman yang telah diberikan.Gambaran ini dinyatakan dalam Al-Quran disebabkan pada hakikatnya individu yang memberikan hutangsukar untuk melakukan sedemikian disebabkan ia menuntut komitmen keihklasan yang tinggi untukdilakukan oleh manusia yang terlibat.
Meskipun begitu, orang yang berhutang juga mempunyai obligasi kewajipan yang perlu ditunaikan. Hutangyang diterimanya tersebut perlu dilunaskan dengan kadar yang segera mengikut tempoh yang telahditentukan dan ia tidak boleh ditangguhkan. Meskipun hutang diizinkan oleh syarak namun sikap tersebuttidak digalakkan sehingga menjadi satu budaya dan menjadi asas kepada kehidupan. Justeru itu, Islammengkritik terhadap golongan berhutang yang sengaja melewatkan pembayaran hutang seperti yang telahdijanjikan atau apabila ia berkemampuan namun ia enggan melunaskannya. Individu yang bersifatsedemikian sentiasa mencari helah dengan pelbagai alasan dan cuba melarikan diri dalam memenuhitanggungjawabnya sebagai si penghutang sehinggakan menimbulkan perasaan kurang senang dan kesulitankepada si pemberi hutang. Dalam situasi ini, Islam tidak berkompromi terhadap golongan yang bertindaksedemikian sehingga menyebabkan kemudaratan kepada pihak lain. Gambaran ini dapat dilihat dalamhadis Nabi Muhammad yang bermaksud: “Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya s ehinggalah hutangnya itu dilunaskan.” (Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” (Bukhari)Berasaskan kupasan tersebut jelaslah bahawa, sindrom hutang merupakan satu budaya yang tidak sihat danseboleh-bolehnya ia tidak dijadikan sebagai satu amalan. Namun, aktiviti berhutang ini bukanlah satuperkara yang ditegah, tetapi kelonggaran ini hanya digalakkan kepada golongan yang memerlukannya atasasas kesulitan dan keperluan hidup. Dalam konteks usahawan, Islam tidak pernah menutup pintu terhadapgolongan tersebut berhutang untuk mengembang dan menjana aktiviti yang dijalankan. Meskipun iamenjadi satu keharusan, namun ianya bukanlah diterima sebagai satu amalan keperluan dan menjadi satubudaya sehingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada si penghutang.Realitinya, seolah-olah budaya hutang ini menjadi satu trend kebiasaan dan merupakan satu keperluanasasi, serta ianya dilihat sebagai sindrom ketagihan kepada sebahagian usahawan pada hari ini untukmenjana keuntungan melebarkan empayar perniagaannya. Alasan yang lazim digunakan ialah satukerugiaan sekiranya duit tunai ditangan digunakan sepenuhnya. Malah ada juga golongan usahawan yangberkemampuan, namun lebih cenderung berhutang dan melengahkan-lengahkan pembayaran wajib sepertihutang peribadi, kad kredit, penggajian pekerja, hutang syarikat dan sebagainya. Bahkan ada juga yangrela diisytiharkan sebagai muflis daripada melunas dan menunaikan kewajipan hutang-piutang mereka.Sifat sedemikian dikeji oleh Islam kerana ia menyalahi kepentingan umum syarak.KesimpulanSebagai natijahnya, Islam tidak pernah menghalang golongan usahawan daripada berhutang untuk
melangsungkan survival perniagaan dengan syarat mengikut keperluan dan kemampuan kewangannya.Namun amalan tersebut, tidak harus dijadikan sebagai satu amalan dan menjadi satu budaya tradisisehingga menjadi satu stigma yang mempengaruhi cara hidup golongan usahawan. Seboleh-bolehnyaamalan tersebut perlu dihindari kerana kesan keburukannya lebih dominan daripada manfaatnya. Apa yangidealnya ialah pengurusan kewangan perlu dilakukan secara berhemah dan sederhana. Walaubagaimanapun, sekiranya usahawan tersebut terpaksa berhutang, ambillah mengikut keperluan dankemampuan. Dalam pada itu, ia juga perlu menunaikan tanggungjawabnya sebagai si penghutang danmencari jalan untuk melunaskannya mengikut terma yang telah dipersetujui. Jangan asyik mencari helahuntuk melarikan diri daripada menunaikan tanggungjawab tersebut sehingga perbuatan tersebut bolehmengundang kepada kekufuran. Realiti yang dihadapi oleh manusia ini diberi peringatan oleh RasulullahSAW dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang”, mendengar itu seseorang bertanya, “Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah ?; “Benar”, jawab Rasulullah” (An-Nasaie, Ahmad)Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa berhutang adalah amalan yang tidak digalakkan oleh Islamkerana hutang itu mengakibatkan kesusahan di malam hari dan penghinaan di siang hari.
15 AMALAN PELARIS DALAM KALANGAN USAHAWAN: SATU ANALISIS DARIPADA PERSPEKTIF ISLAMI slam bersikap positif terhadap aktiviti manusia yang bersifat material sebagai kewajipan sosial yang paling asas kepada umat Islam. Atas prinsip inilah Islam memberi pengiktirafan kepada golongan usahawan dalam kegiatan yang melibatkan proses pengembangan harta. Bahkan ajaran Islam menganjurkan kepada golongan tersebut supaya bekerja dengan tekun dan berusaha menjadiindividu usahawan yang berjaya. Dunia usahawan silam telah melahirkan ramai tokoh yang berjaya dalambidang tersebut seperti Zubair bin al-Awam, Abul Rahman bin `Auf, Saidina Uthman bin `Affan danpelbagai nama besar lagi. Namun begitu, dalam usaha mengejar cita-cita tersebut, usaha penghasilan hartayang dilakukan oleh usahawan perlulah berorientasikan kepada kerangka sistem keusahawanan yangnormatif sifatnya ditunjangi oleh sistem kepercayaan berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Kerangkasistem keusahawanan yang dibangunkan menurut acuan Islam dilihat mempunyai kedinamikannya dalammerungkai dan memahami pergolakan masalah ekonomi semasa. Ini kerana, sistem keusahawanan Islammempunyai falsafahnya yang tersendiri iaitu mewujudkan suasana yang harmoni dan pengagihan harta yangadil dan seimbang dalam sosio ekonomi masyarakat serta mempunyai potensi untuk membangunkan sistempembangunan keusahawan yang holistik.Seluruh tindakan usahawan dalam usaha mencari rezeki dan menambahkan pendapatan perlu dipastikanbahawa ianya bersih dan tidak menyalahi peraturan-peraturan yang telah ditentukan oleh syarak. Bagigolongan usahawan yang masih mencampuradukkan amalan yang bertentangan dengan prinsip muamalahIslam sudah pastilah ia dicela oleh Islam. Keuntungan yang diperolehinya hanyalah bersifat zahiriah danmemenuhi tuntutan keduniaan semata-semata. Hakikatnya, amalan tersebut boleh mengundang kerugianyang nyata di akhirat kelak disebabkan matlamat akhirat yang abadi diperdagangkan dengan kenikmatandunia yang terhad dan diperdayakan oleh tuntutan hawa nafsu yang tidak terbatas. Bagi golongan usahawanyang tidak mengendahkan tuntutan prinsip muamalah Islam, mereka sanggup melakukan apa sahaja untukmencari keuntungan dan kemewahan harta mendapat bantuan dan pertolongan yang bersifat magis bagimendapat keuntungan yang besar. Golongan yang berperilaku sedemikian berfikiran singkat, mereka hanyameletakkan keutamaan iaitu usaha yang dilakukan adalah untuk kepentingan dunia sahaja tanpa memikirkanbalasan yang bakal diterima di hari pembalasan kelak.Amalan Pelaris Dalam Kalangan Usahawan
Secara umumnya, didapati segelintir pengusaha Melayu masih lagi mempercayai bahawa pelaris adalahsatu perkara yang penting dan merupakan sebahagian daripada keperluan asas kepada usahawan sebagaipelengkap untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Tanpa unsur pelaris tersebut, seolah-olah dirasakansebagai satu kekurangan yang boleh menjejaskan prestasi perniagaan sama ada dalam jangka waktu yangsingkat atau sebaliknya. Malah golongan peniaga yang mempraktikkan amalan sedemikian beranggapanperniagaan yang dijalankan akan mendapat keuntungan yang lumayan dan dapat melangsungkan survivalperniagaan serta dapat menarik perhatian ramai pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan yangditawarkan. Melalui amalan sedemikian, ia dipercayai dapat meningkatkan lagi keyakinan diri danmemberi tuah kepada si pemakainya.Malah ada juga usahawan yang berpegang dengan kepercayaan tentang kekeramatan yang dimiliki olehseseorang di anggap sebagai formula yang mujarab untuk melariskan perniagaan mereka. Ataskepercayaan tersebut, didapati sebahagian daripada pengusaha menggantung gambar seseorang tokoh didinding kedai kononnya dengan kekeramatan yang dimilikinya tersebut akan menjadi simbol pelaris untukmeningkatkan prestasi perniagaan mereka. Ada juga yang mempercayai kepercayaan tahyul burungCenderawasih dapat membawa tuah dan boleh dijadikan pelaris perniagaan. Justeru itu, contoh-contohyang diutarakan tersebut telah menjadi satu stigma dalam pemikiran pengusaha, sekiranya perniagaan yangdijalankan tanpa mengambil pelaris sudah tentulah tidak akan maju dan kurang menarik perhatianpelanggan. Berpegang kepada kepercayaan ini, maka peniaga memohon bantuan bomoh atau mengamalkanjampi, sihir dan sebagainya untuk mendapatkan pelaris bagi memenuhi hajat mereka. Pelbagai jampiserapah, azimat, tangkal, rajah (wafak) atau pelbagai objek lain dan sebagainya diberikan kepadapengusaha atau peniaga, dengan harapan agar perniagaan yang dijalankan akan berjaya sebagaimana yangdiimpikan.Natijahnya, peniaga yang meyakini kepercayaan sedemikian sanggup menghabiskan wang ringgit demimendapatkan pelaris tersebut meskipun sebahagian daripada mereka mengetahui ia boleh mengundangkepada unsur-unsur syirik. Namun mereka masih lagi menggunakan helah dan pelbagai alasan bagimenghalalkan matlamat yang dilakukan. Menurut Syed Hussein Alatas dalam bukunya “Malay FolkBelief: An Integration of Disperate Elements”, kepercayaan kepada amalan sedemikian disebabkanmasyarakat Melayu dipengaruhi oleh institusi shaman yang merupakan sebahagian daripada collectiverepresentation dalam institusi masyarakat. Kepercayaan sedemikianlah telah mempengaruhi mentalitipemikiran masyarakat Melayu dan ianya dianggap sebagai sebahagian daripada kepercayaan kosmologiorang Melayu. Meskipun masyarakat Melayu telah lama menerima ajaran Islam, namun sebahagiandaripada kepercayan mistik yang diwarisi terdahulu sukar untuk dihazafkan secara sepenuhnya.Pandangan Islam Terhadap Amalan PelarisRealiti yang dijelaskan tersebut bukanlah sebagai satu kisah silam namun amalan tersebut masih lagiberlaku dalam kalangan usahawan atau peniaga dalam dunia perniagaan moden pada hari ini.Kepercayaan sedemikian masih lagi mempengaruhi mentaliti segelintir masyarakat Melayu seolah-olah iadapat memberi impak yang positif dalam bidang pernigaan. Sudah tentulah kepercayaan kepada pelaris inibertentangan dengan falsafah akidah Islam yang murni. Percanggahan sedemikian timbul apabila wujudkepercayaan tentang persoalan rezeki ini adalah bergantung kepada semangat yang ada dalam pelaris
tersebut atau sesuatu objek lain yang digunakan seperti rajah, azimat, wafak dan sebagainya. Hakikatnya,apabila wujudnya `iktiqad mempercayai sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kesan kepada manusiaselain daripada Allah sudah tentulah ia akan mengundang kepada unsur-unsur yang boleh membuka ruangkepada bahaya syirik. Asas kepercayaan yang mengiktiraf dan memperakui wujudnya kuasa yang dapatmempengaruhi manusia selain daripada Allah sudah tentulah diklasifikasi sebagai perbuatan syirik.Peniaga yang mengamalkan pelaris begitu yakin bahawa perniagaan yang dijalankan akan mendapat tuah.Bagi peniaga yang begitu taksub kepada kepercayaan tersebut, mereka mencari helah supaya kepercayaantersebut dipandang sebagai satu usaha atau ikhtiar dan perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Islam.Mereka mempunyai kaedah dan taklik yang tertentu untuk mengalihkan pandangan masyarakat bagimenghalalkan perbuatan mereka. Jika dilihat kepada perbuatan tersebut fenomena yang berlaku ini bolehmembawa kekeliruan dan merosakkan ikatan akidah yang murni.Kepercayaan kepada manfaat yang ada kepada pelaris jelas bertentangan dengan akidah Islam. Amalansedemikian jelas mencerminkan sikap pelakunya bergantung kepada medium kuasa selain daripada AllahSWT dan tidak beriman dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah. Golongan yang bersifat sedemikianakan mengalami kerugian bukan sahaja di dunia bahkan akan dirundung malang pada hari akhirat kelak.Allah SWT menegaskan bahawa Dia adalah Pencipta alam semesta dan seluruh makhluk yang wujud dialam ini. Dari dimensi manusia pula, ia dicipta sebagai khalifatulard untuk memakmurkan alam ini secarasejahtera. Bagi merealisasikan fungsi tersebut, manusia perlu menyedari peranannya sebagai hamba danbertanggungjawab sepenuhnya mematuhi segala titah perintah Penciptanya dan menundukkan diri secaramutlak kepada kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.Asas kepercayaan tauhid inilah memerdekakan jiwa manusia daripada tunduk kepada mana-mana kuasaselain daripada Allah SWT. Pada ketika makhluk lain diciptakan Allah perlu mematuhi peraturanSunnatullah yang telah ditentukan, manusia pula diberi keistimewaan oleh Allah iaitu kemerdekaan,kebebasan membuat keputusan, kemampuan untuk memilih opsyen sama ada jalan yang diredhai olehAllah SWT atau sebaliknya. Dalam situasi inilah, manusia seringkali alpa dan gagal menilai jalankebenaran dengan pandangan mata hati yang hakiki. Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman yangbermaksud: “Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Qur’an), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.” (Al-Zukhruf:36-37)Oleh kerana tauhid merupakan komponen asasi dalam ajaran Islam, Al-Quran begitu emphasis tentangpersoalan penjiwaan akidah dalam setiap individu manusia. Secara eksplisitnya, penegasan kepada isupokok ini disentuh sama ada dalam ayat Makiyyah atau ayat Madaniyyah mengagungkan kekuasaan Rabbal-Jalil. Melalui penjiwaan order tauhid ini, manusia sentiasa menginsafi hakikat kejadiaanya dansentiasa memenuhi jiwanya dengan perasaan kasih kepada Allah SWT dan bersedia melaksanakantanggungjawab atas kapasitinya sebagai hamba. Menurut al-Syahid Dr. Abdullah Yusuf Azam dalambukunya “Akidah Asas Wawasan Ummah”, bagi insan yang berpegang teguh kepada kepercayaan tauhid ia
akan membuka pintu ufuk hatinya mengenal hakikat ketuhanan, hakikat pengabdian dan memahamikeperluan interaksi dirinya dengan Allah SWT. Individu yang melalui proses sedemikian sentiasamemelihara dirinya agar tidak melakukan pencerobohan yang boleh meruntuhkan benteng akidah yangmelindunginya.Realiti dunia keusahawanan moden pada hari ini penuh dengan pelbagai cabaran, risiko danketidakpastian. Fenomena yang berlaku ini secara tidak langsung dilihat sebagai cabaran dan kekanganyang perlu dihadapi oleh para usahawan dengan perilaku yang murni dan mematuhi sepenuhnya tuntutanagama. Tambahan lagi dalam dunia perniagaan yang melibatkan elemen fizikal, risiko dan kos kewanganyang belum tentu lagi menjanjikan pulangan keuntungan yang optimum. Para peniaga tidak boleh mengelaksekiranya perniagaan yang dijalankan mengalami sesuatu yang di luar jangkaan. Justeru, untuk berjayadalam bidang keusahawanan individu yang terlibat perlu melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran danketerampilan yang unggul. Integrasi nilai kerohanian yang murni, ilmu pengetahuan yang luas danpersonaliti unggul merupakan fungsi asas untuk melahirkan manusia yang cemerlang dan usahawan yangberetika.Justeru, penggunaan pelaris sama ada dalam bentuk azimat atau pelbagai objek yang lain dalam amalanperniagaan jelas mengundang kepada konotasi kufur dan syirik. Dalam hal ini sabda Nabi MuhammadSAW yang bermaksud: “Dari Ibn Mas`ud RA. katanya:Sesungguhnya jampi-jampi, azimat-azimat dan guna-guna adalah syirik.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)Hadis tersebut memberi kefahaman kepada kita bahawa jampi yang mengandungi konotasi magis, azimatdan ilmu guna-guna dikategorikan sebagai perbuatan syirik. Individu yang terlibat dengan amalan tersebutdikategorikan sebagai dosa besar disebabkan wujudnya unsur-unsur mempersekutukan Allah SWT denganmakhluk yang lain. Dalam hadis yang lain, Uqbah Ibnu Amir bahawa dia telah mendengar NabiMuhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa sahaja yang menggantungkan azimat, maka mudah-mudahan Allah tidak menyempurnakannya. Dan sesiapa yang menggantungkan kalong, maka mudah-mudahan Allah SWT tidak memeliharanya.” (Riwayat Ahmad, AbuYa`ladan Tabarani)Daripada hadis di atas dapat difahami bahawa Nabi SAW dengan nada yang tegas mengkritik danmenegah perbuatan mempercayai dan memakai sebarang bentuk azimat (tamimah) untuk mendapatperlindungan, tuah dan sebagainya. Sebarang bentuk azimat yang dipercayai wujudnya unsur kekuasaaan,kekeramatan, kuasa ghaib dan magis hanya bersifat andaian dan kepercayaan mitos manusia semata-mata.Semua andaian tersebut adalah berasas dan bersumberkan bisikan syaitan yang sentiasa mendorongmanusia ke jalan yang sesat. Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Barang
siapa yang mengikuti jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar.” (al-Nur:21)Malah penggunaan azimat dengan menggunakan asma-asma Allah seperti Al-Quran dan sebagainya tidakdibenarkan sama sekali. Asas larangan tersebut disebabkan Nabi Muhammad SAW tidak pernahmelakukan perkara sedemikian sepanjang hayatnya. Menurut Syeikh Abdul Rahman dalam penulisannya“Fath al-Majid” menukilkan bahawa amalan berazimat dengan cara tersebut bercanggah dengan nas-nashadis Nabi SAW. Komentar ini juga turut dikemukakan oleh Syeikh Mubarak Ibn Muhammad dalamkarangannya “Risalah al-Syirki” menegaskan bahawa “Perbuatan seseorang sahabat yang dinisbahkankepada Rasulullah SAW tidak harus diwajibkan kedudukanya (tidak diiktiraf) sebagai Al-Sunnah.” Bagimenguatkan lagi hujah dalam isu ini, al-Qadhi Abu Bakar dalam kitabnya yang masyhur “Syarh Sunan al-Tirmidhi” mengulas dengan menegaskan bahawa perbuatan menggantungkan Al-Qur’an untuk dijadikanazimat jelas tidak dikategorikan sebagai metodologi Sunnah, sebaliknya jalan Sunnah itu ialah melaluimedium berzikir dan bukannya dengan kaedah menggantungkannya.Oleh yang demikian, dalam apa jua situasi Allah SWT adalah tempat kepada manusia untuk bergantungharapan dan memohon pertolongan. Setiap sesuatu yang direncanakannya adalah untuk kebaikan agamadan untuk kesejahteraan golongan yang beriman di dunia dan di akhirat. Sebagai seorang usahawanmukmin, mereka perlu bertanggungjawab sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasulmelalui bimbingan dan pedoman wahyu. Dalam Al-Quran, Allah mengungkapkan satu perkara misteriyang tidak diketahui oleh orang-orang yang ingkar. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dan arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (at-Talaq:2-3)KesimpulanIslam memberi ruang yang luas kepada golongan usahawan untuk menjana aktiviti perekonomian. Namunbegitu, setiap transaksi urusan perniagaan yang dijalankan perlu mematuhi prinsip-prinsip yang telahditetapkan dalam mu`amalah Islam. Perlakuan dan aktiviti yang bertentangan dengan kehendak syariat dankemaslahatan manusia adalah bertentangan dengan prinsip murni perniagaan Islam. Asas peraturan inidirangka bertujuan untuk memelihara dhururiyat al-khams iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunandan harta. Semua komponen ini perlu dilindungi dan dipelihara bagi mencapai satu tujuan yang murni iaituuntuk menjamin kesejahteraan umat manusia sejagat.Oleh yang demikian, kepercayaan kepada semangat yang terdapat pada pelaris atau objek lain untukmeningkatkan lagi prestasi perniagaan adalah sesuatu yang bertentangan dengan falsafah akidah danbertentangan dalam prinsip muamalah Islam. Secara tipikalnya, kepercayaan kepada sesuatu berunsurkan
magis adalah disebabkan jiwa manusia tidak dipenuhi sepenuhnya dengan asas tauhid yang kukuh.Kegagalan dan kelemahan manusia menjiwai sepenuhnya falsafah tauhid akan merosakkan fungsiinsaniyyah.Sehubungan itu, dalam dunia perniagaan, individu usahawan perlu memiliki ilmu dan strategi sertamenjaga kualiti dalam usaha meningkatkan prestasi perniagaan yang diusahakan. Usahawan perlu bersikapkreatif dan inovatif dalam mencari dan merebut peluang serta mencipta idea-idea yang baru. Tidak salahbagi pengusaha untuk berikhtiar untuk memajukan perniagaannya, namun bukan melalui jalan yangbertentangan dengan falsafah perniagaan Islam. Sebaik-baiknya berusahalah dengan gigih, berdoa danbertawakal semoga usaha yang dijalankan diberkati. Sebagai usahawan muslim setiap perilakunya perlumencerminkan personaliti mukmin yang bertakwa kepada Allah SWT. Insyallah akan berjaya.
RUJUKANAbd al-Rauf Muhammad. (1979). The Islamic Doctrines of Economics and Contemporary Economic Thought,dlm M. Novak (ed.) Capitalism and Socialism: A Theological Inquiry. Washington D.C.: American Enterprise Institute.Abu Zahrah Muhammad. (1960). Fi Tarikh Al-Madhahib al-Fiqhiah. Kaherah: Matbaah al-Madani.Adnan Alias. (2002). “Model Perlakuan Usahawan Mukmin,” dalam Adnan Alias, Mohamad Dahlan Ibrahim (ed), Keusahawanan Islam. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.Al-Jamal Muhammad Abd al-Mun`im. (2000). Ensiklopedia Ekonomi Islam, (trans.) Salahuddin Abdullah, jil.1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Al-Thahawi Ibrahim. (1974). al-Iqtisad al-Islami, jil.1. Kairo: Majma` al-Buhuth al-Islamiyyah.Auni Abdullah. (2001). Islam dan Perdagangan Dalam Sejarah Alam Melayu. Kuala Lumpur: Darulfikir Sdn. Bhd.Al-Bukhari Abu Abdullah Muhammad Isma`il bin Ibrahim. (1981). Sahih al-Bukhari, Istanbul: Cagri Yayinlari.Abi `Abd Allah bin Muhammad Yazid al-Qazwini Ibn Majah. (1980). SunanIbnMajah, jil. 2, 4.Beirut: Maktabah al-`Ilmiyyah.Anwar Iqbal Qurasyi. (1979). Economic and Social System of Islam. Lahore: Islamic Book Services.Afzalur Rahman. (1980). Economic Doctrines, jld. 1. Lahore: Islamic Publications.Abul Hassan Muhammad Sadek. (1991). Economic Growth in an Islamic Economy, dlm Development & Finance in Islam, Sadek, Abu Hassan Muhammad, Atau Hak Pramanik dan Nik Mustapha Nik Hassan (ed.). Selangor: Universiti Islam Antarabangsa.Abul Hasan Muhammad Sadek. (1991). Economic Growth In An Islamic Economy, dlm Developement & Finance In Islam, (ed.) by AbulHasan M.Sadek et al. Kuala Lumpur: Universiti Islam Malaysia.Abd al-Karim Zaydan. (1969). Madkhal li Dirasah al-Syari`ah al-Islamiyyah. Baghdad: Matba`ah al- Ani.AB. Aziz. (2009). Pendidikan Keusahawanan Dalam Konteks Pembangunan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ahmad Berek. (1976). Melahirkan Usahawan Bumiputera Merdeka: Pulihkan Semangat Usahawan.
Selangor: Pusat Daya Pengeluaran Negara.Ahmad Mushtaq. (1995). Business Ethics in Islam. Islamabad: International Institute of Islamic Thought.Ali Abdullah Yusuf. (1992). al-Qur’an al-Karim dan Terjemahan Maksud, Abu Salah Muhammad `Uthman al-Muhammady (terj.).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Asma Bukhari. (2008). Kewirausahaan, cet. 13. Bandung: Alfabeta.Abu Abdullah Muhammad Isma`il bin Ibrahim al-Bukhari. (1981). Sahih al-Bukhari, Istanbul: Cagri Yayinlari.Abi Hamid ibn Muhammad al-Ghazali. (1996). Bimbingan Mencapai Insan Mukmin, Muhammad Nuhaimi (selenggara). Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi.Alex Inkeles dan David H. Smith. (1974). Becoming Modern: Individual Change in Six Developing Countries. Cambridge, Mass: Harvard University Press.Ahmad Abd Aziz Qasim. (1999). Akhlaq al-Nabi S.A.W fi al-Qur’an wa al-Sunnah. Beirut: Dar al- Gharbi al-Islami.Abdul Rahman Embon (Prof. Dr.). (2004). Faktor Ideologi Politik dan Budaya Dalam Penutupan Minda Melayu Islam dlm Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, hlm. 27, Jun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Abu `Ubaid al-Qasim ibn Salam. (1986). al-Amwal. Beirut: Dar al-Syuruq.Abu Muhammad `Abd al-Malik ibn Hisham ibn Ayub al-Humairy. (1955). al-Sirah al-Nabawiyyah, cet. 2.Mesir: Maktabah wa Matba`ah Mustafa al-Babi al-Halabi.Adnan Alias dan Mohamed Dahlan Ibrahim. (2002). Keusahawanan Islam. Selangor: Prentice Hall.Adnan Alias. et al. (1997). Keusahawanan, Zainab Ahmad, Rahimah Sarmidy, Farok Zakaria dan Baharuddin Ismail (penyunting). Shah Alam: MEDEC.Ahmad Mushtaq. (1995). Business Ethics in Islam. Pakistan: International Institute of Islamic Thought.Abdul Rashid Khawaja. (1988). Pemikiran Islam Satu Penilaian Semula, Hamidah Abdul Hamid (terj.). Selangor: Thinker Library Sdn. Bhd.Antonio Muhammad Shafi`i. (2008). Muhammad S.A.W.: The Super Leader Super Manager. Jakarta: Pro Lm Centre.Abu `Abd Allah Muhammad Isma`il bin Ibrahim al-Bukhari. (1981). Sahih al-Bukhari, Istanbul: Cagri
Yayinlari.Abul Hassan Muhammad Sadek. Economic Growth in an Islamic Economy, dlm Development & Finance in Islam, Sadek, AbulHassan Muhammad et.al. Selangor: Universiti Islam Antarabangsa.Abu Bakr Jabir Jazairi,. (1995). Rasa’il Jaza’iri, Madinah: Maktabah Layyinah lil Nashr.Bambang Trim. (2007). Business Wisdom of Muhammad S.A.W. Bandung: PT Karya Kita.Barjoyai Bardai. (2000). Keusahawanan dan Perniagaan. Bahagian 1 & 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Boulton, Richard E.S., Libert, Barry D. dan Samek, Steve M. (2000). Cracking The Value Code How Successful Business Are Creating Wealth in the New Economy. New York: Harper Business.Drucker Peter Ferdinand. (2006). Classic Drucker: Essential of Wisdom of Peter Drucker From the Pages of Harvard Business Review. Boston: Harvard Business School.Donald F. Kuratko Richard M. Hodgetts. (2003). Entrepreneurship: Theory, Process, Practice, cet. 6. United States: Thomson South-Western.Drucker Peter Ferdinand. (1985). Innovation and Entrepreneurship: Practice and Principles. London: Heineman.Eman Suherman. (2008). Business Entrepreneur. Bandung: Alfabeta.Eman Suherman. (2008). Business Entrepreneur. Bandung: Alfabeta.Everett Einar Hagen. (1962). On the Theory of Social Change: How Economic Growth Begins. Illinois: The Dorsey Press.Faisal Badroen, Suhendra, S.Ag., M. Arief Mufraeni, Lc., dan Ahmad D. Bashori. (2006). Etika Bisnes Dalam Islam. Jakarta: Kencana.Fazlur Rahman. (1991). Islam and the Problem of Economic Justice, (terj.) Saiful Azhar). Kuala Lumpur: A.S. Noordeen.Fazlur Rahman. (1974). Islam and Problem of Economic Justice. Pakistan.Ghazali. (1982). Mukashafah al-Qulub ila al-Muqarrab ila Hadrati `Allam al-Ghuyub. Beirut: Dar Kutub al-`Ilmiah.Hendricks, Gay dan Ludeman, Kate. (1997). The Corporate Mystic. U.S: Bantam Book.
Ibn Qayyim al-Jauziyah, Muhammad ibn Abi Bakr. (1977). I`lam al-Muwaqqi`in `an Rabb al-`Alamin. Beirut: Dar al-Fikr.Ibn Qudamah Muwafiq al-Din `Abd Allah ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Maqdisi. (1981). al-Mughni. Riyad: Maktabah Riyad al-Hadithah.Ibn Taymiyah Ahmad ibn `Abd al-Halim. (1978). Majmu’ Fatawa Shaykh al-Islam IbnTaymiyyah, dihimpun dan disusunoleh `Abd al Rahmanibn Muhammad ibnQasim.Bayrut: Dar al-’Arabiyah.Ibn Kathir, `Imad al-Din Abi Fada’ Ismail ibn `Umar. (1980). Tafsir Ibn Kathir, jil. 1,2,3,4,5,6,7,8. Beirut: Dar al-Fikr.Ismail Ibrahim. (1989). “Nilai Pekerjaan Dalam Islam”, dalam Shafie Hj Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan (selenggara), Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Malaysia.Ibrahim al-Tahawi. (1974). al-Iqtisad al-Islami Madhhaban wa Nizaman, jil. 1.Kaherah: Majma` al- Buhuth al-Islami.Ibn Hajar al-`Asqalani Ahmad ibn `Ali. (2004). Bulugh al-Maram. Kaherah: Dar Ibn Haitham.Ibn Kahldun. (1958). The Muqaddimah: An Introduction to History, (terj.) Franz Rosenthal. London: Routledge & Kegan Paul.Ibn Kathir, `Imad al-Din Abi Fada’ Ismail ibn `Umar. (1980). Tafsir Ibn Kathir. Beirut: Dar al-Fikr.Ibn Kathir, Ismail ibn `Umar. (1980). Tafsir Ibn Kathir, jil. 8. Beirut: Dar al-Fikr. Islahi, `Abd al-Azim al- (1988) Economic Concept of Ibn Taimiyyah. Leceister: The Islamic Foundation.Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh, Ghazali Shafie. (2001). Tamadun Melayu Menyongsang Abad Kedua Puluh Satu. (Ed. Kedua), Selangor: Penerbit UKM.Ismail Noor. (1999). Prophet Muhammad’s Leadership The Paragon of Excellence Altristic Management: A Cross Application to Modern Management and Leadership Practice. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Ibrahim al-Tahawi. (1974). al-Iqtisad al-Islami Madhhaban wa Nizaman, jil. 1.Kaherah: Majma` al- Buhuth al-Islami.Joseph Alois Schumpeter. (1934). The Theory of Economics Development, Redvers Opie (terj.). Cambridge: Harvard University Press. Dicetak semula pada tahun (1961). New York: Oxford University Press.Joseph Alois Schumpeter. (1992). Entrepreneurship, Technological Innovation and Economic Growth:
Study in the Schumpeterian Tradition, Frederic M. Schere dan Mark Perlman (ed.). Ann Arbor Mich.: University of Michigan Press.Jamal, Muhammad `Abd al-Mun`im. (1980). Mausu`ah al-Iqtisad al-Islami wa Dirasat Muqaranah. Kaherah: Wadrasata Muqaranah.Jeffery A. Timmon & Stephen Spinelli. (2004). New Venture Creation, Entrepreneurship for the 21st Century, cet. 6. New York: McGraw Hill Professional.Joel Arthur Backer. (2003). Paradigm:The Business of Discovering the Future. United States: Harper Business.Jamal al-Din Muhammad, al-Qasimi (2002). Mau`izah al-Mukminin min Ihya’ Ulum al-Din. Beirut: Dar al-Fikr.K Berthens. (2006). Etika dan Moral Untuk Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Kenneth H. Blanchard, Don Hutson dan Ethan Willis. (2008). The One Minute Entrepreneur: The Secret to Creating and Sustaining a Successful Business. US: Crown Business.Kasani `Ala’ al-Din Abu Bakr ibn Muhammad ibn Mas`ud. (2005). Bada`i al-Sana`i fi Tartib al-Syara`i, Muhammad Tamar (ed.). Kaherah: Dar al-Hadith.Longenecker, Justin G. Moore, Carlos W. dan Petty, J. William. (2000). Small Management, An Entrepreneurial Emphasis. United States of America: South Western College Publishing.Lambing, Peggy, A. dan Kuehl, Charles, R. (2000). Entrepreneurship, cet. 2. London: Prentice Hall Inc.Muhammad Abu Zahrah. (1957). Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Fikr al-`Arabi.Muhammad Abu Zahrah. (1960). Fi Tarikh Al-Mazahib al-Fiqhiah. Kaherah: Matbaah al-Madani.Muhammad Shafi`i Antonio. (2008). Muhammad S.A.W.: The Super Leader Super Manager. Jakarta: Pro Lm Centre.M.Umer Chapra. (1990). Ke Arah Sistem Kewangan Yang Adil, (trans.) Ismail bin Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Masudul Alam Choudhury. (1983). An I slamic Social Welfare Function. Indianapolis: American Trust Publications.Muhammad Abd al-Mun`im Khallaf. (1973). al-Madiyyah al-Islamiyyah wa `Abduha. Kairo: Dar al- Ma`rif.
Muhammad Akram Khan. (1984). Islamic Economics: Nature and Need, Journal of Research in Islamic Economics, jil. 1, bil.2, h: 55-61.Mohd Saleh Hj Ahmad. (2005). Risalah Ahkam. Selangor: Intel Multimedia and Publications.Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyairi al-Nisaburi Abi al-Husayn. (1981). Sahih Muslim. Istanbul: Cagri Yayinlari.Mustafa Dakian. (2005). Sistem Kewangan Islam. Intrumen, Mekanisme dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.Muhammad Nejatullah Siddiqi. (1991). Islamic Economic Thought: Foundations, Evaluation and Needed Direction, (ed.) by AbulHasan M.Sadek et al. Kuala Lumpur: Universiti Islam Malaysia.Muhammad bin `Isa al-Tirmidhi. (1981). Sunan al-Tirmidhi, juz. 3,4. Istanbul: Cagri Yayinlari.Muhammad Abu Zahrah. (1957). Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Fikr al-`Arabi.Malik Bennabi. (1984). Musykilah al-Thaqafah. Damsyiq: Dar al-Fikr.Muhammed Umer Chapra. (1985). Towards a Just Monetary System. Leceister UK: The Islamic Foundation.Muhammed Umer Chapra. (1989). Islam and Economic Development: A Strategy for Development With Justice and Stabilty. Islamabad: International Institute of Islamic Thought and Islamic Research Institute.McClelland David Clarence. (1961). The Achieving Society. New York: A Division of Macmillan Publishing Co., Inc.Meredith, Geofferey Grant, Robert, E. Nelson, Neck, Philip A. (1982). The Practice of Entrepreneurship. Geneva: International Labour Office.Mohd Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria. (2008). Langkah Bijak Usahawan Terbilang. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.Mohd Shukor Omar. (2006). Malay Business, Revivalism Through Entrepreneurship. Selangor: Pelandok Publications (M) Sdn. Bhd.Mohd Tap Salleh, Zakaria Ahmad dan Syed Zulflida Syed Md. Noor. (1991). Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN.Muhammad Salleh Majid. (2003). Budaya Usahawan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.
Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyairi al-Nisaburi Abi al-Husayn. (1981). Sahih Muslim. Istanbul: Cagri Yayinlari.Mustafa Dakian. (2005). SistemKewangan Islam: Instrumen Mekanisme dan Perlaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications.Mustafa Daud. (1989). Pemikiran Politik dan Ekonomi al-Maududi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Muhammad Uthman Syabir. (1996). al-Mu`amalat al-Maliyah al-Mu`asirah fi al-Fiqh al-Islami. Amman: Dar al-Nafa’is.Muhammad Anas Zarqa’. (1998). “The Relevance of Values in Management: An Islamic Perspective”, dalam Nik Mustapha Nik Hassan (ed), Values-Based Management The Way Forward For The Next Millenium. Kuala Lumpur: Institute of Islamic Understanding Malaysia.Muhammad Akram Khan. (1984). Islamic Economics: Nature and Need, Journal of Research in Islamic Economics, jil. 1, bil.2, h: 55-61.Muhammad Akram Khan. (2003). Islamic Economics and Finance: A Glossary. New York: Routledge.Meredith, Geofferey Grant, Robert, E. Nelson, Philip A. Neck. (1982). The Practice of Entrepreneurship. Geneva. International Labour Office.Muhammad bin Isma`il al-Bukhari (1994) Shahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Fikr.Muhammad Syukri Salleh. (1990). Fungsi dan Peranan Islam Dalam Pembangunan Ummah: Antara Harapan dan Kenyataan, dlm Shahnon Ahmad, Konsep Pelaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.Muslim Kelana. (2008). Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.Muslim al-Hajjaj al-Qushairi al-Nisaburi Abi al-Husayn. (1981). Shahih Muslim. Istanbul: Cagri Yayinlari.Mustafa Daud. (1989). Pemikiran Politik dan Ekonomi al-Maududi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Moko P Astamoen. (2005). Entrepreneurship. Bandung: Alfabeta.Masudul Alam Choudhury. (1986). Contributions to Islamic Economic Theory: a Study in Social Economics. New York: St. Martins Press.
Muhammad Uthman Syabir. (1996). al-Mu`amalat al-Maliyah al-Mu`asirah fi al-Fiqh al-Islami. Amman: Dar al-Nafais.Muhammad ibn Isa al-Tirmidhi. (1981). Sunan al-Tirmidhi, jil. 4. Istanbul: Cagri Yayinlari.Muhammad Nejatullah Siddiqi. (1972). The Economics Entreprise in Islam. Lahore: Islamic Publications Ltd.Nagata, Judith A. “Muslim Entrepreneurs & The Second Malaysia Plan; Some Sociocultural Considerations,” Asia Research Buletin, 2 (4), 1974, h: 1139-1142.Nawawi Mohd Jan. (1992). Kompetensi Keusahawanan, Asas Keusahawanan. Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Institut Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor: MISAS Advertising.Nik Azis Nik Pa. (1994). Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Mustapha Nik Hassan. (1996). Pendekatan Islam Dalam Budaya Niaga, dalam Khairul Azhar Idris (penyunting), Kontemporari Islam. Kuala Lumpur: InstitutKefahaman Islam Malaysia.Nor Aishah Buang. (2002). Asas Keusahawanan. Selangor: Fajar Bakti.Paul Hersey dan Kenneth H. Blanchard. (1982). Management Organizational Behavior. Englewood Cliffs, N.J. : Prentice Hall.Paul Hersey dan Kenneth H. Blanchard. (1982). Management Organizational Behavior. Englewood Cliffs, N.J. : Prentice Hall.Qahf, Muhammad Mundhir. (1940). The Islamic Economy: Analytical Study of Functioning of the Islamic Economic System. Plainfield, Indiana: Muslim Students’ Association of the United States and Canada.Qaradawi Yusuf. al-Daur al-Qiyamiwa al-Akhlaq fial-Iqtisad al-Islami. Kaherah: MaktabahWahbah.Quraishy Ali. (1981). al-Taghyir al-Ijtima’i ‘enda Malik bin Nabi: Manzur Tarbawi liqadaya al- Taghyir fi al-Mujtama` al-Muslim al-Mu`asir. Madinah al-Nasr Kaherah: al-Zahrah li al-`Ilam al- `Arabi, Qism al-Nashr.Qutb Sayyid. (1986). Tafsir fi Zilali al-Qur’an. Jeddah: Dar `Am.Rahmah Ismail, Nor Aini Idris, Mohd Nasir Mohd Saukani dan Norasiah Sulaiman. (2006). Daya Saing Usahawan dan Syarikat Melayu Dalam Sektor Perbuatan dan Perkhidmatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158