Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Srikandi PhD

Srikandi PhD

Published by hizazy83, 2017-10-25 04:55:46

Description: Srikandi PhD

Keywords: PhD

Search

Read the Text Version

sebagaimana yang diharapkan. Mungkin ini nasib saya. Meskipun cuba berfikiran positif untuk menaikkan semangat, ternyata ianya bukan perkara yang mudah.Sesekali saya merasakan diri ini jauh ketinggalan berbanding orang lain. Di usia awal 40-an saya masihtiada apa-apa pencapaian yang membanggakan. Dari segi kerjaya akademik, PhD pun belum selesai. Darisegi peribadi, saya masih menyendiri tanpa punya keluarga sendiri. Di usia begini, dari segi kerjaya sayamasih belum bergelar seorang Dr, dan kekal Cik dari segi peribadi. Jika benar kata-kata orang bahawahidup bermula di usia 40, apakah kehidupan saya bermula dengan keadaan merudum? Saya tidak sanggupmenerima keadaan itu. Jika dahulu saya melihat kejayaan orang lain dapat memberikan motivasi untuk diri sendiri, kini sayamerasakan kejayaan mereka itu seolah-olah mengejek dan mengingatkan saya akan kegagalan diri sendiri.Saya menjadi seorang yang mudah marah dan murung. Tiada apa yang menggembirakan saya. Kicauburung di pagi hari yang selalunya menceriakan menjadi bingit di telinga, kucing jiran yang selalumengintai di tingkap bilik bacaan habis saya jerkah, malah gelagat anak-anak saudara yang biasanya sayarasakan manja kini dianggap mengada-ngada dan apa-apa yang ibu saya katakan di telefon saya anggapsebagai leteran. Saya kian parah. Saya cuba mengambil buku-buku motivasi tetapi semuanya membuatkan saya meluat. Mujur masih adaquotation, kata-kata hikmah, dan ayat-ayat Al-Quran dan doa Dhuha memberikan kesan menenangkan.Lantas, setiap pagi saya mulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa Dhuha, bilik bacaan muladipenuhi dengan poster motivasi, screen saver laptop dan handphone juga saya ubah dengan poster kata-kata semangat. Setiap waktu saya panjatkan doa agar Tuhan memberikan saya kekuatan untuk menghadapisegala dugaan, kurniakan dengan ilham, lancarkan penulisan dan kembalikan keyakinan diri yang kianpudar. Akhirnya, doa saya terjawab di satu pagi nan hening. Pada pagi itu, saya merasa amat tertekan dan tidak dapat membendung perasaan, lantas saya menangissepuas-puasnya. Saya menangis mengenangkan nasib diri yang masih belum berkeluarga dan terkapai-kapai dalam kerjaya yang dipilih sendiri. Saya teringat wajah ibu dan harapannya untuk melihat sayabersuami, terkenang kata-kata abah sewaktu mengambil keputusan membina rumah yang luas keranainginkan keselesaan untuk anak-anak dan cucu-cucunya apabila pulang ke kampung. Teringat wajah rakan-rakan dan sanak saudara yang ingin melihat saya berjaya mendapatkan ijazah PhD. Saya meratapi nasibsendiri. Percintaan yang gagal dan banyaknya masa yang terbuang kerana menanti seorang lelaki yangsalah. Menulis tesis tanpa panduan penyelia sebagaimana saya impikan ketika memilih untuk belajar diUnited Kingdom yang kononnya tersohor dari segi akademiknya. Kedudukan universiti yang jauh dankekaburan peraturannya, bab-bab tesis yang separuh masak, permohonan geran-geran FRGS, ERGS danPenyelidik Muda yang ditolak dan keadaan rumah yang retak di sana sini akibat pemaju tidakbertanggungjawab. Semuanya menyedihkan dan mengecewakan. Malangnya terasa hidup ini. Saya menangis dan terus menangis dan apabila tangisan itu reda, saya mencapai laptop dan mulamenulis acknowledgement untuk tesis saya yang masih lompong di sana sini. Acknowledgement itu sayatulis dengan mata yang masih kabur dek tangisan namun tulisan itu datangnya dari sudut hati yang palingdalam. Walapun hanya ¾ muka surat, kini apabila saya membaca tesis saya, itulah bahagian yang palingsaya sukai kerana ianya ditulis dari hati, bukan hanya dari minda. Bermula dengan tulisanacknowledgement yang pendek itu, saya mula menyusun bab-bab yang lompong di sana-sini, mengisikelompongan itu satu-persatu, dan menulis dan terus menulis. Saya mengurung diri di rumah dan hanya kepejabat sekiranya ada kelas atau mesyuarat penting. Saya berharap agar rakan-rakan faham denganketiadaan saya di pejabat pada kebanyakan waktu. Jika mereka tidak faham pun saya sudah tidak hiraulagi. Kawan-kawan rapat juga jarang saya hubungi. Pulang ke kampung juga semakin kurang. Dari segimakan minum, mujur ada Domino’s Pizza serta Pizza Hut dan McDonald’s Delivery.

Pada ketika ini, saya berasa beruntung kerana tinggal sendirian kerana tiada siapa boleh menghalangapa yang ingin saya lakukan dan tiada siapa yang akan kelaparan kerana saya tidak memasak. Fokus sayahanya satu, untuk mengembalikan keyakinan diri. Saya tahu kuncinya terletak kepada tulisan-tulisan yangsiap saya lengkapkan. Setiap kali selesai menulis satu sub-topik, keyakinan diri saya kembali sedikit demisedikit dan saya mula ceria semula. Kalau dulu kisah-kisah mereka yang berjaya menyiapkan PhD dalammasa tiga tahun menjadi sesuatu yang saya kagumi, kini cerita-cerita mereka yang menyiapkan PhD dalamlapan hingga sepuluh tahun membuatkan saya tabik dengan kegigihan mereka. Merekalah sumber inspirasisaya untuk terus gigih dan tidak berputus asa. Semangat saya kembali pulih dan kadangkala motivasidatang dari sumber yang tidak dijangkakan. Pernah sekali, seekor anak kucing terperangkap di atas siling rumah saya dan telah ditinggalkan olehibunya. Kucing itu mengiau tanpa henti untuk tiga hari tiga malam sehingga serak suaranya. Denganbantuan jiran, kami memanggil seorang pekerja Indonesia untuk membuka siling berkenaan. Dengan upahRM50, kucing tersebut dapat dikeluarkan dan disatukan semula dengan ibunya. Melihatkan kucing sekecilitu begitu tabah mencapai impian ingin bertemu ibunya membuatkan semangat saya semakin tinggi. Selainitu, melihat bangunan-bangunan baru yang sedang naik dengan pesat di sekeliling tempat tinggal sayamembuatkan saya mencabar diri untuk menyiapkan tesis sebelum bangunan-bangunan itu diduduki orang.Pendek kata, saya mula mengumpul semangat dan keyakinan diri dari segala apa jua yang berada disekeliling saya. Hasilnya, kicau burung di pagi hari kembali menceriakan, telatah anak-anak saudara mula comel danmanja seperti sedia kala dan saya mula menelefon ibu dan bergelak ketawa sebagaimana biasa. Saya mulamencari rakan-rakan dan pergi ke pejabat seperti sedia kala. Dalam keceriaan yang kembali menyelubungidiri, tesis yang sekian lama terpendam itu selesai ditulis. Syukur, tidak banyak birokrasi dalampenghantaran tesis ke Aberdeen. Cuma, perlu mengisi sehelai borang yang ringkas dan tesis dikirimkan kekedai fotokopi universiti untuk dicetak dan dijilid. Kedai fotokopi kemudiannya menghantar kePostgraduate Department melalui internal mail. Urusan penghantaran selesai dalam masa kurangseminggu. Dalam dua minggu kemudian, saya dimaklumkan siapakah pemeriksa dalaman dan luaran sertatarikh viva. Dan di waktu ini, saya sedang menanti tarikh viva yang kian hampir dengan penuh harapan.Doa saya agar segalanya dipermudahkan dan jika berlaku kemungkinan yang tidak diingini, saya memohonkepada-Nya agar diberikan kekuatan bagi menghadapinya.PhD: Pasport Masa HadapanKata orang PhD is a lonely journey. Ada pula yang mengatakan bahawa sepi itu indah. Saya setujudengan kedua-dua penyataan tersebut. Pengalaman perjalanan PhD saya yang panjang, sunyi dan berlikumenjadi bukti. Perjalanan ini mengajar saya berfalsafah, bukan hanya tentang tajuk penyelidikan tesis,tetapi lebih utama lagi tentang maksud kehidupan. Jika dulu kegagalan bercinta membuat saya menilaisemula erti bahagia, kini perjalanan PhD membuat saya menghargai erti kesabaran. Suatu hari nanti ijazahyang dinanti akan digenggam, dan title Cik berubah menjadi Dr. Saya hanya perlu sabar dan terusmelangkah serta belajar dari setiap jatuh bangun kehidupan. Saya sedar bahawa dalam kehidupan ahliakademik, PhD adalah penting sebagai pasport hari depan. Pengalaman peribadi sebagai warga akademikyang membina kerjaya di era transisi, antara waktu sebelum dan selepas penarafan universiti penyelidikanmenceritakan keadaan ini. Keperluan KPI universiti penyelidikan menekankan pentingnya ijazah PhD dan gelaran Dr untukmenentukan sejauh mana perjalanan seseorang dalam dunia akademia pada masa kini. Keupayaan untuk

kekal fokus dan mendapatkan ijazah PhD dalam waktu yang ditetapkan amatlah kritikal. Namun, ini tidakbermakna tujuan ilmu untuk kebenaran dan pengalaman membangunkan diri sebagai seorang sarjanadipinggirkan dek tekanan masa. Akhirnya, yang lebih bermakna bukanlah keupayaan untuk memilikipasport PhD itu, tetapi sejauh manakah empunya pasport tersebut mampu membawa dirinya mengemudidalam dunia akademia pada masa hadapan.

10 MARATON PhD Chong Sheau TsueyPengenalanKepercayaan bahawa hanya golongan lelaki sahaja yang mampu menamatkan larian maraton adalah suatumitos kerana semakin ramai wanita membuktikan bahawa larian 42 km ini mampu ditawan. Revolusigender yang sama juga berlaku dalam dunia akademik, yang mana tanggapan bahawa intelektual diuniversiti adalah terdiri daripada profesor lelaki sahaja telah berubah memandangkan semakin ramai ahliakademik wanita berjaya mendapat kelulusan Doktor Falsafah (PhD). Stereotaip imej profesor yanglazimnya digambarkan dengan imej lelaki berumur, beruban dan bercermin mata tebal sebenarnya tinggalstereotaip. Hakikatnya, wanita seperti saya yang muda, aktif dan ‘gila-gila’ juga boleh menjadi profesorsuatu hari nanti. Namun, kembara akademik untuk menuju taraf profesor harus melalui beberapapencapaian yang signifikan. Ia bermula dengan PhD yang saya samakan dengan sebuah larian maraton. Pengajian Doktor Falsafah (PhD) adalah satu perjalanan yang lama dan penuh dengan cabaran. Iniadalah kerana tempoh pengajian minimum adalah tiga tahun dan boleh dilanjutkan sehingga lima tahun.Maka komitmen yang tinggi dari segi masa, tenaga dan kewangan amat diperlukan. Secara peribadi, sayamelihat perjalanan menggenggam segulung ijazah PhD seakan sama seperti menyertai perlumbaanmaraton. Ini kerana dalam perlumbaan maraton, seseorang akan melalui ujian fizikal yang lama (tempohlima jam diperlukan secara lazim) dan ujian kekuatan mental yang tinggi. Begitu juga dengan perjalananPhD saya.Perkaitan PhD dan MaratonApakah perkataan-perkataan yang terlintas dalam fikiran anda apabila mendengar istilah larian maraton?Mungkin senarai perkataan berikut akan timbul seperti menahan penderitaan, teguh (perservere), sabar,disiplin, kebebasan, pertandingan, kepantasan dan ganjaran. Semua di atas juga benar tentang perjalananPhD. Maraton sebagai satu larian jarak jauh menguji otot badan ke tahap maksimum kerana otot manusiatidak direka untuk berlari sejauh 42 km dalam sekali harung. Maka, kesakitan adalah tidak dapat dielakkansemasa larian dan selepas ianya berakhir. Penderitaan juga timbul dalam pengajian PhD kerana komitmendalam pengajian meragut banyak perkara daripada pelajar seperti masa, tenaga, hobi, hubungan keluarga,libur diri dan wang. Memandangkan larian maraton memakan tenaga yang banyak dan masa yang panjang, keputusan untukmengalah dan berhenti setengah jalan adalah perkara yang biasa dan sangat diinginkan. Kerana itulah juga,banyak stesen pemeriksaan dan ambulans disediakan untuk tujuan rawatan kecemasan dan pengangkutansemula ke garisan permulaan. Sama seperti perjalanan maraton, perjalanan PhD juga ada beberapa perbatuan (milestone), sepertimendapat tawaran pengajian, proses mengenalpasti tajuk kajian, tinjauan kesusasteraan, mengutip dataatau menulis tesis. Setiap stesen atau penanda ini seumpana ujian dalam permainan video, yang mana

untuk maju ke tahap seterusnya, setiap pelajar atau pelari harus berjaya membuka pintu dengan kunci yangbetul. Akan tetapi, kebarangkalian seseorang menyerah kalah dan pulang tanpa PhD atau medal maratonadalah tinggi. Ini kerana setiap stesen atau ujian adalah pintu keluar yang termudah. Sepanjang perjalanan 42 km dalam larian maraton, pasti ada pelari yang akan memotong anda. Sayabelajar bahawa kesabaran amat penting apabila hal ini berlaku dan saya elaklan dari membuatperbandingan. Pelbagai alasan dan penjelasan akan diberikan untuk memujuk diri, “Ah! saiz badan kitatidak sama, masa latihan pun berbeza, entah-entah dia makan lagi banyak dari saya.” Sama seperti dalampengajian PhD, rakan-rakan seperjuangan pasti mempunyai ‘pecutan’ yang berbeza. Ada yang cepat danada yang lambat. Kadangkala terbit perasaan iri hati, tidak sabar dan kurang keyakinan tatkala melihatrakan PhD habis pengajian lebih awal. Tetapi saya cuba menjadikan kejayaan orang lain sebagai motivasiuntuk diri terus bertahan dalam ‘maraton’ ini. Disiplin berlatih dalam larian maraton adalah serupa seperti disiplin menghabiskan PhD. Jadual-jadual latihan dan diet yang direka istimewa untuk tujuan prestasi fizikal yang optimum perlu diikutidengan penuh sekatan kendiri (selamat tinggal nasi lemak!). Dalam proses menyiapkan tugasan-tugasandalam PhD, pelbagai ‘tarikh akhir’ ditetapkan dan ia memerlukan disiplin diri untuk menyempurnakansetiap tugasan. Kadang kala kita tidak perasan, “oh, cepatnya masa berlalu!” Seperti falsafah Yin and Yang, setiap bahagian negatif semestinya akan diimbangi dengan bahagianpositif. Jika ada penderitaan dalam larian maraton atau pengajian PhD, pastinya akan ada detikkegembiraan dan perasaan gembira. Pertama, kebebasan mobiliti dan kebebasan akademik mempunyainilai yang tinggi dalam hak manusia dan dunia akademik. Kebebasan mobiliti yang paling mudah dicapaiadalah pergerakan dari suatu tempat ke tempat lain menggunakan kaki sendiri. Serupa dengan pengajianPhD, kebebasan untuk menentukan arah tujuan dan cara olahan tesis adalah bergantung kepada autoritipengkaji (dengan bimbingan penyelia). Dalam larian maraton, kebebasan untuk berlari dinikmati kerana lazimnya laluan perjalanan telahdisediakan (jalan raya ditutup untuk memberi laluan kepada pelari), minuman dan makanan dihidangkan distesen-stesen larian serta bantuan kecemasan sedia berkhidmat. Pelari-pelari akan berasa selamat danhanya perlu mengekalkan momentum larian sahaja. Dalam perjalanan PhD yang terancang, pelajar jugamenikmati kebebasan untuk berbincang dan mengolah keputusan kajian mengikut pandangan pengkaji.Inilah cantiknya perjalanan PhD dan maraton. Pada malam sebelum larian maraton, biasanya pelari-pelari akan berasa risau dan juga ghairah.Berpuluh-puluh soalan terlintas dalam fikiran, “Bolehkah saya berjaya menghabiskan larian? Pukulberapa harus bangun? Apa yang perlu saya bawa?” Pada hari perlumbaan, beribu-ribu pelari berkumpuldi garisan permulaan dan bersama-sama melakukan aktiviti pemanasan badan. Keadaan itu seumpamamenghadiri konsert Rock di mana atmosfera yang penuh dengan tenaga positif adalah amatmemberangsangkan. Kebanyakan pelari (kecuali segelintir mereka yang profesional) tidak kisah dalam halmendahului pelari yang lain, tetapi hanya mengambil kira penambahbaikan rekod larian sendiri mengikutkemampuan diri. Sama dengan larian maraton, saya melihat pengajian PhD biasanya adalah suatu ujian kendiri. Kitaberlumba dengan diri sendiri dan kita berlumba untuk diri sendiri. Ia bukan satu ujian cohort yang manakedudukan setiap pelajar diambil kira tetapi ujian kekuatan dalaman untuk menghabiskan pengajian PhDitu sendiri yang memakan masa tiga hingga lima tahun (atau lebih lama). Maka, sekiranya pelari atau calonPhD dapat melepasi ujian yang ditetapkan diri sendiri dan berjaya melepasi garisan penamat, kepuasandiri maksimum akan timbul.

Bagi pemegang sijil PhD pula, gelaran Dr adalah lesen untuk memulakan kerjaya dalam dunia akademik, khususnya di peringkat universiti. Doktor Falsafah merupakan kelayakan pendidikan yang tertinggi dan larian 42 km adalah kategorilarian yang paling jauh dalam perlumbaan maraton yang konvensional. Kedua-dua perkara, mengujikeupayaan mental dan fizikal yang tertinggi dan pencapaian ini amat diimpikan oleh seorangpelari/akademik. Kecemerlangan pencapaian ini dikurniakan ganjaran yang lumayan. Bagi pelari yangberjaya ke garisan penamat, pingat dan sijil adalah ‘pampasan’ bagi setiap titisan peluh dan kesakitanotot. Bagi pemegang sijil PhD pula, gelaran Dr adalah lesen untuk memulakan kerjaya dalam duniaakademik, khususnya di peringkat universiti. Lanjutan daripada itu, pemegang PhD dapat meningkatkankualiti kehidupan dan status sosial dalam masyarakat sebagai golongan intelektual dan menyumbangsemula kepada pembangunan negara.Pemanasan Badan (Warming Up)Sedikit imbasan sejarah hidup: Saya yakin bahawa terdapat potensi dalam diri saya untuk mencapai impian sama ada dari segicabaran fizikal atau cabaran intelektual. Saya sedar bahawa badan saya energetik dengan sebarangpergerakan rancak. Akan tetapi persekitaran di sekeliling tidak memotivasikan saya untuk memulakansebarang aktiviti fizikal secara berstruktur. ‘Badan Sihat Minda Cerdas.’ Slogan ini telah disemai sudahlama dalam diri saya sejak kecil lagi. Tetapi fikiran ini hanya berbunga dan berbuah dalam bentuktindakan semasa pengajian doktor falsafah di negara kangaroo, Australia. Seperti kebanyakan warga Malaysia, aktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan bukanlahsebahagian daripada gaya hidup saya terutamanya bagi golongan dewasa yang bekerja sepenuh masa.Setelah mendapat tawaran sebagai tutor di UKM dan bertuah untuk menggunakan stadium sukan universiti,saya selalu mengajak kawan-kawan untuk menggunakan stadium untuk bersenam bersama. Tetapi pelbagaialasan selalu diberikan oleh mereka, contohnya “cuaca panas, malaslah, nanti gelap tak cantiklah, nakambik anak, lain kali lah dan nak balik cepat ni, nanti kesesakan lalu lintas.” Alasan-alasan ini berjayauntuk menyedapkan hati mereka bahawa tidak bersenam bukan masalah motivasi dalaman tetapi faktorpersekitaran yang tidak mengizinkan gaya hidup sihat ini dilaksanakan. Mengimbas kembali zaman kanak-kanak saya, aktiviti fizikal yang saya lakukan bersama rakan-rakandan jiran adalah permainan kanak-kanak yang tidak terurus dan tidak berkala seperti ‘polis kejar pencuri’,‘panjat pokok’, ‘lompat lapangan kapal terbang’ dan ‘baling selipar’. Sebaliknya, di peringkat sekolahrendah dan sekolah menengah, tumpuan akademik telah menjadi fokus hidup dan aktiviti fizikal terhadkepada latihan kawat untuk barisan rumah sukan yang hanya diadakan setahun sekali. Tidak bersenam jugamenjadi norma dalam keluarga saya. Aktiviti rekreasi bagi keluarga saya terhad kepada bermain air ditepi pantai dan berjalan di taman sekali sekala. Tambahan pula, rakan-rakan sebaya lebih berminat untukberjalan-jalan di pusat membeli-belah daripada bermain bola di padang. Justeru, tidak bersenam telahmenjadi amalan yang normal. Dahulu ketika di bangku sekolah, cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang guru. Tetapi yangmembezakan sedikit cita-cita saya dengan yang lain adalah saya jelas tentang arah tuju untuk menjadi

seorang pengajar. Impian saya adalah untuk menjadi seorang guru yang dapat mengubah pemikiran pelajardan seterusnya membawa perubahan kepada kehidupan mereka. Maka, kelulusan akademik menjadi sangatpenting dalam mencapai cita-cita ini. Dengan kelulusan ijazah sarjana muda pendidikan dalam bidangbimbingan dan kaunseling, saya yakin betapa dekatnya saya dengan cita-cita saya. Akan tetapi, sayaberasa ilmu yang saya timba sebenarnya tidak mencukupi. Maka kelulusan sarjana sastera dalam bidangpsikologi perkembangan amat diperlukan. Setelah menceburi dalam bidang baru ini, saya sedar bahawa perubahan psikologi secara individumemakan masa yang panjang. Bagaimana saya hendak mendidik anak bangsa melakukan perubahan kepadamasyarakat? Maka, tawaran menjadi tutor di UKM menjadi jawapan kepada masalah saya. Saya yakinbahawa berkhidmat sebagai pensyarah memberi peluang untuk mendidik anak bangsa untuk menjadi agenperubahan kepada remaja lain. Maka, proses perubahan dapat diadakan dalam kadar yang lebih cepat.Tambahan pula, bidang pengkhususan terpilih adalah pembangunan belia dan ia memberi peluang kepadasaya untuk menggerakkan perubahan remaja dalam unit kumpulan besar. Dengan rezeki yang dikurniakanTuhan dan biasiswa yang ditawarkan oleh Swinburne University of Technology, saya bersedia memikultanggungjawab demi kemajuan para remaja Malaysia. Begitulah sejarah saya memulakan karier akademikdan pengajian PhD di Australia.Kilometer ke – 5Pada 20 Februari 2005, saya telah meninggalkan keluarga tersayang buat sementara dan memulakanperjalanan PhD berseorangan dengan penuh harapan dan ketabahan untuk menempuh segala cabaran yangterbentang di hadapan. Seperti permulaan larian maraton, laluan di hadapan telah ditentukan dan ia adalahlaluan yang tidak mungkin boleh berpatah balik. Maka, dengan komitmen yang setinggi langit, sayamemulakan pengajian PhD dan latihan ‘pemanasan badan’ bagi larian maraton pada musim luruh yangindah di Melbourne, Australia. Kebanyakan ahli sukan terkenal di dunia sedar akan bakat mereka dan memulakan karier daripadaasas latihan yang ditimba dari cabaran hidup. Ia selalunya berkisah tentang kesusahan dalam kehidupanseperti seorang peninju yang terpaksa bergaduh di tepi jalan untuk mempertahankan diri, atau terpaksa laridaripada polis kerana pergaduhan. Akhirnya, peninju tersebut mengasah bakatnya menjadi seorang ahlitinju yang mempunyai tindakan refleks yang pantas. Walaupun saya tidak terlibat dalam pergaduhan ataumelarikan diri dari polis, tetapi pengalaman berjalan kaki telah menjadi asas latihan maraton kepada sayadan segala kesusahan yang saya temui sepanjang PhD sentiasa menjadi guru yang terbaik dalammencungkil bakat dalaman. Perjalanan harian yang mengambil masa 20 minit (sehala) ke universiti saya tempuhi setiap hari.Walaupun cuaca sejuk pada pagi musim luruh, tetapi hati tetap bersemangat menempuh perjalanan kepejabat pasca siswazah untuk meneruskan bacaan setiap hari. Ketika waktu senja menjelma, saya berjalanpulang sambil menikmati pemandangan di kawasan kejiranan yang amat tenang. Saya tidak pernah bosanuntuk menikmati keunikan reka bentuk setiap rumah, atau berhenti sekejap untuk menghidu bunga yangkembang liar di tepi pagar. Di saat inilah saya benar-benar memahami pepatah Inggeris bahawa kita harus‘pause a while and smell the roses’. Dalam hidup ini, kita harus berhenti sebentar dan menikmatikeindahan ciptaan Tuhan. Dengan sekelip mata, perjalanan 20 minit telah berlalu dan ia telah menjadisuatu kebiasaan dan rutin yang menyeronokkan. Secara tidak langsung, amalan memberi tumpuan kepadakeadaan sekeliling dalam perjalanan juga menolong saya untuk memberi fokus kepada bahan bacaan saya.Minda saya menjadi lebih tajam dalam menyusun idea-idea dalam kajian literatur.

Dengan perubahan dari musim luruh ke musim sejuk, waktu siang semakin pendek dan malam semakinpanjang. Pokok-pokok yang dahulu berdaun lebat seperti ‘kehilangan semua baju’ dan sebaliknya sayapula yang menambah lapisan baju. Ini juga bermaksud aktiviti luar lebih terhad, tetapi tidak bermaknaaktiviti fizikal diberhentikan sepenuhnya. Buat pertama kali dalam hidup, saya diperkenalkan kepadabudaya sukan gimnastik. Maka, bermulalah rutin baru saya iaitu mengikut pelbagai kelas senaman sepertikelas pilates, bola gym, tinju, yoga, senamrobik ala tarian hip-hop, berbasikal dan sebagainya. Sayamengambil peluang ini juga untuk membesarkan jaringan sosial dengan berinteraksi dengan rakan-rakanPhD yang lain. Latihan bersosial ini amat membantu saya dalam memperbaiki pertuturan bahasa Inggeris dan jugacara menyampaikan idea dengan lebih berkesan. Pada masa yang sama, saya juga memulakan kelas kaedahpenyelidikan di universiti dan secara langsung saya telah memindahkan kemahiran berkomunikasi yangsaya belajar di kelas gimnastik kepada kelas akademik. Cara pembelajaran yang lebih berkesan melaluipertukaran idea dengan pensyarah membantu saya dalam membuat perancangan metodologi kajian denganlebih teratur. Apabila daun-daun berputik semula di ranting pokok dan tibanya musim bunga, saya berusaha gigihuntuk menulis usulan penyelidikan. Pada masa yang sama, saya juga bertuah kerana telah berpindah ketempat kediaman yang lebih murah dan kawasan tersebut mempunyai sebuah tasik yang besar (lima kmperimeter trek larian sekeliling tasik). Perubahan ini mengundang peluang kepada percubaan untuk berlarijarak pendek. Bagaikan angsa menguji suhu air pada musim bunga, larian sulung saya adalah kekok, tidakselasa dan sudah tentunya termengah-mengah. Pengalaman ini sama seperti dalam percubaanpembentangan usulan penyelidikan yang mana hanya selepas beberapa kali ‘berlatih’ dengan rakan PhDdan penyelia barulah keadaan gugup dan gagap berhenti. Akhirnya, selepas beberapa minggu berlari disekeliling tasik, saya telah selesa dengan larian jarak lima km dan pembentangan usulan penyelidikanberjaya diadakan dengan persembahan idea yang kemas dan logik. Akhir tahun pertama menjelma dan seiringnya adalah musim panas di Australia. Di sini, penganutKristian atau rata-rata warga Australia menyambut Krismas dalam keadaan yang panas. Pada awalDisember 2005, penyelia dengan berbesar hati telah menaja saya untuk membentangkan kertas kerja dipersidangan antarabangsa di pulau kecil, Tasmania. Pengalaman menghadiri pembentangan bersama ahliakademik yang lain membuka mata saya kepada idea-idea kreatif dan isu sosial terkini. Walaupunperasaan gelabah tidak dapat hilang 100% saya cuba meyakinkan diri untuk menyampaikan usulanpenyelidikan saya. Saya juga mendapat komen-komen yang membina tentang kajian dan bahagian yangboleh ditambah baik. Di negeri Tasmanian Devil ini saya mengambil cuti pertama kali sejak memulakan PhD dan menyahut cabaran yang lebih tinggi dengan memanjat gunung Cradle yang memerlukan tenaga fizikal yang lebih kuat. Selepas persidangan diadakan, saya juga mengambil peluang untuk menambahkan lagi aktiviti fizikal.Di negeri Tasmanian Devil ini saya mengambil cuti pertama kali sejak memulakan PhD dan menyahutcabaran yang lebih tinggi dengan memanjat gunung Cradle yang memerlukan tenaga fizikal yang lebih kuat.Permukaan gunung ini agak cerun dan ada bahagian yang saya sangat memerlukan pertolongan orang lainuntuk terus memanjat ke batu yang lebih tinggi apatah lagi memandangkan keadaan fizikal saya yang lebih

kecil berbanding kebanyakan warga Australia. Perasaan takut dan serba salah timbul sepanjang perjalanankerana mengambil risiko yang tinggi dalam pengembaraan ini. Namun, insiden ini sangat signifikan bagi saya. Setiap kali terbit perasaan menyesal keranamemulakan PhD, atau bertemu kebuntuan di tengah jalan, saya teringat akan insiden ini. Pengalamanmendaki gunung Cradle mengingatkan saya bahawa setiap kepayahan mendaki membentuk kekuatan dalamdiri. Gunung Cradle yang ditawan memberi perangsang untuk berjuang mengharungi cabaran PhD.Kilometer ke – 20Sepuluh kilometer pertama ‘maraton’ PhD berjalan lancar. Saya telah membuat ‘pemanasan badan’ yangmencukupi dan berjaya melepasi ‘stesen larian’ dengan gembira (berjaya membentang usulanpenyelidikan). Kini, saya sedang berlari dalam kadar yang lebih kurang sama dengan pelari yang lain danbersedia untuk mengutip data. Tahun kedua pengajian bermula dengan persiapan untuk mengutip data dilapangan. Saya telah memulakan tugas sebagai pemerhati di sebuah pusat aktiviti belia di Melbourne.Pengalaman ini membuka mata saya bahawa budaya bersukan di Australia adalah sangat popular dandipraktikkan dalam setiap lapisan masyarakat. Setiap pemuda atau pemudi ada sesuatu pengkhususanacara sukan dan beberapa sukan yang mereka anggap sebagai hobi. Dalam proses memahami kehidupan dan cara pemikiran belia Australia, saya berpeluang juga untukcuba mengintegrasi dalam kehidupan peribadi mereka. Beberapa pemudi dalam pusat aktiviti belia adalahpenunggang basikal dan saya menyertai ekspedisi mereka (lebih kurang 30 km) sepanjang Sungai Yarra.Tahap kelasakan fizikal adalah sederhana dan beberapa kali kami berhenti untuk berehat dan menikmatipemandangan di sekeliling dan bersosial. Makanan yang disediakan untuk berkelah juga menunjukkankesedaran kesihatan yang tinggi dalam kalangan belia. Tambahan pula dengan aktiviti rekreasi yangsederhana mencabar, ia memberi idea yang banyak dalam memahami subjek yang bakal saya kaji dan carakehidupan mereka yang sihat. Dalam menyelami kehidupan belia Australia, saya menerima berita bahawa penyelia utama sayamembuat keputusan untuk bersara dan tugas beliau akan diganti oleh penyelia yang agak baru dalamjabatan. Pada masa inilah saya berasa risau dan panik tentang ketidakpastian dalam perjalanan PhD.Proses penyesuaian semula cara kerja dan aliran fikiran agak lancar tetapi ia melibatkan masa beberapabulan. Pada tahun ini juga saya memulakan rekreasi renang di kolam renang. Hampir setiap selang harisaya akan berada dalam kolam dan berenang 20 pusingan selama 50 minit terutamanya pada hari yangterdapat percanggahan idea dengan penyelia dan melibatkan saya terpaksa menulis semula, saya pastiakan berada di kolam renang. Saya menamakan proses ini sebagai penjernihan fikiran. Saya akanmelupakan isu PhD dan tidak membawa kerunsingan tersebut ke kolam renang. Tetapi tumpuan diberikankepada pengiraan berapa pusingan telah dibuat. Setelah mendapat ketenangan dalam hati, maka saya akankembali ke pejabat dan melontarkan idea-idea yang baru berdasarkan komen yang diberikan. Saya cubamencari jalan penyelesaian pada hari yang sama dan meneruskan penulisan pada hari seterusnya. Amalan ini sangat berguna sehinggalah saya mula mengutip data ketika menghampiri akhir tahun keduapengajian. Pada musim bunga tahun 2006 itu juga buat pertama kalinya saya cuba berlari dalam acara limakm dalam ‘Lumba Lari Maraton Melbourne’ dan berjaya menamatkan larian dalam tempoh masa yangditetapkan. Seperti dalam latihan renang, saya cuba untuk tidak berhenti tetapi mengekalkan kadar larianyang perlahan tetapi konsisten. Pada masa inilah fikiran saya tenang dan kosong tetapi tumpuan hanyadiberikan kepada kaki dan pemandangan 20 meter di depan. Semangat inilah yang membantu saya dalamtempoh pengutipan data. Walaupun proses mencukupkan bilangan responden untuk soal selidik adalah

perlahan tetapi dengan kesabaran akhirnya saya berjaya untuk menyiapkan pengutipan data.Kilometer ke – 32Selepas kutipan data dibuat, secara anggarannya pengajian PhD telah 70% lengkap. Dalam larian maraton,hampir semua pelari akan bersetuju bahawa proses penembusan halangan 10 km terakhir adalah palingmencabar. Ia lebih dikenali sebagai sindrom hit the wall’ oleh kebanyakan pelari. Lazimnya, pelari akanberasa amat susah untuk melepasi ‘tembok’ akhir ini kerana kelesuan otot dan kebuntuan pemikiran.Ketika inilah badan saya telah menafikan segala kemungkinan untuk meneruskan larian dan kesedihankerana ‘terperangkap’ di negara asing. Segala pengalaman baru yang menyeronokkan di negara asing telahhilang dan saya berasa tidak sabar untuk pulang ke tanah air. Sekiranya pelari dapat terus bertahan, makakebarangkalian untuk menghabiskan seluruh larian adalah tinggi dan hampir semua pelajar PhD tahuproses menulis tesis adalah proses yang paling mencabar, terutamanya penulisan dalam bidang sainssosial yang melibatkan penulisan secara perbahasan idea dan pertemuan teori baru. Pada masa inilah pelajar PhD akan rajin menghadiri kursus-kursus yang mengajar tip-tip menulis.Mengikut pengalaman saya, bermacam karenah yang saya temui dan style menulis tesis amat pelbagai.Ada yang mesti menulis atas kertas berwarna kuning sebelum menaip dalam komputer, ada yang mestimembersihkan rumah sebelum mula menulis, ada yang menulis di kedai kopi dan ada yang meletak bukunota di sebelah katil sebagai persediaan jika termimpi idea yang bernas ketika tidur. Dari pemerhatian,saya boleh simpulkan bahawa: 1) seperti dalam variariti sukan, tabiat menulis adalah pelbagai; 2)pelengahan (procrastination) adalah dugaan terhebat dan harus dielakkan; 3) ketenangan fikiran amatpenting dan 4) konsistensi atau momentum menulis amat diperlukan. Perasaan takut dan risau tidak dapat dielakkan kerana jumlah perkataan yang diperlukan dalam satutesis PhD adalah lebih kurang 70 ribu hingga 100 ribu perkataan. Maka, langkah pertama yang saya ambiladalah menetapkan jadual kerja. Saya menyusun bab-bab yang masih perlu disiapkan mengikut tarikh yangditetapkan. Bab Metodologi; Sorotan Literatur (tiga bab); Keputusan dan Perbincangan (lima bab);Kesimpulan; dan Pengenalan. Bab metodologi ditulis terlebih terdahulu kerana ia adalah bab yang palingsenang disiapkan jika dibandingkan daripada bab-bab yang lain kerana ia melibatkan penulisan yangberstruktur iaitu laporan proses perjalanan penyelidikan. Setelah menyiapkan bab metodologi, perasaan lega dan kepuasan pencapaian dapat menenangkan hatiuntuk meneruskan perancangan dan penulisan bab-bab seterusnya. Bab sorotan literatur bagi saya adalahbab yang paling susah dan mengambil masa yang agak panjang. Ia melibatkan pengumpulan danpemahaman semua hasil kajian (sama ada dalam bentuk jurnal, buku, laporan dan sebagainya), analisisdan sintesis hasil kajian tersebut dan akhirnya olahan idea-idea tersebut dalam penyelidikan saya. Kalautidak dipantau, proses menulis bab sorotan literatur yang mungkin memakan masa beberapa bulan bolehberlanjutan hingga beberapa tahun. Penulisan bab keputusan kajian dan perbincangan adalah lebih senang jika dibandingkan dengan babsorotan literatur kerana ia melibatkan hasil analisis penyelidikan sendiri, maka pemahaman maksudanalisis adalah lebih mendalam. Selain itu, penulisan hasil kajian juga melibatkan penulisan yangberstruktur dan lontaran idea adalah lebih teratur dalam perbincangan hasil kajian. Seterusnya, babkesimpulan juga agak mencabar kerana semua bab keputusan dan perbincangan harus dihubungkaitkandengan kesinambungan idea yang lancar. Ia juga merupakan bab yang paling penting dalam sesebuah tesiskerana ia melibatkan perbahasan tesis penyelidikan selepas hasil kajian dibincangkan. Akhirnya, babpengenalan merupakan bab yang paling akhir ditulis kerana pada ketika ini semua penulisan telah siap dan

adalah amat senang untuk memperkenalkan keseluruhan penyelidikan apabila gambaran keseluruhan tesistelah muncul. Dalam proses menulis, seringkali simptom ‘kebuntuan idea’ berlaku dan saya pernah berhadapandengan ‘jalan mati’ dalam proses penulisan. Contohnya, saya akan termenung di hadapan skrin putih dantidak dapat menulis satu patah perkataan pun sepanjang hari. Ketakutan untuk menulis bolehmerungsingkan fikiran sehingga aliran idea terputus. Maka, saya akan keluar dari pejabat dan cubaberjalan-jalan di taman bunga tanpa tujuan sehingga badan saya letih. Tetapi hairannya, minda sayakembali segar dan boleh menulis semula. Tetapi kadangkala ‘cuti minda’ ini boleh berlangsung untukbeberapa hari. Apabila episod seperti ini berlaku, rasa serba salah merebak ke seluruh pelusuk badan.Tidur tidak akan lena kerana terbangun di tengah malam dan timbul rasa bersalah. Akibatnya, kadangkalasaya hilang tumpuan pada penulisan tesis dan menjadi tersangat risau dan takut jika tidak dapat keluar dariwriter’s block kerana tesis tidak akan tertulis dengan sendirinya. Apabila proses penulisan tersekat disebabkan kelemahan luahan idea dalam bahasa Inggeris, sayamendapatkan bantuan daripada tutor bahasa Inggeris dari Pusat Bahasa. Guru-guru bahasa menolong untukmenyunting bahasa dalam penulisan saya supaya maksud yang lebih tepat dapat disampaikan. Kesalahanbahasa Inggeris yang paling kerap saya lakukan adalah struktur ayat yang panjang dan rumit sehinggahilangnya tumpuan idea yang ingin disampaikan. Proses menyunting draf penulisan di sisi guru bahasaamat membantu kerana penjelasan dapat dilakukan diikuti dengan pembetulan serta merta.Sampai ke Garisan PenamatKejayaan setiap perjalanan (sama ada larian maraton atau pengajian PhD) memerlukan perancangan yangteliti dan disiplin yang kuat. Akan tetapi, kadangkala persediaan rapi juga tidak menjamin perjalanan yanglancar tanpa sebarang halangan. Maka, perkara yang paling penting adalah mengamalkan minda yangterbuka, sentiasa optimistik dan hati yang tidak mengalah. Apa yang penting adalah mengambil satulangkah pada satu masa (langkah seperti budak kecil pun tidak mengapa), letakkan kaki di hadapan satulagi kaki lagi, dan lama-kelamaan akan sampai ke destinasi anda.

11 PIL PERANCANG PhD Mazlina Mohd SaidPengenalanZaman PhD saya berakhir pada penghujung tahun 2011. Kini, setelah lebih 15 bulan kembali bertugas ditanah air, saya masih merindui kehidupan di kota London walaupun pengalaman yang dilalui bukanlahselalunya indah. Antara sedar atau tidak, tempoh empat tahun di perantauan telah memberikan pelbagaipermulaan baru dalam kehidupan saya. Permulaan kerjaya sebagai pensyarah dan penyelidik, permulaankehidupan berkeluarga, permulaan peranan sebagai isteri dan seterusnya sebagai seorang ibu. Secara jujur, saya tidak pernah bercita-cita untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat ini.Mungkin kerana gaya pemikiran saya yang agak konvensional selepas tamat zaman persekolahan sayahanya memasang cita-cita untuk memiliki kerjaya dalam bidang profesional tanpa perlu mengorbankanmasa bersama ibu bapa dan keluarga yang akan saya bina. Namun begitu, oleh kerana saya mempunyaipasangan yang sangat cenderung ke arah bidang akademik, saya juga sedikit sebanyak telah terpengaruhuntuk menjadi ahli farmasi akademik sebaik sahaja tamat pengajian pra siswazah. Saya dan pasangan,Fendy, bekerja di universiti yang sama tetapi di fakulti yang berbeza. Pemilihan kerjaya kami bagaikandirestu kerana kurang tiga bulan selepas mula berkhidmat, segala urusan untuk menyambung pelajaranberjaya diselesaikan dan kami tiba di kota London untuk memulakan pengajian.Pelajar ‘Ekspres’Saya tidak pernah menjangka atau mengharapkan perjalanan PhD yang mudah. Sejak dari mula lagi sayasedar dengan kekurangan diri dari segi pengetahuan mahupun pengalaman. Ramai yang berpendapatbahawa saya amat beruntung kerana dapat memulakan pengajian ini secara ekspres tanpa perlumendapatkan ijazah sarjana terlebih dahulu. Namun, kegusaran di hati ini tiada siapa yang tahu. Sayalangsung tidak berpengalaman dalam bidang penyelidikan. Pengalaman yang ditimba sewaktu zaman prasiswazah tidak cukup untuk dijadikan sebagai asas bagi memulakan pengajian PhD. Hal ini bertambahparah apabila saya diminta oleh pihak universiti untuk merangka sendiri penyelidikan yang bakaldijalankan. Saya masih dapat merasakan debaran hebat yang dirasai sewaktu perjumpaan kali pertama bersamapenyelia utama di The School of Pharmacy, London (SOP). Saya cuba untuk memperlihatkan keyakinandiri yang tinggi bagi menutupi segala kelemahan diri. Walaupun saya masih muda, saya mahu dilihatsebagai seorang yang matang, berpengalaman dan boleh berdikari. Ternyata lakonan saya berhasil apabilasaya diberi kebebasan untuk membuat pelan penyelidikan dan menguruskan akaun penyelidikan sendiri. Ya! lakonan yang mantap ini akhirnya memakan diri. Saya dibiarkan untuk mengemudi penyelidikansendiri dengan penyeliaan yang minimum. Saya seperti hilang arah, tidak tahu bagaimana untuk bermuladan di mana untuk merujuk. Segala-galanya baru dan perlu dipelajari. Walaupun begitu, kesusahan initidak mematahkan semangat saya. Saya berpegang pada pesan ibu, ‘belakang parang kalau diasah selalu

pasti akan menjadi tajam juga.’ Setiap hari, pasti ada perkara yang baru dipelajari menjadikan saya lebihmahir dalam bidang ini. Kesibukan bekerja, saya imbangi dengan aktiviti melancong ke merata tempatpada hari cuti. Sambil merangka pelan penyelidikan, sempat juga saya merangka pelan perjalananmenjelajah kota Eropah.Kehamilan dan MotherhoodDua bulan selepas memulakan pengajian, saya menerima berita gembira dengan kehamilan cahaya matapertama. Kehamilan ini bukanlah sesuatu yang dirancang oleh saya dan suami, namun kami juga tidakmengambil inisiatif pencegahan. Bagi kami, biarlah perkara ini menjadi urusan takdir. Kami hanya berdoaagar hanya perkara yang terbaik akan hadir dalam kehidupan rumah tangga ini. Walau bagaimanapun,sebenarnya jauh di sudut hati kehadiran cahaya mata ini amat saya nanti-nantikan. Saya yakin anak yangbakal lahir mampu mewarnai hari-hari suram di kota London dan membakar semangat kami untuk terusberusaha keras. Saya tidak mahu memikirkan yang negatif seperti masalah kewangan, penjagaan,pembahagian masa dan lain-lain. Saya cuma berasa yakin bahawa kami pasti akan dapat menghadapi apasahaja dugaan yang mendatang. Di sebalik rasa gembira dan syukur dengan rezeki Tuhan ini, sekali-sekala timbul pula perasaan ragu-ragu dan persoalan bagaimana harus berita ini dimaklumkan kepada penyelia? Hati lega apabila penyeliamemahami dan sama-sama berkongsi kegembiraan tatkala mendengar berita ini. Namun, di luarpengetahuan saya, sebenarnya beliau ketika itu tidak lagi yakin bahawa saya akan dapat menyempurnakanpengajian PhD. Perkara ini disimpan dalam hatinya pada ketika itu dan hanya diluahkan kepada sayasetelah saya menyelesaikan peperiksaan viva dengan baik. Ternyata saya telah membuktikan bahawatanggapannya pada masa itu adalah salah.Bahana Pil PerancangSelepas tamat berpantang, saya disarankan oleh ahli keluarga untuk mengambil pil perancang. Kata orang,wanita pada ketika ini berada dalam keadaan sangat subur dan peluang untuk hamil sekali lagi amat tinggi.Kata-kata ini menakutkan saya. Ya, memang saya bercita-cita mahukan anak yang ramai tetapi bayanganmenguruskan dua orang bayi sekaligus sambil membuat eksperimen dan menaip tesis amat menakutkan!Justeru, saya memulakan pengambilan pil perancang sebaik sahaja selesai tempoh berpantang sebagailangkah berjaga-jaga. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ibu mertua sudi untuk tinggal bersama kami bagi membantumenguruskan anak yang masih kecil kerana kedua-dua kami kurang berpengalaman. Fendy pula padawaktu itu baru sahaja menamatkan pengajian sarjana dan telah menangguh pendaftaran pengajian keperingkat doktor falsafah selama beberapa bulan. Walaupun pada ketika itu kami hanya mampu untukmenyewa sebuah apartment satu bilik yang agak sederhana besarnya, ibu mertua saya tidak berkira untuktidur di ruang tamu dengan hanya berlapikkan tilam dan toto. Apa yang penting baginya ialah cucunya yangmasih kecil itu tidak ditinggalkan di pusat jagaan kanak- kanak. Sekembalinya saya ke universiti, saya bercadang untuk berhenti dari memberi susu badan dan beralihkepada susu formula kepada Hana. Mungkin kerana kurang pendedahan dan pengalaman, saya selalumerasakan yang breastfeeding merupakan satu tugasan yang sukar dan menyebabkan saya sentiasa beradadalam keadaan tertekan. Terlalu banyak tenaga dan masa yang diperlukan. Tambahan pula, susu yang

dihasilkan tidaklah sebanyak mana. Satu hari dalam perjalanan pulang dari pusat bandar dengan menaiki kereta api, Hana menangislantang kerana kehausan susu. Oleh kerana stesen rumah kami masih jauh lagi dan stok susu dalam botoltelah pun habis, kami terpaksa berhenti di pertengahan jalan bagi membolehkan saya menyusukannya agardia berhenti menangis. Bayangkan, di satu stesen yang asing, di tengah- tengah kesejukan kota London,saya cuba untuk menyusukan anak kecil yang sedang menangis dengan nyaring. Pada ketika itu, sayamembulatkan hati, “That’s it! It’s the bottle next time”. Untuk beberapa hari selepas berhenti memberi susu badan, saya menjadi lebih tenang dan gembira. Dimata saya, Hana juga kelihatan tenang setelah berkenalan dengan puting barunya. Namun, ketenangan sayatidak bertahan lama. Tanpa saya sedari, saya bertukar menjadi seorang yang muram dan mudah marah.Namun yang peliknya, simptom kemarahan ini bukanlah kepada semua orang, tetapi hanya kepada Fendydan terutamanya bila berada di rumah. Pantang sahaja nampak muka, ada sahaja yang tidak kena. Dari isukecil menjadi pergaduhan besar. Kehidupan kami yang aman damai, penuh dengan kasih sayang bertukarmenjadi huru-hara, kacau-bilau dan dipenuhi kebencian. Tiada satu hari pun yang berlalu tanpapergaduhan. Suatu hari, Fendy menyuarakan keinginannya untuk pergi menghadiri seminar yang dibentangkan olehseorang negarawan terkemuka tanah air di tengah kota London. Tambahan pula, negarawan ini merupakansalah seorang guru dan kenalannya. Justeru, kehadirannya mahu diraikan sambil menyambungperbincangan ilmiah setelah tamat seminar. Bukan saya tidak maklum malah, saya juga tahu perancangantelah dibuat lebih dua bulan terdahulu. Namun ketika itu, entah mengapa hati ini ingin memberontak.Alasannya kerana kami tidak pernah ditinggalkan dan Hana masih terlalu kecil untuk ditinggalkan padamalam hari. Fendy cuba untuk meyakinkan saya bahawa tiada apa yang akan berlaku, tambahan pula ibumertua saya juga ada. Tetapi hati ini sukar menerima. Sedih, marah dan tidak puas hati kerana dia sanggupmeninggalkan kami semata-mata untuk menghadiri seminar yang boleh dihadiri lain kali. Perbincangan kecil telah bertukar menjadi pertengkaran tetapi Fendy tetap berkeras denganpendiriannya untuk pergi dan berjanji untuk tidak akan pulang terlalu lewat. Malam itu, saya membawaHana berkurung di dalam bilik. Mujurlah anak tidur lena tanpa sebarang rengekan. Ibu mertua juga cubamemujuk tetapi saya menepis setiap apa yang diperkatakan dan anaknya terus saya persalahkan. Saya tidakdapat tidur dan terus menahan sendu kerana terlalu marah sehingga Fendy pulang tidak lama selepastengah malam. Saya berpura-pura tidur apabila dia masuk memberikan kucupan. Beliau membisikmemberitahu ada membelikan saya mee goreng yang sedap andainya saya lapar. Saya tidakmengendahkannya. Marah saya tidak bertepi, tidak dapat dipujuk dengan mee goreng mahupun sarapanpagi. Saya terus berpura-pura tidur sehingga akhirnya terlelap. Sejak dari peristiwa itu, Fendy mula berubah. Toleransinya kepada saya semakin berkurangan danrajuknya makin panjang. Masalah kami terus berlarutan selama beberapa bulan. Saya merasa tertekan danbanyak menangis. Cuma hanya satu baiknya, ramai yang bertanyakan petua bagaimana saya berjayamenurunkan berat badan selepas bersalin dengan cepat melihatkan kepada badan yang semakin susut. Yanganehnya, segala tekanan dan kesedihan saya akan hilang sebaik sahaja keluar dari rumah. Saya masihdapat memberikan tumpuan pada kerja-kerja penyelidikan. Malahan, saya telah menduduki viva tahunpertama seperti yang dirancangkan dan berjaya untuk mendapatkan status calon pengajian PhD. Setelah Fendy mendaftar sebagai pelajar PhD sepenuh masa hampir empat bulan kemudiannya, ‘perang’ rumah tangga kami semakin reda.

Drama saya dan Fendy masih berlanjutan. Apa yang lebih memalukan, semua ini berlaku di hadapanmata ibu mertua. Saya dapat merasakan semakin lama hubungan saya dan ibu mertua agak renggang. Sayajuga sering beraggapan beliau semakin tidak menyukai saya. Wajahnya tidak lagi ceria dan perbualantelefonnya ke Malaysia semakin lama. Panjang luahan hatinya kepada keluarga di tanah air, mungkintertekan dengan keadaan rumah tangga kami. Namun begitu, ibu mertua tidak pernah menegur apatah lagimeluahkan rasa marahnya pada saya. Setelah Fendy mendaftar sebagai pelajar PhD sepenuh masa hampirempat bulan kemudiannya, ‘perang’ rumah tangga kami semakin reda. Saya dapat merasakan perubahandalam diri sendiri. Saya bertambah tenang dan gembira. Tiada lagi perbalahan, tiada lagi tangisan.Sekiranya dulu saya sentiasa merasakan perlu untuk meluahkan kemarahan, kini tidak lagi. Saya mampuuntuk berdiam diri apabila marah dan kemarahan itu akan reda dengan sendirinya. Kesilapan-kesilapankecil tidak lagi kelihatan di mata atau bersarang di hati saya. Pendek kata, saya kembali menjadi dirisendiri yang dahulu dan perkara ini telah mengembalikan keharmonian dalam keluarga kami. Suatu hari, Fendy menemani saya ke salah satu pusat kesihatan yang berhampiran rumah kami bagimendapatkan bekalan ubat pil perancang. Telah hampir sebulan saya tidak mengambil pil ini keranakehabisan stok di rumah dan masih tidak berkesempatan untuk mendapatkannya. Dalam perbualan kamisepanjang perjalanan, Fendy meluahkan rasa lega dan syukur atas perubahan positif yang kami lalui.Secara berseloroh dia menyatakan, sikap saya yang ‘asal nampak benda, semua nak campak,’ amatmenakutkan. Saya mulanya menarik muka masam apabila mendengar komen ini tetapi apabila memikirkankebenaran kata-katanya, saya tidak dapat menahan ketawa sendiri. Entah apa yang merasuk diri sayasehingga boleh bersikap bagaikan raksasa ketika itu. Tiba-tiba pada saat itu juga, satu perkara menjadi jelas dalam minda saya. Keadaan rumah tanggakami berubah menjadi lebih baik semenjak saya tidak lagi mengambil pil perancang. Saya menjejakiingatan bermulanya krisis ini dalam kehidupan kami kira-kira empat bulan yang lalu apabila saya mulamengambi pil perancang sebaik sahaja tamat berpantang. Semenjak itu, segala hiruk-pikuk rumah tanggabermula sehinggalah lebih kurang sebulan yang lalu apabila ubat yang dibekalkan telah habis. Kini, barusaya terfikir apa yang saya alami mungkin merupakan kesan sampingan pil perancang yang diambil.Sememangnya, pengambilan pil perancang diketahui boleh memberikan kesan perubahan kepada emosidengan tahap yang berbeza mengikut individu. Sebagai seorang ahli farmasi, saya sepatutnya menyedaritentang perkara ini dengan lebih awal. Perjalanan kami ke pusat kesihatan tidak diteruskan. Saya bertekad untuk tidak lagi mengambil pilperancang. Walaupun saya masih belum bersedia untuk menambah seorang lagi cahaya mata, risiko kesansampingan pil perancang terhadap sikap dan emosi saya adalah lebih buruk. Kami menukar kaedahperancangan keluarga kepada kaedah secara semula jadi. Sungguhpun kaedah ini tidak memberi jaminan100%, namun saya tidak bersedia untuk mencuba kaedah lain dan semestinya tidak mahu kembalimengambil pil perancang kerana pengambilan pil ini menjadi faktor utama punca kemelut rumah tanggakami. Semenjak itu, perubahan yang ketara dapat saya rasakan dalam diri. Saya kembali mengenali diridan yang paling melegakan ialah saya kini tahu bahawa saya bukanlah merupakan seorang isteri yangteruk. Hanya syukur yang saya dapat panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana episod perit ini telahberakhir. Namun, kejadian ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarga kami.Sejak peristiwa itu, saya dapat merasakan ada sedikit ketegangan antara saya dan keluarga mertua. Sayadan suami tidak pernah cuba untuk menerangkan apa yang berlaku kerana saya merasa teramat malu untukberbicara mengenainya. Ia kedengaran seolah-olah saya cuba untuk mencari alasan. Sebaliknya, sehingga

kini, saya mengambil pelbagai inisiatif lain bagi memujuk hati dan mengembalikan kepercayaan merekakepada saya. Saya dan suami juga bekerja keras untuk memupuk kembali keharmonian dan persefahamanantara kami. Saya bersyukur kerana pelajaran kami tidak pula terjejas dalam menghadapi krisis ini.My Better-HalfSelain daripada isu pil perancang, dugaan dan cabaran hadir tanpa henti sepanjang proses pengajian ini.Saya merasa cukup bernasib baik kerana suami tersayang sentiasa berada di sisi untuk mendengar segalakeluhan dan rungutan, memberi idea dan perangsang tatkala saya berada di jalan buntu dan memberikanpelukan erat apabila hati ini tidak dapat mendengar dan melihat apa-apa lagi. Pada hari-hari yangmeletihkan dan mengecewakan, bayangan senyuman si puteri cukup untuk menyegarkan kembali segenapurat saraf di dalam tubuh ini. Saya lebih bernasib baik daripada Fendy dalam pengajian kami. Saya mempunyai persekitaran,kemudahan, penyelia dan banyak peluang yang berpihak kepada saya berbanding suami. Namun, perkaraini tidak pernah mewujudkan perasaan cemburu atau persaingan antara kami. Walaupun kami mempunyai‘peperangan’ yang tersendiri, Fendy acap kali meninggalkan medannya untuk membantu saya. Beliaupernah memilih untuk menangguh pengajian selama dua kali bagi mengambil-alih tugasan di rumah danseterusnya memberi ruang kepada saya untuk fokus kepada kerja-kerja penyelidikan sahaja. Melihat pelbagai pengorbanan yang diterima, bukan sahaja daripada suami, malahan ibu bapa, mertuadan si puteri kecil telah menjadi pendorong utama yang dapat membakar semangat saya untuk segeramenamatkan pengajian. Saya juga ingin berbakti pada mereka yang dikasihi dan yang paling utama sayaingin melihat Fendy memberikan sepenuh tumpuan terhadap penyelidikannya dan memperoleh kejayaan. Dengan adanya suami dan puteri di sisi, saya merasakan seperti saya menerima kekuatan yang luarbiasa dan mampu untuk berbuat apa sahaja. Jalan yang dilalui kelihatan luas dan halangan yang mendatangkelihatan hanya sebesar zarah. Namun, setiap keselesaan itu pasti akan diuji untuk menjadikan kita lebihkuat dan berdikari. Saya juga pernah diuji untuk berjauhan dari dua permata hati ini. Pengalaman ini telahmenjadikan saya lebih menghargai mereka dan lebih mensyukuri nikmat Tuhan yang tidak terhingga ini.Hidup SendirianSetelah tempoh tiga tahun setengah pengajian, saya tidak lagi menerima biasiswa kerajaan. Suami padamasa itu juga tidak menerima biasiswa kerana menangguh pengajian. Setelah berfikir secara mendalam,kami sebulat suara memutuskan bahawa cara yang terbaik bagi kami untuk menyelesaikan tugasan masing-masing adalah dengan tinggal berasingan buat sementara waktu. Suami dan puteri akan pulang ke KualaLumpur, yang mana Hana akan dijaga oleh nenek dan atuknya sementara suami meneruskan tugasanpenyelidikannya di tanah air. Sebaliknya, saya akan tinggal di kota London bagi menyelesaikan penulisantesis. Saya merasakan perlu untuk sentiasa berada berhampiran makmal kerana andai kata sewaktumenulis, data yang ada didapati tidak tepat atau tidak cukup, kerja-kerja penyelidikan tambahan ataupenganalisaan dapat dilakukan semula dengan segera . Untuk kehidupan yang lebih jimat, saya menyewa sebuah bilik bersama satu kenalan keluargaMalaysia. Saya amat bersyukur kerana keluarga ini tetap sudi menerima saya di kediaman mereka yangtidaklah sebesar mana. Walau bagaimanapun, saya cuba untuk meminimumkan masa di rumah agar tidakmengganggu privasi mereka. Saya hanya pulang untuk tidur sahaja dan menghabiskan sepenuh masa di

pejabat. Hidup bersendirian memberi tamparan yang sangat hebat pada saya. Tambahan pula inimerupakan kali pertama saya berjauhan dengan anakanda. Minggu pertama cukup membuatkan saya gilabayang. Jika dahulu, sekiranya saya di SOP bermaksud pergi bekerja, dan di rumah maksudnya bersamakeluarga (walaupun tidak semestinya berehat!). Kini orientasi dunia saya tidak sama lagi. Tiadaperbezaan SOP ataupun rumah. Tiada perbezaan bekerja atau berehat. Saya mula mengalami simptom-simptom orang putus bercinta; makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena. Di akhir minggu kedua, saya kelihatan susut dan cengkung dan perubahan ini disedari oleh penyelia.Seperti pagi-pagi yang lain, pagi itu sewaktu saya merenung kosong skrin komputer mencari idea untukmula menulis, penyelia datang duduk di sebelah dan berkata dengan lembut: “I know it is hard for you to be away from Hana for the first time. But do not overreact. It is notlike you are not going to see her again. And she is happy and well taken care of there, isn’t she? Justbe focused for a month or two, get it done and go back in peace. Or, you can book a ticket and fly backhome now, do your writing up there. No one is forcing you to be here. Think about it. Make up yourmind and be firm about it.” Dia meninggalkan saya untuk berfikir, apa yang dikatakannya adalah benar. Saya yang memilih untuktinggal di sini tetapi saya sendiri juga yang membuang masa menangisi kerinduan dan kesunyian yanghanya sementara ini. Saya ingin berubah. Saya berdoa kepada yang Esa agar diberi kekuatan untuk bangkitdari kelesuan ini. Memang saya sangat berterima kasih kepada penyelia. Beberapa patah katanya ternyataberjaya mengubah minda dan membakar semangat saya. Hari mendatang menampakkan perubahan dalam diri saya. Berbekalkan motivasi yang tinggi untukbertemu dengan mereka yang tersayang, saya menghabiskan masa semaksimum mungkin untuk menulis.Selain menulis, saya juga membantu kerja-kerja makmal, menyertai kelas pengajaran dan mengisikekosongan jawatan sementara sebagai pustakawan, penjaga pintu, juru selidik, pembantu kantin danpelbagai lagi semata-mata untuk menambah duit saku. Sebenarnya, keadaan kewangan saya pada masa ini tidaklah terlalu buruk sampaikan terpaksa bekerjadi sana-sini. Simpanan yang ada cukup untuk menampung kehidupan yang selesa buat saya untuk lebihkurang empat bulan lagi. Namun, saya gembira dapat menyibukkan diri melakukan pelbagai perkara. Manamungkin saya dapat menulis sepenuh masa. Oleh itu, masa yang selebihnya saya penuhi dengan menimbapengalaman kerja bagi menghindari rasa kerinduan melampau pada keluarga tercinta. Sesekali terasabosan atau apabila masuk gaji, saya melangkah kaki ke Malaysian Hall untuk mengubati rindu masakanibu atau pergi membeli belah mengumpul buah tangan untuk dibawa pulang. Mengenang kembali pada hari apabila tesis saya yang telah siap dijilid dan dihantar ke meja pendaftarSOP, terasa satu bebanan berat diangkat daripada bahu ini. Berulang kali saya mengingatkan diri sendiribahawa saya telah melakukan yang terbaik selama ini dan kini tibalah masanya untuk bertawakal. Setelahhampir tiga bulan hidup bersendirian, hati saya tidak dapat bertahan lagi. Hati ini telah memecut pulangmeninggalkan jasad, kembali ke pangkuan orang-orang yang saya rindui. Saya segera membeli tiket kapalterbang dan mengejutkan semua ahli keluarga di rumah apabila tiba-tiba muncul di pintu pagar. Yangpaling membahagiakan ialah apabila melihat wajah si kecil yang tersenyum riang melihat sayabersebelahan dengannya apabila bangun dari tidur. Priceless! Kepulangan saya pada masa itu merupakan pada waktu yang terbaik iaitu pada hari sebelumbermulanya bulan Ramadan. Alhamdulillah, Ramadan tahun itu disambut dengan meriah oleh kamisekeluarga. Saya dapat menunaikan ibadah dengan tenang. Saya cuba untuk tidak memikirkan tentang tesis,viva dan PhD secara keseluruhan. Sebaliknya, saya melakukan hobi dan terapi yang paling saya gemariiaitu memasak buat keluarga. Apabila Syawal menjelang, fikiran saya tidak lagi tenang kerana saya tahutarikh peperiksaan viva akan diketahui tidak lama lagi. ‘DUP DAP DUP DAP DUP DAP DUP DAP’.

Degupan jantung saya kendengaran kencang setiap masa. Emel yang ditunggu-tunggu tiba pada minggukedua Syawal. Penyelia memberi beberapa pilihan tarikh untuk peperiksaan viva yang akan dijalankan.Saya memilih tarikh kira-kira sebulan tempohnya dari hari itu agar saya mempunyai masa yang cukupuntuk membuat persediaan. Saya berpendapat bahawa satu bulan itu memberi saya masa rehat yang cukup,‘mengecas’ semula kekuatan fizikal, emosi dan mental untuk berpisah dengan mereka yang saya kasihisekali lagi. Sejak detik itu, saya dan semua ahli keluarga menjadi begitu sibuk. Saya sibuk bersiap sedia untukkembali ke London bagi menguruskan penerbangan, perbelanjaan kewangan dan mengemas bagasi. Suamipula sibuk membuat panggilan jarak jauh kepada rakan-rakan di London untuk mencari penempatansementara yang berkos rendah buat saya. Emak sibuk dengan urusan dapur menyediakan berpaket-paketrendang daging, dendeng daging, ikan bilis, sambal dan beberapa jenis lain makanan panas yang tahanlama dan boleh disejukbekukan. Abah pula sibuk ke pasar raya membeli mi segera pelbagai perisa danmakanan kering yang lainnya hanya untuk memastikan anak kesayangannya ini tidak akan berada di dalamkelaparan di luar negara. Hanya Hana seorang sahaja yang masih tersenyum gembira tanpa mengetahuibahawa mamanya akan meninggalkannya tidak lama lagi. Dua hari kemudian, saya menaiki 12 jam penerbangan yang paling lama pernah dirasai denganperasaan bercampur-baur, sedih dan gemuruh. Sedih apabila membayangkan lambaian selamat tinggalanak kecil saya yang memegang botol susu dan bantal busuk di muka pintu subuh itu dan gementarmemikirkan peperiksaan viva yang bakal saya hadapi tidak lama lagi. Pagi itu, hanya Fendy yangmenghantar saya ke lapangan terbang. Kami melafazkan ucapan selamat tinggal yang paling ringkas.Selepas berpelukan erat dan mendengar pesanan Fendy yang sarat dengan kata-kata hikmah, saya terusmenuju ke kaunter imigresen. Saya cuba mengawal emosi dengan mengingatkan diri saya bahawa inimerupakan langkah terakhir sebelum menerima gelaran yang dikejar dan saya perlu melakukan yangterbaik. Sudah terlalu letih perjalanan PhD ini dan tidak sabar menungu ianya berakhir dan sudah tentuberakhir dengan jayanya.Viva VoceSaya kembali dan masih menumpang di rumah keluarga yang sama sewaktu menulis tesis dahulu. Manatidaknya hanya mereka yang menawarkan bilik dengan bayaran sewa sebanyak “…terpulanglah apa yangmampu…”. Saya amat berterima kasih kepada keluarga ini sehingga ke hari ini. Tanpa mereka, pasti sayatelah merasa lebih keseorangan dan kehilangan. Mereka memberi kekuatan kepada saya sebagaimana yangdiberikan oleh keluarga sendiri. Setiap hari saya akan ke SOP bagi menelaah sebagai persiapanmenghadapi viva. Oleh kerana masa menulis dan bekerja yang tidak tetap, saya sering pulang lewatmalam. Sehinggalah pada suatu hari, saya kuatkan hati untuk bermalam sahaja di ‘pejabat’ (tempat yangsaya panggil pejabat ini merupakan bilik menulis atau berehat yang bersambung dengan makmal yangdisediakan untuk ahli kumpulan penyelidikan kami). Kampus ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan bagi membolehkan pelajar PhD bekerja sehingga lewat malam. Sebenarnya, perkara ini bukanlah asing di kampus ini. Terdapat ramai penyelidik yang bermalam di

sini bagi meneruskan kerja-kerja mereka ekoran daripada bentuk kajian yang tidak tentu masa. Kampus inidilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan bagi membolehkan pelajar PhD bekerja sehingga lewat malam.Bangunan kampus dilengkapi dengan penghalang berkod di pintu utama dan laluan masuk, penjagabangunan beroperasi 24 jam, kamera litar di setiap koridor dan setiap pintu makmal dan pejabat jugadilengkapi kunci berkod yang kod aksesnya hanya diketahui oleh orang-orang tertentu sahaja. Kami jugadiberi kemudahan ‘buzzer’ apabila bermalam di kampus. Buzzer ini boleh digunakan untuk memanggilpihak penjaga bangunan sekiranya pelajar diganggu ataupun merasa sesuatu yang tidak kena. Tambahanpula, bilangan pelajar yang tidak ramai menyebabkan setiap kami dikenali oleh penjaga bangunan. Sejak daripada percubaan pertama, saya semakin merasa selesa untuk terus bermalam di kampus. Apatidaknya, saya tidak perlu lagi berlari mengejar kereta api pada lewat malam dan perbelanjaan perjalananjuga berkurangan. Apa yang saya perlukan semuanya ada seperti tandas, alat hawa pemanas, internet danketuhar gelombang mikro. Saya mempunyai toto dan kusyen kecil yang dijadikan pengalas tidur di bawahmeja. Kami juga mempunyai peti ais dan sinki di dalam pejabat bagi membolehkan saya menyimpan danmenyediakan makanan yang ringkas. Mi segera pelbagai perisa dan beraneka macam makanan sejuk bekubekalan ayah dan ibu menjadi makanan ruji setiap hari. Setiap hari, tepat jam 5.45 pagi, kehadiran tukangcuci yang datang untuk mengemas pejabat akan mengejutkan saya untuk bangun mandi dan membersihkandiri. ‘Alah bisa tegal biasa.’ Walaupun keselesaan lebih di bilik sewa, saya masih lagi memilih untukbermalam di pejabat pada kebanyakan masa. Hanya sesekali saya akan menunjukkan muka di rumah agarmereka tidak risau dan tahu bahawa saya dalam keadaan yang baik. Penyelia pada zahirnya tidakmenggalakkan saya tinggal di sini atas sebab-sebab keselamatan namun, beliau juga tidak memberihalangan keras. Pernah sekali beliau menawarkan kepada saya untuk menggunakan bilik anaknya di rumahnamun pelawaannya ditolak dengan baik. Bukanlah saya tiada tempat untuk pulang, cuma saya merasalebih selesa di sini. Saya pasti ramai yang akan bersetuju apabila saya katakan bahawa peperiksaan viva merupakanantara proses yang paling menakutkan sepanjang pengajian PhD, terutamanya kepada penyelidik mudayang pengalamannya baru setahun jagung seperti saya. Hanya dengan membayangkannya sahaja sudahcukup untuk membuatkan saya berasa seram sejuk dan berpeluh. Persediaaan yang dilakukan selamasebulan diibaratkan sebagai ‘warm up’ kepada hari viva yang sebenar. Saya menghabiskan sedikit masasetiap hari bersama penyelia untuk latihan soal jawab. Pada mulanya, kebanyakan soalan yang ditanyatidak dapat dijawab walaupun hanya merupakan soalan-soalan mudah berbentuk teori. Saya seperti keludan kaku, langsung tidak dapat mengingati kerja-kerja makmal yang pernah saya lakukan sepanjang tigasetengah tahun yang lalu. Namun, setelah beberapa hari, saya mula bertenang dan menjadi lebih fokus.Saya mula menyusun strategi untuk menjawab soalan viva dengan jayanya. Sesi viva yang saya alami tidak banyak berbeza daripada apa yang saya bayangkan. Cuma, saya tidaksempat berasa gemuruh sebenarnya kerana peperiksaan viva saya bermula dua jam lebih awal dari yangdijadualkan. Saya dipanggil secara tiba-tiba untuk masuk ke bilik peperiksaan. Saya agak terkejut denganperubahan mendadak ini tetapi segera menenangkan diri. Saya juga mahu ia bermula dan berakhir dengansegera. Hanya penyelia yang kelihatan benar- benar sesal tindakan terburu-buru pemeriksa yang tidakmengikut jadual yang telah ditetapkan. Saya dinilai oleh dua orang pemeriksa yang merupakan pakar dalam bidang masing- masing. Soalan-soalan yang ditanya merupakan soalan yang adil, yang kebanyakkannya telah diduga. Namun, terdapat jugasatu atau dua soalan yang dibalas dengan hanya kata-kata maaf dan senyuman sumbing dari saya. Secarakeseluruhannya, saya berpuas hati dengan prestasi diri sendiri dalam peperiksaan dan saya disuruh keluarselepas tidak sampai dua jam sesi viva bermula. Ketika itu, saya merasa tidak pasti apakah yang berlaku.

Apakah viva ini telah tamat? Agak mustahil ianya tamat secepat ini. Adakah jawapan yang saya beri tidakmemuaskan? Saya menjadi lebih panik ketika melangkah keluar berbanding dengan ketika melangkahmasuk ke bilik viva. Selepas saya keluar dari bilik viva, penyelia dipanggil untuk diberi penjelasan mengenai keputusanyang diperoleh. Kelihatan wajah penyelia yang merah padam sewaktu melangkah masuk ke bilik viva.Saya dapat merasakan yang beliau menjangkakan bahawa mungkin viva ini telah ditamatkan dengan lebihawal kerana saya panik atau kaku sehingga tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.Ternyata sangkaan negatif kami itu salah apabila saya menerima keputusan lulus dengan beberapapembetulan seperti yang diminta oleh kedua pemeriksa. Alhamdulillah. Saya tahu kelulusan ini berkat doayang tidak putus-putus daripada mereka yang saya sayangi di tanah air. Terbayang wajah mereka satu-persatu di ruang mata saya. Bulan itu merupakan bulan terakhir saya tidur di makmal sambil menghabiskanmi segera yang masih berbaki sebelum mendapat kemenangan penuh dalam pengajian ini!

12 DIARI SEORANG DR. Nurfadhlina Mohd SharefPengenalanSyahdu rasanya apabila mengimbas kembali saat-saat ketika saya dimaklumkan telah berjaya lulus vivakerana ini bermakna tamatlah perjalanan PhD yang saya perjuangkan selama lebih tiga tahun. Akhirnyadapat juga saya kembali ke pangkuan keluarga dan sahabat handai, menghirup udara tanah air yang sangatsaya rindui semenjak mula bermastautin di United Kingdom. Namun, mengenang pengalaman semasa viva,boleh kecut perut dibuatnya! Tempoh viva selama tiga jam setengah itu dirasakan agak lama walaupuntidaklah begitu menekan minda. Adat seorang pelajar banyak kekurangannya. Segala komen dan nasihatyang diberikan saya terima dengan baik sebagai bekalan hari-hari yang mendatang. Nasib baik juga sayamempunyai penyelia yang memahami keadaan saya dan keluarga pada masa itu. Mana tidaknya, kalauterpaksa melanjutkan tempoh pengajian lagi, alamatnya hidup sengsaralah kami tanpa gaji di bumi Britainini. Pada waktu itu, saya sedang melanjutkan pengajian bersama suami dan kami berdua masih berjawatantutor. Kontrak kami akan tamat jika kami tidak melapor diri selepas tiga tahun setengah daripada tempohmemulakan pengajian PhD kami. Memori ini membangkitkan semula perasaan runsing bagi menguruskan pembayaran sewa rumah,bayaran taska anak dan sara hidup seharian sewaktu di United Kingdom. Tambahan pula, anak kami padawaktu itu berusia hampir empat tahun dan telah mula bersekolah. Mujurlah ketika usianya sekitar duatahun ada sebuah keluarga Malaysia di Bristol yang sudi untuk menjaganya ketika kami ke universiti.Mengingati perkara ini menjadikan saya amat bersyukur kerana sebelum itu saya terpaksa belajar di rumahsambil menjaga anak. Bagi kami, urusan penjagaan anak merupakan salah satu perkara yang agakmembebankan kerana kosnya yang tinggi. Tambahan pula, kami tiada pilihan lain selain menghantarnya ketaska kerana kami berdua masing-masing terpaksa berebut peluang mengisi masa dengan penulisan tesis.Justeru, kami sangat lega kerana semua urusan kami di Bristol telah selesai dan dapat pulang ke tanah airdengan selamat. Sebelum berangkat pulang, kami telah mula menyiapkan diri untuk memulakan kehidupanbaru di Malaysia. Mungkin bunyinya remeh, tetapi zahirnya banyak cubaan dan ujian yang tidak pernahkami bayangkan.Tanah Tumpah DarahkuMenjejakkan kaki semula ke Universiti Putra Malaysia (UPM) setelah tiga tahun setengah berlalumengundang perasaan yang bercampur baur antara semangat yang berkobar-kobar, rasa bahagia, dandalam masa yang sama saya merasakan agak janggal. Walaupun masih ramai rakan seangkatan masihbelum melaporkan diri, saya tekadkan semangat untuk memulakan perjuangan baru sebagai ahli akademikdi universiti yang berstatus universiti penyelidikan ini. Kadangkala terasa sukar untuk fokus dan perasaansaya seperti terawang-awang seperti tiada hala tuju. Manakan tidak, penyesuaian bersama keluarga indukmasih belum berjalan lancar sepenuhnya. Ditambah pula dengan perasaan kekok di tempat kerja walaupun

sebenarnya saya bekas pelajar sarjana di sini dan pernah mengajar untuk satu semester. Namun, saya mula terasa kekurangan kerana sewaktu pengajian PhD, penyelia tidak begitu menitikberatkan mengenai penerbitan jurnal, apatah lagi yang berimpak tinggi. Persekitaran di fakulti terasa amat berbeza sekali. Semua orang seperti amat sibuk dan sentiasamengejar masa. Perjumpaan bersama rakan-rakan senior memang menyeronokkan memandangkan kamitelah lama tidak bertemu, tetapi mereka banyak bercerita tentang kehidupan kini yang berubah sejajardengan moto baru UPM iaitu ‘budaya prestasi tinggi’. Matlamat UPM untuk menjadi sebuah universitibertaraf dunia menyebabkan semua kakitangan perlu bekerja dengan lebih serius. Ini kerana pencapaianahli akademik diukur berteraskan kualiti hasil penerbitan. Al-maklumlah, semuanya haruslah ‘berimpaktinggi’. Bak kata pepatah Barat ‘publish or perish.’ Pepatah ini mendapat perhatian yang begitu seriusdalam kalangan ahli akademik bukan sahaja di UPM, malahan di universiti penyelidikan tempatan yanglain. Pihak pengurusan universiti menasihatkan ahli akademik muda seperti saya untuk lebih aktif dalampenyelidikan dan menggalakkan penulisan manuskrip jurnal untuk diterbitkan dalam penerbitan berkualiti.Saya bersetuju dengan keperluan ini kerana ini juga merupakan salah satu cadangan yang saya terimadaripada pemeriksa dalam sesi viva. Namun, saya mula terasa kekurangan kerana sewaktu pengajian PhD, penyelia tidak begitumenitikberatkan mengenai penerbitan jurnal, apatah lagi yang berimpak tinggi. Jika dibandingkan denganrakan-rakan lain yang masih menuntut di universiti tempatan, mereka sudah terlatih dalam paradigma ini.Ini berlainan dengan pengalaman saya di Britain, yang mana perkara yang dititikberatkan adalahsumbangan dalam kerja PhD yang digunakan di institut tempat penyelia berkhidmat sebagai konsultan. Halini secara tidak langsung sudah menjadi kayu pengukur kebolehpasaran penyelidikan yang dijalankan. Budaya di sana lebih menitikberatkan kualiti dalam jangka masa yang panjang, yang mana suatupenyelidikan dianggap berhasil dan bernilai setelah diuji untuk satu tempoh masa tertentu. Di samping itu,hasil penyelidikan haruslah mempunyai skop aplikasi yang meluas. Perbezaan matlamat penyelidikan inimenjadikan saya merasa agak tercabar dan memaksa diri untuk mengikut acuan baru keperluan universitiwalaupun agak gusar. Sebenarnya saya terasa seperti tidak berdaya untuk mensasarkan penerbitan dalamjurnal berimpak tinggi apatah lagi yang bertaraf kuartil satu. Pandangan ini sebaliknya berbeza bagi rakan-rakan sejawatan kerana pada mereka, saya tidak sepatutnya mempunyai masalah kerana hasil penyelidikansaya itu dilahirkan di luar negara. Maka, lebih mudah untuk diterbitkan di dalam jurnal-jurnalantarabangsa. Di sebalik keghairahan sebilangan rakan-rakan yang menyahut transformasi dalam kerjaya ahliakademik, terdapat juga segelintir yang bersahaja mengatakan mereka memilih untuk meneruskan carakerja seperti sedia ada kerana budaya baharu ini terlalu mendesak. Ada juga yang menggunakan alasaningin mendahulukan keluarga atau komitmen lain yang perlu diutamakan di rumah. Polisi baru ini jugaagak sukar diterima oleh rakan yang agak berusia sehinggakan ada yang hanya mengharapkan pelajar untukmenghasilkan penerbitan yang hebat kerana merasakan secara tidak langsung mereka telah menyumbangkudrat dan nama sebagai penyelia. Dalam konteks ini, saya berasa amat keliru dan gusar kerana situasimereka sudah tentunya tidak sama dengan keadaan saya yang perlu berdikari dan menyusun strategisendiri. Tekanan yang saya rasai ketika berada dalam kalangan rakan sejawat tidak sama dengan ketika saya

bersama rakan-rakan yang masih belajar. Rakan-rakan yang masih bertarung dengan PhD selalumengatakan saya amat beruntung kerana telah berjaya menamatkan pengajian dan melihat kejayaan inisebagai motivasi buat mereka. Namun, saya mengatakan PhD hanyalah tiket untuk menjadi ahli akademikdan turut bercerita mengenai cabaran-cabaran yang saya mula rasai (yang mana bakal menanti merekajuga). Walaupun rata-rata memahami cerita saya ini tetapi kerana mereka tidak melaluinya, keamatancabaran itu tidak dapat mereka bayangkan dengan jelas.Rezeki Yang Ditunggu Tak Kunjung TibaSelain rakan-rakan, keluarga juga turut menumpang bangga dan seperti biasa apabila satu kisah telahberakhir, kisah baru pula pasti dibuka. Kini, masing-masing mula bertanya mengenai perancangankeluarga memandangkan kami telah berjaya mencapai sasaran yang diimpikan. Manakan tidak, ramaisaudara dan rakan yang seusia sudah beranak dua dan ada yang sudah beranak tiga walaupun mereka jugamelanjutkan pengajian yang sama. Sebenarnya, saya dan suami sudah sepakat untuk menggunakan kaedahperancangan keluarga setelah anak kami dilahirkan kerana situasi kami yang tidak bersesuaian untukmenerima cahaya mata baru ketika melanjutkan pengajian. Tambahan pula, kelahiran anak saya pada waktu itu adalah melalui kaedah pembedahan. Oleh itu,doktor menyarankan agar kami menggunakan kaedah perancangan keluarga bagi mengurangkan risikohamil sekurang-kurangnya untuk dua tahun sehingga rahim pulih sepenuhnya. Setelah dua tahunmenggunakan kaedah perancangan tersebut, kami mengambil keputusan untuk berhenti merancangkelahiran. Namun begitu, kami masih belum diberi rezeki anak kedua menjelang tahun ketiga pengajian.Bingit juga telinga apabila ada suara sinis yang menyelar tindakan kami merancang keluarga terutamanyaapabila ada yang mengatakan bahawa kononnya kami terlampau mengejar kejayaan sedangkan anak adalahsumber rezeki. Pada ketika itu, stigma masyarakat sangat dirasai kerana pada mata umum, setinggi manapun kelayakanseseorang perempuan, beliau masih perlu ke dapur dan mendidik anak. Tambahan pula, sesetengahmasyarakat berpandangan bahawa pasangan yang tidak ramai anak bermakna mereka tidak bahagia. Lebihteruk lagi, ada yang beranggapan bahawa isteri tidak subur sungguhpun berdasarkan teori perubatan,suami dan isteri masing-masing menyumbang peratusan yang sama kepada masalah kesuburan (iaitu 40%,manakala 20% lagi faktor ketidaksuburan tidak diketahui). Ada juga rakan-rakan yang berkata merekahairan dan kagum kerana walaupun kami berdua melanjutkan pengajian bersama, kami bersama-samadapat menyempurnakan pengajian. Ini kerana ada berbagai cerita negatif berkaitan pasangan yangmenjalankan PhD bersama-sama. Walau bagaimanapun, terdapat juga interaksi yang memedihkan telingaapabila ada rakan yang seperti meremehkan kejayaan saya kerana pendapat mereka tentulah saya akanberjaya kerana tidak mengandung sepanjang tempoh pengajian. Di sebalik mengharungi cabaran mengadaptasi dan cuba membiasakan diri dengan tugasan baru, jauhdi sudut hati saya merasa agak gusar kerana menyedari usia yang sudah mencecah 30-an dan anak kamisudah ‘terlebih bersedia’ dari segi usia untuk mendapat adik. Kerisauan saya bertambah kerana mengikutteori umum, tahap optimum kesuburan seseorang wanita akan menurun apabila menjejaki umur 35 tahun.Hal ini ditambah dengan pelbagai info dari sumber bacaan yang melaporkan penurunan kadar kesuburandi Malaysia dan di serata dunia. Mengikut pembacaan saya, antara penyebab utama adalah tekanan ditempat kerja, umur, cara pemakanan yang kurang sihat dan penyakit kesuburan pada suami atau isteri. Sebagai ikhtiar, saya pun mula mencuba pelbagai kaedah rawatan tradisional untuk hamil sepertiurutan tradisional (dek kerana terpikat dengan pelbagai iklan di dada akhbar). Ini merupakan langkah yang

biasa diambil oleh pasangan yang berhadapan dengan situasi yang sama. Saya sebenarnya tidak begituyakin bahawa saya atau suami mempunyai masalah kesuburan kerana kami telah dikurniakan anak padaawal perkahwinan. Tambahan pula mengikut pembacaan, masalah kami ini dikenali sebagai masalahketidaksuburan sekunder iaitu masalah untuk hamil kali kedua. Apabila berbincang dengan suami, beliautidak begitu khuatir, malahan sudah merasa selesa dan cukup bahagia dengan keadaan keluarga sekarang.Bagi beliau, sekurang-kurangnya kami telah mempunyai seorang anak. Beliau juga berpendapat sekarangmerupakan masa untuk serius membina kerjaya. Kata-kata ini membuatkan saya cuba untuk melupakan halkehamilan dan lebih memberi fokus kepada kerja bagi memastikan kehidupan kami sekeluarga lebihtenang dan bahagia tanpa terlalu memikirkan perkara yang tidak pasti. Namun, tidak dinafikan ada kalanya saya duduk berseorangan memikirkan nasib diri. Sebagai seorangmanusia yang lemah, saya tidak dapat lari daripada perasaan terkilan. Sampai di sini sahajakah rezekiyang Allah bagi pada saya? Saya teringin untuk merasakan nikmat mengandung dan menimang anak kecilsekali lagi walaupun sering terdengar rakan-rakan yang beranak kecil mengeluh kerana berhadapandengan pelbagai cabaran membesarkan anak mereka. Sesekali terlintas juga di hati kecil saya, mungkinkahini balasan hukum karma kerana menggunakan perancang keluarga ketika waktu tubuh saya sihat dansesuai untuk mengandung? Akan tetapi, segera saya nyahkan perasaan itu kerana saya pasti keputusan yangdiambil merupakan yang terbaik buat kami suami-isteri setelah menimbangkan kebajikan kami anak-beranak ketika berdagang di bumi British ketika itu. Saya akui, sebenarnya sukar bagi saya untuk mengelak daripada merasa tertekan ekoran daripadakeluarga dan masyarakat yang acap kali bertanya mengenai perancangan menambah anak lagi. Saya tahukebanyakan persoalan yang dilontarkan hanya secara bersahaja dan tanpa niat yang terselindung. Namun,kerana terdorong oleh persepsi diri sendiri dan ditambah dengan harapan menggunung untuk mendapatberita kehamilan, akhirnya persoalan ini telah bertukar menjadi sesuatu yang menyeksakan. Saya jugakerap mengalami demam dan tidak sihat kerana terlalu tertekan dengan impian yang masih belum tercapaiwalaupun saya merasakan bahawa saya sudah cuba yang terbaik.Pengajaran, Penyelidikan dan Penerbitan Berimpak TinggiDi pejabat pula, saya aktif dalam beberapa projek kecil tetapi di sebalik penglibatan tersebut, penerbitandalam makalah jurnal yang bersesuaian tidak juga muncul-muncul. Ini kerana tahap penyelidikan saya yangmasih belum matang dan belum sesuai untuk diterbitkan. Hal ini menyebabkan saya makin tertekan keranasaya tahu markah pencapaian tahunan pasti akan rendah kerana ketiadaan penerbitan makalah jurnal, gerandan tiada pelajar pasca siswazah untuk diselia. Motivasi diri saya juga semakin menurun kerana terlibatdengan aktiviti di pejabat yang kebanyakannya hanya melibatkan pengajaran, persediaan pengajaran danbermacam urusan pentadbiran sedangkan banyak lagi kriteria yang lebih dititikberatkan dalam kaedahpenilaian staf. Di samping beban kerja di pejabat, saya juga perlu meneruskan tugasan semulajadi sebagai seorangisteri dan ibu. Walaupun kini saya tidak perlu lagi berjaga setiap malam untuk menyediakan artikel ilmiahseperti ketika zaman PhD, namun kadangkala tuntutan mengejar tarikh akhir menyemak tugasan pelajar dantarikh tutup permohonan geran memaksa saya untuk bersengkang mata sehingga larut malam. Hubungansaya dan suami juga kadangkala terganggu kerana tekanan emosi ini. Suami saya cuba memujuk danmencadangkan agar saya menghalakan tekanan dengan merancang strategi untuk penerbitan danpenyelidikan. Kami juga banyak berbincang mengenai cabaran yang kami alami di tempat kerja. Beliaujuga ada menerima sindiran mengenai anak tetapi beliau seakan mempunyai cara tersendiri untuk

menangkis semua sindiran tersebut sekaligus tidak memberi apa-apa kesan terhadap emosinya. Beliaujuga lebih bernasib baik kerana telah mendapat pelajar untuk diselia dan beberapa permohonan gerannyatelah diluluskan. Walaupun acap kali terasa diri seperti tidak mempunyai kualiti yang diperlukan untuk terus kekaldalam kerjaya ini, saya tahu dan perlu mencuba sehabis baik. Tambahan pula, saya ingin membuktikanbahawa saya mempunyai prestasi kerja yang baik dan tentunya tidak layak menggunakan alasan sibukdengan komitmen rumah tangga. Motivasi diri pada waktu itu telah merosot dan saya rasa tidak dihargai ditempat kerja. Adakala juga saya merasakan mungkin telah memilih kerjaya yang salah. Saya juga adamempertimbang pilihan untuk berhenti kerja, tetapi apabila memikirkan bahawa sebenarnya saya sukadengan kerja ini, saya memujuk diri untuk bertahan dan cuba bersabar. Berkali juga saya merasakan diriini tidak berguna terutamanya apabila dibandingkan dengan orang lain yang selalu tidak menang tanganapabila pulang ke rumah (malah ketika di pejabat pun perlu memikirkan mengenai urusan rumah tetapimasih mempunyai prestasi kerja yang baik). Namun, di sebalik semua itu, saya sedar bahawa saya masihbertatih dalam kerjaya yang dipilih ini. Tetapi kerana tertekan dengan sistem penilaian, semua aktiviti dansumbangan saya rasakan seperti tidak bernilai. Di samping hati yang tidak bahagia kerana selalu memikirkan adakah nasib kami hanya beranak satu,kegusaran hati juga datang daripada persekitaran kerja yang tidak menggembirakan. Walaupun saya hanyaperlu mengajar satu subjek sahaja, namun saya sudah merasakan impak himpitan hidup sebagai ahliakademik kerana masih tidak mempunyai sebarang penerbitan dalam bentuk jurnal dan masih belummendapat peluang untuk menyelia pelajar. Ini adalah antara ukuran nilaian prestasi yang amat diutamakan.Berdasarkan mesyuarat jawatankuasa penyeliaan fakulti, ada beberapa orang pelajar telah diletakkan dibawah penyeliaan saya, namun malangnya mereka membatalkan pendaftaran sebelum sempat memulakanpengajian. Ura-ura yang saya dengar meramalkan kononnya ramai pelajar membatalkan pendaftarankerana masalah kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia. Walaupun sebab sebenar mereka tidakmendaftar tidak diketahui, hati kecil berbisik, mungkin mereka memilih tawaran universiti lain keranatidak berpuas hati diletakkan di bawah penyeliaan saya. Saya juga berasa sungguh kecil kerana beranggapan tentulah pelajar tidak berminat dengan sayakerana profil saya yang tidak memberangsangkan. Pada masa yang sama, saya sendiri merasa kurang yakindengan kredibiliti diri untuk menyelia pelajar. Apatah lagi apabila mendengar beberapa kes penyeliaanpelajar antarabangsa yang bermasalah kerana kadangkala mereka yang memilih ke Malaysia bukanlahpelajar yang cemerlang. Selain bingung dengan potensi diri dalam penyelidikan dan kepimpinanpenyeliaan, saya juga tidak dapat merasakan keseronokan ketika mengajar seperti yang dilafazkan olehrakan-rakan lain. Kesemua faktor ini menyebabkan saya sentiasa berasa risau kerana saya tahu bahawa markahpenilaian prestasi saya masih di bawah tahap memuaskan. Yang lebih merisaukan saya adalah apabilamesyuarat jabatan memaklumkan berita tentang kewujudan kategori pensyarah lemah. Kebetulan pularamai rakan senior yang bercerita mereka juga pernah mendapat markah di bawah tahap sepatutnya danini telah mengakibatkan mereka sukar memohon kenaikan pangkat kerana salah satu pra syaratnya ialahmarkah melebihi 80 dalam tiga tahun berturut-turut. Perkara ini seterusnya akan memberi kesan kepadapengesahan dalam jawatan dan gaji tahunan tidak akan dinaikkan. Keluarga tidak dapat memahami masalah yang saya hadapi. Mereka berpendapat tentulah sayagembira sekarang dan memandang tinggi taraf jawatan saya kerana bergelar Dr dan berstatus PensyarahKanan. Mereka masih mempunyai stigma bahawa bekerja sebagai pensyarah amat mudah (hanya perlubanyak bercakap), mempunyai banyak waktu senggang serta boleh cuti dalam waktu cuti semester. Acapkali perbualan kami menjadi tegang apabila perkara ini disentuh kerana saya seolah-olah membesarkan

cerita dan mencipta imej bahawa kerjaya saya hebat dan penting. Tekanan demi tekanan telah menjadikan saya lebih pesimis kerana saya merasakan seperti telahmencuba sehabis baik tetapi masih belum membuahkan hasil. Hal ini membuatkan saya nekad memberi‘laluan’ kepada suami untuk menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti di pejabatnya. Lebih-lebih lagiapabila melihat beliau tidak mempunyai banyak masalah seperti saya kerana kumpulan penyelidikan dipejabatnya lebih aktif dan teratur dan beliau telah mempunyai banyak pelajar untuk diselia, sekaligusmembuatkan sasaran penerbitannya terjaga. Satu lagi permasalahan yang timbul ialah apabila saya masih memilih untuk tidak menyertai sebarangaktiviti yang memerlukan saya keluar daerah seperti mengikuti persidangan atau menjalani latihan keranatidak mahu berenggang dengan keluarga. Suami juga seperti tidak mahu melepaskan saya pergi keranasukar baginya untuk menguruskan anak nanti. Semua ini saya terima dengan rela kerana saya jugamerasakan bidang penyelidikannya lebih berpotensi dan suami saya lebih workaholic berbanding saya.Oleh itu, saya fikir lebih baik mendahulukannya agar beliau dapat dinaikkan pangkat terlebih dahulu.Bukanlah wang yang kami cari kerana kami tidak lagi mengalami masalah kewangan yang mendesakseperti di UK dahulu, sebaliknya impak budaya prestasi tinggi di tempat kerja menjadi faktor penggalakutama. Walaupun mempunyai konflik, saya terus aktif membina kerjaya dan menumpukan sepenuh fokus untuk penyediaan pengajaran dan di waktu kuliah. Walaupun mempunyai konflik, saya terus aktif membina kerjaya dan menumpukan sepenuh fokus untukpenyediaan pengajaran dan di waktu kuliah. Saya cuba melakukan pelbagai aktiviti menarik bersamapelajar serta rakan-rakan pengajar lain kerana telah dilantik sebagai perantara (moderator) dalam satusubjek. Saya juga telah mengajak beberapa rakan untuk menulis sebuah buku berbentuk aktiviti yangsebahagiannya adalah sebagai sasaran untuk skor nilaian prestasi. Saya telah mempunyai beberapa artikelyang diterbitkan dalam prosiding, memohon hak cipta beberapa perisian, dan menyumbang kepakarandalam bidang melalui beberapa projek kecil. Namun, saya tahu saya masih lagi tiada apa-apa pencapaianyang boleh dibanggakan dan skor nilaian prestasi saya masih tidak memuaskan. Saya memasang strategi untuk membina kepakaran kerana ini adalah faktor penarik bakal pelajarpasca-siswazah. Tambahan pula, ada rakan yang mengatakan mereka masih belum menyelia pelajar atassebab bidang yang sudah kurang popular. Saya mula mencari penyelesaian masalah ini denganmenggunakan media sosial seperti LinkedIn, Academia, ResearchSea, SlideShare, Mendeley dan GoogleSites sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan diri melalui media yang mendapat liputan lebihmeluas. Melalui platform ini, saya telah mendapat lebih banyak pendedahan tentang penemuan baru dalampenyelidikan dan mengikuti perkembangan teknologi yang sedang hangat. Saya juga mula menerimabeberapa emel berkaitan dengan permohonan lantikan sebagai penyelia.Berjumpa KunciDalam bulan kelapan setelah saya melaporkan diri di tempat kerja, saya telah dipanggil untuk menjalaniprogram induksi untuk kakitangan lantikan baharu, yang merupakan salah satu syarat untuk memohon taraf

jawatan pensyarah tetap. Saya bernasib baik kerana sejurus melaporkan diri, saya telah dilantik untukmemegang jawatan sebagai Pensyarah Kanan. Jika menurut polisi, kakitangan bertaraf tutor yang tamatpengajian PhD boleh memohon jawatan itu. Sepanjang kursus tersebut, saya telah belajar banyak perkarayang berkaitan dengan perjawatan. Sebagai penjawat awam dan sebagai ahli akademik yang mewakiliUPM, pengisian program ini amat bermakna dan membuka mata saya tentang kepentingan untuk merancangkerjaya seperti sasaran untuk kenaikan pangkat, membangunkan kepakaran, membina jaringan denganindustri dan ahli akademik yang lain dan bergiat lebih aktif sebagai seorang profesional dalam bidangsaya. Sepanjang program ini, saya telah mendapat beberapa orang kenalan baru dari fakulti-fakulti lain danmenyedari mereka juga berhadapan dengan situasi yang sama walaupun bukan semuanya bertarafpensyarah baharu dan muda. Ada di antara kenalan baru ini yang telah mengembangkan kerjaya merekadengan menggunakan peluang yang disediakan oleh pihak universiti seperti menjadi jururunding,menghadiri latihan kepakaran, menjalani sangkutan penyelidikan serta menyertai program sangkutanindustri. Kami juga asyik bercerita mengenai program pasca-kedoktoran kerana program tersebut dialu-alukan oleh pihak universiti. Oleh kerana tempoh induksi yang panjang, peserta induksi mula menjalinkanhubungan yang akrab antara satu sama lain. Selain berbicara mengenai hal kerja, kami mula berkongsikisah hidup. Perkongsian cerita ini amat menarik dan telah membuka mata saya untuk melihat banyakkisah-kisah yang dialami juga oleh mereka yang lain. Kebetulan pula, isu ketidaksuburan sekunder turutsama dibincangkan dan menurut sumber seorang rakan dari Fakulti Perubatan, ramai juga yang tergolongdi dalam kategori ini di UPM. Saya mula memikirkan mungkin ada petunjuk yang boleh dimanfaatkan dalam kursus yang saya hadiriini. Saya berazam untuk memecahkan kepompong yang membelenggu diri saya kerana mula merasa lemasdan tidak mahu konflik dalam diri ini berterusan. Tekad saya dalam hati, jika usaha saya untuk menambahzuriat tidak termakbul, sekurang-kurangnya saya masih boleh melakukan perkara lain yang menguntungkan.Setelah setahun berada di Malaysia, saya berjumpa dengan pakar mengenai masalah kesuburan ini danantara nasihatnya adalah supaya saya cuba untuk mengelakkan tekanan. Saya juga mula mengambil pilkesuburan serta meningkatkan aktiviti sukan. Selain itu, saya mula menimbangkan peluang untukmengembangkan kepakaran sama ada dengan mengikuti program sangkutan di industri, sangkutan sebagaifelo penyelidik di institusi pilihan atau memohon sebagai felo pasca-kedoktoran di universiti pilihan. Pada awalnya, saya ingin memilih opsyen sangkutan industri kerana saya belum pernah bertugas dalamarena industri. Saya hanya pernah berkhidmat sebagai pembantu penyelidik sesudah tamat pengajiansarjana muda sebelum mula bekerja di UPM. Dalam opsyen ini, pensyarah akan berkhidmat di industriterpilih dan dibayar oleh majikan industri serta mendapat pengecualian tugas hakiki akademik dengantempoh minima enam bulan dan maksima dua tahun. Saya mempertimbangkan cabaran yang mungkindihadapi jika memilih opsyen ini. Selain perlu menyesuaikan diri dengan budaya tempat kerja yang baharu (iaitu dalam persekitaranyang tidak pernah saya alami, serta berhadapan dengan orang yang tidak dikenali), saya juga tahu waktutugasan amat ketat dan mungkin saya perlu bekerja lebih masa. Keperluan ini agak sukar saya penuhikerana saya ingin berada di rumah setiap masa apabila anak dan suami memerlukan saya di sisi mereka.Saya juga tidak sanggup menerima tekanan yang tinggi memikirkan harapan dari sudut kualiti dan bebanankerja oleh pihak industri terhadap pekerja yang berkelayakan PhD. Saya tidak mahu dicemuh jika tidakdapat menyempurnakan sebarang tugasan yang diberi. Cabaran ini sangat getir kerana saya hanya terlatihdalam rutin kerja berbentuk pengajaran dan penyelidikan. Saya juga menjadikan alasan bahawa sebagaipenyediaan modal jangka masa panjang, saya perlu mula meningkatkan kuantiti penerbitan.

Pada masa inilah saya mula mengenal pasti dengan lebih serius bidang yang saya minati dan berpotensi untuk dikembangkan untuk dijadikan sebagai aset diri. Pada masa inilah saya mula mengenal pasti dengan lebih serius bidang yang saya minati danberpotensi untuk dikembangkan untuk dijadikan sebagai aset diri. Saya terpikat untuk memilih programpasca-kedoktoran berbanding program sangkutan penyelidikan yang lebih pendek tempohnya. Programpasca-kedoktoran memberi masa yang lebih panjang dan membuka peluang untuk sama ada menjalankankajian khusus seperti penyelidikan sepenuh masa (bagi sebahagian komponen untuk projek geran),penyambungan penyelidikan PhD atau memulakan bidang penyelidikan baru. Saya menimbang sama adamahu meneruskan bidang dan topik penyelidikan yang telah dimulakan semasa PhD kerana telahmempunyai asas dalam bidang ini dan telah mempunyai beberapa penerbitan sebagai penanda araskepakaran. Tetapi, saya merasakan skop bidang PhD saya agak terhad kerana bidang ini tidak begitupopular dan masih baru di Malaysia terutamanya kerana ia bersifat terlalu asas. Ini menyukarkan sayauntuk mengembangkan jaringan penyelidikan dengan rakan, apatah lagi untuk berbincang bagi membentukidea baru sebelum permohonan geran dan aktiviti penyelidikan yang lain. Saya mula memasang niat untuk mendalami bidang yang baru bagi mengikuti arus perubahan terkinidan memenuhi keperluan kepakaran yang belum ada di UPM. Saya nekad kerana sekurang-kurangnya sayaakan mendapat latihan tambahan dalam penyelidikan dan menambah kepakaran. Saya mulamempersiapkan diri untuk melalui kitaran seperti semasa memohon menjalankan PhD iaitu penyediaanproposal, permohonan tempat pengajian dan penyelia serta permohonan pembiayaan dan cuti belajar.Jangkaan hasil penyelidikan dalam program pasca-kedoktoran juga lebih tinggi berbanding program cutipenyelidikan memandangkan tempoh minimanya ialah enam bulan dan maksima 24 bulan. Saya tahu sayaakan melalui semula kitaran seperti pengajian PhD seperti kajian ilmiah sistematik, penjanaan idea dankaedah penyelesaian masalah dan laporan dapatan penyelidikan yang perlu disediakan setiap enam bulansekali. Namun, perkara yang paling saya utamakan adalah merancang untuk memenuhi petunjuk prestasiseperti penulisan jurnal berwasit atau berimpak kerana saya perlu beringat bahawa masa yangdiperuntukkan adalah terhad. Maka, saya perlu bijak merancang tempat untuk menjalankan penyelidikandan mengurus kerja agar jangkaan aktiviti penyelidikan mampu dicapai. Saya memilih untuk menjalankan program ini dalam negara bagi mengelakkan isu adaptasi dancabaran-cabaran yang lain yang pasti akan dilalui jika ke luar negara seperti menguruskan pemindahankeluarga, rumah, wang dan jangkaan prestasi yang tinggi. Saya akhirnya memilih UKM yang kebetulannyamempunyai seorang profesor yang boleh menyelia dalam bidang yang saya impikan. Bidang ini merupakanbidang baru tetapi sedang hangat dikembangkan di Malaysia dan mempunyai komuniti yang aktif di seluruhdunia. Tambahan pula, bidang yang saya pilih ini mempunyai geran penyelidikan peringkat nasional. Olehitu, saya merasakan ia mempunyai impak tersendiri dari segi itu dan merasa amat bersemangat keranabidang yang saya pilih ini adalah merupakan kesinambungan bidang penyelidikan saya sewaktu PhD dankajian-kajian kecil yang saya jalankan setelah pulang ke Malaysia selepas PhD. Saya amat berharap pengalaman pasca-kedoktoran ini dapat membantu untuk menjadikan saya seorangpenyelidik yang lebih cekap dan penyelia yang berwibawa. Kebetulan pula, setelah saya mengemukakanborang permohonan menjalani program pasca-kedoktoran, saya juga telah mendapat seorang pelajarsarjana untuk diselia. Ini menambahkan kesyukuran saya kepada Tuhan dan menganggap ini adalah petandayang baik untuk kehidupan saya. Saya berharap pelajar sarjana ini akan dapat menjalankan

penyelidikannya dengan baik di bawah penyeliaan saya. Lebih-lebih lagi apabila teringatkan kisahkecewa dua kali kerana pelajar siswazah yang terdahulu tidak jadi mendaftar. Selain daripada memberi fokus untuk menjadi pelajar semula, saya juga meletakkan harapan yangtinggi agar dapat hamil dalam tempoh pasca-doktoral. Saya sudah penat berhadapan dengan kekecewaansetiap kali datang haid, tambahan pula mendapat gangguan sakit menjelang haid dan berat badan naikakibat kesan sampingan pil tersebut. Ramai rakan-rakan yang menenangkan saya dan memberi pelbagainasihat. Antara yang paling ditekankan adalah supaya jangan terlalu memikirkan sangat mengenai kejayaanuntuk hamil dan menyuruh saya mengelakkan tekanan.Pasca-DoktoralSetelah permohonan saya untuk cuti belajar dan menjalankan program pasca-kedoktoran diterima, sayamelapor diri sebagai felo pasca-kedoktoran di UKM genap 18 bulan setelah tamat PhD dan kembali keUPM. Saya berasa sangat teruja kerana hajat telah tercapai. Saya berazam untuk menggunakan aset yangada pada diri dan peluang yang diberikan sebaik mungkin. Saya gembira kerana dapat menumpukanperhatian kepada pembacaan dalam bidang ini dan berbincang dengan penyelidik yang berkongsi minatyang sama. Saya merasa puas kerana dapat mendalami kemahiran teknikal dalam bidang pilihan ini. Disamping itu, saya juga berasa gembira kerana sebagai ‘bonus’ setelah memilih untuk menjalani programini di tanah air, saya dapat meneruskan aktiviti penyelidikan dan penyeliaan di UPM. Selain itu, saya mula dikenali dalam bidang baru ini dan telah dilantik sebagai penyelidik bersamadalam geran-geran penyelidikan yang penting. Kepercayaan yang diberi ini memberi banyak ruang untuksaya mempelajari kaedah permohonan dan pengurusan geran serta latihan dalam mengembangkanpengetahuan ke arah penyelidikan penemuan baru. Ini membuatkan saya berasa sangat bermotivasi dansudah mempunyai banyak perancangan untuk projek penyelidikan pada masa akan datang. Walaupunkadangkala saya merasakan tempoh dua belas bulan tidak cukup untuk saya menjana hasil penyelidikanyang mantap, namun saya belajar bersabar dan menerima itulah budaya penyelidikan dalam lautan ilmuyang begitu luas. Saya juga belajar untuk menangkis tekanan yang terbentuk dalam diri akibat cita-cita sendiri dan jugakritikan yang tidak begitu membina daripada teman-teman. Ini kerana saya sedar bahawa untukmembolehkan sesebuah hasil penyelidikan sampai ke tahap yang mantap dan bermutu tentulah usaha yangjitu diperlukan. Oleh itu, saya menuruti stigma dalam penerbitan iaitu kadangkala kuantiti mengatasikekuasaan kualiti. Saya membahagikan hasil kerja kepada beberapa peringkat untuk diterbitkan dalam penerbitanberwasit yang mempunyai proses wasit yang cepat dan menyimpan sebahagiannya untuk pertimbanganpenyelidikan di jurnal yang lebih berprestij yang selalunya mengambil tempoh yang lebih lama. Inisekurang-kurangnya akan memastikan saya dapat memenuhi sebahagian sasaran dalam penilaian prestasikerja. Antara kebaikan yang lain adalah untuk mempromosi kepakaran yang ada dan tahap pencapaiandalam kajian. Kini, saya semakin yakin yang saya sudah berada di landasan yang betul. Saya tidak lagi berasa terlalutertekan seperti dahulu kerana gembira sekurang-kurangnya saya mendapat pengetahuan dalam bidang baruyang boleh menjadi aset kepada banyak aktiviti penyelidikan. Berkat latihan yang telah dilalui, sayamerasakan kemahiran saya dalam pemikiran kritis, penyelidikan, penyelesaian masalah, pembangunanperisian dan penulisan telah bertambah baik. Saya juga dapat mempersembahkan idea yang lebih bernasberbanding sebelum ini dan berazam akan terus berubah menjadi lebih baik.

Apabila saya menganalisa pengalaman yang telah saya lalui, saya berpendapat ini semua terjaditerutamanya kerana saya tidak mempersiapkan minda dengan cabaran yang akan ditempuhi selepaspengajian PhD. Sebelum ini, sasaran saya hanya untuk menyempurnakan pengajian PhD dan memperolehtiket untuk mendapat lantikan tetap sebagai pensyarah. Saya alpa akan perlunya kesediaan menerimakekurangan diri dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan keperluan baru dalam persekitaran kerja dengankadar segera. Saya tidak lagi berasa ingin berhenti kerja dan berhadapan dengan dilema bahawa diri sayatidak berguna. Saya berazam untuk mempersiapkan diri sebagai pensyarah dan penyelidik yang cemerlangsupaya dapat menyampaikan ilmu yang berguna kepada ibu pertiwi dan anak bangsa khususnya dan kepadaperkembangan ilmu untuk ketamadunan dunia amnya. Namun, di sebalik semangat baru menjalani rutin harian yang lebih bermakna ini, saya masih belumberjaya hamil. Saya kini lebih berserah dan yakin bahawa akan ada hikmahnya di sebalik semua dugaanini. Misi saya yang terkini adalah untuk memanfaatkan masa yang saya ada bersama keluarga dan rakan-rakan yang tercinta serta menggunakan semua peluang yang telah diberikan dalam hidup ini. Saya kinibelajar untuk redha menerima qada dan qadarNya dan berpegang kepada prinsip bahawa Dia tidak akanmenduga hambaNya dengan perkara yang tidak mampu untuk ditanggung. Saya percaya Dia mempunyaiperancangan yang lebih baik untuk saya dan keluarga. Meskipun begitu, saya tidak sunyi dari menerima komen-komen seperti “mesti penerbitan awak dahbanyak kan…” atau “Mestilah awak kat rumah pun boleh study, akak kat rumah memang tak menangtangan dengan urusan rumah.” Stigma ini mengingatkan saya tentang mentaliti dan sikap sesetengahindividu yang tidak sensitif dengan perasaan orang lain. Ia juga menjadi petunjuk bahawa wujudnyabudaya dan individu yang mementingkan kuantiti daripada kualiti berbanding budaya untuk membentukpersekitaran kerja yang lebih sihat. Secara tidak langsung ianya menjadi cabaran dan perangsang untuksaya membuktikan bahawa penyelidikan saya juga boleh berhasil dan saya boleh menjadi orang yangberguna. Tambahan pula, kata-kata mereka memang benar jika difikirkan secara logik, jadi sayasepatutnya menerima komen-komen ini dengan hati terbuka dan berfikiran dengan lebih positif. Perkara paling penting yang saya pelajari melalui pengalaman ini adalah kerjaya dan keluarga perluseiring. Seperti kata pepatah, ‘keluarga bahagia untuk kerjaya yang berjaya dan berjaya dalam kerjayauntuk keluarga bahagia.’ Dalam hal ini, sokongan suami amat penting dan sangat diperlukan. Bagimengelakkan timbulnya banyak masalah dan cabaran yang remeh temeh, perancangan urusan hariankeluarga perlu dilaksanakan. Tambahan pula, sekiranya dicongak secara kasar, sebahagian besar masa kita(jika bekerjaya) dihabiskan di tempat kerja, dan ini adalah sumber utama penjanaan kewangan keluarga.Jadi, adalah amat penting bagi kita untuk menyediakan persekitaran yang membahagiakan di tempat kerjaagar produktiviti dapat dimaksimakan. Dalam hal ini, semua pihak perlu berfikiran positif dan lebihsensitif kepada perasaan rakan sekerja. Ini akan mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni,menghargai satu sama lain dan melenyapkan tekanan akibat wujudnya perasaan seperti menjadi ‘pak turut’atau ‘robot’.Cabaran Masa HadapanSebagai tip untuk menjadi ahli akademik yang berjaya, seseorang perlu mempunyai minda sedia belajar,kelapangan dada, semangat juang yang tinggi yang berterusan dan tidak mudah berputus asa. Ahliakademik perlu akur kepada cabaran untuk berjaya dalam kedua-dua bidang pengajaran dan penyelidikanwalaupun dikekang dengan masa yang terhad. Ini kerana jika difikirkan dalam jangka masa panjang,faedah yang diperolehi oleh pelajar melalui pengajaran akan menjadi aset untuk mereka mendapatkan

sesuap nasi berbanding bilangan pembaca jurnal yang lebih terhad. Selain itu, kemahiran pembinaan kewibawaan diri bagi mendapatkan kepercayaan orang lain dan‘mempromosi’ kepakaran juga perlu dipupuk supaya rakan seperjuangan yang lain akan membuka ruangkerjasama. Lebih penting lagi adalah pembinaan kepakaran jangka masa panjang dan penyediaan matlamatjangka panjang. Tiada panduan asas untuk menentukan kebolehkekalan dalam kepakaran sesuatu bidang,sama seperti pepatah ‘tiada jalan singkat untuk berjaya.’ Setiap penyelidik perlu aktif menjalankan aktivitipenyelidikan dan melakukannya secara berdedikasi. Penyelidik juga perlu merekrut penyelidik lain yangsealiran agar bidang yang dikenal pasti dapat menjadi lebih kukuh dan dapat menjadi daya penarikpelajar. Pengurusan aktiviti akademik juga perlu dilakukan bagi memastikan persediaan yang mencukupidalam pengajaran supaya pembelajaran yang berkualiti dapat dicapai. Ini termasuk memantapkan nota danpersediaan kuliah, perancangan aktiviti dalam dan luar kuliah serta latihan akademik untuk kemahiran dankandungan pengajaran. Oleh itu, pensyarah baru perlu menjadi lebih proaktif dalam mencari ruang untuk membinakeistimewaan diri sendiri sebagai daya penarik kepada para pelajar dan juga pihak lain yang bersesuaianuntuk membentuk jaringan kerjasama. Cabaran-cabaran awal yang dialami oleh pensyarah muda jugamerupakan simbolik dan latihan awal yang perlu dilalui sebagai acuan laluan kerjaya kerana lebih banyakujian menanti pada masa hadapan. Justeru, tenaga yang konsisten diperlukan untuk kekal relevan sertadapat memberikan pulangan yang lebih berbanding kejayaan melalui jalan singkat. Apapun, yang palingpenting adalah semangat juang yang jitu, tidak putus asa serta bersikap terbuka dan bersedia untuk belajaratas niat untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

13 SRIKANDI PhD: SUATU REFLEKSI Sabariah Mohamed Salleh dan Emma MohamadPengenalanKelulusan ijazah kedoktoran atau PhD, kini dilihat sebagai aset bagi seseorang individu sama ada yangberkhidmat dengan kerajaan mahupun institusi swasta. Kerajaan Malaysia sendiri telah mensasarkan untukmenghasilkan 60,000 lulusan PhD menjelang tahun 2023 (Idris Musa, 2011). PhD dilihat sebagai tiket ataucara yang paling efektif untuk menghasilkan rakyat yang bakal memacu pembangunan dan modenisasi(Smith, 2010; Halsey & Mobray, 2011). Lantaran itu, tidak hairanlah jika anak-anak muda berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat (samaada dalam atau luar negara) untuk pengajian pasca siswazah mereka. Universiti-universiti tempatanseperti Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatatkan peningkatan sebanyak 50% terhadap pengambilanpelajar PhD pada tahun 2011 (Susan Albert Kassim, 2011). Malah, memiliki segulung ijazah PhD bagipensyarah universiti ketika zaman ini bukan lagi suatu opsyen atau pilihan. Ia adalah suatu kemestian yangharus dipenuhi jika seseorang itu bercita-cita untuk berkecimpung dalam bidang akademik. Srikandi PhD cuba untuk mendalami isi hati wanita-wanita yang menjalani PhD dan berkongsi cerita bagi membakar semangat caloncalon PhD wanita yang lain untuk berjaya menggapai ijazah kedoktoran masing-masing. Namun, pencapaian akademik wanita dalam profesion pensyarah di Malaysia masih agak ketinggalanberbanding lelaki. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia padatahun 2010 (rujuk Bab satu), bilangan kakitangan akademik lelaki di IPTA yang mempunyai kelulusan PhDadalah lebih banyak daripada kakitangan akademik perempuan. Srikandi PhD cuba untuk mendalami isihati wanitawanita yang menjalani PhD dan berkongsi cerita bagi membakar semangat calon-calon PhDwanita yang lain untuk berjaya menggapai ijazah kedoktoran masing-masing. Tidak dinafikan bahawa wanita mempunyai cabaran-cabaran tersendiri semasa melanjutkan PhD dancabaran ini unik dan berlainan daripada situasi yang dihadapi oleh kaum lelaki. Buku ini memberikangambaran yang jelas tentang perjalanan PhD wanita melalui naratif peribadi mereka (yang sedang, dantelah) menempuhi pengembaraan ini. Walaupun terdapat cabaran yang mungkin boleh membuatkanseseorang menyerah kalah, tetapi penulis-penulis telah menunjukkan bahawa setiap masalah ada jalanpenyelesaiannya dan setiap cabaran ada jalan keluar dan hikmah di sebaliknya. Ini diharap dapatmenyuntik sedikit semangat dan menjadi motivasi kepada para pembaca untuk meneruskan perjalanan PhDmereka. Seperti kata Chong dalam Bab 10, ibarat suatu maraton, PhD adalah seperti suatu larian yangmemerlukan stamina yang konsisten. Dalam ‘larian’ tersebut, pelbagai perkara harus ditempuhi, seperti

‘kehausan’, ‘keletihan’, ‘kelesuan’ dan tekanan emosi. Semuanya perlu diatasi untuk sampai ke kilometerke-42. Di sinilah letaknya kekuatan buku ini. Berbeza dengan buku bantu diri (self-help) atau ‘how-to’,naratif peribadi dalam Bab Dua sehingga Bab 12 menceritakan secara deskriptif ranjau yang dilalui olehwanita dalam proses meraih segulung ijazah PhD bermula dari awal larian, ke pertengahan dansehinggalah sampai ke kilometer terakhir sebelum meraikan kejayaan. Bab akhir ini akan menyingkap pengalaman yang dilalui oleh semua penulis dari sudut akademik.Suatu analisis tema telah dilakukan ke atas naratif peribadi yang telah dipaparkan dari Bab Dua hingga keBab 12 untuk mengenalpasti isu-isu yang timbul hasil dari perbincangan para penulis dalam naratifmasing-masing. Tema-tema tersebut akan merumus pengalaman PhD yang mungkin dilalui oleh wanitadalam tempoh PhD mereka. Secara khusus, setiap tema berkisar dari peristiwa yang signifikan yangdilalui oleh setiap penulis. Ini dirasakan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang bakal memulakanperjalanan PhD atau mereka yang sedang berjuang untuk mendapatkan PhD. Tambahan pula, kajian tentang naratif pelajar Malaysia secara spesifik, yang sedang atau telahmenjalani PhD masih kekurangan. Rata-rata kajian terhadap pengajian tinggi di Malaysia hanya berkisartentang hubungan antara pelajar dan penyelia (Krauss & Ismi, 2010) dan pendapat tenaga akademikuniversiti luar negara tentang cabaran yang dihadapi oleh pelajar Malaysia (Semuelowicv, 1987).Jelasnya, penyelidikan kualitatif tentang PhD di Malaysia masih kurang, lebih-lebih lagi penyelidikantentang pelajar wanita secara spesifik. Terdapat dua bahagian analisis tema dalam bab ini iaitu temapenulisan naratif srikandi-srikandi dalam buku ini dan kupasan proses adaptasi dalam alam PhD menurutteori lengkuk U.Analisis Tema Naratif Penceritaan PhDBahagian pertama ini akan mengupas tema yang timbul dari cara penulisan naratif menerusi Bab Duasehingga Bab 12. Tiga tema besar dilihat timbul dari analisis naratif penceritaan tentang PhD penulis-penulis buku ini adalah hubungan gender, kepelbagaian peranan wanita dan kekaburan konteks PhD danperibadi.Hubungan GenderDalam keseluruhan 11 naratif penceritaan PhD penulis dalam buku ini, perbincangan mengenai hubungangender kerap kali timbul dan dikongsikan. Ini boleh berbentuk sama ada hubungan penulis dengan ayah,suami, kekasih mahupun rakan lelaki dalam perjalanan PhD mereka. Ternyata terdapat hubungan genderyang positif dan negatif diperhatikan dalam naratif. Positif dalam konteks keseimbangan peranan antaralelaki dan perempuan mahupun tolak ansur antara kedua-dua gender. Negatif pula contohnya berbentukhubungan persaingan serta ketidakfahaman antara kehendak dan keperluan gender. Kedua-dua hubungangender ini amat menarik jika diteliti dari sudut cara penulisan naratif penulis. Namun begitu, kupasanhubungan gender positif dan negatif yang akan dibincangkan ini merupakan konteks-konteks kecil dan tidaksemestinya menggambarkan keseluruhan naratif PhD. Naratif hubungan gender yang negatif paling ketara adalah dalam konteks harapan dan kehendakperanan wanita yang masih mengikut peranan tradisional gender mengikut sistem patriaki. Dalam naratif,srikandi-srikandi PhD membincangkan tugas sebagai seorang isteri yang harus dipenuhi seperti memasak,mengemas rumah, menyediakan makan pakai suami dan anak-anak, di samping menggalas tugas sebagai

seorang pelajar PhD. Contohnya, Noris (dalam Bab Tiga) yang bercerita mengenai dalam kesibukan memenuhi tugassebagai pelajar, beliau juga perlu memenuhi harapan untuk memasak untuk suami. “Seperti suri rumah yang lain, setibanya di rumah, tugas-tugas seperti memasak dan melayan anak dan suami pula bermula. Jik a mak an malam dapat disempurnak an dengan dengan cepat, dengan izin suami k adangk ala saya k embali k e mak mal pada wak tu malam untuk menyambung k erj a-k erj a penyelidik an hinggalah awal pagi (j am 12 malam, 1 pagi).” Malah, cerita Noris juga mengetengahkan harapan suami terhadap tugas isteri untuk memasak danmengemas rumah. “Pada saya, hari minggu adalah hari untuk saya berehat, maka masak-memasak sebolehnya yang paling ringkas. Berlainan pula dengan suami, pada hemat beliau, hari minggulah yang ditunggu-tunggu beliau untuk merasa menu istimewa daripada saya seperti nasi beriyani, nasi tomato, lauk rendang, sup k ambing dan sebagainya. Beliau j uga tidak faham bagaimana saya boleh membersihkan tempat kerja tanpa rungutan, tetapi apabila tiba masanya untuk membersihk an rumah sendiri saya menj adi berat tulang pula.” Selain tugas-tugas memasak dan megemas rumah, wanita juga secara lumrah menjadi orang pertamayang diper-tanggungjawabkan dalam soal penjagaan anak. Contohnya, boleh dilihat menerusi Hanna (BabEnam) dalam penceritaan beliau mengenai giliran menjaga anak yang sakit. “Sepanjang tempoh Suri di dalam kelas ‘toddler’, mungkin lebih lima kali peristiwa cirit ini berlaku.Namun begitu, jika dikira (dengan teliti) mungkin hanya sekali Miji yang menjemput dan pulang menjagadi kala waktu siang.” Tidak dinafikan hubungan gender yang negatif ini hanyalah kes kecil dalam konteks naratif PhD yanglebih luas. Apatah lagi dalam setiap penceritaan yang negatif akan disusuli dengan perbincangan antarasuami/isteri dan tolak ansur bagi menyelesaikan masalah. Namun, contoh-contoh ini menggambarkankelaziman masyarakat kita yang masih melihat peranan wanita dalam konteks tradisional walaupun sedangmengejar ijazah akademik tertinggi atau berkarier. Pepatah masyarakat Melayu sendiri amat bias dari segiperanan wanita, ‘setinggi mana pun perempuan itu, tempatnya tetap di dapur.’ Pepatah ini sahaja sudahcukup menunjukkan betapa tradisionalnya peranan suami dan isteri dalam konteks masyarakat Melayu dandi Malaysia sendiri. Penceritaan srikandi-srikandi ini diharap membantu masyarakat dan terutamanyakaum Adam untuk lebih sensitif dalam menilai dan meletakkan harapan masyarakat terhadap wanitaterutama yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Tidak dinafikan salah satu kemungkinan bias berlaku adalah kerana terdapat perbezaan yang ketaradari segi harapan yang diletakkan atas bahu lelaki (suami) dan wanita (isteri) PhD. Dalam cerita Noris,tugas suami ketika melanjutkan PhD tidak sebeban wanita. “Pernah suatu petang, ketika mengorak langkah pulang ke rumah, saya disapa Ujang (bukan namasebenar). Beliau merupakan salah seorang pelajar PhD dan juga senior saya yang telah berumah tanggadan mempunyai seorang anak. Kami berjalan pulang sambil bertukar-tukar cerita dan sama-samamengeluh akan kebuntuan dalam menyelesaikan cabaran pengajian yang dihadapi. Tiba-tiba, Ujangmeminta diri dan membelok ke arah rumah sekumpulan pelajar lelaki bujang yang lain. “Nak pergi mainPlayStation lah. Bagi release tension sedikit,” kata beliau sambil tersengih. Saat itu saya merasakan darah saya menyirap, bukan dengan Ujang, tetapi dengan ketidakadilan genderyang ketara. Apa tidaknya, kami sama-sama bergelar pelajar PhD, sama-sama kusut dibebani masalahpengajian, sama-sama letih setelah seharian memerah otak di makmal, akan tetapi sebagai seorang lelaki,beliau tidak perlu berkejar-kejar pulang ke rumah untuk memasak, menyusukan anak dan menguruskanrumah tangga. Malah, sempat pula beliau singgah bermain permainan video sedangkan tugas saya sebagai

isteri di rumah pula harus bermula. Alangkah untungnya beliau sebagai seorang lelaki kerana saya yakinisteri beliau pada ketika itu sudah pun siap menyediakan makan malam dan setia menanti kepulanganbeliau di rumah. ‘Sungguh tidak adil!’ getus hati saya.” Ternyata cabaran menjalani PhD oleh wanita lebih besar daripada lelaki kerana tugas, harapan dantanggungjawab mereka lebih banyak. Kadangkala kita tidak sedar bahawa tekanan seperti inilah yangmampu membantutkan kejayaan seseorang kerana secara tipikalnya masyarakat hanya melihat status kitasebagai pelajar PhD sahaja, tetapi terdapat banyak peranan lain yang dipikul oleh wanita dalam prosesini. Namun demikian, naratif srikandi-srikandi buku ini juga menceritakan hubungan gender yang positif.Sebagai contoh, gambaran pengorbanan suami yang meninggalkan karier di Malaysia untuk mengikutiisteri melanjutkan PhD. Malah, naratif juga banyak membincangkan konteks suami sebagai pengurus rumahtangga atau kesanggupan bekerja di bawah status kelayakan untuk membantu menambah pendapatankeluarga. Contohnya, cerita mengenai percubaan untuk memasak oleh suami Hanna. “Ada sekali Miji cuba menunjukkan kepetahannya di dapur, satu cubaan untuk menjadi lelaki serba boleh. Mungkin pada hari itu saya demam. Setelah berlalunya 30 minit, dua hidangan siap disediakan iaitu telur dadar dan salad berserta campuran sos cili dan mayonis untuk di mak an bersama nasi. Saya gembira dengan disuapi satu mulut nasi dan telur dadar. Wah! boleh tahan! Suapan k e dua bersama salad. “Mmm, pelik rasanya, terlebih sos cili,” bisik hati. “Wah! sedapnya, pandai Miji masak,” terpacul dari mulut. Miji gembira saya makan bertambah. Keesokannya dia memasak lagi. Lauk yang sama, cuma k ali ini sos cilinya lebih berganda.” Selain memasak, kerja rumah juga dibahagi bersama suami isteri. Dalam menangani beban di rumah,Noris bercerita, hasil daripada perbincangan ini kami mencapai kesepakatan. Ternyata komunikasi antarasuami isteri amat penting untuk mengimbangi perbezaan harapan terhadap pasangan. Dalam perjalananPhD, aspek ini harulah ditekankan agar suami isteri mencapai kesepakatan di rumah dan di tempatkerja/belajar. “Sebolehnya kami akan selang-selikan seminggu untuk makan di luar dan minggu hadapannya untukmemasak menu istimewa di rumah. Begitu juga dengan jadual membersihkan rumah, jika hari Sabtu kamiberehat, Ahad kami akan bergotong royong mencuci seisi rumah. Suami mencuci dapur, saya mencucitandas, suami mengemas ruang tamu dan saya mengemas bilik tidur, begitulah.” Walaupun tidak dinafikan terdapat hubungan gender yang positif dan negatif dibincangkan dalampenceritaan, apa yang menarik adalah boleh diperhatikan corak penulisan ketika berbicara mengenaihubungan gender yang negatif. Dalam naratif, kerap diperhatikan penulis akan berusaha meneutralkangambaran hubungan gender yang negatif tersebut dengan memasukkan gambaran yang positif terhadappasangan atau situasi tersebut. Contohnya ketika Hanna berbicara mengenai keputusan vivanya yang disambut hambar oleh suami. “Empat tahun saya berusaha gigih, hari ini k erj a saya diik tiraf k esarj anaannya, Mij i nak mak an ik an goreng di rumah. Tidakkah dia mahu makan di restoran Kabul?, atau paling tidak menempah pizza di restoran Mario’s. Walaupun Miji sedaya upaya menunj uk k an k egembiraan dan tumpang bahagia dengan k ej ayaan saya, namun saya tahu dia merasak an dia gagal (walau Mij i sebenarnya tidak gagal pun). Hati saya masih k ecil sehingga k eesok an pagi.” “Syaitan datang membisik halus dan menusuk di telinga. Tiba-tiba, saya teringat ak an raut manis waj ah ibu saya. Di hari pertama saya bernikah, ibu berpesan tiga perkara. Salah satu yang tersemat adalah sekiranya kecil hati dengan pasangan atau ketika Miji amat menjengkelkan, ingatlah akan kebaikannya. Tidak lama kemudian, saya teringat satu k ebaik annya. Ketik a saya bersedih menerima k eputusan viva tahun k edua yang pahit, Mij i tidak menyuruh saya berhenti dari pengaj ian, sebalik nya memberi saya ruang dan sok ongan tidak berbelah bahagi bahawa saya boleh melak uk annya. Beliau juga menasihati bahawa ini hanyalah satu ujian yang patut dijadikan sebagai batu semangat. Saya kembali sayang k epada Mij i dan reda bahawa ini adalah satu k elemahannya (di saat itu) sebagai seorang manusia.” Terdapat juga naratif yang memberi pengunduran diri wanita demi kesejahteraan keluarga dan

kejayaan suami. Contohnya, Nurfadhlina ketika membincangkan mengenai perjalanan karier akademikbeliau dan suami. “Satu lagi permasalahan yang timbul ialah apabila saya masih memilih untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang memerlukan saya keluar daerah seperti mengikuti persidangan atau menjalani latihan kerana tidak mahu berenggang dengan keluarga dan suami juga seperti tidak mahu melepaskan saya pergi kerana sukar baginya untuk menguruskan anak nanti. Semua ini saya terima dengan rela kerana saya juga merasakan bidang penyelidikannya lebih berpotensi dan suami saya lebih workaholic berbanding saya. Oleh itu, saya fikir lebih baik mendahulukannya agar beliau dapat dinaik k an pangk at terlebih dahulu. Buk anlah wang yang k ami cari k erana k ami tidak lagi mengalami masalah k ewangan yang mendesak seperti di UK dahulu, sebalik nya impak budaya prestasi tinggi di tempat k erj a menj adi f ak tor penggalak utama.” Corak ini menggambarkan pengunduran secara sukarela oleh wanita untuk menstabilkan situasi yangnegatif terhadap lelaki dalam hubungan tersebut. Ini bermakna, walaupun situasi yang sebenar-benarnyamendedahkan ketidakstabilan peranan gender, wanita tetap akan cuba mengundurkan diri atau‘menyejukkan hati’ dengan penjelasan terhadap perbezaan gender yang negatif tersebut. Menariknya,melalui naratif peribadi ini, dapat diperhatikan bahawa wanita melihat kejayaan PhD mereka selaridengan kejayaan keluarga, maka secara keseluruhannya hubungan suami isteri harus juga dilihat berjaya.Pengunduran secara sukarela ini dapat dilihat terutamanya dalam naratif antara suami dan isteri yangkedua-duanya berkarier yang sama atau hampir sama bidang seperti dalam kes Hanna dan Nurfadhlina.Hal ini boleh dikaitkan dengan norma masyarakat Asia yang kolektif dan hidup saling bergantungan sertaboleh juga dilihat dari konteks kekeluargaan Islam yang menghormati suami sebagai ketua keluarga. Halyang sama mungkin berbeza jika dilihat dari perspektif Barat dan cara mereka menilai peranan gender danpersaingan PhD antara lelaki dan perempuan.Kepelbagaian dan Kepentingan PerananAnalisis terhadap naratif peribadi yang dijalankan mendapati bahawa wanita mengiktiraf kepelbagaianperanan yang mereka sandang sepanjang pengajian PhD. Namun, apa yang menarik adalah peranan yang diluar konteks pelajar dilihat sama penting dengan peranan sebagai pelajar PhD. Kerap kali dalam naratif,wanita membincangkan bagaimana peranan sebagai pelajar bertindan dengan tanggungjawab lain dankepentingan mengimbangi kesemua peranan yang dipikul. Contohnya dalam Bab Empat, Norismenceritakan bagaimana beliau bekejaran untuk memenuhi tugas sebagai ibu dan pelajar. “Saya terpaksa berkejar-kejar daripada satu tempat ke tempat yang lain, contohnya daripada seminar penyelidikan, kemudiannya berkejaran mengambil anak saya dari rumah untuk dibawa pula ke pusat seni. Selesai program, saya bergegas kembali ke makmal kerana ada perjumpaan dengan penyelia. Hadir ke perjumpaan atau seminar dalam keadaan mengah, berpeluh-peluh dan kurang dua minit sebelum majlis bermula adalah sesuatu yang tidak asing bagi saya lagi dek tuntutan tanggungjawab sebagai ibu dan pelajar ini. Sungguh saya penat, tetapi saya gagahkan jua k erana memik irk an inilah yang harus saya k orbank an untuk berj aya dalam k edua-dua peranan yang saya pik ul.” Emma pula melihat makna PhD beliau melalui kepelbagaian label yang disandangnya. “Jika dilihat dari konteks label, PhD membawa erti yang khusus kepada saya sebagai seorang anak, isteri, ibu dan seorang pelaj ar. Tetapi j ik a dilihat secara menyeluruh, PhD amat signif ik an k epada diri dan perk embangan saya sebagai seorang wanita. Setiap label yang dipegang k etik a menj alank an PhD mengaj ar saya erti k epayahan. Dalam setiap label itu jugalah saya mencari kekuatan untuk meneruskan PhD. Dalam erti kata lain, setiap label itu mengajar saya erti k ehidupan dan k ej ayaan.”

Tidak dinafikan bahawa cabaran dalam memegang pelbagai peranan ini menyentuh jugatanggungjawab biologikal seorang wanita. Contohnya cabaran ketika mengandung (seperti Sabariah),keguguran kandungan (seperti Anis), melahirkan, menyusu badan (seperti Emma), tekanan emosi selepasbersalin (seperti Mazlina) dan tekanan rezeki menambah zuriat (seperti Nurfadhlina). Cabaran-cabaran inieksklusif kepada wanita dan harus dilihat sebagai cabaran tambahan berbanding lelaki dalam kembaraPhD. Setiap peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh wanita adalah penting kerana ia memperlihatkankebolehan dan keupayaan wanita untuk menempuhi cabaran PhD walaupun memegang pelbagai label.Kadangkala wanita terlupa bahawa kekuatan itu lahir dari keunikan cara wanita berfikir/berfungsi. Tidakdinafikan bahawa wanita lebih bijak multi-tasking berbanding lelaki. Oleh itu, kaum hawa harus melihatbagaimana untuk menggunakan kelebihan ini dalam mendepani cabaran PhD mereka.Kekaburan Konteks PhD dan PeribadiDari kedua-dua tema yang dibincangkan sebelum ini, adalah jelas bahawa terdapat kekaburan garisanantara kerjaya professional sebagai pelajar dan peranan peribadi wanita. Kerap kali naratif yangmembincangkan tentang PhD dibina di bawah topik peribadi. Ini jelas dilihat kerana walaupun kesemuasebelas penulis diminta untuk bercerita mengenai pengalaman PhD, tiada seorang pun yangmembincangkan pengalaman PhD secara eksklusif dari lensa pelajar sahaja. Malah, kesemua naratifmempunyai elemen peribadi dalam cerita mereka, kadangkala lebih dari cerita PhD itu sendiri. Pemerhatian ini menunjukkan bagaimana PhD dilihat dan ditakrif oleh wanita sebagai sebahagiandaripada elemen peribadi dan bukannya saling eksklusif. Apabila wanita bercakap mengenai cabaranPhD, mereka melihat juga dalam konteks cabaran peribadi. Begitu juga apabila mereka berbicaramengenai kejayaan PhD, pastinya cerita disulami kisah manis peribadi. Adalah jelas bahawa dari kacamata wanita, perjalanan dan pengalaman PhD berlaku seiring dengan kehidupan peribadi. Rozitacontohnya berkongsi bagaimana penghijrahan beliau ke luar negara menjalani PhD membantu untukmelupakan kisah silam yang pahit. “Namun takdir menentukan bahawa kami tiada jodoh, dan perpisahan yang menyakitkan menyebabkan saya membuat k eputusan mengej ut untuk pergi melanj utk an pelaj aran k e luar negara. Mencari angin baru dan melupak an k isah cinta tidak k esampaian. Di dalam hati saya berk ata, ‘Jodoh k etentuan Tuhan, namun k ehidupan mesti diterusk an. Yang tinggal kini hanya kerjaya, jadi jangan dibiarkan kerjaya tertangguh lagi.’ Atas semangat tersebut saya menerima tawaran biasiswa dari sebuah institut di Scotland untuk pengaj ian sarj ana mesk ipun pada k etik a itu saya telah mempunyai ij azah Sarj ana Alam Sek itar dari Universiti Putra Malaysia.” Rozita juga membangkitkan isu menarik tentang status beliau sebagai wanita lewat usia dandiskriminasi masyarakat terhadap wanita bujang tanpa PhD di institut pengajian tinggi. Masalah persepsimasyarakat terhadap wanita yang melanjutkan PhD tanpa suami di sisi juga dibincang oleh Sabariah danbagaimana hal ini boleh mempengaruhi tumpuan pembelajaran PhD beliau. “Bukan itu sahaja, cabaran yang seterusnya saya harus lalui ialah untuk bersedia menjalankan kehidupan di negara asing tanpa suami atau ahli k eluarga terdek at. Memang semasa dari proses permohonan lagi, suami saya telah membuat k eputusan untuk tidak mengik uti saya k e mana-mana negara yang bak al saya diami untuk tiga tahun yang ak an datang. Mampuk ah saya melak uk annya? Apabila teman-teman mengetahui k eputusan suami, ada yang memberi sok ongan, tetapi ada j uga yang mula mengeluark an cerita-cerita yang boleh saya k ategorik an sebagai cerita ngeri. ‘Keprihatinan’ teman- teman saya sambut dengan perasaan k ecewa. Terdetik di hati saya, tidak k ah merek a f ik ir bagaimana k ata-k ata ini boleh menimbulkan kegusaran di hati saya, sekaligus membuatkan tumpuan saya terhadap kerja-kerja berkaitan PhD terganggu?”

Salina turut berkongsi cerita kehilangan ayah yang tercinta dalam proses melanjutkan PhD. “Sebagai tutor, adalah menj adi satu k eperluan melanj utk an pelaj aran secepat mungk in. Tetapi pada wak tu yang sama, saya amat merisaukan tahap kesihatan ayah yang semakin uzur. Saya menangguh-nangguhkan pemergian saya untuk melanjutkan pelajaran dan pernah memikirkan untuk meneruskan sahaja PhD di universiti tempatan kerana sekiranya berlak u k ecemasan, mudah untuk saya segera balik menj engah ibu bapa di k ampung. Namun, saya bernasib baik k erana mendapat banyak sokongan daripada ibu dan adik-beradik lain yang berjanji untuk menjaga ayah ketika itu. Mereka meminta saya memf ok usk an k epada persediaan k e luar negara dan ini memberik an saya sedik it k eyak inan. Namun, pada 24 April 2006, ayah tercinta telah menyahut panggilan Illahi ketika saya sedang menjalani kursus Biro Tata Negara (BTN) di Negeri Sembilan.” Pemerhatian ini memberi gambaran bagaimana situasi sebenar wanita melihat dan mentafsir cabaran-cabaran PhD mereka. Dalam naratif-naratif ini, tidak dinafikan bahawa wanita melihat PhD sebagai sebahagian daripadahidup peribadi mereka. Tiada garis nyata antara dunia akademik dan peribadi. Malah jika diperhatikan,kesemua naratif dalam buku ini menyentuh pengalaman peribadi sungguhpun penulis-penulis boleh fokushanya kepada pengalaman PhD sahaja. Pemerhatian ini memberi gambaran bagaimana situasi sebenarwanita melihat dan mentafsir cabaran-cabaran PhD mereka. Pemerhatian ini juga dapat menyumbangkepada penambahbaikan sistem pendidikan di peringkat PhD oleh institusi-institusi pengajian tinggitempatan dan luar negara. Malah, seperti yang diunjurkan dalam Bab Satu, cerita-cerita dalam ketiga-tigatema ini mampu memberi input kepada universiti untuk merangka kursus-kursus latihan kepada kakitanganakademik wanita sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat PhD.Analisis Lengkuk U PhDBahagian kedua analisis tema ini akan melihat bagaimana naratif-naratif dalam buku ini hampir menepatiproses adaptasi berpandukan teori lengkuk U. Lazimnya, teori lengkuk U dibincangkan dalam kajian keatas proses adaptasi yang dilalui oleh pelajar yang belajar di luar negara (Ward et. al, 1998; Tsang,2001), individu yang mengikuti pasangan belajar atau bekerja di luar negara (Black dan Gergersen, 1991)dan migran (Beaver, 2008; Chaban et. al, 2011; Kidd, 2010; Torbiorn, 1982). Malah, kajian-kajiantersebut dilakukan dengan lebih mendalam dan membincangkan juga proses adaptasi terhadap negarasendiri sekembalinya tamat belajar atau bekerja di luar negara untuk jangka masa tertentu. Lazimnya duakali proses adaptasi ini dikenali sebagai Lengkuk W. Walaupun teori lengkok U sering kali digunakan untuk membincangkan atau menerangkan prosesadaptasi seseorang yang berpindah secara fizikal ke tempat baru, analisis tema yang dilakukan keatasnaratif peribadi penulis-penulis buku ini mendapati bahawa corak lengkuk U juga wujud dalam prosesadaptasi PhD. Oleh itu, adalah relevan untuk menggunakan teori lengkuk U bagi menerangkan prosesadaptasi yang dialami oleh para penulis atau dalam konteks ini, responden dalam kajian ini. Hal inikerana, walaupun pengajian PhD tidak semestinya melibatkan perpindahan secara fizikal ke tempat baru(khususnya untuk pelajar PhD dalam negara), ia melibatkan perpindahan ke fasa baru atau dunia baru iaitudunia pembelajaran dan akademik yang lazimnya telah ditinggalkan untuk seketika selepas memulakankerjaya. Tambahan pula, perpindahan ini juga secara tidak langsung mendedahkan pelajar kepada budaya,norma dan kepercayaan baru seperti tuntutan untuk menulis artikel jurnal, memulakan kajian secara

persendirian tanpa bantuan sesiapa dan menyesuaikan diri untuk bertukar status dari bekerja kepadapelajar. Sebelum memulakan perbincangan tentang hasil daripada analisis naratif responden, penulis akanmenerangkan lebih lanjut tentang teori lengkuk U. Ini akan diikuti dengan perbincangan tentang dapatandaripada analisis kandungan yang dilakukan terhadap naratif dalam bab-bab sebelum ini. Teori Lengkuk U telah diperkenalkan oleh Lysgaard (1955) untuk menerangkan tentang penyesuaianrentas budaya yang dilalui oleh seseorang yang berpindah ke tempat asing. Menurut Lysgaard (1955: 50),“Adjustment as a process over time seems to follow a U shaped curve: adjustment is felt to be easy andsuccessful to begin with; then follows a “crisis” in which one feels less well-adjusted, somewhatlonely and unhappy; finally one begins to feel better adjusted again, becoming more integrated intothe foreign community.” Antara lain, ia menerangkan bagaimana seseorang menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru,terutamanya dengan budaya asing yang memerlukan mereka melalui proses adaptasi dan pemahamanantara budaya. Teori lengkuk U menyenaraikan empat fasa yang dilalui oleh sojourner atau pengembarayang baru sahaja berpindah atau bermigrasi ke tempat baru. Fasa-fasa ini menerangkan tentang prosesperalihan yang dihadapi oleh individu di dalam percubaan untuk memahami budaya dan kualiti kehidupandi tempat baru. Fasa pertama dikenali sebagai fasa bulan madu yang mana individu yang baru sahaja berpindah berasateruja dengan keadaan atau situasi baru yang sedang dihadapi. Lazimnya, fasa ini berlaku di bulan-bulanpertama yang mana mereka masih berasa takjub dan terpesona dengan tempat baru dan menikmati keadaanbaru seolah-olah seperti pelancong. Setelah beberapa minggu, saat kejutan budaya bermula. Kejutan budaya menurut Oberg (1960:177)adalah “anxiety that results from losing all our familiar signs and symbols of social intercourse.’’Kenyataan ini disokong oleh Adler (1975), yang mana beliau menyatakan kejutan budaya adalah suatureaksi emosi kepada kehilangan sokongan dan pengukuhan terhadap budaya seseorang dan pendedahankepada budaya baru yang tidak memberikan sebarang makna yang signifikan kepada individu tersebut.Tuntasnya, ia merujuk kepada kekeliruan yang dihadapi oleh individu apabila memasuki dunia baru yangmempunyai norma dan kepercayaan yang berbeza dengan individu tersebut (Liu, Vocic dan Gallois, 2011:248). Keadaan ini mengambil masa untuk diatasi dari beberapa minggu hinggalah ke setahun. Di fasa ini,individu mula menyedari pengembaraan ini bukanlah sementara dan bukan ibarat satu percutian. Merekasedar yang mereka harus menyesuaikan diri dengan keadaan baru sama ada mereka suka atau tidak denganperkara yang sedang dilalui. Sering kali mereka akan menghadapi tekanan, berasa kecewa atau putus asa,keliru dan terancam (Liu, Vocic dan Gallois, 2011: 249) terutamanya apabila ditimpa pelbagai musibahdan cabaran. Fasa ketiga adalah fasa penyesuaian diri yang memperlihatkan bagaimana individu-individu mulasedikit demi sedikit cuba untuk beradaptasi dengan norma dan cara hidup yang baru. Penyesuaian dapatdilihat melalui tahap kebolehan menghadapi situasi asing dan baru yang dahulunya membuatkan seseorangberasa kurang selesa atau keliru. Ini berlaku kerana mereka mempunyai pengetahuan tentang selok beloknegara didiami dan cara terbaik untuk berfungsi secara efektif di tempat tersebut. Kebiasaan dengantempat baru juga membuatkan individu mempunyai tanggapan dan harapan yang lebih realistik terhadaptempat baru dan penduduknya dan tidak cuba mengikuti budaya, norma dan kepercayaan tempat barusecara bulat-bulat (Usunier, 1998). Akhirnya, pada fasa terakhir, individu didapati dapat hidup di tempat baru dengan efektif danproduktif. Mereka berjaya menyesuaikan diri dalam persekitaran baru dan berupaya untuk mentafsirbudaya negara hos dengan lebih baik. Namun demikian, tahap keselesaan mereka tidak boleh diukur

dengan kebolehan mereka beradaptasi kepada budaya negara hos. Sebaliknya, tahap keselesaan dilihatmelalui kepuasan mereka terhadap keadaan baru, sikap dan hubungan dengan individu dari negara hos(Black & Mendenhall, 1990).Fasa 1: Bulan MaduKeseronokan dan perasaan teruja untuk memulakan pengajian PhD tergambar melalui pengamatanterhadap naratif yang dipaparkan di dalam Srikandi PhD. Anis misalnya berasa teruja dengan kebebasanyang dimiliki sebagai pelajar PhD. Tiada sesiapa yang mengekang pembacaannya sehingga peluangmeneroka pelbagai bidang hingga menemui sesuatu yang disukai dan tiada tarikh akhir untuk menghantartugasan. Dia juga berasa tenang pada fasa permulaan pengajiannya kerana merasakan mempunyai banyakmasa (dua semester) untuk menggilapkan topik kajiannya. “Pembacaan saya tidak terbatas, saya membaca apa sahaj a yang saya gemar dan saya tidak merasa k esempitan masa.” Semangat berkobar-kobar semasa memulakan pengajian PhD turut dirasai oleh Emma, Hizmawati,Salina dan Sabariah. Bagi Salina, Noris dan Sabariah, prospek belajar di salah satu universiti luar negaraadalah sangat memberangsangkan dan memenuhi impian mereka. Buat Emma, beliau merasakan ia satucara terbaik untuk membalas jasa dan budi ibu bapanya. Hizmawati pula teruja kerana diberikankebenaran untuk cuti belajar, bergaji penuh dan dengan biasiswa. “Prospek untuk belajar di salah sebuah universiti tertua di Eropah sangatlah memberangsangkan. Saya sangat teruja dengan k ebarangk alian menj adi pensyarah pertama yang berk elulusan PhD dari Eropah.” –Sabariah “Ibarat sudah mengantuk disorongkan bantal, saya melihat tawaran itu (PhD) sebagai suatu peluang untuk menguk uhk an perj alanan k arier saya disamping menimba lebih pengetahuan dan pengalaman.” – Salina “Saya tidak malu untuk mengatak an saya ingin ‘membeli’ k asih sayang Papa dan Mama dengan PhD.” – Emma. “Saya tetap bersyukur kerana diberi peluang menyambung pengajian PhD di universiti tempatan berserta biasiswa dan bergaj i penuh. Buk an senang k ita nak dapat peluang sebegini!” – Hizmawati Daripada naratif-naratif di atas, jelas tergambar betapa bersyukur dan gembiranya penulis keranaberjaya mendapatkan tempat untuk belajar di salah satu universiti di luar negara manakala, Hizmawatiyang belajar dalam negara turut gembira kerana diberikan peluang berserta kemudahan dan faedah sepertibiasiswa penuh dan bergaji penuh. Selain itu, ada juga penulis yang melihat PhD sebagai peluang untukmemulakan kehidupan yang baru. Misalnya Hanna yang gembira kerana berpeluang melanjutkan pelajaranbersama suami (yang turut berdaftar sebagai pelajar PhD di universiti yang sama) di United Kingdomselepas baru berkahwin. Hanna turut berasa nostalgik kerana United Kingdom adalah sebuah negara yangpernah didiaminya semasa kecil apabila mengikut ibu bapanya sendiri yang melanjutkan pelajaran.Pemergiannya kali ini dirasakan seperti ‘balik kampung’ dan membuatkannya berasa teruja keranakenangannya tentang bumi UK terisi dengan gambaran yang indah-indah belaka. Permulaan baru ini jugaturut dirasai oleh Rozita yang pada masa itu baru putus cinta dan ingin membawa diri dan mencari anginbaru. Perpindahan ke fasa baru dalam kes ini iaitu ke dunia pengajian PhD, bagi responden adalah sesuatuyang mengujakan. Teruja dengan gambaran yang mereka bayangkan dalam perjalanan PhD dan jugapermulaan baru yang dirasakan datang tepat pada masanya. Mereka juga teruja juga dengan suasana ditempat baru terutamanya bagi mereka yang berpindah bukan sahaja dari status bekerja kepada pelajar PhDsepenuh masa, tetapi juga bagi yang berpindah secara fizikal ke tempat baru. Keseronokan ala percutian

ini dapat dilihat melalui penulisan Noris yang menggambarkan Plymouth sebagai kota ‘unik’,‘mendamaikan’ dan ‘memukau setiap mata yang memandang.’ Ini sesuai dengan fasa 1 di dalam Lengkuk Uyang diutarakan oleh Lysgaard (1955), fasa bulan madu, yang mana pengembara terangsang untukmenempuhi situasi yang baru dan hanya nampak dan membayangkan perkara yang indah-indah sahaja.Fasa 2: Kejutan BudayaBulan-bulan pertama setelah mendaftar sebagai pelajar PhD adalah saat kritikal. Menurut Evans danStevenson (2010), terutamanya buat pelajar antarabangsa yang memerlukan sokongan dan pengetahuantentang struktur pengajian untuk menjanjikan proses adaptasi berjalan dengan lancar. Setelah menghadapifasa bulan madu, individu akan mula menyedari situasi yang dialami bukan sementara dan adalah sesuatuyang akan kekal untuk sekurang-kurangnya empat tahun. Keadaan atau persekitaran baru menjadi semakinmencabar dan individu dikatakan mengalami kejutan budaya. Dalam konteks ini, kejutan budaya bolehdihuraikan melalui cabaran-cabaran yang dihadapi untuk menyesuaikan diri di dalam situasi ataupersekitaran yang baru. Antara cabaran-cabaran yang pernah dihuraikan oleh kajian-kajian lepas berkenaan pelajar PhDadalah hubungan dengan penyelia (Mowbray dan Halsey, 2010), sosialisasi bagi gender yang berbeza(Sallee, 2011), cabaran untuk menghasilkan sumbangan yang asli atau signifikan kepada masyarakat(Mitchell & Caroll, 2008) dan cara untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar itu sendiriterpelihara (Juniper et. al, 2012). Walaubagaimanapun, kajian-kajian lepas tidak menyenaraikan cabaranyang dialami oleh wanita secara spesifik. Berikut adalah perbincangan cabaran-cabaran yang dihadapioleh wanita di dalam proses menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan baru iaitu sebagai seorangpelajar PhD. Pertama sekali, perkara yang unik tentang wanita yang pastinya berbeza daripada lelaki adalahanugerah yang diberikan oleh Tuhan untuk mengandung dan melahirkan anak. Nyatanya, walaupun iamerupakan suatu pengalaman yang lazimnya manis dan ditunggu-tunggu oleh pasangan yang telahberkahwin, ia juga adalah satu cabaran yang menduga kesabaran dan keyakinan terhadap kebolehan dirisendiri untuk wanita yang sedang mengikuti pengajian PhD. Dari saat mengandung hinggalah ke saatmelahirkan dan menyusukan, pelbagai perkara harus dihadapi oleh insan yang bergelar wanita. Daripada analisis kandungan naratif sendiri, dapat dilihat bagaimana keadaan mengandung bolehmembantutkan proses pengajian PhD. Rasa penat dan lesu, mual, tidak lalu makan dan pening sinonimdengan simptom orang mengandung dan keadaan ini membuatkan kerja tergendala. Misalnya Anis yangsentiasa lesu dan pening apabila memulakan pembacaan dan Hizmawati yang pernah mengalamikeguguran kandungan dan dinasihatkan oleh doktor untuk banyak berehat sepanjang kehamilannya. Malah,Hizmawati yang mengalami tiga kehamilan sepanjang proses mendapatkan PhD menyatakan bahawa setiapkali beliau hamil dirasakan seperti mengambil satu langkah kebelakang kerana selepas bersalin, beliauharus mengulangi pembacaan yang pernah dibuat kerana telah terlupa. “Trimester pertama k ehamilan saya mengalami alah yang agak teruk . Saya mudah pening, penat dan sering mengantuk . Alahan ini serba sedikit menganggu proses pembelajaran dan penyelidikan saya. Saya hanya mampu membaca artikel berk aitan dengan penyelidik an dalam k eadaan terbaring. Tambahan pula saya tidak mahu menanggung sebarang risik o k epada bayi dalam k andungan.” – Hizmawati. Ini semua secara tidak langsung menimbulkan rasa risau dalam kalangan wanita dan rasa khuatir akankerja PhD tidak sempat dilunaskan sebelum melahirkan anak dan timbulnya perasaan takut akan anggapan

orang lain, terutamanya daripada penyelia dan orang sekeliling terhadap diri mereka seperti yangdigambarkan oleh Anis dan Emma. Keadaan ini menjadi satu cabaran dan secara tidak langsung bolehdianggap sebagai penyumbang kepada kejutan budaya kepada wanita. Hal ini kerana mengandung semasabelajar dan mengandung semasa bekerja adalah dua situasi yang berbeza. Sewaktu pengajian PhD, istilah cuti rehat tidak wujud kerana cuti belajar selama tiga tahun itu harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan pengajian selesai di dalam tempoh yang ditetapkan. Semasa bekerja, jika berasa tidak larat, seseorang boleh mengambil cuti sakit. Namun, hal ini berbezakepada yang sedang meneruskan pengajian. Sewaktu pengajian PhD, istilah cuti rehat tidak wujud keranacuti belajar selama tiga tahun itu harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan pengajian selesai didalam tempoh yang ditetapkan. Malah, cuti bersalin tidak diiktiraf dalam tempoh cuti belajar dan pelajarlazimnya tidak akan mendapat perlanjutan tempoh belajar dalam tempoh pengajian PhD. Bukan itu sahaja, istilah cuti bersalin juga tidak wujud di dalam kamus pelajar wanita PhD. Sabariah,misalnya, telah meneruskan kerja PhD seminggu selepas menjalani pembedahan ceaser. Emma, Hanna danMazlina pula hanya berehat seketika dan tidak dapat bercuti selama tiga bulan seperti kakitangan kerajaanlain sebelum memulakan semula kerja-kerja berkaitan PhD. Faktor kekangan masa dan status cuti belajarmembuatkan wanita-wanita ini terpaksa akur dan pasrah dengan cabaran ini. Setelah bergelar ibu, cabaran yang dialami pula adalah berbeza. Faktor penjagaan dan penyusuan anakmenjadi isu utama di saat ini. Noris, Hizmawati dan Emma, masing-masing berkongsi pengalaman sebagaiibu yang menyusu badan semasa melakukan PhD. Kehendak untuk menyediakan bekalan susu yang cukupuntuk bayi, sakit kerana puting berdarah dan payudara yang bengkak dan kesukaran meninggalkan bayiuntuk menghadiri kelas, perbincangan, persidangan atau seminar, menjadikan proses menyesuaikan dirisebagai pelajar PhD semakin sukar. Apabila bergelar sebagai ibu, aktiviti-aktiviti bersama rakan-rakanPhD lain juga terbatas dengan sendirinya. Hal ini kerana keutamaan pada waktu itu adalah berbeza.Natijahnya, walaupun matlamat untuk mendapatkan PhD masih diusahakan, setiap perkara yang dilakukanharus mengambil kira faktor penjagaan dan kebajikan anak. Selain itu, bagi yang sudah berkahwin, tanggungjawab sebagai isteri juga menjadi suatu bentukcabaran. Bagi wanita yang belajar di luar negara, jika di fasa permulaan mereka berasa teruja keranadapat memulakan kehidupan baru dengan suami tersayang, di fasa seterusnya mereka diselubungi rasabersalah kerana suami terpaksa berhenti kerja atau mengambil cuti tanpa gaji untuk menemani merekaterutamanya apabila melihat suami membantu menjaga anak atau memasak dan mengemas rumah. Inisecara tidak langsung membawa kesan kepada proses pengajian mereka, misalnya seperti yangdibincangkan dalam sub tema sebelum ini mengenai Noris yang terkejar-kejar untuk balik cepat supayadapat mengemas rumah dan memasak untuk suami atau Emma yang mengorbankan masa untuk diri sendirisupaya dapat berada di sisi keluarga. Begitu juga Hanna, yang sama-sama melanjutkan pelajaran bersama suami. Walaupun kedua-duanyamelanjutkan pelajaran dalam bidang PhD dan mempunyai beban tugas yang hampir sama, Hanna lebihbanyak berkorban dalam hal-hal penjagaan anak dan tugasan rumah. Proses sosialisasi peranan gendermenyebabkan wanita lebih banyak berkorban untuk menguruskan rumah tangga dan anak. Berlainan pula bagi yang sudah berkahwin tetapi tinggal jauh beribu batu daripada pasangan seperti

Sabariah. Apabila pasangan berada di sisi, ada seorang yang boleh diharapkan ketika sakit atau di saat-saat genting semasa cuba menyelesaikan penulisan tesis dan anak sedang menangis kerana memerlukanperhatian. Namun, apabila berseorangan keadaan sangat berbeza. Selain terpaksa membendung perasaanrindu terhadap suami, Sabariah juga harus menghadapi hari-hari yang mendatang dengan tabah dan yakin.Selain itu, bisikan dari orang luar tentang kemungkinan suaminya akan memasang niat untuk bersamaperempuan lain juga membuatkan penumpuan terhadap pelajaran sedikit sebanyak terganggu. Pastinya,masa yang diambil untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru ini bukanlah sehari dua, tetapimemakan masa yang agak lama. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh wanita di atas menyumbang kepada kewujudan kejutan budaya didalam dunia baru mereka. Hal ini kerana, corak kehidupan seseorang dan harapan terhadap seseorangsemasa bekerja dan belajar adalah berbeza, terutamanya dengan tanggapan orang ramai dengan status cutibelajar. Cuti belajar dan cuti untuk berehat adalah dua keadaan yang berbeza, namun mampu membawasalah faham dalam kalangan pelajar itu sendiri dan juga orang di sekelilingnya. Rutin yang biasadilakukan semasa berkerja lazimnya tidak boleh lagi diaplikasikan semasa bercuti belajar. Inilah yangmenyebabkan kejutan budaya berlaku. Namun, fasa kejutan budaya berlaku untuk beberapa ketika sahajasebelum fasa penyesuaian diri menyusul.Fasa 3: Penyesuaian diriDalam fasa ini, responden dapat dilihat mula dapat menerima keadaan dan tempat baru dan cubamenyesuaikan diri. Jika dalam fasa kejutan budaya, calon-calon PhD seolah-olah jatuh (dan mungkin bagisesetengahnya di timpa tangga), fasa penyesuaian diri memperlihat mereka mula bangun semula.Kebanyakan responden cuba menangani kejutan budaya dengan mencari bentuk ‘escapism’,memotivasikan diri dengan ganjaran yang menanti dan sokongan dari keluarga. Misalnya Anis, yang pada peringkat permulaan PhD hamil dan keguguran kandungannya. Bukan sahajaAnis terpaksa menyesuaikan diri dengan kehendak PhD yang memerlukannya menjadi seorang penyelidikyang berdikari, tetapi dia juga terpaksa menghadapi gelora dalam diri sama ada perlu memberitahupenyelia tentang keadaanya yang hamil dan keguguran atau berdiam diri sahaja. Hal ini kerana, dia berasamalu dan seolah-olah seperti seorang pelajar yang tidak bertanggungjawab dan lalai kerana hamilwalaupun pada hakikatnya dia sedar yang menjadi hamil adalah di luar bidang kuasa dan kawalannya. Kejutan budaya telah menyebabkan Anis memilih untuk menyendiri hingga dia sendiri mengaku yangdia hilang arah. Pesanan ringkas dari penyelia membuatkan Anis tiba-tiba sedar dari mimpi buruknya danmenjadi titik tolak kepada fasa penyesuaian dirinya. Di sini, Anis dilihat mula mencari keseimbanganhidup dengan menggunakan minatnya di dalam seni kraf dan perhiasan rumah sebagai cara untukmenangani stress PhD. Selain itu, Anis membuat keputusan untuk mengamalkan perancangan keluargawalaupun sedar akan stigma yang dihadapi seperti tolak rezeki anak kerana tidak mahu menghadapisebarang ‘kejutan’ lain di sepanjang pengajian. Begitu juga dengan Hizmawati yang hamil sebanyak tiga kali sepanjang PhD. Teknik yang terbaikbaginya untuk menghadapi masalah dan cuba menyesuaikan diri dengan dunia PhD ialah untuk mencariaktiviti yang boleh dilakukan sebagai ‘escapism’ iaitu dengan menjual biskut raya. “Dalam situasi yang diselaputi dengan perasaan negatif, tertekan dan putus asa. Bagaikan tidak mahu menyambung semula pengajian, apatah lagi tanggungjawab bertambah setelah bergelar seorang ibu. Adalah sukar untuk saya meneruskan perjuangan dalam menghabiskan pengajian PhD saya. Namun, saya sedar saya tidak boleh terus berperasaan negatif dan perlu mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan semula semangat untuk menyambung

penyelidikan ini. Teknik mengubah fokus dari pembelajaran kepada bisnes sambilan berjaya mendapat hasil dari segi minda, semangat dan j uga k ewangan.” Sabariah pula memotivasikan diri dengan ganjaran sebuah beg tangan berjenama untukmembuatkannya lebih bersemangat menghadapi hari-hari mendatang. Di fasa penyesuaian diri ini,kesungguhan untuk mengharungi cabaran digerakkan oleh impian untuk memiliki beg tangan dan jugakenangan kepada suami yang turut sama berkorban kerana terpaksa berjauhan darinya. Demikian jugadengan Salina yang menghadapi hari-hari mendatang dengan terapi kotak iaitu membeli kotak-kotak untukmengisinya dengan barang-barang yang akan dibawa pulang di akhir pengajian. Chong pula menggunakanaktiviti fizikal sebagai suatu bentuk terapi minda untuk membuatkannya lebih bersemangat meneruskankerja-kerja PhD. Emma pula mengharungi hari-hari yang mendatang dengan sokongan padu daripada suami yang turutmenjadi ‘academic coach.’ Sokongan daripada suami juga memberi impak yang tinggi kepada Mazlina,Noris, Hizmawati, Sabariah dan Hanna. Walaupun setiap daripada mereka melalui situasi yang berbeza,ketiga-tiganya mempunyai seperkara yang serupa iaitu sokongan padu daripada keluarga terutamanyasuami, yang sedikit sebanyak membuatkan proses penyesuaian diri sebagai pelajar PhD berjalan lancar.Fasa 4: AdaptasiSelesa dan sudah mengetahui selok-belok keadaan baru; itulah yang dikecapi dalam fasa ini. Tahap iniamat berbeza dengan perkara yang dilalui pada permulaan yang menyaksikan individu berasa teruja,diikuti dengan rasa sedih, terkejut dan mungkin putus asa yang disusuli pula dengan percubaan untukmenyesuaikan diri dengan mengatasi perasaan-perasaan negatif. Kini, responden didapati bolehberasimilasi di tempat baru dengan baik. Misalnya, Noris, yang terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dalam tempoh PhD. Misalnya, Noris (dan majoriti penulis buku ini), yang terpaksa menggalas tanggungjawab sebagaiisteri dan ibu dalam tempoh PhD. Pada mulanya, dia berasa cemburu apabila melihat kawan-kawan lelakiyang berpeluang menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja-kerja berkaitan dengan PhD tanpa perlumemikirkan tentang apa yang hendak dimasak, siapa yang akan mengemas rumah dan melayan rengekananak. Tetapi, setelah berjaya beradaptasi dengan watak-watak yang perlu dipegang, Noris mula selesadengan kehidupan barunya. “Lama-k elamaan perasaan cemburu saya itu terhak is sedik it demi sedik it. Mungk in benar k ata pepatah, ‘alah bias tegal biasa.’ Saya sudah reda menerima tugas saya sebagai pelaj ar, isteri dan ibu k erana saya sedar yang berperasaan negatif terhadap tanggungjawab yang sememangnya perlu saya pikul itu adalah tidak sihat dan tidak membawa apa-apa manfaat.” Keselesaan dengan tempat baru membolehkan suatu perancangan yang rapi dan persediaan untuk hari-hari mendatang dibuat. Ini jelas dapat dilihat semasa Sabariah ligat merancang pelan B untuk penjagaananak. Keselesaannya di tempat baru membuatkan proses pergaulan dengan orang lain lebih menyenangkandan membuka jalan baginya untuk mendapatkan penjagaan alternatif bagi anaknya.

Setelah mengalami dan melalui pengajian PhD untuk beberapa ketika, responden didapati menjadisemakin yakin untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Fikiran menjadi tenang dan pasangan yangmengikuti responden bercuti belajar juga makin memahami perkara yang diharungi oleh isteri masing-masing. Secara tidak langsung, sifat toleransi antara pasangan dan adaptasi di antara kedua-dua merekamenyebabkan kehidupan lebih selesa. Seperti yang ditulis oleh Hanna, “PhD is a battle of 3 years, butmarriage is for a lifetime.” Bagi responden yang masih bujang seperti Rozita, mereka juga menjadi semakin selesa dengan dirisendiri dan tidak terlalu memikirkan tentang soal jodoh. Tanggapan terhadap wanita bujang yang pergimelanjutkan PhD boleh dihabiskan dengan cepat kerana kurangnya gangguan dan banyak duit – ditepisketepi untuk mengejar matlamat PhD. “Pada ketika ini saya merasa beruntung kerana tinggal sendirian, tiada siapa boleh menghalang apa yang ingin saya lakukan dan tiada siapa yang akan kelaparan kerana saya tidak memasak. Fokus saya hanya satu, ingin mencari k ebahagiaan sendiri dan mencapai k epuasan hati.” Adakah keselesaan responden menjadi titik noktah di dalam pengembaraan PhD mereka? Melaluipembacaan naratif, didapati keselesaan mereka masih boleh diuji dengan kejutan yang mampu membuatmereka terduduk, misalnya seperti Noris dan Hizmawati yang hamil di saat-saat akhir pengajian mereka.Selain itu, PhD bukanlah suatu penamat bagi seseorang yang berniat untuk berkecimpung di dalam bidangakademik tetapi sebaliknya. Ia adalah suatu permulaan kepada kerjaya di dalam bidang penyelidikanseperti yang diceritakan dengan lebih lanjut oleh Nurfadhlina.PhD: Suatu RefleksiMelanjutkan pengajian di peringkat PhD bukanlah suatu perkara yang mudah. Akronim itu yang sebenarnyamembawa maksud Philosophy Doctor juga sering diungkapkan sebagai Permenant Head Damage dalamkalangan sesiapa yang pernah atau sedang melalui proses ini. Bermula dengan proses menyiapkan kertascadangan untuk memohon tempat sebagai calon PhD hinggalah persediaan untuk menghadapi viva voce,perjalanan PhD berupaya membuatkan seseorang gelisah, mengalami tekanan emosi dan murung (Bartlett& Mercer, 2001; Lee & Williams, 1999). Perasaan ini dikatakan akan mempengaruhi kejayaan seseorangdalam mendapatkan ijazah PhD dan memberikan impak yang negatif kepada mereka. Namun, Mowbray dan Halsey (2010) mendapati cabaran dan pengalaman negatif dalam prosesmendapatkan PhD boleh menyebabkan pelajar lebih produktif dan mendatangkan impak positif.Pengalaman negatif yang dilalui dikatakan dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar, membuatkan merekalebih memahami keadaan sekeliling dan membuatkan mereka lebih bersedia untuk menghadapi sebarangmasalah dan mengambil risiko. Ciri-ciri ini dirasakan penting untuk seorang calon PhD kerana menurutMowbray dan Halsey (2010), inilah yang akan menjadikan pelajar lebih kreatif, inovatif, berfikiran lebihkritikal dan bijak dalam menyelesaikan masalah. Lantaran itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawacabaran-cabaran yang dihadapi mungkin boleh membuatkan seseorang untuk berputus asa dan tertekan,namun ia juga berupaya mewujudkan suatu emosi dan keadaan yang positif yang boleh digunakan untukproses peningkatan kendiri calon PhD.

RUJUKANAdler, P. S. (1975). The Transitional Experience: An Alternative View of Culture Shock. Journal of Humanistic Psychology 15(4): 13-23.Alvermann, D. (2000). Narrative Approaches. Handbook of Reading Research: Volume III. http://www.readingonline.org/articles/art_index.asp?HREF=handbook/alvermann/index.html [24 April 2013].Aguirre, A. (2005). The Personal Narrative As Academic Storytelling: A Chicano’s Search for Presence and Voice in Academe. International Journal of Qualitative Studies in Education. 18(2): 147–163.Baron, J. (1998). Storytelling and Legal Legitimacy. College Literature. 25: 63–77.Bartlett, A & Mercer, G. (2001). Postgraduate Research Supervision: Transforming Relations. Eruptions: New Feminism across the Disciplines. New York: Peter Lang.Beaver, M. J. (2008). The Effect of Modernity on Korean Sojourners and Korean Non-Sojourners: Shift in Cultural Identity and Self-Construal and Reentry Adaptation. Tesis PhD. Capella University.Becker, H. (1967). Whose Side Are We On? Social Problems. 14:240–247.Bell, D. (1999). The Power of Narrative. Legal Studies Forum. 23:315–348.Black, J. S. & Gregersen H. B. (1991). The Other Half of the Picture: Antecedents of Spouse Cross- Cultural Adjustment. Journal of International Business Studies 22(3): 461-477.Black, J. S. & Mendenhall, M. (1990). Cross-Cultural Training Effectiveness: A Review and a Theoretical Framework for Future Research. The Academy of Management Review 15(1): 113-136.Bochner, A. (2001). Narrative’s Virtues. Qualitative Inquiry. 7:131–157.Bruner, J. (2004). Life as Narrative. Social Research 71(3): 691-710.Chaban, N., Williams, A., Holland, M., Boyce, V. & Warner, F. (2011). Crossing Cultures: Analysing The Experiences of NZ Returnees from the EU (UK vs. non-UK). International Journal of Intercultural Relations 35(6): 776-790.Cizek, G. (199)5. Crunchy Granola and the Hegemony of the Narrative. Educational Researcher.24:26– 28.Clandinin, D. & Connelly, F. (1994). Personal Experience Methods. Dalam N. K. Denzin & Y. S. Lincoln (pnyt) Handbook of qualitative research, hlm. 413 427. Thousand Oaks, CA: Sage.Delgado, R. (1993). On Telling Stories in School: A Reply to Farber and Sherry. Vanderbilt Law Review. 46: 665–676.

Denzin, N. K. (1989). Interpretive Interactionism. Newbury Park, CA: Sage.Evans, C. & Stevenson, K. (2010). The Learning Experiences of International Doctoral Students with Particular Reference to Nursing Students: A Literature Review. International Journal of Nursing Studies 47: 239–250.Ewick, P. & Silbey, S. (1995). Subversive Stories and Hegemonic Tales: Toward Sociology of Narrative. Law & Society Review. 29: 197–226.Halse, C. & Mowbray, S. (2011): The Impact of The Doctorate. Studies in Higher Education, 36(5): 513-525.Juniper, B., Walsh, E., Richardson, A. & Morley, B. (2012). A New Approach To Evaluating The Well- Being of Phd Research Students, Assessment & Evaluation. Higher Education, 3(5): 563-576.Kidd, M. A. (2010). Communication and Challenges of Sojourner Readjustment: An Exploratory Study. Tesis PhD University of Kansas.Krauss, S. E. dan Ismi Arif Ismaill. (2010). PhD Students’ Experiences of Thesis Supervision In Malaysia: Managing Relationships the Midst of Institutional Change. The Qualitative Report 15(4): 802-822.Laporan Indikator Pengajian Tinggi. (2010).http://www.mohe.gov.my/web_statistik/Perangkaan_2010.pdf [24 April 2013].Lee, A., & Williams, C. (1999). Forged In Fire: Narratives Of Trauma In Phd Supervision Pedagogy. Southern Review, 32(1), 6-26.Liu, S., Volčič, Z & Gallois, C. (2010). Introducing Intercultural Communication: Global Cultures and Contexts Singapore: SAGE.Lysgaard, S. (1955). Adjustment in a Foreign Society: Norwegian Fulbright Grantees Visiting the United States. International Social Science Bulletin 7: 45-51.Maines, D. (1993). Narrative’s Movement and Sociology’s Phenomena: Toward a Narrative Sociology. Sociological Quarterly. 34: 17–38.Mitchell, T. & Caroll, J. (2008). Academic and Research Misconduct in the Phd: Issues for Students and Supervisors. Nurse Education Today 28(2): 218-226.Mowbray, S. dan Halse, C. (2010). The Purpose Of The Phd: Theorizing The Skills Acquired By Students. Higher Education Research & Development, 29 (6): 653-664.Oberg, K. (1960). Cultural Shock: Adjustment to New Cultural Environments. Practical Anthropology 7: 177-182.Rancangan Malaysia ke-10 .2011. http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_Mds.pdf [24

April 2013].Richardson, L. (1997). Fields of Play: Constructing An Academic Life. New Brunswick, NJ:Rutgers University Press.Richardson, L. (1990). Narrative and Sociology. Journal of Contemporary Ethnography 19: 116–135.Sallee, M. W. (2011). Performing masculinity: Considering Gender in Doctoral Student Socialization. The Journal of Higher Education 82(2): 187-216.Samuelowicz, K. (1987). Learning Problems of Overseas Student. Higher Education Research and Development, 6(2): 121-134.Smith, A. (2010). One Step Beyond: Making The Most Of Postgraduate Education. Report for UK Department for Business, Innovation and Skills. http://www.bis.gov.uk/postgraduatereview [24 April 2013].Sudnow, D. (1978). Ways of the Hand. New York, USA: Knopf Publishing.Susan Albert Kassim. (2011). Bilangan pelajar PhD UPM meningkat 50% tahun ini, lalui proses saringan yang ketat dalam Mstar Online (29 September 2011) Http://Mstar.Com.My/Cerita.Asp? Sec=Mstar_Berita&File=/2011/9/29/Mstar_Berita/20110929182419 [24 April 2013].Torbiorn, I. (1982). Living Abroad: Personal Adjustment and Personnel Policy in The Overseas Setting New York: Wiley.Tsang, E. (2001). Adjustment of Mainland Chinese Academics and Students to Singapore. International Journal of Intercultural Relations 25(4): 347-372.Usunier, J. C. (1998). International Cross Cultural Management Research Singapore: SAGE.Van Maanen, J. (1988). Tales of the Field: On Writing Ethnography. Chicago: University of Chicago Press.Ward, C., Okura, Y., Kennedy, A., & Kojima, T. (1998). The U-Curve on Trial: A Longitudinal Study of Psychological and Sociocultural Adjustment during Cross-Cultural Transition. International Journal of Intercultural Relations 11(2): 166-180.Winter, G. (2000). A Comparative Discussion of the Notion of ‘Validity’ In Qualitative and Quantitative Research. The Qualitative Report. 4(3&4). http://www.nova.edu/ssss/QR/QR4-3/winter.html [24 April 2013].Yin, Robert K. (1985). Case Study Research. Beverly Hills, CA: Sage.Zaherawati Zakaria. (2008). Peranan Wanita dalam Politik dan Pembangunan di Malaysia: Satu Tinjauan. Dalam Prosiding Seminar Politik Malaysia: Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

INDEKSAacademic coachadaptasiAguirreaktiviti luarAlvermannanak kehamilan penyusuan ibu pil perancangantropologiarus perdana (mainstream)BBaronbatasan bahasaBeckerbekerja separuh masaBellberdikariberpantangbiografiBochnerBrunerbulan maduCC. Wright MillsCizekClandininConnellycuti belajarDDasar Wanita NegaraDavid Sudnow

DelgadoDenzindiskriminasiDulina TholibonEEkologiEwickGgangguan emosigenderGrant Thornton International ReportHHalseyharapanHassan Hushinhubungan genderIIdris MusaIsmiisteriJjurnal berimpak tinggiKkebuntuan ideakejutan budayakembara jalanankeperluan penyelia universitikerja sambilankeselamatankesihatan


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook