Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Srikandi PhD

Srikandi PhD

Published by hizazy83, 2017-10-25 04:55:46

Description: Srikandi PhD

Keywords: PhD

Search

Read the Text Version

mengambil keputusan untuk berehat sahaja di rumah. Mujur sasaran untuk menyiapkan data penyelidikanterlaksana. Sasaran seterusnya adalah pembangunan sistem yang akan dilaksanakan selepas selamatmelahirkan anak pertama. Akhirnya, pada September 2008, saya melahirkan seorang anak lelaki yang comel. Kami sekeluargasangat gembira menerima kehadiran Rayyan sehinggakan kisah penyelidikan dilupakan sementara. Fokusberpindah kepada penjagaan bayi yang comel ini. Kehidupan agak berubah setelah mendapat cahaya mata.Menukar lampin, menyusukan dan memandikan anak menjadi rutin baru bagi kehidupan seharian. Sayajuga dapat merasakan perubahan emosi apabila menjadi seorang ibu. Saya menjadi lebih sensitif danmudah menangis. Oleh itu, adalah penting mempunyai pengetahuan dan membuat persediaan dari segi mental dan fizikalsebelum bergelar ibu. Ini kerana tekanan perasaan selepas bersalin bercampur dengan masalah lain bolehmengakibatkan kemurungan yang teruk. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya mempelajari cara-cara untukmenenangkan diri. Saya juga mengamalkan berpantang secara tradisional. Dalam tempoh berpantang, sayalangsung tidak menyentuh tentang perkembangan penyelidikan agar pemikiran saya lebih tenang dan hanyafokus kepada anak sahaja. Setelah habis berpantang selama 44 hari, saya mula berjinak-jinak membukasemula buku penyelidikan yang agak lama ditinggalkan. Kini, sasaran utama adalah untuk membangunkansistem aplikasi perubatan dalam bidang imej. Selepas tiga bulan melahirkan anak, saya dapat merasakankehidupan berkeluarga semakin stabil dan saya bersedia membahagikan fokus antara keluarga danpenyelidikan. Setelah Rayyan berumur enam bulan, saya dan suami dikejutkan dengan hadiah yang tidak di sangka-sangka. Saya disahkan hamil anak kedua. Memang saya sangat tidak menyangka bahawa saya akan hamilkali kedua sebegitu cepat. Mungkin silap saya juga kerana tidak mengambil sebarang kaedah pencegahankehamilan. Berita kehamilan ini menjadi satu tamparan hebat buat saya. Saya sangat keliru ketika itu.Patutkah saya gembira dengan berita kehamilan ini atau berasa sedih kerana ini akan melambatkan lagiproses kemajuan penyelidikan saya? Ketika mengetahui berita kehamilan itu, saya sedang rancak berjuangdalam menyiapkan sistem aplikasi untuk penyelidikan. Saya boleh diibaratkan sebagai seorang pemanduyang sedang memandu dengan laju, namun kereta terhenti kerana kehabisan petrol. Jiwa dan obsesiterhadap penyelidikan terus merudum. Suami cuba memujuk dengan memberitahu “Orang tidak tanyabelajar tinggi mana, tapi orang akan tanya anak dah berapa?” Kata-kata ini saya terapkan dalam hatisupaya saya gembira dengan kandungan kedua ini. Namun, di hati kecil masih gusar kerana masih banyakperlu dilakukan dalam penyelidikan. Untuk kandungan kedua ini, saya tidak begitu memanjakan diri. Urusan penyelidikan dijalankan sepertibiasa dari seawal trimester pertama kehamilan. Saya berasa sangat bersalah kerana masih banyak yangperlu dilakukan dalam penyelidikan. Oleh itu, saya teruskan perjuangan dalam membuat penyelidikantanpa mengambil kisah tentang kesihatan diri dan bayi. Mujur suami saya seorang yang ringan tulangmembantu menjaga Rayyan dan juga kadang kala memasak untuk kami sekeluarga. Namun, masuk trimesterketiga kehamilan, saya mengalami komplikasi yang teruk. Ini mungkin kerana jarak antara kandunganpertama dan kedua adalah rapat. Tekanan dalam membuat penyelidikan juga mungkin menjadi faktormengundang komplikasi ini. Saya mengalami pendarahan pada minggu ke-28 kandungan. Saya terpaksadimasukkan ke hospital dan dinasihatkan oleh doktor pakar untuk berehat dan tidak melakukan kerja yanglasak. Oleh itu, sekali lagi saya terpaksa menghadkan aktiviti penyelidikan demi menjaga kandungan ini.Sedih mendengarkan penerangan dan nasihat doktor, namun saya akur dan redha walaupun ia bermaknaproses penyelidikan akan tertangguh sekali lagi. Genap umur Rayyan 14 bulan, kami mendapat seorang lagi cahaya mata bernama Hadif. Ketikamelahirkan anak kedua, Rayyan dijaga oleh keluarga terdekat. Ini juga merupakan kelebihan belajar di

Malaysia yang mana mudah untuk meminta pertolongan keluarga jika berada dalam keadaan terdesak.Apatah lagi dalam kes saya, kelahiran kali ini terpaksa dilakukan secara kecemasan sebulan awal daritarikh jangkaan. Tidak dapat saya bayangkan jika terpaksa menghadapi keadaan ini di luar negara.Membesarkan anak yang kedua adalah mudah kerana sudah ada pengalaman sebelum ini. Namun, apa yangdirisaukan adalah kemajuan penyelidikan yang jauh sudah melebihi daripada had masa yang dirancangkan.Tanpa menoleh ke belakang, saya berusaha dengan gigih untuk menghabiskan sisa pembangunan sistem.Mujur di awal peringkat PhD, saya sudah menyediakan data untuk dikaji. Sasaran saya selepas melahirkananak kedua adalah untuk menyiapkan sistem dan terus membuat eksperimentasi, menganalisis hasileksperimen dan mula menulis tesis. Ketika ini, semangat diri untuk menyiapkan penyelidikan adalah tinggi. Ini adalah kerana rakan-rakanyang belajar di luar negara sudah mula ada yang pulang bersama PhD dalam genggaman. Walhal saya disini masih lagi belum tamat pengajian. Diri semakin cemas. Namun, dengan sokongan suami, keluarga danrakan-rakan, saya mampu meneruskan pengajian. ‘Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkallengan.’ Alang-alang sudah lebih separuh perjalanan PhD, pastikan habis dengan segulung ijazahkedoktoran. Ibu saya juga ada berpesan ‘biar lambat, JANJI habis.’ Ungkapan itu saya pegang sebagaipanduan. Segalanya nampak seperti berjalan dengan lancar dan rancak. Masuk tahun keempat pengajianPhD, saya sudah bersedia untuk menulis keseluruhan tesis. Segala yang dibaca, dikaji, dieksperimentasidan dianalisis sudah tersedia. Penyelia banyak membantu dalam mempercepatkan proses menyiapkanpenyelidikan ini. Semangat saya sangat berkobar-kobar untuk menghabiskan penyelidikan dan sekali gusmenamatkan pengajian PhD. Namun, tidak disangka-sangka, sekali lagi saya menerima ‘hadiah’ di kala saat kegentinganmenghabiskan PhD. Ya, pasti pembaca semua tidak percaya, saya hamil buat kali ketiga. Hati kecilberbisik “Kenapa sekarang?” Kami suami isteri memang berusaha untuk merancang kehamilan. Namun,saya terima rezeki yang Tuhan berikan dengan redha. Dalam keadaan terdesak untuk menghabiskan PhD,saya tekad untuk menghantar tesis sebelum saya melahirkan anak ketiga ini. Tuhan telah memakbulkan doasaya. Tujuh bulan selepas itu, saya berjaya menghantar tesis untuk diperiksa oleh penilai. Dua bulankemudian, saya melahirkan anak lelaki yang ketiga dinamakan Aydin. Saya sendiri tidak menyangka dapatmelahirkan tiga orang anak lelaki yang comel sepanjang pengajian PhD saya. Setelah enam tahun berjuangdemi mendapatkan gelaran Dr. PhD, saya bangga kerana saya telah berjaya hingga ke tahap ini bersamakeluarga tercinta. Anak-anak saya merupakan hadiah yang terlalu bermakna yang hadir pada waktu yangtidak disangka-sangka. Ada juga rakan yang mengusik “Penyelidikan awak sangat bagus, dapat outputyang sebenar!” Saya hanya mampu tersenyum sinis.Cuti yang Lama Sebagai pelajar PhD pula, saya harus memastikan segala sasaran yang dirancangkan tercapai.Melahirkan tiga orang anak ketika dalam pengajian PhD bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Iamemerlukan kekuatan fizikal dan mental bagi memastikan keluarga dan penyelidikan terus maju danberada dalam keadaan stabil. Setiap kelahiran anak mempunyai situasi berbeza-beza. Sebagai ibu, sayasentiasa beringat demi menjaga kandungan dan bayi selepas dilahirkan. Sebagai pelajar PhD pula, saya

harus memastikan segala sasaran yang dirancangkan tercapai. Adalah sukar untuk melakukan kedua-duaini secara serentak. Ia memerlukan ketahanan yang kuat terutama dari segi mental dan juga usaha yanggigih dan sifat tidak berputus asa pasti membuahkan hasil yang baik. Ibu mana yang tidak gembira apabila mendapat cahaya mata. Namun cahaya mata bukan sahajapembawa rezeki, tetapi juga satu amanah. Tumpuan perlu diberikan kepada anak. Ini juga bermaksud rutinseharian harus berubah. Terutama waktu berpantang yang agak kritikal kerana ini adalah peringkatmenyesuaikan diri ibu bersama anak serta persekitaran. Masa banyak dihabiskan untuk menjaga,menyusukan dan bermain bersama anak. Bagi saya, pada waktu ini adalah tidak sesuai bagi seorang ibuyang sedang menyambung pengajian untuk terlalu fokus kepada penyelidikan. Ini mungkin akanmenimbulkan tekanan dan akan menyebabkan tekanan perasaan atau lebih dikenali sebagai meroyan dalamkalangan masyarakat Malaysia. Memandangkan saya sedang cuti belajar, ia memberikan fleksibiliti untuksaya bercuti daripada melakukan apa-apa tugas terutama yang berkaitan dengan penyelidikan. Namun, disebalik kelebihan menggunakan ‘cuti’ ini untuk menjaga anak, perasaan bersalah sering melanda diriapabila memikirkan tentang situasi saya sebagai seorang pelajar PhD. Sebagai ibu, saya sangat senang dengan keadaan di mana saya tidak perlu risau untuk tergesa-gesa kepejabat dan yang paling gembira kerana berpeluang menyusukan anak secara eksklusif. Segalanya bolehsaya uruskan sendiri di rumah. Walau bagaimanapun, perasaan itu bertukar menjadi sedih apabila sayamula mengenangkan diri saya sebagai seorang pelajar PhD. Berbanding dengan rakan yang lain, tentunyasaya jauh ketinggalan. Tidak kira dari segi kemajuan penyelidikan, ilmu pengetahuan dan pencapaiandalam penyelidikan. Sementara rakan-rakan lain berlumba-lumba menghadiri bengkel atau seminar, sayapula hanya sibuk menjaga anak di rumah. Saya sangat berasa iri hati apabila ada rakan memberitahumereka sedang menghadiri latihan atau bengkel. Sifat cemburu saya terhadap rakan-rakan semakinmembuak apabila mereka bercerita tentang kemajuan penyelidikan mereka. Perasaan menjadi benciapabila perbualan kami berlandaskan kemajuan penyelidikan masing-masing. Saya rasa terlaluketinggalan, terpinga-pinga dan ada kalanya saya tidak faham apa yang mereka sedang bualkan. Inimembuatkan saya berasa sangat rendah diri dan tertekan. Tentunya bukan niat rakan-rakan untuk menunjuk-nunjuk kehebatan diri mereka, tetapi ia sekadar perbualan biasa yang sering kami bualkan suatu ketikadahulu. Perasaan sedih dan runsing semakin bertambah apabila saya sudah melahirkan anak yang kedua.Apabila bilangan anak semakin bertambah, tanggungjawab juga mula bertambah. Masa dirasakan terlalupantas. Saya bagaikan tidak cukup tangan untuk menguruskan hal-hal di rumah seperti menguruskan anak-anak, memasak dan mengemas rumah. Memang tiada masa langsung untuk menyelak buku atau membukakomputer. Hajat di hati hendak berjaga malam membuat penyelidikan. Namun, hajat hanya tinggal angan-angan. Sambil saya tidurkan anak, saya sendiri tertidur kerana kepenatan menguruskan hal rumah tangga disiang hari. Saya akui kesilapan ketika itu tidak pandai menguruskan masa antara penyelidikan dankeluarga apatah lagi saya ini bukan jenis yang boleh membuat berbilang tugas dalam satu masa. Namun,saya cuba kuatkan semangat dan berusaha untuk menjadi ibu yang baik untuk anak-anak. Saya juga sangatberuntung kerana mempunyai suami yang bertanggungjawab dan keluarga yang banyak membantu.Kehadiran mereka di sisi memberi semangat untuk terus berusaha membuat penyelidikan dan tidakberputus asa. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa mereka. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu dan pelajar PhD dalam masa serentak. Segala perasaan sedihdan kecewa ketika membuat penyelidikan tidak boleh terbawa-bawa kepada keluarga. Begitu jugasebaliknya. Jangan sesekali masalah keluarga atau anak-anak membuatkan kita tertekan dan tidak bolehfokus terhadap penyelidikan. Saya juga sering mengingatkan diri walaupun lambat menghabis pengajianPhD berbanding dengan rakan yang lain, ini tidak bermakna saya gagal. Hanya masa, doa dan usaha yang

bersungguh-sungguh yang menentukan kejayaan untuk mendapatkan PhD. Sebagai seorang pelajar PhD, kegembiraan yang dialami mungkin berbeza dengan orang lain. Sebagaicontoh, saya sangat gembira apabila pengaturcaraan berjaya dan sistem boleh dilaksana. Tambahan lagisekiranya hasil penulisan prosiding atau jurnal diterima dan juga eksperimentasi berjaya dilaksanakan.Segala jenis kegembiraan ini mungkin tidak boleh dirasai oleh suami mahupun keluarga. Kadang kala sayaberasa agak kecewa apabila berita gembira yang ingin dikongsikan hanya disambut hambar oleh keluarga.Mungkin mereka kurang faham dengan dunia seorang pelajar PhD. Mereka menganggap kita hanya akanberjaya sekiranya sudah dinobatkan gelaran Dr. Namun, perasaan kecewa itu saya pendamkan sendirian.Kadang kala saya hanya akan menyambut kejayaan ini seorang diri dengan pergi membeli-belah danpastinya membeli sesuatu yang istimewa untuk mengingati kejayaan itu. Setiap kali bercuti dari membuat penyelidikan selepas setiap kelahiran, adalah amat sukar untukmenyambung semula penyelidikan. Terutamanya untuk membetulkan dan menetapkan minda yang sudahlapuk dan lama tergendala. Ini adalah kerana banyak perkara yang mungkin sudah lupa atau tidak faham.Ada istilah yang samar dalam ingatan, ada yang macam biasa didengar tetapi tidak faham dan ada jugaistilah yang langsung terlupa apabila membaca semula laporan penyelidikan sendiri. Perkara inimembuatkan saya berasa tertekan dan tertanya-tanya “apa sebenarnya penyelidikan yang saya buat selamaini?, di peringkat mana saya berhenti dan kenapa saya melakukan penyelidikan ini?” Bukan mudah untuk memulakan penyelidikan sejurus selepas bersalin dan adalah mustahil bagiseseorang untuk terus menyambung kerja yang tertangguh tanpa perlu merujuk kepada kerja yang terdahulu.Setiap kali bertemu peringkat ini, perasaan saya amat kecewa dan merudum. Ini kerana sebelum bolehmenyambung penyelidikan, saya terpaksa membaca semula segala literatur dan bahan ilmiah yangdikumpulkan bagi membolehkan saya mengingati kembali segala istilah dan status penyelidikan. Namun, saya sedar dan tidak boleh terus berperasaan negatif dan perlu mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan semula semangat untuk menyambung penyelidikan ini. Dalam situasi begini, tentunya diri diselaputi dengan perasaan negatif, tertekan dan sifat putus asa. Halini membuatkan timbul rasa tidak mahu menyambung semula pengajian, apatah lagi apabila tanggungjawabsemakin bertambah setelah bergelar seorang ibu. Adalah sukar untuk meneruskan perjuangan dalammenghabiskan pengajian PhD. Namun, saya sedar dan tidak boleh terus berperasaan negatif dan perlumencari jalan bagaimana untuk mendapatkan semula semangat untuk menyambung penyelidikan ini. Adajuga ketika saya terlalu buntu dengan tahap penyelidikan. Saya amat keliru di mana peringkat penyelidikanharus bermula atau apa yang perlu dilakukan untuk menyambung semula proses kemajuan penyelidikanyang sudah lama tertangguh. Dalam keadaan kecewa yang melanda diri ini, saya mendapat idea untuk memulihkan semangat.Secara drastik saya mengubah fokus dan menceburi bidang yang luar dari topik penyelidikan. Sayamembuat keputusan untuk menggunakan ‘cuti’ belajar untuk membuat perniagaan sambilan menjual biskut.Kebetulan ketika itu bulan puasa dan umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dengan itu, sayamengambil peluang keemasan ini untuk menjana pendapatan tambahan dengan mempromosi biskut kepadarakan-rakan dan keluarga. Saya membuat perniagaan ini secara bersungguh-sungguh dan lumrah membuat biskut ini sememangnyaamat memenatkan dan memerlukan tenaga yang banyak. Seawal pagi selepas sahur hinggalah hampir

waktu berbuka saya tekun membuat biskut. Selama sebulan saya bertungkus-lumus menyiapkan pesananbiskut dan langsung tidak melibatkan diri dalam dunia penyelidikan. Secara amnya dari segi kewangan,untung hasil penjualan biskut tidaklah begitu memberangsangkan. Namun, yang pastinya saya sangatgembira dan berpuas hati kerana saya berjaya membangkitkan semula tenaga positif dalam diri. Ini amatpenting bagi saya supaya dapat memulakan penyelidikan dengan suasana dan persekitaran yang positif. Teknik mengubah fokus dari pembelajaran kepada perniagaan sambilan berjaya mendapat hasil darisegi minda, semangat dan juga kewangan. Hari Raya Aidilfitri pada tahun itu dapat disambut denganmeriah kerana memperolehi duit lebih hasil jualan biskut. Selepas menyambut Aidilfitri, saya memulakanpelayaran PhD dengan penuh semangat dan bertekad, walau apapun yang melanda saya akan cuba sehabisbaik menyiapkan penyelidikan dengan jayanya sekali gus menghabiskan pengajian PhD. Dilema antaramenjadi seorang ibu dan pelajar PhD dalam satu masa yang sama amatlah sukar. Mungkin orang sekelilingtidak dapat memahami situasi ini yang mana hidup sering dihantui rasa serba salah antara menjaga anakdan membuat penyelidikan. Oleh itu, pengurusan masa adalah sangat penting bagi memastikan urusankeluarga dan pengajian berjalan dengan lancar dan stabil. Sebagai seorang pelajar PhD, adalah penting untuk mengetahui keperluan pihak universiti danpenyelia. Ada universiti yang memerlukan pelajar membuat pembentangan cadangan penyelidikan dan adayang memerlukan perbincangan dengan pihak fakulti untuk melihat proses kemajuan penyelidikan.Lazimnya, kebanyakan universiti tempatan meletakkan syarat-syarat tertentu untuk seseorang pelajar layakbergraduat. Contohnya, pelajar perlu menerbit beberapa buah artikel dalam jurnal berimpak tinggi. Maka,sebagai seorang pelajar, perancangan harus dibuat dengan teliti bagi memastikan dapat bergraduat dalammasa yang ditetapkan. Apabila segala keperluan pengajian telah dikenal pasti, maka adalah mudah untukmenyusun rutin harian yang perlu dibahagikan antara keluarga dan penyelidikan. Dari aspek ini, suami juga memainkan peranan penting untuk menyokong isteri agar dapat memenuhikeperluan dalam menyiapkan pengajian PhD. Penyelidikan PhD bukanlah satu tugasan yang bolehdisiapkan dalam masa yang singkat. Ia merupakan tugasan yang perlu dijiwai dan diteliti untuk memahamisesuatu permasalahan secara mendalam. Oleh itu, sebagai pelajar, saya amat menghargai masabersendirian bagi mendapatkan fokus sepenuhnya dalam penyelidikan. Sebagai contoh, sayamemperuntukkan empat jam sehari untuk bersendirian membuat penyelidikan. Tamat waktu itu, makabolehlah kembali kepada rutin asal menjadi seorang ibu. Dengan pengurusan masa yang baik, jiwa yangtenang dan positif, sikap komitmen yang tinggi dan tidak berputus asa, tidak mustahil seseorang itu bolehmenjadi seorang ibu yang baik menguruskan anak-anak di samping menjadi seorang pelajar PhD yangberwibawa.Sampai ke DestinasiSeorang Profesor pernah berkata, “kita tidak perlu menjadi seorang yang sangat cerdik pandai untukmendapat PhD. Apa yang penting adalah komitmen, kekuatan dalam diri, perhatian yang tidak berbelahbahagi dan obsesi terhadap penyelidikan.” Kata-kata ini memberi perangsang dan semangat kepada dirikerana terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang yang bijak. Dari sekolah lagi keputusanpeperiksaan saya sentiasa sederhana dan tidak begitu memberangsangkan. Ramai rakan sekolah terkejutapabila saya memberitahu bahawa saya memegang jawatan sebagai seorang pensyarah di universiti yangberstatus universiti penyelidikan. Namun, saya percaya manusia boleh berubah menjadi seorang yanglebih baik. Saya kira sifat saya yang tidak berputus asa dan gemar mencari ilmu baru adalah faktor yangpenting membolehkan saya menyambung pengajian hingga ke peringkat PhD.

Berkat kesabaran, kesetiaan yang kuat pada penyelidikan dan sifat tidak berputus asa inilah yang pastimembolehkan seseorang itu berjaya menggenggam PhD. Mungkin ada eksperimen yang gagal dilaksanadan kemungkinan juga hasil eksperimen adalah di luar jangkaan. Namun, ini semua adalah lumrah sebuahpenyelidikan. Pastinya kita sendiri tidak tahu apa yang terhasil daripada penyelidikan yang dilakukan danyang penting adalah bagaimana untuk kita selesaikan sesuatu permasalahan. Harus kita ingat bahawapengajian PhD ini bukanlah jalan untuk menyelesaikan masalah dunia, tetapi adalah perjalanan untukmencari dan mempelajari sesuatu ilmu itu dengan lebih mendalam. Komitmen dalam penyelidikan semasa pengajian PhD adalah faktor yang sangat penting bagimembolehkan seorang pelajar mendapat PhD dengan jayanya. Dengan adanya komitmen, seorang pelajarakan lebih bersemangat dan berdedikasi dalam menjalankan pengajian. Antara komitmen yang saya kenalpasti dalam perjalanan saya adalah seperti berikut.Komitmen Diri SendiriKomitmen diri sendiri bermaksud komitmen diri dalam melakukan penyelidikan. Pengajian PhD adalahsatu proses pembelajaran. Jatuh bangun dalam membuat penyelidikan adalah normal bagi seorang pelajar.Tidak semua yang dirancangkan akan berjaya dan bukan senang untuk kembali bersemangat sekiranya adapenyelidikan yang dilakukan gagal. Namun, saya telah belajar bahawa jika konsisten memberi komitmen terhadap penyelidikan, tentunyaakan membuahkan hasil. Hanya kita sahaja yang tahu tentang penyelidikan kita secara mendalam. Maka,janganlah terlalu bersedih sekiranya ia gagal atau ada orang lain yang cuba mengutuk penyelidikan kita.Sekali lagi saya ingatkan, PhD bukanlah medan untuk menyelesaikan masalah dunia!Komitmen Keluarga dan Rakan-RakanSaya dapat belajar bahawa untuk berjaya dalam pengajian PhD, sistem sokongan daripada keluarga danrakan-rakan sangat penting. Bukan senang sebagai wanita untuk mengimbangi pengajian dan keluarga.Kedua-dua perkara ini memerlukan komitmen yang tinggi. Maka, adalah penting bagi suami, ibu bapa,adik-beradik dan rakan-rakan untuk memahami situasi seorang ibu yang sedang mengikuti pengajian diperingkat PhD ini. Keluarga dan rakan-rakan saya juga adalah medan untuk meluahkan perasaan dantempat mengadu sekiranya ada permasalahan dalam penyelidikan. Sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan membuatkan saya lebih bersemangat untuk melakukan penyelidikan di samping tanggungjawabmelayan suami dan anak-anak. Namun, komitmen kepada keluarga yang terlebih juga boleh mendatangkan keburukan kepada merekayang menyambung pengajian PhD di Malaysia. Ini kerana komitmen seperti menghadiri kenduri,menyambut perayaan bersama keluarga masih perlu diteruskan dan ini menyumbang kepada kelewatanmenyiapkan PhD. Tambahan lagi apabila saya yang mempunyai jaringan keluarga yang besar dan aktifmembuat kenduri-kendara dan aktiviti sosial hampir setiap minggu. Namun, ini semua boleh diuruskandengan baik sekiranya kita bijak membahagikan masa antara keluarga dan penyelidikan.Komitmen Terhadap AgamaSebagai seorang manusia yang mempunyai agama, adalah baik sekiranya kita lebih mendambakan diri

kepada Tuhan sepanjang pengajian kita. Membuat penyelidikan dalam PhD melibatkan kekuatan mentaldan emosi yang tinggi. Amat mudah untuk seseorang pelajar PhD mengalami masalah kemurungan dangangguan mental akibat terlalu tertekan memikirkan masalah penyelidikan. Apabila saya merasa terlalutertekan, saya cuba mendekatkan diri kepada Tuhan agar hati lebih tenang dalam menjalankan tugassebagai penyelidik. Komitmen diri terhadap agama sangat penting bagi saya dalam mengimbangikehidupan PhD. Hati yang tenang membuatkan diri berasa lebih dihargai dan sentiasa positif. Jika kesemua komitmen di atas boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya, adalah tidak mustahil bagiseorang wanita yang bergelar ibu untuk mendapatkan segulung ijazah kedoktoran. Tidak kira sama adamenjalankan pengajian di dalam atau luar negara, sebagai wanita kita harus cekal dalam mengahadapisegala cabaran yang ada. Harus diingatkan segala cabaran yang dilalui ketika pengajian PhD merupakansatu proses pembelajaran dalam diri yang membolehkan kita menjadi lebih matang dan arif dalammembuat sebarang keputusan.

5 JA, BITTE Sabariah Mohamed SallehPengenalanPuas hati! Setelah bertahun-tahun mengidam untuk mendapatkan tas tangan Louis Vuitton, akhirnya, iatersandang di atas bahu saya. Beberapa bulan sebelum berakhirnya pengajian PhD, saya telah berjanjikepada diri sendiri untuk membeli tas tangan idaman hati, Louis Vuitton Tivolli GM, sebagai hadiahkejayaan saya sesudahnya viva. Saya sememangnya seorang yang gemar membeli belah tetapi koskehidupan yang tinggi di Vienna seringkali membantutkan niat tersebut. Apabila hidup bersama bayi kecil,saya belajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat. Sejumlah wang saya peruntukkan untuk keperluandi samping untuk kecemasan. Teringat lagi semasa saya mengandung anak kedua. Oleh kerana tidak pasti akan kos bersalin diVienna, saya membuat keputusan untuk mengikat perut supaya dapat mengumpul sejumlah wang untukdigunakan andai kata kos bersalin tidak ditanggung sepenuhnya oleh perlindungan insurans. Makanan rujisaya pada masa tersebut adalah bijirin, susu dan telur. Jadi, saya hanya mampu menelan air liur apabilamelihat barang-barang idaman hati seperti baju, kasut dan tas tangan semasa berjalan diMariahilferstrasse ataupun Kartnerstrasse. Sambil berjalan, saya memasang angan-angan yang suatu harinanti saya akan memiliki benda-benda yang saya ingini. Matlamat utama semasa itu adalah untuk memilikitas tangan berjenama Louis Vuitton. Kadang-kadang, apabila sedang dalam kelaparan, terutamanya semasamusim sejuk, saya sering terfikir, mengapalah saya belajar jauh sangat daripada keluarga? Sesungguhnya, keputusan saya untuk melanjutkan pelajaran di Vienna adalah suatu keputusan yangamat sukar dibuat. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Banyak perasaan dan hati yang perlu dijagadan perhubungan yang masih perlu disemai memandangkan usia perkahwinan saya pun baru mencecah duatahun. Saya bukan lagi pelajar bujang yang boleh pergi dengan senang ke luar negara kerana natijahnyatanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan ibu masih menjadi keutamaan walaupun sekarang sudahbergelar sebagai ahli akademik. Sebagai ahli akademik, terutamanya yang bekerja di sebuah Universiti Penyelidikan, kelulusan PhDadalah imperatif. Tanpa PhD, amat susah untuk seseorang maju dalam kariernya. Alangkah indahnya jikaPhD seperti teh ais yang boleh dipesan dari kedai kopi. PhD satu! Nah, terhidang segulung diploma PhDdi atas meja. Namun, saya harus berpijak di bumi yang nyata. Kehendak kerja, iaitu kriteria untuk menjadipensyarah DS51 memerlukan saya untuk lulus PhD dan itulah sasaran saya. Sesudah dilantik sebagaipensyarah sementara di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia, PhD harus berada didalam genggaman dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh majikan saya. Menyedari hakikat tersebut,saya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tempat di universiti terkemuka luar negara. Berpuluh-puluh email dihantar kepada sarjana yang terkenal dalam bidang pengkhususan yang sayabakal terokai iaitu komunikasi antara budaya. Ada jawapan yang memberangsangkan dan ada juga yangmembuatkan saya berasa patah hati. Keghairahan saya dalam mencari tempat untuk melanjutkan pelajarandi peringkat PhD dikongsi oleh suami saya. “Jadi, apa perkembangan terkini permohonan awak ke Amerika?”

“Hari ini I hantar permohonan ke University of Texas, tetapi Syracuse University tolak permohonanI.” “Yang dekat Scotland tu?” “Professor Greg Phillo dari University of Glasgow dah bersetuju jadi penyelia I.” Semuanya disambut baik oleh sang suami. Memang suami saya memberi sokongan yang tidak berbelahbahagi terhadap keputusan saya untuk melanjutkan pelajaran. Jadi, apabila saya mendapat tawaran dariUniversity of Vienna, saya dan suami berasa sungguh gembira. Semua itu mendorong saya untuk menerima tawaran untuk belajar di Austria walaupun saya sedar bahasa utama di sana adalah Jerman dan satusatunya frasa Jerman yang saya tahu ialah Ja, Bitte (Yes, please). Prospek untuk belajar di salah sebuah universiti tertua di Eropah sangatlah mengujakan. Tambahanpula, rata-rata pensyarah dari Pusat Pengajian saya adalah lulusan dari Britain, Amerika dan Australia.Maka, saya sangat teruja dengan kebarangkalian menjadi pensyarah pertama dari Pusat Pengajian yangmempunyai kelulusan PhD dari Eropah. Bayangkan pendedahan yang saya bakal terima dari Eropah danperspektif tentang media dan komunikasi yang pastinya akan mempunyai perbezaan dengan corakpemikiran sarjana-sarjana dari Amerika, Australia dan Britain. Semua itu mendorong saya untukmenerima tawaran untuk belajar di Austria walaupun saya sedar bahasa utama di sana adalah Jerman dansatu-satunya frasa Jerman yang saya tahu ialah Ja, Bitte (Yes, please). Tidak mengapa, inilah yangdinamakan sebagai cabaran, bukan? Dan apalah perjalanan PhD seseorang jika tidak disuntik dengancabaran-cabaran sebegitu? Bukan itu sahaja, cabaran yang seterusnya saya harus lalui ialah untuk bersedia menjalankankehidupan di negara asing tanpa suami atau ahli keluarga terdekat. Memang semasa dari prosespermohonan lagi, suami saya telah membuat keputusan untuk tidak mengikuti saya ke mana-mana negarayang bakal saya diami untuk tiga tahun yang akan datang. Dia, kami putuskan akan tinggal di Malaysiabersama satu-satunya anak kami, Dani yang baru berusia satu tahun tujuh bulan. Saya pula akanmeneruskan kehidupan bersama bayi yang sudah lima bulan dalam kandungan di tempat baru. Mampukahsaya melakukannya? Apabila teman-teman mengetahui keputusan suami, ada yang memberi sokongan.Tetapi ada juga yang mula mengeluarkan cerita-cerita yang boleh saya kategorikan sebagai cerita ngeri.Lebih ngeri daripada cerita hantu Korea ataupun Thailand!! “Suami awak tak ikut? Habislah. Selalunya, kalau tidak ikut, mesti dia akan cari perempuan lain!” “Eh, hati-hati tau. Saya selalu dengar bila suami tak ikut isteri pergi cuti belajar, mereka lazimnyabercerai.” “Awak ok ke kalau suami awak tu ada buah hati lain?” Keprihatinan teman-teman saya sambut dengan perasaan kecewa. Kecewa kerana masih ada lagi orangyang cuba menstereotaipkan perkahwinan jarak jauh. Sedih kerana ada juga orang yang tidak yakinperhubungan saya dan suami akan kekal hingga ke akhir hayat. Terdetik di hati saya, tidakkah merekaterfikir bagaimana jika kata-kata ini boleh menimbulkan kegusaran di hati saya sekaligus membuatkantumpuan saya terhadap kerja-kerja berkaitan PhD terganggu? Tetapi, Allah maha mengetahui. Keputusanuntuk melanjutkan pelajaran ke Vienna telah saya buat dengan nekad dan mahu tidak mahu, saya pasrahdengan perjalanan hidup ini. Cabaran? Ja, bitte!

Meniti Hari Demi HariMinggu pertama saya di Vienna berlalu dengan pantas. Sesungguhnya, saya tidak tahu apa yang patut sayajangka. Berbeza dengan kawan baik saya yang berada di Britain, beliau mempunyai sistem sokongan yangkukuh iaitu dari bilangan pelajar Malaysia yang ramai. Tetapi di sini, saya tidak ada sesiapa untukmenjadi tempat rujukan. Bagaimana hendak mendaftar? Kelas apa yang patut saya ambil? Di mana pejabatpenyelia saya? Bagaimana untuk menggunakan kemudahan pustaka? Perit jerih saya tidak dapat dikongsidengan sesiapa kerana pada masa tersebut, sayalah satu-satunya pelajar PhD yang berasal dari Malaysiayang mendaftar di University of Vienna. Tambahan pula, Pejabat Pelajar Antarabangsa dan Pusat Pengajian Siswazah pada masa itu kurangmesra dengan pelajar antarabangsa dan tidak berupaya memberikan bantuan yang saya kehendaki.Bayangkan, hendak bercakap dengan pegawai daripada Pejabat Pelajar Antarabangsa pun terpaksadilakukan dalam bahasa Jerman. Maka, berlakulah komunikasi seperti ayam bercakap dengan itik. Semuasoalan yang mereka ajukan saya jawab dengan “Ja, bitte”. Semua soalan yang saya ajukan kepada merekadi dalam Bahasa Inggeris di jawab dengan “Nicht Verstanden (Tidak Faham) atau Sprechen SieDeutsch?” (Boleh tak awak cakap dalam Bahasa Jerman?). Oh, tension nya!! Teman sebilik yang berasal dari China juga tidak membantu. Walaupun telah berada di Vienna selamahampir sembilan bulan, Mei Mei tidak boleh berbahasa Jerman kerana bidang pengajiannya ditawarkan didalam Bahasa Inggeris. Tambahan pula, teman lelaki Mei Mei adalah orang Vienna yang pastinya fasihberbahasa Jerman. Jadi, segala urusan dengan orang tempatan yang perlu Mei Mei lakukan sepertimembuat kad pustaka dan pendaftaran kursus dibuat oleh teman lelakinya. Bertuahnya Mei Mei. Saya?Terkapai-kapai seperti ikan paus yang terdampar di persisiran pantai. Semua urusan dari proses membuatvisa dan insurans hinggalah ke pendaftaran kursus, membuat kad pustaka dan temu janji dengan pakar sakitpuan, segalanya terpaksa diuruskan sendiri. Layanan yang saya terima dari rata-rata pegawai ketikaberurusan amat mengecewakan. Diherdik oleh pegawai dari syarikat insurans? Ja! Sesat kerana diberikan tunjuk arah yang salah? Ja! Pegawai menghempaskan ganggang telefon semasa saya masih bercakap? Ja! Pegawai yang menguruskan visa membaling passport ke arah saya? Ja! Tidak ada apa-apa yang saya mampu lakukan melainkan pasrah dengan layanan tersebut kerana sayasedar, saya adalah orang asing. Sebenarnya, sebelum ke Vienna, saya telah berusaha mencari forum-forumdan juga bahan-bahan dari internet tentang sistem pangajian di Vienna dan cara hidup serta sistempentadbiran yang memungkinkan saya untuk lebih bersedia dengan kehidupan baru yang bakal saya lalui. Namun, semua background research yang saya lakukan sebelum ke Vienna seperti sia-sia kerananyatanya maklumat, terutamanya tentang sistem pembelajaran yang tersenarai di internet telah lapuk. Halini adalah kerana pada tahun tersebut, University of Vienna mula memperkenalkan struktur baru bagipengajian PhD. Struktur tersebut terlampau baru sehinggakan kertas kerja atau maklumat mengenainyahanya tersenarai di laman web universiti setelah beberapa bulan saya memulakan pengajian (dan itupunsemuanya dalam Bahasa Jerman). Selain itu, hampir 98% maklumat yang saya dapati adalah dalam bahasaJerman. Pada tahun 2008, iaitu zaman sebelum wujudnya Google Translate, kerja-kerja menterjemahbahasa sangatlah susah, terutamanya bagi saya yang hanya tahu Ja dan bitte. Setiap malam, saya akan tidur dalam keadaan yang amat risau dan sedih mengenangkan nasib.Betulkah keputusan saya untuk melanjutkan pelajaran di Austria? Saya cuba untuk tidak membuatkankegusaran ini mematahkan semangat saya. Jadi, apa yang saya buat? Oleh kerana tiada seorang pun yangboleh memberikan jawapan tentang berapa jam kredit yang perlu saya ambil dan kursus-kursus yang perlu

saya ikuti, saya membuat keputusan untuk mendaftar bagi sebanyak mungkin kursus yang saya mampubawa. Rasional saya pada masa itu adalah lebih selamat untuk terlebih jam kredit dari terkurang. Terasakelakar pun ada, terutamanya apabila terkenangkan zaman tersebut. Saya telah membolot semua kursusyang saya rasakan ada kaitan dengan bidang penyelidikan yang saya bercadang untuk lakukan. Kursus dari bidang antropologi? Ja, bitte! Kursus dari jabatan sains politik? Ja bitte! Kursus dari fakulti Bahasa Inggeris? Ja bitte! Kursus pengurusan? Ja, bitte! Kursus dari fakulti pengajian media usah cakaplah. Ja, bitte! Ja, bitte! Ja, bitte! Ada juga rakan warga Austria dan Eropah yang hairan dengan kesungguhan saya untuk mendaftardalam pelbagai kursus. Rata-rata mereka mendaftar untuk satu atau dua kursus untuk setiap semester, tetapisaya pula mendaftar untuk mengikuti sekurang-kurangnya empat kursus setiap semester. Sudahlah padatahun pertama dan tahun ketiga saya sedang sarat mengandung. Tambahan pula, lebih kurang 60% kursusyang saya ambil menggunakan Bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar. Tetapi kerana terlalu risau, sayamenganggap ini adalah jalan yang paling selamat untuk memastikan cukup bilangan kredit untukbergraduasi. Akhirnya, saya telah mengikuti kursus berjumlah 72 jam kredit sedangkan jumlah yang diperlukanuntuk bergraduasi adalah 30 sahaja! Itu pun saya dapat tahu semasa hendak menghantar tesis di semesterterakhir. Tidak mengapalah. Semua kursus yang diambil sedikit sebanyak telah membantu di dalam prosespenyelidikan dan penulisan tesis. Bukan itu sahaja, ada juga kertas kerja yang ditulis untuk tugasan kursus-kursus tersebut yang berjaya diterbitkan di dalam jurnal berwasit. Jadi, sikap Ja, Bitte yang saya amalkanadalah tidak sia-sia.Menaiki AmbulansSebenarnya sikap Ja, bitte yang saya amalkan pernah hampir memakan diri sendiri. Hendak dijadikancerita, peperiksaan pertama yang saya lalui di permulaan pengajian PhD, iaitu Bahasa Jerman dijadualkanpada 2 Mac 2009. Tarikh tersebut betul-betul jatuh pada minggu ke-39 saya mengandung tetapi ia tidaksedikit pun mengundang rasa risau dalam diri kerana saya yakin tidak akan bersalin sebelum itu.Tambahan pula, anak pertama saya dilahirkan setelah kandungan berusia 41 minggu tiga hari. Jadi, denganpenuh yakin, saya mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut. Namun, ‘panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.’ Rancangan untukmenduduki peperiksaan tersebut tidak berjalan dengan lancar. Semuanya bermula pada hari Ahad, 1 Mac2009. Pagi itu, saya dapati terdapat kesan tompokan darah. Saya mula panik kerana keesokan harinyaadalah hari peperiksaan. Lagipun, suami dan anak pertama saya baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur pada27 Februari dan saya masih mahukan masa untuk menikmati saat-saat berharga bersama mereka. Suamisaya, seorang pegawai perubatan, juga meyakinkan saya bahawa tidak perlu risau kerana itu hanyalahtanda-tanda awal untuk bersalin. Jadi, saya pun berehat sambil belajar untuk peperiksaan tersebut. Tiba waktu tengahari, rasa sakit terasa di bahagian bawah abdomen. “Mungkin sakit kontraksi,” getushati saya. Tetapi saya tidak mengendahkannya kerana ia tidak begitu sakit mahupun kerap. Petang itu, sayakeletihan kerana seharian suntuk menelaah. Jadi, saya membuat keputusan untuk membawa suami dan anakbersiar-siar di sekitar kota Vienna. Kami menaiki tram ke Kartner Ring, salah satu jalan utama di Viennayang menempatkan banyak tarikan pelancong seperti Opera House, Parlimen dan muzium-muzium. DariOpera House, kami berjalan sekitar 500m menuju ke Stephansdome, sebuah gereja yang menjadi mercu

tanda kota Vienna. Kami sempat singgah di suatu kafe terkenal, Aida, untuk menikmati kopi Melange danmakan kek Sacher Torte, suatu deligasi yang terkenal di sini. Sepanjang perjalanan tersebut, saya berlagak seperti semuanya tiada masalah walaupun hakikatnyasakit kontraksi semakin kerap dan sakit sehinggakan terpaksa berhenti sewaktu berjalan sambil berpura-pura melihat hiasan tingkap kedai-kedai kerana tidak mahu suami risaukan keadaan saya. Lagipun, sayamasih yakin bahawa bayi dalam kandungan tidak akan keluar di dalam masa terdekat kerana dengan anakpertama, saya mengalami sakit kontraksi selama tiga hari sebelum melahirkannya. Selepas kenyang dan penat berjalan, kami pun pulang ke rumah. Saya cuba untuk menumpukanperhatian kembali untuk mengulang kaji pelajaran, tetapi kontraksi yang semakin kerap membuatkan sayatidak selesa dan gagal untuk berbuat sedemikian. Kira-kira jam 11 malam, saya membuat keputusan untuktidur kerana perlu berada di dewan peperiksaan sebelum pukul 9 pagi. Menurut perkiraan, saya perluberedar dari rumah dan menuju ke dewan pada jam 7.45 pagi memandangkan keadaan sakit kontraksi yangmakin kerap mungkin akan menyebabkan perjalanan mengambil masa yang lebih lama dari biasa. Ya lah,sekejap-sekejap kena berhenti untuk menahan sakit. Pastinya perjalanan yang biasanya mengambil masa15 minit akan bertambah menjadi 40 minit. Saya menutup mata sambil mengharapkan tidur yang lena, tetapi sakit kontraksi membuatkan sayamengerang kesakitan. Saya menjeling ke arah suami dan anak. Mereka, saya kira telah pun dibuai mimpi-mimpi yang indah. Dengkuran mereka memecah kesunyian malam. Tidak mengapa, saya cuba untuk tidakmenghiraukan rasa sakit yang dialami hampir setiap tujuh minit tersebut dengan cuba mengimbas kembalibutiran-butiran yang telah diulang kaji siang tadi. Arghh…masih tidak boleh tidur! Selalunya teknik mengimbas kembali butiran pelajaran membuatkansaya mengantuk, tetapi tidak untuk kali ini. Saya pun mengejutkan suami yang sudah tidur dengan lena. “B,cuba you kira kontraksi I, setiap berapa minit agaknya?” Tanya saya sambil mengharapkan simpatidaripada suami. Sakit kontraksi bukan main-main ya! Sesiapa yang pernah mengalaminya pasti tahu betapasakitnya ketika itu. Tetapi bukan simpati yang saya dapat. “Buat apa nak kira jarak kontraksi. Bukan kitaboleh buat apa pun sebab you kan ada exam esok,” jawabnya dalam keadaan mamai. Dia juga berkata, jika kita berada di Malaysia, dia sudah tentu akan membawa saya ke hospital.Tetapi, kini kami di Vienna dan masing-masing tidak pasti apa yang patut dilakukan. Bagaimana hendak kehospital? Saya tidak berkereta. Tidak masuk akal pula hendak menaiki bas di tengah-tegah malam begini,atau menelefon teksi? Tidak dinafikan, sejak menjejakkan kaki ke bumi Austria ini, saya cuba mencarisebanyak mungkin maklumat tentang proses kelahiran anak dan tatacara mendaftar anak setelah dilahirkan.Ini termasuklah opsyen tentang bagaimana untuk ke hospital ketika hendak bersalin nanti. Melalui amatansaya, pilihan terbaik adalah dengan menggunakan ambulans. Tambahan pula, penggunaan ambulans akanditanggung oleh syarikat insurans. Pada sekitar jam 12 tengah malam, saya tidak tahan lagi dengan sakitkontraksi dan suami yang mungkin sudah ‘bernanah’ telinga mendengar rintihan dan rengekan sayamembuat cadangan untuk menelefon ambulans. “Hendak tunggu apa lagi?” tanya suami. “Dengan sakitmacam tu, you rasa bolehkah you berikan tumpuan kepada ujian esok?” soalnya lagi. Mahu tidak mahu, saya pun akur dengan cadangan suami. Dengan sakit yang pada masa itu saya kirabegitu dasyat, saya tidak mempunyai kudrat untuk berjalan turun naik pengangkutan awam. Ambulansmerupakan jalan terbaik untuk ke hospital. Ambulans mengambil masa lebih kurang lima minit untuksampai ke rumah. Saya berasa sungguh mual di dalam ambulans. Tetapi suami pula seolah-olah terujasementara anak saya kelihatan keliru kerana dikejutkan pada tengah malam dan dipaksa bersiap untukmengikuti kami ke hospital. Di hospital, pakar sakit puan melakukan pemeriksaan dan mendapati bukaan rahim saya pada ketikaitu hanyalah 3 cm dan beliau terus mengarahkan bidan membawa saya ke kamar bersalin. Sebelum itu,

doktor sempat mengujar soalan cepu emas. “Mahukah anda epidural?” “Kena bayar lebih ke? Adakah ia termasuk di dalam perlindungan insurans saya?” “Ya.” “Kalau macam itu, ja, bitte!!” Saya selamat melahirkan Ahmad Andi pada 2 Mac 2009, pada pukul 10.36 minit iaitu pada masa sayasepatutnya sedang berjuang menghadapi peperiksaan. Apa kan daya, kita hanya mampu merancang, hanyaTuhan yang menentukan. Pada masa itu, saya hanya pasrah dan sangkakan saya akan terpaksa mengulangsemula kursus yang saya ambil. Di sebalik kegembiraan menyambut orang baru di dalam hidup, saya jugadiselimuti perasaan sedih kerana memikirkan kebarangkalian akan membazirkan masa dalam pengajiankerana memang saya nekad, sejak memulakan pengajian PhD untuk menghabiskannya dalam tempoh yangditetapkan oleh majikan. Disebabkan diselubungi rasa risau, saya ke universiti selepas seminggu menjalani pembedahan caeseruntuk menguruskan hal peperiksaan. Saya gusar, peperiksaan yang saya tidak duduki tersebut akanmemberikan impak kepada proses pembelajaran saya. Namun, saya amat bernasib baik kerana sistempengajian di Vienna yang benar-benar memperjuangkan hak asasi pelajar. Sistemnya yang unik,membenarkan pelajar untuk mendaftar bagi sebarang peperiksaan apabila dia merasakan dirinya bersediauntuk mendudukinya. Lazimnya, peperiksaan untuk sesebuah kursus akan ditawarkan sebanyak tiga kalisemester yang mana pelajar mengikuti kursus tersebut, permulaan dan penghujung semester seterusnya.Contohnya, saya mendaftar untuk kursus Bahasa Jerman di semester musim sejuk 2008. Maka, saya bolehmemilih untuk mendaftar bagi peperiksaan kursus tersebut di hujung semester musim sejuk 2008, awalsemester musim panas 2009 atau akhir semester musim panas 2009. Dengan kata lain, peperiksaan yangtidak sempat saya duduki pada awal Mac, saya dapat duduki pada bulan Mei. Syukur, Alhamdullilah.Tuhan maha mengetahui. Halangan pertama telah berjaya saya tempuhi.Temu Janji PertamaPerjumpaan pertama dengan penyelia adalah salah satu saat yang paling dinanti-nantikan. Perasaanbercampur-baur, berdebar, risau, teruja dan gugup. Hal ini kerana penyelia, Profesor Thomas Baueradalah seorang sarjana yang terkemuka di rantau Eropah dan seringkali dijemput oleh universiti-universitiluar negara untuk memberi syarahan dan ucaptama. Saya sangat risau memikirkan bahawa tidak layakataupun mempunyai kelulusan yang kurang bagus di mata beliau. Sering kali saya mempersoalkankebolehan diri sendiri. Saya juga sering tertanya-tanya tentang personaliti beliau. Adakah beliau tegas dan mengamalkan sifatno nonsense? Atau mungkinkah beliau peramah? Apa agaknya tanggapan beliau tentang pelajar Muslimyang berhijab? Gambarnya dari laman web selalu saya tatap dengan harapan dapat mentafsir dan meniliksikap dan personaliti beliau. Di dalam gambar tersebut, Professor Bauer, berpakaian serba hitam dansedang duduk tersenyum sambil menyarung kasut but. Sebagai seorang pelajar media, saya tidak dapatmenahan diri saya daripada membuat analisis deskriptif tentang maksud-maksud konotatif yang saya bolehbuat daripada gambar tersebut. Tersenyum. Hmm….mungkin seorang yang peramah? Berpakaian serba hitam. Barangkali santai dan cool’. Tetapi jauh disudut hati, saya tetap risau kerana individu yang berasal dari Jerman dan Austria selaludistereotaip sebagai tegas dan mengamalkan sikap no nonsense. Temu janji dengannya saya buat lebih

kurang dua bulan sebelum perjumpaan kerana jadualnya yang padat amat menyukarkan untuk mendapat slotuntuk bertemu beliau. Dari rantau China dan Thailand hinggalah ke Portugal dan Brazil, jauh langkahpenyelia saya di dalam usahanya menyebarkan ilmu dalam bidang kepakaran beliau iaitu komunikasiantara budaya. Berkat kesungguhan saya menelefon pembantu peribadinya dan juga menghantar beberapaemel kepada beliau, dapat juga akhirnya dimuatkan dalam jadualnya yang amat padat dan tarikh keramattersebut jatuh pada bulan Mac. Memandangkan saya masih ada lebih kurang dua bulan sebelum perjumpaan tersebut, saya banyakmenghabiskan masa membaca buku dan mencari artikel-artikel yang bersesuaian dengan tajuk yang ingindikaji. Ya lah, perjumpaan pertama, mestilah saya cuba untuk make a good first impression! Tambahanpula, saya bercita-cita untuk membentangkan proposal penyelidikan di peringkat fakulti secepat mungkindan peluang keemasan untuk berjumpa dengan penyelia yang jarang-jarang berada di Vienna harusdigunakan sepenuhnya. Saya sungguh bersemangat membuat persediaan untuk berjumpa penyelia sehinggakan bayi yang ketikaitu sudah pun berusia 10 bulan seringkali saya usung ke pustaka dan makmal komputer. Cuaca yangterlampau sejuk tidak diendahkan kerana amat beria-ia dengan persiapan untuk perjumpaan pertamatersebut. Salji? Ahh…tiga atau empat lapis pakaian disarung untuk membendung rasa sejuk. Makan danminum juga tidak terurus. Perkara yang penting bagi saya pada masa tersebut hanya makan dan minum bayidan kertas cadangan penyelidikan. Selang dua minggu, saya mula mengalami batuk-batuk dan sesak nafas. Ini saya anggapkan sebagaisuatu perkara yang ringan kerana saya sememangnya pesakit kronik asma. Jadi, batuk-batuk dan sesaknafas adalah perkara yang lazim. Namun, batuk-batuk dan sesak nafas ini disusuli pula dengan muntah-muntah dan demam panas yang berpanjangan. Hmmm…apa yang tidak kena ni? Paracetamol saya telansetiap enam jam, namun demam masih tidak kebah. Kemudian, sesak nafas yang saya alami tidak dapatdilegakan dengan sedutan pam salbutamol sehinggakan terpaksa menelefon ambulans pada suatu malamuntuk mendapatkan bantuan pernafasan dan oksigen. Mengapa saya abaikan tanggungjawab terhadap diri saya sendiri untuk menjaga kesihatan semata-mata kerana mementingkan kerja PhD? Pada masa tersebut, hanya Tuhan yang tahu betapa terseksanya saya. Bayangkan, tanpa suami di sisimahupun saudara mara terdekat, saya tidak mempunyai tempat untuk bergantung. Di dalam keadaan yangtidak bermaya dan tiada kudrat, saya masih harus menjaga bayi, menukar lampin, memberikan susu danmenyediakan makan untuknya. Saat tersebut adalah titik hitam dalam hidup saya. Mengapa saya abaikantanggungjawab terhadap diri saya sendiri untuk menjaga kesihatan semata-mata kerana mementingkankerja PhD? Akhirnya, pertemuan dengan penyelia terpaksa saya batalkan kerana telah dimasukkan kedalam wad akibat jangkitan pneumonia. Selama 12 hari saya terpaksa meninggalkan bayi saya dengan warga Malaysia yang pada masatersebut kurang saya kenali. Air mata saya tidak putus-putus berlinangan mengenangkan nasib bayi yangpada masa tersebut menjadi mangsa keadaan. Saya amat terhutang budi dengan tiga keluarga Malaysiayang bermastautin di Vienna, iaitu Aunty Sharifah, Aunty Rusiah dan Aunty Azian kerana sanggup bergilir-gilir menjaga anak saya Andi. Andi, yang memang tidak mengenali wanita-wanita baik hati tersebutdiceritakan sering menangis kerana mencari saya tetapi mereka tidak sekali pun berputus asa.

Malah, mereka cuba mencari jalan untuk membuatkan Andi berasa selesa di samping mereka. Di harikelima saya di hospital, mak, yang pada masa itu berusia 68 tahun memberanikan diri dengan menaikikapal terbang berseorangan ke Vienna, semata-mata untuk membantu menjaga Andi yang terpaksa sayatinggalkan dengan orang lain. Pengorbanan ibu saya memang tidak dapat saya balas sampai bila-bila.Suami saya juga ke Vienna selang beberapa hari selepas itu kerana mengasihani ibu saya yang jugaterpaksa menumpang tinggal di rumah Aunty Sharifah. Pada saat itu, saya mula sedar akan kepentingan membina jaringan kumpulan sokongan, terutamanyadalam kalangan warganegara Malaysia. Ya, memang banyak kali saya telah dinasihati oleh rakan-rakanuntuk tidak hidup berkelompok dengan orang Malaysia sahaja seperti ‘katak di bawah tempurung’ danmula mengembangkan sayap dan memulakan persahabatan dengan orang tempatan. Namun hakikatnya, bagisaya yang melanjutkan pelajaran tanpa suami di sisi, hubungan dengan warganegara Malaysia adalahterbukti penting. Mengapa? Dalam keadaan yang sakit dan dimasukkan ke hospital, saya tidak mungkindapat melepaskan hak penjagaan anak ke tangan warga tempatan kerana akan berasa lebih risau tentangbentuk penjagaan yang diberikan serta makanan yang disediakan untuknya. Saya juga berasa lebih selesajika mengetahui anak dijaga oleh seseorang yang mengamalkan cara hidup yang lebih kurang sama dengansaya. Kesan dari tragedi ini, saya mula membiasakan anak-anak saya dengan rakan-rakan dari Malaysia.Andi dan adiknya Aaron (yang lahir lebih kurang satu tahun 3 bulan selepas kejadian di atas) sering sayabawa ke rumah rakan-rakan tersebut supaya mereka berasa selesa jika saya perlu meninggalkan mereka didalam keadaan kecemasan. Malah, jika dahulu saya menghantar Andi ke pusat penjagaan kanak-kanakkelolaan universiti, selepas kejadian tersebut, saya nekad mencari pengasuh berasal dari Malaysia. Semualangkah ini diambil kerana perlu menyediakan payung sebelum hujan. Jika ada sebarang perkara yangtidak diingini berlaku, saya tahu ada keluarga-keluarga Malaysia yang akan memberikan bantuan tidakberbelah bahagi. Salah seorang kenalan yang paling saya percayai adalah Melor, warganegara Malaysia yang bertugasdi Vienna. Persahabatan kami menjadi erat berdasarkan minat kami terhadap makanan. Setiap minggu, adasahaja restoran baru yang kami cuba. Melor menjadi tempat saya mengadu dan dia jugalah menjadi temansaya ketawa. Minat saya terhadap baju, kasut dan tas tangan pula dikongsi dengan Dida. Kedua-duamereka juga rapat dengan Aaron. Masing-masing pernah membantu saya menjaga Aaron di saat gentingdalam proses penulisan tesis dan juga semasa saya harus menduduki peperiksaan. Melor dan Didaternyata pandai mengambil hati Aaron. Kerenah Aaron dilayan dengan penuh sabar dan Aaron juga amatsenang dengan mereka berdua. “Tak apa Sabb. I boleh tolong jaga Aaron masa you exam.” “Jangan risau tentang Aaron. Yang penting, you tumpukan perhatian dan fokus pada PhD you.” Bukan itu sahaja, Dida yang mempunyai seorang anak lelaki yang berusia setahun lebih tua daripadaAaron sering memberikan pakaian-pakaian anaknya itu kepada saya. Pemberian itu saya terima dengangembira kerana pakaian-pakaian tersebut cantik-cantik dan ada sesetengahnya yang masih baru danmempunyai tag harga. Saya bersyukur kerana ditemukan dengan insan-insan yang berhati mulia sepertimereka. Mereka sesungguhnya mewarnai perjalanan PhD saya dengan warna-warna yang ceria dan indah. Selain itu, saya mula sedar betapa pentingnya untuk sentiasa menyediakan pelan sandaran atau PelanB bagi setiap perancangan yang saya lakukan. Siapa akan jaga anak-anak ketika saya sakit? Apa yangperlu saya buat jika anak tidak sihat? Apa pelan saya jika rancangan yang telah dibuat untuk keadaankecemasan tidak dapat dilaksanakan? Otak saya bukan sahaja ligat berfikir tentang teori komunikasi, caramembuat analisis data dan mengaitkannya dengan kerangka teori, malah, saya juga harus sentiasa bersediadengan pelbagai kemungkinan dan perlu berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah-masalah

yang mungkin bakal saya hadapi. Sesiapa yang pernah menjadi pelajar PhD sudah pasti biasa dengan keadaan yang mana minda kitaakan sentiasa befikir tentang penyelidikan yang kita lakukan. Tidak kiralah sama ada semasa memasak,mandi, melipat pakaian atau berjalan kaki, otak sentiasa ligat berfikir tentang bentuk-bentuk analisis yangboleh dilakukan, cara untuk membentang data yang ada dan kajian literatur yang sentiasa dirasakan tidakakan selesai disebabkan oleh perkembangan-perkembangan terbaru di dalam bidang pengajian. Tetapibagi saya yang hidup berseorangan di tempat baru dengan bayi tanpa suami, saya bukan sahaja ligatberfikir tentang perkara-perkara berkaitan penyelidikan dan tesis. Mimpi waktu malam saya juga disulamidengan banyak pertanyaan, What ifs? Seperkara lagi, iktibar yang saya perolehi hasil dari kejadian jatuh sakit ialah “Jangan abaikantanggungjawab terhadap diri sendiri”. Memang betul apa yang saya selalu baca di dalam majalah wanitaseperti Women’s Weekly dan Cleo, untuk menyayangi orang lain, kita harus pertama sekali menyayangi dirikita sendiri. Semasa saya sakit, saya hanya mementingkan makan dan pakai anak saya tetapi tidakmenghiraukan keadaan diri sendiri sehingga sakit teruk. Semua ini semata-mata kerana terlalu bersungguh-sungguh di dalam membuat persediaan untuk berjumpa penyelia. Namun, selepas peristiwa hitam tersebut,saya berjanji dengan diri sendiri untuk menjaga kesihatan. Saya mula memakan vitamin dan menjagamakan dan minum dengan lebih teratur. PhD bagi saya adalah suatu perjalanan hidup yang dinamik. Natijahnya, ia bukanlah semata-mata suatuperjalanan atau usaha untuk mendapatkan segulung ijazah PhD. Ia lebih daripada itu. Ia adalah suatupengembaraan hidup yang sangat bermakna. Ramai yang menyatakan rasa kagum kerana saya berjayakembali ke Malaysia dengan gelaran doktor walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dancabaran apabila terpaksa tinggal di negara asing sambil menjaga bayi tanpa suami di sisi, jatuh sakit danmasuk ke hospital dan berjaya mengatasi masalah berkomunikasi di dalam bahasa Jerman. “Awak ni,bagaikan Superwoman,” ujar mereka. Tidak! Saya bukan Superwoman. Saya adalah wanita biasa seperti anda semua. Tidak dinafikan,perjalanan PhD saya diwarnai dengan peristiwa-peristiwa yang jika saya masih dalam darjah enam,pengalaman ini layak untuk dijadikan bahan bagi tajuk karangan ‘pengalaman yang tidak dapat dilupakan’.Namun, cabaran-cabaran tersebut dijadikan motivasi untuk bergerak ke hadapan. Ia juga membuat sayasedar yang saya mempunyai kekuatan diri yang tidak saya tahu wujud sebelum ini. Jika sebelum ke Vienna,saya seorang yang manja. Kini, saya pulang sebagai seorang wanita yang berdikari dan mampu berdiritegak atas kaki sendiri. Bukan itu sahaja, saya juga pulang dengan dua orang anak lelaki dan tas tanganidaman hati!

6 JODOH (PhD) Wan Hanna Melini Wan MokhtarPengenalanSaya masih ingat syarat yang diletakkan oleh ayah. Harus berkahwin dulu baru boleh melanjutkanpelajaran ke peringkat PhD. Sama ada ayah takut saya payah bertemu jodoh atau beliau risau saya akanjatuh cinta dengan lelaki bermata biru atau mungkin kedua-duanya sekali. Hanya dia yang tahu maksudyang tersirat di sebalik syarat yang telah dibuat. Saya tidak menghiraukan syarat yang diletakkan dan terusmemohon tempat pengajian. Urusan nikah adalah di luar bidang kuasa saya dan saya percaya Tuhan akanmemberikan situasi terbaik untuk saya. Tuhan mendatangkan seorang calon (sesuai) di kala saya tidakmemikirkan soal jodoh dan kami bernikah dalam masa enam bulan setelah berkenalan (dengan lebihmendalam). Benarlah kata pepatah ‘jodoh pertemuan di tangan Tuhan.’ Saya tidak menolak PhD bersama suami. Beliau bukan sahaja bertindak sebagai pemberi semangat,tetapi sebagai pesaing saya. Apa tidaknya, suami juga seorang pelajar PhD! Ini bukan perkara baru didalam sejarah akademik negara, malah mungkin sudah beratus pasangan akademik menjalani pengalamanyang sama. Bezanya, mungkin sama ada suami dan isteri sebagai pelajar PhD pada masa yang sama, ataumereka mengambil keputusan untuk salah seorang menjadi pelajar dahulu dan seorang lagi menjagakeluarga. Kedua-dua senario mempunyai baik dan buruk masing-masing. Ketika proses permohonan melanjutkan pelajaran, saya belum bernikah dan hanya bertindak mengikutperancangan sendiri. Kami tidak berbincang dengan serius dan masing-masing memohon universitimengikut citarasa dan halatuju sendiri. Alhamdulillah, suami (ketika itu belum sah suami) memohontempat pengajian yang sama. Saya kira dia yang lebih melihat ke hadapan untuk memohon universiti yangsama dan yakin bahawa saya adalah jodohnya. Namun begitu, setelah menjalani proses PhD, sayabersyukur kami belajar di universiti yang sama. Pengalaman memperlihatkan bahawa menuntut diberlainan universiti adalah lebih mencabar dan menuntut kesabaran, toleransi dan persefahaman yangtinggi antara pasangan. Saya kira situasi mungkin berbeza sekiranya saya sudah mendirikan rumahtanggasewaktu proses permohonan cuti belajar itu. Perjalanan PhD kami bermula setelah lima bulan lembaran perkahwinan saya dan Miji bermula.Masing-masing masih dalam fasa mengenali dan penyesuaian hidup sebagai suami isteri. Rezeki tertulisbuat kami untuk melanjutkan pelajaran ijazah ketiga di bumi United Kingdom. Tanah bekas penjajahMalaysia dan tempat saya jatuh bermain ketika menemani ibu dan bapa saya melanjutkan pelajaranmereka 34 tahun dahulu. Hajat di hati untuk melakukan PhD di UK kerana ingin menjejak semula langkah-langkah kecil saya dahulu di Hillingdon, Hayes (Greater London). Walaupun saya tidak ada sedikit punmemori zaman kecil saya di sana, foto-foto simpanan ibu (yang mana setiap gambar pasti ada adik lelaki)mencuit hati saya untuk kembali ke England. Bezanya, saya kini kembali sebagai seorang pelajar bersamasuami yang juga seorang pelajar. Malah, seorang anak akan menyusul. Saya mengandung lima bulan ketikamenaiki pesawat ke England. Mujur saja tidak ditahan oleh krew penerbangan MAS. Realitinya, kami ke sana bukan sahaja untuk menjadi pelajar ijazah ketiga, namun lebih untuk belajarhidup berdikari sebagai satu keluarga harmoni. Ketika itu, hati hanya gembira pergi berdua (dan seorang

bayi di dalam kandungan) dan gembira tercapai hajat di hati untuk pulang ke England. Ibu memberi beribunasihat. Rumah haruslah elok dan jangan tinggal di ruangan bawah tanah (basement), alat pemanas rumahharus berfungsi dan paling penting jangan berjimat menggunakan alat pemanas (maksudnya harus dipasangsentiasa). Pada mulanya saya tidak faham mengapa ditekan konsep alat pemanas rumah harus berfungsibaik. Ketika musim sejuk (bulan November-Februari), saya menyedari sekiranya menghuni di rumah yangalat pemanasnya tidak berfungsi, selain dari tangan sejuk membeku, hubungan suami dan isteri jugadicabar. Mana tidaknya, harus memasak dan membasuh pinggan dalam keadaan dingin. Ini semua adalahtitik permulaan lengkung pembelajaran saya dalam dunia perkahwinan.Pesaing Seumur HidupSejak langkah pertama keluar dari Lapangan Terbang Heathrow, kami langsung mencabar antara satu samalain, siapakah yang akan siap dahulu? Cabaran ini dibuat bukan dengan tujuan untuk menunjukkan siapalebih bijak atau hebat, tetapi lebih kepada motivasi kepada kami untuk menyiapkan PhD dalam tempohtiga tahun. Ini kerana biasiswa penuh hanya diperuntukkan untuk tiga tahun, tetapi akhirnya kami tersasarjuga sehingga tahun keempat. Mempunyai pasangan dalam dunia (akademik) yang sama adalah baik kerana pasangan faham dengantuntutan kerjaya masing-masing. Sungguhpun begitu, cabaran siapa lebih ‘bijak’ atau hebat itu pasti timbul.Sesungguhnya, saya menipu sekiranya saya mengatakan tidak ada persaingan antara Miji dan saya.Tambahan pula kami sebaya. Kami adalah pesaing seumur hidup. Tetapi persaingan ini dijadikan sebagaisatu penguat semangat untuk menjadi yang lebih baik. Kami jadikan ianya sebagai satu nilai positif untukmemerah bakat terbaik diri. Namun, kadang-kadang terbit juga perasaan cemburu apabila pulang bersamadari universiti, Miji bersiul riang membawa perkhabaran kertas teknikalnya diterima untuk diterbitkandalam jurnal berimpak tinggi. Namun begitu, mengimbau kembali pengalaman PhD, saya dan Miji memang tidak membantu antara satu sama lain (dari segi teknikal). Seperti ‘garam ditabur di atas luka’, pada masa yang sama, draf Bab 1 saya ditolak mentah olehpenyelia. Menepis bisikan syaitan, 95% tenaga cemburu itu ditukarkan dengan perasaan turut gembiradengan kejayaannya. Mana mungkin ditukarkan 100% tenaga cemburu itu. Saya masih manusia normal.Saya melihat kejayaan Miji bukan milik Miji sepenuhnya. Ada peratusan yang saya sumbangkan secaratidak langsung. Mungkin ketika ideanya mencurah untuk menulis, saya melayani anak dan membiarkan diabersendirian. Atau ketika Miji menekan butang ‘submit’ untuk menghantar manuskripnya, saya berdoauntuk dipermudahkan semakkan. Kejayaan itu kejayaan kami bersama kerana kami adalah satu pasukan.Dalam pasukan, tidak ada kejayaan individu. Namun begitu, mengimbau kembali pengalaman PhD, saya dan Miji memang tidak membantu antarasatu sama lain (dari segi teknikal). Saya menggunakan Latex untuk menulis, Miji menggunakan MicrosoftWord. Saya menggunakan Matlab untuk analisis data, Miji menggunakan Microsoft Excel. Tidak adapersamaan langsung! Cemburu juga melihat ada teman-teman, graf dibuat oleh isteri/suami. Walaupun kami satu fakulti dan jabatan, saya tidak memahami bidang Miji dan Miji tidak mengerti

bidang saya. Tambahan lagi penyelia saya adalah ahli matematik (bijak) tetapi ditempatkan di fakultikejuruteraan. Ternyata ahli matematik sangat teliti dan mengambil berat benda yang pada pendapat sayaremeh temeh. Sama sekali tidak sama gelombang fikiran dengan saya yang kononnya seorang jurutera. Apayang saya boleh katakan, tidak mudah untuk memahami kehendak beliau dan selalunya apa yangdibincangkan hilang dalam terjemahan. Bukannya kerana saya tidak fasih berbahasa Inggeris atau pelatnyasaya tidak faham, tetapi lebih kepada kami tidak memahami hujah (bercanggah) yang cuba disampaikanantara satu sama lain. Penyelidikan saya sangat bersifat dasar dan jujurnya tidak ada aplikasi langsungkepada amalan kejuruteraan di luar. Ia lebih bersifat kepada untuk memperkayakan ilmu dan pemahamantentang pengangkutan sedimen. Saya tidak faham keperluan penyelidikan ini jika tidak ada aplikasi kepadakejuruteraan praktis. Saya mengambil masa tiga tahun untuk sampai ke titik pemahaman harmoni bersamapenyelia. Tempoh tiga tahun adalah sangat lama dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Agak sukar untukberbincang dengan Miji tentang penyelidikan saya. Miji tidak mengerti satu pun, seperti mana saya tidakmengenal apakah perbezaan antara bitumen dan asfalt (bidang penyelidikan Miji). Saya tidak bolehberbincang masalah teknikal atau kebuntuan mencari persamaan matematik yang sesuai bersama Miji. Mijihanya boleh dijadikan bahu untuk menampung kekecewaan dan penguat semangat. Tidak lebih dari itu.Miji tidak mampu untuk menjalankan penyelidikan bagi pihak saya. Dia akan memperolehi dua ijazah PhDjika itu yang terjadi. Mujur juga kami satu bidang iaitu kejuruteraan. Teman-teman lain yang mana satubidang sains teknologi dan satu lagi bidang sains sosial pasti mempunyai masalah yang lebih rumit. Oleh itu, kebuntuan masalah PhD dirungkaikan dengan bertanya dan berbincang sesama pelajar PhDlain yang sama bidang kajian/kumpulan. Amat penting untuk mempunyai hubungan akrab antara calon-calon PhD yang sama bidang untuk membantu antara satu sama lain. Mereka (termasuk ‘mat salleh’)selalunya sedia membantu dan boleh memperuntukkan masa untuk kita. Saya sememangnya berterima kasihkepada ahli kumpulan ‘mekanik bendalir alam sekitar’ atas perbincangan-perbincangan yang bermanfaat.Pada awal pengajian, saya berharap Miji cuba untuk memahami bidang saya dan membantu (ini adalahkerana perjalanan penyelidikan saya lebih sukar berbanding Miji). Tetapi, tuntutan PhD beliau tidakmemungkin itu direalitikan. Saya mengerti dan tidak memaksa Miji untuk membantu dari segi teknikal. Iniadalah PhD saya. Selagi kudrat ada, tenaga tersimpan dan sisa air mata berbaki, akan saya harungi semuacabaran ini. Perjumpaan bersama penyelia dilakukan setiap minggu iaitu pada setiap petang hari Jumaat, jam tigapetang. Pada saya, waktu ini adalah tepat. Saya mempunyai empat hari untuk menyediakan bahanperbincangan dan setelah selesai perjumpaan, hari Jumaat sudah selesai dan hari minggu berkunjung tiba.Namun, perjumpaan tidak selalu berakhir dengan kegembiraan. Kadang-kadang selesai berjumpapenyelia, saya kecewa dan ayat-ayat beliau membuatkan saya rasa tidak berbaloi sebagai pelajar PhD.Penyelia kebiasaannya cenderung untuk mempunyai kuasa itu. Sebagai seorang Muslim, apabila pulang ke makmal, saya membaca surah Alam Nasyrah besertaterjemahannya. Ayat “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,” benar-benar mengusik hati.Saya membaca kadang-kadang sehingga 10 kali dan setiap kali ayat itu dibaca, saya pasti menangis dansetiap titik air mata mengalir terasa seperti Tuhan menepuk bahu dan berbisik “Aku bersama kamu.” Surahini membangkitkan semangat dan memberi tenaga kepada saya untuk turun ke makmal dan mengulang ujikaji. Lazimnya, di kebanyakan universiti, setiap kerja penyelidikan PhD pasti ada peperiksaan lisan vivavoce. Di sinilah nasib empat tahun bergadang ditentukan oleh pemeriksa. Ketentuan Tuhan merancangmasa, tarikh viva Miji jatuh pada 15 September dan viva saya dua minggu berikut iaitu pada 28September. Awal bulan September, kami berdebar-debar dan tidak putus-putus berdoa dan melakukan

solat hajat. Pada tanggal 15 September, Miji memulakan perjuangannya jam 1 tengah hari. Walaupunpenyelia Miji (Prof. Dan) berpendapat Miji tidak akan menghadapi masalah, saya tetap berasa risausehingga tidak berselera untuk menjamah makanan. Menginjak ke jam tiga petang, masih tiada berita. Jam lima petang juga masih tiada berita. Jadi, sayamengambil Suri (anak kami) di nurseri dan bersama-sama tunggu di lobi bersama harapan menggunungakan ke Restoran Kabul untuk meraikan kejayaan Miji. Jam 5.45 petang, Miji turun ke lobi dengan mukayang sukar untuk ditafsirkan. Rupanya beliau diputuskan untuk membuat pembetulan besar (majorcorrection) dan diberi tempoh setahun. Saya terdiam keliru dan fikiran bercelaru. Prof. Dan kata akanlulus, adakah kita tidak jadi ke Restoran Kabul? Kami ke Restoran Kabul juga malam itu bukan untukmeraikan tetapi untuk bersedihan. Saya cuba memberi kata-kata perangsang namun tidak berjayamenghidupkan semangat Miji kembali. Selesai satu episod viva, satu lagi bakal menjelma. Gundah gulana bermula sejak malam sebelum dansemakin gelisah menjelang subuh. Mujur juga kerana terlalu lapar, saya berselera ketika sarapan pagi.Setiap langkah kaki dari rumah ke universiti, hati saya bercampur baur. Takut, risau dan bersemangat. Mijimemegang erat tangan memberitahu dalam diam bahawa semuanya akan berjalan lancar seperti turutmemberi perangsang. Pagi itu bermula dengan matahari yang bersinar, seolah-olah memberi petanda baikkerana England kebiasaannya memulakan hari dengan kelam dan suasana kekelabuan. Peperiksaan vivasaya bermula jam 11 pagi dan selesai tepat jam 1.30 petang. Pemeriksa luar Prof. James dari Dundee danpemeriksa dalaman Dr. Michael mengatakan saya lulus dengan pembetulan kecil selama satu bulan. Ketikamendengar perkataan lulus terpacul dari mulut Dr. Michael, rasa seperti tidak percaya. Tahapkegembiraan saya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya sujud syukur berterima kasih kepada Yang MahaEsa. Miji tumpang gembira dan memberikan pelukan erat. Kejayaan itu diraikan pada malamnya dengan menikmati masakan saya sendiri iaitu ikan goreng dantelur dadar di rumah. Miji memberitahu tak perlu memberi ‘sumber kewangan’ kepada Restoran Kabulhari ini. Saya pilu dan kecil hati. Empat tahun saya berusaha gigih, hari ini kerja saya diiktirafkesarjanaannya. Miji nak makan ikan goreng di rumah? Tidakkah dia mahu makan di Restoran Kabul?Atau paling tidak menempah pizza di Restoran Mario’s. Walaupun Miji sedaya upaya menunjukkankegembiraan dan tumpang bahagia dengan kejayaan saya, namun saya tahu dia merasakan dia gagal(walaupun Miji sebenarnya tidak gagal pun). Hajat di hati ingin melompat-lompat dan menjerit-jeritkegembiraan tidak kesampaian. Hati saya masih terasa sehingga keesokan pagi. Syaitan datang membisik halus dan menusuk. “Apa lahMiji ni, cemburu la tu dengan kejayaan kau. Miji ego tidak mahu mengakui kau lebih pandai. Kau lebihhebat, kau berkuasa.” Bisikan syaitan semakin menggila. Tiba-tiba saya teringat akan raut manis wajah ibusaya. Di hari pertama saya bernikah, ibu berpesan tiga perkara. Salah satu yang tersemat adalah sekiranyakecil hati dengan pasangan atau ketika Miji amat menjengkelkan, ingatlah akan kebaikannya. Inilah salahsatu perkara yang ibu saya amalkan melayari hidup bersama ayah. Saya cuba. Miji tidak romantik, jarang-jarang membeli hadiah. Memori saya gigih mencari kebaikan (yang sebenarnya banyak, cuma dalamkeadaan kecil hati, susah untuk berjumpa). Tidak lama saya teringat satu kebaikannya. Ketika saya bersedih menerima keputusan viva tahun keduayang pahit, Miji tidak menyuruh saya berhenti dari pengajian, sebaliknya memberi saya ruang dansokongan tidak berbelah bahagi bahawa saya boleh melakukannya. Beliau juga menasihati bahawa inihanyalah satu ujian yang patut dijadikan sebagai batu semangat. Saya kembali sayang kepada Miji danredha bahawa ini adalah satu kelemahannya (di saat itu) sebagai seorang manusia.

Berkongsi TanggungjawabKami tidak meletakkan tugas hakiki masing-masing termasuklah tugas untuk menukarkan bahan mentahmenjadi sesuatu yang enak. Namun begitu, ada sekali Miji cuba menunjukkan kepetahannya di dapur, satucubaan untuk menjadi lelaki serba-boleh. Mungkin pada hari itu saya demam. Setelah berlalunya tigapuluh minit, dua hidangan siap disediakan, telur dadar dan salad berserta campuran sos cili dan mayonisuntuk dimakan bersama nasi. Saya gembira apabila disuapi satu mulut nasi dan telur dadar. Wah! bolehtahan! Suapan ke dua bersama salad. “Mmm, pelik rasanya, terlebih sos cili,” bisik hati. “Wah! sedapnya,pandai Miji masak” terpacul dari mulut. Miji gembira saya makan bertambah. Keesokannya dia memasaklagi. Lauk yang sama, cuma kali ini sos cilinya lebih berganda. Muka saya tidak mampu membendungketidaksedapan dan itu adalah kali terakhir Miji memegang senduk. Namun, Miji banyak membantu dalamperkara lain. Dibesarkan dengan latihan kerja-kerja rumah, Miji sangat suka membasuh pakaian, menyapudan melipat cucian (satu aktiviti yang saya tidak gemar). Kami berkongsi kerja-kerja rumah. Oleh itu,tidaklah seorang sahaja yang terbeban dan tugas dibahagi sama rata. Oleh kerana terhadnya rumah keluarga untuk menziarah di England, hobi Miji menjemput rakan-rakanke rumah untuk mengeratkan silaturrahim. Jadi, kami (saya terutamanya) bertungkus lumus di dapur untukmenyediakan makanan kepada para tetamu. Aktiviti sebegini dapat merapatkan hubungan rakan di sampingdapat mengisi masa lapang. Cuma mengintai tahun keempat, tahun kritikal yang penuh dengan tangisan airmata untuk menyiapkan analisis dan menulis tesis, saya meminta pengurangan 80% aktiviti sosial bersamarakan di rumah. Kalau ke rumah rakan tak mengapa, sangat dialu-alukan. Detik ini, hambatan untuk cepatselesai berlipat kali ganda dengan penekanan terputusnya sumber kewangan. Alhamdulillah ada simpanan.Kami berjimat cermat dan menyimpan biasiswa saya sebagai kegunaan semasa kecemasan. Ditambah jugapinjaman tanpa faedah dari ayahanda, kami bertahan hidup 10 bulan tanpa biasiswa. Ada satu ketika sewaktu pengajian, penyelia saya Dr. Ricky mengatakan PhD itu seperti rutin kerjapejabat, iaitu dari jam 9 hingga 5 petang. Hakikatnya itu hanyalah pepatah penyelia saya semata. Ideabernas kadang-kadang mengintai di kala sedang bersantai, membeli belah di Tesco atau sedang memberiitik makan di tepi tasik universiti. Ada kalanya ketika idea minta direalisasikan secepatnya, kami langsungke universiti. Jika idea datang pada hari minggu, saya akan menemani Miji di makmal bersama Suri(begitu juga sebaliknya). Paling penting adalah membawa syiling untuk membeli jajan Walker’s (perisaCream n Onion) di mesin layan diri dan telefon bimbit (waktu itu tiada iPad atau Samsung Tab) untukmenonton Pocoyo di Youtube. Kuncinya adalah menenangkan Suri kerana jika Suri tenang, saya tenang dankami dapat menunggu Miji dengan sabar. Apabila kedua ibu bapa belajar, tanggungjawab menjaga Suri di siang hari diserahkan kepadapenjaga. Tidak mungkin kami mengambil pendekatan selang satu hari ke universiti. Ini adalah kerana kamiberdua memerlukan komitmen tinggi di makmal dan berpendapat bahawa momentum pengajian setiap harike universiti lebih tinggi. Pada mulanya, ketika Suri masih bayi, kami menghantar Suri di bawah jagaanseorang rakan (isteri seorang calon PhD Malaysia) yang duduk di rumah. Beliau sangat baik dan menjagaSuri seperti anak sendiri. Namun begitu, mungkin kasihnya kepada Suri, penjaga dikurniakan rezeki danmengandung. Alhamdulillah. Kami berpendapat dengan keadaan sebegini adalah lebih baik untukmenghantar Suri ke nurseri. Yuran nurseri satu minggu mencecah 145 pound. Mendengar nilai itu sahajasaya sudah separa pengsan. Ini bermakna, hampir separuh dari biasiswa akan dibelanjakan untuk biayainurseri Suri. Kami berdoa dan percaya kepada Tuhan bahawa rezeki akan cukup buat kami dan Suridihantar ke nurseri. Nurseri the Young Ones, sangat dekat dengan universiti iaitu boleh berjalan kaki sahaja dan penjaga-penjaganya bertauliah. Makanya, harga mencecah langit! Melihat akan cara penjaga melayan bayi/kanak-

kanak, saya dan Miji perlahan-lahan mengakui bahawa ini adalah satu perbelanjaan yang bermanfaat. Bagisetiap nurseri, untuk bayi di bawah dua tahun, hanya sembilan bayi dalam satu masa dibenarkan. Ini untukmembenarkan penjaga memberi sepenuh komitmen kepada keperluan bayi. Suri sendiri suka untuk kenurseri. Hampir setiap hari kami menjemput Suri di nurseri, ada sahaja hasil aktiviti harian yangditunjukkan sama ada scone keras, ulat diperbuat dari rol tisu atau baju terconteng cat. Penjaga akanmelaporkan aktiviti harian, makanan yang dihidangkan dan keterlibatan Suri pada hari itu. Suri bolehberbicara bahasa Inggeris dengan baik, punya telo seperti orang Nottingham asli dan membetulkan sebutanapple Miji dan saya. Kami menghantar Suri ke nurseri sehingga hari terakhir kami di Nottingham. Penjaga-penjaganyamemberi hadiah dan sedih atas pemergian Suri terutamanya Laura, penjaga Suri (kelas pra-sekolah).Walaupun di akhir pengajian kami berbelanja sejumlah ongkos yang besar untuk nurseri Suri, kamigembira dengan keputusan itu. Suri dijaga baik dan ini membantu kami menjalankan kerja-kerja PhDdengan tenang. Secara langsung juga, keputusan ini mendedahkan kami kepada cara pendidikan awalkanak-kanak di UK dan kami boleh mengambil pengajaran terhadap perkara-perkara positif yangditonjolkan dalam sistem tersebut. Namun, seperti yang sedia maklum, menghantar anak ke nurseri selalunya berdepan dengan masalahkesihatan. Aduh, kebetulan pula si Suri selalu cirit birit. Polisi nurseri The Young Ones, cirit kedua harusdijemput pulang dan dikuarantin selama satu hari. Ini bermakna keesokan harinya Suri tidak boleh dihantarke nurseri. Ada satu ketika, saya mendapat panggilan dari Gemma, penjaga Suri (ketika kelas kanak-kanakkecil toddler), meminta untuk menjemput Suri pulang kerana sudah berlakunya cirit kedua. Ketika itu,waktu baru sahaja menginjak ke jam sebelas pagi. Persoalan besar yang timbul adalah siapakah yang akanmengambil Suri di nurseri? Saya menelefon Miji dengan harapan Miji boleh mengambil anak di nurseritetapi jawapan yang diperoleh tidak memberangsangkan. Miji akan bertemu dengan penyelia jam 11.30pagi. Saya sedang mengerjakan kerja makmal. Sedimen sudah dimasukkan ke dalam tangki. Siapa yangakan meninggalkan kerjanya? Setelah ditimbang, saya memutuskan bahawa tindakan membatalkan temu janji bersama penyeliaadalah lebih tidak manis dari saya meninggalkan kerja makmal sebentar. Jadi, saya pergi menjemput Suridan membawa ke makmal. Mujur juga Ketua Juruteknik, Mike pura-pura tidak nampak (kerana polisimakmal sebenarnya tidak membenarkan kanak-kanak berada di makmal). Selesai Miji berjumpa penyelia,kami pulang bersama-sama ke rumah dan menjaga Suri. Jika salah seorang (antara saya dan Miji) tidakboleh pulang, kami mengambil giliran. Jika saya pulang menjaga Suri di tengahari, saya akan ke universitimalam hari atau untuk peristiwa Suri cirit seterusnya, Miji yang akan menemani di rumah. Sepanjangtempoh Suri dalam kelas toddler mungkin lebih lima kali peristiwa cirit ini berlaku. Namun begitu, jikadikira (dengan teliti), mungkin hanya sekali Miji yang menjemput dan pulang menjaga di kala waktu siang.Hubungan KekeluarganHubungan suami isteri diuji ketika menginjak ke tahun ketiga dan ke empat. Masing-masing inginmenyelesaikan tugas dengan segera. Waktu lazim dari jam 9 pagi ke 5.45 petang ternyata tidak mencukupidan perlunya waktu malam. Kami bersepakat mengambil giliran selang dua malam dengan dua alasan.Satu, kami pastinya tidak akan mampu untuk cergas di waktu siang sekiranya berjaga dua malam berturut-turut dan kedua, kebajikan Suri tetap dijadikan keutamaan. Hubungan ibu dan anak dan bapa dan anak,sedaya upaya kami jaga dengan harapan keperluan rohani anak sentiasa dipenuhi.

Teringat kata penyelia ibu saya (walaupun dia tidak ‘sebulu’ dengan penyelianya), satu nasihat yang berkesan di hati sehingga hari ini, “PhD is a battle for three years, but marriage is for a lifetime.” Namun begitu, apabila setiap malam salah seorang ke makmal/pejabat untuk menulis, hubungan suamidan isteri tentunya akan mendapat kesan. Seorang tidur memeluk bantal/anak, seorang lagi memeluklaptop. Untuk mengimbangi, kami berusaha agar hujung minggu diperuntukkan untuk aktiviti bersama sertamalam Sabtu dan Ahad tidak dibenarkan untuk ke makmal/pejabat. Teringat kata penyelia ibu saya(walaupun dia tidak ‘sebulu’ dengan penyelianya), satu nasihat yang berkesan di hati sehingga hari ini,“PhD is a battle for three years, but marriage is for a lifetime.” Pulang dari me time selalunya mencerahkan perspektif dan segala tekanan PhD hilang. Saya sayang Miji dan Miji adalah kawan baik saya sepanjang hayat. Tiada Miji dua hari, sayakesunyian kerana tiada orang untuk saya mengusik. Walau begitu, kadang-kadang saya perlukan masa saya‘me time’ untuk penyusunan kembali diri. Ternyata Miji pun berpendapat sedemikian. Jadi, kami masing-masing mencari apakah me time kami. Miji memilih untuk keluar ‘mengopi’ bersama teman di kedaiKebab Curry King, main tenis dan saya pergi mencuci mata di kedai kegemaran Dunelm Mills (kedaimenjual alatan rumah) atau ke bandar bersama rakan-rakan. Pulang dari me time selalunya mencerahkanperspektif dan segala tekanan PhD hilang. Saya tidak bermaksud ini diguna pakai kepada semua, tetapisekurang-kurangnya ini berkesan kepada kami. Kadang-kadang saya memaksa untuk Miji pergi bersamateman-temannya (supaya saya dapat keluar juga). Saya percaya tugas sebagai seorang isteri/suami akandapat digalas dengan lebih baik sekiranya kita ada aktiviti luar dan tidak terperuk di rumah semata. ‘Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.’ Hidup bersendirian selama 26 tahun, punyaragam dan prinsip berbeza. Apabila bernikah, mana mungkin cara hidup dua manusia akan samasepenuhnya. Saya tidaklah terlalu cinta untuk mengubah personaliti mengikut kehendak pasangan dan sayatidak berharap Miji akan berubah. Perselisihan pendapat pasti ada. Apabila di luar negara, ibu bapa(sebagai sumber rujukan utama) jauh untuk bertemu dan meminta nasihat. Hubungan keluarga nukleussememangnya nukleus dan harus ditangani bersama. Sebolehnya jika berselisih faham, kami tidak akan bertengkar di hadapan Suri. Takut Suri akanterkesan. Terutamanya apabila kedua-duanya sudah tertekan dengan kerja PhD yang tidak sudah-sudah.Kami mengambil pendekatan dan berjanji sebelum tidur masing-masing perlu meluahkan rasa tidak puashati masing-masing dan tidak tidur dalam keadaan marah. Kalau tidak meluahkan sebelum tidur, harusredha dan tidak perlu disebut lagi keesokan harinya. Wallahua’lam. Walaupun perjalanan PhD ini hanya mengambil masa empat tahun, bagi saya empat tahun ini adalahtahun mencabar. Jauh dari keluarga dan kami berdua digalas satu tanggungjawab berat untuk pulangberjaya. Dalam tempoh empat tahun ini, wujud pelbagai fasa, sama ada fasa berulang atau berlaku sekalisahaja. Contohnya, fasa kerja makmal menjadi, kerja makmal tidak menjadi, penyelia mengatakan kitatidak bagus, penyelia mengambil idea kita dan mengatakan itu adalah ideanya dan lain-lain. Oleh itu,

setiap kali pulang ke rumah, sedikit sebanyak apa yang terjadi di universiti hari itu ada tempiasnya dengansuasana persekitaran di rumah. Jika penyelia mengatakan saya tidak bagus, saya marah dan bungkam sertatidak ada tenaga untuk memasak. Sama ada makan di luar atau goreng telur sahaja atau setelah sayamenerima surat dari universiti (di Malaysia) mengatakan saya harus bekerja dengan lebih baik (keranapenyelia memberikan markah rendah), dua hari saya mogok dan tidak membuat kerja-kerja rumah.Kembara JalananHidup di salah satu negara Eropah harus mengambil kesempatan untuk bercuti dan berjalan-jalan diEropah. Tekanan belajar harus dilepaskan. Kembara jalanan ke negara lain akan menambah pengalamandan membuka perspektif baru. Namun begitu, bagi kami proses perancangan bercuti tidak semudah yangdisangkakan. Oleh kerana kami berdua membuat kerja-kerja makmal, jadual adalah padat dan tidak sama.Minggu ini saya bebas makmal, Miji tidak. Minggu depan saya sibuk, Miji bersemangat. Untuk tidakmenimbulkan kekecewaan, kami merancang cuti-cuti kami sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal. Inimembolehkan kami menyusun jadual sebaiknya dan boleh bercuti tanpa perasaan bersalah. Saya tidak tahukenapa, tetapi setiap kali pergi bercuti pasti ada perasaan tidak senang tercuit di hati. Lebih baik padamasa itu digunakan untuk menulis bab satu! Kebiasaannya, tugas merancang diserahkan kepada saya.Lebih tepat lagi, saya sendiri melantik diri untuk menjadi ketua. Lumrah anak sulung cenderung untukmengetuai dan mengendalikan kerana saya tidak percaya rancangan akan terjadi dengan baik sekiranyasaya serahkan tugas itu kepada Miji. Selain itu, dewasa kini rakyat Malaysia sudah mampu untuk keluar negara dan meneroka budayanegara luar. Ahli keluarga dan rakan-rakan berpusu-pusu datang menziarah. Terima kasih Air Asia danEmirates Airlines. Sudah tentunya penginapan mereka adalah percuma kerana menginap di rumah kami.Ini termasuk sarapan dan makanan enak untuk makan malam. Selalunya mereka cuba untuk datang padahujung minggu dan tidak mengganggu rutin harian kami. Namun begitu, apa yang harus dilakukan sekiranyatetamu datang pada hari Jumaat? Walau gembira tidak terkata menerima tetamu di rumah, kamimemaklumkan kepada tetamu yang rutin harian ke makmal akan diteruskan. Tetamu biasanya memahami.Untuk meraikan tetamu, kami sarapan bersama dan ke makmal lewat sedikit. Hal ini kami lakukan tanpaada pilih kasih sama ada rakan/ahli keluarga saya atau teman/adik Miji datang bertandang. Jujurnya,sepanjang empat tahun pengajian, 70% tetamu menginap di rumah adalah rakan dan ahli keluarga saya.Terima kasih Miji.Baiknya Jodoh PhDSaya redha terhadap cabaran jodoh PhD. Baiknya apabila suami isteri menjadi pelajar, kami memahamituntutan tugas pasangan. Kami mengerti getirnya menjadi pelajar PhD dan sama-sama membantu untukmengurangkan beban masing-masing. Ada buruknya juga jika kita bernasib baik kerja makmal menjadi,mudah menulis, penyelia membantu, kita kurang mengerti nasib pasangan yang kerja makmalnya salah,idea menulis tidak muncul-muncul dan penyelia yang garang. Apa yang susah sangat? Paling menyayat hati adalah jika pasangan cuba meletakkan musibah tersebut di atas bahu kita. Merekamenuduh kita tidak berhati-hati membuat kajian, laptop sentiasa buka facebook atau sengaja tidak menurutkata penyelia. Sesungguhnya perjalanan PhD adalah satu bab dalam buku hidup saya yang sangat memberikesan. Ia membantu saya dalam membentuk komunikasi berkesan bersama Miji, ketua (dalam konteks ini

penyelia), Suri dan rakan-rakan. Tempoh ini sebenarnya mengajar saya erti sabar, kecekalan, ketabahandan tidak berputus asa. Doa dan solat hajat setiap hari sangat membantu. Kadang-kadang apabilamerasakan dunia ini kelam, tiada cahaya di hujung terowong, namun dengan doa dan solat, cahayaberansur-ansur kelihatan. Rata-rata pasangan yang sama-sama melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD yang telah saya jumpamengatakan bahawa cabaran utama adalah bukan pengajian PhD itu sendiri, tetapi lebih kepada cabaranmenangani keluarga. Ini amat benar dalam konteks saya dan suami, terutamanya dengan cabaran kehidupanberkeluarga di negara asing. Sungguhpun begitu, jika saya boleh kembalikan masa, kami akan masihmelakukan benda yang sama iaitu melanjutkan ijazah PhD bersama. Ianya adalah satu pengalaman indahdan tidak ternilai. Selamat menjalani ibadah PhD!

7 ANAK, PELAJAR, ISTERI DAN IBU PhD Emma MohamadAnak PhDSaya memulakan perjalanan karier akademik dalam usia yang agak muda. Sehabis sahaja semesterterakhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM), saya terus menyambungpengajian sarjana di Universiti Malaya (UM). Keputusan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjanasebenarnya tidak susah diputuskan kerana Papa memang menggalakkan anak-anaknya untuk menyambungpelajaran dan saya seperti automatik mengikut jejak langkah abang yang juga ketika itu menyambung IjazahSarjana beliau. Papa pernah berkata, Ijazah Sarjana muda tidak cukup jika ingin bersaing dalam dunia pekerjaansekarang. Kita perlu setapak lebih dari orang lain. Papa memang bijak orangnya dan seorang yangberfikiran jauh. Prinsip beliau, pendidikan adalah penting untuk anak-anaknya kerana ia adalah sandaransekiranya jodoh bertemu ‘hujan di tengah hari’. Beliau tidak pernah menghalang jika anak perempuannyahendak menjadi suri rumah, malah mama sendiri seorang suri rumah yang berjaya. Namun, sebagaiseorang ayah, beliau mahu anak perempuannya berilmu. Apatah lagi dengan pengalaman peribadi Papasebagai abang sulung yang mempunyai adik yang bermadu dan bercerai. Papa tidak mahu nasib anakperempuannya tidak terbela jika sesuatu terjadi kepada rumah tangga kami. Dalam kami lima orang adik beradik, hanya abang seorang sahaja lelaki. Saya pula kakak sulungkepada tiga orang adik perempuan. Jujurnya, saya bukanlah contoh terbaik buat adik-adik. Dalamkeluarga, sayalah yang paling nakal dan yang paling banyak memberontak. Terutamanya ketika zamanremaja. Saya pernah digantung persekolahan, malah mencipta rekod pertama kes melibatkan pelajarperempuan. Kesalahan saya (dan beberapa rakan perempuan yang lain) bukannya teruk, hanya balikouting lambat. Tetapi saya masih ingat lagi betapa kecewanya Papa bila mengetahui berita tersebut.Beliau tidak bercakap dengan saya selama tiga bulan kerana kekecewaan tersebut. Saya tidak malu untuk mengatakan bahawa saya ingin mencapai PhD kerana ingin melihat Papa dan Mama bangga. Saya sedar bahawa saya bukanlah seorang anak perempuan yang tipikal. Tetapi saya juga sedarbahawa karektor yang sukakan cabaran itulah yang menjadi kekuatan untuk menghadapi cabaran sehinggahari ini. Apabila saya mengimbas kembali semua kenangan nakal yang lampau, memang ada perkara yangingin ditarik balik. Tetapi dalam setiap kesilapan yang dilakukan, saya cuba untuk mencari hikmah danpengajaran yang boleh dipelajari. Mungkin ramai yang akan ketawa jika saya katakan bahawa PhD adalahsebuah rasuah untuk Papa dan Mama. Saya merasakan seperti ada sesuatu yang perlu dibuktikan kepadamereka. Saya tidak malu untuk mengatakan bahawa saya ingin mencapai PhD kerana ingin melihat Papadan Mama bangga. Saya tidak malu untuk mengatakan saya ingin ‘membeli’ kasih sayang Papa dan Mama

dengan PhD. Malah, dengan motivasi inilah saya melangkah dengan berani menongkah dunia PhD.Pelajar PhDKertas cadangan PhD yang mula-mula saya tulis ketika memohon ke Cardiff University sebenarnyaberkisar mengenai pemaparan media mengenai penyakit selesema burung. Sangat jauh berbeza dengankajian PhD sebenar saya, iaitu penyusuan ibu. Ramai yang melihat kertas cadangan pertama sayamembawa nilai yang lebih tinggi dari topik yang saya pilih untuk PhD. Apatah lagi kerana ketika itu,bidang komunikasi kesihatan masih baru di Malaysia dan penyakit selesema burung H1N1 sedang hangatdiperkatakan. Jenny (penyelia saya) juga telah memberi persetujuan beliau terhadap kertas cadangantersebut dan saya telah ditawarkan untuk mendaftar ke semester baru Oktober 2006. Kebanyakan orang mungkin tidak faham kenapa saya mengambil keputusan untuk menukar topik dariselesema burung kepada penyusuan ibu. Dari suatu topik yang hangat dan semasa, kepada topik yang agak‘biasa’, dan tidak berkepentingan, malah mungkin ada yang melabelkannya sebagai sebuah topik yangbosan. Namun, saya lebih rela menghabiskan empat tahun untuk mengkaji tentang sesuatu yang saya minatdaripada sesuatu yang popular. Untungnya, Jenny amat memahami niat saya dan menyokong penuhkeputusan mengubah topik PhD. Saya juga merasakan bahawa Tuhan membukakan dan memudahkan jalankerana kebetulan pula ibu Jenny adalah seorang penggiat dan penggalak penyusuan ibu. Malah, Jenny danibunya pernah menjalankan kajian dan menulis di Jurnal-Jurnal Antarabangsa mengenai penyusuan ibu dimedia. Saya melihat kebetulan ini sebagai sebuah petanda baik dan amat bersyukur atas kemudahan jalanyang telah diberikan. Tahun pertama di Cardiff memang sibuk. Dalam dua semester pertama saya diwajibkan menghadirikuliah, melakukan tugasan dan dalam masa yang sama memulakan rancangan penyelidikan di bawahbimbingan penyelia. Malah, di akhir semester kedua, saya dan rakan-rakan sekuliah ditugaskan untukmembentangkan kertas cadangan PhD di hadapan seluruh ahli fakulti dan dinilai oleh panel pascasiswazah. Pembentangan tersebut dinilai bersama kertas cadangan untuk menentukan sama ada projekpenyelidikan kami boleh diteruskan atau harus dirombak semula. Dalam dua semester itu, tidak mungkinsaya dapat fokus jika tidak menumpukan sepenuh tenaga dan usaha sebagai seorang pelajar PhD. Saya dan suami menempatkan Diya di pusat jagaan kanak-kanak (crèche) di Cardiff University. Inidapat membolehkan Nik untuk bekerja sepenuh masa dan saya pula dapat menumpukan perhatiansepenuhnya kepada PhD. Jadual PhD seharian amat teratur ketika itu. Seawal lapan pagi, saya akanmenghantar Diya ke crèche dan terus ke kuliah atau perpustakaan atau bilik PhD di pusat pengajian untukmembaca dan menulis. Tepat jam lima petang, saya bergegas untuk mengambil Diya pulang. Kehidupanamat tersusun dan saya mempunyai masa sendirian untuk menumpukan perhatian terhadap PhD. Dalamtempoh dua tahun pertama di Cardiff, saya benar-benar menikmati gaya hidup sebagai seorang pelajarsepenuh masa. Saya mula membina jaringan dengan rakan-rakan PhD yang lain dan mengikuti aktiviti-aktiviti sosialmereka seperti sesi minum kopi dan makan tengahari di kafe universiti kadangkala makan malam bersama,menghadiri majlis-majlis keraian seperti hari lahir, Thanksgiving, Krismas, dan yang palingmenyeronokkan adalah meraikan rakan-rakan yang baru selesai sesi Viva mereka. Walaupun tidak rapatdengan semua orang, saya masih dapat merasakan impak komuniti yang dibina dapat membantu untukfokus dalam PhD. Ini kerana saya tahu semua orang di sekeliling memahami liku-liku perjalanan PhD yangadakalanya kita berada di atas dan adakalanya di bawah. Saya dikelilingi komuniti yang memberisokongan emosional dan ini membuatkan saya yakin dengan keupayaan diri untuk menempuhi PhD. Jenny

juga memberi peluang untuk menimba pengalaman menjalankan kajian dan melibatkan saya dalambeberapa kumpulan fokus beliau. Malah, saya juga telah diberikan peluang untuk menjadi seorang tutordalam salah satu subjek di peringkat prasiswazah bersama sekumpulan kecil rakan-rakan PhD yang lain.Pengalaman yang ditimba dalam dua tahun pertama PhD amat-amat berharga buat saya dan tidak mungkindapat diganti dengan wang ringgit. Semua ini berubah selepas saya pulang dari mengutip data di Malaysia. Saya ketika itu sedang hamildan kandungan telah masuk trimester kedua. Saya mula sedar pergerakan dan aktiviti saya sebagai pelajarmakin terhad. Perjumpaan dengan Jenny semakin jarang dan kadangkala sebulan setengah baru kamibertemu untuk membincangkan kemajuan. Saya juga berhenti ke bilik PhD untuk belajar. Meja yangdahulunya penuh dengan buku-buku, alat tulis dan barang-barang peribadi telah saya kosongkan untukmemberi laluan kepada pelajar lain yang mungkin lebih memerlukan tempat tersebut. Saya jarangkelihatan di pusat pengajian dan jarang bertemu dengan rakan PhD lain. Saya juga mengambil keputusanuntuk tidak menyambung kontrak menjadi pembantu pengajar kerana bimbang tidak dapat memberikomitmen yang sepenuhnya. Pada waktu itu, saya sering menyendiri di perpustakaan. Saya akan duduk berseorangan di suatu mejaterpencil untuk menulis. Tiada siapa yang tahu kerana saya malu untuk bertemu mereka. Rasa malu timbulkerana rasa terpencil, tidak bersosial dan rasa malu jika ada yang bertanya tentang perkembangan PhD.Saya juga berasa malu jika rakan-rakan memandang serong kepada saya kerana hamil dalam tempoh PhD.Apatah lagi rakan-rakan PhD saya kebanyakannya masih bujang dan lazimnya mereka yang sudahberkeluarga menjalani PhD secara separuh masa. Walaupun rasa malu ini sebenarnya hanya produk imaginasi saya, saya tidak dapat mengelak daripadaberasa rendah diri. Di sudut hati, saya tahu bahawa perasaan ini sangat pelik dan tidak rasional. Bukannyasaya tidak kenal dengan pelajar-pelajar PhD atau staf yang lain, bukannya mereka tidak pernahbertanyakan tentang kemajuan PhD saya sebelum ini. Malah, pertanyaan itu sangat biasa dan sebagai salahsatu cara untuk menunjukkan mereka prihatin dan memberi sokongan moral. Tetapi entah kenapapertanyaan yang amat lazim saya jawab dengan bersahaja kini menjadi suatu pertanyaan yang sangatsensitif dan amat berat untuk dijawab. Saya masih ingat lagi suatu hari ketika saya bertembung dengan Anndan Joe (rakan PhD) setelah lama memencil diri. “Oh my god Emma, look at you... you are HUGE!”komen Ann apabila melihat betapa besarnya kandungan saya yang telah masuk trimester ketiga. Perasaanmalu dan bersalah terus menyelubungi diri dan saya dapat merasakan mata Joe seperti hampir terbeliakmelihat perut boyot saya. Walaupun saya tahu komen Ann sebenarnya adalah respon beliau terhadap kehamilan ini tetapi sayatidak dapat lari daripada berasa segan. Segan kerana saya merasakan diri gemuk, segan kerana sudah lamatidak berjumpa komuniti PhD, segan kerana gagal menjadi seorang pelajar yang baik dan segan keranameletakkan kehidupan peribadi di hadapan karier PhD. Perasaan segan dan malu itu semakin lamasemakin menebal dan saya menjadi seperti orang asing di ‘kampung’ sendiri. Perjalanan PhD sayaditeruskan bersendirian di rumah. Memang ianya suatu perjalanan yang sunyi. Namun, dengan ditemanikeluarga, saya mencari kekuatan untuk terus bekerja.Isteri PhDDari awal perkenalan saya dengan Nik, saya melihat beliau sebagai seorang academic coach. Ini keranasejak kami berkawan, prestasi akademik saya tidak pernah gagal untuk merekodkan peningkatan setiapsemester. Saya masih ingat lagi sesi motivasi dan perancangan strategi beliau sewaktu makan malam di

kedai tepi jalan berdekatan pintu Sungai Dua USM. “You kena tahu di mana untuk fokus jika hendak dapatA. Lihat kepada pembahagian markah setiap bahagian, kalau assignment lebih berat, you kenaconcentrate pada assignment. Kalau you dapat score pada assignment, you mesti boleh dapat A,”bersungguh-sungguh nasihat Nik kepada saya. Macam nerd sahaja bunyi suami saya, bukan? Namun, bagi yang mengenali Nik pasti akan tahu bahawa beliau bukan seorang nerd, tetapi adalahseorang strategist. Nik memasang strategi dalam segala hal dan saya juga adalah sebahagian daripadaproduk strategi beliau. Nik adalah orang yang mula-mula mendedahkan saya kepada karier akademik danacap kali membisikkan idea supaya saya memilih profesion seorang pensyarah sebagai karier hidup.Walaupun saya sering menepis dan berangan-angan untuk menjadi hos ‘Wanita Hari Ini’, hairannya, sayamasih menghantar resume ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia(UPM). Minat tiba-tiba datang dan keyakinan timbul apabila saya berjaya disenarai pendek dan dipanggiluntuk temuduga di kedua-dua universiti tersebut. Mungkin ada benarnya strategi Nik ini dan ternyatabeliau lebih nampak potensi saya dalam dunia akademik lebih daripada saya sendiri. Dua bulan selepas kami mengikat tali perkahwinan, saya memulakan karier di UKM dan tiga tahun selepas itu saya dijadualkan untuk mengambil cuti belajar PhD. Sokongan Nik terhadap karier saya tidak pernah padam. Dua bulan selepas kami mengikat taliperkahwinan, saya memulakan karier di UKM dan tiga tahun selepas itu saya dijadualkan untukmengambil cuti belajar PhD. Saya sememangnya teringin belajar di luar negara apatah lagi apabilamelihat semua adik beradik saya sudah pun mempunyai pengalaman tersebut. Abang belajar diQueensland dan Sydney, Farah di Canterbury, Yan di Adelaide dan Ninie di Minnesotta. Memanglengkaplah rekod anak-anak Papa jika saya pun mempunyai pendidikan di luar negara. Nik tidak pernahmenghalang cita-cita saya itu, malah amat menyokong keputusan untuk melanjutkan PhD di UnitedKingdom (UK). Bersama Diya, kami bertiga mengambil langkah berhijrah ke negara orang. Nik mengambil cuti tanpagaji dari majikan di Malaysia dan juga sanggup bekerja sambilan sebagai seorang cleaner di UK bermulapada jam 4 pagi untuk menambah pendapatan. Bayangkan, jika di Malaysia beliau adalah seorang arkitekprofesional, tetapi di UK beliau hanya bekerja sebagai seorang cleaner! Betapa besarnya pengorbanandan sokongan Nik sepanjang perjalanan PhD saya, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya menghargai pengorbanan Nik dan cuba untuk penuhi tanggungjawab saya sebagai isteri dengansebaik mungkin. Sebelum ke Cardiff, saya tidak pernah ke dapur, malah kami selalunya akan ‘tapau’sahaja makanan dari luar. Hidup di Malaysia memang mewah dengan pilihan makanan. Tetapi apabilatinggal di tempat asing, saya terpaksa belajar untuk masak sendiri. Makanan halal sukar didapati dan ianyabukannya murah. Memang mula-mula agak kekok dan mungkin kurang sempurna masakan saya. Tetapi Niktelan sahaja dan tidak pernah merungut. “I tak memilih, yang penting tak keras macam batu sudahlah,” usikbeliau sekali sekala. Namun, ‘latihan’ memasak setiap hari telah menjadikan saya lebih cekap di dapur.Sepanjang empat tahun itu, dapatlah sekali Nik merasa nasi kerabu perantau dari saya. Tetapi sebenarnyaapalah sangat nasi kerabu biru itu jika dibandingkan dengan pengorbanan Nik terhadap saya dan karierPhD saya. Sepanjang kami di Cardiff, Nik amat mengambil berat tentang pengajian saya. maklumlah beliau kanacademic coach saya dan mana mungkin saya boleh lari dari melaporkan prestasi PhD kepada beliau.

Walau bagaimanapun academic coaching Nik semakin kerap dan serius dalam bulan-bulan terakhir kamidi Cardiff. Hampir setiap hari beliau akan bertanya, “berapa muka surat tulis hari ini?” Kadangkala sakithati juga hendak menjawab kerana bukannya beliau tak nampak saya seharian menghadap komputer.Malah, ketika orang lain sedang tidur pun saya masih lagi menaip tesis di komputer sambil menyusukanIcha (anak kedua) di riba. Jadi, kadangkala memang agak sakit hati bila diajukan pertanyaan beginiterutamanya jika orang yang bertanya itu tidak merasa berjalan dalam ‘kasut’ kita. Tetapi saya berterus-terang kepada Nik dan mohon agar jangan bertanya terlalu kerap kerana ia hanya akan mengundangketegangan dalam hubungan kami. Nik akhirnya faham dan cuba menyesuaikan academic coaching beliau dengan menggunakan strategibaru. Strategi kedua beliau adalah mengumpan saya dengan perkataan shopping. Oh, memang saya ‘cair’dengan perkataan itu. Beliau meletakkan satu target untuk saya capai. Saya perlu siap menulis tesis,barulah kami boleh bershopping barang-barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Simpanan yangdikumpul dari tahun pertama akan kami belanjakan semuanya untuk membeli barang-barang idaman kamiberdua. Saya bersemangat dengan strategi baru academic coach saya ini dan berusaha sedaya mungkinuntuk menyiapkan tesis sebelum tamat tempoh empat tahun cuti belajar. Alhamdulillah, akhir Jun 2011saya menghantar tesis saya. Viva diatur dalam masa tiga minggu dan kami merancang untuk pulang ke tanah air sebelum Ramadanpada awal Ogos 2011. Melunaskan janji beliau, Nik dan saya berhabisan membeli-belah dalam minggu-minggu terakhir kami. Bayangkan kami hanya punya sebulan sahaja untuk menghabiskan duit!Kebanyakannya kami laburkan untuk membeli barangan rumah seperti peti sejuk biru muda SMEG, dipadankan dengan KitchenAid mixer biru ais dan mesin espresso DeLonghi. Ditambah pula dengan setcawan dan kek dari pereka Belanda, PiP Studio dan set cadar dari Laura Ashley dan Cath Kidston,televisyen, mesin basuh, dapur induksi, ketuhar, mesin pengering dan mesin hampagas, semuanya kamibolot. Memang terasa macam ‘orang kaya’ ketika itu kerana ‘gila’ membeli dalam masa yang singkat. Usaha saya mengecapi PhD dan menghabiskan bulan-bulan terakhir menyiapkan tesis amat manis sekali kerana ia mengingatkan saya tentang erti suami isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain. Barang-barang tersebut kini menghiasi dan memenuhi keperluan rumah kami di Malaysia. Kadang kalaapabila melihat barang-barang ini, ia mengimbas kembali kenangan ‘maraton’ membeli-belah kami. Yangmanisnya, semua barangan ini adalah barangan yang saya guna setiap hari dan merupakan ‘hadiah’ seorangsuami kepada isterinya. Usaha saya mengecapi PhD dan menghabiskan bulan-bulan terakhir menyiapkantesis amat manis sekali kerana ia mengingatkan saya tentang erti suami isteri yang saling melengkapiantara satu sama lain.Ibu PhDSebelum Diya lahir, saya mempunyai gambaran yang jelas mengenai apa sebenarnya erti menjadi seorangibu yang baik. Ini merangkumi idea kelahiran normal yang bebas ubat pelali dan penyusuan badan yangberterusan sehingga mencapai umur dua tahun. Malangnya, saya tidak berjaya mengecapi hasrat tersebut.

Diya dilahirkan melalui pembedahan ceassarian dan saya gagal menyusukan Diya kerana kurangpengalaman, sokongan fizikal dan mental. Kegagalan ini telah menimbulkan rasa kecewa dan marah terhadap diri sendiri apatah lagi rakan baiksaya dan adik ipar yang juga bersalin beberapa bulan selepas saya berjaya menyusukan. Saya melihat dirisaya gagal untuk menjadi seorang ibu yang baik dan malu untuk memberitahu orang bahawa saya gagalmenyusukan. Dilema ini telah menimbulkan keinginan untuk mendalami konflik yang saya sendiri tidakfaham dan menterjemahkannya kepada penyelidikan formal. Dilema ini melahirkan idea untuk penyelidikan PhD. Saya cuba menyesuaikan bidang komunikasikesihatan dengan isu penyusuan ibu. Setelah berbincang dengan penyelia, kami bersetuju bahawa kajiansaya akan berfokus tentang pemaparan penyusuan ibu dalam media di Malaysia di samping menyelidikipendapat ibu terhadap pemaparan tersebut. Saya melihat peluang ini sebagai suatu ruang untuk sayamemahami diri sendiri sebagai seorang ibu. Di samping itu juga, inilah peluang untuk menyelidikikesalahan dan kelemahan diri sehinggakan gagal menyusukan Diya. Masuk tahun kedua PhD, rezeki sayadan Nik untuk menimang cahaya mata baru termakbul. Saya fikir, inilah peluang kedua saya untuk cubamenyusukan. Alangkah bagusnya jika saya juga berpeluang untuk menyusukan sambil menyelidiki ibu-ibulain mengenai pengalaman mereka. Bak kata penyelia saya, saya layak menjadi seorang insiderresearcher yang turut terlibat secara tidak langsung dalam kajian ini. Dalam tempoh kehamilan, saya cuba untuk menyiapkan diri untuk lebih bersedia menghadapi cabaranpenyusuan kali kedua. Dalam tempoh trimester pertama, kami sekeluarga pulang ke tanah air untukmengumpul data kajian. Dengan bantuan seorang pembantu penyelidik, kami telah ke beberapa buah negeridan bertemu dengan lebih 40 orang ibu untuk membincangkan tentang penyusuan ibu dan media. Masihsegar lagi dalam ingatan saya, mereka sungguh bermurah hati untuk berkongsi pengalaman penyusuanmereka. Tetapi dalam pengalaman tersebut, yang paling saya tidak dapat lupakan adalah apabila ibu-ibutersebut bertanya sama ada saya menyusukan Diya. Saya masih ingat lagi betapa perit pertanyaan itu harus dijawab kerana walaupun saya melakukanpenyelidikan tentang penyusuan ibu, saya sebenarnya tidak menyusukan Diya. Saya berasa seperti seorangyang hipokrit dan bimbang ibu-ibu tersebut akan menilai saya sebagai seorang ibu yang jahat. Saya tidakfaham kenapa saya harus berasa sedemikian. Hakikatnya, bukan semua ibu yang saya temui menyusukananak mereka. Jadi mengapa saya perlu berasa malu? Perasaan hipokrit ini tidak dapat saya lupakan, ditambah lagi perasaan bercampur-baur sepanjangkehamilan. Gembira untuk menyambut kelahiran tetapi risau jika saya masih gagal untuk menyusukan. Sayajuga gelisah kerana ingin mencuba kelahiran normal selepas ceassarian (VBAC) dan tidak mahumengambil sebarang pelali pada kelahiran kali ini. Kedua-dua ini tidak berjaya dicapai pada kelahiranpertama, jadi apa jaminan bahawa saya akan berjaya pada kali kedua ini? Namun, kebimbangan saya itu sering ditenteramkan apabila melihat Nik yang nampak lebih bersediauntuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Buat pertama kali saya melihat Nik bercakap mengenaipenyusuan ibu kepada rakan-rakannya dan bagaimana dia berhasrat untuk membantu sedaya mungkin untukmenyokong penyusuan anak secara eksklusif. Beliau juga menghadiri kelas family craft bersama saya dihospital berdekatan untuk mempelajari teknik-teknik dan sokongan suami dalam proses kelahiran danperingkat awal bayi. Kata-kata keyakinan dan sokongan mental dan fizikal Nik memang banyak menaikkansemangat dan keyakinan saya untuk menghadapi cabaran ini. Sehari sebelum saya melangkah ke minggu 42, saya telah dijadualkan menjalani induce secara normal(swab). Beberapa jam selepas itu, saya mula merasakan sakit kontraksi yang kecil. Saya ada membacabahawa untuk mempercepatkan kelahiran, wanita digalakkan untuk berjalan. Lalu saya mengajak Nik danDiya untuk membawa mama dan adik saya Yan dan Nini (yang datang melawat untuk membantu menjaga

Diya) ke bandar Cardiff untuk membeli-belah dan membeli barangan dapur. Kontraksi yang datang memang semakin lama semakin kuat tetapi masih lagi boleh dikawal. Apabilapulang, saya menghubungi hospital untuk memaklumkan tahap kontraksi saya. Bidan yang menjawabpanggilan menasihatkan agar saya berada di rumah selama mungkin dan hanya ke hospital apabilakontraksi semakin kerap. Saya menunggu di rumah dengan tenang dan pada jam 5 petang keesokan harinyasaya dan Nik bertolak ke hospital. Di hospital, saya diperiksa dan alhamdulillah bukaan sudah mencapai 6 cm. Tiba-tiba air matamengalir tidak berhenti dan saya teresak-esak menangis kerana tidak percaya bahawa saya berjayamencapai tahap kelahiran aktif. Apatah lagi mengenangkan kelahiran pertama, saya hanya mampumencapai 4 cm sahaja sebelum ditolak masuk ke bilik pembedahan. Kami diberikan sebuah bilik bersalinperibadi yang luas, siap dilengkapi dengan bola kelahiran (birth ball) dan sebuah kolam kelahiran (birthpool). Memang dalam pelan kelahiran saya sudah dinyatakan tentang keinginan untuk mencuba menjalanikelahiran dalam kolam. Pengalaman dalam kolam kelahiran memang amat istimewa sekali. Ia banyakmembantu mengurangkan beban sakit dan memberi keselesaan pergerakan. Alhamdulillah, dalam masakurang satu jam saya mencapai bukaan 9 cm. ‘Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.’ Pelan kelahiran yang diidam-idamkan terhenti di situ. Ketika air ketuban saya pecah pada bukaan 9 cm, ia dipenuhi meconium. Airdalam kolam bertukar menjadi gelap. Saya terus dikategorikan sebagai kelahiran risiko tinggi keranabimbang kandungan lemas dan tertekan akibat meconium tersebut. Saya dipapah keluar dari kolam danditolak keluar dari wad bersalin normal ke bilik bersalin yang berdekatan dengan bilik pembedahan jikaterpaksa menjalani pembedahan kecemasan. Kecewa dengan kegagalan untuk melahirkan dalam kolam,saya terus meminta epidural. Entah kenapa rasa sakit berlipat kali ganda selepas keluar dari kolamtersebut. Satu jam selepas ditolak masuk ke bilik bersalin, saya masih gagal untuk melahirkan secaranormal. Doktor akhirnya melakukan percubaan untuk membantu kelahiran menggunakan forcep. Pada jam2.38 pagi hari Sabtu, 5 Disember 2009, Icha selamat dilahirkan. Alhamdulillah sihat dan sempurnasifatnya. Seorang ibu, seperti manusia yang lain bukanlah insan yang sempurna tetapi yang pasti seorang ibu itu sempurna bagi anaknya. Kali pertama saya cuba menyusukan Icha adalah dalam bilik pemulihan bersama Nik di sisi. Nasibbaiklah Icha mempunyai tindakan refleks yang amat baik dan terus menyusu dalam tempoh sejam selepaskelahiran. Perasaan gembira tidak terkata ketika itu kerana segala kebimbangan saya terus hilang. Ketikaitu terdetik dalam hati saya, biarlah jika saya gagal untuk melahirkan Icha dalam kolam kelahiran ataumelahirkan tanpa ubat pelali, yang penting anak saya lahir dengan sihat. Barulah saya faham, selama iniimej seorang ibu sempurna yang saya bina hanya wujud dalam imaginasi sahaja. Saya terperangkapdengan permintaan dan kehendak sosial untuk memenuhi imej seorang superwoman. Seorang ibu, sepertimanusia yang lain bukanlah insan yang sempurna tetapi yang pasti seorang ibu itu sempurna bagi anaknya. Minggu-minggu yang mendatang saya belajar lebih banyak mengenai diri. Saya sedar bahawa tidaksemua orang bertuah dapat menyusukan anak secara mudah. Pengalaman kali kedua penyusuan masih samaseperti pengalaman lalu. Puting berdarah dan merekah merupakan cabaran harian bagi saya. Apatah lagidalam musim sejuk, memang mudah sahaja kulit kering dan berdarah. Namun, dengan bantuan jururawat

dan bidan tempatan yang mengajar teknik yang betul, saya mampu untuk meneruskan penyusuan eksklusifdan mengepam susu. Perasaan hormat wujud kepada diri sendiri, tetapi lebih hormat terhadap jururawatdan bidan yang tidak jemu membantu. Hampir selang dua hari mereka datang untuk memastikan saya tidakberputus asa. Menjalankan penyelidikan mengenai penyusuan ibu mengajar saya bukan sahaja dari segi ilmiah,tetapi juga memahami diri saya sebagai seorang ibu. Perjalanan PhD yang dimulakan atas rasa inginmemahami diri dan konflik yang dihadapi sebagai seorang ibu telah berhasil bukan sahaja dalam bentuksenaskhah tesis dan segulung ijazah, tetapi dalam bentuk peribadi juga. Saya pelajari suatu pekara yangbaru tentang diri saya dan belajar untuk memahami konflik sebagai seorang ibu dan pelajar PhD. Dan yangpaling penting sekali, kini saya sudah dapat memaafkan diri saya kerana gagal menyusukan Diya.Kejayaan PhDAkhirnya, setelah menghantar tesis, Viva ditetapkan pada hari Jumaat, 22 Julai jam 2.30 petang. Pada hariviva, saya masih ingat lagi akan pertanyaan pemeriksa luar kepada saya, “how did you manage to do it(PhD), with your pregnancy, having a baby and breastfeeding?” Saya mengambil sedikit masa sebelummenjawab. Terimbas kembali detik-detik sepanjang hampir empat tahun berada di bumi Cardiff. Jawapansaya amat mudah, “It is the best thing that’s ever happened to me throughout my PhD journey.” Keranatanpa melalui proses tersebut, saya tidak mungkin berupaya melihat dan merasai keindahan penyusuan ibu.Saya tidak mungkin akan terbuka mata untuk lebih sensitif dengan permasalahan sekeliling yang lebihbesar dan perlu diselesaikan. Pengalaman PhD juga mengajar saya untuk lebih menghargai ibu bapa,suami dan anak-anak. Erti seorang pelajar bukan sahaja terkongkong kepada dunia akademik, tetapi ialebih dari itu. Sedar atau tidak semua peranan yang dipikul sepanjang PhD adalah penting untuk kitasampai ke akhir garisan. Erti PhD dari lensa anak, pelajar, isteri dan ibu inilah yang saya semat dalamhati. Cerita-cerita yang saya kongsikan membuka ruang kepada pelbagai dimensi interpretasi. Jika dilihatdari konteks label, PhD membawa erti yang khusus kepada saya sebagai seorang anak, isteri, ibu danseorang pelajar. Tetapi jika dilihat secara menyeluruh, PhD amat signifikan kepada diri danperkembangan saya sebagai seorang wanita. Setiap label yang dipegang ketika menjalankan PhD mengajarsaya erti kepayahan. Dalam setiap label itu jugalah saya mencari kekuatan untuk meneruskan PhD. Dalamerti kata lain, setiap label itu mengajar saya erti kehidupan dan kejayaan. Pertamanya, saya mula faham dan menerima kegagalan untuk menyusukan Diya. Saya berhentimenyalahkan orang lain dan berhenti juga menyalahkan diri sendiri. Saya sedar bahawa penyusuan ibubukan sahaja suatu isu kesihatan yang mudah, tetapi juga suatu isu budaya dan masyarakat. Seorang ibuyang menyusu anak tidak hanya bersendirian dalam suasana yang vakum, tetapi dikelilingi oleh tekanansosial dan harapan untuk menjadi atau kelihatan sebagai seorang ibu yang baik. Saya kini faham bahawatekanan yang diletakkan atas kegagalan lepas lebih berkait kepada persepsi orang lain terhadap saya danimej saya sebagai seorang ibu. Pemahaman ini telah membantu saya untuk memaafkan kegagalanmenyusukan Diya. Keduanya, tempoh ini mengajar saya untuk membuat sebuah anjakan paradigma tentang erti sebenarseorang ibu. Saya kini melihat penyusuan bukan sebagai tugas tetapi sebagai suatu keistimewaan. Sayabertuah kerana berpeluang untuk menyusukan Icha secara terus dan eksklusif. Tidak semua ibu yangmempunyai keupayaan tersebut dan terpaksa melalui kepayahan untuk memastikan mereka berjayamenyusukan anak, terutamanya bagi wanita yang bekerjaya. Saya sendiri tidak pasti adakah mampu

melakukannya? Tempoh ini banyak mengajar saya untuk bersyukur, meraikan diri sebagai seorang wanitadan membebaskan pemikiran daripada tekanan sosial terhadap seorang ibu. Ketiganya, tempoh ini menyedarkan saya untuk lebih menghargai keluarga. Berjauhan dengan Papa danMama mengajar erti rindu. Sokongan suami secara fizikal dan moral juga mengajar saya untuk lebihhormat dan bersyukur. Apatah lagi apabila mengenangkan pengorbanan beliau yang menangguhkan karieruntuk bersama saya dan keluarga selama empat tahun di negara orang semata-mata mengejar impian sayaseorang. Kadangkala, tidak logik apabila difikirkan dan saya sedar bahawa kasih sayang suami terhadapsaya terlalu tinggi dan tidak mungkin ada yang setara dengannya. Perjalanan hidup ini amat cantik susunannya. Ternyata kuasa Tuhan itu sangat besar dan sepertipepatah Inggeris, ‘God works in mysterious ways.’ Tanpa kegagalan dengan Diya, tidak mungkin sayadapat menjalani perjalanan PhD yang amat bermakna pada diri ini. Beliaulah inspirasi PhD saya dan sayapercaya bahawa tanpa kegagalan yang lepas, tidak akan muncul kejayaan pada hari ini. Diya yang menjadipembuka persoalan dan Icha membantu saya mencari penutup kepada keresahan saya. Masyarakat meletakkan label dan harapan tinggi ke atas bahu seorang wanita. Tugas kita untukmenepis tekanan ini dengan mengiktiraf dan menyedarkan diri bahawa menjadi wanita adalah suatuperanan yang sangat istimewa. Walaupun penuh dengan cabaran, ia adalah suatu pengalaman yang tidakmungkin boleh ditukar ganti. Kejayaan PhD bagi seorang wanita adalah kejayaan yang paling besar danmanis kerana ia bukan sahaja kejayaan sebagai seorang wanita, tetapi (bagi saya) juga, kejayaan sebagaiseorang anak, isteri, ibu dan pelajar. Anda pula bagaimana?

8 SINGLE, BUT NOT AVAILABLE Salina NenPengenalanSaya beranggapan bahawa impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD adalah impianmenggunung bagi setiap insan bergelar pelajar. Ini kerana PhD adalah tanda aras tertinggi pengajianformal yang boleh dicapai oleh seorang pelajar dalam kehidupan akademiknya. Walaupun saya pernahterfikir untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, tetapi saya melihat impian itu sebagai satu pelanperancangan yang masih jauh, sekurang-kurangnya apabila ekonomi dan kedudukan kewangan saya stabiluntuk membiayai pengajian sendiri. Perancangan awal saya apabila habis pengajian di peringkat sarjanaadalah untuk mula bekerja dan mengejar impian menjadi kaunselor bertauliah (berlesen) yang bolehmempraktikkan kemahirannya dalam komuniti. Namun, siapa sangka rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD datang lebih awal dari yangdijangkakan. Ini semua bermula dengan permohonan jawatan tutor Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) yang pada asalnya sekadar mencuba nasib tetapi akhirnya berjaya. Bersama-sama tawaranjawatan tutor itu adalah peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dengan biasiswa penuh.Begitulah perjalanan PhD yang saya tidak rancang pada awalnya. Ibarat ‘sudah mengantuk disorongkanbantal,’ saya melihat tawaran itu sebagai satu peluang untuk mengukuhkan perjalanan karier di sampingmenimba lebih pengetahuan dan pengalaman. Justeru, keputusan melanjutkan pelajaran ke peringkat PhDini saya boleh katakan adalah keputusan yang didorong oleh dua sebab utama iaitu peluang yang datangbersama dengan tawaran sebagai tutor dan juga kemahuan sendiri. Dari perspektif peribadi, saya gembirakerana impian melanjutkan pengajian PhD terlaksana lebih awal dari yang dijangkakan. Dari aspek yanglain pula, ia didorong oleh rasa tanggungjawab untuk memenuhi keperluan dan kehendak universiti bagimemastikan kakitangan akademiknya memiliki ijazah hingga ke peringkat PhD. Saya melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD ketika berusia 28 tahun dan masih berstatus bujang.Ketika itu terdapat beberapa komen dari rakan-rakan tentang pro dan kontra melanjutkan pelajaran ketikamasih bujang. Misalnya, kebanyakan rakan-rakan berpendapat bahawa proses menyiapkan PhD ketikamasih bujang memberi suatu kelebihan besar kerana tidak mempunyai komitmen terhadap keluarga sepertisuami dan anak-anak, serta memiliki masa senggang yang lebih banyak. Lebih menarik, komen itudatangnya daripada individu yang sudah berkeluarga. Seperti kata pepatah Inggeris, ‘the grass is alwaysgreener on the other side of the fence.’ Kadang-kadang kita melihat orang lain sebagai lebih bernasibbaik dan beruntung sehingga kita terlupa aspek negatif yang mungkin wujud padanya serta memandangringan kelebihan kehidupan sendiri. Walaupun saya tidak menafikan fakta bahawa ketiadaan komitmenterhadap suami dan anak-anak memberi satu kelebihan dan ruang yang besar untuk memberi fokus kepadaPhD, pengalaman yang saya telah lalui juga membuktikan sebaliknya. Saya berpendapat bahawa setiap status perhubungan masing-masing sama ada bujang, berkahwin,duda, bercerai atau barangkali berpisah mempunyai pengaruhnya tersendiri terhadap motivasi, emosi,pengalaman dan berjaya atau gagalnya seseorang. Setiap satunya mempunyai cabaran tersendiri,mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang penting sebenarnya adalah bagaimana

kita menggunakan apa yang kita ada itu dengan sebaik mungkin dalam membantu mencapai impian yangdirancangkan. Di samping itu, kita harus bijak menangani kekurangan yang pastinya mengiringi setiappilihan yang kita ambil dan menerima takdir yang diberi oleh Tuhan. Melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD bererti saya juga perlu menerima cabaran-cabarannya yang bukan sedikit tetapi bersediakah saya sepenuhnya? Dalam kegembiraan untuk melanjutkan pelajaran, saya turut dihantui perasaan bimbang. Ini keranawujud sedikit perasaan tidak yakin dan was-was sama ada saya dapat menyahut cabaran ini dan berjayake garisan akhir. PhD adalah satu komitmen besar dan mengambil masa yang agak panjang. Sedangkansehari dua banyak perkara boleh terjadi dan berubah ke atas seseorang, apatah lagi dalam masa tigahingga lima tahun akan datang. Ini ditambah pula dengan pelbagai gambaran rakan-rakan menurutpengalaman mereka dalam PhD yang membuatkan saya menyimpulkan bahawa perjalanan PhD itu bukansesuatu yang mudah. Melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD bererti saya juga perlu menerima cabaran-cabarannya yang bukan sedikit tetapi bersediakah saya sepenuhnya? Bak kata pepatah, ‘alang-alangmenyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.’ Alang-alang sudah mendapat peluang, tempuhilah sajadengan usaha, redha dan tawakal. Berjaya atau tidak itu soal kedua, yang paling penting ialah saya perluberusaha dan mencuba bersungguh-sungguh. Satu lagi isu yang dihadapi pada peringkat awal untuk memutuskan melanjutkan pelajaran ke peringkatPhD ialah sama ada saya memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam negara atau luar negara. Padamulanya, saya mahu melanjutkan pelajaran dalam negara sahaja tetapi pengerusi pusat pengajian sayawaktu itu beranggapan adalah lebih baik jika saya melanjutkan pengajian PhD di luar negara (selepasmengambil kira pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana saya yang dijalankan dalam negara). Keputusan beliau itu pada mulanya saya terima dengan perasaan was-was. Ini kerana menyesuaikandiri dengan persekitaran baru, orang-orang baru, sistem baru dan masyarakat yang asing sudah pastimenambah cabaran yang sedia ada. Saya tidak menafikan bahawa mengambil keputusan untuk ke luarnegara adalah sesuatu yang mengujakan tetapi juga menakutkan pada masa yang sama. Saya bolehmenambah pengalaman hidup tinggal di luar negara. Saya juga berpeluang mendapatkan lebih banyakpendedahan kepada sistem dan suasana pendidikan yang berbeza dari Malaysia. Namun, saya juga tidakpasti bagaimanakah saya hendak menempuh satu kehidupan yang serba baru dan asing.Cabaran AwalCabaran terawal yang saya hadapi ialah dilema peribadi. Saya tidak tahu sama ada saya harusmempercepat proses melanjutkan pelajaran ke luar negara atau menunggu sehingga ayah yang ketika ituuzur dan sakit untuk kembali sihat. Sebagai tutor, adalah menjadi satu keperluan melanjutkan pelajaransecepat mungkin. Tetapi pada waktu yang sama, saya amat risaukan tahap kesihatan ayah yang semakinuzur. Saya menangguh-nangguhkan pemergian saya untuk melanjutkan pelajaran dan pernah memikirkanuntuk meneruskan sahaja PhD di universiti tempatan kerana sekiranya berlaku kecemasan, mudah untuksaya segera balik menjengah ibu bapa di kampung. Namun, saya bernasib baik kerana mendapat banyaksokongan daripada ibu dan adik beradik lain yang berjanji untuk menjaga ayah ketika itu. Mereka meminta

saya fokuskan kepada persediaan ke luar negara dan ini memberikan saya sedikit keyakinan. Namun, pada 24 April 2006, ayah tercinta menyahut panggilan Illahi ketika saya sedang menjalanikursus Biro Tata Negara (BTN) di Negeri Sembilan. Ketika itu, saya hanya sempat menghadiri kursusselama sehari sebelum menerima panggilan kecemasan pada tengah malam dan bertolak balik tanpamenamatkan kursus BTN. Jika ditanya perasaan saya, sehingga kini sememangnya saya bersedih keranaarwah ayah tidak berpeluang menyaksikan kejayaan saya memperolehi ijazah PhD. Namun, saya bersyukurkerana ibu masih sempat melihat saya menyudahkan PhD dengan kejayaan. Wujud keraguan di dalam hati kecil saya terhadap kemampuan menjalani kehidupan yang sangat jauhdan asing daripada keluarga. Walaupun sebelum ini saya boleh berdikari dan bekerja jauh dari keluargayang berada di Sarawak, tetapi pemergian ke luar negara untuk satu tempoh yang lama adalah sesuatu yangbaru dan asing buat saya. Adakah saya mampu menyesuaikan diri untuk tinggal seorang diri jauh di negaralain dengan jayanya? Bagaimanakah saya hendak menyesuaikan diri dengan budaya, sistem, cuaca danpelbagai lagi perkara yang semestinya berbeza dengan suasana di Malaysia yang telah menjadi kebiasaansebelum ini? Jika yang berkeluarga boleh berkongsi masalah dan sama-sama menyelesaikannya, bagaimana puladengan saya? Siapakah yang sudi mendengar masalah saya dan membantu ketika menghadapi kesusahan?Adakah boleh saya bergantung harap dengan rakan-rakan seperti mana saya bergantung kepada keluarga?Sejauh mana mereka boleh membantu? Ternyata, begitu banyak persoalan yang menghantui fikiran sayaketika itu. Segalanya penuh persoalan dan pertanyaan. Pendek kata, saya mempersoalkan keraguan sendiri,seorang wanita belum berkahwin untuk mendepani hidup di negara luar secara bersendirian tanpakehadiran keluarga. Pada masa inilah saya mula menyedari bahawa melanjutkan pelajaran PhD seorangdiri juga sebenarnya mempunyai cabarannya tersendiri dan tidak semuanya indah seperti yangdisangkakan.Pantang Larang dan PetuaSebagaimana sebahagian besar pelajar-pelajar PhD, saya tidak lali daripada prasangka negatif tentangPhD. Bukanlah PhD itu sesuatu yang terlalu teruk, tetapi seringkali dimomokkan dengan kesusahan,kepayahan, keperitan dan segala macam cabaran. Ini diperkuatkan dengan perkongsian cerita daripadarakan-rakan senior yang memberikan gambaran bahawa PhD itu tidak mudah. Saya tidak pernah lagiberjumpa dengan seorang graduan PhD yang boleh mengatakan bahawa PhD itu menyeronokkan. Inimenguatkan lagi kepercayaan bahawa PhD itu sememangnya memiliki suatu aura kesusahannya yangtersendiri. Oleh itu, wujud kepercayaan dalam kalangan pelajar-pelajar PhD bahawa setiap individu yangmenjalani PhD pasti akan diuji dengan cabaran yang besar sepanjang pengajian mereka. Setiap ujian dandugaan itu pula adalah unik bagi setiap individu. Ia boleh berlaku pada awal pengajian, pertengahanmahupun di penghujungnya. Ini menimbulkan perasaan takut ketika memulakan proses pengajian. Dalamhati terfikir “Apalah agaknya ujian yang ditimpakan pada aku nanti? Bolehkah aku mengatasinya atausebaliknya?” Selain itu, terdapat pula ‘petua’ dan ‘pantang larang’ diperturunkan oleh rakan-rakan senioruntuk memudahkan proses pengajian PhD. Pelbagai pesanan dan petua diperturunkan kepada saya.Antaranya adalah, jangan pilih penyelia sama jantina kerana dikhuatiri hubungan penyelia dan pelajarcenderung lebih negatif, jangan pilih penyelia yang sudah terlalu tua kerana dikhuatiri akan meninggalsebelum pelajarnya menamatkan pengajian dan pelbagai lagi pantang larang. Saya dapati kebanyakan petua ini banyak bersangkut-paut dengan hubungan penyelia dan pelajar yang

membuatkan saya sedar betapa pentingnya peranan seorang penyelia dalam memudahkan (ataumenyusahkan) perjalanan seorang graduan PhD. Pada mula proses mencari bakal penyelia, saya sedayaupaya mengelak dari mendapat penyelia wanita. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan kepercayaanbahawa penyelia yang sama gender dengan pelajar PhD berpotensi memiliki hubungan yang negatif.Perkara utama yang saya cuba elakkan adalah memiliki penyelia yang mempunyai aura negatif dengansaya. Namun akhirnya, saya diselia oleh seorang penyelia wanita. Wujud juga perasaan takut sekiranyabenar hubungan negatif itu wujud. Alhamdulillah, kepercayaan itu terbukti tidak lebih daripada mitos PhD.Sekurangnya-kurangnya dalam kes saya, ia tidak berlaku. Hubungan saya dengan penyelia ternyata baiksekali daripada awal sehinggalah tamat pengajian PhD. Jika melihat kembali pengalaman sendiri, sayaberanggapan bahawa bukanlah gender yang kita miliki itu yang mempengaruhi hubungan penyelia danpelajar, tetapi komunikasi yang jujur, tolak ansur dan hormat menghormati itu yang menentukan kejayaanhubungan antara penyelia dan pelajar. Sikap dan karektor yang kita pamerkan itu lebih mempengaruhiberbanding jantina penyelia kita. Apa yang penting ialah bagaimana kita menyesuaikan perbezaan yangwujud antara penyelia dan pelajar dan menjadikan ia satu hubungan yang bermanfaat dan berhasil. Sememangnya banyak tip untuk berjaya dalam PhD. Berdasarkan pengalaman sendiri, lima (5) perkarayang saya kira penting dalam membantu memudahkan pengajian PhD iaitu doa, pengurusan yang betul,rehat, tolong-menolong dan disiplin. Doa adalah mustajab dan denganNya kita mengharap dipermudahkansegala urusan kehidupan kita. Kita juga harus bertawakal selepas berusaha. Doa daripada orang sekelilingjuga amat penting. Kepada yang masih ada ibu dan bapa, saya kira mereka mempunyai kelebihan untukmeminta ibu dan bapa mendoakan dan sentiasa meredhai apa juga yang mereka usahakan. Saya percayadoa ibu dan bapa kita sentiasa termakbul dan keredhaan serta doa mereka atas setiap usaha kita akandipermudahkanNya. Pengurusan masa juga amat penting dan kerana itulah setiap pelajar PhD harus mempunyai timelinemasing-masing. Ia menjadi panduan dalam membantu pelajar mengurus masa dan penyelidikan secaraberkesan. Tanpanya adalah agak sukar untuk kita menilai sama ada pelajar mengikut progres yangditetapkan atau tersasar dari perancangan. Begitu juga dengan cara kita menyusun segala maklumatliteratur dan penyelidikan yang kita perolehi. Jika kita tidak mempunyai satu sistem penyusunanmaklumat/fail penyelidikan, ia mengganggu kelancaran pembelajaran kerana maklumat yang pelajar PhDperolehi biasanya sangat banyak. Saya mempunyai sistem penyusunan fail yang disusun mengikut topik-topik tertentu, begitu juga denganfail-fail pengumpulan data, draf tesis, surat menyurat dan sebagainya. Namun, ada juga pelajar yang tidakmempunyai sistem penyusunan fail yang khusus. Segalanya serabut di meja tulis, tetapi mereka cekapmengenal pasti di mana mereka meletakkan apa jua setiap maklumat yang mereka perolehi. Pendek kata,bagaimana kita membentuk sistem pengurusan itu bergantung kepada keunikan diri masing-masing. Apayang penting ialah ia berhasil. Proses pembelajaran PhD boleh menjadi satu proses yang membebankan emosi dan mental pelajar.Saya tidak menafikan hal itu. Kerana itu saya kira pelajar PhD perlu tahu memperuntukkan waktu untukberehat dan bertenang. Saya menjadikan setiap hari Khamis sebagai hari perjumpaan dengan teman-temanrapat. Pada hari itu saya dan teman-teman akan bertemu di Highpoint Shopping Mall untuk makan-makan,berkongsi cerita atau menonton wayang. Saya sentiasa menanti hari Khamis kerana hari itu saya bolehmelupakan sejenak urusan PhD dan melakukan perkara yang saya suka. Pada hari itu jugalah kami selalumenggunakan masa tersebut untuk membeli belah atau bersiar-siar di bandar Melbourne. Memperuntukkanhari untuk keluar dari kepompong PhD mempunyai kebaikan tersendiri pada amatan saya kerana iamembantu mengembalikan kesegaran fikiran yang sebelum itu berserabut. Kebuntuan idea dalam

menyelesaikan masalah berkaitan PhD kadang-kadang diperolehi selepas balik dari bersuka-ria. Tolong-menolong sesama kawan amatlah penting. Adalah tidak tepat mengatakan seseorang itu berjayatanpa bantuan sesiapa pun. Tidak kira siapa orang itu atau sebesar mana bantuannya, ia tetap signifikan.Saya percaya dengan konsep tolong-menolong. Apabila kita menghulurkan bantuan kepada orang lain,dengan izinNya, kita juga akan dibantu di saat memerlukan. Janganlah menjadikan alasan sibuk PhDsebagai alasan tidak membantu orang lain. Bantulah sekadar mampu kerana hidup ini bukan untuk PhDsemata-mata. Disiplin sangat penting dalam pembelajaran PhD. Jika kita mudah merasa putus asa atautidak mempunyai motivasi diri, apalagi jika kita berhadapan dengan masalah rumit berkaitan penyelidikankita, untuk menulis draf juga satu proses yang kadang-kadang boleh membosankan. Pada masa inilahdisiplin amat penting. Bukan suatu perkara luar biasa untuk saya duduk menghadap kerja di komputer tanpa berbuat apa-apa,tetapi saya memaksa diri (fizikal) saya untuk hadir dan sedaya upaya melaksanakan tugasan yang telahditetapkan. Dalam hal ini, apa yang saya sukai iaitu berehat, saya korbankan demi untuk menyiapkantugasan yang telah saya rancang sebelumnya. Rutin PhD saya bermula jam tiga pagi setiap hari sehinggajam sembilan pagi. Selepas itu saya akan membuat urusan harian dan akan menyambung semula kerja padajam tiga petang hingga enam petang. Saya tidur awal setiap malam iaitu kira-kira jam sembilan malam.Kadang-kadang amat malas untuk bangun pada jam tiga pagi, lebih-lebih lagi ketika musim sejuk. Tetapiapabila mengenangkan kemahuan untuk tamat PhD seawal mungkin, maka saya gagahi juga.Cabaran Sosial Melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di luar negara dan bersendirian mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.Melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di luar negara dan bersendirian mempunyai kelebihan dankekurangannya yang tersendiri. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, ramai berpandangan bahawamelanjutkan PhD ketika bujang banyak kelebihan, antaranya adalah mempunyai masa yang lebihberbanding orang berkeluarga untuk fokus kepada pengajian dan penyelidikan, kurang gangguan,menjimatkan kos dan berpeluang untuk berjalan-jalan makan angin yang lebih banyak berbanding individuberkeluarga. Walaupun saya tidak menafikan fakta itu, melanjutkan pengajian ke peringkat PhD ketika bujang tidaksemuanya indah. Misalnya, segala masalah dan tekanan emosi sama ada berkaitan pelajaran mahupunmasalah peribadi yang dialami harus ditangani sendiri dengan bijak. Jika pelajar PhD yang berkeluarga,segala masalah boleh dikongsikan dengan pasangan masing-masing. Bagi pelajar PhD yang masih bujangseringkali melalui secara sendirian. Jika yang berkeluarga boleh mengadu kepada pasangan, bagi yangbujang siapakah yang sudi meminjam telinga untuk mendengar keluh kesah, kesusahan dan menjadi bahutempat menangis? Di sinilah pentingnya kebijaksanaan menangani emosi dan tekanan yang dialami. Pertama kali saya menjejak kaki ke Melbourne, Australia, rakan serumah saya ketika itu berada diMalaysia untuk penyelidikan lapangan beliau. Saya bersendirian di rumah selama hampir satu bulan.Tinggallah saya sendiri untuk menguruskan diri selama tempoh tersebut. Tiga bulan pertama saya tiba diMelbourne terasa amat sunyi kerana jauh dari orang yang saya kenali, suasana yang amat berbeza, serba

serbinya asing. Perasaan berjauhan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Hanya tidur yangmeredakan kesunyian itu. Apabila saya bangun keesokan harinya, perasaan sunyi itu timbul semula. Iniditambah pula dengan lokasi rumah sewa yang tersorok dan berada di hujung jalan yang sunyi. Walaupun pada waktu itu saya sudah mula mengenali beberapa rakan baru di kampus, perasaan sunyidan terasing itu tetap ada. Agaknya perasaan sunyi dan terasing itu tidak dialami oleh mereka yang datangdengan keluarga, tetapi bagi yang masih bujang, ia menambahkan lagi kesunyian yang sememangnya sudahjauh dari ahli keluarga. Biar pun teknologi seperti telefon dan komputer membantu saya berhubung denganahli keluarga dan rakan-rakan di Malaysia, ia tetap terasa tidak sempurna sepertimana mereka yangmempunyai ahli keluarga di depan mata. Sekurang-kurangnya kesunyian itu dapat dikongsi dan dialamibersama. Saya mengatasi emosi negatif dengan pelbagai cara. Yang utama ialah mendekatkan diri kepada Tuhan,memohon kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Keduanya adalah dengan melakukan lebih banyakaktiviti riadah seperti bersenam. Saya banyak melakukan aktiviti riadah seperti berjoging untuk mengatasiemosi tertekan. Berjoging pada awal pagi dalam suasana yang hening dan dingin di taman berhampiranrumah sebelum memulakan kerja yang banyak bagi membantu memperbaiki emosi dan motivasi pada hariitu. Ketiga, mencari kawan-kawan baru dari pelbagai fakulti serta latar belakang. Bermula dari itulah sayamula berkawan baik dengan beberapa rakan dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Australia, Jepun danJerman. Saya bertuah kerana dikelilingi kawan-kawan yang sentiasa sudi menjadi teman berkongsi masalahdan cerita. Bagi yang bujang dan merantau, kawan-kawan adalah pengganti keluarga. Tambah menarikadalah rakan-rakan baik saya juga merupakan pelajar PhD walaupun dari latar belakang negara danpengajian yang berbeza. Kami sentiasa berkongsi cerita perjalanan PhD masing-masing, baik dan buruk,negatif dan positif. Kadang-kadang kami berkongsi pandangan terhadap perkembangan negara masing-masing, berkongsi tentang fahaman agama dan falsafah kehidupan masing-masing. Ada baiknyamempunyai kenalan dari pelbagai latar belakang budaya kerana kita menjadi lebih terbuka kepadaperbezaan yang wujud. Kita tidak melihat perbezaan itu sebagai sesuatu yang harus kita rendah-rendahkanmelainkan untuk lebih cuba memahami dan menghormati perbezaan pandangan itu. Saya mempunyai lima orang kawan baik yang sentiasa berkongsi waktu bersama hampir setiapminggu. Walaupun sibuk dengan pengajian masing-masing, kami cuba mencari waktu bersama untukberkongsi cerita dan merehatkan fikiran. Misalnya, kami memastikan setiap hari Khamis kami akanberehat dan pada waktu itulah kami akan menggunakannya untuk berjumpa di Highpoint Shopping Malluntuk makan-makan di Nando’s dan menonton wayang. Highpoint Shopping Mall cukup hampir dengankolej tempat saya tinggal iaitu hanya 10 minit berjalan kaki sahaja. Saya cukup terharu dengan dua lagi rakan yang beragama lain kerana tidak pernah pula merekamerungut akan pilihan yang terhad itu. Malah, kerap kali juga saya dan rakan serumah akan mengadakanpertemuan di rumah dan kami akan masak bersama-sama sambil menonton televisyen. Saya kira tanpakawan-kawan baik ini, tidak mudah untuk saya mengadaptasi dan menjalani kehidupan di perantauandengan selesa. Saya juga lebih positif dalam menangani situasi kehidupan yang ada pada waktu itu. Misalnya,suasana hening dan sunyi yang wujud di rumah dilihat sebagai keadaan yang paling baik untukmeningkatkan fokus pembelajaran. Keadaan suasana persekitaran rumah yang sunyi menjadi satu tempatyang paling baik untuk menulis dan menelaah buku dan jurnal. Tambahan pula, laman rumah saya seringkali menjadi kunjungan arnab-arnab liar dan kawasan rumah juga dikelilingi pokok-pokok lavender. Iasebenarnya satu kawasan yang cukup baik untuk terapi minda. Jika dulunya saya gagal melihat keindahantersebut, akhirnya saya mula menyedari keindahan dalam kesepian dan keupayaan melihat kelebihan yang

mungkin terselindung di sebalik setiap kelemahan atau kekurangan.Tahun Pertama di Melbourne AustraliaAustralia merupakan negara asing pertama yang saya jejaki di luar Malaysia dan dalam banyak perkaramemberikan banyak pengalaman pertama yang istimewa. Keputusan untuk melanjutkan pengajian PhD keAustralia sebenarnya berlaku secara kebetulan dan takdir. Ini kerana pada awalnya saya ingin ke Kanada,tetapi pensyarah yang saya mahu jadikan sebagai penyelia PhD sedang bercuti sabatikal setahun. Sayapula perlu melanjutkan pengajian seberapa segera. Jadi, impian itu saya lupakan dengan mencari negaralain seperti UK dan Australia. Kebetulan, email pertanyaan saya telah dijawab cepat oleh seorangpensyarah dari Victoria University of Melbourne dan dari itu terlakar sejarah saya ke sana. Tahun pertama menjejaki Australia agak sukar kerana saya perlu menyesuaikan diri bukan sahajadengan sistem pendidikan berbeza, malah persekitaran kehidupan yang berlainan dengan kebiasaan hidupdi Malaysia. Bagi saya yang melalui banyak pengalaman pertama di Australia, mudah sahaja merasa agaktertekan kerana perlu belajar menyesuaikan diri dalam banyak perkara seperti pengajian, penyelia,universiti, rakan-rakan, sistem pengangkutan, makanan halal dan sebagainya. Saya mengambil masa lebihkurang enam bulan sebelum benar-benar merasa selesa dan mengadaptasi persekitaran kehidupan. Bahasamisalannya, walaupun bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di Australia, slanga mereka amat berbezadengan apa yang saya selalu dengar di radio atau tonton di televisyen. Adalah perkara biasa mendengarslanga British dan US kerana kebanyakan rancangan tv/radio adalah dalam slanga negara-negara tersebut.Berbeza dengan Australia, slanga mereka lebih sukar difahami, mungkin disebabkan oleh faktor kurangpendedahan terhadap slanga itu sendiri. Misalnya, mereka menyapa rakan-rakan dengan kata-kata berikut:“Good day mate!’” and membalas balik “Thank you” dengan “No worries.” Hubungan dengan penyelia dan pelajar juga agak terbuka di sini. Ini sesuatu yang agak kekok bagikebanyakan pelajar Asia, termasuklah Malaysia. Misalnya, hierarki hubungan penyelia dan pelajar adalahsangat jelas di Malaysia di mana pengetahuan dan kedudukan seseorang profesor itu amat dihormati dandisegani oleh pelajar. Teringat saya yang mana seorang rakan PhD (yang juga rakyat Malaysia) mendapatkomen daripada penyelianya kerana beliau sering memanggil penyelianya dengan panggilan penuh“Profesor Dr. so and so”. Penyelianya cepat-cepat mengatakan semua itu tidak perlu. Memadai rakan sayaitu memanggilnya dengan namanya sahaja. Ini mengingatkan saya dengan pengalaman sendiri bertemu penyelia pertama kali dulu. Sebaik sajakami memperkenalkan diri masing-masing, dia berkata kepada saya “just call me Jill.” Saya merasakanwujud hubungan yang lebih positif dengan penyelia apabila hubungan yang tidak begitu berhierarki wujud.Rasa lebih selesa dan tenang untuk berbicara dan berbincang. Walaupun begitu, perasaan hormat itu tetapada dan dipelihara sebaik mungkin.Tahun Kedua di MelbourneKetika tahun kedua di Melbourne, abang ipar saya meninggal dunia akibat komplikasi darah di kepala danbeliau menghembuskan nafas terakhirnya semasa berada di dewan bedah. Keluarga saya sepertimenghadapi episod kematian yang bertimpa-timpa pada waktu itu. Saya dan keluarga masih terasa akankehilangan arwah ayah tersayang pada 2006 dan dua tahun kemudiannya abang ipar saya pula menyahutpanggilan Illahi. Sebaik mendapat perkhabaran itu, saya terus menempah tiket balik ke Malaysia.

Saya sangat bernasib baik kerana penyelia seorang yang sangat bertimbang rasa dan membenarkansaya untuk pulang ke Malaysia selama sebulan untuk bersama keluarga. Menghadapi kematian demikematian dalam tempoh yang agak dekat adalah detik yang sukar. Lebih-lebih lagi bagi saya yangberjauhan dari keluarga. Saya masih dapat mengingati dengan jelas bagaimana saya menerima berita ituketika di Melbourne. Satu perasaan kepiluan yang mendalam, serta perasaan bersalah kerana tidak beradabersama mengharungi saat-saat yang sukar dalam keluarga kami. Saya terkedu seketika dan termenungmemikirkan apa yang boleh saya buat di sini? Menangis? Sedih? Pada malam itu, sambil menunggu keberangkatan ke Malaysia, masa terasa amat panjang dan lamasekali. Perjalanan penerbangan yang mengambil masa lapan jam itu sepertinya saya harungi dalamkeadaan kekaburan sambil mengimbau kembali segala kenangan-kenangan bersama arwah ayah dan abangipar. Benarlah ada yang pernah mengatakan, apa-apa kemungkinan boleh terjadi dalam tiga hingga empattahun sepanjang pengajian PhD itu. Mungkin pergi berteman, balik seorang, mungkin pergi berdua, balikberempat, mungkin pergi dengan ada ibu dan bapa, balik semula jadi yatim piatu dan sebagainya.Walaupun perjalanan pengajian saya berjalan lancar seperti yang dirancang, tetapi saya diduga dalamaspek yang lain pula. Namun, setiap pengalaman kehidupan yang saya lalui itu tetap saya hargai sebagaiperjalanan kehidupan yang mematangkan dan yakin ia berlaku tidak sia-sia melainkan untuk membentukkarektor kita supaya menjadi lebih baik. Tahun kedua juga merupakan tahun yang agak sibuk yang mana saya terlibat dengan prosespengumpulan data di Malaysia. Saya menghabiskan masa selama beberapa bulan untuk menyiapkan segalaproses pengumpulan data. Di sini juga wujud cabaran tersendiri. Proses mengumpul data untukpenyelidikan memerlukan satu persediaan yang rapi dan lengkap. Proses mendapatkan kebenaran daripadaorganisasi yang terlibat sememangnya memakan masa yang lama. Saya perlu bergerak dari satu tempat kesatu tempat bagi mengumpul data. Kerap kali ia memerlukan saya memandu pada jarak yang jauh kedestinasi tersebut. Cabaran sebagai seorang wanita bujang pada peringkat ini adalah keselamatan diriketika bergerak ke setiap destinasi tersebut. Pada masa itu, wujud juga perasaan takut dan khuatir terhadap keselamatan sendiri kerana perjalananyang ditempuh itu jauh dan perlu memandu bersendirian. Sekiranya berlaku apa-apa di pertengahan jalan,apakah saya bersedia? Apatah lagi kerap kali mendengar kes-kes rompakan, ragut atau rogol yang berlakuke atas wanita yang memandu sendirian di jalan raya. Bagi mengatasi masalah itu, saya memastikan temujanji dilakukan pada waktu bekerja di tempat yang selamat dan memilih jalan yang sibuk berbanding jalanyang sunyi. Pada pandangan saya, ini merupakan satu cabaran unik yang dihadapi wanita dalam kehidupanseharian yang mungkin jarang berlaku atau dialami oleh lelaki.Tahun Ketiga di MelbourneTahun ketiga di Melbourne, saya banyak menghabiskan masa di rumah kerana proses pengumpulan datatelah pun siap pada tahun sebelumnya. Saya seperti dalam proses ‘bertapa’ kerana boleh menghabiskanmasa seminggu di rumah sahaja tanpa ke mana-mana. Saya hanya memfokuskan kepada menulis draf tesisdan hanya keluar apabila perlu menghadiri bengkel atau seminar anjuran universiti, perjumpaan denganpenyelia atau urusan lainnya. Maka, barulah saya pergi ke kampus. Kerap juga saya mendapat gelaran‘manusia bertapa’ tetapi tidak pula saya terasa hati kerana secara tidak langsung kawan-kawan menyedaribetapa saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan draf tesis. Biasanya mereka tidak akanmengganggu dan memberikan ruang sepenuhnya untuk saya memberi fokus terhadap pelajaran. Walaupunsemakin selesa dan menyukai kehidupan di Melbourne, kerinduan terhadap kampung halaman tetap tidak

pudar. Apabila mengenangkan saya sudah di tahun akhir dan mungkin akan balik sedikit masa lagi, iamemberikan saya kegembiraan tersendiri dan sedikit sebanyak berjaya mengubat kerinduan di hati. Salah satu perkara yang membantu saya meredakan kerinduan adalah mengumpul kotak-kotak barangyang saya hendak shopping sebelum balik ke Malaysia. Saya menggelarkannya ‘terapi kotak’. Saya tidaktahu bagaimana orang lain mengatasi homesick mereka, tetapi saya rasa terhibur dan reda kerinduanapabila memandang kotak-kotak yang hendak saya kirimkan balik ke Malaysia itu. Ia lebih merupakan satusimbolik bahawa perjalanan kembara saya akan berakhir tidak lama lagi. Pada masa ini, mencari barang-barang untuk dibawa pulang ke Malaysia juga merupakan terapi diri. Tekanan pembelajaran sertakepayahan dalam menjalani proses menulis tesis seakan terubat dengan sesi membeli-belah barang-baranguntuk dibawa balik ke Malaysia. Sehari sebelum balik ke Malaysia, saya berjaya menghantar tesis untuk penilaian. Tesis itu berjayadiserahkan bersamaan dengan tarikh lahir saya iaitu 13 Ogos 2010. Ia membawa kegembiraan yang sukaruntuk saya gambarkan. Tesis itu bukan sekadar kejayaan saya menyiapkan sebuah penyelidikan, ia lebihdaripada itu. Dalamnya terselindung pelbagai pahit manis pengalaman sepanjang menjalani kehidupanPhD. Mungkin setiap saat yang berlaku sepanjang tempoh itu tidak tercatat dalam tesis tersebut, tetapi iamenjadi sebahagian perjalanan yang terakam kukuh dalam memori sebagai sebuah pengalaman.Refleksi AkhirPhD adalah salah satu perjalanan kehidupan. Ia merupakan proses pembelajaran yang agak panjang dansunyi kerana selain kita dan penyelia, tidak ramai yang benar-benar mengetahui apa yang kita fikirkantentang penyelidikan yang dibuat. Kadang-kadang apabila bertembung dengan permasalahan dalam sesuatutopik, kita harus berhadapan dengannya bersendirian kerana rakan-rakan lain mungkin tidak memahamikesukaran yang kita hadapi. Tetapi, selain dari kesunyian dalam menulis itu, saya merasakan kehidupantetap seronok kerana dikelilingi rakan-rakan yang sudi membantu dan berkongsi masalah. Secara emosinya, PhD seumpama menaiki roller coaster. Ada ketikanya saya merasa optimis, adaketikanya buntu, tertekan, keliru, dan meragui diri. Emosi ini bersilih ganti menghantui dan sememangnyamenyesakkan perasaan. Namun, tidak banyak pilihan yang ada melainkan belajar cara untuk menanganinyasebaik mungkin. Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang saya ambil untuk belajar ke peringkatPhD dan Australia pada saya adalah pilihan yang terbaik. Hubungan dengan penyelia memang tidakdinafikan kepentingannya, namun perlu ada kesefahaman tentang cara kerja dan jangkaan masing-masing.Walaupun PhD ini adalah pembelajaran bersifat berdikari, tunjuk ajar dan sikap prihatin terhadapkeperluan pelajar masih penting dan memberi makna besar kepada pelajar. Pengalaman mengajar saya bahawa tidak wujud status yang ideal bagi seseorang yang inginmelanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Menjalani kehidupan PhD bujang mempunyai cabarannyatersendiri begitu juga jika berkeluarga. Walaupun saya masih belum mempunyai keluarga dan anak-anaksendiri, kesejahteraan ibu bapa, adik beradik serta anak saudara juga adalah tanggungjawab yang seringdipikul dan diberikan perhatian oleh wanita yang masih bujang. Mereka juga berhadapan dengan dilematanggungjawab sebagai seorang anak, seorang kakak, adik, dan ibu saudara kepada seseorang. Ia jugakadang-kadang berkonflik dalam diri apabila gagal melaksanakan tanggungjawab yang dipikul dengansewajarnya. Malah, dalam keadaan-keadaan tertentu, wanita bujang selalu diharapkan untuk menjaga ibubapa yang uzur serta menguruskan hal ehwal keluarga. Justeru, status bujang tidak semestinya berertiseseorang itu bebas dari sebarang tanggungjawab keluarga. Sesungguhnya, kejayaan seseorang dalam pengajian PhD bergantung kepada banyak faktor. Apa yang

paling penting ialah memastikan setiap aspek yang kritikal bagi kejayaan seseorang dalam PhD tersebutdiurus dan diguna sebaik mungkin dalam membantu kita mencapai kejayaan. Justeru, saya tidak melihatkejayaan PhD itu sebagai pencapaian peribadi semata-mata kerana di sebalik usaha itu adalah doa danusaha bersama individu-individu penting dalam kehidupan seseorang.

9 CIK, PUAN ATAU DR.? Rozita IbrahimPengenalan“Untunglah awak orang akademik. Kalau dah dapat PhD semua dapat title ‘Dr’. Tak siapa tahu kalauawak sebenarnya Cik atau Puan,” ujar seorang responden penyelidikan PhD saya. Kami sedang berbicaratentang status wanita bujang lewat usia dan pengalaman dalam dunia kerjaya. Beberapa responden lainturut berkongsi cerita yang sama iaitu ketidakpastian dalam menentukan panggilan yang sesuai untukwanita bujang yang telah senior pengalaman kerjayanya. Cik atau Puan? Pada usia 40-an, jika dipanggilCik terdengar agak janggal, namun hendak dipanggil Puan empunya diri belum bersuami. Saya akan menceritakan pengalaman sebagai seorang ahli akademik mid-career, pensyarah kanan yang masih bujang dan belum mendapat title ‘Dr’. Seorang responden lain merungut tidak berpuas hati, “Bila ada klien yang tahu saya ini masih Cik, adayang mula berubah sikap. Kadang-kadang terasa seperti kita ini tidak diambil serius. Kalau dipanggilPuan rasanya kita akan lebih dihormati dan kelihatan lebih matang dalam kerjaya.” Mendengarpengalaman responden, dalam diam saya bersetuju bahawa ahli akademik beruntung dalam hal ini. Tiadabias berkaitan status perkahwinan, semuanya memakai gelaran yang sama selepas mendapat segulungijazah PhD iaitu Dr. Namun, selagi ijazah PhD belum digenggam, status perkahwinan menjadi penentutitle seseorang ahli akademik wanita, iaitu Cik untuk yang masih bujang dan Puan untuk yang telahberkahwin. Berbeza dengan ahli akademik lelaki, title Encik digunakan tanpa mengira status bujang atauberkahwin. Isu title wanita seperti senario di atas menjadi inspirasi penulisan ini. Saya akan menceritakanpengalaman sebagai seorang ahli akademik mid-career, pensyarah kanan yang masih bujang dan belummendapat title ‘Dr’. Penulisan ini akan menelusuri peristiwa-peristiwa penting yang terjadi sepanjangperjalanan kerjaya saya sebagai seorang ahli akademik. Fokusnya adalah kepada perjalanan PhD yangdilalui serta cabaran-cabaran dari aspek intelektual dan emosi.Melerai Cinta, Menggapai CitaPenglibatan saya sebagai seorang tutor di universiti bermula sebelum tahun 2000, yang mana belum lagiwujud istilah-istilah ISI, SCOPUS, atau KPI dalam kamus hidup seorang ahli akademik. Yang kerapkedengaran pada waktu itu adalah tentang membina kesarjanaan, kebebasan akademik dan keperluan ilmuuntuk mencari kebenaran. Bila disebut gelaran Profesor, apa yang saya bayangkan adalah ikon-ikon

seperti Prof. Syed Hussien al-Attas, Prof. Diraja Ungku Aziz dan mereka yang seangkatan dengannya.Sebagai seorang lepasan bidang Sains Ekologi yang baru mencuba nasib di dalam bidang sains sosial,saya merasa terlalu banyak yang harus dipelajari. Saya seronok belajar perkara-perkara baru daripadapensyarah-pensyarah senior di jabatan. Siri wacana dan perbincangan yang kerap dilakukan di jabatanmenarik minat untuk lebih mendalami bidang sains sosial, tetapi saya tidak menetapkan disiplin khususyang ingin diterokai dalam ijazah lanjutan nanti. Keperluan jabatan yang kian berkembang memerlukan pensyarah-pensyarah melanjutkan pelajaran keperingkat sarjana dan PhD, namun perlu mengikut giliran supaya tidak kekurangan tenaga pengajar bagisetiap semester mendatang. Keutamaan diberikan kepada rakan-rakan yang berusia menghampiri 40 tahundan sesuai dengan syarat keperluan cuti belajar pada waktu itu. Teringat lagi istilah ‘belum cukup umur’yang digunakan dalam kalangan rakan-rakan yang belum sampai usia untuk bercuti belajar. Seorang demiseorang mengikut giliran meninggalkan jabatan untuk melanjutkan pelajaran. Dalam diam saya bersyukurkerana giliran saya belum sampai kerana jauh di sudut hati saya menyimpan cita-cita untuk belajar ke luarnegara dan masih belum mempunyai kekuatan untuk berhijrah ke tempat asing memandangkan diri masihmenyendiri. Sebenarnya, saya berharap untuk mendirikan rumah tangga terlebih dahulu sebelum meneruskanpengajian PhD ke luar negara. Jika telah bersuami tidaklah saya bersendirian di bumi asing. Maklumlah,saya tiada pengalaman menuntut di luar negara memandangkan ijazah sarjana muda dan sarjana diperolehidari universiti tempatan. Ibu bapa pula lebih senang melihat saya belajar dalam negara dan keutamaanmereka adalah supaya saya membina keluarga sendiri berbanding mendapatkan ijazah tertinggi. Tahunsilih berganti dan saya leka dengan tugas-tugas harian sebagai pensyarah dan juga felo kolej kediaman.Kesibukan bersama pelajar-pelajar memberikan keceriaan dalam kehidupan seharian pada waktu itu.Tiada tekanan untuk mendirikan rumah tangga meskipun ada insan yang bertakhta di hati. Namun, takdir menentukan bahawa kami tiada jodoh dan perpisahan yang menyakitkan menyebabkansaya membuat keputusan mengejut untuk pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mencari angin barudan melupakan kisah cinta yang tidak kesampaian. Di dalam hati saya berkata, “Jodoh ketentuan Tuhan,namun kehidupan mesti diteruskan. Yang tinggal kini hanya kerjaya. Jadi, jangan dibiarkan kerjayatertangguh lagi.” Atas semangat tersebut, saya menerima tawaran biasiswa dari sebuah institut di Scotlanduntuk pengajian sarjana meskipun pada ketika itu saya telah mempunyai ijazah Sarjana Alam Sekitar dariUniversiti Putra Malaysia (UPM). Keputusan itu dibuat demi mendapatkan biasiswa ke United Kingdomkerana pada waktu itu kebanyakan pelajar digalakkan ke Australia akibat kenaikan mata wang PoundSterling. Memandangkan cita-cita saya ingin belajar di United Kingdom, saya segera merebut peluangtersebut meskipun ini bermakna saya kerugian setahun kerana perlu mengambil satu lagi ijazah sarjana.Walaupun kerugian dari segi masa, ternyata tempoh setahun tersebut memberikan pengalaman yangberharga buat saya bukan hanya dari segi akademik tetapi juga dari segi peribadi. Mengimbas kembali sewaktu mula-mula sampai di Scotland, saya disambut oleh rakan-rakan dariPersatuan Melayu Dundee. Seminggu menumpang di rumah seorang rakan, saya kemudiannya berpindah kesebuah flat kecil yang letaknya hanya 10 minit berjalan kaki ke institut di mana saya belajar. Flat satu bilikini sememangnya bertahun-tahun diturunkan dari seorang warga Melayu Malaysia kepada yang lain.Hubungan ukhwah yang rapat dalam kalangan warga Melayu di Scotland amat membantu memudahkankehidupan seharian di bumi asing ini. Pihak persatuan juga banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti sosialdan keagamaan. Paling saya ingati adalah acara sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan selangbeberapa minggu saya di sana. Saya dan beberapa orang lagi yang baru sampai ke Dundee diperkenalkankepada rakan-rakan yang lain. Di akhir acara, sesi bergambar diadakan dan pengacara majlis memanggilsemua pelajar-pelajar prasiswazah ke hadapan. Selesai kumpulan prasiswazah, pengacara memanggil

pula semua keluarga untuk mengambil gambar bersama-sama. Tiba-tiba, saya menjadi terasing tanpa kategori, bukan prasiswazah dan tidak pula berkeluarga.Beberapa orang yang menyedari keadaan itu memanggil saya menyertai kumpulan keluarga dan denganrasa agak serba-salah saya menjadi satu-satunya orang bujang di dalam kumpulan pasangan suami/isteridan anak-anak mereka yang agak ramai bilangannya itu. Bermula dari majlis sambutan hari raya itulahsaya menyedari tentang kedudukan diri sebagai seorang wanita bujang lewat usia dalam acara-acarasosial dan keagamaan. Melihat dari sudut positif, keadaan ‘tanpa kategori’ itu memberikan saya peluanguntuk sesekali menyertai aktiviti kaum ibu berdasarkan usia saya, manakala, pada waktu lain pulamenyertai aktiviti orang bujang berdasarkan status perkahwinan saya. Namun hakikatnya, dalamkebanyakan waktu, saya tidak menyertai mana-mana kumpulan warga Melayu tetapi sebaliknyamenghabiskan masa dengan rakan-rakan sekelas yang berbeza kewarganegaraan. Hal ini membinapengalaman rentas budaya yang amat berharga buat saya.Dari Dundee ke AberdeenRakan-rakan pelajar postgraduate yang saya kenali tidaklah ramai memandangkan saiz institut yang kecil.Bilangan tenaga pengajar juga cuma enam orang. Mungkin kerana keahlian yang tidak ramai inilah makapelajar dan pengajar menjadi amat rapat antara satu sama lain. Kursus-kursus yang dijalankandikendalikan dalam bentuk seminar dan perbincangan dua hala. Setiap kertas kerja kursus diberikanmaklum balas oleh dua orang pensyarah dalam masa yang singkat. Kaedah pengajaran dan pembelajaransedemikian mengajar saya untuk berani mengutarakan pendapat serta melatih gaya penulisan akademikdalam bidang sains sosial. Di institut ini, bidang saya lebih menjurus kepada pengajian tentang Islam danMuslim masa kini. Untuk projek disertasi akhir, saya telah memilih bidang gender dan Islam untukdidalami. Tajuk kajian saya adalah mengenai fenomena pembujangan dalam kalangan wanita MelayuIslam di Malaysia, di bawah penyeliaan seorang ahli akademik wanita muda yang berasal dari Jerman. Sebagai seorang ahli antropologi, beliau banyak memberikan tunjuk ajar dari segi bahan-bahanrujukan serta pendekatan dalam penyelidikan sains sosial. Jika sewaktu undergraduate dulu saya dilatihdalam bidang Ekologi, kini saya mula berjinak-jinak dengan bidang Antropologi. Sedang saya seronokmempelajari bidang baru, tiba-tiba saya diberitahu bahawa penyelia saya tidak disambung kontrak danperlu meninggalkan institut dalam keadaan tergesa-gesa. Dalam keadaan yang keliru dan buntu, sayamenyelesaikan disertasi sarjana di bawah penyeliaan pensyarah lain yang dilantik menggantikan penyeliaasal. Meskipun disertasi sarjana saya dapat dilengkapkan dengan jayanya, saya merasa kurang selesadengan keadaan politik di institut yang kelihatannya tidak stabil. Ini menyebabkan saya mengambilkeputusan untuk meneruskan pengajian PhD saya di kampus induk yang berada di Aberdeen. Perpindahan saya dari Dundee ke Aberdeen secara teknikalnya tidak melibatkan pertukaran universitimahupun jabatan. Hal ini memudahkan urusan dengan Bahagian Cuti Belajar di UKM. Di jabatan Divinity,History and Philosophy, saya ditempatkan di bawah penyeliaan satu-satunya pensyarah dalam bidangkepakaran Islam dan Muslim. Beliau berbangsa Itali dan dilatih di dalam bidang antropologi. Selain saya,beliau juga menyelia seorang lagi rakan saya dari Malaysia. Pelajar-pelajar PhD di jabatan sayakebanyakannya mengkaji tentang agama Kristian dan kitab Bible. Ada kalanya saya terfikir jika telah membuat keputusan yang betul memilih jabatan ini memandangkanfokus kajiannya amat berbeza dari bidang penyelidikan saya. Namun demikian, saya tidak punya masauntuk berpatah balik. Lantaran itu, hari-hari dalam tahun pertama pengajian PhD dilalui dengan rasakesunyian tanpa ada acara-acara akademik yang mengkhusus kepada bidang kajian saya. Kebanyakan

masa dihabiskan dengan membaca buku dan jurnal, terutamanya mengenai metodologi etnografi sebagaipersediaan untuk kerja lapangan dalam tahun kedua nanti. Pada waktu-waktu yang ditetapkan, saya akanbertemu dengan penyelia untuk perbincangan. Untuk mengubati kesunyian, saya menyertai beberapa pelajar postgraduate dan undergraduate dari Malaysia di dalam aktiviti- aktiviti anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Aberdeen. Untuk mengubati kesunyian, saya menyertai beberapa pelajar postgraduate dan undergraduate dariMalaysia di dalam aktiviti-aktiviti anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Aberdeen. Saya juga menyertaikursus-kursus pendek yang dianjurkan khusus untuk pelajar-pelajar PhD. Kursus-kursus anjuran pihakuniversiti ini menekankan aspek kemahiran insaniah seperti kemahiran penulisan akademik, pengurusanmasa, pengurusan penyelidikan, kemahiran mencari bahan rujukan dan sebagainya. Selain diberipendedahan tentang soft skills, kursus-kursus ini juga menjadi tempat pelajar-pelajar PhD dari pelbagaibidang dan negara asal bertemu serta bertukar-tukar fikiran dan pengalaman. Dari segi kehidupan seharian, perpindahan ke Aberdeen menuntut perbelanjaan yang lebihmemandangkan kos sara hidup di bandar ini lebih tinggi berbanding di Dundee. Lebih separuh daripadabiasiswa yang bernilai GBP500 habis digunakan untuk sewa rumah serta bil elektrik, gas, internet dantelefon. Jumlah GBP500 ini jauh lebih kecil berbanding biasiswa bagi mereka yang datang bersamakeluarga. Bagi orang bujang, biasanya cara terbaik untuk menjimatkan kos adalah dengan berkongsirumah. Namun demikian, saya kurang pasti jika saya boleh berkongsi rumah dengan ramai orangmemandangkan saya telah lama tinggal sendirian sejak dari usia lewat 20-an lagi. Meskipun saya mudah bergaul, saya sebenarnya mementingkan privasi diri. Selain bimbang tergangguoleh kehadiran orang lain, saya juga risau jika kehadiran saya juga mengganggu rakan yang berkongsirumah nanti. Namun demikian, saya terpaksa akur bahawa mencari rumah yang sesuai dari segi lokasi dansewaan bukanlah mudah. Kehidupan di jabatan yang agak sunyi juga membuatkan saya merasakan perluuntuk mempunyai seorang rakan sebagai teman berbual apabila pulang ke rumah. Maka, jika di Dundeesaya tinggal sendirian, di Aberdeen saya berkongsi rumah dengan seorang pelajar Sarjana yang berusia 10tahun lebih muda dari saya. Meskipun ada kalanya kami kurang bersetuju dengan rancangan televisyenyang ditonton dan aktiviti masa lapang yang digemari, jarak usia yang jauh tidak menghalang kamimenyesuaikan diri dengan baik sebagai rakan serumah. Selain berkongsi rumah, saya juga bekerja sambilan selama dua jam sehari bagi menambahpendapatan. Pendapatan tambahan sebanyak GBP200 setiap bulan ini membantu memberi kehidupan yanglebih selesa. Meskipun perlu berkongsi rumah dan tidak mempunyai kenderaan sendiri seperti diMalaysia, aspek lain kehidupan saya tidak berubah terlalu drastik. Sesekali saya pergi membeli-belah keMarks & Spencer atau Sainsbury’s, walaupun selalunya mencari alternatif yang lebih murah diMorrisons. Dengan wang tambahan itu juga saya mula berjinak-jinak menambah koleksi buku akademikdari Amazon.com. Ringkasnya, keputusan untuk tidak mengubah kehidupan seharian secara terlalu drastikitu dibuat secara sedar bagi mengurangkan tekanan oleh perubahan dari kehidupan bekerja kepadakehidupan belajar, tambahan lagi apabila berada di bumi asing jauh dari sanak saudara dan rakan taulan.Dari Ekologi ke Antropologi

Selepas setahun di Aberdeen, tibalah masa untuk pulang ke Malaysia bagi mengumpul data. Saya berasateruja untuk memulakan kerja lapangan dan gembira untuk bertemu semula dengan kaum keluarga danrakan-rakan. “Hidup tidak akan sunyi lagi,” detik hati saya. Jaringan kenalan turut bertambah denganadanya responden-responden penyelidikan yang diperkenalkan oleh rakan-rakan dan saudara-mara. Maka,bermulalah kehidupan saya sebagai penyelidik antropologi yang sibuk mencari maklumat di sana sini.Ternyata, sesi bertemu responden amat menyeronokkan walaupun terpaksa menghabiskan berjam-jammenyiapkan transkrip setiap kali selesai temu bual. Sebagai tambahan, pelbagai sumber popular yangmenceritakan tentang pembujangan saya kumpulkan dan teliti satu persatu. Selain mengumpul data, tugas utama sekembalinya saya ke Malaysia adalah untuk menggali bahanrujukan bersifat tempatan memandangkan tajuk penyelidikan memfokuskan kepada kes wanita bujangMelayu Islam di Malaysia. Rupa-rupanya banyak sekali yang harus saya dalami dan ini menyebabkan sayamenjadi panik. Perbincangan dengan penyelia pula kurang berkesan memandangkan faktor jarak yang jauh.Manakan sama perbincangan bersemuka dengan emel atau skype? Dalam kerisauan itu, saya mendapat duaperkhabaran baik. Pertama, penyelia akan bercuti sabatikal di Singapura selama setahun. Ini bermaknasaya tidak perlu pulang ke Aberdeen untuk fasa penulisan tesis dan saya boleh berjumpa secarabersemuka dengan beliau di Singapura. Kedua, permohonan kenaikan pangkat ke pensyarah kanan telahdiluluskan. Saya amat bersyukur dengan dua perkembangan baru ini. Fasa penulisan di tahun ketiga PhD bermula dengan nada gembira. Namun, rupa-rupanya itu hanyasementara. Menulis bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi menulis dalam gaya antropologi. Jikadahulu sewaktu membuat kerja lapangan ekologi, hasilnya ditulis dalam bentuk laporan yang jelasstrukturnya. Kini, hasil kerja lapangan antropologi lain pula cara persembahannya. Bab-bab yang cubadihasilkan terasa kaku dan membosankan. Tambahan lagi perlu menulis di dalam Bahasa Inggeris.Teringat komen penyelia, “Your sentence structure sounds strange at times.” Apakan daya, BahasaInggeris bukanlah bahasa ibunda saya. Namun, itu bukanlah alasan kerana pada saya yang lebih pentingadalah isi yang ingin disampaikan. Soal bahasa boleh diperbaiki setelah isinya disusun dengan baik di dalam struktur yang jelas tetapitidak kaku. Ini bukanlah satu kerja yang mudah. Berjam-jam mengadap komputer kadangkala hanyamenghasilkan dua atau tiga baris sahaja. Di waktu lain pula baris-baris yang telah ditulis denganbersusah-payah itu dipadamkan begitu sahaja. Setahun di fasa penulisan tesis dirasakan terlalu cepatberlalu tanpa banyak kemajuan. Tambah membuntukan, pada akhir tahun ketiga pengajian PhD, sayadikejutkan oleh satu lagi berita bahawa penyelia akan berpindah ke Australia dan meninggalkan segalatugasnya di Aberdeen. Keputusan penting harus dibuat pada waktu itu sama ada meneruskan pengajianPhD di Aberdeen atau mengikut penyelia ke Australia atau mendaftar semula di Malaysia. Tempoh cutibelajar pula sudah hampir ke garis penamatnya. Namun, rupa-rupanya pihak universiti di Aberdeen telahmempunyai perancangan untuk menempatkan pelajar-pelajar seliaan penyelia berkenaan di bawahkendalian pensyarah lain. Saya ditemukan semula dengan penyelia asal sewaktu memulakan penyelidikan di peringkat Sarjanadulu. Kebetulan beliau dilantik menggantikan penyelia saya yang akan ke Australia. Setelah selesai urusanpentadbiran berkaitan pertukaran penyelia, kami mula menilai semula bab-bab yang telah ditulis.Ternyata, pendekatan penyelia baru dan penyelia yang lama agak berbeza walaupun kedua-duanya daribidang antropologi. Secara peribadi saya lebih selesa dengan pendekatan penyelia baru ini dan denganrela hati membuat perubahan-perubahan yang dicadangkannya meskipun banyak yang harus dibuang danditulis semula. Selang dua bulan kemudian, saya mendapat berita bahawa penyelia berkenaan akan berpindah keNablus, Israel kerana mengikut suami. “Mengapa tidak diberitahu sejak awal lagi?” detik hati saya yang

kini merasa seolah-olah tertipu dan kecewa dengan keadaan itu. Namun demikian, pihak universitimemaklumkan bahawa penyelia berkenaan akan dikekalkan sebagai Honorary Fellow bagi meneruskantugas-tugas penyeliaan dan seorang pensyarah lain akan dilantik bagi menguruskan hal ehwal pentadbiranberkaitan penghantaran tesis dan viva kelak. Saya tiada pilihan kecuali menerima keadaan tersebut keranatiada masa untuk berpatah semula memandangkan tempoh cuti belajar juga sudah tamat. Pada tarikh yangditetapkan, saya melapor diri dengan keadaan tesis yang masih separuh masak dan penyelia yang akanberpindah ke negara yang tercatat berada di luar batasan di dalam pasport Malaysia saya.Perubahan Landskap UniversitiMeskipun saya telah berada di Malaysia untuk hampir dua tahun semasa melapor diri, status cuti belajarmenyebabkan saya tidak begitu mengambil kisah tentang hal ehwal di jabatan. Saya hanya mendengar darirakan-rakan sekerja tentang perubahan-perubahan yang berlaku semenjak UKM menjadi sebuah universitipenyelidikan. Namun, setelah kembali bertugas, keadaan yang didengari itu benar-benar terasa danmenghambat diri. Mesyuarat jabatan kini didominasi oleh perbincangan tentang turun naik jumlahpenerbitan ahli akademik. Sesekali saya merasakan seolah-olah berada di dalam mesyuarat jabatanpemasaran yang memerhatikan turun naik sales setiap bulan. Masing-masing berlumba-lumba menulis, adayang menulis secara solo dan ramai pula yang menulis secara berkumpulan. Akhirnya, saya hanyut dengan kerja-kerja sebagai pensyarah sehingga hampir terlupa bahawa saya juga seorang pelajar PhD yang ada tesis untuk disiapkan. Ungkapan publish or perish semakin kuat kedengaran. Malahan, kini seseorang masih boleh perishwalaupun publish jika silap memilih penerbit. Selain penerbitan, penyelidikan juga tidak kurangpentingnya dalam landskap baru dunia akademik universiti penyelidikan. Pelbagai geran yang saya dengardan cuba memohon. Namun, satu demi satu mendapat jawapan negatif hingga timbul rasa putus asa. Serikrasanya untuk menghabiskan masa mengisi borang yang panjang lebar hanya untuk mendapat jawapan yangtidak memuaskan. Walau bagaimanapun, tugas utama iaitu pengajaran tidak pernah menghampakan. Sayaseronok bertemu pelajar-pelajar dan merekalah yang menceriakan hari-hari saya. Sering kali sayamenghabiskan masa berjam-jam sehari untuk mencari bahan-bahan pengajaran, membaca dan menambahbaik nota-nota yang telah lama ditinggalkan. Akhirnya, saya hanyut dengan kerja-kerja sebagai pensyarah sehingga hampir terlupa bahawa sayajuga seorang pelajar PhD yang ada tesis untuk disiapkan. Setahun menjadi dua tahun dan akhirnyamemasuki tahun ketiga selepas melapor diri, namun tidak banyak perkembangan dalam tesis saya.Hubungan dengan penyelia semakin jauh. Kadangkala emel saya tidak berbalas, pada masa yang lain sayapula tidak membalas emel darinya. Bagi mengingatkan diri sendiri bahawa saya masih perlu menyiapkantesis, saya cuba menghubungi dua orang Profesor senior di UKM untuk membantu. Syukur, permintaansaya diterima dan dengan senang hati mereka berdua memberikan tunjuk ajar. Bagi tujuan formaliti, sayamemohon kepada pihak universiti di Aberdeen untuk melantik mereka sebagai Penyelia Bersama, namunberbulan menanti tetapi tiada jawapan yang pasti diberikan. Akhirnya, saya pasrah dengan keadaan danmenerima hakikat bahawa tesis ini terpaksa diteruskan walaupun tanpa penyeliaan yang sistematik


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook