Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Makmal

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Makmal

Published by hizazy83, 2017-10-25 05:24:36

Description: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Makmal

Keywords: Keselamatan,Makmal,Kerja

Search

Read the Text Version

KESELAMATAN DAN KESIHATANPEKERJAAN DI MAKMAL Azuddin Bahari Hanum Hassan Faridah Wahab Norazam Abd Rashid Rusnani Omar Penerbit Universiti Malaysia Perlis Kangar • 2010

© EPUB Universiti Malaysia Perlis, 2017Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentukyang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi,rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Penerbit Universiti Malaysia Perlis.Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanKeselamatan dan kesihatan pekerjaan di makmal / Azuddin Bahari …[et al.].. ISBN 978-983- 44182-8-1 (Print) e-ISBN 978-983-44182-8-1 (e-Book) 1. Laboratories--Safety measures. 2. Laboratories--Safety regulations. 3. Accident prevention. I. Judul. 542.1Diterbitkan oleh Penerbit UniMAP, Universiti Malaysia Perlis No. 98, Blok A, Taman Pertiwi Indah, Jalan Kangar-Alor Setar, Seriab,01000 Kangar, Perlis. MALAYSIAAhli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Kementerian Pendidikan Tinggi MalaysiaTel: (04) 979 8131, Fax: (04) 977 5135Laman Sesawang: http://penerbit.unimap.edu.myE-mel: [email protected] terbaik untuk buku elektronik ini ialah dengan iBooks. Penerbit UniMAP tidak bertanggungjawab di atas sebarangkehilangan dan kerosakan yang disebabkan oleh pengggunaan aplikasi lain. Maklumat yang diberikan di dalam buku elektronik inihanya untuk tujuan kandungan umum sahaja. Walau bagaimanapun, kami cuba mengemaskini maklumat terkini dengan tepat,tiada pernyataan atau jaminan, secara nyata atau tersirat tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atauketersediaan berkenaan dengan maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik yang terkandung dalam buku elektronik ini.Sebarang penggunaan maklumat dalam buku elektornik ini adalah tanggungjawab anda sendiri.

KANDUNGANPRAKATA1 – PERSEKITARAN KERJA DALAM MAKMAL KIMIAAmProfil Pekerja Makmal KimiaHazard Kimia Di Tempat KerjaLain-Lain Hazard Di tempat KimiaStatistik Kemalangan Di Tempat KerjaBilangan Kemalangan Industri Mengikut Agen Penyebab – Material,Bahan,Radiasi – 2006Kewajipan Majikan Dan Orang Yang Bekerja SendiriPenutup2 – UNDANG-UNDANG DI TEMPAT KERJAMengurus Bahan Kimia Di Tempat KerjaPeraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan DanStandard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan,Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya)1977 [P.U. (A) 143/97]Mengurus Bahan Buangan Terjadual Di Tempat KerjaAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Buangan Terjadual) 2005Penutup3 – PERTOLONGAN CEMAS DALAM MAKMALAmTeknik-Teknik Pengendalian Pertolongan CemasPertolongan Cemas Berdasarkan Pelan Tindakan DRABCD – Danger (Bahaya)R – Response (Tindak Balas/Reaksi)A – Airway (Saluran Udara)B – Breathing (Pernafasan)

C – Circulation (Pekelilingan)Renjatan (Shock)Punca RenjatanSimpton Dan TandaSimpton Dan Petanda RenjatanGejala Dan Petanda Renjatan Yang SeriusPengurusan RawatanLuka/Pendarahan (Bleeding)Terbakar (Burns)Kecederaan Anggota Badan (Limb Injuries) PatahRawatan PatahKeracunanCardio Pulmonary Resuscitation (CPR)Garis Panduan Baru Untuk CPRKaedah Melakukan CPRPenutup4 – GARIS PANDUAN KERJA SELAMAT DALAM MAKMALAmGaris Panduan Kerja Selamat Dalam MakmalKesedaran Dan PemerhatianPeraturan Umum Keselamatan MakmalAmalan Kebersihan Diri (Personal Hygiene)Kekemasan (Housekeeping)Pengendalian Barang Kaca (Glassware)Storan Bahan KimiaPelupusan Buangan KimiaPembungkusan Bekas Buangan KimiaPelabelan Bekas Buangan KimiaStoranProsedur PelupusanKelengkapan Perlindungan Diri

Garis Panduan Bekerja Berseorangan Dalam MakmalCiri-Ciri MakmalPenutup5 – PENGURUSAN KECEMASAN DALAM MAKMALPelan Kecemasan MakmalTindakan-Tindakan Apabila Berlaku KecemasanPasukan Bertindak Kecemasan Dalam Situasi KecemasanFasa Kesiapsiagaan (Preparedness Phase)LatihanLatihan KecemasanFasa ResponMengaktifkan Bilik Gerakan KecemasanFasa Pemulihan (Recovery Phase)Fasa MitigasiPenutup6 – KESIMPULANRujukan

PRAKATAPerkembangan dunia hari ini yang semakin pesat menyebabkan berlakunya peralihanpenggunaan sains dalam kehidupan manusia sama ada di rumah, pejabat, kilang atau industri.Penggunaan sains ini adalah merujuk kepada bahan kimia yang digunakan secara meluasdalam sektor pertanian, pembuatan dan perubatan. Malah, kita tidak dapat menafikan bahawabahan kimia telah menjadi salah satu bahan utama yang dapat meningkatkan kualiti kehidupanmanusia.Setiap pekerja yang bekerja di dalam makmal boleh terdedah kepada berbagai hazard yangmenyumbang kepada kemalangan di tempat kerja. Kemalangan di tempat kerja bolehdikurangkan jika program keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilaksanakan. Justeru, majikanboleh melaksanakan program-program keselamatan dan kesihatan yang boleh dilaksanakansecara latihan dalaman atau in house training, seminar, bengkel atau diskusi berkumpulan bagimemenuhi keperluan undang-undang. Tumpuan program adalah kepada aspek seperti HIRAC(Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko, Pencegahan dan kawalan risiko), PengurusanBencana, Pengurusan Buangan Terjadual, Kesedaran dan kepentingan keselamatan dankesihatan di tempat kerja dan sebagainya.Majikan juga perlu mengeluarkan ‘Garis Panduan Keselamatan di Makmal’ dan ‘PertolonganCemas di Makmal’. Sebagai tambahan, majikan dan pekerja seharusnya mengetahui undang-undang yang memberi tumpuan kepada aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan danmengurus bahan kimia di tempat kerja. Undang-undang tersebut ialah Akta Keselamatan danKesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang menfokuskan kepadaaspek pengurusan sisa buangan iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-PeraturanKualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.Kecemasan atau bencana juga sering berlaku dalam makmal dan kawasan persekitarannyaseperti kemalangan melibatkan bahan kimia berbahaya, kebakaran, letupan, kebocoran gas,kebocoran dan tumpahan bahan kimia, sama ada jenis yang diketahui atau sebaliknya, telahdilaporkan atau dilihat. Tumpahan bahan kimia ini lazimnya berlaku di atas lantai dalambangunan yang sama atau di bangunan yang lain atau tempat yang akan memberi kesankepada kawasan tersebut. Situasi sebegini selalunya akan mengakibatkan kebakaran atauletupan. Justeru, majikan dan pekerja seharusnya mengetahui mengenai sistem perlindungankebakaran yang boleh diimplementasikan dalam makmal.

BAB 1 PERSEKITARAN KERJA DALAM MAKMAL KIMIAAmKeadaan makmal sebagai tempat kerja mestilah berada dalam keadaan selamat dan kondusifkepada pekerja. Bahan-bahan kimia boleh memasuki badan melalui pemakanan, pernafasan,serapan melalui kulit dan mata, suntikan dan melalui plasenta. Pekerja-pekerja yang bekerjadalam makmal terdedah kepada berbagai hazard. Dalam keadaan tertentu, hazard ini bolehdikenal pasti. Bagi hazard yang boleh dikenal pasti, tindakan pencegahan dan pengawalanboleh dilaksanakan.Hazard yang terdapat dalam makmal boleh membawa kepada kemalangan. Kemalangan dimakmal sering berlaku yang membawa kepada kematian, hilang upaya kekal, kecederaan dankehilangan atau kerosakan kepada harta benda. Semua ini boleh dikurangkan atau dielakkanjika aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan diberi perhatian oleh majikan dan pekerja.Profil Pekerja Makmal KimiaUntuk menggerakkan aktiviti dalam makmal kimia, ianya memerlukan pekerja. Pelbagai namadiberi kepada pekerja makmal kimia seperti juruteknologi kimia, pembantu kimia, juru analisiskimia, penyelidik, pemeriksa, pengurus, penguji dan sebagainya. Mereka ini didapati bekerjadalam semua sektor industri yang mengendalikan bahan kimia.Karier sebagai pekerja dalam makmal kimia menuntut mereka bukan sahaja memberi bantuanteknikal dan perkhidmatan, tetapi terlibat secara langsung dalam kerja-kerja mengurus danpengendalian bahan kimia. Lazimnya, kerja-kerja di makmal yang dilaksanakan oleh merekaadalah membangunkan dan melaksanakan kajian-kajian, ujian-ujian, analisis-analisis danmenggunakan berbagai teknik dengan bahan kimia. Sebagai tambahan, mereka jugamengendali dan pada masa yang sama mengurus makmal termasuk antaranya ialah penjagaanradas makmal, menyediakan larutan, reagen dan mengambil dan merumus sampel. Merekajuga mengumpul dan menyusun rekod-rekod bahan kimia, mengintepretasi kajian-kajian ataukeputusan sesuatu analisis yang melibatkan bahan kimia, membangun dan melaksana programpersampelan dan analisis bahan-bahan kimia. Pekerja makmal juga bekerja dalam posisi dudukdan melibatkan kerja yang berulang-ulang dalam jangka masa panjang dan ini secara tidaklangsung akan mengalami simptom seperti sakit belakang, tangan dan sebagainya.Berbagai peralatan yang ada hubungkait dengan pengurusan bahan kimia digunakan. Diantaranya adalah seperti peralatan kaca dan plastik pakai habis dan dibuang selepaspenggunaan, memasang, menanggal dan pengendalian alat-alatan makmal, dacing danpenyukat, penapisan, pam, pengisar dan pengadun, tapis, instrumen pensampelan, penyukatsuhu, pam vakum, termos, perakam, komputer, kelengkapan perlindungan diri dan pengukur

piawaian. Masalah yang sering wujud dalam makmal seperti berikut: a. Inventori setiap bahan kimia tidak dikemas kini b. Setiap bahan kimia tidak disimpan atau diasingkan mengikut kesesuaian dan mengikut garis panduan keselamatan c. Bahan kimia yang disimpan berada dalam jumlah yang tidak terkawal dan peralatan, bahan kimia dan jenis-jenisnya tidak dilabel d. Risalah Data Keselamatan Kimia tiada ataupun tidak dikemas kini e. Masalah Housekeeping (Kekemasan) dalam persekitaran luar dan dalam makmalKesemua ini mengundang kewujudan hazard di tempat kerja. Hazard yang sering wujud dalammakmal adalah hasil daripada penggunaan pelbagai jenis bahan kimia untuk berbagai aktivitiseperti analisis teknikal, penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan.Hazard Kimia Di Tempat Kerja“Bahan Kimia” ertinya unsur kimia, sebatian atau campuran daripadanya, sama ada asli atautiruan, tetapi tidak termasuk mikro organisma. Terdapat berbagai jenis bahan kimia dalammakmal. Bahan-bahan kimia yang berbagai jenis ini boleh dikendalikan dengan selamat denganadanya pengetahuan mengenai sifat bahan kimia serta kaedah yang betul untukmengendalikannya. Bahan kimia berbahaya kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaankerana : a. Disenaraikan dalam Jadual I atau II; Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 b. Dikategorikan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1977 [P.U. (A) 143/97] c. Terdapat dalam takrif “racun makhluk perosak” di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Akta 149]; atau d. Disenaraikan dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989 [P.U. (A) 139/89];Berdasarkan kepada Jadual Pertama dan Kedua, Peraturan-Peraturan Keselamatan danKesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya KepadaKesihatan) 2000, terdapat 623 jenis bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.Berdasarkan Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(Pengkelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997, bahan kimia ituboleh dibahagikan kepada : i. Sifat Fisikokimia (Bahagian A, Jadual I) iaitu Mudah Meletup, Pengoksidaan, Amat Mudah Terbakar, Sangat Mudah Terbakar atau Mudah Terbakar

ii. Kesan Ke Atas Kesihatan (Bahagian B, Jadual I) iaitu Sangat Toksik, Toksik, Memudaratkan, Menghakis, Merengsa, Karsinogen, Mutagenik atau Teratogenik.Berdasarkan kepada Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (BuanganTerjadual) 1989, semua buangan sisa oleh pengeluar buangan dikenalpasti sebagai bahan kimiaberbahaya. Secara amnya ’Buang Terjadual’ dikategori kepada: a. SW 1 : Buangan logam dan buangan berasaskan logam b. SW 2 : Buangan yang mengandungi terutamanya juzuk tidak organik yang mungkin mengandungi logam dan bahan organik c. SW 3 : Buangan yang mengandungi terutamanya juzuk organik yang mungkin mengandungi logam dan bahan tidak organik d. SW 4 : Buangan yang mungkin mengandungi sama ada juzuk tidak organik atau organik e. SW 5 : Buangan lainPekerja makmal berhadapan dengan berbagai bentuk hazard di tempat kerja hasil daripadapenggunaan pelbagai jenis bahan kimia untuk berbagai aktiviti seperti analisis teknikal,penyelidikan, perundingan dan perkhimatan. Dalam menjalankan kerja-kerja dalam makmal,pekerja akan terdedah kepada gas toksik, wap dan wasap atau bekas mengandungi bahankimia pecah (disebabkan oleh kesilapan pekerja, peralatan tidak berfungsi atau lain-lain sebab)dan akan meyebabkan sesak nafas, melecur kepada bahagian-bahagian badan tertentu,keracunan dan lain-lain trauma.Bahan kimia yang memiliki Sifat Fisikokimia iaitu Mudah Meletup, Pengoksidaan, Amat MudahTerbakar, Sangat Mudah Terbakar atau Mudah Terbakar boleh membawa dan menampakkankesan terus dan cepat. Pengendalian dan pengstoran yang kurang teliti akan menyebabkankebakaran atau letupan.Bahan kimia berbahaya kerana kesannya terhadap kesihatan iaitu Toksik, Memudaratkan,Menghakis, Merengsa, Karsinogen, Mutagenik atau Teratogenik, pendedahannya dansentuhannya akan mendatangkan kemudaratan kepada pekerja makmal. Kesan-kesan Toksik,Sangat Toksik dan Memudaratkan kepada kesihatan memerlukan kefahaman terhadapketoksikannya. Kesan-kesan terhadap kesihatan : a. Menghakis menyebabkan melecur bahagian-bahagian badan tertentu. Kesan merengsa membawa kepada inflamasi kepada kulit, iritasi mata, kesan yang serius kepada mata dan iritasi kepada sistem pernafasan b. Kesan karsinogen jika disedut atau diinges atau menembusi kulit boleh mennyebabkan barah kepada manusia atau meningkatkan kadar kejadiannya c. Kesan mutagen jika disedut atau diinges atau menembusi kulit boleh menyebabkan perubahan genetik pada sel spermatoza atau sel ovum atau meningkatkan kadar kejadiannya d. Kesan teratogenik jika disedut atau diinges atau menembusi kulit seseorang wanita hamil, boleh menyebabkan kecacatan pada fetus atau meningkatkan kadar kejadiannya

Seiringan dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam makmal dan bengkel yang menggunakanbahan-bahan kimia, sisa-sisa kimia juga dihasilkan. Sisa-sisa kimia boleh mendatangkan hazardkepada pekerja makmal.Lain-Lain Hazard Di Tempat KerjaSelain daripada hazard kimia, pekerja-pekerja makmal juga akan terdedah kepada hazardfizikal, ergonomik, biologikal dan psikososial. Kesemua hazard ini memberi kesan kepadapekerja makmal seperti Jadual 1.1 di bawah : Jadual 1.1 : Pelbagai Jenis Hazard Di Tempat Kerja HAZARD AKIBAT TINDAKANHazard Fizikal • Orang terjatuh dari tempat Patah-patah bahagian Mengambil tindakan kawalan dan tinggi tertentu pencegahan ke atas hazard mengikut hierarki • Orang terjatuh atas aras Kecederaan ringan sama ada Hapus, Ganti, yang sama Asing. Kawalan Kejuruteraan, Kawalan • Terhempap Oleh Benda- Kecederaan bahagian Pentadbiran atau benda Yang Jatuh kepala mengguna Kelengkapan Perlindungan Diri • Terpijak sesuatu objek Kecederaan serius/ (PPE). ringan • Terkena objek yang pegun Kecederaan serius/ ringan • Terkena objek yang Kecederaan serius/ bergerak ringan • Terhempap oleh benda- Kecederaan benda yang melayang atau serius/ringan berterbangan • Tersepit di dalam objek Kecederaan serius bahagian tertentu • Tersepit antara objek pegun Kecederaan serius dan bergerak bahagian tertentu • Tersepit antara objek yang Kecederaan serius bergerak bahagian tertentu • Terseliuh apabila Kecederaan mengangkat objek serius/ringan • Terseliuh apabila Kecederaan menolak/menarik objek serius/ringan • Terseliuh semasa Kecederaan mengurus/melontar objek serius/ringan

• Terdedah kepada haba Kecederaan yang panas serius/ringan • Terdedah kepada hawa Kecederaan dingin beku serius/ringan • Tersentuh objek/bahan Kecederaan yang panas serius/ringan • Tersentuh objek/bahan Kecederaan yang sejuk serius/ringan • Terdedah/tersentuh arus Maut atau kecederaan elektrik seriusHazard Biologikal • Bakteria Hepatitis, influenza dan • Kuman/Virus/sepora lain-lain penyakit • Habuk tumbuhan berjangkit Mengambil tindakan kawalan danHazard • Stres di tempat kerja (kerja Kecederaan serius/ pencegahan ke atasPsikososial lebih masa) ringan hazard mengikut hierarki sama ada Hapus, Ganti, • Keganasan tempat kerja Asing. Kawalan • Buli Kejuruteraan, Kawalan • Penderaan seksual Pentadbiran atau mengguna KelengkapanHazard • Angkut-mengangkut secara Kecederaan Perlindungan DiriErgonomik (PPE). manual dan kerap serius/ringan Mengambil tindakan • Faktor kelesuan yang tinggi kawalan dan • Tekanan fizikal yang besar pencegahan ke atas • Penggunaan tenaga atau hazard mengikut hierarki sama ada Hapus, Ganti, pergerakan secara Asing. Kawalan berlebihan Kejuruteraan, Kawalan Pentadbiran atau mengguna Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE).Statistik Kemalangan Di Tempat KerjaStatistik kemalangan di tempat kerja di Jadual 1.2 dari PERKESO dari tahun 2001 – 2006menunjukkan terdapat 430,1721 kes dilaporkan. Seterusnya, dalam tahun 2006, terdapat58,321 kes dilaporkan. Dalam tempoh tersebut kadar kemalangan industri tertinggi terdapatdalam sektor perkilangan yang mencatat 21,609 kes yang dilaporkan. Dari angka ini terdapat3,700 kes hilang upaya kekal dan 188 kes kematian.

Jadual 1.2 - Statistik Kemalangan Di Tempat Kerja 2001 – 2006 INDUSTRI/ TAHUN KES DILAPORKAN 2001 2002 2003 2004 2005 2006 JUMLAH1. Pertanian, Perhutanan dan Perikanan 12,424 9,456 6,947 5,644 3,734 3,567 41,8172. Perlombongan dan Penguraian 573 545 536 533 459 394 3,0403. Pengilangan 35,642 33,523 29,780 26,690 23,350 21,609 170,5944. Kemudahan Elektrik, Gas, Air dan 442 516 510 496 465 509 2,938Perkhidmatan Kebersihan5. Pembinaan 4,593 5,015 4,654 4,445 3,948 3,686 26,3416. Perdagangan Borong dan Runcit 13,774 13,685 13,395 12,948 11,930 9,920 75,6527. Pengangkutan, Penyimpanan dan 4,382 4,439 4,104 4,151 3,643 3,610 24,329Komunikasi8. Kewangan, Insurans, Harta Tanah 602 567 572 605 581 5,370 8,297dan Perkhidmatan Perniagaan9. Hotel dan Restoran 5,950 5,924 5,617 5,295 4,570 1,510 28,86610. Perkhidmatan Awam dan Pihak 7,487 8,140 7,743 8,325 8,502 8,146 48,343Berkuasa BerkanunJUMLAH 85,869 81,810 73,858 69,132 61,182 58,321 430,172Kadar kemalangan yang tinggi ini perlu ditangani oleh majikan dengan mengadakan program-program kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.Bilangan Kemalangan Industri Mengikut Agen Penyebab - Material, Bahan,Radiasi -2006Kamalangan Industri juga boleh diklasifikasikan mengikut agen penyebab iaitu Mesin; KaedahPengangkutan dan peralatan angkat; Lain-lain Peralatan; Material, Bahan dan Radiasi; danLain-lain agen yang tidak diklasifikasikan di mana-mana.Jadual 1.3 - Bilangan Kemalangan Industri Mengikut Agen Penyebab Material, Bahan, Radiasi – 2006PEKERJA DALAM MAKMAL BILANGAN KES KES HILANG KES MAKLUMAT DILAPORKAN UPAYA KEKAL KEMATIAN1. Bahan meledak 23 1 0

2. Habuk, gas, cecair, dan kimia tidak termasuk bahan meledak 2 0a. Habuk, 207 5 1 33 4 0b. Gas, wap, asap 109 9 0c. Cecair yang tidak diklasifikasikan di 90 14 9 mana-mana 130 17 9 353 d. Kimia yang tidak diklasifikasikan di mana- 1 0 mana 12 1 0 6 454 5e. Lain-lain 3,502 508 15 4,4653. Serpihan berterbangan4. Radiasi a. Pengionan radiasib. Lain-lain5. Lain-lain materials dan substances yang tidak diklasifikasikan di mana-mana JUMLAHDalam nada yang sama, jumlah kemalangan yang agen penyebabnya ialah “Material, Bahan,Radiasi” bagi 2006 ialah 4,727 kes yang dilaporkan seperti di Jadual 1.3. Angka inimenunjukkan bahawa kemalangan di tempat kerja di kalangan pekerja-pekerja yang terlibatdengan “Material, Bahan dan Radiasi” ialah 7.66 %. Kadar kemalangan ini adalah rendah jikadibandingkan dengan jumlah keseluruhan kemalangan dalam negara. Walaupun ini adalahkeadaan semasa, namun demikian jika tindakan pencegahan dan kawalan risiko dilaksanakan ditempat kerja, kemalangan yang diakibatkan oleh agen penyebab ini dapat dikurangkan.Kewajipan Majikan Dan Orang Yang Bekerja SendiriDi bawah Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menyatakan, “Adalahmenjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikansetakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semuapekerjanya”. Perkara-pekara yang diliputi oleh kewajipan ini termasuklah: a. Mengada dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan b. Membuat perkiraan tentang langkah-langkah yang perlu di ambil dalam penyimpanan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan c. Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan pengawasan ke atas aktiviti-aktiviti berbahaya d. Menyelenggara tempat kerja serta menyediakan pintu keluar dan masuk yang selamat

e. Menyediakan persekitaran tempat kerja yang bebas daripada bahaya; contohnya bising, habuk dan sebagainyaKewajipan lain termasuklah: a. Menyediakan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan b. Memastikan orang lain selain daripada pekerjanya tidak terdedah kepada bahaya yang dihasilkan daripada aktiviti yang dijalankan oleh beliau serta memberitahu orang lain tentang aktiviti yang dijalankannya. c. Memberi maklumat kepada orang lain berkenaan dengan cara pengusahaannya yang boleh menyentuh keselamatan dan kesihatan orang lainSelain daripada itu, adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan setiap orang yang bekerjasendiri untuk menjalankan pengusahaannya dengan cara memastikan setakat yang praktik,bahawa: a. Mereka tidak terdedah kepada risiko bahaya dari tempat kerja b. Memberi maklumat tentang aspek aktiviti di tempat kerjaBerdasarkan peruntukan di atas, majikan hendaklah melindungi kesihatan, keselamatan dankebajikan orang-orang yang bekerja untuk mereka. Antara tanggungjawab majikan ialah: a. Kewajipan membentuk dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, melantik Pegawai Keselamatan dan Kesihatan dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan b. Penyelenggaraan tempat kerja dan cara kerja yang selamat dan sihat c. Kewajipan menyediakan aktiviti keselamatan dan kesihatan serta latihan dan pendidikan d. Kewajipan melaporkan kemalangan dan penyakit pekerjaanMajikan boleh melaksanakan program-program keselamatan dan kesihatan yang bolehdilaksanakan secara latihan dalaman atau inhouse training, seminar, bengkel atau diskusiberkumpulan bagi memenuhi keperluan undang-undang. Tumpuan program adalah kepadaaspek seperti HIRAC (Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko, Pencegahan dan KawalanRisiko), pengurusan bencana, pengurusan buangan terjadual, kesedaran dan kepentingankeselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan sebagainya.Bagi memenuhi keperluan untuk mematuhi keperluan undang-undang, hasil yang diperolehi darikajian ini telah dijadikan asas kepada tindakan susulan dan juga topik-topik penulisan buku iniseperti ‘Garis Panduan Keselamatan di Makmal’ dan ‘Pertolongan Cemas di Makmal’. Walaubagaimanapun, sebagai tambahan, topik pengetahuan undang-undang perlu dibawa kepadapengetahuan majikan dan pekerja dan tumpuan akan diberi kepada aspek mengurus bahankimia di tempat kerja iaitu : a. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 b. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan,

Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1977 [P.U. (A) 143/97] c. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005PenutupPekerja yang bekerja dalam makmal boleh terdedah kepada berbagai hazard yangmenyumbang kepada kemalangan di tempat kerja. Kemalangan di tempat kerja bolehdikurangkan jika program keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilaksanakan. Programkeselamatan dan kesihatan perlu diadakan bagi menjamin persekitaran kerja yang selamat danakan mengelak dari berlakunya kemudaratan kepada keselamatan dan kesihatan pekerja ditempat kerja. Majikan juga perlu mengeluarkan ‘Garis Panduan Keselamatan di Makmal’ dan‘Pertolongan Cemas di Makmal’. Majikan dan pekerja seharusnya mengetahui undang-undangyang memberi tumpuan kepada aspek mengurus bahan kimia di tempat kerja. 1 Statistik PERKESO 2001 – 2006

BAB 2 UNDANG-UNDANG DI TEMPAT KERJAMengurus Bahan Kimia Di Tempat KerjaUndang-undang utama yang memberi tumpuan khas kepada keselamatan, kesihatan dankebajikan pekerja di tempat kerja ialah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Aktaini memastikan agar pekerja, majikan, masyarakat dan kerajaan menentukan aspekkeselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja diberi perhatian khusus bagimewujudkan suasana kerja yang kondusif dan selamat. Dalam Akta ini, terdapat peraturan-peraturan yang memberi tumpuan kepada aspek mengurus bahan kimia di tempat kerja iaitu: a. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 b. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1977 [P.U. (A) 143/97]Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PenggunaanDan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan)2000Peraturan ini mula berkuatkuasa pada 4 April 2000. Peraturan ini terpakai bagi semua tempatkerja yang menggunakan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan kecuali bahan kimia yang : a. Ditakrifkan sebagai bahan radioaktif di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304); b. Barang makanan; c. Berbahaya kepada kesihatan semata-mata oleh sebab sifat mudah meletup atau mudah terbakar, atau semata-mata kerana bahan kimia tersebut berada pada suhu tinggi atau rendah atau pada tekanan tinggi; d. Keluaran farmaseutikal.Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard PendedahanBahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 juga mengandungi ketentuan kewajipanmajikan dan orang yang bekerja sendiri, pengenalpastian bahan kimia berbahaya kepadakesihatan, had pendedahan yang dibenarkan, penaksiran risiko kepada kesihatan, tindakanuntuk mengawal pendedahan, pelabelan dan pelabelan semula, penyediaan maklumat, arahandan latihan, pemantauan pendedahan di tempat kerja, pengawasan kesihatan, perlindunganpemindahan perubatan, tanda amaran dan kaedah penyimpanan rekod.Untuk bacaan dan maklumat lanjut sila rujuk kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan danKesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada

Kesihatan) 2000 di Lampiran 1.Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan,Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1977 [P.U. (A)143/97]Peraturan ini berkuatkuasa pada 15 April 1997, terpakai bagi pembeka01.kimia berbahaya bagi kegunaan di tempat kerja kecuali bahan kimia berbahaya yang : a. Ditakrif sebagai bahan radioaktif di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984; Ditakrif sebagai racun makhluk perosak di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1994; b. Disenarai sebagai racun di bawah Perintah Senarai Racun 1993, kecuali bagi bahan kimia yang dikelaskan di bawahnya sebagai racun industri dan racun makmal; c. Ditakrif sebagai dadah di bawah Akta Jualan Dadah 1952; d. Disenarai sebagai sisa terjadual dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Sisa Terjadual) 1989; e. Barang makanan.Peraturan-Peraturan ini juga mengandungi ketentuan kewajipan pembekal untuk mengelaskan,kehendak pembungkusan, pengedap bungkusan, pelabelan, ukuran label, kewajipan pembekaluntuk menyediakan risalah data keselamatan kimia dan maklumat sulit tentang bahan kimia.Untuk bacaan dan maklumat lanjut sila rujuk kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan danKesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya)1977 [P.U. (A) 143/97] di Lampiran 2.Mengurus Bahan Buangan Terjadual Di Tempat KerjaSeiringan dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam makmal dan bengkel yang menggunakanbahan-bahan kimia, sisa-sisa kimia juga dihasilkan. Sisa-sisa kimia tersebut terhasil daripada: a. Tindak balas, percampuran atau eksperimen-eksperimen tertentu b. Stok bahan-bahan kimia yang tidak digunakan kerana: i. Pesanan atau pembelian bahan-bahan kimia yang berlebihan ii. Bahan-bahan kimia yang telah luput tarikh iii. Bahan-bahan kimia yang bertindak balas dengan udara/air, tercemar atau telah rosak iv. Bahan kimia yang tidak dikenali, ditinggalkan atau tidak berlabel c. Bahan-bahan kimia yang tertumpah di atas lantai atau meja atau bekas kandungannya yang telah pecah

Hazard yang diakibatkan oleh sisa-sisa kimia adalah sama dengan hazard yang bolehdiakibatkan oleh bahan-bahan kimia atau bahan-bahan bukan sisa. Dalam sesetengah keadaan,sisa-sisa kimia mendatangkan hazard yang lebih tinggi berbanding dengan bahan kimia yangbukan sisa. Ini adalah kerana sisa-sisa kimia yang terhasil adalah lebih kompleks, iaitu hasilpercampuran dan tindak balas yang dilakukan di dalam makmal. Terdapat peraturan danperintah dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang menfokuskan kepada aspek pengurusansisa buangan iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti AlamSekeliling (Buangan Terjadual) 2005.Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti AlamSekeliling (Buangan Terjadual) 2005Peraturan ini memastikan agar setiap pengeluar buangan memberitahu Ketua Pengarah tentangkategori dan kuantiti baru buangan terjadual yang dikeluarkan dalam masa 30 hari dari tarikhpengeluaran buangan terjadual. Buangan terjadual hendaklah dilupuskan di premis yangditetapkan sahaja. Buangan terjadual hendaklah distorkan dalam bekas-bekas yang sesuaidengan buangan terjadual yang hendak distorkan, tahan lasak dan yang boleh mencegahpertumpahan atau kebocoran buangan terjadual ke alam sekeliling.Peraturan ini juga mengandungi ketentuan pemberitahuan tentang pengeluaran buanganterjadual, pelupusan buangan terjadual, pengolahan buangan terjadual, pemerolehan kembalibahan atau hasil daripada buangan terjadual, pemohonan bagi pengurusan khas buanganterjadual, tanggungjawab pengeluar buangan, penstoran buangan terjadual, pelabelan buanganterjadual, pengeluar buangan hendaklah menyimpan inventori buangan terjadual, maklumathendaklah diberikan oleh pengeluar buangan, kontraktor dan penduduk premis yang ditetapkan,buangan terjadual yang diangkut di luar premis pengeluar buangan hendaklah disertakandengan maklumat, pertumpahan atau pelepasan tidak sengaja.Untuk bacaan dan maklumat lanjut sila rujuk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di Lampiran 3.PenutupTerdapat berbagai jenis bahan kimia dalam makmal. Bahan-bahan kimia yang berbagai jenis iniboleh dikendalikan dengan selamat dengan adanya pengetahuan mengenai sifat bahan kimiaserta kaedah yang betul untuk mengendalikannya. Namun, hakikatnya pekerja yang bekerjadalam makmal lazimnya akan terdedah kepada hazard kimia. Hazard yang sering wujud dalammakmal adalah hasil daripada penggunaan pelbagai jenis bahan kimia untuk berbagai aktivitiseperti analisis teknikal, penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan. Seiringan dengan aktivitiini, sisa-sisa kimia juga dihasilkan oleh makmal dan bengkel yang menggunakan bahan-bahankimia.Hazard yang diakibatkan oleh sisa-sisa kimia adalah sama dengan hazard yang boleh

diakibatkan oleh bahan-bahan kimia atau bahan-bahan bukan sisa. Malah, dalam sesetengahkeadaan, sisa-sisa kimia mendatangkan hazard yang lebih tinggi berbanding dengan bahankimia yang bukan sisa. Ini adalah kerana, sisa-sisa kimia yang terhasil adalah lebih kompleks,hasil percampuran dan tindak balas yang dilakukan di dalam makmal. Aspek keselamatan dankesihatan dalam pengendalian bahan kimia dalam makmal perlu diberi perhatian khusus.Program keselamatan dan kesihatan perlu diadakan bagi menjamin persekitaran kerja yangselamat dan ini secara tidak langsung akan mengelak dari berlakunya kemudaratan kepadakeselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. Majikan juga perlu mengeluarkan “GarisPanduan Keselamatan di Makmal”. Lampiran 1 AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 PERATURAN- PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENGGUNAAN DAN STANDARD PENDEDAHAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN) 2000AmPeraturan-Peraturan ini berkuat kuasa pada 4 April 2000. Peraturan-Peraturan ini terpakai bagisemua tempat kerja yang menggunakan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan kecualibahan kimia yang : a. Ditakrifkan sebagai bahan radioaktif di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304]; b. Barang makanan; c. Berbahaya kepada kesihatan oleh sebab sifat mudah meletup atau mudah terbakar, atau kerana bahan kimia tersebut berada pada suhu tinggi atau rendah atau pada tekanan tinggi; dan d. Keluaran farmaseutikal.Tafsiran“Bahan kimia” ertinya unsur kimia, sebatian atau campuran daripadanya, sama ada asli atautiruan, tetapi tidak termasuk mikro organisma;“Bahan kimia berbahaya kepada kesihatan” ertinya mana-mana bahan kimia yang - a. Disenaraikan dalam Jadual I atau II; b. Mempunyai mana-mana sifat yang dikategorikan dalam Bahagian A dan Bahagian B Jadual I Peraturan-Peraturan Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1977 [P.U. (A) 143/97]; c. Terdapat dalam takrif “racun makhluk perosak” di bawah Akta Racun Makhluk Perosak

1974 [Akta 149]; atau d. Disenaraikan dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989 [P.U. (A) 139/89];“Had pendedahan maksimum” ertinya kepekatan di udara purata berpemberat masa lima belasminit yang tiga kali ganda kepekatan di udara purata berpemberat masa lapan jam bahan kimiaberbahaya kepada kesihatan yang dinyatakan dalam Jadual I;“Kelengkapan pelindung diri” ertinya apa-apa kelengkapan yang dimaksudkan untuk dipakaiatau dipegang oleh seseorang yang sedang bekerja dan yang melindunginya terhadap satuatau lebih risiko kepada kesihatan atau keselamatannya dan apa-apa eksesori tambahan yangdireka bentuk untuk memenuhi matlamat itu.Kewajipan Majikan Dan Orang Yang Bekerja SendiriMajikan perlu memastikan setakat yang praktik keselamatan dan kesihatan pekerjaan terhadappekerjanya dan orang lain samada sedang bekerja atau bukan sedang bekerja.Pengenalpastian Bahan Kimia Berbahaya Kepada KesihatanDaftar Bahan Kimia Berbahaya Kepada KesihatanMajikan hendaklah merekodkan semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yangdigunakan di tempat kerja. Daftar bahan kimia berbahaya tersebut hendaklah mudah untukdidapatkan oleh semua pekerja di tempat kerja.Had Pendedahan Yang DibenarkanSeseorang majikan hendaklah memastikan bahawa pekerjanya tidak terdedah kepada mana-mana bahan kimia berbahaya kepada kesihatan seperti yang disenaraikan dalam Jadual Imelebihi had siling yang ditetapkan bagi bahan kimia itu.Penaksiran Risiko Kepada KesihatanMajikan perlu melaksanakan penaksiran risiko secara bertulis sebelum menjalankan apa-apakerja di tempat kerja. Penaksiran yang dilaksanakan hendaklah mengambil kira aspek berikut: a. Penaksiran risiko kepada seseorang pekerja akibat daripada pendedahan kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan b. Kaedah dan tatacara yang diterima pakai dalam penggunaan bahan kimia berbahaya

kepada kesihatan c. Sifat bahaya kepada kesihatan d. Tahap pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan e. Risiko kepada kesihatan yang terhasil daripada penggunaan dan pelepasan bahan kimia daripada proses kerja f. Langkah-langkah dan tatacara yang dikehendaki untuk mengawal pendedahan seseorang pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan g. Langkah-langkah, tatacara dan kelengkapan yang perlu untuk mengawal apa-apa pengeluaran secara tidak sengaja sesuatu bahan kimia berbahaya kepada kesihatan akibat daripada kebocoran, penumpahan, atau kegagalan proses atau kelengkapan h. Keperluan program pemantauan pendedahan pekerja i. Keperluan program pengawasan kesihatan j. Kehendak bagi latihan dan latihan semula pekerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 22Kajian Semula PenaksiranPenaksiran yang dijalankan hendaklah dikaji semula dari masa ke masa jika : a. Terdapat perubahan yang ketara dalam kerja yang berhubung dengan penaksiran itu dibuat b. Lebih dari lima tahun telah berlalu sejak penaksiran terakhir c. Diarahkan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau Pengarah Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanPenaksiran Hendaklah Dijalankan Oleh PengapitMajikan hendaklah memastikan bahawa penaksiran dilaksanakan oleh seseorang pengapit.Laporan Penaksiran Risiko Kepada KesihatanMana-mana orang yang dilantik oleh majikan, untuk menjalankan penaksiran risiko hendaklahmengemukakan laporan penaksiran kepada majikan dalam masa satu bulan dari penyiapanpenaksiran itu. Orang yang menjalankan penaksiran hendaklah dengan segera memaklumkankepada majikan tentang bahaya itu, jika penaksiran yang dijalankan mendapati sesuatu tempatkerja, loji, bahan atau proses mungkin menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda.Laporan PenaksiranMajikan hendaklah memastikan bahawa laporan penaksiran yang dibuat hendaklah disimpan

untuk tempoh tidak kurang dari tiga puluh tahun. Majikan hendaklah menyediakan laporanpenaksiran untuk pemeriksaan apabila diminta oleh Ketua Pengarah atau oleh mana-manapekerja yang terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepadakesihatan.Tindakan Untuk Mengawal PendedahanSeseorang majikan hendaklah mengambil tindakan yang wajar dalam masa sebulan selepasmenerima laporan penaksiran daripada pengapit termasuk mengubah proses, amalan, tatacarakerja, loji atau kelengkapan kawalan kejuruteraan. Sekiranya sesuatu laporan penaksiranmenunjukkan bahawa tindakan pembetulan diperlukan untuk menghapuskan atau mengurangkanpendedahan sebenar atau kemungkinan pendedahan seseorang pekerja kepada bahan kimiaberbahaya kepada kesihatan.Langkah-Langkah KawalanLangkah-langkah kawalan yang boleh diambil oleh seseorang majikan terhadap mengawalbahan kimia berbahaya kepada kesihatan adalah seperti berikut: a. Penghapusan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dari tempat kerja b. Penggantian bahan kimia yang kurang berbahaya bagi bahan kimia berbahaya kepada kesihatan c. Pengurungan menyeluruh proses dan sistem pengendalian d. Pengasingan kerja untuk mengawal pengeluaran bahan kimia berbahaya kepada kesihatan e. Pengubahsuaian proses parameter f. Pemakaian kelengkapan kawalan kejuruteraan g. Penerimaan pakai sistem dan amalan kerja selamat yang menghapuskan atau mengurangkan risiko kepada kesihatan h. Mengadakan peruntukan bagi kelengkapan pelindung diri yang diluluskanMajikan hendaklah memastikan bahawa semua sistem dan amalan kerja selamat didokumenkandan dilaksanakan. Seterusnya, majikan hendaklah memastikan bahawa semua sistem danamalan kerja selamat dikaji semula bila-bila masa terjadinya perubahan ketara kepada proses,kelengkapan, bahan atau langkah kawalan yang dipasang.Penggunaan Kelengkapan Pelindung Diri Yang DiluluskanMajikan hendaklah mengadakan kelengkapan pelindung diri yang diluluskan diberikan kepadapekerja. Kelengkapan pelindung diri yang diluluskan hendaklah digunakan sekiranya:

a. Pemakaian langkah-langkah kawalan tersebut di atas tidak dapat dipraktikkan b. Sebagai suatu langkah sementara pada masa langkah kawalan yang lebih baik sedang direka bentuk dan dipasang c. Jika langkah-langkah yang di ambil untuk mematuhi kawalan tersebut di atas tidak dapat mengawal sepenuhnya pendedahan seseorang pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.Kelengkapan Kawalan KejuruteraanMana-mana kelengkapan kawalan kejuruteraan yang disediakan hendaklah di periksa olehmajikan dan juruteknik higien. Ia hendaklah diperiksa oleh majikan pada lat tempoh yang sesuaidan setiap lat tempoh tidak lebih dari satu bulan; dan diperiksa dan diuji keberkesanannya olehjuruteknik higien pada lat tempoh yang sesuai, setiap lat tempoh tidak lebih dari dua belasbulan.Reka Bentuk, Pembinaan Dan Pentauliahan Kelengkapan PengalihudaraanEkzos SetempatMana-mana peralatan pengalihudaraan ekzos setempat yang dipasang hendaklah : a. Direka bentuk mengikut standard yang diluluskan oleh jurutera profesional berdaftar dan dibina mengikut spesifikasi reka bentuk b. Diuji oleh jurutera profesional berdaftar selepas pembinaan dan pemasangan untuk membuktikan bahawa peralatan itu memenuhi spesifikasi reka bentukRekod Kelengkapan Kawalan KejuruteraanRekod mengenai reka bentuk, pembinaan, ujian, penyiasatan, pemeriksaan danpenyelenggaraan kelengkapan kawalan kejuruteraan hendaklah diselenggarakan oleh majikandan hendaklah dikemukakan untuk pemeriksaan apabila diarah oleh Ketua Pengarah.Pelabelan Dan Pelabelan SemulaKewajipan Majikan Untuk Memastikan PelabelanSeseorang majikan hendaklah memastikan bahawa semua bahan kimia berbahaya kepadakesihatan yang dibekal atau yang dibeli olehnya dan digunakan di tempat kerja dilabelkan danlabel itu tidak ditanggalkan, dirosakkan, diubahsuai atau dipinda.

Pelabelan SemulaJika sesuatu bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dipindahkan ke suatu bekas lain, selainbekas yang dibekalkan pada asalnya, dan kandungan bekas itu tidak digunakan dalam masagiliran kerja biasa, majikan hendaklah memastikan bahawa bekas itu dilabel semula. Bagimaksud peraturan ini, “pelabelan” dan “pelabelan semula” ertinya pelabelan atau pelabelansemula: a. Dalam hal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, mengikut kehendak Peraturan- Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1977 [P.U.(A) 143/97]: b. Dalam hal racun makhluk perosak, mengikut kehendak Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Akta 149]; atau c. Dalam hal buangan terjadual, mengikut kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989 [P.U.(A) 139/89].Maklumat, Arahan Dan LatihanSeseorang majikan hendaklah menyediakan pekerjanya dengan apa-apa maklumat, arahan danlatihan sebagaimana yang perlu untuk membolehkan mereka mengetahui: a. risiko kepada kesihatan yang terhasil daripada pendedahan sedemikian b. langkah pencegahan yang patut diambilMajikan hendaklah mengkaji semula dan menjalankan program latihan : a. Sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun b. Jika terdapat perubahan dalam maklumat tentang bahaya bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, amalan kerja selamat atau langkah-langkah kawalan c. Setiap masa yang pekerja diberi tugas baru ditugaskan ke kawasan kerja baru di mana mereka terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.Semua program latihan hendaklah didokumenkan dan disimpan untuk pemeriksaan oleh mana-mana Pegawai Keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Pemantauan Pendedahan Di Tempat KerjaJika penaksiran risiko kepada kesihatan menunjukkan bahawa pemantauan pendedahan adalahdiperlukan, majikan hendaklah memastikan pemantau dikendalikan mengikut kaedahpemantauan dan penganalisisan yang diluluskan. Pemantauan pendedahan hendaklahdijalankan oleh Juruteknik Higien.

Jika seseorang pekerja terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahayakepada kesihatan yang disenaraikan dalam Jadual II, pemantauan pendedahan pekerjahendaklah diulangi pada lat tempoh yang tidak lebih dari enam (6) bulan atau pada lat tempohyang singkat sebagaimana yang ditetapkan oleh pengapit dan pemantauan pendedahanhendaklah diteruskan pada kekerapan ini sehingga sedemikian masa yang pengapit berpuashati bahawa pemantauan itu tidak lagi dikehendaki.Majikan hendaklah menyimpan semua rekod atau ringkasan rekod mana-mana pemantuan yangdijalankan bagi sekurang-kurangnya tiga puluh tahun; dan dalam mana-mana hal lain, bagisekurang-kurangnya lima tahun.Program Pengawasan KesihatanJika sesuatu penaksiran menunjukkan bahawa pengawasan kesihatan perlu untuk perlindungankesihatan pekerja yang terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahayakepada kesihatan, majikan hendaklah menjalankan program pengawasan kesihatan.Program pengawasan kesihatan hendaklah dijalankan oleh seseorang doktor kesihatanpekerjaan.Jika seseorang pekerja terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahayakepada kesihatan yang disenaraikan dalam Jadual II, hendaklah termasuk pengawasanperubatan yang dijalankan pada lat tempoh yang tidak lebih dari dua belas bulan atau pada lattempoh yang singkat sebagaimana yang ditetapkan oleh doktor kesihatan pekerjaan atauseseorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang juga ialah seorang pengamalperubatan.Majikan hendaklah memastikan bahawa rekod pengawasan kesihatan atau sesalinan rekodpengawasan kesihatan itu diselenggarakan dalam keadaaan teratur dan baik dan disimpan bagitempoh tiga puluh tahun dari tarikh catatan terakhir yang dibuat padanya.Perlindungan Pemindahan PerubatanMajikan, selepas diberitahu oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang jugaseorang pengamal perubatan atau seorang doktor kesihatan pekerjaan mengenai pekerjanyaterdedah kepada bahan kimia, majikan, tidak boleh membenarkan pekerja yang hamil ataupekerja yang menyusukan bayi terlibat dalam tugasan, dan hendaklah memindahkan pekerja itudaripada kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan pekerja itu kepada bahankimia berbahaya kepada kesihatan. Majikan hendaklah mengembalikan seseorang pekerja yangdipindahkan kepada kerja dahulunya: a. jika dapatan, penentuan atau pendapat perubatan berikutannya menunjukkan bahawa pekerja itu tidak lagi mengalami keadaan perubatan yang dapat dikesan b. bagi seseorang pekerja yang dipindahkan, pada masa yang sesuai jika pekerja itu

tidak lagi hamil atau menyusu bayiTanda AmaranJika sesuatu bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan yang boleh menjejas kepadakesihatan, majikan hendaklah memastikan tanda amaran ditampalkan di tempat yang mudahdilihat untuk memberi amaran kepada orang-orang yang memasuki kawasan yang berbahayaitu dan maklumat lain yang berkaitan diberikan kepada orang-orang yang boleh atau mungkinmenghadapi risiko terjejas oleh bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. Tanda amaranhendaklah memberi amaran tentang bahaya; ditulis dalam Bahasa Kebangsaan dan BahasaInggeris; dan dicetak dengan warna merah tua berlatar belakangkan warna putih.Penyimpanan RekodSekiranya terdapat pertukaran majikan, semua rekod hendaklah dipindahkan kepada majikanpengganti. Rekod hendaklah dihantar kepada Ketua Pemeriksa jika tidak ada majikan baru. Lampiran 2 AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENGELASAN, PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA) 1997AmPeraturan ini berkuatkuasa pada 15 April 1997, terpakai bagi pembekal kimia berbahaya bagikegunaan di tempat kerja kecuali bahan kimia berbahaya yang: a. Ditakrif sebagai bahan radioaktif di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 b. Ditakrif sebagai racun makhluk perosak di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1994 c. Disenarai sebagai racun di bawah Perintah Senarai Racun 1993, kecuali bagi bahan kimia yang dikelaskan di bawahnya sebagai racun industri dan racun makmal d. Ditakrif sebagai dadah di bawah Akta Jualan Dadah 1952; e. Disenarai sebagai sisa terjadual dalam Jadual Pertama Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Sisa Terjadual) 1989; dan f. Barang makananTafsiran

“Darjah Bahaya” berhubungan dengan pengelasan atau pelabelan bahan kimia berbahaya,merujuk kepada sifat khusus risiko yang terlibat mengikut susunan yang berikut: a. Bagi bahan kimia berbahaya dalam Bahagian A Jadual 1: i. Mudah meletup, yang adalah lebih berbahaya daripada pengoksidaan ii. Pengoksidaan, yang adalah lebih berbahaya daripada amat mudah terbakar iii. Amat mudah terbakar, yang adalah lebih berbahaya daripada sangat mudah terbakar iv. Sangat mudah terbakar, yang adalah lebih berbahaya daripada mudah terbakar b. Bagi bahan kimia berbahaya dalam Bahagian B Jadual 1: i. Sangat toksik, yang adalah lebih berbahaya daripada toksik ii. Toksik, yang adalah lebih berbahaya daripada menghakis iii. Menghakis, yang adalah lebih berbahaya daripada memudaratkan iv. Memudaratkan, yang adalah lebih berbahaya daripada merengsaKewajipan Pembekal Untuk MengelaskanPembekal hendaklah mengelaskan bahan kimia berbahaya mengikut risiko. Berdasarkankepada Jadual 1 “Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan,Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997”. Pengkelasan bahan kimia bolehdibahagikan berdasarkan: a. Pengelasan berdasarkan sifat fisikokimia b. Pengelasan berdasarkan kesan kesihatanKehendak PembungkusanPembekal hendaklah memastikan bahan kimia berbahaya dibekalkan dalam bungkusan yangmemenuhi spesifikasi berikut: a. Jika bungkusan dalam bekas, bekas hendaklah kukuh agar kandungannya tidak keluar melainkan jika terdapat keperluan untuk memasang peranti keselamatan ke dalam bekas tersebut b. Bahan yang dijadikan sebagai bungkusan dan pengancing tidak mudah dirosakkan oleh kandungan di dalamnya c. Bungkusan dan pengancing adalah kukuh dan padu bagi memastikan ia tidak longgar bila dikendalikan d. Bekas yang dipasang dengan peranti mengancing boleh ganti direka bentuk supaya bungkusan boleh dikancingkan berulang kali tanpa kandungan itu keluar

Pengedap BungkusanPembekal perlu memastikan semasa bungkusan mula dikedap supaya bila bungkusan dibuka,pengedapnya pecah dan tidak boleh dibaiki.PalabelanPembekal hendak menentukan bungkusan dilabel dengan label yang jelas dan jugamengandungi maklumat berikut: a. Nama bahan kimia berbahaya mengikut tatanama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. b. Nama, alamat dan nombor telefon pembekal; c. Lambang bahaya dan tanda bahaya sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1. d. Langkah-langkah pencegahan keselamatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual IV.Semua maklumat yang disediakan perlu dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.Nanun, jika terdapat lebih daripada satu lambang yang diperuntukkan bagi suatu bahan kimia,maka label yang melambangkan lebih bahaya digunakan.Ukuran LabelUkuran label bagi tiap-tiap bungkusan adalah seperti dinyatakan dalam Jadual 5. Labelhendaklah diletakkan dengan kukuh pada satu atau lebih permukaan bungkusan supaya labelboleh dilihat dan dibaca dengan baik. Sekiranya tidak praktik untuk melabel sesuatu bahankimia, bekas atau bungkusan tersebut hendaklah diletak dengan tag mengikut ukuran label yangsesuai seperti yang diterangkan dalam Jadual 5.Kewajipan Pembekal Untuk Menyediakan Risalah Data Keselamatan KimiaPembekal perlu menyediakan Risalah Data Keselamatan Kimia bagi setiap bahan kimiaberbahaya yang dibekalkan. Semua maklumat dalam Risalah Data Keselamatan hendaklahditulis dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.Maklumat Sulit Tentang Bahan KimiaMaklumat bahan kimia tidak perlu dimasuk ke dalam Risalah Data Keselamatan Kimia jikamaklumatnya adalah diklasifikasikan sulit. Namun, pembekal perlu memberi maklumat bahankimia ini kepada doktor kesihatan pekerjaan atau mana-mana orang yang mengendali sertamengguna bahan kimia itu.

Lampiran 3AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (BUANGAN TERJADUAL) 2005AmSeksyen 21 dan 51 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), telah memberi kuasa kepadaMenteri untuk membuat peraturan-peraturan. Selaras dengan kuasa yang diberikan, Menteriselepas berunding dengan Majlis Kualiti Alam Sekeliling, telah membuat peraturan-peraturandinamakan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Peraturan-Peraturan ini mula berkuatkuasa pada 15 Ogos 2005.Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 adalah salah satuperaturan yang terkandung dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Peraturan ini memberitumpuan kepada pengurusan buang terjadual. ‘Buangan Terjadual’ ertinya apa-apa buanganyang termasuk dalam kategori buangan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepadaPeraturan ini. Secara amnya ’Buangan Terjadual’ dikategori kepada: i. SW 1 : Buangan logam dan buangan berasaskan logam ii. SW 2 : Buangan yang mengandungi terutamanya juzuk tidak organik yang mungkin mengandungi logam dan bahan organik iii. SW 3 : Buangan yang mengandungi terutamanya juzuk organik yang mungkin mengandungi logam dan bahan tidak organik iv. SW 4 : Buangan yang mungkin mengandungi sama ada juzuk tidak organik atau organik v. SW 5 : Buangan lainPengurusan Buangan TerjadualPengeluar buangan terjadual perlu mematuhi beberapa syarat seperti termaktub dalamPeraturan ini untuk melaksanakan pengolahan, pelupusan atau pemerolehan kembali buanganterjadual seperti: a. Penyampaian maklumat pengeluaran buangan terjadual kepada pihak-pihak berkenaan b. Pelupusan, Pengolahan dan Pemerolehan kembali bahan atau hasil daripada buangan terjadual c. Permohonan bagi pengurusan khas buangan terjadual d. Tanggungjawab pengeluar buangan e. Penstoran, Pelabelan dan Penyimpan inventori buangan terjadual f. Kaedah pengangkutan buangan terjadual dan pengurusan pertumpahan atau pelepasan buangan terjadual tidak sengaja g. Program latihan

h. Pengkompaunan kesalahan buangan terjadualTafsiran’Buangan Terjadual Tidak Serasi’ ertinya buangan terjadual yang dinyatakan dalam JadualKeempat yang, apabila dicampurkan, akan menghasilkan situasi yang berbahaya menerusipenjanaan haba, kebakaran, letupan atau pelepasan bahan-bahan toksik;’Kemudahan Pengolahan Di Tapak’ ertinya sesuatu kemudahan yang terletak di tapak pengeluarbuangan, selain penunu buangan terjadual atau kemudahan pengolahan di tanah dan yangdigunakan semata-mata untuk menguruskan buangan terjadual yang dikeluarkan di tapak itu;’Pengeluar Buangan’ ertinya mana-mana orang yang mengeluarkan buangan terjadual;’Premis Yang Ditetapkan’ ertinya premis yang ditetapkan oleh Perintah Kualiti Alam Sekeliling(Premis Yang Ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) 1989[P.U. (A) 140/1989].Peraturan 3 - Pemberitahuan Tentang Pengeluaran Buangan TerjadualPengeluar buangan mesti memberitahu Ketua Pengarah mengenai buangan terjadual yang barudikeluarkan, kategori dan kuantiti, dalam masa 30 hari dari tarikh pengeluaran buanganterjadual. Pemberitahuan ini hendaklah termasuk maklumat yang diberikan dalam Jadual Kedua.Peraturan 4 - Pelupusan Buangan terjadualBuangan terjadual sebelum dilupuskan, hendaklah dijadikan tidak berbahaya. Buangan terjadualhendaklah dilupuskan di premis yang ditetapkan sahaja.Peraturan 5 - Pengolahan Buangan TerjadualBuangan terjadual hendaklah diolah di premis yang ditetapkan atau di kemudahan-kemudahanpengolahan di tapak sahaja.Peraturan 6 - Pemerolehan Kembali Bahan Atau Hasil Daripada BuanganTerjadualPemerolehan kembali bahan atau hasil daripada buangan terjadual hendaklah dibuat di premisyang ditetapkan atau di kemudahan-kemudahan pemerolehan kembali di tapak sahaja.

Peraturan 7 - Permohonan Bagi Pengurusan Khas Buangan TerjadualSeseorang pengeluar buangan boleh membuat permohonan bagi pengurusan khas buanganterjadual. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah secara bertulis sertamengikut garis panduan bagi pengurusan khas buangan terjadual yang ditetapkan oleh KetuaPengarah. Permohonan ini hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak tiga ratus ringgitdan tidak boleh dikembalikan.Ketua Pengarah boleh meluluskan permohonan jika ia berpuas hati dengan permohonan yangdikemukakan itu. Ketua Pengarah boleh memberikan kebenaran bertulis sama ada dengansyarat atau tanpa syarat.Peraturan 8 - Tanggungjawab Pengeluar BuanganTiap-tiap pengeluar buangan hendaklah memastikan bahawa buangan terjadual yangdikeluarkan olehnya distor dengan baik, diolah di tapak, diperoleh kembali di tapak bahan atauhasil daripada buangan terjadual itu atau dihantar dan diterima di premis yang ditetapkan untukpengolahan, pelupusan atau pemerolehan kembali bahan atau hasil daripada buangan terjadual.Tiap-tiap pengeluar buangan hendaklah memastikan bahawa buangan terjadual yangmengalami pergerakan atau pemindahan dibungkus, dilabel dan diangkut mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.Peraturan 9 - Penstoran Buangan TerjadualBekas yang digunakan untuk penstoran buangan terjadual hendaklah jenis yang sesuai denganbuangan terjadual yang hendak distorkan, tahan lasak dan yang boleh mencegah pertumpahanatau kebocoran buangan terjadual ke alam sekeliling.Bekas-bekas yang berasingan digunakan untuk penstoran buangan terjadual tidak serasi.Bekas-bekas itu hendaklah ditempatkan dalam kawasan penyekatan sekunder yangberasingan.Bekas-bekas yang mengandungi buangan terjadual hendaklah sentiasa ditutup sepanjangpenstoran kecuali apabila perlu menambah atau mengeluarkan buangan terjadual itu.Kawasan-kawasan bagi penstoran bekas-bekas itu hendaklah direka bentuk, dibina dandiselenggarakan dengan baik mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarahuntuk mencegah pertumpahan atau kebocoran buangan terjadual ke alam sekeliling.Buangan terjadual yang dikeluarkan oleh pengeluar buangan terjadual boleh distorkannya untuktempoh 180 hari atau kurang selepas pengeluarannya dengan syarat berikut: a. Kuantiti buangan terjadual yang dikumpulkan di tapak tidak melebihi 20 tan metrik; dan

b. Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa, mengarahkan pengeluar buangan menghantar mana-mana buangan terjadual untuk diolah, dilupuskan atau diperoleh kembali bahan atau hasil daripada buangan terjadual itu setakat suatu kuantiti yang Ketua Pengarah fikirkan perlu.Seseorang pengeluar buangan boleh memohon kepada Ketua Pengarah secara bertulis untukmenstorkan buangan terjadual melebihi 20 tan metrik. Jika Ketua Pengarah berpuas hatidengan permohonan yang dibuat, beliau boleh memberikan kebenaran bertulis sama adadengan syarat atau tanpa syarat.Peraturan 10 - Pelabelan Buangan TerjadualPengeluar buangan terjadual hendaklah melabel atas bekas-bekas yang digunakan untukmenstor buangan terjadual dengan maklumat tarikh bila buangan terjadual dikeluarkan buat kalipertama, nama, alamat dan nombor telefon.Bekas-bekas buangan terjadual hendaklah dilabelkan dengan jelas mengikut jenis yang terpakaibaginya sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dan ditandakan dengan kodbuangan terjadual sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama bagi maksudpengenalan dan amaran.Peraturan 11- Pengeluar Buangan Hendaklah Menyimpan InventoriBuangan TerjadualPengeluar buangan hendaklah menyimpan inventori mengikut Jadual Kelima yang meliputimaklumat mengenai kategori dan kuantiti buangan terjadual yang dikeluarkan, diolah, dilupuskandan mengenai bahan atau hasil yang diperoleh kembali daripada buangan terjadual. Inventori iniperlu disimpan untuk tempoh sehingga tiga tahun dari tarikh buangan terjadual itu dikeluarkan.Peraturan 12 - Maklumat Hendaklah Diberikan Oleh Pengeluar Buangan,Kontraktor Dan Penduduk Premis Yang DitetapkanDalam mengurus buangan terjadual, pengeluar buangan, kontraktor dan penduduk premis yangditetapkan hendaklah menyediakan maklumat menurut Jadual Keenam atau Ketua Pengarahboleh menentukan kaedah lain yang difikirkan patut olehnya.Pengeluar buangan hendaklah mengisi Bahagian I Jadual Keenam dalam enam salinan danmemberikan keenam-enam salinan Jadual itu kepada kontraktor semasa buangan terjadualdiserahkan kepada kontraktor itu.Kontraktor apabila menerima buangan terjadual daripada pengeluar buangan, mengisi BahagianII Jadual Keenam dalam enam salinan dan sesudah itu dengan serta-merta menyerahkan dua

salinan Jadual itu kepada Pengeluar buangan. Pengeluar buangan pula hendaklahmengemukakan satu salinan kepada Ketua Pengarah dalam masa 30 hari dari tarikhpengangkutan buangan terjadual itu.Kontraktor dalam masa 10 hari daripada tarikh penerimaan buangan terjadual itu menyerahkanbuangan terjadual itu kepada penduduk mana-mana premis yang ditetapkan dan menyerahkankeempat-empat baki salinan Jadual Keenam itu kepada penduduk itu.Penduduk mana-mana premis yang ditetapkan apabila menerima buangan terjadual daripadakontraktor itu, mengisi Bahagian III Jadual Keenam dalam keempat-empat baki salinan danhendaklah, apabila siap diisi, menyimpan satu salinan, mengembalikan setiap satu salinankepada kontraktor, pengeluar buangan dan Ketua Pengarah, dalam masa 20 hari dari tarikhpenerimaan buangan terjadual itu.Jika pengeluar buangan itu tidak menerima salinan Jadual Keenamnya daripada pendudukpremis yang ditetapkan dalam masa 30 hari dari tarikh penyerahan buangan terjadual itukepada kontraktor, dia hendaklah memberitahu Ketua Pengarah dengan serta-merta danhendaklah menyiasat dan memaklumkan hasil penyiasatannya kepada Ketua Pengarah.Pengeluar buangan, kontraktor atau penduduk premis yang ditetapkan hendaklah seorangmenyimpan satu salinan Jadual Keenam yang telah ditandatangani sebagai rekod sekurang-kurangnya selama tiga tahun dari tarikh buangan terjadual itu diterima oleh penduduk premisyang ditetapkan.Peraturan 13 - Buangan Terjadual Yang Di Angkut Di Luar PremisPengeluar Buangan Hendaklah Disertakan Dengan MaklumatPengeluar buangan hendaklah menyediakan maklumat mengikut Jadual Ketujuh berkenaandengan setiap kategori buangan terjadual yang akan diserahkan kepada kontraktor. Pengeluarbuangan juga perlu memberi Jadual itu kepada kontraktor itu apabila buangan itu diserahkankepadanya. Pengeluar buangan hendaklah memaklumkan maksud dan kegunaan Jadual Ketujuhkepada kontraktor itu.Kontraktor itu hendaklah membawa bersamanya Jadual Ketujuh bagi setiap kategori buanganterjadual yang diangkut. Kontraktor perlu menuruti dan mematuhi arahan-arahan yangterkandung dalamnya. Kontraktor dalam memilih laluan-laluan pengangkutan, seboleh-bolehnyamengelak kawasan padat penduduk, kawasan tadahan air dan kawasan-kawasan lain yangsensitif dari segi alam sekeliling.Kontraktor itu hendaklah memastikan semua pekerjanya yang terlibat dalam pengendalian,pengangkutan dan penstoran buangan terjadual menghadiri program latihan dan pekerjadimaklumkan mengenai maksud dan kegunaan Jadual Ketujuh.Peraturan 14 - Pertumpahan Atau Pelepasan Tidak Sengaja

Sekiranya terjadi apa-apa pertumpahan atau pelepasan tidak sengaja apa-apa buanganterjadual, kontraktor yang bertanggungjawab bagi buangan itu hendaklah dengan serta-mertamemaklumkan Ketua Pengarah tentang kejadian itu.Seterusnya, Kontraktor perlu mengambil tindakan bagi membendung, membersihkan ataumengurangkan pertumpahan atau pelepasan tidak sengaja. Usaha juga diambil untukmendapatkan kembali bahan-bahan yang terlibat dalam pertumpahan atau pelepasan tidaksengaja itu.Pengeluar buangan hendaklah menyediakan kepakaran teknikal dan bantuan sokongan dalamapa-apa operasi pembersihan pertumpahan atau pelepasan tidak sengaja (4) Kontraktor jugaperlu menjalankan kajian bagi menentukan kesan pertumpahan atau pelepasan tidak sengaja itukepada alam sekeliling selama suatu tempoh yang akan ditentukan oleh Ketua Pengarah.Peraturan 15 - Penjalanan LatihanPengeluar buangan hendaklah melaksana program latihan serta memastikan semua pekerjanyayang terlibat dalam pengenalpastian, pengendalian, pelabelan, pengangkutan, penstoran dantindak balas semasa tumpahan atau pelepasan buangan terjadual.Peraturan 16 - Pengkompaunan KesalahanKesalahan yang melibatkan aspek ketinggalan atau keabaian untuk mematuhi, atau apa-apaperbuatan yang dilakukan atau cuba hendak dilakukan yang bertentangan dengan Peraturan-Peraturan ini boleh dikompaun di bawah Seksyen 45 Akta.Kaedah untuk Pengkompaunan kesalahan yang disebut di atas hendaklah dilaksanakanmengikut tatacara yang ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling(Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) 1978 [P.U. (A) 281/1978].JADUAL-JADUALJadual Pertama (Peraturan 2)Jadual Kedua (Peraturan 3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Peraturan-Peraturan Kualiti AlamSekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Pemberitahuan Buangan TerjadualJadual Ketiga (Peraturan 10) Kehendak Pelabelan Bagi Buangan-Buangan TerjadualJadual Keempat (Peraturan 2) Buangan Terjadual Dengan Potensi KetakserasianJadual Kelima (Peraturan 11) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Peraturan–Peraturan KualitiAlam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Inventori Buangan Terjadual

Jadual Keenam (Peraturan 12) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Peraturan-Peraturan KualitiAlam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Nota Kosainan Bagi Buangan Terjadual Jadual 1- Kategori Buangan JADUAL PERTAMA (Peraturan 2)KOD KATEGORI BUANGANSW BUANGAN LOGAM DAN BUANGAN BERASASKAN LOGAM 1 SW 101 Buangan yang mengandungi arsenik atau sebatiannya SW 102 Buangan bateri asid plumbum dalam bentuk sempurna atau hancur SW 103 Buangan bateri yang mengandungi kadmium dan nikel atau raksa atau litium SW 104 Debu, sanga, dros atau abu yang mengandungi arsenik, raksa, plumbum, kadmium, kromium, nikel, kuprum, vanadium, berilium, antimoni, telurium, talium atau selenium tidak termasuk sanga daripada kilang besi dan keluli SW 105 Enap cemar galvani SW 106 Sisa daripada pemerolehan kembali likuor penjerukan asid SW 107 Sanga daripada pemprosesan kuprum bagi pemprosesan lanjut atau penapisan yang mengandungi arsenik, plumbum atau kadmium SW 108 Sisa larutan resap daripada pemprosesan zink dalam bentuk debu dan enap cemar SW 109 Buangan yang mengandungi raksa atau sebatiannya SW 110 Buangan daripada pemasangan elektrikal dan elektronik yang mengandungi komponen seperti akumulator, suis raksa, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif atau kapasitor bifenil terpoliklorin yang lain, atau yang dicemari dengan kadmium, raksa,plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium, perak, mangan atau bifenil terpoliklorinSW BUANGAN YANG MENGANDUNGI TERUTAMANYA JUZUK TIDAK ORGANIK YANG 2 MUNGKIN MENGANDUNGI LOGAM DAN BAHAN ORGANIK SW 201 Buangan asbestos dalam bentuk enap cemar, debu atau gentian SW 202 Buangan mangkin SW 203 Buangan terjadual tidak boleh bergerak termasuklah enap cemar yang ditetapkansecara kimia, dikapsulkan, dipejalkan atau distabilkan SW 204 Enap cemar yang mengandungi satu atau beberapa logam termasuklah kromium,kuprum, nikel, zink, plumbum, kadmium, aluminium, timah, vanadium dan berilium SW 205 Buangan gipsum yang terhasil daripada proses industri kimia atau loji janakuasa SW 206 Asid tidak organik terpakai SW 207 Enap cemar yang mengandungi fluoridaSW BUANGAN YANG MENGANDUNGI TERUTAMANYA JUZUK ORGANIK YANG MUNGKIN 3 MENGANDUNGI LOGAM DAN BAHAN TIDAK ORGANIK SW 301 Asid organik terpakai dengan pH yang kurang daripada atau sama dengan 2 yang mengakis atau berbahaya SW 302 Buangan fluks yang mengandungi campuran asid organik, pelarut atau sebatian ammonium klorida SW 303 Buangan pelekat atau glu yang mengandungi pelarut organik tidak termasuk bahan polimer pepejal SW 304 Kek tekan daripada prapengolahan lai sabun gliserol

SW 305 Minyak pelincir terpakai SW 306 Minyak hidraulik terpakai SW 307 Emulsi minyak mineral-air terpakai SW 308 Enap cemar kapal tangki minyak SW 309 Campuran minyak-air seperti air balast SW 310 Enap cemar dari tangki penyimpanan minyak mineral SW 311 Buangan minyak atau enap cemar berminyak SW 312 Sisa berminyak dari bengkel automotif, stesen servis minyak atau perangkap gris SW 313 Tanah yang dicemari minyak daripada penapisan semula minyak pelincir terpakai SW 314 Minyak atau enap cemar daripada operasi penyenggaraan loji penapisan minyak SW 315 Tar atau sisa bertar dari loji penapisan minyak atau loji petrokimia SW 316 Enap cemar asid SW 317 Sebatian organologam terpakai termasuk plumbum tetraetil, plumbum tetrametil dan sebatian organotimah SW 318 Buangan, bahan dan artikel yang mengandungi atau yang dicemari dengan bifenil terpoliklorin (BFT) atau trifenil terpoliklorin (TFT) SW 319 Buangan fenol atau sebatian fenol termasuklah klorofenol dalam bentuk cecair atau enap cemar SW 320 Buangan yang mengandungi formaldehid SW 321 Buangan atau enap cemar getah atau lateks yang mengandungi pelarut organik atau logam berat SW 322 Buangan pelarut organik bukan terhalogen SW 323 Buangan pelarut organik terhalogen SW 324 Buangan sisa penyulingan tidak berair terhalogen atau bukan terhalogen yang terhasil daripada proses pemerolehan kembali pelarut organik SW 325 Buangan resin tidak matang yang mengandungi pelarut organik atau logam berat termasuklah resin epoksi dan resin fenolik SW 326 Buangan sebatian fosforus organik SW 327 Buangan cecair terma (pemindahan haba) seperti glikol etilenaSW Buangan yang mungkin mengandungi sama ada juzuk tidak organik atau organik 4 SW 401 Alkali terpakai yang mengandungi logam berat SW 402 Alkali terpakai dengan pH yang lebih daripada atau sama dengan 11.5 yang mengakis atau berbahaya SW 403 Dadah terbuang yang mengandungi bahan psikotrofik atau yang mengandungi bahan yang bertoksik, berbahaya, karsinogenik, mutagenik atau teratogenik SW 404 Buangan patogenik, buangan klinikal atau bahan yang dikuarantinkan SW 405 Buangan yang terhasil daripada penyediaan dan pengeluaran barangan farmaseutikal SW 406 Klinker, sanga dan abu dari penunu buangan terjadual SW 407 Buangan yang mengandungi dioksin atau furan SW 408 Tanah, puing atau bahan tercemar yang terhasil daripada pembersihan tumpahan bahan kimia, minyak mineral atau buangan terjadual SW 409 Bekas, beg atau kelengkapan yang dilupuskan yang dicemari dengan bahan kimia, racun makhluk perosak, minyak mineral atau buangan terjadual SW 410 Kain buruk, plastik, kertas atau turas yang dicemari dengan buangan terjadual SW 411 Karbon teraktif yang terpakai tidak termasuk karbon daripada pengolahan air boleh diminum dan proses industri makanan dan penghasilan vitamin SW 412 Enap cemar yang mengandungi sianida SW 413 Garam terpakai yang mengandungi sianida SW 414 Larutan alkali berair terpakai yang mengandungi sianida

SW 415 Minyak pelindapan terpakai yang mengandungi sianida SW 416 Enap cemar dakwat, cat, pigmen, lakuer, pewarna atau varnis SW 417 Buangan dakwat, cat, pigmen, lakuer, pewarna atau varnis SW 418 Produk dakwat, cat, pigmen, lakuer, pewarna atau varnis yang terbuang atau yang tidak mengikut spesifikasi yang mengandungi pelarut organik SW 419 Diisosianat terpakai dan sisa sebatian isosianat tidak termasuk bahan berpolimer pepejal daripada proses pengilangan busa SW 420 Larutan resap dari tapak pelupusan buangan terjadual SW 421 Campuran buangan terjadual SW 422 Campuran buangan terjadual dan buangan tidak terjadual SW 423 Larutan pemprosesan terpakai, bahan kimia fotografi terbuang atau buangan fotografi terbuang SW 424 Agen pengoksidaan terpakai SW 425 Buangan daripada pengeluaran, formulasi, perdagangan atau penggunaan racun makhluk perosak, racun herba atau biosid SW 426 Produk yang tidak mengikut spesifikasi daripada pengeluaran, formulasi, perdagangan atau penggunaan racun makhluk perosak, racun herba atau biosid SW 427 Enap cemar mineral termasuklah enap cemar kalsium hidroksida, enap cemar pemfosfatan, enap cemar kalsium sulfit dan enap cemar karbonat SW 428 Buangan daripada operasi pengawetan kayu yang menggunakan garam tidak organik yang mengandungi kuprum, kromium atau arsenik daripada sebatian fluorida atau yang menggunakan sebatian yang mengandungi fenol berklorin atau kreosot SW 429 Bahan kimia yang terbuang atau tidak mengikut spesifikasi SW 430 Bahan kimia makmal yang usang SW 431 Buangan daripada pengilangan atau pemprosesan atau penggunaan bahan letupan SW 432 Buangan yang mengandungi, yang terdiri daripada, atau yang dicemari dengan peroksidaSW BUANGAN LAIN 5 SW 501 Apa-apa sisa daripada pengolahan atau pemerolehan kembali buangan terjadual JADUAL KETIGA (Peraturan 10) KEHENDAK PELABELAN BAGI BUANGAN-BUANGAN TERJADUAL BAHAN LETUPAN (BUANGAN) Simbol (bom meletup): hitam; Latar Belakang: jingga lembut Label 1 CECAIR MUDAH TERBAKAR (BUANGAN) Simbol (api): hitam atau putih; Latar Belakang: merah Label 2

PEPEJAL MUDAH TERBAKAR (BUANGAN) Simbol (api): hitam; Latar Belakang: putih dengan jalur-jalur merah menegak Label 3 PEPEJAL: BOLEH TERBAKAR SECARA SPONTAN (BUANGAN) Bahan-bahan boleh terbakar secara spontan Simbol (api): hitam; Latar Belakang: bahagian atas putih, bahagian bawah merah Label 4 PEPEJAL: BERBAHAYA APABILA BASAH (BUANGAN) Bahan-bahan yang, jika bersentuh dengan air, mengeluarkan gas-gas yang mudah terbakar Simbol (api): hitam atau putih; Latar Belakang: biru Label 5 BAHAN PENGOKSIDAAN (BUANGAN) Simbol (api di atas bulatan): hitam; Latar Belakang: kuning Label 6 PEROKSIDA ORGANIK (BUANGAN) Simbol (api di atas bulatan): hitam; Latar Belakang: kuning Label 7 BAHAN TOKSIK (BUANGAN) Bahan-bahan beracun (toksik)Simbol (tengkorak di atas dua tulang yang bersilang): hitam; Latar

Belakang: putih Label 8 BAHAN BERJANGKIT (BUANGAN)Simbol (tiga bulan sabit disusun menindih di atas bulatan): hitam Latar Belakang: putih Label 9 BAHAN MENGAKIS (BUANGAN) Simbol (cecair tertumpah dari dua bekas kaca dan mengenai tangan dan logam): hitam; Latar Belakang: bahagian atas putih, bahagian bawah hitam Label 10 CAMPURAN PELBAGAI BAHAN BERBAHAYA (BUANGAN) Simbol (nil); Latar Belakang: putih dengan bahagian atas jalur- jalur hitam menegak Label 11BUTIR-BUTIR MENGENAI LABEL1. Label hendaklah dalam bentuk empat segi tepat diletakkan pada sudut 45 darjah. Dimensi label tidak boleh kurang daripada 10 cm x 10 cm kecuali jika saiz bekas atau bungkusan memerlukan label yang saiznya lebih kecil.2. Warna yang digunakan pada label 1 hingga 11 hendaklah mengikut British Standard BS381 C, “Colours for specific purposes”.Warna No. RujukanBiru tua .. .. .. 166Kuning burung kenari .. .. .. 309Merah isyarat .. .. .. 537Jingga lembut .. .. .. 557

3. Label-label hendaklah dibahagikan kepada dua (2) bahagian, bahagian atas label hendaklah dikhaskan untuk simbol bergambar dan bahagian bawahnya untuk teks yang dicetak dalam huruf besar.4. Teks hendaklah dicetak dalam warna hitam pada semua label kecuali apabila latar belakang label berwarna hitam, merah atau biru, teksnya hendaklah berwarna putih.5. Label-label bolehlah daripada jenis-jenis yang berikut: (a) pelekat; (b) kepingan-kepingan logam; atau (c) distensilkan atau dicetak di atas bekas atau bungkusan.6. Semua label hendaklah boleh menahan pendedahan kepada cuaca terbuka tanpa banyak menjejaskan keberkesanannya.7. Label hendaklah diletakkan pada tempat yang mempunyai latar belakang yang warnanya berbeza.8. Dalam hal buangan yang boleh menyebabkan dua atau lebih bahaya, segala bahaya itu hendaklah dikenal pasti dengan jelas dan buangan itu hendaklah dilabelkan dengan sewajarnya. Jadual 1- Buangan Terjadual Dengan Potensi Ketakserasian JADUAL KEEMPAT (Peraturan 2) BUANGAN TERJADUAL DENGAN POTENSI KETAKSERASIANPENCAMPURAN SUATU BUANGAN DI DALAM KUMPULAN A DENGAN SUATU BUANGAN DIDALAM KUMPULAN B MUNGKIN BERPOTENSI MENGAKIBATKAN SEPERTI YANG BERIKUT:Kumpulan 1-A Kumpulan 1-BCecair kaustik beralkali Enap cemar asidPencuci beralkali Pencuci kimiaCecair mengakis beralkali Elektrolit, asidAir buangan kaustik Asid, cecair atau pelarut punaranEnapcemar kapur dan alkali-alkali Likuor penjerukan dan asid mengakis lainmengakis lain Asid terpakai Asid campuran terpakaiBERPOTENSI MENGAKIBATKAN: PENJANAAN HABA, TINDAK BALAS YANG KUATKumpulan 2-A Kumpulan 2-BAsbestos PelarutBerilium Bahan letupan

Bekas racun makhluk perosak yang Petroleumtidak dibilas Minyak dan buangan mudah terbakar lainRacun makhluk perosak BERPOTENSI MENGAKIBATKAN: PELEPASAN BAHAN TOKSIK SEKIRANYA BERLAKUKEBAKARAN ATAU LETUPAN Kumpulan 3-AKumpulan 3-A Kumpulan 3-BAluminium Apa-apa buangan dalam Kumpulan 1-A atau 1-BBerilium Kalsium Litium Magnesium Kalium Sodium Serbuk zink dan logam reaktif lain serta hidrida logamBERPOTENSI MENGAKIBATKAN: KEBAKARAN ATAU LETUPAN; PENJANAAN GAS HIDROGENYANG MUDAH TERBAKARKumpulan 4-A Kumpulan 4-BAlkohol Apa-apa buangan pekat dalam Kumpulan 1-A atau 1-B Kalsium Litium Hidrida logam Kalium Sodium Buangan reaktif airBERPOTENSI MENGAKIBATKAN: KEBAKARAN, LETUPAN ATAU PENJANAAN HABA;PENJANAAN GAS TOKSIK YANGKumpulan 5-A Kumpulan 5-BAlkohol Buangan pekat dalam Kumpulan 1-A atau 1-BAldehid Buangan dalam Kumpulan 3-AHidrokarbon terhalogen Hidrokarbon ternitrat dan sebatianorganik reaktiflain serta pelarutHidrokarbon tidak tepu

BERPOTENSI MENGAKIBATKAN: KEBAKARAN, LETUPAN ATAU TINDAK BALAS YANG KUATKumpulan 6-A Kumpulan 6-BLarutan sianida dan sulfida terpakai Buangan dalam Kumpulan 1-BBERPOTENSI MENGAKIBATKAN: PENJANAAN GAS HIDROGEN SIANIDA ATAU HIDROGENSULFIDA YANG TOKSIKKumpulan 7-A Kumpulan 7-BKlorat dan pengoksida kuat yang Asid organiklainKlorit Buangan dalam Kumpulan 2-BAsid kromik Buangan dalam Kumpulan 3-AHipoklorit Buangan dalam Kumpulan 5-A dan buangan mudah terbakar serta buangan boleh terbakar lainNitrat Asid nitrik Perklorat Permanganat Peroksida BERPOTENSI MENGAKIBATKAN: KEBAKARAN, LETUPAN ATAU TINDAK BALAS YANG KUAT

BAB 3 PERTOLONGAN CEMAS DALAM MAKMALAmPekerja dalam makmal terdedah kepada berbagai hazard yang menyebabkan kemalangan danjangkitan. Antara kemalangan yang sering berlaku ke atas pekerja dalam makmal ialah jatuh,pengsan atau cedera semasa melakukan kerja-kerja dalam makmal. Bila keadaan ini berlaku,kawan-kawan atau sesiapa saja yang ada berdekatan dengan mangsa lazimnya akan melihatsahaja kejadian tersebut. Hendak tolong tetapi takut dan tidak mempunyai pengetahuan. Bagiyang proaktif akan meminta orang lain untuk memanggil ambulan atau hubungi Bulan SabitMerah Malaysia untuk memberi bantuan.Justeru, jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini di dalam makmal, garis panduan asasberikut perlu di ambil perhatian: PERTOLONGAN CEMAS DALAM MAKMAL Jika Berlaku Kemalangan, Kecederaan, Kematian, Tumpahan Bahan Kimia Atau Lain-Lain Insiden Dalam Makmal Lapor Dengan Serta Merta Kepada Ketua Anda dan Seterusnya Dalam Masa Yang Sama Kendalikan Bantuan Pertolongan Cemas Anda mestilah tahu: • Cara memberi dan meminta bantuan pertolongan cemas • Mengenalpasti punca-punca bahaya yang menyebabkan kemalangan dan jangkitan dan tindakan pencegahan dan kawalannya • Kaedah dan garis panduan keselamatan makmal • Tahu saluran membuat laporan kemalanganDalam tahun 2006, terdapat 58,321 jenis kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Pecahanjenis-jenis kemalangan adalah seperti di Jadual 3.1 – Kemalangan Mengikut Jenis Kecederaanpada tahun 2006. Merujuk kepada Jadual 3.1, didapati jenis kemalangan yang tertinggi berlakudi tempat kerja ialah keretakan (10,805 kes dilaporkan), diikuti dengan lain-lain kecederaan(28,719 kes dilaporkan), luka luaran (4,500 kes dilaporkan), tergeliat dan terseliuh (3,531 kesdilaporkan) dan hentaman kuat dan cedera dalaman (2,100 kes dilaporkan).Jadual 3.1 – Kemalangan Mengikut Jenis Kecederaan Pada Tahun 2006 JENIS KEMALANGAN BILANGAN KES DILAPORKAN1. Keretakan (Fractures) 10,805

2. Dislokasi (Dislocation) 1,6473. Tergeliat dan Terseliuh 3,5314. Hentaman Kuat dan Cedera Dalaman 2,1005. Amputasi dan Enukelasi6. Lain-lain Kecederaan 7537. Luka Luaran 28,7198. Kontusi dan Kehancuran9. Terbakar 4,50010. Terdedah kepada racun 1,68211. Kesan Cuaca12. Mati lemas 85313. Terdedah Kepada Elektrik 5514. Kesan Radiasi15. Kecederaan Berganda 11516. Lain-Lain Kecederaan Tak Khusus 87 34 JUMLAH 28 1,329 2,083 58,321 Sumber: Laporan Tahunan PERKESO 2006Berdasarkan kepada perkembangan tersebut di atas, jenis-jenis kemalangan yang seringberlaku di tempat kerja telah dikenal pasti. Adalah wajar pekerja-pekerja dibekalkan denganpengetahuan pertolongan cemas. Pertolongan cemas adalah bantuan mula yang diberi kepadamangsa. Tujuan pertolongan cemas ini adalah untuk memelihara nyawa, menghindarkecederaan atau penyakit menjadi lebih serius, dan membantu pemulihan mangsa. Pertolongancemas bermula apabila ahli pertolongan cemas tiba di tempat kejadian atau insiden, memberibantuan sehingga mangsa pulih atau sehingga tiba pasukan bantuan perubatan.Akta Kilang dan Jentera 1967 telah memperuntukkan keperluan majikan untuk menyediakan petiatau almari pertolongan cemas serta bilik pertolongan cemas seperti termaktub dalam seksyendan peraturan tersebut di bawah: Seksyen 25 (c) , Akta Kilang dan Jentera 1967 Seksyen 25 (c), Peruntukan Berhubung dengan Kebajikan “maka hendaklah disediakan dan disenggarakan suatu peti atau almari pertolongan cemas yang akses kepadanya adalah mudah mengikut standard yang ditetapkan dan apabila lebih daripada seratus lima puluh orang diambil kerja pada bila-bila masa, suatu bilik pertolongan cemas yang sesuai mengikut standard yang ditetapkan hendaklah juga disediakan dan

diselenggarakan Peraturan 38 Akta Kilang Dan Jentera 1967, Peraturan-peraturan (Keselamatan Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970, Peraturan 38 Pertolongan Cemas (1) Seseorang yang tercedera hendaklah sentiasa diberi pertolongan cemas dengan segera dan apa-apa rawatan perubatan selanjutnya jika perlu. (2) Menurut seksyen 25 (1) (c) Akta, tiap-tiap kotak atau gerobok pertolongan cemas hendaklah: (3) Tiada apa-apa benda boleh disimpan dalam kotak, gerobok atau bilik pertolongan cemas kecuali alat-alat dan keperluan-keperluan untuk pertolongan cemas : (i) dilengkap menurut Jadual Keempat; (ii) ditanda terang-terang dengan pangkah merah atas latar belakang putih; (iii) dikunci dan anak kuncinya disimpan oleh seorang yang bertanggungjawab yang boleh didapati pada setiap waktu kerja; dan (iv) diletakkan di bawah jagaan seorang yang bertanggungjawab dan bagi kilang di mana lebih daripada dua puluh orang bekerja pada mana-mana satu masa orang itu hendaklah seorang yang terlatih dalam rawatan pertolongan cemas; dan orang itu hendaklah sentiasa boleh didapati pada waktu kerja. Satu pemberitahu hendaklah ditampalkan pada tempat-tempat yang mudah dilihat dalam tiap-tiap kilang menyatakan nama orang yang bertanggungjawab itu (4) Penduduk tiap-tiap kilang hendaklah diberitahu dengan segera mengenai apa-apa kemalangan yang berlaku dalam kilangnya Sumber: Seksyen 25 (c) , Akta Kilang dan Jentera 1967 Dan Akta Kilang Dan Jentera 1967,Peraturan-peraturan (Keselamatan Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970, Peraturan 38,Seksyen 25 (c) Akta Kilang dan Jentera telah membuat peruntukan supaya majikanmenyediakan peti atau almari pertolongan cemas di tempat kerja dan apabila lebih daripadaseratus lima puluh orang di ambil kerja pada bila-bila masa, bilik pertolongan cemas yangsesuai mengikut standard yang ditetapkan hendaklah juga disediakan dan diselenggarakan.Seterusnya Akta Kilang Dan Jentera 1967,Peraturan-Peraturan (Keselamatan Kesihatan danKebajikan) Kilang dan Jentera 1970, Peraturan 38 telah menetapkan “Seseorang yangtercedera hendaklah sentiasa diberi pertolongan cemas dengan segera dan apa-apa rawatanperubatan selanjutnya jika perlu”.Undang-undang juga telah menetapkan apakah yang perlu ada dalam kotak atau gerobokpertolongan cemas. Isi yang perlu ada dalam kotak atau gerobok pertolongan cemas adalahseperti di Jadual 3.2. Jadual 3.2- Kit Pertolongan Cemas

Kotak Pertolongan Cemas Isi kotak atau gerobok Kotak A (Untuk kilang Kotak B (Untuk Kotak C (Untuk kilang pertolongan cemas dengan bilangan kilang dengan dengan bilangan bilangan orang orang bekerja pada bekerja pada satu orang bekerja pada satu masa 10 ke masa 11 - 50) satu masa 50 ke bawah) atas) Dressing kecil (satu persatu)1. berubat atau tidak, yang 6 12 24 telah dicucihama untuk jari- jari Dressing besar (satu2. persatu) berubat atau tidak 3 6 12 yang telah dicucihama untuk tangan dan kaki Dressing besar (satu3. persatu) berubat atau tidak 3 6 12 yang telah dicucihama untuk lain-lain bahagian badan4. Dressing luka jenis pelekat 12 24 36 kecil/besar5. Balut segitiga 2 48 Balut gulung – 1 inci 6 696. 9 12 12 Balut gulung – 2 inci7. Plaster pelekat “Dengan cukup” Kapas – serapan yang telah 6 6 6 “Dengan cukup” “Dengan cukup” “Dengan cukup”8. dicucihama kotak ½ oz Atau Kapas di dalam bekas pembekal khas Splint yang sesuai dan “Dengan cukup” “Dengan cukup” “Dengan cukup”9. kapas atau lain-lain bahan mengalas10. Ubat mata yang diluluskan “Dengan cukup” “Dengan cukup” “Dengan cukup” Pad mata (satu persatu)11. yang telah dicucihama di 2 4 8 dalam kotak-kotak berasingan12. Balut getah atau tekanan 1 1 1 Campuran iodin alkohol 213. peratus atau campuran air 1 1 1 “gentian violet” satu peratus dalam botol tertutup 2 aun

14. Sebotol “sal volatile” dengan 1 1 1 arahan kegunaannya dicatitkan dilabelnya15. Gunting bedan (hujung 1 1 1 tumpul)16. Pin “safety” 12 24 36 Sumber: Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-Peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan kebajikan), Kilang dan Jentera 1970, Jadual Keempat Peraturan 38 (2) (i)Apakah perkara-perkara atau peralatan yang dibawa oleh Anggota Pertolongan Cemas?Lazimnya, anggota pertolongan cemas akan membawa Kit Pertolongan Cemas Asas. DalamKit Pertolongan Cemas ini akan terdapat perkara-perkara seperti balut (bandage), bebat(dressings), anduh, gunting dan pin dan lain-lain seperti terkandung dalam Jadual 4 – KitPertolongan Cemas. Balut (bandages) adalah digunakan untuk mengawal pendarahan,menentukan bebat berada dalam kedudukan, membantu untuk mengurangkan kesakitan,mengawal pergerakan terutama apabila mangsa mengalami patah dengan kegunaan pembalutdan splin. Terdapat tiga jenis balutan iaitu Balut Tiga Segi (Triangular Bandage), Balut Gulung(Roiler Bandage) dan Balut Kenyal (Crepe Bandage). Rajah 3.1 – Contoh Tiga Jenis Balutan Bagi Mangsa Yang Mengalami KemalanganBebat (Dressings) diperbuat daripada kain yang bersih. Terdapat tiga jenis bebat iaitu bebatluka (wound dressing) dan bebat hospital (gauze dressing) dan bebat medan. Ianya digunakan

untuk mengawal pendarahan, melindungi kecederaan berdarah, melindungi luka-luka,mengurangkan bengkak-bengkak, melindungi daripada jangkitan dan meringankan kesakitan.Pelapik atau pad digunakan dalam balutan. Rajah 3.2 – Contoh Tiga Jenis Bebat (Dressing)Namun demikian, semasa hendak mengendalikan pertolongan cemas kepada mangsa, jikaperkara-perkara yang dinyatakan tidak ada atau ahli pertolongan cemas tidak membawa kitpertolongan cemas, maka gunakanlah apa-apa bahan yang boleh digunakan untuk menyelamatmangsa.Teknik-Teknik Pengendalian Pertolongan CemasJenis-jenis kemalangan yang sering berlaku di tempat kerja telah dikenal pasti. Sekiranyapekerja mengalami kemalangan di tempat kerja, rawatan awal perlu diberi kepada merekayang bertujuan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami sebelum dihantar ke hospital untukrawatan selanjutnya.Seiringan dengan perkembangan ini, maka pekerja perlu diberi pendedahan dalam teknikpengurusan Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation (DRABC) dan RICE sertapengendalian pertolongan cemas dalam aspek Renjatan (Shock), Luka/Pendarahan (Bleeding),Terbakar (Burns), Kecederaan Anggota Badan (Limb Injuries), Patah, Cardio PulmponaryResuscitation (CPR). Bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera akan dapatmeringankan penderitaan yang dialami.Pertolongan Cemas Berdasarkan Pelan Tindakan DRABCKemalangan dalam makmal ke atas pekerja boleh menyebabkan kematian, hilang upaya kekal,kecederaan dan kehilangan atau kerosakan kepada harta benda. Rawatan Bantu Mula atauPertolongan Cemas kepada mangsa boleh diberi berdasarkan kaedah atau pelan tindakan

DRABC. Prinsip ini memerlukan ahli pertolongan cemas atau penyelamat dalam memberibantuan mula atau pertolongan cemas untuk bertindak dengan cepat, pantas dan tenang.Dalam masa yang sama, ahli pertolongan cemas perlu juga memohon bantuan orang-orangyang ada berhampiran dengannya untuk mendapatkan bantuan luar seperti Polis, Ambulans,Bulan Sabit Merah Malaysia, St. John Ambulan, JPAM dan jika perlu Bomba, Angkatan Tenteradan sebagainya. Apakah yang dimaksudkan dengan pelan tindakan DRABC ?D = DANGER ( Bahaya )Alihkan mangsa dari kawasan yang merbahaya serta pastikan keadaan sekeliling untuk mangsadan juga untuk ahli pertolongan cemas atau sesiapa sahaja yang ingin memberi bantuan adalahselamat. Ahli pertolongan cemas tidak dapat memberi bantuan sekiranya beliau juga beradadalam bahaya. Jika ahli pertolongan cemas telah pasti bahawa beliau dan juga mangsa beradadalam keadaan yang selamat beliau boleh meneruskan kerja-kerja bantuan kepada mangsa.R = RESPONS ( Tindak Balas / Reaksi )Lihat adakah mangsa sedar. Pastikan ada tindak balas daripada mangsa. Ini boleh dilakukandengan cuba tepuk bahagian badan tertentu atau kejutkan dengan memanggil mangsa ataubertanya dengannya samada boleh dengar atau tidak.Jika mangsa sedar, anggota pertolongan cemas hendaklah melaksanakan pemeriksaan ke atasmangsa. Segala bentuk kecederaan hendaklah dirawati. Dalam keadaan mangsa tidak sedardan tidak bernafas, tindakan berikut boleh dilaksanakan iaitu: a. Minta bantuan orang yang ada berdekatan dengan memberi arahan dengan jelas untuk memanggil ambulan dengan dail 999 dan datang kembali untuk membantu anggota pertolongan cemas. Arahan yang diberikan itu perlu didengari dengan jelas serta difahaminya. b. Tindakan selanjutnya bagi mangsa tidak sedar ialah untuk menentukan saluran pernafasannya (Airway) adalah tidak tersekat. Ini boleh dilakukan dengan cara baringkan mangsa dan buka saluran pernafasannya.A = Airway ( Saluran Udara )Mangsa yang tidak sedarkan diri lazimnya saluran pernafasan akan tersekat. Apa yang perludibuat ialah memastikan agar mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersumbat.Dongakkan kepala dan angkat dagu ke atas dengan menggunakan satu tangan dan tolak dahimangsa ke bawah dengan menggunakan tangan satu lagi untuk membuka laluan pernafasan.Jika mangsa bernafas, ini menunjukkan saluran pernafasannya tidak tersekat.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook