Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore MODUL KIMIA KSSM T5

MODUL KIMIA KSSM T5

Published by yusupsmksu, 2021-02-21 15:46:59

Description: MODUL KIMIA KSSM T5

Search

Read the Text Version

# jpnmelakajenamakerajaanno1 PROJEK KM2 @ KEMENJADIAN MURID MELAKA MODUL FASA 1 KIMIA TINGKATAN 5 NAMA MURID : .............................................................. NAMA KELAS :............................................................... NAMA GURU :............................................................... “PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA”







# jpnmelakajenamakerajaanno1 SENARAI NAMA AHLI PANEL PEMBINA MODUL KSSM @ KM2 MATA PELAJARAN KIMIA KSSM TINGKATAN 5 NAMA GURU PANEL NAMA SEKOLAH FADILAWATI BINTI OTHMAN (Guru Sumber) SM SAINS MUZAFFAR SHAH SALWATI BINTI OTHMAN (Guru Sumber) SMK SERI MAHKOTA NUR MASNIZA BINTI MOHD MUSTAZA SM SAINS MUZAFFAR SYAH NORADILAH BINTI KAMAL SMK LUBOK CHINA NOOR BAITI BINTI MOLIYONO SMK TELOK MAS AKMAL HISHAM BIN MASRI SMK TEBONG SITI NUR AIN BINTI MASLIN SMK TINGGI PEREMPUAN NOR SYAHIDAH BINTI IBRAHIM SMK TUN TIJAH NORLAILA BINTI ARIS SMK DURIAN TUNGGAL NOR RADZIAH BINTI SALIM SMK AYER KEROH MUHAMMAD FARIS RIZAL BIN JENAL SMK AGAMA SHARIFAH RODZIAH THOR SHARINA SMK INFANT JESUS CONVENT EDISI PERTAMA 2021 CETAKAN JABATAN PENDIDIKAN MELAKA “PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA”

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 MODUL PEMBELAJARAN KIMIA 2021 ARAHAN PERKATAAN YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM KERTAS KIMIA Pelajar mesti mengetahuai maksud dan arahan perkataan untuk memastikan supaya jawapan yang diberikan mengikut arahan soalan. 1. Namakan: menyatakan nama, bukannya formula Contoh: namakan unsur yang wujud sebagai gas monoatom Jawapan salah: Ne Jawapan betul: Neon 2. Nyatakan: Memberi jawapan secara umum sahaja, penjelasan tidak diperlukan. Contoh: Nyatakan satu bahan yang boleh mengkonduksikan arus elektrik dalam keadaan pepejal. Jawapan: Kuprum atau Cu 3. Nyatakan pemerhatian: Menulis tentang apa yang diperhatikan secara fizikal Contoh 1: Nyatakan satu pemerhatian apabila zink ditambah kepada asid hidroklorik Jawapan salah: Gas Hidrogen hadir Jawapan Betul: gelembung gas tanpa warna dibebaskan. Contoh 2: Nyatakan perubahan warna apabila takat akhir dicapai semasa pentitratan. Jawapan salah : larutan menjadi tanpa warna Jawapan betul: warna merah jambu bertukar menjadi tanpa warna. 4. Jelaskan: Memberi jawapan dengan sebab untuk menjelaskan sesuatu kenyataan/ fakta/pemerhatian/prinsip Contoh: Jelaskan mengapa loyang lebih keras berbanding kuprum tulen. Jawapan betul: 1. Atom kuprum didalam kuprum tulen mempunyai saiz yang sama 2. Boleh menggelongsor dengan mudah apabila diberikan tekanan 3. Kehadiran atom timah menggangu susunan atom yang teratur dalam Loyang. 4. Mengurangkan lapisan atom daripada menggelongsor 5. Apakah yang dimaksudkan dengan….(definasi): member maksud yang tepat Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon? Jawapan salah: Suatu sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen Jawapan betul: Suatu sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja. 1

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 6. Menghuraikan ujian kimia: Menyatakan kaedah untuk mengendalikan ujian, pemerhatian dan kesimpulan. Contoh: Huraikan bagaimana mengenalpasti kehadiran ion Fe 2+ dalam larutan tersebut. Jawapan: 1. Masukkan larutan kedalam tabung uji (P1 dan P2 – kaedah) 2. Masukkan larutan natrium hidroksida (P3 – pemerhatian) 3. Mendakan perang terbentuk (P4 – kesimpulan) 4. Ion Fe 3+ hadir 7. Menghuraikan ujian kimia (gas): Nyatakan kaedah mengendalikan ujian, pemerhatian dan kesimpulan Contoh: Huraikan ujian kimia bagi gas yang terhasil di anod (oksigen) Jawapan salah: uji dengan menggunakan kayu uji berbara. Jawapan betul: 1. Kumpulkan gas dengan menggunakan tabung uji (P1 dan P2 – kaedah) 2. Masukkan kayu uji berbara kedalam tabung uji (P3 – pemerhatian) 3. Kayu uji berbara menyala (P4 – kesimpulan) 4. Oksigen gas hadir 8. Huraian suatu eksperimen: Markah tidak diberikan pada gambar rajah tetapi gambar rajah dapat menolong untuk menentukan langkah yang perlu diambil dalam prosedur. 1. Senarai bahan dan senarai alat radas boleh diambil dari gambar rajah (1-2 markah) 2. Prosedur. (5-8 markah) 3. Pemerhatian/taburan data/ pengiraan/ melakar graf/ persamaan kimia/ setengah persamaan/ kesimpulan. (1-2 markah) 9. Perbandingan: memberikan persamaan dan perbezaan antara dua bahan/situasi 2

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 TINGKATAN 5 BAB 5 : KIMIA KONSUMER DAN INDUSTRI APLIKASI MINYAK BAHAN TEKNOLOGI DAN LEMAK PENCUCI HIJAU DALAM PENGURUSA KIMIA BAHAN KONSUMER TAMBAH N SISA MAKANAN INDUSTRI DAN INDUSTRI APLIKASI NANOTEKN UBAT- UBATAN OLOGI DAN BAHAN DALAM KOSMETIK INDUSTRI 13.1 MINYAK DAN LEMAK Standard pembelajaran :  Membanding beza minyak dan lemak  Menerangkan prosespenukaran lemak tak tepu kepada lemak tepu  Mewajarkan penggunaan minyak dan lemak dalam kehidupan harian Quick notes PERBEZAAN ANTARA MINYAK DAN LEMAK Minyak Aspek Lemak Tumbuhan SUMBER Haiwan Cecair SIFAT FIZIK PADA SUHU BILIK Pepejal Rendah TAKAT LEBUR Tinggi Peratus asid lemak tak KANDUNGAN ASID LEMAK Peratus asid lemak tepu tepu yang tinggi yang tinggi Minyak sawit CONTOH Mentega 3

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu  Hanya mempunyai ikatan tunggal  Mempunyai sekurang-kurangnya satu dalam rantai karbon ikatan ganda dua dalam rantai karbon  Mengandungi asid lemak tepu  Mengandungi asid lemak tak tepu  Contoh asid lemak : asid palmitik, asid  Contoh asid lemak tak tepu : asid oleik , laurik dan asid stearik asid linoleik dan asid linolenik  Takat lebur rendah dan wujud dalam  Takat lebur rendah dan wujud dalam keadaan cecair keadaan cecair 4

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 LATIHAN PENGUKUHAN Soalan objektif 1. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai minyak dan lemak? A Lemak dan minyak tidak penting kerana membawa masalah kesihatan B Lemak didapati dalam haiwan manakala minyak didapati dalam tumbuhan C Lemak dan minyak adalah campuran asid organic dan gliserol D Lemak dan minyak berbeza daripasa segi kimia 2. Rajah 1 menunjukkan proses menyediakan marjerin daripada minyak kelapa sawit melalui proses X. Diagram 1 / Rajah 1 Apakah proses X? A Penghalogenan C Penghidrogenan B Saponifikasi D Pengoksidaan 5

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 13.2 BAHAN PENCUCI Standard pembelajaran :  Memerihalkan sabun dan detergen  Menghuraikan proses penyediaan sabun melalui aktiviti  Membandingkan tindakan pencucian sabun dan detergen melalui eksperimen Quick notes  Sabun - garam natrium atau kalium bagi asid lemak  Terhasil daripada tindak balas peneutralan antara asid lemak dan alkali  Asid lemak – asid karboksilik berantai Panjang  Formula am – RCOO-Na+ atau RCOO-K+  R – kumpulan alkil mengandungi sekurang-kurangnya 8 atom karbon  Detergen – garam natrium bagi asid sulfonik  Asid sulfonik yang biasa digunakan : asid alkil sulfonik dan asid alkilbenzena sulfonik  Biasanya dibuat daripada pecahan petroleum 6

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 Tindakan pencucian sabun dan detergen Contoh persamaan am bagi pengionan sabun dan detergen : Struktur anion sabun dan anion detergen terdiri daripada : i) Bahagian hidrofilik yang larut dalam air ii) Bahagian hidrofobik yang larut dalam minyak atau gris 7

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 LATIHAN PENGUKUHAN Soalan objektif 1. Persamaan berikut menunjukkan satu tindak balas kimia Lemak + Natrium hidroksida → Gliserol + Garam natrium Apakah jenis tindak balas ini? C Pengesteran A Peneutralan D Penapaian B Saponifikasi 2. Maklumat menunjukkan sebahagian daripada formula struktur bagi satu molekul sabun. Antara berikut, yang manakah nama bagi bahagian itu? A Laurik C Gliserol B palmitat D Alkilbenzena 3. Rajah 2 menunjukkan struktur ion sabun Berdasarkan rajah 2 , pernyataan yang manakah betul? A Bahagian X dan Y terlarutkan dalam air B Bahagian X dan Y terlarutkan dalam gris C Bahagian X terlarutkan dalam gris dan bahagian Y terlarutkan dalam air D Bahagian X terlarutkan dalam air dan bahagian Y terlarutkan dalam gris 4. Mengapakah natrium klorida digunakan dalam penyediaan sabun? A Mempercepatkan tindak balas untuk menghasilkan sabun B Menghasilkan sabun yang berbuih dengan mudah C Mengurangkan keterlarutan sabun D Menjadikan sabun lebih lembut 8

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 5. Rajah 3 menunjukkan formula struktur bagi satu bahan. Apakah bahan itu? C Detergen A sabun D Asid karboksilik B Asid sulfurik 6. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang sabun atau detergen? A Detergen membentuk kekat dengan air liat B Sabun membentuk kekat dengan air lembut C Kekat mengurangkan keberkesanan Tindakan pencucian sabun D Kehadiran ion magnesium dalam detergen menghasilkan kekat 7. Rajah 4 menunjukkan gambar seorang nelayan yang sedang membasuh bajunya. Beliau menggunakan dua agen pencuci yang berbeza, A dan B. Jadual menunjukkan keputusan yang diperolehi. Sea Laut Agen pencuci A B Pemerhatian Kesan minyak hilang Kesan minyak kekal Manakah antara berikut menerangkan pemerhatian? A Agen pencuci A boleh terurai manakala agen pencuci B tidak terurai B Agen pencuci A mengurangkan ketegangan permukaan air manakala agen pencuci B tidak C Agen pencuci A larut di dalam minyak manakala agen pencuci B tidak D Agen pencuci A tidak membentuk kekat dalam air laut tetapi agen pencuci B menbentuk kekat di dalam air laut 9

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 8. Apakah sumber utama dalam penghasilan detergen? A Minyak sawit C Lemak haiwan B Ammonia D Petroleum 9. Seorang murid mendapati terdapat kotoran darah pada bajunya. Bahan manakah yang dalam detergen akan membantu untuk menghilangkan jenis kotoran ini? A Enzim biologi C Agen pengawal buih B Agen pengampai D Pemutih optik 10. Seorang kanak-kanak telah tertumpah kuah kari di atas baju sekolahnya. Kotoran itu sangat sukar ditanggalkan setelah dicuci dengan sejenis detergen. Bahan tambah manakah yang perlu ditambah ke dalam detergen baharu bagi memastikan kotoran itu dapat ditanggalkan? A Protease C Natrium silikat B Natrium karbonat D Bahan pendarflour Soalan struktur 1. (a) Rajah 5 menunjukkan formula struktur bagi dua jenis agen pencuci. Agen pencuci A Agen pencuci B Rajah 5 (i) Berdasarkan Rajah 5, nyatakan agen pencuci yang dihasilkan melalui proses saponifikasi. .................................................................................................................... [1M] (ii) Nyatakan agen pencuci manakah yang lebih berkesan dalam air liat. Berikan satu sebab. ………………………………………………………………………………………………... .................................................................................................................... [2M] 10

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 (iii) Agen pencuci yang manakah lebih mesra alam sekitar? Berikan satu sebab. ………………………………………………………………………………………………... .................................................................................................................... [2M] 2. Bahan kimia berikut digunakan untuk menyediakan sabun dalam makmal.  Minyak sawit  Larutan natrium hidroksida pekat  Air suling  Natrium klorida (a)(i) Nyatakan nama bagi tindak balas yang digunakan dalam penyediaan sabun …………………………………………………………………………………………….. (ii) Apakah fungsi natrium klorida dalam penyediaan sabun? …………………………………………………………………………………………….. (iii) Semasa penyediaan sabun, minyak sawit dihidrolisiskan kepada asid palmitik dan gliserol. Kemudian, asid palmitik bertindak balas dengan natrium hidroksida seperti ditunjukkan dalam persamaan di bawah : Lengkapkan persamaan kimia untuk menunjukkan pembentukan sabun. CH3(CH2)14COOH + NaOH → …………………………….. (iv) Nyatakan bahan yang boleh digunakan untuk menggantikan natrium hidroksida dan minyak sawit dalam penyediaan sabun di makmal. Menggantikan natrium hidroksida dengan :…………………………….. Menggantikan minyak kelapa sawit dengan :…………………………… (b) Jadual 1 menunjukkan dua set eksperimen untuk membandingkan keberkesanan Tindakan pencucian sabun dan detergen dalam air liat. Set Bahan I 50 cm3 larutan sabun + 20 cm3 air liat + kain bertompok minyak II 50 cm3 larutan detergen + 20 cm3 air liat + kain bertompok minyak Jadual 1 Nyatakan pemerhatian bagi set I dan set II. Set I : …………………………………………………………………………………… 11

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 Set II : ………………………………………………………………………………….. (c) Sehelai stoking terdapat tompokan darah. Cadangkan satu bahan tambah dalam detergen untuk meningkatkan keberkesanan dalam Tindakan pencuciannya. …………………………………………………………………………………………. Soalan esei 1. Persamaan dibawah menunjukkan tindakbalas penyediaan sabun di dalam makmal Huraikan satu eksperimen makmal untuk menyediakan sabun dengan menggunakan minyak dan alkali yang dinamakan. Huraikan bagai mana anda boleh mengesahkan hasil yang terbentuk itu adalah sabun. [8 markah] 12

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 5.3 BAHAN TAMBAH MAKANAN Standard pembelajaran :  Menghuraikan dengan contoh jenis bahan makanan dan fungsinya  Mewajarkan penggunaan bahan tambah makanan Quick notes Bahan Tambah Makanan Pewarna Pengawet Penstabil Pemekat Perisa Pengemulsi Pengantioksida 13

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 LATIHAN PENGUKUHAN Soalan objektif 1. Samad adalah penjual ikan yang terkenal di kampungnya. Produk yang paling terkenal dijual oleh beliau adalah ikan masin. Dalam pembuatan ikan masin, beliau menambahkan bahan X secukupnya pada ikan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6 Rajah 6 Manakah antara berikut tujuan utama penambahan bahan X? A Menghalang ikan daripada dioksidakan B Mengeluarkan air dari sel mikroorganisma C Membolehkan ikan lebih mudah dimasak D Menjadikan ikan lebih sedap 2. Antara yang berikut, yang manakah bukan suatu fungsi bahan tambah makanan? A Memperbaik rasa B Mengekalkan kesegaran makanan C Menambahkan nilai nutrien D Memastikan keseimbangan nutrien 3. Seorang ibu ingin membakar sebiji kek yang manis dan menarik warnanya. Bahan yang manakah perlu ditambah ke dalam kek? A Aspartam dan tartrazina B Aspartam dan asid benzoik C Mononatrium glutamat dan tartrazina D Mononatrium glutamat dan asid benzoik 14

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 4. Dialog dalam rajah 7 berikut menunjukkan perbincangan antara pekerja- pekerja pengeluaran makanan. Rajah 7 Antara bahan-bahan berikut yang manakah paling sesuai digunakan dalam produk makanan baharu tersebut? A tartrazina, lesitin dan gelatin B aspartam, asid askorbik, oktil glutamat C pektin, natrium nitrat, mononatrium glutamat D sulfur dioksida, natrium benzoate, sebatian trifenil 5. Apakah bahan tambah makanan yang digunakan untuk mencegah keropok daripada menjadi tengik dan berubah rasanya? A Penstabil C Antioksida B Perisa D Pengawet Soalan struktur 1. Jadual menunjukkan maklumat bagi tiga bahan tambah makanan yang berbeza, P, Q dan R. Bahan tambah makanan Maklumat P Ditambah kepada minuman ringan berkalori rendah supaya ia menjadi manis dan untuk kegunaan pesakit diabetes 15

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 Q Ditambah kepada daging segar supaya ia tahan lama dan kelihatan segar R Ditambah kepada jeruk cili untuk menyediakan keadaan yang berasid, untuk melambatkan atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma. (a) (i) Cadangkan nama bagi bahan tambah makanan P, Q dan R P : ……………….. Q : ……………………. R : …………………………. (ii) Nyatakan kebaikan, keburukan dan kesimpulan anda tentang penggunaan bahan tambah makanan dalam kehidupan. ……………………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… 2. Rajah 8 menunjukkan label bagi suatu bekas ais krim. KANDUNGAN AIS KRIM : Air, Minyak Kelapa, Susu Protein Pekat, Sorbitol, Laktitol, Butilated Hisroxinisol (BHA), Gelatin, Gam Guar, Polisorbat 80, Merah 40, Mono dan Di-gliserida, Natrium Benzoat, Telur Kuning Rajah 8 (i) Daripada senarai bahan kandungan, nyatakan dua jenis bahan tambah makanan yang terdapat dalam ais krim. Namakan satu contoh dan nyatakan fungsinya untuk setiap jenis bahan tambah makanan. ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… [6 markah] 16

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 (ii) Bahan tambah makanan masih digunakan dalam makanan kita secara meluas. Pada pendapat anda, adakah anda setuju bahawa bahan tambah terus digunakan dalam makanan kita. Berikan alasan anda. ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………. [4 markah] 17

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 5.4 UBAT-UBATAN DAN BAHAN KOSMETIK Standard pembelajaran :  Menjelaskan dengan contoh jenis ubat, fungsi dan kesan sampingannya  Mewajarkan penggunaan ubat  Menjelaskan dengan contoh bahan kosmetik  Mewajarkan penggunaan bahan kosmetik Quick notes TRADISIONAL Di peroleh daripada tumbuh- MODEN tumbuhan herba atau haiwan dan tidak diproses secara kimia Analgesik UBAT Antimikrob Ubat psikotik Antialergi Kortikosteroid 18

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 5.5 APLIKASI NANOTEKNOLOGI DALAM INDUSTRI Standard pembelajaran :  Menerangkan maksud nanoteknologi  Menghuraikan nanoteknologi dengan contoh dan aplikasi dalam kehidupan harian Quick notes 19

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 5.6 APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU DALAM PENGURUSAN SISA INDUSTRI Standard pembelajaran :  Menerangkan dengan contoh teknologi hijau  Menghuraikan aplikasi teknologi hijau dalam sector pengurusan sisa dan air sisa industry  Mewajarkan aplikasi teknologi hijau dalam kehidupan Quick notes 20

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 LATIHAN PENGUKUHAN Soalan objektif 1. Pernyataan manakah benar mengenai streptomisin? A Boleh membunuh virus B Diperolehi dari sel haiwan C Sejenis analgesik D Merawat pesakit yang berpenyakit disebabkan oleh bakteria 2. Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai antibiotik? A Ia digunakan untuk memusnahkan pertumbuhan bakteria B Ia digunakan untuk merawat penyakit disebabkan bakteria C Penisillin dan streptomisin adalah dua antibiotik yang umum D Antibiotik sangat berkesan melawan jangkitan kulat dan jangkitan virus. 3. Apakah jenis ubat bagi parasetamol? A Stimulan C Antibiotik B Analgesik D Antidepresan 4. Antara berikut, yang manakah fungsi ubat jenis analgesik? A Menenangkan emosi pesakit B Merawat penyakit asma C Melegakan rasa sakit D Membunuh bakteria Soalan struktur/Esei 1. Jadual menunjukkan maklumat tentang dua jenis ubat antimikrob X dan Y. Ubat Penerangan X  Disapu pada luka atau kecederaan  Tidak boleh dimakan Y  Digunakan untuk batuk kering dan radang peparu (a) Namakan jenis ubat X dan Y ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… (b) Apakah tindakan yang perlu diambil untuk memastikan bahawa pengambilan ubat Y berkesan? Berikan alasan anda. ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… 2. Rajah menunjukkan perbualan antara Aida dan May Ling. 21

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 Kedua-dua orang murid ini berjumpa dengan doktor dan beberapa ubat telah dipreskripsi kepada mereka. Bagi setiap ubat, nyatakan nama, jenis dan cara penggunaan yang betul. ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… [6 markah] 3. Gambar menunjukkan losyen penghalang cahaya matahari yang menggunakan nanoteknologi. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan nanoteknologi? ……………………………………………………………………………………………… (b) Terangkan kelebihan penggunaan nanoteknologi bagi losyen penghalang cahaya matahari. ……………………………………………………………………………………………… 22

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 (c) Nyatakan dua kegunaan nanoteknologi yang lain. ……………………………………………………………………………………………… 4. Pencemaran sumber air dapat disebabkan oleh larutlesapan pusat pelupusan sampah atau daripada pembuangan air sisa yang tidak dirawat. (a) Terangkan langkah untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan Teknologi Hijau. ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… (b) Huraikan kelebihan menggunakan Teknologi Hijau dalam proses pengolahan air sisa. ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… KEMAHIRAN PROSES SAINS Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Mengelaskan Melalui pemerhatian, mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan persamaan dan perbezaan. Mengukur dan menggunakan nombor Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu. Membuat inferens Menggunakan pengumpulan data dan pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan dan menerangkan sesuatu peristiwa. Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. 23

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 Berkomunikasi Menggunakan perkataan atau symbol grafik seperti jadual, graf, rajah atau model untuk menerangkan tindakan, objek atau peristiwa. Menggunakan perhubungan ruang dan masa Memperihalkan perubahan parameter dengan masa. Contohnya lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim. Mentafsir data Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan. Mendefinisi secara operasi Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. Mengawal pemboleh ubah Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan, satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan. Membuat hipotesis Membuat sesuatu penyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerak balas untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Mengeksperimen Merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada aktiviti itu. 24

I MODUL KSSM KIMIA TINGKATAN 5 LATIHAN PENGUKUHAN 1. Rajah 1 menunjukkan sekumpulan pengakap sedang mendirikan khemah. Berdasarkan perbualan pada rajah, kenal pasti agen pencuci A dan agen pencuci B. rancang satu eksperimen makmal untuk mengkaji keberkesanan agen tersebut dalam air liat. Perancangan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek berikut : (a) Pernyataan masalah (b) Semua pemboleh ubah (c) Hipotesis (d) Senarai bahan dan radas (e) Prosedur (f) Penjadualan data [17 markah] 25


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook