Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore ADRIANA BINTI AHMAD DIN (19DRG19F1003) E FOLIO INTEGRASI

ADRIANA BINTI AHMAD DIN (19DRG19F1003) E FOLIO INTEGRASI

Published by Adriana Ahmad Din, 2021-05-30 15:32:02

Description: ADRIANA BINTI AHMAD DIN (19DRG19F1003) E FOLIO INTEGRASI

Search

Read the Text Version

E-FOLIO INTEGRASI MALAYSIA (MPU 23112) SESI DISEMBER 2020 JABATAN REKA BENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL ADRIANA BINTI AHMAD DIN (19DRG19F1003) NAMA PENSYARAH : PUAN NURSHIMA EMALINA BINTI SHARIF

ISI KANDUNGAN 1 PENGENALAN. 2 CABARAN CABARAN YANG TIMBUL DALAM PEMBENTUKAN INTEGRASI. 3 DIMENSI INTEGRASI DI MALAYSIA MENGIKUT BANGSA UTAMA DI MALAYSIA. 4 RUJUKAN.

1 PENGENALAN.

1 MAKSUD PERPADUAN 2 MAKSUD INTEGRASI 3 CONTOH CONTOH GAMBAR PERPADUAN DAN INTEGRASI DI MALAYSIA. 3 CONTOH PERISTIWA (INFO TAMBAHAN)

MAKSUD PERPADUAN Perpaduan ialah proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air. Satu proses penyatuan penduduk berbilang etnik yang mempunyai budaya masing masing di bawah satu bentuk identiti nasional yang khusus tetapi yang dapat diterima oleh hampir semua golongan etnik di negara ini.

MAKSUD INTEGRASI Maksud integrasi ialah proses dinamik merapatkan masyarakat Malaysia untuk membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri. Mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

CONTOH CONTOH GAMBAR PERPADUAN DAN INTEGRASI DI MALAYSIA.

CONTOH PERISTIWA (INFO TAMBAHAN) PERISTIWA 13 MEI 1969 Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969. Merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia.

FAKTOR FAKTOR PENCETUS PERISTIWA 13 MEI 1969 : Layanan berat sebelah Dasar pecah dan perintah Latar belakang pendidikan oleh tentera jepun. penjajah Inggeris. yang berbeza. Pertelingkahan parti Perasaan tidak puas hati Bahasa Melayu sebagai politik. terhadap hak orang bahasa rasmi negara. melayu. Perbezaan agama dan Masalah ekonomi. Persatuan persatuan budaya. etnik.

CONTOH CONTOH GAMBAR PERISTIWA PADA 13 MEI 1969.

2 CABARAN CABARAN YANG TIMBUL DALAM PEMBENTUKAN INTEGRASI.

1 POLITIK 2 EKONOMI 3 SOSIAL 4 LUAR

01 POLITIK

01 Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing. 02 Memperjuangkan kepentingan dan hak kaum masing-masing. POLITIK 03 Sukar menerima pemimpin dari kaum lain. (Politik Perkauman) 04 Mengukuhkan semangat perkauman yang menebal. Boleh menimbulkan perasaan tidak puas 05 hati jika penyuaraan kepentingan etnik dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak.

CONTOH PARTI POLITIK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. BARISAN NASIONAL MALAYSIAN INDIAN CONGRESS MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION PARTI ISLAM SE MALAYSIA

02 EKONOMI

Melayu 01 Terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. EKONOMI Cina (Perbezaan Pekerjaan) 02 Pada zaman British orang cina ditempatkan di lombong dan kebanyakkannya terlibat dalam perniagaan. India 03 Orang india bekerja sebagai penoreh getah di estet dan pekerja landasan kereta api. Semangat perkauman menebal dan 04 menyebabkan ketiga tiga kaum ini terpisah dan hubungan menjadi renggang. Menghalang interaksi yang lebih kerap sebaliknya 05 interaksi itu hanya berlaku dalam kalangan etnik yang sama.

01 Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan pendapatan. EKONOMI Semua etnik berusaha mendapatkan hak dan keuntungan (Penguasaan Ekonomi) 02 yang besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. 03 Mengakibatkan ketidakstabilan dalam pembentukan masyarakat majmuk. Kebanyakkan orang melayu menguasai sektor 04 pertanian yang memerlukan banyak sumber tenaga manusia dan berteknologi rendah. 05 Orang Cina, mereka lebih menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan berteknologi moden.

CONTOH CONTOH GAMBAR

03 SOSIAL

Pemisahan penempatan berlaku dalam masyarakat 01 negara ini akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British. SOSIAL British membawa masuk beramai-ramai imigran Cina (Pemisahan Penempatan) 02 dan India pada abad ke-19 untuk usahakan sektor perlombongan bijih timah dan ladang getah. 03 Merenggangkan hubungan dan menyukarkan iteraksi. 04 Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme. Penempatan masyarakat terpisah, majoriti orang Melayu 05 tinggal di luar bandar, orang Cina tinggal di bandar , manakala orang India tinggal di estet.

01 Setiap etnik mempunyai sistem pendidikan tersendiri. SOSIAL 02 Pelajar Melayu belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. (Pengasingan Sistem 03 Pelajar Cina belajar di sekolah Cina dan Pendidikan) menggunakan bahasa Cina. 04 Pelajar India belajar di sekolah India dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar 05 mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk integrasi.

SOSIAL Bidang pendidikan merupakan mekanisme penting (Polarisasi dalam 01 dalam pembentukan insan yang beretika, bermoral, kalangan pelajar) bertoleransi, berbudaya ikram, penyayang dan sebagainya. 02 Keterasingan di peringkat sekolah rendah dan kerenggangan pada peringkat sekolah menegah. 03 Keterasingan di peringkat IPTA/IPTS masih wujud. 04 Menyukarkan proses hubungan etnik di Malaysia. 05 Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan tetapi hanya memberikan sedikit perubahan yang berlaku.

SOSIAL Merupakan persetujuan yang dicapai semasa (Kontrak Sosial) 01 kemerdekaan dalam merangka perlembagaan di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India. Isu ini sering timbul dan ditimbulkan oleh pihak 02 tertentu yang boleh membawa kepada kerenggangan hubungan etnik di Malaysia. 03 Isu yang sering dibangkitkan adalah kedudukan orang Melayu. 04 Isu yang sering dibangkitkan adalah kedudukan agama Islam. 05 Isu yang sering dibangkitkan adalah isu kemasukkan pelajar ke IPTA dan pelbagai lagi yang sering dipertikaikan.

04 LUAR

LUAR Proses globalisasi merujuk kepada dunia tanpa (Globalisasi) 01 sempadan dimana perhubungan menjadi pantas dan cepat. Globalisasi membawa masuk pengaruh barat 02 dari segi ideologi, budaya hedonism dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi. Melalui globalisasi, kuasa barat mengeksport segala 03 macam keburukan yang merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksploitasian sumber manusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan 04 pemikiran barat diterima secara halus ke dalam masyarakat. 05 Boleh melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan tamadun Malaysia.

01 Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat, bahasa dan budaya yang berlainan. LUAR 02 Setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. (Agama,Adat Istiadat dan Budaya) 03 Mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan pekerjaan, memilih sahabat dan mencari teman hidup. 04 Mudah berlakunya konflik. Hormatilah setiap agama, adat dan budaya setiap 05 etnik yang terdapat di Malaysia supaya peristiwa hitam yang pernah terjadi tidak akan berulang lagi.

3 DIMENSI INTEGRASI DI MALAYSIA MENGIKUT BANGSA UTAMA DI MALAYSIA.

A MELAYU B CINA C INDIA

A MELAYU

Bangsa Melayu amat sinonim di bumi nusantara kerana beberapa negara di nusantara didiami oleh bangsa melayu seperti di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan seangkatan dengannya. Malaysia adalah negara majmuk yang berasaskan penduduk asal iaitu bangsa Melayu sejak berkurun kurun lagi. Bangsa Melayu hidup secara integrasi yang sihat, tetapi semangat ini pudar apabila penerapan budaya luar yang menutup ruang lingkup bangsa Melayu merealisasikan kehidupan secara berintegrasi. Kelemahan penguasaan pendidikan turut menjejaskan sesebuah komuniti bangsa Melayu apabila sebuah ketua di sesetengah kawasan gagal mengawal anak muda bagi mengamalkan hidup berintegrasi kerana anak muda adalah cerminan negara pada masa hadapan.

Didikan yang lemah oleh ibu bapa turut menjadi cabaran bagi memperkukuhkan integrasi Malaysia. Ibu bapa pada masa kini amat menekankan didikan kurikulum sehingga mengabaikan soal integrasi anak anak mereka. Jika hal ini terus berlaku ianya akan memberi impak yang besar dalam perkembangan sosiobudaya di Malaysia. Bak kata pepatah “Meluntur buluh biarlah dari rebungnya”

B CINA

Masyarakat Cina lebih memilih untuk hidup secara berpuak dan menolak perbezaan pendapat dan haluan secara berkeras. Perbezaan jurang kehidupan menjadikan mereka hidup secara berasingan.Contohnya, hidup orang kaya hanya bersama orang kaya dan orang miskin bersama orang miskin. Sikap bangsa Cina yang berkeras mahukan hak sama rata dengan Bumiputera sekaligus menggangu dan menggugat hak istimewa Bumiputera. Orang Bumiputera menjadi tidak percaya atas kepimpinan bangsa Cina yang hanya mementingkan bangsanya tersendiri.

Sikap pemimpin Cina yang menggunakan orang bawahan demi kepentingan diri menjadikan mentaliti orang bawahan terhadap bangsa Cina buruk. Bangsa Cina telah dianggap penuh dengan muslihat dalam setiap perhubungan terutamanya dalam dunia perniagaan dan politik. Perbezaan agama dan adat resam menjadikan mereka berbeza pendapat. Perkara ini menyebabkan Cina Islam dan Cina Budha sering berselisih pendapat dan menyebabkan berlakunya pergaduhan.

C INDIA

Bangsa India juga mengamalkan cara hidup terasing antara golongan kaya dan miskin. Munculnya golongan hamba hamba atau hanya bekerja sebagai kuli kepada orang orang yang kaya sahaja. Kelemahan penguasaan bahasa Malaysia yang telah menjadikan mereka hidup dalam komuniti mereka sahaja dan kurang bergaul dengan bangsa lain. Kurang penguasaan ilmu kurikulum merupakan salah satu cabaran yang dihadapi bangsa India untuk memperkuatkan semangat integrasi.

Di Malaysia, masih ramai bangsa India yang menjadi buruh di ladang ladang. Sejurus dengan itu kualiti kehidupan yang rendah menyukarkan produktiviti anak anak mereka berkembang dan banyak perkara yang terabai. Terdapat perbezaan taraf kehidupan antara bangsa India ini. Segelintir individu berbangsa India yang hidup secara berpersatuan dalam mendapatkan perlindungan dan bantuan secara fizikal dan juga ada yang hidup secara bebas tanpa ada bantuan secara fizikal. Perkara ini menjadikan penjarakan sosial dan perkembangan taraf akan terbantut akibat integrasi yang lemah dan hidup berpuak puak di sesuatu kawasan.

RUJUKAN

SUMBER RUJUKAN https://www.slideshare.net/AhmadFarouqAmir/bab-7-hubungan-etnik-cabaran-hubungan-etnik https://slideplayer.info/slide/14373475/ https://fliphtml5.com/teuiv/cdjo/basic http://integrasikaum.blogspot.com/2016/09/integrasi-kaum.html http://amyliashameera.blogspot.com/2015/03/peristiwa-13-mei.html http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html

SEKIAN TERIMA KASIH


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook