Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore HUJAN&LALAT_F2016_F2999_F2997

HUJAN&LALAT_F2016_F2999_F2997

Published by Marlia Lisa, 2022-01-07 13:15:07

Description: HUJAN&LALAT_F2016_F2999_F2997

Search

Read the Text Version

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM 1. MUHAMMAD AKMAL BIN ROSZI (16DEE19F2016) 2. MARLIA LISA MAD SAAD (16DEE19F2999) 3. IZZTAUFIQ BIN IZZANEE (16DEE19F2997) DEE4A NAMA PENSYARAH: PN. FADZILAH BINTI ABD RAHMAN

KEJADIAN HUJAN HUJAN MERUPAKAN SALAH SATU PERKARA TERPENTING BAGI KEHIDUPAN DI MUKA BUMI. IA MERUPAKAN SEBUAH PRASYARAT BAGI KELANJUTAN AKTIVITI DI SUATU TEMPAT. HUJAN YANG MEMILIKI PERANAN PENTING BAGI SEMUA MAKHLUK HIDUP, TERMASUK MANUSIA, DISEBUTKAN PADA BEBERAPA AYAT DALAM AL-QUR'AN MENGENAI MAKLUMAT PENTING TENTANG HUJAN, KADAR DAN PENGARUH-PENGARUHNYA. MAKLUMAT INI, YANG TIDAK MUNGKIN DIKETAHUI MANUSIA DI ZAMANNYA, MENUNJUKKAN KEPADA KITA BAHAWA AL-QUR'AN MERUPAKAN KALAM ALLAH. SEKARANG, MARI KITA KAJI MAKLUMAT-MAKLUMAT TENTANG HUJAN YANG TERMAKTUB DI DALAM AL- QUR'AN. SURAH AL-RUM AYAT 48:

3 PERINGKAT YANG DIUTARAKAN DI DALAM AYAT 48 SURAH AL-RUM SECARA LEBIH TEKNIKAL Peringkat pertama: \"Dialah yang mengirim angin....\" Gelembung-gelembung air yang terbentuk melalui pembuihan lautan secara berterusan mulai pecah dan menyebabkan zarah-zarah air di tolak ke atas permukaan udara. Peringkat kedua: \"...mengerakkan awan dan Allah membentangkannya dilangit menurut yang dikehendakiNya. Dan menjadikannya bergumpal- gumpal...\" Awan adalah terbentuk dari wap air yang terkondensasi di sekelling kristal garam atau zarah-zarah halus di udara. Disebabkan titisan air dalam kepulan ini adalah kecil (diameter antara 0.01m hingga 0.02m), kepulan ini tergantung di udara dan tersebar merintangi langit. Dan dengan itu, langit kini diliputi dengan gumpala awan. Peringkat ketiga: \"...lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya\" Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah- zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meningaalkan gumpalan awan dan mula gugur ke bumi sebagai hujan.

TAFSIRAN AYAT (Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan) mengaraknya (dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya) makanya awan itu ada yang tipis dan ada yang tebal (dan menjadikannya bergumpal- gumpal) berkelompok-kelompok dan berpencar-pencar; dapat dibaca kisafan atau kisfan (lalu kamu lihat air) hujan (keluar dari celah-celahnya) dari celah-celah awan yang tebal itu (maka apabila hujan itu turun) (mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira) mereka bergembira dengan turunnya hujan itu. Tafsiran Jalalain Tafsiran Ibnu Katsir Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya dan menjadikannya bergumpal- gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya, tiba-tiba mereka menjadi gembira. Dan sesungguhnya sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah berputus asa. Maka perhatikanlah bekas-bekas rahmat Allah, bagaimana Allah menghidupkan bumi yang sudah mati. Sesungguhnya (Tuhan yang berkuasa seperti) demikian benar-benar (berkuasa) menghidupkan orang- orang yang telah mati. Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Dan sungguh, jika Kami mengirimkan angin (kepada tumbuh- tumbuhan), lalu mereka melihat (tumbuh-tumbuhan itu) menjadi kuning (kering), benar-benar tetaplah mereka sesudah itu menjadi orang yang ingkar.

TAFSIRAN AYAT Allah, Dia-lah yang mengirimkan angin yang menggerakan awan yang berat karena mengandung air, lalu Allah menyebarkannya di langit sebagaimana Dia kehendaki, Dia menjadikan awan-awan itu potongan- potongan, maka kamu melihat hujan keluar dari celah-celah awan, bila Allah mengirimkan hujan itu kepada hamba-hambaNya, mereka pun berbahagia dan bersuka cita karena Allah telah memberikan hujan tersebut kepada mereka. Tafsir Al-Muyassar / Kementerian Agama Saudi Arabia Allah menyampaikan kepada manusia bagaimana Dia menurunkan hujan kepada mereka. Allah mengirim angin yang berhembus membawa awan yang mengandung air, angin itu mengumpulkan awan-awan itu udara yang tinggi dan menjadikannya saling terpencar atau bersambung. Maka kamu dapat melihat air hujan keluar di sela- sela awan itu. Setelah Allah menurunkan hujan itu kepada hamba- hamba-Nya yang Dia kehendaki, mereka menjadi gembira, padahal sebelumnya mereka merasa putus asa. Tafsir Al-Muyassar / Kementerian Agama Saudi Arabia

AKSEENJL-NAAUIDNRIADJNAURHGIUAPJAMADNEANPSJAEUDLRAAASAHKYAAALNT-RP4UR3MO: S, ESSURAH

KEJADIAN HUJAN MENGIKUT SAINTIFIK Para saintis yang mengkaji jenis- 3) Melonggok: apabila awan-awan kecil jenis awan menemui keputusan yang telah berkumpul, rangka dalam lingkungan amat mengejutkan berkenaan awan yang lebih besar bertambah. Rangka dengan formasi gumpulan awan yang berada dekat pusat awan adalah lebih hujan. Gumpalan-gumpalan awan kukuh berbanding yang berada di tepi terbentuk berdasarkan kepada rangka-rangka ini menyebabkan awan sususan dan peringkat yang amat berkembang secara menegak, jelas. Peringkat pembentukan awan danmenyebabkan gumpalan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan berlonggok-longgok. Perkembangan seperti berikut:- menegak ini menyebakan jasad awan menganjur dalam ke bahagian yang lebih 1) Digerakkan dengan tiupan angin: sejuk di dalam atmosfera. Di mana titisan gumpalan awan yang bergerak air dan awan membentuk dan mula bersama iaitu digerakkan dengan mengembang dengan lebih besar lagi. tiupan angin. Apabila titisan air dan ais ini menjadi lebih berat sehingga gagal untuk ditampung oleh 2) Berkumpul: awan-awan yang rangka di mana mereka terletak akhirnya kecil (awan kumulus) yang mereka akan gugur dari gumpalan awan digerakkan oleh angin berkumpul sebagai hujan, ais dan lain-lain. bersama, membentuk gumpalan yang lebih besar.

HADITH TENTANG LALAT

MATAN HADITH Matan hadith yang menceritakan berkaitan minuman yang dimasuki lalat adalah: Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: ‫ َفِإَّن ِفي ِإْحَدى َجَناَحْيِه َداًء‬،‫ِإَذا َوَقَع الُّذَباُب ِفي َش َراِب َأَحِدُكْم َفْلَيْغ ِم ْس ُه ُثَّم ِلَيْنِزْع ُه‬ ‫َواُألْخَرى ِش َفاًء‬ Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‫ َفِإَّن ِفي َأَحِد َجَناَحْيِه‬،‫ ُثَّم ِلَيْط َرْحُه‬،‫ِإَذا َوَقَع الُّذَباُب ِفي ِإَناِء َأَحِدُكْم َفْلَيْغ ِم ْس ُه ُكَّلُه‬ ‫ َوِفي الآَخِر َداًء‬،‫ِش َفاًء‬ Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]

MAKNA HADITH Menurut para ulama’, lalat tidak termasuk di dalam perkara yang najis. Ini kerana, telah ijma’ ahli ilmu bahawa setiap yang tidak berdarah itu apabila terjatuh di dalam minuman atau makanan tidak menjadi najis. Walaupun begitu, terdapat juga sebahagian ulama’ yang mengatakan sebaliknya. Tambahan pula, walaupun di dalam hadith menyebut minuman tetapi yang dimaksudkan adalah lebih umum iaitu termasuk juga makanan. Berdasarkan matan hadith di atas, suruhan merendam lalat ke dalam minuman atau makanan adalah wajib apabila dilihat secara zahirnya. Ini kerana. hal ini merupakan arahan atau wahyu daripada Allah SWT kepada Nabi-Nya. Jika kita katakan bahawa lalat itu najis, sudah tentu Nabi SAW tidak akan meminta kita untuk merendamnya ke dalam makanan atau minuman kita. Ini juga menunjukkan bahawa setiap perkara yang dilakukan itu kadang-kadang ia tidak boleh difikir atau diterima oleh akal manusia. Akan tetapi, ini adalah wahyu daripada Allah SWT dan akal tidak layak untuk mempertikaikan apa yang dikehendaki oleh-Nya. Daripada sini kita memahami bahawa setiap apa yang diucapkan, dilakukan dan diikrar oleh Nabi SAW adalah syariat dan agama melainkan apa yang menunjukkan bahawa ianya adalah adat bukannya syariat.

FIQH AL-HADITH Antara fiqh al-Hadith yang boleh difahami daripada hadith di atas: [Lihat: Taudhih al-Ahkam, 148/1] Pertama: Lalat ini suci ketika ia hidup dan mati dan ia juga tidak najis jika terjatuh ke dalam sesuatu yang berair (cecair) atau keras. Kedua: Digalakkan merendam keseluruhannya di dalam sesuatu yang berair (cecair) dan kemudian dikeluarkannya berdasarkan nas hadith di atas. Ketiga: Pada hadith tersebut terdapat I’jaz Ilmi (‫)إعجاز العلمي‬ kerana ilmu moden telah membuktikan bahawa wujudnya penyakit di salah satu daripada sayap lalat dan wujud juga penawar di sebelah lagi sayap yang lain. Keempat: Para ulama’ mengqiyaskan kesucian lalat dengan setiap nyawa yang mengalir (darah) daripada serangga hukumnya adalah suci. Ia juga tidak menjadi najis apabila ia terjatuh ke dalam makanan dan minuman samada ia sedikit atau banyak. Ini kerana, sebab najisnya sesuatu itu adalah darah yang terkurung di dalam haiwan selepas kematiannya. Oleh itu, sebab ini tidak wujud pada lalat atau lebah maka ia dihukum suci oleh para ulama’.

ULAMA' TAFSIR HADITH Menurut Ibnu Qayyim Al Jauziah dalam kitabnya yang berjudul Ath Thib An Nabawi min Zad Al Ma'ad Fi Hadyi Khair Al Ibad, hadits ini mengandung dua hal: Pertama soal fiqh dan kedua soal medik. Tentang persoalan fiqh, hadits ini merupakan dalil yang sangat jelas sekali, bahwa apabila seekor lalat mati dalam air atau benda cair sejenis, tidaklah menyebabkan air itu menjadi najis. Itu adalah pendapat mayoritas ulama. \"Tidak ada seorang pun ulama salaf yang menolak hal itu,\" kata Ibnu Qayyim. Sementara, pengertian medik dalam hadits di atas, Abu Ubaid menjelaskan, maksud ucapan, 'Famquluhu' adalah 'tenggelamkan lalat itu agar ia mengeluarkan obat sebagaimana ia telah mengeluarkan penyakitnya'. Maka dalam bahasa Arab jika ada kalimat Huma Yatamaqalani maksudnya adalah ditujukan untuk dua orang yang sedang menyelam di air. Harus diketahui bahwa lalat menurut mereka memang mempunyai racun. Hal ini ditunjukkan oleh munculnya pembengkakan dan rasa gatal akibat gigitannya.

TOKOH & SAINTIFIK M.A. Stewart, pada tahun 1934, mendapati lalat berbentuk larva, ketika ‘dicelupkan’ ke dalam luka- luka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Di samping itu larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. S.W. Simmons pada tahun 1935 pula mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii. Tambahan daripada itu, pada tahun yang sama, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allantoin. Allantoin merupakan bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Penemuan- penemuan ini dilaporkan dalam buku Insect Immunology karangan Edward Steinhaus.

HADIS TENTANG LALAT MENGIKUT SAINTIFIK Kajian saintifik telah mendapati bahawa, lalat akan mengeluarkan unsur-unsur kecil dari jenis enzim yang dinamakan bacteriphages iaitu, suatu organisma kuman yang merosakkan hidupan lain. Ianya merupakan kuman yang sangat kecil, bersaiz panjang 20;25 mµ. Oleh itu, apabila lalat jatuh ke dalam air, hendaklah lalat tersebut dicelup kerana ia akan mengeluarkan kuman bacteriphages yang menentang bakteria perosak. Pernah terjadi di Negara India pada tahun 30an. Mereka dilanda wabak taun (Kolera). Sehinggakan, ada yang mengatakan; rakyat india akan mati disebabkan taun. Dan lalatlah puncanya, lalat tidak menyihatkan dan tidak pula menyembuhkan. semua rakyat akan mati. Namun, selepas dua minggu, pengamal perubatan telah mendapati rakyat India semakin pulih. Mengapa? Ada sebab: kerana lalat telah menukar bakteria yang menyebabkan penyakit ini. Dan menukarnya menjadi sesuatu yang lain, yang dinamakan bacteriphagesyang membunuh bakteria menggunakan sayap kedua. Lalat turun ke sumur-sumur, dan masuk ke dalam air dan membunuh bakteria. Rakyat India minum, dan mereka sembuh. Bermulalah kesihatan secara perlahan-lahan dalam tubuh mereka.

JENIS-JENIS LALAT Terdapat pelbagai jenis lalat, antaranya adalah:- Lalat rumah atau biasanya dikenali sebagai lalat sahaja. Lalat hijau Lalat tsetse Dari Kamus Dewan -(sétsi) = lalat ~ sj lalat drpd genus Glossina yg berasal dr Afrika, biasanya menghisap darah manusia dan binatang dan menyebarkan penyakit tidur. Lalat bunga Lalat buah Lalat askar hitam Lalat pemakan bangkai Lalat Askar Hitam Lalat daun

STRUKTUR BADAN LALAT

KESIMPULAN KEJADIAN HUJAN Kesimpulannya, meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, komputer dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui lebih 1400 tahun dahulu. HADITH LALAT Kesimpulannya, walaupun secara zahirnya hadith ini dilihat tidak bersesuaian dengan fitrah manusia yang suka pada kebersihan dan lalat pula tabiaatnya adalah di tempat-tempat yang kotor. Namun Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba- hamba-Nya kerana Dia yang menciptakan kita dan juga makhluk-makhluk yang lain. Nabi SAW hanyalah utusan daripada Allah SWT bagi menyampaikan risalah ini kepada kita. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita kekuatan dalam mengikuti sunnah-sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian kita. Amin.

RUJUKAN https://www.slideshare.net/EbayLuna/pr oses-kejadian-hujan-25266431 https://www.google.com/search? q=ilustrasi+proses+hujan&oq=&aqs=chro me.1.69i59i450l8.528211998j0j15&sourc eid=chrome&ie=UTF-8 https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsya d-al-hadith/1431-irsyad-al-hadith-siri- ke-146-hadith-berkaitan-lalat http://kaunselingsyarie.blogspot.com/20 12/05/sains-dan-sunnah-kajian- berkaitan-lalat.html https://www.kompasiana.com/dasam/551 0fde8a33311273bba9247/hadits-sains- lalat-masuk-ke-dalam-minuman


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook