Keusahawanan Islam
Keusahawanan Islam Shuhairimi Abdullah Ku Halim Ku Ariffin Penerbit Universiti Malaysia Perlis Kangar • 2010
© EPUB, Universiti Malaysia Perlis 2017Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitanini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang bolehdiperolehi semula atau disiarkan dalam bentuk dengan apa carasekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atausebaliknya tanpa mendapat izin daripada Penerbit Univerisiti MalaysiaPerlisPerpustakaan Negara Malaysia DataPengkatalogan-dalam-PenerbitanShuhairimi Abdullah Keusahawanan Islam / Shuhairimi Abdullah, Ku Halim Ku Ariffin Mengandungi indeks ISBN 978-967-5415-11- e-ISBN 978-967-5415-11-11. Entrepreneurship--Religious aspects--Islam. 2. Business—Religiousaspects --Islam. I. Ku Halim Ku Ariffin. II. Judul.297.273Diterbitkan oleh :Penerbit UniMAPUniversiti Malaysia PerlisNo. 96, Taman Pertiwi Indah,Jalan Kangar - Alor Setar, Seriab,01000 Kangar, Perlis. MALAYSIATel: (04) 979 8131, Faks: (04) 977 5135http://penerbit.unimap.edu.mye-mel: [email protected]
Paparan terbaik untuk buku elektronik ini ialah dengan iBooks. PenerbitUniMAP tidak bertanggungjawab di atas sebarangan kehilangan dankerosakan yang disebabkan oleh penggunaan aplikasi lain.Maklumat yang diberikan di dalam e-book ini hanya untuk tujuanmaklumat umum sahaja. Walau bagaimanapun kami cuba mengemaskinimaklumat terkini dengan tepat, tiada pernyataan atau jaminan, secaranyata atau tersirat tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan,kesesuaian atau ketersediaan berkenaan dengan maklumat, produk,perkhidmatan, atau grafik yang terkandung dalam e-book ini. Sebarangpenggunaan maklumat dalam buku elektornik ini adalah tanggungjawabanda sendiri.
KANDUNGANPRAKATABAB 1: PENGENALANBAB 2: KEUSAHAWANAN ISLAM Definisi Keusahawanan Sejarah KeusahawananBAB 3: KONSEP KEUSAHAWANAN ISLAM Konsep Keusahawanan Islam Kerangka Keusahawanan IslamBAB 4: KEDUDUKAN KEUSAHAWANAN ISLAM Kedudukan Keusahawanan Islam Komponen-Komponen Berkaitan Dengan Kedudukan Keusahawanan Islam • Konsep Khalifatulard • Konsep Usaha Dalam IslamBAB 5: CIRI CIRI KEUSAHAWANAN ISLAM Ciri-Ciri Keusahawanan Islam Ketuhanan (Rabanni) Doktrin Akhlak Insaniah Sederhana (Wasatiah)
BAB 6: TERAS USAHAWAN BERJAYA Usahawan Berjaya Teras Usahawan Berjaya • Tidak Melibatkan Diri Dalam Perniagaan Atau Perkhidmatan Yang Diharamkan Oleh Syarak • Bebas daripada Unsur-Unsur Yang Mengandungi Elemen Penipuan dan Khianat • Tidak Terlibat dalam Aktiviti Sorok Barang Dan Memanipulasi Harga • Kesedaran Beragama Dan Menghayati Nilai-Nilai Terpuji • Memperkasakan Diri Dengan Ilmu, Kemahiran Yang Kompeten Dan Teknologi Semasa • Bijak Menangani Persaingan • Berserah Dan Bertawakkal Kepada Allah SWT • Melaksanakan Kerja Kebajikan • Beriltizam Dengan Al-Quran dan Al-SunnahKESIMPULANBIBLIOGRAFIINDEKS
PRAKATADengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Pertama sekali penulis mulakan kalam dengan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas limpah dan nikmatNyayang tidak terhingga. Salam kepada Baginda Muhammad SAW dankeluarganya yang sentiasa mendapat rahmat di sisi Allah SWT.Alhamdulillah, akhirnya penulis dapat menyempurnakan karya ini yangbertajuk Keusahawanan Islam’ untuk dijadikan santapan rohaniahkepada para pembaca yang meminatinya.Penulis berpandangan, penerbitan karya ini adalah sesuai dan relevanuntuk dibaca oleh semua golongan memandangkan keusahawananIslam merupakan sebahagian daripada keperluan manusia dalam setiapaspek kehidupan. Tambahan lagi, kecenderungan dan minat kerajaanuntuk membangunkan kegiatan keusahawanan dilihat daripadakomitmen yang ditunjukkan oleh pihak pemerintah melalui kempen-kempen dan pelbagai medium lain.Dalam bidang akademik pula, keusahawanan Islam dapat memberiruang kepada pembaca memahami pengertian konsep, kedudukan sertaciri-ciri keusahawanan yang dianjurkan oleh Islam. Melalui pembacaanini kelak, para usahawan berupaya membuat perbandingan antarakonsep keusahawanan Barat dan Islam. Secara tidak langsung, iamemberi gambaran bahawa fungsi keusahawanan Islam - yangberpaksikan agama adalah untuk menghalang kemusnahan dankemuflisan nilai-nilai insaniah yang akhirnya mewujudkan kemudaratandan paradoks keusahawanan yang ditafsirkan oleh manusia mengikutselera hawa nafsu serta logik akal. Akibatnya, ia akan menjadi faktorpenghalang untuk melahirkan proses pembangunan insan yangseimbang daripada aspek fizikal, intelektual dan spiritual.Diharapkan semoga isi kandungan buku ini dapat memberi nilai tambah
dan manfaat kepada para pembaca dalam memahami konsep dan nilaimurni keusahawanan yang digagaskan oleh Islam. Secara peribadi, sayamengalu-alukan pandangan dan komentar daripada pembaca sebagaipenambahbaikan bagi memantapkan lagi proses pengemaskinianpenulisan buku ini pada masa akan datang. Harapan daripada saya,semoga hasil usaha kecil ini dinilai di sisi Allah SWT dan diberkati.
BAB PENGENALAN 1PengenalanIslam sebagai petunjuk yang hakiki kepada seluruh kehidupan manusiasudah pasti secara tipikalnya tidak mengabaikan setiap aspek komponenkeperluan insan. Begitu juga dalam ruang lingkup keusahawanan, secaraprinsipnya ia digarap melalui asas-asas Islam yang banyak diperincikandalam disiplin pengurusan Islam. Menerusi konsep pandang semestaIslam, kerangka keusahawanan yang merangkumi konseptual, teoritikal,ciri-ciri, metodologi dan teknik-teknik yang diaplikasi perlu selari danmematuhi prinsip-prinsip Islam yang telah ditentukan oleh dalil wahyu.Selagi mana teori-teori dan konsep-konsep yang diperkenalkan olehmanusia tidak berkonfrantasi dengan falsafah syarak, maka ianya bolehditerima pakai oleh golongan usahawan.Oleh yang demikian, dapatlah difahami bahawa sistem yang mendasaridisiplin ilmu keusahawanan perlu dibangunkan berdasarkan kepadaprinsip-prinsip syarak yang bertindak sebagai asas panduan ataubatasan tingkah laku manusia dalam berinteraksi. Perhubungan interaksiyang dimaksudkan tersebut merangkumi hubungan yang bersifat individuatau yang berskala umum iaitu hubungan kemasyarakatan. Justeru,jelaslah bahawa dalam sistem keusahawanan, prinsip-prinsipnya adalahberasaskan kepada pertimbangan wahyu yang berfungsi sebagaikodifikasi hukum untuk dipatuhi oleh manusia dalam setiap urusantransaksinya. Berdasarkan kepada penjelasan ini, ia bukanlahbermaksud bahawa syarak bersifat rigid dan eksklusif sehingga menutupruang untuk berkompromi dengan penyertaan manusia dalammemahami ketentuan hukum. Sebaliknya, idea-idea pemikiran manusia
masih lagi berperanan penting dalam disiplin keusahawanan Islamsebagai kesepaduan di antara hukum tabi`e dan hukum syari`e.Hakikatnya, harmonisasi di antara pemikiran manusia dan prinsip hukumtelah membuktikan bahawa ajaran Islam bersikap toleransi dan dinamisyang bersesuaian dengan fitrah manusia.Sehubungan itu, Islam bersikap optimis terhadap penganutnya untukmenggerakkan setiap aktiviti keusahawanan bagi memajukan diri danmasyarakat umumnya. Melalui penjanaan aktiviti tersebut, manusiadapat melangsungkan peradaban dalam suasana yang cukup sempurnaatas fungsinya sebagai khalifatulard. Bagi mencapai objektif murnitersebut, Islam mempunyai mekanisme-mekanisme tertentu dalammenyediakan satu gagasan yang adil dan telus untuk menyelesai danmerungkai permasalahan muamalah yang dihadapi oleh seluruhmanusia. Atas premis yang mengisyaratkan bahawa Islam bersifatuniversal yang berorientasikan order tauhid rabbani, memberi mafhumyang jelas bahawa ajarannya mengutamakan konsep kesepaduan,kesatuan dan ketaatan yang mutlak kepada PenciptaNya yang Agung.Secara eksplisitnya, konseptual tauhid yang dimanifestasikan dalamruang lingkup kehidupan insan akan menyerlahkan nilai-nilai positifseperti konsep kesatuan ummah yang bertunjangkan kasih sayang,persaudaraan dan persamaan sosial tanpa membezakan semangatbangsa, wilayah, status sosial dan sebagainya. Berasaskan pegangankukuh kepada kepercayaan akidah ini, ia dapat membantu menyediakansatu platform pembentukan sistem nilai dan institusi sosial sebagai asasuntuk membentuk dan merealisasikan sebuah institusi masyarakat yangberakauntabiliti.Berdasarkan kepada asas inilah ia dapat menyediakan satu suasanayang harmoni dalam masyarakat untuk menjalani kehidupan yang idealdi atas muka bumi ini.1Jika diamati dalam sesebuah masyarakat yang berpegang kukuh kepadanorma-norma keimanan dan akhlak yang luhur, mereka bebas daripadacara hidup yang tidak sihat seperti penyelewengan, pengurusan yangtidak cekap, penyalahgunaan kuasa, mengutamakan kepentingan diri,rasuah, menipu, tidak amanah, masalah sosial, hasad dengki dan
sebagainya. Ini kerana, asas kesedaran tersebut adalah bersumberkanpetunjuk daripada Allah SWT. Keyakinan dan kepercayaan yang mutlakterhadap ketentuan tersebut akan menggambarkan bahawa semuaelemen kebaikan adalah intisari kepada ajaran Islam dan semua elemenkejahatan yang mendorong kepada kerosakan dan kemusnahan adalahterkeluar daripada prinsip kemurnian Islam. Allah SWT berfirman yangbermaksud: Allah berfirman: “Turunlah kamu berdua dari syurga bersama- sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Taha:123-124)Berbeza pula dengan manusia yang diikat dengan perundangan manusiasemata-mata, mereka bimbang untuk melakukan sebarang bentukkesalahan kerana dikhuatiri boleh dikenakan tindakan. Namun begitu,apabila merasakan dirinya terlepas daripada kawalan undang-undang,individu tersebut bebas untuk melakukan sesuatu tindakan meskipun iamenyalahi peruntukan undang-undang. Keadaan ini berlaku disebabkantahap kesedaran manusia yang diikat dengan keyakinan terhadapmanusia adalah bersifat sementara dan boleh berlaku perubahan sertatidak mempunyai kuasa untuk menundukkan jiwa manusia. MenurutSayyid al-Qutb,2 satu ketika negara Amerika Syarikat pernahmengeluarkan satu polisi untuk kebaikan rakyatnya iaitu mengharamkanminuman keras kerana telah diketahui kesannya daripada sudut saintifikdan sosial. Pelbagai usaha telah dilaksanakan melalui media massa danagensi kerajaan untuk menjelaskan kemudaratan arak dan telahditaksirkan kerajaan Amerika telah menghabiskan berpuluh bilion untuktujuan tersebut.Namun, polisi tersebut tidak berjaya memberi kesan kepada rakyatnya
bahkan dalam tempoh penguatkuasaan undang-undang tersebut ramaipesalah yang telah ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh. Padakemuncaknya, menjelang tahun 1933, penguatkuasaan undang-undangtersebut ditarik balik sepenuhnya oleh kerajaan Amerika kerana gagalmemberi impak yang positif malah ia gagal untuk membendung gejalaketagihan arak dalam kalangan masyarakat. Ternyatalah undang-undangtajaan manusiawi gagal untuk menyelesaikan masalah kejiwaan yangdihadapi oleh manusia. Sebaliknya, bagi manusia yang beriman pulamereka sentiasa berwaspada dan bersikap apologetik terhadapkesalahan yang dilakukan kerana takut pada seksaan pedih yang bakalditerima pada hari pembalasan kelak.Islam bersikap terbuka terhadap umatnya dalam melangsungkan aktivitikeusahawanan bagi tujuan memakmurkan alam ini. Atas ruang yangdiberikan ini, manusia perlu menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh memanipulasikan segala sumber alam dan tenaga secaraefisien untuk menjana sumber pengeluaran, dan mengembangkannyaatau menjadi pelopor atau peneraju meneroka idea baru untukkepentingan umum manusia. Namun begitu, setiap pendekatan, teknik,kaedah dan sebagainya dalam memajukan aktiviti tersebut perlu merujukkepada panduan yang telah ditentukan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah.Sebagai contoh, dalam skop kerangka muamalah Islam, aktivitikeusahawanan yang merangkumi idea, inovasi, penerokaan sesuatupotensi perlu bertepatan dengan prinsip syarak dan tidak berlawanandengan falsafah maqasid syar`iyyah. Begitu juga dalam setiap bidangyang diusahakan yang merangkumi bidang perkhidmatan, perniagaan,ekonomi, pengurusan, kesenian, kebudayaan, akademik dan sebagainyaperlu diimplemantasikan atas prinsip memelihara kemaslahatan umum3dengan cara menunaikan hak-hak yang wajib ke atasnya. Inilah keadilandan kedinamikan yang ada pada sistem keusahawanan Islam sentiasamenolak sebarang unsur kemudaratan yang boleh menjejaskan sistemtersebut dan menghalang sebarang bentuk penindasan serta kezalimankepada manusia amnya. Perkara ini bertepatan dengan firman AllahSWT dalam Al-Quran yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan
harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu, dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (al-Nisa’:29)____________1 M.Umer Chapra (1990) Ke Arah Sistem Kewangan Yang Adil, (terj.) Ismail bin Omar, h: 10-11.2 Sayyid al-Qutb (1986) Fi Zilal al-Quran, jil.5, h: 72.3 Muhammad `Abd al-Mu`im al-Jamal (Dr.) (1980) Mausu`ah al-Iqtisad al-Islami, h: 14.
BAB KEUSAHAWANAN ISLAM 2Definisi KeusahawananUmumnya, terminologi istilah usahawan telah diperkenalkan olehseorang ahli ekonomi Perancis iaitu Richard Cantillon (1680-1734)4dalam artikelnya Essai Sur la Nature du Commerce en General yangditulis pada tahun 1732 merujuk kepada perkataan yang dipinjamdaripada Bahasa Perancis iaitu entreprende. Daripada sudutpemahamannya pula, pakar ekonomi telah mentakrifkan usahawansebagai pengambil risiko, mencipta peluang5 terhadap sesuatupekerjaan yang dilaksanakannya.Usahawan merupakan seseorang individu yang berkeupayaan menerokasesuatu yang baru dan peka terhadap ruang yang ada sertamenggunakan sumber yang dimiliki6 secara maksimum melalui dayakreativiti dan inovasi untuk mendapat pulangan yang tinggi. Pandanganlain pula mengemukakan bahawa usahawan merupakan individu yangmemiliki karisma sebagai seorang ketua7, berkebolehan dalampengurusan serta menjadikan sesuatu yang diusahakan lebih bernilaidan berkembang dengan maju.Mengulas pandangan yang telah dikemukakan oleh para sarjana,individu yang bergelar usahawan merupakan seseorang yang berusahadengan gigih dan tekun menghadapi pelbagai cabaran serta mempunyaidaya kreativiti dan inovasi yang tinggi untuk merebut dan menciptapeluang yang ada. Usahawan merupakan sebahagian daripada agenpenting dalam memberi sumbangan kepada penjanaan ekonomi diri,masyarakat dan negara amnya.
Berpandukan kepada definisi yang telah dikemukakan oleh para sarjanaberkaitan pentakrifan usahawan, dapat disimpulkan bahawa individutersebut mempunyai sikap kreatif, inovatif, berwawasan, berkemahiran,mempunyai karisma sebagai pemimpin, berani menghadapi risiko, gigih,sabar dan pelbagai lagi. Menurut Carland, J.W., Hoy, F. & Carland, J.A.C.Differentiating Entrepreneurs From Small Business Owner: AConceptualization,8 definisi berkaitan usahawan dapat dilihat padaJadual 1.1.Jadual 1.1 : Definisi UsahawanBil Tokoh Tahun Definisi1 Richard Cantillon 1775 Menanggung risiko2 Mill 1848 Menanggung risiko3 Schumpeter 1934 Inisiatif, inovasi4 Sutton 1954 Cenderung bertanggungjawab5 Hartman 1959 Sumber6 McClleland 1961 Mengambil risiko, cenderung kepada pencapaian7 Davids 1963 Cita-cita, bertangungjawab8 Pickle 1964 Usaha/mental, interaksi manusia, berkebolehan erkomunikasi, kemahiran teknikal9 Palmer 1971 Pengukuran risiko10 Hornaday & Aboud 1971 Keperluan terhadap pencapaian, autonomi, agresif, kuasa, pengiktirafan dan inovasi11 Winter 1973 Keperluan terhadap kuasa12 Borland 1974 Lokus kawalan diri13 Liles 1974 Keperluan kepada pencapaian14 Gasse 1977 Bersumberkan nilai diri
15 Timmons 1978 Usaha, keyakinan diri, berobjektif dan berani mengambil risiko sederhana, kawalan diri, kreatif dan inovatif16 Sexton 1980 Energetic, bercita-cita dan tindak balas positif terhadap halangan17 Welsh & White 1981 Kawalan, bertanggungjawab, berkeyakinan, usaha, suka kepada cabaran dan mengambil risiko sederhana18 Dunkelberg & Cooper 1982 Cenderung kepada pengembangan dan berdikariSumber: Carland, J.W., Hoy, F. & Carland, J.A.C. Differentiating Entrepreneurs From SmallBusiness Owner: A Conceptualization. Academy of Management Review, 9 (2), h: 354-359.Definisi yang dikemukakan oleh sarjana pada zaman moden sepertiKuratko dan Hodgetss, berpandangan bahawa usahawan adalah individuyang memiliki kebolehan atau menerima tugas untuk mengurus,mentadbir dan sanggup menghadapi risiko dalam bidang yang diceburi.Usahawan juga dilihat sebagai individu yang berkemampuan untukbekerja secara kreatif, merebut peluang yang ada dan meneroka sumberyang baru atau menggantikan yang lama dengan mekanisme baru. Iadilakukan adalah bertujuan untuk mencipta kejayaan.9Pandangan yang telah dikemukakan oleh para sarjana tentangusahawan, sukar untuk dirumuskan secara tepat takrif yang mewakilikeseluruhannya. Namun begitu, dapat disimpulkan bahawa usahawanadalah terdiri daripada individu atau kelompok individu yang memilikikemampuan atau kebolehan yang luar biasa untuk mengurus hal-halyang berkaitan dengan keusahawanan. Golongan tersebut mempunyaiidea yang dinamik untuk mengembangkan aktiviti perniagaan atauperkhidmatan lain daripada skala kecil sehingga berjaya mencipta satuempayar perniagaan yang kukuh. Hasil usaha tersebut adalah bertujuanuntuk dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat. Golongan ini dikategorikansebagai manusia yang mempunyai kreativiti yang tinggi atau dikenalisebagai insan genius.Sejarah Keusahawanan
Disiplin ilmu keusahawanan mempunyai sejarah perkembangannya yangtersendiri dalam mewarnai pentas akademik. Meskipun begitu,berdasarkan kepada kematangannya dalam dunia intelektual, bidangkeusahawanan masih lagi dianggap sebagai satu cabang yang barudalam ilmu pengurusan menjelang era moden.10 Berdasarkan kepadapandangan golongan pakar ekonomi, aktiviti keusahawanan secaraemphasisnya adalah kunci atau pemangkin kepada pertumbuhanekonomi. Aktiviti ini telah pun dipraktikkan secara tidak langsung dalampermulaan peradaban manusia silam. Pada peringkat awal, ia dilakukandalam bentuk ekonomi sara diri dan kemudiannya dikembangkankegiatan tersebut pada peringkat lokal. Apabila keperluan manusiasemakin berkembang, aktiviti tersebut mula dikormersialkan di peringkatyang lebih global dan akhirnya wujudlah jaringan perdagangan danperniagaan di peringkat antarabangsa.Akibat perubahan revolusi pemikiran manusia yang semakin kompleks,ilmu keusahawanan semakin berkembang subur bermula daripada ideaasas sehinggalah ia menjadi satu disiplin ilmu yang tersusun dankomprehensif. Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada golonganusahawan. Pada fasa awal, mereka hanyalah berstatus pengusaha,peniaga, penjaja dan kemudiannya berubah menjadi ahli-ahli perniagaankorporat serta seterusnya menjadi golongan usahawan yang kreatif daninovatif.11 Termasuk juga dalam ruang lingkup usahawan ialah individuyang memberi sumbangan manfaat kepada institusi masyarakat dalampelbagai bidang keperluan manusia. Ini kerana, usahawan yang bersifatdinamik sentiasa berusaha mencipta dan mencari peluang ke atas apayang telah dianugerahkan oleh Allah SWT untuk kemaslahatan umummasyarakat.12Golongan sarjana sering berpolemik untuk mendapat satu takrifan yangkomprehensif dalam memerihalkan definisi dan fungsi usahawan.Bagaimanapun, sejarah perkembangan usahawan seringkali disemakdan ditafsirkan mengikut realiti dan keperluan manusia. Namun, usahayang dilakukan tersebut dianggap sebagai satu usaha yang positifterutamanya dalam gelanggang ilmiah, kerana ia dapat mengukuh danmenambah baik konsep tentang usahawan. Meskipun terdapatpercanggahan pendapat disebabkan perbezaan pemahaman daripada
pelbagai bidang ilmu, namun ia dapat mencambahkan idea untukmenguatkan lagi definisi yang diterima dalam mentakrifkannya.Pandangan dikemukakan oleh para sarjana dalam aliran sosiologi danpsikologi. Antara tokoh sosiologi yang tersohor seperti Webbermemperincikan asas keusahawanan mempunyai relevansinya denganaliran yang dibawa oleh Protestan. Doktrin yang cuba diperkenalkan olehaliran tersebut cenderung kepada falsafah pemikiran yangberorientasikan kapitalisme. Beliau melahirkan ideanya dalam penulisanseperti berikut: “And in truth this peculiar idea, so familiar to us today, but in reality so little a matter of course, of one’s duty in a calling, is what is most characteristic of the social ethic of capitalistic culture, and is in a sense the fundamental basis of it. It is an obligation which the individual is supposed to feel and does feel towards the content of his professional activity, no matter in what it consists, in particular no matter whether it appears on the surface as a utilization of his personal powers, or only of his material possessions (as capital).”13Berdasarkan penulisan tersebut, dapat ditafsirkan bahawa falsafahkapitalisme dapat diselami melalui domain-domain sikap, pemikiran danaktiviti pengumpulan harta kekayaan serta kegiatan lain yang berkaitandengannya. Tingkah laku sedemikian dilihat sebagai beretika danbertepatan dengan keperluan agama. Pandangan yang dikemukakanoleh sarjana sosiologi seperti Young14 pula menegaskan bahawa faktorperibadi memainkan peranan penting dalam melahirkan usahawan.Faktor ini menjadi motivasi kepada individu-individu dalam kelompoktertentu untuk berusaha memajukan apa yang diusahakannya denganpenuh komitmen dan bersungguh-sungguh. Apabila potensi yang ada inidigilap, ia akan mendorong seseorang untuk mencapai cita-cita yangdiimpikan. Begitu juga dalam konteks usahawan, tanpa faktor ini ia akanmenyukarkan individu tersebut untuk bergelar sebagai seorangusahawan.Bagaimanapun, tokoh psikologi seperti Schumpeter mengemukakan idea
bahawa usahawan dikonotasikan sebagai pembaharuan (revival). Dalampandangan ilmiah ini, usahawan lebih dikenali sebagai individu yangmemimpin empayar perniagaan. Individu tersebut juga berkaliber danberkarisma serta muncul dalam kelompok masyarakat yang berbeza.Keistimewaan yang dimilikinya ialah mempunyai daya gerak hati yangtinggi dapat menjangkakan senario ekonomi yang berlaku dan bolehdikatakan jangkaan tersebut adalah tepat. Individu usahawan yangmempunyai ciri-ciri sedemikian memiliki daya pemikiran yang tinggi,berfikiran optimis dan bukannya terkongkong dengan pemikiran jumudserta ortodoks.15 Dalam kerangka yang dikemukan oleh Schumpeterdapat dirumuskan bahawa usahawan tulen lahir daripada latar belakangekonomi tradisional dan berjaya memecahkan tembok penghalangtersebut dengan kunci pembaharuan. Jika diamati idea yangdikemukakan ini, ia mempunyai persamaan dengan idea yangdilontarkan oleh Max Weber.Dalam pada itu, idea yang diutarakan oleh Schumpeter telah menarikminat ahli psikologi lain iaitu McClelland untuk mengembangkan ideatersebut. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, beliau mendapatikeperluan kepada pencapaian merupakan kata kunci untuk melahirkanusahawan.16 Beliau memperincikan faktor dorongan pencapaian inidilihat kepada amalan mendidik anak-anak mempunyai objektif sepertitahap pencapaian yang cemerlang, kasih sayang ibu, persediaan untukberdikari, kesanggupan untuk membantu orang lain dan sebagainya.Semua keperluan yang dinyatakan ini adalah bertujuan untuk membantumembangunkan personaliti murni dalam kehidupan kanak-kanak.Oleh yang demikian, didapati sejarah perkembangan keusahawanantelah melalui satu proses yang lama dan bersesuaian denganperkembangan peradaban manusia. Pada asasnya, ia bercorak secaratradisional kemudianya telah berjaya berkembang dalam alirannyasendiri mengikut peredaran zaman. Meskipun terdapat aliran pemikiranyang berbeza serta mengetengahkan pandangan mereka tentang disiplinkeusahawanan, namun ia bukanlah bertujuan untuk membataskanperkembangan keilmuan tersebut. Sebaliknya, proses penambahbaikanini telah memperlihatkan idea-idea yang komprehensif bagimematangkan lagi ilmu keusahawanan. Hakikatnya, dunia
keusahawanan sentiasa berkembang dan ianya sebahagian daripadacabang-cabang ilmu yang menjadi keperluan kepada masyarakatterdahulu dan sekarang. Disiplin keusahawanan ini sungguh menarikuntuk diterokai, dikaji dan diaplikasikannya.____________4 Jevons, Stanley W. ,(1881), “Richard Cantillon and the Nationality of Political Economy,”Contemporary Review 39, January 1881, reprinted in The Principles of Economics. A Fragment ofa Treatise on the Industrial Mechanism of Society and other Papers with a Preface by HenryHiggs, (London, 1905)., h. 155-160.5 Langlois, Richard N., “Schumpeter and the Obsolescence of the Entrepreneur” (August 2002). UConn Department of Economics Working Paper, h.16. Sarjana lain yang berpandangansedemikian seperti Elster, Jon (1983), Explaining Technical Change. Cambridge: CambridgeUniversity Press, h. 74.6 Karl Vesper (1980), New Venture Strategies. New Jersey: Prentice Hall, h. 2.7 Jean-Baptiste Say (1855), A Treatise on Political Economy. C. R. Prinsep, (ed.), Clement C.Biddle, (terj), edisi 4 dan 5. http://www.econlib.org/library/Say/sayT0.html. Capaian pada 23August 2007.8 Carland, J.W., Hoy, F. & Carland, J.A.C. ”Differentiating Entrepreneurs From Small BusinessOwner: A Conceptualizations”. Academy of Management Review, 9 (2), h: 354-359.9 Donald F. Kuratko et. al. (2007) Entrepreneurship, Theory, Process, Practice, h: 32.10 Bygrave (1989) Venture Capital Investing: A Resource Exchange Perspective, h: 15.11 Nor Aishah Buang (2002) Asas Keusahawanan, h: 2.12 Kenyataan ini dapat dilihat dalam intisari ayat-ayat Al-Quran yang menyeru manusia bersifatsedemikian. Lihat ayat 12-13 (al-Jathiyah), ayat 19-22 (al-Hijr) dan ayat 141 (al-An`am).13 Max Webber (1965) The Protestant Ethics and The Spirit of Capitalism, h: dlm bab 2.14 Frank Young (1971) A Macro Sociological Interpretation of Entrepreneurship, dlm Peter Kilby,h:140.15 Joseph A. Schumpeter (1934) The Theory of Economic Development, h: 85-89.16 David McClelland (1961) The Achieving Society, h: 356.
BAB KONSEP KEUSAHAWANAN ISLAM 3Konsep Keusahawanan IslamSecara amnya, perbahasan keusahawanan yang diutarakan oleh parasarjana begitu luas skopnya. Oleh yang demikian, penulisan bidangkeusahawanan ini hanya difokuskan dalam konteks ekonomi danperdagangan sahaja, sebagai contoh pengusaha dalam bidangperniagaan, perladangan, pertanian, pembinaan, penternakan danperkhidmatan. Dari pentas retrospektif sejarah Islam, penglibatangolongan muslim dalam dunia keusahawanan bukanlah satu fenomenayang asing. Kecenderungan orang-orang Islam dalam aktiviti sedemikiantelah berlangsung hampir 15 abad yang silam.Umat Islam terdahulu telah berjaya menempa nama sebagai individuusahawan yang cemerlang dan menjadi model yang terbaik untukdicontohi oleh golongan usahawan pada hari ini. Nabi Muhammad SAW,Saidina Abu Bakar RA, Saidina Uthman bin `Affan, Saidina `Umar al-Khattab, Zaid bin Arqam, Thalhah bin `Ubaid al-Allah, `Abd al-Rahmanal-`Auf dan sebagainya adalah individu-individu yang begitu cemerlangsebagai usahawan dan peniaga. Melalui aktiviti perdagangan dankeusahawanan amnya, pengaruh syiar Islam telah berjaya disebarkan kewilayah-wilayah negara arab yang lain dan secara tidak langsung ia telahberjaya melahirkan negara-negara kota Islam yang cemerlang dalambidang perdagangan. Perkembangan yang positif ini telah menyaksikansebahagian daripada kota-kota Islam seperti kota Mekah menjadi pusatperdagangan yang terkenal.17Dalam konteks fahaman Islam, keusahawanan merupakan sebahagian
daripada aktiviti yang berkaitan dengan bidang perekonomian. Atas asastersebut, bidang keusahawanan dilihat sebagai orientasi pengembanganekonomi dan perdagangan yang mempunyai objektif untuk kesejahteraanumat manusia. Atas kapasitinya sebagai insan, ia dituntut oleh agamauntuk menggemblengkan sepenuh daya dan tenaga melakukan pelbagaiaktiviti yang bertemakan kebajikan dan kebaikan bagi memenuhi fitrahkeperluannya dan juga untuk disumbangkan kepada institusi masyarakatdan makhluk lain amnya. Manifestasi falsafah nilai keusahawanan inidigarap daripada petunjuk Allah SWT dalam Al-Quran, firman Allah SWTyang bermaksud: Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (al-Taubah: 105)Melalui penjanaan kepada aktiviti tersebut, individu yang dikenali sebagaiusahawan memberi sumbangan dalam bentuk penerokaan, nukilan ideadan mencari peluang atau mencipta sesuatu untuk memberi manfaatkepada manusia amnya. Natijahnya, penglibatan golongan sedemikiandalam institusi masyarakat telah memberi impak yang positif terhadappenjanaan sosioekonomi masyarakat dan secara tidak langsungmerangsang pertumbuhan katalis ekonomi negara secara lebih mapan.Dalam masa yang sama, peningkatan daya saing18 dalam kalanganusahawan telah berjaya mencipta satu suasana yang positif untukmemacu tahap perkembangan ekonomi yang lebih pesat.Realiti semasa sekarang yang memperlihatkan order ekonomi dunia kinisedang mengharungi arus gelombang globalisasi yang hebat danmewujudkan persaingan yang kompleks di antara satu sama lain.Justeru, bagi mengekalkan daya saing tersebut golongan usahawanperlu mencipta, meneroka potensi alternatif, mengilhamkan idea danmerebut peluang yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah dancabaran semasa yang dihadapi.19 Sifat-sifat yang dinyatakan sedemikian
dikatakan sebagai ciri-ciri yang perlu ada pada diri seseorang usahawan.Meskipun Islam memberi kebebasan kepada golongan usahawan untukmemanipulasikan sumber alam bagi tujuan untuk merancakkan aktivitiperekonomian, namun individu tersebut perlu terikat dengan ketentuandan peraturan yang termaktub dalam muamalah Islam. Peraturan yangbersifat Ilahi inilah yang menjadi dasar panduan dan etika kepada setiapindividu usahawan dalam berinteraksi sesama manusia dan makhluklain.Ini kerana, usahawan dikonotasikan sebagai pemegang amanah ataudikenali sebagai pengurus. Dalam konteks ketentuan Islam, kedudukanmanusia diberi pengiktirafan yang tinggi untuk mengurus sumber-sumberpengeluaran asas seperti tanah, modal, dan hasil mahsul yang lain. Ataskefahaman ini, faktor manusiawi tidak boleh disamakan dengan unsurkomoditi sebagaimana yang difahami dalam teoritikal ekonomi ciptaanmanusia yang dikenali sebagai faktor asas ekonomi.Kewajaran ini adalah disebabkan segala makhluk dan sumber yangdiciptakan Allah di alam ini adalah untuk keperluan dan kemudahanmanusia20 sebagai pelengkap dan kesempurnaan kelangsunganmanusia di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, manusia tidak bolehdiinterpretasikan sebagai alat atau modal untuk tujuan pembangunandan sebagainya. Sebaliknya, Islam cuba menonjolkan manusia sebagaipemilik, pengolah, perancang atau pentadbir kepada semua faktor-faktorpengeluaran.21Justeru, atas fungsinya sebagai pengurus atau pemegang amanah,sudah tentulah manusia terikat dengan obligasi hak keagamaan yangperlu ditunaikan sama ada yang melibatkan hubungan denganPenciptaNya, sesama insan dan makhluk lain. Kealpaan dan kelalaianindividu melakukan pelanggaran kewajiban yang telah ditentukan olehsyariat maka pelakunya akan dikenakan azab yang pedih di haripembalasan kelak. Peringatan ini dijelaskan dengan nada yang tegasoleh Allah SWT dalam Al-Quran, sebagaimana firmanNya yangbermaksud: “Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (dalam
timbangan dan sukatan). Iaitu orang yang apabila menerima sukatan (cupak dan gantang) daripada orang lain mereka minta dipenuhi. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain mereka menguranginya. Tidakkah orang itu yakin bahawa sesungguhnya mereka dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), hari berdiri manusia yang mengadap Tuhan Sekelian Alam? Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya, ”Kitab Suratan Amalan” orang yang derhaka tersimpan dalam Sijjin.”22 (al-Mutaffifin:1-7)Kerangka keusahawanan menurut worldview Islam bukan hanyaberorientasi keuntungan material di dunia semata-mata, namun iamerentasi alam fizikal yang tidak dapat dilihat dengan pancainderamanusia biasa iaitu alam akhirat. Atas kefahaman inilah konsepkeuntungan (gain) dan kerugian (loss) perlu dilihat daripada mediumsyariat dan bukan hanya berdasarkan pertimbangan rasional akalmanusia semata-mata. Justeru, tanpa bimbingan daripada wahyumengakibatkan manusia menjadi taksub dan terpesona kepadakehidupan dunia yang penuh dengan fitnah dan kepalsuan.Kesannya, untuk mencapai cita-cita persaingan pengumpulan harta,manusia sanggup membelakangi keperluan tanggungjawab agama,berlaku penindasan, kezaliman, amalan riba, gharar dan unsur-unsurnegatif lain. Kemuncak kepada fenomena yang tidak sihat tersebut makaberlaku satu penciptaan order masyarakat yang penuh dengankerosakan dan tidak bermoral23 yang jelas bertentangan dengan falsafahIslam.Oleh yang demikian, bagi mengelakkan masalah kemuflisan moral danketidakadilan ekonomi berlaku dalam aktiviti keusahawanan sudahtentulah kegiatan menjana harta bukanlah dianggap sebagai satukebenaran yang mutlak dan menjadi kemuncak kepada matlamat hidup.Sebaliknya, Islam secara keras mengkritik kelompok manusia yang
bersifat sedemikian dengan melakukan penyalahgunaan kuasa dansalah urus harta ke jalan kebinasaan. Situasi tidak sihat ini dijelaskanoleh Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.” (al-Rum:7)Berdasarkan kepada mafhum ayat tersebut, perkataan akhirat yangdiungkapkan dalam ayat tersebut mengandungi maksud rahsia yangtertinggi iaitu sebagai kehidupan yang abadi bagi seluruh manusia.Sementara dunia pula adalah sebagai tempat persinggahan bagimanusia untuk membuat persediaan menuju ke alam akhirat.Pada hakikatnya, Islam bukanlah berpendirian pasif terhadap konsepharta dan menghalang manusia menghampirinya. Pada asasnya,penjanaan harta itu sesuatu yang dituntut kerana ia mempunyai nilaidaripada aspek ekonomi yang menjadi keperluan asasi kepada setiapindividu. Namun begitu, dalam memenuhi usaha tersebut ia perludilaksanakan dalam suasana order yang sihat dan progresif sertamemenuhi konsep halalan toyyiba.24 Atas keperluan inilah dalammemenuhi tuntutan fardhu kifayah, setiap usaha yang dilaksanakandengan penuh komitmen dan dedikasi mengharapkan keredhaandaripada Allah SWT adalah dianggap sebagai ibadah serta diberikanganjaran yang setimpal.Berdasarkan kepada ketentuan tersebut, Islam jelas menyeru manusiamenggemblengkan daya usaha ke arah mencapai kualiti produktiviti.Dengan kata lain, ia dapat difahami bahawa amal usaha ke arahmencapai hasanah dan menolak simptom fasad adalah dituntut kepadasetiap individu. Menurut Ibrahim al-Thahawi dan `Abd al-Mun`im Khalaf,mereka berpendapat bahawa atas kapasiti inilah setiap insandipertanggungjawabkan di atas setiap perilaku yang dilakukan.25Syariat Islam jelas memberi ruang yang luas kepada manusiamemakmurkan alam fizikal ini melalui pelbagai aktiviti dan usaha yangperlu dilakukan untuk kepentingan umum manusia. Kecenderungan
manusia bekerja untuk membangunkan peradaban insan adalah satutindakan yang mulia dan memenuhi asas kemuliaan fitrah manusia.Dalam ruang lingkup kerangka tuntutan keagamaan ini, manusiadiwajibkan mencari rezeki dan menyumbangkannya kepadakesejahteraan sosial. Perkara ini ditegaskan dalam satu hadis NabiMuhammad SAW yang bermaksud: Dari Abu Musa RA, katanya Nabi SAW bersabda: “Setiap orang muslim perlu bersedekah.” Mereka bertanya: “Ya, Nabi Allah! Bagaimana dengan orang yang tidak punya untuk disedekahkan”?” Jawab Nabi SAW, “Ia harus bekerja dengan tangannya, sehingga ia memperoleh keuntungan untuk dirinya dan dapat bersedekah.” Tanya mereka, “Kalau tidak sanggup?” Sabda Nabi, “Hendaklah ia menolong orang yang memerlukannya.” Mereka bertanya: “Kalau sekiranya tidak boleh?” Jawab Nabi SAW, “Kerjakanlah segala kebaikan dan hentikan segala macam kejahatan. Yang demikian itu bererti sedekah juga baginya.”26Sehubungan itu, konsep tipologi keusahawanan Islam mempunyaikeunikannya yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah asasekonomi yang kompleks. Keistimewaan yang ada pada sistemkeusahawanan Islam disebabkan kerangka pembentukan sistemtersebut berasaskan kepada prinsip keagamaan. Islam sebagai satu carahidup yang lengkap telah menyediakan sistem muamalah sebagai asaspersediaan kepada manusia untuk melangsungkan aktiviti perekonomiandi atas muka bumi ini. Dalam sistem ini, dapat difahami bahawa setiapkegiatan aktiviti transaksi manusia, gelagat, fungsi, sistem, garispanduan dan etika adalah terikat dan tunduk kepada tatacara syariat dannorma akhlak.Setiap tindak tanduk usahawan perlu diselaraskan dengan memenuhiobjektif dan hukum-hukum syariat yang bersifat tetap dan tidak berubah.Atas ketentuan inilah, dalam kerangka konseptual keusahawanan Islam,sebarang usaha yang akan atau telah dilaksanakan tidak boleh wujudunsur-unsur kemudaratan kepada pihak lain. Prinsip ini dikenali sebagaino injury principle ataupun dalam legal maxim perundangan Islam iaitu
27. Pematuhan kepada prinsip ini adalah bertujuanuntuk menghalang sebarang tindakan atau gerak kerja yang dilakukan,dicerakin dan dirumuskan mengikut keperluan hawa nafsu danmenyalahi kepentingan faedah umum manusia.28Dengan kata lain, kewajipan yang perlu ditegakkan ialah tidak bersikapindividualistik, sebaliknya mengutamakan kebajikan masyarakat umum.Oleh yang demikian, seseorang individu ditegah secara mutlakmengambil pendekatan menyakiti orang lain. Ironinya, Islam menuntutkepada manusia mengambil langkah positif menggembirakan orang lainatas prinsip memelihara kepentingan awam.29 Berasaskan kepadatuntutan ini, seseorang individu Muslim bertanggungjawab sepenuhnyake atas kesan yang timbul sama ada positif atau sebaliknya kesandaripada tindakannya.Sebagai contoh, seseorang usahawan mempunyai idea untuk mendirikansebuah kilang. Dalam pelan perancangannya, beliau bukan sahaja perlumengambil kira pulangan keuntungan yang bakal diperolehi tetapi jugaperlu melihat kepada kesan-kesan sampingan yang lain seperti manfaatperniagaannya, peluang pekerjaan, faedah kepada masyarakat,pencemaran dan perkara-perkara penting yang lain. Impak tersebut perludianalisis merentasi sempadan kewilayahan, nasional, pekerjaan, rasetnik, sosial dan agama.30Berdasarkan kepada ketentuan ini, prinsip-prinsip yang diasaskan dalamkonsep keusahawanan Islam perlu melihat kepada objektif keharmonianumum sejagat dan bukannya bersifat kepentingan individu. Oleh yangdemikian, jika didapati wujudnya unsur-unsur yang boleh memberi kesandan impak kepada kesejahteraan manusia sudah pastilah ia dianggaptertolak daripada ajaran syarak. Pandangan ini dikemukakan olehseorang sarjana perundangan Islam yang terkenal iaitu al-Imam Ibn al-Qayyim. Beliau menjelaskan bahawa: “Kepentingan umum manusia adalah berasaskan kepada hikmah dan kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. Ia dikenali sebagai ketentuan perundangan Allah yang mengandungi keadilan dan rahmat di mana ia mengandungi maslahah dan
hikmah. Justeru, setiap maslahah yang keluar dari landasan keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada tidak rahmat, dari maslahah kepada mafsadah dan dari hikmah kepada sia-sia maka ia tidak diiktiraf sebahagian dari syariat meskipun diterjemahkan dengan pelbagai tafsiran, kerana syariat hakikatnya adalah simbol keadilan Allah kepada hamba-hamba- Nya.”31Sehubungan itu, manusia perlu menginsafi bahawa setiap sumber alamyang dianugerahkan kepadanya adalah untuk memenuhi keperluanhidup. Dalam masa yang sama juga ia merupakan satu bentuk amanahyang perlu dipikul dengan sebaik-baiknya. Secara tersiratnya, obligasitersebut adalah satu ujian kepada setiap insan untuk menilai tahap kualitiakidah yang dimiliki oleh manusia. Hakikatnya, manusia perlu menyedaribahawa kekayaan dan keuntungan yang dimilikinya bukanlah bersifatpemilikan yang mutlak, sebaliknya semua hasil mahsul tersebut adalahkepunyaan Allah SWT.Konotasi insan sebagai khalifatulard sebagai pengurusbertanggungjawab menguruskan sumber-sumber pengeluaran secaralestari untuk kesejahteraan umat manusia dan makhluk lain amnya.Manusia pula hanyalah bertindak dan berfungsi sebagai pemegangamanah berkewajiban menyempurnakan hak-hak tertentu iaitumemenuhi tuntutan kemaslahatan umum dan menegakkan institusikeadilan ekonomi.32 Tanggungjawab manusia dalam menguruskan hartaini dijelaskan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW33 yangbermaksud: “Sesungguhnya, harta ini adalah indah dan manis. Sesiapa yang memperolehinya dengan menunaikan kewajipannya, maka ia diberi keberkatan dan ramai yang menyelami harta benda Allah dan Rasul-Nya berdasarkan kehendak hawa nafsunya maka tidak ada baginya kelak di hari qiamat kecuali neraka (al-Nar).” (al-Tirmidhi)Malah, Al-Quran juga menyeru kepada umat manusia berusaha
memenuhi keperluan masyarakat umum. Tugas yang dilaksanakantersebut adalah satu perbuatan yang mulia dan terpuji. Melaksanakantanggungjawab tersebut memenuhi tuntutan yang digariskan oleh Al-Quran seperti firman Allah SWT yang bermaksud:“Sesungguhnya, orang-orang yang selalu membaca Kitab Allahdan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripadarezeki yang kami anugerahkan kepada mereka itu mengharapkanperniagaan yang tidak akan kerugian.” (al-Fatir: 29)Pada dasarnya, muamalah Islam mengandungi tiga (3) doktrin asas yangmenjadi pelengkap kepada kesempurnaan konseptual tersebut sepertiberikut:Pertama : bersendikan order TauhidKedua : konsep ibadah/SyariahKetiga : akhlak dan etikaIlustrasi kerangka muamalah Islam dapat dilihat seperti di Rajah 2.1. /
Rajah 2.1 : Ilustrasi kerangka muamalah Islam.Kombinasi ketiga-tiga asas ini merupakan adunan yang istimewa dalammerencana aktiviti perekonomian manusia. Refleksi daripada asas-asaspembentukan sistem tersebut mencerminkan kerangka nilaikeusahawanan Islam dicipta adalah untuk melaksanakan obligasi sosialdan memenuhi tuntutan umum masyarakat. Oleh kerana tanggungjawabkepada masyarakat menjadi intipati dalam sistem keusahawanan sudahpastilah syarak mementingkan kemaslahatan umum lebih diutamakandaripada kepentingan individu. Merujuk kepada adunan ketiga-tigakomponen tersebut, ia menjadi sebagai satu rumusan formula untukmembentuk blue print kerangka konsep keusahawanan yang dinamisdan komprehensif. Komponen-komponen yang diutarakan ini menjadi
momentum untuk membentuk keperibadian yang murni dalam diriindividu usahawan. Justeru, apabila keperluan komponen ini berjayadiadaptasikan oleh golongan usahawan ia menjadi motivasi rohaniahbagi menggerakkan usahawan untuk mencapai kejayaan atau diistilahsebagai al-falah dalam setiap lapangan yang diceburi.Dalam memenuhi konseptual keusahawanan Islam yang bersifat holistik,sistem falsafahnya perlu didasari dengan asas-asas al-din yangberfungsi sebagai fondisi konkrit untuk direalisasikan dalam kegiatanamali manusia. Asas-asas agama ini penting kerana ia bersifat konsistendan mempunyai potensi yang bersifat rabbani sebagai panduan tatacarakepada manusia menghadirkan diri dalam aktiviti keusahawanan.Peraturan ini dilihat sebagai keperluan kepada umat manusia disebabkania untuk menjamin hak dan kepentingan setiap insan dalam sebarangbentuk transaksi muamalah yang melibatkan interaksi sesama Pencipta,manusia dan alam. Manusia yang melanggar hak-hak tersebut adalahjelas melakukan pelanggaran kewajipan terhadap agama. Tindakan danperbuatan tersebut bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepadadirinya sahaja tetapi juga terhadap makhluk yang lain dan yang lebihmalang lagi ia akan mendapat balasan yang setimpal di dunia dan diakhirat kelak.Justeru, bagi mengelakkan manusia dipengaruhi keghairahan mencariharta dan memanipulasikan alam ini sebagai matlamat tunggal, makaIslam telah menentukan tauhid sebagai elemen asas tertinggi yangmenjadi prinsip keutamaan kehidupan manusia. Manifestasi tauhid yangbertapak kukuh dalam diri manusia memancarkan nur keimanan yanghakiki memandu manusia mengabdikan diri secara mutlak kepada AllahYang Maha Esa. Golongan manusia yang memiliki kualiti iman yangsedemikian akan berusaha dengan tekun memakmurkan sumber alam inidan menjananya untuk dikongsi oleh seluruh manusia.Penjiwaan tauhid ini menjadi perangsang rohaniah kepada individu yangbergelar usahawan mematuhi lunas syarak, menitikberatkan prinsipkeadilan, bersikap ihsan, berkeperibadian luhur, bekerja bersungguh-sungguh34 dan sebagainya. Melalui pemeliharaan jaluran perhubungandengan Allah SWT secara tekun dan ikhlas ia akan mendidik golongan
usahawan beriltizam dengan penuh komitmen kepada cara hidupsebagai seorang Muslim yang patuh dan tunduk kepada ketentuan Ilahi.Golongan usahawan yang memiliki ciri-ciri sedemikian sentiasa berfikiranterbuka dan bersikap optimis memajukan diri serta pro aktif dalamsebarang usaha yang dilakukan. Tambahan lagi tuntutan mempraktikkannilai-nilai positif seperti rajin dan tekun dalam setiap amalan yangdikerjakan dapat disingkap dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAWyang bermaksud: Dari `Aishah RA katanya Rasulullah SAW pernah ditanya: “Amal yang bagaimanakah yang paling disukai oleh Allah?” Jawab Baginda: “Amal yang diusahakan secara tetap meskipun sedikit.”35Dalam Islam, individu yang bergelar usahawan terikat sebagai pemegangamanah yang sinonim dengan fungsinya sebagai khalifatulard. Atasprinsip inilah individu tersebut ditaklifkan dengan kodifikasi hukum yangtelah disyariatkan oleh Islam. Berdasarkan kepada penilaian inilah setiapapa yang diusahakan adalah tertakluk kepada konsep ibadah dan natijahdaripada kesan perlakuan tersebut akan dinilai sama ada mendapatganjaran atau balasan. Oleh yang demikian, individu usahawan yangdiikat dengan norma-norma agama yang luhur tidak akan melakukansebarang bentuk perbuatan yang dicela atau ditegah dalam aktivitibermuamalah. Atas keinsafan inilah setiap tindakan dilakukan denganpenuh berhati-hati atas dasar keimanan yang hakiki kepada Allah SWT.Apa yang menjadi keutamaan bagi setiap individu usahawan adalahmemperolehi pendapat yang halal dan berkat. Hasil pendapatan yangsedemikianlah yang dituntut oleh syarak meskipun sedikit tetapi iamempunyai nilaian yang tinggi daripada kaca mata Islam. Bagimemenuhi objektif yang murni tersebut, Islam telah menyuluh jalankepada manusia untuk membersihkan pendapat dan perolehan yangdiperolehi melalui aktiviti zakat36 dan menginfaqkan sebahagian daripadaharta kepada golongan yang memerlukannya. Komitmen ke arahperbuatan yang terpuji ini dinukilkan dalam sebuah hadis NabiMuhammad SAW37 yang bermaksud:
Daripada Abu Dhar RA Nabi SAW bersabda maksudnya: “Individu yang paling banyak kekayaannya adalah orang yang paling rendah darjatnya pada hari Kiamat kecuali orang yang menginfaqkan hartanya demikian dan demikian, ia memperolehinya daripada rezeki yang baik.” (Ibn Majah)Berdasarkan kepada unjuran yang telah dinyatakan oleh NabiMuhammad SAW dalam hadis tersebut, individu yang berjaya menurutneraca keadilan Islam adalah individu yang berjaya menguruskanhartanya dengan cara yang hak dan melaksanakan kewajipannyasebagai individu serta menyumbang manfaatnya untuk kesejahteraanumat manusia. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Islam telahmemperundangkan peraturan yang komprehensif dalam mengatururusan tindakan manusia dalam kegiatan muamalah yang merangkumihak dan kewajipan sesama mereka, institusi masyarakat dan negaraamnya.Pada hakikatnya, konsep keusahawanan yang digagaskan oleh Islamdipandu oleh sistem wahyu iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah yangmendasari falsafahnya. Syariat Islam telah memberi jaminan bahawaasas garis panduan yang disediakan kepada manusia dalam aktivitibermuamalah bukanlah dalam bentuk paksaan sebaliknya ia perludihayati dan diaplikasi secara ikhlas dan bersepadu oleh setiap individu.Objektif asas yang difokuskan dalam melangsungkan aktiviti tersebutadalah melahirkan individu usahawan Muslim sebagai masyarakat Islamyang adil (homo Islamicus) yang menekankan unsur-unsur keadilan,berintegriti, bertanggungjawab dan prihatin (altruistic).38Berasaskan pemahaman ini, konsep keusahawanan Islam mencelaproduk usahawan yang ditegakkan atas kepentingan keutamaanekonomi yang mutlak (homo economicus) yang cenderung kepadakeuntungan, tamak dan bersifat menindas. Konsep keusahawanan yangditegakkan atas dasar Islam yang murni tidak pernah menghalangkepada usahawan untuk mencipta keuntungan, namun ia tidak bolehsampai ke peringkat yang boleh menindas pihak lain.39 Dengan kata lain,
kadar keuntungan yang diperolehi tersebut adalah berpatutan dansewajarnya.Di samping itu, aktiviti keusahawanan juga perlu dibataskan daripadaterlibat dengan aktiviti yang diharamkan oleh nas seperti riba, perjudian,akad yang tidak pasti dan sebagainya. Para usahawan perlumenyerlahkan sifat-sifat kesederhanaan dalam diri mereka dan menjauhiunsur-unsur mazmumah. Bagi tujuan membersihkan jiwa para usahawandaripada unsur-unsur tercela tersebut, mereka perlu melazimkan dirimemberi sedekah kepada orang Islam yang kurang bernasib baik.Bahkan yang idealnya, bukan sahaja dianjurkan menginfaqkan lebihandaripada pendapatan yang diperolehi tetapi juga sanggup mengeluarkanbahagian keperluan mereka sendiri kepada golongan yangmemerlukan.40Apa yang tersiratnya ialah Islam memberi perhatian dan penekanankepada kebajikan umum merentasi keperluan kepentingan individu.Dalam hal ini, Ibn Taymiyah menegaskan bahawa kegiatan mencarikeuntungan bukanlah bersifat terbuka dan bebas tetapi ia perlu dibatasidengan prinsip moral dan pedoman syarak yang bertujuan untukmemelihara kebajikan dan kepentingan umum manusia.41 Apabila sifatmanusia terarah kepada perlakuan positif sedemikian ia dapatmemecahkan masalah sosioekonomi yang berlaku dalam institusimasyarakat dapat diselesaikan dalam suasana yang harmonis. Inilahyang digambarkan oleh Islam sebagai sebahagian daripadatanggungjawab sosial yang perlu dipenuhi oleh setiap usahawan.Kerangka Keusahawanan IslamDalam konteks keusahawanan, Islam telah mengkodifikasikan prinsip-prinsip asas yang terkandung dalam sistem muamalah Islam untukdiaplikasikan oleh manusia. Oleh kerana sistem keusahawananmerupakan sebahagian daripada komponen keagamaan, sudah pastilahgolongan usahawan berkapasiti untuk mematuhinya secara mutlak.Kegagalan dan pengabaian dalam kalangan usahawan untuk mematuhisegala peraturan yang telah ditetapkan mengakibatkan berlakuketempangan dan wujudnya lompang-lompang dalam sistemkeusahawanan dan natijahnya, ia akan membawa kesan negatif kepada
sosioekonomi masyarakat dan negara amnya. Ini kerana, dalam ajaranIslam setiap tingkah laku manusia tertakluk kepada tanggungjawabberagama dan kesedaran akhlak yang tinggi. Setiap manusia perlumemelihara keharmonian sesama makhluk dan tidak dibenarkanmelakukan sebarang bentuk pencerobohan yang boleh menjejaskanobjektif syarak.Justeru, kerangka konseptual keusahawanan yang digagaskan olehIslam dapat merangsang transformasi aktiviti keusahawanan ke arahmelahirkan usahawan Muslim berjaya seperti yang digambarkan olehNabi Muhammad SAW. Ini kerana neraca keusahawanan yangberteraskan panduan wahyu dapat membantu manusia mencapaikejayaan yang seimbang di dunia dan di akhirat. Bahkan, segala amalandan perbuatan yang dilakukan oleh pengusaha yang menepati dengankehendak agama adalah dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Ataspenilaian tersebutlah golongan usahawan perlu bersikap berhati-hatidalam setiap tindak tanduk mereka. Ini kerana perencanaan manusiayang bertemakan kebendaan secara mutlak atau tidak bermoral akanmelahirkan persekitaran masyarakat yang dihimpit dengan sindrom fasadakan memberi impak yang negatif terhadap kesejahteraan umatmanusia.Ironinya, keusahawanan Islam secara makro dapat digambarkan sebagaidaya usaha yang digembleng dan dijana oleh manusia dalam menciptadan mengilhamkan sesuatu kebajikan untuk kemaslahatan umummanusia42 dalam ruang lingkup maqasid syariyyah bagi memenuhikeperluan hasanah di dunia dan di akhirat. Dari skala mikronya pula, iamerangkumi proses pengwujudan dan operasi pengembangan sertapenciptaan peluang yang selaras dengan neraca syariat Islam. Justeru,kerangka keusahawanan tersebut perlu dipandu oleh prinsip-prinsipnorma yang didukung oleh wahyu sebagai teras kepada falsafahnya.Prinsip-prinsip asas wahyu ini perlu dikembangkan oleh para usahawandalam dunia keusahawanan melalui daya kreativiti dan inovasi manusiabersesuaian dengan sifat syarak yang meraikan pemikiran manusia.Dalam pada itu, aktiviti keusahawanan juga dilihat memberi insentifkepada pengusaha sama ada dalam bentuk kebendaan (dunia) dan juga
ganjaran dalam khabar gembira (bashira) ataupun ganjaran syurga dihari akhirat. Pertama, pengusaha yang memikul tanggungjawab tersebutakan mendapat penghormatan dan kedudukan yang tinggi di sisi AllahSWT pada hari akhirat kelak. Namun begitu, pengiktirafan tersebut hanyadiberikan kepada individu yang tunduk dan patuh sepenuhnya kepadaketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT dan golongan tersebutjuga sentiasa menyumbang bakti kepada masyarakat. Kedua, golonganusahawan juga akan memperolehi keuntungan daripada sudut ekonomi.Ini kerana berdasarkan aktiviti keusahawanan tersebut, mereka telahmembuka dan menjana pelbagai aktiviti yang boleh menyuburkan sektorekonomi amnya. Lantaran itu, keusahawanan yang ditaja oleh Islambukanlah hanya bermotifkan kepentingan dunia semata-mata sebaliknyakonsepsi ideal keusahawanan Islam adalah bersifat holistik iaitumengimbangi keperluan duniawi dan juga memenuhi tuntutan ukhrawi.Tegasnya, apabila elemen-elemen dalam kerangka keusahawan tersebutberfungsi dengan baik, ia akan menatijahkan satu tindakan yang terpujidan diredai oleh Allah SWT. Ini kerana aktiviti keusahawanan dilihatsebagai satu proses yang dinamis iaitu mewujudkan nilai manfaat untukdikongsi oleh masyarakat umum. Objektifnya adalah untuk menyumbangkepada kesejahteraan masyarakat. Oleh yang demikian, tuntutan kepadausahawan untuk menerapkan nilai-nilai mahmudah ke atas produk atauperkhidmatan yang disediakan bukan sahaja memenuhi keperluanpengguna (masyarakat umum) bahkan ia adalah sebahagian daripadatanggungjawab yang dituntut oleh agama. Manifestasi kesepaduankerangka keusahawanan Islam dilihat sebagai mekanisme untukmelahirkan golongan usahawan yang berjaya dan memenuhi piawaianyang telah didoktrinkan oleh agama. Umumnya, kerangka modelkeusahawanan Islam boleh digambarkan seperti berikut:
Rajah 2.2: Ilustrasi Kerangka Model Keusahawanan Islam____________17 Senario yang berlaku tersebut diakui oleh William Montgomery iaitu “The religion of Islam wasfirst and foremost a religions of traders, not a religion of the desert and not a religion of peasants.”Untuk keterangan lanjut sila lihat Reid. A (1984) The Islamization of Southeast Asia, dlmMuhammad Abu Bakar (eds) : Historia, Malaysian Historical Society, h: 14.18 Rahmah Ismail et. al. (2006) Daya Saing Usahawan dan Syarikat Melayu Dalam SektorPembuatan dan Perkhidmatan, h: 1.19 Mustafa Dakian (2005) Sistem Kewangan Islam, h: 13-14.20 Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan al-Quran yang bermaksud: “Dialah AllahSWT yang menjadikan segala yang ada di muka bumi untuk kamu.” (al-Baqarah: 29)21 Siddiqi (1981) Muslim Economic Thinking, h: 58.22 Sijjin: nama Kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang yang derhaka.23 Fazlur Rahman (1974) Islam and Problem of Economic Justice, h: 1524 Abul Hasan Muhammad Sadek (1991) Economic Growth in an Islamic Economy, dlmDevelopment & Finance in Islam, h: 63.25 Ibrahim al-Thahawi (1974) al-Iqtisad al-Islami, jil. 1, h: 246. Rujuk Muhammad `Abd al- Mun`im
Khallaf (1973) al-Madiyyah al-Islamiyyah wa `Abduha, h: 165.26 Shahih Bukhari jil. 2, (no. 742)27 Prinsip secara asasnya mengandungi konotasi bahawa tidak boleh melakukan kemudharatanterhadap orang lain dengan cara melakukan kemudharatan ke atasnya. Pemakaian prinsip inidihurai dengan jelas dalam Mohd Saleh Hj Ahmad (1999) Pengantar Syariat Islam, h: 28.28 Kepentingan umum adalah menjadi keutamaan dalam syaria`t Islam. Atas kepentingan inilahsyari`at itu pada dasarnya adalah maslahah sama ada dalam bentuk mengelakkan kerosakanatau memberi faedah kemaslahatan. Hakikatnya, sesuatu objektif yang dilakukan perlumengambilkira faedah yang optimum untuk kesejahteraan umat manusia di dunia dan akhirat.Lihat `Abd al-Karim Zaydan (1969) Madkhal li Dirasah al-Syari`ah al-Islamiyyah, h: 46. Lihat al-Shatibi (1980) al-Muwafaqat, jld.2, h: 6.29 Lihat Chapra ( 1971 ) The Economic System, h: 9-10. Masudul Alam Choundhury ( 1983 ) AnIslamic Social Welfare Function, h: 5-7.30 Lihat Chapra ( 1971 ) The Economic System, h: 9.31 Ibn al-Qayyim (1977) I`lam al-Muwaqqi`in, jld. 3, h: 1.32 M.Umer Chapra (1990) Ke Arah Sistem Kewangan Yang Adil, (terj.) Ismail Omar, h: 11.33 Hadis diriwayatkan oleh al-Tirmidhi daripada Abu Sa`id R.A. yang mendengar dari Haulah bintiQais R.A.. Lihat al-Tirmidhi (1981), Sunan al-Tirmidhi, jil. 4, no. 2480.34 Yusuf al-Qaradhawi (1995) Dawr al-Qiyam wa al-Akhlak fi al-Iqtisad al-Islami, h: 151.35 Al-Nawawi (1994) Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, hadis no. 1827.36 Antara dalil-dalil yang mengisyaratkan kewajipan menunaikan tuntutan sepertimana firmanAllah S.W.T. dalam al-Quran yang bermaksud: “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka,dengan zakat itu kamu membersihka dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka.Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah Mahamendengar lagi Maha Mengetahui.” (terjemahan, al-Taubah:103)37 Lihat Ibn Majah (1980) Sunan Ibn Majah, jil. IV, no. 4130.38 Afzal- ur-Rahman (1980) Economic Doctrines, jld. 1, h: 56. Kenyataan ini juga mempunyaipersamaan dengan Muhammad Abd al-Rauf (1979) The Islamic Doctrines of Economics andContemporary Economic Thought, h: 129.39 Lihat Monzer Kahf (1978) The Islamic Economy: Analytical Study of Functioning of the IslamicEconomic System, h: 120-125. Plainfield, Indiana Muslim Student’s Association. Begitu juga dlmpenulisan Muhammad Abd al-Rauf (1979) The Islamic Doctrines of Economics and ContemporaryEconomic Thought, h: 138-140.40 Nazeer (1981) The Islamic Economic System, h: 16.41 Ibn Taymiyah (1985) al-Siyasah al-Shar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyah, h: 12-18.42 Ibn Khaldun dalam analisis penulisannya juga turut menyentuh aspek ekonomi yang berkaitandengan buruh, kewangan, nilai harga, pengeluaran dan pengagihan, pusingan modal,perdagangan, pembiaan awam untuk kesejahteraan rakyat dan sebagainya khususnya dalamzaman Islam klasik .Lihat Ibn Khaldun (1981) Muqaddima, h: 360.
BAB KEDUDUKAN KEUSAHAWANAN ISLAM 4Kedudukan Keusahawanan IslamIslam sebagai satu agama fitrah43 kepada manusia sudah tentulahmeraikan setiap keperluan insan dalam memakmurkan alam yangdiciptakan kepadanya. Bagi tujuan melicinkan perjalanan hidup manusiadalam konteks keharmonian sejagat, Allah SWT telah menyediakanperaturan dan undang-undang tertentu kepada manusia untukdiaplikasikan dalam setiap bidang kehidupan. Semua ketentuan yangtelah ditetapkan tersebut bukan sahaja perlu dipatuhi kerana ia kelakakan dinilai oleh Allah SWT.Justeru, setiap perlakuan manusia perlu diharmonisasikan denganobjektif-objektif yang telah termaktub dalam kitab wahyu supaya dirimanusia tersebut bukan sahaja selamat dan sejahtera di alam duniatetapi juga di alam akhirat. Oleh yang demikian, Islam begitu menghargaipenganutnya yang memberikan komitmen untuk mencapai misi dan visitersebut. Atas alasan inilah, pandangan semesta setiap individu Muslimdipengaruhi oleh doktrin wahyu yang bersifat mutlak dan pemutus bagisetiap aktiviti manusia.Secara prinsipnya, kedudukan keusahawanan dalam Islamdiklasifikasikan dalam komponen fardu kifayah. Kenyataan ini secaraeksplisitnya memberi gambaran bahawa ia merupakan satu obligasi yangperlu ditunaikan oleh manusia. Bagaimanapun, tuntutanmelaksanakannya dibuat dalam bentuk kelompok masyarakat. Justeru,sekiranya aktiviti tersebut dilaksanakan oleh mana-mana individu makagugurlah tanggungjawab ke atas kelompok masyarakat tersebut. Namun,
jika tugas tersebut tidak dipenuhi oleh ahli masyarakat terbabit, sudahtentulah liabiliti dosa akan ditanggung oleh masyarakat berkenaan.Pensyariatan aktiviti jual beli atau perdagangan ataupun keusahawanantelah dinukilkan dalam Al-Quran sepertimana dijelaskan oleh Allah SWTyang bermaksud: Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (al-Baqarah:275)Ayat di atas dengan tegasnya menyatakan bahawa Allah SWT YangMaha Bijaksana telah menghalal dan mengharuskan kegiatan jual belidalam aktiviti muamalah manusia. Perkataan al-bay44 yang didapatidalam ayat tersebut adalah lafaz yang bersifat umum daripada segimaknanya. Istilah tersebut juga merujuk kepada pelbagai jenis transaksiyang melibatkan manusia merangkumi domain perniagaan, aktivitiperusahaan, perindustrian dan pelbagai lagi yang memberi maksudkepada penghasilan keuntungan (make profits).Pada prinsipnya aplikasi perkataan al-bay memberi maksud bahawa iameliputi dua makna iaitu keusahawanan dan bermotifkan keuntungan.Justeru, pentafsiran ayat tersebut dapat dirumuskan bahawa manusiadiberi kebebasan untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksiperniagaan melainkan terdapat tegahan atau larangan daripada nassyarak.45 Contohnya, setiap transaksi perniagaan yang mengandungiunsur-unsur riba46 adalah diharamkan oleh syarak.Manusia diciptakan oleh Allah SWT bersifat kreatif dan dinamis untukmemajukan diri, keluarga dan membangunkan institusi masyarakatamnya. Atas peranan tersebut, Islam memberi dorongan kepadamanusia untuk menggemblengkan daya dan usahanya memanipulasikanhasil-mahsul alam ini yang merupakan sebahagian daripada pemberiannikmat yang berlimpah-ruah kepada manusia atas kapasitinya sebagaipentadbir bumi. Daya usaha ke arah penjanaan hasil alam ataupun hartaini diistilah sebagai penerokaan pencarian rezeki yang telahdianugerahkan oleh Allah SWT. Dalam istilah keagamaan, ia dikenalisebagai “Ibtaghu min Fadl li Allah. ”47 Penegasan ini disyaratkan oleh
Allah SWT dalam Al-Quran berdasarkan firmanNya yang bermaksud: Apabila telah menunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak- banyak semoga kamu berjaya. (al-Jumu`ah: 10)Merujuk kepada maksud firman Allah tersebut, Imam Ibn Kathir48mengemukakan pandangannya bahawa setelah manusia selesaimenunaikan solat, maka mereka diminta untuk meneruskan aktivitipekerjaan mencari rezeki di bumi Allah SWT ini. Meskipun manusiadituntut beriltizam melaksanakan tanggungjawab tersebut, namun diakhir ayat tersebut ia menuntut manusia mengikat diri kepadaPenciptaNya. Secara prinsipnya, Islam menyeru penganutnyamemaksimumkan usaha mereka dalam soal pencarian kurnia Allah SWT(rezeki). Walau bagaimanapun, usaha ke arah pencapaian tersebut perluada batasannya supaya manusia tidak bersikap alpa dan lalai daripadamengingati Allah SWT. Ini kerana, kepatuhan manusia kepada titahperintah Allah SWT akan memberi keuntungan dan kejayaan yang hakikisecara mutlak kepada manusia.Interpretasi yang telah dikemukakan oleh pemikir Ibn Kathir telahmenampilkan pandangan bahawa objektif kejayaan yang perlu dikejaroleh setiap individu manusia ialah mendapat rahmat daripada Allah SWTbukan sahaja di dunia tetapi juga berkesinambungan di alam akhiratnanti. Tegasnya, pensyariatan pencarian rezeki yang berorientasikankeuntungan bukanlah satu tindakan yang menyalahi syarak. Malah,terminologi perdagangan ataupun perniagaan yang bermotifkankeusahawanan ini telah diulang sebanyak 370 kali dalam Al-Quran.Gambaran yang sedemikian telah membuktikan bahawa secaraeksplisitnya ia memperlihatkan manifestasi nilai yang bersifat komersialdisokong sepenuhnya oleh Al-Quran.49Jika disingkap sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW, Baginda jugaadalah antara individu usahawan yang berjaya sama ada dalam bidangperniagaan, pengurusan, kemanusiaan dan sebagainya. Dalam konteks
perniagaan, Baginda telah berjaya menguruskan perniagaan yangdimiliki oleh Sayyidatina Khadijah Khuwailid dengan begitu cemerlang.Begitu juga dalam aspek kemanusiaan, Baginda SAW telah melakukantransformasi manusiawi ke atas penduduk Arab dan berjayamengislahkan masyarakat yang tenggelam dalam dunia jahilliah kepadaakidah yang sihat. Baginda juga telah memberi tunjuk ajar kepadamasyarakat Arab tentang kebebasan berfikir dan pembentukan institusimasyarakat yang berteraskan kepada kebebasan individu, keadilan dankemuliaaan keperibadian yang luhur.Sirah yang berlaku ini jelas menunjukkan Rasulullah SAW bersikappositif terhadap aktiviti keusahawanan. Ironinya, aktiviti pengumpulanharta adalah sesuatu yang dituntut kepada setiap individu namun ia perludilakukan dalam satu order yang sihat menurut kerangka syarak. Jikadiperhatikan dalam Al-Quran50 didapati apreasiasi terhadap golonganmanusia yang memakmurkan alam atau pun dikenali sebagai pengusahaadalah satu usaha yang murni. Tindakan tersebut mencerminkan iasebagai asas landasan kepada pra syarat masyarakat yangberperadaban tinggi.Justeru, semua kejadian yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyairahsianya yang tertentu. Sebagai contoh, Allah SWT menciptakan siangsupaya manusia menggunakan kreativiti yang ada pada mereka supayadapat mengeksploitasi alam untuk tujuan menjana harta dan dijadikanmalam sebagai masa yang ideal untuk manusia beristirehat. Kenyataanini digarap melalui firman Allah SWT yang bermaksud: Dan kerana rahmat-Nya, dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya. (al-Qasas: 73)Sehubungan dengan itu, jika dilihat kedudukan keusahawanan daripadasudut dimensi sunnah pula, kegiatan keusahawanan yang dipraktikkanoleh manusia telah mendapat pengiktirafan daripada sumber tersebut.Dalam satu riwayat yang menyentuh tentang jawapan Nabi Muhammad
SAW, Nabi ditanya berkaitan usaha manakah yang paling baik? LantasBaginda menjawab dengan sabdanya yang bermaksud:51 “(Usaha yang paling baik) iaitu usaha yang dilakukan oleh seseorang dengan tangannya dan setiap (transaksi) jual beli itu adalah mabrur (diberkati) diiktiraf.”Dalam satu hadis yang lain Nabi Muhammad SAW yang lain, daripadaSyabib bin Ghardaqah berkata maksudnya:52 “Saya telah mendengar al-Hayyi membincangkan hadis yang telah dipetik daripada `Urwah bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah memberikan kepadanya satu dinar untuk membeli seekor kambing bagi pihaknya kemudian dia membeli dua ekor kambing dengan wang tersebut. Lalu dijual salah seekor daripada dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian beliau berjumpa Nabi Muhammad SAW bersamanya seekor kambing dengan harganya satu dinar. Kemudian Nabi Muhammad SAW mendoakan kepadanya keberkatan atas jual beli tersebut, meskipun beliau menjual tanah sekalipun pasti ada keuntungan di dalamnya. (al-Bukhari)Berdasarkan dalil hadis yang dibentangkan tersebut, pendirian NabiMuhammad SAW dalam sunnahnya telah menyokong dan memperakuiaktiviti perniagaan yang diusahakan oleh manusia. Tambahan lagi NabiMuhammad SAW mendoakan keberkatan ke atas usaha yang dilakukantersebut. Pendalilan yang dikemukakan ini telah mengisyaratkan bahawaaktiviti perniagaan yang termasuk dalam unsur keusahawanan diiktirafoleh syarak.Secara tipikalnya, tema keusahawanan yang diprojekkan oleh Islambukanlah berasaskan keuntungan dan objektif material semata-matatetapi lebih cenderung kepada memenuhi tanggungjawab keperluanagama. Konseptual keusahawanan bukan sahaja menyumbang danmemberi faedah kepada manusia amnya namun fungsinya merentasi
daripada kefahaman tersebut. Ia perlu digerakkan atas landasankeadilan dan kesejahteraan sebagai asas pertimbangan ke arahmelestarikan konseptual kebajikan menurut acuan Islam.Secara tidak langsung ia dapat memelihara kepentingan umum manusiadan mendapat pembelaan yang sewajarnya seperti yang dituntut olehobjektif syarak. Tuntutan ke arah memenuhi objektif ini terarah kepadapetunjuk dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan dalam ayat 29 surahal-Nisa. Islam hanya mengiktiraf transaksi jual beli atau aktivitiperniagaan atau aktiviti keusahawanan yang cenderung kepadaperdagangan diistilahkan sebagai al-tijarah secara baik dan harmonidalam kalangan manusia. Sarjana tafsir seperti al-Qurtubi53memperincikan konseptual al-tijarah mengandungi maksud aktiviti sepertiberikut:i- Kegiatan pertukaran di sesuatu tempat tanpa bermusafirii- Transaksi perniagaan yang mengandungi unsur-unsur seperti barang atau harta yang dioperasikan secara perpindahan dari satu destinasi ke destinasi yang lainBerdasarkan kepada pandangan yang telah dikemukakan tersebut,jelaslah bahawa syariat Islam menyeru manusia melibatkan diri dalamaktiviti perekonomian yang mempunyai potensi untuk membantumenjana pendapatan atau keuntungan kepada manusia.54 Ia dituntutmengaplikasikan dalam kehidupan manusia selagimana tidak berlakukezaliman dan penindasan sesama insan.Komponen-Komponen Berkaitan Dengan KedudukanKeusahawanan IslamUntuk memperincikan kedudukan keusahawanan dalam Islam,kupasannya merangkumi komponen-komponen seperti berikut:Konsep KhalifatulardDalam rangka fahaman Islam, syariat ini telah memperakui bahawamanusia ataupun dikenali sebagai insan adalah makhluk yang palingideal untuk mengurus dan mentadbir alam ini.55 Berdasarkan kepada
ketentuan inilah manusia sebagai khalifatulard atau vicegerency yangmeliputi fungsinya sebagai qiyadah (ketuanan) perlu dilihat daripadadimensi rohaniah supaya pemahaman tentang insan, status dankedudukannnya, peranan serta objektifnya selari dengan tuntutan dankeperluan agama.Manusia atas kapasitinya sebagai pemegang amanah telah diungkapdalam terminologi yang berbeza-beza dalam Al-Quran iaitu denganterma insan56 sebanyak 65 kali, al-nas57 sebanyak 240 kali dan al-ins58dinyatakan sebanyak 18 kali. Asas pertanggungjawaban memakmurkanalam dibebankan kepada manusia disebabkan ia adalah makhluk yangbersifat dwi rohaniah dan dikurniakan akal berbanding dengan makhlukciptaan yang lain. Namun begitu, hala tuju yang perlu difokuskan olehmanusia dalam membangunkan alam ini adalah untuk memenuhi ruanglingkup kebaikan dan kemakmuran untuk dikongsi oleh seluruh makhluk.Dalam memenuhi obligasinya sebagai pemegang amanah, Allah SWTtelah menyediakan keperluan asas kepada manusia sebagai pelengkapkepada kelangsungan kehidupannya di alam ini. Jaminan dalammemenuhi keperluan asas tersebut direkodkan dalam Al-Quran melaluifirman Allah SWT yang bermaksud: Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Sholeh. Sholeh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu memakmurkannya, oleh itu mohon ampunlah kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya).” (Hud: 61)Menurut perbincangan yang telah dikemukakan oleh Fakh al-Din al-Razi,59 beliau menjelaskan bahawa penciptaan alam ini adalah bertujuanbagi faedah manusia. Oleh yang demikian, bagi memenuhi maksudtersebut, manusia telah dianugerahkan dengan potensi kemampuanuntuk menguruskan sumber alam tersebut untuk menjamin
kemaslahatan umum manusia. Pandangan yang dikemukakan oleh al-Jassas60 pula, beliau mentafsirkan bahawa Allah SWT memerintahkankepada manusia dalam usaha memakmurkan alam ini mereka perlumempelbagaikan aktiviti kerja-kerja pembangunan yang merangkumibidang pertanian, pembinaan dan pelbagai sektor yang lain berdasarkankeperluan semasa manusia.Bagi tujuan memudahkan manusia menyusun dan mengatur sistemkehidupan yang dinamis maka Allah SWT telah menundukkan segalaperbendaharaan alam yang meliputi angkasa, darat, lautan, dasar bumidan sebagainya untuk diguna dan diolah sepenuhnya oleh manusia.Kupasan perbincangan ini telah disentuh oleh Al-Quran dalam beberapatempat seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dia lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikanNya tujuh langit dan Dia Maha mengetahui segala sesuatu.” (al-Baqarah:29)Dalam kenyataan lain, Allah SWT telah menundukkan alam raya kepadamanusia berdasarkan firmanNya lagi yang bermaksud: “Dan dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. ” (Ibrahim:33)Dalam ayat yang lain, lautan diciptakan untuk kemudahan manusia,seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Allahlah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapalkapal dapat belayar padanya dengan izinNya dan supaya kamu dapat mencari KurniaNya dan mudah-mudahan kamu bersyukur.” (al-Jathiyah:12)
Berdasarkan petunjuk ayat-ayat Al-Quran yang dipaparkan tersebutmenatijahkan bahawa secara empirikalnya setiap zat dan unsur yangada dalam alam fizikal ini adalah dijadikan untuk manfaat manusiasepenuhnya. Untuk merealisasikan keperluan tersebut, pengisian kepadakonsep kekhalifahan ini perlu diisi dengan konseptual pembangunanyang bersifat lestari ataupun sustainable developement.61 Usahatersebut meliputi domain pembangunan kemanusiaan dan juga domainpembangunan alam. Kedua-dua proses domain tersebut perlu berjalandengan serentak dan diimbangi dengan keperluan keagamaan.Intipati kepada pengisian kerangka pembangunan dalam ruang lingkupIslam diakari dengan falsafah yang bersifat kerohanian dan material.Menurut al-Baydhawi,62 beliau mengemukakan pandangan bahawasecara konseptualnya konsep kekhalifahan bersifat umum danmerangkumi dua perspektif iaitu pembangunan manusia danpembangunan alam. Tumpuan pembangunan yang dimaksudkan ialahmengoptimumkan kesejahteraan manusia (al-falah) ke tahap maksimumdalam memenuhi setiap bidang keperluan manusia dengan berpandukanacuan syarak. Elemen agama ini diberi kedudukan yang istimewa keranaia menjadi teras kepada kehidupan insan.Atas kesedaran inilah ia memberi satu garis panduan kepada manusiatentang kepentingan amanah keinsanan (primodial contract) adalah satutanggungjawab yang perlu diimplementasikan dengan petunjuk agama.Segala perlakuan dan tingkah laku manusia perlu terarah kepada jalankebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, kerosakan dankezaliman. Dengan kata lain formula untuk mencapai jalan tersebut ialahdengan berpegang kepada prinsip ”al-Amr bi al- M`aruf wa al-Nahy ‘anal-Munkar.” Pematuhan dan pemakaian prinsip ini menepati denganhakikat insan yang perlu patuh dengan meng`abdikan dirinya secarajazam kepada Allah SWT dan terikat sepenuhnya kepada perundanganyang telah diwartakan oleh wahyu. Oleh yang demikian, insan yangberfungsi sebagai pemegang amanah bertanggungjawab memakmurkanalam ini perlu bertindak di atas landasan yang betul dan bukan dengancara melampaui batas dan melakukan pelanggaran hak-hak yang lain.Hal yang sedemikian disebabkan konseptual insan berkisar kepada
kesatuan konsep khilafah dan juga konsep ùbudiyyah.63 Kedua-duafungsi ini tidak boleh dijuzukkan secara tunggal dan terasing. Sebaliknya,kedua-dua fungsi perlu dintegratifkan dengan ikatan keagamaan yangmenjadi sendi penghubung untuk menyempurnakan fungsi insan sebagaimakhluk yang mulia di sisi Allah SWT. Apabila kedua-dua fungsi inidiiltizamkan oleh manusia dengan penuh kesedaran beragama danberadab, ia akan bertindak sebagai kawalan rohaniah yang mengawasisetiap perlakuan manusia supaya bertindak dengan cara yang dihalalkanoleh syarak. Oleh itu, jelaslah hakikat insan akan lebih terserlahpotensinya apabila konsep khalifah dan konsep ùbudiyyah disepadukanuntuk dihayati oleh manusia yang bergelar sebagai pemegang amanah.Namun begitu, apabila fungsi keinsanan tersebut dicerakin dandipisahkan, ia akan melahirkan manusia yang cenderung kepadaperbuatan yang mungkar dan bertentang dengan kehendak agama.Manusia yang bersifat sedemikian bersikap bebas untuk memanipulasikhazanah alam mengikut tuntutan hawa nafsunya tanpa mengambil kiralarangan dan keperluan agama. Mereka bebas untuk mengolah hasil-mahsul alam meskipun ia bertentangan dengan etika moral. Kealpaanmanusia memahami amanah yang perlu dipikulnya mengakibatkan iahanyut dalam lautan kesesatan dan kesudahannya ia boleh menjatuhkanmartabat kemuliaan kepada kehinaan. Kegagalan memahami fungsitersebut menyebabkan sifat-sifat keji (mazmumah) tidak dapat dikekangdan dikawal. Dalam situasi sedemikian manusia sudah hilangpertimbangan agama.Justeru, adalah menjadi satu keperluan kepada manusia untukmengintegrasikan nilai agama bersendikan tauhid yang disimbolkansebagai obor kehidupan dengan keperluan kehidupan manusia di duniayang bersifat kebendaan. Ini kerana, keseimbangan ini merupakanmekanisme integratif yang terbaik terhadap manusia dalam usahamemakmurkan alam. Kombinasi antara dua pendekatan tersebut akanmengadunkan satu formula yang akan mencermin dan menzahirkanketinggian nilai hati budi dalam diri manusia. Nilai-nilai yang terangkumdan bersendikan keimanan yang hakiki kepada Allah SWT tersebut akanmenjadi penebat kepada manusia supaya tidak merosakkan fungsiagungnya sebagai khalifatulard. Kesan tersirat di sebalik penghayatan
yang mutlak kepada konsepsi tersebut akan menyerlahkan kerangka hatibudi individu Muslim, mukmin dan muflih.Cerminan kepada ciri-ciri tersebut akan menzahirkan keperibadian yangterpuji seperti yang dituntut oleh petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah.Individu yang memiliki sifat-sifat sedemikian layak mendapatpenghormatan yang tinggi oleh Allah SWT serta menepati kriteriakhalifatulard yang memiliki karisma untuk memakmurkan alam ciptaanIlahi ini. Walau apapun tingkah laku manusia sama ada yangberimpakkan politik, kesenian, teknologi, sosial, ekonomi dan sebagainyaia perlu diharmonisasikan dengan nilai-nilai agama yang bertindaksebagai akar yang mendasari setiap bidang keperluan manusia.Natijahnya, ia akan menitipkan kesedaran dalam hati setiap manusiabahawa setiap fenomena dan segala hasil ciptaan manusia padakemuncaknya akan membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah YangMaha Esa. Sehubungan dengan itu, konsepsi keseimbanganpembangunan khalifatulard yang ideal diilustrasikan dalam Rajah 3.1seperti berikut: Rajah 3.1: Keseimbangan Pembangunan Khalifatulard
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113