Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore bacalah-sayang-buku-2

bacalah-sayang-buku-2

Published by norazmangah, 2022-08-17 14:26:28

Description: bacalah-sayang-buku-2

Search

Read the Text Version

Idea asal PUAN HAJAH JULIANI BINTI ABDULLAH Disemak semula PANEL PENERBITAN KREATIF KEMBARA SDN.BHD.

PRAKATA Buku BACALAH SAYANG memperkenalkan satu “Formula” dan cara yang sistematik untuk membina kemahiran bacaan secara cepat dan tepat tanpa perlu mengenal keseluruhan abjad A-Z terlebih dahulu. Kaedah ini disusun berdasarkan konsep terus membaca dengan satu huruf satu hari melalui kaedah suku kata. Buku ini dihasilkan atas kesedaran: 1. Bahawa Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang paling mudah dipelajari jika terdapat satu kaedah yang sistematik. 2. Wujudnya masalah yang dihadapi oleh guru tahun satu khasnya dan guru-guru amnya tentang kaedah untuk mengajar murid-murid membaca dan menulis dengan cepat dan tepat, sebelum mengajarkan kemahiran bahasa yang lain. 3. Bahawa kemahiran bacaan seharusnya dibina secara konkrit melalui proses kenal huruf suku kata perkataan ayat dan seterusnya membaca petikan dengan intonasi yang betul. 4. Bahawa kaedah tradisi, menghafal dan mengenal kesemua huruf abjad dahulu sebelum boleh membaca, membuang masa dan membunuh minat murid-murid untuk menguasai kemahiran bacaan. 5. Menginsafi masalah guru dalam penyediaan bahan tersusun ke arah mengajar murid-murid menguasai kemahiran bacaan dan cekap menulis dalam jangka masa yang pendek agar dapat menguasai kemahiran yang lain dengan penuh minat dan berkeyakinan. 6. Bahawa buku ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Malaysia Tahun Satu khasnya dan Kelas Pemulihan untuk membasmi buta huruf. 7. Bahawa buku ini boleh juga dijadikan sebagai bahan ujian pengesanan untuk menilai tahap penguasaan dan kesukaran murid dalam menguasai kemahiran bacaan kerana bahan bacaan disusun berperingkat-peringkat. Sesungguhnya, buku ini dicipta dan disusun untuk mempercepatkan celik huruf dalam kalangan murid-murid peringkat awal kanak-kanak lagi.Paparan ini akan dapat melahirkan kanak-kanak yang bersikap positif, berwawasan, dan pintar cerdas. Diharap buku ini dapat menyerap keprihatinan ibu bapa berganding bersama-sama guru ke arah celik huruf seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan pelajaran dalam Bahasa Malaysia.

nga ngi ngu nge nge ngo singa nganga telinga pelangi bunga wangi ungu ngeri ngilu dungu Ngami mengira mengeja belanga mengapa Bunga ungu itu wangi. Singa ada telinga. Mengapa singa suka menganga? Ini Ngami. Ngami suka mengira. Ngami juga suka mengeja.

nya nyi nyu nye nye nyo nyonya bunyi nyanyi penyu nyata nyala punya sunyi nyiru nyawa menyapu Itu bunyi penyu. Nyonya suka penyu itu. Penyu suka hari sunyi. Nyonya suka menyanyi. Nyonya menyanyi masa sunyi. Nyonya juga suka menyapu. Nyonya menyala api pada hari sunyi.

ak ik uk ek ek ok kapak betik datuk pokok nenek budak bilik beruk rokok cicak muzik balik duduk emak manik masuk gemuk laksa komik waktu esok sepak adik batuk masak kakak katak minyak banyak keropok memekik jurusolek Datuk buka kotak. Katak masuk kotak itu. Adik usik katak itu. Kakak saya memekik. Emak tolak katak itu. Katak itu masuk bilik.

at it ut et et ot lalat sabit sikat kasut rakit ubat parit semut ulat kulit sakit jahit perut tumit badut kaset joget langit kunyit pulut belut semut ikut dekat sepat sihat biskut lawat pahit sangat pesawat Mamat nasihat jururawat Emak Mamat masak pulut. Emak masak pulut kunyit. Mamat balik sakit perut. Emak beri Mamat ubat pahit. Mamat nyata jadi sihat. Mamat joget ikut muzik daripada kaset.

am im um em em om ketam garam jarum jem ayam kolam hakim alim demam minum ombak mimpi senam tanam kalam Halim siram semalam bayam Mak Som rempeyek kokurikulum Ayam itu lari dekat Halim. Mak Som nampak Halim. Mereka minum sama-sama. Mak Som tanam pokok bayam. Mak Som tanam bayam di tepi kolam. Hari-hari Mak Som siram pokok bayam itu.

an in un en en on ikan sabun cawan lilin belon dan cincin timun kebun dewan kendi besen jalan mandi Harun bendi angin rajin kunci tekun tangan cantik lengan pensel bangun telefon penjaga menteri pelamin halaman rambutan pelajaran Harun ada kebun. Dekat kebun ada kolam ikan. Dalam kolam ada banyak ikan. Harun rajin ke kebun pada awal pagi. Harun tanam timun, bendi, dan rambutan. Harun siram pokok timun, bendi, dan rambutan.

al il ul el el ol katil bakul botol bantal tebal pil tukul dodol gol mahal bisul degil betul ajal kecil Gopal novel Jalil epal wisel Kamal ambil basikal kerikil Kamal penjaga gol bola sepak. Kamal berasa sakit kerana ada bisul. Kamal duduk sahaja di atas katil. Kamal ambil pil dari dalam botol. Jalil dan Gopal melawat Kamal. Mereka bawa epal, dodol, dan novel. Mereka beli epal, dodol, dan novel itu di pekan.

ah ih uh eh eh oh rumah gajah buluh basuh ayah susah pedih sedih suruh merah dadih didih hodoh subuh indah tanah buruh jatuh letih sampah dakwah sawah mahkota Faridah mahkamah Sarimah Rumah Sarimah di tepi sawah. Halaman rumah Sarimah indah. Ayahnya tanam buluh di tepi rumah. Rupa-rupanya, Sarimah ada adik. Adik Sarimah namanya Faridah. Ayah suruh Faridah sapu sampah. Ayah kasih akan Sarimah dan Faridah. Ayah beri Sarimah dan Faridah dadih.

ar ir ur er er or  cadar jelir telur sayur obor gitar sifir kapur kotor motokar mahir cukur bubur jalur terjatuh banjir motor asar pasar pelajar ajar kurma catur lahir farmasi doktor dapur pergi makmur merpati hantar pakar umur arkitek berjumpa Pagi itu, Johar ke pasar. Johar bawa motokar Basir. Johar beli sayur dan telur. Basir terjatuh daripada motor. Mukanya lebam dan calar-balar. Basir dihantar berjumpa doktor pakar.

as is us es os lipas berus kubis tikus betis bas kapas emas manis kamus Ogos garis keris lukis kupas lepas nanas miskin Anas bengis keras mancis Pak Abas menangis pengemis Pak Abas ada kebun nanas. Pak Abas tanam nanas madu. Anas cucu tiri Pak Abas. Anas suka makan nanas. Anas petik dan kupas nanas. Nanas itu lazat dan manis. 10

ap ip up ep ep op asap kicap sup sudip atap gagap kutip hirup cekap tutup sirip celup gugup sirap gelap kacip cukup malap hidup karipap lenyap senyap helikopter Anas cekap memasak. Anas masak sup sirip ikan dengan kicap. Anas ajak Salim hirup sup itu. Rasa sup itu sangat sedap. Selepas hirup sup, Anas minum sirap. Anas turut makan karipap. Tiba-tiba dapur itu jadi malap. Anas rasa amat gugup dan terus tutup api dapur itu. 11

ab ib ub ob ad id ud od arnab kitab Ahad masjid sebab nasib kutub karib wad murid adab wajib Arab tabib abad jilid akrab arkib kitab Ayob akad Hamid murtad Majid abjad sujud rekod Ayob dan Hamid rakan karib. Mereka selalu baca kitab lama. Mereka juga suka bela arnab. Pada hari Jumaat mereka ke masjid. Di masjid mereka jumpa Haji Majid. Ketiga-tiga mereka amat akrab. 12

ai au ia iu io ua ui petai pisau peria buaya kuih gerai daun tuala buih dua dia kedai hijau jual kuil kuah misai kerbau niaga buah duit deria piano cuaca ceria biola juadah rambai limau pandai periuk pegawai belalai muzium tembikai luas Pak Lebai ada gerai dekat muzium. Gerai Pak Lebai luas dan ceria. Di gerainya ada buah tembikai, tapai, dan limau. Pelbagai jenis kuih juga dijual di situ. Ramai pegawai ke kedai Pak Lebai. Pak Lebai pandai main biola dan berniaga. Dia pandai mencari duit. 13

ang ing ung eng eng ong pisang kucing terung hidung sotong angkat padang kacang cangkul bingkai kandang banglo sangkar singlet burung dacing gasing ringgit conteng condong anjing baling kambing sayang bumbung kangkung bengkok ponteng tengku bongkah bohong kongsi pongkes Pak Awang bela kambing dan burung. Pak Awang buat kandang di tepi padang. Anjing suka kejar kambing Pak Awang. Pak Awang angkat sebuah pongkes. Pak Awang baling pongkes ke arah anjing. Anjing itu takut lalu lari lintang-pukang. 14

sya syi syu sye syampu syiling televisyen syabas syirik syukur syiar syarat nasyid syurga tuisyen syarahan syaitan syarikat masyarakat mesyuarat kha khi khu khe Khamis khilaf khusus khabar khidmat khurafat khas mutakhir khusyuk khatib khianat khutbah khayal khemah Khalid khazanah khalayak 15

Hari ini hari Khamis. Sekolah Khalid mengadakan pertandingan syarahan. Khalid bersyarah di hadapan khalayak ramai. Tajuk syarahan Khalid ialah “Khazanah Melayu Lama”. Guru besar mengucapkan syabas kepada Khalid. Khalid ingin berkhidmat sebagai pensyarah khusus tentang khazanah Melayu. 16

Haiwan peliharaan arnab kucing angsa ayam anjing kerbau 17

Haiwan liar gajah beruang singa buaya landak kera 18

Serangga semut lipas rama-rama lalat tebuan kala 19

Buah-buahan nanas manggis mangga jambu langsat pisang 20

Sayur-sayuran terung petola tomato bendi lobak merah kacang panjang 21

Jenis-jenis bunga bunga raya bunga ros bunga kertas bunga matahari bunga teratai bunga orkid 22

Jenis-jenis pakaian baju kurung baju Melayu baju kemeja seluar panjang sapu tangan songkok 23

Bahagian tumbuhan daun bunga batang buah biji akar 24

Anggota badan haiwan kucing ekor hidung mata telinga mulut misai kuku kaki 25

Anggota badan haiwan ayam jantan ekor balung mata paruh taji kaki 26

Taman bunga Ini taman bunga. Taman bunga ini cantik dan bersih. Di sini terdapat pelbagai jenis bunga. Ada bunga raya, bunga kertas, bunga tasbih, dan lain-lain. Udara di sini juga segar dan nyaman. Di taman bunga juga disediakan tempat duduk untuk kita berehat. Kita tidak boleh membuang sampah di merata-rata tempat. Pada hari minggu dan cuti am, ramai orang ke taman bunga. 27

Dusun buah-buahan Datuk saya ada dusun buah-buahan. Di sini terdapat berbagai-bagai jenis pokok buah- buahan. Ada pokok duku, durian, rambutan, manggis, langsat, dan cempedak. Di dusun itu ada sebuah pondok kecil. Datuk selalu berehat di pondok itu. Pada musim durian datuk tidur di pondok itu. Saya selalu ke dusun datuk bersama-sama dengan ayah, emak, abang, dan adik. Ayah dan abang pandai memanjat pokok rambutan dan manggis. Saya sungguh seronok makan buah- buahan tersebut. 28

Pekebun sayur Bapa Harun pekebun sayur. Kebun sayurnya luas. Ada berbagai-bagai jenis sayur di kebun itu. Ada sayur sawi, bayam, lobak, kangkung, terung, kacang panjang, bendi, dan timun. Sayuran tersebut ditanam di atas batas. Bapa Harun bangun pada waktu pagi untuk menyiram sayuran itu. Dia menyiram sayuran dua kali sehari. Sayuran itu juga dibubuh baja supaya subur. Harun selalu menolong bapanya di kebun. 29

Kebersihan diri Tiap-tiap pagi Aina gosok gigi. Gigi Aina putih dan bersih. Gigi bersih tidak mudah sakit. Aina mandi menggunakan sabun. Selepas memakai pakaian, Aina menyikat rambutnya. Rambut Aina kemas dan bersih. Pakaian Aina sentiasa bersih. Dia menjaga pakaiannya supaya tidak kotor. Aina juga memotong kukunya seminggu sekali. Kuku tangan dan kakinya pendek dan bersih. 30


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook