Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Spotlight PKD Klang 12021

Spotlight PKD Klang 12021

Published by dziehan5885, 2021-07-26 04:37:26

Description: Spotlight PKD Klang 12021

Keywords: Buletin Farmasi,Farmasi PKD Klang

Search

Read the Text Version

RX SPOTLIGHT EDISI 1 • JULAI 2021 BAHAGIAN FARMASI PKD KLANG ISI KANDUNGAN Kata Alu-Aluan • MS. 2 Norma Baharu Di Fasiliti Kesihatan • MS. 5 Perkhidmatan Farmasi \"Park & Take\"• MS. 6 Cabaran Farmasi Di Pulau Ketam\"• MS. 7 Kesihatan Mental Di Kalangan Frontliners • MS. 8 Karnival Inovasi JKNS • MS. 10 Pengenalan Ubat Baru Formulari PKD Klang • MS. 14 Penghargaan • MS. 16 MENGENAI VAKSIN COVID-19 Program Imunisasi Di Hospital Pantai, Klang Program Imunisasi Di Dewan Kelab Kilat TNB Kapar Proses Aliran Pemberian Vaksin Covid-19 Long Covid : Post Covid Syndrome JULAI 2021 | M/S 1

BULETIN FARMASI PKD KLANG KATA ALU-ALUAN PUAN NORHARLINA BINTI SULAIMAN Tahniah dan syabas kepada sidang pengarang serta semua anggota farmasi lain yang turut terlibat dalam penerbitan Buletin Bahagian Farmasi PKD Klang. edisi pertama bagi tahun 2021. Saya percaya semua anggota farmasi Pejabat Kesihatan Daerah Klang masih lagi cekal dalam perjuangan kita bersama ahli pasukan kesihatan yang lain memerangi pandemik Covid 19. Pandemik ini telah memberikan kesan yang besar dalam kehidupan kita, yang kini telah menjangkau tempoh lebih satu tahun. Pemakaian ‘personal protective equipment’ (PPE), sanitasi dan penjarakan fizikal telah menjadi kebiasaan baru kita dan telah mengubah cara kita penyampaian perkhidmatan kita. Kita berdepan pelbagai cabaran bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kepada pesakit dan anggota kesihatan lain. Antaranya ialah kesukaran mendapatkan bekalan ‘personal protective equipment’ (PPE) akibat permintaan yang tinggi diseluruh dunia. Perbelanjaaan tambahan juga juga diperlukan untuk bagi menampung keperluan bekalan PPE, barangan untuk sanitisi serta barangan pakai buang yang meningkat. Covid 19 juga telah menyebabkan harga sesetengah item termasuk uba-ubatan melambung tinggi disebabkan kekangan bekalan. Sejak negara kita memulakan program imunisasi Covid 19 kebangsaan pada Mac tahun ini, anggota farmasi mula memainkan peranan yang penting dalam pengurusan vaksin yang memerlukan penjagaan penyimpanan dan rangkaian sejuk yang teliti. Selain itu juga, anggota farmasi berperanan dalam pendidikan kepada masyarakat untuk menggalakkan pengambilan vaksin Covid 19 di samping memberi kefahaman berkenaan mekanisma tindakan vaksin serta kesan sampingan yang mungkin dihadapi. Pada masa yang sama, pengaruh dan hujah golongan anti vaksin juga perlu dibanteras . Di samping berusaha keras mengatasi semua cabaran ini, perkhidmatan harian di kaunter farmasi perlu berjalan seperti biasa dengan lancar. Oleh itu, pelbagai inovasi dan langkah penambahbaikan dalam pendispensan ubat-ubatan telah diambil seperti EZ Locker, Sistem Letak dan Ambil (SLA), Farmasi Park & Take. Beberapa penyesuaian proses kerja telah dibuat bagi memberi kemudahan mendapatkan Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) dan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) secara atas talian. Secara keseluruhannya, Value Added Services (VAS) farmasi ini telah membantu pesakit mendapatkan bekalan ubat tanpa perlu menunggu lama atau memasuki kawasan klinik. Selain itu, dengan adanya perkhidmatan kaunseling ubat atas talian, pesakit juga tidak perlu hadir ke klinik untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan ubat-ubatan, seterusnya mengurangkan risiko jangkitan Covid 19. Saya berharap agar semua anggota farmasi akan meneruskan iltizam dan komitmen dalam usaha memerangi COVID 19. Teruskan berdoa dan bertawakkal setelah kita memberikan yang terbaik dalam segala usaha yang dibuat. Semoga kita benar-benar dapat mengisytiharkan kemenangan atas wabak ini secepat yang mungkin. In sya Allah. JULAI 2021 | M/S 2

BULETIN FARMASI PKD KLANG OLEH : NURIN NABILA & TAN LEE FEI JULAI 2021 | M/S 3

BULETIN FARMASI PKD KLANG PROGRAM IMMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) DI DEWAN KELAB KILAT TNB KAPAR Fasa I Fasa II Fasa III Pegawai perubatan, Warga emas dan golongan Orang awam lain berumur pertahanan dan berisiko tinggi (penyakit 18 tahun ke atas perkhidmatan penting kronik) sasaran:13.7juta orang sasaran :500k orang sasaran :9.7 juta orang Jun 2021 - Februari 2022 Februari-April 2021 Mei-Ogos 2021 Antara anggota kesihatan yang terlibat dalam menjayakan PICK di Dewan Kelab Kilat TNB Kapar. PERANAN PEGAWAI FARMASI DALAM PENGENDALIAN VAKSIN COVID-19 Pegawai Farmasi akan ke hospital Pusat Simpanan Vaksin (PSV) untuk mengambil vaksin dan diiringi oleh pasukan polis sepanjang perjalanan pulang ke KK Kapar. Bagi tujuan pembekalan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), vaksin akan dipindahkan ke peti simpanan sejuk (cold box) dalam suhu kekal antara 2-8 C Imbasan kod nombor siri vaksin dan myVAS dijalankan setelah penerima menerima suntikan vaksin. Pegawai farmasi menerangkan tentang kesan sampingan /AEFI. Pemerhatian dijalankan selama 30minit selepas menerima suntikan Kad vaksin diberikan dengan memaklumkan JULAI 2021 | M/S 4 tentang tarikh dos kedua suntikan vaksin OLEH : NORYATI & FATIN NURSYAFIQAH

BULETIN FARMASI PKD KLANG PROGRAM Pasukan kerja Unit Farmasi Klinik IMUNISASI DI Kesihatan Bukit Naga telah menyahut cabaran tugasan ini PANTAI HOSPITAL, dengan penuh semangat. Pegawai KLANG farmasi memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program vaksinasi ini. Antara tugasan pegawai farmasi adalah untuk Pada bulan Mac 2021, program memastikan vaksin yang dihantar ke Program vaksinasi fasa pertama vaksinasi COVID-19 telah PPV selamat dan berkeadaan baik di hospital swasta ini merupakan bermula untuk fasa pertama bagi dengan memastikan rangkaian sejuk suatu pengalaman yang berharga golongan barisan hadapan. Fasa vaksin tersebut tidak terputus. dengan gabungan tenaga warga pertama ini juga melibatkan Selain itu, pegawai farmasi juga perlu KKM dan fasiliti kesihatan swasta beberapa hospital swasta yang memastikan kod vaksin yang diimbas dalam menangani wabak Covid- akan membantu vaksinasi sama dengan kod vaksin yang 19 ini. golongan barisan hadapan yang disuntik. bekerja di hospital-hospital dan klinik swasta. Klinik Kesihatan Bukit Naga telah ditugaskan untuk membantu salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut iaitu Hospital Pantai, Klang. Pusat Vaksinasi di PKD Klang Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AWAM Dewan Sukan Dewan TNB Kapar SEMUA KLINIK KESIHATAN Pandamaran DI BAWAH PKD KLANG OLEH : NURSYELLAWATY & LEE KAH YEE JULAI 2021 | M/S 5

BULETIN FARMASI PKD KLANG LONG COVID (POST COVID SYNDROME) MENCEGAH COVID-19 LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT Long COVID ataupun Post Covid Syndrome merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih mempunyai simptom yang berpanjangan akibat jangkitan COVID- 19. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, berdasarkan rujukan antarabangsa, NICE Guideline, menyatakan pesakit yang telah mendapat jangkitan COVID-19 berkemungkinan untuk kekal mempunyai beberapa simptom dalam tempoh 12 minggu atau lebih. Ihsan daripada CPRC Perkhidmatan Hospital Program Perubatan Long COVID boleh menyebabkan tempoh rawatan dan tempoh hospitalasi menjadi lebih lama. Walaupun pesakit telah sembuh dari Jangkitan COVID boleh memberikan implikasi jangkitan COVID-19, mereka serta kesan buruk kepada kualiti kehidupan. berkemungkinan untuk mengalami Amalkan 3W dan elakkan 3S/C. keadaan ini. Kadangkala, pesakit yang pada awalnya tidak mengalami sebarang gejala juga boleh mengalami Long COVID. OLEH : UMMI SYAHIDA JULAI 2021 | M/S 6

BULETIN FARMASI PKD KLANG KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN FRONTLINERS SEMASA PANDEMIK COVID-19 Ia boleh dibahagikan kepada 3 dimensi iaitu: kelesuan Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi tekanan berlebihan & kemurungan, bersifat burn-out: negatif kurangkan menggunakan media social yang boleh mengganggu emosi. menjadi kurang produktiviti Hadkan 'screen-time' untuk beberapa jam sahaja sehari. & penurunan prestasi. mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil makanan yang Langkah-langkah penjarakan seimbang dan bersenam secara berkala. sosial untuk mengekang Pastikan tidur yang mencukupi dan berkualiti. Pandemik Covid-19 telah Segera mendapatkan vaksinasi bagi Covid-19. penularan virus Covid-19 telah Berhubung dengan keluarga secara di atas talian dan berbincang megenai menyebabkan terlalu banyak masalah sekiranya ada. mewujudkan perasaan perubahan terutama sekali dari loneliness & isolation. segi gaya hidup, sumber pendapatan dan cara berinteraksi antara satu sama Kemerosotan emosi ini diburukkan lagi dengan tekanan lain. Langkah-langkah yang dan kegelisahan yang semakin meningkat. Belajar mengatasi diambil untuk membendung tekanan secara sihat akan menjadikan anda, dan orang- penularan wabak telah orang di sekeliling anda menjadi lebih berdaya tahan. mengubah kehidupan setiap individu secara radikal dari segi peribadi mahupun profesional. Perubahan yang mendadak pastinya akan melibatkan gangguang emosi kepada sesetengah individual, terutamanya di kalangan frontliner yang semakin terbeban dengan peningkatan beban kerja. Stress yang berlebihan dan 'burn-out' adalah antara kesan daripada peningkatan kes Covid-19 di negara ini. 'Burn-out' boleh didefinasikan sebagai sindrom yang disebabkan oleh stress berlebihan di tempat kerja. OLEH : NOOR LIYANA JULAI 2021 | M/S 7

BULETIN FARMASI PKD KLANG Norma Baru Di Sepetang Bersama Fasiliti Kesihatan Pegawai Farmasi Anda Anggota perlu memastikan terdapat aplikasi MySejahtera serta mengimbas Bagi memastikan kod MySejahtera sebelum memulakan kelangsungan kerja. Selepas mengimbas kod penyampaian MySejahtera, anggota juga perlu perkhidmatan pendidikan mengambil suhu badan sebelum kepada pesakit, Unit memasuki tempat kerja. Farmasi Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang telah Penggunaan hand sanitizer digalakkan menganjurkan satu sesi di setiap stesen, di mana hand rub dan kaunseling berkumpulan poster berkenaan disediakan. Selain buat julung julung kalinya itu, disinfeksi harus dijalankan melalui laman mengikut jadual yang ditetapkan. perbincangan maya pada 26hb Februari yang lalu. Setiap stok personal protective Sesi ini telah berlangsung equipment (PPE) perlulah dipantau selama satu jam dan dengan menyediakan paras minima dihadiri oleh seramai 14 dan maksima. Stok (PPE) juga perlu pesakit. disimpan untuk mengelakkan kontaminasi iaitu di tempat yang Penceramah jemputan, kering dan bersih sehingga diperlukan. Encik Mphd Dziehan bin Latihan memakai (PPE) perlu dilakukan Mustapa, selaku wakil unit setiap tiga bulan sekali. farmasi telah berperanan sebagai penyampai untuk Penjarakan fizikal juga perlu diamalkan sesi kaunseling bukan sahaja kepada pesakit, malahan kepada staf yang sedang bekerja berkumpulan ini. sama ada di kaunter, ruang solat atau ruang makan. Sebagai peringatan, Dalam seisi ini, kita penanda penjarakan fizikal boleh dilekatkan di lantai klinik sebagai berkongsi mengenai panduan. kepentingan kepatuhan ubat-ubatan dan faktor- faktornya. Poster berkenaan peringatan norma Selain itu, pesakit juga baharu perlu dipamerkan di tempat yang strategik dan di tempat awam diberi ruang untuk bertanya serta melabel tanda arah masuk dan keluar untuk pekerja di dalam klinik. sebarang kemusykilan mengenai ubat-ubatan mereka. OLEH : NADHRAH & JASMIN JAILANI JULAI 2021 | M/S 8

BULETIN PKD KLANG VAS: PERKHIDMATAN FARMASI PARK & TAKE Perkhidmatan Farmasi Park & Take mula ditawarkan di Klinik Kesihatan Bandar Botanic (KKBB) bermula 1 Disember CARTA ALIR FARMASI PARK & TAKE 2020 Pada awalnya, perkhidmatan Farmasi Imbas kod QR pada kad biru “Park & Take” yang diberikan (imbas sekurang-kurangnya Park & Take beroperasi secara 1- 3 hari sebelum tarikh mengambil ubat) sementara di salah satu bilik doktor Lengkapkan maklumat yang iaitu Bilik 15 yang terletak diperlukan. Kemudian, tekan butang berhadapan dengan tempat parkir hantar kereta. Pesakit perlu meninggalkan Ambil ubat mengikut hari dan masa yang dipilih preskripsi di kaunter Farmasi Park & Take atau Farmasi Utama terlebih Kaunter Farmasi Park & Take Ruangan parkir khas Farmasi dahulu sebelum dibenarkan (Bilik 15) Park & Take (berhadapan Bilik 15) mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan. Pada 1 Februari 2021, sistem kod QR untuk pengambilan ubat susulan di Farmasi Park & Take mula diperkenalkan. Melalui kod QR ini, pesakit dapat memaklumkan pihak farmasi dan membuat temujanji bagi pengambilan ubat susulan tanpa perlu hadir / letak preskripsi di kaunter terlebih dahulu. Tanggal 3 Mei 2021, perkhidmatan Farmasi Park & Take secara rasminya mula beroperasi di kabin yang dibina khas untuk perkhidmatan ini. Upacara perasmian dan pembukaan Tempat letak kereta khas disediakan kabin Farmasi Park & Take oleh Dr berhadapan dengan kaunter “Park & Take”. Masitah bt Mohammad, Pegawai Kesihatan Daerah, PKD Klang. Ambil ubat terus di kaunter farmasi “Park & Take”. Ubat sudah disediakan Lawatan kabin setelah upacara perasmian yang dihadiri oleh Pegawai Farmasi Kesihatan, PKD Klang, Pn Norharlina bt Sulaiman, penyelia-penyelia KKBB, wakil Unit Farmasi KKBB, Unit Farmasi Logistik Kesihatan serta Unit Pembangunan. LAIN-LAIN VAS YANG DITAWARKAN DI KK BANDAR BOTANIC SPUB SISTEM TELEFON & UBAT MELALUI EASYLOCKER SISTEM LETAK & AMBIL (STA) POS (UMP) AMBIL (SLA) OLEH : AINA NABIHAH JULAI 2021 | M/S 9

BULETIN FARMASI PKD KLANG CERITA FARMASI DARI PULAU Unit Farmasi memainkan peranan yang penting Aktiviti perolehan ubat-ubatan dan bukan ubat dalam sesebuah klinik kesihatan. Cabaran tugas secara atas talian melalui Pharmacy semakin memuncak apabila bangunan asal Klinik Information System (PhIS) dihentikan atas Kesihatan Pulau Ketam diwartakan tidak selamat sebab isu keselamatan perkakasan serta digunakan oleh pihak berkuasa dan dipindahkan ke ketiadaan kemudahan capaian internet di Pusat Rukun Tetangga, Pulau Ketam. Sejak itu, bangunan milik pihak ketiga. klinik beroperasi secara lawatan 3 hari seminggu dan unit farmasi tidak lagi dapat menjalankan Selain itu, ketiadaan kemudahan capaian aktiviti seperti biasa. internet serta capaian isyarat telekomunikasi di pulau menimbulkan kesulitan komunikasi, Ruangan yang sangat terhad di klinik menyebabkan pengurusan email dan mesyuarat yang farmasi perlu berkongsi ruangan bersama unit lain kadangkala di lakukan secara maya dalam untuk beberapa perkara seperti kaunseling kepada situasi pandemik ini. pesakit, pendipensan ubatan dan lain-lain lagi. Bekalan susulan ubat kronik perlu disediakan di KK Cabaran-cabaran lain yang dihadapi adalah Pelabuhan Klang dan dibawa ke Pulau untuk kekangan masa untuk menyiapkan kerja didispens. tambahan kerana waktu operasi klinik yang lebih pendek. Program HMR, dan pasukan Ketiadaan stor yang sesuai menyebabkan semua klinik bergerak Sungai Lima kini hanya dapat barangan ubat dan bukan ubat perlu dibuat dijalankan secara bulanan. pesanan dari KK Pelabuhan Klang dan anggota farmasi sendiri perlu mengangkat barangan Namun, segala cabaran yang dilalui tersebut dan dibantu oleh anggota unit-unit lain merupakan pengalaman dan proses untuk dibawa ke Pusat Rukun Tetangga. pembelajaran yang mungkin tidak akan dapat di tempat lain. ANGGOTA FARMASI ANGGOTA MENGANGKAT KESIHATAN PERLU BEKALAN UBAT KE KK MELOMPAT KE PULAU KETAM. DALAM BOAT SEMASA AIR SURUT. OLEH : C.KHOO & HAFIZ JULAI 2021 | M/S 10

BULETIN FARMASI PKD KLANG KARNIVAL INOVASI JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR 2020 NAIB JOHAN IMPROVING THE APPROPRIATE USE OF CLOPIDOGREL IN PRIMARY CARE SETTING Bahagian Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah Klang DATA KLINIKAL PENDAHULUAN Penggunaan ubat yang rasional adalah suatu aspek penting dalam perkhidmatan kesihatan. Ia memberi banyak manfaat yang terbukti dalam hasil perawatan pesakit dan menatijahkan kos yang optimum kepada institusi kesihatan. Penggunaan ubat secara rasional adalah di mana \"pesakit menerima ubat yang sesuai dengan keperluan klinikal mereka, dalam dos yang memenuhi keperluan individu, untuk jangka waktu yang mencukupi, dan dengan kos biaya yang terendah bagi seseorang pesakit itu dan masyarakat umumnya. OLEH : MOHD DZIEHAN MUSTAPA JULAI 2021 | M/S 11

BULETIN PKD KLANG Pencairan syrup Isoniazid & pyridoxine Pesakit Latent TB kanak-kanak Kriteria untuk \"Isoniazid rawatan IPT Prevention Therapy\" (IPT) Kanak-kanak dari umur 1 - 14 tahun boleh Rawatan pesakit kanak- diberi IPT di Klinik kanak Latent Tuberculosis Kesihatan Kanak-kanak berumur IPT atau isoniazid prophylaxis adalah rawatan kurang 1 tahun / yang seringkali digunakan untuk pesakit latent mempunyai komorbid TB bagi menghindari pertumbuhan aktif TB. lain perlu dirujuk ke Rawatan ini diberikan selama 6 bulan kepada Jabatan Pediatrik kanak-kanak yang dikenal pasti tidak mempunyai aktif TB tetapi merupakan kontak Pendosan rapat dengan pesakit aktif TB. Isoniazid: 5-8 mg/kg Formulasi pembancuhan syrup Isoniazid sekali sehari (max 300 40mg/ml adalah seperti berikut: mg/sehari) Pyridoxine 10 mg Menggunakan X-Temp, PharmD sekali sehari Jangka hayat selama 90 hari dari tarikh mula Syrup Pyridoxine perlu pencairan dilakukan disediakan oleh ibu bapa atau penjaga Pembekalan maksima 1 bulan sahaja sendiri di rumah. Kaunseling kepada ibu bapa atau penjaga perlu OLEH : AMIRUL SYAFIKRI dilakukan pada hari pertama pemberian ubat. Kaunseling ini merangkumi kepentingan komplians kepada ubat, kesan sampingan ubat isoniazid dan cara penyimpanan ubat. JULAI 2021 | M/S 12

BULETIN PKD KLANG Cara pencairan syrup Isoniazid 40mg/ml Formulasi X-Temp, PharmD Bahan-bahan: 1. Isoniazid 100mg Tab (40 kuantiti) 2. X-Temp Oral Solution (qs) (100ml) Prosedur Kisar tablet sehingga menjadi serbuk halus di dalam mortar Tambah sedikit larutan X-Temp untuk membentuk serbuk menjadi pes lembut Tambahkan lagi larutan X-Temp sedikit dan kacau sehingga pes bertukar menjadi cecair Pindahkan isi tersebut ke silinder penyukat Gunakan larutan lebihan untuk membilas sisa ubat daripada mortar Tambahkan ke dalam silinder penyukat Disediakan oleh: Amirul Syafikri bin Rosidi 2021 JULAI 2021 | M/S 13

BULETIN PKD KLANG PENGENALAN UBAT FORMULARI UBAT PKD KLANG SPIOLTO RESPIMART Kandungan : Tiotropium 2.5 mcg & Olodaterol 2.5 mcg per actuation, inhalation Kategori : A/KK - Kuota Indikasi : COPD TOUJEO Kandungan : Insulin glargine 300 IU/ml injection Kategori : A/KK - Kuota Indikasi : Kencing Manis (DM) JULAI 2021 | M/S 14

BULETIN PKD KLANG FB & RADIO LIVE 1. Program Rawatan Methadone (Bernama Radio) 2. Value Added Services 3. Puasa & Pesakit Diabetes 4. Puasa & Ubat Ubatan 5. Forum mengenai Vaksin COVID-19 SENARAI PROGRAM PKD KLANG Januari - Jun 2021 ceramah mengenai vaksin covid-19 anjuran kospen klang Pertandingan mencipta video pendek bertemakan pendidikan hiv/aids Program jom kurus anjuran pkd klang JULAI 2021 | M/S 15

BULETIN PKD KLANG PENGHARGAAN UNIT FARMASI PKD KLANG PENASIHAT Puan Norharlina Binti Sulaiman KETUA EDITOR Nur syellawaty Ahmad Ahmad Tirmidzi Harun Daveena A/P Balakrishnan SENARAI EDITOR Nor Yati Zolkopri Nurfatin Syafiqah Nurin Nabila Tan Lee Fei Aina Nabihah Ummi Syahida Nur Nadhrah C.Khoo Amirul Syafikri Jasmin Jailani Mohd Dziehan Nor Rafidah Lee Kah Yee Khoo Chong Chiang Mohd Hafiz Lim Sze Yen Noor Liyana JULAI 2021 | M/S 16


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook