Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Buku Program Robot Tracer 2023

Buku Program Robot Tracer 2023

Published by SUZANAWATI ADNAN, 2023-08-21 08:28:04

Description: Buku Program Robot Tracer

Search

Read the Text Version

PERTANDINGAN ROBOT TRACER PERINGKAT SEKOLAH SEKOLAH NEGERI MELAKA (ROSEM) 2023 ANJURAN POLITEKNIK MELAKA DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

KATA ALUAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terlebih dahulu, saya dengan rasa penuh kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya maka Pertandingan Robot Tracer Peringkat Sekolah- Sekolah Negeri Melaka berjaya dilaksanakan. Saya menzahirkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka kerana telah memberi kepercayaan kepada Politeknik Melaka (PMK) untuk menjadi penganjur bersama dalam menjayakan pertandingan ini. Politeknik Melaka sebagai salah satu institusi peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Negeri Melaka yang mempunyai pakar bidang berkaitan robotik amat berbesar hati untuk menyumbang kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada para guru dan pelajar yang berminat untuk belajar berkaitan robotik di samping dapat menjana minda pelajar yang menyertai program untuk menyelesaikan masalah melalui pemikiran kreatif, logik dan inovatif. Penganjuran pertandingan robotik ini mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti dalam bidang sains, teknologi dan inovasi seiring dengan revolusi perkembangan industri 4.0 yang semakin berkembang pesat. Hal ini sejajar dengan hasrat melahirkan pelajar yang dapat mengupayakan pelan pelaksanaan inisiatif secara berkesan dengan penerapan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sehingga mampu mentransformasikan sistem pendidikan secara menyeluruh dan sistematik. Saya percaya pertandingan seperti ini berupaya menjadi pemacu kepada negara untuk mencapai status negara maju seiring dengan Revolusi Industri 4.0 dan menjadi satu persediaan kepada para pelajar untuk memenuhi keperluan dalam menghadapi cabaran akan datang. Semoga pertandingan seumpama ini diteruskan dan dapat dijadikan platform dalam memperkasakan bidang sains, teknologi dan inovasi dalam mendokong aspirasi nasional. SR. HAJI. RAZALI BIN JOHARI Pengarah Politeknik Melaka

KATA ALUAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan dalam buku program ini sempena Pertandingan Robot Tracer Sekolah-Sekolah Negeri Melaka. Sekalung penghargaan dizahirkan kepada Politeknik Melaka kerana telah bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dalam memastikan pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pertandingan Robot Tracer ini dianjurkan sebagai satu program untuk meningkatkan minat pelajar dalam bidang robotik ini bagi meningkatkan kesedaran, dan penghargaan terhadap sains dan teknologi dalam kalangan murid serta memfokuskan pemerkasaan pendidikan STEM menerusi pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum demi mencapai kemenjadian murid. Ia selaras dengan keperluan Pembelajaran Abad Ke- 21(PAK-21) yang memerlukan pelajar menguasai elemen-elemen pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Pertandingan seperti ini menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang memerlukan murid menjadi inovatif dan kreatif bagi membina potensi murid. Ini merupakan elemen penting dalam usaha untuk melahirkan generasi pemain industri baharu yang berupaya untuk bersaing pada peringkat global selari dengan revolusi perindustrian 4.0 yang semakin berkembang. Akhir kata, saya mendoakan pertandingan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan dan mencapai matlamat penganjuran. Besarlah harapan saya pertandingan ini dapat menjana kecemerlangan pelajar di samping memperkasakan bidang sains robotik yang menjadi agenda penting dalam proses Pembelajaran Abad Ke-21. Kepada semua peserta ambillah peluang ini untuk meluaskan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang teknologi robotik sepanjang pertandingan ini berlangsung. TUAN HAJI MOHD GHAZALI BIN AHMAD Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Robot Tracer atau juga dikenali sebagai Robot Line Tracer merupakan robot yang dirancang untuk mengikuti jalur yang ditentukan, umumnya banyak digunakan dalam pelbagai aplikasi. Bagi menyokong visi dan misi pendidikan alaf baharu ini, satu Pertandingan Robot Tracer Peringkat Sekolah Negeri Melaka 2023 diadakan. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar sekolah dalam bidang robotik. Oleh itu, ia akan menjadi platform bagi pelajar sekolah untuk mempertandingkan hasil robot tracer yang dibangunkan selepas mendapat latihan dan kemahiran dari bengkel yang telah dijalankan. Selain itu, peserta dari pelbagai sekolah dapat berkongsi pengalaman dalam membangunkan robot tracer di peringkat Negeri Melaka. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada sekumpulan pelajar beserta guru selaku mentor. Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Robotik PMK selaku penganjur utama dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka sebagai penganjur bersama.

MEMUPUK DAN MENANAM MINAT PELAJAR SEKOLAH TERHADAP PENGHASILAN ROBOT BERIMPAK TINGGI MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN MENTAL DAN FIZIKAL PELAJAR DALAM BIDANG ROBOTIK MEMPROMOSIKAN POLITEKNIK MELAKA KEPADA PELAJAR SEKOLAH

RBTX Advance (MECHABOT RUSH V.3) (Sekolah Menengah) RO-PKG Sub Kategori Junior (Sekolah Rendah) Sekolah Rendah

ATURCARA PROGRAM MASA AKTIVITI 7:30 - 8:00 PAGI PENDAFTARAN PESERTA 8:00 - 8:30 PAGI TAKLIMAT PESERTA 8:30 - 9:00 PAGI PESERTA BERGERAK KE LOKASI PERTANDINGAN 9:00 PAGI - 12:00 PERTANDINGAN BERLANGSUNG TENGAHARI MAJLIS PENUTUP 12:00 - 12:15 PERGERAKAN MASUK KE DEWAN TENGAHARI KETIBAAN PENSYARAH DAN KETUA-KETUA JABATAN AKADEMIK, PMK 12:15 TENGAHARI - KETIBAAN TIMBALAN PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH 1:30 PETANG II PMK KETIBAAN PENGARAH PMK KETIBAAN VVIP JEMPUTAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU & MELAKA MAJU JAYA TAYANGAN VIDEO KESELAMATAN BACAAN DOA TAYANGAN VIDEO PERTANDINGAN UCAPAN PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN - SR. HJ. RAZALI BIN JOHARI, PENGARAH POLITEKNIK MELAKA PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN JURI 1:30 TENGAHARI PENGUMUMAN KEPUTUSAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH MAJLIS BERSURAI MAKAN TENGAHARI BAGI VVIP DAN JURI

SENARAI SEKOLAH YANG TERLIBAT KATEGORI ADVANCE (SEKOLAH MENENGAH) MAAHAD AR RAHMAH SMK TELOK MAS SMK GAJAH BERANG SMK KRUBONG KATEGORI JUNIOR (SEKOLAH RENDAH) SK PARIT BUNGA SK MERLIMAU SK TANJUNG MINYAK 2 SK BUKIT LINTANG SK SEBATU SK PULAU SEBANG PESERTA PERTANDINGAN ROBOT ROSEM - PKG SK FELDA BUKIT SENGGEH SK TAMAN MERDEKA SK MASJID TANAH (INTEGRASI) SK TAMAN MERDEKA SK PAYA RUMPUT SK OTHMAN SHAWAL SK MERLIMAU SK BATU BERENDAM 2 SR ARAB JAIM BATANG TIGA TIMUR SK MELAKA PINDAH SK SEBATU SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN SK PULAU SEBANG SJKT ALOR GAJAH SJKT TAMIL KUBU

JAWATANKUASA PELAKSANA Penaung : Sr. Hj. Razali bin Johari Penasihat I Penasihat II : Dr. Azlan bin Muharam Pengarah Program Setiausaha : Dr. Kannan A/L Rassiah Bendahari JK Teknikal : Siti Khalijah binti Shuib JK Persiapan Tempat : Tuty binti Kamis JK Penggunaan DSG & : Hadijah binti Kodiron Kebersihan : Ahmad Fariz bin Fauzi (Ketua) JK Jamuan Saifful Bahari bin Omar JK Pendaftaran Ishak Bin Ibrahim @ Yem JK Jemputan Muhammad Hafiz bin Kamarudin JK Hadiah Mohamad Afdzam bin Rahim JK Sijil Mohd Hafiz bin Salleh Abd Halim bin Mahat : Hussein bin Alias (Ketua) Mohd Hafiz bin Hashim Mohd Halid bin Abu Adzrul Izwan bin Abdullah Hanif bin Ahmad Sharizal bin Khamis : Suhaizan bin Md Sarmuji (Ketua) Raizura binti Mahat Rafidah binti Rahim Hasnah binti Hassan Fazil bin Talib Shahrul Nizam bin Shariff Mohd Saiful bin Senin Mohd Helmi bin Ghazali : Nur Rafiqah binti Hj.Rosly (Ketua) Nurul Ayunni binti Abdul Latif : Rahmah binti Longin (Ketua) Muhamad Faiz bin Jofri : Lian Ai Chen (Ketua) Widyawati binti Misiran @ Misran : Azaliza binti Baharom (Ketua) Ameelia binti Ibrahim : Nurul Aqilah binti Adnan (Ketua) Adlena Hany binti Abu Adam Maisurah binti Mohd Zin Nor Suriati binti Jamaludin

JAWATANKUASA PELAKSANA JK Promosi : Nurul Jehan binti Jemain (Ketua) Nor Haizan binti Abdul Halim JK Multimedia, AVA & Fotografi: Suzana Wati binti Adnan (Ketua) JK ICT : Mohamed Jayha bin Mohamed Noor Mohd Rimee bin Ismail JK Keselamatan : Muhammad Hanif bin Samad JK Senggaraan : JK Protokol : Mohd Yusrin bin Sarip (Ketua) Nor Fazlina binti Mohd Amin JK Buku Program : Nurhafiz bin Abd Raub JK Gerai Jualan : Muhammad Affendi bin Bahaudin (Ketua) Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin Ts. Mohamad Azwan bin Ikhwat Norhafizan bin Majid (Ketua) Nurul-Fateha Binti Md Sandollah Arman Bin Md. Said Noor Hazalina binti Abdullah Shahrulnizam Bin Bakar Ts. Dr. Kannan A/L Rassiah Norizah binti Mahasan (Ketua) Nur Izzatie Husna binti Zawawi Noor Hafizah binti Azali (Ketua) Radziah binti Abd Rahman Wan Malini binti Wan Abdul Razak


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook