Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore KERTAS PENERANGAN - KENAL PASTI KEPERLUAN DAN SPESIFIKASI PAKAIAN KANAK-KANAK

KERTAS PENERANGAN - KENAL PASTI KEPERLUAN DAN SPESIFIKASI PAKAIAN KANAK-KANAK

Published by Norhapiza Sulaiman, 2020-11-27 10:52:23

Description: TA-011-1:2012-C04/P(1/12)

PVMA - PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
C04 : PAKAIAN KANAK-KANAK

Search

Read the Text Version

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA. KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAMME TA-011-1:2012 LADIES DRESSMAKING (CUSTOM MADE) CODE & NAME TAHAP / LEVEL L1 KOD PROGRAM, KOD TA-011-1:2012 - C04 CHILDREN WEAR MAKING DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE NOMBOR AKTIVITI KERJA 1. IDENTIFY CHILDREN WEAR MAKING REQUIREMENTS DAN PENYATAAN / WORK AND SPECIFICATIONS ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 2. CARRY OUT BODY MEASUREMENT ACTIVITIES FOR CHILDREN WEAR MAKING 3. CARRY OUT DRAFTING ACTIVITIES FOR CHILDREN WEAR MAKING 4. CARRY OUT FABRIC CUTTING ACTIVITIES FOR CHILDREN WEAR MAKING 5. CARRY OUT SEWING ACTIVITIES FOR CHILDREN WEAR MAKING 6. CARRY OUT FITTING ACTIVITIES FOR CHILDREN WEAR MAKING 7. CARRY OUT FINISHING ACTIVITIES FOR CHILDREN WEAR MAKING NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of : 36 TAJUK / TITLE: KENAL PASTI KEPERLUAN DAN SPESIFIKASI PAKAIAN KANAK-KANAK TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberikan panduan, pemahaman dan pengetahuan mengenai jenis, ciri pakaian, jenis bentuk badan, proses, bahan membuat pakaian dan langkah keselamatan yang perlu dibuat semasa menghasilkan pakaian kanak-kanak bersesuaian dengan kehendak pelanggan.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of : 36 PENERANGAN / INFORMATION : Kanak-kanak (juga digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Kehidupan kanak-kanak bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa atau orang dewasa termasuklah dari segi pemakaian. Oleh itu, pemilihan pakaian kanak-kanak yang sesuai adalah sangat penting berdasarkan perkembangan usia dan aktiviti mereka. 1. SPESIFIKASI PAKAIAN KANAK-KANAK Pakaian kanak-kanak ialah pakaian yang mempunyai rekaan ringkas, kemas, dan selesa untuk memudahkan pergerakan kanak-kanak. Fabrik yang digunakan adalah fabrik yang tahan lasak kerana cucian yang kerap. Pakaian kanak-kanak perlu menggunakan jahitan kelim yang sesuai dan kukuh. Antara contoh pakaian kanak-kanak adalah blaus, skirt, seluar, gaun dan pijama. 1.1) JENIS PAKAIAN KANAK-KANAK a) BLAUS Blaus kanak-kanak ialah pakaian yang dipakai oleh kanak-kanak sebagai pakaian harian sama ada pakaian formal atau kasual. Biasanya pakaian ini dipakai semasa melakukan aktiviti luar seperti bersiar-siar atau membeli belah bersama keluarga. Stail blaus kanak- kanak adalah ringkas, kemas, tahan lasak dan selesa dipakai. Fabrik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan pakaian kanak-kanak adalah fabrik kapas atau kapas campuran sederhana tebal agar si pemakai berasa selesa. Terdapat beberapa jenis blaus kanak-kanak seperti blaus lengan pendek, blaus lengan panjang dan blaus butang hadapan. Rajah 1: Contoh Blaus Kanak-kanak

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of : 36 b) SKIRT Skirt kanak-kanak ialah pakaian yang dipakai oleh kanak-kanak sebagai pakaian harian sama ada pakaian formal atau kasual. Biasanya pakaian ini dipakai semasa melakukan aktiviti luar seperti bersiar-siar atau membeli belah bersama keluarga. Stail skirt kanak-kanak adalah ringkas, kemas, tahan lasak dan selesa dipakai. Fabrik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan skirt kanak-kanak adalah fabrik kapas atau kapas campuran sederhana tebal agar si pemakai berasa selesa. Rajah 2 : Contoh Skirt c) SELUAR Seluar kanak-kanak ialah pakaian yang dipakai oleh kanak-kanak sebagai pakaian harian sama ada pakaian formal atau kasual. Rekaan seluar sepatutnya dapat memberikan kanak-kanak keselesaan untuk bergerak, berlari dan bermain. Seluar ini juga tidak terlalu melebih-lebih dan panas untuk mereka. Stail seluar kanak-kanak adalah ringkas, kemas, tahan lasak dan selesa dipakai. Fabrik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan pakaian kanak-kanak adalah fabrik kapas atau kapas campuran sederhana tebal agar si pemakai berasa selesa.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of : 36 Rajah 3 : Variasi Seluar Kanak-kanak d) GAUN Gaun kanak-kanak ialah pakaian yang dipakai oleh kanak-kanak sebagai pakaian harian sama ada pakaian formal atau kasual. Stail gaun kanak-kanak adalah ringkas, cantik, tahan lasak dan selesa dipakai. Fabrik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan pakaian kanak-kanak adalah fabrik kapas atau kapas campuran sederhana tebal agar si pemakai berasa selesa. Terdapat beberapa jenis gaun kanak-kanak contohnya gaun berkolar, gaun bertingkat dan gaun tanpa lengan. Rajah 4 : Jenis Gaun Kanak-kanak

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of : 36 e) PIJAMA Pijama atau baju tidur adalah sejenis pakaian longgar untuk tidur yang terdiri daripada seluar panjang dan baju. Stail pijama kanak-kanak adalah ringkas, kemas, tahan lasak dan selesa dipakai. Fabrik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan pakaian kanak-kanak adalah fabrik kapas atau kapas campuran sederhana tebal. Terdapat beberapa jenis pijama kanak-kanak seperti pijama lengan pendek, pijama lengan panjang, pijama butang hadapan dan pijama tanpa butang. Rajah 5: Contoh Pijama Kanak-kanak

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of : 36 1.2) CIRI-CIRI REKA BENTUK PAKAIAN KANAK-KANAK a) KOCEK i. DEFINISI KOCEK Kocek adalah satu beg atau sampul seperti bekas sama ada ditampal atau dimasukkan ke dalam pakaian untuk menyimpan barang-barang kecil. ii. JENIS-JENIS KOCEK  Kocek Tampal / Patch Pocket - Kocek tampal dilekatkan pada sebelah luar pakaian. Tepi bahagian atas kocek (mulut kocek) tidak berjahit. - Ukuran dan bentuk kocek tampal bergantung kepada tujuan kocek itu, kedudukan dan stailnya. Kocek mestilah dilekatkan di tempat yang sesuai dan selesa kepada pemakai - Ira fabrik di kocek mestilah selaras dengan ira fabrik di pakaian. - Mulut kocek hendaklah dikemaskan dengan penyudah tepi yang sesuai dan padan dengan stail dan tujuan pakaian seperti kelepet, lapik dan kun. Rajah 6 : Variasi Kocek Tampal

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of : 36  Kocek Sisi /Side Pocket - Kocek ini sebahagian daripada kelim sisi. Ia dikenali sebagai kocek sisi tersembunyi kerana ia tidak kelihatan di sebelah luar juga tidak dihias. Ia terletak di kelim rusuk pakaian. - Kocek sisi digunakan di seluar dan skirt pakaian kanak-kanak. Ia juga digunakan pada uniform sekolah seperti pinafor, seluar dan baju kurung. - Apabila membuat kocek sisi tersembunyi kocek mestilah terletak di tempat-tempat yang menyenangkan dan terletak dengan sempurna supaya isi kocek itu tidak mengubah garisan pakaian. Rajah 7 : Kocek Sisi Tersembunyi / Side Pocket  Kocek Potong / Slash Pocket - Kocek ini terdapat di hadapan seluar, seluar jeans atau skirt. - Kocek potong bermula di pinggang dan ikuti garis pepenjuru pada garis kelim. Garisan ini mungkin lurus atau melengkung, tetapi akan sentiasa dipotong dan dijahit pada garis serong itu. - Juga dikenali sebagai kocek potong serong dan kocek potong bulat.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of : 36 Rajah 8 : Kocek Potong / Slash Pocket iii. FUNGSI KOCEK  Untuk mengisi barang kecil dan ringan.  Sebagai hiasan iv. KEDUDUKAN KOCEK PADA PAKAIAN  Kedudukannya terletak di merata tempat pada bahagian pakaian seperti skirt, kemeja, blaus, gaun dan seluar. v. FAKTOR PEMILIHAN KOCEK PADA PAKAIAN  Sesuai dengan jenis pakaian yang dihasilkan.  Sesuai dengan jenis fabrik.  Sesuai dengan kedudukan pada pakaian. vi. CIRI-CIRI KOCEK YANG BAIK  Jahitan yang kukuh.  Dapat berfungsi untuk menyimpan barang.  Dijahit dengan baik dan sempurna.  Dikukuhkan pada bahagian mulutnya  Cukup dalam supaya benda-benda didalamnya tidak jatuh.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of : 36 b) LENGAN i. DEFINISI LENGAN Lengan adalah sebahagian daripada pakaian meliputi bahagian tangan. Terdapat juga baju yang tidak berlengan kerana mengikut fesyen. Lengan juga turut mempengaruhi faktor tarikan sesuatu pakaian serta keselesaan kepada si pemakai. Panjang lengan boleh dibahagi kepada: Rajah 9 : Labuh Lengan 1 Lengan Kap KETERANGAN RAJAH 9 Panjang lengan hanya mencapai bahagian atas lengan 2 Lengan Pendek Panjang lengan hingga ke tengah lengan 3 Siku Lengan yang panjangnya hanya sampai siku 4 Labuh Tiga Perempat Lengan yang panjangnya tiga perempat tangan 5 Hujung Lengan Lengan panjangnya hingga ke pergelangan tangan Jadual 1 : Keterangan Rajah 9

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of : 36 ii. JENIS-JENIS LENGAN Lengan diaplikasikan pada pakaian mengikut kesesuaian, trend, stail serta keselesaan pada si pemakai. Dua jenis lengan yang sesuai dengan pakaian kanak-kanak adalah seperti berikut :  Lengan Padanan Rata - Lengan padanan rata atau lengan biasa dicantum rata dengan lubang lengan bahagian tubuh. - Panjang lengan berdasarkan fesyen yang dipilih. - Hujung lengan boleh disiapkan/dikemaskan dengan kelepet, lapik atau kun. - Ciri lengan padanan rata ialah garis tengah lengan bertemu di garis bahu, kelim lengan bertemu di kelim rusuk baju, lengan yang baik tergantung dengan elok, basi kelim lubang lengan dikemaskan dan cantuman lengan tidak berkedut. - Contoh lengan padanan rata : Gelembung Loceng Kap Padanan Rata Rajah 10 : Variasi Lengan Padanan

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of : 36  Lengan Separa Bersambung - Satu panel yang memanjang dari leher hingga hujung lengan. - Jahitannya dari ketiak hingga garis leher. - Tidak ada jahitan bahu iaitu (garis jahitan di atas bahu), atau jahitan lengan. - Lengan raglan biasanya digunakan untuk pakaian kasual yang kebanyakannya dari fabrik memberi. Ia lebih selesa untuk aktiviti kerana tidak ada jahitan yang ketat di lubang lengan. Raglan Rajah 11 : Lengan Separa Bersambung iii. FUNGSI LENGAN  Untuk melindungi lengan dari suhu sejuk atau panas.  Untuk menutup kecacatan pada lengan seperti kesan parut luka atau bentuk lengan tidak seimbang.  Sebagai stail pada pakaian. iv. KEDUDUKAN LENGAN PADA PAKAIAN Lengan terletak di bahagian keruk/lubang lengan badan/pakaian. v. PEMILIHAN LENGAN PADA PAKAIAN  Perlu bersesuaian dengan jenis dan stail pakaian. Misalnya lengan loceng tidak sesuai untuk dibuat pada baju pijama, sebaliknya ianya sesuai untuk blaus dan dress.  Sesuai dengan jenis fabrik. Sekiranya anda merancang untuk membuat lengan gelembung, fabrik sederhana lembut dan ringan diperlukan supaya lengan itu kembung dengan elok.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of : 36 vi. CIRI-CIRI LENGAN PADA PAKAIAN  Kelim lengan bertemu dengan kelim rusuk.  Kedut yang dihasilkan bagi lengan gelembung sekata.  Mata jahitan haruslah dalam keadaan kemas dan teguh.  Lengan tergantung dengan elok, seimbang serta tidak senget,  Basi kelim lubang lengan hendaklah dikemaskan dengan kaedah atau prosedur yang betul dan tepat.  Penyudah tepi pada hujung lengan dikemaskan dengan baik. vii. JENIS-JENIS PENYUDAH TEPI PADA HUJUNG LENGAN Hujung lengan pakaian kanak-kanak boleh dikemaskan dengan pelbagai cara antaranya ialah:  Kelepet  Lapik  Kun/pita jalur serong  Ben  Renda  Ropol  Sulaman c) KOLAR i. DEFINISI Kolar adalah pita, sama ada tegak atau berlipat di sekeliling leher kemeja, blaus, gaun dan lain-lain lagi. Kolar juga merupakan bahagian pakaian atas (baju jaket dan lain-lain) iaitu bentuk bahagian terpisah yang sesuai dijahit pada garis leher.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of : 36 ii. JENIS-JENIS KOLAR  Kolar Rata - Kolar yang dicantum pada garis leher dan terletak rata pada badan. Rajah 12 : Jenis Kolar Rata  Kolar Tegak - Kolar yang dicantum pada garis leher dan berdiri tegak pada garis leher pakaian. Rajah 13 : Jenis Kolar Tegak

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of : 36  Kolar Gulung - Kolar yang mengunjur dari bahagian garis leher ke atas dan bergulung serta boleh dilipat semula. Rajah 14 : Jenis-jenis Kolar Gulung iii. FUNGSI KOLAR  Untuk mengemas atau menyudahkan garis leher.  Sebagai hiasan pada pakaian.  Pelengkap gaya.  Menutup kecacatan yang terdapat pada diri seseorang. iv. KEDUDUKAN KOLAR PADA PAKAIAN  Pada garis leher. v. PEMILIHAN KOLAR PADA PAKAIAN  Perlu bersesuaian dengan jenis pakaian. Misalnya kolar tegak tidak sesuai untuk dibuat pada baju pijama, sebaliknya ianya sesuai untuk blaus dan dress.  Sesuai dengan jenis fabrik. Kolar tegak tidak sesuai dengan fabrik lembut dan jarang. Manakala bagi kolar rata dan kolar gulung, pelbagai jenis fabrik boleh digunakan untuk mendapat hasil yang diperlukan.  Sesuai dengan stail pakaian.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of : 36 vi. CIRI-CIRI KOLAR YANG BAIK  Kelim kolar bertemu dengan kelim garis leher.  Mata jahitan haruslah dalam keadaan kemas dan teguh.  Bentuk kolar seimbang, ditekan rata dan tidak berkedut.  Kolar terletak dengan elok, seimbang serta tidak senget.  Basi kelim garis leher hendaklah dikemaskan dengan kaedah atau prosedur yang betul dan tepat.  Hiasan pada kolar seperti kun, renda, pita brid, pita siku siku, ropol dan sulaman dijahit kemas. 5. GARIS LEHER i. DEFINISI  Garis leher merupakan penyudah tepi dalam proses jahitan pakaian. Ia satu cara menyudahkan lubang leher. ii. JENIS-JENIS GARIS LEHER Belah berslit Bulat Bentuk U Sampan Rajah 15 : Bentuk Garis Leher iii. CARA MENGHIAS GARIS LEHER  Lapik / lapik hiasan  Kun  Ropol  Kolar  Renda  Sulaman

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of : 36 1.3) KATEGORI UMUR KANAK-KANAK Kanak-kanak terbahagi kepada dua kategori umur iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak pertengahan dan akhir di antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Oleh kerana tumbesaran kanak-kanak sangat pantas maka pakaian mereka perlu direka berdasarkan peringkat usia ini. Rajah 16 : Tumbesaran Kanak-kanak Berdasarkan Usia a) BAYI (INFANT) Bayi yang baru lahir sehingga berusia 24 bulan. Saiz pakaian yang dipilih bergantung kepada saiz badan bayi. Rajah 17 : Pakaian Bayi Baru Lahir (Infant)

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of : 36 b) TODDLER Kanak-kanak yang merangkak atau baru mula berjalan. Menggunakan saiz T2 hingga T4. T mewakili perkataan toddler. Bayi yang mempunyai badan yang besar boleh memilih saiz ini. Rajah 18 : Pakaian Toddler c) KANAK-KANAK PERINGKAT AWAL (KIDS) Berumur 3 hingga 6 tahun. Pakaian kanak-kanak perempuan bersaiz 3 ke 6. Pakaian kanak-kanak lelaki 3 ke 7. Toddler yang tidak lagi memakai lampin, boleh memilih untuk memakai saiz pakaian kanak-kanak. Rajah 19 : Pakaian Kanak-kanak Peringkat Awal (Kids)

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of : 36 d) KANAK-KANAK PERINGKAT PERTENGAHAN DAN AKHIR (KIDS) Berumur lingkungan 7 hingga 12 tahun. Pada peringkat umur ini, kanak- kanak bersikap aktif, suka mempelajari sesuatu yang baru dan mudah terpengaruh . Pakaian mereka pula mudah dipengaruhi oleh fesyen pakaian orang dewasa. Rajah 20 : Pakaian Kanak-kanak Peringkat Pertengahan Dan Akhir.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of : 36 2. JENIS-JENIS BENTUK SILHOUETTE PAKAIAN Silhouette adalah bentuk garis luar atau satu ilusi yang ketara dapat dilihat dalam suatu pakaian. Fungsi silhouette ialah untuk memberikan detail kepada sesuatu gambar atau rekaan. Silhouette juga dapat memberikan gambaran yang tepat pada rekaan pakaian atau kostum. 2.1) BENTUK RAMPING ATAU HOURGLASS i. Bentuk badan seseorang dapat dilihat dengan jelas kerana pakaian seolah-olah melekat kepada badan ii. Pakaian yang membentuk natural yang memberi seperti leotard, pakaian mandi, body hugging dan pakaian sukan. iii. Pakaian seperti ini memberi penekanan pada garis dada, pinggang dan pinggul. Garisan mendatar perlu dibuat pada pakaian seperti ini member efek lebih besar pada pemakai. 2.2) BENTUK PAYUNG/EXTREME VOLUME ATAU FULL i. Bentuk badan yang kecil atau kurus akan kelihatan lebih besar jika memakai pakaian yang berbentuk ini. ii. Bentuk ini dapat juga menyelesaikan masalah bentuk badan seseorang yang agak tinggi iii. Contoh pakaian jenis ini adalah seperti skirt kedut bertingkat. iv. Garisan menegak seperti garis puteri perlu dibuat untuk mengurangkan kelebaran pada pakaian jenis ini. 2.3) BENTUK LURUS/TUBULAR ATAU POTONGAN PENSIL/SLIM LINE. i. Bentuk pakaian mempunyai sedikit ruang di antara badan si pemakai. ii. Pakaian adalah seperti jaket, skirt ketat dan slek. iii. Pakaian ini member kesan yang tinggi kepada seseorang. iv. Garisan mendatar dan melengkung akan membuat seseorang kelihatan lebih besar atau lebar.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of : 36 2.4) BENTUK LOCENG, BELL DAN RAMPING/HOURGLASS i. Pakaian yang member penekanan dengan sepenuhnya pada garis dada dan garis pinggul. ii. Garis pinggang yang sangat langsing dan ini menonjolkan ciri-ciri kewanitaan serta member membentuk badan supaya kelihatan anggun. iii. Contoh pakaian jenis ini adalah seperti gaun flower girl, dress, skirt kembang payung dan blaus berpeplum/ iv. Garis menegak atau menyerong akan memberi efek tinggi dan langsing kepada pemakai. Hourglass Rajah 21 : Jenis-jenis Bentuk Silhouette Pakaian

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 21 Drp / Of : 36 3. URUTAN KERJA PENGHASILAN PAKAIAN KANAK-KANAK Untuk menghasilkan sehelai pakaian kanak-kanak, pelatih hendaklah mengikut urutan kerja penghasilan pakaian seperti yang berikut:

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 22 Drp / Of : 36 4. PEMILIHAN FABRIK Kriteria yang perlu difikirkan sebelum memilih fabrik kanak-kanak adalah kualiti fabrik tersebut. Ini kerana kebanyakkan kulit kanak-kanak kecil lebih sensitif disebabkan itu, fabrik yang terbaik haruslah dipilih untuk mereka. 4.1) JENIS-JENIS FABRIK kanak-kanak boleh Fabrik yang sesuai untuk menjahit pakaian diklasifikasikan kepada dua jenis gentian iaitu: NAMA FABRIK CONTOH FABRIK CIRI-CIRI a) FABRIK ASLI i. Kapas  Teguh dalam keadaan basah atau (Cotton) kering.  Penyerap lembapan yang baik.  Tahan tindakan asid lemah dan alkali.  Merupakan pengalir haba yang baik.  Tahan cahaya matahari.  Licin, sejuk dan selesa dipakai.  Mudah renyuk.  Tahan pada suhu yang tinggi.  Mudah mengecut jika tidak diberi kemasan yang sempurna.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 23 Drp / Of : 36 i. Renda a) b) FABRIK BUATAN (Lace Net)  Tidak ditenun atau dikait ii. Organza  Struktur fabrik yang berlubang  Tidak teguh  Sesuai digunakan sebagai hiasan pakaian  Mudah diwarnakan  Tekstur lembut, nipis beralun dan ringan  Memerlukan penjagaan rapi  Tenunan yang jarang  Sifatnya yang tembus cahaya dan dibiasa dilapisi kain pelapik (lining) Jadual 2: Jenis Fabrik

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 24 Drp / Of : 36 5. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan. Semua pihak mesti beringat dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja terutamanya ketika menggunakan peralatan mesin. Kemalangan yang biasa berlaku di tempat kerja umumnya boleh dikelaskan kepada tiga jenis : a) Kecuaian manusia seperti tidak berhati-hati ketika bekerja dan tidak menggunakan alat keselamatan. b) Peralatan dan mesin yang digunakan dalam keadaan tidak teratur dan rosak. c) Persekitaran tempat kerja yang tidak atau kurang selamat. 5.1) PERATURAN KESELAMATAN Peraturan keselamatan di dalam bengkel disediakan untuk menghindarkan kemalangan selain menyemai sikap tanggungjawab dalam kalangan murid. Peraturan keselamatan di dalam bengkel terbahagi kepada tiga bahagian iaitu : a) Peraturan Keselamatan Am. b) Peraturan Keselamatan Diri. c) Peraturan Keselamatan Alatan dan Bahan a) PERATURAN KESELAMATAN AM Murid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Peraturan tersebut ialah : i. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel. ii. Beratur terlebih dahulu di luar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari guru. iii. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari bengkel iv. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel. v. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan pencahayaan mencukupi. vi. Labelkan semua peralatan dan bahan.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 25 Drp / Of : 36 vii. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan. viii. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti. ix. Pastikan bahan dan peralatan dan bahan dijaga baik dan sempurna. b) PERATURAN KESELAMATAN DIRI i. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa. ii. Elakkan memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan. iii. Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik. iv. Sebelum memulakan kerja, murid perlulah membersihkan tangan, tempat kerja dan peralatan menjahit supaya dapat menghasilkan kerja yang kemas dan teratur. v. Pastikan suis mesin jahit dan seterika ditutup selepas menggunakannya. vi. Sentiasa mengutamakan keselamatan terutama semasa menggunakan alatan menjahit yang tajam seperti gunting, jarum dan penetas. vii. Fahami cara yang betul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi arahan guru. viii. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel. ix. Matikan suis kecemasan sekiranya berlaku kemalangan. x. Mendengar setiap arahan yang diberikan oleh guru. xi. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera c) PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN i. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara- cara untuk menggunakannya. ii. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara-cara menggunakan peralatan elektrik.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 26 Drp / Of : 36 iii. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan. iv. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari. v. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat. vi. Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan dengan baik dan lancar. vii. Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah. viii. Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti perca kain dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut. ix. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera. xii. Tutup Semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari bengkel. xiii. Mengamalkan konsep 5S dalam pengurusan bengkel. 5.2) AMALAN 5S Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. a) KONSEP AMALAN 5S Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana: i. Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 27 Drp / Of : 36 ii. Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata; iii. Murid akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik; iv. Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat v. Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan vi. Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi. b) PRINSIP AMALAN 5S i. Sisih (Seiri): Menyisih dan melupuskan (membuang) barang yang tidak perlu di tempat kerja Sisih merupakan satu proses kerja mengasing barangan yang diperlukan dan tidak diperlukan daripada sekumpulan barangan di tempat kerja. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang diperlukan pada masa sekarang atau masa hadapan dan perlu disimpan di tempat penyimpanan yang ditetapkan. Barangan yang tidak diperlukan akan dilupuskan. ii. Susun (Seiton): Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak perlu diasingkan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Tujuan utama menyusun ialah untuk menjimatkan penggunaan ruang, penyimpanan barangan lebih kemas dan teratur; serta memudahkan proses mengesan dan mendapatkan barangan pada masa akan datang. iii. Sapu (Seiso): Mencuci atau membersih tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di atas lantai, mesin, peralatan dan persekitaran tempat kerja -Persekitaran yang bersih diperlukan untuk merasa selesa dan ceria apabila bekerja. Selain meningkatkan kecekapan kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 28 Drp / Of : 36 peralatan yang digunakan. Tujuan menyapu untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. Menjadi keperluan tempat/peralatan/kawasan yang disapu/dibersih pada setiap masa dengan jadual penyelenggaraan yang berkesan. iv. Seragam (Seiketsu): Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa. Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting supaya segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Panduan diperlukan untuk dipatuhi bagi menjamin kualiti dan piawaian yang telah ditentukan. Antaranya ialah Standard Operation Procedure (SOP), Work Instruction (WI), Guidebook, Carta Alir (Process Flow), gambar atau contoh fizikal dan Sistem Visual yang jelas. v. Sentiasa Amalkan (Shitsuke): Melatih diri berdisiplin untuk mengamalkan sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja berkualiti dalam organisasi Budaya kerja cemerlang dapat dibangunkan dengan mematuhi panduan dan piawaian yang telah ditentukan. Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 29 Drp / Of : 36 Rajah 22 : Konsep 5S 5.3) RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS Setiap murid dan guru haruslah mengetahui teknik-teknik pertolongan cemas dengan betul agar sebarang kecederaan yang memerlukan rawatan segera dapat dilakukan sebelum murid yang mengalami keceraan mendapat yang lanjut daripada hospital. Definisi pertolongan cemas ialah pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital. a) PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS i. Menyelamatkan nyawa. ii. Mengurangkan kesakitan. iii. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk. Iv. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 30 Drp / Of : 36 b) TEKNIK PERTOLONGAN CEMAS Terdapat beberapa teknik-teknik pertolongan cemas akibat kecederaan berikut :  Luka/Pendarahan i. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku]. ii. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka. iii. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak.Praktikkan teknik RICE. iv. Tenangkan mangsa. iv. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.  Terkejut i. Baringkan mangsa. ii. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga. iii. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'. iv. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ketepi dan kaki ditinggikan. v. Selimutkan jika suhu badan menurun. vi. Segera hantar ke hospital  Terbakar i. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk ii. Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih. iii. Baringkan mangsa. iv. Jangan gerakkan bahagian yang terbakar v. Beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar. vi. Hantar segera ke hospital

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 31 Drp / Of : 36  Melecur i. Sejukkan dengan air sejuk ii. Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian. iii. Rawat seperti mangsa terbakar  Kejutan elektrik i. Putuskan hubungan elektrik. ii. Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [ear] jika pernafasan mangsa terhenti. iii. Rawat bagi terbakar jika ada. c) ALAT BANTUAN KECEMASAN YANG PERLU ADA DI BENGKEL i. PETI PERTOLONGAN CEMAS Peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak- kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali. Peti pertolongan kecemasan ini juga wajib ada di setiap bengkel bagi persedian jika berlaku sebarang kecemasan. Rajah 23 : Peti Pertolongan Kecemasan

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 32 Drp / Of : 36 Antara senarai dan kegunaan peralatan asas di dalam peti pertolongan kecemasan ialah : NAMA UBAT / ALAT KEGUNAAN 1. Kain Pembalut yang - Menolong menahan rawatan luka berlainan - Mengelak bahagian luka daripada menjadi bengkak 2. Kain tekap yang berlainan dan juga membantu membetulkan sendi yang saiz terseliuh. 3. Kapas - Untuk menetapkan rawat - Kain tekap yang telah disteril boleh diguna untuk 4. Plaster / Elastoplast merawat luka 5. Gunting kecil berkilat 6. Pin Penyemat - Untuk membersihkan luka 7. Termometer Klinik - Digunakan sebagai “Pading” untuk rawat luka untuk menyerap darah daripada luka. - Untuk menutup rawat luka, sebagai pengganti pembalut. - Untuk merawat luka-luka kecil - Untuk menggunting pembalut, plaster dan sebagainya - Untuk menyemat pembalut - Untuk mengambil suhu badan Jadual 3 : Senarai Dan Kegunaan Peralatan Asas Dalam Peti Pertolongan Kecemasan

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 33 Drp / Of : 36 5.4) ALAT PEMADAM API / FIRE EXTINGUISHER Satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal (fire aid firefighter). Ia dikendalikan secara manual dan bertujuan mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api. Pemadam api yang digunakan oleh Bengkel Jahitan ialah alat pemadam api jenis sebuk kering (dry powder). Rajah 24 : Alat Pemadam Api Pemadan api ini wajib ada di setiap bengkel. Penempatan alat-alat pemadaman api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan digantung supaya alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya. Pemeriksaan hendaklah diperiksa setiap bulan. Pastikan “preasure guage” pada tabung menunjukan kandungan penuh (Hijau – Penuh & Merah – Kosong). Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen servis.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 34 Drp / Of : 36 a) JENIS ALAT PEMADAM API i. DRY POWDER : SERBUK KERING Serbuk kering bertindak melemaskan api dengan menutup permukaan punca kebakaran dan memutuskan kitaran hayat api iaitu haba, bahan api dan oksigen. ii. CARBON DIOXIDE : CARBON DIOKSIDA Sejenis gas yang bersih dan bersifat berlawanan dengan kitaran hayat api iaitu oksigen. Amat sesuai digunakan bagi kebakaran yang melibatkan perkakasan elektrik. iii. BUIH : FOAM Jenis foam biasanya digunakan untuk memadamkan kebakaran jenis minyak (cecair). Selalunya digunakan oleh Bomba Jabatan Penerbangan. iv. AIR : WATER (H2O) Biasanya digunakan bagi kebakaran jenis api pepejal seperti kebakaran kayu, kertas, kain atau sampah. Amat berbahaya digunakan untuk kebakaran elektrik kerana ia konduktor elektrik yang sangat baik. v. METAL POWDER Digunakan bagi memadam kebakaran logam seperti Potaosium, Sodium, Kalsium dan Magnesium. Rajah 25 : Jenis Alat Pemadam Api

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 35 Drp / Of : 36 b) KELAS API Jadual 4 : Kelas Api c) CARA GUNA ALAT PEMADAM API Rajah 26 : Cara Guna Alat Pemadam Api

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C04/P(1/12) Muka Surat / Page : 36 Drp / Of : 36 SOALAN/QUESTIONS: 1. Nyatakan dua (2) kategori kanak-kanak. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ 2. Apakah fabrik yang sesuai untuk menjahit pakaian kanak-kanak? _________________________________________________________________ 3. Nyatakan satu (1) langkah keselamatan yang perlu diamalkan semasa berada di bengkel jahitan. _________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Zaitun Zakiah binti Mohd Noor, Norzaini binti Abdul Ghani & Nawawi bin Mohd Jan. (2012). Membuat Pakaian Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Mariam Abu Bakar. (2008). Panduan Membuat Pakaian. Selangor : Karya Bestari Sdn. Bhd. 3. Lamah binti Abdul Ghani & Azmawati binti Abdul Aziz. (2009). Pola Pakaian Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Wong Siew Fong, Fatimah Jailani & Vickneswary S. (2002). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4. Zeti Enterprise. 5. Wong Siew Fong, Fatimah Jailani & Vickneswary S. (2002). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 5. Zeti Enterprise 6. www.eslbuzz.com/english-vocabulary-skirt-dress-styles/


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook