Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore JAGA KEBERSIHAN ELAK PENYAKIT BAWAAN MAKANAN

JAGA KEBERSIHAN ELAK PENYAKIT BAWAAN MAKANAN

Published by Siti Nurnabilah Amri, 2020-10-09 06:51:21

Description: JAGA KEBERSIHAN ELAK PENYAKIT BAWAAN MAKANAN

Search

Read the Text Version

JAGA KEBERSIHAN ELAK PENYAKIT BAWAAN MAKANAN BACHOK, 26 Februari 2016 – Keselamatan makanan bermakna tidak mengandungi bahan pencemaran pada paras yang berbahaya. Mereka yang menghasilkan, mengeluarkan, mengedarkan, menyediakan atau memakan makanan, adalah sebahagian daripada rantaian yang menyumbang kepada keselamatannya. Menurut Pakar Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nik Rosmawati Nik Husain, penyediaan makanan dengan cara yang tidak selamat dan tidak berkualiti di premis-premis makanan juga menyebabkan makanan yang dihasilkan tidak selamat yang boleh mengundang penyakit yang berpunca daripada bawaan makanan seperti keracunan makanan, Tifoid, Hepatitis A, Kolera dan Disentri. \"Tanda utama penyakit bawaan makanan adalah seseorang itu akan mengalami cirit-birit, demam, muntah dan sakit perut,” ujarnya. Antara mereka yang paling mudah mendapat penyakit bawaan makanan ialah kanak-kanak atau bayi, orang tua, orang sakit dan wanita mengandung. “Penyakit bawaan makanan akan merebak melalui pencemaran makanan yang tidak dibasuh dengan sempurna, terdedah, terbiar lama melebihi 4 jam dan pencemaran silang. \"Pencemaran air, pencemaran peralatan yang tidak dibasuh atau tidak merendam di dalam sanitizer, pencemaran pakaian apabila mengelap tangan pada pakaian terutama selepas keluar tandas, pembuangan sampah yang tidak sempurna iaitu tong sampah tidak ditudung, dicuci bersih dan dikosongkan secara berkala,\" kata Rosmawati. Tambahnya lagi, selain daripada itu, ia juga berpunca daripada penyediaan makanan yang tidak sihat, luka, sentiasa menyentuh muka dan tidak membasuh tangan yang membawa penyakit bawaan makanan. Jelas Rosmawati lagi, terdapat empat kaedah mudah untuk mencegah pencemaran kuman pada makanan iaitu sentiasa bersih dengan kerap membasuh tangan, pakai pakaian bersih, tutup kepala atau ikat rambut semasa menyediakan makanan, jangan mengesat tangan kotor pada pakaian dan kuku sentiasa pendek. Kaedah kedua dalam mengendalikan makanan masak dan mentah dengan bersih dan selamat dengan menyimpan makanan pada suhu yang selamat untuk mematikan kuman. Penyimpanan makanan di dalam peti sejuk juga perlu diambil kira bagi keselamatan makanan dengan penyimpanan makanan mentah secara berasingan dan simpan dalam bekas tertutup. Peralatan memasak pula hendaklah direndam di dalam air panas selama 10 saat dan 25 saat untuk membasuh dengan sempurna. Rosmawati menasihati orang ramai agar membasuh tangan selama 25 saat supaya dapat membasmi kuman dan tangan yang sentiasa bersih menghalang jangkitan kuman kepada makanan.

ULASAN ARTIKEL Kesimpulan dari artikel ini ialah kita haruslah sentiasa menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan dari membawa sebarang penyakit ke atas diri kita. Oleh itu, kita sentiasa berwaspada apabila kita makan di restoran dengan mencuci tangan sebelum makan. Penyakit bawaan makanan juga akan merebak melalui pencemaran makanan yang tidak dibasuh dengan sempurna, terdedah, terbiar lama melebihi 4 jam dan pencemaran silang. Antara tanda penyakit bawaan seseorang ialah ciri-birit, muntah dan sakit perut. Akhir kata dari saya, jagalah kebersihan diri masing-masing dengan sentiasa mematuhi kebersihan di restoran agar kita tidak menjadi sebagai penyakit pembawa makanan.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook