Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore FLIPBOOK PULAU PANGKOR

FLIPBOOK PULAU PANGKOR

Published by nur afiqah, 2021-09-24 00:37:04

Description: FLIPBOOK PULAU PANGKOR, MAJLIIS PERBANDARAN MANJUNG

Search

Read the Text Version

PELANCONGAN MANJUNG PANDUAN JELAJAH selamat datang PULAU PANGKOR EDISI KELUARAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PPUULLAAUU PPAANNGGKKOORR

Pantai Teluk Dalam merupakan kawasan perkampungan nelayan pulau pertama yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Daya tarikan utama di sini adalah tradisi komuniti nelayan berbilang kaum yang hidup bermasyarakat di pesisiran pantai. Teluk Dalam Resort pula merupakan pusat peranginan seluas 40 ekar yang dibina berkonsepkan taman landskap yang menjadi daya tarikan pelancong asing untuk berkunjung ke sini. Selain itu, pelancong juga boleh merasai suasana kehidupan sebenar masyarakat nelayan dan melakukan aktiviti riadah seperti merentas hutan, ‘snorkeling', ‘scuba diving', berbasikal dan memancing. Di Pulau Pangkor terdapat juga sebuah pulau yang menjadi daya tarikan pelancong iaitu Pulau Giam yang terkenal dengan akivti 'snorkeling'. Pulau Giam terletak kira- kira 5 km dari Pekan Pangkor dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Para pengunjung berpeluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi serta lautan biru yang jernih persis permata disamping melakukan aktiviti 'snorkeling' dimana mereka dapat berenang bersama ikan-ikan dan melihat sendiri pemandangan batu karang di dasar laut dan juga kepelbagaian hidupan akuatik dan juga spesis ikan yang menarik dan unik.

Bertempatkan di Pulau Pangkor, Pantai Pasir Bogak terletak kira-kira 5 km dari Pekan Pangkor. Untuk ke pantai ini, pengunjung perlu mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari Jeti Pulau Pangkor. Panjang pantai ini lebih kurang 1.3 km dan terkenal dengan aktiviti berkelah, mandi-manda, sukan air, berbasikal dan memancing. Terletak di Pulau Pangkor 1 km dari Pasir Bogak, Teluk Nipah merupakan tempat perkelahan yang popular di Pulau Pangkor. ia mempunyai pemandangan laut yang cantik. Teluk Nipah juga mempunyai kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa. Pantai Teluk Nipah terletak kira-kira 5 km dari Jeti Pulau Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam. Ia terkenal dengan pantai yang landai, pasir yang putih dan halus serta warna air laut yang kebiru-biruan. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah sukan air, berkhemah dan berkelah. Terdapat juga sebuah tokong cina yang menjadi tumpuan umum di kawasan ini.

BUAIAN KAYU NIBONG PASIR BOGAK Sebanyak lima buaian yang dibina sesama Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung telah siap sepenuhnya. Buaian yang dibuat daripada batang nibong manakala bangku buaian daripada kayu cengal terletak di Pantai Pasir Bogak. Orang ramai tidak perlu bimbang kerana buaian yang berketinggian 10 hingga 12 kaki persegi dijamin selamat diguna. Tulisan Jawi dijadikan tulisan papan tanda buaian tersebut, adalah untuk menggalakkan pelancong mendekati tulisan Jawi sebagai satu skrip penulisan indah, mudah dan perlu dikuasai semua sebagai legasi budaya dan warisan masyarakat negara ini.

GALERI PANGKOR Galeri Pangkor merupakan salah satu tempat menarik untuk dilawati di Pulau Pangkor. Lokasi nya terletak di tengah pekan Pulau Pangkor yang memudahkan para pelancong untuk kunjungi nya. Galeri ini mempamerkan gambar gambar pemandangan sekitar Pulau Pangkor, sosial dan budaya masyarakat Pangkor. Marilah beramai ramai mengunjungi Galeri Pangkor untuk mengetahui lebih lagi tentang keindahan Pulau Pangkor.

TOURIST INFORMATION CENTER PANGKOR Terletak berhampiran dengan Jeti Pangkor dan bersebelahan Laris Duty Free. Pelancong akan mendapat pelbagai maklumat dan lokasi tempat menarik yang terdapat di Pulau Pangkor apabila datang ke Tourist Information Center tersebut.

Teluk Ketapang terletak di antara dua Teluk ketapang juga terdapat sebuah buah pantai iaitu Teluk Nipah dan Pasir jeti yang sering menjadi tumpuan para Bogak, di Pusat Konservasi dan pemancing kerana kawasannya yang Penerangan Penyu Teluk Ketapang, strategik untuk mencandat sotong di Pulau Pangkor, Teluk Ketapang, iaitu penghujung jeti tersebut. Teluk ketapang kira-kira 6KM dari Jeti Pangkor dan 3KM juga merupakan kawasan persinggahan dari Pasir Bogak. Pantai Teluk Ketapang penyu bertelur pada musim-musim merupakan satu projek pemuliharaan tertentu. Selain itu pantai ini juga penyu oleh komuniti di Pulau Pangkor dikenali sebagai Teluk Penyu oleh yang diketuai oleh En. Rasli Ibrahim yang masyarakat sekitar. bermula pada sekitar 2017. Data pada 2019 telah menunjukkkan jumlah penyu Aktiviti yang terdapat di Kampung yang mendarat meningkat. . Penyu ini ialah pelepasan anak penyu, Antara Spesis penyu yang bertelur di Pantai Teluk Ketapang ini adalah Penyu lawatan sarang penyu bertelur serta Agar atau dikenali sebagai Green Turtle. Lebih 1000 anak penyu dilepaskan ke sedikit perkongsian mengenai laut pada 2017 dan awal 2020. Projek ini telah menyelamatkan lebih 5,000 anak pendidikan dan pengetahuan tentang penyu. Terdapat satu menara untuk para pengunjung melihat permandangan penyu akan disampaikan kepada para secara menyeluruh di kawasan ini. pengunjung HUBUNGI : 05-689 8961 EMEL : [email protected]



MASJID AL-BADR SERIBU SELAWAT

Masjid Seribu Doa pulau pangkor Rentetan daripada pembinaan Masjid Al-Badr yang berkonsepkan 1000 selawat, tercetusnya pula idea untuk membangunkan sebuah lagi masjid yang menjadikan Doa sebagai konsep utamanya. Masjid ini dibina semula dan dikekalkan dengan nama Masjid Al-Khairiah yang telah selesai dibina pada 24 Oktober 2019. Idea ini juga terhasil daripada Mantan Menteri Besar Perak Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dengan kerjasama rekabentuk oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan seni dalaman oleh Yayasan Restu. Kedudukan masjid yang dikelilingi oleh majoriti masyarakat cina membuatkan idea rekabentuk dan hiasan dalamannya menjurus kepada motif oriental. Keunikan masjid ini diserlahkan lagi dengan pelbagai jenis seni khat dan himpunan doa-doa yang dipetik daripada Al-Quran dan Hadis. Manakala Asma-ul- Husna dipamerkan di tiang-tiang masjid ditulis dalam bentuk kaligrafi china. Kesemua hasil seni khat di masjid ini merupakan sentuhan tangan oleh penulis khat di Yayasan Restu yang juga merupakan anak melayu tempatan. Dekorasi keseluruhan masjid ini mengaplikasikan pelbagai pola motif tumbuhan dan geometri yang terdapat di negeri Perak. Kebanyakkan reka bentuk di masjid ini berunsurkan ketimuran dari negara China dan juga identiti perak. Motif-motif ini diambil daripada Masjid Niu Jie, bunga-bungaan di China seperti Chinese Peony, Apple Blossom dan Plum Blossom.

BATU BERSURAT PULAU PANGKOR Terdapat batu bersurat belanda (Tiger Rock) yang terletak berhampiran pantai Kampung Teluk Gedung. Apa yang terpahat pada batu tersebut adalah gambaran harimau yang sedang membaham seorang budak. Dua bulatan berbentuk daun dan juga perkataan- perkataan Belanda serta Inggeris yang berbunyi “If Carlo 1743”. Tahun yang dicatatkan sebagai tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor selepas diusir oleh penduduk yang diketuai oleh Panglima Kulup sekitar 1690-an. Terdapat pelbagai kisah disebalik batu tersebut, Antara kisah yang menarik, Orang Bugis dan orang Melayu telah menculik dan membunuh anak pembesar Belanda untuk membalas dendam di atas kekejaman Belanda melayan penduduk tempatan. Apabila askar Belanda mencari budak tersebut, penduduk tempatan membuat cerita dengan menyatakan mereka nampak harimau telah melarikan budak tersebut. Namun penduduk Pulau Pangkor yang lain percaya bahawa bukan harimau yang telah melarikan budak tersebut tetapi pembesar Melayu yang tidak puas hati dan ingin membebaskan Pangkor dari Belanda. Oleh sebab itulah askar Belanda ini melukis gambar harimau yang melambangkan ‘orang Melayu’. Batu ini juga dikenali sebagai ‘Tiger Rock’ kerana adanya gambar harimau tersebut. Dahulunya batu ini bersaiz lebih kecil daripada sekarang dan batu ini seolah-olah hidup kerana ia mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil. Panjang batu ini kini adalah 10.7 meter, lebarnya 4.6 meter dan tingginya pula adalah 4.3 meter.

Kuil Fu Lin Kong terletak di pantai timur Kuil Foo Lin Kong berusia lebih dari seratus Pulau Pangkor. Ia adalah kuil Tao terbesar tahun dan dihiasi dengan batu dan batu di pulau ini. Terdapat sebilangan besar. Selain lengkungan yang indah untuk penduduk Tionghoa di Pangkor yang menyambut pengunjung dan tembok kuil menganut ajaran Tao. Kuil ini adalah pusat yang megah, terdapat Tembok Besar China pemujaan Taoisme di pulau itu, agama yang kecil di taman di belakang dewan kuil yang mengikuti ajaran Lao Tze, seorang yang besar. Di dalam kuil itu juga terdapat ahli falsafah Cina yang hebat. Fu Lin Kong patung-patung Buddha. Taman yang indah juga merupakan salah satu tarikan di sekitar kuil sebahagiannya dibina di atas pelancongan paling popular di pulau ini. bukit. Kuil Tao ini dibina di kaki bukit Pangkor di kampung Sungai Pinang Besar, sebuah Penduduk juga datang ke sini untuk perkampungan orang Cina (Kampung bersenam melalui bukit dan berjalan di Cina). Ia juga menarik orang yang mencari sepanjang Tembok Besar China. Di bumbung gambar dengan pemandangan yang indah kuil anda melihat 12 tanda zodiak Cina. dengan latar belakang Pangkor yang Terdapat dua belas tanda zodiak Cina yang menakjubkan. diukir di atas bumbung dan terdapat banyak ikan dan kura-kura di kolam sekitarnya, yang semakin meningkatkan daya tarikan kuil. Pengunjung yang tidak keberatan berjalan kaki juga dapat mendaki bukit di belakang bahagian utama kuil untuk mengagumi pemandangan indah bumbung Kampung yang berwarna-warni, lautan luas, kapal nelayan dan langit Pangkor yang begitu biru. Lokasi : Kampung Sungai Pinang Besar, perkampungan orang Cina (Kampung Cina)

PEMBUATAN BOT TRADISIONAL Terdapat sebuah tempat di Kampung Sungai Pinang Kecil, kira-kira 3 km dari pekan Pangkor yang masih menawarkan pembuatan bot secara tradisional. Anda boleh merasai pengalaman melihat dengan lebih jelas setiap langkah pembuatan sebuah bot. Tambahan pula, ianya sangat mengagumkan untuk melihat pekerja di sini menonjolkan kemahiran dengan sangat teliti.

Menghadap ke Selat Melaka, hotel santai ini berjarak 8 minit berjalan kaki dari Pantai Pasir Bogak dan 6 km dari feri di Jeti Pulau Pangkor. Bilik-bilik yang ringkas dengan aksen berwarna-warni menyediakan Wi-Fi, TV, dan peti keselamatan, serta peti sejuk mini, dan alat pembuat teh dan kopi. Semua menawarkan balkoni, beberapa bilik yang dinaik taraf mempunyai pemandangan selat. Kemudahan terdiri daripada restoran yang lapang, dan kolam renang luaran yang disediakan tempat berjemur. Sarapan dan tempat letak kenderaan juga disediakan.

Terletak di Pantai Teluk Dalam, hotel santai ini berjarak 22 minit berjalan kaki dari Pantai Pasir Bogak, dan 9 km dari Kota Belanda, yang bermula pada tahun 1670. dan 7 km dari pelabuhan Jeti Pulau Pangkor. Bilik-bilik yang sederhana menawarkan Wi-Fi percuma, TV layar datar, dan kemudahan membuat teh dan kopi. Terdapat kafe santai yang menawarkan pemandangan laut, serta keselamatan 24 jam. Tempat letak kenderaan juga disediakan. Alamat : Jalan Rpa Pangkor 3, Taman Desa Pangkor, 32300 Pulau Pangkor, Perak Nombor Telefon: 05-685 5100

Berjarak 4 minit berjalan kaki dari Pantai Pasir Bogak, hotel santai ini yang menghadap ke gerai makanan berjarak 2 km dari Jeti Feri dan 4 km dari Kota Belanda, kubu kuat yang berasal dari tahun 1670. Bilik-bilik sederhana dengan TV skrin rata, peti sejuk mini, dan kemudahan membuat teh dan kopii, ada yang mempunyai pemandangan pantai dan / atau balkoni. Pangsapuri kasual 1 hingga 2 bilik tidur dilengkapi dapur dan ruang tamu / ruang makan yang berasingan. Sarapan disajikan di restoran yang lapang. Kemudahan lain termasuk kolam renang luaran, sauna dan gimnasium, serta ruang permainan, kawasan permainan anak-anak dan sebuah kedai serbaneka. Berjarak 2 minit berjalan kaki dari Pantai Pasir Bogak, resort pulau sederhana ini, dapat diakses dari daratan dengan feri, berjarak 4 km dari Kuil Fu Lin Kong dan Kota Belanda. Bilik-bilik santai dilengkapi dengan TV dan balkoni. Banglo desa mempunyai peti sejuk mini dan ruang tamu yang berasingan. Kemudahan lain termasuk kolam renang luaran, kolam renang kanak- kanak dan tempat berjemur.

FLreaerisPDanugtykor Alamat: 38-5, Jalan Besar, 32300 Pulau Pangkor, Perak

CKPDanugtykorFree Alamat: Lot 34 jalan pasir Bogak Pulau Pangkor, 32300 Lumut, Perak

SPPDanugtykorFree Alamat: No.7 & 8, Jalan Pangkor Mutiara 1, Taman Pangkor Mutiara, 32300 Pulau Pangkor, Perak

ISLAND HOPPING & SNORKELING Terdapat pelbagai aktiviti air yang menarik dan mencabar boleh dilakukan bersama orang tersayang di Pulau Pangkor. Antara aktiviti tersebut adalah snorkeling, menaiki banana bot, berkayak, poparazzi, outrigger, big mable, matrix, high roller dan pelbagai lagi aktiviti air yang mesti dicuba oleh semua pelancong yang datang ke Pulau Pangkor.

TERIMA KASIH Menjaga Kebersihan dan Keceriaan Pantai Pulau Pangkor JANGAN MENGAMBIL APA-APA KECUALI GAMBAR J A N G A N M ENIN GGALKA N AP A - A P A K EC UALI JEJAK K AKI JANGAN MENYIMPAN APA-APA KECUALI KENANGAN INDAH JANGAN TINGGALKAN SAMPAH ANDA!


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook