Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore FLIPBOOK TELUK BATIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

FLIPBOOK TELUK BATIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Published by nur afiqah, 2021-03-02 04:38:26

Description: TELUK BATIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Search

Read the Text Version

PELANCONGAN MANJUNG PANDUAN JELAJAH selamat datang TELUK BATIK , LUMUT EDISI KELUARAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

TELUK BATIK LUMUT

PTEENLUGKENBAALTAIKN Teluk Batik dinamakan Teluk Batak pada zaman awal kewujudannya. Walau bagaimanapun pada 26 April 1974 nama Teluk Batak telah ditukar kepada Teluk Batik. Pantai yang terletak lebih kurang 6.5 kilometer daripada Bandar Lumut adalah sebuah destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi kerana memiliki kemudahan-kemudahan istimewa yang diperlukan sebagai tempat pelancongan menarik. Pantainya yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika menarik hati sesiapa sahaja yang memandang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti chalet, gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak. Kawasan pantai ini dikelilingi oleh keindahan hutan hujan tropika yang merimbun di bukit-bukit yang terdapat di sekelilingnya. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah lebih kurang 60 ekar persegi manakala panjang pantainya adalah 1 km. Sejarah Teluk Batik dikatakan bermula kedatangan kaum Batak dari Kepulauan Sumatera di Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas hasil dagangan dan kepunyaan pemilik oaring-orang yang menggunakan laluan Selat Melaka tersebut. Ini tidak terkecualilah kaum Batak ini. Mereka menjadikan Teluk Batik yang ada sekarang tempat perlindungan daripada ancaman lanun dan perompak tersebut. Dari situ bermulalah penempatan kaum Batak dan tempat tersebut telah dipanggil Teluk Batak. Diberitahu oleh kebanyakan penduduk asal berhampiran (Kampung Teluk Muruk dan Kampung Padang Tembak) panggilan Teluk Batak kekal sehinggal awal 80an, selepas itu oleh kerana panggilan Teluk Batak tidak sedap didengar maka ianya telah ditukar dengan panggilan Teluk Batik. Panggilan nama Teluk Batik kekal sehingga sekarang. Nama Teluk Batak ini telah ditukar kepada Teluk Batik secara rasminya pada 26 hb. April 1974.

Teluk Batik merupakan pantai yang terkenal di Lumut, Perak yang menjadi tumpuan para pengunjung terutamanya ketika musim cuti sekolah. Pantai peranginan Teluk Batik dipenuhi dengan pengunjung setempat dan juga pelancong luar yang datang berkunjung bersama keluarga. Pantai yang berukuran kira-kira 1km panjangnya kelihatan bersih dan cantik serta pemandangan laut yang indah dikelilingi hutan hujan tropika yang merimbun menjadikan ia salah satu faktor tarikan pelancong. Terdapat bot yang telah disediakan untuk membawa pengunjung mengelilingi kawasan sekitar dan pemandangan jauh di tengah laut serta mengelilingi pulau berdekatan sekitar pantai Teluk Batik. Diperkarangan pantai Teluk Batik juga terdapat variasi kemudahan yang telah disediakan serta terdapat aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh para pengunjung. Antara kemudahan yang telah disediakan adalah tandas awam, bilik persalinan, laluan pejalan kaki, wakaf, tapak perkhemahan, gelanggang bola tampar, kedai makan, dan juga kedai cenderamata. Aktivti menarik yang boleh para pengunjung lakukan adalah berbasikal, bermandi-manda, bermain bola tampar pantai, berkelah, berkhemah dan melakukan aktiviti sukan air.

Di pintu masuk utama, terdapat Di kawasan Teluk Batik terdapat bangunan yang terdahulunya juga taman awam bagi kegunaan dikenali sebagai Muzium Siput namun aktiviti riadah dalam kalangan kini ia dijadikan sebagai Pusat para pengunjung. Ia dilengkapi Komuniti Teluk Batik yang berfungsi pelbagai kemudahan seperti sebagai rumah rehat dan juga taman permainan, trek berbasikal, upacara keramaian misalnya majlis laluan pejalan kaki dan dihiasi perkahwinan. Beberapa program dengan struktur binaan yang unik sering dianjurkan di Pusat Komuniti iaitu lembing yang tersusun seolah ini. berada di perkarangan istana.

MENARA TELUK BATIK Majlis Perbandaran Manjung telah mengecat semula sebuah menara lama yang berusia hampir 40 tahun dengan warna-warna yang menarik. Menara yang telah di cat dengan warna-warna yang menarik in akan menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar. buaian kayu nibong Terdapat empat buah buaian yang diperbuat dari kayu nibong telah dipasang dipersisiran Pantai Teluk Batik, Lumut ini merupakan tarikan baru pengunjung untuk bergambar dan diabadikan sebagai kenangan. PIhak Majlis Perbandaran Manjung menggunakan komponen utama daripada barang- barang kitar semula. Oleh itu penjimatan kos adalah sehingga 60% daripada harga sebenar. Tulisan Jawi dijadikan tulisan papan tanda buaian tersebut, adalah untuk menggalakkan pelancong mendekati tulisan Jawi sebagai satu skrip penulisan indah, mudah dan perlu dikuasai semua sebagai legasi budaya dan warisan masyarakat negara ini.

Dataran Hadhari TELUK BATIK Disekitar pantai peranginan Teluk Batik terdapat sebuah dataran yang diberi nama Dataran Hadhari. Dataran ini berfungsi sebagai pentas untuk pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di Teluk Batik kerana mempunyai keluasan yang agak luas. Pelbagai pihak sama ada pertubuhan bukan kerajaan, persatuan - persatuan mahupun pihak swasta telah menjalankan aktiviti dan program - program di dataran tersebut seperti Program SenamRobik, konvoi kereta serta penjualan barang ekspo. Sekiranya terdapat pihak yang ingin menjalankan aktiviti di dataran tersebut, perlulah menyewa dan berurusan dengan pihak Jabatan Pembangunan Komuniti Sosial Majlis Perbandaran Manjung.

CAMPER SITE Pantai Teluk Batik Di perkarangan Teluk Batik telah disediakan Tapak perkhemahan ini juga dilengkapi tapak perkhemahan yang telah dirasmikan dengan kemudahan tandas awam, sumber air pada tarikh 29 Ogos 2020 oleh Yang bersih dan juga sumber elektrik bagi DiPertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan keselesaan dan kemudahan pengguna. Para Syamsul Hazeman bin Md Salleh. Tapak pengunjung 'camper site' dibenarkan untuk perkhemahan tersebut merupakan projek membawa masuk kenderaan dan meletakkan pembangunan pelancongan yang julung kenderaan di dalam tapak perkhemahan kalinya diwujudkan dan dibangunkan di yang berada di kawasan pantai dan kawasan perbandaran Manjung dan berfungsi menikmati pengalaman ‘campervan’ di sebagai tarikan baharu kepada para kawasan pantai. pelancong yang datang berkunjung ke daerah Manjung. Kadar penyewaan camper site bagi : kenderaan RM 50 (1 malam) khemah RM 40 (1 malam) Tel No. (+016-5047080)

Di Pantai Teluk Batik berhampiran Camper Site terdapat aktiviti berkuda yang boleh dilakukan oleh para pengunjung bersama keluarga bermula dari 4petang sehingga 7malam. Pengunjung boleh ke Ras Stable Teluk Batik untuk mencuba pengalaman baharu dan tiket untuk seorang hanya serendah RM5.00. Selain itu, kelas menunggang kuda juga disediakan bagi kanak-kanak dan org dewasa. Para pengunjung juga boleh merasai pengalaman menaiki kereta kuda berhiasan yang amat menarik di sini. LOKASI : Di tepi Pantai Teluk Batik berhadapan Chalet Impian dan Camper Site Harga : RM 5.00 FB/Instagram: RAS Stable / ras_horse_farm Tel No. (+016-3507304)

Disekitar pantai peranginan Teluk Batik terdapat beberapa buah chalet dan resort yang menarik dan sering dipenuhi pengunjung ketika musim cuti persekolahan dan perayaan. Kedudukan chalet ini sangat strategik kerana ia terletak berhadapan pantai dimana penghuni chalet tidak perlu berjalan jauh untuk ke persisiran pantai. Salah satu chalet yang terkenal di pantai Teluk Batik adalah Chalet Impian yang terkenal dengan kediaman chalet yang berwarna - warni dan menyediakan pelbagai kemudahan dan pakej yang murah kepada para pelancong.

Teluk Batik Resort terletak berhampiran pintu masuk ke perkarangan pantai peranginan Teluk Batik. Teluk Batik Resort direka dengan konsep untuk acara dan aktiviti untuk perniagaan dan percutian. Ketenangan, kesegaran dan udara bersihnya menjadikan ia tempat percutian yang sempurna bagi mereka yang mencari ketenangan dan relaksasi alam. Virgo Batik Resort berlokasikan bersebelahan Teluk Batik Resort juga merupakan tempat penginapan yang mudah di akses kerana lokasinya yang tidak jauh dari pantai peranginan Teluk Batik. Resort ini menawarkan pelbagai jenis bilik tidur yang selesa dan sesuai untuk seisi keluarga pada harga yang berpatutan.

TELUK BATIK Pusat Ekologi Vale telah dilancarkan pada bulan Oktober 2015 sebagai sebuah platform pendidikan bagi anggota masyarakat setempat dan orang awam untuk mengetahui dan menghargai kepelbagaian biologi di hutan Teluk Rubiah. Pengarah Urusan VALE Malaysia, Efrem Daumas berkata, VALE telah menjalinkan kerjasama bersama MNS bagi menjalankan Ekspedisi Saintifik di hutan Teluk Rubiah. Tujuan ekspedisi ini adalah untuk mengetahu potensi-potensi yang ada di hutan Teluk Rubiah untuk dibawa ke Pusat Ekologi. Ekspedisi ini melibatkan pengkaji, pakar alam semulajadi, guru sekolah serta pelajar, pekerja dan sukarelawan dari VALE dan MNS. Hasil ekspedisi yang dijalankan, MNS mendapati terdapat lebih daripada 100 jenis tumbuhan, 125 spesis burung, 28 spesis pepatung dan beberapa spesis yang lain. VALE memperuntukkan 715 ekar daripada 1,196 ekar tanah yang dimilikinya untuk dipelihara. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pusat ini merangkumi kem pendidikan, jalan berpandu, eksperimen dan pengalaman, pemerhatian burung, rama-rama dan kajian serangga, aktiviti ekologi, berjalan kaki dan pemantauan pantai dan sungai. Terdapat tiga jalur trekking hutan utama yang tersedia di Pusat, yaitu, Main Trail, Coastal Trail dan Waterfall Trail, di mana orang dapat belajar tentang alam sekitar dalam suasana semula jadi. Pusat ekologi tersebut dijangka akan dibuka kepada orang awam dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang ini setiap hari tanpa sebarang bayaran dikenakan. Pusat Ekologi Vale terletak di sebelah hujung pintu masuk ke Pantai Teluk Batik berdekatan Hotel Virgo.

Bukit 300 TELUK BATIK Lokasi Bukit 300 yang terletak berhampiran pantai peranginan Teluk Batik menjadikan ia tempat rekreasi yang sering dikunjungi pendaki dan pengunjung terutamanya ketika hujung minggu. Bukit ini diberi nama Bukit 300 bersempena dengan ketinggiannya yang berukuran lebih 300 meter dari paras laut. Ia adalah sebahagian dari Hutan Simpan Teluk Murok dan mempunyai flora dan fauna yang menarik. Bukit 300 mempunyai trek sepanjang 4.5km yang digunakan sebagai trek untuk mendaki dan 'mountain biking'. Trek ini tidak terlalu mencabar bagi pendaki yang kurang berpengalaman dalam mendaki bukit. Perbezaan Bukit 300 dan Bukit Engku Busu adalah ketinggian dan juga trek mendaki dimana Bukit Engku Busu mempunyai ketinggian yang lebih tinggi berbanding Bukit 300 dan treknya juga lebih mencabar bagi para pendaki. LOKASI: Terletak berhampiran pintu masuk utama ke pantai peranginan Teluk Batik, Lumut

DILARANG MEMBERI TTKeKeraraisismmiihhaa!!Menjaga PKaenbetrasiiThealnukdaBnatKikeceriaan MAKANAN KEPADA MONYET! JANGAN MENGAMBIL APA-APA KECUALI GAMBAR J A N G A N M ENIN GGALKA N AP A - A P A K EC UALI JEJAK K AKI JANGAN MENYIMPAN APA-APA KECUALI MEMORI JANGAN TINGGALKAN SAMPAH ANDA!

MANJUNG TOURISM TOUR GUIDE WELCOME To TELUK BATIK , LUMUT issue edition MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

TELUK BATIK LUMUT

INTTELRUOKDUBCATTIIOKN Teluk Batik was called Teluk Batak in the early days of its existence. However on April 26, 1974 the name of Teluk Batak was changed to Teluk Batik. The beach which is located about 6.5 kilometers from Lumut Town is an ideal tourist and picnic destination to visit because it has the special facilities needed as an attractive tourist destination. The long beach and the background of tropical rainforests attract anyone who looks. Various facilities are available here such as chalets, dining stalls, toilets, dressing rooms, car parks and children’s playground. This coastal area is surrounded by the beauty of the tropical rainforest that lurks in the surrounding hills. The estimated area of Teluk Batik is about 60 square acres while the length of the beach is 1 km. The history of Teluk Batik is said to have started with the arrival of the Batak people from the Sumatra Islands in Indonesia. The story begins when in the old days pirates and robbers made the waters of the Straits of Melaka a place where they robbed and confiscated merchandise and belonged to the owners of the people who used the Straits of Melaka. This is not the exception of these Batak people. They made the existing Batik Bay a refuge from the threat of pirates and robbers. From there began the settlement of the Batak people and the place was called Teluk Batak. Told by most of the nearby natives (Kampung Teluk Muruk and Kampung Padang Tembak) the call of Teluk Batak remained until the early 80s, after that because the call of Teluk Batak was not pleasant to hear so it was changed to the call of Teluk Batik. The nickname of Teluk Batik remains to this day. The name of Teluk Batak was officially changed to Teluk Batik on the 26th. April 1974.

Teluk Batik is a famous beach in Lumut, Perak which is the focus of visitors, especially during the school holiday season. Teluk Batik resort beach is filled with local visitors as well as foreign tourists who come to visit with family. The beach, which is about 1km long, looks clean and beautiful and the beautiful sea views surrounded by lush tropical rainforests make it one of the tourist attractions. There are boats that have been set up to take visitors around the surrounding area and the scenery far in the middle of the sea as well as around the nearby islands around the coast of Teluk Batik. In the grounds of Teluk Batik beach there are also a variety of facilities that have been provided and there are interesting activities that can be done by visitors. Among the facilities that have been provided are public toilets, dressing rooms, sidewalks, endowments, campsites, volleyball courts, eateries, and even souvenir shops. Exciting activities that visitors can do are cycling, swimming, playing beach volleyball, picnicking, camping and doing water sports activities.

At the main entrance, there is a In the area of Teluk Batik there is building that was formerly known as also a public park for the use of the Snail Museum but now it is used leisure activities among visitors. It as a Teluk Batik Community Center is equipped with various facilities which serves as a rest house and also such as a playground, cycling a ceremony such as a wedding. track, pedestrian walkway and is Several programs are often decorated with a unique organized at this Community Center. construction structure that is a spear that is arranged as if in the courtyard of the palace.

TOWER TELUK BATIK Majlis Perbandaran Manjung has repainted an old tower that is almost 40 years old with attractive colors. The tower that has been painted with attractive colors will be the focus of visitors to take pictures. nibong wooden cradle There are four swings made of nibong wood have been installed along the Teluk Batik Beach, Lumut is a new attraction for visitors to take pictures and immortalized as memories. Majlis Perbandaran Manjung uses major components from recycled items. Thus cost savings are up to 60% of the actual price. Jawi writing is used as the signboard of the cradle, is to encourage tourists to approach Jawi writing as a beautiful writing script, easy and need to be mastered by all as a cultural legacy and heritage of this country's society.

Dataran Hadhari TELUK BATIK Around the beach of Teluk Batik resort there is a square named Dataran Hadhari. This square serves as a stage for various activities that can be carried out in Teluk Batik because it has a relatively large area. Various parties whether non- governmental organizations, associations or the private sector have carried out activities and programs in the square such as the Robotics Gymnastics Program, car convoys and the expo sales. If there are parties who want to carry out activities in the square, it is necessary to rent and deal with the Jabatan Pembangunan Komuniti Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.

CAMPER SITE Teluk Batik Beach In the grounds of Teluk Batik, a camping site The campsite is also equipped with public has been prepared which was inaugurated on toilet facilities, clean water source and also 29 August 2020 by Yang DiPertua Majlis electricity source for the comfort and Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman convenience of users. Visitors to the 'camper bin Md Salleh. The campsite is a tourism site' are allowed to bring in vehicles and park development project that was first created their vehicles inside the campsite located on and developed in the municipal area of the beach area and enjoy the experience of Manjung and serves as a new attraction for 'campervan' in the beach area. tourists who come to visit the Manjung district. Camper site rental rates for: vehicle RM 50 (1 night) tent RM 40 (1 night) Tel No. (+016-5047080)

At Teluk Batik Beach near Camper Site there are horse riding activities that can be done by visitors with their families from 4pm to 7pm. Visitors can go to Teluk Batik Stable Race to try new experiences and tickets for one person for as low as RM5.00. In addition, horse riding classes are also available for children and adults. Visitors can also experience a very interesting decorated horse-drawn carriage ride here. LOCATION: On the shores of Teluk Batik Beach in front of Chalet Impian and Camping Site Price: RM 5.00 FB/Instagram: RAS Stable / ras_horse_farm Tel No. (+016-3507304)

Around the beach resort of Teluk Batik there are several chalets and resorts that are interesting and often crowded with visitors during the school holidays and festivals. The position of this chalet is very strategic because it is located in front of the beach where the chalet occupants do not have to walk far to the coast. One of the famous chalets on the beach of Teluk Batik is the Dream Chalet which is famous for its colorful chalet residence and provides various facilities and cheap packages to tourists.

Teluk Batik Resort is located near the entrance to the beach area of Teluk Batik resort. Teluk Batik Resort is designed with the concept for events and activities for business and leisure. Its tranquility, freshness and clean air make it the perfect getaway for those seeking tranquility and relaxation. Virgo Batik Resort is located next to Teluk Batik Resort and is also easy to access due to its location not far from Teluk Batik resort beach. The resort offers a variety of comfortable and suitable bedrooms for the whole family at reasonable prices.

TELUK BATIK The Vale Ecological Center was launched in October 2015 as an educational platform for members of the local community and the general public to know and appreciate the biological diversity in the Rubiah Bay forest. VALE Malaysia Managing Director, Efrem Daumas said, VALE has collaborated with MNS to conduct Scientific Expeditions in the Rubiah Bay forest. The purpose of this expedition is to find out the potentials in the forest of Rubiah Bay to be brought to the Ecological Center. The expedition involved researchers, nature experts, school teachers as well as students, employees and volunteers from VALE and MNS. As a result of the expedition conducted, MNS found that there are more than 100 species of plants, 125 species of birds, 28 species of dragonflies and several other species. VALE allocated 715 acres of the 1,196 acres of land it owned for conservation. Among the activities that can be done at the Center include educational camps, guided trails, experiments and experiences, bird observation, butterfly and insect studies, ecological activities, walking and monitoring of beaches and rivers. There are three main forest trekking trails available at the Center, namely, the Main Trail, Coastal Trail and Waterfall Trail, where people can learn about the environment in a natural setting. The ecological center is expected to be open to the public from 8.30 am to 6 pm every day without any charge. Vale Ecological Center is located at the end of the entrance to Teluk Batik Beach near Hotel Virgo.

Bukit 300 TELUK BATIK The location of Bukit 300 which is located near the beach of Teluk Batik makes it a recreational place that is often visited by climbers and visitors, especially during the weekends. This hill is named Bukit 300 in conjunction with its height which is more than 300 meters above sea level. It is part of the Gulf of Murok Forest Reserve and has interesting flora and fauna. Hill 300 has a 4.5km long track that is used as a track for hiking and mountain biking. This track is not too challenging for climbers who are less experienced in hill climbing. The difference between Bukit 300 and Bukit Engku Busu is the height and also the climbing track where Bukit Engku Busu has a higher height than Bukit 300 and the track is also more challenging for climbers. LOCATION: Located near the main entrance to the beach resort of Teluk Batik, Lumut

DON'T FEED THE MONKEY! TThhyyaaoonunuk!k!Keeping The aTneldukChBeaetrifkuBleach Clean TAKE NOTHING BUT PHOTOGRAPHS LEAVE NOTHING BUT FOOTPRINTS KEEP NOTHING BUT MEMORY DO NOT LEAVE YOUR TRASH!


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook