Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore TEKS UCAPAN TERKINI PENGARAH Majlis Perasmian O-CiD2020 IPGK Zon Sabah

TEKS UCAPAN TERKINI PENGARAH Majlis Perasmian O-CiD2020 IPGK Zon Sabah

Published by justincaroleanne, 2020-07-29 21:44:46

Description: TEKS UCAPAN TERKINI PENGARAH Majlis Perasmian O-CiD2020 IPGK Zon Sabah

Search

Read the Text Version

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN HARI KREATIVI DAN INOVASI DALAM TALIAN PERINGKAT IPG KAMPUS ZON SABAH 4 OGOS 2020 : 9.00 PAGI OLEH YANG BERUSAHA PUAN GERTURUDE JOCK PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA 1

Para hadirin yang dihormati, 1. Segala puji dan syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya kita dapat bersama-sama dalam Pertandingan Inovasi Pedagogi sempena Hari Kreativiti dan Inovasi Dalam Talian tahun 2020. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pihak jawatankuasa penganjur iaitu Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya yang telah berusaha merealisasikan pertandingan ini dengan jayanya. Penghargaan juga diucapkan kepada para panel penilai yang menyumbangkan kepakaran mereka untuk menjadi pengadil dalam pertandingan ini. Di samping itu, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta pertandingan yang terdiri daripada para pensyarah daripada IPG zon Sabah yang telah menunjukkan kreativiti mereka dengan menghasilkan pelbagai inovasi sama berbentuk kaedah atau produk yang saya pasti mempunyai nilainya yang tersendiri dalam menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian pengajaran dan pembelajaran. 2

Hadirin yang dihormati, 2. Seperti yang semua sedia maklum, Pertandingan Inovasi Pedagogi Peringkat Zon Sabah diadakan secara giliran. Oleh itu, pada tahun ini IPGK Gaya telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pertandingan ini. Penganjuran pada tahun ini agar berlainan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Cabaran bagi kami untuk melaksanakan program ini dalam era norma baharu yang telah menetapkan SOP yang wajib dipatuhi demi memastikan keselamatan dan kesihatan semua terjamin. Walau bagaimanapun kesedaran bahawa peri pentingnya inovasi sebagai satu wadah ke arah peningkatan kualiti pendidikan semasa, mendorong pihak kami untuk berusaha memastikan program ini tetap berjalan walaupun dalam talian. 3

Hadirin yang dihormati, 3. Hari Kreativiti dan Inovasi yang bertemakan “Semarakkan Kreativiti, Lestarikan Kualiti Inovasi”, diyakini akan menjadi pengerak terhadap usaha untuk menyemarakkan budaya inovasi khususnya dalam kalangan pensyarah dan usaha ini dapat meningkatkan produktiviti kerja serta bersedia untuk membuat pembaharuan dalam proses susun atur perkongsian ilmu bagi meningkatkan sistem penyampaian berteraskan kualiti. Dengan lahirnya budaya inovasi ini, pembudayaan kreativiti dan memupuk budaya kerja berpasukan dapat ditingkatkan. 4. Peserta pertandingan pada hari ini patut berbangga kerana kamu telah berjaya mencabar diri untuk menyertai pertandingan. Hal ini kerana, berbanding dengan pertandingan yang lain, pertandingan inovasi memerlukan kreativiti dan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang baharu atau menambah baik sesuatu yang sedia ada seterusnya dapat menyumbang kepada kecemerlangan IPG atau organisasi. 4

5. Tahukah anda bahawa individu yang berjaya menghasilkan inovasi memiliki tiga perkara dalam diri mereka iaitu kepakaran, pemikiran kreatif dan bermotivasi dalaman. Kepakaran merujuk kepada kecekapan, keupayaan, pengetahuan serta bakat istimewa yang dimiliki oleh seseorang. Memiliki perkara seperti yang disebutkan di atas akan menjadikan individu tersebut dilihat berupaya untuk melahirkan idea-idea kreatif dan inovatif. Pemikiran kreatif pula merujuk kepada individu yang mempunyai idea inovasi. Hal ini berkait rapat dengan keupayaan kognitif yang dimiliki. Individu yang berdisiplin, tidak bergantung kepada orang lain, bersedia menanggung risiko, bersikap toleransi dikatakan mereka yang mampu untuk berfikir secara kreatif. Manakala faktor ketiga pula ialah motivasi dalaman individu iaitu berkaitan dengan seseorang yang merasakan seronok untuk terlibat, perasaan ingin tahu yang tinggi serta suka kepada cabaran. Oleh itu, berbanggalah kerana inovasi yang anda pertandingkan pada hari ini membuktikan anda memiliki kriteria- kriteria yang saya nyatakan tadi. 5

Hadirin yang dihormati , 6. Inovasi pada hari ini telah menjadi penanda aras baru global dan sudah pasti menuntut kepada keupayaan penciptaan yang bukan sahaja bersifat baharu, unik dan bermanfaat tetapi juga mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kemantapan pendidikan negara. Sehubungan dengan itu, menyedari pentingnya kemahiran tersebut Pelan Transformasi IPG 2016-2025 telah dihasilkan dan antara lima teras utama yang ditekankan dalam transformasi IPG ialah penyelidikan dan Inovasi. Berdasarkan pelan strategik ini, kita dituntut untuk memastikan inovasi di institut kita sentiasa disemarakkan dan disebarluaskan bukan sahaja untuk meningkatkan kualiti latihan pendidikan guru di negara ini juga demi memastikan IPG sentiasa relevan. 7. Dalam kemajuan teknologi ini kita bukan sahaja perlu bijak untuk mendapatkan maklumat bagi menyokong perkembangan ilmu tetapi memerlukan kebijaksanaan untuk mengoptimumkan ilmu yang dimiliki. Hal ini kerana kefahaman terhadap hubungan maklumat, ilmu dan kebijaksanaan dalam kehidupan yang berterusan akan membantu kita menghadapi cabaran dalam setiap revolusi dan saya yakin kreativiti peserta dalam menghasilkan inovasi pada hari ini telah menunjukkan wujudnya kefahaman tersebut. 6

Hadirin yang dihormati, 8. Akhir kata, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga pendidik di Institut Pendidikan Guru Zon Sabah khususnya warga yang menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan ini. Tahniah juga kepada ahli Jawatankuasa penganjur yang telah bersungguh-sungguh dalam merangka dan menganjurkan pertandingan inovasi ini. Saya yakin, pertandingan ini akan menjadi platform kepada semua peserta untuk mencipta lebih banyak lagi inovasi dan seterusnya menyebarluaskannya kepada semua sama ada dalam bentuk pameran atau pertandingan. 9. Dengan ini saya merasmikan Hari Kreativiti dan Inovasi Dalam Talian tahun 2020. Sekian sahaja, saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan salam sejahtera. 7

ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN HARI KREATIVITI DAN INOVASI DALAM TALIAN O-CiD2020 PERINGKAT IPG KAMPUS ZON SABAH 4 OGOS 2020 MASA Pendaftaran Peserta 8.30 - 9.00 PAGI Bacaan Doa 9.00 - 9.05 PAGI Tayangan Montaj O-CiD2020 IPG Kampus Zon Sabah 9.05 - 9.10 PAGI Ucapan Alu-aluan 9.10 - 9.30 PAGI Yang Berusaha Puan Gerturude Jock A.D.K Pengarah IPG Kampus Gaya 9.30 - 9.55 PAGI Taklimat Ketua Panel Penilai 9.55 - 10.00 PAGI Taklimat Urusetia 10.00 PAGI Majlis Tamat 8

TENTATIF HARI KREATIVITI DAN INOVASI DALAM TALIAN (O-CiD2020) PERINGKAT IPG KAMPUS ZON SABAH 4 HINGGA 6 OGOS 2020 4 OGOS 2020 Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Puan Gerturude Jock, Pengarah 9.00 - 10.00 PAGI IPG Kampus Gaya di pautan http://meet.google.com/hrr-sxax-ard 4 - 5 OGOS 2020 Penilaian Inovasi Pedagogi Kategori Individu dan Berkumpulan 6 OGOS 2020 1. Laporan Inovasi (30%) 8.00 - 12.00 TENGAH HARI 2. Video Inovasi (Pembentangan secara Maya) (70%) Perbincangan dan Moderasi Panel Penilai 6 OGOS 2020 : 12.00 - 3.00 PETANG Penting: Sesi soal jawab secara langsung bersama Panel Penilai akan 6 OGOS 2020 dilaksanakan sekiranya terdapat jumlah keseluruhan markah penilaian 3.00 PETANG inovasi adalah SERI di pautan http://meet.google.com/hrr-sxax-ard. Sesi live ini diselaraskan oleh penganjur dan makluman terkini akan diberikan kepada peserta dari semasa ke semasa. Pengiraan Markah oleh Panel Penilai Muat Naik Pengumuman Keputusan pertandingan Inovasi Pedagogi sempena Hari Kreativiti dan Inovasi Dalam Talian, Peringkat IPG Kampus Zon Sabah Tahun 2020. Google Classroom Class Code: apzqxab Penting: Semua peserta dikehendaki mengisi Borang Penilaian LAM-PUS- 01-03 secara dalam talian di pautan yang boleh didapati di Google Classroom Class Code: apzqxab 9

SENARAI PANEL PENILAI YBhg. Datin Dr Bushro binti Ali Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa Pakar rujuk dlm inovasi dan pembangunan pendidikan di Malaysia Kolonel (PA) Profesor Madya Dr. Mohamad Nizam bin Nazarudin Fakulti Psikologi & Pendidikan Universiti Malaysia Sabah Best Researcher, International Leadership Awards. RULA Awards & IJRULA, 2019 Innovation & Research Invention 2016 Award, International and national Gold medalist Puan Norlyziah binti ali Hussein SMK Sanzac, Kota Kinabalu Yang Dipertua, Majlis Guru Cemerlang Sabah Gold Medalist, Special Award World Inventors Association (WIA) 1st Stage in High Merit and Special Award Asia Invention Creativity Association (AICA) di World Invention Innovation Contest, Seoul, Korea (2019) 10

SEKIAN, TERIMA KASIH 11


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook