Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore fgbm

fgbm

Published by birolatihanpejuang, 2021-09-21 05:04:52

Description: fgbm

Search

Read the Text Version

Piagam Pejuang 31 Januari 2021

Bekerjasama

PIAGAM PEJUANG (31 Januari 2021) [BARU] Mendokong PERLEMBAGAAN ISLAM RUKUN NEGARA Hasrat PERSEKUTUAN Menegakkan 2 MEMPERKASAKAN Perjuangan Pemimpin EKONOMI & KEBAJIKAN 1 3 PEMBANGUNAN Melaksanakan MEMERANGI Sogok SeleAwmeanngah Langkah- RASUAH Amanat KEPIMPINAN BERPRINSIP langkah Strategik Rakyat Makmur Hak Rampas Demokrasi Membina 3. Membina Keupayaan perlembagaan parti, infrastruktur, tatacara, barisan pemimpin & ahli-ahli, pembiayaan, Asas: pendidikan, jangkauan rakyat dan media. Keupayaan 2. Prinsip Perjuangan: Bermaruah, Patriotik, Berakhlak, Kesantunan, Kesusilaan, Integriti, Tekun, Bekerjasama, Parti Berilmu, Berfikir & Memelihara Perpaduan. Berlandaskan 1. Tujuan: MemPErJUANGkan keutuhan bangsa Melayu berdasarkan kepada prinsip-prinsip Islam. Prinsip Perjuangan

Struktur Pentadbiran PARTI PEJUANG TANAHAIR Disediakan oleh Pejabat Setiausaha Agung

Kandungan 01 02 03 Struktur Pentadbiran Struktur Pentadbiran Struktur Pentadbiran Pusat Negeri Sekretariat Parlimen PEJUANG 04 05 Struktur Pentadbiran Sayap Cawangan

1 Struktur Pentadbiran Penuh Parti Pejuang Tanahair

2 MEP Struktur Penuh Majlis Eksekutif Pimpinan Pusat SPP MPN Sekretariat Parlimen PEJUANG Majlis Pimpinan Negeri (Tidak Rasmi) MPC Majlis Pimpinan Cawangan

3 01 PUSAT

4 Majlis Eksekutif Pusat Majlis Eksekutif Pusat adalah badan tertinggi parti yang menjalankan kuasanya di bawah perintah Perhimpunan Agung.

5 Anggota Keanggotaan Majlis Eksekutif Pusat terdiri daripada 42 orang (maksimum) seperti berikut: I. Pengerusi II. Presiden III. Timbalan Presiden IV. Setiausaha Agung V. Bendahari Agung VI. Ketua Penerangan VII. Ketua PEJUANITA VIII. Ketua PEJUANG Muda IX. Ketua PEJUANITA Muda X. Tidak lebih daripada dua puluh lima (25) orang yang dipilih dalam Persidangan Negeri. XI. Tidak lebih daripada Satu orang wakil sayap- sayap parti XII. Tidak lebih daripada lima (5) orang yang dilantik.

6 Cara Pemilihan/Lantikan 1. Tertakluk kepada fasal 17.3.1 bagi jawatan Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah dipilih melalui undian tertinggi setiap tiga tahun dalam Persidangan negeri 2. Tertakluk kepada Fasal 13.3, dua puluh lima (25) orang Ahli Majlis Eksekutif Pusat hendaklah dipilih dalam Persidangan negeri tiap-tiap tiga (3) tahun sekali. 3. Tertakluk kepada peraturan Sayap, Ketua PEJUANITA, Ketua PEJUANG Muda dan Ketua PEJUANITA Muda Malaysia dipilih dalam Perhimpunan Tahunan Sayap Negeri tiap-tiap tiga (3) tahun sekali. 4. Tertakluk kepada fasal 13.7, Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Ketua Penerangan dilantik oleh Presiden selepas berunding dengan Pengerusi dan Timbalan Presiden dan mereka memegang jawatan selama tempoh Majlis Eksekutif Pusat kecuali mereka berhenti atau diberhentikan. Sekiranya tiada kata putus dari rundingan, kuasa melantik dipulangkan kepada Majlis Eksekutif Pusat untuk diputuskan secara majoriti. 5. Tertakluk kepada fasal 13.2.11, Satu (1) orang wakil daripada setiap sayap parti yang dilantik oleh Presiden selepas berunding dengan Pengerusi dan Timbalan Presiden. 6. Tertakluk kepada fasal 13.2.12, Tidak lebih daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Presiden selepas berunding dengan Pengerusi dan Timbalan Presiden.

7 Peranan (Fasal 14) 1. Menjalankan semua ketetapan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung. 2. Menunaikan segala syarat-syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966. 3. Menghantar kepada Negeri Penyata Tahunan berserta dengan Penyata Kira-Kira Tahunan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh Perhimpunan Agung. 4. Membentangkan kepada Perhimpunan Agung suatu Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira Tahunan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira. 5. Menubuhkan Majlis Pimpinan Negeri tertakluk kepada kelulusan Pendaftar Pertubuhan menurut Fasal 11.2 dan menubuhkan Cawangan menurut Fasal 11.3. 6. Menetapkan tarikh Perhimpunan Agung, tarikh atau tempoh Persidangan Negeri dan Mesyuarat Tahunan Cawangan.

8 Peranan (Fasal 14) 7) Menentukan tarikh akhir pembayaran Yuran daripada ahli menurut Fasal 24.2 dan menetapkan tempoh tarikh penyerahan yuran daripada Cawangan kepada Negeri dan Negeri kepada Ibu Pejabat menurut Fasal 24.3. 8) Menubuhkan Lembaga Disiplin dan Lembaga Rayuan dan melantik Pengerusi-Pengerusinya serta menentukan peraturan peraturannya. 9) Membuat Peraturan bagi menubuhkan satu Jawatankuasa Pemilihan Parti dan melantik Pengerusinya serta peraturan untuk melaksanakan, mengawal dan menyelia pemilihan jawatan- jawatan di semua peringkat dan menubuhkan jawatankuasa kecil yang lain. 10) Melantik Pemegang Amanah bagi harta dan wang parti dan memberhentikannya pada bila-bila masa. 11) Menamakan mereka yang ditauliahkan untuk menandatangani cek dan membuat apa-apa peraturan mengenai kewangan parti bagi menjamin ketelusan dan integriti dalam pengurusan kewangan parti. 12) Melantik seorang pegawai awam

9 Peranan (Fasal 14) 13) Majlis Eksekutif Pusat berkuasa membuat peraturan mengenai perkara-perkara yang tidak dinyatakan dengan khusus dalam Perlembagaan ini asalkan ia tidak bercanggah dengan peruntukan nyata Perlembagaan ini termasuk dan tidak terhad kepada peraturan-peraturan mengenai pemilihan, kelayakan calon-calon yang bertanding dan Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung. 14) Majlis Eksekutif Pusat berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Eksekutif Pusat, Majlis Pimpinan Negeri dan Jawatankuasa Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan. 15) Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti. 16) Melantik Pemerhati ke Persidangan Negeri.

10 Kekerapan dan Kuorum MEP 1. Tertakluk kepada fasal 13.10, Kekerapan mesyuarat sekurang kurangnya sekali dalam masa dua bulan pada Tarikh yang ditetapkan oleh Pengerusi 2. Tertakluk kepada fasal 13.11, Kuorum Mesyuarat ialah ½ daripada jumlah ahli

11 Fungsi Pengerusi 1. Menjadi Ketua dan Pemimpin Utama parti yang bertanggungjawab menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran dan dasar parti. 2. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat Presiden 1. Memanggil dan Mempengerusikan Majlis Presiden 2. Melantik SU Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan, Seorang wakil sayap parti selepas berunding bersama Pengerusi dan Timb Presiden 3. Tertakluk kepada fasal 13.2.12, Tidak lebih daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Presiden selepas berunding dengan Pengerusi dan Timbalan Presiden. 4. Tertakluk kepada fasal 13.2.11, Satu (1) orang wakil daripada setiap sayap parti yang dilantik oleh Presiden selepas berunding dengan Pengerusi dan Timbalan Presiden.

12 Fungsi Timbalan Presiden 1. Membantu tugas-tugas Presiden. 2. Mempengerusikan mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat dan Majlis Presiden semasa ketiadaan Pengerusi dan Presiden. Setiausaha Agung 1. Bertanggungjawab kepada Presiden 2. Mengelola mesyuarat MEP, Majlis Presiden dan Perhimpunan Agung. 3. Mengelola pentadbiran Ibu Pejabat Parti 4. Menyediakan Penyata Tahunan untuk dibentangkan di dalam MEP dan Perhimpunan Agung 5. Mengelola pengurusan keahlian dan daftar ahli

13 Fungsi Bendahari Agung 1. Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan parti dengan telus. 2. Menyediakan penyata kira kira kewangan bulanan untuk dibentangkan kepada majlis Presiden 3. Menyediakan penyata kira kira kewangan tahunan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira Kira dan Juruaudit Bertauliah sebagai persiapan Perhimpunan Agung Tahunan 4. Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada MEP Ketua Penerangan 1. Bertanggungjawab melaksanakan program penerangan parti dan melaporkannya kepada MEP

14 02 NEGERI

15 Anggota Keanggotaan Majlis Pimpinan Negeri terdiri daripada 31 Orang (maksimum) seperti berikut: I. Ketua Negeri, II. Timbalan Ketua Negeri III. Setiausaha IV. Bendahari V. Ketua Penerangan VI. Ketua PEJUANITA VII. Ketua PEJUANG Muda VIII. Ketua PEJUANITA Muda IX. Tidak lebih dari 20 orang yang dipilih di Persidangan Negeri menurut fasal 17.2.1. X. Tidak lebih dari tiga (3) orang yang dilantik oleh Ketua Negeri.

16 Cara Pemilihan/Lantikan 1. Tertakluk kepada Fasal 19.6.2, Ketua dan Timbalan Ketua Negeri hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan tiap-tiap tiga (3) tahun sekali. 2. Tertakluk kepada Fasal 18.3.9 , dua puluh (20) orang Ahli Majlis Pimpinan Negeri hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan tiap-tiap tiga (3) tahun sekali. 3. Tertakluk kepada Peraturan Sayap, Ketua PEJUANITA, Ketua PEJUANG Muda dan Ketua PEJUANITA Muda Negeri dipilih dalam Perhimpunan Tahunan Sayap Cawangan tiap-tiap tiga (3) tahun sekali. 4. Tertakluk kepada fasal 18.5, Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri dilantik oleh Ketua Negeri dan mereka memegang jawatan selama tempoh Majlis Pimpinan Negeri kecuali sehingga mereka berhenti atau diberhentikan. 5. Tertakluk kepada fasal 18.3.10, Tidak lebih dari tiga (3) orang yang dilantik oleh Ketua Negeri.

17 Peranan (Fasal 18.9) 1. Membantu Majlis Eksekutif Pusat mengatur dan menyelaraskan perjalanan Negeri masing-masing 2. Menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit di dalam Cawangan dan Negeri masing-masing atau dengan arahan Majlis Eksekutif Pusat. 3. Menjalankan arahan-arahan parti seperti yang ditentukan oleh Persidangan Negeri. 4. Tertakluk kepada Fasal 14.9, bekerjasama dengan Jawatankuasa Pemilihan Parti dalam mengelolakan pemilihan parti di peringkat Negeri. 5. Menunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966 khususnya Borang 9 Bersama Minit Mesyuarat Persidangan Negeri dan Penyata Kemajuan dalam masa enam puluh (60) hari selepas Persidangan Negeri kepada Pendaftar Pertubuhan. 6. Mengumpul dan menyediakan senarai ahli baru yang terdiri daripada Ahli yang telah diterima dan diluluskan untuk dilaporkan kepada Setiausaha Agung .

18 Peranan (Fasal 18.9) 7. Melantik dan memantau Sekretariat Parlimen PEJUANG (SPP) bagi setiap Parlimen yang diketuai oleh Penyelaras Parlimen berfungsi untuk membantu kerja-kerja pentadbiran parti, pilihanraya dan kebajikan masyarakat 8. Penyelaras Parlimen ialah seorang Ahli MPN (sekiranya bilangan Penyelaras Parlimen melebihi bilangan ahli maksimum MPN , status mereka adalah turut hadir di dalam mesyuarat MPN). 9. Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa. 10. Membincangkan dan meluluskan usul-usul untuk dibawa ke Perhimpunan Agung.* 11. Menentukan perbelanjaan Negeri, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang. 12. Melantik dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira bagi memeriksa dan mengesahkan kira-kira Majlis Pimpinan Negeri untuk dibentangkan pada Persidangan Negeri.*

19 Kekerapan dan Kuorum MPN 1. Tertakluk kepada fasal 18.6 Majlis Pimpinan Negeri hendaklah bermesyuarat sekurang kurangnya sekali dalam masa satu bulan atau pada bila bila masa yang dikehendaki oleh Ketua Negeri atau dengan permintaan bertulis daripada 1/3 daripada bilangan ahli Majlis Pimpinan Negeri. 2. Tertakluk kepada fasal 18.7, Cukup bilang bagi mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri ialah satu per dua (1/2) daripada jumlah Ahli-Ahlinya.

20 Fungsi Ketua Negeri 1. Melantik Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan tertakluk Fasal 18.7. 2. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri. 3. Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota Pejabat Majlis Pimpinan Negeri. 4. Tertakluk kepada Peraturan Sayap, Ketua PEJUANITA, Ketua PEJUANG Muda dan Ketua PEJUANITA Muda Negeri dipilih dalam Perhimpunan Tahunan Sayap Cawangan tiap-tiap tiga (3) tahun sekali. 5. Tertakluk kepada fasal 18.5, Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri dilantik oleh Ketua Negeri dan mereka memegang jawatan selama tempoh Majlis Pimpinan Negeri kecuali sehingga mereka berhenti atau diberhentikan. 6. Tertakluk kepada fasal 18.3.10, Tidak lebih dari tiga (3) orang yang dilantik oleh Ketua Negeri.

21 Fungsi Timbalan Ketua Negeri 1. Membantu tugas-tugas Ketua Negeri. 2. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri apabila ketiadaan Ketua Negeri. Setiausaha 1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Negeri. 2. Bertanggungjawab memastikan kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat dan Pejabat Majlis Pimpinan Negeri. 3. Memanggil Mesyuarat atas arahan Ketua Negeri atau Timbalan Ketua Negeri dalam keadaan ketiadaan Ketua Negeri.

22 Fungsi Bendahari 1. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Majlis Pimpinan Negeri. 2. Membentangkan laporan kewangan bulanan kepada Majlis Pimpinan Negeri Ketua Penerangan 1. Bertanggungjawab atas segala program dan kegiatan penerangan serta penyiaran di peringkat Negeri. 2. Melaporkan kepada Majlis Pimpinan Negeri atas kerja- kerja penerangan yang dijalankan.

23 03 Sekretariat Parlimen PEJUANG

24 Anggota Keanggotaan Sekretariat Parlimen PEJUANG terdiri seperti berikut: I. Penyelaras Parlimen, II. Timbalan Penyelaras Parlimen (DUN) – Bergantung kepada bilangan DUN dalam Parlimen tersebut. III. Setiausaha IV. Bendahari V. Penyelaras Parlimen PEJUANITA VI. Penyelaras Parlimen PEJUANG Muda VII. Penyelaras Parlimen PEJUANITA Muda VIII. Jawatankuasa Sukarelawan IX. Jawatankuasa PACABA X. Jawatankuasa Logistik XI. Jawatankuasa Call Centre XII. Jawatankuasa Gerak dan Perang Saraf XIII. Jawatankuasa Penerangan

25 Peranan Ringkasan • SPP akan membantu dalam gerak kerja Lantikan pilihanraya dan pentadbiran parti di • Sekretariat Parlimen peringkat parlimen PEJUANG dilantik oleh MPN • SPP memainkan peranan • Penyelaras Parlimen mestilah sebagai pusat khidmat orang yang sama dengan di Peringkat Parlimen. Pengarah Parlimen di dalam struktur JPRP. Nama Pejabat Organisasi • Cth: Pusat Khidmat PEJUANG Parlimen Hulu Penyelaras Parlimen Langat bertanggungjawab mencadangkan kepada MPN organisasi seperti keanggotaan di atas, kemudiannya disahkan oleh MPN

26 04 Majlis Pimpinan Cawangan

27 Anggota Anggota Jawatankuasa Cawangan terdiri daripada 26 orang ahli seperti berikut: I. Ketua Cawangan II. Naib Ketua Cawangan III. Ketua PEJUANITA IV. Ketua PEJUANG Muda V. Ketua PEJUANITA Muda VI. Setiausaha VII. Bendahari VIII. Ketua Penerangan IX. Tidak lebih lima belas (15) orang ahli yang dipilih dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan, X. Tidak lebih tiga (3) orang ahli yang dilantik oleh Ketua Cawangan. XI. Tertakluk kepada Fasal 14.14, Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua, Timbalan Ketua dan 20 orang ahli Majlis Pimpinan Negeri dipilih dalam mesyuarat tahunan cawangan bagi tiap tiap 3 Tahun sekali.

28 Cara Pemilihan/ Lantikan 1. Tertakluk kepada fasal 20.3, Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap Ketua, Timbalan Ketua dan 15 orang ahli Jawatankuasa cawangan dipilih dalam perhimpunan tahunan cawangan bagi tiap tiap 3 tahun sekali. 2. Tertakluk kepada fasal 20.4, Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan tiga (3) orang Ahli dilantik oleh Ketua dan memegang jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa Cawangan kecuali mereka berhenti atau diberhentikan. 3. Tertakluk kepada Peraturan Sayap, Ketua PEJUANITA, Ketua PEJUANG Muda dan Ketua PEJUANITA Muda Cawangan dipilih dalam Perhimpunan Tahunan Sayap Cawangan tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.

29 Kekerapan dan Kuorum MPC 1. Tertakluk kepada fasal 20.5 Majlis Pimpinan Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang kurangnya sekali dalam masa satu bulan atau pada bila bila masa yang dikehendaki oleh Ketua atau dengan permintaan bertulis daripada 1/3 daripada bilangan Ahli Jawatankuasa. 2. Tertakluk kepada fasal 20.6, Cukup bilang bagi mesyuarat Majlis Pimpinan Cawangan ialah satu per dua (1/2) daripada jumlah Ahli Jawatankuasa.

30 Peranan (Fasal 20.10) 1. Menjalankan arahan-arahan parti seperti yang ditentukan oleh Majlis Eksekutif Pusat dan Majlis Pimpinan Negeri. 2. Membentangkan kepada Mesyuarat Tahunan Cawangan Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira. 3. Menunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966 khususnya Borang 9 bersama Minit Mesyuarat Mesyuarat Tahunan Cawangan, Senarai Ahli Jawatankuasa Cawangan dan Penyata Kemajuan dalam masa enam puluh (60) hari selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kepada Pendaftar Pertubuhan.

31 Peranan (Fasal 20.10) 4. Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang. 5. Berunding dengan Majlis Pimpinan Negeri bagi menetapkan tarikh Mesyuarat Tahunan Cawangan. 6. Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila bila masa 7. Bekerjasama dengan Majlis Pimpinan Negeri bagi menyediakan Senarai Ahli yang berhak hadir dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan. 8. Mengutip Yuran Tahunan daripada Ahli Cawangan yang tidak dapat dilunaskan secara atas talian dan menyerahkan kepada Negeri dalam tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Eksekutif Pusat. 9. Mengumpul dan menyediakan Senarai Ahli baru yang telah diterima dan diluluskan untuk dilaporkan kepada Setiausaha Agung melalui Negeri. 10. Melantik dua (2) orang Wakil Cawangan ke Mesyuarat Tahunan Cawangan Sayap.

32 Fungsi Ketua 1. Bertanggungjawab atas pengurusan cawangan 2. Melantik SU, Bendahari, Ketua Penerangan dan memastikan mereka bertanggungjawab atas tugas 3. Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota Pejabat Cawangan. 4. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Cawangan. 5. Melantik tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa Cawangan mengikut Fasal 21.1.10. Timbalan Ketua 1. Membantu tugas-tugas Ketua Cawangan. 2. Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Cawangan apabila Ketua Cawangan tidak hadir.

33 Fungsi Setiausaha 1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Cawangan 2. Mentadbirkan perjalanan Pejabat Cawangan. 3. Melapor kepada Ketua Cawangan segala Tindakan berkait pentadbiran cawangan 4. Menyediakan peringatan persidangan Mesyuarat Tahunan Cawangan yang mengandungi nama tiap tiap seorang ahli yang hadir dan segala keputusan mesyuarat tahunan cawangan. 5. Menyediakan Penyata Tahunan Cawangan yang mengandungi laporan pekerjaan dan aktiviti tahunan parti di peringkat Cawangan. 6. Memanggil mesyuarat Cawangan.

34 Fungsi Bendahari 1. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Cawangan. 2. Menyedia dan membentangkan Penyata Kira-Kira Kewangan Tahunan yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira kepada Jawatankuasa Cawangan. 3. Menyedia dan membentangkan Penyata Kira-Kira Kewangan Bulanan kepada Majlis Pimpinan Cawangan 4. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Cawangan kedudukan harta benda milik Cawangan sekurang- kurangnya sekali setahun.

35 Fungsi Ketua Penerangan 1. Bekerjasama dengan Ketua Penerangan Negeri untuk mengatur dan menyusun segala program dan kegiatan penerangan serta penyiaran di peringkat Cawangan. 2. Bertanggungjawab atas penerangan dan penyiaran yang dikelolakan oleh Cawangan. 3. Melaporkan kepada Jawatankuasa Cawangan atas kerja-kerja penerangan yang dijalankan dalam Cawangan itu.

36 Proses Penubuhan Cawangan

37CARA PENUBUHAN CAWANGAN Proses Permohonan Sijil TIDAK CAWANGAN Lengkap - Senarai 30 orang ahli - Borang Penubuhan Cawangan Parti - Surat kebenaran untuk menggunakan premis - Bayaran fi RM10 NEGERI PROSES Semak permohonan cawangan PERMOHONAN Syorkan penubuhan cawangan ke pusat SIJIL IBU PEJABAT TIDAK - Mengisi maklumat Borang 5 LENGKAP - Membuat surat iringan ke Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk pendaftaran PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) - Memberi KELULUSAN dan mengeluarkan Surat Kebenaran Menubuhkan Cawangan. - Mesyuarat Penubuhan Cawangan hendaklah diadakan dalam tempoh 90 hari dari Tarikh surat kebenaran dikeluarkan

38 PROSES PENUBUHAN Bersambung dari muka surat sebelum ini IBU PEJABAT - Ibu Pejabat mengeluarkan surat arahan penubuhan Cawangan kepada Cawangan melalui Negeri. NEGERI PROSES - Negeri mengeluarkan surat arahan penubuhan Cawangan PENUBUHAN Mesyuarat Penubuhan Cawangan perlu diadakan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat disampaikan kepada cawangan. CAWANGAN - Mengadakan mesyuarat penubuhan Cawangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat daripada Negeri Melengkapkan, mengesahkan dan menghantar semua dokumen iaitu; i. Senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan ii. Minit Mesyuarat Penubuhan Cawangan iii. - Menghantar dokumentasi yang lengkap kepada Negeri untuk semakan dan pengesahan dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat penubuhan

39 PROSES KELULUSAN Bersambung dari muka surat sebelum ini NEGERI PROSES Menghantar dokumentasi yang lengkap kepada Ibu Pejabat untuk semakan dan KELULUSAN pengesahan dalam tempoh 7 hari IBU PEJABAT Menyemak dan menghantar dokumentasi yang lengkap yang diterima daripada negeri kepada Pendaftar Pertubuhan untuk semakan dan kelulusan dalam tempoh 14 hari PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) Mengeluarkan KEPUTUSAN PERMOHONAN

40 05 Sayap

41 PENUBUHAN SAYAP PEJUANITA, PEJUANG MUDA DAN PEJUANITA MUDA 1. Sayap PEJUANITA, PEJUANG Muda dan PEJUANITA Muda wujud dalam tiga peringkat pentadbiran rasmi parti (Pusat, Negeri dan Cawangan) dan secara tidak rasmi diperingkat pentadbiran rasmi parti (Penyelaras Sayap Parlimen) 2. Ketiga-tiga Sayap adalah ditadbir mengikut peraturan-peraturan masing-masing.

42 Keanggotaan terbuka kepada Wanita PENUBUHAN SAYAP PEJUANITA, PEJUANG berumur 40 tahun ke MUDA DAN PEJUANITA MUDA atas pada 1 Haribulan Januari yang bertaraf Pejuanita ahli Keanggotaan PEJUANG Pejuang Muda Muda adalah terbuka kepada semua ahli pemuda Pejuanita Muda yang berumur 40 tahun ke bawah pada 1 haribulan Januari yang bertaraf Ahli. Keanggotaan PEJUANITA Muda adalah terbuka kepada semua ahli pemudi yang berumur 40 tahun ke bawah pada 1 haribulan Januari yang bertaraf Ahli.

43 Tatacara pengurusan Kewangan

44 Fasal 23 1. Kewangan Parti adalah diperolehi daripada Yuran Tahunan, derma dan ikhtiar- ikhtiar lain yang dipersetujui oleh Majlis Eksekutif Pusat. 2. Harta tak alih iaitu tanah dan bangunan hendaklah didaftar atas nama Parti Pejuang Tanahair 3. Kuasa untuk membeli, menjual, memindah, mencagar atau menyewa harta tanah bangunan tersebut adalah terletak pada Majlis Eksekutif Pusat dan bagi harta kepunyaan Majlis Pimpinan Negeri dan Cawangan, adalah terletak kepada Majlis Pimpinan Negeri masing- masing. 4. Pemegang Amanah bertanggungjawab mengurus wang dan harta yang diamanahkan semata-mata untuk kegunaan parti dan mesti mengembalikan semula wang dan harta tersebut kepada parti setelah berhenti atau diberhentikan menjadi Pemegang Amanah.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook