Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore MODUL PERGERAKAN DAN RITMA

MODUL PERGERAKAN DAN RITMA

Published by ainasyahmina111, 2019-02-19 20:20:34

Description: MODUL PERGERAKAN DAN RITMA

Keywords: kemahiran

Search

Read the Text Version

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan 4.5 Tema Dalam Pergerakan Kreatif Tema adalah merupakan latar belakang kepada setiap pergerakan dalam pergerakan kreatif. Ianya bertujuan untuk mengkelaskan setiap pergerakan dengan tujuan dan maksud tertentu bagi meningkatkan intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria pelajar yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Keempat-empat unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan pelajar berkomunikasi di samping meningkatakan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan. Tema-tema ini dibahagikan kepada tahap iaitu tahap asas dan tahap lanjutan. 4.5.1 Tahap Asas Tahap asas adalah merupakan tema pengenalan asas untuk membolehkan pelajar bergerak dengan kesedaran tubuh badan, masa dan daya. Tema 1 hingga 8 dikategorikan sebagai tahap asas. 4.5.1.1 Tema 1: Kesedaran Tubuh Badan Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada pergerakan keseluruhan tubuh badan serta bahagian-bahagian badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan. a) Keseluruhan Tubuh Badan Penekanan diberi kepada penggunaan keseluruhan tubuh badan bertujuan memberi pengalaman bergerak dan berhenti secara bebas dan terikat supaya mencapai kawalan aliran pergerakan. i. Aktiviti lokomotor ialah pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. ii. Aktiviti bukan lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turun dan pusing-putar. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam variasi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang diciptakan untuk menunjukkan perasaan dan idea yang sesuai. Rajah 4.2 Pergerakan tubuh badan. 35

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan 4.5.1.2 Tema 2: Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa Fokus tema 2 adalah cara tubuh badan bergerak dan bertujuan untuk membantu pelajar mengawal pergerakan mereka supaya dapat melahirkan perasaan melalui pergerakan. Tertumpu kepada 3 sub tema iaitu beban, masa dan beban dan masa. a) Beban Kesedaran rintangan beban membolehkan kawalan pergerakan. Pelajar dapat menghasilkan pergerakan yang kuat atau lembut untuk membayangkan perasaan atau ideanya.  Halus-ringan: Lakukan pergerakan yang lembut dan, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.  Berat-kuat: Lakukan pergerakan yang tegas, kuat bertenaga dan pantas memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara keseluruhan dan bahagian-bahagian tubuh badan digerakkan untuk menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat bagi membolehkan pengucapan perasaan dan idea. Rajah 4.3 Aktiviti pergerakan halus ringan dan berat kuat. b) Masa Fokusnya adalah cara tubuh badan bergerak dan pengawalan pergerakan untuk membayangkan idea atau perasaan.  Serta-merta: Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik.  Kawal-lambat: Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun. Ianya boleh dirasakan sebagai 36

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan bahagian tubuh badan yang berasingan seperti kepala, bahu, siku, jari, pinggul, lutut, kaki dan sebagainya. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara menunjukkan pergerakan serta-merta dan kawal-lambat yang dihasilkan untuk memberi sesuatu kesan tertentu. c) Beban dan Masa Empat kombinasi beban dan masa membolehkan pengalaman pergerakan yang berbeza dan unik. Ini menunjukkan perkaitan antara pergerakan dan rangkaian pergerakan.  Berat dan Kawal-Lambat: Sesuatu pergerakan yang kuat. Kekuatan dirasakan di seluruh tubuh badan dan mengambil masa untuk dilakukan.  Halus dan Serta-Merta: Sesuatu pergerakan yang aktif, spontan dan menunjukkan semangat.  Berat dan Serta-Merta: Sesuatu pergerakan yang menunjukkan tenaga dan kekuatan seperti hentakan dan lompatan.  Halus dan Kawal-Lambat: Sesuatu pergerakan yang tenang dan tenteram menggunakan keseluruhan tubuh badan. Rajah 4.4 Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan mengawal gerakan samada secara serta merta atau kawal lambat. 37

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan 4.5.1.3 Tema 3: Kesedaran Ruang Tema ini memfokuskan pergerakan yang mengaplikasikan penggunaan ruang dalam ekspresi perasaan. Ruang digunakan dalam menimbulkan mud atau perasan. Misalnya, ruang ditolak seolah-olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka. Perasaan gembira dikemukakan apabila tubuh badan digunakan untuk meneroka ruang, iaitu melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Tema kesedaran ruang terdiri daripada lima subtema iaitu kawasan, arah, laluan, aras dan ekstensi. Rajah 4.5 Kesedaran ruang. a) Kawasan Kegunaan ruang di kawasan sekeliling dirinya ialah ruang diri. Kawasan keseluruhannya dalam pergerakan ialah ruang am. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara kawasan digunakan kesedaran ruang untuk menimbulkan atau menyampaikan sesuatu idea atau perasaan. b) Arah Menekankan penggunaan lima arah berdasarkan bahagian tubuh badan yang mendahului pergerakan misalnya:  Ke hadapan : Bahagian dada mendahului pergerakan.  Ke belakang : Bahagian nelakang mendahului pergerakan.  Ke sisi : Sisi badan (kiri/kanan) medahului pergerakan.  Ke atas : Menaikkan badan.  Ke bawah : Menurunkan badan. 38

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara bahagian tubuh ke lima badan yang lain boleh dijgunakan untuk mendahului pergerakan ke lima arah yang berlainan. c) Laluan Laluan merupakan penggunaan corak pergerakan atas lantai atau di udara berdasarkan garisan lurus atau melengkung, misalnya:  Laluan bersudut atau “zig-zag” adalah kombinasi garisan lurus.  Corak bulatan merupakan beberapa garisan melengkung. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam corak pergerakan yang berbeza. d) Aras Pergerakan yang melibatkan keseluruhan badan berada di satu aras. Tiga aras yang asas ialah:  Aras tinggi pada paras bahu seperti melompat, berdiri atas hujung jari kaki.  Aras rendah pada bawah paras pinggang seperti melutut, duduk, baring atau dekam. Sokongan diperlukan pada bahagian tubuh badan yang berlainan.  Aras sederhana ialah antara paras bahu dan pinggul apabila keadaan badan dicondong ke depan, belakang atau ke sisi. Daya cipta kreatif dapat dilihat apabila pergerakan badan dilakukan pada aras yang berbeza. Aras yang berbeza memberi kesan yang berlainan dan boleh digunakan untuk membayangkan sesuatu idea atau perasaan. e) Ekstensi Ekstensi merupakan pergerakan yang melibatkan keseluruhan badan seperti membesar, mengecil, menjauh dan mendekat. Istilah:  Besar : Jauh dari badan.  Kecil : Dekat dengan badan.  Jauh : Jauh dari pusat badan.  Dekat : Dekat dengan pusat badan. Pergerakan buka-tutup menunjukkan perbezaan ekstensi pergerakan. Tangan dan bahagian tubuh badan digunakan untuk mendahului dan membantu pergerakan besar, jauh dan dekat. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara pelajar mencetuskan idea sesuatu yang menjadi besar, kecil, jauh dan dekat dengan pusat badan. 39

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan 4.5.1.4 Tema 4: Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa Tema ini memfokuskan kepada kelancaran pergerakan dalam penggunaan ruang dan masa. Ianya terbahagi kepada 3 subtema iaitu aliran, ruang dan masa. a) Aliran Tema ini lebih mengutamakan berat kepada kualiti pergerakan, kelancaran urutan serta penggunaan ruang dan masa. Terbahagi kepada 2 jenis iaitu: i. Aliran Terikat Lakuan yang boleh diberhentikan dengan mudah dan serta-merta. Aktiviti yang dilakukan adalah terkawal dan boleh diberhentikan dalam kedudukan imbangan. ii. Aliran Bebas Menggunakan keseluruhan bahagian tubuh badan serentak dan melakukan aktiviti dengan berterusan, lancar, licin dan tersusun. Aktiviti dalam aliran bebas ini sukar diberhentikan dengan serta-merta. Contohnya lompatan, gulingan dan putaran. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam kepelbagaian aliran. Aliran ini dilakukan secara terkawal dan sukar diberhentikan. b) Ruang Tema ini membantu kesedaran cara menggunkan ruang untuk melakukan berbagai pergerakan. Dua jenis ruang berikut adalah: i. Ruang Terus Digunakan secara langsung dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Contohnya pergerakn yang lurus, melengkung dan zig-zag. Ruang di atas lantai dan di aras rendah sahaja digunakan. ii. Ruang Tidak Terus Digunakan secara tidak langsung dalam pelbagai aras dan dengan menggunakan kawasan yang luas dan sepenuhnya. Contohnya adalah pusingan dan pulasan. Daya cipta kreatif dapat dilihat apabila pelajar boleh menunjukkan cara menggunakan ruang terus dan tidak terus. c) Masa Masa ialah penglibatan bahagian tubuh nadan melakukan pergerakan. Keseluruhan bahagian tubih badan bergerak serentak atau satu bahagian tubih badan mendahului pergerakan. 40

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan i. Pergerakan Serentak Keseluruhan bahagian tubuh badan bergerak serentak semasa melakukan pergerakn seperti melompat dan gulingan. ii. Pergerakan Berturut-turut Atau bahagian tubuh badan bergerak mendahului bahagian tubuh badan yang lain. Contohnya, berjalan- Menggunakan sebelah kaki untuk mendahului bahagian tubuh badan yang lain. Daya cipta kreatif dapat dilihat apabila berbagai pergerakan serentak dan berturut-turut yang unik dilakukan selepas diberi tugasan. 4.5.1.5 Tema 5: Penyesuaian Terhadap Rakan. Penyesuaian terhadap rakan adalah merupakan sebuah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dengan pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Terdiri daripada 2 sub tema iaitu: a) Kerja Berpasukan Penyesuaian terhadap rakan secara berpasangan. Perhubungan dengan rakan dapat dilakukan dengan pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam perhubungan dengan rakan baru secara unik. Rajah 4.6 Pergerakan meniru rakan. b) Kerja Berkumpulan Penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan. Perhubungan dengan rakan boleh secara: - ketua dengan pengikut - kumpulan bekerjasama - ahli-ahli kumpulan bertgentangan dengan rakan-rakan 41

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan adalah cara- cara penyesuaian terhadap rakan. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain. Daya cipta kreatif dapat dilihat cara sekumpulan berkomunikasi melalui pemerhatian pergerakan ahli-ahli dalam kumpulan itu. 4.5.1.6 Tema 6: Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat. Tema ini memfokuskan kepada pergerakan yang melibatkan penggunaan tubuh badan secara bebas sebagai alat persembahan. Terbahagi kepada 3 iaitu: a) Lompatan Asas Fokus adalah untuk membolehkan pelajar melonjak dan menjelajah di udara dengan lompatan secara spontan dan bebas. Pelajar diberitahu lima lompatan asas tetapi corak pilihan kedudukan kaki untuk lompatan tidak ditetapkan. Daya cipta kreatif dapat dilihat semasa pelajar memberi respon kepada rangsangan. Pilihan lompatan yang sesuai dapat memberi gambaran perasaan seperti keriangan dan kebebasan. b) Bentuk Tubuh Badan Penekanan ke arah kesedaran pergerakan mempunyai bentuk badan semasa dalam keadaaan seimbang. Tumpuan dijberikan kepada keadaan seimbang sebagai satu pergerakan dan perkaitan antara bahgian tubuh badan serta regangan otot. Empat bentuk badan asas adalah: i. Lurus (seperti panah) ii. Lebar (seperti tembok) iii. Bulat (seperti bola) iv. Pulas (seperti skru) Daya cipta kreatif melalui kepelbagaian bentuk badan yang boleh dicipta berseorangan, bersama rakan dan kumpulan. 42

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Rajah 4.7 Bentuk tubuh badan. c) Gerak Isyarat Penekanan lakuan gerak isyarat ialah pembentukan pergerakan di udara dengan bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan. Contoh: Tangan dirapatkan bersama sementara berat badan disokong oleh kaki. Gerak isyarat boleh dilakukan oleh beberapa bagian tubuh badan tetapi kaki dan tangan adalah yang paling mudah digunakan oleh pelajar. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam jenis gerak isyarat dan pilihan bahgian-bahagian tubuh badan yang dipergunakan. Rajah 4.8 Perlakuan gerak isyarat. 43

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan 4.5.1.7 Tema 7: Lapan Lakuan Daya Asas Lapan lakuan daya asas membezakan kualiti dalam pergerakan. Daya asas perlu diajar selepas Tema 2 dan 4 untuk mendapat kesan yang lebih baik. Kebolehan pelajar melahirkan perasaan dan idea melalui pergerakan diperluaskan melalui laluan daya asas. Tiap-tiap daya boleh diajar secara berturut-turut, berasingan atau bercantum. Aspek beban, masa dan ruang dikaitkan. Jika daya asas diajar bercantum, pilih pasangan yang bertentangan untuk mendapat imbangan. Pasangan yang bertentangan adalah seperti berikut: a) Lejang/Radak dan Apung b) Cantas dan Luncur c) Pulas dan Cecah d) Tekan dan Renjis/Ketis Jenis lapan lakuan daya asas: a) Lejang/Radak Pergerakan cepat, kuat dan bertenaga, serta-merta dan secara langsung. Pergerakan bermula di bahagian tangan, lutut dan siku serta menghentak kaki. Pergerakan seperti melangkah, melompat atau galop ke udara. b) Apung Pergerakan lemah-lembut, halus, ringan, menggunakan jari dan tangan, kawal lambat dan tidak terus. Pergelangan tangan atau jari, siku digunakan untuk mendahului pergerakan. Tangan dan kaki bergerak bebas di ruang. c) Luncur Pergerakan yang licin, tenang dan halus. Pergerakan yang rata tanpa berliku-liku, kawal- lambat dan terus. Lakuan berturut-turut membawa perasaan ketenangan. d) Pulas Bahu bergerak bertentangan dengan pinggul. Tangan dan siku memainkan peranan pergerakan alunan. Tubuh badan mengecil dan membesar, mengetat dan melonggar. Pergerakan kawal lambat, tegas dan tidak terus. e) Tekan Pergerakan tegas, kuat dan bertenaga yang memberi perasaan kuasa. Kawal-lambat yang sengaja dan tekanan anggota badan pada permukaan atau anggota badan yang lain. 44

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan f) Cecah Bahagian tubuh badan melakukan pergerakan serta-merta, halus dan terus. Dilakukan dengan cepat dari satu tempat ke tempat yang lain. Keseluruhan badan merasa cergas dan bersedia untuk melakukan pergerakan laju. g) Ketis/Renjis Dilakukan oleh jari-jari tangan dan kaki, pergelangan tangan dan kaki. Pergerakan yang cepat, riang dengan gerak isyarat yang berselerak. Pergerakan serta-merta, halus dan tidak terus. Pergerakan mengambil masa yang pendek seperti lompatan laju. Jadual 4.1 Lapan lakuan daya asas. Bil. Lakuan Masa Beban Ruang 1. Lejang dan Radak Serta-merta Tegas Terus 2. Cantas Serta-merta Tegas Tidak terus 3. Apung Kawal-lambat Halus Tidak terus 4. Luncur Kawal-lambat Halus Terus 5. Pulas Kawal-lambat Tegas Tidak terus 6. Tekan Serta-merta Tegas Terus 7. Renjis dan ketis Serta-merta Halus Tidak Terus 8. Cecah Serta-merta Halus Terus 4.5.1.8 Tema 8: Ritma-Ritma Berkaitan Dengan Pekerjaan. Tema ini adalah memfokuskan kepada ritma-ritma pergerakan yang melibatkan lakuan asas dalam pekerjaan seharian. Melalui tema ini, pelajar akan dapat mempelajari dan melakukan ritma-ritma pergerakan yang dikelaskan kepada dua jenis iaitu, laukan pekerjaan 1 dan 2. a) Lakuan Pekerjaan 1 Perkaitan antara pergerakan kreatif dengan ritma-ritma pekerjaan yang didapati dari pergerakan pekerjaan. Ritma pergerakan juga digunakan sebagai ransangan pergerakan: i. Domestik Pekerjaan yang dilakukan di dalam rumah seperti membasuh, menyapu, menggoreng, menumbuk, menggosok pakaian, menjahit baju, menenun kain songket, mencuci pinggan dan memberus lantai. 45

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan ii. Pertanian Pekerjaaan yang dilakukan di luar rumah seperti mancangkul tanah, mambanting padi, menanam padi, menebang dan membelah kayu. Pelajar perlu mengenal pasti kegiatan yang dikehendaki dalam pekerjaan itu seperti: a. Bentuk tangan memegang sesuatu alatan b. Ritma yang didapati semasa pekerjaan itu diulangkan. c. Peralihan antara dua pergerakan. d. Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan. b) Lakuan Pekerjaan 2 Perkaitan antara pergerakan kreatif dengan ritma-ritma pekerjaan yang didapati dari pergerakan. Ritma pergerakan digunakan sebagai ransangan: i. Perkhidmatan Pekerjaan yang berkaitan dengan perkhidmatan awam seperti menaip (jurutaip), kawad (tentera), menebas dan mencantas (buruh), membuat teh tarik dan roti canai (peniaga) dan memberi gerak isyarat (polis trafik). ii. Perindustrian Pekerjaan yang berkaitan dengan aktiviti dalam industri seperti memunggah barang dan mengangkat, memasang bahagian kereta dan membungkus barang dan sebagainya. 4.6 Kesimpulan Pergerakan kreatif asas adalah merupakan suatu bahagian dalam pergerakan yang menekankan kreativiti dalam penghasilan pergerakan. Penekanan ini akan menghasilkan pelajar yang berkeupayaan menghasilkan pergerakan dengan pelbagai gaya dan bentuk dan menghargai nilai seni yang terbit dari setiap pergerakan. Penerapan tema dalam pergerakan menjadikan pergerakan akan lebih terarah dan pelajar akan lebih mudah memahami setiap objektif yang ingin dicapai melalui setiap pembelajaran pergerakan. 46

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan SEMAK KENDIRI 1. Berikan definisi pergerakan kreatif? 2. Sejauhmanakah peranan tema membantu mencapai kejayaan sesebuah aktiviti? 3. Senaraikan 3 tujuan pergerakan kreatif? 4. Terdapat banyak nilai-nilai yang terdapat hasil daripada lakuan kanak-kanak dalam pergerakan kreatif, dan salah satu adalah berdisiplin. Terangkan dengan jelas tentang disiplin yang dimaksudkan? 5. Senaraikan lapan lakuan daya asas? 47

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan UNIT 5 PERGERAKAN KREATIF LANJUTAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran unit ini anda seharusnya dapat: a) Menjelaskan tentang tema-tema dalam pergerakan kreatif lanjutan. b) Menghuraikan kepentingan pergerakan kreatif lanjutan terhadap perkembangan kemahiran pelajar. c) Mengaitkan pergerakan kreatif lanjutan dengan pergerakan dalam kehidupan seharian. d) Menghayati nilai positif yang terkandung dalam setiap tema. 5.1 Pengenalan Pergerakan kreatif lanjutan adalah merupakan sambungan kepada tema-tema asas dalam pergerakan kreatif. Pada tahap ini pelajar akan didedahkan kepada fahaman konsep dan perkaitan daripada pergerakan di tahap asas. Kepelbagaian pergerakan akan menuntut kreativiti pelajar untuk menjadi lebih fokus dan bermotivasi. 5.2 Pergerakan Kreatif Tahap Lanjutan Tema yang dikategorikan sebagai tema tahap lanjutan (tema 9 hingga 16) adalah merupakan tema-tema yang melibatkan variasi dan perkembangan lanjut dari tema 1 hingga 8. Aspek- aspek pergerakan disampaikan dengan fahaman yang lebih mencabar dan pergerakan yang lebih kompleks (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998). Berikut adalah tema-tema tahap lanjutan. Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan. Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas. Tema 11 : Orientasi ruang Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan. Tema 13 : Penaikan dari lantai. Tema 14 : Kesedaran berkumpulan. Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan. Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan. 48

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan 5.2.1 Tema 9: Bentuk-Bentuk Pergerakan. Tema ini adalah merupakan perkembangan dari tema 3. Dua aspek bentuk ialah ruang dan tubuh badan. Bentuk pergerakan diperolehi daripada pergerakan tubuh badan dalam ruang. Tema ini teridiri daripada empat sub tema iaitu: a) Corak Asas Corak asas adalah merupakan corak pergerakan yang berbentuk garisan lurus, lengkung, bentuk bulatan atau zig-zag. Kombinasi beberapa corak asas ini dapat menghasilkan beberapa corak yang lain. Rajah 5.1 Bentuk-bentuk pergerakan. b) Corak di Lantai dan di Awangan Corak di lantai dan di awangan dibentuk oleh tangan dan kaki. Corak di lantai dibentuk seperti pergerakan lompatan dan gerak edar. Manakala corak di awangan dibentuk oleh pergerakan tangan. 49

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Daya cipta kreatif dapat dilihat apabila kesedaran terhadap bentuk-bentuk pergerakan ditunjukkan. c) Perubahan Saiz Pergerakan Perubahan saiz pergerakan merupakan proses menukar bantuk badan dari kecil kepada besar atau sebaliknya. Contohnya corak jbulatan boleh dimulakan di tangan dan bentuk diubah secara beransur-ansur ke pergerakan yang besar seperti lompatan atau corak bulatan yang besar di lantai. d) Bentuk Tubuh Badan Bentuk tubuh badan berubah semasa tubuh badan bergerak. Bentuk badan adalah perkaitan antara bahagian-bahagian tubuh badan. Bentuk badan boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu perasaan atau idea. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam membayangkan sesuatu idea atau perasaan dalam pelbagai cara pergerakan dan bentuk badan. 5.2.2 Tema 10: Transisi Lapan Daya Asas. Tema ini adalah perkembangan dari tema 7 yang menerangkan beberapa kualiti dalam pergerakan dan perbezaan di antaranya. Ianya menerangkan perubahan dari satu lakuan daya asas dengan yang lain. Perubahan ini dikawal oleh tiga aspek iaitu masa, beban dan ruang. Tiga jenis perubahan boleh dikenal pasti iaitu: a) Perubahan Perlahan-lahan Dicapai apabila satu aspek pergerakan sahaja berubah. Kesannya adalah perubahan transisi yang perlahan-lahan dan licin. Sebagai contoh, apabila pergerakan ketis dilakukan secara lambat ianya akan menjadi pergerakan apung. Perubahan ini disebabkan oleh aspek masa. b) Perubahan Beransur Dicapai apabila dua aspek pergerakan diubah. Kesannya ialah perubahan yang masih licin dan beransur. Contohnya apabila lakuan ketis berubah ke cantas oleh dua aspek masa dan beban. Transisi ini masih licin tetapi perubahannya menjadi secara beransur. c) Perubahan Serta-merta Berlaku apabila ketiga-tiga aspek pergerkan iaitu beban, masa dan ruang bertukar. Transisi ini menunjukkan bertentangan dengan lakuan asal. Contohnya perubahan dari lakuan ketis ke lakuan tekan di mana pergerakan halus menjadi tegas (aspek beban), serta-merta menjadi kawal lambat (aspek masa) dan tidak terus menjadi terus (aspek ruang). 50

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan 5.2.3 Tema 11: Orientasi Ruang Tema ini terbahagi kepada tiga sub tema iaitu: a) Dimensi Ruang Tema ini adalah merupakan perkembangan dari tema 3 iaitu melibatkan kesedaran ruang. Tema ini membincangkan tentang arah bahagian tubuh badan dan perkaitannya dengan arah pergerakan badan. Terdapat enam arah yang dikenal pasti iaitu: i. Atas dan bawah: Cara pergerakan menaik dan menurun. ii. Kiri dan kanan: Pergerakan yang bermula dari pusat badan dan kedua belah tangan diregangkan ke sisi. iii. Hadapan dan belakang: Pergerakan yang bermula dari pusat badan dan kedua belah tangan diregangkan ke hadapan dan ke belakang badan. Pergerakan boleh didahului dengan bahagian-bahagian tubuh badan seperti tangan, jari, tapak tangan, siku, dada dan kepala. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam kombinasi enam dimensi ruang semasa bergerak edar dan bergerak setempat. Rangkaian pergerakan menggunkan dimensi ruang dapt mempelbagaikan pergerakan. Rajah 5.2 Dimensi ruang. b) Orientasi Berpasangan dan Berkumpulan Kombinasi pergerakan dengan pasangan atau kumpulan boleh direka berdasarkan enam dimensi ruang. Bermula di tempat yang berbeza. Bergerak berpasangan untuk menunjukkan perkaitan dan perhubungan yang menarik. Daya kreativiti orientasi berpasangan dapat dilihat dalam penggunaan keseluruhan dan bahagian-bahagian tubuh badan semasa melakukan pergerakan. 51

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan c) Susunan dan Urutan Gerak edar dan gerak setempat hendaklah mengambil kira aspek aliran, arah, aras dan kepelbagaian penggunaan bahagian tubuh badan. Ini memastikan susunan urutan pergerakan yang harmonis dan berterusan. Rajah 5.3 Orentasi berpasangan dan berkumpulan serta susunan dan urutan. 5.3.4 Tema 12: Gabungan Bentuk dan Daya dalam Pergerakan Tema ini adalah integrasi tema 9, 10 dan 11. Ianya menunjukkan perkaitan antara bentuk dan daya dalam pergerakan. Ini merupakan kemuncak kebolehan individu sebelum perkembangan ke pergerakan dalam kumpulan dan pergerakan ke kualiti ekspresi dalam pergerakan. Tema ini terdiri daripada dua sub tema iaitu: a) Rangkaian Daya Mengikut Corak Rangkaian daya seperti luncur dan lejang memberi corak pergerakan yang bersudut. Apung dan lejang memberi corak melengkung diikuti dengan garisan lurus. Rangkaian daya cantas mendapati corak yang bulat dan rangkaian daya cecah memberi corak zig-zag. 52

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan b) Rekaan Daya Mengikut Corak Semua corak pergerakan mempunyai ritma semulajadi. Pergerakan bentuk lingkaran akan dipercepatkan di bahagian yang sempit. Rekaan daya dalam pergerakan dan penggunaan unsur-unsur masa, beban dan aliran memberi kualiti ekspresif pergerakan. Daya cipta kreatif dapat dilihat semasa rangkaian pergerakan membayangkan usaha yang berharmonis melalui gabungan daya dan bentuk. Rajah 5.4 Rekaan daya mengikut corak. 5.3.5 Tema 13: Penaikan dari Lantai. Tema ini membantu mengukuhkan kemahiran untuk bergerak dengan penaikan dari lantai. Pergerakan dengan penaikan dari lantai terutamanya pergerakan di ruang udara memberi perasaan kebebasan. Tema ini terdiri daripada empat sub tema iaitu: a) Penaikan tanpa Lompatan Pergerakan fizikal yang boleh dilakukan setempat atau dengan gerak edar. Pergerakan ini dilakukan secara spontan. Keseluruhan tubuh badan atau bahagian tubuh badan boleh dinaikkan dari lantai tanpa lompatan. Bahagian tubuh badan digunkan untuk mendahului pergerakan. 53

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan b) Lepas dari Lantai ke Ruang Udara Lompatan dengan keseluruhan tubuh badan yang dilakukan secara spontan dengan ritma yang berbeza. c) Membina Pelbagai Bentuk di Ruang Pembinaan bentuk badan seperti dalam tema 6 dan 9 dilakukan di ruang semasa penaikan. d) Melakukan Pelbagai Lakuan Daya Asas di Ruang Koordinasi diperlukan untuk lakuan daya asas semasa pergerakan penaikan dari lantai. Lakuan daya asas seperti cantas dan ketis digunakan semasa lompatan berpusing, lejang dan radak untuk lompatan besar dan cecah untuk lompatan kecil. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara penaikan dari lantai dengan keseluruhan tubuh badan atau bahagian-bahagian tubuh badan tertentu. Kreativiti juga dibayangkan dalam tumbuhan bentuk badan dan lakuan daya asas semasa pergerakan penaikan dari lantai. Rajah 5.5 Contoh-contoh penaikan dari lantai. 5.3.6 Tema 14: Kesedaran Kumpulan Tema ini menunjukkan kesedaran kumpulan sebagai satu unit yang mempunyai minat dan tujuan yang sama. Terdiri daripada tiga sub tema iaitu: 54

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan a) Memimpin dan Menyesuaikan Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab sendiri samada sebagai seorang pemimpin mahupun sebagai pengikut. Setiap ahli kumpulan menunjukkan pergerakn yang positif. Ada yang ingin menjadi pengikut sahaja dan ada juga pemimpin yang tidak bertanggung jawab. b) Meniru Lakuan Kumpulan Pendekatan ini membantu kesedaran bagi kumpulan yang pasif. Kumpuylan tersebut akan meniru lakuan pekerjaan dalam sesuatu situasi. Kesedaran kumpulan ini akan ditimbulkan semasa ahli kumpulan membuat penyesuaian antara satu sama lain mengikut ritma pergerakan itu. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam kepelbagaian cara menunjukkan kesedaran berkumpulan. c) Kesedaran Kumpulan Kesedaran kumpulan melalui penekanan kepada perhubungan dengan aspek masa, ruang, beban dan aliran. i. Aspek Masa Penyesuain ahli kumpulan terhadap pergerakan kawal lambat yang dilakukan secara serentak. Pertukaran ke pergerakan serta-merta secara berkumpulan menunjukkan aspek masa digunakan dalam kesatuan. ii. Aspek Ruang Ini dapat dilihat semasa kumpulan membuat format pergerakan, seperti yang dihuraikan dalam Tema 15. iii. Aspek Beban Perkaitan antara kumpulan yang ditunjukkan melalui cara sentuhan antara ahli kumpulan. Contohnya sentuhan yang ringan, halus atau berat dan kuat membayangkan mood dan perasaan kumpulan itu. iv. Aspek Aliran Aliran terikat atau aliran bebas yang dilakukan oleh kumopulan membayangkan kesedaran kumpulan tersebut mencurahkan mood, idea dan perasaan. Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam kepelbagaian cara menunjukkan kesedaran kumpulan. 55

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Rajah 5.6 Penggunaan aspek masa, ruang, beban dan aliran dalam kumpulan. 5.2.7 Tema 15: Formasi-formasi dalam Kumpulan Tema ini memfokuskan kesedaran tentang bentuk-bentuk formasi yang boleh dilakukan dalam kumpulan. Formasi dalam kumpulan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: a) Formasi Sebentuk Formasi sebantuk penting kerana pergerakan seorang dalam kumpulan dijadikan pergerakan sekumpulan. Kumpulan boleh menunjukkan: i. Formasi garisan yang lurus dan pemimpin boleh ditempatkan di hujung atau di tengah, atau; ii. Formasi bulat yang tidak ada pemimpin. iii. Pergerakan pelbagai bentuk seperti bulatan atau empat persegi untuk membentuk formasi yang padu. b) Formasi Tidak Sebentuk Membenarkan setiap ahli bergerak secara spontan. Ahli-ahli berpeluang bergerak dengan respon sendiri tetapi berfokus kepada pergerakan pemimpin. Pergerakan diteruskan sehingga mendapat satu formasi. 56

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam kepelbagaian cara menunjukkan formasi dalam kumpulan. Rajah 5.7 Contoh formasi sebentuk dan tidak sebentuk. 5.2.8 Tema 16: Kualiti-kualiti Ekspresif dalam Pergerakan Tema ini memfokuskan kepada pergerakan hasil daripada gabungan kesemua tema untuk menghasilkan suatu komposisi pergerakan. Di peringkat ini gubahan pergerakan mempunyai kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan. Perkara-perkara yang penting untuk memberi kualiti ekspresif ialah: a) Idea atau perasaan yang akan disampaikan. b) Perkaitan dalam pergerakan itu. c) Perbezaan antara pergerakan. Mood, idea dan perasaan menentukan aspek pergerakan seperti tubuh badan, ruang, daya dan beban dan juga gabungan pergerakan yang sesuai dihasilkan untuk membayangkan mood, idea dan perasaan yang asas. 57

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara menunjukkan cerita, mood, idea dan perasaan melalui pergerakan yang sesuai. 5.3 Ransangan Dalam Pergerakan Kreatif Ransangan dalam pergerakan kreatif adalah merupakan suatu bentuk bantuan pengajaran dalam mempermudahkan proses pengajaran pergerakan kreatif. Ianya dapat membantu guru bagi memahamkan pelajar yang bermasalah dalam memahami temtang aspek ritma dan kreativiti. Beberapa jenis ransangan yang boleh digunakan semasa pergerakan kreatif adalah sebagaimana berikut: 5.3.1 Ransangan Dalam Diri Pergerakan yang diransang oleh tubuh badan sendiri diberi tumpuan. Ransangan seperti ini amat kurang sesuai diamalkan kepada pelajar yang kurang memahami tentang ritma dan kreativiti. 5.3.2 Ransangan Objek Imiginasi pelajar akan dapat diperkembangkan melalui penggunaan objek seperti gambar, arca, selendang, belon, tali elastik dan peta pergerakan bagi membantu mereka memahami dengan lebih baik. 5.3.3 Ransangan Bunyi Penggunaan bunyi dan ritma adalah merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam pengajaran pergerakan kreatif. Ransangan bunyi yang perlu diberikan pendedahan seawal proses pengajaran akan memudahkan pelajar memahami konsep pergerakan dan meningkatkan kreativiti mereka. Tepukan dan suara adalah merupakan suatu contoh ransangan bunyi yang paling asas. Manakala penggunaan alat-alat muzik seperti genderang akan membantu pengajaran menjadi lebih menarik. 3.6.4 Fahaman Dinamika Muzik Penggunaan muzik sebagai bantuan dalam eleman pergerakan kreatif akan memudahkan pelajar untuk memahami ritma dengan lebih baik serta mengatur pergerakan seiring dengan ransangan alunan muzik. Berikut adalah kepelbagaian alunan dinamika muzik yang boleh disesuaikan dengan pergerakan. i. Bunyi beransur kuat. ii. Bunyi beransur lembut. 58

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan iii. Bunyi kuat beransur lembut iv. Tempo beransur laju v. Tempo laju beransur kuar 5.4 Kesimpulan Bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah, pergerakan adalah lebih efektif dan sesuai dengan naluri jiwa mereka sebagai media ekspresi berbanding dengan bahasa. Walaupun kanak-kanak sudah membesar, namun penggunaan pergerakan fizikal sebagai media pengucapan dan komunikasi, di samping bahasa haruslah diperlakukan demi mempelbagaikan salurun untuk berkomunikasi. Dengan menggabungkan aktiviti pergerakan dengan aktiviti- aktiviti seni halus, seni muzik atau keduanya sekali dengan pelbagai cara dan bentuk, ini akan dapat membantu menambahkan kaedah untuk melahirkan perasaan dalaman kanak-kanak dan sehubungan itu membentuk daya kesedaran estetika mereka. Peluang untuk bergerak, semata- mata kerana ikmat yang dirasai melalui pergerakan, berkemungkinan lebih banyak terdapat dalam aktiviti-aktiviti geraktari daripada aspek-aspek kurikulum pendidikan jasmani yang lain. Untuk melahirkan perasaan, tidak semestinya memerlukan interaksi dengan orang lain. Adalah penting juga bagi kanak-kanak untuk mengetahui perbezaan antara menghindar perasaan- perasaan seperti marah dengan menekankan perasaan yang bersifat agresif. Mereka perlu difahamkan bahawa perasaan marah itu merupakan suatu emosi yang sihat dan semulajadi. SEMAK KENDIRI 1. Apakah yang anda faham tentang pergerakan kreatif lanjutan? 2. Tema pergerakan kreatif yang manakah berkait rapat dengan tema pergerakan kreatif lanjutan yang ke 10? 3. Apakah tema yang memfokuskan kesedaran tentang bentuk-bentuk formasi yang boleh dilakukan dalam kumpulan? 4. Senaraikan perkara-perkara yang penting untuk memberi kualiti ekspresi. 5. Mengapa perlunya ransangan dalam pergerakan kreatif? 59

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan UNIT 6 GIMNASTIK PENDIDIKAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran unit ini, anda seharusnya dapat: a) Menjelaskan tujuan dan skop pembelajaran dalam gimnastik pendidikan. b) Menyenaraikan tema-tema dalam gimnastik pendidikan. c) Memahami tujuan dan perbezaan pergerakan dalam setiap tema. 6.1 Pengenalan Sukan gimnastik dirujuk sebagai “the mother of all sports” . Ini adalah kerana penglibatan dalam sukan ini akan menghasilkan kekuatan fizikal, fleksibiliti, ketangkasan, koordinasi, dan imbangan yang mana diperlukan oleh semua sukan. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk pelajar mempelajari gimnastik pendidikan yang merupakan asas kepada gimnastik. 6.2 Gimnastik Pendidikan Gimnastik pendidikan adalah merupakan salah satu daripada cabang pendidikan pergerakan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar dan menjadi asas kepada gimnastik artistik. Melalui gimnastik pendidikan, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai bentuk pergerakan dan tugasan yang akan mendorong kepada pembelajaran dan perkembangan pelajaran yang lebih baik. Ianya akan memberikan tumpuan kepada pembelajaran individu yang unik dari segi gaya pergerakan dan berdasarkan kepada tema-tema khusus yang akan dapat membantu pelajar menyedari tentang nilai estetik dan kreativiti, kesedaran tubuh badan dan memahami konsep pergerakan dengan lebih(Ramakrishnan, 1998) baik . 6.3 Tujuan Gimnastik Pendidikan Gimnastik pendidikan adalah memfokuskan penguasaan kemahiran pergerakan yang berkaitan dengan tubuh badan, ruang, beban, masa, ritma dan aliran. Secara lebih jelas berikut adalah tujuan pembelajaran gimnastik pendidikan. i. Meningkatkan kesedaran tubuh badan dalam kalangan pelajar. 60

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan ii. Meningkatkan kreativiti pelajar dalam mengolah pergerakan yang merangkumi ruang, masa, beban dan aliran. iii. Menerapkan nilai positif tentang yakin diri. iv. Mendedahkan pelajar kepada proses penerokaan, penjelajahan, penemuan dan daya cipta. v. Memberi kebebasan kepada pelajar dalam mengolah kreativiti bagi menghasilkan ciptaan pergerakan yang mempunyai nilai estetik yang tersendiri. vi. Menyediakan asas kepada gimnastik artistik. 6.4 Tema Dalam Gimnastik Pendidikan Pergerakan dalam gimnastik pendidikan adalah merupakan asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama. Oleh yang demikian, pergerakan dalam gimnastik pendidikan berasaskan lapan tema iaitu (Ramakrishnan, 1998): i. Kesedaran tubuh badan ii. Kesedaran ruang iii. Kesedaran masa iv. Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan v. Kesedaran beban vi. Kesedaran aliran vii. Kesedaran perkaitan dengan orang lain viii. Kesedaran ritma 6.4.1 Tema 1: Kesedaran Tubuh Badan Tema ini memberi peluang seseorang individu untuk mengenali bahagian tubuh badan dan mengawal pergerakan. Bahagian tubuh badan digerakkan dengan pelbagai cara iaitu: a) Lakuan asas tubuh badan - Ringkuk - Lunjur/regang - Pulas - Hayun b) Lakuan bahagian tubuh badan - Sokongan beban 61

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan - Bahagian badan mendahului pergerakan - Menerima beban tubiuh badan c) Aktiviti tubuh badan - Lokomotor - Bukan lokomotor d) Bentuk tubuh badan - Lurus/runcing - Lebar - Bulat - Bersudut - Pulas Tema ini menggalakkan pelajar melakukan berbagai pergerakan. Pemilihan dan pengawalan adalah mengikut situasi, keperluan dan keselamatan. Jadual 6.1 Jenis pergerakan dalam Tema 1. Jenis Pergerakan Maksud Jenis Pergerakan Aktiviti  Berjalan, berlari, merangkak, dan Bergerak secara Bergerak dengan bahagian pada tubuh badan berselang – berjalan secara melutut. sentuhan berselang. seli menyentuh lantai. Bergerak dengan bahagian  Gulingan, guling balak, menarik Bergerak secara tubuh badan menyentuh lantai dan menolak. sentiasa. sentuhan selalu. Bergerak dengan seluruh  Lompat bintang, lompat dakap dan tubuh badan di udara seketika lompat layang. Bergerak tanpa Bergerak dengan beban di  Membawa pundi kacang di atas sentuhan seketika. bahagian tubuh. kepala serta Menggolekkan bola kecil di atas belakang badan Menyokong beban pada bahagian tubuh. Membuat berbagai Membentukkan tubuh badan Pergerakan mengikut situasi seperti: menjadi besar, kecil, panjang, bentuk dengan pendek.  bunga sedang kembang  arnab tidur dalam lubang bahagian tubuh badan.  galah menjulang awan  kain dilipat dua Membekukan tubuh Berhenti bergerak apabila  Galop badan. isyarat diberi.  Lompat kanggaru dalam arah zig- Merangkaikan dua atau Merangkaikan beberapa zag lebih pergerakan.  Lompat ke dalam gelung rotan kemahiran ke dalam satu  Menyusup di bawah palang bentuk permainan kecil. 62

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan 6.4.2 Tema 2: Kesedaran Ruang Ruang adalah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ianya terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. a) Ruang Diri Ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. b) Ruang Am Kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Kedua-dua ruang ini meliputi bahagian kawasan seperti: i. Aras : tinggi, sederhana, rendah ii. Arah : hadapan, belakang, sisi, atas, bawah iii. Laluan : awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag iv. Ekstensi : mengecut, membesar Pemilihan dan pengawalan pergerakan dalam penggunaan ruang perlu mengikut situasi, keperluan dan keselamatan. Selain itu, terdapat sub tema kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu: a) Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan Ruang. Pergerakan dalam sub kemahiran ini dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan melompat. Selain daripada itu pergerakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan. Contoh pergerakan ialah pelajar berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola. Di dalam hal ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot. b) Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri. Pergerakan menggunakan ruang diri bermaksud melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan bahagian tubuh badan. Dalam erti kata lain pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana anggota boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan. 63

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan c) Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras bermaksud pergerakan yang dibuat dengan menggunakan ruang diri dan ruang am. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai aras ini pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan. d) Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah Dalam bergerak menggunakan berbagai arah bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak. e) Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur. 6.4.3 Tema 3: Kesedaran Masa Tema ini memfokuskan tentang kawalan masa dalam melakukan sesuatu pergerakan. Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan berkait rapat dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alatan. Kesedaran masa mempunyai perkaitan dengan tubuh badan, beban, aliran dan ritma. Berikut adalah sub tema berdasarkan kemahiranpergerakan: a) Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza. Bergerak menggunkan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, serta-merta dan kawal- lambat. Rajah 6.1 Berjalan dengan cepat. 64

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Rajah 6.2 Berdiri tegak dan berjalan dengan lambat. Rajah 6.3 Berjalan dengan lambat dan berubah ke serta-merta. b) Bergerak dengan memilih kelajuan yang sesuai. Memilih kelajuan pergerakan untuk disesuaikan dengan situasi ruang, alat dan kemampuan pelajar. Rajah 6.4 Bergerak dengan pelbagai kelajuan yang sesuai. c) Bergerak dengan mengawal kelajuan. Bergerak dengan kelajuan yang terkawal samada secara pantas atau lambat. 65

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Rajah 6.5 Bergerak dengan mengawal kelajuan. d) Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk memilih kelajuan yang sesuai. Pelajar dikehendaki melakukan pergerakan tubuh badan bagi mengenal pasti kelajuan yang bersesuaian untuk setiap pergerakan. Rajah 6.6 Mengaplikasikan pemilihan kelajuan yang sesuai dalam perlakuan dirian tangan. e) Merangkaikan pergerakan dengan menggunakan dua atau lebih aspek masa. Melakukan beberapa pergerakan dengan menerapkan dua atau lebih aspek masa seperti cepat, lembat, serta-merta dan kawal-lambat. Rajah 6.7 Rangkaian pergerakan dengan penggabungan aspek masa (cepat, lambat, serta- merta dan kawal-lambat). 66

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan 6.4.4 Tema 4: Kesedaran Perkaitan Antara Pelbagai Bahagian Tubuh Badan. Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan bermakna perhubungan satu bahagian tubuh badan dengan bahagian badan yang lain atau perhubungan tubuh badan dengan lantai atau alatan. Lakuan perkaitan pergerakan adalah seperti sokongan badan, bahagian tubuh badan yang mendahului, aplikasi kuasa, menerima kuasa dan bentuk tubuh badan. a) Bergerak untuk menunjukkan perkaitan antara satu bahagian badan dengan bahagian badan yang lain. Bergerak dengan menggunkan sekurang-kurangnya dua bahagian tubuh badan seperti tangan dan kaki. Satu bahagian badan bergantung kepada bahagian tubuh badan yang lain untuk melakukan pergerakan. Rajah 6.8 Perkaitan bahagaian tubuh badan semasa melakukan pergerakan putaran roda. b) Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan di antara satu bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain. Menggerakkan bahagian tubuh badan akan menukar bentuk pergerakan atau pergerakan bahagian lain. Imbangan membantu pertukaran pergerakan. Rajah 6.9 Perkaitan bahagian tubuh badan semasa pergerakan. 67

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan c) Bergerak untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan. Bergerak berbagai jenis cara bersesuaian dengan berbagai jenis alatan, seperti melompat, melintas kayu yang diletakkan di atas skitel atau melompat dekam menggunakan bangku gimnastik. Pergerakan perlu bersesuaian dengan peralatan. Rajah 6.10 Perkaitan tubuh badan dengan alatan. d) Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan. Menggerakkan bahagian tubuh badan semasa berada di alatan. Pergerakan boleh dilakukan di atas, bawah dan melalui alat atau alatan digunakan sebagai halangan. Rajah 6.11 Perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan semasa melakukan pergerakan. e) Menyokong badan di atas satu tapak sambil menggerakkan bahagian badan yang lain untuk mendapatkan kestabilan. Membuat imbangan badan di atas tapak yang stabil seperti di atas satu atau dua tapak kaki, tapak tangan atau punggung. Tapak yang stabil menentukan pembentukan terkawal dan kekal supaya lakuan kemas dan licin. 68

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Rajah 6.12 Menyokong badan semasa dirian tangan untuk kestabilan. f) Mengalih beban dari pergerakan yang stabil ke pergerakan yang baru dengan menggunkan bahagian tubuh badan untuk mendahului pergerakan. Mengalih beban bermaksud menukar kedudukan tapak imbangan asal ke tapak imbangan yang lain seperti dari sokongan punggung ke bahu atau tangan. Semasa mengalih beban, bahagian tubuh badan yang sesuai hendaklah didahului untuk memulakan pergerakan. Rajah 6.13 Mengalih beban untuk mendahului pergerakan semasa kemahiran gulingan ke belakang. g) Mencipta bentuk badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh badan. Untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki, kedudukan bahagian tubuh badan seperti abdomen dan tangan hendaklah ditentukan dahulu. Kedudukan tubuh boleh berdasarkan pada satu, dua, atau lebih bahagian badan. 69

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Rajah 6.14 Mencipta bentuk badan. 6.4.5 Tema 5: Kesedaran Beban Tema kesedaran beban dalam gimnastik pendidikan adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan. Melalui tema ini guru harus memberikan senario dan tugas kepada pelajar untuk pelajar memahami tema ini dengan lebih baik. a) Bergerak berbagai-bagai cara dan membeku. Pergerakan dilakukan secara lokomotor dan bukan lokomotor. Setiap pergerakan menggambarkan beberapa kualiti beban seperti tegap, kuat, tegang, lembut, ringan dan tenang. Kualiti meregang dan mengendur dapat dilihat semasa membeku. Pelajar boleh melakukan pergerakan berbagai-bagai cara mengikut kreativiti. Rajah 6.15 Bergerak berbagai cara dan membeku. b) Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan Bergerak berbagai-bagai cara dengan menggunakan daya dan kawalan otot yang berbeza seperti berat dan ringan. Pelajar boleh mempelbagaikan pergerakan dengan bergerak menggunkan lebih atau kurang daya dan kekuatan otot. 70

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Rajah 6.16 Bergerak dengan kualiti berat dan ringan. c) Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan Menggunakan Alatan Bergerak dengan kualiti berat dan ringan dengan menggunkan alatan. Alatan boleh digunakan secara maksimum seperti di atas, bawah, keliling dan sisi. Pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis alatan berdasarkan kemampuan serta selamat. Rajah 6. 17 Kualiti berat dan ringan dengan alatan. d) Merangkaikan Dua atau Lebih Pergerakan dengan Kualiti Berat dan Ringan Tanpa atau dengan Alatan Pergerakan ini menggabungkan kesemua pergerakan di atas sama ada menggunakan alatan atau tanpa alatan. Pelajar merangkaikan beberapa pergerakan yang menggunakan lebih atau kurang daya dan kekuatan otot tanpa alatan atau dengan alatan. Semasa melakukan aktiviti ini pelajar akan merangkaikan beberapa pergerakkan secara berterusan dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian dan kelicinan pergerakan. Guru memastikan rangkaian pergerakan dilakukan dengan cekap dan berkesan sambil menggunakan ruang dan alatan secara maksimum. 71

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Rajah 6. 18 Rangkaian pergerakan tanpa alatan. 6.4.6 Tema 6: Kesedaran Aliran Kesedaran aliran dapat dilihat apabila beberapa pergerakan dirangkai dengan berurutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat. Dalam memperkembangkan aliran pergerakan, penekanan diberi terhadap: i. Pilihan dan lakuan pergerakan yang sesuai. ii. Ulangan rangkaian pergerakan yang sesuai. iii. Kelicinan pergerakan dalam sesuatu rangkaian. iv. Pilihan pergerakan mencabar untuk dirangkaikan. Berdasarkan tema ini, terdapat tiga jenis rangkaian pergerakan iaitu secara bebas, terikat dan bebas dan terikat. a) Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas Rangkaian pergerakan secara aliran bebas merupakan percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara licin, lancar dan berterusan tanpa henti. Rajah 6. 19 Rangkaian aliran bebas. 72

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan b) Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Terikat Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah satu rangkaian pergerakan yang terkawal. Pelaku boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan mengekalkan imbangannya. Rangkaian pergerakannya masih licin dan berkordinasi. Rajah 6.20 Rangkaian aliran terikat. c) Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas dan Terikat Pergerakan secara aliran bebas dan terikat digabungkan menjadi rangkaian yang licin, lancar dan berterusan. Rajah 6.21 Kombinasi rangkaian aliran bebas dan terikat. 73

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan 6.4.7 Tema 7: Kesedaran Perkaitan dengan Orang Lain Menurut tema ini, kesedaran memberi peluang kepada seseorang individu melakukan berbagai pergerakan bersama rakan-rakan. Setiap individu menyesuaikan pergerakan dengan secara berpasangan atau berkumpulan. Perkaitan ini boleh dilakukan dengan cara: i. Meniru = ketua melakukan, pengikut memerhati dan meniru pergerakan ketua. ii. Memadan = beberapa orang melakukan pergerakan yang sama serentak. Pemilihan pergerakan dan rangkaian ditentu dan dilatih terlebih dahulu. iii. Lakuan Cermin = berpasangan dan dalam kumpulan melakukan pergerakan yang sama seperti lakuan dalam cermin. Berdasarkan tema ini, kesedaran perkaitan dengan orang lain dibahagikan kepada sub tema seperti berikut: a) Bergerak berbagai Cara dengan Pasangan Boleh dilakukan dalam bentuk meniru, mamadan dan lakuan cermin. Rangkaian pergerakan berpasangan boleh dilakukan seperti kanun, berselang-seli dan berturutan. Rajah 6.22 Bergerak dengan pasangan. b) Bergerak berbagai-bagai cara dengan rakan secara sentuhan badan. Bergerak dengan rakan-rakan boleh dilakukan secara sentuhan badan untuk menyokong beban, mengimbangi rakan dan membantu rakan mengekalkan kedudukan badan. Sesuatu pergerakan itu tidak boleh dilakukan tanpa sokongan. 74

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Rajah 6.23 Bersentuhan badan. c) Bergerak berbagai-bagai cara dalam kumpulan Bergerak berbagai-bagai cara dalam kumpulan kecil dan kumpulan besar. Pergerakan yang boleh dilakukan ialah secara meniru, mamadan dan lakuan cermin. Rajah 6.24 Bergerak dalam kumpulan. 6.4.8 Tema 8: Kesedaran Ritma Tema ini bertujuan untuk memperkembangkan kesedaran ritma pergerakan. Tumpuan ritma termasuk masa, beban serta aliran yang lebih dirasakan dalam rangkaian pergerakan atau pergerakan yang berulang-ulang. a) Mendapatkan ritma dari berbagai-bagai pergerakan. Setiap pergerakan mempunyai ritmanya tersendiri. Ritma yang berlainan diperolehi dengan melakukan pelbagai pergerakan. Ritma boleh dihasilkan dengan bertepuk tangan, menghentak kaki, menghitung dan sebagainya. 75

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Rajah 6.25 Ritma dalam pergerakan. b) Menggunakan corak ritma untuk melakukan pergerakan. Corak ritma adalah gabungan berbagai ritma. Corak ritma mempunyai rentak mendatar, tinggi, rendah dan terputus-putus. Rentak ritma boleh dilakukan dengan lembut, perlahan, kuat, cepat, sederhana, lambat dan sebagainya. Corak ritma perlu dilakukan berulang- ulang. 76

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Rajah 6. 26 Corak ritma pergerakan. c) Merangkaikan aliran pergerakan dengan corak ritma. Aliran pergerakan adalah rangkaian pergerakan yang mempunyai permulaan dan penghabisan yang tertentu. Aliran corak ritma hendaklah kemas, licin dan berterusan. Aliran rangkaian pergerakan dihasilkan daripada corak ritma pergerakan yang berulang-ulang. Rajah 6.27 Contoh aliran rangkaian pergerakan. 77

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan 6.5 Kesimpulan Peranan gimnastik pendidikan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas gimnastik artistik. Selain itu, ianya bertujuan untuk meningkatkan nilai-nilai penghayatan pelajar terhadap aspek estetik dan merangsang kreativiti pelajar melalui pergerakan. Pengolahan pergerakan berdasarkan tema-tema oleh pelajar akan memberikan ruang untuk mereka lebih positif melalui proses penerokaan, penemuan dan daya cipta. SEMAK KENDIRI 1. Mengapakah sukan gimnastik dirujuk sebagai “the mother of all sports” ?. 2. Apakah tujuan pembelajaran gimnastik pendidikan? 3. Sila lengkapkan ruang yang kosong yang disediakan. Jenis Pergerakan Maksud Jenis Pergerakan Aktiviti Bergerak secara sentuhan berselang. Bergerak secara sentuhan selalu. 4. Apakah bentuk senario dan tugasan yang harus diberikan oleh guru kepada pelajar untuk pelajar memahami tema kesedaran beban ini dengan lebih baik. 5. Apakah tema yang memberi peluang kepada seseorang individu melakukan berbagai pergerakan bersama rakan-rakan? 78

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan UNIT 7 GIMNASTIK ARTISTIK HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran unit ini, anda seharusnya dapat: a) Menyenaraikan cabang-cabang disiplin dalam sukan gimnastik. b) Memahami perkembangan sejarah gimnastik artistik. c) Menjelaskan kategori pertandingan dan acara yang dipertandingkan bagi lelaki dan wanita. d) Memahami peraturan dan undang-undang pertandingan gimnastik artistik. 7.1 Pengenalan Gimnastik adalah merupakan satu sukan yang melibatkan prestasi senaman yang memerlukan kekuatan fizikal, fleksibiliti, kuasa, ketangkasan, koordinasi, dan imbangan. Di peringkat antarabangsa, pertandingan sukan tersebut ditadbir oleh Federation International Gymnastics (FIG). Sukan ini juga dianggap sukan yang selamat sekiranya diuruskan dengan baik dan menjalani latihan yang secukupnya. Setiap negara mempunyai badannya yang tersendiri dan mentadbir setelah bergabung dengan FIG. Disiplin gimnastik lain termasuk: trampolin, gimnastik berirama, gimnastik artistik, sukan akrobatik,sukan aerobik, gimnastrada (sukan untuk semua) dan tumbling. Tumbling Gimnastik artistik Sukan aerobik Gimrama Trampolin Sukan aerobik Gimnastrada (Gimnastik untuk semua) Rajah 7.1 Cabang sukan gimnastik. 79

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan 7.2 Falsafah Gimnastik ialah pergerakan, latihan fizikal dan senaman yang meningkatkan kekuatan otot. Pergerakan gimnastik terdiri daripada yang senang contohnya berlari, berjalan, melompat dan pergerakan yang kompleks seperti hambur tangan (handspring), putar roda (cartwheel), salto hadapan dan belakang. Pergerakan gimnastik juga terdiri daripada posisi statik yang senang seperti berdiri, menyokong dan yang kompleks seperti dirian tangan buka kaki serta dirian kepala. Pergerakan gimnastik boleh dilakukan dengan menggunakan alatan, di atas peralatan dan tanpa alatan. Pergerakan gimnastik juga perlulah menunjukkan ketepatan, kejituan dan kesempurnaan. 7.3 Sejarah Sukan gimnastik telah melalui beberapa era perkembangan daripada era penemuannya di zaman pra sejarah, dan seterusnya berkembang sehingga dipertandingkan di peringkat Olimpik dan menjadi salah satu sukan terawal yang dipertandingkan di Sukan Olimpik. Rajah 7.2 Gimnastik dipertandingkan di Sukan Olimpik. 7.3.1 Pra Sejarah Bermula tahun 2,300 S.M. Mesir kuno telah mengaplikasikan asas pergerakan gimnastik seperti yang ditemui pada ukiran hieroglifik. Gimnastik seperti satu sistem latihan sukan harmoni berasal dari Greece Purba 800 S.M. dan diaplikasikan untuk ketenteraan mereka. Ianya bertujuan untuk memudahkan pembangunan badan melalui satu siri latihan yang melibatkan berlari, melompat, berenang, membuang, gusti, dan mengangkat berat. Kecergasan fizikal adalah satu sifat yang sangat bernilai di Greece purba, dan kedua-dua lelaki dan wanita yang mengambil bahagian dalam latihan gimnastik. Orang-orang Rom, selepas menakluk Greece, membangunkan aktiviti ke dalam sukan yang lebih formal, dan mereka menggunakan gimnasium fizikal menyediakan tentera mereka untuk peperangan. Dengan kejatuhan Rom, 80

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan bagaimanapun, kepentingan dalam gimnastik berkurangan dan seterusnya gimnastik bertukar hanya sebagai satu bentuk hiburan. Rajah 7.3 Lakaran aktiviti gimnastik pada dinding. 7.3.2 Perkembangan Awal Pada akhir tahun 1700-an, Friedrich Ludwig Jahn seorang guru di Jerman telah mencipta beberapa aparatus antaranya termasuklah palang sejajar, batang titian dan acara lompatan. Beliau, seterusnya dianggap sebagai „bapa gimnastik moden‟ atas usaha beliau memperkembangkan sukan gimnastik moden. Gimnastik berkembang di Jerman pada tahun 1800 dan pembukaan Sekolah Jahn di Berlin, pada tahun 1811 lebih menyemarakkan lagi perkembangan sukan itu. Hasilnya wujud banyak kelab-kelab gimnastik di Eropah dan kemudiannya di England. Sukan ini seterusnya diperkenalkan ke Amerika Syarikat oleh Dr Dudley Allen Sargent, yang mengajar gimnastik di beberapa universiti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, kebanyakan perkembangan gimnastik di Amerika Syarikat lebih tertumpu kepada aktiviti pendatang Eropah, yang memperkenalkan sukan itu di bandar-bandar baru mereka dalam tahun 1880-an. Gimnastik moden dikecualikan beberapa peristiwa tradisional, seperti angkat berat dan gusti, dan menekankan bentuk dan bukannya persaingan peribadi. 81

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Rajah 7.4 Pendedahan awal sukan gimnastik oleh Friedrich Ludwig Jahn dalam acara batang tititan. 7.3.3 Gimnastik Moden Pada tahun 1954, sukan gimnastik telah diselaraskan dengan mewujudkan acara-acara yang khusus untuk wanita dan lelaki. Kategori yang dipertandingkan adalah kategori individu dan berpasukan. Antara acara yang dipertandingkan untuk lelaki adalah senaman lantai, gelang, kekuda berpelana, palang sejajar, melombol dan palang tunggal. Manakala wanita dibenarkan untuk bersaing dalam empat acara iaitu melombol, batang titian, palang bertingkat, dan senaman lantai. Sistem pemarkahan yang berasaskan markah penuh 10 juga telah diperkenalkan pada tahun yang sama dan menjelang tahun 1955, gimnastik moden telah menjadi satu sukan yang diiktiraf oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, pada tahun 2005, sistem pemarkahan dan kehakiman telah digubal semula dan sistem berasaskan markah penuh 10 tidak lagi diguna pakai. Sehingga ke hari ini, sistem pemarkahan telah mengguna pakai sistem baru yang telah digubal oleh Persekutuan Gimnastik Dunia. 82

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Rajah 7.5 Sukan gimnastik moden. 7.3.4 Perkembangan Gimnastik di Malaysia Gimnastik merupakan salah satu sukan pilihan yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah di Malaysia. Sejarah perkembangan awal sukan tersebut menunjukkan bahawa gimnastik pada mulanya berfungsi sebagai alat kecergasan badan dan akhirnya berkembang sehingga dipersembahkan pada masyarakat umum. Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility) dan kesedaran kinestatik seperti semasa melakukan hamburan dan lain-lain. Sukan gimnastik telah mula diperkenalkan di sekolah-sekolah dan institut pendidikan guru melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani seawal zaman penjajahan lagi, iaitu kira-kira dalam tahun 1900. Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan melombol. Rajah 7.6 Ng Shu Wai yang telah bertanding di Sukan Olimpik Athen. 83

QGJ3043-Ritma dan Pergerakan Pertandingan gimnastik antara sekolah-sekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid-murid lelaki sahaja. Pertandingan untuk murid-murid perempuan bermula pada tahun 1980. Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan di perayaan Hari Kebangsaaan dan temasya sukan sekolah-sekolah setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kini sukan gimnastik telah berkembang begitu baik sehingga kesemua Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan gimnastik anjuran Majlis Sukan Sekolah- sekolah Malaysia. Pada tahun 1989 Malaysia telah menang lima pingat emas dalam gimrama di Sukan SEA melalui Faiznur Miskin. Pada tahun 1991 Malaysia telah memenangi pingat emas yang pertama dalam Sukan Sea melalui Kau Git Kaur dalam acara melombol dan pada tahun 1993 Lim Wai Chee pula telah menang pingat emas dalam acara melombol untuk menyumbang pingat emas pertama dalam sejarah sukan gimnastik artistik wanita Malaysia. Malaysia telah menyertai pertandingan gimnastik dalam Sukan Komanwel sejak 1998 hingga sekarang. Kemuncak kecemerlangan sukan gimnastik adalah pada tahun 2004 apabila seorang gimnas lelaki iaitu Ng Shu Wai telah mewakili Malaysia dalam Olimpik di Athens, Greece. 7.4 Kategori Pertandingan di Peringkat Antarabangsa (Olimpik) Empat belas pingat emas untuk dimenangi bagi pertandingan peringkat antarabangsa atau di Sukan Olimpik. Atlet boleh memenangi pingat dengan skor (i) pasukan mereka, (ii) acara individu atau (iii) individu keseluruhan (yang menggabungkan skor kesemua acara). Pada peringkat awal pertandingan, kebiasaannya terdapat hampir 200 orang gimnas yang menyertai pertandingan. Oleh kerana terlalu ramai, pertandingan dibahagikan kepada 4 fasa iaitu: i. Peringkat Kelayakan ii. Pasukan akhir iii. Individu keseluruhan akhir iv. Acara individu akhir Oleh yang demikian setiap gimnas akan berpeluang untuk bertanding setiap fasa bagi merebut peluang untuk menjadi johan. Masa maksimum yang diperuntukkan untuk persembahan bagi setiap acara adalah 2.5 minit. 7.5 Acara yang di Pertandingkan Sukan gimnastik yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa dikategorikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita. Bagi acara lelaki terdapat enam acara yang dipertandingkan sebagaimana berikut: 84


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook