Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore TUGASAN 4

TUGASAN 4

Published by rowenarolandrr97, 2019-10-06 15:24:08

Description: PENULISAN APRESIASI

Search

Read the Text Version

TUGASAN 4 PENULISAN APRESIASI ROWENA ROLAND 7 PISMP PSV

Menurut Mohd Johari (2004) apresiasi ialah aktiviti seperti menghayati dan mengkritik sesebuah karya seni. Karya seni adalah penciptaan atau pewujudan sesuatu yang cantik dalam bentuk seni pandang visual, seperti lukisan, gambar foto dan sebagainya (Oxford Compact Advance Learner’s, 2007). Apresiasi ini penting kerana pengkritik akan menjadi lebih puas menikmati karya yang dikritik dengan penuh penghayatan dan sedar akan aspek bahasa visual yang digunakan oleh pengkarya. Manakala, fotografi pula adalah berasal daripada bahasa Yunani iaitu “photos” yang bermaksud cahaya dan “grafo” yang bermaksud melukis. Gambar diatas diambil menggunakan kamera Nikon 5100. Gambar ini telah diambil di sebuah kafe pada waktu malam. Saya telah menggunakan bukaan Aperature (F) sebesar f/5.6. Saya menggunakan bukaan F yang besar kerana bukaan lens yang besar akan menyebabkan cahaya banyak masuk pada lens agar subjek utama kelihatan terang dan tidak gelap. Tambahan pula, suasana di kafe tersebut agak gelap dan keadaan cahaya lampu yang malap sangat mempengaruhi subjek utama. Bukaan lens yang besar juga sekaligus memberi fokus pada subjek utama yang ingin diambil iaitu sebuah kamera Nikon. Titik fokus saya dalam gambar ini adalah tulisan kamera Nikon tersebut. Bukan itu sahaja, penggunaan F yang besar sesuai untuk objek yang berjarak dekat agar kelihatan jelas dan tidak kabur. Selain itu, untuk menghasilkan gambar yang menarik, gabungan penggunaan F serta shutter speed sangat mempengaruhi keberhasilan gambar yang diambil. Saya telah menggunakan speed selama 1/80 sec. Memandangkan keadaan cahaya di kafe tersebut malap, saya telah merancang untuk mencuba mengambil gambar menggunakan speed yang agak lama untuk melihat hasil gambar yang diinginkan. Setelah mencuba mengambil gambar

beberapa kali, penggunaan shutter speed yang rendah telah memberi cahaya masuk dengan banyak ke dalam lens sekaligus menghasilkan sebuah gambar yang jelas dan terang. Seterusnya adalah penggunaan ISO dalam gambar. Saya telah menggunakan ISO- 2500. Penggunaan ISO adalah sangat penting untuk meningkatkan cahaya dalam gambar terutamanya apabila mengambil gambar dalam keadaan yang gelap. Namun begitu, penggunaan ISO yang terlalu tinggi juga tidak digalakkan kerana ianya akan menyebabkan gambar menjadi pecah iaitu mengandungi pasir (noise/grain). Oleh itu, saya telah menggunakan ISO yang agak tinggi untuk membuatkan gambar kelihatan terang dan menunjukkan warna yang menarik. Teknik komposisi yang telah saya gunakan dalam gambar adalah teknik Rule Of Thirds (ROT). Penggunaan teknik ini penting agar komposisi gambar yang diambil seimbang. Dalam ROT gambar terdapat tiga bahagian vertikal dan tiga bahagian horizontal. ROT ini akan membuatkan hal benda yang ingin digambar kelihatan lebih menonjol serta Point Of Interest (POT) yang mudah dilihat dalam gambar tersebut. Semasa mengambil gambar di atas, saya menerapkan aspek ROT ini dengan mengambil komposisi kamera serta gelas 1/3 pada sebelah kiri serta menggabungkan komposisi ruang kosong 1/3 pada sebelah kanan. Hal ini seterusnya mewujudkan keseimbang asimetri dalam gambar tersebut. Selain itu, saya juga telah menerapkan aspek Depth Of Fields (DOF) dalam gambar. Penggunaan F yang besar adalah sangat sesuai kerana objek (titik fokus) yang ingin saya ambil adalah berjarak dekat. Latarbelakang gambar juga sedikit kabur dengan serta gelap dan plain, ianya telah membantu untuk menonjolkan subjek utama yang ingin difokuskan. Akhir sekali, adalah dari segi aspek nilai dan kreativiti yang telah saya terapkan dalam gambar yang diambil. Saya telah meletakkan gelas di hadapan kamera tersebut untuk mewujudkan kelainan serta menerapkan mesej tersirat dalam gambar tersebut. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, air dalam gelas tersebut hanyalah tinggal sedikit. Mesej yang saya cuba untuk sampaikan dalam gambar adalah berkaitan dengan kehidupan seorang jurugambar. Gabungan subjek utama kamera Nikon dengan segelas air menunjukkan penat lelah seorang jurugambar dalam mencari rezeki. Gelas yang mengandungi air yang sedikit pula menunjukkan bahawa pekerjaan sebagai jurugambar ini kelihatan agak mudah dan biasa bagi orang lain namun sebenarnya ianya pekerjaan yang memerlukan tenaga yang banyak dan kesabaran yang tinggi. Itulah mesej tersirat yang cuba saya sampaikan melalui gambar kepada audiens. (627 patah perkataan).

Rujukan Mohd Johari AB. Hamid, 2011. Apresiasi & Kritikan Seni Visual. Tanjung Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Maxmanroe. (2019). Pengertian Apresiasi Seni, Fungsi, Manfaat, Tujuan, Bentuk Apresiasi. Carian pada 4 Oktober 2019. Pautan daripada https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pengertian-apresiasi.html


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook