["yang jelas dan menarik serta kaedah pemantauan proses pembelajaran yang berkesan. Guru yang berkesan perlulah seorang yang penyayang, mengambil berat terhadap kebajikan murid serta memberi sokongan kepada murid. Pengajaran berkesan akan mampu meningkatkan pembelajaran dalam diri murid. Saya berkongsi harapan agar semua guru SMK Serdang dapat meningkatkan kemahiran diri dalam PAK21, PBD dan penggunaan Google Classroom dalam PdP. Budaya PLC perlu diperkukuhkan agar semua guru dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogi yang berkesan. Kebersamaan kita sebagai satu pasukan amatlah penting supaya kecemerlangan SMK Serdang dapat dibina bersama dengan jayanya. Dan semoga hasrat untuk menghasilkan murid terbilang yang mampu berdaya saing dalam menghadapi IR 4.0 dalam kehidupan sebenar di masa hadapan akan tercapai. Perkongsian aspirasi PENGAJARAN BERKESAN, MURID TERBILANG dengan semua murid dilakukan semasa perhimpunan rasmi pertama yang dihadiri oleh saya. Murid Terbilang merujuk kepada kemenjadian murid secara holistik. Fokusnya adalah untuk menghasilkan murid yang mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri baik dari aspek akademik, agama dan akhlak. Tumpuan seterusnya adalah kepada perjalanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Setiap hari saya akan meronda setiap blok dan kelas untuk memantau keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pemantauan ke atas kebersihan dan keceriaan juga dibuat pada masa yang sama. Tujuan rondaan ini adalah untuk menunjukkan keberadaan saya di mana-mana sahaja di samping menzahirkan perhatian serius saya terhadap kepentingan keberkesanan PdP di dalam bilik darjah di samping memupuk budaya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Seterusnya berdasarkan analisis keputusan peperiksaan penggal, saya membuat intervensi berfokus melalui beberapa siri dialog prestasi. Dialog prestasi pertama yang dibuat adalah Dialog Prestasi Layak Sijil. Dialog ini dihadiri oleh guru Bahasa Melayu Tingkatan 5 dan guru Sejarah Tingkatan 5 sahaja. Fokus dialog adalah untuk tindakan intervensi kepada murid yang gagal kedua-dua subjek atau murid yang gagal silang. Dialog prestasi kedua adalah Dialog Prestasi Cemerlang yang memberi fokus kepada 2 lagi KPI SPM iaitu gred purata sekolah dan minimum 6A. Dialog prestasi ketiga adalah Dialog Prestasi Lulus yang memberi fokus kepada baki 2 lagi KPI SPM iaitu lulus semua dan gagal semua. Untuk kedua-dua dialog ini fokus perbincangan menjurus terus kepada intervensi kepada murid near-miss cemerlang dan near miss lulus. Dialog prestasi keempat adalah Dialog Prestasi Murid di mana saya berdialog dengan semua calon SPM mengikut kelas masing-masing. Di dalam sesi ini, saya membentangkan keputusan peperiksaan penggal 1 setiap murid dan meminta murid mengunjurkan pencapaian mereka untuk peperiksaan percubaan SPM nanti. Konsep headcount dijelaskan kepada murid agar mereka tahu cara membuat pengunjuran untuk peningkatan prestasi kendiri. Impak semua intervensi ini atau kejayaan jangka pendek ini dapat dilihat menerusi pencapaian Peperiksaan Percubaan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 101","Jadual 4: Analisis Perbandingan Pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM (AR3) berbanding sasaran (OTI3) PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 Tahun Calon Semua A+ Semua A Minimum 6A Lulus Semua Layak Sijil Semua G GPS Hadir Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % OTI2 5.83 AR2 100 0 0.0 0 0.0 2 2.00 28 28.0 70 70.0 3 0.03 6.09 OTI3 5.42 AR3 100 0 0.0 0 0.0 0 0.00 9 0.09 76 76.0 3 0.03 5.57 ETR 5.01 100 0 0.0 0 0.0 2 2.00 36 36.0 80 80.0 1 0.01 98 0 0.0 0 0.0 2 2.04 14 14.3 82 83.7 3 3.06 100 0 0.0 0 0.0 4 0.04 61 61.0 88 88.0 0 0.00 Dari Jadual 4, dapat dilihat ada peningkatan berbanding pencapaian AR2 dan ada KPI yang mencapai sasaran seperti pencapaian minimum 6A dan berjaya melebihi sasaran pada pencapaian layak sijil. Ini menunjukkan intervensi yang dijalankan berada pada landasan yang betul dan perlu diteruskan. Manakala intervensi untuk KPI lulus semua mata pelajaran dan gagal semua perlu lebih fokus dan dibuat penambahbaikan kerana lonjakan yang perlahan. Empat siri Dialog prestasi dibuat juga untuk Analisis Peperiksaan Percubaan SPM. Hasilnya beberapa intervensi yang diberi nafas baru dibuat oleh guru-guru secara berfokus. Kali ini selain daripada intervensi berfokus mengikut panitia masing-masing, penglibatan PIBG dan komuniti juga ada. Antaranya dengan pembiayaan dari PIBG, Kem Kecemerlangan Rekerasi Minda (ReM) yang berfokuskan kumpulan pelajar cemerlang di tepi laut Lumut, Perak dan Kem Unggul Diri (KemUDi) yang berfokuskan kumpulan sederhana dengan kerjasama UNIKL MSI di Kulim. Saya juga menjemput ibu bapa kumpulan pelajar cemerlang ke sesi Lunch Talk bersama Pengetua, khusus untuk membincangan ETR setiap murid cemerlang dengan pengunjuran yang baharu berdasarkan pencapaian semasa Peperiksaan Percubaan SPM 2019. Pentingnya sesi ini adalah kerana headcount adalah satu set data \u2018hidup\u2019 yang boleh berubah secara dinamik berdasarkan pencapaian semasa. Maka, sasaran untuk pencapaian SPM adalah lebih berfokus berdasarkan kekuatan murid dan intervensi untuk mengatasi kelemahan murid masing-masing. PENILAIAN \/ IMPAK Jadual 5 menunjukkan pencapaian SPM 2019 setelah pelbagai intervensi dibuat secara berfokus selepas Peperiksaan Percubaan SPM 2019. Jadual 4: Analisis Perbandingan Pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM (AR3) berbanding sasaran (OTI3) PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 Tahun Calon Semua A+ Semua A Minimum 6A Lulus Semua Layak Sijil Semua G GPS Hadir Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % OTI2 5.83 AR2 100 0 0.0 0 0.0 2 2.00 28 28.0 70 70.0 3 0.03 6.09 OTI3 5.42 AR3 100 0 0.0 0 0.0 0 0.00 9 0.09 76 76.0 3 0.03 5.57 ETR 5.01 SPM 100 0 0.0 0 0.0 2 2.00 36 36.0 80 80.0 1 0.01 5.18 98 0 0.0 0 0.0 2 2.04 14 14.3 82 83.7 3 3.06 100 0 0.0 0 0.0 4 4.00 61 61.0 88 88.0 0 0.00 99 0 0.0 0 0.0 1 1.01 60 60.6 84 84.8 0 0.00 Dari Jadual 5, dapat dilihat sasaran ETR hampir tercapai. Walaupun sasaran pencapaian Minimum 6A tidak tercapai, di mana kehilangan 3 orang calon harap yang hanya mampu memperoleh 5A, Sasaran Lulus Semua hampir tercapai dengan kehilangan seorang sahaja calon yang gagal satu mata pelajaran. Intervensi Layak Sijil juga hampir tercapai di mana hanya 4 orang dari yang disasarkan masih tidak berjaya untuk lulus kedua-dua mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Tahniah kepada usaha 102 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","semua guru untuk memastikan tiada murid yang gagal semua mata pelajaran telah tercapai. Dan akhir sekali, walaupun Gred Purata Sekolah 5.18 tidak mencapai ETR 5.01 tetapi ia merupakan keputusan terbaik SMK Serdang dalam tempoh 4 tahun yang terkini. Jadual 6 menunjukkan analisis pencapaian setiap mata pelajaran semasa Peperiksaan SPM 2019 berbanding ETR. MATA PELAJARAN GRED \/ ETR 2019 SPM 2019 PERBANDINGAN PERATUS BAHASA MELAYU GP 3.68 3.70 - 0.02 + 7.08 % 88.88 95.96 BAHASA INGGERIS GP 6.68 6.99 - 0.31 - 3.03 % 77.78 74.75 MATEMATIK GP 5.80 5.64 + 0.16 + 2.02 % 80.81 82.83 SEJARAH GP 5.00 5.77 - 0.77 - 4.03 % 88.89 84.86 PENDIDIKAN AGAMA ISLAM GP 3.82 3.70 + 0.12 % 93.51 94.74 + 1.23 SAINS GP 5.68 5.13 + 0.55 + 3.41 % 88.64 92.05 MATEMATIK TAMBAHAN GP 6.08 7.28 - 1.20 -16.00 % 72.00 56.00 FIZIK GP 4.45 5.36 - 0.91 -9.09 % 100.00 90.91 KIMIA GP 6.27 6.18 + 0.09 0.00 % 100.00 100.00 BIOLOGI GP 6.00 6.10 - 0.10 0.00 % 100.00 100.00 PENDIDIKAN MORAL GP 4.77 5.50 - 0.73 + 4.55 % 59.09 63.64 GEOGRAFI GP 4.42 4.83 - 0.41 + 4.17 % 95.83 100.00 PSV GP 4.54 4.96 - 0.42 0.00 % 100.00 100.00 P AKAUN GP 4.77 5.08 - 0.31 - 23.08 % 100.00 76.92 EKONOMI GP 4.43 4.88 - 0.45 0.00 % 100.00 100.00 SENI REKA TANDA GP 2.10 2.10 0.00 0.00 % 100.00 100.00 B CINA GP 4.70 4.10 + 0.60 + 10.00 % 90.00 100.00 B TAMIL GP 4.67 5.63 - 0.96 -25.00 % 100.00 75.00 Dari Jadual 6 di atas, menunjukkan 6 mata pelajaran mencapai ETR Gred Purata. Bermaksud sebanyak 33.33% mata pelajaran menunjukkan pencapaian ETR. Ini menggambarkan kejayaan intervensi dari segi peningkatan kualiti pencapaian murid. Untuk peningkatan peratus lulus, didapati 10 mata pelajaran menunjukkan peningkatan peratus lulus berbanding ETR. Bermaksud, 55.56% mata pelajaran menunjukkan pencapaian ETR. Ini menggambarkan kejayaan intervensi dari segi peningkatan kuantiti murid yang lulus. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 103","Secara keseluruhan pencapaian sekolah adalah cemerlang memandangkan semua intervensi berfokus dimulakan pada bulan Jun iaitu selepas Penggal Kedua persekolahan bermula. Dari Gred Purata sekolah semasa AR2 6.09 dilonjakkan kepada 5.18 iaitu peningkatan gred purata sebanyak 0.91. Namun intervensi untuk murid cemerlang perlu dibuat penambahbaikan kerana untuk 3 tahun berturut-turut, SMK Serdang masih gagal menghasilkan peratus pencapaian minimum 6A lebih dari 3 peratus. Program peningkatan prestasi murid ke arah kecemerlangan bukan bermula semasa di Tingkatan 5. Sebaliknya ia harus dirangka dengan teliti semenjak di Tingkatan 1 lagi dengan mengambil kira mata pelajaran kritikal yang dibuat intervensi dari peringkat awal lagi. Dari segi moral guru dan murid secara keseluruhannya, pencapaian ini telah meletakkan kembali SMK Serdang di atas satu landasan kecemerlangan. Kejayaan ini dirai bersama agar semua guru merasa dihargai dan lebih bermotivasi untuk bergerak bersama-sama dengan lebih mantap untuk peningkatan prestasi untuk peperiksaan SPM 2020. RUMUSAN Tidak ada yang lebih bermakna bagi seorang Pengetua apabila hasil usaha yang dirangka dilaksanakan oleh semua guru dengan penuh bermotivasi dan positif. Peningkatan prestasi semasa peperiksaan SPM 2019 merupakan satu kepuasan intrinsik yang menyuntik semangat saya untuk membawa hala tuju dengan lebih yakin, lebih berfokus dan lebih dinamik. Cabaran sebenar kepimpinan adalah untuk memastikan guru dan staf berasa yakin dengan kepimpinan pengetua. Semangat bekerjasama sebagai satu kumpulan adalah sangat penting dan ia memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan semua guru dan staf seronok dan bermotivasi bekerja bersama-sama. Apabila semua guru sudah berada di atas landasan yang sama, dan program peningkatan prestasi semakin dihayati oleh semua warga SMK Serdang, Pengetua sudah boleh mencetuskan perubahan dalam pelbagai lagi bidang yang perlu tumpuan, bukan setakat akademik semata-mata. Cabaran utama yang agak kritikal untuk murid di sekolah di kawasan kampung adalah pembinaan \u2018soft skills\u2019 dan kemahiran di era Revolusi Indudstri 4.0. Ini adalah penting untuk memastikan semua murid SMK Serdang berketerampilan, tampil bersedia dan mampu keluar dan berjaya mengharungi gelombang kerjaya yang serba baharu. Cabaran kedua adalah menghasilkan kepimpinan yang menyakinkan di kalangan pemimpin pertengahan. Kepimpinan 360 Darjah oleh Maxwell yang menggariskan empat prinsip kepimpinan iaitu kepimpinan diri sendiri, kepimpinan ke bawah iaitu memimpin guru dan staf di bawah seliaan masing- masing, kepimpinan setara iaitu kepimpinan kepada rakan-rakan sejawatan dan kepimpinan ke atas iaitu memimpin pemimpin kita perlu diterapkan di kalangan semua pemimpin pertengahan. Seperti mana hadis riwayat Bukhari, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya, \u201cSetiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya.\u201d Harapan saya adalah apabila semua guru mampu menjadi pemimpin yang baik, dan murid menguasai kemahiran yang diperlukan untuk berjaya di dunia kerjaya nanti, kejayaan sekolah akan terhasil secara semulajadi dan dinamik, baik dalam bidang kurikulum, sahsiah dan kokurikulum. 104 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","RUJUKAN Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1997). Berkonflik dan Berunding. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Safii.10 Ciri Utama Pemimpin Sekolah Abad ke-21 Yang Berjaya. PRISMA. Retrieved from http:\/\/www.jprisma.com\/v1\/index.php\/penulisan\/8-kepimpinan\u2013dan-organisasi\/55-10-ciri- utama-pemimpin-sekolah-abad-ke-21-yang-berjaya Azman Safii. (2017). Kepimpinan Transformasional: Matlamat, Strategi dan Impak Terhadap Pembangunan Sekolah. Retrieved from https:\/\/azmanss.blogspot.com\/2017\/05\/kepimpinan- transformasional.html. Burns, J. M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row: Transformational Leadership, Transactional Leadership Bass, B. M. (1985). Leadership and performance beyond expectation. New York: Free Press. Dunne, R and Wragg, T. (1994) Effective Teaching. London: Routledge. Eaude, T. (2011) Thinking Through Pedagogy for Primary and Early Years Khalip Musa, Hamidah Yusof, Jamal@Nordin Yunus, Suriani Abdul Hamid (2014). Kepimpinan Transformasional Pengetua: Perbandingan Antara Sekolah Menengah Awam dan Swasta Cemerlang. Management Research Journal Vol.3 (2014), 120\u2012139. Retrieved from https:\/\/ ejournal.upsi.edu.my KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 105","","PENGALAMAN PERTAMA SERIBU MAKNA Nor Azah Binti Othman SMK Sultan Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu, Kedah.","","PENGENALAN SMK Sultan Ahmad Tajuddin merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak dalam daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah gred A dan mempunyai seramai 75 orang guru, 10 orang anggota kumpulan pelaksana, 4 orang pekerja kebersihan dan tujuh orang pengawal keselamatan. Sekolah ini mempunyai 6 blok bilik darjah, satu blok makmal komputer, satu blok bengkel Reka Bentuk Teknologi, sebuah dewan, satu blok kantin dan 2 buah surau. Jumlah murid di sekolah ini adalah seramai 767 orang di mana seramai 13 orang merupakan pelajar kelas Pendidikan Khas Integrasi, 33 orang pelajar tingkatan 6 dan yang selebihnya adalah pelajar tingkatan 1 hingga 5. Gambar 1: Bangunan Sekolah KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 109","PROFIL SEKOLAH Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1965 dengan nama SMK Bandar Baharu dan kemudiannya ditukar nama kepada SMK Sultan Ahmad Tajuddin, sempena nama salah seorang sultan negeri Kedah. Pada tahun 2020, sekolah ini telah dipilih sebagai Sekolah Transformasi Kohort 5. Saya mula bertugas di sekolah ini sebagai Pengetua pada 31 Januari 2020 bagi menggantikan pengetua lama yang telah bersara pada 30 Januari 2020. Infografik Profil SMK Sulatan Ahmad Tajuddin LATAR BELAKANG SEKOLAH Setelah melapor diri di SMKSAT, langkah pertama yang saya lakukan adalah mengadakan perjumpaan berasingan dengan kumpulan-kumpulan penggerak utama di sekolah ini iaitu kumpulan pentadbir, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana, pekerja keselamatan dan kebersihan, pengusaha kantin dan pengusaha dewan makan asrama. Tujuan saya mengadakan perjumpaan ini adalah bagi mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat di samping mendapatkan info-info tentang sekolah. Saya juga mendapatkan maklumat guru dan AKP melalui sistem E-Operasi, merujuk Perancangan Strategik Sekolah, One Page Manager Tool (OPMT) dan semua fail yang berkaitan seperti analisis peperiksaan awam, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), pencapaian kokurikulum dan lain-lain lagi bagi mendapatkan data-data yang diperlukan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sekolah. Seterusnya saya membuat analisis SWOT dan mencari intervensi yang sesuai dilaksanakan. Berdasarkan maklumat selepas perjumpaan-perjumpaan di atas dan juga hasil analisis data sekolah, saya telah dapat mengenalpasti beberapa isu yang perlu diselesaikan demi memastikan seluruh warga sekolah bergerak seiring dengan hala tuju yang saya bawa. 110 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","STATUS QUO SEKOLAH SEMASA Pengurusan organisasi merupakan satu perkara penting yang menentukan jatuh bangunnya organisasi berkenaan. Pengurusan yang mantap dapat memastikan kejayaan organisasi. Stoner & Charles (1996) menyatakan bahawa pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang diharapkan. Selain pengurusan, kepimpinan juga perlu diberi penekanan kerana kepimpinan yang berkesan akan memastikan hala tuju sekolah oleh dicapai. Kepimpinan adalah proses pengaruh mempengaruhi antara pemimpin dan pengikut untuk mencapai objektif organisasi melalui perubahan-perubahan yang mereka lakukan. Apabila saya mula bertugas di sekolah ini, apa yang saya lihat ialah barisan pengurusan tertinggi (semua penolong kanan) dan pengurusan pertengahan (semua guru kanan dan semua ketua panitia) sekolah ini kurang mantap dan tidak diberi bimbingan serta latihan berterusan. Berdasarkan temubual saya dengan penolong-penolong kanan dan guru-guru kanan mata pelajaran, mereka memaklumkan bahawa pengetua yang sebelum ini terlalu kerap tidak berada di sekolah kerana menjalankan tugas dengan Lembaga Peperiksaan. Hal ini menyebabkan peraturan sekolah kurang diberi penekanan tiada sebarang garis panduan khusus untuk diikuti oleh guru-guru. Pasukan pemimpin pertengahan (Middle leader team, MLT) yang terdiri daripada Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua-ketua Panitia kurang menguasai kemahiran mengurus bidang\/panitia masing-masing. Hal ini disokong dengan data SKPMg2 Fasa 3 tahun 2019, skor untuk Standard 3.1 Pengurusan Organisasi hanya mencapai 85.21%. \u2666\t Pengurusan Persekitaran Pembelajaran Bermakna Isu kedua yang saya telah kenalpasti adalah pengurusan persekitaran pembelajaran bermakna yang berfokus kepada pengurusan fizikal sekolah. Persekitaran pembelajaran yang kondusif amat perlu diberi perhatian kerana ia akan memberi kesan secara tidak langsung kepada pengajaran dan pembelajaran. Semasa melapor diri, saya perhatikan suasana sekolah ini agak kurang ceria. Bangunan kuarters lama yang terbiar tidak diurus dengan baik. Keadaannya seperti rumah lama yang ditinggalkan dan kelihatan agak menyeramkan. Selepas memulakan tugas selama sebulan, saya banyak mendapat rungutan dan aduan daripada guru-guru tentang fizikal sekolah seperti bumbung Dewan Tunku Putri Intan Shafinaz dan bilik Pendidikan Seni yang bocor. Tandas guru dan murid juga perlu pembaikan. Selain itu lantai dewan juga banyak yang rosak akibat kayu reput dan tercabut keluar. Pusat Sumber Sekolah juga kurang digunakan oleh guru dan pelajar, Suasana di Pusat Sumber Sekolah (PSS) kurang kondusif dan perlu pengubahsuaian agar lebih ceria, selesa dan secara langsung akan menarik lebih ramai murid untuk mengunjungi PSS. \u2666\t Pengurusan Akademik Melalui pencapaian akademik pulak, ada beberapa subjek yang merosot dalam SPM 2019, antaranya subjek Sejarah. Hal ini berpunca daripada kelemahan pengurusan panitia yang kurang dari segi kerjasama sepasukan (teamwork). Pelaksanaan Professional Learning Community (PLC) agak kurang penekanan di mana berdasar data SPLKPM 2019, didapati PLC tidak dilaksanakan dalam panitia. Hal ini menyebabkan guru-guru kurang mahir dari segi pelaksanaan PAK21 yang seterusnya membawa kepada skor pdp yang rendah. Data Standard 3.1 SKPMg2 Fasa 3, Pengurusan Kurikulum tahun 2019 hanya mencapai 89.45%. Seterusnya data Standard 4, Pengajaran dan Pemudahcaraan skor hanya sebanyak 88.73%. Hal ini menunjukkan banyak perkara yang perlu dibaiki demi memastikan pengurusan kurikulum dan PdPc guru dapat ditingkatkan kualitinya. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 111","PENAMBAHBAIKAN YANG DILAKSANA \u2666\t Penjelasan tentang Visi, Misi dan Hala Tuju Sekolah Berdasarkan isu-isu yang telah dikenalpasti ini, saya sebagai Pengetua SMK Sultan Ahmad Tajuddin telah mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki masalah-masalah berkenaan. Pertama sekali saya telah menyampaikan semua misi dan visi sekolah yang ingin dicapai kepada semua barisan pentadbiran, guru-guru dan murid-murid agar mereka semua tahu dan faham serta dapat melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang bagi menjayakan misi dan visi tersebut. Selain itu, komunikasi kepimpinan adalah suatu strategi bagi menghasilkan penambahbaikan yang dinamik bagi memenuhi pelbagai agenda organisasi. Bagi mewujudkan komunikasi ini, saya mengadakan beberapa siri perbincangan profesional yang berfokus mengikut kumpulam misalnya perbincangan dengan barisan pentadbiran, guru-guru pengurusan AKP, pekerja kebersihan dan keselamatan, PIBG dan juga murid-murid sebagai satu usaha untuk memahamkan mereka untuk turut berganding bahu ke arah mencapai visi dan misi sekolah. \u2666\t Amalan Gaya Kepimpinan Gaya kepimpinan seorang pemimpin amat memainkan peranan dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Pemimpin sekolah perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai agar sekolah dapat mencapai kejayaan yang diharapkan. Barisan kepimpinan (Penolong Kanan, Guru Kanan dan Ketua Panitia) di SMK Sultan Ahmad Tajuddin dibimbing oleh pengetua untuk mengamalkan kepimpinan instruksional. Menurut Hallinger & Murphy (1985), kepimpinan instruksional merujuk kepada segala tingkah laku pemimpin sekolah yang dilaksanakan dengan tujuan memaju dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang melibatkan guru, murid, ibu bapa, perancangan dan pengurusan sekolah, kemudahan sumber dan juga budaya sekolah. Hussein (2008) pula mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah, Pengetua sendiri bertindak selaku suri teladan untuk mempamerkan gaya kepimpinan instruksional. Pemantapan barisan pengurusan tertinggi dan pengurusan pertengahan yang berprestasi tinggi dan cemerlang dalam melaksanakan tugas masing-masing. Tugas utama pemimpin di sekolah adalah supaya berlaku peningkatan kualiti pembelajaran murid-murid di sekolah. Pemimpin yang cakna terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid serta perkembangannya sentiasa membina suasana iklim dan iklim pembelajaran yang kondusif demi memacu kecemerlangan sekolah. Pengetua menggunakan model kepimpinan instruksional Hallinger & Murphy (1985) sebagai panduan membimbing pengajaran guru. Saya membuat perjumpaan mingguan dengan barisan pentadbiran mengikut jadual. Saya bertanyakan masalah-masalah yang mereka hadapi dalam menjalankan tugas-tugas di sekolah. Saya juga minta mereka menjelaskan bidang kerja mereka dari aspek kepimpinan. Berdasar perbicangan profesional berkenaan, sesi bimbingan dan pementoran dibuat untuk membantu mereka meningkatkan kualiti kepimpinan masing-masing dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dari aspek kepimpinan. Ada antara barisan pentadbir ini yang kurang keyakinan diri dan kurang pengetahuan dalam pentadbiran jadi semasa sesi bimbingan dan pementoran saya berkongsi pengalaman-pengalaman saya dalam mentadbir sekolah sepanjang saya memegang jawatan-jawatan seperti Ketua Panitia, Guru Kanan dan Penolong Kanan. 112 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Gambar 2: Banner Hala Tuju Sekolah Tahun 2020 Mesyuarat Pengurusan juga diadakan setiap bulan. Hal ini membantu mereka untuk mewujudkan hubungan rapat dalam kalangan pentadbiran dan juga menjadi platform untuk membincangkan isu atau masalah yang berlaku di sekolah serta intervensi yang boleh dijalankan. Sesi perkongsian idea turut berlaku dalam mesyuarat ini. Secara tidak langsung, saya telah mengadakan PLC bersama barisan kepimpinan sekolah dan berjaya meningkatkan keyakinan diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. \u2666\t Meningkatkan Kualiti Hubungan Sesama Manusia Langkah pertama yang saya buat adalah dengan memanggil semua guru dan staf dalam satu perjumpaan dan saya menerangkan tentang visi dan misi yang ingin dicapai. Saya juga memberi penerangan berkaitan visi dan misi sekolah kepada semua murid kerana mereka adalah salah satu aset yang perlu dibangunkan dalam misi dan visi berkenaan. Visi dan misi dikongsi bersama agar semua warga sekolah bersatu hati dan sederap melangkah menuju kejayaan. Banner (kain rentang) dan papan tanda yang menunjukkan hala tuju dan sasaran yang ingin dicapai oleh sekolah dipasang di beberapa kawasan sekolah. Begitu juga dengan informasi berkaitan sekolah transformasi 2025 dipapar pada papan-papan tanda dan kain rentang bagi memberi maklumat terkini. Hal ini penting kerana seluruh warga sekolah mesti tahu, faham dan berkongsi visi dan misi yang sama agar dapat melangkah sederap ke hadapan untuk mencapai visi dan misi tersebut. Selain itu kesepakatan tinggi dalam kalangan warga sekolah juga dapat dicapai melalui visi dan misi yang dikongsi bersama. Kain rentang yang mengandungi gambar-gambar barisan pentadbir sekolah dan pelajar- pelajar sasaran cemerlang juga turut dipapar. Hal ini bertujuan supaya murid-murid boleh kenal barisan pentadbir sekolah manakala guru-guru pula boleh mengenali pelajar sasaran cemerlang SPM yang disasar oleh sekolah. Gambar 3: Laluan Transformasi Motivasi 113 KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL","Gambar 4: Banting Informasi TS25 Program-program pembangunan profesionalisme guru dan staf telah dirancang agar sesuai dengan keperluan sekolah. Berdasarkan analisis SWOT yang saya buat, kelemahan utama adalah kerjasama sepasukan (teamwork). Bagi meningkatkan semangat kerja sepasukan dalam kalangan guru, saya kerap mengadakan siri-siri bengkel, taklimat dan kursus yang wajib dihadiri oleh semua guru. Saya membuat analisis keperluan latihan (TNA) untuk menentukan apakah bentuk latihan yang sangat diperlukan oleh guru-guru dan staf. Antara program peningkatan profesionalisme guru yang telah dilaksanakan ialah Pembugaran PBD Penjaminan Kualiti dan Pembugaran PAK 21. Pengetua turut mewujudkan jalinan dan jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan berdekatan bagi meningkatkan kualiti guru-guru SMKSAT. Antara jaringan kerjasama yang telah dibuat adalah bersama PPD Kulim Bandar Baharu dan SMK Lubok Buntar dalam Program Pembugaran PBD Penjaminan Kualiti. Gambar 5: Program Pembangunan Profesionalisme Guru Seterusnya saya juga menyusun strategi pelaksanaan yang berkesan agar semua program yang dibuat oleh pihak sekolah akan memberi impak yang positif. Proses Coaching and Mentoring (C&M) sangat memberi kesan positif kepada peningkatan semangat kerja sepasukan dalam kalangan barisan pentadbiran. 114 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","\u2666\t Persekitaran Pembelajaran Bermakna Bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran, saya telah menetapkan bahawa setiap panitia mesti mengadakan PLC. Jadual PLC secara rasmi bagi 5 subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah dibuat pada hari Rabu dan dimasukkan dalam jadual pdp guru. Penyelaras PLC dilantik agar dapat menyusun dan mengurus pelaksanaan PLC bagi semua panitia. Persekitaran sekolah juga memainkan peranan penting dalam memastikan murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif, oleh itu saya mewujudkan program PaKiS di mana semua pentadbir perlu memantau kawasan sekeliling sekolah dan mengenalpasti jika ada berlaku kerosakan di blok-blok atau kawasan sekolah, mereka juga harus memantau kebersihan persekitaran sekolah agar memastikan semua pekerja kebersihan menjalankan tugas masing-masing dengan cekap. Iklim sekolah yang berkesan lahir daripada suasana sekolah yang harmoni, persekitaran cantik, selamat dan cukup ruang untuk belajar. Gambar 6: Papan Tanda TS25 Gambar 7: Laman Terapi Minda 115 KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL","Gambar 8: Pelupusan bangunan lama Selain itu, persekitaran pembelajaran bermakna di dalam kelas juga sangat penting dan banyak bergantung kepada kreativiti dan kemahiran guru menyediakan bahan pdpc agar murid seronok belajar. Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri berikut: (1) guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan, (2) guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan murid-muridnya, (3) pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa, dan (4) pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh. \u2666\t Pembangunan Profesionalisme Guru Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan kualiti pelajar, kualiti guru merupakan aspek utama yang perlu ditingkatkan. Saya telah mengadakan beberapa program pembangunan profesionalisme guru kepada semua guru SMK Sultan Ahmad Tajuddin bertujuan memberi lebih banyak input berkaitan kaedah mengajar menggunakan PAK21. Antaranya ialah Pembugaran PBD, PLC berjadual setiap minggu, Pemantapan PAK21 dan Coaching and Mentoring berjadual. Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam dunia pendidikan di mana pengajaran dan pembelajaran banyak berlaku secara dalam talian. Oleh itu sebagai Pengetua, saya perlu pastikan guru-guru saya cukup kompeten untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr) dalam talian. Fokus diberikan untuk PLC dan PAK21 yang sesuai dengan kaedah pdpr dalam talian. Program-program ini berjaya meningkatkan keupayaan guru untuk melaksanakan pdp dengan lebih berkesan dan memberi impak positif kepada pelajar-pelajar. Hal ini selari dengan kehendak sekolah transformasi yang menyatakan guru berkualiti akan membawa kepada kemenjadian murid. \u2666\t Pemantauan Berterusan Saya telah tugaskan semua pentadbir untuk membuat pemantauan ke atas semua program yang dibuat. Hal ini penting kerana proses pemantauan akan membolehkan kita mengetahui tahap pelaksanaan dan kemajuan sesuatu program. Kaedah pemantauan berkesan perlu ditekankan kepada semua pentadbir agar program-program yang dirancang dan dilaksana berjalan di atas landasan yang betul. Antara program pemantauan yang dibuat ialah pemantauan pdp, pemantauan kebersihan dan keceriaan kelas, pemantauan keselamatan sekolah dan lain-lain. Saya memastikan bahawa jadual-jadual seperti Jadual pencerapan pdp, jadual Coaching and Mentoring serta jadual program Pantau Keliling Sekolah (PaKiS) 116 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","disediakan. Aktiviti pemantauan boleh dibuat secara pemerhatian individu, learning around, semakan buku rekod mengajar dan semakan fail-fail berkaitan. Hasil pemantauan dianalisis dan dibuat post mortem untuk menambahbaik kualiti pemantauan dan kualiti pelaksanaan program. \u2666\t Hubungan Erat dengan Komuniti Selaku Pengetua, saya sentiasa memastikan hubungan sekolah dengan ibu bapa dan komuniti sentiasa dalam keadaan baik dan penuh kerjasama erat. Saya memastikan PIBG dan komuniti setempat faham hala tuju yang saya ingin bawa kepada SMKSAT. Oleh itu saya kerap mengadakan perbincangan-perbincangan profesional dengan PIBG dan wakil-wakil komuniti setempat seperti Ketua Kampung bagi membina rapport. PIBK banyak membantu untuk memajukan sekolah. Penglibatan komuniti dan masyarakat dalam program sekolah akan menyebabkan mereka lebih memahami dan mengetahui tentang sekolah. Saya memastikan hubungan sekolah dan ibu bapa memenuhi 6 jenis penglibatan yang dicadangkan oleh Joyce Epstein (2002) iaitu keibubapaan (parenting), komunikasi, sukarelawan, pembelajaran di rumah, membuat keputusan dan kolaboratif dengan komuniti. Kerjasama begini akan dapat memastikan ibu bapa turut memainkan peranan membantu sekolah dalam program-program yang dirancang agar lebih berkesan dan memberi impak positif kepada pelajar. Sebagai contoh, ada beberapa orang ahli jawatankuasa PIBG yang mahir dalam pertukangan dan pembaikan. Mereka telah membantu sekolah membaikpulih pagar asrama, bergotong-royong dengan guru-guru untuk membina jalan ke koperasi dan surau sekolah, bergotong-royong mengecat dan membaik-pulih Pusat Sumber Sekolah, bergotong-royong mengacau bubur asyura dalam Majlis Asyura sekolah. Mereka juga turut membantu dalam persiapan pembukaan sekolah dalam norma baharu dengan menyediakan papan tanda, laluan terarah dan notis-notis pematuhan SOP. Jelas dilihat bahawa hubungan rapat antara barisan pengurusan sekolah dan guru-guru dengan PIBG telah membawa manfaat kepada sekolah. PENILAIAN \/ IMPAK KEJAYAAN Berdasar penilaian yang saya buat, didapati selepas program memantapkan kepimpinan, semua SLT dan MLT semakin mempunyai keyakinan diri untuk menjalankan tugas-tugas mereka. Mereka berjaya memimpin unit masing-masing dengan baik mengikut kaedah yang betul dan sesuai dengan hala tuju yang dibawa oleh pengetua. Profesionalisme dalam kalangan guru juga semakin meningkat. Mereka telah berjaya mengadaptasi diri dengan kehendak sekolah TS25 dan melaksanakan pdp berkesan. Program Coaching and Mentoring sangat memberi impak positif kepada kualiti guru. Kualiti pdpc guru semakin meningkat apabila PLC dijalankan. Guru-guru telah mengaplikasikan teknik-teknik yang dibincangkan semasa sesi PLC. Hal ini dapat dikesan apabila pemantauan pdpc dibuat oleh barisan pentadbir. Persekitaran fizikal yang selesa akan dapat menggalakkan murid untuk hadir ke sekolah dan sayangkan sekolah. Selepas selesai projek pembaikan sekolah dan menaiktaraf beberapa bilik khas seperti PSS, Bilik Kaunseling dan lain-lain, guru-guru dan murid-murid berasa lebih selesa berada di sekolah. Mereka lebih seronok mengadakan aktiviti pdp di sekolah walaupun di luar waktu rasmi. Kerjasama erat antara sekolah dengan PIBG juga sangat jelas sehingga membawa kepada pembinaan banyak prasarana di sekolah seperti parkir motosikal berbumbung, laluan ke surau dan koperasi serta bantuan PIBG dalam mengawal disiplin murid. Semua ini akan menyumbang kepada kejayaan sekolah. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 117","RUMUSAN Semua pengetua novis mempunyai kekuatan dan keupayaan masing-masing untuk memajukan sekolah. Perkara paling penting adalah bagaimana kita mewujudkan hubungan mesra dengan warga sekolah itu. Menangani perubahan bukan sesuatu yang mudah namun tetap boleh dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang telah kita pelajari semasa mengikuti kursus NPQEL di IAB. Selain itu pengalaman yang kita kutip sepanjang perkhidmatan kita juga sangat-sangat membantu kita untuk menjadi pengetua berkualiti. Saya berasa sangat yakin bahawa SMK Sultan Ahmad Tajuddin akan dapat maju ke hadapan melalui program-program yang telah saya rancang dan yang telah saya laksanakan. Komitmen guru-guru juga amat baik kerana mereka juga mahu berubah dan lebih maju ke hadapan. Sebagai salah sebuah sekolah Transformasi 2025 (TS25), sememangnya sekolah ini telah mengorak langkah dan menjadi salah sebuah sekolah TS25 yang berinformasi dan boleh menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain. RUJUKAN Abdul Said, Ambotang, Hassan Jamali,Christina Andin, 2015. Amalan Kepimpinan Transformasi Guru Besar: Kaitannya dengan Ciri Sekolah Berkesan Ahmad Zabidi Abdul Razak, 2006. Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 31 Epstein, J. L. (2002). School, family, and community partnerships: Your handbook for action (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Corwin Murphy, J.; Hallinger, P. (1985). Effective High Schools--What Are the Common Characteristics?. NASSP Bulletin, 69(477), 18\u201322. Halpin, A.W. & Croft D.B. 1963. The organizational climate of school. Chicago: Midwest Administration Center, University of Chicago IAB, 2016. Asas Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan : IAB Enstek IAB, 2016. Hubungan Sesama Manusia: AB Enstek IAB, 2016. Instruksional dan Pencapaian: IAB Enstek James Ang Jit Eng, Lim Siew Ngen , 2020. Guru Sebagai Pakar, PTS Media Group Sdn Bhd Nor Aslan Mohd Yusoff , 2019. 85+20 Kepimpinan Penolong Kanan Pentadbiran Berkualiti WAYS NAY Publication, Kuala Terengganu Rosnah Ishak, 2017. Komunikasi Kepimpinan Dalam Kalangan Pemimpin Sekolah (Jurnal Komunikasi Borneo) Stoner, J.A., & Wankel, C. (1989). Pengurusan (Edisi ke-3). Petaling Jaya: Amiza 118 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","SJKTLS KE ARAH TRANSFORMASI IR 4.0 Kalaivani a\/p G. Muniandy SJK(T) Ladang Stoughton, Batu Kurau, Perak","","PENGENALAN Syukur dan terima kasih kepada tuhan, kerana dengan keizinnya, dapat menyiapkan penulisan Kompilasi Kepimpinan PGB Novis Lepasan NPQEL. Dalam usaha menyempurnakan penulisan ini, sebagai PGB Novis, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara atas tunjuk ajar, bimbingan, nasihat serta panduan yang diberikan sepanjang penulisan ini dijalankan. Sebagai PGB Novis yang melangkah ke tahun keempat dalam kepimpinan ini, telah mengharungi palbagai cabaran sepanjang tempoh ini. Namun, ilmu yang dipelajari sewaktu di IAB Utara, penglibatan dalam Program Immersion dan tawaran kursus CPD serta komitmen Pensyarah yang masih berhubung sangat membantu dalam berhadapan pelbagai situasi sebenar di sekolah. Amalan kemahiran komunikasi yang berkesan telah mendorong penerimaan pandangan orang lain dengan terbuka, berkeupayaan mengatasi cabaran secara berkesan yang akhirnya telah menyesuaikan tingkah laku diri sendiri bersama pemikiran orang lain. Ia mendorong warga sekolah dalam mempamerkan kesungguhan dalam penerimaan sesuatu perubahan demi kebaikan anak murid. PROFIL SEKOLAH Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Stoughton, Batu Kurau ini terletak 48 KM dari bandar Taiping dan 20 KM dari pekan Batu Kurau. Bangunan sekolah ini diasaskan pada tahun 1945 merupakan bangunan sementara beratap (bungalow). Tiada kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air pada ketika itu. Pentadbirnya dikelolakan oleh Pengurusan Ladang Stoughton dengan kerjasama ahli Jawatankuasa kuil Hindu yang ada di Ladang ini. Guru besar yang pertama ialah Encik Venugopal. Murid-muridnya berjumlah lebih kurang 45 orang dengan 3 orang guru. Bangunan ini telah diperbesarkan berikutan dengan peningkatan bilangan murid. Bangunan baru telah dibina pada tahun 1962 menggantikan bangunan lama yang telah rosak. Lebih kurang 12 guru besar telah menguruskan sekolah ini. Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKT Ladang Stoughton telah ditubuhkan pada 29.05.1968 semasa pentadbiran Guru Besar Encik Manikam. Infografik Profil sekolah Pada tahun 1991, PIBG dengan bantuan MIC Ladang Stoughton telah berusaha untuk memasang pagar sekitar kawasan sekolah dengan ukuran 150 x 130 kaki. PIBG juga telah membina sebuah pusat sumber sekolah pada tahun 1992. Peruntukan yang disumbangkan oleh pihak kerajaan serta ahli politik dapat mempertingkatkan lagi pencapaian sekolah ini. Mulai tahun 2008 hingga sekarang keputusan UPSR telah meningkat dalam semua matapelajaran. Pada masa ini SJK(T) Ladang Stoughton, Batu Kurau ini mempunyai 13 orang murid, 6 orang guru, seorang pembantu tadbir, 2 orang pekerja swasta dan 2 orang pengawal keselamatan. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 121","STATUS QUO SEKOLAH SEMASA Tanggal 6 Julai 2018 merupakan bermulanya perjalanan saya sebagai guru besar. Saya mendapati tiada satu hala tuju dalam kalangan warga sekolah. Masing-masing mengikut haluan tanpa kolabratif antara satu sama lain. Pihak guru hanya mengutamakan PdPc bilik darjah. Memandangkan SJK(T) Ladang Stoughton merupakan sebuah sekolah sekolah kurang murid (SKM) dan menjalankan kelas bercantum, komitmen guru sangat tertumpu kepada pelaksanaan PdPc sahaja. Penglibatan murid dalam bidang Kokurikulum sangat terhad. Ini kerana sekolah ini ditempatkan di luar bandar dengan jarak 48 kilometer dari bandar. Guru- guru pula ada yang merentas negeri setiap hari dan yang lain tinggal jauh dalam lingkungan 20-50 kilometer dari sekolah. Disebabkan itu, jika mengambil bahagian dalam pertandingan, guru-guru perlu bergilir untuk membawa murid ke tempat pertandingan. Faktor ini menyebabkan guru-guru kurang bersemangat untuk menyertai pelbagai pertandingan di luar. Saya telah membuat analisis SWOT bagi mencari peluang yang ada di SJK(T) Ladang Stoughton. MENGENALPASTI ISU Analisis SWOT adalah salah satu teknik analisis untuk mengetahui bagaimana keadaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan, kelemahan, halangan dan ruang untuk penambahbaikan. Sehubungan dengan itu, berdasarkan analisis SWOT, Guru besar telah mengenal pasti 3 kekuatan iaitu sekolah ini merupakan lulus 100% dalam UPSR dari tahun 2016 hingga 2018. Guru-gurunya pula celik ICT. Selain daripada itu, murid-muridnya yang tinggal berhampiran dengan sekolah memberi peluang kepadanya untuk melaksanakan aktiviti lebih masa. Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah seperti kemudahan infrastruktur yang terdapat di sekolah kurang memuaskan. Prasarana sekolah yang tidak lengkap juga menjadi punca kurangnya persekitaran yang menarik. Keadaan ini sangat dipengaruhi oleh sumber kewangan yang tidak mencukupi untuk menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif dan kekangan terhadap perlaksanaan program atau aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Antara cabaran atau ancaman pula datangnya daripada sebahagian daripada ibu bapa. Sokongan ibu bapa kurang mantap terhadap pembelajaran anak-anak semasa berada di rumah. Mereka meletakkan tugas mendidik anak mereka 100% kepada guru. Mereka kurang komitmen dalam membantu pelajaran anak-anak tetapi meletakkan ekspektasi yang sangat tinggi terhadap sekolah. Peluang yang dapat dikenal pasti dalam analisis SWOT ini adalah dari peranan PIBG dan bekas murid terhadap sekolah. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan PIBG penting dalam pembangunan sekolah. PIBG yang sentiasa memberi sokongan dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Selain menjalinkan kerjasama, PIBG turut membantu dalam menjaga kebajikan para pelajar. Secara keseluruhannya hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. \u2666\t Menerajui Perubahan Sebagai Guru besar, saya telah mengatur langkah berpandukan 8 langkah John P. Katter yang dipelajari dari Kursus NPQEL 2.0 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara untuk menetapkan halatuju sekolah. Setelah berbincang bersama guru-guru kanan, saya telah menetapkan hala tuju sekolah dalam beberapa bidang yang dikenalpasti seperti gambar di bawah. 122 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Gambar 1: Hala Tuju Sekolah Hala tuju tersebut telah dibentangkan bersama guru-guru bagi pemahaman bersama supaya subordinat memahami dengan transformasi berkenaan. Guru\u2013guru telah menyambut baik dan telah menyumbangkan pendapat bagi merealisasikan hala tuju. Implikasinya program jangka panjang dan jangka pendek telah diaturkan oleh guru besar bersama guru kanannya. Rajah 1: Analisa Data dan Isu \u2666\t Penubuhan Alumni Bekas Murid Secara kebetulan pada 24 Ogos 2018, saya mendapat tahu bahawa sambutan festival keagamaan akan berlangsung di sebuah kuil berdekatan di mana bekas penduduk yang bermigrasi ke kawasan lain akan berkumpul. Justeru, saya telah menggunakan peluang ini bagi mendapatkan maklumat mereka menggunakan platform Whatsapp. Pada hari tersebut saya telah menghadirkan diri dan telah maklumkan hasratnya kepada beberapa bekas murid yang hadir ke festival tersebut dan telah mendapatkan maklumat mereka. Setelah kumpulan Whatsapp diwujudkan, kenalan daripada pelbagai kumpulan tahun bekas murid telah menyertai dan saling berkenalan. Saya telah memilih beberapa bekas murid yang mempunyai peranan penting dalam kumpulan tersebut bagi penubuhan Pertubuhan Bekas Murid. Satu perjumpaan di sekolah telah diaturkan yang dipengerusikan oleh Encik Ramachandran. Saya telah menjadi penasihat bagi pertubuhan sementara itu. Setelah perbincangan, semua ahli-ahli telah mencadangkan supaya satu majlis reunion perlu dianjurkan bagi mengumpul semula bekas murid-murid yang berada di seluruh negara, dan maklumat itu telah disiarkan dalam media sosial tiga bulan sebelum majlis diadakan. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 123","\u2666\t Reunion Bekas Murid Pada 23 & 24 Disember 2018 Gambar 2 : Reunion Bekas Murid Seramai 287 orang bekas murid dan pendududuk yang bermigrasi dari ladang ini telah hadir ke Majlis Reunion ini. Secara rasminya mesyuarat Pertubuhan Bekas Murid diadakan. Pada bulan Januari 2019, pertubuhan ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. \u2666\t Coaching And Mentoring Saya sentiasa menekankan \u2018coaching and mentoring\u2019 kepada subordinat iaitu guru-guru atau kakitangan sokongan yang berkaitan. Melalui pendekatan ini guru dan staf sokongan dapat dibimbing secara sistematik. Saya telah menetapkan setiap hari Isnin bagi perjumpaan bersama Penolong Kanan untuk memberi bimbingan dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (P&P), penolong kanan seterusnya membuat bimbingan dan pemantauan kepada guru-guru kanan yang seterusnya proses yang sama berlaku kepada guru-guru akademik. Minggu seterusnya pula saya akan merumuskan dapatan daripada pemantauan, penilaian program bulanan, pertandingan dan sebagainya. Saya sentiasa menggalakkan guru- guru untuk mengambil bahagian dalam pertandingan inovasi dan penaghasilan video kreatif. Bagi staf sokongan pula saya telah membimbingnya dari segi tadbir urus pengurusann kewangan dan pejabat. Bimbingan dari segi sistem fail sentiasa dikemaskinikan. Ilmu yang guru besar dapat dari Kursus Pengurusan Kewangan anjuran IAB pada tahun 2019 & 2020 sangat membantu. Di samping itu, saya juga menghulurkan bahan sokongan kursus kepada pembantu tadbir untuk bacaan. Seterusnya, ia akan direkodkan dalam SPLKPM. \u2666\t Pembangunan Kapasiti Guru Dalam usaha membangunkan kapasiti ini juga, saya memberi perhatian yang serius terhadap program pembangunan profesionalisme guru melalui pembelajaran secara tidak formal maupun secara formal dan terancang. Pelbagai program melibatkan pembangunan dilaksanakan di sekolah melibatkan kursus, bengkel, taklimat dan ceramah. Saya telah mengenalpasti kekuatan dan kepakaran yang ada pada guru di sekolahnya. Guru penolong kanan, guru kanan matapelajaran dan guru-guru senior yang mempunyai kepakaran tertentu dilibatkan untuk bertindak menjadi mentor bagi membimbing guru-guru yang baru dan kurang berpengalaman dalam pasukan masing-masing. 124 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Selain itu bagi membugarkan budaya ilmu di kalangan guru, mesyuarat atau perjumpaan guru diisi dengan aktiviti pembentangan oleh guru secara bergilir. Pelbagai input baru berkaitan perkembangan mutakhir pendidikan dapat didedah dan dikongsikan bersama contohnya, semasa pelaksanaan PdPR waktu PKP, pelbagai kaedah pengajaran secara talian, penemuan baru dalam pendekatan pembelajaran, teori-teori terkini pendidikan dan apa sahaja yang bermanfaat untuk tujuan pendidikan telah dikongsi bersama. Konklusinya, apabila sesorang guru mempunyai kekuatan ilmu yang tinggi sudah pastinya ia dapat membantu mendidik anak- anak murid dengan lebih berkesan. \u2666\t Budaya Berketerampilan Seterusnya, saya memperluaskan fokus kepada pelanggan utama sekolah iaitu murid-murid dengan menerapkan budaya ilmu bagi memastikan setiap mereka bukan sahaja bijak dari segi keintelektualannya tetapi juga pintar dan berketrampilan dalam aspek-aspek yang lain. Antara pendekatan yang digunakan bagi merealisasikan aspirasi ini ialah melalui aktiviti setiap murid mesti memiliki sebuah buku catatan kecil yang sentiasa dibawa untuk mencatat apa juga yang diperolehi sepanjang berada di sekolah sama ada yang diperhatikan, didengar dan dilihat. Selain itu setiap pelajar secara bergilir akan diberi peluang memberikan pidato ringkas selama 5 minit pada setiap perhimpunan harian dan menjalankan kempen membaca sepanjang tahun. Ini juga merupakan sebahagian daripada pendekatan bagi memastikan sekolah berperanan sebagai organisasi pembelajaran (learning organization) yang dapat melahirkan budaya kolaboratif iaitu semua orang mempunyai keyakinan dan keupayaan mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran seperti yang disarankan Peter Senge (1990). \u2666\t Menaik Taraf Infrastruktur Sekolah SJK(T) Ladang Stoughton merupakan sebuah sekolah kurang murid, lantaran itu ia beroperasi secara kelas bercantum. Dengan bantuan dan sokongan pertubuhan bekas murid, setiap bilik darjah dinaiktarafkan kepada bilik darjah abad ke 21. Sumbangan televisyen LCD bagi setiap bilik darjah, pencetak, pemasangan kipas bagi dewan terbuka, kit robotik, meja dan sebagainya terus disumbangkan sehingga ke hari ini. Kunjungan Yang Berhormat Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu, Ahli Parlimen Batu Gajah, ke sekolah dalam program sehari bersama Komuniti Ladang Stoughton membawa wajah baru kepada dewan serbaguna sekolah. Dewan itulah satu-satunya tempat di mana murid dan guru berkumpul untuk melaksanakan segala aktiviti sekolah kerana bilik darjahnya sangat terhad untuk sekolah SKM yang berada dalam keluasan 0.5 hektar sahaja. Secara keseluruhannya saya berusaha memanipulasi kesemua elemen ekosistem seperti mana yang dicadangkan oleh ahli psikologi Urie Bronfenbrenner (1998). Dalam usaha beliau memperkasakan SJK(T) Ladang Stoughton selari dengan Teori Pembangunan Ekosistem. Sumber manusia jugalah yang berusaha menyediakan unsur-unsur kebendaan yang mampu menyokong penjanaan pendidikan berkualiti. Modal insan berkualiti yang ingin dijana adalah melalui Model Pendidikan Berkualiti 6S, iaitu insan yang berupaya menyayangi diri sendiri dan agama, ibu bapa, penjaga, rakan dan guru, sekolah, masyarakat setempat, negara dan keamanan dunia (Halimah et al., 2014). Guru-guru yang kompeten di sekolah ini,sentiasa mengutamakan pembelajaran yang berkualiti. Sasaran sekolah untuk peperiksaan awam dikongsikan kepada ibu bapa agar mereka bersama-sama memainkan peranan dalam menentukan kejayaan anak-anak mereka. Program motivasi, Hari Perjumpaan bersama waris turut diadakan di sekolah untuk memberikan panduan dan kesedaran kepada ibu bapa terhadap tanggungjawab dan peranan mereka sebagai rakan kongsi sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak. Segala program KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 125","dan pencapaian anak murid dimaklumkan kepada ibu bapa melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook. Maklum balas daripada ibu bapa juga sentiasa dialu-alukan. Secara tidak langsung, komunikasi dua hala ini dapat membantu memperkasakan SJK(T) Ladang Stoughton sebagai satu institusi pendidikan yang berjaya. Oleh itu, melalui jalinan dan jaringan serta hubungan yang baik dengan ibu bapa, sekolah berdekatan dan pertubuhan bekas murid sekolah mudah mendapatkan kerjasama dan perkhidmatan secara sukarela untuk pelbagai aktiviti. Kehadiran semua pihak berkepentingan yang mampu menyokong pembelajaran murid-murid sentiasa dialu-alukan dan dihargai sekolah. \u2666\t Aspek Pembelajaran Dan Pengajaran Sebagai pemimpin, saya harus berfokus kepada hasil dan membuat pemantauan, namun guru bebas memilih cara dan strategi sendiri untuk membuahkan hasil. Analisis prestasi guru dan murid dibuat setiap kali selepas peperiksaan dan dibincang dalam Dialog Prestasi peringkat sekolah. Para murid yang bermasalah akademik dikenalpasti pada tahap awal dan segera disalurkan kepada guru pemulihan yang akan bekerjasama dengan ibu bapa untuk melaksanakan program tindakan. Pemantauan kehadiran ke kelas dan prestasi murid dilaksanakan dengan teliti melalui pihak pengurusan. Ketidakhadiran murid diambil tindakan dan dibawa bincang bersama ibu bapa. Guru diminta menjalankan pelan intervensi bagi tempoh 3 bulan dan segera melaksanakan ulangkaji terancang. Kelas Pemulihan dijalankan pada waktu tambahan. Murid cemerlang dilibatkan sebagai fasilitator. Guru menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan murid. Hubungan yang erat wujud antara guru dan murid, dan pihak guru memiliki komitmen yang sangat tinggi untuk mencemerlangkan murid. Dalam hal ini saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa jika kita mahu melihat guru melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid, seharusnya guru besar mestilah melaksanakan pentadbiran yang berpusatkan guru. Menyediakan segalan kemudahan yang boleh memberi keselesaan kepada guru. Sebanyak mana diminta daripada guru untuk penghasilan, sebanyak itu juga guru besar cuba untuk memberi guru kesenangan dalam bentuk pujian dan penghargaan. Guru besar sendiri mengajar matapelajaran teras untuk murid tahap 2, dimana menerajui pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 dan pentaksiran bilik darjah dijalankan secara bersungguh-sungguh. Guru besar telah menjadi \u2018roll model\u2019 kepada subordinat dengan menjalankan amanah dan tanggungjawabnya dan bukan sekadar bercakap kosong. De Bevoise (1984) mentakrifkan kepimpinan instruksional sebagai apa-apa tindakan yang dilakukan oleh guru besar atau melalui penurunan kuasanya kepada orang lain dalam usaha bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar. Krug (1992), mendapati bahawa kepimpinan sekolah mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen kerja guru. \u2666\t Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (Cids) Saya sentiasa berfikiran futuristik dan menyahut pandangan Pengarah Pendidikan Perak, Yang Berusaha Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali dalam menggalakkan penggunaan Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (CIDS) iaitu sebuah sistem mereka bentuk pengajaran pembelajaran abad ke-21 yang merangkumi Model Reka Bentuk Integral ASIE, dan ciri-ciri istimewa seperti yang lain. Lantaran itu, saya telah menghubungi Pengasas CIDS YBrs. Dr. Ismail bin Zain melalui Pejabat Pendidikan Daerah bagi mengatur LADAP pada 11 Januari 2020. Sebanyak 17 sekolah SJKT daerah Larut Matang dan Selama telah diberikan pendedahan mengenai sistem ini. Secara keseluruhannya kelebihan CIDS memudahkan guru merancang pengajaran secara lebih sistematik tanpa sempadan dan mengurangkan bebanan guru dalam proses merancang pengajaran sebab CIDS mengamalkan prinsip perkongsian maklumat. 126 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Guru juga dapat merancang pengajaran mengikut keperluan persekitaran pembelajaran terkini dan pengajaran terbeza melalui informasi pelbagai profil murid. Bahan rancangan pengajaran atas talian ini juga digunakan bagi sesi \u201cLesson Study\u201d program PLC. Guru juga dapat mengisi Laporan Kokurikulum dalam sistem CIDS. Setelah setahun guru-guru SJKT Ladang Stoughton dengan penggunaan sistem ini mendapati, ia amat mudah dalam pengurusan rekod Rancangan Pengajaran Harian , PLC, standard 4 SKPMg2, pengisian laporan kokurikulum dan sebagainya. Sebagai pentadbir pula, saya dan pihak PPD, JPN dan KPM juga boleh membantu dan memberi input yang berguna terhadap perancangan guru tanpa sempadan pada bila-bila masa dan di mana jua saya menilai Standard 4, SKPMg2 melalui sistem ini. Saya akan mendapat maklumat awal perancangan guru untuk proses pencerapan dan ia akan membantu bagi penambahbaikan ke atas guru untuk latihan dalam perkhidmatan atau membina kompetensi guru. Ia sangat membantu sehingga ke hari ini, lebih-lebih lagi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana Pandemik Covid 19 ini. Akhirnya pada tahun 2020, SJK(T) Ladang Stoughton telah dianugerahkan dengan 100% guru aktif menggunakan CIDS. \u2666\t Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) Guru Besar Kaedah CPD (Continuing Professional Development) iaitu aktiviti berkonsepkan pembelajaran secara berterusan diutamakan oleh guru besar supaya dapat meningkatkan profesionalisme melalui penambahan ilmu, kemahiran dan pengalaman. Aktiviti-aktiviti ini berjalan seiring tugas harian yang ditetapkan. Tahap penguasaan teknologi maklumat dikalangan guru juga telah ditingkatkan bagi menjamin kepelbagaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Saya mengamalkan sikap terbuka dalam melaksanakan pentadbiran dan pengurusan. Guru-guru diberi ruang untuk membuat keputusan bersama dalam perancangan dan program- program tertentu yang melibatkan mereka. Idea dan kreativiti guru-guru sentiasa digalakkan ke pertandingan inovasi. Carless (2004) mencadangkan agar guru lebih memainkan peranan utama dalam apa-apa perubahan yang bersifat sistematik di peringkat sekolah kerana beliau mendapati bahawa melalui pendekatan perbincangan professional yang konstruktif, pembangunan profesional keguruan dapat dimantapkan secara berkesan. Selain itu, maklum balas daripada ibu bapa dan pihak luar sentiasa dialu-alukan supaya ia dapat membantu pihak sekolah membuat perubahan. Saya menghadiri program pembangunan profesionalisme berterusan yang dianjurkan oleh pihak Institut Aminuddin Baki bermula pada tahun 2019 hingga 2021 untuk memantapkan kompetensi sebagai pemimpin sekolah. PENILAIAN \/IMPAK KEJAYAAN \u2666\t Pencapaian Melalui Jalinan Dan Jaringan Saya sentiasa berpandangan jauh, proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa depan murid mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman, dan seterusnya membimbing dan berusaha untuk melonjakkan pencapaianan sekolahnya ke peringkat yang lebih cemerlang. Dalam kajian yang dijalankan oleh Fiedler, (1967) beliau merumuskan keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kesepadanan di antara dua variable iaitu gaya kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran. Tingkah laku pemimpin mungkin digerakkan oleh tugasan ataupun perhubungan antara manusia dan diperjelaskan dalam tiga dimensi kritikal iaitu, hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan, dan kedudukan kuasa. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 127","Saya sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi murid secara teratur. Saya dapat menentukan sejauh mana hala tuju sekolah telah dicapai. Saya memberi tumpuan kepada murid, ibu bapa dan hala tuju sekolah dengan berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek-aspek inovasi, penilaian dan kaedah mengajar yang terkini. Berikut adalah antara pencapaian sekolah setelah saya memimpin SJKT Ladang Stoughton: Gambar-gambar Pencapaian Jalinan dan Jaringan \u2666\t Pencapaian Kokurikulum Sebelum Dan Selepas Kepimpinan Baharu Sebelum (2016 dan 2017) 128 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","\u2666\t Selepas Kepimpinan Baharu (2018 hingga 2020) BIL PERTANDINGAN 2018 KEPUTUSAN\/ NAMA MURID KEDUDUKAN 1 Kangroo Math Winner PERINGKAT Bronze Medal K.Harini 2 Mendeklamasai Sajak Bronze Medal D.Amtha Malar 3 Bercerita Kebangsaan Tempat keempat T.Lavineswaran 4 Mendeklamasi Sajak Kebangsaan 5 Pidato Bahasa Tamil Daerah LMS Naib Johan S.Kayalvely 6 Syarahan Bahasa Tamil Daerah LMS Naib Johan R.Naventhiran 7 Pidato Bahasa Tamil Daerah LMS Tempat Keempat Daerah LMS Naib Johan G.Sarviend 8 Poetry Recitation Negeri Perak R.Naventhiran Johan R.Naventhiran & Zon Batu Kurau Harini BIL PERTANDINGAN 2019 KEPUTUSAN\/ NAMA MURID KEDUDUKAN 1. Kejohanan Olahraga Lontar PERINGKAT Kayalvely A\/P Peluru Zon Johan Sivakumaran Kayalvely A\/P 2 Kejohanan Olahraga Mssd Daerah Lms Johan Sivakumaran Kayalvely A\/P 3 Valar Tamil Vizha Daerah Lms Ketiga Sivakumaran \u00bb\t Kavithai T. Vickyneswaran Thamil Moly Vizha Antara S. Kayalvely Sekolah D.Amutha Malar \u00bb\t Thirukkural Mananam K. Harini 4. \u00bb\t Kavithai Zon Pertama Daerah Pertama S. Kayalvely \u00bb\t Syarahan Pertama G.Harvindren \u00bb\t Karangan Kedua S. Kayalvely Kejohanan Olahraga Sjk(T) Lms Kedua G.Harvindren 5. \u00bb\t Lontar Peluru D.Amutha Malar R.Naventhran \u00bb\t Lompat Tinggi K. Harini Kejohanan Olahraga Sjk(T) R.Naventhran G.Harvindren 6. Perak Negeri Kelima G.Harvindren \u00bb\t Lontar Peluru S.Sharvindren Raj \u00bb\t Lompat Tinggi R.Naventhran D.Amutha Malar 7. Publick Speaking & Poetry Zon Johan R.Thanusha Regional S.Kayalvely D.Amutha Malar 8. Pertandingan Kolam (Ranggoli) Daerah Kedua R. Neventhran S. Shrvintren Raj 9. Northen Regional Ict Robotik Zon Utara Johan Gold G.Harvindren Medal 10. International Finish Experience Daerah Taiping Education Event KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 129","BIL PERTANDINGAN PERINGKAT KEPUTUSAN\/ NAMA MURID KEDUDUKAN D.Amutha Malar Program Menyemai Negeri USM Pulau R. Neventhran 11. Memartabatkan & Pinang S. Shrvintren Raj G.Harvindren Memperkasakan Bahasa Melayu D.Amutha Malar 12. Pertandingan Kuiz Bahasa Tamil Negeri Utp(Universiti R. Neventhran Teknologi G.Harvindren Petronas) Ipoh S. Kayalvely R.Thanusha 13. Pertandingan Robotik Negeri Adtec Kamunting K. Harini 14. Publick Speaking & Poetry Daerah Sk Assam D.Amutha Malar Regional Negeri Kumbang R.Naventhren K.Harini 15. Pertandingan Ranggoli Taiping Hari,Amuta,Navin Maps Ipoh BIL PERTANDINGAN 2020 KEPUTUSAN\/ NAMA MURID KEDUDUKAN 1. Merentas Desa PERINGKAT Paramasivam Mssd LMS Penyertaan Kayalvely A\/P 2 Kejohanan Olahraga Lontar Zon Johan Sivakumaran Peluru Kayalvely A\/P 3 Kejohanan Olahraga Mssd Daerah LMS Johan Sivakumaran Valar Tamil Vizha (Oneline) Kayalvely A\/P \u00bb\t Kavithai Sivakumaran 4. \u00bb\t Syarahan Daerah LMS Penyertaan Lavineshwaran A\/L Penyertaan Thiruchlvam Karnival \u2018Kalai Tamil Izha\u2019 (On Negeri Penyertaan Kayalveliy A\/P 5. Line) Sivakumaran \u00bb\t Kavithai Daerah Kedua Kayalveliy A\/P Antarabangsa Penyertaan Sivakumaran 6. \u201cPoetry Recitation Sr (On Line) Penyertaan Negeri Reshman Karunanidhi 7. Thirukural (Oru Kural Oru Kural) Thanusha On Line Harini Kayalvely 8. Kuiz On Line Pbb Laavineshwaran S.Kayalely K.Harini R.Thanusha 9. Pertandingan Nyanyian Tamil Negeri Penyertaan R.Thanusha Vivza Oneline 10. Menulis Esei Bahasa Tamil Negeri Penyertaan S.Kayalvely Offline K.Harini Kebangsaan Penyertaan 11. Universal Robotik Challage Negeri Penyertaan R.Thanusha 12. Kuiz Oneline Nilai Murni S.Kayalvely 13. Go Green Menanam Pokok (On Antarabangsa Penyertaan S.Kayalveli Line ) T.Laavineshwaran T.Laavineshwaran S.Kayalvely R.Thanusha 130 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","BIL PERTANDINGAN PERINGKAT KEPUTUSAN\/ NAMA MURID 14. Kangroo Maths Negeri KEDUDUKAN T.Vickyneswaran 15. Space Google - Inovasi Penyertaan K. Harini Daerah Penyertaan S.Kayalvely K.Harini R.Thanusha PENCAPAIAN UPSR Berikut dipaparkan analisa pencapaian sebelum dan selepas saya memegang jawatan kepimpinan di sekolah ini. Jadual 1 :Analisa pencapaian sebelum dan selepas kepimpinan baharu guru besar novis TAHUN JUMLAH CALON PERATUS LULUS UPSR 2017 2018 3 100 % 2019 1 100 % 4 (5A -1, 3 A \u2013 2) 100 % Disebabkan peningkatan yang berjaya diraih oleh sekolah, kami telah dianugerahkan sijil peningkatan UPSR oleh pihak Japatan Pendidikan Perak. RUMUSAN Saya memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan keberkesanan sekolah. Namun demikian, peranan guru-guru juga adalah penting kerana ia adalah sebahagian daripada proses perubahan dan penambaikan sekolah. Guru Besar SJKT Ladang Stoughton telah mengatur strategi dalam mengesan dan mengenalpasti apa yang perlu dilakukan untuk membuat perubahan dan penambahbaikan segala kekurangan atau kelemahan yang ada di sekolah. \u201cSaya tidak pernah terjumpa sebuah sekolah yang baik dipimpin oleh seorang yang tidak baik\u201d. Itu adalah persepsi Fred Hechinger, Ketua Pengarang akhbar New York Times terhadap pentingnya sebuah sekolah dipimpin oleh seorang pemimpin yang berkesan. Sebagai pemimpin saya mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mentadbir dan mengurus mengikut perubahan agar tidak ketinggalan dan mampu bersaing pada peringkat global. Sokongan dalam bentuk penyediaan kemudahan, peluang dan ruang, menghargai pembelajaran individu dan pasukan yang membina budaya pembelajaran dalam kalangan guru-guru diberikan perhatian. Pembangunan sumber manusia secara strategik mampu memastikan kompetensi dan produktiviti pekerja dalam sesebuah organisasi sentiasa berada pada tahap yang tinggi. Pihak pengurusan memainkan peranan dalam menggalakkan dan memupuk budaya pembelajaran dalam organisasi pembelajaran (Cathon, 2000 dan Withers, 2002). Sekolah sebagai institusi pendidikan perlu membangunkan guru-guru menjadi aset agar dapat meningkatkan profesionalisme dan kompetensi mereka bagi melahirkan modal insan yang dapat bersaing dalam arus pembangunan dunia tanpa sempadan. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 131","RUJUKAN Bennett, N. & Anderson, L. (2003). Rethinking Educational Leadership. London: Sage Publication. Bronfenbrenner,et.al (2014). Developmental science in the 21st century: Emerging questions, theoretical models, research designs and empirical findings. Social Development 9 (1): 115\u2013125. Carless, D. (2004). Issues in teachers\u2019 re-interpretation of a task-based innovation in primary schools. TESOL Quarterly, 38(4), 639-662. Cathon, D. (2000) The Learning Organization. Adapted from the fifth Dicipline by Peter Senge. Hospital Matarie Management Quarterly, 21(3) 4-7 De Bevoise, W.(1984).Synthesis of research on the principal as instructional leader. Phi Delta Kappan, 41(5), 14-20. Eow, Y. L.et.al (2014). What does an excellent school leader do? Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 27(1), 1\u201316. Fiedler, F. A theory of leadership effectiveness. New York: McGraw-Hill, 1967. \u201cFred Hechinger, Editor dan Penyokong Pendidikan, \u201c , The New York Times , LAWRENCE VAN GELDER, 7 November 1995 Halimah, B. A. M., & Eow, Y. L. (2012). Program peningkatan pencapaian pelajar-pelajar tingkatan tiga dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah di SMK Putrajaya Presint 11 (1). Jurnal Pendidikan MPSM, 2012, 159\u2013178. Withers, D. (2002). Human Earning: From earning curve to organization learning. Thousand Oaks, CA: Sage. Krug, S. E. (1992). Instructional leadership: A constructivist perspective. Educational Administraton Quarterly, 28(3),430-443 Senge, P.M. (1990). The fifth discipline: The art and practise of the learning organization. New York : Doubleday Publishing. 132 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","MENCARI C.T. Noor Anizah binti Jamal SMK Che Tom Sungai Petani","","PENGENALAN Dimensi kuasa mempunyai impak yang besar dalam pengurusan organisasi moden. Penggunaan kuasa yang tidak betul dan tidak mengikut etika oleh pengurus akan menyebabkan berlakunya tindak balas yang kurang menyenangkan daripada penerima arahan. Faktor ini disebabkan oleh penerima arahan boleh membuat penilaian samada mahu mengikut arahan daripad pemilik kuasa atau menghadapi kemungkinan tindakan sekiranya enggan mematuhi arahan pemilik kuasa. Berdasarkan pendapat Middlemist dan Hitt(1996) kuasa merupakan suatu faktor asas bagi seseorang pemegang kuasa memainkan peranannya untuk mempengaruhi orang lain. Autoriti ini akan membolehkan pemegang kuasa menentukan sejauh mana arahan yang diberikan itu dipatuhi. Walaupun sudah dimaklumi bahawa terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah organisasi, Abdul Shukor Abdullah(1991), menegaskan bahawa pihak pengurusan atau kepimpinan merupakan faktor yang menentukan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan atau sebaliknya. Senario ini turut dipersetujui oleh Hussain Hj Ahmad(1993) yang secara nyata menjelaskan bahawa pemimpin sesebuah organisasi merupakan asset penting dan dapat menentukan kearah organisasi pendidikan itu mahu dibawa. Dengan itu, jelas sekali bahawa pengurusan sekolah menerusi kepimpinan pengetua memainkan peranan yang penting ke arah kecemerlangan sekolah yang dipimpinnya. Sebagai seorang pengetua, saya memerlukan kuasa bagi menggerakkan guru-guru dibawah saya bagi memenuhi matlamat yang ditetapkan. Oleh itu saya perlu bijak menguruskan kuasa yang ada agar tidak menimbulkan konflik dalam kalangan subordinat. PENGALAMAN PERTAMA BERGELAR PENGETUA Sekolah berperanan melahirkan sumber tenaga manusia yang penting untuk sesebuah negara. Bagi mencapai matlamat ini, para pendidik memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam hal ini, hubungan simbiosis antara saya sebagai pengetua sekolah selaku pengurus dan pemimpin dan para guru selaku pendidk menyebabkan saya memerlukan bantuan daripada para guru untuk menjayakan objektif organisasi yang dipimpin ini. Salah satu persoalan yang sering timbul ialah sejauhmanakah keberkesanan kepimpinan dan pengurusan kuasa yang saya laksanakan selaku pemimpin dan pengurus sekolah. Keberkesanan peranan ini dapat diukur dengan mengkaji pendapat, pandangan serta tanggapan para guru mengenai gaya pengurusan pentadbir sekolah di dalam menjalankan peranannya di dalam organisasinya. Berdasarkan kepada kajian-kajian yang lalu, ternyata pengetua sebagai kuasa eksekutif yang penting di sekolah menghadapi pelbagai tekanan dan desakan dan pada masa yang sama perlu menguruskan kusas mereka dengan efektif. DEMOGRAFI SEKOLAH DAN MURID Lokasi Sekolah : Bakar Arang, Bandar Sungai Petani, Kedah Bilangan Guru : 64 Orang Guru Bilangan Staf : 11 Orang Bilangan Bilik Darjah : 26 Enrolmen Murid : 624 Murid (Melayu-519, Cina-16, India-77, Lain-lain-11, Bukan Kebitaraan sekolah Warganegara) Infrastruktur : Pasukan Pancaragam Sekolah : 5 blok kelas, 1 blok asrama ,1 blok surau dan dewan makan asrama, Maklumat sekolah 1 dewan, 1 blok makmal komputer : Sekolah TS25 KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 135","Infografik Profil Sekolah KEPIMPINAN Peranan seseorang pemimpin yang berkesan amat penting dalam mengurus sesebuah organisasi moden. Faktor kepimpinan merupakan satu elemen yang kritikal dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi. Dalam menghadapi masyarakat yang semakin kompleks dan berbagai-bagai ragam manusia, masalah yang sering dihadapi ialah kepelbagaian jalan penyelesaian semasa menghadapi ssesuatu masalah dan di sinilah terletaknya kekuatan seorang pemimpin. Kenyataan ini selari dengan pendapat Rustow yang menyatakan bahawa; \u201cKalau dalam sesuatu keadaan terdapat hanya satu jalan penyelesaian, satu sahaja hasil yang mungkin dicapai. Ia hanya melahirkan masalah politik. Tetapi bentuk kepelbagaian dan kompleksnya bentuk masalah dan penyelesaian\u2013penyelesaian yang dikenalpasti sentiasa dirasai. Jadi kepimpinan adalah merupakan satu instrument pilihan yang tidak dapat dielak dalam hidup manusia.\u201d (Ahmad Atory, 1996) Menyedari akan hakikat ini, saya mengintegrasikan dapatan-dapatan daripada penyelidikan yang lepas berhubung kuasa dalam melaksanakankan tugas saya sebagai seorang pengetua baharu. Tiga aspek utama tersebut ialah; i.\t Kepimpinan ii.\t Kuasa iii.\t Pengurusan kuasa 136 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","\u2666\t Definisi kepimpinan Dalam organisasi pendidikan, pengetua yang memimpin sekolah merupakan seorang guru berpengalaman yang dilantik secara formal dan dikenal pasti kewibawaannya, Pengetua menduduki hieraki tertinggi dalam pentadbiran peringkat sekolah. Dengan kedudukan ini beliau mempunyai autoriti dan kuasa untuk mempengaruhi orang bawahannya. Jawatan pengetua adalah diberi pengiktirafan dan status yang berwibawa di dalam hieraki organisasi yang menguruskan segala aspek pengurusan sekolah. Pengetua memainkan peranan sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin sekolah. \u2666\t Kepimpinan Demokrasi Dalam kepimpinan demokrasi, segala keputusan adalah hasil suara ramai, Kretch dan Crutchfield(1948) telah mencirikan pengetua menggunakan kuasa secara demokratik sekiranya: a.\t Semua polisi ditentukan oleh kelompok dengan digalakkan dan dirangka oleh pemimpin b.\t Sebarang aktiviti yang akan dijangkakan oleh anggota akan dapat difahami daripada penerangan yang diberi mengenai langkah-langkah umum dalam perbincangan pertama. Jika kelompok memerlukan nasihat teknikal, pemimpin akan memberi kata dua atau tiga prosedur alternatif yang boleh dipilih oleh kelompok. c.\t Anggota bebas untuk bekerja dengan siapa saja yang mereka suka dan pembahagian tugas diserahkan kepada kelompok. d.\t Pemimpin cuba bersikap objektif dalam memberi pujian dan kritik serta mengambil bahagian dalam kelompok secara semangat tanpa banyak campur tangan dalam kerja (Aminuddin, 1992) \u2666\t Definisi kepimpinan Pemimpin yang menggunakan kuasa scara autokratik pula dicirikan sebagai: a.\t Pemimpin menetapkan semua polisi b.\t Teknik dan langkah-langkah kearah mencapai matlamat yang diarahkan oleh pemimpin, satu matlamat pada satu masa, sehinggalah masa depan sentiasa tidak menentu. c.\t Tugas-tugas kerja dan rakan sekerja ditentukan oelh pemimpin sendiri. d.\t Pemimpin bersikap peribadi dalam memberi pujian dan kritik terhadap kerja-kerja setiap anggota tanpa memberi alasan yang objektif. Mereka tidak mencampuri aktiviti kelompok kecuali ketika menunjukkan sesuatu (Aminuddin, 1992). \u2666\t Kepimpinan Laissez Faiare Berbeza dengan kepimpinan autokratik, peranan pemimpin dalam bentuk laissez faire seolah- olah tidak wujud, Segala bentuk aktiviti dan pelaksanaan sesuatu perkara diserahkan bulat- bulat kepada pelaksanaan sesuatu pekerja untuk menentukan. Pemimpin hanya memainkan peranan bagi mengemukakan maklumat tertentu atau yang perlu, disamping membekalkan pekerja dngan bahan-bahan yang perlu untuk sesuatu pekerjaan. Pemimpin tidak diperlukan untuk mengemukakan apa-apa cadangan atau membuat penilaian terhadap sesuatu pekerjaan yang telah selesai(Aminuddin, 1997). KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 137","Sebagai seorang pengetua novis pada ketika itu, dalam mengurus organisasi, adalah tidak wajar jika saya bertindak sebagai seorang diktator dalam membuat sebarang keputusan. Cadangan daripada semua pihak perlu diambil kira dan dipertimbangkan kerana mereka adalah golongan yang terlibat secara langsung dalam organisasi dan turut memainkan peranan penting dalam kejayaan sekolah yang saya pimpin. Bukan sekadar cadangan, malah pemberian dan pengagihan kuasa kepada barisan kepimpinan saya juga perlu diamalkan kerana ia merupakan satu daripada aspek pengurusan kuasa. \u2666\t Definisi Pengurusan kuasa Pemberian kuasa boleh didefinisikan sebagai pemberian atau penyerahan kuasa daripada pihak pengurusan kepada pekerja dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Pemberian kuasa bermaksud autonomi pekerja dalam melakukan tugas. Autonomi atau kuasa ini merangkumi aspek penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengambil tindakan. Namun kebiasaannya, pemberian kuasa hanya diberikan kepada satu atau dua tahap pengurusan atasan sahaja. \u2666\t Kepentingan Pengurusan Kuasa Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pemberian kuasa. Satu daripada faktor tersebut ialah berlaku proses reengineering dalam organisasi. Dalam hal ini, sesetengah organisasi akan mengurangkan jumlah atau tingkat pengurusan yang sedia ada. Malah ada juga tugas-tugas disatukan dan dibesarkan. Perubahan struktur organisasi ini sering membawa perubahan dalam menjalankan tugas mereka apabila tanggungjawab pekerja dikembangkan, kawalan ke atas kerja mereka daripada penyelia akan dikurangkan dan pekerja bertanggungjawab secara kolektif ke atas tugas secara keseluruhannya. Keadaan ini telah menyebabkan pekerja memerlukan autoriti atau kuasa dalam menjalankan tugas mereka supaya lebih efisyen dan efektif. Pengurus akan menghadapi lebih banyak masalah sekiranya keputusan terletak di tangan mereka sendiri. Selain itu, keperluan terhadap pekerja yang mempunayai daya kemahiran tinggi adalah penting bagi menjamin kejayaan organisasi. Dalam konteks ini, sukar bagi pengurus untuk mennetapkan sebarang keputusan terutama apabila terdapat beberapa aktiviti yang begitu khusus dan melibatkan kepakaran yang tinggi. Dengan ini, pemberian kuasa amat perlu bagi meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan pada kadar yang lebih cepat dan berkesan. Disamping itu, pemberian kuasa juga penting bagi organisasi yang menjalankan bentuk tugas yang menekannkan usaha berpasukan atau teamwork. KEJAYAAN PERTAMA Sebagai seorang pengetua novis, saya telah mengaplikasikan bentuk kepimpinan demokratik dalam memimpin sekolah. Dengan menggunakan gaya kepimpinan demokratik serta memberi ruang kepada guru-guru, banyak perubahan dan pencapaian telah dibuat sepanjang tahun 2020 iaitu selepas satu tahun satu bulan saya berkhidmat sebagai Pengetua di SMK Che Tom. Jika pada tahun 2019 tiada kajian tindakan dibuat, kini, saya telah mampu menggerakan 9 orang guru gred DG54 untuk membuat kajian tindakan dan program innovasi bagi peringkat sekolah. Ramai guru telah dipilih menjadi ikon kurikulum, kokurikulum dan HEM peringkat sekolah. Guru-guru celik IT juga telah dapat dimaksimumkan dan seramai 5 orang guru telah lulus dan mendapat sijil bagi kursus anjuran Google. Kemenjadian murid telah dapat dipertingkatkan berbanding dengan tahun 2019 hanya dua pencapaian di peringkat kebangsaan. 138 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","SENARAI PENCAPAIAN PERTANDINGAN-PERTANDINGAN KOKURIKULUM PERINGKAT DAERAH \/ NEGERI \/ KEBANGSAAN Peranan seseorang pemimpin yang berkesan amat penting dalam mengurus sesebuah organisasi moden. Faktor kepimpinan merupakan satu elemen yang kritikal dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi. Dalam menghadapi masyarakat yang semakin kompleks dan berbagai-bagai ragam manusia, masalah yang sering dihadapi ialah kepelbagaian jalan penyelesaian semasa menghadapi ssesuatu masalah dan di sinilah terletaknya kekuatan seorang pemimpin. Kenyataan ini selari dengan pendapat Rustow yang menyatakan bahawa; NO NAMA NAMA PERTANDINGAN KEDUDUKAN PERINGKAT 1 Charis Chiang Hui En-Hui Young Journalist Kebangsaan 2 Irdina Haifa Binti Hairi Idzham Star-NiE\u2019s BRATs 2020 Young Journalist Kebangsaan Nurin Nafeesa Jamil Binti Abdullah Wan Fatin Izzati Binti Wan Noor Invention \/ Innovation \/ Gold Kebangsaan Aman Design of GARBIN AUTO- Nurul Nabila Nafisya Binti Mohd Kebangsaan Fairuzi LOCK Negeri Kedah Siti Asmawiyah Binti Ahmad Suki Negeri Kedah 3 Nur Afiqah Syafiah Binti Mohd Ruzi Invention \/ Innovation Silver Daerah (KMY) Nurul Najwa Binti Muhsin \/ GAS AND SMOKE Daerah (KMY) Siti Humaira Binti Ahmad Farid Daerah (KMY) Nur Aina Aleeya Binti Mohd Yasir DETECTOR Daerah (KMY) Siti Rahimah Binti Mohd Hassan Daerah (KMY) 4 Ku Fatin Athirah Binti Ku Ahmad E-STREAM WAVES 2020 Silver Daerah (KMY) Zunadi E- STREAM Pitching Daerah (KMY) 5 Soumiyaa G. Gunasegaran Kedua English Language Digital 6 Siti Aida Ayliana Binti Ghazali Video Competition Popular Kelima 7 Sanatini A\/P Krishnan Video Award Pingat Perak 8 Nur Sarah Nadiah Binti Mohamad Pertandingan Pidato Pertama Munir Pendidikan Keselamatan Kedua Keempat 9 Annys Sophillea Binti Shapawi Jalan Raya Saguhati 10 Charis Chiang Hui En-Hui Kejohanan Padang dan Sarjan Kadet Balapan MSSD (KMY) Remaja Sekolah 11 Nurul Ana Safiah Binti Abd Malek Lontar Peluru Kelas 2 (P) Malaysia 12 Nur Ainun Nasuha Binti Zahariza Melukis Poster Pandu Sarjan Kadet Puteri Remaja Remaja Sekolah 13 Nur Amira Shafiyah Binti Nordin Melukis Poster Pandu Malaysia Puteri Remaja MCO Poetry Recitation (Secondary School) Nyanyian Solo Bintang Suara Emas Secara Rakaman Atas Talian Penganugerahan Pangkat Kadet Remaja Sekolah Malaysia Penganugerahan Pangkat Kadet Remaja Sekolah Malaysia KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 139","NO NAMA NAMA PERTANDINGAN KEDUDUKAN PERINGKAT 14 Nurul Balqis Shamsul Binti Ridzuan Daerah (KMY) Penganugerahan Pangkat Sarjan Kadet 15 Nuradilla Zulaikha Binti Azlan Kadet Remaja Sekolah Remaja Sekolah Daerah (KMY) Malaysia Malaysia Penganugerahan Pangkat Kadet Remaja Sekolah Sarjan Kadet Malaysia Remaja Sekolah Malaysia \u2666\t Pencapaian Sekolah 1.\t Top 5 Video HIP Peringkat Daerah KMY 2.\t Bilik BOSS :Johan Pertandingan Negeri Kategori Sekolah Menengah 3.\t Bilik BOSS : Top 5 Peringkat Kebangsaan 4.\t Sekolah TS25 (Kohort 5) 5.\t Anugerah Asrama Harapan Peringkat Negeri Kedah SENARAI PENYERTAAN PERTANDINGAN-PERTANDINGAN KOKURIKULUM PERINGKAT DAERAH \/ NEGERI \/ KEBANGSAAN 2020 NO NAMA PERTANDINGAN BILANGAN PERINGKAT 1 Girl Guides Stay At Home Challenge Kebangsaan 2 Pertandingan Sorakan Outpost Pasukan Badan Beruniform 7 Kebangsaan Sekolah Menengah 23 3 Modul Celik Kewangan BSN Kebangsaan 61 4 Kuiz Badan Beruniform Kementerian Pendidikan Malaysia Dalam Kebangsaan Talian 2020 4 Negeri 5 Kuiz Badan Beruniform Kementerian Pendidikan Malaysia Dalam 43 Talian 2020 Negeri 5 6 Movement Control Order (MCO) English Language Digital Video Negeri Competition (DIGIVIC) 9 Negeri 5 Daerah (KMY) 7 Tarian Etnik 6 Daerah (KMY) 3 Daerah (KMY) 8 Monolog 3 Daerah (KMY) 1 Daerah (KMY) 9 Melukis Poster Pandu Puteri Remaja 1 Daerah (KMY) 1 10 Deklamasi Sajak Online 11 Poetry Recitation Online 12 Public Speaking Secondary 13 Menulis Esei Bahasa Inggeris Kategori 3 (Menengah Atas) 14 Mengarang Sajak Bahasa Inggeris Kategori 3 (Menengah Atas) C.T. MENGORAK LANGKAH Berdasarkan data pencapaian SMK Che Tom, saya, sebagai seorang pengetua novis yang baharu menerajui sekolah, berbekalkan ilmu yang diperoleh dari kursus NPQEL 2.0 serta pengalaman menjadi seorang penolong kanan, dengan menggunakan gaya kepimpinan demokratik serta bijak mennggunakan kuasa yang ada, komitment guru-guru di SMK Che Tom telah dapat dipertingkatkan. Komitment guru-guru terutama dari aspek yang melibatkan bidang-bidang di luar waktu pembelajaran dan pengajaran, seperti melatih murid-murid di bidang kokurikulum lebih-lebih lagi, cabaran ketika 140 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","menghadapi covid 19, telah dapat diatasi. Saya telah dapat memotivasikan para guru untuk menjadi lebih kreatif dan kritis. Faktor ini turut menjelaskan bahawa kawalan di dalam sesebuah organisasi tidak semata-mata menggunakan autoriti tetapi berdasarkan keupayaan dan kemahiran pengetua berkomunikasi untuk mempengaruhi guru-guru untuk bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan. Kawalan yang telah saya amalkan dalam sekolah ini lebih mencorakkan kepimpinan yang telah lama dipraktikkan dan menjadi sebati dengan gaya kepimpinan demokratik. Gaya kepimpinan saya dalam mengawal sekolah mempunyai persamaan dengan apa yang dikemukakan oleh Sisaye Seleshi(1995) yang menurutnya adalah amat sukar bagi pengurus untuk mengubah corak kepimpinannya yang telah membawa kejayaan kepada mereka. Saya sedar bahawa penggunaan gaya kepimpinan autokratik dan laissez faire akan menyebabkan guru-guru menjadi lebih tertekan dan lemah serta menimbulkan pelbagai masalah di dalam organisasi. Saya telah mengagihkan kuasa bagi memenuhi harapan dan cita-cita untuk memajukan sekolah dan dengan ini persekitaran sekolah menjadi lebih selesa bagi semua guru untuk bergerak menjadi guru yang berkualiti serta kemenjadian murid sebagaimana yang ditekankan dalam TS25. RUMUSAN Sebagai kesimpulan, saya menggunakan kuasa mengikut keadaan persekitaran serta jenis tugas yang hendak dilaksanakan. Sekiranya saya merasakan tugasan tersebut menyebabkan saya perlu menggunakan kuasa secara autokratik, sudah pasti akan memaksa guru memandangkan sumber kuasa yang ada iaitu kuasa hukuman. Jika terdapat kerja yang boleh menggunakan budi bicara serta perbincangan, maka, saya akan menguruskan kuasa secara demokrasi dan memberikan satu zon yang selesa bagi guru-guru melaksanakan tugas yang diberikan. RUJUKAN Ahmad Atory Hussain (1996). Pengurusan Organisasi. Rawang : Utusan Publication & Distributors. Aminuddin Mohd Yusof, 1992. Kepimpinan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Ibrahim Mamat (1993). Kepimpinan Sekolah : Teori dan Praktis. Kuala Lumpur : Budiman Sdn. Bhd. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 141","","PENGUPAYAAN PEMIMPIN YANG BERPRESTASI TINGGI DALAM MENANGANI CABARAN PDPR SECARA ATAS TALIAN Tneh Bee Geik Eng Lee Sze SJKC Kai Chee, Sungai Dua, Butterworth","","PROFIL SEKOLAH Sekolah ini diasaskan pada tahun 1935 di bawah cadangan beberapa orang tempatan iaitu En. Loh Siew Song, En Chan Chin Hua, En. Leong Chin, En. Loi Kah Khim, En. Phuah Ah Hiong dan En. Kuah Ah Chooi. Oleh sebab tiada bangunan sekolah, maka terpaksalah mereka meminjam kediaman En. Teoh Chiak Soo sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 1941, PdP terpaksa diberhentikan buat sementara waktu akibat daripada Perang Dunia Kedua (1941 hingga 1945). Pertambahan bilangan murid telah menyebabkan kediaman En. Teoh tidak dapat menampung jumlah tersebut. Seorang dermawan tempatan, iaitu mendiang En. Ooi Bak Weng telah menderma sebidang tanah untuk dijadikan tapak bangunan sekolah. Setelah bangunan sekolah dibina, maka pelantikan ahli Lembaga Pengurus Sekolah pun dijalankan. Lembaga Pengurus Sekolah telah diketuai oleh mendiang En. Luan Cheng dan dibantu oleh En. Ong Ah Hee, En. Khor Meng Lak, En. Ng Meng Khoon. En. Ng Seng Khoon, En. Loi Fa Hooi, En. Khor Gaik Chooi, En. Chong Peng Sin, En. Quak Kim Lau, En. Ng Peng Hock, En. Goh Tiang Huat, En. Tan Chan Keat, En. Yeoh Boon Sooi, En. Ooi Leng Hoe, En. Wong Boon Giap dan En. Looi Yong Chuan. Mereka telah menubuhkan AJK Pembinaan Sekolah. Pada masa yang sama, mereka telah berjaya mendirikan tiga buah bilik darjah. Bangunan baru itu mula digunakan pada tahun 1956. Pada tahun 1978, dua buah bilik darjah telah ditambahkan lagi bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Pada tahun 1990, pejabat sekolah telah didirikan. Pada tahun 1992, empat buah lagi bilik darjah telah ditambahkan dengan bantuan Y.B. Dato\u2019 Haji Shariff Bin Omar atas peruntukan sebanyak RM50,000.00 serta kutipan derma daripada orang ramai sebanyak RM90,000.00. Oleh sebab tapak sekolah akan dimajukan sebagai tapak perumahan, maka pemaju perumahan telah bersetuju menggantikan sebidang tanah lain sebagai tapak baru iaitu tapak sekolah pada masa kini. Pemaju perumahan juga bersetuju untuk menggantikan sebidang tanah lain sebagai tapak baharu iaitu tapak sekolah sekarang. Pemaju perumahan juga bersetuju untuk menggantikan 12 buah bilik darjah sebagai pampasan. Pembangunan di kawasan Sungai Dua juga membangun dengan pesat, maka murid sekolah ini pun turut bertambah. Dengan ini, AJK Tabung Pembinaan Bangunan Baharu Sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1994 yang diketuai oleh En. Ch\u2019ng Kee Guan. Atas kerjasama masyarakat Cina, AJK Tabung Pembinaan Bangunan Baharu Sekolah berjaya mengutip derma untuk membina dua blok tiga tingkat. Bilangan bilik darjah adalah sebanyak 28 buah, 14 buah bilik digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran, manakala bilik yang lain pula digunakan sebagai bilik Sains, bilik Pendidikan Seni, bilik Muzik, Pusat Sumber, bilik Kemahiran Hidup, bilik ping pong, pejabat, bilik komputer dan bilik mesyuarat yang mempunyai pendingin hawa. Selepas bertungkus-lumus selama 3 bulan, bangunan baharu sekolah SJK(C) Kai Chee telah siap dibina dan dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Fong Chan Oon, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia pada 4 April 1997. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggalakkan murid-murid menggunakan komputer dalam P&P. Bilik komputer telah disempurnakan secara rasminya oleh YB Dr. Too Kin Won, Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 19 Jun 1997. Selepas pelancaran bilik komputer, Guru Besar Koe Meng Khim yang amat berjasa dan berbakti kepada SJK(C) Kai Chee telah pun bersara. Beliau bersara pada 26 Jun 1997. Selepas itu, Guru Besar Lim Cheng What mengambil alih jawatan beliau. Kini, Guru Besar SJK (C) Kai Chee yang seterusnya ialah Puan Lim Seok Eng. Beliau merupakan guru besar yang paling lama di sekolah ini. Disebabkan projek perumahan yang berkembang pesat di kawasan sekitar sekolah, maka bilangan murid sekolah ini bertambah secara mendadak. SJK(C) Kai Chee telah diisytiharkan sebagai sekolah gred A mulai 1 Januari 1998. Akibat penambahan bilangan murid di SJK (C) Kai Chee, pihak sekolah telah merancang untuk menambah lagi bangunan baharu dan menambah baik prasarana sekolah. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 145","Sehubungan dengan ini, pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah mengadakan aktiviti untuk mengumpul dana pada tahun 2007 yang bertujuan untuk membeli sebidang tanah di sebelah sekolah. Akhirnya, pihak sekolah berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya dan telah pun berjaya memiliki tanah tersebut pada tahun 2009. Mulai tahun 2011, pihak sekolah meneruskan usaha mengutip dana untuk membina bangunan baharu. Dengan usaha pelbagai pihak, projek pembinaan bagunan baharu ini dapat dijalankan secepat mungkin. Seterusnya dapat mewujudkan suasana yang kondusif kepada para muird, guru dan kakitangan sekolah. Pada tahun 2011, Guru Besar SJK (C) Kai Chee telah berjaya menerima Anugerah Tawaran Baru di bawah NKRA. Pada tahun 2012, sekolah telah dicalonkan untuk mendapat Anugerah Sekolah Kluster dan berjaya diaudit. Guru besar telah dianugerahkan dengan Anugerah Tawaran Baharu pada tahun 2011, 2012 dan 2013, iaitu tiga tahun berturut-turut. Pada tahun 2013, sekolah telah dicalon sebagai Seolah Berprestasi Tinggi dan berpeluang diaudit oleh nazir. Pada tahun 2014, SJK(C) Kai Chee dianugerah sebagai SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (FASA 8). Kini, bilangan pelajar telah mencapai 621 orang, 36 orang guru dan 4 orang kakitangan sekolah. Pada tahun 2016, dewan sekolah siap dibina dan pada tahun 2017, Lembaga Pengurus Sekolah membina bangunan baharu iaitu blok C disebabkan peningkatan bilangan murid yang mendadak. Guru Besar Pn. Lim Seok Eng bersara pada 18 Ogos 2017. Penolong Kanan Pertadbiran Pn. Tneh Bee Geik menjalankan tugas sebagai pemangku Guru Besar setelah Guru Besar Pn. Lim Seok Eng bersara. Pn. Tneh Bee Geik dilantik sebagai Guru Besar SJKC Kai Chee pada 26 April 2018. Pada tahun yang sama, bangunan baharu mula beroperasi secara berperingkat. Pada tahun 2020, bangunan baharu beroperasi secara sepenuhnya. Pada bulan Julai tahun 2020, SJKC Kai Chee dicalonkan sebagai Sekolah Pembudayaan KBAT. Kini SJKC Kai Chee merupakan sebuah sekolah yang terdiri daripada 648 orang murid, 40 orang guru dan 3 orang staf. Pn. Tneh Bee Geik berkhidmat sebagai Guru Besar di sekolah ini sehingga sekarang. Pn. Tneh dibantu oleh Pn. Eng Lee Sze selaku PK Kurikulum, Pn. Cheah Lee Boon selaku PK HEM dan En. Yew Choo Sean sebagai PK Kokurikulum. STATUS SEKOLAH SJKC KAI CHEE Saya telah dilantik menjadi guru besar di SJKC Kai Chee pada 26 April 2018 setelah memangku di sekolah yang sama selama 8 bulan. Saya amat bersyukur kerana Jabatan Pendidikan Negeri memberi kepercayaan dan mandat kepada saya untuk berkhidmat di sekolah asal. Ini merupakan peluang yang baik kepada saya untuk mengurus dan mentadbir sekolah. Kerjasama daripada guru-guru di sekolah ini memang memberi keyakinan kepada saya untuk membawa Kai Chee ke arah yang lebih cemerlang. Saya telah merancang peningkatan prestasi sekolah dan berfokus kepada kualiti bagi mencapai misi dan visi dalam usaha melestarikan kecemerlangan sekolah. Sebenarnya kekangan yang saya hadapi pada masa itu ialah bilik darjah yang tidak mencukupi kerana bilangan murid yang semakin meningkat. Dalam jangka masa yang pendek, satu blok bangunan baharu telah dibina atas usaha Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG, NGO dan masyarakat setempat. Bangunan baharu ini mulai dibina pada tahun 2017 (ketika itu saya sebagai pemangku GB) dan siap dibina pada tahun 2019. Bangunan pentadbiran dan 10 buah kelas telah dipindah ke bangunan baharu pada akhir tahun 2019. Ini merupakan satu projek yang cukup mencabar mulai mengutip dana hingga bangunan siap dibina. Segala usaha dan masa telah saya korbankan di sekolah ini demi masa depan anak murid di Sungai Dua. 146 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Infografik Profil Sekolah SJKC Kai Chee dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2014, oleh itu pencapaian akademik juga agak mantap tetapi perlu dibuat penambahbaikan bagi melonjak kecemerlangan sekolah. Usaha menambah baik sekolah merupakan satu perubahan yang perlu dilakukan secara terancang supaya membuahkan hasil yang berkesan. Perancangan saya berdasarkan 7 elemen dalam KBAT, iaitu kurikulum, kokurikulum, pentaksiran, pedagogi, sumber, bina upaya dan sokongan komuniti dan swasta. Model Kitaran Plan-Do-Check-Act (PDCA) atau Kitaran Demming telah saya aplikasikan dalam setiap program dan bidang. Kitaran PDCA sebagai pendekatan untuk berubah dan penyelesaian masalah yang menekankan falsafah kualiti telah diperkenalkan oleh Deming pada tahun 1951 (Moen & Norman,2011). Pada tahun 2020, SJKC Kai Chee telah dicalonkan sebagai sekolah cemerlang pembudayaan KBAT peringkat negeri Pulau Pinang. Perancangan strategik sekolah KBAT dan implementasi KBAT dalam 7 elemen telah membuahkan hasil setelah berusaha selama dua tahun. Tahun 2020 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran kerana wabak Covid 19 melanda dunia. Perintah Kawalan Pergerakan KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 147","telah diumumkan oleh kerajaan pada 18 Mac 2020 ketika itu ialah cuti penggal pertama persekolahan. Semua sekolah di seluruh negara terpaksa ditutup demi keselamatan murid-murid. KPM telah mengarahkan supaya PdPR hendaklah dijalankan secara online\/offline agar murid tidak tercicir dalam pelajaran. Tugas sebagai pemimpin sekolah sering berhadapan dengan isu, cabaran dan peluang semasa memimpin sekolah. Pemimpin seharusnya berfikir dan bertindak dengan rasional, tepat dan berkesan untuk menanganinya. Malah,pemimpin berkesan berupaya menyelesaikan isu serta membuat keputusan secara kreatif. Isu yang timbul pada masa itu ialah bagaimanakah PdPR boleh dijalankan dengan berkesan atas talian? Adakah platform untuk menjalankan pembelajaran atas talian terlalu banyak, namun untuk melaksanakannya tak semudah yang kita sangka kerana terdapat kekangan atau cabaran pembelajaran atas talian yang perlu dihadapi. Antara cabaran yang ketara di SJKC Kai Chee ialah ketiadaan peranti untuk pembelajaran, capaian internet yang lemah di kawasan Sungai Dua dan tahap kemahiran penggunaan teknologi oleh guru. HALA TUJU SJKC KAI CHEE SEMASA MCO Semua murid patut mengikuti kelas secara online agar pembelajaran murid diteruskan di samping selamat di rumah. Ini menrupakan salah satu usaha ke arah melahirkan modal insan yang unggul melalui pembelajaran secara atas talian yang menyeronokkan dan disokong oleh kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, serta komitmen komuniti yang padu selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013- 2025). CABARAN SJKC KAI CHEE SEMASA MCO Pandemik Covid-19 yang membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020, PKP Fasa 2 bermula dari 1 hingga 14 April 2020, dilanjutkan ke PKP Fasa 3 bermula dari 15 hingga 28 April dan seterusnya PKP Fasa 4 bermula dari 29 April hingga 12 Mei 2020. PKP Fasa 1 menyebabkan sesi persekolahan secara bersemuka tidak dapat dijalankan lagi. Pemimpin perlu mempersiapkan diri dalam segala aspek apabila berhadapan dengan dunia yang berubah-ubah agar dapat mengadaptasi apa jua keadaan (Drucker,207). Sebagai pemimpin di SJKC Kai Chee, saya bertindak dengan segera mengambil inisiatif untuk menghadapi perubahan yang timbul semasa pandemik Covid-19. Jadual kelas Online disediakan pada 23 Mac 2020 oleh pihak pentadbir supaya PdPR dapat diteruskan dan anak murid sekolah tidak ketinggalan dalam pelajaran. Tambahan pula, kebanyakan guru tidak mahir mengendalikan Google Meet untuk menjalankan PdPR. Ini merupakan cabaran yang sungguh besar. Bengkel secara atas talian diadakan sebelum PdPR dapat dijalankan. Pada masa itu, beberapa orang guru yang mahir ICT mengajar semua guru di sekolah. Selain itu, cabaran murid pula timbul kerana sebahagian besar murid tidak tahu mengendali Google Classroom\/Google Meet. Mereka tidak tahu untuk login dan sebagainya. STRATEGIK SEKOLAH Pada mulanya, jadual disediakan dalam sejam sehari atau lima jam seminggu untuk lima mata pelajaran teras utama bagi dua minggu pertama bulan April. Mulai minggu ketiga, kelas online Google Meet dijalankan dua jam sehari atau 10 jam seminggu. Dengan adanya jadual, kelas Online Google 148 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Meet berjaya dijalankan pada 30 Mac 2020 untuk hari pertama. Setiap murid perlu menyertai satu jam PdPR setiap hari sahaja. Terdapat 62 peratus murid menyertai PdPR pada minggu pertama manakala 67 peratus murid menghadiri PdPR pada minggu kedua. Kehadiran keseluruhan PdPR pada minggu ketiga ialah 72 peratus. Pada minggu keempat terdapat 79 peratus murid menghadiri PdPR. Rajah 1: Peratus kehadiran keseluruhan murid PdPR pada minggu pertama sehingga minggu keempat kelas online Google Meet. Berdasarkan Rajah 1, peratus kehadiran keseluruhan murid kurang baik kerana masih terdapat lebih kurang 20 peratus murid iaitu 128 orang murid tidak mengikuti kelas selama sebulan. Angka ini amat merisaukan pihak pentadbir. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada Pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu murid berhak mendapat peluang mengikuti Pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Untuk menjayakan hasrat PPPM ini, saya dan barisan pentadbir harus memastikan semua murid di sekolah ini dapat mengikut pembelajaran tanpa mengira kaum, sosial, ekonomi dan kebudayaan peribadi. Kami perlu menyelesaikan masalah ini dengan segera agar murid-murid berkenaan dapat mengikuti pembelajaran secepat mungkin. Setelah beberapa perbincangan dijalankan, saya dan barisan pentadbir telah dapat mengenal pasti murid-murid yang tidak hadir PdPR. Saya telah meminta guru kelas menghubungi ibu bapa atau waris supaya ibu bapa memastikan anak mereka menghadiri PdPR mengikut jadual yang ditetapkan. Peratus kehadiran meningkat kira-kira 5 peratus setelah guru kelas menghubungi ibu bapa atau waris. Walaupun terdapat peningkatan peratus kehadiran pada minggu seterusnya tetapi masih terdapat 20 peratus murid \u201cmenghilangkan diri\u201d semasa PdPR dijalankan. Pihak pentadbir dan guru kelas menghubungi ibu bapa atau waris buat kali kedua untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid atau ibu bapa. Hasil daripada komunikasi pihak sekolah dan ibu bapa atau waris, tiga masalah utama dapat dikenal pasti. Secara fizikal, masalah kekurangan peranti elektronik komputer dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa atau waris kerana kurang berkemampuan. Pemilikan peranti elektronik seperti komputer ataupun telefon pintar untuk setiap murid perlu diatasi terlebih dahulu. Seterusnya, masalah yang dihadapi oleh ibu bapa atau waris ialah capaian internet. Masalah capaian internet yang tidak stabil perlu diatasi segera supaya PdPR secara online lebih berkesan. Punca ketiga murid tidak menghadiri kelas PdPR ialah masalah kemahiran mengakses peranti elektronik oleh murid atau ibu bapa mereka. Kemahiran mengakses peranti elektronik seperti komputer atau telefon pintar perlu ditingkatkan agar murid dapat mengikuti kelas online dengan jayanya. \u2666\t Apakah \u201csistem pembelajaran\u201d? Sistem pembelajaran mengiktiraf bahawa pembelajaran berlaku di luar lingkungan sekolah dan KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 149","boleh berlaku di rumah dan dalam komuniti. Sekolah mesti menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti. Kerjasama Sekolah dengan Ibu Bapa: \u01f0\t Mempunyai tanggungjawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid. \u01f0\t Meningkat kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid. \u01f0\t Memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka. Kerjasama Sekolah dengan Komuniti: \u01f0\t Mendapat kerjasama secara sukarela daripada pertubuhan dalam komuniti untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah setempat. \u01f0\t Menggalakkan penglibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting melalui proses tersebut. Selaras dengan PPPM 2013-2025, tahap semasa pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan merupakan langkah awal yang penting dan merupakan faktor utama yang mendorong kepada pencapaian murid. Pihak sekolah telah mengupayakan PIBG untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam menyokong pelibatan ibu bapa dan komuniti. Saya telah mengambil inisiatif tersebut untuk bekerjasama dengan PIBG bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa. \u2666\t Langkah-langkah Penyelesaian Masalah yang Dihadapi Pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi ketiga-tiga masalah utama yang dikenal pasti. Hasil perbincangan pihak sekolah dan PIBG sekolah, beberapa agensi dan syarikat swasta telah dihubungi untuk mendapatkan sumbangan atau pinjaman peranti elektronik yang diperlukan oleh murid-murid yang menghadapi masalah tiada atau kekurangan peranti elektronik. Antara agensi dan pihak swasta yang dihubungi ialah Penang Science Cluster (PSC), MEP CSR Fondation, Vaidurya Buddhist Lodge, Syarikat Intel, Syarikat SNS Network, Syarikat Acer, Syarikat Lenovo, PITH dan syarikat, Swisspac. Akhirnya, Penang Science Cluster (PSC), MEP CSR Fondation dan Vaidurya Buddhist Lodge telah memberi sumbangan dan pinjaman komputer kepada murid-murid yang menghadapi masalah tiada peranti elektronik. Menerusi usaha ini, masalah ini dapat diselesaikan. Bagi mengatasi masalah kedua iaitu murid-murid menghadapi capaian internet yang tidak stabil, pihak PIBG menyediakan kad prepaid pelbagai syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Umobile dan sebagainya kepada murid-murid berkenaan untuk mengenal pasti yang mana satu lebih stabil digunakan. Dengan bantuan dan kerjasama ahli jawatankuasa PIBG, masalah capaian internet dapat diselesaikan. Selain itu, ahli-ahli PIBG yang mahir dalam bidang mengakses komputer dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan murid-murid atau ibu bapa yang tidak dapat mengakses peranti komputer. Ahli-ahli PIBG menziarahi rumah murid-murid berkenaan untuk mengajar mereka cara-cara mengakses pembelajaran secara maya seperti Goolge Classroom. Sebagai Guru Besar, saya turut sama mengakses Goolge Meet agar murid berkenaan dapat bertemu dengan saya dalam Goolge Meet buat kali pertama sebagai tanda berjaya mengakses komputer atau telefon pintar. Saya memberi nasihat kepada murid dan ibu bapa berkenaan tentang kepentingan menghadiri kelas Google Meet. Saya juga mendapatkan kepastian daripada ibu bapa agar anaknya akan mengikuti kelas keesokan hari. Pihak PIBG telah berjaya menyelesaikan masalah ini dalam masa dua minggu. 150 INSTITUT AMINUDDIN BAKI"]
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188