Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PEMIMPIN_NOVIS_FA1

PEMIMPIN_NOVIS_FA1

Published by jessyganie, 2023-02-17 02:08:29

Description: PEMIMPIN_NOVIS_FA1

Search

Read the Text Version

["BINA GURU, JANA TS25 Norazlina binti Hassan SMK Dato\u2019 Ali Ahmad, Kangar","","PENGENALAN Sekolah Menengah Kebangsaan Seriab yang dibina di atas tapak pertanian tanah rizab Melayu berkeluasan 5.2792 hektar terletak di Bohor Gonchar, iaitu di dalam Mukim Seriab. Kedudukannya yang terletak hampir dengan bandar Kangar telah memberi klasifikasi kepada sekolah ini sebagai sekolah kategori bandar Gred B. Sekolah ini telah dibuka pada 1 Januari 2002. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang moden dan baru di negeri Perlis. PROFIL SEKOLAH Infografik Profil Sekolah STATUS QUO SEKOLAH Sekolah yang terletak di pinggir bandar ini mempunyai murid yang majoriti bersosioekonomi sederhana dan minat terhadap pembelajaran juga sederhana dan ada segelintir yang tidak minat belajar. Peratus lulus atau layak sijil murid dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia masih kurang cemerlang iaitu hanya 79.75% pada tahun 2019. Pencapaian ini merosot berbanding dengan tahun 2018, iaitu pencapaian peratus lulus sebanyak 88.31%. Hasil pencerapan dan rondaan pembelajaran, didapati hampir 70% guru masih menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan guru yang tidak memberi peluang kepada murid terlibat secara aktif sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 53","Peranan sekolah sebagai agen perubahan perlu direalisasikan. Pemimpin sekolah bertanggungjawab untuk memastikan pedagogi guru ditransformasi dengan pembelajaran abad ke-21 yang memberi peluang dan ruang untuk murid terlibat secara aktif dan mempamer kebolehan dan bakat mereka di dalam bilik darjah. Kaedah \u2018chalk and talk\u2019 semata-mata dilihat memerlukan anjakan kepada kaedah yang lebih dinamik dan kreatif, sesuai dengan teknologi yang ada sekarang (Norhailmi Abdul Mutalib, 2017). PEMBANGUNAN SEKOLAH Sesebuah sekolah yang berkesan semestinya memiliki kepimpinan yang dinamik, proaktif dan kreatif untuk mencapai visi dan misi sekolah. Visi dan misi yang sama ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia itu seharusnya diterjemah dengan cara yang berbeza oleh setiap sekolah di seluruh Malaysia. Pemimpin mempunyai peluang yang unik dalam usaha mempengaruhi orang lain dari semua arah; iaitu dari bawah hingga ke peringkat atasan, ke sisi, iaitu rakan sejawatan dan ke bawah, iaitu mereka yang dipimpin (John Maxwell 2009). Dengan mengamalkan disiplin kepimpinan 360 darjah, sesebuah organisasi akan dapat diurus lebih baik dan berkesan merangkumi setiap peringkat. Bagi merealisasikan kejayaan sesebuah sekolah, kepimpinan sekolah perlu menjadi \u2018Instructional Leadership\u2019 yang berkesan dan boleh diteladani oleh seluruh kepimpinan pertengahan yang lain sehinggalah kepada keseluruhan guru di sekolah. KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL Pemimpin sekolah memerlukan kemahiran memimpin untuk menentukan wujudnya perubahan, penambahbaikan dan penyesuaian dengan keadaan serta kemahiran pengurusan unuk menentukan semuanya berjalan lancar (Rahimah Ahmad, 2001). Kepimpinan bermaksud keupayaan untuk mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku pengikutnya untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi. Instruksional ialah kata kerja yang bererti \u2018pengajaran\u2019 atau proses mengajar sesuatu. Sebagai pemimpin instruksional, pengetua memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelia, penilai dan pembekal sumber bagi menggalakkan dan membaiki pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan dan mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan. Kepimpinan instruksional merupakan gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum. Kepimpinan instruksional melaksanakan pelbagai tugas seperti pencerapan di dalam bilik darjah, pembangunan staf dan pembangunan kurikulum Bagi merealisasikan kejayaan sekolah khususnya dalam bidang instruksional, beberapa aspek perlu diberi penekanan. PENGETUA SEBAGAI SURI TELADAN Setiap kepimpinan utama sekolah mempunyai peruntukan waktu mengajar yang harus dipatuhi. Justeru, seseorang pengetua mestilah mengajar mengikut ketetapan waktu yang betul dan tidak menyalahi ketetapan yang diberikan. Jika seseorang ketua itu mengajar, hal ini menjadi amalan yang boleh dicontohi oleh guru-guru lain, apatah lagi dengan menggunakan pedagogi terkini seperti teknologi digital dan kemahiran abad ke-21 yang berimpak tinggi kepada murid. Kesungguhan dalam pedagogi mestilah ditunjukkan kepada semua guru demi meningkatkan kredibiliti seseorang peneraju sekolah. Kepercayaan yang tinggi dalam usaha yang ditunjukkan akan berupaya merubah minat dan komitmen guru terhadap pengajaran dan pembelajaran. 54 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Peneraju sekolah yang bermotivasi tinggi akan bersikap sukarela mengajar subjek penting di kelas peperiksaan. Dengan mengajar subjek Bahasa Melayu di kelas peperiksaan SPM contohnya akan dapat menjadi dorongan kepada guru-guru lain untuk turut memberi komitmen yang tinggi di kelas-kelas peperiksaan SPM dalam subjek-subjek yang lain. Secara tidak langsung akan dapat meningkatkan motivasi guru-guru di kelas peperiksaan. Pengetua juga akan terlibat dengan sesi \u2018Profesional Learning Community\u2019 yang dilaksanakan oleh panitia mata pelajaran. Melalui kaedah ini akan dapat melahirkan rasa kebersamaan dalam memajukan bidang kurikulum sekolah. Di samping itu, pengetua juga menjadi rujukan berkaitan teori pembelajaran, pedagogi dan memimpin pelaksanaan pengajaran secara berkesan, di samping menyebarkan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru di sekolah. PERSEKITARAN SEKOLAH BERINFORMASI Kepimpinan sekolah juga bertanggungjawab untuk memastikan kawasan persekitaran sekolah bersih, cantik, kemas dan berinformasi sebagai pusat pendidikan dan gedung ilmu. Persekitaran sekolah juga turut menjadi \u2018pulling factor\u2019 kepada motivasi belajar yang baik dan menyeronokkan. Setiap sudut sebaiknya dilengkapi dengan informasi bermakna untuk memberi pengetahuan kepada murid- murid, misalnya sudut kesihatan, sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Informasi berkaitan Kelab dan Persatuan juga seharusnya dimuatkan supaya murid-murid dapat mengetahui tentang pertubuhan-pertubuhan kelab tertentu seperti Kelab Doktor Muda. Informasi kantin sekolah yang menjadi tempat tumpuan murid sangat penting untuk diberi nafas baharu supaya menampakkan kelainan dan mengubah kebiasaan seperti yang dilaksanakan suatu masa dahulu. Gambar 1 : Laluan PPDa Gambar 2 : Laluan Kerjaya dan Laluan ICT 55 KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL","Gambar 3 : Taman Kelab Doktor Muda Dan Kantin Berinformasi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2) telah digariskan bahawa pengetua adalah sebagai pemimpin instruksional yang akan menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar dalam kalangan muridnya. PENGURUSAN PRASARANA BILIK DARJAH Suasana bilik darjah yang kondusif dan ceria memberikan impak positif dan menyeronokkan kepada murid-murid untuk belajar. Kandungan yang dipelajari akan menjadi lebih mudah difahami walaupun sebenarnya memerlukan pemikiran dan tahap pemahaman yang agak tinggi. Bilik darjah yang ceria bukan sahaja menarik minat belajar, malah menjadi \u2018pulling factor\u2019 untuk murid hadir ke sekolah. Pengetua bertanggungjawab mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif secara menyeluruh bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid di samping mewujudkan budaya belajar yang dapat diperlihatkan oleh hampir keseluruhan warga sekolah. Pelbagai cara, gaya dan kreativiti, serta inovasi boleh dilaksanakan untuk memastikan kelas-kelas dan bilik darjah mempunyai kelainan dan daya tarikan yang tersendiri. Dengan menggunakan tema warna untuk peralatan kerusi dan meja murid juga menunjukkan kreativiti pemimpin sekolah Meja dan kerusi murid diwarnakan secara bertema mengikut tingkatan, iaitu warna jingga dan \u2018beige\u2019 untuk tingkatan satu, ungu gelap dan lembut untuk tingkatan dua. Manakala bilik darjah tingkatan tiga, empat dan lima juga diwarnakan dengan warna yang berbeza dan menarik. Kelainan seperti ini akan menjadi faktor dominan kepada murid untuk berlumba-lumba menceriakan kelas masing-masing dan seterusnya memupuk minat belajar yang lebih tinggi di samping secara tidak langsung dapat menerap budaya sayangkan harta benda sekolah dan mengelakkan vandalisme. Dengan penjenamaan warna yang berbeza dapat menampakkan kelainan berbanding keadaan sebelum ini yang agak stereotaip dari segi prasarana fizikal bilik darjah. Guru-guru juga bekerjasama dan bergotong-royong untuk menyiapkan keceriaan kelas masing-masing demi kelangsungan untuk meningkatkan minat murid dengan bilik darjah yang lebih kondusif dan menarik. Di samping itu, wujud juga persaingan sihat antara murid-murid untuk membantu guru dan bekerjasama dengan rakan sekelas untuk menceriakan kelas masing-masing. Guru-guru juga turut menggalakkan murid supaya menjadikan kelas mereka berinformasi dengan melekatkan pelbagai informasi berkaitan setiap mata pelajaran pada papan kenyataan di dalam kelas. Melalui kaedah ini, murid akan mempelajari ilmu tambahan selain pengajaran guru melalui informasi di dalam kelas. Segala bahan informasi ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa, secara tidak langsung dapat mendidik disiplin ilmu kepada murid di dalam kelas. 56 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Gambar 4 : Kepelbagaian warna bilik kelas Kepelbagaian ini dilaksanakan untuk mewujudkan kelainan daripada tahun-tahun sebelum ini. Dengan pelaksanaan sebegini murid-murid menunjukkan minat untuk hadir ke sekolah dan diharapkan akan menjadi pendorong kepada minat belajar yang lebih tinggi dan mempunyai perasaan sayang terhadap kelas masing-masing. Guru kelas juga memberi tanggungjawab kepada murid secara giliran untuk melengkapkan papan kenyataan dan memastikan informasi bermakna dan terkini dilekatkan pada setiap bahagian. Ruangan atau sudut mata pelajaran juga menjadi tanggungjawab murid untuk diperbaharui mengikut bimbingan guru-guru mata pelajaran. Kemenjadian murid yang dihasratkan tidak semestinya ditunjukkan dalam aspek peningkatan akademik semata-mata, tetapi dengan asuhan dan bimbingan dalam bidang lain seperti aspek pengurusan kelas juga dapat membantu seseorang murid meningkatkan keyakinan mereka dalam memantapkan nilai-nilai insaniah. PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU Pembangunan profesionalisme guru merangkumi beberapa aspek kemahiran iaitu cara berfikir, teknik merancang, pemudahcaraan, berkomunikasi, mengurus, mengurus ICT dan menyelidik serta memperoleh maklumat. Sesebuah sekolah semestinya menentukan kualiti guru ditingkatkan untuk memastikan sekolah berjaya mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Guru yang berkualiti akan berusaha mencipta pelbagai kejayaan untuk anak murid dan sekolahnya., sama ada kejayaan dalam bidang akademik, bina insan (hal ehwal murid) mahu pun kurikulum. Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar ini sememangnya sangat sukar untuk kepimpinan memastikan guru yang sebenarnya berjiwa guru berada di sesebuah sekolah KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 57","Tidak dapat dinafikan, pembangunan profesionalisme guru banyak bergantung kepada lokaliti atau persekitarannya. Guru yang bekerja dalam lokaliti yang rakan sejawatnya proaktif, dedikasi dan komited akan menunjukkan kecenderungan yang sama, sebaliknya jika guru bekerja dalam situasi yang rakan sejawatnya culas, bersikap negatif dan pemalas secara tidak langsung akan merendahkan motivasi kerja di sekolah tersebut. Pada hakikatnya, menjadi keperluan kepada seseorang guru untuk meningkatkan profesionalismenya dan menjadi tanggungjawab kepada pemimpin sekolah untuk membangunkan profesionalisme guru-guru di bawah seliaannya. Beberapa kaedah telah dikenal pasti untuk membangunkan profesionalisme seseorang guru di sekolah. BIMBINGAN DAN PEMENTORAN Melalui sesi bimbingan dan pementoran, dengan menggunakan kaedah GROW, kapasiti guru akan sedikit sebanyak dapat dibangunkan. Pembangunan kapasiti guru bermula dengan \u2018senior leader team\u2019 dan seterusnya \u2018middle leader team\u2019 serta seterusnya sehingga kepada semua guru. Kepimpinan sekolah, khususnya pengetua bertanggungjawab menangkis pandangan negatif terhadap bimbingan dan pementoran. Ada sebilangan kecil guru yang berasa bahawa diri mereka bermasalah sekiranya terlibat dengan pementoran. Kefahaman dan pengetahuan tentang tujuan bimbingan dan pementoran perlu disebar luas kepada seluruh warga sekolah agar niat murni ini menjadi satu amalan terbaik di sekolah dan dapat membangunkan profesionalisme guru. Dengan membina jadual bimbingan dan pementoran, (secara \u2018cascading\u2019) membolehkan setiap guru akan terlibat dengan sesi ini dan lama kelamaan akan menjadi budaya dalam kalangan warga sekolah. Bimbingan dan pementoran yang meliputi aspek pedagogi dan sebagainya ini akan membolehkan guru melaksanakan penambahbaikan terhadap kerja buatnya sebelum ini dan memberi impak positif kepada murid dan direkod dalam borang \u2018one page coaching\u2019. Berikut dipaparkan contoh borang One Page Coaching. 58 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Carta 1 : Carta Cascading Bimbingan dan Pementoran LAWATAN PENANDA ARAS DAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) Menjadi tanggungjawab pemimpin sekolah untuk membuka minda guru-gurunya meneroka ilmu dan pengetahuan baru di sekolah yang lebih besar sama ada dalam negeri yang sama atau di luar. Dengan mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah TS 25, guru-guru dapat berkongsi pelbagai idea dan melihat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sekolah berkenaan. Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat dilihat dan diaplikasikan mengikut kesesuaian sekolah dan murid. Sekolah TS25 yang dilawati banyak memberi inspirasi kepada pemimpin sekolah dan juga guru-guru dengan menawarkan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Gambar 5 : Lawatan Sekolah TS25 59 KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL","Pelbagai amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran serta inovasi boleh dicontohi seperti fakta sejarah berdasarkan nyanyian, bilik permainan PAK21 dan sebagainya. Perkongsian seperti ini akan dapat memantapkan pedagogi guru dan memberi impak positif kepada anak didik mereka. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) juga turut dilaksanakan di sekolah kepada semua guru dengan memberi fokus kepada pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Aktiviti ini dikendalikan oleh pemimpin sekolah bersama-sama dengan guru-guru yang banyak terlibat dengan bengkel-bengkel dan kursus- kursus pedagogi abad ke-21 di luar. Aktiviti ini juga turut dibantu oleh pihak JPN negeri yang bertindak sebagai fasilitator. Dengan perkongsian ilmu melalui LDP ini secara tidak langsung merubah minda guru untuk mencuba beberapa kaedah pembelajaran terkini bersesuaian dengan murid. PEMANTAUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Menjadi pemimpin instruksional yang berkesan sudah semestinya pemantauan dan pencerapan guru menjadi agenda yang utama dan terpenting. Jika seseorang pengetua itu sentiasa mengamalkan \u2018WAYS\u2019 (Walk Around Your School) pada setiap hari dan diikuti oleh \u2018Senior Leader Team\u2019 sudah tentulah aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan terkawal. Masalah-masalah seperti guru tidak masuk ke kelas, guru lewat masuk ke kelas, guru ganti tidak masuk ke kelas, PdP berpusatkan guru dan sebagainya akan dapat dikurangkan. Beberapa kaedah pemantauan pengajaran dan pembelajaran oleh guru boleh dipraktikkan oleh pemimpin sekolah. Dengan menggunakan kaedah \u2018Learning Walk\u2019 (LW) juga akan dapat memastikan PdP di bilik darjah terkawal. Melalui LW, pemantauan hanya dilakukan secara \u2018overall\u2019 atau hanya untuk melihat satu aspek sahaja, contohnya untuk melihat PdP berpusatkan murid, \u2018fun learning\u2019 atau penggunaan peralatan digital dalam bilik darjah. Kaedah pemantauan secara \u2018learning walk\u2019 akan lebih menjimatkan masa berbanding pencerapan PdP secara terus. Melalui pencerapan PdP secara terus, pengetua, penolong-penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan ketua panitia akan menggunakan borang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (Standard 4). \u2018Learning Walk\u2019 yang digunakan merangkumi: 1.\t Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran 2.\t Pembangunan Persekitaran Pembelajaran 3.\t Pentaksiran 4.\t Kolaboratif dan Koperatif 5.\t Teknik Menyoal dan Berfikir 6.\t Pembelajaran Terbeza 7.\t Aplikasi Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Aspek pemantauan dan pencerapan juga merangkumi buku latihan murid. Pemantauan buku latihan yang berkesan dan secara berkala boleh membantu guru untuk lebih berfokus dengan latihan yang lebih berkualiti dan berstruktur. Pemerkasaan terhadap pemantauan latihan akan dapat meningkatkan kualiti guru di samping memberi impak positif terhadap murid. Murid akan lebih menguasai teknik menjawab soalan dengan baik, betul dan akan meningkatkan lagi kemahiran mereka. Latihan dan latih tubi secara terancang dan berfokus akan mendedahkan murid dengan format dan bentuk soalan pelbagai aras dan boleh meningkatkan kemahiran untuk menjawab peperiksaan awam khususnya Sijil Pelajaran Malaysia. 60 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Gambar 6: Borang pemantauan buku latihan murid BUDAYA MERANCANG Perancangan yang baik akan menghasilkan kejayaan yang memberangsangkan. Pengetua menggunakan OPPM (\u2018One Page Project Manager\u2019) sebagai alat perancangan projek sekolah. Bermula daripada kepimpinan tertinggi sekolah sehinggalah kepada ketua panitia, OPPM dijadikan sebagai alat untuk merangka program peningkatan sekolah. Menurut Nor Aslan bin Mohd Yusof (2021), OPPM merupakan alat untuk penambahbaikan sekolah dengan berpandukan SKPMg2. Melalui OPPM, setiap projek akan diberi tanggungjawab kepada guru tertentu untuk diurus Panitia mata pelajaran yang berkesan akan dapat meningkatkan prestasi dan kualiti subjek di bawah seliaannya. Dalam usaha memastikan panitia mata pelajaran menjadi panitia berkesan, ketua panitia mestilah bijak merancang aktiviti dan program kecemerlangan demi menjayakan visi dan misi panitianya. Dengan menggunakan OPPM (\u2018One Page Project Manager\u2019), setiap projek yang dirancang akan lebih terurus dengan peranan \u2018person incharge\u2019 yang telah ditetapkan. Setiap panitia dan unit-unit menggunakan OPPM sebagai alat penambahbaikan sekolah Setiap panitia juga menyediakan buku pengurusan panitia yang memberi fokus kepada visi, misi dan matlamat panitia, serta pelan intervensi untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran. Dengan adanya buku pengurusan, panitia akan bekerja mengikut perancangan dan mempunyai hala tuju yang tersendiri. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 61","Gambar 7 : Contoh borang OPPM 62 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","PEMBUDAYAAN DIALOG PRESTASI Dialog Prestasi dilaksanakan setiap kali selesai ujian dan peperiksaan selesai dijalankan. Kadang kala dialog prestasi (DP) ini dilaksanakan secara berasingan mengikut bidang iaitu Bahasa, Kemanusiaan, Sains Matematik serta Teknik dan Vokasional. Pelan intervensi yang berfokus disediakan oleh setiap guru mata pelajaran berdasarkan isu yang dibincangkan dalam DP. HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN IBU BAPA\/KOMUNITI Sesebuah sekolah yang hebat dalam pelbagai bidang sama ada pengurusan fizikal, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum biasanya disokong kuat oleh pihak luar sama ada ibu bapa dan komuniti setempat. Sekolah ini juga mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa dan masyarakat sekitar serta komuniti. 80% ibu bapa menunjukkan sikap prihatin terhadap pembelajaran anak-anak mereka dan terlibat dan menunjukkan komitmen yang baik, khususnya apabila diadakan program dialog bersama-sama waris.Sekolah ini juga turut megadakan jalinan dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam, iaitu dengan Universiti Malaysia Perlis yang banyak memberi fokus dalam bidang inovasi dan robotik. Hubungan dengan agensi luar seperti Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) membolehkan sekolah beroperasi dengan lebih baik dan melangkah jauh ke hadapan mencipta nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan memenangi beberapa anugerah inovasi. IMPAK TERHADAP KUALITI PEDAGOGI GURU Kepimpinan yang berkesan dan menyokong persekitaran pembelajaran bermakna akan memberi impak kepada motivasi guru. Dengan bimbingan daripada kepimpinan sekolah, guru akan meningkatkan motivasi untuk meningkatkan kapasiti mereka dengan melaksanakan penambahbaikan dan peningkatan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Kefahaman terhadap amalan Pembelajaran Abad Ke-21 juga diterapkan kepada semua guru untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam bilik darjah. Hasil dapatan soal selidik, didapati sememangnya guru menggunakan PAK21 dalam bilik darjah dengan pelbagai kaedah pengajaran dan menerapkan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta nilai murni dan etika. Di samping itu juga, melalui PAK21, guru juga akan menerapkan elemen kewarganegaraan yang boleh meningkatkan rasa sayang murid terhadap negara. Amalan nilai murni ini bukan sahaja penting semasa alam persekolahan, malah tertanam dalam jiwa seseorang itu sehingga meningkat ke alam dewasa dan pekerjaan suatu hari nanti. Amalan pedagogi guru yang berkualiti ini bukan sahaja penting ketika dalam bilik darjah , malah menjadi panduan kepada seseorang murid untuk kelangsungan hidup yang lebih bermakna. Murid akan berupaya mendepani cabaran glokal dan global yang semakin mencabar di samping situasi dunia VUCA yang sangat memerlukan jiwa dan pemikiran kental serta tahap kesediaan minda yang tinggi. Yanpa persediaan di alam persekolahan, nescaya segala cabaran sukar ditempuhi dan diharungi. Murid perlu diberi pendedahan dengan kemahiran kalis masa hadapan yang pelbagai yang boleh menjadi kekuatan menjadi insan dewasa. Selari dengan matlamat Sekolah Transformasi 2025 (TS25) yang memberi fokus kepada kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 63","Gambar 8 : Aktiviti-aktiviti Panitia 64 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Gambar 9 : Kefahaman guru terhadap PAK 21 dalam PDPC RUMUSAN Dalam organisasi sekolah, pemimpin atau pengetua sekolah memainkan peranan yang sangat besar untuk merubah perspektif guru terhadap lokaliti sekolah. Tidak semestinya sekolah harian biasa tidak boleh dibangunkan dengan baik, malah jika strategi yang sesuai digunakan, maka akan terhasillah guru yang berkualiti dalam pengajarannya. Semestinya dengan kepimpinan yang memberi fokus kepada bidang instruksional dan pembangunan profesionalisme guru, pedagogi guru akan lebih kreatif dan inovatif demi melahirkan anak-anak murid yang kalis masa hadapan dan mampu bersaing di peringkat glokal dan global. RUJUKAN Amin Senin. (2008). Pembangunan Profesionalisme Guru. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. John C. Maxwell. (2009). The 360 Leader. (edisi Bahasa Melayu). PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Nor Aslan bin Mohd Yusof. (2021). OPPM Alat Penambahbaikan Sekolah. Ways Nay Publication. Norhailmi bin Abdul Mutalib. (2017). Pembelajaran Abad 21 Bukan Sekadar Susun Meja dan Kerusi. Percetakan Perlis Sdn Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Rahimah Hj Ahmad. (2001). Kepimpinan Pengetua Menjana Modal Insan di Sekolah Berkesan PTS Publicators. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. (2018). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 SKPMg2. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 65","","SMK GUAR NANGKA: MENDEPANI CABARAN DAN MELAKAR KEJAYAAN Puzirah binti Abd Lateh SMK Guar Nangka","","PENGENALAN Saya telah melapor diri di SMK Guar Nangka pada 03 September 2018. Sebelum itu saya memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Syed Alwi, Kangar, Perlis. Saya telah dilantik sebagai Pengetua di SMK Guar Nangka pada 3 September 2018. Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Nangka, Chuping, Perlis adalah sebuah Sekolah Menengah Harian biasa kategori luar bandar dan dibina atas keluasan tanah 15.01 ekar (6.07 Hektar) di Mukim Padang Siding, 02500 Chuping, Perlis. SMK Guar Nangka mula beroperasi pada 16 Jun 2014 dengan satu sesi persekolahan dan mempunyai bilangan pelajar pada mulanya seramai 114 orang, 19 orang guru dan 8 orang Anggota Kumpulan Pelaksana. Pelajar yang diserap masuk adalah terdiri daripada sekolah berdekatan iaitu dari SMK Dato\u2019 Jaafar Hassan, SMK Tengku Budriah, SMK Syed Sirajuddin dan SMK Mata Ayer. Seramai tiga orang pengetua yang mentadbir urus sekolah ini dengan membawa moto sekolah \u201cBerilmu, Berakhlak dan Cemerlang\u201d telah menempa kejayaan demi kejayaan. Saya memulakan pengalaman pentadbiran selama 17 tahun di empat buah sekolah bermula dengan jawatan sebagai GKMP Teknik dan Vokasional, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Kanan Pentadbiran. Setelah melihat keadaan sekolah, langkah pertama saya ialah dengan membuat satu analisis persekitaran bertujuan melihat isu utama sekolah yang sebenar. Berdasarkan analisis ini, saya dapati bahawa sekolah ini mempunyai potensi untuk cemerlang dari pelbagai aspek. SMK Guar Nangka merupakan sebuah Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) yang berada di kedudukan Band 7 NKRA di mana GPS SPM pada tahun 2015 ialah 6.76. Atas usaha pengetua yang terdahulu bersama warga sekolah telah berjaya melonjakkan GPS SPM tahun 2016 kepada 5.83 (lonjakan 0.93) dan seterusnya 5.75 (lonjakan 0.08) pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, pada tahun 2018 berlaku penurunan semula dalam GPS SPM kepada 6.57. Senario ini telah memberi kesan negative influence sehingga menimbulkan krisis kepercayaan masyarakat sekitar terhadap sekolah ini. Implikasinya, masyarakat hilang kepercayaan terhadap keupayaan sekolah untuk memberi jaminan kejayaan masa hadapan kepada anak-anak mereka. Ternyata ibu bapa masyarakat setempat kurang menempatkan anak-anak mereka yang berjaya dengan baik dan cemerlang di peringkat sekolah rendah ke sekolah ini. Sebaliknya cenderung menghantar anak-anak mereka di sekolah lain yang prestasinya lebih baik dari sekolah ini. Dalam konteks pembangunan fizikal, walaupun secara keseluruhan sekolah ini baru beroperasi dalam tempoh 5 tahun tetapi kebanyakan kemudahan asas dan prasarana sekolah telah banyak mengalami kerosakan dan perlu dibaik pulih. Secara umumnya, kerosakan kemudahan asas dan prasarana berada dalam keadaan yang kurang memuaskan. Sementara itu, perkembangan pembelajaran pelajar pula dapat dilihat menerusi petunjuk peratus kehadiran secara puratanya adalah antara 87% hingga 89% pada tahun 2017. Petunjuk ini adalah jauh berbanding KPI yang dihasratkan oleh KPM iaitu 95% ke atas dan ini telah menunjukkan motivasi pembelajaran pelajar juga pada tahap yang tidak memuaskan. Sebagai pemimpin transformasi, saya telah merancang satu Perancangan Strategik (PS) secara holistik merangkumi sembilan bidang keberhasilan NKRA bersama petunjuk prestasi (KPI). Sebagai seorang pengetua yang mempunyai hala tuju dan proaktif, saya telah membawa visi dan misi yang jelas untuk mentransformasikan SMK Guar Nangka ke arah lonjakan Peningkatan Kecemerlangan Akademik dan Membentuk Kemenjadian Pelajar melalui pelbagai bidang seiring dengan perubahan iklim yang kondusif dengan memberi penekanan kepada peningkatan kualiti guru dalam PdPc berasaskan PAK21. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 69","Saya berpegang kepada falsafah \u2018Disiplin Pertama, Akademik Utama\u2019, dan membentuk slogan aspirasi sekolah iaitu \u2018SMK Guar Nangka Menjadi Penanda Aras Bagi Bidang Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Kokurikulum\u2019 disamping \u2018Enam Prinsip Pengetua\u2019 iaitu : 1.\t A Goal Is A Dream With A Deadline. 2.\t Do The Right Thing From The Beginning. 3.\t Be Focused. 4.\t Success Is Pain. 5.\t Action Is The Foundational Key To All Success. 6.\t Success Is Simple. Do What\u2019s Right , The Right Way, at The Right Time. PENGENALAN Infografik Profil Sekolah ISU DAN PENAMBAHBAIKAN Isu dan penambahbaikan sekolah mengkehendakkan pemimpin sekolah respon terhadap pengurusan perubahan. Mengurus perubahan di sekolah bermaksud bagaimana mengendalikan perubahan dengan teratur dan sempurna ke arah mempertingkatkan kualiti keberkesanan sekolah. Oleh yang demikian Tools For School Improvement merupakan tools (alat) yang digunakan untuk melaksanakan program perubahan. Antara alat yang telah diguna pakai untuk mengurus perubahan SMK Guar Nangka ialah dengan menggunakan \u201cTulang Ikan Ishikawa\u201d untuk mengenal pasti punca-punca, sebab dan akibat sesuatu isu dan Analisis SWOT. 70 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Tools analisis SWOT adalah bertujuan untuk menilai faktor dalaman dan faktor luaran yang dapat memberi impak terhadap kejayaan sekolah. Ini adalah kerana Analisis SWOT merupakan satu kaedah yang sistematik untuk merangka Pelan Strategik, Pemetaan 3 tahun dan Pelan Tindakan. Sebagai peneraju kepimpinan sekolah saya bukan sahaja menggunakan \u201cTulang Ikan Ishikawa\u201d dan Analisis SWOT untuk mengurus isu-isu perubahan yang berlaku di sekolah tetapi juga disokong oleh data driven, headcount, aplikasi APDM, aplikasi SAPS, aplikasi SKPMg2, pemerhatian dan soal selidik. Hasil pemerhatian dan analisis persekitaran yang saya jalankan mendapati isu utama di SMK Guar Nangka ialah kebanyakan PdPc guru kurang menarik. Walaupun bilik-bilik darjah mencukupi dan lengkap dengan kerusi meja tetapi keceriaan dan kebersihan bilik darjah masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Kebanyakan bilik darjah masih kurang menepati persekitaran pengajaran dan susun atur kelas PAK21. Berdasarkan \u201cTulang Ikan Ishikawa\u201d ini saya dapati terdapat beberapa punca yang menyebabkan PdPc guru menjadi kurang menarik. Antara punca-punca itu adalah berkaitan dengan penggunaan BBM yang tidak pelbagai dan kurang menarik. Di samping itu, juga kebanyakan kelas tidak mengikut persekitaran pengajaran PAK21 seperti menyediakan papan ganjaran, traffic light, parking lot dan hasil kerja pelajar. Ini menyebabkan bilik darjah menjadi kurang ceria dan kondusif termasuklah bilik-bilik khas juga mengalami masalah kurangnya keceriaan dan kebersihan. Dari aspek pengurusan sumber manusia, didapati kursus-kursus LDP yang dilaksanakan kurang berkesan kerana guru-guru kurang bermotivasi untuk mengambil tindakan dalam membuat persediaan awal sebelum masuk ke kelas bagi memulakan PdPc. Dari aspek pedagogi guru, didapati kaedah PdPc guru masih lagi berpusatkan guru dan masih kurang berpusatkan pelajar sebagaimana yang disarankan dalam PAK21. Justeru itu, untuk mengatasi masalah PdPc guru yang kurang menarik ini, maka saya telah menjalankan satu strategi dengan menetapkan setiap guru diberi kelas yang tetap di bawah program Subject Based Classroom (SBC) di mana para pelajar akan bergerak dari kelas ke kelas mengikut jadual waktu yang ditetapkan semasa PdPc. Manakala guru pula akan berada di kelas masing-masing menunggu kehadiran pelajar ke kelas. Dalam fasa 1 pelaksanaan SBC ini, setiap guru hendaklah memberi penekanan kepada penyediaan persekitaran pengajaran dan susun atur kelas masing-masing mengikut ciri-ciri PAK21. Penambahbaikan ini secara tidak langsung dapat memberi impak yang positif kepada guru untuk menjadikan PdPc guru lebih menarik. Dalam usaha untuk memberi galakan kepada guru agar melaksanakan aktiviti ini maka pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah memberi penghargaan kepada kelas yang terbaik PAK21 dengan menyediakan anugerah khas kelas terbaik pada setiap bulan bermula pada bulan Ogos tahun 2019. Sehingga bulan Oktober 2019, didapati hampir 50% guru telah berusaha untuk menyediakan persekitaran pengajaran kelas mengikut ciri-ciri kelas PAK21. Bilik-bilik khas telah dibuat penambahbaikan dengan meningkatkan penyediaan bahan-bahan PdPc dan peralatan bengkel yang diperlukan. Kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan di sekolah juga telah selesai dijalankan setelah mendapat peruntukan baikpulih dari JPN Perlis dan pihak Kerajaan Negeri Perlis. Malah baikpulih dan penyelenggaraan tandas dan laluan simen yang berlubang yang membahayakan keselamatan pelajar telah diberikan tindakan segera oleh pihak JPN Perlis dan pihak Kerajaan Negeri Perlis. Penyelenggaraan ini akan diteruskan dari masa ke semasa sehinggalah keadaan kelas dan bilik khas serta keseluruhan kawasan sekolah menjadi lebih kondusif untuk menjalankan PdPc dengan lebih menarik dan berkesan. Melalui Analisis SWOT beberapa strategi pelaksanaan telah disusun dengan menggunakan kekuatan, kelemahan, peluang serta cabaran. Sejajar dengan ini, satu perancangan strategik dan taktikal yang holistik telah dirancang yang merangkumi sembilan bidang keberhasilan NKRA untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian pelajar SMK Guar Nangka. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 71","Antara pelaksanaan strategi tersebut ialah untuk meningkatkan kemahiran pedagogi dan kompetensi guru dalam PdPc dengan kerjasama IPGM dan sokongan PIBG. Oleh itu inisiatif awal ialah dengan menjemput pensyarah IPGM Perlis untuk mengadakan bengkel PAK21 kepada semua guru. LDP bertujuan ini untuk memberi pendedahan kepada semua guru tentang bagaimana untuk menjalankan aktiviti PAK21 yang menarik dan berkesan semasa PdPc. Berdasarkan Pelan tindakan 3 tahun, pihak sekolah telah berjaya membantu guru-guru untuk melengkapkan kelas dengan prasarana PAK 21 melalui sumbangan individu dan PIBG. Banyak program peningkatan akademik telah dirancang dan dilaksanakan. Fokus utama saya ialah memperkasakan panitia mata pelajaran. Contohnya Panitia Bahasa Melayu telah menunjukkan peningkatan akademik dalam peperiksaan awam iaitu SPM. Hal ini telah memberikan impak yang tinggi terhadap kecemerlangan akademik dan kemenjadian pelajar sekolah ini. Di samping itu, saya juga telah mencetuskan idea untuk menambah baik dan menaik taraf Pusat Sumber Sekolah, Dewan Terbuka, Bilik Dokumentasi, Makmal Komputer, Bilik SAL, Bilik Peperiksaan, Bilik Pengurusan Bidang dan Bilik Mesyuarat. Keadaan ini telah memberi impak yang positif dan membawa kepada perubahan iklim sekolah yang kondusif dalam membantu peningkatan kecemerlangan akademik dan membentuk kemenjadian pelajar. Dalam meningkatkan budaya kerja warga sekolah, saya telah mengambil prinsip Total Quality Management (TQM) dengan menjadikan mutu pengajaran dan pembelajaran sebagai elemen utama memperkasakan sekolah. Contohnya dengan mengadakan LDP dan aktiviti kerja berpasukan (Team Building) telah mewujudkan perubahan positif dari segi budaya kerja dan amalan guru dalam bilik darjah. Kesannya dapat meningkatkan prestasi akademik dan membentuk kemenjadian pelajar. PELAKSANAAN: P-O-L-C Apabila saya ditempatkan sebagai pengetua di sekolah ini, saya menyedari bahawa terdapat banyak cabaran dari pelbagai peringkat yang harus saya hadapi dan tangani. Sehubungan itu, saya telah mengaplikasikan P-L-O-C dalam perancangan sekolah saya. \u2666\t Planning ( merancang) Merancang adalah penting dalam pengurusan di mana saya harus menetapkan matlamat, objektif serta menentukan hala tuju yang harus diambil bagi mencapai matlamat serta objektif tersebut.Antara cabaran utama saya sebagai pengetua di SMK Guar Nangka adalah menaikkan prestasi akademik sekolah terutamanya dalam peperiksaan SPM. Satu perancangan strategik dan pelan taktikal telah dirangka merangkumi sembilan bidang keberhasilan NKRA. Dalam kajian ini, saya memilih untuk meningkatkan kualiti PdPc guru dengan menjalankan aktiviti PAK21 di dalam bilik darjah untuk meningkatkan prestasi akademik dan kemenjadian pelajar. Bagi melonjakkan kecemerlangan tersebut, saya telah mengambil beberapa Langkah-langkah berikut: \u2666\t Menentukan misi dan visi Saya telah menetapkan sasaran untuk memastikan SMK Guar Nangka melonjak naik dari sekolah berprestasi rendah (SBR) Band 7 ke prestasi sekolah yang lebih baik. Realitinya GPS sekolah peratus layak sijil harus dilonjakkan dari 6.57 pada tahun 2018 ke 5.95 menjelang tahun 2019, manakala peratus layak sijil harus dilonjakkan dari 64.29% kepada 80%. 72 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","\u2666\t Menetapkan matlamat dan objektif Analisis SWOT bagi mata pelajaran Bahasa Melayu telah dibuat untuk mengenal pasti kekuatan serta cabaran yang dihadapi oleh guru dan pelajar. Analisis ini telah membantu dalam menetapkan KPI dari segi GPMP, peratus pelajar mencapai gred A serta peratus pelajar yang lulus subjek Bahasa Melayu bagi 3 tahun yang akan datang. Beberapa siri dialog prestasi antara pengurusan, guru dan pelajar juga diadakan agar setiap yang terlibat jelas akan matlamat dan objektif yang telah saya tetapkan. Maklumbalas berkualiti dalam dialog prestasi telah membantu dalam melakukan intervensi secara tepat dan segera. \u2666\t Menyusun strategi Bagi mencapai matlamat melonjakkan kecemerlangan akademik terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah, maka pelbagai strategi telah dirangka seperti Headcount, program-program kecemerlangan dan intervensi. Strategi yang dirangka adalah berdasarkan data driven dan isu telah dikenal pasti secara berfokus. \u2666\t Merancang tindakan bagi mencapai matlamat Antara perancangan yang dibuat ialah: a)\t Pelan Tindakan Pelan tindakan jangka masa panjang selama 3 tahun dirangka bagi memastikan matlamat yang ditetapkan oleh Pengetua tercapai. b)\t Pelan Taktikal Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dapat memberi panduan kepada guru akan tindakan dan program yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. c)\t Penilaian Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal pasti kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh dilaksanakan. d)\t Penambahbaikan dan Tindakan Susulan Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan dari semasa ke semasa agar program yang dijalankan lebih mantap dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan kadar yang segera. \u2666\t Organising (mengurus) Beberapa langkah telah saya ambil bagi menguruskan sumber\u2013sumber tersebut mengikut kerangka P-O-L- C iaitu: i.\t Merangka Struktur Organisasi Jawatankuasa Pelaksana bagi setiap program telah ditubuhkan bagi memastikan program\u2013program kecemerlangan berjalan dengan lancar. ii.\t Pengagihan Peruntukan Sumber Menyedari akan kepentingan kualiti guru dalam melonjakkan kecemerlangan akademik, maka saya amat menitikberatkan guru mengikut opsyen. Modul Program Kecemerlangan disediakan oleh guru-guru untuk membantu pelajar dalam peningkatan akademik mereka. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 73","iii.\t Reka Bentuk Kerja Peningkatan kecemerlangan sekolah telah diuruskan dengan sistematik melalui beberapa rangka kerja seperti penyediaan jawatankuasa program dan mengadakan program akademik. Setiap guru diberi kelas dan dikehendaki menyusun atur mengikut susunan kelas PAK21 bagi memudahkan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bilik-bilik Khas seperti Makmal Bahasa, Bengkel dan Makmal Sains telah juga dinaiktaraf bagi menepati ciri-ciri bilik darjah PAK21. Reka bentuk kerja ini diperkukuhkan dengan pemantauan dan penyeliaan yang dilakukan oleh pihak pengurusan. Dari aspek kehadiran pelajar ke sekolah antara strategi yang digunakan bagi mencapai peratus kehadiran pelajar sekurang-kurangnya 90% pada setiap bulan ialah melalui Program Ziarah Cakna, sesi kaunseling dan Dialog Prestasi. Segala data kehadiran dikenal pasti melalui e-kehadiran di bawah seliaan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEM). \u2666\t Leading (kepimpinan) Kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkahlaku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai matlamat organisasi. Seorang pemimpin yang berjaya mampu membawa perubahan secara holistik di dalam organisasi yang dipimpinnya. Begitulah corak kepimpinan yang telah saya bawa di SMK Guar Nangka, yang telah berjaya mengubah Iklim Sekolah Menjadi Kondusif untuk Peningkatan Akademik dalam Membentuk Kemenjadian Pelajar. \u2666\t Controlling (kawalan) Aspek Controlling merupakan elemen mengurus perubahan yang amat penting kerana ia penentu kepada kejayaan sesuatu perubahan. Aspek ini melibatkan aktiviti menyelaras, memantau, mengenalpasti kekuatan kelemahan, penambahbaikan dan tindaksusul yang sewajarnya untuk menjamin kelangsungan sesuatu program. Bagi membentuk dan membangunkan organisasi yang semakin berkembang dan kompleks memerlukan penyelarasan dan kawalan menguruskannya. Oleh itu, kemahiran mengawal adalah perlu bagi mempengaruhi sumber manusia untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama dan mewujudkan keadaan untuk tindak balas secara kolektif. Sebagai seorang pemimpin sekolah, saya seharusnya mampu mengkoordinasikan organisasi dengan cemerlang untuk mendapat hasil yang terbaik. Oleh itu, menjadi keutamaan untuk saya mewujudkan keharmonian antara usaha individu ke arah mencapai matlamat organisasi. Antara inisiatif kawalan yang membawa impak kejayaan adalah melalui Management by Walk About, Pencerapan PdPc Guru Standard 4, Semakan Buku Latihan, Kawalan e-Hadir Pelajar, Buku Pemantauan Kawalan Pelajar, Buku Pemantauan Pengurusan dan Dialog Prestasi. PENILAIAN DAN IMPAK Bagi mencapai objektif untuk meningkatkan aktiviti PAK21 semasa PdPc, maka saya telah melaksanakan Subject Based Classroom (SBC) yang secara tidak langsung telah dapat memberi impak positif dalam aspek organisasi, guru, pelajar dan juga masyarakat. Dari aspek organisasi didapati bahawa pengurusan pentadbiran menjadi lebih sistematik kerana proses pemantauan lebih berfokus, manakala pengurusan PdPc dapat berjalan dengan baik dan terancang dan lebih berpusatkan pelajar. Dari aspek guru pula, pelaksanaan SBC ini dapat memberi impak yang positif dalam PdPc guru. Pergerakan guru dari kelas 74 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","ke kelas dapat dikurangkan kerana mereka telah diberi kelas PdPc yang tetap. Justeru itu, pengisian masa guru dapat digunakan dengan berkesan dimana masa lapang guru boleh dimanfaatkan untuk membuat persediaan PdPc dengan terancang dapat menceriakan kelas masing-masing supaya lebih menarik. Guru-guru memiliki semangat bersaing secara sihat untuk melengkapkan bilik darjah masing- masing mengikut ciri-ciri PAK21 agar aktiviti PdPc dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan pendekatan berpusatkan kepada pelajar. Dalam aspek pelajar pula, banyak impak yang positif yang diperoleh. Antaranya dapat mengurangkan vandalisme di dalam bilik darjah kerana pelajar tidak lagi berada di dalam kelas sepanjang sesi persekolahan. Pelajar terpaksa bergerak dari kelas ke kelas untuk bersama dengan guru berdasarkan PdPc yang telah ditetapkan mengikut jadual waktu masing-masing. Di samping itu, pelajar dapat mengurus masa dengan berkualiti dan berkesan kerana mereka kurang merayau-rayau dan mengganggu rakan di kelas yang lain. Pelajar menjadi lebih proaktif kerana mereka tidak lagi tidur semasa PdPc. Masalah ponteng kelas dapat dikurangkan. Pelajar menjadi lebih berdisiplin dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. Melalui Analisis SWOT, saya mendapati terdapat banyak elemen kekuatan sekolah iaitu 80% bilik darjah dan bilik khas selesa dan lengkap dan mengikut susun atur meja PAK21. Kini persekitaran sekolah sudah semakin ceria dan kemudahan asas yang kondusif hasil daripada hubungan baik pihak sekolah dengan PIBG, PIBK dan semua stake holders benar-benar telah memberi impak yang optimum. Hubungan bersama komuniti setempat dan pihak polis melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) telah berjaya menyelesaikan isu disiplin dan kehadiran pelajar melalui program Town Hall, Ziarah Cakna ke rumah pelajar bermasalah, Program bersama Polis, Program AADK dan Program Kesihatan dengan menyasarkan kelompok pelajar yang berisiko. Melalui program ini telah memberi impak yang tinggi terhadap kehadiran pelajar dimana purata peratus kehadiran setiap bulan sentiasa melebihi KPI sekolah iaitu sebanyak 90%. Program ini juga amat bermakna kerana kadar peratus salah laku disiplin pelajar berat, sederhana dan kecil semakin menurun dan amalan baik SSDM semakin meningkat. Kehadiran pelajar memainkan peranan yang sangat penting bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, dimana pelajar yang sentiasa datang ke sekolah akan mendapat pendidikan yang lebih sempurna berbanding dengan pelajar yang selalu ponteng. Saya sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar supaya pelajar-pelajar merasa seronok untuk datang ke sekolah dan mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang ponteng sekolah tanpa sebab yang munasabah. Tindakan yang saya ambil kepada pelajar-pelajar yang selalu ponteng adalah berbentuk ilmiah seperti menulis karangan dan kunjungan mesra ke rumah pelajar untuk mengetahui punca masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Dengan menulis karangan, pelajar juga secara tidak langsung belajar sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Hal ini boleh menyebabkan pelajar-pelajar mula rajin ke sekolah dan tidak ponteng kecuali sakit atau masalah yang tertentu sahaja. Kita juga memberi penghargaan dalam bentuk sijil dan hadiah kepada pelajar dan kelas yang mempunyai peratus kehadiran yang terbaik pada setiap bulan. Melalui program ini telah memberi impak yang tinggi terhadap kehadiran pelajar di mana purata peratus kehadiran setiap bulan sentiasa melebihi KPI sekolah iaitu sebanyak 90%. Berikut adalah perbandingan analisis kehadiran pelajar Tahun 2018 dan Tahun 2019. Jadual 1: Perbandingan Analisis Kehadiran Pelajar Tahun 2018 dan Tahun 2019 TAHUN PURATA KEHADIRAN (%) 2018 85.0 2019 90.2 Iklim sekolah yang kondusif memainkan peranan agar masyarakat mula menaruh keyakinan tinggi dengan keupayaan sesebuah sekolah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Aktiviti peningkatan akademik dan disiplin atau sahsiah diadakan supaya pelajar-pelajar SMK Guar Nangka juga boleh berjaya dengan cemerlang setanding dengan pelajar-pelajar di sekolah yang lain. Antara KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 75","aktiviti yang dijalankan seperti Program Gerak Gempur, Program Jom Pulun, Pecutan Akhir, Kem Gemilang SPM, Perhimpunan Berfokus dan Program Menjejak Jaya. Pengorbanan barisan guru dan pentadbir sekolah yang sudi meluangkan banyak masa bersama pelajar seawal 7.15 pagi dan berakhir pada 4.30 petang setiap hari persekolahan memberikan impak yang sangat positif dari tahun ke tahun. Sebagai impaknya pada tahun 2019, keputusan peperiksaan SPM SMK Guar Nangka telah menunjukkan peningkatan yang amat tinggi dalam GPS berbanding dengan peperiksaan SPM Tahun 2018. Berikut adalah analisis keputusan peperiksaan SPM tahun 2019 berbanding dengan peperiksaan SPM 2018 dalam GPS, peratus layak sijil dan kecemerlangan A. Jadual 2 : Perbandingan Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2018 dan Tahun 2019 PERBANDINGAN ANALISIS PEPERIKSAAN TAHUN 2019 Kategori 2018 2019 Gred Purata Sekolah 6.57 5.97 Peratus Layak Sijil 62.79% 79.41% Cemerlang \u2018A\u2019 01 RUMUSAN Seseorang Pemimpin Berprestasi Tinggi adalah pendorong dan peneraju organisasi yang berkesan yang boleh mengubah iklim sekolah ke arah yang lebih baik dalam mencapai wawasan organisasinya. Sebagai pemimpin di sekolah, saya telah menentukan hala tuju organisasi dengan jelas kepada warga sekolah. Saya bertindak sebagai perancang misi organisasi, menentukan matlamat dan memberi keutamaan terhadap pencapaian sekolah yang saya pimpin. Kejayaan ini banyak bergantung kepada kreativiti seseorang guru. Guru merupakan individu yang memainkan peranan yang amat penting untuk meneruskan kejayaan pelaksanaan sesuatu aktiviti. Kesediaan guru dan kemahiran guru merupakan faktor penentu kejayaan dalam PAK21. Guru harus mempunyai ciri-ciri guru abad ke-21. Di samping guru, pelajar juga harus menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam menjadi pelajar abad ke-21 yang mampu bersaing di peringkat global. Ciri yang perlu ada pada pelajar masa kini ialah berani mencuba sesuatu yang baharu, tahu membuat hubung kait, mampu berfikir secara kritis dan mempunyai kemahiran literasi. Dalam memastikan kemahiran dan kesediaan guru berada di tahap optimum, guru perlu diberi pembugaran semula secara berterusan, sebagai contoh pemantapan pengisian kursus dalaman dan PLC. Kemudahan prasarana sedia ada perlu dimantapkan dan dimanfaatkan seperti mengubah susunan bilik darjah menjadi bilik darjah PAK21, selain dari sokongan dari pihak atasan (KPM dan JPN), pihak sekolah dan juga pihak ibubapa bagi membantu pelajar melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan mengenai PAK21. Saya juga mendapat sokongan guru-guru yang begitu komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam membentuk budaya akademik dengan membuat satu anjakan paradigma yang dapat membuka mata masyarakat sehingga berjaya mewujudkan kepercayaan dan keyakinan komuniti setempat terhadap SMK Guar Nangka terutamanya dalam mengubah sikap pelajar. Dalam usaha menggerakkan perubahan iklim sekolah, saya telah menggariskan beberapa ciri kepimpinan yang perlu dimiliki berdasarkan \u2018Enam Prinsip Pengetua\u2019 iaitu yang berwawasan dan berpandangan jauh, berupaya menentukan objektif, mampu menilai keupayaan serta berkemampuan memimpin organisasi ke arah kejayaan yang boleh dijadikan suri teladan kepada organisasi. Sebagai Pengetua Berprestasi Tinggi, kejayaan memimpin organisasi ke arah kecemerlangan merupakan sentuhan yang dapat dilihat mampu mengubah iklim sekolah yang kondusif dalam peningkatan 76 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","kecemerlangan akademik membentuk kemenjadian pelajar SMK Guar Nangka. Berdasarkan kepada kenyataan di atas, saya percaya perubahan iklim sekolah tidak akan tercapai tanpa kepimpinan yang cemerlang. Dengan itu, saya memerlukan pasukan yang benar-benar komited dan sanggup berkerja keras untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Saya telah berusaha meningkatkan prasarana sekolah supaya menjadi lebih kondusif. Setiap guru harus memastikan bilik darjah dinaik taraf ke arah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) manakala Pusat Sumber Sekolah telah dinaik taraf dengan menyediakan persekitaran yang bersih dan ceria. Saya juga menetapkan pelbagai pelan kontigensi dengan kerjasama daripada pihak pengurusan untuk mencapai matlamat dalam melahirkan guru berwatak, berketrampilan dan berkesan dalam pelbagai program yang dilaksanakan. Saya juga akan memastikan setiap program yang dirancang mengikut landasan yang betul dan pembahagian tugas kepada setiap pengurusan bidang mahupun panitia. Pengetua akan sentiasa membuat semakan dan pemantauan terancang melalui penilaian program, di pertengahan tahun dan akhir tahun serta sentiasa membuat penambahbaikan dalam setiap program yang dirancang. Secara tidak langsung dapat mengubah budaya kerja warga sekolah ke arah yang lebih baik atau lebih hebat dalam mencapai wawasan dan aspirasi sekolah. Saya juga bertindak sebagai pembolehubah yang penting ke arah perubahan iklim sekolah yang lebih kondusif. Ini amat jelas dengan perubahan budaya (culture change) seperti mana yang diwarwarkan oleh Datuk Dr. Amin Bin Senin, mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam \u201cMelangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018\u201d telah menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan sekolah. Sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Rendah dengan Pengetua Berprestasi Tinggi, sewajarnya mempunyai pengetua yang sentiasa berteraskan kecemerlangan bagi menjamin penghasilan dan kemenjadian pelajar yang cemerlang. Falsafah \u2018Disiplin Pertama, Akademik Utama\u2019, perancangan berterusan, penglibatan semua warga dalam semua aktiviti, keputusan secara kolektif dan pendekatan musyawarah serta hubungan baik dengan pihak luar meletakkan kecemerlangan kepimpinan pengetua dan seterusnya menjadikan SMK Guar Nangka akan terus cemerlang pada masa akan datang. Saya merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak antaranya pensyarah pembimbing dari IAB, pegawai-pegawai JPN Perlis serta warga SMK Guar Nangka yang telah bekerjasama serta memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam melakarkan kejayaan SMK Guar Nangka. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 77","RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional: Kembali Kepada Yang Asas. Rose Aza Che Arifin. (2017). Meningkatkan keberadaan guru dalam kelas sewaktu jadual ganti. Jurnal Pendidikan MPSM Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, Abd. Munir bin Mohd Rashid, Nadimin bin Abdul Aziz. (2013). Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah Semasa Proses Pembelajaran dan Pengajaran. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom ke Sekolah Peringkat Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Ibrahim Mamat. (1996). Reka bentuk dan pengurusan Latihan: Konsep dan amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ishikawa, K. (1985). What is total quality control? The Japanese way. New York: Prentice Hall. Kotter, P. (1996). Leading Change, USA Harvard Business School Press. Mortimore, P. (1993), School Effectiveness and The Management of Effective Learning and Teaching. School Effective and School Improvement, 4(4), 290-310. Perunding Kanan IAB. (2008). Program melonjakkan kecemerlangan sekolah melalui Pembangunan Organisasi (PROD). Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki Sharifah Md. Nor. (2010). Keberkesanan sekolah: Satu perspektif sosiologi. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 78 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","PANGLIMA PERKASA MELALUI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL BERWAWASAN Ruzana Binti Md Noor SMK Tunku Panglima Besar","","PENGENALAN Saya memulakan kerjaya sebagai seorang guru di SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak pada tahun 1993. Seterusnya bertukar ke SMK Selama pada tahun 1997. Pada tahun 1998 saya bertukar ke SMK Mahang sebagai guru penolong. Di SMK Mahang saya telah dilantik sebagai Guru Kanan Teknik Vokasional selama 15 tahun, selepas itu pada tahun 2015 saya dilantik sebagai Penolong Kanan HEM disekolah yang sama. Setelah berkhidmat sebagai Penolong Kanan HEM selama 2 tahun, saya dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Labu Besar pada tahun 2017. Pada tahun 2018 saya mengikuti kursus NPQEL di Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara sebagai peserta NPQEL Ambilan 1\/2018. Seterusnya dilantik sebagai Pengetua pada 17 Mac 2019 di SMK Tunku Panglima Besar sebelum ditukarkan ke SMK Mahang pada 22 Mac 2021. PROFIL SEKOLAH SMK Tunku Panglima Besar adalah sebuah sekolah yang terletak 3 km dari Pekan Kulim. Ia merupakan antara sekolah yang tertua di Kulim. Sekolah ini dibuka dalam tahun 1962. Peringkat awal dikenali Sekolah lanjutan, seterusnya ditukar nama sebagai SM Kulim dan pada tahun 2003 ianaya ditukar nama kepada SMK Tunku Panglima Besar. Mempunyai 8 blok bangunan lama dan baru. Mempunyai 32 bilik kelas, 1 bilik guru, Pusat Sumber Sekolah, Bilik, 2 Bilik Mesyuarat, 4 makmal sanis, kantin, surau, beberapa bilik khas serta 2 buah dewan terbuka. Sekolah ini adalah sekolah satu sesi dan merupakan sekolah PTJ. Kapasiti murid sekolah ini ialah seramai 757 orang sehingga Jan 2021. Dari jumlah kapasiti murid tersebut 65.1% adalah murid berbangsa Melayu, 30.9% murid berbangsa India, 1.6% murid berbangsa Cina dan 2.4% murid adalah berbangsa lain-lain. Kapasiti guru ialah 64 orang , yang terdiri dari 8 orang guru gred 52 termasuk Pengetua, seramai 24 orang gred 48 dan seramai 32 orang guru gred 41 dan 44. Sementara itu, bilangan AKP pula ialah 6 orang. Pekerja kebersihan seramai 6 orang dan 4 orang pengawal keselamatan yang bertugas di SMK Tunku Panglima Besar. Infografik Profil Sekolah 81 KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL","ANALISIS PERSEKITARAN Analisis persekitaran merupakan satu permulaan yang perlu dilakukan oleh Pengetua yang baharu. Dalam menentukan isu dan masalah sekolah ini saya telah menggunakan analisis SWOT melalui data- data yang diperolehi secara kualitatif dan kuantitatif. Maklumat dan data ini disedikaan oleh Penolong Kanan dan juga maklumat lain dari perjumpaan-perjumpaan ringkas dengan pentadbir sekolah yang terdiri daripada Penolong-Penolong Kanan dan Guru-Guru Kanan Matapelajaran. Maklumat dan data dari perjumpaan bersama guru dan murid juga diambil sebagai suara guru dan suara murid juga digarap sekali bagi melihat secara keseluruhan tentang kekuatan, kelemahan, cabaran dan ancaman bagi sekolah tersebut. Di samping itu data keputusan peperiksaan dalaman, Pentaksiran Bilik Darjag (PBD), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga dianalisa. Data kokurikulum dan sahsiah murid juga diperincikan. Hasil dari dapatan tersebut, beberapa isu telah dikenalpasti yang berlaku dalam sekolah tersebut : 1.\t Pemimpin senior dan pemimpin pertengahan masih kabur dengan hala tuju dan matlamat sekolah serta kurang memahami tentang peranan yang perlu dilaksanakan sebagai pemimpin memandangkan pertukaran Pengetua yang kerap. 2.\t Guru kurang bermotivasi sedangkan sekolah memiliki seramai 16 orang guru Sarjana dan 17 orang pemeriksa kertas SPM, menyebabkan kaedah pengajaran yang kurang berkesan dan pencapaian murid dalam peperiksaan adalah rendah. 3.\t Tiada budaya kerja sepasukan menyebabkan ada guru yang berpotensi melaksanakan program secara individu berbanding dengan secara berkumpulan. 4.\t Guru kurang mempunyai keinginan untuk meningkatkan profesionalisme diri dan kurang mengambil berat tentang kebajikan murid menyebabkan kadar masalah disiplin yang runcing dalam kalangan murid. 5.\t Guru kurang berinspirasi menyebabkan sekolah tidak pernah terlibat dalam program inovasi atau program kokurikulum yang membina murid, hanya melaksanakan perkara wajib iaitu perjumpaan mingguan kokurikulum. Justeru itu dengan maklumat dan data yang ada saya telah melaksanakan TOWS Matriks bagi menentukan strategi yang sesuai untuk menangani isu yang terlibat. Analisis SWOT pula adalah satu proses di mana pihak pengurusan mengenal pasti faktor dalaman dan luaran dalam satusatu organisasi (Warren Lynch ,2020). Ia akan membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan seterusnya akan memebantu pengurusan merancang dan mengurus organisasi lebih efektif dan berkesan. Saya telah menyediakan beberapa strategi yang perlu dilaksanakan secara dalaman oleh saya sendiri atau dengan bantuan pihak luar atau pemegang taruh. Antara strategi yang disenaraikan ialah : 1.\t Penentapan Hala tuju sekolah bersama pentadbir serta memberi panduan landasan berpandukan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) Standard 1. 2.\t Mengembangkan Potensi Pemimpin Senior dan Pemimpin Pertengahan ke arah Pemimpin Berkesan. 3.\t Membangun keupayaan guru ke arah guru berkualiti. 4.\t Menggarap keterlibatan pemegang taruh dalam program sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. 82 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","STRATEGI 1: PENETAPAN HALA TUJU SEKOLAH BERSAMA PENTADBIR SERTA MEMBERI PANDUAN LANDASAN BERPANDUKAN SKPMG2 STANDARD 1 Dalam menentukan dan menyediakan tapak hala tuju sekolah, langkah seterusnya ialah dengan membuat 2 sesi perjumpaan dengan bantuan Pegawai Perancangan dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim bandar Baharu untuk memberi gambaran yang jelas tentang keperluan hala tuju sekolah yang perlu dibina bersama. Setelah 2 sesi yang diadakan maka terciptalah Aspirasi Sekolah yang dipersetujui bersama iaitu \u2018KEMENJADIAN MURID MELALUI EKOSISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI\u2019. Dari aspirasi ini maka setiap pentadbir yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum serta Guru-Guru Kanan Matapelajaran akan masing-masing membentuk hala tuju bidang masing-masing ke arah mencapai aspirasi yang diputuskan bersama. Kesepakatan inilah merupakan satu permulaan bagi menggerakkan dan membentuk tindakan yang selanjutnya bagi mencapai misi dan visi sekolah. Hala Tuju yang merupakan aspirasi sekolah adalah satu penentuan matlamat bagi memastikan kejayaan sekolah (Visi) dan merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut (Misi). Ini membawa maksud tersirat bahawa pemimpin sekolah berupaya untuk mendepani cabaran, menyelesaikan isu-isu hari ini dan meletakkan diri sendiri di dalam masa depan. Dalam tempoh masa kurang dari setahun, pemimpin yang strategik seharusnya dapat membentuk misi dan visi dengan mengambil kira tentang kepakaran dan kemahiran yang ada untuk merancang kecemerlangan sekolah. Gambar 1: Aspirasi Sekolah yang dipamerkan di sekitar sekolah STRATEGI 2 : MENGEMBANGKAN POTENSI PEMIMPIN SENIOR DAN PEMIMPIN PERTENGAHAN KE ARAH PEMIMPIN BERKESAN Pemimpin senior yang terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum perlu dilatih untuk menjadi perancang dan peneraju bagi bidang masing- masing. Berpandukan Standard 1 dari SKPMg2, Penolong-Penolong Kanan sentiasa diberi bimbingan dan sentiasa berbincang dengan Pengetua tentang keputusan yang akan dibuat. Dengan mengamalkan pemimipin berwawasan, saya akan memastikan keputusan yang dibuat oleh mana-mana Penolong Kanan mempunyai justifikasi yang relevan serta menepati matlamat yang ingin dicapai. Perjumpaan demi perjumpaan diadakan yang akhirnya membentuk satu kumpulan pengurusan yang mempunyai hala tuju yang sama dan mampu membentuk perancangan yang lebih baik. Program Bimbingan serta \u2018coaching\u2019 kepada Penolong-Penolong Kanan tentang hala tuju dan peranan Penolong Kanan dalam KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 83","menyambut aspirasi yang dibentuk dan dapat disebarluaskan kepada semua warga sekolah adalah penting. Sebagai Penolong Kanan, semestinya pengalaman memimpin yang ada, telah menyediakan satu tapak yang akan memudahkan pihak Pengetua. Namun begitu, dengan mengaplikasikan gaya kepimpinan berwawasan saya cuba mengembangkan potensi yang ada ke arah memahami peranan sebagai pemimpin senior yang lebih jelas. Dengan menggunakan indikator dalam SKPMg2 standard 1, iaitu Pengetua sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong, Penolong-Penolong Kanan didedahkan dengan aspek sebagai pemimpin iaitu aspek perancangan dan pemantauan. Dengan menggunakan One Page Project Manager (OPPM) sebagai alat untuk perancangan dan pemantauan, Penolong Kanan didedahkan teknik dan kaedah untuk menyediakan OPPM untuk bidang masing-masing. OPPM harus dijadikan rujukan bagi memastikan perjal Gambar 2: Program Bimbingan Kelompok bersama Pegawai PPD Kulim Bandar Baharu dalam membentuk hala tuju serta membina Perancangan Strategik Organisasi. Gambar 3: Perancangan Strategik Organisasi 2020-2022 Gambar 4: Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS) 84 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Sekolah merupakan satu sistem yang kompleks yang terdiri dari komponen-komponen yang saling bekerjasama dan saling bergantungan seumpama sebuah mesin bagi jam analog. Setiap komponen mempunyai peranan masing-masing dan sentiasa memahami tugas masing-masing agar tidak berlaku kesilapan pada sistem tersebut. Sekecil mana pun komponen yang terdapat dalam sistem tersebut atau sekecil mana pun tugas satu-satu komponen tersebut, peranan dan kepentingannya tidak boleh dinafikan bagi memastikan sistem sentiasa berjalan lancar. Setiap komponen dalam sistem tersebut perlu mengetahui peranan masing-masing dan memastikan peranan tersebut dilaksanakan sebaik mungkin bagi memastikan sistem sekolah lancar dan berkesan. Salah satu komponen yang memainkan peranan penting dalam perjalanan sistem sekolah ialah pemimpin pertengahan. Pemimpin pertengahan terdiri daripada Guru Kanan Matapelajaran, Ketua Panitia, Penyelaras Program, penyelaras tingkatan, Guru Kelas, Penyelia Tingkatan, Penyelaras Kokurikulum, Setiausaha-setiausaha Bidang dan Guru Cemerlang. Jika sesebuah sekolah yang kapasiti guru yang kecil, boleh dinyatakan bahawa semua guru adalah Pemimpin Pertengahan. Pemimpin Pertengahan inilah memainkan peranan yang penting dalam menyambut visi, misi serta aspirasi sekolah untuk dibawa dan difikirkan bersama dan dibincangkan bersama untuk memastikan semua dapat menghala langkah yang sama seterusnya mencari jalan dan idea bagi memastikan program yang dilaksanakan adalah ke arah pencapaian visi, misi dan aspirasi sekolah. Ternyata memang terdapat perkaitan diantara perlakuan pentadbir yang membuat penyeliaan guru dalam kelas dengan penentuan kemenjadian murid (Sheppard, 1996). Di sinilah pengetua yang mempunyai ciri kepimpinanan berwawasan membentuk karakter Pemimpin Pertengahan di sekolah supaya mempunyai kekuataan dari segi sikap, ilmu dan kemahiran. Bermula dari situ, saya menggunakan pendekatan menjadi pemimpin yang boleh diteladani dengan menyediakan program-program yang melibatkan peningkatan ilmu, sikap dan kemahiran bermula dengan satu kumpulan kecil Pemimpin Pertengahan iaitu Guru Kanan Matapelajaran. Saya bertindak sebagai fasilitator bagi beberapa program bimbingan yang dilaksanakan contoh program bimbingan membentuk hala tuju setiap bidang, program bimbingan membentuk OPPM dan bimbingan penjaminan kualiti bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di samping melaksanakan program dan aktiviti bersama serta memastikan Pengetua sentiasa ke depan dengan idea dan kaedah yang lebih baik. Contoh jelas dapat dilihat dimana saya yang juga ahli panitia Matematik bersama ahli panitia membina Rancangan Pengajaran Tahunan dengan pemetaan PBD bagi Matematik Tingkatan 4 dan juga menyediakan instrumen pentaksiran PBD bagi dua tajuk dalam Matematik Tingkatan 4. Di samping itu juga, saya memastikan tindakan yang diambil selari dengan apa yang dikatakan atau dalam Bahasa Inggeris dikatakan sebagai \u2018walk the talk\u2019, samada tentang pengurusan PdP dan juga pengurusan pentadbiran sekolah. Dari semasa ke semasa, saya membina keyakinan guru-guru kanan dalam membentuk tapak bagi perancangan ke arah pencapaian matlamat bidang melalui perjumpaan secara personal dan sentiasa membincangkan penambahbaikan dari segi peranan dan tugas masing-masing. Saya berharap dengan adanya kemahiran memimpin yang jelas, ilmu yang mantap dan keyakinan diri yang tinggi maka Guru Kanan ini akan dapat menarik sokongan dari guru-guru lain dalam bidang masing-masing ke arah pencapaian matlamat bidang. Setiap kali mesyuarat pengurusan dilaksanakan, peringatan tentang fokus kepada matlamat sekolah serta aspirasi yang perlu dibawa bersama. Sebagai satu suntikan semangat bagi setiap bidang, setiap bidang diminta untuk menyediakan aspirasi bidang. Semoga dengan aspirasi ini, akan membina serta meningkatkan motivasi guru bersama ke arah pencapaian matlamat sekolah. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 85","Rajah 1: Aspirasi bagi Setiap Bidang STRATEGI 3: MEMBANGUN KEUPAYAAN GURU KE ARAH GURU BERKUALITI GURU MENGAJAR MURID BELAJAR Dalam membentuk ekosistem yang berkualiti, ketetapan bahawa guru mengajar dan murid belajar harus diberi penekanan. Di sini pendekatan yang digunakan ialah Kepimpinan Melalui Teladan. Perkara utama dalam pengurusan sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran murid menjadi tonggak utama fokus Pengetua. Dengan mengaplikasi kaedah Kepimpinan Instruksional, saya memastikan PdP guru berjalan seperti yang sepatutnya berpandukan Model Kepimpinan Instruktional Hallinger dan Murphy (1985). 1.\t Memastikan wujud budaya belajar dapat dilihat. Pemantauan secara berterusan dengan membuat rondaan ketika kelas berlangsung. 2.\t Memastikan suasana yang kondusif secara menyeluruh bagi menyokong PdP. Memastikan fizikal sekolah diurus dengan baik. Fizikal sekolah diselenggara yang memakan belanja hampir RM20,000.00. 3.\t Memastikan barisan pentadbiran membuat penyeliaan hasil kerja murid secara sistematik dan berterusan. Berpandukan buku pengurusan jadual pencerapan dan semakan hasil kerja guru dilaksanakan. 86 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","4.\t Memastikan maklumbalas tentang kualiti pengajaran diperolehi untuk dibincangkan bersama ke arah penambahbaikan. 5.\t Menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas, tepat dan berfokus dalam bidang kurikulum. 6.\t Mampu menjadi rujukan berkaitan teori pembelajaran, pedagogi dan mampu melaksanakan PdP yang berkesan. 7.\t Mengajar subjek Matematik Ting 4. Dengan mengaspirasikan SKPMg2, Standard 1, saya sebagai pemimpin yang boleh meneraju, membimbing dan mendorong, telah mengambil peranan sebagai pemimpin dalam melaksanakan pemantauan perjalanan PdP dan serta pematuhan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum di sekolah. Memantau perlaksanaan Kurikulum Standar Sekolah Menengah (KSSM) yang berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dilaksanakan disamping memberi bimbingan kepada guru untuk memastikan guru dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) dengan mematuhi kriteria yang terdapat dalam Standard 4 SKPMg2. Ini seterusnya menjurus kepada pengaplikasian PAK 21 dalam kelas. Pada peringkat permulaan setiap hari Selasa dijadikan Hari PAK 21, seterusnya mulai tahun 2020 aplikasi PAK 21 digarapkan dalam setiap kelas setiap hari. Dengan latar belakang guru-guru yang mempunyai Sarjana dan merupakan pemeriksa kertas, maka mudah bagi saya membimbing guru-guru untuk mencapai matlamat Guru Berkualiti. Bimbingan terus diberikan kepada guru-guru melalui Guru Kanan dan Ketua Panitia yang bertindak sebagai Pemimpin Pertengahan bagi penyediaan item sebagai persediaan PT3 pada tahun 2020 melalui medium \u2018googlemeet\u2019. Pembinaan item ini perlu sebagai persediaan yang mana tahun 2020 soalan PT3 akan digubal sendiri oleh sekolah masing-masing. Gambar 5: Bimbingan secara online untuk semua guru tingkatan 3. Pemimpin Pertengahan yang terdiri daripada Guru Kanan dan Ketua Panitia diminta memantau perlaksanaan. Akhirnya sekolah telah dapat menyediakan 2 set item untuk PT3 bagi semua matapelajaran yang terlibat. Kekuatan dan kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada hasil kerja buat guru-guru di sekolah. Menurut Hussain Mahmood (2008), usaha untuk mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan terletak kepada pemimpin. Pemimpin yang mempunyai sikap positif dalam usaha meningkatkan kemajuan diri, kemajuan suasana sekolah, jati diri guru dan komitmen anggota akan mempengaruhi keberkesanan organisasi. Konsep guru mengajar dan murid belajar adalah satu konsep yang perlu diutamakan, namun begitu pengajaran guru juga harus dinilai serta diberi pengiktirafan jika didapati ianya berkesan dan mempunyai kekuatan, sementara bagai pengajaran yang ada kelemahan perlu dibincangkan penambahbaikan. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 87","INSPIRASI MENGUBAH SIKAP Dalam memastikan pengajaran berkesan sikap guru yang mengambil berat tentang murid sama ada dari segi latar belakang sosio ekonomi serta emosi mempunyai peranan yang besar dalam mewujudkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sikap prihatin guru telah dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang penting bagi meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid dalam peningkatan pencapaian dalam pembelajaran murid (Comadena, Hunt & Simonds, 2007). Sikap dan perangai manusia sukar diubah kecuali jika dia dapat melihat adanya ganjaran yang akan diterima pada penghujung perubahan sikap tersebut. Hal ini merujuk satu kajian terhadap seorang mangsa kemalangan yang bernama Eugene yang telah mengalami kecederaan di bahagian otak dan mengalami hilang ingatan, apabila dia telah pulih dari kecederaan dan dibenarkan pulang, dia masih melakukan perbuatan rutin yang dilakukan setiap pagi walaupun dia masih tidak mengingati tentang orang sekelilingnya sama ada isteri atau anaknya namun tindakan rutin tetap berlaku seperti sebelum kemalangan tersebut iaitu selepas bangun pagi dia akan keluar berjalan di kejiranan dan melalui jalan yang sama setiap pagi. Ini menunjukkan bahawa perubahan sikap bagi seseorang adalah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Satu lagi contoh yang diberi ialah tentang tabiat menggigit kuku seorang budak perempuan yang sangat sukar diubah. Dengan mengutarakan dan memperkenalkan ganjaran, tingkah laku yang menjadi amalan dengan perlahan-lahan akan berubah ke arah perlakuan yang dikehendaki, (Charles Duhigg, 2020). Di sinilah saya menggunakan gaya kepimpinan inspirational untuk membuka minda guru-guru bahawa setiap guru seharusnya dapat membina tapak untuk peningkatan profesionalisme masing- masing. Guru digalakkan menyertai pertandingan atau pembentangan Kajian Tindakan juga inovasi sebagai tapak untuk meningkatkan profesionalisme guru. Program dalaman dianjurkan contohnya perkongsian Kaedah PdPR yang berkesan dan \u2018Road To GC\u2019 telah membuka jalan dan minda guru untuk lebih melibatkan diri dalam program peningkatan profesionalisme ini. Bermula dengan gerakan satu kumpulan kecil seramai 3 orang, pada hujung tahun 2020, kumpulan guru yang bertindak sebagai pembimbing ini telah bertambah kepada 10 orang. Sebagai pembimbing dan pendorong, saya sentiasa memberi dorongan dan galakan serta sentiasa membantu dengan mencetuskan idea yang baru bagi membantu kumpulan guru-guru yang mempunyai motivasi yang tinggi ini membina tapak untuk peningkatan profesional di samping meningkatkan kemahiran dalam memastikan PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan. Keupayaan mempengaruhi ini telah membawa kepada keyakinan kepada tiga orang guru untuk bersedia dan menyediakan tapak untuk permohonanan Guru Cemerlang iaitu bagi subjek Sains, Matematik dan PJK. Di samping itu juga, seorang guru telah berjaya mendapat Naib Johan pertandingan inovasi peringkat kebangsaan, seorang guru mendapat Naib Johan pembentangan peringkat antarabangsa, dan 5 hingga 6 orang guru telah mempunyai \u2018Channel Youtube\u2019 masing-masing yang dikongsikan bahan dengan guru-guru serta pelajar seluruh Malaysia. Sebagai Jurulatih Daerah bagi PBD kategori saya memberi bimbingan yang terperinci tentang perlaksanaan PBD dari 4 aspek utama iaitu perancangan, perlaksanaan, pertimbangan profesional dan penjaminan kualiti. Bimbingan yang berterusan kaedah dan pengurusan yang melibatkan perancangan, pelaksanaan, pertimbangan profesional dan penjaminan kualiti yang merupakan elemen langsung guru-guru diberi dalam beberapa sesi yang jelas. Bimbingan penghasilan Rancangan Pengajaran Tahunan dengan pemetaan PBD serta proses Moderasi yang merupakan satu proses pementoran telah menyelesaikan isu Pentaksiran Bilik Darjah yang selama ini dianggap sebagai satu pentaksiran yang agak sukar dilaksanakan dan dianggap sebagai pentaksiran yang tidak diberi perhatian oleh guru- guru serta waris murid. 88 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Walaupun pada hakikat sebenarnya Pentaksiran Bilik Darjah merupakan satu pentaksiran yang wajib dilaksanakan dengan betul dan menepati kriteria di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang merupakan dokumen yang utama dan penting bagi perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Malaysia (KSSM). Dengan berlakunya pandemik Covid-19 ini, yang mana menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil keputusan bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan, telah menyebabkan Pentaksiran Bilik Darjah diberi perhatian yang lebih. Namun dengan kesediaan guru dan bimbingan yang berterusan dari Pengetua dan Guru Kanan, proses melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bimbingan yang dilaksanakan dengan lebih baik dan pemberian Tahap Penguasaan untuk murid diletakkan dengan lebih adil. Disamping itu, juga guru lebih berkeyakinan apabila memberi penjelasan kepada waris semasa proses pelaporan diadakan. Gambar 6: Bimbingan dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Tahun dengan pemetaan PBD kepada pentadbir dan guru-guru Matematik Tingkatan 4 oleh Pengetua. PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL Pengetua serta pentadbir sentiasa memantau keberkesanan pengajaran guru mengajar samada melalui pencerapan atau perbincangan bersama guru-guru tentang pencapaian murid dalam mesyuarat-mesyuarat yang dilaksanakan. Dalam memastikan keberkesanan pengajaran guru saya menegaskan akan kepentingan dan perlunya guru sentiasa meningkatkan profesion kendiri dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa yang membawa kepada perubahan sikap guru, penerangan yang jelas tentang perlunya peningkatan profesionalisme ke arah kemajuan murid telah diberi di samping kemajuan guru itu sendiri. Budaya belajar harus diterapkan bagi memastikan guru dapat membuat penilaian tentang pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Pembelajaran Profesional merupakan proses yang perlu dilakukan oleh guru bagi meningkatkan profesionalisme diri ke arah peningkatan prestasi murid. Konsep persekitaran pembelajaran yang ditekankan dalam Modul 4 TS25 merupakan satu konsep yang perlu dilaksanakan sepanjang masa. Saya mewujudkan persekitaran Pembelajaran Profesional dalam kalangan guru dengan memberikan laluan yang boleh membawa kepada peningkatan dan ganjaran kepada guru. Di sini lah saya bertindak sebagai pemimpin sekolah cuba membina persekitaran pembelajaran profesional. Persekitaran pembelajaran profesional merupakan satu alat dan proses yang boleh digunakan bagi meningkatkan kompetensi guru. Justeru itu wujudlah berbagai program yang melibatkan peningkatan profesional guru dan program utama ialah Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dalam kalangan guru. Budaya pembelajaran ini yang bertujuan bagi meningkatkan prestasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta prestasi murid amnya akan menjurus kepada pembentukan dan pencapaian matlamat aspirasi sekolah iaitu membina Ekosistem Pendidikan yang berkualiti. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 89","Membudaya PLC bukan satu proses yang mudah, namun dengan membuktikan bahawa melalui PLC peningkatan profesional akan berlaku samada dari segi peningkatan gred atau jawatan atau keyakinan diri, ini telah membawa kepada perubahan sikap guru-guru untuk sentiasa meningkatkan ilmu, pengetahuna serta kemahiran guru tersebut. Bagi memastikan persekitaran pembelajaran profesional ini akan terus dibudayakan, pengiktirafan diberikan berupa Siji Penghargaan sebagai satu motivasi kepada yang bertindak sebagai fasilitator. PERSEKITARAN YANG POSITIF Sebagai pemimpin, seperti yang dibincangkan, saya memainkan peranan yang penting dalam memberi inspirasi kepada guru-guru. Inspirasi bukan lebih kepada bentuk material walaupun itu boleh dlihat dengan mata kasar, namun inspirasi ialah komitmen yang jelas ditunjuk dalam setiap program atau aktiviti yang dilaksanakan diperingkat sekolah. Penglibatan dan sokongan serta keberadaan Pengetua dalam setiap aktiviti menjadi satu sumber inspirasi kepada semua guru dalam melaksanakan tugas yang terbaik. Di samping itu juga pemimpin yang berinspirasi ini juga adalah pemimpin yang mendengar serta menerima idea dari orang-orang yang bawah seliaannya. Seorang pemimpin dapat menanamkan Inspirasi dalam Kepimpinan mereka. Dalam membina dan membentuk watak sekolah yang berkualiti, persekitaran kerja yang positif sangat diperlukan. Persekitaran yang positif ini akan membina emosi yang baik dan seterusnya menjana idea yang dan semangat untuk bekerja dengan lebih baik. Dapat dilihat bahawa, sebahagian daripada persekitaran pekerjaan yang seorang pemimpin kendalikan memberi kesan kepada semangat pekerja bawahan. Jika pengurusan dapat menyediakan persekitaran atau budaya yang positif, maka motivasi dan semangat bekerja akan lebih baik. Persekitaran kerja dan produktiviti tenaga kerja di tempat kerja menyatakan persekitaran dan budaya yang positif di tempat keja telah meningkatkan produktiviti jauh melebihi dari biasa (Siti Hanisah Ismail, 2019). Bagi mewujudkan persekitaran yang positif ini, saya mengamalkan sikap yang positif. Sikap yang suka menyalahkan guru serta mencari kekurangan guru dan menunjukkan kesilapan guru akan menyebabkan persekitaran yang positif sukar untuk diperolehi. Saya juga sering memastikan kebajikan guru diberi perhatian. Ini telah membantu membina reputasi yang baik dalam kalangan guru. Sikap bersedia membantu dan memudahkan urusan dengan semua kakitangan sekolah telah membentuk satu ekosistem yang positif dalam sekolah. STRATEGI 4: MENGGARAP KETERLIBATAN PEMEGANG TARUH DALAM PROGRAM SEKOLAH BAGI MENCAPAI MATLAMAT SEKOLAH. SEDERAP KE ARAH KEMENJADIAN MURID Dalam membentuk watak sekolah yang berkualiti, peranan pemegang taruh juga besar. Keterlibatan pemegang taruh dalam beberapa program jelas, antara pemegang taruh yang terlibat ialah Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai Seranta, PIBG, PPK dan UNIKL (institusi berhampiran) untuk guru dan juga murid. Program untuk pentadbir dan guru telah dijelaskan di atas. Program bersama murid seperti program disiplin, Karnival STEM, Latihan kawat kaki dan program Kelulut dilaksanakan bagi mengembangkan potensi pelajar disamping menambahkan pengalaman dan ilmu dalam bidang-bidang tersebut. Program yang dianjurkan melibatkan semua pemegang taruh ini. Sokongan dari segi usaha, masa dan idea yang diberikan telah menampakkan hasil. 90 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","KEJAYAAN SEKOLAH Terdapat beberapa kejayaan yang dapat dilihat dalam tempoh 2 tahun berkhidmat di SMK Tunku Panglim Besar. Ternyata apabila diberi penekanan yang betul pada tempat yang betul maka hasilnya akan kita dapat lihat dengan jelas. Berikut adalah antara kejayaan yang telah diperolehi oleh SMK Tunku Panglima Besar dalam tahun 2019-2020. Gambar 6: Bimbingan dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Tahun dengan pemetaan PBD kepada pentadbir dan guru-guru Matematik Tingkatan 4 oleh Pengetua. Gambar 8: Pencapaian Kourikulum KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 91","Gambar 9: Kejayaan-kejayaan lain dalam tahun 2019\/2020 PENUTUP Dalam tempoh 2 tahun bermula 17 Mac 2019 sehingga 22 Mac 2021, saya mengaplikasikan gaya kepimpinan Instruktional, Berwawasan dan Insipirational, telah berupaya mengubah watak sekolah kepada lebih baik. Watak sekolah ini telah menjurus kepada pencapaian aspirasi sekolah iaitu Kemenjadian Murid Melalui Ekosistem PendidikanYang Berkualiti. Sebagai Pengetua saya juga perlu sentiasa cakna dengan persekitaran sekolah agar dapat membuat perncangan untuk penambahbaikan sekolah dengan lebih tersusun dan mengaplikasikan corak pemikiran yang lebih bersistem. 92 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","RUJUKAN Warren Lynch (2020). Strategic Planning to Actionable Items: From SWOT to TOWS Analisis. https:\/\/ warren2lynch.medium.com\/from-swot-to-tows-analysis-55ac394064b7 Sheppard, B. (1996). Exploring the transformational nature of instructional leadership. The Alberta Journal of Educational Research, 42(4), pp. 325-344. Hallinger, P and Murphy (1985) Assessing the Instructional Management Behaviour of Principals. The Elementary School Journal, (86, 217-247) Hussein Mahmod. (2008). Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah. Edisi kedua.Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Comadena, Hunt & Simonds, (2007) The Effect of Teacgher Clarity, Nonverbal Immediacy and Caring on Student Motivation, Affective and Cognitive Learning. Charles Duhigg, (2020). The Power OF Habit , Publishing House Rumah - Sumber Manusia, (2019). Apa Yang Menjadikan Pemimpin Inspirational Kepada Orang? Siti Hanisah Ismail (2020). Kajian Kes Di Malaysia Hubungan di Antara Persekitaran Kerja dan Produktiviti Tenaga Kerja (pp 11-23) . UTHM KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 93","","GAPAI CEMERLANG SMK SERDANG Saniah Binti Che Omar Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang","","PENGENALAN Kepimpinan berkesan memainkan peranan yang amat penting dalam merangka hala tuju dan denyut nadi perjalanan sekolah. Sepertimana dinyatakan dengan jelas oleh Model Sekolah Transformasi 2025 (TS25), elemen kemenjadian murid dan sekolah berkualiti akan tercapai menerusi kolaborasi yang mantap antara pemimpin yang berkesan, guru yang berkualiti dan sokongan PIBG dan komuniti yang tekal. Semua ini akan membentuk persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang bermakna yang diperkukuhkan menerusi penguasaan pedagogi dan pentaksiran oleh guru berdasarkan penguasaan terhadap dokumen standard kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Untuk menjadi pemimpin berkesan, gaya kepimpinan transformasional sangat sesuai diadaptasikan oleh Pengetua baharu dalam menguruskan perjalanan sekolah. Kepimpinan transformasional merujuk kepada pemimpin yang cenderung untuk melaksanakan idea-idea baharu dan sentiasa melakukan transformasi kendiri. Pada masa yang sama kekal fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di persekitaran mereka, dan tanpa jemu sentiasa berusaha memastikan perubahan ini memberi impak yang positif kepada individu di sekeliling mereka. Berbekalkan semangat ini, saya memulakan tugas pertama sebagai Pengetua di SMK Serdang, Kedah pada 12 Mei 2019. Terletak di daerah Bandar Baharu, SMK Serdang merupakan salah satu dari lima buah sekolah menengah di daerah ini. Sekolah ini terletak di pekan Serdang dan merupakan antara sekolah pilihan warga setempat berdasarkan kemudahan asrama yang ditawarkan, lokasi yang berhampiran dengan pekan dan prestij sebagai sekolah terbaik di daerah Bandar Baharu. Saya merupakan Pengetua yang ke 16 sejak sekolah ini beroperasi pada tahun 1962. PROFIL SEKOLAH Infografik Profil Sekolah 97 KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL","MENGENAL PASTI ISU Sebagai seorang Pengetua yang baharu di sekolah tersebut, perkara yang paling utama adalah mengenal sekolah yang diterajui. Tidak ada pendekatan yang terbaik kecuali membuat pemerhatian dan membuat analisis secara kritis tentang pelbagai aspek perjalanan sekolah pada sebulan pertama di sekolah tersebut. Tempoh masa sebulan diambil kerana sewaktu mula bertugas, sekolah berada dalam cuti pertengahan tahun. Maka untuk dua minggu pertama, yang jatuh di dalam tempoh cuti tersebut, digunakan untuk mengenali persekitaran, pekerja kontraktor pembersihan, pasukan pengawal keselamatan dan staf AKP serta data-data sekolah. Tempoh dua minggu kedua pula, setelah sekolah dibuka semula untuk Penggal ke 2, digunakan untuk mengenali JK Pengurusan Sekolah, guru-guru, murid, pekerja kantin sekolah dan pekerja kontraktor dewan makan asrama. Antara aspek utama yang diberi perhatian adalah budaya kerja guru dan staf, budaya belajar murid, latar belakang guru dan murid, cara komunikasi guru dan pentadbir, baik secara bersemuka atau secara atas talian melalui media sosial. Tidak kurang pentingnya adalah menganalisis persepsi guru dan murid terhadap imej sekolah. Persoalan seperti pandangan guru dengan pencapaian mereka sebelum ini, adakah guru gembira berkhidmat di sekolah ini dan adakah murid bangga bersekolah di sini perlu dijawab dengan telus dan jujur. Semua ini dilakukan secara pemerhatian dan perbincangan santai antara saya dengan guru dan murid. Pada masa yang sama, saya juga menganalisis data sekolah seperti data e-operasi, EMIS, APDM, PAJSK, headcount, analisis pencapaian SPM dan STPM tahun-tahun lepas dan analisis peperiksaan dalaman semasa untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan guru dan murid. Berdasarkan analisis persekitaran tersebut, beberapa isu telah dikenalpasti. Yang pertama ialah isu pertukaran Pengetua yang kerap. Contohnya dalam tempoh 5 tahun, bermula dari 2015 hingga 2019. terdapat seramai 5 orang Pengetua yang bertukar ganti dengan purata setiap tahun seorang pengetua. Malah ada Pengetua yang belum cukup tempoh setahun pun bertugas di sini telah pun bertukar keluar. Dalam 5 orang pengetua ini, saya sahaja dari PPD Kulim Bandar Baharu, sementara yang lain, sama ada datangnya dari PPD Kuala Muda Yan, PPD Kota Setar atau PPD Kubang Pasu. Ini menjadi punca kepada hala tuju sekolah yang sering berubah, pendekatan kepimpinan yang berbeza-beza dan fokus yang tidak selaras. Ini ditambah lagi apabila 80 peratus guru merupakan guru lama yang telah berkhidmat melebihi tempoh 5 tahun di sini. Justeru, guru-guru menjadi mangli dan mengambil sikap tidak acuh dengan perubahan kepimpinan dan sebaliknya membentuk budaya kerja kendiri masing- masing. Ini merupakan satu cabaran kepada Pengetua baharu untuk menarik semula semua guru untuk kembali sederap melangkah di atas landasan yang sama. Isu kedua merujuk kepada trend pencapaian SPM tahun-tahun lepas. Berikut merupakan data pencapaian SPM SMK Serdang untuk tempoh dari 2015 hingga 2018. Tahun Calon Jadual 1: Pencapaian SPM SMK Serdang dari tahun 2015 hingga 2018 Semua G GPS Hadir PENCAPAIAN SPM Bil % 2015 3 3.3 6.25 2016 90 Semua A+ Semua A Minimum 6A Lulus Semua Layak Sijil 4 4.7 5.68 2017 85 Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % 6 5.8 5.83 2018 103 0 0.0 0 0.0 1 1.1 20 22.2 71 78.9 2 1.7 5.49 116 0 0.0 1 1.2 6 7.1 33 38.8 63 74.1 0 0.0 0 0.0 2 1.9 32 31.1 83 80.6 0 0.0 0 0.0 3 2.6 61 52.6 94 81.0 98 INSTITUT AMINUDDIN BAKI","Jadual 1 menunjukkan untuk tempoh 5 tahun yang lepas, hanya seorang sahaja yang berjaya memperoleh semua A iaitu pada tahun 2016. Peratus pencapaian minimum 6A juga yang tertinggi pada tahun 2016. Manakala peratus lulus semua dan peratus layak sijil semakin meningkat. Peratus semua G menguncup agak drastik pada tahun 2018. Gred Purata Sekolah juga semakin baik. Kesimpulan yang boleh diambil ialah rata-rata pencapaian murid adalah sederhana. Sangat sedikit murid yang cemerlang. Sebagai sekolah pencapaian sederhana. fokus utama haruslah kepada peningkatan peratus minimum 6A dan peratus layak sijil. Intervensi berfokus adalah sangat perlu dan murid-murid yang disasar cemerlang perlu dikenalpasti. Seterusnya merujuk kepada data kehadiran. Persoalan yang perlu diambil kira adalah sama ada masalah kehadiran menyumbang kepada pencapaian SPM. Namun berdasarkan data peratus kehadiran murid untuk Januari\u2013April 2019 pada Jadual 2, didapati peratus kehadiran murid pada tahap yang cemerlang iaitu 91.56. Ini bermakna kehadiran bukan satu isu. Jelas sekali kehadiran murid tidak dioptimumkan untuk peningkatan prestasi murid. Jadual 2: Peratus kehadiran murid untuk Januari - April 2019 TINGKATAN ENROLMEN PERATUS KEHADIRAN KESELURUHAN MURID 1 JAN FEB MAC APR 95.65 2 88.39 3 126 96.25 95.35 94.39 94.75 91.19 4 93.43 5 97 90.07 90.34 87.84 85.31 92.11 6 ATAS 98.06 PERALIHAN 106 93.84 90.61 90.34 89.98 82.08 JUMLAH 91.56 93 93.29 93.38 94.74 92.29 99 93.33 91.58 92.33 91.18 38 95.69 98.64 99.11 98.81 7 79.02 81.63 84.82 82.86 608 91.64 91.65 91.94 90.74 Seterusnya merujuk pula kepada analisis pencapaian murid Tingkatan 5 semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 pada Jadual 3. Jadual 3: Analisis Perbandingan AR 2 dengan OTI 2 Tingkatan 5 dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 Tahun Calon Semua A+ Semua A Minimum 6A Lulus Semua Layak Sijil Semua G GPS Hadir Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % OTI2 5.83 AR2 100 0 0.0 0 0.0 2 2.00 28 28.0 70 70.0 3 0.03 6.09 Beza 5.83 ETR 100 0 0.0 0 0.0 0 0.00 9 0.09 76 76.0 3 0.03 5.01 00 -2 32 31.1 83 80.6 6 5.8 100 0 0.0 0 0.0 4 4.00 61 61.0 88 88.0 0 0.00 Merujuk kepada jadual di atas, 2 orang murid yang disasarkan memperolehi 6A tidak tercapai. Untuk lulus semua pula, 17 orang murid tidak mencapai sasaran. Namun begitu peningkatan dalam bilangan murid yang layak sijil melebihi sasaran merupakan satu petanda positif bahawa ETR mungkin akan tercapai. Bilangan murid gagal semua menepati sasaran, maka cabaran adalah untuk memastikan tiada yang gagal semua adalah sangat tinggi. Banyak usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan gred purata sekolah mencapai sasaran. KEPIMPINAN NOVIS PGB NPQEL 99","INTERVENSI PENAMBAHBAIKAN Gaya kepimpinan transformasional membentuk satu pegangan yang banyak membantu tindakan dan pendekatan saya. Kerangka teori kepimpinan transformasional Burns (1978) dan Bass (1985) menggariskan empat dimensi utama yang perlu diberi perhatian oleh seorang pemimpin iaitu pengaruh yang karismatik, rangsangan intelek, motivasi berinspirasi dan pertimbangan individu. Secara ringkasnya, pengaruh yang karismatik digambarkan sebagai seorang pengetua yang mempunyai visi dan misi yang jelas serta berani menghadapi risiko. Menerusi rangsangan intelek, pemimpin transformasi secara tidak langsung menggalakkan pengikutnya berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Faktor ini menggalakkan suatu bentuk pemikiran baru dalam menyediakan subordinat yang mampu mengenal pasti cabaran dan menjadikan mereka orang yang berani menghadapinya (Abdullah & Ainon, 2007). Motivasi berinspirasi menggariskan peranan pengetua dalam memberi sokongan moral di samping keperluan dan kemudahan yang diperlukan bagi meningkatkan dan mengekalkan motivasi guru dalam menjayakan matlamat organisasi sekolah. Menerusi pertimbangan individu, interaksi dan hubungan kerja yang kondusif di antara pemimpin dengan pengikutnya akan terbina kerana pemimpin transformasi peka terhadap keperluan pengikutnya sebagai seorang individu. Daripada analisis persekitaran yang telah dibuat, beberapa pendekatan baharu untuk menangani beberapa isu perlu dibuat. Sebagai Pengetua baharu yang mula bertugas di pertengahan tahun, tiada perubahan dasar yang dibuat. Yang berubah hanyalah strategi dan pendekatan. Dalam menangani perubahan ini, saya banyak merujuk kepada Model 8 Langkah Kotter. Banyak tindakan intervensi yang telah dibuat oleh saya. Namun untuk tujuan penulisan ini, fokus diberikan kepada intervensi saya untuk program peningkatan prestasi dalam peperiksaan SPM yang dinamakan Program Cemerlang SPM SMK Serdang 2019. Model 8 Langkah Kotter menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan perubahan yang dibawa dapat dilaksanakan secara teratur dan terkawal. Secara ringkasnya, Model 8 Langkah Kotter boleh diterangkan seperti berikut. Langkah pertama dimulakan dengan mewujudkan kesegeraan atau kesedaran untuk berubah. Seterusnya perlu dibentuk satu pasukan yang kuat yang akan memacu perubahan yang akan dibawa. Seterusnya, visi yang telah dirangka perlu disampaikan dan disebarkan agar difahami dan dihayati semua. Ini diikuti dengan penurunan kuasa kepada warga sekolah untuk bertindak berlandaskan visi yang dikongsi. Syarat utama untuk berjaya adalah merangkan kejayaan jangka pendek yang mampu dicapai sebagai motivasi untuk kejayaan yang lebih besar. Analisis akan dibuat untuk mengukuhkan strategi dan membuat penambahbaikan di mana penjajaran perlu dilakukan agar fokus mampu dicapai. Dan langkah terakhir adalah cabaran untuk membudayakan perubahan ini. Langkah pertama yang dilakukan adalah mewujudkan kesegeraan untuk berubah. Di dalam mesyuarat guru yang pertama yang dipengerusikan oleh saya, data analisis pencapaian murid Tingkatan 5 dikongsi bersama dengan semua guru dan penekanan diberi kepada perkara-perkara yang perlu diberi perhatian segera untuk melonjakkan pencapaian SMK Serdang dalam tempoh masa yang ada sebelum SPM berlangsung. Di dalam mesyuarat ini juga dikongsi visi dan misi kepimpinan sekolah untuk kemajuan sekolah berdasarkan aspirasi PENGAJARAN BERKESAN, MURID TERBILANG. Pengajaran berkesan merujuk kepada guru yang memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T., 1994). Pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan menguasai topik dan perkara yang hendak diajar. Guru perlu menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan kelas, teknik penyoalan, teknik penyampaian 100 INSTITUT AMINUDDIN BAKI"]


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook