Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Majlis Persada_13112022-

Majlis Persada_13112022-

Published by jessyganie, 2023-02-17 01:58:35

Description: Majlis Persada_13112022-

Search

Read the Text Version

["INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 Dr. Noraini binti Abdullah Dr. Nor Azman bin Mohamed Pn. Maryati binti Athan Dr. Siti Fairuz binti Murshid TS Azhar bin Osman RINGKASAN EKSEKUTIF Kursus Dasar Awam dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DADPK) merupakan Kursus CPD anjuran Jabatan Pengurusan Dasar & Perancangan IAB kepada PGB seluruh Malaysia. Era pandemik menyebabkan kursus ini dijalankan secara dalam talian melalui Projek WOW iaitu penggunaan aplikasi digital seperti sidang video Google Meet, aplikasi Wordwall, penggunaan Google Jamboard dan breakout room bagi menjadikan sesi latihan dalam talian menarik dan berkesan setanding kursus secara bersemuka konvensional. Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk PGB dibimbing secara berterusan bagi memastikan dasar-dasar kerajaan yang telah disampaikan melalui kursus DADPK disebarluaskan kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu inovasi Projek WOW 2.0 dilaksanakan dengan penambahbaikan agar memberi impak yang lebih baik bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian latihan serta memastikan dasar kerajaan dan dasar pendidikan dapat disebarluaskan kepada semua warga sekolah di Malaysia. 41","MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 12.2.5\t KUMPULAN PAC ONE COACH PAGE TOOLS (OPCT) AHLI KUMPULAN: Dr. Ahmad Rafaai bin Ayudin\t Dr. Suffian bin Hj. Jalet\t En. Minhad bin Mohtah Cik Afidah binti Ahmat Sahari\t Pn. Beatrice Paul Diring\t Pn. Nur Agnes Linda Andrew Bowgel\t Pn. Hasanah binti Sapawi\t RINGKASAN EKSEKUTIF Menjadikan amalan coaching sebagai budaya dalam organisasi memerlukan keyakinan diri untuk melaksanakannya. Seseorang yang menjadi coach perlu mempunyai minda sebagai seorang coach, tahu apa yang perlu dilaksanakan dan bagaimana melaksanakannya. Kemahiran Coaching boleh dipelajari dan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Komen tentang rendahnya penggunaan platform Konsultasi Sentral Sehenti Maya Integrasi Kepimpinan (KOSSMIK) dalam kalangan pensyarah, permintaan yang diajukan oleh SIP+ ketika dialog bersama rakan strategik di PPD tentang standard pelaksanaan sesi coaching dan persediaan pre-coaching mencetuskan idea untuk memikirkan produk inovasi yang boleh digunakan untuk melakukan penambahbaikan amalan coaching (PAC) melalui penggunaan alat yang mudah berbentuk One Page Managerial (OPM) dapat memberi gambaran menyeluruh tentang minda seorang Coach dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan. One Page Coach Tools (OPCT) ini mengandungi tujuh dimensi Coaching Minds iaitu: (1) Penstrukturan (structuring), (2) Pemetaan masteri (mapping), (3) 42","INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 Keterlibatan mendengar (listening), (4) Penerokaan maklumat (exploring), (5) Sumber maklumat (sourcing), (6) Pengamatan dan pemerhatian (observing) dan (7) Peranan coach yang berkesan (the coach role). Keberkesanan OPCT ini terbukti setelah SIP+ menggunakannya sebagai persediaan ketika memberikan bimbingan kepada pemimpin dan pengurusan sekolah sewaktu job shadowing Program EMLeCS. Proses bimbingan menjadi lebih teratur dan sistematik seiring dengan peningkatan kemahiran mengendalikan sesi perbualan coaching. 13.0\t SENARAI PEMENANG KIK 13.1\t KATEGORI PENCIPTAAN JOHAN : KUMPULAN EZ BEST \t 43","MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM NAIB JOHAN: KUMPULAN CHECKMATE \t\t KETIGA: KUMPULAN SYUKUR \t \t 13.2\t KATEGORI PENAMBAHBAIKAN JOHAN: KUMPULAN PRIME 44","INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 NAIB JOHAN: KUMPULAN WOW Dasar 45","MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM \t KETIGA: KUMPULAN Xclent 14.0\t ANUGERAH BINTANG 14.1\t KATEGORI PENCIPTAAN 14.1.1\t TIGA BINTANG 46","INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 \t 14.1.2\t EMPAT BINTANG \t 47","MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 14.1.3\t LIMA BINTANG 14.2\t KATEGORI PENAMBAHBAIKAN 14.2.1\t TIGA BINTANG \t 48","INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 14.2.2\t EMPAT BINTANG \t \t 15.0\t PERSEMBAHAN TERBAIK KUMPULAN I-QV 49","MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 16.0\t PERSEMBAHAN BERPOTENSI KUMPULAN THE 5S 17.0\t IMPAK PERSADA INOVASI Penyertaan dalam KIK ini banyak memberikan impak kepada peserta yang terlibat. Bukan setakat itu sahaja, penyertaan ini turut memberikan mereka peluang untuk menyumbang kepada organisasi menerusi penghasilan bahan-bahan inovasi yang pelbagai. Di samping itu juga, ia turut melibatkan aspek pembangunan modal insan dalam pengurusan kerana semasa proses penghasilan projek KIK, setiap ahli akan bekerjasama dan memberikan idea untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Secara tidak langsung, konsep pengurusan kemanusiaan dapat dipupuk bagi meningkatkan aspek kerjasama dari semasa ke semasa. \t Pertandingan KIK ini juga merupakan mekanisme yang melibatkan semua pihak dalam mencari solusi bagi penyelesaian masalah untuk membuat penambahbaikan dalam organisasi. Kaedah penyelesaian masalah tersebut menjadi sebahagian daripada penambahbaikan proses kerja untuk kebaikan bersama. Di samping itu, knowledge-based dan creativity driven menjadi perkara yang penting bagi peningkatan nilai tambah dalam perkhidmatan bagi sesebuah organisasi. \t Impak Majlis Persada Inovasi ini juga turut memberikan pelbagai pengalaman kepada peserta pertandingan KIK dalam menghasilkan pelbagai bentuk inovasi perkhidmatan yang dapat memudahkan kerja buat dalam organisasi. Setiap inovasi yang diketengahkan akan dibentangkan dalam pelbagai bentuk persembahan untuk memudahkan semua pihak dalam membuat penilaian sebelum perkara ini dapat diisytiharkan sebagai bahan yang boleh digunakan untuk kegunaan sesebuah 50","INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 organisasi. Penghasilan bahan-bahan inovasi akan meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian perkhidmatan di Institut Aminuddin Baki khasnya dan di sektor awam, umumnya. \t Pendigitalan bahan-bahan inovasi telah menjadi fokus utama dalam pertandingan KIK semenjak pandemik COVID-19 melanda. Secara tidak langsung, pertandingan KIK ini menjadi salah satu platform untuk peserta mempelajari secara lebih mendalam mengenai teknik-teknik mencipta bahan inovasi dengan menggunakan teknologi komputer. Ini juga menunjukkan impak kepada inovasi pada zaman digital banyak memperlihatkan penghasilan penggunaan teknologi baharu. Hal ini turut memberikan impak kepada penghasilan inovasi dengan menggunakan teknologi terkini dan bakal menjadi menjadi penanda aras dalam pertandingan KIK di masa hadapan. Kaedah pendigitalan teknologi semasa ini menjadi strategi utama dalam penghasilan inovasi yang memberikan impak yang ketara dalam pertandingan inovasi di akhir-akhir ini. Sesungguhnya, program inovasi di Institut Aminuddin Baki telah memperlihatkan pembudayaan inovasi digital dalam penghasilan input yang membawa kepada proses, output dan akhirnya memperlihatkan outcome yang memberikan impak yang baik kepada warga IAB. \t 51","MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 52"]


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook