KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022
PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 TEMA INOVASI PENGGERAK KESINAMBUNGAN ORGANISASI 23 MEI HINGGA 27 MEI 2022
PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022
KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 2022
Diterbitkan oleh: Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK Nilai, Negeri Sembilan Tel:06-7979200 http://iab.moe.edu.my e-mel:[email protected] Urusan Penerbitan oleh: Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK ©Hak Cipta Institut Aminuddin Baki 2022 Muat naik Pertama 2022 Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu. ISBN: Data Pengkatalogan Pengurus Penerbitan Nor Ishsan bt. Ab. Razak Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman Gigawise
Jawatankuasa Penerbitan Penaung Dato’ Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus Pengarah Institut Aminuddin Baki Penasihat Dr. Haji Abd. Razak bin Manaf Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Profesional) Encik Abdul Mu’ti bin Ahmad Ketua Pusat, Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi Penyelenggara Wan Zaliha binti Wan Othman PhD Mahathir Fansuri bin Azizan Ketua Editor Haji Md. Rahaimi bin Rashid@Yaacob Editor Wan Zaliha binti Wan Othman, PhD Mahathir Fansuri bin Azizan Noor Zamimi binti Mohd Zahari Elango Periasamy, PhD Manoharan a/l Muthusamy Nor Ishsan binti Ab. Razak Zuriah binti Mad Ali Tajulashikin bin Jumahat, PhD Suriati binti Suhaimi
KANDUNGAN Kata Alu-aluan 1 Pengarah Kata Alu-aluan Ketua Pusat 2 Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi Prakata 3 Ketua Jabatan Jabatan Pengurusan Inovasi dan Kualiti 4 5 1.0 Tujuan 5 2.0 Objektif 6 3.0 Syarat-syarat Penyertaan 7 4.0 Bidang dan Kategori Projek KIK 7 8 5.0 Kriteria Projek KIK 9 6.0 Jenis KIK 10 7.0 Pembentukan Kumpulan 10 8.0 Penilaian 9.0 Pengiktirafan 11 17 10.0 Ringkasan Proses Persediaan Majlis Persada Inovasi 17 Perkhidmatan Awam 35 43 11.0 Gambar-gambar Sepanjang Majlis Persada Inovasi 46 12.0 Ringkasan Eksekutif Projek KIK 46 48 12.1 Kategori Penciptaan 49 12.2 Kategori Penambahbaikan 50 13.0 Senarai Pemenang KIK 50 14.0 Anugerah Bintang 14.1 Kategori Penciptaan 14.2 Kategori Penambahbaikan 15.0 Persembahan Terbaik 16.0 Persembahan Berpotensi 17.0 Impak Projek Persada Inovasi
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 Kata Alu-aluan Pengarah Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pengurusan Inovasi dan Kualiti, Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam IAB tahun 2022. Tema Majlis Persada Inovasi pada tahun 2022 adalah Inovasi Penggerak Kesimbungan Organisasi. Tema ini menyatakan bahawa inovasi pasti menjadi pemangkin untuk memastikan kelestarian kecemerlangan sesebuah organisasi. Syabas kepada semua peserta yang terlibat. Buku ini diharap dapat menjadi rujukan kepada semua untuk menjayakan sebarang program inovasi pada masa yang akan datang. Malahan, buku ini juga dapat digunakan sebagai panduan dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan pendidikan. Program inovasi IAB bergerak seiring dengan arus semasa normal baharu yang menggunakan teknologi maklumat dalam kehidupan setiap hari. Seharusnya, Pemimpin Pendidikan masa kini terus dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi komputer yang tinggi. Hal ini penting kerana Pemimpin Pendidikan dunia sekarang memerlukan kepakaran untuk menghadapi dunia digital yang semakin mencabar. Pembelajaran kepimpinan menerusi kecanggihan dunia teknologi secara maya ini perlu dikuasai untuk berhadapan dengan dunia VUCAH (Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity and hyper-connectivity). Dokumentasi Program Majlis Persada ini diharap dapat memandu warga pendidikan ke arah pembentukan budaya inovasi di organisasi masing-masing. Sebarang idea dalam inovasi yang dicipta, sama ada di peringkat penciptaan ataupun penambahbaikan berterusan, pasti dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan prestasi kerja masing-masing. Justeru, warga IAB perlu sentiasa merebut peluang untuk membina intervensi sentiasa bersedia berhadapan dengan cabaran dalam dunia pendidikan global masa kini. Sekian, terima kasih. DATO’ Dr. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS Pengarah Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia 1
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM Kata Alu-aluan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Pengurusan Inovasi dan Kualiti, Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi yang telah berjaya menganjurkan Majlis Persada Perkhidmatan Awam di IAB pada setiap tahun. Usaha ini menjadi lebih efektif dengan segala informasi dan maklumat pertandingan didokumentasikan. Syabas dan tahniah diucapkan juga kepada Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan yang bekerjasama dalam menerbitkan buku Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2022. Penerbitan buku ini secara tidak langsung memberikan pengiktirafan kepada peserta yang terlibat. Peserta yang menyertai pertandingan tersebut akan merasa dihargai apabila melihat hasil kreativiti mereka diterbitkan. Buku ini juga boleh dijadikan panduan untuk sebarang penciptaan dan penambahbaikan dalam pertandingan yang akan datang. Akhir kata, saya berharap buku Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam IAB ini akan menjadi salah satu sumber rujukan dalam repositori IAB. Buku ini juga dapat menyediakan ruang serta peluang kepada semua untuk mencipta inovasi pada masa akan datang. Diharapkan buku ini akan menjadi panduan untuk mendorong warga IAB melibatkan diri dalam program ini. Sekian, terima kasih. ABDUL MU’TI BIN AHMAD Ketua Pusat, Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia 2
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 Prakata Buku Prosiding Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Institut Aminuddin Baki Tahun 2022 ini merupakan suatu wadah dalam mengumpulkan semua laporan dan hasil inovasi yang telah dipertandingkan pada 24 hingga 27 Mei 2022. Sejak mod pertandingan secara dalam talian dilaksanakan bermula pada tahun 2019, mod ini terus dilaksanakan sehingga tahun ini. Pendekatan secara dalam talian didapati bukan sahaja menjimatkan kos pengurusan, malah memberikan impak dan menggalakkan kreativiti. Pada tahun ini, kalendar Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Institut Aminuddin Baki telah diawalkan ke bulan Mei berbanding bulan Ogos bagi tahun-tahun sebelum sejak acara Konvensyen KIK mula dilaksanakan di IAB.Ini bertujuan membuka lebih peluang kepada pensyarah menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang biasanya diadakan dalam penggal kedua sesuatu tahun. Hasil daripada itu, sehingga pertengahan Ogos 2022, sebanyak 17 pasukan pensyarah IAB telah menyertai pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan telah berjaya memenangi tiga pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa. Pertandingan inovasi ini juga menjadi satu platform ke arah pembudayaan inovasi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan IAB sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Sebagai pensyarah versatil, inovasi dalam strategi penyampaian latihan akan mengoptimumkan keberkesanan dan impak terhadap pemimpin pendidikan. Sekali lagi saya ingin menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang telah terlibat menjayakan penerbitan buku prosiding ini secara langsung atau tidak langsung. Saya yakin dan percaya segala usaha kita ini akan menyokong hasrat membudayakan amalan inovasi dalam kalangan warga IAB. Semoga melalui pembudayaan amalan inovasi dalam perkhidmatan IAB, visi untuk menjadi pusat kecemerlangan kepimpinan pendidikan yang unggul akan dapat direalisasikan. Sekian, terima kasih. Ketua Editor MD. RAHAIMI BIN RASHID@YAACOB Ketua Jabatan Jabatan Pengurusan Inovasi dan Kualiti Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia 3
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 1.0 TUJUAN Program Majis Persada Inovasi merupakan program yang dijalankan secara tahunan oleh IAB Induk, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Ahli lain yang terlibat terdiri daripada pensyarah dari IAB Induk, Bandar Enstek, IAB Cawangan Genting Highlands, IAB Cawangan Sarawak, IAB Cawangan Sabah, dan IAB Cawangan Utara. Ada juga dalam kalangan peserta yang mengikuti program ini membuat kerjasama dengan institusi dari luar dan juga dari bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahun 2022 merupakan tahun ketiga pertandingan inovasi ini dijalankan dalam bentuk norma yang baharu iaitu diadakan secara dalam talian. Pertandingan secara hybrid ini memberikan laluan kepada peserta untuk mengikuti pertandingan KIK tidak kira di mana sahaja mereka berada. Peserta membentangkan hasil inovasi masing- masing menerusi link dan kreativiti masih lagi tidak terhalang meskipun pelaksanaan secara dalam talian. Malahan, cara ini memberikan mereka lebih meneroka kemahiran internet untuk ditambah baik pengisian kandungan menerusi pertandingan secara dalam talian. Urus setia akan sentiasa memastikan setiap peserta diberi peluang untuk menggunakan teknologi secara maya secara optimum selagi tidak bercanggahan dengan syarat-syarat pertandingan. Jabatan Pengurusan Inovasi dan Kualiti IAB induk yang menjadi urus setia menguruskan hal-hal berkaitan dari awal hingga akhir menerusi google meet. Halangan dan masalah yang timbul pada masa sebelum dan semasa pertandingan dapat ditangani dan diatasi dengan cepat tanpa melibatkan gangguan ketika pertandingan sedang berlangsung. Pihak urus setia juga berjaya menjimatkan hampir sebahagian besar kos perbelanjaan dan peruntukan yang diperlukan dalam konvensyen ini hanyalah peruntukan untuk pemenang sahaja. Memandangkan perbelanjaan untuk pengurusan Program Majlis Persada ini tidak menggunakan perbelanjaan yang besar, maka pada tahun 2022 hadiah untuk pemenang KIK telah ditambah. Cara ini dapat menarik minat untuk peserta KIK agar meneruskan amalan ini pada tahun-tahun akan datang. Bukan itu sahaja, peningkatan jumlah hadiah pemenang ini memberikan motivasi kepada peserta untuk lebih berusaha lagi pada tahun-tahun akan datang. Penganjuran Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam ini pada tahun 2022 ini dengan tema Inovasi Penggerak Kesinambungan Organisasi adalah satu kaedah perkongsian ilmu dan penggunaan kreativiti ke arah transformasi yang menjadi agenda pendidikan terkini. Oleh itu, IAB yang menjadi pusat pengurusan pentadbiran yang ulung di Malaysia mengambil peluang ini untuk memantapkan lagi inovasi secara lebih dinamik menerusi pertandingan inovasi yang diadakan pada setiap tahun. Pertandingan inovasi ini akan dijadikan sebagai acara tahunan IAB untuk membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga IAB bagi melahirkan warga IAB yang kreatif dan minda progresif. 4
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 2.0 OBJEKTIF i. Menekankan konsep pengurusan secara kemanusiaan yang mengutamakan aspek modal insan dan konsep pengurusan secara penyertaan tanpa mengira kedudukan dalam organisasi diberi peluang untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi. ii. Merupakan satu mekanisme yang melibatkan pekerja dalam proses penyelesaian masalah atau penambahbaikan proses kerja sedia ada atau memperkenalkan sesuatu yang baru. iii. Menerapkan konsep knowledge-based dan creativity-driven bagi membolehkan organisasi menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan. iv. Memberi tumpuan kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan penciptaan nilai menerusi strategi pengenalpastian dan penyelesaian masalah, teknik- teknik penganalisisan serta penghasilan idea-idea baharu yang kreatif dan inovatif. v. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi dan sektor awam dalam penyampaian perkhidmatan dan memelihara kesejahteraan rakyat. vi. Produk akhir KIK menjurus kepada penghasilan output berkualiti yang dapat dinikmati secara meluas. Dengan itu, outcome, impak dan sumbangan KIK terhadap pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara akan lebih berkesan. 3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut: i. Penyertaan adalah dibuka kepada semua KIK daripada Pusat/Cawangan/Unit di IAB. Penyertaan juga diterima daripada ahli IAB yang bergabung dengan kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia di luar IAB. ii. Projek yang menyertai pertandingan hendaklah merupakan projek yang telah selesai dijalankan sebelum tarikh akhir penyerahan dokumentasi projek kepada pihak urus setia. Status tidak selesai tidak akan diterima kerana tidak memenuhi syarat pertandingan. iii. Projek yang dihasilkan adalah projek yang belum pernah dipersembahkan dalam mana-mana peringkat Konvensyen KIK Negeri/Kebangsaan (Sektor Awam) pada tahun-tahun sebelumnya. Jika didapati bercanggah dengan peraturan, urus setia tidak akan teragak-agak untuk membatalkan penyertaan serta-merta. iv. Projek yang dihasilkan mestilah merupakan projek yang terbaharu dan terkini. Penyertaan yang sama tidak akan diterima kecuali jika dibuat penambahbaikan dan penyertaan ini akan dimasukkan dalam kategori penambahbaikan. 5
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 4.0 BIDANG PROJEK Terdapat dua bidang projek seperti berikut: 4.1 Inovasi Sosial i. Inovasi sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan lebih berkesan dan mengutamakan penglibatan rakyat secara menyeluruh ii. Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya semata-mata kepada pencapaian impak sosial semata-mata, malah memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat dalam membangunkan sesuatu inovasi. iii. Ciri-ciri utama inovasi adalah: • Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang untuk mendapatkan hasil yang terbaik. • Jalinan rangkaian yang menggalakkan kerjasama dan kolaborasi merentasi pelbagai sektor termasuk agensi awam, pihak swasta dan individu dalam masyarakat. • Pembangunan inisiatif baharu oleh agensi Kerajaan bersama-sama rakyat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang menepati keperluan sebenar mereka. 4.2 Inovasi Penyampaian Perkhidmatan i. Inovasi penyampaian perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk mencapai tahap transformasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan ii. Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai nilai tambah serta berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan dan mudah diakses oleh rakyat. iii. Idea-idea ini boleh merangkumi penambahbaikan kepada sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baharu dalam pelbagai aspek, antaranya termasuklah: a. Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi b. Budaya Kerja c. Kewangan dan Aset d. Pengurusan Perhubungan Pelanggan e. Pengurusan Sumber Manusia f. Pengurusan Projek Pembangunan g. Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 6
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 iv. Ciri-ciri inovasi penyampaian perkhidmatan adalah: a. Memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan b. Meningkatkan kecekapan dan mengoptimum kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan sumber manusia c. Memanfaatkan keupayaan teknologi terkini. d. Memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu atau memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesan 5.0 KRITERIA PROJEK KIK Lima kriteria yang perlu diambil kira oleh KIK di peringkat awal penghasilan projek bagi memastikan projek yang dipilih berjaya dilaksanakan dan seterusnya berpotensi untuk dikembangkan seperti yang berikut: i. Kreativiti dan inovasi yang merupakan idea terbaharu yang diterjemahkan melalui penghasilan projek yang mendatangkan manfaat dan faedah kepada organisasi. ii. Impak positif yang tinggi dan menyeluruh untuk organisasi dan pelanggan yang berkaitan. iii. Pulangan nilai pula adalah terbaik dan penjimatan kos juga akan diambil kira yang boleh menjana pendapatan. iv. Untuk bahagian replikasi, projek adalah berpotensi diadaptasi terus atau diubah suai mengikut keperluan agensi dari awal penciptaan. v. Pengkomersialan penciptaan nilai baharu yang berupaya bersaing untuk menjana pendapatan. Untuk ini, agenda pengkomersialan perlu diambil kira. Jika inovasi telah didaftarkan secara rasmi, perkara ini akan diambil perhatian dan diberi keutamaan. 6.0 JENIS KIK 6.1 KIK Primer Sekumpulan ahli yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang tetapi tidak melebihi 10 orang daripada agensi sama yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK yang terdiri daripada: a. Seorang Ketua Projek; dan b. Sembilan Orang Ahli Kumpulan 7
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 6.2 KIK Hibrid a. Sekumpulan ahli terdiri daripada dua atau lebih agensi yang bersilang fungsi yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK Hibrid. b. Bilangan ahli tertakluk pada skala, kos, kategori projek dan dipersetujui oleh pihak yang melaksanakan projek. 7.0 PEMBENTUKAN KUMPULAN Pembentukan kumpulan hendaklah berdasarkan ciri-ciri berikut : a. Identiti Kumpulan KIK digalakkan untuk mewujudkan identiti tersendiri seperti berikut: • Nama Kumpulan • Logo Kumpulan • Visi Kumpulan • Misi Kumpulan b. Fasilitator Pelantikan fasilitator bergantung kepada keperluan. KIK boleh juga mendapatkan khidmat fasilitator daripada Jabatan atau Unit Inovasi agensi masing-masing boleh memberi khidmat sebagai fasilitator. Pelantikan fasilitator bukan suatu kemestian. c. Ketua Kumpulan Salah seorang ahli kumpulan dipilih sebagai ketua kumpulan. Persetujuan bersama hendaklah dicapai ketika proses pemilihan ketua kumpulan agar tidak timbul sebarang isu yang boleh menjejaskan perkembangan kerja kumpulan. d. Keahlian KIK Bagi KIK Primer terbuka kepada semua anggota dalam organisasi. Manakala bagi KIK Hibrid, keanggotaan kumpulan yang mewakili Jabatan/Agensi Bahagian/ Unit masing-masing hendaklah seimbang atau pada bilangan yang munasabah e. Memorandum Persefahaman Jabatan/Agensi/Bahagian/Unit yang terlibat dalam KIK Hibrid digalakkan untuk menyediakan suatu memorandum persefahaman secara bertulis bagi memastikan kepentingan semua pihak terpelihara. 8
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 8.0 PENILAIAN 8.1 KRITERIA PENILAIAN PROJEK Penilaian Pembentangan Projek KIK adalah berdasarkan kriteria berikut: a. Titik Mula Masa Pembentangan Permulaan video/montaj atau kata-kata pembukaan peserta dianggap sebagai bermulanya masa pembentangan peserta dan loceng akan berbunyi sebanyak dua kali. b. Keberhasilan Projek Penilaian akan bertumpu kepada keberhasilan projek iaitu dari segi outcome dan impak. Pelbagai kaedah/alat penilaian akan digunakan oleh panel penilai bagi menilai projek-projek yang layak di peringkat ini. c. Panel Penilai Projek KIK ini akan dinilai oleh panel penilai yang diiktiraf oleh IAB. d. Dokumen Sokongan Semasa sesi pembentangan, setiap kumpulan digalakkan juga untuk membawa dokumen sokongan sebagai pembuktian, sekiranya perlu. e. Jadual Pembentangan Sesi pembentangan ini akan dibuat secara tertutup dan setiap kumpulan perlu mematuhi jadual giliran pembentangan yang telah ditetapkan. f. Kaedah Pembentangan Persembahan dibuat secara persidangan video menggunakan aplikasi Google Meet. g. Skema Pemarkahan Penilaian ke atas KIK yang bertanding dalam Konvensyen KIK peringkat IAB akan dibuat berdasarkan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). h. Penilaian Dokumentasi Penilaian dokumentasi dan sesi soal jawab akan dibuat berdasarkan kriteria dan peratus pemarkahan seperti dalam jadual 1 berikut: 9
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM Jadual 1 : Skema Pemarkahan BIL KRITERIA MARKAH (%) 1. Latar Belakang Projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan 4 10 2. Signifikan Pemilihan Projek dan Pembuktian 23 3. Tindakan Penyelesaian dan Pembuktian 35 4. Keberhasilan Projek: Outcome Projek dan Pembuktian 18 5. Keberhasilan Projek: Impak Projek dan Pembuktian 10 6. Potensi Pengembangan Projek JUMLAH 100 9.0 PENGIKTIRAFAN 9.1 PENGANUGERAHAN DAN HADIAH • Projek-projek KIK yang bertanding akan dinilai oleh panel penilai yang diiktiraf oleh pihak IAB. Hadiah-hadiah kepada para pemenang Konvensyen KIK peringkat IAB Tahun 2022 telah disampaikan semasa hari terakhir Konvensyen tersebut. • Anugerah diberikan dalam bentuk monetari dan bukan monetari sebagai insentif yang dapat menggalakkan warga Jabatan/Bahagian/Unit/Agensi untuk lebih membudayakan inovasi. Hadiah-hadiah akan dianugerahkan kepada Johan, Naib Johan dan tempat ketiga berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan WP 5.3. Kumpulan Hibrid dipertandingkan bersekali dengan kumpulan Primer bagi setiap bidang yang ditetapkan. Manakala agihan hadiah bagi setiap bidang juga tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa 10.0 RINGKASAN PROSES PERSEDIAAN MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM Persediaan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam dijalankan dalam pelbagai bentuk seperti mesyuarat, bengkel dan juga kursus. Persediaan tidak formal seperti perbincangan pihak urus setia dengan peserta-peserta dari IAB Induk Bandar Enstek dan IAB Cawangan sentiasa dijalankan untuk memastikan semua pihak mematuhi prosedur dan standard yang telah ditetapkan. Langkah ini juga penting untuk memastikan semua Standard Operation Prosedur (SOP) turut dipatuhi agar tidak menyalahi dengan 10
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 pekeliling dan arahan terkini. Hal ini penting untuk memastikan kepatuhan kepada suasana semasa agar tidak menimbulkan spekulasi kepada peserta dan juga ahli jawatankuasa. IAB Induk Bandar Enstek dan IAB Cawangan turut melakukan perkara yang sama untuk memastikan mereka dapat menyiapkan projek KIK dalam tempoh masa yang telah ditentukan serta mematuhi pekeliling yang telah sedia terpakai. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana turut diadakan bagi setiap jawatankuasa. Ketua bagi setiap jawatankuasa perlu memastikan semua arahan dan prosedur dipatuhi untuk kelancaran program. Mesyuarat pada peringkat pelaksana dengan jawatankuasa kerja penting diadakan untuk memastikan segala arahan dan tindakan diambil sesuai dengan keperluan majlis sama ada sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. Para hakim turut diberikan penerangan sebelum program berlangsung untuk memastikan semua borang-borang pemarkahan diikuti berdasarkan apa yang telah ditentukan oleh jawatankuasa. Dari aspek teknikal pula, persediaan jawatankuasa tersebut sangat penting untuk memastikan siaran secara langsung dari YouTube berjalan dengan baik. Siaran ini akan ditonton secara live pada hari pertandingan. Meskipun pelaksanaan dijalankan secara google meet tetapi medium YouTube digunakan untuk memberikan semua orang dapat menyaksikan secara langsung. Kaedah ini juga menunjukkan IAB sebagai badan peneraju kepimpinan pendidikan turut menyahut seruan Kerajaan untuk mengendalikan program secara dalam talian dengan lebih cekap dan progresif. 11.0 GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATANAWAM IAB Gambar 1: Ucapan Perasmian oleh YBrs. Dr. Abdul Razak bin Manaf, Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Profesional) semasa Majlis Penutupan Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 11
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM Institut Aminuddin Baki Gambar2: Penyampaian hadiah kepada pemenang tempat ketiga kategori Inovasi Penambahbaikan Gambar 3: Majlis Penutupan Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Institut Aminuddin Baki 12
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 Gambar 4: Penganugerahan 4 bintang kepada pemenang kategori Inovasi Penciptaan Gambar 5: Kumpulan Syukur pemenang tempat ketiga Kategori Penciptaan. 13
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM Gambar 6: Kumpulan EZ Best Juara Konvensyen KIK IAB Tahun 2022 Gambar 7: Ucapan Penyelaras Konvensyen KIK Tahun 2022 14
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 Gambar 8: Penganugerahan 4 bintang kepada pemenang kategori Inovasi Penciptaan Gambar 9: nganugerahan 4 bintang kepada pemenang kategori Inovasi Penciptaan 15
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM Gambar 10: Majlis Penutupan Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Institut Aminuddin Baki Gambar 11: Penganugerahan kepada Kumpulan PAC sebagai inovasi berpotensi 16
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 12.0 RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK KIK 12.1 KATEGORI PENCIPTAAN 12.1.1 REVOLUSI-C SISTEM U-KHIDMAT Kumpulan KIK: REVOLUSI-C Ahli: En. Fazil bin Ahmad Pn. Noriati Roseni binti Ghazali Pn. Rohaima binti Ahmad RINGKASAN ESEKUTIF u-Khidmat adalah sistem dalaman yang telah dibangunkan atas inisiatif organisasi Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU) setelah penamatan i-ADU yang dikendalikan secara berpusat apabila semua aduan perlu melalui Sistem Pengaduan Awam (SISPAA). Proses penyelesaian aduan mengambil masa yang lama kerana ia diurustadbir oleh pihak kementerian. Oleh yang demikian, tindakan penyelesaian yang singkat akan mengambil masa yang lama untuk penerimaan aduan di peringkat awal. Berikut adalah antara isu yang menjadi batu loncatan untuk pihak IABCU di bawah kumpulan REVOLU-C untuk membina satu sistem aduan dalaman berpusat yang lebih mesra pengguna dan efisien dibangunkan. 17
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM ISU: i. Tiada sistem dalaman yang digunakan secara sistematik selepas penamatan sistem i-ADU setelah penggunaan sistem aduan berpusat diperkenalkan melalui penggunaan SISPAA. ii. Memerlukan masa untuk terima aduan dari sistem SISPAA ditadbir oleh pihak lain. Berlaku kelewatan tindakan dan reputasi pengurusan aduan dalaman menjadi lemah. iii. Mendapat mandat daripada pengarah IABCU supaya sistem dalaman perlu dibangunkan untuk menggantikan i-ADU. iv. Tiada sistem yang sistematik untuk pengurusan aduan dalaman yang lebih efisien. Dengan terciptanya sistem aduan dalaman u-Khidmat di IABCU ini telah meningkatkan kecekapan pihak pengurusan dalam menangani aduan-aduan dalam secara efisien dan berkesan yang melibatkan aduan-aduan perkara berikut: a. Admin/ pengurusan b. Bangunan c. Elektrik d. Kebersihan e. Makanan f. Keselamatan Selain itu, sistem yang dibangunkan ini sangat mesra pengguna kerana: a. Tidak perlu login – capaian terus kepada sistem b. Staf IABCU – perlu ditaip nombor kad pengenalan untuk butiran pengadu c. Diberi nombor rujukan dan notifikasi ke e-mel yang didaftarkan. d. Pengadu boleh semak status aduan dengan mudah. e. Paparan dashboard yang ringkas dan bermaklumat. f. Pelaporan memenuhi kehendak organisasi (BK42) dan boleh dicapai bila-bila masa. g. Penjimatan masa yang sangat efisien sama ada kepada pihak pengadu dalam membuat aduan, mahupun kepada pihak pengurusan aduan. Kesimpulannya, dengan terciptanya sistem u-Khidmat ini secara tidak langsung telah membantu organisasi IABCU dalam menguruskan aduan dalam secara sistematik dan efisyen untuk memastikan kecekapan pengurusan organisasi dapat ditingkatkan melalui penyelesaian aduan dalaman yang bersistematik dengan mengurangkan penyelesaian tindakan penerimaan aduan dalaman melebihi 300 peratus berbanding aduan yang dibuat melalui SISPAA. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada peningkatan pengurusan yang cekap dalam menangani aduan-aduan dalaman yang memerlukan tindakan segera. Selain itu, dengan adanya sistem u-Khidmat ini, inovasi ini berupaya memberi pulangan yang berlipat ganda dalam jangka masa panjang yang mampu menganalisis jenis kerosakan dan jenama peralatan serta perkhidmatan yang diberikan oleh kontraktor. 18
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 12.1.2 QTHREE UTARA U-InfoKIK RINGKASAN EKSEKUTIF Tuntutan globalisasi dan juga situasi pandemik COVID-19 telah meninggalkan pelbagai kesan kepada semua terutamanya dalam memastikan pendidikan berkualiti dilaksanakan bagi memenuhi kehendak rakyat. Justeru, pelbagai strategi baharu yang kreatif dan inovatif diperlukan bagi menghadapi cabaran ini. Anjakan ke-8 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 turut memberi penekanan dalam mentranformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian. Oleh itu, Jabatan Kualiti dan Inovasi (JKKI), Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU) telah mengorak langkah menubuhkan pasukan bagi menghasilkan inovasi yang mampu memaksimumkan penyampaian perkhidmatan kami. Nama QThree Utara dipilih sempena bilangan tiga orang ahli jabatan yang menjadi tunjang kepada pengurusan kualiti di IABCU. U-InfoKIK adalah hasil inovasi daripada Jabatan Kualiti dan Inovasi IABCU. Inovasi ini terhasil apabila jabatan mempunyai kekangan dalam memastikan maklumat berkaitan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu dikomunikasi dengan baik dan difahami. Penerangan berkaitan KIK sering disampaikan secara taklimat dan juga penerangan ringkas menyebabkan sering berlaku keciciran maklumat dan menimbulkan kekeliruan kepada staf dan juga peserta yang ingin melaksanakan inovasi. Tambahan pula, Pengarah IABCU telah menetapkan setiap jabatan dapat menghasilkan sekurang-kurangnya satu inovasi. Perkara ini menjadi salah satu key performance indicator bagi Pengarah IABCU. Bagi mengatasi isu maklumat dan keperluan KIK Horizon Baharu, pasukan kami telah membangunkan satu site yang boleh menjadi one-stop centre bagi mendapatkan 19
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM informasi berkaitan KIK Horizon Baharu. Site ini boleh diaksess dengan cepat dan tepat secara grafik dan informatif bagi menarik minat pengunjung site kami. Penggunaan site ini telah mendapat maklum balas daripada staf dan peserta bengkel KIK yang terdiri daripada semua wakil PPD di negeri Kedah. Ini dapat dilihat melalui maklum balas sebelum pelaksanaan dan selepas inovasi dijalankan. Penjimatan kos dari segi masa telah dapat dijimatkan daripada 60 minit untuk mendapatkan maklumat kepada kurang daripada lima minit. Penjimatan sumber tenaga manusia juga dapat dijimatkan daripada satu hingga tiga orang kepada tiada sumber manusia diperlukan bagi mengendalikan inovasi ini. Pihak jabatan kami turut mendapat penghargaan daripada pihak pengurusan IABCU dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Selain itu, penggunaan site ini boleh diperluaskan dalam kalangan IAB cawangan dan juga induk dalam mempromosikan lagi inovasi masing-masing. Inovasi ini juga mempunyai potensi untuk dipatenkan dan juga dikomersialkan. Peserta yang memenangi sebarang inovasi dalam organisasi mereka juga boleh berkongsi inovasi mereka melalui platform ini. Secara tidak langsung inovasi platform ini menjadi salah satu medium perkongsian inovasi terbaik organisasi masing- masing. 12.1.3 CHECKMATE CHECKPOINT 1. Nama Pasukan: Kik Checkmate 2. Nama Inovasi: Checkpoint 3. Jenis Kik: Primer 4. Agensi yang Berkolaborasi: - 5. Bidang Inovasi: Penciptaan 6. Kategori Inovasi: Perkhidmatan 20
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 7. Nama Ketua Pasukan: Robit Yusie Fus Han 8. Emel Ketua Pasukan: [email protected] 9. Senarai Nama Ahli Pasukan: i. En. Norman bin Sani ii. Pn. Annilin Apat iii. Dr. Sainah Limbasan iv. Haji Salleh bin Ismail Kong v. Pn. Siti Anisa binti Nadi 10. Pautan Laman Web: Https://Sites.Google.Com/Iab.Edu.My/Aktiviti/Home RINGKASAN EKSEKUTIF: a. Masalah yang dihadapi Pengurusan Laporan Aktiviti Ketua Jabatan Kurang Efisien b. Projek Inovasi yang dilaksanakan Projek yang dilaksanakan adalah Menghasilkan Dashboard Sebagai Tapak Pelaporan Aktiviti oleh Ketua-Ketua Jabatan. c. Keberhasilan Projek: Outcome dan Impak Projek Berjaya menghasilkan hub pelaporan aktiviti ketua-ketua jabatan IABCSABAH agar kami dapat menghantar laporan mengikut masa yang telah ditetapkan. IMPAK PROJEK: 1. Menghasilkan Dashboard yang memudahkan pihak pentadbiran membuat pemantauan perjalanan aktiviti jabatan melalui penyediaan pautan dan maklumat “at your fingertips”. 2. Pelbagai fungsi hub pelaporan ketua jabatan seperti aktiviti ahli setiap Jabatan dan Semakan Takwim 3. IABCSABAH dan Permohonan perubahan pada takwim dengan cepat (BK04) 4. Sistem traffic light untuk memberi peringatan kepada ketua-ketua jabatan berkaitan pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam takwim. 5. Penjimatan masa dalam mengurus laporan ketua-ketua jabatan seperti semakan jabatan mana yang 6. masih belum menghantar laporan. 7. Laporan ketua-ketua jabatan dapat dihantar kepada pihak pengurusan atasan mengikut tempoh yang ditetapkan. FAEDAH PROJEK: 1. Imej dan nama baik ketua-ketua jabatan dan pihak pengurusan IABCSABAH dapat dipertingkatkan dan dipelihara. 2. Pembudayaan amalan EKSA berkekalan di IABC Sabah. 3. Kelestarian amalan berinovasi khususnya dalam kalangan staf di IABCSABAH terus diperkasakan. 21
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 4. Kerja berpasukan semakin dibudayakan dalam kalangan ahli KIK Checkmate (khususnya) dan dalam kalangan staf IABC Sabah (amnya). 5. Penghasilan projek memastikan fungsi IAB sebagai pasukan pemikir dapat direalisasikan. 12.1.4 EZ BEST RINGKASAN EKSEKUTIF Matlamat Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai pusat latihan bertanggungjawab melatih Pengetua dan Guru Besar (PGB) agar memastikan setiap gerak kerja dipertanggungjawabkan dari segi perbelanjaan terutamanya dalam era-pandemik, endemik dan VUCAH. Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, IAB Cawangan Genting Highlands (IABCGH) turut bertanggung jawab melatih PGB membina instrumen penilaian program mengikut acuan sendiri berasaskan keperluan. Pembangunan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ini boleh dijadikan panduan pengoperasian mengikut keperluan dan kepentingan meningkatkan prestasi sekolah dan pemimpin berkualiti (SKPMg2). Melalui pengurusan program yang dirancang, kecemerlangan organisasi dapat dipantau dan direkod sehingga boleh dijadikan rujukan kepada pihak luar (TS25). PGB perlu bertindak lebih cekap, efisien dan segera. PGB perlu memikirkan cara yang tuntas untuk menilai keberkesanan suatu program pada bila-bila masa (VUCA). Ini selaras dengan fungsi IAB dalam memenuhi hasrat Anjakan 6, 7, 8 & 10 PPPM 2013 -2025. Goal #4 dalam Sustainable Development Goal (SDG) boleh dicapai melalui KIK ini dengan memastikan dunia mendapat layanan pendidikan berkualiti hasil proses penilaian program yang efektif dan efisien. Merujuk kepada Minit Bebas bertarikh 2 Mac 2022, berhubung penubuhan kumpulan KIK EZ BEST, beberapa tinjauan dan penganalisisan data serta maklum balas peserta program terhadap pelaksanaan penilaian program di organisasi masing- masing telah dilakukan. Dapatan analisis kajian keperluan menunjukkan bahawa ada segelintir sampel kajian tidak menilai program atas kekangan seperti kurang pengetahuan dan kemahiran menilai program, alat yang sesuai untuk menilai program, kekangan masa dan sikap yang kurang serius. Maka kumpulan EZ BEST terpanggil untuk mengkaji situasi ini dan mencadangkan solusi. Justeru, kumpulan kami telah merangka satu projek inovasi bagi memudahkan dan melicinkan proses pelaksanaan penilaian program. Projek inovasi tersebut kami namakan EZ PLATE. EZ PLATE merupakan satu alat inovasi berbentuk templat yang mudah dan ringkas untuk digunakan, disamping dapat melicin serta memperkasakan pengurusan dan pentadbiran organisasi khususnya dalam proses pengurusan penilaian program. EZ PLATE mengandungi lima elemen penilaian program menggunakan Model 22
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 Penilaian Program Logic. Melaluinya, analisis data penilaian dapat dilaksanakan ke atas elemen input, aktiviti, output, outcome dan impak. Data yang dianalisis diinterpretasi berdasarkan tahap skor min dan pelaporan dibuat berdasarkan pencapaian objektif penilaian yang dibina. Pihak pengurusan tertinggi boleh membuat keputusan terhadap penerusan program di masa hadapan berdasarkan justifikasi dan data empirikal yang dijana. Keberhasilan EZ PLATE dapat dilihat menerusi keupayaannya mengatasi masalah menilai sebuah program. Ini adalah kerana dengan menggunakan satu EZ PLATE, data bersepadu dan pelbagai fungsi pengurusan dapat digunakan dalam satu masa. EZ PLATE adalah dinamik dari segi kegunaan dan universal dari segi pelaporan data penilaian program. Data terkini yang diperoleh mampu membantu pihak berkepentingan membuat keputusan yang jitu dan tepat. Data darinya boleh dikongsi dan dijadikan penanda aras bagi fungsi lain seperti penilaian prestasi program, penilaian kompetensi kecemerlangan individu dan penggunaan oleh agensi luar IABCGH. EZ PLATE berpotensi diperkembangkan dalam bentuk sistem bersepadu dengan menggunakan sistem rangkaian komputer yang lengkap, canggih dan memberi manfaat kepada pengguna. Penggunaan sistem rangkaian ini memudahkan pengguna EZ PLATE berkongsi data pada masa yang serentak, melicinkan komunikasi antara satu sama lain, pencarian variasi maklumat tentang program boleh didapati dalam jangka masa yang singkat dan tidak terhad kepada satu-satu lokasi atau organisasi sahaja. Malah, pelbagai pihak pengurusan tertinggi, ketua-ketua jabatan, unit latihan dan ketua audit boleh mengakses maklumat berkaitan keberkesanan dan kecemerlangan program pada bila-bila masa, segera dan tepat. Penanda arasan oleh pihak luar juga boleh terlaksana dengan fitur-fitur khas yang terjamin keselamatan data yang dikongsi (data security). Adalah diharapkan agar projek KIK EZ PLATE ini berjaya mencapai hasrat yang dibina iaitu bagi melicinkan proses pengurusan dan kepimpinan pendidikan di Malaysia, khususnya dalam pengurusan penilaian program. Aspirasi sekolah berkualiti dan kemenjadian murid dapat direalisasikan. 23
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 12.1.5 NEWS2U RINGKASAN EKSEKUTIF Kumpulan NEW2U Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCSABAH) telah memilih projek inovasi penyampaian perkhidmatan di bawah kategori penciptaan. Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (JPPB) IAB adalah jabatan yang bertanggungjawab merangka, mengawal selia dan menjalankan program pembangunan profesionalisme bagi pensyarah baharu IAB. Dengan mengambil kira Manual Kualiti seperti PKSO-01, PKSI-03, PKOP-04, E-CPD dan Kursus Induksi, e-PanduBah dicipta sebagai pelengkap kepada manual dan sumber rujukan sedia ada di IAB. e-PanduBah dicadangkan untuk dimasukkan dalam portal rasmi IAB agar mudah diakses oleh para pensyarah baharu. Oleh itu, fungsi jabatan akan dapat dioptimumkan dengan adanya e-PanduBah ini sebagai panduan yang mudah dan bersepadu dengan maklumat asas yang lebih interaktif. Projek e-PanduBah atau Panduan Pensyarah Baharu Institut Aminuddin Baki telah dibina secara elektronik. e-PanduBah merupakan inovasi penyampaian perkhidmatan digital (PDF dan video) yang bermatlamat untuk menyampaikan panduan dan sumber rujukan secara interaktif kepada pensyarah baharu seawal sesi lapor diri sehinggalah kepada proses pra-induksi. Inovasi ini mampu menyediakan panduan yang mudah dan bersepadu serta mudah akses dan percuma. 24
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 Pelanggan dan pemegang taruh adalah pensyarah baharu IAB. Berdasarkan rekod, seramai 39 orang pensyarah baharu pada tahun 2022, manakala seramai 31 orang pensyarah baharu pada tahun 2021 di IAB induk dan cawangan. Dengan adanya e-PanduBah, pensyarah baharu akan mempunyai panduan untuk beradaptasi dengan persekitaran budaya dan kerja buat di IAB sejurus selepas melapor diri. Pensyarah baharu boleh merujuk e-PanduBah melalui portal rasmi IAB. Pembinaan e-PanduBah sesungguhnya menyokong Nilai Perkhidmatan IAB iaitu Inovasi (Innovation) dan fungsi JPPB iaitu, merancang dan melaksanakan inovasi. Matlamat utama IAB adalah untuk menghasilkan barisan pengurusan dan kepimpinan organisasi pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Justeru, melalui pengurusan pensyarah baharu dengan menggunakan e-PanduBah, para pensyarah sedia ada atau senior dapat menjimatkan masa mereka untuk membimbing pensyarah baharu serta kurang kebergantungan kepada mentor atau ketua jabatan. Dengan adanya e-PanduBah, pengurusan staf ikhtisas IAB akan lebih efisyen di mana pensyarah baharu lebih mudah berdikari, lebih berkualiti dan kompeten. Secara tidak langsung dengan peningkatan kompetensi pensyarah baharu, kualiti barisan pengurusan dan kepimpinan organisasi di peringkat nasional turut sama dapat ditingkatkan. e-PanduBah adalah panduan yang dibina dalam bentuk digital dan akan dimasukkan dalam portal rasmi IAB sebagai buku elektronik. Tiada penggunaan kertas dan plastik kerana ia tidak melibatkan penerbitan buku fizikal atau hardcopy. Bersesuaian dengan era digital global, penyediaan e-PanduBah adalah amat sesuai dengan berlakunya penjimatan bahan, masa, tenaga serta konsep Go Green dalam EKSA dapat diamalkan. e-PanduBah turut dapat mengelakkan penularan COVID-19 yang berjangkit melalui sentuhan fizikal kerana perkara ini boleh diakses secara kendiri melalui portal. Projek e-PanduBah dikenalpasti melalui sesi brainstorming dan pemerhatian daripada ahli-ahli kumpulan NEW2U. Metodologi yang digunakan dalam pemilihan projek dibuat berdasarkan kepada tiga proses awal dalam kaedah Design Thinking (DT) iaitu empati (empathize), definisi (define) dan menjana idea (ideate). Setelah e-PanduBah dipilih, ahli-ahli kumpulan menghuraikan masalah dengan lebih terperinci dengan menggunakan teknik 5W+1H. Projek dianalisis dengan menggunakan teknik percambahan fikiran (brainstorming) dan seterusnya memindahkan idea kreatif kepada realiti. Pengumpulan data dalam mengesahkan masalah adalah melalui kaedah soal selidik. Teknik Carta Pai digunakan untuk menganalisis data. SASARAN OUTCOME Dari sudut ekonomi, usaha ini dapat memperlihatkan pengurusan latihan dan kursus yang menjimatkan pelbagai perbelanjaan dan masa. Kerja-kerja pengurusan menjadi lebih mudah dan cepat di samping dapat meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan di JPPB. Dari sudut sosial, projek ini membuka peluang khususnya kepada pensyarah 25
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM baharu untuk lebih memahami persekitaran budaya dan kerja buat di IAB. IMPAK Imej JPPB secara khusus dan IAB amnya dapat ditingkatkan apabila pencapaian prestasi pensyarah baharu meningkat. 12.1.6 WONDER POWER TAJUK: ONE STOP Penilaian SENARAI AHLI: 1. Pn. Rainy Sintia (Ketua Kumpulan) 2. Hjh. Azizah binti Sharif 3. En. Robit Yusi Fus Han 4. Hjh. Kasmah binti Abdullah 5. Pn. Rostina Apok 6. Pn. Judith Eddie 7. Pn Rostina Apok 8. Pn. Annilin Apat 26
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 RINGKASAN EKSEKUTIF Amalan semasa dalam penyediaan eviden-eviden untuk Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah cetakan-cetakan dokumen dan dimasukkan dalam fail-fail fizikal untuk dikemukakan kepada Pegawai Penilai 1 (PP1) atau Pegawai Penilai 2 (PP2). Semasa aktiviti sumbangsaran, ahli Wonder Power telah mendapati kaedah ini menyebabkan berlaku pembaziran kertas, dakwat dan tenaga serta sukar diuruskan yang membawa kepada tekanan dan rasa tidak puas hati semasa bekerja. ONE STOP Penilaian merupakan satu tapak dalam Google Drive yang disediakan oleh seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang terlibat untuk dinilai melalui PBPPP. Tapak ini diwujudkan untuk menyimpan semua dokumen yang boleh dijadikan bukti atau eviden bagi tujuan PBPPP. Sejajar dengan era digital maka tapak ini berupaya mengurangkan kos, tenaga dan masa. Tapak ini disediakan oleh pegawai yang dinilai (PYD) dalam Google Drive. Folder PBPPP yang dinamakan ONE STOP Penilaian, mempunyai folder untuk tiga bahagian penilaian iaitu Fungsional, Generik dan Keberhasilan. Semua dokumen yang dianggap oleh PYD sebagai eviden akan disimpan dalam folder-folder mengikut bidang PBPPP tersebut. Pautan bagi google drive ini akan diberikan oleh PYD untuk akses kepada Pegawai Penilai 1 dan Pegawai Penilai 2. ONE STOP Penilaian memudahkan capaian kepada PYD untuk menyimpan dokumen eviden, dan juga memudahkan capaian PP1 dan PP2 untuk membuat semakan melalui ONE STOP Penilaian. Kemudahcapaian ini, sangat membantu terutamanya pegawai- pegawai yang terlibat sama ada PYD, PP1 atau PP2 yang berada di luar pejabat dan sukar untuk melakukan pertemuan bersemuka untuk mengemukakan eviden. Melalui ONE STOP Penilaian, pemantauan tentang perkembangan sasaran keberhasilan oleh PYD boleh dibuat pada bila-bila masa oleh PP1 dan PP2 dan dengan itu, dokumen eviden yang diberikan oleh PYD akan menjadi asas kepada PP1 dan PP2 untuk memberi bimbingan berkaitan prestasi dan sasaran keberhasilan PYD. Melalui ONE STOP Penilaian oleh PYD, jurang ketekalan dalam skor penilaian akan dapat dikurangkan kerana PP1 dan PP2 akan dapat merujuk eviden-eviden yang sama. Dengan pewujudan ONE STOP Penilaian, PYD tidak perlu lagi mencetak setiap eviden untuk dimasukkan dalam sebuah fail fizikal. Secara langsung ini dapat mengurangkan dan menjimatkan kos pembelian kertas, dakwat dan tenaga elektrik serta menjimatkan masa dan ruang penyimpanan fizikal. ONE STOP Penilaian dikhususkan hanya untuk penilaian yang memerlukan rujukan dokumen. Hasil temu bual bersama PYD, ONE STOP Penilaian telah mengurangkan tahap stress dalam pengurusan dokumen eviden, mengurangkan pembaziran dan meningkatkan keyakinan diri. 27
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 12.1.7 THE 5 TAJUK: SMART DT Ahli: 1. Pn.Nurzarina binti Ahmad Marekan 2. Dr.Normah binti Karmani 3. Pn.Faridah binti Mohamad 28
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 4. Dr. S Sathiyabama a/p Suprammaniam 5. Dr. Vicky Tan Ai Lin Projek inovasi ini terbukti telah berjaya mewujudkan satu mekanisme menjejak kompetensi pensyarah selepas menghadiri kursus dan latihan yang sebelum ini belum pernah dibuat oleh Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (JPPB) Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands (IABBCGH). Setelah itu, proses tindak susul boleh diambil oleh JPPB, pensyarah dan ketua Jabatan yang terlibat serta pihak berkepentingan. Data dan maklumat yang dikumpul dapat memberi pelbagai interpretasi bermakna yang boleh digunakan oleh semua pihak. 12.1.8 KIK IQV iQv 29
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 1. Nama Inovasi: I-Qv 2. Jenis KIK: Primer 3. Agensi yang Berkolaborasi: Tiada 4. Bidang Inovasi: Sistem Penyampaian & Bantuan Psikologi 5. Kategori Inovasi: Penciptaan 6. Nama Ketua Pasukan: Puan Judah binti Ahmad 7. Senarai Nama Ahli Pasukan: i. Tn. Hj. Edmund Shah Tambi ii. En. Philip Anak Chayong iii. En. Jamaludin bin Sabi iv. Dr. Siti Nursheila binti Hj. Khairuddin Yap v. Dr. Suhaili bin Jaya vi. Dr. Ricky Anak Lawe vii. Pn. Dayang Jamillah binti Abang Walip viii. Pn. Ismmawati binti Semail ix. En. Bahlya bin Sapee 8. Laman Web/ FB : https://sites.google.com/iab.edu.my/i-qv RINGKASAN EKSEKUTIF a. Projek KIK yang dilaksanakan i-Qv merupakan satu bentuk aplikasi bagi membantu peserta NPQEL yang terpaksa di kuarantinkan disebabkan penyakit COVID-19. Maklumat yang hendak disampaikan dalam aplikasi ini terdiri daripada info NPQEL, info COVID dan bantuan psikologi. Sebelum ini, peserta yang terpaksa dikuarantin tidak menerima bantuan yang sewajarnya dan ini telah menyebabkan mereka ketinggalan dari segi maklumat berkaitan dengan NPQEL dan juga dalam bantuan psikologi. b. Menjelaskan keberhasilan projek: Outcome dan Impak Projek Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada peserta yang dikuarantin akibat COVID-19, aspek bantuan dalam bentuk maklumat tentang NPQEL dan sokongan psikologi sangat diperlukan. Isu ini memberi kepada peluang kepada ahli pasukan menawarkan satu bentuk bantuan secara online yang dapat diakses pada bila-bila masa sahaja. Aplikasi ini telah membantu mereka dari segi sokongan moral dan psikologi agar mereka tahu bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi penyakit COVID-19. Selain itu, aplikasi ini dapat menjimatkan masa, mesra pengguna, dapat diaksess pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ini memberi banyak manfaat kepada mereka bagi mengetahui perkembangan semasa kursus walaupun dalam situasi dikuarantin dan tidak dapat menyertai kelas secara bersemuka. c. Menjelaskan potensi pengembangan projek i. Kaedah ini boleh diperluaskan dalam pengurusan bidang lain. ii. Kaedah ini juga boleh disebar luaskan penggunaannya di jabatan atau agensi lain. 30
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 iii. Sistem ini juga sangat bermanfaat terutamanya jika berlaku situasi wabak sekarang ini berlaku semula pada masa akan datang i. Surat kerjasama/ pengiktirafan/ sijil kejayaan atau apa-apa bukti yang dapat menonjolkan kejayaan dalam satu muka surat 12.1.9 JPKPP TIKTOKERS Ahli: 1. En. Husney bin Hamzah 2. Pn. Maria binti Najib 3. Pn. Siti Fetesa binti Aris RINGKASAN EKSEKUTIF Penyampaian fakta dan maklumat latihan kini boleh dijalankan di luar daripada sesi latihan formal. Kembalinya situasi normal selepas dilanda pandemik COVID-19 menyebabkan pemimpin sekolah menjadi semakin sibuk menguruskan sekolah. Mereka kurang berpeluangi untuk duduk di depan komputer bagi menyertai sesi kursus dalam talian yang memerlukan masa yang panjang. Mereka juga mempunyai kekangan masa untuk menyertai perkongsian ilmu secara dalam talian dalam bentuk webinar, ceramah dan sebagainya kerana mudah hilang fokus apabila berdepan dengan pelbagai tugasan hakiki di sekolah. Penurunan jumlah tontonan bagi sesi webinar semakin ketara membuktikan sesi perkongsian yang memakan masa yang panjang kurangi mendapat sambutan dalam situasi kehidupan normal semula. Oleh itu, JPKPP Tiktokers telah mengenal pasti satu cara penyampaian maklumat atau fakta secara lebih santai, ringkas, menarik dan mudah diakses melalui telefon pintar. Penggunaan media sosial aplikasi Tiktok menjadi alternatif baharu bagi menyokong sesi latihan sedia ada. JPKPP Tiktokers telah memuat naik sebanyak 18 31
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM video berkaitan fakta-fakta pengurus kewangan sekolah semenjak dua bulan yang lepas dan semakin mendapat sambutan dalam kalangan pemimpin sekolah. Tontonan tertinggi bagi satu video adalah 896 tontonan, 11 daripada 18 video telah melepasi jumlah 500 tontonan. Jumlah tontonan bagi keseluruhan 18 video mencapai 8551 tontonan. Inovasi ini juga menjadi pemangkin hala tuju masa hadapan untuk menambah bukan sahaja tajuk pengurusan kewangan tetapi juga tajuk pengurusan aset. Promosi bagi meluaskan capaian video ini akan digiatkan dengan sasaran kepada pemimpin pertengahan dan pembantu tadbir kewangan. 12.1.10 SYUKUR Matrik Kompetensi Pusat : Pusat Pengurusan Dasar & Inovasi / Pusat Pembangunan Teknologi Bidang Inovasi : Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Jenis : KIK Primer Ahli kumpulan : 1. En. Abdul Mu`ti bin Ahmad 2. Tn. Haji Md Rahaimi bin Rashid@Yaacob 3. En. Mahathir Fansuri bin Azizan 4. Pn. Noor Zamimi binti Mohd Zahari 5. Dr. Elango a/l Periasamy 32
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 6. Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman 7. En. Manoharan a/l Muthusamy RINGKASAN EKSEKUTIF Persaraan dan pertukaran pensyarah senior telah menyebabkan IAB kehilangan pakar modul. Kehilangan ini terasa apabila sesetengah modul kurang tenaga pengajar. Kamus kompetensi dan profiling yang bina oleh kumpulan syukur bertujuan membina kapasiti pensyarah bagi memastikan setiap pensyarah JPIK mempunyai kompetensi yang diperlukan. TUJUAN: i. Memberi panduan kepada pensyarah JPIK untuk membangunkan kompetensi kendiri yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan ii. Memberi panduan kepada ketua jabatan untuk merangka keperluan latihan dengan lebih berstruktur dan sistematik. iii. Rujukan untuk pembinaan profiling pensyarah JPIK 33
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM Kamus Kompetensi mengandungi jenis kompetensi yang diperlukan dan tafsiran aras. Profiling pensyarah JPIK akan dibina menggunakan file Excel Profiling IAB yang akan menjana proofing secara automatic. Ketua Jabatan akan menentukan aras kompetensi pensyarah berdasarkan tugas yang diberikan. 34
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 12.2 KATEGORI PENAMBAHBAIKAN 12.2.1 XCLENT e-Rep KOMPAS AHLI KUMPULAN: Ketua Pasukan: En. Khairul Azwan bin Abdul Aziz Nama Ahli: i. En. Ahmad Salihin bin Mat Saat ii. Pn. Siti Fadzlun binti Abd. Thani iii. En. Zahiah binti Kassim iv. En. Fauziah binti Ismail v. T.S Azhar bin Osman vi. En. Mohamad Arqam bin Mohammad vii. Pn. Aliza binti Jamil@Jamin RINGKASAN EKSEKUTIF ‘e-Rep KOMPAS’ merupakan inovasi penambahbaikan kepada inovasi penciptaan sistem ‘i-KOMPAS 2.0’ yang dilaksanakan pada tahun 2021 yang lalu. Sistem i-KOMPAS 2.0 adalah sistem pengumpulan data Standard Kompetensi Pemimpin Sekolah 2.0 (KOMPAS 2.0) yang diinovasikan selaras dengan Pelan Pembangunan 35
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu melonjakkan kualiti pendidikan negara dalam memenuhi tuntutan dunia pendidikan terkini dan masa hadapan serta mencapai Anjakan Kelima PPPM iaitu memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah untuk memacu organisasi ke arah kecemerlangan. Sebelum i-KOMPAS 2.0, pengumpulan data menggunakan kaedah instrumen dicetak dan dihantar kepada 30 peratus dari populasi semasa pemimpin sekolah di seluruh negara. Sistem i-KOMPAS v2 mula digunakan pada tahun 2020 dan seramai 7793 (76%) Pengetua dan Guru Besar (PGB) seluruh Malaysia telah menggunakan sistem ini untuk membuat penilaian kompetensi kendiri (PKK) dan keperluan Latihan (TNA) masing- masing. Dapatan data KOMPAS 2.0 tahun 2020 telah dikongsikan menerusi mesyuarat, taklimat dan bengkel kerja kepada pihak pengurusan KPM, pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan PGB. Sebanyak lapan program jerayawara telah dilaksanakan secara dalam talian yang melibatkan pegawai meja KOMPAS JPN, PPD dan IAB Cawangan. PGB memaklumkan bahawa laporan yang disediakan sangat memberi manfaat kepada mereka dalam merancang keperluan latihan berterusan pada tahun berikutnya. Namun, PGB mencadangkan laporan individu PGB perlu ditambah baik dengan mewujudkan satu laporan ulasan keperluan latihan. Selain itu, pegawai meja JPN dan PPD mencadangkan diwujudkan laporan PKK dan TNA peringkat JPN dan PPD. Hasil maklum balas tersebut, kami menggunakan model Design Thinking untuk membuat inovasi penambahbaikan ke dalam sistem iKOMPAS V2 dengan tambahan fungsi Laporan PKK dan TNA untuk Pegawai Meja KOMPAS (PMK) JPN dan PPD. Inovasi ini dinamakan ‘e-Rep KOMPAS’. Kumpulan XCELENT telah dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu Unit Operasi dan Unit Teknikal. Unit operasi telah mengadakan lima sesi perbincangan dan sumbang saran dalam menentukan format pelaporan. Seterusnya, format laporan diserahkan kepada Unit Teknikal untuk membuat pindaan ke dalam sistem. Pada 6 Mei 2021, Unit Teknikal telah memberi taklimat dan laporan Uji Lari Atas Talian (UAT) yang telah dilaksanakan berdasarkan pindaan yang telah dicadangkan. Sistem iKOMPAS v2 dibuka mulai 15 Julai hingga 24 September 2021 dan seramai 9501 (94%) orang PGB telah menggunakannya untuk menilai kompetensi diri dan keperluan latihan masing-masing. Setelah tamat tempoh pengisian, proses tapisan dan pembersihan data dilakukan terlebih dahulu sebelum laporan dijana oleh PGB, PMK JPN dan PPD. Hasil inovasi e-Rep KOMPAS ditunjukkan pada 6 Disember 2021, apabila PMK JPN berupaya menyediakan laporan dalam masa satu jam berbanding sebelum ini dan laporan telah dibentangkan kepada pihak pengurusan JPN dan PPD. Laporan dan data KOMPAS 2.0 telah dikongsikan dengan pegawai-pegawai SIP+ seluruh negara melalui bengkel kerja yang telah diadakan pada 22 hingga 31 Mac 2022. Di dalam bengkel kerja tersebut, peserta didedahkan dengan laporan individu, daerah dan negeri. Pegawai SIP+ telah menggunakan data dan laporan KOMPAS 2.0 dalam menyediakan Pelan Tindakan Bimbingan PGB mengikut Zon/Daerah/Negeri masing-masing dalam meningkatkan kompentesi diri PGB secara berfokus. 36
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 12.2.2 PRIME ePRIme RINGKASAN EKSEKUTIF Institut Aminuddin Baki (IAB) telah diamanahkan untuk melaksanakan Program Residensi dan Immersion (PRIme) kepada semua PGB baharu berdasarkan Surat Siaran KPM iaitu “Pelaksanaan Urusan Pemilihan dan Penempatan Pengetua dan Guru Besar Menggunakan Syarat Baharu di Kementerian Pendidikan Malaysia” bertarikh 17 Jun 2014. Setelah PGB baharu berkenaan menghadiri Kursus Immersion selama empat hari di IAB, mereka seterusnya akan mengikuti suatu tempoh bimbingan dan pementoran daripada Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+) daerah bagi memantapkan pelbagai kompetensi kepimpinan dan pengurusan agar sokongan yang berterusan dapat diberikan dalam membantu PGB baharu mencapai potensi penuh sebagai pemimpin sekolah dan seterusnya memikul tanggungjawab yang lebih besar ke arah memastikan keberhasilan murid yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, hal ini perlu dilaksanakan oleh SIP+ sekurang-kurangnya sebanyak dua kali lawatan ke sekolah atau perjumpaan secara dalam talian untuk proses bimbingan serta melibatkan penarafan peserta (PGB baharu) menerusi Instrumen Standard Kepimpinan PRIme untuk proses membangunkan kompetensi kepimpinan peserta dalam tujuh standard iaitu: Standard 1: Kepimpinan Strategik Standard 2: Kepimpinan Instruksional Standard 3: Kepimpinan Pembudayaan Standard 4: Kepimpinan Sumber Manusia Standard 5: Kepimpinan Pengurusan Standard 6: Kepimpinan Pembangunan Hubungan Luar Standard 7: Kepimpinan Mikropolitik. Walau bagaimanapun, Penarafan PGB baharu melalui Instrumen Standard Kepimpinan PRIme sedia ada adalah secara ‘off-line’ (J-PRIme) mengakibatkan kelewatan pengumpulan data dan kesukaran pihak urus setia dalam membuat pemantauan. Pelaksanaan projek ePRIme ini bertujuan mengatasi masalah tersebut iaitu pengisian instrumen secara dalam talian (Google Form) dan paparan ‘dashboard’ (Google Data). Pelaksanaan projek ini bukan sahaja telah dapat menjimatkan penggunaan tenaga, masa dan kos malahan yang paling penting ialah telah menjadikan pelaksanaan proses bimbingan peserta bersama SIP+ lebih teratur 37
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM dan berkesan kerana wujudnya sistem perekodan dan analisa data yang lebih efisien. 12.2.3 IJPSM TEAM MANAGEMENT TRACKER 38
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2022 RINGKASAN EKSEKUTIF Fungsi utama Jabatan Pengurusan Sistem Maklumat (JPSM) adalah menyelaras dan memantau pembangunan sistem, mentadbir sistem maklumat dan rangkaian, mengawal selia pembangunan Pusat Data (DC) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) serta menyelaras latihan & khidmat sokongan dan konsultasi sistem dan rangkaian kepada warga IAB. Pensyarah dan staf di JPSM juga terlibat dengan pengurusan dan kolaborasi bersama pusat-pusat lain di IAB. Kekerapan pergerakan pensyarah dan staf JPSM menghadiri pelbagai urusan rasmi di luar IAB Induk khasnya memerlukan pengurusan dan capaian maklumat yang sangat cekap terutama ketika ketiadaan person-in-charge (PIC) yang mana ahli pasukan yang lain perlu meneruskan atau mengambil alih atau mendapatkan maklumat terkini sesuatu perkara yang perlu diuruskan. Sebelum adanya inovasi penambahbaikan Team Management Tracker ini, dokumen dan maklumat JPSM dikongsi secara dalaman di medium cloud yang lain (domain IAB) dan juga domain GovUC). Walau bagaimanapun, didapati ada beberapa kekurangan dari segi susunan fail dan folder dalam medium cloud lain, yang menyebabkan proses carian dokumen mengambil masa serta kurang sistematik dari segi susun atur. Bagi inovasi kali ini, Microsoft Teams didapati paling berkesan dari segi pengurusan dokumen, susun atur serta komunikasi semasa berkenaan dokumen tersebut; inovasi Team Management Tracker merupakan inovasi pengurusan pintar JPSM secara elektronik. Penggunaan iJPSM Management Tracker memudahkan pengurusan penyimpanan dan capaian dokumen di JPSM dari segi penjimatan masa carian (oleh sebab sistem penyimpanan dokumen yang lebih sistematik) serta menjadikan medium tersebut sebagai one-stop centre bagi e-pengurusan pelbagai urusan tugasan hakiki seharian pensyarah dan staf di JPSM. Ketua Jabatan juga dapat mengakses maklumat dengan lebih mudah dan seterusnya membantu mengesan perkembangan sesuatu program/urusan/ aktiviti jabatan dengan mudah. Inovasi ini juga membolehkan ketua jabatan atau mana-mana ahli kumpulan yang diberi akses untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara seandainya staf yang berkenaan tidak dapat dihubungi. Selain itu, medium komunikasi seperti panggilan telefon atau video call boleh dilaksanakan dengan segera melalui aplikasi Microsoft Teams yang digunakan dalam inovasi ini. Dengan log masuk ke dalam Team Management Tracker JPSM semua staf dan ketua jabatan saling berhubungan untuk memulakan tugas jabatan dan berkongsi capaian untuk tugas-tugas seharian tanpa sempadan. 39
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 12.2.4 DASAR WOW 2.0 Pusat : Pusat Pengurusan Dasar & Inovasi Bidang Inovasi : Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Kategori : Inovasi Penambahbaikan Jenis : KIK Primer Ahli kumpulan : Pn. Norita binti Hamzah En. Mazli Hasril bin Hasarudin En. Hj. Mohd Radzi bin Bainan 40
Search