Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Perpindahan Organ & Derma Dari Persepsi Islam.

Perpindahan Organ & Derma Dari Persepsi Islam.

Published by afdhalazali, 2020-11-12 02:31:50

Description: Perpindahan Organ & Derma Dari Persepsi Islam.

Search

Read the Text Version

TAJUK : PERPINDAHAN ORGAN & DERMA DARAH DARI PERSEPSI ISLAM NAMA PENSYARAH : PN SURAINI BINTI RIPIN NO. MATRIK 25DEE19F1020 SESI : DEE3A/JUN 2020 25DEE19F1025 25DEE19F1014 NAMA 1. MURNI IWANA FARISAH BINTI MOHD ISA 2. MUHAMMAD AFDHAL IRSYADUDDIN BIN MOHD AZALI 3. RAIHAN SYAQEIR BIN RUHIYATIM

1.0 PENGENALAN Kaedah fiqah dalam masalah ini ialah kemudaratan hendaklah dihapuskan . Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi mencapai kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Dalam hal ini, kaedah ini sebenarnya menjelaskan bahawa tiap-tiap perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan mudarat hendaklah dihilangkan atau dihapuskan. Kaedah ini adalah bersumberkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud : (Islam itu) itu tidak boleh bahaya dan membahayakan . (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Tidak ada istilah “putus asa” dalam Islam. Sebagai makhluk yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk mengimarahkan muka bumi, manusia seharusnya memanfaatkan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah SWT bagi menyelesaikan sebarang masalah dan cabaran yang dihadapi. Ini termasuklah soal merawat penyakit. Dengan perkembangan pesat dalam bidang perubatan moden, pelbagai kaedah rawatan penyakit telah ditemui dan diperkenalkan. Salah satu kaedah rawatan ini ialah rawatan pemindahan organ yang terbukti Berjaya merawat pesakit-pesakit yang menghidap masalah kegagalan organ peringkat akhir. Usaha merawat penyakit ini bertepatan dengan Hadith Sahih berikut: Terjemahan: Daripada Usamah ibn Syarik, beliau berkata, sekumpulan orang Badawi berkata,“Ya Rasulullah, bolehkah kami mendapatkan rawatan?” Baginda menjawab, “Ya boleh, wahai hamba-hamba Allah, dapatkanlah rawatan kerana sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan (Dia) menentukan pula untuknya penyembuhan atau ubat kecuali satu penyakit.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah penyakit itu?” Baginda bersabda, “Penyakit tua.” Pendermaan organ dan darah adalah memenuhi salah satu maqasid syariah , iaitu untuk membantu kehidupan manusia , menyelamatkan nyawa dan memelihara jiwa manusia , mengembalikan fungsi organ serta membantu insan lain yang memerlukan kerana kurang sempurna organnya.

Yusuf Qardawi berpendapat bahawa pendermaan organ dan darah adalah harus pada saat darurat dengan syarat tidak membawa kemudaratan besar kepada penderma atau orang yang mempunyai hak aatas dirinya . Penderma pula mestilah sudah aqil baligh . Namun , pendermaan organ kepada kafir harbi (musuh yang diperangi) adalah tidak diharuskan sama sekali . Selain itu , syarat lain dalam pendermaan organ menurut Yusuf Qardawi ialah organ yang didermakan tidak boleh dijual beli (Kitab Fatwa Mua’sirah). Pendermaan organ oleh seorang Muslim kepada orang bukan Islam yang tidak memusuhi Islam diharuskan kerana organ yang didermakan tidak akan memberikan kesan kepada amalan baik atau buruk penderma itu. 2.0 MAKSUD PEMINDAHAN ORGAN DARI PERSEPSI ISLAM Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Pemindahan organ atau transplantasi organ ialah sejenis prosedur perubatan di mana organ dikeluarkan daripada satu tubuh dan diletakkan ke dalam tubuh penerima untuk menggantikan organ yang rosak atau hilang. Penderma dan penerima mungkin berada di lokasi yang sama, atau organ-organ barangkali diangkut dari tempat pendermaan ke lokasi lain. Organ-organ dan/atau tisu yang dipindahkan dalam tubuh badan yang sama dipanggil \"autocantuman\" atau \"autograf\" (daripada autograft). Pemindahan yang dilakukan antara dua individu daripada spesies yang sama dipanggil \"alocantuman\" atau \"alograf\". Alocantuman ini boleh diperolehi dairipada sumber yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam Al- Quran mahupun sunnah Rasulullah SAW kerana kaedah ini merupakan satu perkembangan baru dalam dunia perubatan. Satu daripada maqassid Al-syariah (matlamat syariah) adalah untuk memelihara nyawa. Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah keperluan mengatasi larangan,memilih jalan yang paling kurang mudarat dan perlu dirawat dengan berikhtiar. Di Malaysia,fatwa mengenai keharusan pendermaan dan pemindahan organ telah dikeluarkan semenjak bulan jun 1970 an.

Dari perspektif Islam,pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawat ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT dan bukannya bertujuan untuk mendapatkan ganjaran atau habuan. 2.1 MAKSUD MENDERMA DARAH Derma darah berlaku apabila seseorang secara sukarela telah membenarkan darahnya diambil dan digunakan untuk pemindahan dan / atau dijadikan ubat biofarmaseutikal melalui proses yang dipanggil pemeringkatan (pengasingan komponen seluruh darah). Derma darah mungkin darah keseluruhan (WB), atau komponen khusus secara terus (dipanggil apheresis kedua). Bank darah sering mengambil bahagian dalam proses pengumpulan serta prosedur yang mengikutinya. 3.0 SYARAT PEMINDAHAN ORGAN DAN DERMA DARAH DARI PERSEPSI ISLAM ANTARA ORGAN-ORGAN MANUSIA

Keharusan menderma organ juga terikat kepada syarat-syarat berikut yang bertujuan untuk melindungi semua kepentingan selaras dengan undang-undang Islam seperti Tidak memudaratkan penderma yang masih hidup seperti menyebabkan kematian atau hilang upaya (kehilangan pendengaran, penglihatan dan morbility).Selain itu,Pemindahan dilakukan dengan kebenaran daripada penderma. 3.1 Syarat Pemindahan Organ Dari Persepsi Islam Pemindahan organ berlaku dalam dua keadaan iaitu keadaan penderma masih hidup atau keadaan penderma yang telah meninggal. Penderma masih hidup mesti menjalankan kajian perubatan dengan cara terperinci dan professional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan. Penderma mestilah reda, tanpa paksaan. Selain itu, pemindahan dilakukan dalam keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya , terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga. Di samping itu,organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima,memberi keuntungan kepada orang tengah yang mengaut keuntungan. Seterusnya, keadaan penderma yang telah meninggal dunia, penderma mestilah reda, melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan daripadakerajaan. Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu,iman dan takwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsu-unsur penghinaan. Dilakukan dalam keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga. Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat dari suami, anak, ibu dan bapa.

3.2 Syarat Menderma Darah Dari Persepsi Islam Antara syarat menderma darah ialah bagi penderma mestilah baligh , berakal dan tidak dipaksa. Begitu juga tidak mendapat sebarang kemudaratan dengan sebab menderma darah. Bagi penerima, hendaklah pesakit itu memerlukan darah di peringkat darurat atau hajiat. Tidak ada benda lain yang mampu mengganti tempatnya. Hendaklah dengan izin penerima melainkan pada keadaan darurat yang tidak memerlukan keizinan penerima. Dalam keadaan darurat juga tidak perlu diambil kira bangkangan dari penjaga budak kecil atau orang gila yang mana pihak perubatan telah menyatakan wajib dilakukan pemindahan darah demi untuk menyelamatkan nyawanya. Permindahan darah adalah bersifat tabarru’ (sedekah atau hadiah) tanpa melibatkan pertukaran harta kerana haram menjualnya. Fatwa Akademi Fekah bagi Ikatan Dunia Islam berpendapat haram hukumnya mengambil bayaran dari pemindahan darah atau dengan erti jual beli darah. Ini adalah kerana darah adalah perkara yang diharamkan untuk dimakan yang dinaskan dalam Al- Quran bersama bangkai dan babi. Perkara yang haram dimakan, haram jual beli dan mengambil bayaran.

4.0 PECATURAN PENERIMAAN DARAH / ORGAN ISLAM & BUKAN ISLAM Tidak ada larangan untuk memindahkan organ seseorang yang bukan beragama Islam kepada tubuh seseorang yang beragama Islam, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. Katanya, ini kerana anggota seseorang itu tidak bersifat dengan Islam atau sebaliknya, dan hanya alat yang digunakan oleh manusia untuk melaksanakan tuntutan akidah dan manhajnya dalam kehidupan. “Apabila sesuatu bahagian anggota berpindah daripada seorang non-Muslim (bukan Islam) kepada seorang Muslim, maka anggota tersebut menjadi sebahagian daripada tubuh badan Muslim tersebut. Seterusnya, anggota tersebut digunakan untuk menunaikan tanggungjawabnya, seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.Namun, pendermaan organ atau darah kepada kafir harbi (musuh yang diperangi) adalah tidak diharuskan sama sekali.

5.0 KEBAIKAN MENDERMA DARAH 1)Dapat menggantikan sel-sel darah yang baru - Menderma darah turut mengurangkan jumlah sel darah merah di dalam tubuh anda dan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel baru.Tubuh anda akan menjadi lebih bertenaga, dapat berfungsi dengan lebih baik dan badan berasa lebih segar. 2) Dapat mengurangkan kalori di dalam badan - Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 kalori dalam badan seseorang dalam satu sesi membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti.Namun begitu, menderma darah ada hadnya di mana penderma hanya boleh menderma sekali dalam tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi penderma. 3) Boleh menyelamatkan nyawa orang - Dengan menderma darah anda sekurang kurangnya dapat menyelamatkan satu nyawa. 4) Mengurangkan risiko penyakit jantung - Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapar mengurangkan risiko penyakit jantung. 5.1 KEBAIKAN MENDERMA ORGAN 1) Mampu menyelamatkan nyawa orang lain - Mungkin nampak seperti perkara remeh dimulut, namun ianya adalah satu impak yang besar kerana bermain dengan satu nyawa yang sedang dipersoalkan.

5.2 KEBURUKAN MENDERMA DARAH 1) Tiada kesan sampingan terhadap penderma. 2) Cerita mitos 3) Orang ramai membuat berita palsu bagi menakutkan orang ramai supaya tidak menderma darah dan organ.

6.0 HUKUM MENDERMA DARAH & PEMINDAHAN PRGAN Hukum menderma darah adalah sunat digalakkan. Hukum mengenai pemindahan dan pendermaan organ pula tidak dibincangkan secara khusus dalam al-Quran dan al-Sunnah. Hukum pemindahan dan pendermaan organ adalah harus berdasarkan pandangan ulama Islam (ijtihad).Tidak ada larangan untuk memindahkan organ seseorang yang bukan beragama Islam kepada tubuh seseorang yang beragama Islam, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al- Bakri. 7.0 KESIMPULAN Kesimpulannya , jelas sekali Islam sebenarnya tidak pernah menolak pembangunan dan penciptaan dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan. Hal ini kerana, semua ilmu adalah daripada Allah SWT . Semua orang yang mempelajari dan mengaplikasikan ilmu ini hendaklah membawa jiwa-jiwa insani dan penggunanya kembali semula kepada Allah SWT dengan tidak menyalahgunakan penciptaan dan hasil kemajuan yang dianugerahkan . Antara teknologi yang diharuskan dalam Islam bagi kepentingan dan kemaslahatan manusia sejagat juga adalah seperti pemindahan organ dan derma darah kepada seseorang .

Penggunaan kaedah fiqah dalam sains teknologi dan kejuruteraan merupakan sesuatu yang perlu diambil kira oleh setiap saintis , teknorat dan jurutera. Pengaplikasian sains dan teknologi serta kejuruteraan oleh manusia perlu dilihat terlebih dahulu kesan langsung dan sampingan ketika pelaksanaannya. Penggunaan kaedah fiqah dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan juga haruslah didasari dengan kefahaman yang mendalam mengenai sesuatu kaedah yang akan diguna pakai.Hal ini perlu bagi memastikan segala kajian dan tindakan yang dilakukan menepati kehendak syarak dan tidak bertentangan dengan tujuan utama syariat, iaitu untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta serta kemaslahatan lain . SUMBER RUJUKAN 1) Buku Teks Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (Siri Politeknik Edisi Kedua) 2) http://det2a2018.blogspot.com/2018/02/1.html?m=1 3) https://says.com/my/seismik/kelebihan-menderma-darah-yang-pasti-membuat-anda-terkejut 4) https://www.maskulin.com.my/12-kelebihan-dan-manfaat-menderma-darah-paling-penting- dapat-hindari-dari-penyakit-berbahaya/ 5) https://youtu.be/Ed_CpoU9Ea0


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook