Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Katalog Pustaka Mizi

Katalog Pustaka Mizi

Published by Ahmad Termizi Abdullah, 2020-05-14 04:10:26

Description: Katalog Pustaka Mizi

Search

Read the Text Version

MTBEEUNNKJTAUAW-NBAGUBKHUPAERYRTASANOGPAULSAANK A DARPADA PENGALAMAN PENULIS DITERJEMAHKAN DALAM BENTUK BUKU KATALOG BUKU-BUKU DI PUSTAKA MIZI Koleksi Buku-Buku Tulisan: AHMAD TERMIZI ABDULLAH



KATALOG BUKU-BUKU DI PUSTAKA MIZI BUKU-BUKU TULISAN: AHMAD TERMIZI ABDULLAH



KANDUNGAN 1 PENGENALAN 2 E-BOOK 4 BIODATA PENULIS 5 7 BUKU-BUKU 8 1. Soal Jawab Pusaka 9 2. Soal Jawab Pusaka (Siri II) 10 3. Membumikan Faraid 11 4. Kirossako: Mudahnya Faraid 12 5. Wanita & Faraid 13 6. Kematian Berlapis 15 7. Tolak Hak 16 8. Rancang Harta: Hibah, Wakaf, Wasiat 17 9. Hibah Takaful 19 10. Dokumentasi Hibah 20 11. Hibah Ruqba 21 12. Hibah Amanah 23 13. Hibah Hartanah Bercagar 24 14. Wasiat Kepada Waris 25 15. Covid-19 dan Marad al-Maut 16. Mudahnya Tulis Wasiat 26 17. Pengurusan dan Pembahagian 28 30 Harta Pusaka di Malaysia 31 18. Rahsia Urus Harta Pusaka 33 19. Pusaka Kecil 34 20. Pusaka Besar 21. Waris Hilang 21. Waris Patah Titi



Pustaka Mizi _____________________________________________________ PENGENALAN Pustaka Mizi menawarkan buku-buku berkualiti untuk anda, khususnya buku-buku yang berkaitan dengan perancangan pewarisan, seperti hibah, dan wasiat, pengurusan harta pusaka, faraid, dan seumpamanya. Sila layari katalog untuk melihat kepelbagaian produk kami. Pembelian mudah secara atas talian. Penghantaran terus ke tempat anda. Kami menghantar barangan ke tempat anda dengan perkhidmatan Pos Laju dan anda boleh menyemak status penghantaran dengan klik pada pautan: https://www.tracking.my/poslaju, dan masukkan nombor tracking yang kami email kepada anda. Anda boleh bertanya terus kapada kami dengan pergi ke ruangan chat (We are here!) di sebelah kanan di bahagian bawah laman web www.pustakamizi.com Pembayaran secara terus juga boleh dibuat dengan klik pada logo bayaran yang tertera di laman web sekiranya anda terlepas 1

Pustaka Mizi _____________________________________________________ atau gagal membuat bayaran selepas check-out. E-BOOK Kepada sesiapa yang ingin membeli e- book, anda mempunyai dua pilihan cara pembelian. Anda boleh membeli di laman web www.pustakamizi.com Bagi pembelian di laman web ini, anda mempunyai pilihan pembayaran yang pelbagai, sama ada melalui fpx pindahan wang / kad debit / kad kredit melalui SenangPay, atau melalui pindahan wang secara manual, atau melalui akaun PayPal. Setelah pengesahan pembelian dan bayaran, email dihantar kepada anda memberikan pautan untuk anda muat turun e- book yang dibeli beserta kata laluan. Penghantaran melalui e-mail dibuat secara manual. Pilihan yang kedua adalah melalui pautan: https://pustakamizi.e-junkie.com Bagi yang memilih pautan ini, setelah pembelian dan pembayaran disahkan, anda akan terus menerima e-mail yang mengandungi pautan untuk anda muat turun e-book beserta kata laluan. 2

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Cara yang kedua ini lebih cepat sebab e- mail dihantar secara otomatik oleh sistem e- junkie, bukan dihantar secara manual. Cuma, cara kedua ini hanya akaun membenarkan pembayaran melalui PayPal sahaja. Kata laluan pada e-book adalah untuk menjamin keaslian e-book yang dibeli. Setiap pembelian akan menggunakan kata laluan yang berbeza kerana kata laluan dijana berdasarkan ID bagi setiap transaksi. Terdapat tempoh masa dan kekerapan untuk anda memuat turun e-book untuk menjamin keaslian e-book yang dibeli. Tempoh masa yang diberi ialah 120 jam selepas e-mail dihantar, dan kekerapan untuk muat turun hanyalah sebanyak tidak lebih dari 5 kali. Walau bagaimanapun, bagi e-book yang sudah dimuat turun, anda boleh menyalin fail tersebut tanpa had. E-book boleh dicetak bagi kegunaan memudahkan pembacaan. Nama pembeli dan alamat e-mail pembeli akan dicetak pada setiap helai e-book di sebelah atas sebelah kiri sebagai tanda keaslian e-book yang dibeli. 3

Pustaka Mizi _____________________________________________________ E-book boleh disalin bagi memudahkan pembaca menyalin semula isi-isi yang dianggap penting. E-book asalnya boleh diakses melalui aplikasi acrobat reader. Walau bagaimanapun, untuk kualiti yang lebih baik, anda boleh pindahkan ke aplikasi 'iBooks' bagi pengguna iOS, atau aplikasi 'Kindle' bagi semua pengguna secara umum. Sebarang pertanyaan, sila e-mail ke: [email protected] BIODATA PENULIS Ahmad Termizi dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1976. Penulis mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di bandar kelahirannya Pasir Mas. Pada tahun 1994, penulis melanjutkan pengajiannya di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam 4

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Kulliyyah Undang-undang. Kemudian, penulis meneruskan pengajiannya di Kulliyyah Undang- undang Ahmad Ibrahim di kampus pusat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang- undang dengan Kepujian. Seterusnya, penulis menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-undang di universiti yang sama secara sambilan sehingga tamat pengajian pada tahun 2005. Sebelum ini penulis berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Stamford, dan sekarang ini mempunyai firma guamannya sendiri, Termizi & Co. di Kuala Lumpur. Penulis juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pada tahun 2010, penulis menyambung pengajian bagi Diploma Undang-undang Syariah di Pusat Undang-undang Harun Hashim, UIAM. Selain beramal sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, penulis juga beramal sebagai Peguam Syarie dan banyak memberi konsultasi dan menyelesaikan banyak isu undang-undang berkaitan harta pusaka, dan faraid kepada anak guamnya dari pelbagai latar belakang. BUKU-BUKU Ringkasan buku-buku tulisan penulis adalah seperti di muka surat sebelah 5

Pustaka Mizi _____________________________________________________ HARGA (RM) KATEGORI BIL. TAJUK BUKU E- BERCETAK Umum BOOK Faraid 1. Soal Jawab 20.00 26.00 Perancangan Pewarisan Pusaka Pengurusan 2. Soal Jawab 15.00 20.00 Harta Pusaka Pusaka (Siri II) 3. Membumikan 24.00 30.00 Faraid Kirossako: 4. Mudahnya 10.00 25.00 Faraid 5. Wanita & Faraid 6.00 11.00 6. Kematian 5.00 11.00 Berlapis 7. Tolak Hak 8.00 16,00 Rancang Harta: 8. Hibah, Wakaf, 22.00 30.00 Wasiat 9. Hibah Takaful 5.00 11.00 10. Dokumentasi 7.00 13.00 Hibah 11. Hibah Ruqba 5.00 11.00 12. Hibah Amanah 6.00 11.00 13. Hibah Hartanah 6.00 11.00 Bercagar 14. Wasiat Kepada 5.00 11.00 Waris 15. Covid-19 & 5.00 11.00 Marad al-Maut 16. Mudahnya Tulis 22.00 - Wasiat Pengurusan dan 17. Pembahagian 24.00 28.00 Harta Pusaka di Malaysia Rahsia Urus 18. Harta Pusaka: A 36.00 - Hingga Z 19. Pusaka Kecil 8.00 16.00 20. Pusaka Besar 5.00 11.00 21. Waris Hilang 5.00 11.00 22. Waris Patah Titi 11.00 18.00 6

Pustaka Mizi _____________________________________________________ 1. SOAL JAWAB PUSAKA Buku ini adalah himpunan jawapan penulis terhadap sebahagian daripada soalan- soalan yang diajukan oleh masyarakat kepada penulis. Boleh dikatakan kesemuanya telah dikongsikan oleh penulis di laman muka buku (facebook) penulis. Penulis kumpulkan dan kongsikan semula dalam bentuk susun atur sebuah buku supaya lebih ramai yang mendapat manfaat daripadanya. Buku ini dibuat dalam bentuk soal jawab dan menggunakan gaya bahasa yang santai. Setiap persoalan disusun mengikut tajuk supaya memudahkan pembaca mencari jawapan terhadap persoalan tentang pusaka yang bermain dalam minda pembaca. Ia mencakupi tentang perancangan pembahagian harta, pengurusan dan pentadbiran harta pusaka, dan juga pembahagian harta pusaka, termasuk beberapa contoh pengiraan faraid. 7

Pustaka Mizi _____________________________________________________ 2. SOAL JAWAB PUSAKA (SIRI II) Buku ini adalah himpunan soal jawab berkaitan harta pusaka daripada sebahagian apa yang dikongsikan oleh penulis di dinding (wall) mukabuku (facebook) penulis. Penulis kumpulkan dan kongsikan semula dalam bentuk susun atur sebuah buku supaya lebih ramai yang mendapat manfaat daripadanya. Buku ini adalah kesinambungan daripada buku Soal Jawab Siri Pertama yang diterbitkan oleh Penulis terdahulu daripada ini. Soal Jawab dalam buku ini berkait dengan isu-isu pusaka yang lebih kontemporari. Buku ini dibuat dalam bentuk soal jawab dan menggunakan gaya bahasa yang santai. Setiap persoalan disusun mengikut tajuk supaya memudahkan pembaca mencari jawapan terhadap persoalan tentang pusaka yang bermain dalam minda pembaca. Ia mencakupi 8

Pustaka Mizi _____________________________________________________ tentang perancangan pewarisan, pengurusan dan pentadbiran harta pusaka, termasuk beberapa contoh-contoh pengiraan faraid. 3. MEMBUMIKAN FARAID Buku ini adalah himpunan tulisan kertas kerja dan kajian penulis tentang faraid dan hal- hal yang berkaitan dengannya. Perkongsian dengan orang ramai tentang faraid dan hal- ehwal harta pusaka bagi mencelikkan masyarakat tentang harta pusaka adalah satu jihad yang panjang dan berliku. Penulis rakamkannya dalam satu buku supaya lebih mudah dijadikan rujukan bagi masyarakat. Buku ini mencakupi aspek perancangan pembahagian harta seperti hibah dan wasiat, pengurusan dan pentadbiran harta pusaka, dan juga pembahagian harta pusaka, termasuk 9

Pustaka Mizi _____________________________________________________ beberapa contoh pengiraan faraid berdasarkan kaedah KIROSSAKO yang dibangunkan dan disohorkan oleh penulis. 4. KIROSSAKO: MUDAHNYA FARAID Pengajian faraid pada hari ini masih banyak menggunakan kaedah lama. Apabila penulis mula memberanikan diri mengajar faraid kepada kawan-kawan rapat, penulis mula memahami tentang kesusahan pelajar untuk memahami kaedah pengiraan faraid, terutamanya apabila tiba pengiraan ‘asabah. Maka penulis mula mencari-cari kaedah mudah pengajian faraid supaya lebih ramai yang akan faham tentang pengiraan faraid, pembelajaran lebih seronok, masalah pengiraan boleh diselesaikan dengan lebih mudah, dan sebagainya. 10

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Penulis akhirnya mendapat ilham tentang kaedah Kirossako dan memberanikan diri mengajar kaedah ini, menulisnya, menganjurkan kursus dan program. 5. WANITA & FARAID Buku kecil ini menyorot tentang hak-hak wanita dalam undang-undang pusaka Islam. Ia dimulai dengan sejarah ringkas pensyariatan faraid yang mengiktiraf hak-hak wanita tidak seperti zaman jahiliyyah sebelumnya. Kemudian penulis mengulas secara ringkas tentang isu gender wanita dalam perundangan pewarisan Islam dengan penjelasan tentang perbezaan antara wanita dengan khunsa, khunsa musykil, dan golongan pondan/mak nyah. Kebanyakan isi buku kecil ini menyenaraikan hak-hak waris wanita sebagai 11

Pustaka Mizi _____________________________________________________ isteri, ibu, nenek, anak perempuan, cucu perempuan dari anak lelaki, saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, dan saudara perempuan seibu. Buku ini kemudiannya menerangkan situasi pewarisan wanita sebagai waris ‘asabah bil ghayr, ‘asabah ma’al ghayr serta kedudukan waris wanita sebagai waris zawil arham seperti cucu perempuan dari anak perempuan, dan kedudukan ibu saudara kepada si mati. 6. KEMATIAN BERLAPIS Buku ini menyorot tentang isu kematian berlapis iaitu kejadian kematian secara berturut- turut, sama ada dalam tempoh yang singkat atau dalam tempoh yang lama, dalam keadaan harta pusaka bagi kes kematian pertama belum diselesaikan secara sempurna. Dalam istilah ilmu faraid, kematian berlapis ini dikenali sebagai ‘munasakhat’. Buku 12

Pustaka Mizi _____________________________________________________ ini dimulai dengan membincangkan definisi dan beza antara kematian berlapis dengan kematian serentak. Kemudian buku ini mengulas tentang sebab berlakunya kematian berlapis dan seterusnya implikasi yang terjadi akibat berlakunya kematian berlapis Beberapa situasi kematian berlapis dihuraikan secara terperinci dan kaedah penyelesaian atau pengiraan faraid bagi setiap situasi juga ada dimuatkan. Buku ini menyajikan kaedah pengiraan faraid yang sesuai dengan zaman ini dengan penjelasan pengiraan menggunakan konsep angka faktor sepunya terbesar (FSTB) supaya pembaca dapat memahami dengan lebih mudah. 7. TOLAK HAK 13

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Buku ini menyorot tentang isu penolakan hak atau penarikan diri (takharuj) waris atau waris-waris dalam pembahagian harta pusaka. Penolakan hak ini perlu dibuat secara teratur supaya hasrat waris yang menolak hak dapat ditunaikan, dan supaya waris yang menerima hak mendapat hak mereka secara tepat. Buku ini dimulai dengan membincangkan definisi dan dalil tentang amalan takharuj. Kemudian buku ini mengulas tentang syarat- syarat dan tujuan penolakan hak itu dibuat. Perbincangan yang terperinci dibuat tentang situasi-situasi penolakan hak, dan kadar penolakan hak. Setiap situasi diterangkan secara jelas; dari seorang waris kepada ramai, atau dari ramai waris kepada seorang, penolakan semua hak, penolakan sebahagian hak, dan pelbagai contoh situasi yang terjadi. Pada akhir perbincangan, buku ini membincangkan contoh kesilapan yang biasa dilakukan dalam pengiraan faraid bagi kes penolakan hak. Buku ini juga membincangkan situasi penolakan hak yang boleh terbatal apabila berlakunya beberapa situasi. 14

Pustaka Mizi _____________________________________________________ 8. RANCANG HARTA: HIBAH, WAKAF, WASIAT Buku ini memberikan pengetahuan yang berguna tentang instrumen-instrumen perancangan harta dalam Islam iaitu tentang hibah, wakaf, dan wasiat. Ia menghuraikan aspek fekah dan aplikasinya dalam masyarakat di negara kita hari ini. Buku ini juga memberi input tentang isu- isu terkini tentang instrumen-instrumen yang dibincangkan supaya para pembaca dapat betul- betul memahami tentang perbezaan pendapat di kalangan ulama’ dan dapat menilai sendiri tentang pendapat manakah yang lebih sesuai bagi masyarakat di negara kita hari ini. Buku ini juga mendedahkan beberapa instrumen perancangan harta yang terdapat di negara kita pada hari ini. 15

Pustaka Mizi _____________________________________________________ 9. HIBAH TAKAFUL Buku ini menyorot tentang hibah takaful dari aspek syariah, perundangan dan amalannya di negara kita. Buku ini dimulai dengan membincangkan mengenai definisi hibah, definisi takaful, konsep, dan sejarah kewujudan sistem takaful itu sendiri. Kemudian buku ini mengulas tentang konsep hibah takaful dan beberapa isu fekah yang timbul daripada konsep hibah takaful. Buku ini dilanjutkan dengan perbahasan tentang Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sejauh mana ia telah banyak membantu masyarakat Muslim dalam membuat perancangan pewarisan dengan lebih teratur. 16

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Buku ini menyajikan kaedah alternatif selain daripada perlantikan wasi dan/atau penamaan benefisiari dalam pengagihan manfaat takaful oleh peserta. Buku ini mendedahkan tentang amalan penyerahan hak polisi Takaful oleh peserta takaful kepada syarikat pemegang amanah yang kemudiannya dikawal oleh Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kaedah ini adalah antara kaedah yang boleh dipertimbangkan oleh seluruh umat Islam di Malaysia hari ini. 10. DOKUMENTASI HIBAH 17

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Buku kecil ini menyorot tentang dokumentasi hibah supaya dokumen yang disediakan adalah patuh syariah dan dalam masa yang sama selari dengan undang-undang. Buku ini dimulai dengan definisi, konsep, rukun, dan syarat-syarat sah hibah, termasuk perbahasan tentang syarat penerimaan harta hibah (qabd). Kemudian penulis mengulas secara ringkas tentang kategori hibah dan sedikit perbincangan tentang hibah bersyarat ‘umra dan ruqba. Buku ini seterusnya menekankan keperluan dokumentasi hibah supaya menepati kehendak undang-undang di Negara kita. Buku ini menerangkan tentang peranan peguamcara dalam dokumentasi hibah hartanah, amalan terbaik dokumentasi hibah, dan contoh-contoh penyediaan instrumen hibah hartanah. Perbincangan diakhiri dengan contoh- contoh dokumentasi hibah yang mengecewakan statut yang tidak sepatutnya dibuat. 18

Pustaka Mizi _____________________________________________________ 11. HIBAH RUQBA Buku ini adalah perbincangan secara khusus tentang hibah ruqba. Pada awalnya ia membincangkan tentang definisi hibah, hukum, tujuan, rukun-rukun, dan syarat-syarat sah hibah sebagai mukaddimah sebelum dilanjutkan perbincangan khusus tentang hibah ruqba. Buku ini seterusnya menghuraikan tentang perbezaan antara hibah ruqba dengan hibah ‘umra. Seterusnya dihuraikan tentang hukum hibah ruqba secara terperinci tentang perbezaan pandangan ulama’ dan pendalilan mereka. Perbincangan seterusnya disambung dengan melihat situasi amalan dan perundangan di negara kita. Perbandingan juga dibuat dengan amalan dan perundangan di negara jiran Singapura. 19

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Sebagai bonus, buku ini juga memberikan contoh-contoh penderafan dalam dokumentasi hibah ruqba, serta teknik penyediaan dokumen dalam memastikan ia boleh dilaksanakan. Di akhir perbincangan, buku ini memberikan beberapa contoh keputusan hakim syarie dalam memutuskan kes-kes berkaitan hibah ruqba. 12. HIBAH AMANAH Buku kecil ini menyorot tentang peruntukan undang-undang tentang hibah amanah, konsep pengamanahan dalam Islam, bentuk-bentuk pelaksanaan hibah amanah di negara kita baik hibah amanah hartanah, dan juga hibah amanah tunai. 20

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Buku ini juga menyentuh tentang peranan peguamcara dalam pelaksanaan hibah amanah hartanah. Produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat amanah bersasakan konsep pengamanahan secara wakalah (kuasa wakil) atau berkonsepkan pengamanahan secara wisoyah (wasiat pentadbiran) juga ada disentuh. Penulis juga secara berani memberikan pandangannya tentang amalan hibah amanah hartanah secara kuasa wakil yang terus antara pemberi dan penerima hibah yang pada pandangan penulis tidak menepati konsep hibah yang sebenar. Sedikit komen tentang amalan pengamanahan bagi golongan yang tidak terhalang (mahjur alaihi) dan amalan konsep ruqba juga disentuh oleh penulis supaya pembaca boleh memikirkannya sama ada ia sesuai atau tidak untuk diamalkan di negara kita. 13. HIBAH HARTANAH BERCAGAR 21

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Persoalan tentang hibah hartanah bercagar semakin hari semakin mendapat perhatian. Orang ramai masih keliru tentang perkara ini. Ada yang mengatakannya sebagai sah dan berkuatkuasa, manakala ada juga yang mengatakannya sebagai tidak sah dan tidak berkuatkuasa. Bagi memahami perkara ini, buku ini terlebih dahulu membincangkan tentang konsep pemilikan harta dalam Islam. Seterusnya pembaca dibawa kepada definisi dan kategori- kategori hibah yang dipraktiskan di negara kita. Pebezaan pandangan ulama’ juga disentuh supaya pembaca dapat meraikan kepelbagaian pola pemikiran yang terhasil berkenaan isu ini. Buku ini juga menerangkan tentang kedudukan hibah dalam perundangan negara dan menampilkan beberapa contoh pandangan (ijtihad) hakim syarie dalam memutuskan kes berkaitan hibah hartanah bercagar. 22

Pustaka Mizi _____________________________________________________ 14. WASIAT KEPADA WARIS Buku ini menyorot tentang isu pembahagian harta kepada waris melalui instrumen wasiat. Buku ini dimulai dengan membincangkan tentang rukun, syarat, dan kandungan bagi sesuatu dokumen wasiat. Kemudian penulis mengulas dalil tentang tiada wasiat kepada ahli waris. Buku ini seterusnya menghuraikan pula situasi jika wasiat kepada ahli waris dengan izin waris faraid. Penulis menerangkan pula tentang situasi wasiat kepada ahli waris yang kemudiannya menjadi bukan waris, dan sebaliknya. 23

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Pada akhir perbincangan, buku ini menjelaskan tentang pembaharuan undang- undang yang dibuat di beberapa negeri dengan membenarkan wasiat kepada waris walaupun tanpa izin waris faraid asalkan pada kadar tidak melebihi satu per tiga (1/3) harta. 15. COVID-19 DAN MARAD AL-MAUT Buku kecil ini menyorot tentang isu marad al-maut dan kaitannya dengan wabak covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk negara kita. Buku ini dimulai dengan perbincangan tentang kategori-kategor sakit supaya pembaca boleh membezakan antara sakit ringan, sakit berpanjangan dan sakit marad al-maut. Kemudian penulis memberikan maklumat ringkas tentang pandemik covid-19 yang melanda dunia kini. Buku ini seterusnya 24

Pustaka Mizi _____________________________________________________ menghuraikan definisi marad al-maut mengikut perbahasan ulama’. Penulis menerangkan pula tentang definisi marad al-maut dari segi statut yang dikanunkan di negara kita. Seterusnya buku kecil ini menghuraikan kesan marad al-maut itu terhadap urusan keduniaan pesakit sama ada kesannya dari segi fekah kekeluargaan dan kesannya dari segi transaksi harta. 16. MUDAHNYA TULIS WASIAT Tujuan penulis menulis e-book ini adalah untuk menerangkan kepada pembaca tentang cara penulisan wasiat supaya wasiat yang ditulis adalah sah dan berkuatkuasa. Harapan penulis agar pembaca yang membaca e-book ini akan mampu menulis wasiat mereka sendiri secara sah dan boleh dikuatkuasakan tanpa perlu 25

Pustaka Mizi _____________________________________________________ mereka menghabiskan wang yang banyak membayar kepada pihak-pihak lain sedangkan pembaca mampu menulisnya sendiri. Penulis sedar bahawa bukan semua di kalangan masyarakat mampu membayar upah peguam atau membayar yuran syarikat-syarikat amanah yang memberikan khidmat penulisan wasiat. Masyarakat muslim sebenarnya mampu menulisnya sendiri dengan yakin bahawa wasiat yang ditulis adalah sah dan boleh dikuatkuasakan selepas pewasiat meninggal nanti. 17. PENGURUSAN DAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA Buku ini memberikan pengetahuan yang berguna tentang pengurusan dan pembahagian harta pusaka orang Islam di Malaysia. Ia menghuraikan tentang pengurusan harta pusaka orang Islam dari aspek 26

Pustaka Mizi _____________________________________________________ perundangan negara. Dengan memahami aspek undang-undang ini, secara tidak langsung para pembaca dapat memahami tentang peranan institusi-institusi yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka umat Islam seperti mahkamah syariah, mahkamah tinggi, unit pembahagian pusaka kecil, Amanah Raya Berhad, dan syarikat pemegang amanah yang terdapat di negara kita. Buku ini juga memberi penerangan asas tentang ilmu faraid, iaitu ilmu pembahagian harta pusaka dalam Islam. Beberapa contoh pengiraan faraid, dan isu perbezaan pandangan ulama’ tentang kaedah pengiraan faraid juga dibincangkan. Beberapa persolan fekah berkaitan harta pusaka seperti isu waris hilang, penama, janin dalam kandungan, kematian serentak, dan anak luar nikah juga ada dihidangkan untuk pemahaman pembaca. 27

Pustaka Mizi _____________________________________________________ 18. RAHSIA URUS HARTA PUSAKA: A HINGGA Z Tujuan saya menulis ebook ini adalah untuk menerangkan kepada anda tentang cara pengurusan harta pusaka yang lengkap supaya anda dapat menguruskan harta pusaka waris- waris anda dengan lebih cepat, effisien, dan menjimatkan kos. Sesungguhnya hal-ehwal pusaka orang Islam di negara kita tidak boleh lari dari terlibat dalam kedua-dua bidang guaman kerana bidangkuasa yang berkait dengan hal ehwal pusaka orang Islam di Malaysia bercampur baur antara kedua-duanya. Insya-Allah, saya akan jelaskan secara terperinci dalam e-book ini juga dalam bab-bab seterusnya. 28

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Harapan saya agar pembaca yang membaca e-book ini akan mampu menguruskan pembahagian harta pusaka waris mereka sendiri secara effisien tanpa perlu mereka menghabiskan wang yang banyak membayar kepada pihak-pihak lain sedangkan anda mampu menguruskannya sendiri. Saya sedar bahawa bukan semua di kalangan kita mampu membayar upah peguam atau membayar yuran syarikat-syarikat amanah yang memberikan khidmat pengurusan harta pusaka. Walaupun upah dan/atau yuran bagi pengurusan harta pusaka boleh ditolak atau diambil dari harta pusaka itu sendiri, tetapi dalam kebanyakan kes, harta pusaka selalunya terbeku dan waris-waris perlu mengeluarkan pendahuluan perbelanjaan menggunakan wang poket sendiri. Jadi, sekiraya anda mempunyai ilmu pengurusan harta pusaka, ini akan memudahkan dan menjimatkan kos yang menguntungkan anda dan waris-waris yang terlibat. Saya yakin anda mampu menguruskannya sendiri selepas membaca e- book ini atau sekurang-kurangnya hadiahkan e- book ini kepada waris anda supaya mereka boleh menguruskan harta pusaka peninggalan anda dengan sempurna. 29

Pustaka Mizi _____________________________________________________ 19. PUSAKA KECIL Buku ini menyorot tentang pengurusan harta pusaka yang dinamakan sebagai pusaka kecil Buku ini dimulai dengan menyatakan tentang bidang kuasa institusi-institusi yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka di negara kita, iaitu tentang perbezaan bidang kuasa Amanah Raya Berhad, Mahkamah Tinggi Sivil, dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil di pejabat tanah. Kemudian penulis mengulas secara ringkas tentang kelebihan-kelebihan pusaka kecil. 30

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Buku ini seterusnya menghuraikan proses pengurusan pusaka kecil dengan membuat perincian secara berasingan tentang persediaan sebelum perbicaraan, situasi semasa perbicaraan, dan apa berlaku selepas perbicaraan. Penulis menerangkan pula tentang proses rayuan dan permohonan terkemudian (Borang P). Di akhir buku ini dimuatkan beberapa lampiran tentang contoh-contoh borang yang terlibat dan panduan mengisi borang-borang tersebut. 20. PUSAKA BESAR 31

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Buku ini adalah perbincangan secara khusus tentang ‘pusaka besar’. Buku ini menceritakan tentang beberapa prosedur yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil. Ia dimulakan dengan perbincangan tentang prosedur permohonan Surat Kuasa Mentadbir sama ada secara ex-parte atau secara inter- parte. Kemudian, ia disusuli dengan perbincangan tentang permohonan perintah pembahagian harta pusaka sama ada pembahagian secara faraid atau pembahagian secara permuafakatan. Seterusnya buku ini menceritakan tentang prosedur permohonan geran probet dan kelebihan tentang adanya wasiat pentadbiran (wisoyah) yang mempercepatkan proses pencairan harta pusaka. Buku ini juga memuatkan perbincangan tentang permohonan pindaan dan permohonan perintah jualan sebagai tambahan pengetahuan tentang pengurusan harta pusaka di Mahkamah Tinggi. 32

Pustaka Mizi _____________________________________________________ 21. WARIS HILANG Buku ini menyorot tentang isu orang / waris hilang. Ramai yang membiarkan harta pusaka sekeliling mereka terbiar kerana mereka buntu akibat adanya waris yang hilang. Buku ini dimulai dengan membincangkan hukum-hakam orang hilang. Kemudian buku ini mengulas tentang permohonan anggapan kematian dan perbahasan ulama’ tentang tempoh masa orang hilang bagi mendapatkan perintah anggapan kematian. Beberapa-beberapa pandangan ulama’ tentang kaedah pewarisan bagi waris hilang 33

Pustaka Mizi _____________________________________________________ dibincangkan dalam buku ini, dan penulis membawakan rasional praktis di negara kita. Seterusnya buku ini menyajikan kaedah pengiraan faraid bagi waris hilang dengan cara membuat kebarangkalian situasi hidup, dan mati, dan kemudiannya melepaskan hak minima kepada waris-waris. Pada akhir perbincangan, buku ini membincangkan isu orang hilang yang muncul kembali. Bagaimana dengan hartanya yang sudah diagihkan? 22. WARIS PATAH TITI 34

Pustaka Mizi _____________________________________________________ Buku ini menyorot tentang isu nasib waris patah titi. Kebajikan golongan ini terbela dengan kewujudan statut tentang wasiat wajibah yang melayakkan mereka menerima harta pusaka datuk atau nenek mereka pada kadar wasiat. Buku ini dimulai dengan membincangkan tentang konsep wasiat wajibah, dan pandangan- pandangan ulama’ mengenainya. Kemudian penulis mengulas tentang kadar dan syarat wasiat wajibah. Beberapa isu yang timbul dari ijtihad berkaitan wasiat wajibah juga diperbincangkan bagi memantapkan lagi penderafan dan pelaksanaan wasiat wajibah di negara kita. Penulis juga memuatkan fatwa yang diputuskan berkaitan wasiat wajibah bagi panduan amalan masyarakat Muslim di negara kita. Pada akhir perbincangan, buku ini membincangkan isu cucu atau kanak-kanak bagi wasiat wajibah di Selangor. Di akhir buku ini, ada dilampirkan contoh kes yang penulis sendiri terlibat mengenainya. 35

Pustaka Mizi _____________________________________________________ 36


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook