Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Khazanah EDGE Edisi 1

Khazanah EDGE Edisi 1

Published by EDGE Brunei, 2021-01-03 10:42:31

Description: Khazanah EDGE Edisi 1

Search

Read the Text Version

KHAZANAH EDGE EDISI 1 2020 Sumber: Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan MS. 1 & 2 KE ARAH PENDIDIKAN BERKUALITI SECARA Sekapur Sirih, Seulas Pinang SERATA DAN SAKSAMA MS. 3 SEKAPUR SIRIH, SELUAS PINANG Fungsi dan Peranan Utama Jabatan | Carta Organisasi Berjenis perkembangan laila dicadang Berjenis kemajuan nampak dipandang MS. 4 Berjenis rancangan yang akan disandang Sumber Tenaga Manusia Yang bijak pandai elok diundang (Syair Asli Rajang Hari, Muda Omar Ali Saifuddien) MS. 5 . Pelajar-pelajar EDGE Dalam usaha Kementerian Pendidikan untuk mencapai Objektif Strategik MS. 6-8 Ke-2, iaitu menyediakan akses bagi pendidikan berkualiti secara serata dan Imbasan EDGE 2020 saksama, sebuah pusat baru iaitu Pusat Perkembangan Pendidikan Cerdas MS. 9 Pintar dan Berbakat telah ditubuhkan. Pusat tersebut juga dikenali Pencapaian KPI EDGE 2020 | Hala Tuju EDGE 2021 sebagai CentrE for the Development of Gifted and Talented Education, atau MS. 10 Ciri-ciri Pelajar Cerdas Pintar secara ringkasnya – EDGE. 1

Sumber: Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG PUSAT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN CERDAS PINTAR DAN BERBAKAT EDGE telah dimandatkan untuk mengasuh bakat, potensi, kemahiran dan kepimpinan pelajar-pelajar yang dikenalpasti cerdas pintar dan menunjukkan potensi. Pelajar-pelajar ini juga terpilih berdasarkan pencapaian yang sangat baik dalam peperiksaan awam di seluruh negara. Dengan visi “Pendidikan Cerdas Pintar Berkualiti untuk Pemimpin Hari Esok” dan misi “Penyediaan dan pelaksanaan program cerdas pintar yang berkualiti untuk menzahirkan potensi, bakat dan kemahiran pelajar ke tahap maksima”, EDGE berharap akan dapat bekerjasama dengan jabatan-jabatan lain di bawah Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan aspirasi Kementerian ke arah mendokong Wawasan Brunei 2035. EDGE adalah satu daripada antara rangkaian pusat di bawah Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan pada masa ini bermastautin di Blok A, Tingkat 4, Bilik 407. Pada sejarahnya, bidang Pendidikan Cerdas Pintar beroperasi di bawah Unit Pendidikan Khas. InsyaAllah, laporan-laporan tahunan yang diterbitkan oleh EDGE akan mencerminkan titik peristiwa yang bermakna dalam penubuhan EDGE ke arah mencapai objektif strategik Kementerian khususnya, dan juga Wawasan Brunei 2035, amnya. Pada kali ini, laporan ini mengandungi fungsi dan tugas EDGE, carta organisasi EDGE, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan EDGE, pencapaian dan harapan EDGE untuk tahun seterusnya. Diharapkan, laporan ini akan menjadi rujukan warga Kementerian amnya. Oleh itu, terima lah edisi pertama Khazanah EDGE. Dr Mona Aliana binti Dato Paduka Awang Haji Mohd Alimin Ketua EDGE Tel: 238 3372 | Emel: [email protected] 2

FUNGSI DAN PERANAN UTAMA JABATAN BERIKUT ADALAH FUNGSI DAN PERANAN UTAMA JABATAN 1) Menyelaras program-program berkaitan dengan pelajar-pelajar cerdas pintar yang merangkumi proses perancangan, mereka bentuk dan pelaksanaan: • Sistem pengenalpastian, pencalonan, pemilihan dan penilaian. • Program cerdas pintar yang berkualiti, termasuk program berunsurkan kepimpinan dan pembangunan pelajar yang berkualiti. • Sistem pemantauan dan penilaian. 2) Menyelaras program-program berkaitan dengan pelajar-pelajar biasiswa kerajaan dalam negeri yang merangkumi perancangan, mereka bentuk dan pelaksanaan: • Program berunsurkan kepimpinan dan pembangunan pelajar yang berkualiti. • Sistem pemantauan dan penilaian. 3) Pusat rujukan bagi program-program berkaitan dengan pelajar-pelajar cerdas pintar dan biasiswa kerajaan dalam negeri. 4) Menyelaras program-program cerdas pintar yang dianjurkan di dalam dan luar negeri. CARTA ORGANISASI Ketua EDGE Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian Pentadbiran Pencalonan dan Pelaksanaan, Perkembangan dan Kewangan Pemantauan Pasca Program Penilaian dan Penilaian Program Cerdas Pendidikan Teras Pintar 3

SUMBER TENAGA MANUSIA PEGAWAI-PEGAWAI EDGE Bil Nama Jawatan Bahagian 1. Dr Mona Aliana binti Dato Pmk. Penolong Pengarah / Ketua EDGE Paduka Awang Haji Mohd Alimin Pegawai Psikologi Pendidikan Tingkat Khas 2. Dyg Norhidanajbah binti Haji Pegawai Pendidikan Bahagian Pencalonan dan Penilaian Tompal 3. Dyg Hajah Aidah Lena Mawarni Pegawai Pendidikan Bahagian Pelaksanaan, Pemantauan binti Mohd Noh dan Penilaian Program Cerdas Pintar 4. Dyg Rozi-Suzanah binti Yatab Pegawai Pelajaran Bahagian Perkembangan Pasca Program Pendidikan Teras PEGAWAI KELULUSAN TERTINGGI LATIHAN PERKEMBANGAN Ph.D. Gifted Education Concept-Based PROFESIONAL TAHUN 2020 Curriculum & Instruction Certified Trainer Effective Stakeholder Engagement M.Ed. Gifted Education Project Management M.Ed. Gifted Education using Microsoft project M.Ed. Education Effective Project Management Developing Database using Microsoft Access with Visual Basic Effective Project Management Effective Stakeholder Engagement Project Management using Microsoft project 4

5

IMBASAN EDGE 2020 INTERNATIONAL PELAJAR SKIM BIASISWA SCIENCE YOUTH KERAJAAN DI DALAM NEGERI FORUM (ISYF) 2020 DIRAIKAN PENGALAMAN BERSAMA NOBEL LAUREATES GIGIH BERUSAHA, PINTU PELUANG TERBUKA Republik Singapura, 13-17 Januari 2020 – International The Garden’s Veranda, Rimba, 19 September 2020 – Science Youth Forum (ISYF) adalah forum antarabangsa Seramai 37 pelajar Skim Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli kelolaan Kementerian Pendidikan, Republik Singapura Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- dan Hwa Chong Institution (HCI) yang diadakan setiap tahun Pertuan Negara Brunei Darussalam Di Dalam Negeri telah sejak 2009. Forum ini diadakan di HCI dan penyertaan adalah diraikan di dalam Majlis Penganugerahan Biasiswa dan melalui undangan. Forum ini memfokuskan pelajar Sains Majlis Ramah Mesra. Majlis Penganugerahan Biasiswa yang berumur antara 16 dan 17 tahun dan juga warga telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dr Chin Wei Keh, pendidik dalam bidang Sains. Timbalan Setiausaha Tetap, Pengajian Tinggi. Manakala, Majlis Ramah Mesra bersama Yang Berhormat Dato Seri Pada tahun ini, ISYF telah dihadiri oleh 120 pelajar dan 43 Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri pendidik dari 18 negara dan 42 sekolah dari seluruh dunia. Pendidikan juga dihadiri oleh Yang Mulia Datin Seri Paduka Brunei Darussalam telah diwakili oleh 2 orang pelajar cerdas Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan pintar iaitu, Awg. Soo Jun Shan dan Dyg. Sharifah Yura Muna Menteri Pendidikan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Mas Rahayu dan seorang Pegawai Pendidikan, Dyg. Hjh. Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Yang Mulia Dr Aidah Lena Mawarni. Delegasi ini telah menyertai sesi dialog Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, bersama Nobel Laureates, amazing race, pembentangan Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Yang Mulia penyelidikan, pameran poster dan kebudayaan serta lawatan Dr Chin Wei Keh; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, ke institusi penyelidikan. Delegasi pelajar juga Yang Mulia Dayang Marina Chek binti Bujang; Pengarah- menyertai Team Project Challenge di mana mereka Pengarah; Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai-Pegawai dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan diaturkan untuk Kementerian Pendidikan. membuat salah satu daripada dua kategori. Bagi aktiviti ini, delegasi pelajar Brunei Darussalam adalah satu-satunya Sumber: Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan pasukan, selain dari negara tuan rumah, yang telah memenangi kedua-dua kategori. Bagi pameran poster, pelajar-pelajar telah mengetengahkan cadangan satu prototype “Menyapu Ayer” untuk membersihkan sisa sampah yang terapung di Sungai Brunei. Penglibatan dalam ISYF setentunya memberikan pengalaman yang unik kerana forum ini menyediakan landasan bagi para pelajar dan pendidik untuk berinteraksi dengan pemenang-pemenang Nobel Laureate dan Saintis terkemuka. Peluang interaksi ini memberikan inspirasi dan semangat bagi para peserta untuk menceburi penyelidikan dalam bidang yang diminati. 6

IMBASAN EDGE 2020 PERJUMPAAN MESYUARAT BOARD BERSAMA PELAJAR OF DIRECTORS, TAHUN 13 ASEAN+3 CENTRE FOR THE GIFTED IN SCIENCE MELAKAR MASA HADAPAN (ACGS) Dewan Utama, Bangunan Baru, Kementerian PENDIDIKAN SAINS DITITIKBERATKAN Pendidikan, 24 Oktober, 2020 – Sesi Suai Kenal telah dikendalikan oleh 4 orang pegawai dari Pusat Kementerian Pendidikan, 27 Oktober, 2020 – Perkembangan Pendidikan Cerdas Pintar dan Berbakat Mesyuarat bagi Board of Directors dari negara-negara (EDGE) dan dihadiri oleh 22 orang pelajar Tahun 13. ASEAN Plus Three bagi ASEAN Plus Three Centre for the Gifted in Science (ACGS) telah diadakan secara dalam Sesi yang diadakan selama 2 jam itu bertujuan untuk talian. Peranan ACGS adalah untuk mengukuhkan mengenali dengan lebih dekat pelajar-pelajar EDGE kolaborasi dan pertukaran maklumat antara negara- yang berada di Tahun 13. Semasa sesi tersebut, negara ASEAN Plus Three; meningkatkan pendidikan pelajar-pelajar telah berpeluang untuk sains melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman; membentangkan perancangan pembelajaran mereka dan menyediakan landasan dan peluang bagi pelajar di peringkat pengajian tinggi. yang berbakat dalam sains agar mereka dapat menjadi pemangkin di kemudian hari. Antara perisian perbincangan adalah perkhemahan pelajar dan bengkel guru yang akan diadakan secara maya pada bulan Januari 2021, penangguhan ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APTJSO) bagi tahun 2021 dan juga Da Vinci Box. EDGE PLUS: PERKHEMAHAN KEPIMPINAN 2020 PEMIMPIN HARI ESOK TO BE ENTERED 7

PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SKIM BIASISWA KERAJAAN DI DALAM NEGERI YANG MENETAP DI ASRAMA HOME AWAY FROM HOME @ JIS Sekolah Antarabangsa Jerudong dan Sekolah Antarabangsa Brunei, 3 & 17 November, 2020 - Pegawai-pegawai EDGE telah mengadakan lawatan ke asrama-asrama pelajar Biasiswa Kerajaan Skim Di Dalam Negeri, masing-masing berlangsung di Osprey House, Sekolah Antarabangsa Jerudong dan The Residence, Sekolah Antarabangsa Brunei. @ ISB Sesi yang diadakan selama 3 jam itu bertujuan untuk bersuai kenal dengan pelajar-pelajar EDGE di Tahun 8 hingga 13 yang menetap di asrama. Disamping itu, EDGE juga berpeluang untuk meninjau dengan lebih dekat hal ehwal kesejahteraan pelajar-pelajar dan seterusnya meninjau kemudahan yang terdapat di kedua-dua buah institusi pendidikan berkenaan. @ ISB 8

PENCAPAIAN KPI EDGE 2020 Kertas Kerja bagi Penubuhan EDGE Cadangan Aliran Program-Program Memulakan Sistem Pengkalan Data (Database) HALA TUJU EDGE 2021 ➢ Program-Program EDGE: 1) EDGE Plus 2) EDGE Pra-U 3) Pengayaan 4) Sedia Kerjaya ➢ Sistem pengkalan data (database) bagi pemantauan pelajar ➢ Bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan 9

CIRI-CIRI PELAJAR CERDAS PINTAR Sumber: http://www.mpsaz.org/porter/staff/ccsorce/gt-program/ Berdasarkan rujukan mengenai bidang Pendidikan Cerdas Pintar, di atas adalah beberapa ciri pelajar cerdas pintar. Di antara ciri-ciri di atas, adakah ciri-ciri tersebut boleh dianggap positif atau sebaliknya? Ciri manakah yang selalu ditonjolkkan oleh pelajar cerdas pintar di dalam bilik darjah di Brunei Darussalam? Apakah kaedah yang dipraktikkan oleh guru untuk differentiate instruction bagi menyesuaikan ciri pelajar dengan pengajaran? Adakah penilaian yang sama dijangka bagi sesuatu pengajaran atau kebolehan yang berbeza? Ikuti Khazanah EDGE Edisi 2 seterusnya bagi perkongsian pedagogi Pendidikan Cerdas Pintar! 10


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook