Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore efolio

efolio

Published by zulaikhaalieya1, 2021-12-01 10:32:11

Description: efolio

Search

Read the Text Version

MPU21032 NAMA PENSYARAH: PUAN NORAINI BINTI SULAIMAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN NAMA PELAJAR TAJUK TUGASAN NAMA NOMBOR MATRIK ALIEYA 16DPM21F1032 KONSEP RAJA ZULAIKHA BINTI BERPERLEMBAGAAN MOHAMMAD 16DPM21F1043 16DPM21F1027 DALAM SEBUAH SEDI NURFARA NEGARA DEMOKRASI. SYAKILA BINTI ALIAS SANGLISWARI A/P THANGAVELU (SESI 2021/2022) 1

ISI KANDUNGAN BIL. TAJUK MUKASURAT 1. Muka Depan & Isi Kandungan 1-4 2. Perhargaan 5 3. Pengenalan 6-8 4. Konsep Raja 9-10 Berperlembagaan 5. Yang Di -Pertuan Agong 11-19 6. Majlis Raja -Raja 20-31 7. Krisis Perlembagaan 32-37 8. Kesimpulan 38 9. Gambar Proses Mengedit 39 10. Rujukan 40 PENASIHAT 2

PENASIHAT PUAN NORAINI BINTI SULAIMAN EDITOR DAN PENULIS: NURFARA SYAKILA BINTI ALIAS SANGLISWARI A/P THANGAVELU ALIEYA ZULAIKHA BINTI MOHAMMAD SEDI P3

TERBITAN PERTAMA EDISI 2021 @ HAK CIPTA TERPELIHARA .TIADA BAHAGIAN DARIPADA PENERBITAN INI DAPAT DITERBITKAN SEMULA ,DISIMPAN DALAM SISTEM PEROLEHAN SEMULA ATAU DIHANTAR DALAM SEBARANG BENTUK ATAU SEBARANG CARA,ELEKTRONIK ,MEKANIKAL,FOTOKOPI,RAKAMAN ,SEBALIKNYA TANPA KEBENARAN PEMILIK HAK CIPTA TERLEBIH DAHULU. DITERBITKAN OLEH: Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim Hi-Tech Park 09000 Kulim Kedah Darul Aman 4

1.0 PENGHARGAAN Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya.Pertama kami ingin mendedikasikan ucapan terima kasih dan menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Noraini Bt.Sulaiman , Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU 21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. 5

2.0 PENGENALAN Konsep raja berperlembagaan harus dilakukan dalam konteks demokrasi dan dalam kerangka sedemikian sukar untuk menolak bahawa pada asasnya sistem beraja adalah sistem yang anakronistis dan bertentangan dengan demokrasi, terutamanya dalam konteks dunia moden hari ini . Monarki dianggap bertentangan dengan demokrasi kerana ia berdasarkan kepada keturunan; sesuatu yang jelas tidak selari dengan prinsip sama rata yang menunjangi sistem demokrasi. Dalam demokrasi pemerintahan dan kuasa memerintah dikaitkan dengan hak dan kuasa rakyat hari ini kuasa memerintah perlu dijustifikasikan dengan mandat melalui pilihan raya. Bagaimana pun jika kita melihat kenyataan kehidupan seharian rumusannya tidaklah sebegitu mudah. Apa yang sebenarnya berlaku ialah begitu banyak keputusan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita dibuat oleh mereka yang tidak mempunyai mandat popular; terutamanya golongan birokrat. Ahli-ahli politik yang dipilih oleh rakyat dalam senario sedemikian pada hakikatnya hanya memberikan pengesahan semata-mata. Antara contoh yang paling ketara ialah kenaikan harga tol dan keperluan seharian, penetapan cukai oleh pihak berkuasa tempatan dan banyak lagi. Ini semua menunjukkan bahawa demokrasi tidak semestinya memperkasa atau meletakkan rakyat menjadi pemerintah. Dengan kata lain demokrasi mempunyai kelemahan semulajadi; yang tidak dapat dielakkan. Selain itu demokrasi pada asasnya ialah satu idea yang tidak menyediakan formula siap untuk semua negara. Kelemahan demokrasi itu sedemikian menyebabkan institusi tradisional seperti sistem beraja - secara tidak langsung - mempunyai justifikasi dan kesahan untuk terus wujud dan beroperasi di dalam sistem pemerintahan dan perlembagaan moden. Apakah yang dikatakan raja berperlembagaan itu? Umumnya ia merujuk kepada raja atau sistem beraja yang kuasa dan autoritinya terbatas . Batasan ini boleh bersumberkan peruntukan di dalam perlembagaan, tradisi serta nilai yang tertentu di dalam negara atau masyarakat berkenaan. Meskipun demikian, dalam dunia moden konsep atau definisi raja berperlembagaan sering dilihat sebagai raja yang dibatasi oleh peruntukan-peruntukan tertentu di dalam perlembagaan. Selain itu kuasa atau sistem pemerintahan di dalam negara berkenaan dipilih melalui pilihan raya yang adil dan bebas. Mungkin inilah bentuk batasan yang paling penting dan efektif dalam dunia moden. 6

Sebab itulah negara seperti Arab Saudi, Brunei dan Nepal tidak digolongkan sebagai negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan walaupun kita maklum bahawa raja-raja di negara-negera berkenaan masih tertakluk kepada batasan tertentu seperti agama dan tradisi. Menyedari hakikat itulah maka ada sarjana yang mengemukakan pendapat bahawa pada hakikatnya tidak ada raja yang boleh dikatakan raja berkuasa mutlak5 . Ini kerana meskipun negara atau sistem berkenaan tidak mempunyai batasan dalam bentuk kanun atau perlembagaan bertulis sudah tentu ada nilai dan norma yang membatasi kuasa dan peranan raja berkenaan. Mungkin perlu disebut bahawa sistem beraja tidak sama dengan pemerintahan kuku besi atau diktator kerana sistem beraja selalunya adalah personifikasi negara itu sendiri kerana dinasti yang ada itu kebanyakannya muncul atau berkembang bersama dengan kemunculan negara berkenaan. Meskipun negara-negara yang mengamalkan konsep raja berperlembagaan hari ini mempunyai bentuk dan peruntukan yang berbeza di dalam perlembagaan mereka umumnya ada beberapa persamaan di antara mereka. Selain batasan tertentu di dalam perlembagaan atau sistem politik berkenaan, kebanyakan raja mempunyai kedudukan atau peranan tertentu di dalam agama rasmi negara mereka . Raja-Raja juga sering dianggap simbol buat autoriti awam negara berkenaan.. Umumnya peranan sistem beraja di dalam sistem pemerintahan dan perlembagaan moden boleh dibahagikan kepada beberapa jenis; iaitu  sebagai simbol atau personifikasi buat negara, autoriti kuasa dan pemerintahan.  sebagai simbol yang melambangkan perpaduan, identiti dan sejarah negara  sebagai penjaga atau ultimate guardian bagi negara dan perlembagaan ,simbol dan pelindung untuk agama dan kerohanian . Selain itu sejarah telah mencatatkan betapa di beberapa buah negara, seperti Sepanyol dan Thailand, sistem beraja telah membantu menyelamatkan pemerintahan demokrasi. Walaupun mungkin ada pengalaman atau contoh yang dilihat sebagai sebaliknya, seperti Brunei, Nepal dan Jordan, itu semua perlu dilihat dalam konteks tempatan. Dengan kata lain negara-negara tersebut bukan contoh mutlak yang boleh digunakan untuk menunjukkan sistem beraja sebagai musuh demokrasi. Selain itu perlu disebut bahawa sistem beraja, berbanding dengan negara totalitarian atau diktator, tidak 7

menunjukkan penindasan sebagaimana yang dialami oleh negara-negara yang dikuasai oleh pemerintahan diktator. Seperkara lagi yang mungkin menarik untuk diperkatakan bahawa boleh dikatakan semua sistem beraja mansuh atau dimansuhkan secara paksa. Sama ada penghapusan itu berlaku selepas regim baru mengambil alih kedudukan bekas penjajah, revolusi, rampasan kuasa tentera dan seumpamanya, kita belum pernah menyaksikan sebuah sistem beraja itu hapus atau tumbang melalui pilihan raya atau pungutan suara. Ini semacam menunjukkan bahawa selagi perbahasan atau penghujahan terbuka dibenarkan sistem beraja selalunya berupaya menjustifikasikan kewujudan dan penerusannya. Mungkin ini juga turut menyebabkan sistem beraja boleh kekal di dalam pemerintahan demokrasi. 8

3.0 KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN Konsep Raja Berperlembagaaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Raja bertanggungjawab memerintah dan mentadbir Negara.Raja berada di hierarki pemerintahan serat mempunyai kuasa menngubal dan melaksanakan dasar pemerintahan.Manakala,raja-raja pula berkuasa terhadap kerajaan yang diwarisi atau diasaskan sendiri.Ini telah menyebabkan raja berkuasa mutlak dan rakyat wajib mematuhinya.Tetapi,keadaan berubah apabila British telah menjajah tanah melayu dan mengakibatkan kuasa mutlak raja kian terhakis atau hilang dan telah diganti dengan kuasa Residen dan Pesuruhjaya Tinggi .Namun,selepas merdeka kuasa mutlak raja telah dikembalikan tetapi telah diubahusai berdasarkan amalan demokrasi .Raja berperlembagaan adalah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia .Kuasa raja diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.Raja dikehendaki menerima dan bertindak mengikut nasihat kabinet dan menjalankan tugas secara simbolik . Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktirafkan Raja sebagai Ketua Negara .Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica,atau politik tiga serangkai.Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy. Raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik 9

seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja- Raja setiap lima tahun. 10

4.0 YANG DI-PERTUAN AGONG Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi Ketua Negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada beberapa bentuk monarki di dunia dengan raja yang dipilih. Konsep raja yang dipilih dipercayai berakar daripada kerajaan-kerajaan Srivijaya dan Ayutthaya abad ke-7, di mana pada masa itu raja dipilih dari negeri-negeri kota di Srivijaya. Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan telah menyatakan dengan jelas bahawa kuasa Eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa sahaja untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang berkhidmat Baginda seseorang itu telah mendpdan tidak terikat pada kehendak Perdana Menteri yang sebelum itu sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti. Yang di-Pertuan Agong, bagaimanapun tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh menolak atau menangguhkan permohonan untuk membubarkan parlimen. Baginda juga boleh membubarkan atau menggantung Parlimen tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Baginda juga boleh menolak undang-undang baru atau pindaan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awalnya. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019 berikutan Sultan Muhammad V dari Kelantan menuruni takhta pemerintahan pada 6 Januari 2019. Sementara itu, Timbalan Yang di- Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memangku jawatan tersebut sehingga Al-Sultan Abdullah secara rasmi melafaz sumpah jawatan baginda. 11

4.1 Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong akan dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dari kalangan 9 Raja-Raja Melayu mengikut peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.  Perkara 32(4) Perlembagaan Persekutuan dalam pemilihan Yang Di-Pertuan Agong hendaklah mengikut peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah Bahagian 1, Jadual Ketiga iaitu Seksyen 2, 3 dan 4 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang Di-Pertuan Agong hanya dipilih untuk menyandang jawatan ini bagi tempoh 5 tahun sahaja. Majlis Raja-Raja memainkan peranan yang penting dalam pemilihan Yang Di-Pertuan Agong kerana mengikut Perkara 32(4) Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja boleh bertindak mengikut budi bicara mereka dalam soal pemilihan Yang Di-Pertuan Agong.  Seksyen 7, Jadual kelima Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertua bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak juga tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja dalam soal pemilihan Yang Di-Pertuan Agong Ciri-ciri Kelayakan Menjadi Yang Di-Pertuan Agong 1. Hanya Raja-Raja sahaja boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih. 2. Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi. 3. Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja yang lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mngundi sebagai proksi. Ciri-ciri Ketidaklayakkan Menjadi Yang Di-Pertuan Agong (Seseorang Raja itu tidak layak dipilih berdasarkan kepada Seksyen 1 Bahagian 1 Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang merupakan peruntukkan berkenaan dengan ketidaklayakan menjadi Yang Di-Pertuan Agong.) 12

1. Raja itu belum dewasa. 2. Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa baginda tidak berhasrat dipilih. 3. Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal dan tubuhnya atau kerana sebab-sebab lain. Ketetapan ini memerlukan sekurang-kurangnya undian daripada lima orang Raja. 4.2 Pemecatan Yang Di-Pertuan Agong Yang Di-Pertuan Agong hanya boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, mengikut Perkara 32(4) Perlembagaan Persekutuan, pemecatan Yang Di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja- Raja mestilah mengikut peruntukan-peruntukan dalam Seksyen 8, Bahagian 3, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Mengikut peruntukan yang terdapat dalam Seksyen 8 Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, sesuatu ketetapan oleh Majlis Raja-Raja bagi memecat Yang Di-Pertuan Agong dari jawatannya tidak boleh diluluskan dibawah kecuali sekurang-kurangnya 5 orang ahli Majlis Raja-Raja telah mengundi menyokong ketetapan itu. Soal pemecatan Yang Di-Pertuan Agong juga adalah berdasarkan kepada budi-bicara Majlis Raja-Raja yang diperuntukkan di bawah Perkara 38(6)(a) Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Seksyen 7, Jadual kelima Perlembagaan Persekutuan, Yang Di- Pertua bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak juga tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja dalam soal pemecatan Yang Di-Pertuan Agong. 13

4.3 Yang Di-Pertuan Agong Ke 16 /Sekarang. Penyandang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Pelantik Majlis Raja- Raja Gelaran KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Kediaman Istana Negara Tempoh Jawatan 5 tahun Nama Tidak Rasmi Raja Malaysia Timbalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Pemegang sulung Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad 14

4.4 Fungsi dan Peranan Yang Di-Pertuan Agong Konsep Raja Berperlembagaan di Malaysia Kuasa Eksekutif  Perkara 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang di Malaysia dan Jadual Ke-2. Kuasa eksekutif dijalankan oleh Menteri atau Menteri-Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.  Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang Di- Pertuan Agong hendaklah melantik sebuah Jemaah Menteri untuk menasihatkannya dalam menjalankan peranannya.  Perkara 40(1) dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan pemerintahannya hendaklah mengikut nasihat Jemaah Menteri serta menimbangkan nasihat yang diberi oleh ahli Jemaah Menteri.  Yang Di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa dalam semua perkara di mana Parlimen membuat undang-undang di bawah Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan serta setakat dalam perkara yang disebut dari Perkara 93 hingga Perkara 95 Perlembagaan Persekutuan.  Yang Di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak bawah butiran 19 A(1) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.  Yang Di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat (Proclamation of Emergency) di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuanmemperuntukkan bahawa jika YDPA berpuas hati bahawa keadaan 15

darurat yang serius berlaku serta mengancam ekonomi, ketenteraman boleh mengeluarkan perisytiharan tersebut.  Berdasarkan kes Teh Cheng Poh lwn Public Prosecutor (1979) 1 MLJ 50 dan N.Madhavan Nair lwn Government of Malaysia , Yang Di-Pertuan Agong akan bertindak untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan atas nasihat Jemaah Menteri.  Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu: 1. Melantik seorang Perdana Menteri. (Perkara 40 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan) 2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen (Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan) 3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu. (Perkara 40 (2) (c) Perlembagaan Persekutuan) Kuasa Legislatif  Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong sebagai sebahagian daripada Parlimen.  Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan , Yang Di-Pertuan Agong boleh memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa dan menangguh sidang Parlimen.  Perkara 40(2)(b) & Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong boleh memberhentikan dan membubarkan Parlimen.  Perkara 60 Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen. 16

 Perkara 66(4) Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong juga berfungsi dalam memperkenankan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.  Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong boleh membatalkan kelayakan ahli Parlimen.  Perkara 45(2) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berperanan untuk melantik Senator ke Dewan Negara. Yang Di-Pertuan Agong melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain. Kuasa Kehakiman Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah :  Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Persekutuan Melayu, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agong, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.  Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.  Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong boleh memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 66 tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 66 tahun.  Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya. Hanya melalui representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim 17

Negara dan selepas menerima laporan tribunal, maka Yang Di-Pertuan Agong boleh menyingkirkan seseorang hakim itu daripada jawatannya.  Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera, semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan, semua kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. 18

5.0 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBUAT OLEH YDPA (1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya kecuali tugas-tugasnya sebagai Ketua Agama Islam. (2) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya apa- apa saraan. · (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa- apa enterprais perniagaan. · (4) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis pendapatan yang kena dibayar atau terakru kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negerinya itu atau peruntukan mana-mana Undang-Undang Negeri. · (5) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali atas lawatan Negara ke suatu negera lain. · (6) Fasal-fasal (2) dan (3) hendaklah juga dipakai bagi Raja Permaisuri Agong. · (7) Jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan atau mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh undang-undang menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong selama tempoh lebih daripada lima belas hari maka Fasal (1) hingga (5) hendaklah dipakai baginya selama tempoh itu sebagaimana Fasal-fasal itu dipakai bagi Yang di- Pertuan Agong. · (8) Tiada apa-apa jua dalam fasal (1) boleh menahan Yang di-Pertuan Agong daripada menjalankan, sebagai raja bagi negerinya, apa-apa kuasa yang terletak padanya sama ada seorang diri atau bersama-sama dengan pihak berkuasa lain: · (a) bagi meminda Perlembagaan Negerinya; atau · (b) bagi melantik seorang Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja sebagai ganti seseorang Pemangku Raja atau ahli, mengikut mana yang berkenaan, yang telah mati atau yang tidak berupaya oleh kerana apa-apa sebab menjalankan kewajipan-kewajipan jawatan Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja.\" 19

6.0 MAJLIS RAJA-RAJA Majlis Raja-raja ditubuhkan secara formalnya dalam tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan. Sebelum Persekutuan wujud, sembilan Negeri-negeri Melayu dan dua Negeri-negeri Selat (British Straits Settlements) telah ditadbir sebagai Malayan Union di bawah pemerintah tertinggi seorang Gabenor British, iaitu antara 01.04.1946 dan 31.01.1948. Singapura yang juga adalah sebuah Negeri Selat telah dipisahkan sebagai Tanah Jajahan British (British Crown Colony). Malayan Union menggantikan Pentadbiran Tentera British (British Military). Administration (September 1945-April 1946) yang memerintah sementara selepas kekalahan Jepun yang menakluki Negara ini dari akhir 1941 hingga September 1945. Sebelum itu Negeri-negeri di Semenanjung di perintah secara berlainan iaitu terdapat lima Negeri Melayu yang tidak bergabung (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor manakala empat pula bergabung sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) terdiri daripada Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan antara 1896 dan 1941 dan juga tiga Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Negeri-negeri Melayu Bersekutu menganjurkan Durbar iaitu forum bersama antara Raja-raja dan pihak pentadbir British yang bermesyuarat dari masa ke masa. Durbar itulah precursor iaitu pelopor kepada Majlis Raja-raja sekarang. 20

KEDUDUKAN MAJLIS RAJA RAJA DALAM PEMERINTAHAN NEGARA MALAYSIA 21

6.1 FUNGSI Majlis Raja-raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini merupakan satu- satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila Negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:-  Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan - peruntukan Jadual Ketiga;  Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;  Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-raja;  Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;  Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42. dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan- perubahan tentang dasar Imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut. Apabila Majlis Raja-raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Y.A.B Perdana Menteri dan Raja-raja yang lain dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka. Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemulian atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-raja. Majlis Raja-raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, Bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain). 22

Majlis Raja-raja juga melantik:  seorang wakil untuk menganggotai Majlis Angkatan Tentera, menurut Perkara 137 Perlembagaan.  seorang wakil sebagai Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa & Pustaka menurut Akta yang berkenaan. 23

6.2 BUDIBICARA MAJLIS RAJA RAJA Anggota-anggota Majlis Raja-raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut iaitu:-  Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;  Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;  Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja;  Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan;  Pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau  Pemberi ampun, replief dan respite atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42. 24

6.3 MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA Semua Raja-raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik oleh Anggota itu mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu Negeri. Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Anggota Majlis Raja-raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-raja. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja-raja. Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai penasihat Baginda. 25

6.4 PENGERUSI MESYUARAT Pengerusi bagi Mesyuarat Majlis Raja-raja adalah dipegang oleh kesemua sembilan Raja Melayu secara bergilir-gilir. Hanya Raja Melayu yang hakiki boleh mempengerusikan mesyuarat, yakni bukan seseorang Pemangku Raja ataupun seseorang Yang di-Pertua Negeri. 26

6.4 KEKERAPAN MESYUARAT Mesyuarat lazimnya diadakan tiga kali setahun tetapi Penyimpan Mohor Besar Raja- raja hendaklah memanggil Mesyuarat Majlis Raja-raja apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis ataupun tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan juga bilamana berlaku kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong. 27

6.5 PENASIHAT Semua Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri hadir sama selaku penasihat kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri. 28

6.6 SETIAUSAHA MESYUARAT Sebagaimana diperuntukkan oleh Jadual V Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan, Pegawai yang dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja adalah Setiausaha kepada Majlis Raja-raja. 29

7.0 TEMPAT MESYUARAT Mesyuarat Majlis Raja-raja di Istana Negara atau di tempat-tempat lain setelah dipersetujui oleh Majlis. Mesyuarat Majlis Raja-raja juga pernah diadakan di luar Istana Negara. 30

8.0 URUSETIA Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. 31

9.0 KRISIS PERLEMBAGAAN 1983 Latar belakang krisis ini adalah PP V Tengku Mahmood Iskandar (1973) 1 MLJ 123. Fakta kes ialah responden didapati bersalah kerana menyebabkan kematian seorang kedi golf kerana beliau bermain golf di Cameron Highlands. Oleh kerana dia adalah anak kepada Sultan Johor,hukuman telah dikurangkan. Tetapi keputusan itu terikat ke atas dan hukuman berat diberikan. Kes ini adalah berkaitan dengan isu kesamarataan yang termaktub dengan isu kesamarataan yang termaksub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Krisis ini bermula apabila Tun Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan Malaysia pada tahun 1983 sebagai Perdana Menteri, dimana beliau telah mencadangkan untuk membuat pindaan tentang beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan seperti pindaan sebahagian besar rang undang-undang 38(4),66(1), (5), dan 150(1). Namun perkara yang telah menimbulkan krisis perlembagaan iaitu berkaitan Perkara 66 dan 150 Perlembagaan Persekutuan dimana ia berkait dengan kedudukan YDPA. Perkara 66 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, adalah berkaitan dengan rang undang-undang iaitu tentang pengisytiharan darurat dan perkara mengenai perkenaan oleh YDPA dan Yang di-Pertuan Negeri ke atas undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Perlembagaan Persekutuan serta Dewan Undangan Negeri bagi Perlembagaan Negeri. 32

SEBELUM KRISIS  Segala rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan daripada YDPA , jika YDPA tidak memberi perkenan maka undang-undang tersebut dinyatakan tidak sah. SEMASA KRISIS  Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa satu rang undang-undang yang tidak diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong dalam tempoh 15 hari setelah dipersembahkan akan terus menjadi undang-undang. (“ If for any reason whatsoever a bill is not assented by the king within 15 days of its presentation the bill shall become law”).  Namun pindaan ini mendapat tentangan oleh Majlis Raja-raja kerana menurut Perkara 38(4) 2 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa sebarang pindaan mengenai kedudukan Raja-Raja mestilah mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Hal ini disebabkan kedua-dua pindaan tersebut berkait dengan kedudukan raja-raja.  Tun Dr Mahathir menginginkan kuasa terhadap dua perkara ini diberikan kepada Perdana Menteri kerana beliau mula meragui kredibiliti raja-raja akibat masalah-masalah dalaman yang dihadapi oleh keturuna sultan tersebut. Beliau membuat sedemikian bukanlah untuk menjatuhkan aau menghapuskan kedudukan Raja Berpelembagaan namun ini akan menjelaskan lagi fungsi raja berpelembagaan dalam pemerintahan demokrasi. Hal ini kerana, Perdana Menteri adalah pilihan rakyat manakala Raja-Raja pula mengikut jurai keturunan.  Majlis tertinggi UMNO telah menghantar wakil untuk menemui Majlis Raja-Raja untuk menjelaskan kenapa perlembagaan ini ingin diubah pada 20 November 1983 di kota Kinabalu. Antara wakil UMNO yang di hantar seperti Abdul Ghafar Baba, Dato Harun Idris,Marina Yusof , Kamaruddin Mat Isa dan Dato Mustafa Jabar. Namun pertemuan ini tidak menghasilkan apa-apa keputusan,YDPA tetap tidak setuju tentang pindaan perlembagaan ini. 33

 Tun Dr Mahathir telah meraih sokongan rakyat dengan mencadangkan sesi penerangan rapat umum secara berterusan. Apabila hal ini berlaku,menyebabkan Majlis Raja-raja mengubah keputusan mereka. CADANGAN KRISIS  Perkenan kepada perundangan yang diluluskan ( Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan) kuasa menolak perkenan pada Rang Undang-Undang pada YDPA.  Kuasa mengisytiharkan darurat (Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan )- memindahkan kuasa daripada YDPA kepada Perdana Menteri KESAN KRISIS  Pada 15 Disember 1983, Majlis Raja-raja dengan persetujuan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bersetuju agar Tun Dr Mahathir membawa balik cadangan tersebut ke Parlimen supaya dimasukkan ke dalam Rang Undang-undang .  Tempoh yang dipersetujui oleh baginda memberi perkenan pada rang undang- undang ditambah 30 hari dan bukanlah 15 hari yang dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir.  Rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen kemudian akan dikemukakan kepada YDPA, 30 hari yang pertama .  Selepas itu, undang-undang tersebut secara automatic akan menjadi undang- undang tidak kira sama ada ia mendapat perkenan baginda atau tidak .  Manakala Perkara berkenaan dengan perisytiharaan kemerdekaan dibawah Perkara 150 kekal seperti sebelumnya namun atas nasihat kabinet. 34

10.0 KRISIS PERLEMBAGAAN 1993 Krisis ini adalah berkaitan dengan lehilangan kekebalan dan imuniti Raja yang termaktub dalam Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan. SEBAB KRISIS Latar belakang krisis ini adalah insiden Gomez atau insiden di Istana Bukit Serene. Douglas Gomez merupakan jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar. Pasukan itu telah Berjaya ke separuh akhir kejohanan Hoki Malaysia Russian Milo Champion school. Walau bagaimanapun , Gomez telah diarahkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk menarik diri daripada perlawanan. Ini hanya salah satu daripada beberapa pengeluaran daripada pasukan hoki Johor dari kejohonan selama beberapa bulan sebelum itu. Kecewa dengan arahan itu, Gomez menggesa peletakan jawatan semua joro hoki persatuan pemegang jawatan utama. Selepas itu,Gomez telah dipanggil ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Beliau berada di situ selama 4 jam. Pada jam pertama, beliau diberi taklimat mengenai etika istana dan bagaimana untuk memohon ampun jika dia membuat kesilapan dalam tindakan atau komunikasi beliau dengan Sultan. Selepas Sultan Johor tiba, Gomez 35

berkata beliau dikelilingi oleh 6 lelaki dalam seluar jeans dan t-shirt dan sedozen Johore kakitangan kuasa tentera. Pada hari berikutnya, Gomez mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta tempatan untuk lebam di muka dan perutnya. Pada 6 Disember 1992 , dia membuat laporan kepada pihak polis dimana dia mendakwa bahawa dia telah menjadi mangsa serangan dan pada istana dan bahawa, walaupun terdapat beberapa orang istana pada masa itu, tetapi orang yang bertanggungjawab untuk kecederaannya adalah sultan sendiri. CADANGAN PINDAAN 1. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan- hilang kuasa immunity 2. Perkara 181 (2) Perlembagaan Persekutuan – boleh menjalani sebarang prosidang 3. Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan- kuasa pengampunan 4. Perkara 63 & 72 Perlembagaan Persekutuan-keistimewaan ahli parlimen 5. Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan-penubuhan Mahkamah Khas 6. Perkara 33A Perlembagaan Persekutuan-kesan prosidang jenayah di Mahkamah Khas 7. Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan- prosidang di mahkamah khas hanya boleh dibuat dengan izin Peguam Negara. KESAN KRISIS  YDPA hari ini tidak lagi mempunyai imuniti atau kekebalan daripada proses kehakiman selepas pindaan dibuat kepada Perlembagaan pada tahun 1993 (iaitu pindaan perlembagaan yang telah dibuat oleh Akta 36

Perlembagaan (pindaan) 1993 (Akta 848) ) yang berhubung dengan penghapusan kekebalan YDPA dan Raja-raja Melayu.  Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda jelas sekali memperuntukkan bahawa YDPA tidak boleh didakwa dalam apa- apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam mahkamah khas.  Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan,YDPA hanya boleh didakwa di mahkamah khas yang ditubuhkan di bawah Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan  Tiada prosidang sama ada sivil atau jenayah boleh dimulakan terhadap YDPA kecuali dengan keizinan daripada Peguam Negara di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan .  Bagaimanapun , perlu diingat bahawa pindaan perlembagaan pada tahun 1993 hanya menghapuskan kekebalan YDPA daripada proses kehakiman atas sifat peribadinya sahaja. Ini telah disahkan dalam kes Stephen Kalong Ningkan Iwn Tun Abang Haji Openg dan Twai Sli (1967) 1 MLJ 46 37

11.0 KESIMPULAN Kesimpulannya , rakyat perlu mematuhi rang undang-undang yang disediakan di Malaysia ini. Hal ini menunjukkan sifat ketaatan rakyat terhadap raja dan undang – undang. Di Malaysia, semua undang-undang yang diperuntukkan tidak bertentangan dengan undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan. Selain itu, perlembagaan juga melambangkan kepada pertimbangan-pertimbangan suasana muhibah, penerimaanya yang murni dan kesefahaman antara rakyatnya. Perkara ini menunjukkan bahawa perlembagaan itu bukan sekadar satu dokumen undang-undang malah ia sebuah dokumen yang tidak terpisah dari sejarah, perkembangan dan tradisi sesuatu negara khusunya di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Pada pendapat saya, konsep raja berpelembagaan ini dapat menjadikan sesuatu negara itu dalam keadaan aman dan damai tanpa perbalahan antara rakyat . 38

GAMBAR PROSES MENGEDIT 39

12.0 RUJUKAN • Tunku Sofia Jewa, Salleh Buang & Yaacob Hussain Merican. An introduction to the constitution of Malaysia,3rd Edn, pacifica publications, Malaysia • Harding ,Andrew. 1996. Law ,government and the constitutionof Malaysia. Kluwer international • HF Rawlings,the Malaysian constitution crisis of 1983, the international and comparative law quarterly ,vol 35,no 2 • HP Lee, hereditart Rules and Legal Immunities in Malaysia (1993) 12 U.Tas.L.Rev 323 40


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook