Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore _03 Proposal TESDEC untuk ECER 2021

_03 Proposal TESDEC untuk ECER 2021

Published by SITI MERIAM Mdali, 2021-10-10 16:54:17

Description: _03 Proposal TESDEC untuk ECER 2021

Search

Read the Text Version

KERTAS CADANGAN BAGI MENGADAKAN LATIHAN DI BAWAH BELANJAWAN PEMBANGUNAN EAST COST ECONOMIC REGION (ECER) OLEH PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN NEGERI TERENGGANU (TESDEC) 1. TUJUAN Tujuan kertas cadangan ini dikemukakan adalah untuk memohon peruntukan di bawah peruntukan pembangunan East Cost Economic Region (ECER) bagi melaksanakan kursus Authorised Entrant and Standby Person for Confined Space (AESP). 2. LATAR BELAKANG 2.1 TESDEC Sdn. Bhd. merupakan syarikat jaminan kerajaan (GLC) yang ditubuhkan pada 14 September 1996. Ia bertujuan memberi latihan kemahiran kepada belia dan beliawanis negeri Terengganu bagi memenuhi keperluan industri semasa. Usaha ini merupakan strategi jangka masa panjang untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat negeri Terengganu. 2.2 Bagi mencapai visi tersebut, TESDEC komited dengan melaksanakan misinya yang berikut: i. Memastikan bahawa semua belia beliawanis dan pekerja yang berpotensi adalah terlatih di dalam pelbagai bidang kemahiran sebelum memasuki pasaran kerja. ii. Menghasilkan tenaga mahir dan separa mahir bagi pasaran kerja di Malaysia. iii. Menyediakan peluang latihan kemahiran bagi belia - beliawanis lepasan sekolah yang kurang mampu dari segi peluang akademik. iv. Menjadi pemangkin kepada pembangunan industri sama ada di negeri Terengganu ataupun di Malaysia amnya.

2.3 Sehingga kini, TESDEC telah terlibat dalam bidang latihan kemahiran khususnya untuk lepasan SPM selama 25 tahun. 2.4 Bahkan TESDEC juga merupakan pusat latihan bertauliah bagi kursus-kursus seliaan pelbagai agensi. Antaranya : - Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) - Perbadanan tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) - Suruhanjaya Tenaga (ST) - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) - SIRIM Berhad 2.5 Sehingga 31 Disember 2020, TESDEC telah melatih seramai 35,900 pelatih merangkumi lepasan SPM dan siswazah. BIL BIDANG BIL. PELATIH 1 Hospitaliti 553 2 Pembinaan 16,019 3 Pembuatan 6,460 4 Teknologi Maklumat 1,916 5 Pengurusan 6,245 6 Kejuruteraan 7 T-GAS 831 8 Bioteknologi 2,685 9 TST 428 10 TGTP 103 660 JUMLAH 35,900

3. CADANGAN KURSUS 3.1 Melalui peruntukan di bawah pembangunan East Cost Economic Region (ECER) ini, TESDEC berhasrat untuk mencadangkan kursus sebagaimana berikut : BIL KURSUS TEMPOH PERSIJILAN Authorised Entrant and 10 hari Jabatan Keselamatan & 1 Standby Person for Confined Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Space (AESP) 3.2 Dalam usaha menghasilkan pelatih yang kompeten dalam mengendalikan skop tugasnya, mereka juga akan didedahkan dengan pengetahuan dan skil yang diperlukan untuk menangani kes-kes kecemasan industri melalui slot tambahan (PERCUMA) Industrial First Aid yang akan dimasukkan dalam modul kursus berkenaan. 4. PERSIJILAN Untuk memastikan para pelatih dilengkapi dengan keperluan persijilan yang membolehkan mereka memasuki pasaran kerja (selain daripada sijil di atas), mereka juga akan diberikan sijil tambahan yang akan menjadikan mereka lebih berdaya saing berbanding pencari kerja yang lain. Sijil tambahan tersebut adalah : 1. Kad Hijau (CIDB) 2. Oil and Gas Safety Passport (OGSP) 5. PENEMPATAN KERJA ( Job placement) TESDEC telah menjalin hubungan rapat dengan Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) dalam usaha memastikan pelatih yang dilatih di TESDEC mempunyai penempatan serta peluang yang lebih cerah untuk memasuki pasaran kerja. Selain daripada itu, TESDEC turut menerima beberapa permintaan tenaga kerja dalam bidang pembinaan/keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sila rujuk lampiran 1 (i-ii). Walaupun landskap pasaran kerja mungkin berubah akibat daripada pandemik berkenaan, namun kami optimis kerana sektor pembinaan merupakan sektor penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha pembangunan semula ekonomi pasca pandemik nanti.

6. IMPLIKASI KEWANGAN KESELURUHAN 6.1 Perlaksanaan kursus ini akan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM80,625.00 (dengan andaian peserta seramai 25 orang) sebagaimana perincian kos pada lampiran 2. 7. JUSTIFIKASI CADANGAN 7.1 Kursus-kursus kemahiran yang melibatkan persijilan oleh badan-badan tertentu, merupakan salah satu alternatif dalam usaha membuka peluang pekerjaan yang lebih besar kepada para pencari kerja dan secara tidak lansung, boleh membantu mengurangkan kadar pengangguran. 7.2 TESDEC telah berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang latihan dan telah mengendalikan pelbagai program seumpama ini. Bahkan TESDEC juga turut memberikan tumpuan kepada kursus-kursus yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Antaranya adalah : i) Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang mematuhi kelayakan Malaysian Qualification Acreditation (MQA) ii) Safety & Health Officer (SHO) – persijilan JKKP iii) Site Safety Supoervisor (SSS) – persijilan JKKP TESDEC mempunyai fasiliti latihan yang mencukupi (sila rujuk lampiran 3) serta simulasi Confined Space (sila rujuk lampiran 4). Pengalaman yang luas serta kelengkapan latihan yang baik pastinya akan dapat membantu dalam memastikan aktiviti latihan berjalan dengan lancar. 7.3 Bahkan, TESDEC mempunyai jaringan industri yang kukuh dan mempunyai kerjasama erat dengan pelbagai pemain industri ( sila rujuk lampiran 5). Ini akan memudahkan TESDEC dalam proses penempatan pekerjaan para peserta.

8. PENUTUP Dalam usaha mencapai matlamat pembangunan sosio ekonomi jangka panjang, latihan kemahiran merupakan antara metod terbaik yang boleh dilaksanakan. Golongan pencari kerja ini perlu diperkasakan kerana mereka perlu bersaing dalam pasaran kerja yang semakin kompetetif. Menyedari kepentingan ini, adalah diharapkan agar cadangan kami mendapatkan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak jawatankuasa panel penilai projek pembangunan East Cost Economic Region (ECER).


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook