Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore BUKU PANDUAN PENGGUNA E-SASTERA@FACEBOOK

BUKU PANDUAN PENGGUNA E-SASTERA@FACEBOOK

Published by drirwan2u, 2015-10-01 11:35:10

Description: flipbook (undefined description)

Keywords: none

Search

Read the Text Version

BUKU PANDUAN PENGGUNA E-Sastera@Facebook (E-majalah sastera terkini dari eSastera) Irwan Abu Bakar eSastera Enterprise Kuala Lumpur

eSastera Enterprise (No. 001470857-K) 96 Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. E-mel: [email protected] Laman web: http://www.eSasteraEnterprise.com Buku Panduan Pengguna E-Sastera@Facebook Cetakan Pertama, 2015 © Irwan Abu Bakar, 2015 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa bentuk jua dan dengan apa cara jua, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Esastera Enterprise. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Irwan Abu Bakar E-Sastera@Facebook : XXXXX ISBN: 978-967-5043-66-6 XXXXX Reka bentuk kulit dan susun atur: eSastera Enterprise Dicetak oleh: eSastera Enterprise Kemas kini: 29.08.2015 @ 7:27 AM

ISI KANDUNGAN Isi Kandungan 3 Perutusan Penerbit 5 Kata Pengantar Penulis 6 1. Pengenalan 7 1.1. Facebook 1.2. E-Sastera@Facebook 1.3. Post dan Komen di halaman Grup 2. Grup 8 3. Citra 9 3.1. Imej Kepala (Masthead) 3.2. Imej Identiti 4. Post Tercemat 11 5. Menjadi Ahli Mana-mana Grup Dalam E-Sastera@Facebook 12 6. Log Masuk Ke E-Sastera@Facebook 13 6.1. Log Masuk Ke Akaun Fb 6.2. Pergi Ke URL eSasteraFb.com Atau eSastraFb.com 7. Masukan Karya Ke E-Sastera@Facebook 14 7.1. Jenis Karya 7.2. Ciri-ciri Post Berbentuk Karya 7.3. Had Jumlah Karya Sehari 8. Kuasa Admin dan Ahli 15 8.1. Kuasa Admin Terhadap Karya Yang Telah Tersiar 8.2. Kuasa Ahli Terhadap Karya Yang Telah Tersiar 9. Dua Post Penting di E-Sastera@Facebook 16 9.1. Post “Pengkarya-Ke-Karya” di Grup “E-Sastera@Facebook Induk” 9.2. Post “Autoprofil” di Grup “E-Sastera Autofprofil” 9.3. Cara Mengedit Post “Pengkarya-Ke-Karya” 9.4. Panduan mendapatkan URL sesebuah post 10. Persatuan Aktivis E-Sastera, Malaysia (E-SASTERA) 18 11. Penutup 19 Apendiks: Mengkomposisi Karya Berbentuk Teks-Pada-Imej 20 A.1. KRITERIA SAJAK BERGAMBAR (TEKS-PADA-IMEJ) A.2. TEKS-PADA-IMEJ: GUNA APLIKASI MS PAINT A.3. TEKS-PADA-IMEJ: GUNA ACDSee Photo Manager edisi 12 A.4. CARA MEMBUAT KARYA DALAM BENTUK TEKS-PADA-IMEJ DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER A.5. MENGKOMPOSISI KARYA TEKS-PADA-IMEJ UNTUK PENGKARYA YANG MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT A.6. SAJAK TEKS-PADA-IMEJ UNTUK SAJAK YANG PANJANG

Perutusan Penerbit Pembangunan e-majalah e-Sastera di laman media sosial popular Facebook telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 12.2.2015. E-majalah ini dinamai E- Sastera@Facebook. Ia dibina dengan menggunakan kemudahan grup (group) yang sedia ada dalam sistem Facebook. Buku ini disediakan untuk membantu khalayak menggunakan e-majalah E- Sastera@Facebook itu. Semoga bermanfaat. Wan Nur-Ilyani binti Wan Abu Bakar Pengurus, eSastera Enterprise Kuala Lumpur, 26hb Julai 2015

Kata Pengantar Penulis Pengembangan portal karya awam eSastera ke Facebook (Fb) bukanlah sesuaatu yang dikehendaki eSastera. eSastera telah membelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan portal sendiri yang agak kompleks dan maju di eSastera2u.com. eSastera kurang menggemari pembangunan e-majalahnya di Fb kerana kandungan majalah itu tidak dapat dikawal atas sebab penginput dapat mengedit mahupun memadam inputnya. Ada ramai juga pelanggan Fb yang gemar berbuat sedemikian. Hal ini menyebabkan kandungan majalah menjadi tidak stabil dan kredibiliti majalah terjejas. eSastera membangunkan e-majalah di Fb demi memenuhi tuntutan pengguna pada masa ini. IRWAN ABU BAKAR Penulis merangkap Admin E-Sastera@Facebook Kuala Lumpur, 27hb Julai 2015

1.0. PENGENALAN 1.1. Facebook Facebook (ringkasnya Fb) ialah sebuah laman sosial di internet yang sangat popular pada hari ini. Laman ini diakses melalui url facebook.com. Seseorang pelayar internet dapat menggunakan Fb secara percuma dengan membuka akaun (mendaftarkan diri atau sign up) di laman facebook.com. Sesebuah akaun di Fb dapat digunakan untuk membangunkan dua jenis “subakaun”, iaitu pages (halaman) dan groups (grup). Halaman dan grup di Fb mempunyai ciri masing-masing-masing yang tersendiri. 1.2. E-Sastera@Facebook E-Sastera@Facebook (ditulis secara ringkas di alam buku ini sebagai eS@fb) ialah sebuah e-majalah sastera yang dibangunkan di Fb dengan menggunakan kemudahan group (grup) yang dibina (create) di bawah akaun E-Sastera Malaysia. 1.3. Post dan Komen di halaman Grup Komponen utama setiap grup ialah “post”, iaitu input yang dimasukkan oleh Admin dan para ahli melalui “kotak post” yang disediakan oleh sistem fb. Kotak post berada pada bahagian atas di halaman pendaratan (landing page) bagi sesuatu grup. Kotak ini dapat diakses (dimasukkan input) oleh setiap pelayar yang telah menjadi ahli grup yang berkenaan. Di bawah setiap post, ada tersedia kotak komen tempat pelayar menyiarkan komen masing-masing terhadap post yang berkenaan.

2.0. GRUP 2.1. Grup-grup Yang Membentuk E-Sastera@Facebook Pada 27.08.2015 @ 11.55PM, e-majalah E-Sastera@Facebook terbina daripada 32 buah grup yang dibina di bawah akaun E-Sastera Malaysia, dengan group “E- Sastera@Facebook Induk” digunakan sebagai pusat kawalan. Grup-grup lain terdiri daripada 26 grup genre karya sastera dan empat grup bukan sastera. Di samping itu, sebuah grup dikhaskan untuk melaporkan perkembangan di portal eSastera2u.com. Setiap grup itu adalah grup awam (public group). 32 grup itu (serta alamat link pautannya) adalah seperti yang berikut: GRUP INDUK (PUSAT KAWALAN): E-Sastera@Facebook Induk - http://goo.gl/eQWGql GRUP-GRUP KARYA (SASTERA): E-Sastera Autoprofil - http://goo.gl/CT9fdJ E-Sastera Cerpen - http://goo.gl/hbLRh0 E-Sastera Deklamasi - http://goo.gl/V7MfH0 E-Sastera Drama - http://goo.gl/dUigix E-Sastera Esei - https://goo.gl/oMijY7 E-Sastera Forum - http://goo.gl/iHl01A E-Sastera Grafik - http://goo.gl/DVeCaK E-Sastera Haiku & Tanka - http://goo.gl/Xqsltn E-Sastera Kertas Kerja - https://goo.gl/wy2ll5 E-Sastera Kritikan - http://goo.gl/JI0ujl E-Sastera Lagu Puisi - http://goo.gl/HSiENo E-Sastera Lawak - http://goo.gl/HsY6Cx E-Sastera Madah - http://goo.gl/yDyZsg E-Sastera Makluman & Laporan - http://goo.gl/UziR5A E-Sastera Novel - http://goo.gl/HIWciv E-Sastera Poligenre - http://goo.gl/BhYPRd E-Sastera Puisi Tradisional - http://goo.gl/pJBv9R E-Sastera Puntone - http://goo.gl/C2wcgS E-Sastera Sajak - http://goo.gl/UilSe9 E-Sastera Sajak Jenaka (Sajen) - http://goo.gl/34EfPC E-Sastera Soneta & Vilanel - http://goo.gl/M7DlY1 E-Sastera Teka-Teki - http://goo.gl/EIC3JR E-Sastera Tokoh - https://goo.gl/qgt1oC

E-Sastera Travelog - http://goo.gl/b63aV3 E-Sastera Universiti - https://goo.gl/mhZRFh E-Sastera Vlog - http://goo.gl/gvd7MS GRUP DEDIKASI BUAT PORTAL E-SASTERA: E-Sastera 2ufb - https://goo.gl/dXKfYz GRUP-GRUP NONSASTERA: E-Sastera Fotografi - https://goo.gl/0rtRmN E-Sastera Gerakan - http://goo.gl/2aaFz3 E-Sastera Kedai - http://goo.gl/CmBgyV E-Sastera Masak Dan Makan - http://goo.gl/ZiUh7U

3.0. CITRA 3.1. Imej Kepala (Masthead) Setiap grup dalam E-Sastera@Facebook dikenalpastikan melalui masthead yang sama, Rajah 3.1. Rajah 3.1. Imej Kepala bagi semua grup yang membentuk E-Sastera@Facebook 3.2. Imej Identiti Setiap grup dalam E-Sastera@Facebook dikenalpastikan melalui masthead yang sama. Di samping itu, setiap grup mempunyai imej identiti masing-masing yang tersendiri. Rajah 3.2 menunjukkan imej identiti bagi grup “E-Sastera Deklamasi”. Rajah 3.2. Imej identiti bagi grup “E-Sastera Deklamasi”.

4.0. POST TERCEMAT Setiap grup mempunyai “pinned post” (post tercemat), iaitu post yang kekal berada di kedudukan paling (atas di halaman pendaratan grup itu) pada sepanjang masa. Post ini disediakan dan dikemaskinikan oleh Admin dari semasa ke semasa. Post ini mengandungi maklumat penting tentang grup yang berkenaan. Ahli digalakkan membaca kandungan post ini.

5.0 MENJADI AHLI MANA-MANA GRUP DALAM E- SASTERA@FACEBOOK Sesiapa yang mahu menyertai e-majalah eS@fb perlu mempunyai akaun di Facebook.com. Sesiapa yang berminat membaca dan menulis di e-majalah eS@fb perlu menjadi ahli (member) mana-mana grup yang diminatinya. Walau apapun, pentadbir menggalakkan semua pengguna menjadi ahli grup “E-Sastera@Facebook Induk” supaya dapat mengikuti perkembangan keseluruhan e-majalah ini. Di samping itu, semua ahli digalakkan untuk menyertai grup “E-Sastera Autoprofil” untuk menyiarkan profil masing-masing dan membaca profil ahli-ahli lain. Ada dua cara seseorang menjadi ahli mana-mana grup di eS@Fb: 1. Diundang oleh Pentadbir (Admin) grup. 2. Memohon menjadi ahli dan diluluskan oleh Admin grup itu atau oleh mana-mana ahli lain dalam grup itu. Permohonan dibuat dengan cara: (a) masuk ke grup itu dan menklik ikon “+ Join Group” yang tersedia; (b) tunggu notifikasi permohonan diluluskan oleh Admin/ahli; dan (c) masuk ke grup, dengan kotak masukan post kini telah beroperasi untuk menerima input anda.

6.0 LOG MASUK KE E-SASTERA@FACEBOOK Anda tahu yang anda sedang berada di grup E-Sastera@Facebook kerana masthead (imej judul) bagi e-majalah ini akan dipaparkan di bahagian atas halaman Facebook yang berkenaan. Untuk log masuk ke mana-mana grup dalam eS@fb yang telah disertai, anda boleh menggunakan salah satu daripada dua cara yang berikut: 6.1. Log Masuk Ke Akaun Fb Log masuk ke akaun Fb anda. Kemudian masuk ke grup yang dikehendaki melalui fungsi carian atau cara-cara lain. 6.2. Pergi Ke URL eSasteraFb.com Atau eSastraFb.com Pergi ke url eSasteraFb.com atau eSastraFb.com. Di situ, log masuk ke akaun Fb anda. Anda akan terus dibawa terus ke grup “E-Sastera@Facebook Induk”.

7.0. MASUKAN KARYA KE E-SASTERA@FACEBOOK 7.1. Jenis Karya Ada dua jenis karya yang dapat dimasukkan oleh ahli, iaitu a. Post (masukan utama oleh mana-mana ahli) b. Komen (masukan ahli sebagai ulasan kepada post yang telah dimasukkan terlebih dahulu oleh dirinya sendiri atau oleh ahli lain). Post ditaip dan dihantar di kotak-masukan-post bagi grup yang berkenaan. Komen dimasukkan di kotak komen di bawah setiap karya yang hendak dikomen. Ahli digalakkan untuk memberi komen terhadap karya ahli lain demi memeriahkan suasana pengkaryaan. 7.2. Ciri-ciri Post Berbentuk Karya Pengurusan eS@fb menetapkan bahawa setiap post berbentuk karya hendaklah mengandungi unsur siber, sekurang-kurangnnya teks yang diiringi imej yang relevan. Namun pengkarya digalakkan untuk menyiarkan karya berbentuk teks- pada-imej. Panduan mengkomposisi karya yang sedemikian ada diberikan dalam grup “E-Sastera Universiti”. Juga ada diberikan dalam bahagian Apendiks buku ini. Ciri-ciri siber lain yang dapat dimasukkan ke dalam karya anda , termasuklah: 1. Karya diiringi video. 2. Karya diiringi audio. 3. Karya dengan hyperlink. 4. Karya dalam bentuk teks-pada-imej. 5. Karya berbentuk persembahan video. 7.3. Had Jumlah Karya Sehari JANGAN siarkan lebih daripada sebuah karya dalam sesuatu genre pada satu hari.

8.0 KUASA ADMIN DAN AHLI Setiap grup diurus oleh seorang atau beberapa Admin. Admin ini merupakan pembina grup dan ahli-ahli lain yang kemudiannya dilantik oleh mana-mana Admin. Setiap orang Admin mempunyai kuasa yang sama terhadap ahli dan karya di grup yang diuruskannya. Dua bidang kuasa penting Admin adalah terhadap kedudukan keahlian seseorang ahli dan terhadap karya yang telah disiarkan. Di sini disenaraikan kuasa Admin dan ahli terhadap karya yang telah disiarkan. 8.1. Kuasa Admin Terhadap Karya Yang Telah Tersiar Admin boleh memadam mana-mana karya yang telah disiarkan. 8.2. Kuasa Ahli Terhadap Karya Yang Telah Tersiar Ahli boleh mengedit dan memadam mana-mana karyanya sendiri.

9.0 DUA POST PENTING DI E-SASTERA@FACEBOOK Semua ahli diminta memberi perhatian kepada dua post penting berkaitan eS@fb, iatu post Pengkarya-Ke-Karya di grup “E-Sastera@Facebook Induk” dan post Autoprofil di grup “E-Sastera Autoprofil”. 9.1. Post “Pengkarya-Ke-Karya” di Grup “E-Sastera@Facebook Induk” a. Pengurusan eS@fb mengehendaki setiap ahli yang menyiarkan karya di e- majalah ini supaya menyenaraikan judul dan link semua karya masing-masing dalam sebuah post yang dinamai post Pengkarya-Ke-Karya di grup “E-Sastera@Facebook Induk”. Hal ini adalah untuk memudahkan ahli berkenaan dan ahli-ahli lain mengakses karya-karya itu kemudiannya. Post Pengkarya-Ke-Karya ini perlu dikemaskinikan oleh ahli yang berkenaan setiap kali ia menyiarkan sebuah karya baru di mana-mana grup dalam eS@fb. b. Format post Pengkarya-Ke-Karya ini telah disediakan oleh Admin dalam sistem eS@fb. Ahli hanya perlu “salin dan tampal” sahaja borang itu sebagai postnya di grup “E-Sastera@Facebook Induk”. Kemudiannya, ahli perlu edit borang itu setelah menyiarkan apa-apa karya di mana-mana grup. i. Borang itu boleh didapati di sini - http://goo.gl/CXUAOW ii. Cara mengedit borang itu ada diberikan dalam Subseksyen 9.3 di bawah c. Admin akan menyenaraikan nama ahli serta link ke post Pengkarya-Ke-Karya ahli itu di post senarai kandungan eS@fb. Senarai ini disiarkan sebagai sebuah post di grup “E-Sastera@Facebook Induk” di URL ini - http://goo.gl/jE45qF 9.2. Post “Autoprofil” di Grup “E-Sastera Autofprofil” a. Format post Autoprofil juga telah disediakan oleh Admin di dalam sistem eS@fb. Ahli perlu “salin dan tampal” serta mengeditnya. b. Admin akan menyenaraikan semua judul post (nama ahli) dan linknya di dalam post senarai kandungan bagi grup “E-Sastera Autoprofil” untuk memudahkan akses. 9.3. Cara Mengedit Post “Pengkarya-Ke-Karya” a. Pergi ke post berkenaan dan tekan ikon untuk mengedit. (Ikon ini berbentuk huruf v yang terpapar di sebelah atas kanan halaman). b. Taipkan judul karya itu di seksyen yang berkenaan pada borang itu. c. Taipkan URL bagi karya itu di sebelah judulnya. (URL karya diperoleh dengan mengikut panduan yang diberi dalam Subseksyen 9.4. 9.4. Panduan mendapatkan URL sesebuah post Setiap karya (post di grup) yang dibuat mempunyai URL (alamat link) yang unik untuknya.URL karya diperoleh dengan mengikut langkah-langkah yang berikut:

(i) klik kiri pada “waktu masuk karya” yang dipaparkan di sebelah atas kiri karya (di sebelah bawah nama pengkarya), Rajah 9.1; Rajah 9.1. Tempat klik untuk mendapatkan URL karya (ii) sdr akan dibawa ke situs tempat karya itu dipaparkan di halaman yang unik untuknya; (iii) salin URL unik karya itu yang dipaparkan di bar alamat karya itu (di baris atas halaman yang berkenaan). Perhatian: Jika mahu, bentuk ringkas bagi URL ini dapat diperoleh dengan menukarnya di situs goo.gl.

10.0 PERSATUAN AKTIVIS E- SASTERA, MALAYSIA (E- SASTERA) Anda rajin berkarya di E-Sastera@Facebook. Perkukuhkan jaringan ukhwah dengan ahli-ahli lain dengan menyertai gerakan off-line yang dinamai Persatuan Aktivis E- Sastera, Malaysia (E-SASTERA). Butiran tentang E-SASTERA ada diberikan di portal AktivisEsastera.com. Borang permohonan untuk menjadi ahli juga ada disertakan di portal itu.

11.0 PENUTUP E-Sastera@Facebook ialah sebuah majalah sastera yang serius. Jika sdr menggunakannya dengan baik, sdr dapat menjadi seorang penulis yang dikenali di Nusantara hanya dengan berkarya di sini. Ahli diminta TIDAK memadam mahupun mengedit karya (post) yang telah disiarkan lebih daripada satu jam. Jika penambahbaikan mahu dilakukan kepadanya, siarkan semula karya itu sebagai post baru. Hal ini dapat membantu menjamin kestabilan dan kebolehpercayaan kandungan e-majalah ini. Walau apapun: a. Ahli dibenarkan mengedit post “E-Sastera Autoprofil” masing-masing demi mengemaskinikan profilnya. b. Ahli dikehendaki mengedit post “Pengkarya-Ke-Karya” masing-masing untuk mengemaskinikan senarai karyanya yang disiarkannya di E-Sastera@Facebook. Anda juga diminta supaya TIDAK mengedit atau memadamkan mana-mana komen yang telah anda buat.

APENDIKS. MENGKOMPOSISI KARYA BERBENTUK TEKS-PADA-IMEJ

A.1. KRITERIA SAJAK BERGAMBAR (TEKS-PADA-IMEJ) (Oleh: Muhd Iqbal Asyran) Antara unsur yang perlu ada bagi sajak bergambar: 1. Sajak 2. Gambar 3. Efek 4. Tajuk sajak (huruf besar) 5. Nama pena 6. Tarikh 9. Lokasi (optional) 10. Watermark (jika perlu) 11. Jangan letakkan teks sajak anda bersama sajak bergambar anda. Setelah anda gabungkan 11 unsur tersebut, maka lengkaplah sajak bergambar anda. Saya ingin memberi sedikit penegasan berkenaan gambar yang dipilih bagi mewakili suara sajak anda: pilihlah gambar yang dapat memberi impak walaupun pembaca belum lagi mula membaca sajak anda. Gambar yang dipilih itu umpama magnet bagi menarik pembaca untuk membaca sajak anda. Contoh yang terbaik yang saya jumpa adalah sajak terbaru dari Najmuddin Yusoff yang saya sertakan di sini. Namun kesilapan pada sajak bergambar ini, tidak diletak nama penulisnya dan tajuknya pula dicetak dengan huruf kecil. Namun impak gambarnya sangat mantap, memanggil-manggil saya untuk meneliti setiap bait kata sajaknya. Unsur terakhir yang wajib iaitu nombor 11: apabila anda postkan sajak anda, janganlah postkan juga teks sajak anda kerana akan mencacatkan keseluruhan konsep sajak bergambar. Postkan sajak bergambar anda begitu saja. Teks yang boleh diletak, adalah sedikit penerangan, makluman tertentu, atau deskripsi yang anda rasa pembaca perlu tahu. Itu saja. Biarkan pembaca menikmati sajak bergambar anda tanpa gangguan. Jika anda meletakkan teks sajak di samping sajak bergambar, pembaca selalunya tidak akan meneliti sajak bergambar tersebut. Tambahan pula, jika sajak bergambar anda kabur, tulisannya kurang jelas atau kecil. Jika alasan anda ialah khuatir pembaca tak dapat membaca kerana paparan kurang jelas, maka sudah menjadi tanggungjawab dan tugas anda untuk memastikan sajak bergambar anda adalah jelas untuk dibaca. Saya amat berharap supaya, selepas ini, kita semua akan memfokus kepada sajak bergambar bagi menggantikan konsep lapuk “sajak bersama gambar pengiring”.



A.2. TEKS-PADA-IMEJ: GUNA APLIKASI MS PAINT 1. Buka imej sdr dengan menggunakan aplikasi MS Paint. 2. Selaraskan saiz image mengikut kesesuaian saiz untuk menempatkan teks. 3. Klik ikon “A” untuk buat kotak teks pada imej. 4. Klik kotak teks pada imej dan selaraskan saiz yang dikehendaki. 5. Tampal teks puisi ke dalam kota imej (dan selaraskan saiz kotak teks, jika perlu). 6. Save. 7. Muat naik ke facebook. Sajak “Masalah Di Syurga” yang dipaparkan di sini dihasilkan melalui aplikasi MS Paint.

A.3. TEKS-PADA-IMEJ: GUNA ACDSee Photo Manager edisi 12 (Oleh: Tabir Alam) (1) Untuk imej seperti paparan, sila pilih gambar yang sesuai untuk digandingkan dengan kandungan haiku. (2) Crop gambar dengan memberi ruang yang secukupnya untuk meletakkan teks, kemudian resize atau crop (yang mana sesuai) gambar ke ukuran 300 pixel lebar x 400 pixel tinggi. (3) Guna font Gill MT Ext Condensed dengan teks ukuran 28 warna putih. (4) Pilih Drop Shadow Setting jika latar belakang agak cerah; kalau cukup gelap untuk teks warna putih, tidak perlu Drop Shadow Setting. (5) Pilih Text Alignment yang sesuai untuk meletak perkataan bagi digunakan pada imej. (6) Klik Border sekali sahaja untuk Straight White Border; guna saiz 15 untuk paparan biasa. (7) Klik Border sekali lagi untuk Edge Effects dan pilih Drop Shadow bagi menampakkan gambar itu timbul. (8) Simpan (Save) item yang dihasilkan.

A.4. CARA MEMBUAT KARYA DALAM BENTUK TEKS-PADA-IMEJ DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER (Sila rujuk di portal ini: http://goo.gl/4yat0N) Salah satu cara untuk menempatkan teks pada gambar dengan menggunakan MS Publisher adalah seperti yang berikut: 1. Buka Microsoft Publisher. 2. Buka dokumen kosong baru. 3. Simpan fail (dan lakukan hal ini selalu). 4. Masukkan gambar. 5. Masukkan sebuah kotak teks ke dalam gambar. 6. Taipkan teks anda. 7. Satukan gambar dengan kotak teks. 8. Simpan gambar yang telah disatukan.

A.5. MENGKOMPOSISI KARYA TEKS-PADA-IMEJ UNTUK PENGKARYA YANG MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT (Oleh: Muhd Iqbal Asyran) Tutorial ini khas untuk mereka yang selalu menggunakan fon dalam menghasilkan karya. Tutorial ini lebih berat kepada pengguna android. Bukan saya anti-Apple, tetapi fon saya adalah android. Oleh itu saya tidak tahu keberkesanannya pada pengguna iPhone, tetapi mereka digalakkan mencuba. Untuk menghasilkan karya menggunkan fon, anda perlukan tiga aplikasi yang berikut: 1. Pengedit teks 2. Pengedit foto 3. Pencari foto - Anda boleh saja menggunakan khidmat google untuk mencari imej yang sesuai tetapi selalunya gambar yang dipaparkan mempunyai watermark. PENGEDIT TEKS Terdapat pelbagai aplikasi untuk text editor atau note editor jika anda cari di dalam google play store. Namun setelah mencuba pelbagai aplikasi, saya memilih Evernote. Kelebihan evernote, nota yang anda simpan tak akan hilang walaupun anda format fon anda; Kedua, anda boleh sync dengan desktop jika anda memasangnya di pc anda. Maknanya, apa saja yg anda taip di henfon, akan wujud juga di pc anda. Saya percaya Evernote boleh didapati untuk pengguna iPhone juga. Anda boleh cuba cari di apps store. Jika anda penggunakan samsung, s4, s5,s6 , note 1,2,3, dan 4. Anda tidak perlu Evernote. Aplikasi S note atau S memo yang dibekalkan oleh Samsung sudah cukup untuk terus ke langkah 2, photo editor. PENGEDIT FOTO Apps ni adalah yang paling penting dan menghasilkan sajak bergambar. Saya juga telah mencuba pelbagai apps untuk photo editor. Yang paling saya suka ialah PiXLR. Boleh cari di google play store. Kelebihan PiXLR: ia mempunyai pelbagai efek, tools, filter dan, paling penting, teks dengan font yang menarik. Kekurangan PiXLR ialah had teks sebanyak 350 huruf sahaja. Hal ini sangat tidak membantu jika sajak anda panjang. Tetapi jangan risau, ada cara lain. PENCARI FOTO Semasa mula-mula saya membuat sajak bergambar ini, mencari foto adalah perkara yang rumit. Terutama apabila menggunakan google. Sama ada gambar tersebut ada watermark atau resolusinya tidak tinggi. Setelah beberapa lama, saya terfikir, mengapa tidak mencari wallpaper? Selalunya, wallpaper tiada watermark dan resolusinya tinggi. Tetapi saya masih menggunakan google sebagai pencari. Kemudian saya tersedar, betapa bodohnya saya, bukankah saya ada google play store? Saya boleh saja muat turun mana mana aplikasi yang menawarkan koleksi wallpaper yang saya mahu. Dan setelah berpuluh kali memuat turun dan mencuba, saya menggunkan aplikasi WALLPAPER CASA sehingga sekarang. Kelebihan WALLPAPER CASA ialah sifatnya yang menawarkan banyak kategori untuk wallpaper. Bermacam-macam. Dan beribu-ribu gambar sedia dipilih. Apabila anda jumpa sahaja gambar yang anda mahu, klik butang download dan gambara iatu akan terus disimpan di fon anda. Kelemahannya, ada sedikit bug buat seksyen pencarian.

CARA-CARA Sekarang, anda sudah mempunyai ketiga-tiga aplikasi yang diperlukan untuk membuat sajak bergambar. Caranya : 1. Tulis sajak anda di Evernote. 2. Salin teks anda 3. Buka wallpaper casa dan cari gambar yang anda mahu. Jika sajak anda sajak cinta, anda boleh cari “love”. Jika anda mahu gambar laut, anda cari sahaja “sea”. Jika anda perhatikan gambar untuk sajak saya yang bertajuk “Dewi”, saya cari “love” dan scroll sampai jumpa gambar ini. Untuk sajak “Selamat Pagi Cinta”, saya cari “hug”. Begitulah. Gunakan imaginasi anda. 4. Buka PiXLR, anda akan dibawa ke homepage. Di situ sudah ada, secara automatik, gambar yang anda muat turun tadi. Jika anda tidak mahu gambar itu, boleh pilih gambar lain dengan menekan photo untuk merayau gambar lain. Sesudah anda pilih gambar yang anda muat turun tadi, anda akan dibawa ke halaman page editing. Di sini anda boleh edit gambar anda sama ada hendak crop, hendak rotate, hendak letak efek atau filter, hendak kaburkan, hendak tukar kecerahan - semuanya boleh. Jika tidak mahu, anda terus sahaja ke bahagian text dan pilih kategori font yang anda suka serta tekan paste (setelah anda salin dari evernote di langkah 1). Selepas paste, anda boleh selarast kedudukan, besar kecil, dan warna. Setelah puas hati, bolehlah tekan apply dan save. Walla! Sajak bergambar sudah siap dan anda boleh postkan di fb. TAMBAHAN: Jika sajak anda panjang, melebihi 350 huruf anda boleh guna 2 cara: Pertama, dari evernote, anda screenshot, tetapi pastikan sajak anda keseluruhannya berada dalam screnshot tersebut. Kemudian anda boleh edit menggunkan PiXLR, seperti crop, tambah efek dan filter. Dan siap! Kedua, jika sajak anda terlalu panjang sehingga tidak dapat anda screenshot pada evernote, anda pasangkan kingsoft microsoft office. Salin teks sajak anda, buka words (dari kingsoft microsoft office), tampalkan sajak anda, dan screenshot. Buka PiXLR dan lakukan pengeditan. Dan siap untuk dipost ke fb.

A.6. SAJAK TEKS-PADA-IMEJ UNTUK SAJAK YANG PANJANG (Oleh: Muhd Iqbal Asyran) Di sini saya akan nyatakan langkah-angkah yang saya ambil untuk menghasilkan sajak bergambar untuk sajak yang panjang. Aplikasi yang sama saya gunakan seperti yang diberitahu untuk sajak lebih pendek (Bab Appendiks A.5) tetapi dengan penambahan satu lagi aplikasi. Aplikasi tambahan itu ialah: 1. Evernote 2. PiXLR 3. Kingsoft Microsoft Office - word. Langkah-langkah (sila rujuk gambar untuk pemahaman yang lebih): 1. Tulis sajak menggunakan Evernote. Disebabkan sajak anda panjang, anda tidak akan dapat buat screenshot kerana hanya sebahagian sahaja yang akan termuat seperti Gambar 1. 2. Oleh itu, abaikan screenshot, sebaliknya salin teks sajak anda. Buka applikasi Kingsoft Microsoft Office dan pilih word. Kemudian pilih tanda + untuk new document. 3. Tampalkan sajak anda dan lakukan sedikit pengeditan untuk paragraf supaya sajak anda akan termuat dalam skrin fon anda. Kemudian screenshot seperti Gambar 2. 4. Buka PiXLR, pilih screenshot tadi, seperti Gambar 3, dan lakukan cropping seperti Gambar 4. 5. Setelah crop, anda bolehlah letak efek dan filter bagi menaikkan mood sajak anda seperti gambar akhir sajak “Mungkin”.




Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook