KURSUS KEPENYAIRAN Garis Panduan Dan Tip Untuk Penyair Dan Peminat Puisi -Edisi Elektronik- eS eS eS eS eS eS eS eS 1
KURSUS KEPENYAIRAN Garis Panduan dan Tip Untuk Penyair dan Peminat Puisi -Edisi Elektronik- Oleh: Irwan Abu Bakar dan Hasimah Harun eS eS eS eSastera Enterprise Kuala Lumpur 2
eSastera Enterprise (No. 001470857-K) No. 96, Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur e-mel: [email protected] Tapak web: http://www.eSasteraEnterprise.com ©eSastera Enterprise, 2010 Cetakan Pertama, Edisi Elektronik 2011 Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau dipindahkan kepada bentuk lain sama ada elektronik, mekanik, gambar, rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada eSastera Enterprise. ISBN: Dicetak oleh: eSastera Enterprise, 96 Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. AMARAN eSE: E-buku terbitan eSastera Enterprise dijual untuk kegunaan peribadi pembelinya dan tidak boleh dikongsi pembacaannya secara meluas dan tidak dibenarkan sama sekali diedarkan semula, sama ada untuk jualan mahupun secara percuma. eS eS eS eS 3
Kata Pengantar Edisi Elektronik Edisi elektronik buku ini, pada amnya, mempunyai kandungan yang sama seperti edisi terdahulu kecuali sedikit pembetulan terhadap kesilapan cetak di sana sini serta sedikit tambahan dan penyusunan semula. Tambahan utama ialah pada modul 'Deklamasi' yang kini dipecahkan kepada empat modul yang berasingan: 'Deklamasi Puisi', 'Deklamasi Sebagai Alat Komunikasi', 'Deklakon', dan 'Lagu Puisi'. Lima lagi modul tambahan yang agak penting ialah 'Kursus', 'Menulis dan Menerbitkan Puisi', 'Puisi SMS', “Puisi Sains”, serta “Puisi Prosaan”. Edisi elektronik ini masih mengekalkan buku ini sebagai nota praktikal yang dapat dibaca pada mana-mana seksyen tanpa perlu mengikut urutan tertentu. Edisi ini juga diolah semula di sana sini demi memastikan bahawa kandungannya terus relevan dengan perkembangan semasa dalam bidang kepuisian. Edisi elektronik terkini memanfaatkan kemudahan hiperlink untuk memudahkan pembaca berpindah daripada satu lokasi kepada satu loksi yang lain dalam e-buku ini. Alhamdulillah, edisi asal buku ini telah dijadikan rujukan utama di Kursus Penulisan Puisi anjuran Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dan eSastera di Kuala Klawang pada tahun 2004, siri kursus tahunan Akademi Sastera Siber (Akses) anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu pada tahun 2006 - 2009, dan Program Kemahiran Sastera dan ICT (Proksi) anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam pada tahun 2009 dan 2011. Semoga anda terus mendapat manfaat yang sewajarnya daripada buku ini. Irwan Abu Bakar dan Hasimah Harun Kuala Lumpur, Oktober 2011 Emel: [email protected] 4
Kata Pengantar Edisi 1 eSastera.com (http://www.eSastera.com) ialah majalah sastera dalam internet (e-majalah sastera) yang mula diterbitkan pada tahun 2002 untuk memajukan karya sastera berbahasa Melayu, sesuai dengan perkembangan bidang teknologi informasi dan komunikasi. Modul Kursus Kepenyairan eSastera ini mulanya diterbitkan sebagai e-buku dalam Komuniti 'Penyair', sebuah ruangan dalam majalah dalam bentuk cetakan keras. eSastera.com. Atas permintaan beberapa pihak, modul ini kini diterbitkan Beberapa ubah suai dari segi format telah dibuat dalam terbitan cetakan keras ini. Hal ini dilakukan kerana cetakan ini berlainan sifatnya daripada sifat sebuah e-buku. Dari segi kandungannya, terbitan ini tidak banyak bezanya daripada terbitan elektronik yang tersebut. Namun beberapa bahagian telah disusun semula untuk memudahkan pembacaaan, sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah buku biasa. Buku ini ditulis dalam bentuk nota pratikal. Kandungannya merangkumi panduan dan tip tentang asas-asas penting puisi tradisional, sejarah terawal penulisan sajak, asas-asas sajak yang baik dan yang lemah, konsep-konsep bahasa, teknik, dan tema yang berkaitan dengan penulisan sajak, penyemakan karya, penterjemahan puisi, deklamasi puisi, serta perkembangan baru dalam bidang puisi seperti puisi multimedia dan interaktif, puisi di internet, dan puiis siber. Buku ini berguna kepada penyair, bakal penyair, serta peminat puisi moden dan tradisional. Irwan Abu Bakar dan Hasimah Harun Julai 2003 Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Emel: [email protected] 5
Kandungan Kata Pengantar Edisi Elektronik Kata Pengantar Edisi 1 Kandungan Preliminari Modul 01: Definisi Puisi 1(1) Definisi Coleridge 1(2) Definisi Malaysia 1(3) Kata Puitis 1(4) Beza Antara Sajak Dengan Puisi Modul 02: Aspek Utama Puisi Modul 03: Sajak Versus Puisi Tradisional Modul 04: Sajak Dan Penulis Terawal 4(1) Sajak Terawal 4(2) Penulis Awal Modul 05: Jenis Sajak 5(1) Aliran Sajak 5(2) Bentuk Luaran 5(3) Darjah Komunikatif 5(4) Ciri Kandungan Modul 06: Sajak Prismatis Modul 07: Nada 7(1) Nada Melankolik 7(2) Nada Patriotik 7(3) Nada Protes 7(4) Nada Romantik 7(5) Nada Sinis Modul 08: Ciri Sajak Yang Bermutu/Lemah 8(1) Sajak Bermutu 8(1)(1) Isi Yang Baik 8(1)(2) Gaya Yang Baik 8(2) Sajak Yang Lemah 8(2)(1) Imej Bercampur 8(2)(2) Klise 8(2)(3) Gaya Melankolik 8(2)(4) Kata Bombastik 8(2)(5) Kelemahan Tatabahasa 8(2)(6) Sifat Prosaik 8(2)(7) Puisi Prosaan Modul 09: Bentuk (atau Struktur) Sajak 9(1) Bentuk Luaran 9(2) Bentuk Dalaman Modul 10: Bahasa (Irama, Makna, dan Klise) Modul 11: Gaya Bahasa 11(1) Diksi 6
11(2) Pengulangan 11(3) Perbandingan 11(4) Imej & Lambang 11(5) Personifikasi Modul 12: Teknik 12(1) Pengucapan Bersahaja 12(2) Enjambemen 12(3) Paralelisme 12(4) Budaya Bahasa 12(5) Soalan Retorik 12(6) 3P + 3K Modul 13: Tema 13(1) Isu Tema 13(2) Nama Corak Puisi 13(3) Watak 13(4) Sajak Jenaka 13(5) Sajak Sains Modul 14: Kesalahan Umum dan Kelemahan Umum 14(1) Kesalahan Umum 14(1)(1) Kesalahan Peraturan Bahasa 14(1)(2) Kesilapan Logik 14(2) Kelemahan Umum 14(2)(1) Pengucapan Tidak Padat Modul 15: Keindahan Puisi Modul 16: Sajak Kabur 16(1) Kenapa Sajak Menjadi Kabur 16(2) Orang Bertiga Dengan Sajak Kabur Modul 17: Sajak Intelektual Modul 18: Puisi dan Komputer Modul 19: Puisi dan Internet Modul 20: Puisi Siber Modul 21: Puisi SMS Modul 22: Plagiarisme dan Pengaruh Modul 23: Penterjemahan Puisi Modul 24: Deklamasi Puisi Modul 25: Deklamasi Sebagai Alat Komunikasi Modul 26: Deklakon Modul 27: Lagu Puisi Modul 28: Anugerah Modul 29: Puisi dan Agama Islam Modul 30: Kritikan Modul 31: Kursus Modul 32: Menulis dan Menerbitkan Puisi Modul 33: Licentia Poetica Rujukan Lampiran Lampiran 1. Puisi Tradisional: Suatu Kursus Ringkas 7
Lampiran 2. Penyair Bahasa Melayu Lampiran 3. Beberapa Buah Sajak Pilihan Lampiran 4. Budaya Bahasa: Suatu Kursus Ringkas Lampiran 5. Menyemak Semula Tulisan (Revisi) Lampiran 6. Ayat: Suatu Kursus Asas Lampiran 7: Ulasan Sajak 'Menolak Rezeki' Indeks 8
Preliminari Objektif Kursus: Untuk memberi penerangan dan petunjuk ringkas tentang hal-hal tertentu berkaitan puisi. Apabila tamat mengikuti kursus ini, anda akan memahami perkara-perkara yang berikut: 1. asas-asas penting puisi tradisional. 2. sejarah terawal penulisan sajak. 3. asas-asas sajak yang baik dan yang lemah. 4. konsep-konsep bahasa, teknik dan tema yang berkaitan dengan penulisan sajak. 5. Perkembangan baru dalam bidang puisi seperti puisi multimedia dan puisi siber. Peserta Sasaran: Kursus ini diolah supaya sesuai untuk: 1. Orang awam yang berminat menulis dan menghayati puisi. 2. Pelajar kolej dan universiti. 3. Pelajar sekolah menengah, Tingkatan 3 ke atas. 9
Garis Panduan dan Tip Berkaitan Puisi 01. Definisi Puisi 1(1) Definisi Coleridge Antara definisi paling popular dari Barat ialah definisi oleh S.T. Coleridge. Puisi didefinisikan oleh Coleridge sebagai: 'Kata-kata terbaik dalam susunan terbaik': The best words in the best order. 1(2) Definisi Malaysia Ada dua definisi utama yang telah dibuat orang di Malaysia, seperti yang berikut: (a) Definisi Za'ba. (Za'ba menggunakan istilah 'karangan berangkap' untuk puisi): Karangan yang digunakan untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. (b) Definisi Muhammad Hj. Salleh. (Definisi ini diasaskan kepada aspek bentuk, bahasa dan tema): Karya yang dicirikan oleh perkara-perkara yang berikut: bentuk yang kental, berentak, banyak berunsur muzik bahasa; bahasa yang lebih padat, teliti, dan kadang-kadang mendekati lagu; temanya diolah dari hidup harian tetapi dipersembahkan kepada pembaca atau pendengar dengan sudut pandangan yang agak luar biasa, dan dengan itu dapat membijaksanakan pembaca atau pendengarnya; dan mempunyai teknik-teknik yang tertentu. 1(3) Kata Puitis Kata 'puitis' ialah kata sifat yang merujuk kepada sesuatu (karya) yang memiliki ciri-ciri puisi. 10
1(4) Beza Antara Sajak Dengan Puisi 1(4)(1). Ada pengkaji-pengkaji yang membezakan makna 'sajak' dengan 'puisi'. Misalnya, Muhammad Haji Salleh menafsirkan 'puisi' sebagai karya yang mencapai taraf yang agak tinggi di dalam penggarapan bahasa, tema, dan tekniknya manakala 'sajak' ialah karya ringan dan belum sampai pada tahap hasil sastera yang tinggi. 1(4)(2). Penulis sendiri menganggap pembezaan yang sedemikian sebagai remeh dan menyusahkan khalayak. Siapa pula yang akan menentukan setiap karya yang diterbitkan itu 'sudah sampai pada tahap hasil sastera yang agak tinggi'? Maka dalam buku ini, penulis akan menggunakan 'sajak' dan 'puisi moden' secara bersinonim. 1(4)(3). Pembezaan yang tersebut dalam Submodul 1(4)(1) rasanya diasaskan kepada konsep sastera bahasa Inggeris yang membezakan antara poems dengan verses. 02. Aspek Utama Puisi Dua aspek utama yang dimiliki puisi ialah: (a) isi (atau tema): lihat Modul 13; dan (b) bentuk (atau struktur): lihat Modul 9. 03. Sajak Versus Puisi Tradisional Sajak ialah puisi moden. Sajak berbeza daripada puisi tradisional. 3(1) Puisi Tradisional Puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, jampi dan mantera, teromba, dan lain-lain. Lihat Lampiran 1. 3(2) Sajak dikatakan 'puisi moden'. Apanya yang moden? Sajak berbeza daripada puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam, mantera, dsb. berdasarkan dua ciri, iaitu (a) bentuknya yang bebas dan (b) suasana moden yang dibayangkan melalui kata-kata yang digunakan. 11
3(3) Semestinyakah sajak berbentuk bebas dan puisi tradisional tidak? Memang ada sajak yang mempunyai bentuk yang terikat dan sengaja ditulis mengikut pola bunyi puisi lama tetapi suasana yang dibayangkan ialah suasana moden. Ada juga puisi tradisional yang bebas bentuknya, iaitu seloka, jampi mantera, teromba, dan lain-lain tetapi kandungannya dan kata-katanya tidak mewakili idea moden, sikap moden, falsafah moden, dsb. 3(3)(1). Merujuk kepada ciri sajak yang dikatakan sebagai 'suasana moden yang dibayangkan melalui kata-kata yang digunakan', penulis berpendapat bahawa sajak sewajarnya ditulis dengan menggunakan kata- kata biasa yang digunakan dalam masyarakat kontemporari dan tidak wajar dimasukkan ke dalamnya kata-kata klasik yang sudah jarang- jarang digunakan pada hari ini. 04. Sajak Dan Penulis Penting Terawal Kegiatan menulis sajak di Malaysia bermula dalam tahun 1913. 4(1) Sajak Terawal Dua buah sajak yang dipercayai paling awal ditulis di Malaysia adalah seperti yang berikut: (a) 'Angan-angan Dengan Gurindam' oleh Omar Mustaffa; tersiar dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913; dan (b) 'Di Tengah Senggara' oleh Punggok (nama sebenar Mohamad Yasin Maamor); tersiar dalam Majalah Guru, Th.x, Disember 1933. 4(2) Penulis Awal Punggok ialah penulis sajak yang paling penting dalam tahun 1930-an. 05. Jenis Sajak Sajak dibahagikan kepada jenis tertentu berasaskan beberapa banyak aspek. Antara yang terpenting adalah seperti yang berikut: 12
5(1) Aliran Sajak Dari aspek 'aliran', sajak dikatakan romantisme, realisme, eksistensialisme, dan lain-lain; 5(2) Bentuk Luaran Dari aspek 'bentuk (luaran)', sajak dikatakan kuatren, terzina, soneta, dll. Nama bentuk puisi dari segi bilangan baris (pada setiap rangkapnya) adalah seperti yang berikut: Distikhon = 2 baris Terzina = 3 baris. Kuatren = 4 baris. Quintain = 5 baris. Sextet = 6 baris. Septet = 7 baris. Oktaf = 8 baris. Soneta = 14 baris. Perhatian: Soneta terdiri daripada empat rangkap, dengan bilangan baris dalam rangkap lazimnya ialah 4, 4, 3, 3 (dengan variasi 4, 4, 4, 2). Setiap baris terdiri daripada 10 suku kata. 5(3) Darjah Komunitatif Dari aspek 'kebolehfahaman' (darjah komunitatif), sajak dikatakan polos (diaphan), taksa (ambiguous), prismatik, atau kabur. 5(4) Ciri Kandungan Dari aspek 'ciri kandungan', sajak dikatakan abstrak atau konkrit. 06. Sajak Prismatis Sajak yang bersifat prismatik mempunyai makna yang berlapis. Makna pada permukaan (lapis pertama) adalah jelas. Namun sajak itu dapat dikonkretisasi (diberi makna oleh pembaca) pada lapis keduanya. Makna lapis kedua adalah lebih mendalam. Contoh: Apabila kusunting mawar kusunting wanginya bersama durinya 13
(dari sajak 'Kusunting Mawar' oleh Irwan Abu Bakar). Pada permukaan, penyair mengisahkan tabiat bunga mawar yang dipetiknya. Pada lapis kedua, sajak ini dapat dikonkretisasikan sebagai kisah hubungan suami isteri. 07. Nada Nada ialah tinggi rendah tekanan suara. Nada berhubung dengan perasaan penyair ketika menulis. Nada yang utama dalam penulisan sajak ialah (a) nada melankolik, (b) nada patriotik, (c) nada protes, (d) nada romantik, dan (e) nada sinis. 7(1) Nada Melankolik Nada mendayu-dayu atau berhiba-hiba yang menggambarkan kesedihan. Kegunaan: untuk mengemukakan tema penderitaan atau kehampaan. Lara yang terus berarak memenuhi rongga hati Yang tinggal hanya pedih, parah, dan pilu (Dua contoh ini ialah ungkapan dari puisi Hasimah Harun, 'Yang Aku Mahu' dan 'Kukunci Duka”). 7(2) Nada Patriotik Nada patriotik menggambarkan keadaan hati penyair yang besemangat. Kegunaan: untuk mengemukakan tema perjuangan penuh keberanian atau cita-cita yang tinggi. Contoh: seinci tanah Inderapura dijajah selaut darah penjajah kan tumpah (Contoh daripada sajak 'Setitik Darah Semantan' oleh Ami Masra). ...mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza. Siapa di sini adalah warganya, kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah. Darahnya tetap merah. (Contoh daripada sajak 'Negeri Ini, Anak', oleh Marsli N.O.). 14
7(3) Nada Protes Nada protes menggambarkan perasaan yang memberontak atau menentang. Kegunaan: Untuk mengemukakan tema ketidakadilan atau kekejaman yang menyebabkan rasa marah atau benci. Contoh: Mengapa di sini prinsip terbalik? dan mengapa di sini mangsa yang mengadu tidak dilakukan pemeriksaan doktor ke atasnya? Terbanglah terbanglah kembali ke udara dan segera jadi abu. Hanya berdoa untuk dirinya, dan keluarganya saja dan tiada sekelumit pun doanya untuk menobatkan ilmu kepada anak bangsanya. (Petikan daripada puisi Dinsman, 'Keputusan Hakim Itu Salah -- Kata Christopher Fernando', puisi Latif Mohidin, 'Terbanglah', dan puisi Arisel BA, 'Universiti 2'). 7(4) Nada Romantik Nada romantik menggambarkan ketenangan dan kedamaian. Kegunaan: Untuk mengemukakan tema kasih sayang, harapan, dan impian bahagia. Contoh: Terima kasih, sayang kerana merenungku dengan sabar cinta waktu aku menghirup perlahan segelas teh Ahad. (Daripada puisi Irwan Abu Bakar, 'Cinta Pagi Minggu'). 7(5) Nada Sinis Nada sinis menggambarkan rasa kurang senang. Kegunaan: Untuk mengemukakan perkara yang tidak disukai atau dipersetujui secara sindiran. Contoh: Kalau mahu buat kerja sampingan (seperti merompak dan merogol) buatlah di luar waktu kerja 15
supaya terjaga profesionalisme. Mencari ilmu itu tidak lagi berpergian jauh sekadar melayari internet dari komputerku di bilik tidur. (Daripada sajak 'Profesionalisme' oleh Irwan Abu Bakar dan sajak 'Universiti 2' oleh Arisel BA). 08. Ciri Sajak Yang Baik/Lemah Berikut disenaraikan apa yang lazimnya dikatakan sebagai ciri sajak yang bermutu dan ciri sajak yang lemah: 8(1) Sajak Bermutu Sajak yang baik dan bermutu dicirikan oleh: (a) isi yang baik; dan (b) gaya bahasa (serta teknik berkaitan) yang baik. 8(1)(1). Isi Yang Baik Perkara yang penting tentang isi sajak ialah: (a) adanya makna tambahan bagi isi permukaan yang dapat dikonkretisasi, iaitu bersifat prismatis: lihat 6(1); (b) tidak bersifat terlalu peribadi; dan (c) ditimbulkan melalui teknik yang sesuai. Lihat Modul 12. 8(1)(1)(1). Sifat Terlalu Peribadi Isi sajak menjadi terlalu peribadi apabila (a) membicarakan perasaan terhadap seseorang secara tidak kena-mengena dengan pembaca, atau (b) menggunakan simbol peribadi sehingga tidak dapat ditafsirkan oleh pembaca. Menurut Rahman Shaari, sajak yang isinya sedemikian elok disimpan dalam fail peribadi sahaja. 8(1)(2). Gaya Yang Baik Gaya ialah cara penyair menggunakan bahasa untuk menimbulkan kesan puitis. Gaya puisi berbeza daripada gaya bidang-bidang lain kerana 16
penekanan yang tinggi kepada nilai estetika untuk setiap kata dan baris. Lihat Modul 11. 8(2) Sajak Yang Lemah Sajak yang lemah dicirikan oleh (a) imej bercampur, (b) klise, (c) gaya melankolik, (d) kata-kata bombastik, (e) imbuhan yang tidak terdapat dalam tatabahasa bahasa Melayu, dan (f) sifat prosaik. 8(2)(1). Imej Becampur Masalah imej sering kali dikatakan sebagai masalah utama dalam penciptaan sajak. Sering kali sajak menjadi tidak menarik kerana kekurangan imej. Namun ada pula berlaku masalah apabila imej-imej bercampur-aduk sehingga keseluruhan isi sajak itu tidak dapat diikuti dengan lancar. Imej yang digunakan harus dipelihara supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Contoh 1 (rekaan penulis sahaja): gelora laut menghempas lantai waktu hati pilunya terbakar hangus terbang lepaslah merpati di rimba. Gerakan imej dari 'laut' ke 'api' (terbakar) dan ke 'unggas di rimba' dianggap gaya yang lemah kerana imej yang pelbagai ini akan menimbulkan gangguan kepada penumpuan pembaca. Contoh 2 (daripada sajak 'Tentang Nafas' oleh Dahiri Saini): pelihara saja kumpulan biri-biri sabar ... untuk menguji tembok kesabaran setiap insani ... aku mula menggilap lampu takwaku ... mencari sarang ketenangan. Kata-kata yang digunakan sebagai metafora (di sini dipapar dengan tulisan condong tebal) amat sukar untuk diasosiasikan dan sangat jauh hubungannya antara satu dengan lain. 8(2)(2). Klise Klise ialah kata, ungkapan, atau perbandingan yang telah digunakan orang dengan agak kerap. Kata, ungkapan, dan perbandingan sedemikian tidak lagi segar dan tidak berupaya memberikan tenaga kepada puisi dan lazimnya gagal menarik minat pembaca. Klise bolehlah didefinisikan sebagai ungkapan basi. 17
(a) Antara kata/ungkapan yang telah menjadi klise pada hari ini termasuklah yang berikut: - (burung) camar - (pokok) cemara - menggapai (bintang) - (pisau) belati (dengan konotatif negatif) - mentari - senja (tempoh menuju kegelapan) - penggandaan separa, 'pepohon', 'beburung', dll - kekuatan waja (dan perbandingan yang seumpamanya) - dihempas/dibuai gelombang - di dada waktu - di dada kota (b) Bentuk judul puisi yang berikut juga telah menjadi klise: 'Kata ... Kepada ...'. Misalnya: 'Kata Burung Kepada Kepaknya'. 8(2)(3). Gaya Melankolik Gaya melankolik ialah gaya yang 'dipenuhi dengan emosi sedih pilu': Lihat Submodul 7(1). Petua: Perasaan sedih perlu diringankan sedikit ketika menulis sajak tentang kesedihan peribadi supaya pembaca dapat berkongsi sedih dengan penulis. 8(2)(4). Kata Bombastik Kata-kata bombastik ialah kata-kata yang terlalu 'besar' sehingga tidak sepadan dengan maksud yang hendak disampaikan. Kelemahan dari aspek ini termasuklah penggunaan metafora yang terlalu 'besar' untuk memerihalkan perkara yang kecil. Contoh: Sosok karismatis ini menghunjat simpatisannya. Kata 'sosok', 'karismatis', 'hunjat' dan 'simpatisan' dapat dianggap berlebihan besarnya. (Daripada puisi 'Tahi Lalat' karya Nora, Dewan Sastera, Julai 1999). 8(2)(5). Kelemahan Tatabahasa 18
Salah satu cara gaya menjadi lemah ialah kelemahan tatabahasa: Lihat Submodul 14(1)(1). 8(2)(5)(1). Imbuhan Bidah Hal ini merujuk kepada kecenderungan menulis kata-kata ganda seperti 'bebunga', “rerumput', 'gegunung', dsb. 8(2)(6). Sifat Prosaik Pada amnya, sajak menjadi lemah apabila bersifat prosa. Sifat ini ditimbulkan melalui penggunaan kata-kata yang lebih serasi dengan karya prosa, misalnya 'tetapi', 'dan', 'atau', 'kerana', 'dari segi', 'walau bagaimanapun', dsb. Perlu diperhatikan bahawa hal ini berbeza dengan 'pengucapan bersahaja', Submodul 12(1), yang dapat mencirikan sajak yang baik. Contoh 1: (Daripada sajak 'Cinta' karya Zarinah Hassan, memperlihatkan penggunaan kata hubung 'kerana' dan 'dan' yang membuat bait puisi menjadi ayat prosa): Namun aku masih termanggu kerana kejernihan paling sukar diwarna dan cinta tidak boleh dipaksa. (Ayat prosa: Namun aku masih termanggu kerana kejernihan paling sukar diwarna dan cinta tidak boleh dipaksa). Contoh 2 (daripada sajak 'Masa Tempoh' karya Ahmad Nabel Hj Abu Bakar): Di sini tidak wujud kejadian-kejadian yang mesti dan pasti. Yang wujud hanya peribadi yang bebas dan berubah tanpa putus-putus dengan tiap- tiap satu rangkaian menjelaskan rangkaian yang sebelumnya dan yang sesudahnya. (Dalam kes ini, penyair sengaja menggunakan ungkapan prosaik sebagai gayanya). 8(2)(7) Puisi Prosaan Memang wujud karya yang dinamai puisi prosaan (prose poems). Malah, pada hari ini, gaya penulisan yang sedemikin telah semakin popular di Nusatara. Sebagai garis panduan kasar, karya prosa yang boleh dianggap puisi perlu mempunyai makna tersirat. 19
09. Bentuk (atau Struktur) Sajak Sama seperti puisi tradisional, sajak mempunyai (a) bentuk luaran dan (b) bentuk dalaman. 9(1) Bentuk Luaran Bentuk luaran bagi puisi ialah cara fizikal perkataan (atau suku kata) dan baris diatur untuk membina jasad puisi itu. Bentuk luaran merupakan sesuatu yang dapat dilihat. 9(1)(1). Bentuk luaran lazimnya merujuk kepada (a) bilangan kata (atau suku kata) dalam baris, (b) jumlah baris dalam bait (atau rangkap), dan (c) susunan bunyi di hujung baris-barisnya. 9(1)(2). Satu ciri bentuk luaran puisi diasaskan kepada rentak. Rentak diperoleh melalui susunan kata-kata. Rentak berkaitan dengan cara pembacaan. Dalam puisi tradisional, rentak biasanya teratur dan berulang-ulang dalam setiap baris. Misalnya, pada pantun dan syair, tempat hentian pembacaan telah ditentukan. Rentak puisi moden pula berbeza antara sebuah sajak dengan sebuah sajak yang lain. Rentak puisi moden 'lebih berdasarkan tekanan makna dan perkataan di setiap baris serta susunan perkataan di setiap baris dan bukan kepada struktur rangkapan'. Rentaklah yang membezakan puisi dengan prosa. Kebanyakan puisi moden mempunyai rentak yang jelas walaupun tidak mengikut pola-pola tertentu yang ketat dari baris ke baris, atau bait ke bait. Elok diperhatikan perbezaan rentak antara pantun empat kerat 'Pulau Pandan' dengan bait ketiga (bait 4 baris) sajak 'Penjual Bunga' oleh Muhammad Haji Salleh: Pulau Pandan Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga. Penjual Bunga menziarah tempat itu kembali aku kehilangan, kaki lima serasa kosong di mana dia meninggal. 20
9(1)(3). Sajak lazimnya berbentuk bebas. Tidak ada pola-pola tertentu pada bentuk luarannya. 9(1)(4). Sejumlah baris puisi yang membentuk satu kesatuan idea dan emosi dinamai bait. Dinamai juga rangkap. Bait tidak terikat kepada bunyi, hanya kepada kesatuan idea dan emosi. Bait merupakan ciri jelas yang membezakan puisi dengan prosa. 9(1)(5). Ada juga puisi moden yang bentuk luarnya direka bentuk untuk menggambarkan isinya. Hal ini dicapai melalui penyusunan aksara dan baris kepada rupa bentuk tertentu. Contoh: Sajak 'Penjual Bunga' oleh T. Alias Taib mempunyai dua rangkap, dengan aksara bagi setiap rangkap disusun untuk membentuk rupa sekuntum bunga. Maka sajak ini mempunyai bentuk visual seperti dua kuntum bunga yang sedang mekar. 9(2) Bentuk Dalaman Bentuk dalaman puisi merujuk kepada bentuk daripada segi pengutaraan isi. Perkara ini dimanifestasikan oleh cara tema diolah: dimulai dengan 'pengenalan', diikuti 'perkembangan', dan diakhiri dengan 'kesimpulan'. 9(2)(1). Kesimpulan puisi dapat dibentuk oleh (a) keputusan atau (b) soalan. (a) Contoh kesimpulan yang dibentuk oleh keputusan: dan kalau aku dipinta pandangan aku akan mengesyorkan “eloklah saudara diam!” Unggul ini ialah kesegalaanku. Tak ada tawar-menawar pada sifat atau dirinya kerana ia adalah kemurnianku yang kuawasi supaya selalu kudus. Sengsara ini menjadi wahana muhasabah meneropong diri meneliti peribadi. 21
(Tiga contoh di atas masing-masing adalah daripada sajak “Diam” oleh Rahman Shaari, sajak “Unggulku” oleh Muhammad Haji Salleh, dan sajak 'Kukunci Duka' oleh Hasimah Harun.) (b) Dua contoh kesimpulan yang dibentuk oleh soalan: apakah yang semestinya ditulis oleh seorang penyair sewaktu merayakan ulang tahun kemerdekaan tanah airnya selain menyatakan pendiriannya dengan merdeka? (Sutung Umar RS, “Penyair dan Hari Kemerdekaan). Bagaimana nanti jika kamu terluka dan tak berupaya lagi melawan angin? akan ke manakah aku? (Zaen Kasturi, “Burung Kepada Sayapnya”). 10. Bahasa (Irama, Makna, dan Klise) Kepadatan dan kepersisan pemilihan kata ialah kunci kepada puisi yang baik. Tiga aspek penting yang perlu diperhatikan dari segi bahasa sajak ialah (a) irama, (b) makna, dan (c) klise. 10(1) Irama Irama ialah sifat bunyi kata (malah suku kata) yang diucapkan. Antara sifat kata (atau suku kata) itu ialah lembut, kasar, tajam, bising, keras, panjang, pendek, dan sebagainya. Irama sering ditakrifkan sebagai 'alunan yang timbul daripada pengulangan panjang pendek bunyi, keras lembut tekanan, dan tinggi rendah nada'. (Takrif dalam tanda '...' dipetik daripada Rujukan Tambahan 1). 10(2) Makna Ada tiga perkara penting yang perlu diberikan perhatian dalam memperkatakan makna kata-kata yang digunakan dalam sajak. Perkara- perkara itu ialah ketaksaan (atau ambiguiti), makna tersembunyi, dan ketepatan makna. 22
10(2)(1). Ketaksaan (Ambiguiti) Ada tiga perkara penting yang dapat diperkatakan tentang ambiguiti: (a) 'Menyatakan sesuatu dengan tidak menyebutnya secara terus terang ialah suatu kemahiran yang disanjung tinggi dalam tradisi kesusasteraan Melayu' (Rujukan Utama 2, hlm 42). (b) Pada amnya, ketaksaan atau ambiguiti dianggap bernilai tinggi dalam sastera dan digunakan oleh penyair-penyair ternama seantero dunia. (c) Ketaksaan dihasilkan daripada sifat kata yang mempunyai makna yang berbilang dan berlapis. 10(2)(2). Makna Tersembunyi (a) Semua kata berperanan menyampaikan sesuatu makna dasar. Di samping itu, ada kata-kata yang dapat menyampaikan makna yang tersembunyi. (b) Dalam penulisan puisi, perhatian khusus harus diberi kepada kata yang mempunyai konotasi emosi. 10(2)(3). Ketepatan Makna (a) Perkara paling asas dalam penulisan sajak ialah pemilihan kata. Penulis hendaklah memilih kata yang terbaik daripada perbendaharaan kata yang besar. Hal ini perlu dilakukan dengan bersusah payah. Kata yang dipilih mestilah dapat melakarkan pengalaman penyair secara konkrit, terperinci, halus, dan kaya dengan makna emosi. Penggunaan kata yang kurang tepat akan menyebabkan gambaran dan makna jadi samar-samar dan kurang jelas. (b) Makna Denotatif Makna denotatif ialah makna yang langsung atau khusus seperti yang diberi dalam kamus. Jelasnya, makna yang tersurat. (c) Makna Konotatif Makna Konotatif ialah makna yang lebih luas daripada makna yang tersurat (seperti yang diberi dalam kamus). Jelasnya, makna tambahan, atau tersirat, yang menimbulkan kesan emosi. 10(3) Klise 23
Dalam sesebuah sajak baru, kata serta ungkapan yang dibentuk oleh kata-kata itu hendaklah segar dan bukan tiruan daripada karya-karya terdahulu: Lihat submodul 8(2)(2). 11. Gaya Bahasa Gaya ialah 'cara penyair menggunakan bahasa untuk menimbulkan kesan-kesan tertentu'. Gaya digunakan untuk melahirkan keindahan. Graham Hough, seoerang peneliti gaya bahasa, melihat isi karya sebagai tubuh yang bogel, bahasa sebagai pakaian, dan gaya bahasa sebagai fesyen pakaian (Lihat Rahman Shaari, Dewan Siswa, Julai 2002). Ada beberapa gaya bahasa yang sering digunakan untuk mendapatkan keindahan, seperti yang berikut: 11(1) Diksi Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata dalam puisi. (Ada penulis yang menggunakan istilah 'diksi' untuk merujuk kepada pemilihan kata semata-mata sementara cara kata disusun menjadi baris dinamai 'sintaks'.) Perkara yang diutamakan dalam pemilihan dan penyusunan itu ialah ketepatan, tekanan, dan keistimewaan. Perhatian istimewa diberi terhadap sifat-sifat kata seperti denotatif, konotatif, bahasa kiasan, dsb. 11(1)(1). Hiperbola Gaya yang dilambangi kata-kata yang membawa pernyataan yang berlebih-lebihan. Tujuannya ialah untuk menegas atau menekan pandangan, perasaan, dan pemikiran. Contoh: Dendam kesumatku ingin memanah jantung Si Bota ini dengan jemparing sakti, biar mati Si Bota. (Daripada sajak 'Bota mata Tiga' oleh Irwan Abu Bakar). 11(1)(2). Hibrid Penyusunan perkataan yang melibatkan dua perkataan digabungkan menjadi sepatah kata. Tujuan: Untuk menimbulkan kesan kepadatan pengucapan. Contoh: 'kotateguh' = kota+teguh (daripada sajak 'Susila' oleh Kemala). 24
'budaktua' = budak+tua (daripada sajak 'Budaktua' oleh A. Ghafar Ibrahim). 'ampusana' = ampu+sana (daripada sajak Hashim Yaacob, 'Ampusana Ampusini'). 11(1)(3). Inversi Inversi ialah penterbalikan kedudukan kata-kata yang bersebelahan berbanding dengan kelaziman dalam bahasa biasa. Hal ini dilakukan lazimnya untuk menarik perhatian pembaca atau pendengar kepada aspek yang dirasakan oleh penyair sebagai lebih penting. Contoh: di sini ada kolam dengan nilai maju di dalamnya bermandian perempuan dengan kecil baju. Bila kita lihat manusia terbiar larat hingga mesti merempat ke biru laut dan ke kuning darat. Tamu kuyup semalam yang datang di lebat hujan. (Petikan daripada puisi 'Coral Beach' oleh Rahman Shaari, puisi 'Kita Ini Tetamu Senja' oleh A. Samad Said, dan puisi 'Tamu Semalam' oleh Hashim Yaacob). 11(1)(4). Ironi Kata biasa yang digunakan untuk membawa makna yang bertentangan dengan kenyataan, atau ketaksesuaian antara harapan dengan kenyataan. Contoh: Orang yang tidak membaca sentiasa pandai. Kita orang terpandai yang dungu menjaja kebodohan kita di pentas dunia. (Daripada puisi Rahman Shaari, 'Beza' dan puisi A. Wahab Ali, 'Menuju Kepupusan'). 11(1)(5). Paradoks Gaya bahasa yang memperlihatkan pertentangan isi dengan kenyataan, tetapi sebenarnya betul. Gaya ini hampir sama dengan ironi. Contoh: Bunga kita, kita yang punya 25
Agama kita, kita menganutinya. ... Kita hulurkan tangan Sama-sama menjahit robeknya. Biar berlalu menjadi sesalan Detik hitam dipadamkan Jangan biar ia menjalar Nanti kita bersama Mengusung keranda ke kuburan. (Cuplikan sajak 'Dari Mulut Ayah' oleh Borhan Md. Zain). 11(1)(5)(1). (Sajak) parodi ialah sajak yang mengandungi unsur imitasi atau mimik (yang lucu atau diperbesarkan; mengejek atau mempersenda) terhadap seorang pengarang, karya, stail, dsb. Sajak Irwan Abu Bakar 'Lima Orang Melayu Yang Dilupai' (Dewan Sastera, Mei 2001) ialah sebuah parodi. 11(2) Pengulangan Pengulangan merujuk kepada penulisan kata (atau bahagian kata), ungkapan, baris (atau bahagian baris), atau rangkap secara lebih daripada sekali. Tujuannya adalah untuk (a) menegaskan maksud atau (b) menimbulkan pengucapan yang berirama dan indah. 11(2)(1). Pengulangan Bunyi 11(2)(1)(1). Pengulangan bunyi dapat berlaku pada huruf konsonan atau vokal. (a) Aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam sesuatu baris, biasanya pada awal perkataan yang berurutan: bara berang mengunyah alamnya dengan debar dosa kan kusedarkan keruntuhan mereka karena kami kebanjiran segar sebelum sebak Contoh-contoh tersebut masing-masing adalah daripada sajak A. Samad Said (Anak-Anak Palestina), Rahman Shaari (Senja), A. Samad Said (Cinta Hang Kasturi), R. S. Rendra (Sajak Orang Kepuasan), dan Rahman Shaari (Masalah). (b) Asonansi ialah pengulangan bunyi vokal yang sama pada perkataan berturutan dalam sesuatu baris: 26
hari lahirnya jumaat lalu segala-galanya telah menungguku kita masih pemain sandiwara pintar diolek leloghat dunia kudengar manusia hiruk pikuk Contoh-contoh ini masing-masing daripada sajak A. Samad Said ('Janda Setinggan'), T. Alias Taib ('Fragmen Kampung' dan 'Malam Bercabang'), dan Irwan Abu Bakar ( 'Untuk Kau Yang Indah' dan 'Mangsa'). 11(2)(1)(2). Pengulangan bunyi dapat juga berlaku kepada suku kata (atau bahagian suku kata): kecil dan terpencil dingin dan sakit menggigit perit (Contoh pertama ialah baris daripada sajak T. Alias Taib, 'Sebatang Kara' sementara contoh kedua ialah daripada sajak Irwan Abu Bakar, 'Mangsa'). 11(2)(2). Pengulangan Kata (a) Anafora ialah pengulangan kata pada awal baris puisi: dengan nafas tasik lembah dengan bisikan berbahang dengan debar dosa. segar aku menatapmu segar sejenak segar sebelum sebak. pada hutan menimbun daun pada daun tumbuh cakerawala pada cakerawala ada hutan pada hutan ada daun. (Tiga contoh di atas masing-masing diambil daripada sajak Rahman Shaari 'Senja' dan 'Masalah', dan daripada sajak Muhammad Haji Salleh 'Wayang I'). (b) Epifora ialah pengulangan kata pada akhir baris puisi: dia telah masuk ke dalam faham kita ke dalam kemajuan kita dia telah masuk ke dalam kesopanan kita. 27
gerombolan lelaki pergi putera kecilmu turut pergi. (Contoh ini adalah daripada sajak Rahman Shaari 'Dalam Kesopanan Kita' dan sajak Siti Zainon Ismail 'Ribut Pasir Taufan Takdir'). (c) Ungkapan daripada sajak T. Alias Taib 'Pandangan Dari Sebuah Cafe' yang berikut mengandungi kedua-dua anafora dan epifora: dengan sut jelaga dengan tali leher jelaga dengan Bally jelaga (d) Pengulangan kata dapat juga berlaku pada tengah baris: tika murai berhenti berkicau kerbau di kandang berhenti menguak Contoh ini dipetik dari puisi Irwan Abu Bakar, 'Komentar'. (e) Pengulangan kata akhir sesuatu baris sebagai kata pertama baris berikutnya dapat menimbulkan kesan tertentu: terus bertikam dua pahlawan pahlawan Melayu pembela Melaka. tempat banyak turunnya harga harga diri wanita sendiri. akal diletak pada kehendak kehendak terletak di puncak nafsu. Contoh-contoh ini adalah daripada puisi Irwan Abu Bakar, 'Sesal Orang Melaka' dan 'Sale Di Bahagian Pakaian Wanita', dan puisi Ami Masra, 'Wasiat Kepada Bangsa'. 11(2)(3). Rima Rima merujuk kepada pengulangan bunyi (lazimnya suku kata) yang sama di dalam atau di akhir baris yang berhampiran, biasanya baris yang berurutan atau berselang sebaris. Susunan rima lazimnya ditulis abab (berselang sebaris), aaaa (berurutan empat baris), aabb (berurutan dua baris demi dua baris), dan sebagainya. Contoh: di taman ini seorang pemetik sunyi senja dari segala senja menyanyi. 28
Contoh ini ialah contoh rima aa di akhir baris. Dipetik dari puisi Suhaimi Haji Muhammad, 'Kesendirian'. Berikut ialah contoh rima aabb di akhir baris yang dipetik dari puisi 'Menggamit Bintang' karya Hashim Yaacob: Lalu menyinar mentari pada siang hari Bulan ikut mengambang bila malam jelang. 11(2)(4). Irama Irama merujuk kepada alunan yang timbul hasil pengulangan bunyi (panjang pendek), tekanan (keras lembut), dan nada (tinggi rendah). 11(2)(5). Pengulangan baris (a) Pengulangan baris (atau bahagian baris, biasanya seluruh subjek atau predikat ayat) dapat berlaku sama ada secara berturutan (pada ayat yang berikutnya) atau secara tertangguh (misalnya, pada kedudukan relatif yang sama bagi rangkap berikutnya). (b) Secara berturutan, biasanya untuk penegasan idea atau mesej. Contoh (dari puisi Irwan Abu Bakar 'Sesal Orang Melaka', puisi Kemala 'Karang', dan puisi Marsli N.O., 'Negeri Ini, Anak'): Tuah menghunus keris setia Jebat menghunus keris setia. yang ada hanya mata dan dada yang ada hanya bibir dan lidah. Siapa di sini adalah warganya, kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah. Darahnya tetap merah. (c) secara tertangguh, biasanya untuk keindahan. Contoh pengulangan seluruh ayat (dari 'Fragmen Kampung - Telaga' karya T. Alias Taib): ): hanya inilah satu-satunya meja perundingan kami tempat ibu kami mengelilinginya 29
dan berkongsi rahsia setiap kali pagi terjaga hanya inilah satu-satunya meja di kampung kami tempat kekasih menimba cinta di dasarnya yang dalam sementara menunggu malam terlelap hanya inilah satu-satunya meja kesayangan kami tempat kami bergaduh dan membesar. Contoh pengulangan seluruh ayat daripada puisi 'Telah' karya Lim Swee Tin: telah kenal aku pada pohon-pohon tempat datang daun-daun telah kenal aku pada lurah dan gunung tempat mulanya sungai telah kenal aku pada cemara dan padang di mana angin melayang telah kenal aku pada siang dan malam pengumpul rahsia alam Contoh pengulangan tertangguh separa ayat (daripada 'Ghaib' karya T. Alias Taib): aku telah melihat tetesan air kering di lidah matahari aku telah melihat jaluran asap tersembunyi di perut udara aku telah melihat segenggam garam cair dipulas air aku telah melihat kepulan fikirmu terapung di meja kehilangan kata-kata 30
11(2)(6). Pengulangan rangkap lazimnya untuk penegasan idea atau mesej. Contoh (dari puisi Irwan Abu Bakar, 'Tamu dari Dalam'): lantas aku protes: Hai kebosanan kemarahan kesepian kesibukan! Jangan kauketuk-ketuk pintu rumahku kerana di sini tiada tempat bagimu. Tuk, tuk tuk, tuk, tuk! Hai kebosanan kemarahan kesepian kesibukan! Jangan kauketuk-ketuk pintu rumahku kerana di sini tiada tempat bagimu. 11(3) Perbandingan Ada beberapa jenis perbandingan (atau kiasan) yang lazimnya digunakan dalam puisi. 11(3)(1). Alusi Perbandingan menggunakan watak yang terdapat dalam mitos, legenda, karya sastera, dan sejarah. Contoh yang berikut dipetik dari puisi 'Jebat Yang Setia' karya Hashim Yaacob dan puisi 'Jebat Oh Jebat' karya Dinsman: Biarkan Jebat yang berkawal pada segenap pintu menaramu. hari ini kaulihatlah Jebat ada menteri demokrasi tetapi lagaknya dahsyat 11(3)(2). Metafora Perbandingan atau kiasan yang menghubungkan sesuatu objek dengan objek lain atau sesuatu konsep (dengan satu kata bersifat konkrit sementara yang satu lagi bersifat abstrak). Contoh (dari puisi A. Samad Said, 'Desa Jengking'): rimba buas kota ganas pesan syahdu sabar 31
dinding derita Kata dalam taip tebal adalah konsep abstrak. 11(3)(3). Simile Perbandingan antara sesuatu dengan sesuatu yang lain, yang dibuat secara langsung melalui penggunaan kata-kata tertentu, misalnya bak, bagai, laksana, ibarat, seperti, umpama, serupa, dan semacam. Contoh: Ombaknya seperti deru bas. Laksana hujan yang turun pada bumi gersang kau datang ke dalam hidupku. dari tubuhnya merangkak kehidupan bagai seekor siput mencari sehelai daun. Tiga contoh ini ialah ungkapan A. Samad Said dalam puisinya 'Nafas Semantan', ungkapan Hashim Yaacob dalam puisinya 'Selamat Beristirehat Sahabatku', dan ungkapan T. Alias Taib dalam puisinya 'Pengemis'. 11(4) Imej dan Lambang 11(4)(1). Imej Kata atau ungkapan yang menimbulkan gambaran dan memberi kesan terhadap perasaan, pemikiran, atau imaginasi pembaca. (Gambaran yang terhasil daripada penggunaan perkataan atau ungkapan itu dinamai imejan). Ambil ungkapan ini sebagai contoh: 'menggerakkan gegunung di jiwa' Ungkapan ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada jiwa pembaca. Imejan yang terhasil ialah perasaan penyair yang amat tinggi magnitud dan keamatannya. 11(4)(2). Lambang Kata yang membawa makna yang lain daripada yang lazim (yang tersurat). Sajak yang berciri sedemikian dinamai sajak simbolik. Contoh 1: 32
Embun hatinya berkaca kejauhan paginya embun hatinya berkata ia diliputi senja. Contoh ini ialah bait pertama sajak M. Ghazali 'Embun'. Dalam sajak ini, 'embun' digunakan untuk melambangi suatu perkara yang lain. (Menurut analisis Shahnon Ahmad, 'embun' di sini merujuk kepada kemerdekaan negara kita. Namun ada penganalisis, misalnya Muhammad Haji Salleh, yang menganggap sajak ini sebagai sajak kabur kerana lambang 'embun' itu tidak dapat dikaitkan dengan sesuatu perkara yang lain dengan mudah). Contoh 2: AKU DAN SALJU DI KUALA LUMPUR Salju nan lebat tidak membasahi bajuku kerana tidak kurelakan aku terus tegak di salju nan lebat dan aku tidak lari lembap salju gagal membasahi bajuku tanpa relaku lembut salju gagal mengelus bajuku basah tanpa relaku dan salju tentu reda akhirnya. Akhirnya salju pun reda bajuku tidak basah dan aku tidak rebah. Aku terus berdiri gagah. Sajak Irwan Abu Bakar ini yang tersiar dalam majalah Dewan Sastera (DS) Januari 2002 telah diulas oleh A. Rahim Abdullah dalam DS Februari 2002. Menurut A. Rahim, kata 'salju' (dalam sajak ini) merujuk kepada budaya luar. 11(5) Personifikasi Memberi sifat manusia kepada sesuatu yang bukan manusia (binatang, objek, konsep, dan sebagainya). Contoh: - senja letih disambut salak - langit dan laut bersetubuh - ikan itu menyepi dan menjadi bingung - hanya pelita yang masih menjala Contoh-contoh itu ialah ungkapan T. Alias Taib, masing-masing dari puisi 'Bunyi', 'Pandangan Dari Sebuah Daratan', 'Lukah', dan 'Still Life'. 33
12. Teknik Teknik puisi ialah cara penyair menghasilkan puisi secara keseluruhannya. Ringkasnya, cara isi puisi disampaikan. Kebanyakannya timbul daripada gaya bahasa seperti metafora, perumpamaan, dan sebagainya. Maka gaya ialah subset bagi teknik. Teknik juga melibatkan sudut pandangan. Cara puisi dipersembahkan secara visual juga merupakan teknik. Lihat 12(2). 12(1) Pengucapan Bersahaja Pengucapan bersahaja ialah teknik penulisan puisi yang hasilnya seakan- akan prosa tetapi 'kaitan wacana antara satu bahagian dengan bahagian seterusnya agak renggang'. Puisi sedemikian masih perlu diberikan penanda wacana tertentu untuk menjadikannya ungkapan prosa. Contoh (dua baris pertama dari puisi A. Wahab Ali, 'Dering Sen'): Tadi aku berbual dengan pekedai kecil ia yakin datang ke mari. Bentuk prosa: Tadi aku berbual dengan pekedai kecil. Dalam perbualan itu, aku mendapati bahawa ia sangat yakin datang ke mari. (Kredit: Contoh ini diambil terus daripada Rujukan Utama 1). 12(2) Enjambemen Teknik penulisan puisi yang melibatkan pematahan baris-baris dan disambung pada baris berikutnya. Lazimnya terdapat tanda noktah di tengah baris. Contoh: Memang begitu banyak diperlukan kekuatan. Ke pangkalan batin rakit ditambatkan. Ada suara terbit dari bibir bunga yang sempat kutangkap. (Contoh pertama dipetik dari puisi A. Samad Said, 'Menambat Rakit' dan contoh kedua dari puisi 'Di Kedai Bunga' karya T. Alias Taib). 12(3) Paralelisme 34
Paralelisme ialah teknik menyenaraikan susunan frasa yang hampir sama sintaksnya. Contoh (dari puisi 'Selagi' karya Ehsan Jamily): seorang ke laut seorang ke darat seorang ke timur seorang ke barat seorang ke sini seorang ke situ seorang begini seorang begitu. 12(4) Budaya Bahasa Kefahaman terhadap 'budaya bahasa' akan membantu penulis menghasilkan karya yang baik: Lihat Lampiran 4. 12(4)(1). Dalam konteks budaya bahasa, penggunaan retorik khutbah yang amat digemari penyair-penyair baru lazimnya dianggap suatu teknik yang lemah. Retroik khutbah ditandai oleh kata-kata seperti 'ayuh', 'marilah', 'bangunlah', 'wahai...', dan seumpamanya. Contoh: Anak-anak yang sedang lena bangkitlah ... Bangkitlah jangan sesal nanti ... (Contoh di atas adalah daripada sajak 'Bangkitlah' oleh Rejab F.I.). 12(5) Soalan Retorik Soalan retorik ialah soalan yang mengandungi jawapan baginya. Jelasnya, soalan retorik tidak memerlukan jawapan kerana jawapan sudah tersedia dalam soalan itu sendiri. 12(5)(1). Soalan retorik digunakan apabila penyair berhajat membuat pembaca segera berfikir tentang perkara yang diutarakan. Contoh: Di mana dapat mencari negeri yang sekaya negeri kita? (Dari sajak 'Angan-Angan Dengan Gurindam' oleh Omar Mustaffa). 12(6) 3P + 3 K Ada pihak yang mengklasifikasikan unsur puisi kepada 3P+3K, seperti yang berikut: 35
3P = Perasaan; Pemikiran; Perikatan. 3K = Kebenaran; Keindahan; Komunikatif. Menurut klasifikasi ini, 3P mensyaratkan puisi yang ditulis hendaklah mengandungi perasaan dan pemikiran penyair. Di samping itu, perlulah pula ada ikatan atau pertalian antara kedua-duanya, iaitu perasaan dan pemikiran dalam sesebuah puisi hendaklah terfokus kepada isu yang sama. 3K pula mensyaratkan isi sajak mengandungi perkara yang benar, diksinya disusun indah (mengandungi unsur estetika), dan puisi itu harus dapat difahami pembaca (darjah komunikatifnya tinggi). 13. Tema Tema ialah isu/persoalan utama yang diutarakan oleh penyair. 13(1) Isu Tema Tema puisi dapat menyentuh pelbagai isu, misalnya nilai-nilai hidup bermasyarakat, nilai kesetiaan, nilai keagamaan, dan sebagainya. 13(1)(1). Elakkan daripada menulis tema yang remeh-temeh dan tidak membijaksanakan pembaca. 13(1)(2) Elakkan menulis tentang tema yang klise kecuali dari sudut pandangan yang baru. Misalnya, tema tentang kasih anak kepada ibu telah ditulis orang ratusan tahun. Maka penulis yang ingin menggunakan tema ini harus bijak mencari sudut yang baru atau ungkapan yang segar. Irwan Abu Bakar meluahkan kasih terhadap ibu tuanya melalui sajak “Kasih Yang Kutelan” (Dewan Sastera, Mac 2008) dan memenangi Hadiah Sastera Darul Ta’zim: Kasih Yang Kutelan Kasih yang kausuapkan kutelan jatuh ke perut besar terhadam menjadi darah mengalir ke urat nadi. Seluruh adaku adalah kasihmu mana ada tara harga namun senyum seorang aku 36
Takat itu tagih tuamu. Maha Bijak Tuhan Yang Tahu jannah diletak di tapak kakimu. Tema pertarungan antara Hang Tuah sebagai pembela dengan Hang Jebat sebagai penderhaka, telah menjadi klise. Kemudiannya, ada sasterawan yang membawakan idea segar dengan melihat Jebat sebagai wira. Mereka termasuklah Usman Awang, Johan Jaaffar, Hatta Azad Khan, dan Ali Aziz. Pandangan ini juga akhirnya menjadi klise dan tema petarungan Hang Tuah dengan dengan Hang Jebat akhirnya kehilangan dampaknya. Namun pada tahun 1997, Irwan Abu Bakar telah menulis puisi “Sesal Orang Melaka” (Dewan Sastera, Oktober 1997) yang dianggap istimewa kerana fokusnya bukan kepada Tuah dan Jebat, atau kepada Raja Melaka, atau kepada Bendahara tetapi kepada rakyat biasa yang berada di Melaka semasa berlakunya peristiwa itu, seperti yang ditulis oleh Zurinah Hassan dalam artikelnya “Hati Tertancap Dengan ‘Sesal Orang Melaka’” (Dewan Sastera, November, 2004). 13(2) Nama Corak Puisi Tema puisi boleh dikategorikan kepada beberapa corak. Corak puisi diberikan nama-nama tertentu, seperti yang berikut: Elegi = puisi tentang kenangan terhadap peristiwa kematian. Epigram = puisi yang berupa pengajaran atau nasihat. ode = puisi yang berupa sanjungan, pujian, atau pemujaan, terutama terhadap tokoh atau objek tertentu yang disukai, dihormati, atau dikagumi. Balada = puisi yang memberikan penekanan kepada pernyataan perasaan, terutama perasaan sedih berhubungan dengan peristiwa yang dialam. Biasanya merupakan cerita. Satira = puisi yang berupa kecaman, cemuhan, atau sindiran tetapi disampaikan melalui sindiran (yang halus tetapi tajam). Sindiran ini dilakukan dengan gaya yang bersifat olok-olok dan menggelikan hati. Sajak Jenaka (Sajen): Puisi moden yang bertemakan jenaka atau kelucuan (dinamai sajak jenaka, ringkasnya sajen) diberi fokus dalam Komuniti Sajak Jenaka (Sajen) di e-majalah eSastera.com (di laman web http://www.eSastera.com/sajen). 13(3) Watak 37
Kerap kali 'watak' digunakan untuk membawakan atau mempersembahkan tema. 13(3)(1). Watak utama dalam sesebuah karya dinamai protagonis. 13(3)(2). Watak 'jahat' (atau watak yang menjadi penentang kuat kepada watak utama) dinamai antagonis. 13(4) Sajak Jenaka Tema jenaka kerap kali digunakan dalam penulisan sajak. Pada masa ini, sajak-sajak yang sedemikian sering dinamai sajak jenaka (dengan akronim 'sajen'). 13(4)(1). Puisi moden yang bertemakan jenaka atau kelucuan diberi fokus dalam e-majalah eSastera.com melalui laman web www.eSastera.com/sajen. 13(5) Sajak Sains Usaha mengetengahkan prinsip dan dapatan sains dalam bentuk puisi telah diusahakan, pada mulanya, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui wadah sasteranet.com. Malah DBP pernah mengadakan sayembara menulis apa yang dinamainya “puisi sains”. Hal ini berjaya menarik minat penulis-penulis muda yang terdidik dalam bidang sains. Di eSastera.com, puisi daripada kategori puisi sains ini ditangani dalam komuniti Sastera Sains. Contoh puisi sains yang telah tersiar di majalah Dewan Sastera: Meracik Air Air yang jernih dicincang tak putus diredah arus terus berderai OHH… OHH… OHH… Puisi ini ialah tulisan Irwan Abu Bakar. 38
14. Kesalahan dan Kelemahan Umum Puisi yang baik adalah bebas daripada kesalahan umum dan kelemahan umum. 14(1) Kesalahan Umum Kesalahan umum ialah kesalahan pada karya yang dapat dibuktikan, sama ada (a) dari segi peraturan bahasa atau (b) dari segi lojik. 14(1)(1). Kesalahan Dari Segi Peraturan Bahasa Perkara-perkara yang berikut wajar diberikan perhatian: (a). Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Singkat 'ku' dan 'kau': Perhatikan bahawa kata ganti nama diri 'ku' dan 'kau' digunakan secara gramatis hanya sebagai awalan penanda pasif. Kedua-duanya tidak boleh digunakan sebagai subjek ayat. Dalam bentuknya yang gramatis, kedua- duanya ditulis serangkai dengan kata kerja yang mengikutinya. Kata kerja itu tidak mempunyai imbuhan, misalnya kucari, kauberi. Pada hari ini, penggunaan kata ganti nama diri 'ku' dan 'kau' sebagai subjek ayat nampaknya diterima umum dalam puisi: dan kau hari itu, Indahku tertimpa oleh perlanggaran. kau kini berada di rumah dengan tanda kemalangan di wajah. Syukur pada Yang Esa kau kembali bermanja di tengah keluarga. (Ketiga-tiga contoh ini adalah dari puisi Rahman Shaari, 'Kemalangan Tiba, Indah'). Dalam versi terdahulu (yang diberi judul 'Kemalangan Tiba'), Rahman telah mengelakkan penyimpangan-penyimpangan ini kecuali yang kedua. Nyatalah penyimpangan itu diperkenalkanya untuk menambah nilai puitis sajak ini. 39
(b). Kata sendi nama untuk menunjukkan 'waktu' ialah 'pada', bukannya 'di'. Dari puisi 'Disforia Alam Bahasaku' karya Irwan Abu Bakar ditemui penyimpangan yang berikut: Muncul kilang pencemar alam di zaman moden (c) Kata sendi nama 'dari' digunakan untuk merujuk kepada 'tempat' dan 'waktu' sahaja. Kata sendi nama untuk menunjukkan perbandingan ialah 'daripada', bukannya 'dari'. Perhatikan penyimpangan yang dilakukan oleh Firdaus Abdullah dalam sajaknya 'Patricia Takemoto': bagai wajah anak kecil yang manis dan montel menakjubkan dalam khayalan tetapi Patricia Takemoto lebih dari itu (d). Kata pemeri: (i) Kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama; (ii) kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama; (iii) pada amnya, kedua-dua kata pemeri 'ialah' dan 'adalah' tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi. Contoh penyimpangan: Perhatikan kesilapan penggunaan kata pemeri 'adalah' dalam ayat-ayat yang berikut (dari puisi Usman Awang, 'Anak Jiran Tionghoa', puisi A. Samad Said, 'Obor Hemah', dan puisi Rahman Shaari, 'Bahasa'). Penyimpangan seumpama ini sering kali diterima sebagai 'gaya' dalam puisi: jantung mereka adalah langitmu, darah mereka adalah sungaimu, nafas mereka adalah udaramu. Guru adalah awan indah terbang rendah Guru adalah penelaah yang tekun Guru adalah batin suci hati nurani. Bahasa adalah pengatur pucuk fikiran yang bertabur bahasa adalah pelentur ranting perasaan yang bersinar. Perhatikan bagaimana Muhammad Haji Salleh menggunakan kata pemeri dengan betul (taip tebal condong) dan dengan penyimpangan (taip tebal) pada bait yang sama dalam puisinya 'Unggulku': 40
Unggul ini ialah kesegalaanku tak ada tawar-menawar pada sifat atau dirinya kerana ia adalah kemurnianku. (e) Penggunaan kata ganti nama 'ia' untuk bukan manusia adalah juga kesalahan tatabahasa yang ditemui dalam puisi (mungkin dapat diwajarkan sebagai personifikasi): Kemalangan sering lalu dan menjeling penuh nafsu ia kenal betul akan kelalaian ia kenal betul akan kealpaan (Dari puisi Rahman Shaari, 'Kemalangan Tiba, Indah'). (f) Kata 'belati', menurut Kamus Dewan, ialah kata sastera lama yang bermaksud 'datang dari (atau di buat di) negara asing'. Misalnya, pisau belati ialah sejenis pisau buatan Eropah; tali belati ialah tali buatan Eropah. Kata ini lazim (dan kerap kali secara klise), digunakan dalam puisi untuk membawa pengertian pisau (lazimnya dengan konotasi negatif). Misalnya, dari puisi Hashim Yaacob, 'Tamu Semalam' dan puisi Irwan Abu Bakar, 'Pisau Belati Runcing Tajam': Ditinggalkannya padaku sebilah belati tercacak pada hati. lalu belati pun menghiris luka hati pasangannya, menghiris luka hati anak-anaknya, dan menghiris luka hati semua yang disayanginya. Malah, seawal tahun 1958, Noor S.I., dalam salah sebuah sajaknya yang paling berjaya 'Senja', telah menulis: ... ombak menempa di pantai. Dan hatinya di pasir terbenam sebilah belati di dada berdarahlah setahun. (g) Kata 'durja' bermaksud muka atau air muka, seperti dalam ungkapan 'bermuram durja' yang bermaksud bermasam muka atau bermuram. Kata ini tidak dapat digunakan sebagai sinonim kepada kata 'durjana' yang bermaksud jahat atau derhaka. (h) Kadang-kadang penyimpangan dilakukan dengan sengaja dan penuh sedar oleh penulis demi menghasilkan ungkapan yang baru dan segar. 41
Penyimpangan disengajakan yang dilakukan oleh penulis (yang memang memahami peraturan tatabahasa yang betul) adalah diterima dalam puisi jika membawa pembaharuan pengucapan. Sebagai contoh, perhatikan penggunaan akhiran -lah, -kah, dan -kan dalam ungkapan puisi Wan Ahmad Tajuddin, 'Tanah Syahdu', 'Nurjannah.3', dan 'Diakan Lebih Uban?', seperti yang berikut: Yang basah itu -lah semalam. ... dewasa. Dewasa -kah atau yang perlu belajar dari mereka tiada pagar dari satu ke yang satu. Dunia stabilkah kaufikir, tanyanya aku cuma ternganga cuba mengata -kan sesuatu yang berintelek 14(1)(2). Kesilapan dari segi lojik merujuk kepada kesilapan fakta. Contoh: ia bertelur sebiji sebulan dan tetap bertelur walaupun tiada jantan. Ungkapan ini (daripada 'Kintalo dengan Telur Emas' oleh Rahman Shaari) memberi gambaran seolah-olah ia (ayam betina) tidak akan bertelur jika tiada jantan; padahal ayam betina memang tidak memerlukan jantan untuk bertelur. 14(2) Kelemahan Umum Kelemahan umum ialah kelemahan pada karya kerana penggunaan dan penyusunan kata-kata secara tidak kemas lantas menghasilkan pengucapan yang tidak berkesan. 14(2)(1). Pengucapan yang tidak padat Salah satu ciri utama puisi yang membezakannya dengan karya prosa ialah kepadatan pengucapannya. Puisi mengelakkan penggunaan perkataan yang berlebihan dan yang tidak perlu. Proses ini dinamai 'pengekonomian kata'. Maka semasa kerja pengeditan, proses 'trimming' (merapih) merupakan suatu kegiatan yang penting dalam menghasilkan puisi yang bermutu. Contoh: 42
(a) penggunaan ungkapan 'burung camar' dan 'pokok cemara' tidak dianggap stail yang baik kerana kata-kata 'camar' dan 'cemara' sudah membawa makna yang sempurna. (b) penggunaan kata-kata yang sama makna pada suatu ungkapan, misalnya 'harum wangi' dianggap pengucapan yang lemah; gaya bahasa ini disebut kelewahan atau 'redundancy'. (c) penambahan maklumat yang telah sedia jelas juga dapat dianggap lewah (dan lemah). Contoh: Aku terima sepucuk surat daripadamu yang kauhantar seminggu berlalu baru tiba dikirim kemas-kemas oleh lelaki posmen. Ungkapan 'oleh lelaki posmen' dianggap lewah kerana telah jelas surat harus dihantar oleh posmen. (Contoh dari sajak Faisal Tehrani, 'Sepucuk Surat Berisi Revolusi'). 15. Keindahan Puisi Puisi dicirikan terutamanya oleh nilai estetika (keindahan). Maka ciri utama yang ada pada puisi yang baik ialah keindahannya. 15(1) Cara Puisi Menjadi Indah Puisi menjadi indah apabila wujud keseimbangan antara isi (struktur dalaman) dengan bentuk (struktur luaran). (a) Bahasa yang terlalu berbunga-bunga sedangkan isinya remeh-temeh tidak menghasilkan keindahan. (b) Bahasa yang kering untuk isi yang penting juga tidak menghasilkan keindahan. 15(2) Melahirkan Keindahan dalam Puisi Gaya digunakan untuk melahirkan keindahan. Antara gaya bahasa yang sering digunakan untuk mendapatkan keindahan termasuklah: (a) diksi (hiperbola, hibrid, inversi, ironi, paradoks). (b) pengulangan (aliterasi, asonansi, anafora, epifora, irama, rima). (c) perbandingan (alusi, kiasan, metafora, simile). 43
(d) imej. (e) lambang. (f) personifikasi. Gaya-gaya bahasa yang disenaraikan ini dihuraikan dalam Modul 11 buku ini. 16. Sajak Kabur Pada amnya, sajak dikatakan kabur apabila isi kandungannya amat sukar untuk dikonkretisasi oleh pembaca. Penulisnya 'membawakan bentuk pengucapan yang sukar dimengerti, yang mendorong pembaca ke arah berfikir yang teliti dan serius, dan sekali gus mencabar daya keintelektualan mereka'. (Ungkapan dalam tanda '...' dipetik daripada Rujukan Tambahan 3.) 16(1) Kenapa sajak menjadi kabur? Sebab utama sajak menjadi kabur ialah penggunaan lambang yang bersifat terlalu peribadi: lihat submodul 8(1)(1)(1). 16(2) Orang Bertiga dengan Puisi Kabur Sajak kabur biasanya dikaitkan dengan tiga orang penyair yang berikut: Noor S.I., A.S. Amin, dan M. Ghazali. Penyair Noor S.I. (nama sebenar Ismail bin Haji Omar, lahir 1933) yang memulakan penulisan sajak kabur pada tahun 1955, dianggap pelopornya. 16(2)(1). Karya tiga orang penyair ini ada dikompilasikan dalam buku yang berikut: Pyan Husayn dan Suhaimi Haji Muhammad (Penyelenggara). Orang Bertiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980. 16(3). Contoh sajak yang sering dikatakan sebagai sajak kabur: 'Sayup' karya Noor S.I. dan 'Embun' karya M. Ghazali. 17. Sajak Intelektual Sajak intelektual ialah sajak yang mengandungi pemikiran yang mendalam dan tinggi (mungkin bertaraf falsafah). 44
Penyair tempatan yang sering dikaitkan dengan sajak intelektual ialah SN Muhammad Haji Salleh. 18. Puisi dan Komputer Kemudahan komputer dapat membantu penyair dari aspek-aspek (a) pengeditan dan (b) menyertai kegiatan di Internet. 18(1) Pengeditan Draf pertama puisi dapat dipindahkan ke komputer mahupun ditaip terus ke dalam komputer. Selepas itu, pengeditan berulang-ulang kali dapat dilakukan dengan amat mudah. (Butiran lanjutan tentang proses pengeditan puisi dibincang dalam Lampiran 5.) 18(2) Kegiatan di Internet Komputer dapat disambungkan ke Internet melalui talian telefon mahupun secara tanpa wayar. Penyambungan itu dapat dilakukan dengan menghubungi salah satu pembekal perkhidmatan Internet, misalnya Mimos (Jaring) dan Telekom Malaysia (TMNet). Setelah komputer tersambung ke Internet, penulis boleh melibatkan diri dengan aktiviti berpuisi di alam siber: Lihat Modul 19. 18(3) Puisi Multimedia/Interaktif Puisi multimedia/interaktif melibatkan pemaparan puisi pada medium nonkonvensional. 18(3)(1). Puisi multimedia ialah puisi yang mengandungi teks diiringi animasi, audio, dan video. Puisi ini biasanya dipersembahkan dengan teks dan/atau latar yang berwarna-warni serta siap dengan grafik pengiring. Animasi boleh diaplikasikan kepada teks dan/atau grafik. Audio melibatkan muzik pengiring mahupun suara deklamasi puisi yang berkenaan. 18(3)(2). Puisi interaktif memberi sambutan kepada rangsangan pembaca. Misalnya, apabila pembaca mengklik sesuatu ikon, puisi itu akan memberi sambutan dengan mengeluarkan paparan tertentu untuk tatapan pembaca. 19. Puisi dan Internet 45
Kemudahan Internet telah memungkinkan puisi disebarkan secara meluas (ke seluruh dunia) dan diterbitkan secara serta-merta. 19(1) Ciri-ciri Utama Puisi di Internet Puisi di Internet, pada amnya, dicirikan oleh perkara-perkara yang berikut: (a) penerbitan tanpa penilian atau tapisan oleh pihak kedua (yang pakar) terlebih dahulu. (b) Kerap kali bersifat dinamik, iaitu sentiasa diedit oleh penulisnya. 19(2) Venue Berpuisi Di Internet Kegiatan berpuisi di Internet dapat dilakukan dari beberapa tempat, misalnya dari rumah, dari pejabat (dengan restu majikan), dan dari warung siber (cyber cafe). 19(2)(1). Berpuisi di Internet dari Rumah Sendiri Hal ini dapat dilakukan hanya jika anda memiliki sebuah komputer, dan telah menyediakan infrastruktur untuk menyambungkan komputer itu ke talian Internet. 19(2)(2). Berpuisi di Internet dari Pejabat Pejabat lazimnya mempunyai sambungan Internet. Namun menggunakan kemudahan fizikal dan waktu kerja di pejabat untuk kegiatan berpuisi tidak beretika. Pastikan anda mendapat kebenaran/restu majikan terlebih dahulu. Namun sekiranya tugas anda memang secara langsung berkenaan dengan bidang ini, maka kegiatan berpuisi dapat dilakukan dari pejabat. 19(2)(3). Berpuisi di Internet dari Cyber Cafe Kaedah paling murah dan praktikal untuk bergiat dengan puisi di Internet ialah dengan menggunakan kemudahan di warung-warung siber. Anda tidak perlu memiliki sebuah komputer dan tidak perlu melanggan sambungan Internet sendiri. Anda hanya perlu tahu menggunakan komputer dan mengakses Internet. Kos yang terlibat adalah murah, biasanya antara RM2 dengan RM3 sejam. (Jika masa yang digunakan kurang daripada satu jam, maka bayaran akan dikurangkan secara berkadaran). Namun anda perlu menyusun waktu yang sesuai untuk anda dan anda hanya boleh bergiat semasa warung siber beropersi. Dari segi kekerapan, dicadangkan sekurang-kurangnya seminggu sekali (sesi satu jam setiap lawatan). Tiga kali seminggu boleh dianggap cukup baik. 46
19(3) Pembangunan Puisi Multimedia/Interaktif Kegiatan berpuisi di internet memudahkan pembangunan puisi multimedia dan interaktif. Misalnya, grafik beranimasi dan muzik dapat diimport ke puisi dari laman-laman web lain yang menyediakan produk yang berkenaan. 19(4) Carian Tapak Web Tapak/Laman web puisi Melayu dapat dicari di Internet melalui kemudahan 'search' yang tersedia. 19(4)(1). Pencarian dapat dilakukan, misalnya, dengan enjin pencarian http://www.google.com dan http://www.yahoo.com. 19(4)(2). Pada hari ini, pencarian di laman 'google' dengan menggunakan kata kunci 'puisi' akan membawa kepada 6,540,000 sukses (penemuan). Pencarian dengan menggunakan kata kunci 'sajak' pula membawa kepada 1,600,000 penemuan (walaupun bukan semuanya relevan dengan puisi Melayu). 20. Puisi Siber 'Puisi siber' amat relevan dengan era ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) sekarang ini. 20(1) Apakah puisi siber? Pada amnya, tiga perkara dapat ditegaskan di sini: (a) Puisi siber yang sebenar berbeza dengan 'puisi biasa', walaupun puisi biasa itu disiarkan di alam siber; (b) Puisi siber ialah puisi yang 'dikomposisi' (bukan semata-mata 'ditulis') dengan menggunakan kemudahan ICT; maka puisi siber harus bersifat multimedia (mengandungi teks, animasi, dan bunyi) dan interaktif (menyediakan kemudahan untuk pembaca memberi rangsangan dan puisi itu pula memberi sambutan aktif terhadap rangsangan pembaca itu). Pada hari ini, kemajuan ICT memungkinkan penyiaran audio pengiring yang berbentuk muzik latar atau suara deklamasi serta tayangan video yang relevan. (c) Puisi siber berbeza dengan puisi multimedia/interaktif yang biasa kerana unsur grafik, animasi, audio, dll yang terlibat diperoleh melalui 47
pautan internet secara masa sebenar dan bukan melalui storan di perkakasan komputer tempatan. 20(2) Puisi Siber Primitif Pada hari ini, ramai penyair yang menerbitkan puisi mereka di Internet tetapi dalam bentuk puisi biasa dan tidak langsung mempunyai ciri-ciri dokumen alam siber seperti beranimasi, multimedia (audio, video, grafik, dsb), dan interaktif. Malah kebanyakannya tidak pun berwarna-warni, tetap dengan cetakan hitam atas latar belakang putih. Cuma medium penerbitannya sahaja yang moden dan canggih. Oleh sebab diterbitkan di alam siber, puisi-puisi ini dapatlah dinamai 'puisi siber primitif'. 20(3) Puisi Berciri Siber Pada hari ini, puisi dengan animasi, warna-warni, serta audio dan video telah banyak diterbitkan di Internet. Misalnya, di e-majalah eSastera.com, ditemui banyak puisi yang sedemikian, termasuk yang menggunakan perisian flash. 20(4) Mengkomposisi Puisi Siber Kaedah mengkomposisi sebuah puisi siber (memasukkan imej, muzik, video, dan sebaginya) tidak diajarkan di dalam buku ini sebaliknya diberikan dalam buku berasingan yang berikut: Irwan Abu Bakar dan Hasimah Harun. Berkarya Di Alam Siber, Esastera Enterprise, 2008. 20(5) Pengaruh Puisi Siber Puisi siber ialah fenomenon terkini yang amat meluas pengaruhnya dalam perkembangan dunia sastera. 21. Puisi SMS 'Puisi sms' ialah puisi yang dicipta lantas ditaipkan ke dalam telefon bimbit dan disebarkan kepada khalayak melalui sistem pesanan ringkas, short message system (sms). Puisi sms mempunyai ciri-ciri yang berikut: (a) Ringkas (pendek). (b) Impromptu atau spontan. (c) Ditulis dengan ejaan yang tepangkas. (d) Kerap kali bersifat jenaka. (e) Tidak mementingkan kepengarangan (siapa pencipta). (f) Disebar tanpa menyebut sumber asalnya. 48
(g) Kesementaraan hayatnya. (h) Disampaikan kepada khalayak dengan cepat dan meluas. 21(1) Karya SMS Di eSastera Esastera telah memulakan usaha untuk 'memerangkap' karya sastera SMS di dalam laman web www.sasteraSMS.com. Namun, setakat ini, usaha ini tidak begitu berjaya kerana tidak mempunyai dana untuk membina sistem yang mampu menerima karya secara terus, sebaliknya karya dihantar kepada editor yang tepaksa memasukkannya ke internet secara manual. 21(2) Internet Di Telefon Bimbit Pada hari ini, telefon bimbit dibekalkan dengan keupayaan untuk melayari internet. Maka perkembangan sastera sms melalui alam maya sudah menjadi tidak begitu relevan. 21(3) Alam SMS Kita perlukan sistem baru yang mewujudkan 'alam sms' sebagai wadah karya sastera tanpa perantaraan internet. Maknanya, karya akan disebarkan dan distorkan di dalam sistem sms itu sendiri untuk diakses khalayak pada bila-bila masa, dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing. Dari segi teknologi, hal sedemikian sudahpun boleh dilakukan. 21(4) Contoh Puisi SMS Contoh sebuah puisi SMS adalah seperti yang berikut: CINTA. Tetiba, aku jatuh cinta, pada cinta. --irwan abu bakar, kuala lumpur, 2006. 22. Plagiarisme dan Pengaruh 'Plagiarisme' dan 'pengaruh' merupakan dua konsep yang melibatkan keserupaan antara karya penulis dengan karya orang lain yang terdahulu. 22(1) Memplagiat Memplagiat = meniru karya orang lain dan mengaku sebagai karya asli sendiri. (Peniruan yang disertakan pengubahsuaian yang sedikit dan tidak signifikan juga dikira sebagai plagiarisme). 49
22(1)(1). Plagiarisme ialah suatu kesalahan yang berat dalam sastera. Malah plagiarisme sering dikatakan sebagai jenayah sastera. 22(1)(2). Jangan lakukan plagiarisme, atas alasan apa sekalipun. 22(2) Pengaruh 'Pengaruh' merujuk kepada peniruan gaya penulisan atau peniruan bentuk karya. Hal ini kadang-kadang disengajakan dan kadang-kadang berlaku secara kebetulan (akibat banyak membaca atau merujuk kepada sesuatu kumpulan karya yang terdahulu). Tidaklah menjadi masalah sastera jika karya seseorang penulis dipengaruhi oleh karya penulis terdahulu. 22(3) Masalah Plagiarisme Dan Pengaruh Masalah 'plagiarisme' dan 'pengaruh' kadang kala menghantui penyair mapan juga. Sajak popular penyair mapan Masuri S.N., 'Ini Nasi Yang Kusuap', dianggap sesetengah pengkaji sebagai bermasalah apabila dibandingkan dengan sajak Inggeris 'This Bread I Break' oleh Dyland Thomas. 23. Penterjemahan Puisi Puisi ditulis dalam bahasa tertentu. Pemikiran dan kreativiti penyair dapat disampaikan kepada masyarakat yang tidak memahami bahasa itu dengan melakukan penterjemahan. Karya terjemahan yang dihasilkan sendiri oleh penulis asal puisi itu dianggap karya aslinya dalam bahasa yang kedua itu. 23(1) Puisi Melayu Terjemahan Di Internet Laman web yang berikut menyiarkan puisi Melayu yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan sebaliknya: http://www.eSastera.com/poets Laman web ini ialah sebahagian daripada majalah eSastera.com tetapi beroperasi melalui perantara bahasa Inggeris sepenuhnyua. 24. Deklamasi Puisi Deklamasi ialah penyampaian puisi secara pengucapan (lisan). 50
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104